SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
TUGASAN CUTI AKHIR SEMESTER 2
TAHUN 2018 TINGKATAN 1
• nama: Eisyah Adani Bt Elias
• no.matrik:PB180270
• kelas:1 RAZZI
• tajuk karya:Novel Pelari Muda
SINOPSIS
•Sinopsis Bab 1
•Setelah pulang berjoging Kamarul menunjukkan sikap yang berbeza daripada biasa. Perubahan sikap Kamarul
disedari ibunya Mak Jah. Mak Jah mengesyaki perubahan itu kerana pergaduhan dengan Saridah. Sangkaan Mak Jah
itu benar, apabila Kamarul mengakui bahawa berlaku sedikit salah faham dengan Saridah. Saridah menegur sikap
Kamarul yang menjauhkan diri daripadanya dan juga kawan-kawan lain setelah Kamarul menjadi terkenal sebagai atlit
sukan lumba lari 100 m di peringkat antarabangsa. Kamarul berasa resah mengenangkan pertengkaran yang berlaku
itu dan mencari Saridah untuk memohon maaf.
•Sinopsis Bab 2
•Sures kecewa kerana Kamarul mungkir janji untuk hadir pada sesi latihan di Pusat Sukan Kampung Pandan. Sikap
Kamarul telah menimbulkan tanda tanya Sures. Encik Kadir selaku jurulatih pula risau dengan prestasi Kamarul.
Latihan pada petang itu dijalankan seperti biasa. Oleh sebab, Kamarul tidak hadir, acara 100 m terpaksa dibatalkan.
Setelah tamat latihan, Sures pulang ke rumah. Sewaktu sampai di laman rumah, Saridah datang bertemu Sures
bertanyakan tentang Kamarul. Sures pula musykil dengan punca masalah yang berlaku di antara Saridah dengan
Kamarul. Walau bagaimanapun, Saridah berharap masalah yang dihadapinya tidak diperbesar-besarkan.
•Sinopsis Bab 3
•Saridah berada di perpustakaan dan berharap dapat berjumpa dengan Kamarul. Walau bagaimanapun, dia kecewa
kerana Kamarul tidak muncul. Saridah berasa kecewa dan merasakan dirinya dipersalahkan atas sikap dingin
Kamarul. Dalam keadaan sedih dan resah itu muncul kawan rapatnya, Juriah dan bertanya tentang masalah Saridah.
Setelah diberitahu Saridah, Juriah meminta Saridah tidak terlalu memikirkan tentang Kamarul, sebaliknya percaya
masih ada masa untuk Saridah memperbaiki persahabatannya dengan Kamarul. Saridah tidak terus pulang ke rumah
walaupun loceng tamat persekolahan hari itu telah berbunyi, sebaliknya dia berseorangan di dalam bilik darjah
memikirkan masalahnya dengan Kamarul. Saridah membuat keputusan untuk menulis surat kepada Kamarul. Juriah
yang menjengok ke bilik itu terkejut mendapati Saridah belum pulang ke rumah. Kesempatan Juriah datang ke situ,
Saridah meminta pertolongan Juriah untuk menyampaikan surat yang dituliskan itu kepada Kamarul
• sinopsis bab 4
• Mak Jah memerhatikan gelagat anaknya ketika Kamarul hendak keluar berjoging. Mak Jah terbayang keresahan yang dialami Kamarul.
Apabila Kamarul mula hendak pergi, Mak Jahpun memberikan surat yang diterima kepada Kamarul. Kamarul pula berasa musykil
tentang pengirim surat itu tetapi tidak dinyatakan oleh Mak Jah pengirimnya. Sambil berlari, Kamarul membaca surat yang diterima itu.
Kamarul terkejut kerana surat itu datangnya daripada Saridah. Hatinya terharu dengan kejujuran Saridah menulis. Kamarul terus
berjoging masuk ke Stadium Merdeka. Melihat suasana stadium yang luas itu, Kamarul terbayang dirinya sedang beraksi dan penonton
pula bersorak dengan bersemangat menjerit-jeritkan namanya. Khayalan Kamarul kemudiannya terganggu dan dia meraung sekuat hati
ke dalam stadium dan kemudiannya berlari keluar dari stadium dengan perasaan sayu mengingatkan Saridah.
• Sinopsis Bab 5
• Saridah kecewa kerana Juriah yang ditunggu tidak datang pada masa yang dijanjikan. Dalam jemu menunggu Saridah teringat Kamarul
yang juga tidak datang menemuinya di perpustakaan. Sewaktu menatap sekeping gambar dalam album di bilik rumahnya, Saridah
teringat kenangan manis bertemu Kamarul sewaktu menyertai sukan MSSM di Stadium Merdeka. Kenangan itu amat menyentuh
perasaan Saridah, kerana hubungan baik dengan Kamarul berpanjangan dari padang permainan ke bilik darjah hingga ke rumah.
Saridah teringat kemesraan ibu bapa Kamarul terhadapnya. Walau bagaimanapun, setelah Kamarul terkenal dan glamour sebagai atlit
sukan, sikapnya terhadap Saridah mula berubah. Perubahan inilah yang membuatkan Saridah kecewa dan sedih.
• Sinopsis Bab 6
• Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kemerosotan prestasi Kamarul. Manakala prestasi Sures kian cemerlang. Encik
Kadir sangat bangga akan pencapaian prestasi Sures. Dia mahu semua pelatihnya mengatasi rekod terpantas yang dibuat oleh pelari
sukan negara lain. Encik Kadir memanggil Kamarul bertanya tentang masalah yang dihadapi Kamarul, tetapi Kamarul tidak menceritakan
masalahnya, sebaliknya menunjukkan respon yang angkuh terhadap Encik Kadir. Kamarul memberitahu bahawa dia boleh berlatih
sendiri dan tidak perlu latihan daripada orang lain. Sikap Kamarul ini amat memeranjatkan Encik Kadir.
• Sinopsis Bab 7
• Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir setelah membaca kenyataan Encik Kadir dalam akhbar. Sikap itu ditegur oleh Mak
Jah. Pada ketika itu juga Kamarul menerima panggilan telefon daripada Saridah. Saridah menyatakan kemaafannya dan mendoakan
kejayaan Kamarul di Bangkok nanti. Pada sebelah petang di sekolah, Saridah bertemu dengan Juriah. Mereka berbual-bual di kantin
begitu lama. Saidah meluahkan perasaan hatinya yang terpendam terhadap Kamarul untuk dikongsi bersama-sama dengan Juriah.
Juriah memahami perasaan yang dialami Saridah dan memberi kata nasihat supaya Saridah lebih mengutamakan pelajaran. Setelah
lama berbual-bual, merekapun pergi ke padang sekolah.
• Sinopsis Bab 8
• Kamarul dipanggil oleh Cikgu Zainal ke bilik guru. Sebelum keluar, berlaku sedikit perang mulut antara Kamarul dengan Adibah, Ketua
Kelas apabila Kamarul cuba keluar kelas sebelum loceng berbunyi. Sikap angkuh Kamarul menimbulkan rasa tidak puas hati Adibah.
Apabila loceng berbunyi, Kamarul terus pergi menemui Cikgu Zainal. Cikgu Zainal memberitahu bahawa Kamarul diberi kebenaran untuk
bercuti bagi mewakili negara. Cikgu Zainal mengucapkan syabas kepada Kamarul dan menasihati Kamarul supaya memberi perhatian
terhadap peperiksaan SPM di samping kegiatan sukan yang diceburinya.
• Sinopsis Bab 9
• Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersama-sama dengan Sures dan rakan-rakan pelatih lain. Sures menunjukkan prestasi yang
cemerlang, manakala Kamarul masih tidak berjaya mencapai rekod lamanya. Encik Kadir tidak berpuas hati dengan pencapaian
Kamarul. Beliau menasihati Kamarul agar lebih serius dan berdisiplin menjalani latihan. Kamarul tidak menunjukkan sikap patuh,
sebaliknya Kamarul berpendapat tanpa disiplin pun dia boleh berjaya. Encik Kadir memberikan sebutir pingat yang pernah dimenanginya
sebagai pendorong Kamarul. Namun, Kamarul tidak mahu menerima pingat itu dan bertindak melemparkannya di hadapan Encik Kadir.
Encik Kadir terkejut dengan tindakan Kamarul. Dalam perjalanan pulang, Kamarul teringat-ingat perbuatan terhadap Encik Kadir.
Terbayang juga dalam ingatan akan sikap angkuh dan menyoal diri sendiri dengan sikapnya itu. Tanpa menoleh ke kiri dan kanan ketika
melangkah menyeberangi jalan raya, Kamarul dilanggar sebuah kenderaan.
• Sinopsis Bab 10
