SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
UNIT TITLE:
KESUSASTERAAN MELAYU
NAMA: IZZ DHIYA BT KHAIRUL
MAZHALIS
NO. MATRIK: PB180149
KELAS: 1 JAZARI
TAJUK KARYA: PELARI MUDA
CIKGU: SHURDI BIN SHUIB
SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan tentang pengalaman watak utama iaitu Kamarul seorang pelajar tingkatan
5 yang berjaya dalam sukan olahraga. Beliau terpilih mewakili negara dalam kejohanan Sukan
SEA di Brunei. Kamarul terpilih untuk mewakili negara dalam kejohanan Sukan SEA di
Bangkok dua bulan lagi. Dia dilatih oleh Encik Kadir. Kejayaan ini telah menjadikan Kamarul
dikenali ramai, disanjung dan popular. Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan ini sikap
Kamarul pada pandangan kawan-kawannya sudah berubah. Kamarul bersikap sombong, ego,
menjauhkan diri daripada kawan-kawan, malah tidak berdisiplin menjalani latihan di bawah
bimbingan Encik Kadir. Akibat sikapnya yang rendah moral itu, Kamarul ditegur oleh kawan
baiknya Saridah. Teguran Saridah menjadi punca dia menyepikan diri daripada Saridah.
Kamarul juga menunjukkan sikap tidak menghormati jurulatihnya. Teguran-teguran yang
diberikan oleh Encik Kadir dibalas dengan jawapan dan tindakan yang tidak bermoral. Suatu
hari, dalam perjalanan balik daripada latihan Kamarul dilanggar kereta. Dia dimasukkan ke
hospital. Sepanjang berada di hospital, Encik Kadir dan Saridah tetap menziarahi Kamarul.
Kamarul insaf dan berubah sikap. Setelah sembuh daripada kecederaan, Kamarul menjalani
semula latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Hubungan Kamarul dengan Encik Kadir
bertambah baik. Hasrat Kamarul untuk mewakili negara telah direstui oleh pihak sekolah.
Kamarul dan delegasi Malaysia berlepas ke Bangkok untuk menyertai kejohanan Sukan SEA
ke-14 di Bangkok. Di Bangkok, Kamarul mengambil kesempatan untuk bertemu dengan De
Wega, atlet sukan lari Fiipina yang terkenal. Berita Kamarul sebagai atlet Malaysia tersiar
dalam media massa di Bangkok. Dalam acara lari 100m dan 400m kejohanan tersebut
Kamarul telah meraih pingat emas. Kejayaan Kamarul mendapat pujian daripada Encik Kadir,
termasuk rakan-rakan sekelasnya di Malaysia. Kamarul mengucapkan terima kasih atas
bimbingan Encik Kadir dan menjadi pendorong kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu
apabila Encik Kadir menyatakan hasratnya untuk bersara. Setelah kejohanan Sukan SEA
tamat, Kamarul dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Malaysia membawa kejayaan
cemerlang untuk negara, sekolah dan untuk dirinya sendiri. Di lapangan terbang Kamarul telah
disambut dengan meriah dengan ucapan tahniah daripada ibu bapa dan rakan- rakannya.
TEMA
Tema novel ini adalah kesombongan seorang remaja
apabila mendapat sanjungan daripada media
menyebabkan dia tidak lagi berdisiplin dalam
latihan. Hal ini dibuktikan menerusi watak utama,
Kamarul yang meraih kejayaan dalam sukan
MSSM dan seterusnya terpilih dalam Sukan SEA di
Brunei. Media banyak memaparkan kehebatan
