4. Kajian Kivnick (1982) melibatkan 286 datuk dan
nenek, hasil kajian mengenal pasti lima dimensi
persepsi datuk dan nenek mengenai makna peranan
dalam keluarga, iaitu:
1. Berpusat (centrality): tahap di mana peranan datuk dan nenek
merupakan tumpuan hidup anak dan cucu.
2. Warga tua bernilai (valued elder) : satu konsep tradisional yang
melihat warga tua sebagai suatu yang bernilai.
3. Bermanja (indulgence): satu sikap kelembutan dan toleransi
terhadap cucu-cucu.
4. Pengabadian (immortality): satu perasaan pengabadian melalui
jalur keturunan.
5. Penglibatan Semula: alam datuk dan nenek bermakna
untuk “life Review” (imbas kembali kehidupan lalu).
5. Kajian Kornhaber dan Woodward (1981)
mengenai perspektif cucu tentang peranan
datuk dan nenek dalam keluarga:
1. Sejarawan: memberi satu perasaan sejarah keluarga
untuk cucu-cucu.
2. Mentor: menyediakan pengetahuan dan kebijaksanaan
(wisdom).
3. Role Model: membantu dalam mensosialisasikan cucu.
4. Wizards: datuk dan nenek yang mengunakan imaginasi
mereka untuk menghiburkan cucu-cucu.
5. Nurturers: datuk dan nenek yang mengambil peranan
penting dalam memberi sokongan sosial kepada cucu-
cucu.
6. Kajian Neugarten dan Weinstein (1964) telah
mengklasifikasikan cara gaya datuk dan nenek
dengan cucu-cicit kepada lima kategori:
1. Datuk dan nenek formal.
2. Datuk dan nenek fun seeeker.
3. Datuk dan nenek surrogate.
4. Reservoir of family wisdom.
5. Distant figure.
7. Hasil kajian Neugarten dan Weinstein (1964)
mendapati bahawa:
Datuk dan nenek berumur 64 tahun ke bawah
dikategori sebagai datuk dan nenek fun seeker
dan distant figure. Datuk dan nenek ini lebih
berorientasikan sifat penyayang.
Datuk dan nenek berumur 65 tahun ke atas
dikategorikan sebagai formal. Datuk dan nenek
ini sudah tua dan kurang berupaya untuk
melayan cucu-cicit.
8. Bagi cucu, sifat datuk nenek yang paling diminati
adalah kebijaksanaan, kasih sayang,
kelembutan, saling memahami, suka berjenaka,
kebolehan berkomunikasi dan berdikari.
Sejauhmana interaksi ibubapa dan datuk nenek
akan mempengaruhi hubungan antara datuk
nenek dengan cucu samada rapat atau tidak.
Jika hubungan yang rapat dibentuk antara cucu
dengan datuk nenek, ianya akan membentuk
perapatan di dalam kehidupan. Perapatan antara
datuk-nenek dan cucu-cicit merangkumi
pengalaman, kasih sayang, perasaan selamat
dan dilindungi.
10. Hubungan intergenerasi
dalam keluarga
Kebanyakan anak dewasa merasa
bertanggungjawab untuk menjaga
ibubapa kerana ibubapa telah
membesarkan mereka.
Adakalanya anak dewasa mengalami
kebimbangan filial (filial anxiety) kerana
khuatir tidak dapat melaksanakan
tanggungjawab menjaga ibubapa mereka
dengan sempurna apabila diperlukan.
11. Hubungan intergenerasi
dalam keluarga
• Anak dewasa juga mungkin mengalami krisis
filial (filial crisis) kerana dalam proses jagaan
yang diberikan ibubapa masih tidak sihat.
• Mereka mungkin merasa kecewa dan tidak
dapat menerima hakikat bahawa mereka
mempunyai sumber terhad untuk melaksanakan
tanggungjawab dan perlu menerima takdir
12. Bintang lagenda yang
cukup terkenal menerusi
filem Bujang Lapok, Datuk
Aziz Sattar,89, dilaporkan
telah meninggal dunia di
Pusat Perubatan KPJ,
Kajang kira-kira jam 2 pagi
pada Selasa, 6 Mac 2014-
ASTRO.
13. Hubungan intergenerasi
dalam keluarga
• Anak dewasa mengalami
kematangan filial ( filial matuarity)
di mana anak menerima penurunan
taraf kesihatan ibubapa dan
bersedia mengambil peranan
sebagai penjaga. Mereka juga
bersedia menerima kemungkinan
bahawa dalam proses jagaan
ibubapa tidak akan baik semula dan
mungkin akan mengalami kematian.
14. Hubungan intergenerasi
dalam keluarga
• Pengalaman penjagaan ibubapa
adalah tugasan yang sukar.
Terdapat pelbagai cabaran dan
risiko dalam aspek penjagaan
seperti kos psikologi, kewangan,
tenaga dan masa tetapi ramai
penjaga melalui pengalaman positif.
16. HUBUNGAN KAWAN
SEPANJANG HAYAT
• Hubungan individu dengan kawan terbentuk
secara sukarela dan individu memilih secara
sedar siapa yang ingin dibuat kawan.
• Oleh itu, hubungan kawan dibina berasaskan
perasaan, pilihan dan hubungan timbalbalik.
• Kawan mempunyai makna dan fungsi dalam
hidup individu. Tambahan kawan berubah
sepanjang arus hidup. Sehubungan dengan
itu, kawan adalah penting dalam kehidupan
individu.
17. HUBUNGAN KAWAN
SEPANJANG HAYAT
Ciri- Ciri Kawan:
Hubungan unik
Peranan kawan wujud diperingkat awal
kanak-kanak sehingga lewat usia
berbanding dengan hubungan sosial
yang lain yang hanya terhad kepada
sebahagian peristiwa hidup seperti
pasangan atau pekerja.
• kawan juga mempunyai kualiti dan
fungsi pada peringkat tertentu kitaran
hidup.
18. HUBUNGAN KAWAN
SEPANJANG HAYAT
Ciri- Ciri Kawan:
Hubungan sukarela
Hubungan kawan berlaku secara
sukarela. Oleh itu, tidak terdapat
peraturan sosial dan undang-undang.
• Sempadan kawan adalah luas dan tidak
jelas.
• Dengan itu, makna subjektif kawan
terpulang kepada individu dan
pengalaman dalam hubungan tersebut.
19. HUBUNGAN KAWAN
SEPANJANG HAYAT
Ciri- Ciri Kawan:
Persamaan
Kawan biasanya dipilih daripada
kalangan individu yang sama umur,
jantina, dan latarbelakang.
Orientasi
Hubungan kawan berasaskan
keseronokan dan kepuasan personal
dan tidak berasaskan tugasan tertentu.
20. HUBUNGAN KAWAN
SEPANJANG HAYAT
Ciri- Ciri Kawan:
Percaya
Elemen utama dalam hubungan kawan
rapat adalah kepercayaan.
Kawan bergantung kepada pilihan dan
keperluan bersama yang melibatkan
pertukaran sosial secara sukarela.