• Kamarul dirawat di hospital kerana kecederaan yang dialami dengan ditemani ibunya Mak Jah. Saridah dan Encik Kadir datang
menziarahi Kamarul tetapi dia masih tidur di katil. Sebelum beredar Encik Kadir menenangkan Mak Jah dengan harapan kesihatan
Kamarul segera pulih. Setelah sedar, Kamarul dapati Saridah ada di sisinya. Mereka bertanya khabar dan Saridah menyampaikan salam
daripada Encik Kadir dan
• Sures. Dalam pada itu, Saridah masih berharap kesalahannya yang lalu dimaafkan Kamarul. Doktor memberitahu bahawa kecederaan
Kamarul tidak serius dan boleh balik ke rumah. Kunjungan kawan-kawan ke hospital membuatkan Kamarul berasa terharu, terutama
pada Saridah dan Encik Kadir. Kamarul mengelamun tentang sikap buruknya terhadap Encik Kadir, Cikgu Zainal, Saridah dan kawan-
kawan yang lain. Timbul keinsafan dalam dirinya dan mula timbul keazaman untuk serius dalam latihan. Encik Kadir datang
menyebabkan lamunan Kamarul terganggu. Encik Kadir memberitahu bahawa dia akan membawa Kamarul balik ke rumah. Kamarul
berasa terharu dengan keikhlasan Encik Kadir tetapi dalam masa yang sama dia ceria dan gembira kerana dapat keluar dari hospital.
• Sinopsis Bab 11
• Pihak KOAM mengeluarkan kenyataan akhbar meletakkan harapan yang tinggi pada Kamarul dalam sukan SEA di Bangkok. Kenyataan
ini membuatkan Kamarul resah. Walau bagaimanapun, Kamarul telah bersedia untuk berlatih bersungguh-sungguh. Kedatangan
Kamarul di pusat latihan menggembirakan Encik Kadir. Encik Kadir menguji kepantasan Kamarul, namun prestasi Kamarul masih tidak
memuaskan hati Encik Kadir. Namun, Encik Kadir meyakinkan Kamarul bahawa prestasinya akan meningkat apabila kesihatannya
kembali normal. Di rumah, Kamarul menilik gambar-gambar atlet sukan olahraga yang terkenal. Daripada situ, beliau berazam untuk
membuat catatan terbaik sebagaimana tokoh-tokoh atlet yang berjaya itu.
• Sinopsis Bab 12
• Suasana di lapangan terbang sebelum Kamarul dan atlet lain berlepas ke Bangkok. Dalam keriuhan dan suara kawan-kawan yang
memberi semangat, Kamarul masih tercari-cari Saridah yang masih tidak muncul. Keresahan Kamarul menjadi usikan kawan-kawannya
Adibah dan Fazilah. Tidak lama kemudian Saridah sampai di situ dan disambut riang oleh Kamarul. Saridah dengan mesra
mengucapkan selamat jalan dengan harapan semoga Kamarul berjaya
• Sinopsis Bab 13
• Kontinjen Malaysia sampai di Bangkok. Kamarul dan Sures tinggal sebilik. Mereka seronok kerana inilah kali pertama mereka ke
Bangkok. Kamarul masih dilanda perasaan muram kerana bimbang akan kecergasannya yang belum mencapai tahap terbaik. Walau
bagaimanapun, ia ditenangkan oleh Sures dengan kata-kata semangat dan keyakinan untuk berjaya. Kamarul dan atlet lain menjalani
latihan kepantasan di gimnasium A. Seusai latihan Kamarul mencari De Wega, atlit Filipina yang diminatinya. Pertemuan dengan De
Wega amat mengembirakan Kamarul. Mereka berkenalan dan berbual panjang tentang publisiti De Wega, tentang semangat kesukanan,
disiplin dan pengalaman diri. Banyak maklumat yang diperoleh oleh Kamarul daripada De Wega dan banyak pula pengajaran yang
meningkatkan semangatnya. Kamarul berasa gembira dengan pertemuan itu dan semangatnya untuk berjaya semakin berkobar-kobar.
• Sinopsis Bab 14
• Berita tentang Kamarul muncul dalam televisyen dan akhbar di Bangkok. Kamarul terkejut mendengar hal itu apabila diberitahu oleh
Abdul Rahman. Pada sebelah petang berlangsung upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Ke-14. Kamarul dan Sures menyertai
perbarisan kontingen Malaysia. Pertandingan acara bermula selepas itu. Pada hari pertama, Malaysia telah memenangi beberapa pingat
emas, perak dan gangsa. Encik Kadir dan penolong jurulatihnya memberi perangsang dan semangat kepada Kamarul dan atlit Malaysia
yang lain. Encik Kadir memberikan Kamarul sebutir pingat emas yang pernah dimenanginya sebagai perangsang Kamarul. Kamarul
menerima dan mengikatnya di pinggang. Acara 100m bermula. Kamarul berjaya meraih kejayaan menewaskan peserta lain termasuk
atlit Filipina, De Wega yang diminatinya. Pada sebelah petang, Kamarul memenangi satu lagi pingat emas menerusi acara 400m.
Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan atlit dan pegawai-pegawai, termasuk ucapan tahniah
daripada rakan-rakan di Malaysia terutamanya Saridah. Encik Kadir berasa puas dengan kejayaan Kamarul. Kamarul terkejut apabila
Encik Kadir memberitahu cadangannya
• untuk bersara selepas kejohanan sukan ini. Kamarul terharu dan terkilan apabila diberitahu Encik Kadir sepatutnya bersara pada tahun
ini tetapi menangguhkannya demi kejayaan sukan SEA ini.
• Sinopsis Bab 15
• Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah berakhir. Malaysia menduduki tepat kedua. Di hotel penginapan, Kamarul dikunjungi De
Wega. De Wega mengucapkan tahniah kepada Kamarul. De Wega memberi nasihat dan kata perangsang kepada Kamarul. Kemudian
Kamarul memberikan cenderamata kepada De Wega sebagai kenang-kenangan. Demikian juga De Wega turut memberikan
cenderamata berupa sebutir pingat emas yang pernah dimenangi dalam sukan SEA di Brunei kepada Kamarul. Penerbangan pulang atlit
Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Subang Kuala Lumpur dan disambut meriah oleh emak, ayah,kakak, Saridah dan beberapa
orang kawan-kawannya. Semua mengucapkan tahniah atas kejayaan Kamarul.
TEMA
• Tema :
• Cerita dalam novel ini membawa tema keinsafan yang membawa
kajayaan.
• Moral menjadi isu utama yang dibebankan pada watak Kamarul.
Kejayaan menjadi atelit sukan olahraga yang terkenal di peringkat
sukan SEA di Brunei telah merubah sikap Kamarul menjadi seorang
yang rendah moralnya, kerana bersikap angkuh, sombong dan ego
dengan kawan-kawan, bersikap tidak sopan dan biadap terhadap
jurulatihnya Encik Kadir, melawan cakap dan bersikap tidak
mengenang berbudi. Walau bagaimanapun, kemalangan telah
menjadikan Kamarul insaf. Keinsafan adalah titik yang merubah
sikap buruk Kamarul kepada sikap yang baik dan bermoral. Dengan
moral yang baik itu juga Kamarul kembali bersemangat berusaha
untuk berjaya dalam pertandingan dan akhirnya dia berjaya
mencapai cita-cita membawa kejayaan dalam sukan SEA di
Bangkok. Keinsafan menjadi asas kejayaan dan sokongan padu
jurulatih serta kawan-kawannya.
PERSOALAN
• Persoalan :
• i. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak
• Contoh: Mak Jah menyayangi anaknya Kamarul dan sentiasa mengambil berat terhadap segala masalah anaknya.
• ii. Persoalan tekanan perasaan yang dihadapi oleh remaja akibat persaingan dan harapan tinggi yang dipertaruhkan kepadanya
• Contoh: Tekanan perasaan yang dihadapi oleh Kamarul akibat persaingan dengan Sures yang lebih cemerlang daripadanya dan harapan
tinggi yang dipertaruhkan kepadanya.
• iii. Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan untuk masa depan
• Contoh: Juriah mengingatkan Saridah tentang peperiksaan SPM lebih penting daripada mengingati Kamarul.
• iv. Persoalan persahabatan dalam kalangan remaja
• Contoh: Gambaran persahabatan erat Saridah dengan Juriah.
• v. Dunia kehidupan pelajar
• Contoh: Gambaran suasana pelajar-pelajar tingatan 5 di sebuah sekolah.