Kamarul menyebabkan dia menjadi sombong dan
tidak mahu berlatih lagi di bawah kelolaan Encik
Kadir. Hubungan dengan rakannya, Saridah
renggang gara-gara sikapnya yang angkuh.
Namun, dia akhirnya insaf apabila prestasinya
menurun dan rakan pelatihnya, Sures berjaya
mengalahkan dalam sesi kecerdasan.
PERSOALAN
1. Hubungan dua jiwa remaja yang ada pasang surut
Contohnya: Kamarul berkawan rapat dengan rakan sekolahnya,
Saridah dan Saridah pula amat menyayanginya,namun sikap Kamarul
yang angkuh setelah terkenal menyebabkan hubungan mereka
menjadi dingin.
2. Komitmen jurulatih untuk memastikan pelatih yang dibimbing menjadi
juara
Contohnya: Encik Kadir berterusan melatih Kumar, Sures dan Rajip
untuk memastikan mereka meraih kejuaraan dalam Sukan SEA di
Bangkok. Encik Kadir melatih Kamarul dengan sabar sehingga
Kamarul meraih pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter
walaupun pada peringkat awal Kamarul tidak berdisiplin, angkuh dan
suka berlatih sendiri.
3. Kekurangan kasih sayang menyebabkan anak bersikap dingin
terhadap keluarga sendiri
Contohnya: Saridah kurang mendapat perhatian daripada
keluarganya; emaknya sibuk dengan persatuan wanita, ayahnya sibuk
dengan hal kerja di pejabat, kakaknya lebih mengutamakan tunangnya,
menyebabkan Saridah lebih selesa menghabiskan masa bersama-
sama Juriah dan mengharapkan perhatian daripada Kamarul.
4. Disiplin penentu kejayaan
Contohnya: Encik Kadir dan atlet Filipina, De Wega menasihati
Kamarul tentang pentingnya disiplin jika ingin menjadi atlet yang
WATAK & PERWATAKAN
1. Kamarul Baharuddin
Berusia 17 tahun
Seorang pelari pecut, mewakili negara Malaysia.
Kamarul berkawan rapat dengan Saridah.
Mereka mula berkawan rapat semasa sukan MSSM.
Seorang yang angkuh dan sombong kerana kejayaan dan kepopularannya.
Seorang yang tidak berdisiplin.
Belajar dalam Tingkatan 5 Sastera 1 dan akan menduduki peperiksaan
SPM pada hujung tahun.
Tidak mengenang budi
-Kamarul enggan berlatih di bawah bimbingan Encik Kadir kerana telah
bosan.
Buruk sangka
-Encik Kadir sengaja mendendanya berlari lapan kali pusing keliling padang
untuk membalas dendam.
Insaf akan kesalahannya
-Kamarul menyesal bersikap kurang ajar dengan Encik Kadir dan bersikap
sombong dengan kawan-kawan sekolah setelah dia dilanggar kereta.
Watak & perwatakan
2. Saridah
Saridah ialah kawan baik Kamarul.
Berusia 17 tahun.
Seorang pelari pecut.
Berkawan baik dengan Kamarul dan Juriah
Menyukai Kamarul dan amat mengambil berat
tentang Kamarul.
Seorang yang bersopan santun.
Seorang yang peramah dengan orang tua.
Belajar dalam tingkatan 5 Sastera 1 dan akan
menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun.
WATAK DAN PERWATAKAN
3. Mak Jah
Ibu kepada Kamarul dan isteri kepada Encik Baharuddin.
Seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Penyayang- Menyayangi Saridah kerana dia tidak mempunyai
anak perempuan.
Prihatin- Menasihati Kamarul supaya berbaik-baik dengan
Saridah.