• vi. Persoalan kepentingan menjaga disiplin
• Contoh: Mereka berkenalan dan berbual-bual tentang publisiti De Wega, tentang semangat kesukanan, disiplin dan pengalaman diri.
• vii. Persoalan kepentingan sukan untuk sekolah dan negara
• Contoh: Kepentingan sukan untuk menaikkan imej sekolah dan negara. Kamarul dan delegasi Malaysia ke Bangkok dan Kamarul berjaya
dalam acara 100m dan 400m.
WATAK PERWATAKAN
Watak Utama : Kamarul Baharuddin
•Berusia 17 tahun.
•Seorang pelari pecut, mewakili negara Malaysia.
•Kamarul berkawan rapat dengan Saridah. Mereka mula berkawan rapat semasa sukan MSSM.
•Seorang yang angkuh dan sombong kerana kejayaan dan kepopularannya.
•Seorang yang tidak berdisiplin.
•Belajar dalam Tingkatan 5 Sastera 1 dan akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun.
•Tidak mengenang budi
•– Kamarul enggan berlatih bawah bimbingan Encik Kadir kerana telah bosan.
•Buruk sangka
•– Encik Kadir sengaja mendendanya berlari lapan kali pusing keliling padang untuk membalas
dendam.
•Insaf akan kesalahannya
•– Kamarul menyesal bersikap kurang ajar dengan Encik Kadir dan bersikap sombong dengan
kawan-kawan sekolah setelah dia dilanggar kereta
• WATAK SAMPINGAN
1. Saridah
• Saridah ialah kawan baik Kamarul.
• Berusia 17 tahun.
• Seorang pelari pecut.
• Berkawan baik dengan Kamarul dan Juriah.
• Menyukai Kamarul dan amat mengambil berat tentang Kamarul. Seorang yang bersopan santun.
• Seorang yang peramah dengan orang tua.
• Belajar dalam Tingkatan 5 Sastera 1 dan akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun.
2. Mak Jah
• Ibu kepada kamarul dan isteri kepada Encik Baharudin.
• Seorang ahli perniagaan yang berjaya.
• Penyayang – Menyayangi Saridah kerana dia tidak mempunyai anak perempuan.
• Prihatin – Menasihati Kamarul supaya berbaik-baik dengan Saridah.
• Bertanggungjawab – Menjaga Kamarul di hospital.
• 3. Sures Menon
• Sures ialah ahli sepasukan dengan Kamarul.
• Berusia 17 tahun.
• Seorang pelari pecut, mewakili negara Malaysia.
• Berazam untuk menewaskan catatan masa Kamarul.
• Seorang yang bersemangat dan bersungguh-sungguh.
• Seorang yang berdisiplin.
• Seorang yang amanah – Buktinya, dia menyampaikan pesanan Encik Kadir kepada Kamarul.
4. Juriah
•Juriah ialah kawan baik Saridah.
•Berusia 17 tahun.
•Sentiasa membantu Saridah dalam susah dan senang.
•Seorang yang selalu bergurau.
5. Encik Kadir
•Encik Kadir ialah jurulatih untuk atlet olahraga kontinjen Malaysia.
•Seorang yang tegas.
•Seorang yang tidak berputus asa dan mengambil berat akan atlet-atletnya.
•Seorang yang bertimbang rasa.
6. De Wega
•Wega ialah pelari pecut Filipina yang diminati Kamarul.
•Berusia 34 tahun.
•Seorang yang peramah dan rendah diri.
•Seorang buruh kereta api sebelum menjadi pelari pecut.
•Seorang yang berdisiplin.
•Seorang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.
•Pemurah dalam memberi nasihat.
PLOT
• Permulaan
• – Kamarul bersiap-siap hendak ke sekolah. Kamarul tidak gembira kerana hubungannya dengan Saridah
semakin renggang. Dalam perjalanan ke sekolah, Kamarul teringat akan Cikgu Zainal, guru sukan yang mula-
mula mengesan bakatnya dalam bidang olahraga.
• Perkembangan
• – Kamarul telah banyak berubah kerana sudah terkenal. Kamarul enggan berlatih dengan Encik Kadir kerana
baginya latihan yang diberikan oleh Encik Kadir amat membosankannya. Kamarul enggan bergaul dengan
kawan-kawan sekolah. Kamarul juga enggan menjalani latihan sukan sekolah.
• Klimaks
• – Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya semakin menurun. Kamarul bergaduh dengan Encik Kadir kerana
dia kerap ponteng latihan. Akibat terlalu runsing, Kamarul melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri. Kamarul
dilanggar kereta. Kamarul melambung ke udara kemudian terhempas di tengah-tengah jalan. Kamarul pengsan
lalu di bawa ke hospital.
• Peleraian
• – Kamarul mendapat dua pingat emas dalam acara lari pecut 100 meter dan 400 meter dalam Sukan SEA ke-14
di Bangkok. Kamarul menerima ucapan tahniah daripada Encik Kadir dan rakan-rakannya di Malaysia. Kamarul
bertukar-tukar cenderamata dengan De Wega. Kamarul dan atlet-atlet yang lain pulang ke Malaysia.
TEKNIK PLOT
•Teknik dialog
•Teknik monolog
•Teknik monolog dalaman
•Teknik imbas kembali
•Teknik pemerian
LATAR
LATAR TEMPAT
•Di rumah Kamarul
•Di sekolah
•Di hospital
•Di Pusat Sukan Kampung Pandan
•Di Bangkok
•Di perpustakaan sekolah
LATAR MASA
•Pada waktu siang
•LATAR MASYARAKAT
•Masyarakat yang sombong dan angkuh apabila mendapat kejayaan
dan populariti.
•Masyarakat yang berdisiplin.
•Masyarakat yang tidak menepati janji dan masa.
GAYA BAHASA
•Diksi
•Penggunaan kata dalam bahasa Inggeris. Antaranya, one, two, three, airport, dan sorry.
•Peribahasa
•jauh hati
•kilas ikan di air aku tahu jantan betinanya
•Sinkope
•“Kamu nak ke mana ni?” tegur Mak Jah.
•“Tak bersampul?” kata Juriah sambil mengeyitkan mata.
•Simile
•Kamarul bagaikan seekor kuda yang dipacu punggungnya memecut sekuat tenaga.
•Daunnya bergerak-gerak seperti diusik-usik.
•Personifikasi
•Hatinya dicengkam dengan seribu kemarahan.
•Cermin jendela Airbus kelihatan merenek-renek dilanda tempias hujan.
•Repetisi
•Mengharapkan emak di rumah, emak lebih sibuk dengan persatuan wanitanya.
•Anafora
•Maafkan aku, Saridah! Maafkan aku, Cikgu Zainal! Maafkan aku, Encik Kadir!
•Maafkan aku, kawan-kawan!
NILAI
Bertanggungjawab
•– Adibah juga cuba mengambil tindakan tentang kesalahan Kamarul kerana dia seorang ketua kelas. Encik Kadir juga
cuba untuk menyelesaikan masalah Kamarul kerana dia bertanggungjawab atas atlet-atletnya.
Kesopanan
•– Kesopanan Saridah yang menambat hati Mak Jah.
Keyakinan
•– Kamarul pada akhir cerita yakin pada dirinya dia dapat mencapai kemenangan dengan sokongan rakan-rakan dan
jurulatihnya.
Mengakui kesalahan diri
•– Kamarul sedar akan kesalahan dia terhadap semua orang yang disakitinya semasa dia terlantar sakit di hospital.
Hormat-menghormati
•– De Wega menghormati Kamarul walaupun Kamarul muda daripadanya dan telah mengalahkannya dalam lumba
lari.
Pemaaf
•– Kamarul dan Saridah memaafkan satu sama lain.
Amanah
•– Sures telah menyampaikan pesanan Encik Kadir kepada Kamarul.
Kerajinan
•– Sures rajin berlatih untuk menewaskan Kamarul. Kamarul juga rajin berlatih di rumah walaupun tidak datang ke
latihan pusat.
Kesabaran
•– Encik Kadir sabar akan kelakuan Kamarul yang tidak bertanggungjawab itu dan masih percaya akan Kamarul.
Kasih sayang
•– Kasih sayang Saridah terhadap Kamarul sebagai kawan. Saridah cuba menasihati kawan baiknya yang semakin
angkuh. Selain itu, Saridah berada di sisi Kamarul semasa dia terlantar sakit di hospital.
PENGAJARAN
•Kita hendaklah berusaha mengejar cita-cita.
•Kita hendaklah mempunyai semangat maju sukan untuk negara.
•Kita hendaklah patuh akan nasihat jurulatih.
•Kita hendaklah bersyukur setelah mencapai kejayaan bukan bersikap sombong dan
ego.
•Kita hendaklah memohon maaf setelah melakukan kesalahan.
•Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain.
•Kita hendaklah membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah.
•Kita hendaklah menepati janji setelah berjanji.