Bertanggungjawab- Menjaga Kamarul di hospital.
4. Sures Menon
Sures ialah ahli sepasukan dengan Kamarul.
Berusia 17 tahun.
Seorang pelari pecut, mewakili negara Malaysia.
Berazam untuk menewaskan catatan masa Kamarul.
Seorang yang berdisiplin.
Seorang yang amanah- Buktinya, dia menyampaikan pesanan
Encik Kadir kepada Kamarul.
WATAK DAN PERWATAKAN
5. Juriah
Juriah ialah kawan baik Saridah.
Berusia 17 tahun.
Sentiasa membantu Saridah dalam susah dan senang.
Seorang yang selalu bergurau.
6. Encik Kadir
Encik Kadir ialah jurulatih untuk atlet olahraga kontijen
Malaysia.
Seorang yang tegas.
Seorang yang tidak berputus asa dan mengambil berat
akan atlet-atletnya.
Seorang yang bertimbang rasa.
Watak dan perwatakan
7. De Wega
De Wega ialah pelari pecut Filipina yang diminati
Kamarul.
Berusia 34 tahun.
Seorang buruh kereta api sebelum menjadi pelari
pecut.
Seorang yang berdisplin.
Seorang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah
berputus asa.
Plot
Permulaan
- Kamarul bersiap-siap hendak ke sekolah. Kamarul tidak gembira hubungannya dengan Saridah
semakin renggang. Dalam perjalanan ke sekolah, Kamarul teringat akan Cikgu Zainal , guru
sukan yang mula-mula mengesan bakatnya dalam bidang olahraga.
Perkembangan
- Kamarul telah banyak berubah kerana sudah terkenal. Kamarul enggan berlatih dengan Encik
Kadir kerana baginya latihan yang diberikan Encik Kadir amat membosankannya. Kamarul
enggan bergaul dengan kawan-kawan sekolah. Kamarul juga enggan menjalani latihan sukan
sekolah.
Klimaks
- Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya semakin menurun. Kamarul bergaduh dengan Encik
Kadir kerana dia ponteng latihan. Akibat terlalu runsing, Kamarul melintas jalan raya tanpa
menoleh ke kiri. Kamarul dilanggar kereta. Kamarul melambung ke udara kemudian
terhempas di tengah-tengah jalan. Kamarul pengsan lalu di bawa ke hospital.
Peleraian
- Kamarul mendapat dua pingat emas dalam acara lari pecut 100 meter dan 400 meter dalam
sukan SEA ke-14 di Bangkok. Kamarul bertukar-tukar cenderamata dengan De Wega.
Kamarul dan atlet- atlet yang lain pulang ke Malaysia.
TEKNIK PLOT
- Teknik dialog
- Teknik monolog
- Teknik monolog dalaman
- Teknik imbas kembali
- Teknik pemerian
LATAR TEMPAT
1. Pusat Sukan Kampung Pandan
Kompleks tersebut merupakan tempat Kamarul dan rakan-rakannya seperti Sures berlatih di bawah
kendalian Encik Kadir sehinggalah berjaya membentuk Kamarul menjadi atlet yang berjaya
dan meraih kejayaan dalam Sukan SEA di Bangkok.
2. Stadium Nasional, Bangkok
Tempat berlangsungnya Sukan SEA ke-14 dan di tempat itulah Kamarul berjaya meraih pingat
emas menerusi acara 100 meter dan 400 meter.
3. Hospital
Tempat Kamarul menerima rawatan selama empat hari, gara-gara dilanggar kenderaan.
4. Stadium Merdeka
Tempat Kamarul dan Saridah menyertai Sukan MSSM. Di situ jugalah mereka saling mengenali
seterusnya hubungan tersebut berpanjangan sehunggalah timbul perasaan sayang di jiwa
Saridah terhadap
5. Kantin Sekolah