More Related Content

What's hot

Kesusasteraan melayu novel PELARI MUDA
Kesusasteraan melayu  novel PELARI MUDAKesusasteraan melayu  novel PELARI MUDA
Kesusasteraan melayu novel PELARI MUDAerfanhayqal
 
KESUSASTERAAN MELAYU-NOVEL PELARI MUDA
KESUSASTERAAN MELAYU-NOVEL PELARI MUDAKESUSASTERAAN MELAYU-NOVEL PELARI MUDA
KESUSASTERAAN MELAYU-NOVEL PELARI MUDARozita Mohd
 
Analisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah AziaAnalisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Aziaadamharith6
 
Kesusasteraan melayu tingkatan 1
Kesusasteraan melayu tingkatan 1Kesusasteraan melayu tingkatan 1
Kesusasteraan melayu tingkatan 1MuhammadAmizan1
 
Bm assessment
Bm assessmentBm assessment
Bm assessmentizzdhiya
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuJaafarMat
 
ASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYU
ASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYUASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYU
ASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYUNurElismelia
 
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah AziaAnalisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah AziaMuhd Azfar
 
Novel pelari muda
Novel pelari mudaNovel pelari muda
Novel pelari mudaERWANRAISJR
 
Kesusasteraan Melayu (Novel Pelari Muda)
Kesusasteraan Melayu (Novel Pelari Muda)Kesusasteraan Melayu (Novel Pelari Muda)
Kesusasteraan Melayu (Novel Pelari Muda)atifhilmey
 
KESUSTERAAN MELAYU - NOVEL PELARI MUDA
KESUSTERAAN MELAYU - NOVEL PELARI MUDAKESUSTERAAN MELAYU - NOVEL PELARI MUDA
KESUSTERAAN MELAYU - NOVEL PELARI MUDANurhafizahHalim
 

What's hot (20)

Kesusasteraan melayu novel PELARI MUDA
Kesusasteraan melayu  novel PELARI MUDAKesusasteraan melayu  novel PELARI MUDA
Kesusasteraan melayu novel PELARI MUDA
 
Kesusasteraan Melayu -Pelari muda
Kesusasteraan Melayu -Pelari mudaKesusasteraan Melayu -Pelari muda
Kesusasteraan Melayu -Pelari muda
 
KESUSASTERAAN MELAYU-NOVEL PELARI MUDA
KESUSASTERAAN MELAYU-NOVEL PELARI MUDAKESUSASTERAAN MELAYU-NOVEL PELARI MUDA
KESUSASTERAAN MELAYU-NOVEL PELARI MUDA
 
Analisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah AziaAnalisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
 
Kesusasteraan melayu tingkatan 1
Kesusasteraan melayu tingkatan 1Kesusasteraan melayu tingkatan 1
Kesusasteraan melayu tingkatan 1
 
Bm assessment
Bm assessmentBm assessment
Bm assessment
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Novel pelari muda
Novel pelari mudaNovel pelari muda
Novel pelari muda
 
ASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYU
ASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYUASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYU
ASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYU
 
Assessment bm 2018
Assessment bm 2018Assessment bm 2018
Assessment bm 2018
 
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah AziaAnalisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
 
Komsas - Pelari Muda
Komsas - Pelari MudaKomsas - Pelari Muda
Komsas - Pelari Muda
 
Bm analisis buku 1f
Bm analisis buku 1fBm analisis buku 1f
Bm analisis buku 1f
 
Komsas BM Tingkatan 1
Komsas BM Tingkatan 1Komsas BM Tingkatan 1
Komsas BM Tingkatan 1
 
Pelari muda
Pelari mudaPelari muda
Pelari muda
 
Novel pelari muda
Novel pelari mudaNovel pelari muda
Novel pelari muda
 
Kesusasteraan Melayu (Novel Pelari Muda)
Kesusasteraan Melayu (Novel Pelari Muda)Kesusasteraan Melayu (Novel Pelari Muda)
Kesusasteraan Melayu (Novel Pelari Muda)
 
NOVEL PELARI MUDA
NOVEL PELARI MUDANOVEL PELARI MUDA
NOVEL PELARI MUDA
 
Pelari muda
Pelari mudaPelari muda
Pelari muda
 
KESUSTERAAN MELAYU - NOVEL PELARI MUDA
KESUSTERAAN MELAYU - NOVEL PELARI MUDAKESUSTERAAN MELAYU - NOVEL PELARI MUDA
KESUSTERAAN MELAYU - NOVEL PELARI MUDA
 

tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adani

  • 1. TUGASAN CUTI AKHIR SEMESTER 2 TAHUN 2018 TINGKATAN 1 • nama: Eisyah Adani Bt Elias • no.matrik:PB180270 • kelas:1 RAZZI • tajuk karya:Novel Pelari Muda
  • 2. SINOPSIS •Sinopsis Bab 1 •Setelah pulang berjoging Kamarul menunjukkan sikap yang berbeza daripada biasa. Perubahan sikap Kamarul disedari ibunya Mak Jah. Mak Jah mengesyaki perubahan itu kerana pergaduhan dengan Saridah. Sangkaan Mak Jah itu benar, apabila Kamarul mengakui bahawa berlaku sedikit salah faham dengan Saridah. Saridah menegur sikap Kamarul yang menjauhkan diri daripadanya dan juga kawan-kawan lain setelah Kamarul menjadi terkenal sebagai atlit sukan lumba lari 100 m di peringkat antarabangsa. Kamarul berasa resah mengenangkan pertengkaran yang berlaku itu dan mencari Saridah untuk memohon maaf. •Sinopsis Bab 2 •Sures kecewa kerana Kamarul mungkir janji untuk hadir pada sesi latihan di Pusat Sukan Kampung Pandan. Sikap Kamarul telah menimbulkan tanda tanya Sures. Encik Kadir selaku jurulatih pula risau dengan prestasi Kamarul. Latihan pada petang itu dijalankan seperti biasa. Oleh sebab, Kamarul tidak hadir, acara 100 m terpaksa dibatalkan. Setelah tamat latihan, Sures pulang ke rumah. Sewaktu sampai di laman rumah, Saridah datang bertemu Sures bertanyakan tentang Kamarul. Sures pula musykil dengan punca masalah yang berlaku di antara Saridah dengan Kamarul. Walau bagaimanapun, Saridah berharap masalah yang dihadapinya tidak diperbesar-besarkan. •Sinopsis Bab 3 •Saridah berada di perpustakaan dan berharap dapat berjumpa dengan Kamarul. Walau bagaimanapun, dia kecewa kerana Kamarul tidak muncul. Saridah berasa kecewa dan merasakan dirinya dipersalahkan atas sikap dingin Kamarul. Dalam keadaan sedih dan resah itu muncul kawan rapatnya, Juriah dan bertanya tentang masalah Saridah. Setelah diberitahu Saridah, Juriah meminta Saridah tidak terlalu memikirkan tentang Kamarul, sebaliknya percaya masih ada masa untuk Saridah memperbaiki persahabatannya dengan Kamarul. Saridah tidak terus pulang ke rumah walaupun loceng tamat persekolahan hari itu telah berbunyi, sebaliknya dia berseorangan di dalam bilik darjah memikirkan masalahnya dengan Kamarul. Saridah membuat keputusan untuk menulis surat kepada Kamarul. Juriah yang menjengok ke bilik itu terkejut mendapati Saridah belum pulang ke rumah. Kesempatan Juriah datang ke situ, Saridah meminta pertolongan Juriah untuk menyampaikan surat yang dituliskan itu kepada Kamarul
  • 3. • sinopsis bab 4 • Mak Jah memerhatikan gelagat anaknya ketika Kamarul hendak keluar berjoging. Mak Jah terbayang keresahan yang dialami Kamarul. Apabila Kamarul mula hendak pergi, Mak Jahpun memberikan surat yang diterima kepada Kamarul. Kamarul pula berasa musykil tentang pengirim surat itu tetapi tidak dinyatakan oleh Mak Jah pengirimnya. Sambil berlari, Kamarul membaca surat yang diterima itu. Kamarul terkejut kerana surat itu datangnya daripada Saridah. Hatinya terharu dengan kejujuran Saridah menulis. Kamarul terus berjoging masuk ke Stadium Merdeka. Melihat suasana stadium yang luas itu, Kamarul terbayang dirinya sedang beraksi dan penonton pula bersorak dengan bersemangat menjerit-jeritkan namanya. Khayalan Kamarul kemudiannya terganggu dan dia meraung sekuat hati ke dalam stadium dan kemudiannya berlari keluar dari stadium dengan perasaan sayu mengingatkan Saridah. • Sinopsis Bab 5 • Saridah kecewa kerana Juriah yang ditunggu tidak datang pada masa yang dijanjikan. Dalam jemu menunggu Saridah teringat Kamarul yang juga tidak datang menemuinya di perpustakaan. Sewaktu menatap sekeping gambar dalam album di bilik rumahnya, Saridah teringat kenangan manis bertemu Kamarul sewaktu menyertai sukan MSSM di Stadium Merdeka. Kenangan itu amat menyentuh perasaan Saridah, kerana hubungan baik dengan Kamarul berpanjangan dari padang permainan ke bilik darjah hingga ke rumah. Saridah teringat kemesraan ibu bapa Kamarul terhadapnya. Walau bagaimanapun, setelah Kamarul terkenal dan glamour sebagai atlit sukan, sikapnya terhadap Saridah mula berubah. Perubahan inilah yang membuatkan Saridah kecewa dan sedih. • Sinopsis Bab 6 • Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kemerosotan prestasi Kamarul. Manakala prestasi Sures kian cemerlang. Encik Kadir sangat bangga akan pencapaian prestasi Sures. Dia mahu semua pelatihnya mengatasi rekod terpantas yang dibuat oleh pelari sukan negara lain. Encik Kadir memanggil Kamarul bertanya tentang masalah yang dihadapi Kamarul, tetapi Kamarul tidak menceritakan masalahnya, sebaliknya menunjukkan respon yang angkuh terhadap Encik Kadir. Kamarul memberitahu bahawa dia boleh berlatih sendiri dan tidak perlu latihan daripada orang lain. Sikap Kamarul ini amat memeranjatkan Encik Kadir.
  • 4. • Sinopsis Bab 7 • Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir setelah membaca kenyataan Encik Kadir dalam akhbar. Sikap itu ditegur oleh Mak Jah. Pada ketika itu juga Kamarul menerima panggilan telefon daripada Saridah. Saridah menyatakan kemaafannya dan mendoakan kejayaan Kamarul di Bangkok nanti. Pada sebelah petang di sekolah, Saridah bertemu dengan Juriah. Mereka berbual-bual di kantin begitu lama. Saidah meluahkan perasaan hatinya yang terpendam terhadap Kamarul untuk dikongsi bersama-sama dengan Juriah. Juriah memahami perasaan yang dialami Saridah dan memberi kata nasihat supaya Saridah lebih mengutamakan pelajaran. Setelah lama berbual-bual, merekapun pergi ke padang sekolah. • Sinopsis Bab 8 • Kamarul dipanggil oleh Cikgu Zainal ke bilik guru. Sebelum keluar, berlaku sedikit perang mulut antara Kamarul dengan Adibah, Ketua Kelas apabila Kamarul cuba keluar kelas sebelum loceng berbunyi. Sikap angkuh Kamarul menimbulkan rasa tidak puas hati Adibah. Apabila loceng berbunyi, Kamarul terus pergi menemui Cikgu Zainal. Cikgu Zainal memberitahu bahawa Kamarul diberi kebenaran untuk bercuti bagi mewakili negara. Cikgu Zainal mengucapkan syabas kepada Kamarul dan menasihati Kamarul supaya memberi perhatian terhadap peperiksaan SPM di samping kegiatan sukan yang diceburinya. • Sinopsis Bab 9 • Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersama-sama dengan Sures dan rakan-rakan pelatih lain. Sures menunjukkan prestasi yang cemerlang, manakala Kamarul masih tidak berjaya mencapai rekod lamanya. Encik Kadir tidak berpuas hati dengan pencapaian Kamarul. Beliau menasihati Kamarul agar lebih serius dan berdisiplin menjalani latihan. Kamarul tidak menunjukkan sikap patuh, sebaliknya Kamarul berpendapat tanpa disiplin pun dia boleh berjaya. Encik Kadir memberikan sebutir pingat yang pernah dimenanginya sebagai pendorong Kamarul. Namun, Kamarul tidak mahu menerima pingat itu dan bertindak melemparkannya di hadapan Encik Kadir. Encik Kadir terkejut dengan tindakan Kamarul. Dalam perjalanan pulang, Kamarul teringat-ingat perbuatan terhadap Encik Kadir. Terbayang juga dalam ingatan akan sikap angkuh dan menyoal diri sendiri dengan sikapnya itu. Tanpa menoleh ke kiri dan kanan ketika melangkah menyeberangi jalan raya, Kamarul dilanggar sebuah kenderaan.