Tempat Saridah dan Juriah bersembang tentang hubungannya dengan Kamarul yang renggang
dan Juriah pula menasihati Saridah agar melupakan Kamarul sebaiknya memberi fokus
terhadap SPM.
LATAR MASA
Latar Masa
Pada waktu siang
Latar Masyarakat
Masyarakat yang sombong dan angkuh apabila mendapat
kejayaan dan populariti.
Masyarakat yang berdisplin.
Masyarakat yang tidak menepati janji dan masa.
Masyarakat yang lemah kerana cinta.
Masyarakat yang gigih berusaha.
Masyarakat atlet yang gigih menjalani latihan.
Masyrakat pelajar.
Masyarakat yang bertanggungjawab.
GAYA BAHASA
 Diksi
Penggunaan kata dalam bahasa Inggeris
Antaranya, one, two, three, airport, dan sorry
 Peribahasa
Jauh hati
Kilas ikan dia air tahu jantan betinanya
 Sinkope
“Kamu nak ke mana ni?”tegur Mak Jah.
“Tak bersampul?”kata Juriah sambil mengenyitkan mata.
 Simile
Kamarul bagaikan seekor kuda yang dipacu punggungnya memecut sekuat tenaga.
Daunnya bergerak-gerak seperti diusik-usik.
 Personifikasi
Hatinya dicengkam dengan seribu kemarahan.
Cermin jendela Air bus kelihatan merenek-renek dilanda tempias hujan.
 Repetisi
Mengharapkan emak di rumah, emak lebih sibuk dengan persatuan wanitanya.
 Anafora
Maafkkan aku, Saridah! Maafkan aku, Cikgu Zainal! Maafkan aku, Encik Kadir!
Maafkan aku, kawan-kawan!
NIlai
 Bertanggungjawab
-Adibah cuba mengambil tindakan tentang kesalahan Kamarul kerana dia seorang ketua kelas. Encik Kadir juga
cuba untuk menyelesaikan masalah Kamarul kerana dia bertanggungjawab atas atletnya-atletnya.
 Kesopanan
-Kesopanan Saridah yang menambat hati Mak Jah.
 Keyakinan
-Kamarul pada akhir cerita yakin pada dirinya dia dapat mencapai kemenangan dengan sokongan rakan-rakan dan
jurulatihnya.
 Mengakui kesalahan diri
-Kamarul sedar akan kesalahan dia terhadap semua orang yang disakitinya semasa dia terlantar sakit di hospital.
 Hormat-menghormati
-De Wega menghormati Kamarul walaupun Kamarul muda daripadanya dan telah mengalahkan dalam lumba lari.
 Pemaaf
-Kamarul dan Saridah memaafkan satu sama lain.
 Amanah
-Sures telah menyampaikan pesanan Encik Kadir kepada Kamarul.
 Kerajinan
-Sures rajin berlatih untuk menewaskan Kamarul . Kamarul juga rajin berlatih dia rumah walaupun dia tak datang ke
latihan pusat.
 Kesabaran
-Encik Kadir sabar akan kelakuan Kamaru; yang tidak betanggungjawab itu dan masih percaya akan Kamarul.
 Kasih Sayang
-Kasih sayang terhadap Kamarul sebagai kawnan. Saridah cuba menasihati kawan baiknya yang semakin angkuh.
Selain itu, Saridah berada di sisi Kamarul semasa dia terlantar sakit di hospital.
Pengajaran
Kita hendaklah berusaha mengejar cita-cita.
Kita hendaklah mempunya semangat maju sukan
untuk negara.
Kita hendaklah patuh akan nasihat jurulatih.
Kita hendaklah bersyukur setelah mencapai kejayaan
bukan bersikap sombong dan ego.
Kita hendaklah memohon maaf setelah melakukan
kesalahan.
Kita perlu memaafkan kesalahan orang lain.
Kita hendaklah membantu rakan-rakan yang
menghadapi masalah.
Kita hendaklah menepati janji setelah berjanji.