  • 5. • Sinopsis Bab 10 • Kamarul dirawat di hospital kerana kecederaan yang dialami dengan ditemani ibunya Mak Jah. Saridah dan Encik Kadir datang menziarahi Kamarul tetapi dia masih tidur di katil. Sebelum beredar Encik Kadir menenangkan Mak Jah dengan harapan kesihatan Kamarul segera pulih. Setelah sedar, Kamarul dapati Saridah ada di sisinya. Mereka bertanya khabar dan Saridah menyampaikan salam daripada Encik Kadir dan • Sures. Dalam pada itu, Saridah masih berharap kesalahannya yang lalu dimaafkan Kamarul. Doktor memberitahu bahawa kecederaan Kamarul tidak serius dan boleh balik ke rumah. Kunjungan kawan-kawan ke hospital membuatkan Kamarul berasa terharu, terutama pada Saridah dan Encik Kadir. Kamarul mengelamun tentang sikap buruknya terhadap Encik Kadir, Cikgu Zainal, Saridah dan kawan- kawan yang lain. Timbul keinsafan dalam dirinya dan mula timbul keazaman untuk serius dalam latihan. Encik Kadir datang menyebabkan lamunan Kamarul terganggu. Encik Kadir memberitahu bahawa dia akan membawa Kamarul balik ke rumah. Kamarul berasa terharu dengan keikhlasan Encik Kadir tetapi dalam masa yang sama dia ceria dan gembira kerana dapat keluar dari hospital. • Sinopsis Bab 11 • Pihak KOAM mengeluarkan kenyataan akhbar meletakkan harapan yang tinggi pada Kamarul dalam sukan SEA di Bangkok. Kenyataan ini membuatkan Kamarul resah. Walau bagaimanapun, Kamarul telah bersedia untuk berlatih bersungguh-sungguh. Kedatangan Kamarul di pusat latihan menggembirakan Encik Kadir. Encik Kadir menguji kepantasan Kamarul, namun prestasi Kamarul masih tidak memuaskan hati Encik Kadir. Namun, Encik Kadir meyakinkan Kamarul bahawa prestasinya akan meningkat apabila kesihatannya kembali normal. Di rumah, Kamarul menilik gambar-gambar atlet sukan olahraga yang terkenal. Daripada situ, beliau berazam untuk membuat catatan terbaik sebagaimana tokoh-tokoh atlet yang berjaya itu. • Sinopsis Bab 12 • Suasana di lapangan terbang sebelum Kamarul dan atlet lain berlepas ke Bangkok. Dalam keriuhan dan suara kawan-kawan yang memberi semangat, Kamarul masih tercari-cari Saridah yang masih tidak muncul. Keresahan Kamarul menjadi usikan kawan-kawannya Adibah dan Fazilah. Tidak lama kemudian Saridah sampai di situ dan disambut riang oleh Kamarul. Saridah dengan mesra mengucapkan selamat jalan dengan harapan semoga Kamarul berjaya
  • 6. • Sinopsis Bab 13 • Kontinjen Malaysia sampai di Bangkok. Kamarul dan Sures tinggal sebilik. Mereka seronok kerana inilah kali pertama mereka ke Bangkok. Kamarul masih dilanda perasaan muram kerana bimbang akan kecergasannya yang belum mencapai tahap terbaik. Walau bagaimanapun, ia ditenangkan oleh Sures dengan kata-kata semangat dan keyakinan untuk berjaya. Kamarul dan atlet lain menjalani latihan kepantasan di gimnasium A. Seusai latihan Kamarul mencari De Wega, atlit Filipina yang diminatinya. Pertemuan dengan De Wega amat mengembirakan Kamarul. Mereka berkenalan dan berbual panjang tentang publisiti De Wega, tentang semangat kesukanan, disiplin dan pengalaman diri. Banyak maklumat yang diperoleh oleh Kamarul daripada De Wega dan banyak pula pengajaran yang meningkatkan semangatnya. Kamarul berasa gembira dengan pertemuan itu dan semangatnya untuk berjaya semakin berkobar-kobar. • Sinopsis Bab 14 • Berita tentang Kamarul muncul dalam televisyen dan akhbar di Bangkok. Kamarul terkejut mendengar hal itu apabila diberitahu oleh Abdul Rahman. Pada sebelah petang berlangsung upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Ke-14. Kamarul dan Sures menyertai perbarisan kontingen Malaysia. Pertandingan acara bermula selepas itu. Pada hari pertama, Malaysia telah memenangi beberapa pingat emas, perak dan gangsa. Encik Kadir dan penolong jurulatihnya memberi perangsang dan semangat kepada Kamarul dan atlit Malaysia yang lain. Encik Kadir memberikan Kamarul sebutir pingat emas yang pernah dimenanginya sebagai perangsang Kamarul. Kamarul menerima dan mengikatnya di pinggang. Acara 100m bermula. Kamarul berjaya meraih kejayaan menewaskan peserta lain termasuk atlit Filipina, De Wega yang diminatinya. Pada sebelah petang, Kamarul memenangi satu lagi pingat emas menerusi acara 400m. Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan atlit dan pegawai-pegawai, termasuk ucapan tahniah daripada rakan-rakan di Malaysia terutamanya Saridah. Encik Kadir berasa puas dengan kejayaan Kamarul. Kamarul terkejut apabila Encik Kadir memberitahu cadangannya • untuk bersara selepas kejohanan sukan ini. Kamarul terharu dan terkilan apabila diberitahu Encik Kadir sepatutnya bersara pada tahun ini tetapi menangguhkannya demi kejayaan sukan SEA ini. • Sinopsis Bab 15 • Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah berakhir. Malaysia menduduki tepat kedua. Di hotel penginapan, Kamarul dikunjungi De Wega. De Wega mengucapkan tahniah kepada Kamarul. De Wega memberi nasihat dan kata perangsang kepada Kamarul. Kemudian Kamarul memberikan cenderamata kepada De Wega sebagai kenang-kenangan. Demikian juga De Wega turut memberikan cenderamata berupa sebutir pingat emas yang pernah dimenangi dalam sukan SEA di Brunei kepada Kamarul. Penerbangan pulang atlit Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Subang Kuala Lumpur dan disambut meriah oleh emak, ayah,kakak, Saridah dan beberapa orang kawan-kawannya. Semua mengucapkan tahniah atas kejayaan Kamarul.
  • 7. TEMA • Tema : • Cerita dalam novel ini membawa tema keinsafan yang membawa kajayaan. • Moral menjadi isu utama yang dibebankan pada watak Kamarul. Kejayaan menjadi atelit sukan olahraga yang terkenal di peringkat sukan SEA di Brunei telah merubah sikap Kamarul menjadi seorang yang rendah moralnya, kerana bersikap angkuh, sombong dan ego dengan kawan-kawan, bersikap tidak sopan dan biadap terhadap jurulatihnya Encik Kadir, melawan cakap dan bersikap tidak mengenang berbudi. Walau bagaimanapun, kemalangan telah menjadikan Kamarul insaf. Keinsafan adalah titik yang merubah sikap buruk Kamarul kepada sikap yang baik dan bermoral. Dengan moral yang baik itu juga Kamarul kembali bersemangat berusaha untuk berjaya dalam pertandingan dan akhirnya dia berjaya mencapai cita-cita membawa kejayaan dalam sukan SEA di Bangkok. Keinsafan menjadi asas kejayaan dan sokongan padu jurulatih serta kawan-kawannya.
  • 8. PERSOALAN • Persoalan : • i. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak • Contoh: Mak Jah menyayangi anaknya Kamarul dan sentiasa mengambil berat terhadap segala masalah anaknya. • ii. Persoalan tekanan perasaan yang dihadapi oleh remaja akibat persaingan dan harapan tinggi yang dipertaruhkan kepadanya • Contoh: Tekanan perasaan yang dihadapi oleh Kamarul akibat persaingan dengan Sures yang lebih cemerlang daripadanya dan harapan tinggi yang dipertaruhkan kepadanya. • iii. Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan untuk masa depan • Contoh: Juriah mengingatkan Saridah tentang peperiksaan SPM lebih penting daripada mengingati Kamarul. • iv. Persoalan persahabatan dalam kalangan remaja • Contoh: Gambaran persahabatan erat Saridah dengan Juriah. • v. Dunia kehidupan pelajar • Contoh: Gambaran suasana pelajar-pelajar tingatan 5 di sebuah sekolah. • vi. Persoalan kepentingan menjaga disiplin • Contoh: Mereka berkenalan dan berbual-bual tentang publisiti De Wega, tentang semangat kesukanan, disiplin dan pengalaman diri. • vii. Persoalan kepentingan sukan untuk sekolah dan negara • Contoh: Kepentingan sukan untuk menaikkan imej sekolah dan negara. Kamarul dan delegasi Malaysia ke Bangkok dan Kamarul berjaya dalam acara 100m dan 400m.
  • 9. WATAK PERWATAKAN Watak Utama : Kamarul Baharuddin •Berusia 17 tahun. •Seorang pelari pecut, mewakili negara Malaysia. •Kamarul berkawan rapat dengan Saridah. Mereka mula berkawan rapat semasa sukan MSSM. •Seorang yang angkuh dan sombong kerana kejayaan dan kepopularannya. •Seorang yang tidak berdisiplin. •Belajar dalam Tingkatan 5 Sastera 1 dan akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun. •Tidak mengenang budi •– Kamarul enggan berlatih bawah bimbingan Encik Kadir kerana telah bosan. •Buruk sangka •– Encik Kadir sengaja mendendanya berlari lapan kali pusing keliling padang untuk membalas dendam. •Insaf akan kesalahannya •– Kamarul menyesal bersikap kurang ajar dengan Encik Kadir dan bersikap sombong dengan kawan-kawan sekolah setelah dia dilanggar kereta
  • 10. • WATAK SAMPINGAN 1. Saridah • Saridah ialah kawan baik Kamarul. • Berusia 17 tahun. • Seorang pelari pecut. • Berkawan baik dengan Kamarul dan Juriah. • Menyukai Kamarul dan amat mengambil berat tentang Kamarul. Seorang yang bersopan santun. • Seorang yang peramah dengan orang tua. • Belajar dalam Tingkatan 5 Sastera 1 dan akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun. 2. Mak Jah • Ibu kepada kamarul dan isteri kepada Encik Baharudin. • Seorang ahli perniagaan yang berjaya. • Penyayang – Menyayangi Saridah kerana dia tidak mempunyai anak perempuan. • Prihatin – Menasihati Kamarul supaya berbaik-baik dengan Saridah. • Bertanggungjawab – Menjaga Kamarul di hospital. • 3. Sures Menon • Sures ialah ahli sepasukan dengan Kamarul. • Berusia 17 tahun. • Seorang pelari pecut, mewakili negara Malaysia. • Berazam untuk menewaskan catatan masa Kamarul. • Seorang yang bersemangat dan bersungguh-sungguh. • Seorang yang berdisiplin. • Seorang yang amanah – Buktinya, dia menyampaikan pesanan Encik Kadir kepada Kamarul.
  • 11. 4. Juriah •Juriah ialah kawan baik Saridah. •Berusia 17 tahun. •Sentiasa membantu Saridah dalam susah dan senang. •Seorang yang selalu bergurau. 5. Encik Kadir •Encik Kadir ialah jurulatih untuk atlet olahraga kontinjen Malaysia. •Seorang yang tegas. •Seorang yang tidak berputus asa dan mengambil berat akan atlet-atletnya. •Seorang yang bertimbang rasa. 6. De Wega •Wega ialah pelari pecut Filipina yang diminati Kamarul. •Berusia 34 tahun. •Seorang yang peramah dan rendah diri. •Seorang buruh kereta api sebelum menjadi pelari pecut. •Seorang yang berdisiplin. •Seorang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. •Pemurah dalam memberi nasihat.
  • 12. PLOT • Permulaan • – Kamarul bersiap-siap hendak ke sekolah. Kamarul tidak gembira kerana hubungannya dengan Saridah semakin renggang. Dalam perjalanan ke sekolah, Kamarul teringat akan Cikgu Zainal, guru sukan yang mula- mula mengesan bakatnya dalam bidang olahraga. • Perkembangan • – Kamarul telah banyak berubah kerana sudah terkenal. Kamarul enggan berlatih dengan Encik Kadir kerana baginya latihan yang diberikan oleh Encik Kadir amat membosankannya. Kamarul enggan bergaul dengan kawan-kawan sekolah. Kamarul juga enggan menjalani latihan sukan sekolah. • Klimaks • – Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya semakin menurun. Kamarul bergaduh dengan Encik Kadir kerana dia kerap ponteng latihan. Akibat terlalu runsing, Kamarul melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri. Kamarul dilanggar kereta. Kamarul melambung ke udara kemudian terhempas di tengah-tengah jalan. Kamarul pengsan lalu di bawa ke hospital. • Peleraian • – Kamarul mendapat dua pingat emas dalam acara lari pecut 100 meter dan 400 meter dalam Sukan SEA ke-14 di Bangkok. Kamarul menerima ucapan tahniah daripada Encik Kadir dan rakan-rakannya di Malaysia. Kamarul bertukar-tukar cenderamata dengan De Wega. Kamarul dan atlet-atlet yang lain pulang ke Malaysia.
  • 13. TEKNIK PLOT •Teknik dialog •Teknik monolog •Teknik monolog dalaman •Teknik imbas kembali •Teknik pemerian
  • 14. LATAR LATAR TEMPAT •Di rumah Kamarul •Di sekolah •Di hospital •Di Pusat Sukan Kampung Pandan •Di Bangkok •Di perpustakaan sekolah LATAR MASA •Pada waktu siang •LATAR MASYARAKAT •Masyarakat yang sombong dan angkuh apabila mendapat kejayaan dan populariti. •Masyarakat yang berdisiplin. •Masyarakat yang tidak menepati janji dan masa.
  • 15. GAYA BAHASA •Diksi •Penggunaan kata dalam bahasa Inggeris. Antaranya, one, two, three, airport, dan sorry. •Peribahasa •jauh hati •kilas ikan di air aku tahu jantan betinanya •Sinkope •“Kamu nak ke mana ni?” tegur Mak Jah. •“Tak bersampul?” kata Juriah sambil mengeyitkan mata. •Simile •Kamarul bagaikan seekor kuda yang dipacu punggungnya memecut sekuat tenaga. •Daunnya bergerak-gerak seperti diusik-usik. •Personifikasi •Hatinya dicengkam dengan seribu kemarahan. •Cermin jendela Airbus kelihatan merenek-renek dilanda tempias hujan. •Repetisi •Mengharapkan emak di rumah, emak lebih sibuk dengan persatuan wanitanya. •Anafora •Maafkan aku, Saridah! Maafkan aku, Cikgu Zainal! Maafkan aku, Encik Kadir! •Maafkan aku, kawan-kawan!
  • 16. NILAI Bertanggungjawab •– Adibah juga cuba mengambil tindakan tentang kesalahan Kamarul kerana dia seorang ketua kelas. Encik Kadir juga cuba untuk menyelesaikan masalah Kamarul kerana dia bertanggungjawab atas atlet-atletnya. Kesopanan •– Kesopanan Saridah yang menambat hati Mak Jah. Keyakinan •– Kamarul pada akhir cerita yakin pada dirinya dia dapat mencapai kemenangan dengan sokongan rakan-rakan dan jurulatihnya. Mengakui kesalahan diri •– Kamarul sedar akan kesalahan dia terhadap semua orang yang disakitinya semasa dia terlantar sakit di hospital. Hormat-menghormati •– De Wega menghormati Kamarul walaupun Kamarul muda daripadanya dan telah mengalahkannya dalam lumba lari. Pemaaf •– Kamarul dan Saridah memaafkan satu sama lain. Amanah •– Sures telah menyampaikan pesanan Encik Kadir kepada Kamarul. Kerajinan •– Sures rajin berlatih untuk menewaskan Kamarul. Kamarul juga rajin berlatih di rumah walaupun tidak datang ke latihan pusat. Kesabaran •– Encik Kadir sabar akan kelakuan Kamarul yang tidak bertanggungjawab itu dan masih percaya akan Kamarul. Kasih sayang •– Kasih sayang Saridah terhadap Kamarul sebagai kawan. Saridah cuba menasihati kawan baiknya yang semakin angkuh. Selain itu, Saridah berada di sisi Kamarul semasa dia terlantar sakit di hospital.
  • 17. PENGAJARAN •Kita hendaklah berusaha mengejar cita-cita. •Kita hendaklah mempunyai semangat maju sukan untuk negara. •Kita hendaklah patuh akan nasihat jurulatih. •Kita hendaklah bersyukur setelah mencapai kejayaan bukan bersikap sombong dan ego. •Kita hendaklah memohon maaf setelah melakukan kesalahan. •Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain. •Kita hendaklah membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah. •Kita hendaklah menepati janji setelah berjanji.