More Related Content

What's hot

Tugasan cuti akhir semester2 tahun 2018 tigkatan 1 (bm)
Tugasan cuti akhir semester2 tahun 2018 tigkatan 1 (bm)Tugasan cuti akhir semester2 tahun 2018 tigkatan 1 (bm)
Tugasan cuti akhir semester2 tahun 2018 tigkatan 1 (bm)
dinienadhrah
 

What's hot (20)

Komsas BM Tingkatan 1
Komsas BM Tingkatan 1Komsas BM Tingkatan 1
Komsas BM Tingkatan 1
 
Kesusasteraan Melayu (Novel Pelari Muda)
Kesusasteraan Melayu (Novel Pelari Muda)Kesusasteraan Melayu (Novel Pelari Muda)
Kesusasteraan Melayu (Novel Pelari Muda)
 
Kesusasteraan melayu tingkatan 1
Kesusasteraan melayu tingkatan 1Kesusasteraan melayu tingkatan 1
Kesusasteraan melayu tingkatan 1
 
Bm analisis buku 1f
Bm analisis buku 1fBm analisis buku 1f
Bm analisis buku 1f
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Assessment bm 2018
Assessment bm 2018Assessment bm 2018
Assessment bm 2018
 
Kesusateraan melayu novel pelari muda alia razip 1 razzi
Kesusateraan melayu novel pelari muda alia razip 1 razziKesusateraan melayu novel pelari muda alia razip 1 razzi
Kesusateraan melayu novel pelari muda alia razip 1 razzi
 
Pelari muda
Pelari mudaPelari muda
Pelari muda
 
Novel pelari muda
Novel pelari mudaNovel pelari muda
Novel pelari muda
 
KESUSTERAAN MELAYU - NOVEL PELARI MUDA
KESUSTERAAN MELAYU - NOVEL PELARI MUDAKESUSTERAAN MELAYU - NOVEL PELARI MUDA
KESUSTERAAN MELAYU - NOVEL PELARI MUDA
 
Pelari muda
Pelari mudaPelari muda
Pelari muda
 
Analisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah AziaAnalisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
 
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah AziaAnalisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
 
Novel pelari muda
Novel pelari mudaNovel pelari muda
Novel pelari muda
 
Tugasan cuti akhir semester2 tahun 2018 tigkatan 1 (bm)
Tugasan cuti akhir semester2 tahun 2018 tigkatan 1 (bm)Tugasan cuti akhir semester2 tahun 2018 tigkatan 1 (bm)
Tugasan cuti akhir semester2 tahun 2018 tigkatan 1 (bm)
 
ASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYU
ASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYUASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYU
ASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYU
 
tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adani
tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adanitugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adani
tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adani
 
Novel pelari muda
Novel pelari mudaNovel pelari muda
Novel pelari muda
 
NOVEL PELARI MUDA
NOVEL PELARI MUDANOVEL PELARI MUDA
NOVEL PELARI MUDA
 
novel pelari muda
novel pelari mudanovel pelari muda
novel pelari muda
 

Recently uploaded

BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
FitriaSarmida1
 

Recently uploaded (20)

vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 

Bm assessment

  • 1. UNIT TITLE: KESUSASTERAAN MELAYU NAMA: IZZ DHIYA BT KHAIRUL MAZHALIS NO. MATRIK: PB180149 KELAS: 1 JAZARI TAJUK KARYA: PELARI MUDA CIKGU: SHURDI BIN SHUIB
  • 2. SINOPSIS Cerita ini mengisahkan tentang pengalaman watak utama iaitu Kamarul seorang pelajar tingkatan 5 yang berjaya dalam sukan olahraga. Beliau terpilih mewakili negara dalam kejohanan Sukan SEA di Brunei. Kamarul terpilih untuk mewakili negara dalam kejohanan Sukan SEA di Bangkok dua bulan lagi. Dia dilatih oleh Encik Kadir. Kejayaan ini telah menjadikan Kamarul dikenali ramai, disanjung dan popular. Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan ini sikap Kamarul pada pandangan kawan-kawannya sudah berubah. Kamarul bersikap sombong, ego, menjauhkan diri daripada kawan-kawan, malah tidak berdisiplin menjalani latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Akibat sikapnya yang rendah moral itu, Kamarul ditegur oleh kawan baiknya Saridah. Teguran Saridah menjadi punca dia menyepikan diri daripada Saridah. Kamarul juga menunjukkan sikap tidak menghormati jurulatihnya. Teguran-teguran yang diberikan oleh Encik Kadir dibalas dengan jawapan dan tindakan yang tidak bermoral. Suatu hari, dalam perjalanan balik daripada latihan Kamarul dilanggar kereta. Dia dimasukkan ke hospital. Sepanjang berada di hospital, Encik Kadir dan Saridah tetap menziarahi Kamarul. Kamarul insaf dan berubah sikap. Setelah sembuh daripada kecederaan, Kamarul menjalani semula latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Hubungan Kamarul dengan Encik Kadir bertambah baik. Hasrat Kamarul untuk mewakili negara telah direstui oleh pihak sekolah. Kamarul dan delegasi Malaysia berlepas ke Bangkok untuk menyertai kejohanan Sukan SEA ke-14 di Bangkok. Di Bangkok, Kamarul mengambil kesempatan untuk bertemu dengan De Wega, atlet sukan lari Fiipina yang terkenal. Berita Kamarul sebagai atlet Malaysia tersiar dalam media massa di Bangkok. Dalam acara lari 100m dan 400m kejohanan tersebut Kamarul telah meraih pingat emas. Kejayaan Kamarul mendapat pujian daripada Encik Kadir, termasuk rakan-rakan sekelasnya di Malaysia. Kamarul mengucapkan terima kasih atas bimbingan Encik Kadir dan menjadi pendorong kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu apabila Encik Kadir menyatakan hasratnya untuk bersara. Setelah kejohanan Sukan SEA tamat, Kamarul dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Malaysia membawa kejayaan cemerlang untuk negara, sekolah dan untuk dirinya sendiri. Di lapangan terbang Kamarul telah disambut dengan meriah dengan ucapan tahniah daripada ibu bapa dan rakan- rakannya.
  • 3. TEMA Tema novel ini adalah kesombongan seorang remaja apabila mendapat sanjungan daripada media menyebabkan dia tidak lagi berdisiplin dalam latihan. Hal ini dibuktikan menerusi watak utama, Kamarul yang meraih kejayaan dalam sukan MSSM dan seterusnya terpilih dalam Sukan SEA di Brunei. Media banyak memaparkan kehebatan Kamarul menyebabkan dia menjadi sombong dan tidak mahu berlatih lagi di bawah kelolaan Encik Kadir. Hubungan dengan rakannya, Saridah renggang gara-gara sikapnya yang angkuh. Namun, dia akhirnya insaf apabila prestasinya menurun dan rakan pelatihnya, Sures berjaya mengalahkan dalam sesi kecerdasan.
  • 4. PERSOALAN 1. Hubungan dua jiwa remaja yang ada pasang surut Contohnya: Kamarul berkawan rapat dengan rakan sekolahnya, Saridah dan Saridah pula amat menyayanginya,namun sikap Kamarul yang angkuh setelah terkenal menyebabkan hubungan mereka menjadi dingin. 2. Komitmen jurulatih untuk memastikan pelatih yang dibimbing menjadi juara Contohnya: Encik Kadir berterusan melatih Kumar, Sures dan Rajip untuk memastikan mereka meraih kejuaraan dalam Sukan SEA di Bangkok. Encik Kadir melatih Kamarul dengan sabar sehingga Kamarul meraih pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter walaupun pada peringkat awal Kamarul tidak berdisiplin, angkuh dan suka berlatih sendiri. 3. Kekurangan kasih sayang menyebabkan anak bersikap dingin terhadap keluarga sendiri Contohnya: Saridah kurang mendapat perhatian daripada keluarganya; emaknya sibuk dengan persatuan wanita, ayahnya sibuk dengan hal kerja di pejabat, kakaknya lebih mengutamakan tunangnya, menyebabkan Saridah lebih selesa menghabiskan masa bersama- sama Juriah dan mengharapkan perhatian daripada Kamarul. 4. Disiplin penentu kejayaan Contohnya: Encik Kadir dan atlet Filipina, De Wega menasihati Kamarul tentang pentingnya disiplin jika ingin menjadi atlet yang
  • 5. WATAK & PERWATAKAN 1. Kamarul Baharuddin Berusia 17 tahun Seorang pelari pecut, mewakili negara Malaysia. Kamarul berkawan rapat dengan Saridah. Mereka mula berkawan rapat semasa sukan MSSM. Seorang yang angkuh dan sombong kerana kejayaan dan kepopularannya. Seorang yang tidak berdisiplin. Belajar dalam Tingkatan 5 Sastera 1 dan akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun. Tidak mengenang budi -Kamarul enggan berlatih di bawah bimbingan Encik Kadir kerana telah bosan. Buruk sangka -Encik Kadir sengaja mendendanya berlari lapan kali pusing keliling padang untuk membalas dendam. Insaf akan kesalahannya -Kamarul menyesal bersikap kurang ajar dengan Encik Kadir dan bersikap sombong dengan kawan-kawan sekolah setelah dia dilanggar kereta.
  • 6. Watak & perwatakan 2. Saridah Saridah ialah kawan baik Kamarul. Berusia 17 tahun. Seorang pelari pecut. Berkawan baik dengan Kamarul dan Juriah Menyukai Kamarul dan amat mengambil berat tentang Kamarul. Seorang yang bersopan santun. Seorang yang peramah dengan orang tua. Belajar dalam tingkatan 5 Sastera 1 dan akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun.
  • 7. WATAK DAN PERWATAKAN 3. Mak Jah Ibu kepada Kamarul dan isteri kepada Encik Baharuddin. Seorang ahli perniagaan yang berjaya. Penyayang- Menyayangi Saridah kerana dia tidak mempunyai anak perempuan. Prihatin- Menasihati Kamarul supaya berbaik-baik dengan Saridah. Bertanggungjawab- Menjaga Kamarul di hospital. 4. Sures Menon Sures ialah ahli sepasukan dengan Kamarul. Berusia 17 tahun. Seorang pelari pecut, mewakili negara Malaysia. Berazam untuk menewaskan catatan masa Kamarul. Seorang yang berdisiplin. Seorang yang amanah- Buktinya, dia menyampaikan pesanan Encik Kadir kepada Kamarul.
  • 8. WATAK DAN PERWATAKAN 5. Juriah Juriah ialah kawan baik Saridah. Berusia 17 tahun. Sentiasa membantu Saridah dalam susah dan senang. Seorang yang selalu bergurau. 6. Encik Kadir Encik Kadir ialah jurulatih untuk atlet olahraga kontijen Malaysia. Seorang yang tegas. Seorang yang tidak berputus asa dan mengambil berat akan atlet-atletnya. Seorang yang bertimbang rasa.
  • 9. Watak dan perwatakan 7. De Wega De Wega ialah pelari pecut Filipina yang diminati Kamarul. Berusia 34 tahun. Seorang buruh kereta api sebelum menjadi pelari pecut. Seorang yang berdisplin. Seorang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.
  • 10. Plot Permulaan - Kamarul bersiap-siap hendak ke sekolah. Kamarul tidak gembira hubungannya dengan Saridah semakin renggang. Dalam perjalanan ke sekolah, Kamarul teringat akan Cikgu Zainal , guru sukan yang mula-mula mengesan bakatnya dalam bidang olahraga. Perkembangan - Kamarul telah banyak berubah kerana sudah terkenal. Kamarul enggan berlatih dengan Encik Kadir kerana baginya latihan yang diberikan Encik Kadir amat membosankannya. Kamarul enggan bergaul dengan kawan-kawan sekolah. Kamarul juga enggan menjalani latihan sukan sekolah. Klimaks - Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya semakin menurun. Kamarul bergaduh dengan Encik Kadir kerana dia ponteng latihan. Akibat terlalu runsing, Kamarul melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri. Kamarul dilanggar kereta. Kamarul melambung ke udara kemudian terhempas di tengah-tengah jalan. Kamarul pengsan lalu di bawa ke hospital. Peleraian - Kamarul mendapat dua pingat emas dalam acara lari pecut 100 meter dan 400 meter dalam sukan SEA ke-14 di Bangkok. Kamarul bertukar-tukar cenderamata dengan De Wega. Kamarul dan atlet- atlet yang lain pulang ke Malaysia.
  • 11. TEKNIK PLOT - Teknik dialog - Teknik monolog - Teknik monolog dalaman - Teknik imbas kembali - Teknik pemerian
  • 12. LATAR TEMPAT 1. Pusat Sukan Kampung Pandan Kompleks tersebut merupakan tempat Kamarul dan rakan-rakannya seperti Sures berlatih di bawah kendalian Encik Kadir sehinggalah berjaya membentuk Kamarul menjadi atlet yang berjaya dan meraih kejayaan dalam Sukan SEA di Bangkok. 2. Stadium Nasional, Bangkok Tempat berlangsungnya Sukan SEA ke-14 dan di tempat itulah Kamarul berjaya meraih pingat emas menerusi acara 100 meter dan 400 meter. 3. Hospital Tempat Kamarul menerima rawatan selama empat hari, gara-gara dilanggar kenderaan. 4. Stadium Merdeka Tempat Kamarul dan Saridah menyertai Sukan MSSM. Di situ jugalah mereka saling mengenali seterusnya hubungan tersebut berpanjangan sehunggalah timbul perasaan sayang di jiwa Saridah terhadap 5. Kantin Sekolah Tempat Saridah dan Juriah bersembang tentang hubungannya dengan Kamarul yang renggang dan Juriah pula menasihati Saridah agar melupakan Kamarul sebaiknya memberi fokus terhadap SPM.
  • 13. LATAR MASA Latar Masa Pada waktu siang Latar Masyarakat Masyarakat yang sombong dan angkuh apabila mendapat kejayaan dan populariti. Masyarakat yang berdisplin. Masyarakat yang tidak menepati janji dan masa. Masyarakat yang lemah kerana cinta. Masyarakat yang gigih berusaha. Masyarakat atlet yang gigih menjalani latihan. Masyrakat pelajar. Masyarakat yang bertanggungjawab.
  • 14. GAYA BAHASA  Diksi Penggunaan kata dalam bahasa Inggeris Antaranya, one, two, three, airport, dan sorry  Peribahasa Jauh hati Kilas ikan dia air tahu jantan betinanya  Sinkope “Kamu nak ke mana ni?”tegur Mak Jah. “Tak bersampul?”kata Juriah sambil mengenyitkan mata.  Simile Kamarul bagaikan seekor kuda yang dipacu punggungnya memecut sekuat tenaga. Daunnya bergerak-gerak seperti diusik-usik.  Personifikasi Hatinya dicengkam dengan seribu kemarahan. Cermin jendela Air bus kelihatan merenek-renek dilanda tempias hujan.  Repetisi Mengharapkan emak di rumah, emak lebih sibuk dengan persatuan wanitanya.  Anafora Maafkkan aku, Saridah! Maafkan aku, Cikgu Zainal! Maafkan aku, Encik Kadir! Maafkan aku, kawan-kawan!
  • 15. NIlai  Bertanggungjawab -Adibah cuba mengambil tindakan tentang kesalahan Kamarul kerana dia seorang ketua kelas. Encik Kadir juga cuba untuk menyelesaikan masalah Kamarul kerana dia bertanggungjawab atas atletnya-atletnya.  Kesopanan -Kesopanan Saridah yang menambat hati Mak Jah.  Keyakinan -Kamarul pada akhir cerita yakin pada dirinya dia dapat mencapai kemenangan dengan sokongan rakan-rakan dan jurulatihnya.  Mengakui kesalahan diri -Kamarul sedar akan kesalahan dia terhadap semua orang yang disakitinya semasa dia terlantar sakit di hospital.  Hormat-menghormati -De Wega menghormati Kamarul walaupun Kamarul muda daripadanya dan telah mengalahkan dalam lumba lari.  Pemaaf -Kamarul dan Saridah memaafkan satu sama lain.  Amanah -Sures telah menyampaikan pesanan Encik Kadir kepada Kamarul.  Kerajinan -Sures rajin berlatih untuk menewaskan Kamarul . Kamarul juga rajin berlatih dia rumah walaupun dia tak datang ke latihan pusat.  Kesabaran -Encik Kadir sabar akan kelakuan Kamaru; yang tidak betanggungjawab itu dan masih percaya akan Kamarul.  Kasih Sayang -Kasih sayang terhadap Kamarul sebagai kawnan. Saridah cuba menasihati kawan baiknya yang semakin angkuh. Selain itu, Saridah berada di sisi Kamarul semasa dia terlantar sakit di hospital.
  • 16. Pengajaran Kita hendaklah berusaha mengejar cita-cita. Kita hendaklah mempunya semangat maju sukan untuk negara. Kita hendaklah patuh akan nasihat jurulatih. Kita hendaklah bersyukur setelah mencapai kejayaan bukan bersikap sombong dan ego. Kita hendaklah memohon maaf setelah melakukan kesalahan. Kita perlu memaafkan kesalahan orang lain. Kita hendaklah membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah. Kita hendaklah menepati janji setelah berjanji.