SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
ANALISIS
NOVEL PELARI MUDA
NAMA : SYED MIKHAIL DANISH B. SYED MUZAFAR
KELAS : 1 FARABI
NO. MATRIK : PB180116
CIKGU :PUAN AISAH BINTI MAT
SINOPSIS :
Cerita ini mengisahkan pengalaman watak utama iaitu Kamarul seorang pelajar tingkatan 5 yang
berjaya dalam acara sukan olahraga. Beliau pernah terpilih mewakili negara dalam kejohanan sukan
SEA di Brunei. Kamarul terpilih untuk mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Bangkok dua
bulan lagi. Dia dilatih oleh Encik Kadir. Kejayaan ini telah menjadikan Kamarul dikenali ramai,
disanjung dan popular. Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan ini sikap Kamarul pada
pandangan kawan-kawannya sudah berubah. Kamarul bersikap sombong, ego, menjauhkan diri
daripada kawan-kawan, malah tidak berdisiplin menjalani latihan di bawah bimbingan Encik Kadir.
Akibat sikapnya yang rendah moral itu, Kamarul ditegur oleh kawan baiknya Saridah. Teguran
Saridah menjadi punca dia menyepikan diri daripada Saridah. Kamarul juga menunjukkan sikap
tidak menghormati jurulatihnya. Teguran-teguran yang diberikan oleh Encik Kadir dibalas dengan
jawapan dan tindakan yang tidak bermoral. Suatu hari, dalam perjalanan balik daripada latihan
Kamarul dilanggar kereta. Dia dimasukkan ke hospital. Sepanjang berada di hospital, Encik Kadir
dan Saridah tetap menziarahi Kamarul. Sikap bertanggungjawab Encik Kadir dan keprihatinan
Saridah menjadikan titik mula Kamarul insaf dan berubah sikap.
Setelah sembuh daripada kecederaan, Kamarul menjalani semula latihan di bawah bimbingan
Encik Kadir. Hubungan Kamarul dengan Encik Kadir bertambah baik.Hasrat Kamarul untuk
mewakili nergara telah direstui pihak sekolah. Kamarul dan delegasi Malaysia berlepas ke
Bangkok untuk menyertai kejohanan sukan SEA ke-14 di Bangkok. Di Bangkok, Kamarul
mengambil kesempatan bertemu De Wega, atlit sukan lari Filipina yang terkenal. Berita tentang
Kamarul sebagai atlit Malaysia tersiar dalam media massa di Bangkok. Dalam acara lari 100m
dan 400m kejohanan tersebut Kamarul berjaya meraih pingat emas. Kejayaan Kamarul mendapat
pujian dan ucapan daripada Encik Kadir dan rakan-rakan, termasuk rakan-rakan sekelasnya di
Malaysia. Kamarul mengucapkan terima kasih atas bimbingan yang diberikan oleh Encik Kadir
dan menjadi pendorong kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu apabila Encik Kadir menyatakan
hasrat untuk bersara. Setelah kejohanan Sukan SEA tamat, Kamarul dan delegasi Malaysia
berangkat pulang ke Malaysia membawa kejayaan cemerlang untuk negara, sekolah dan untuk
dirinya sendiri. Di lapangan terbang Kamarul telah disambut meriah dengan ucapan tahniah
daripada ibu bapa dan rakan-rakannya.
Tema novel ini ialah kesombongan seorang remaja apabila mendapat sanjungan
daripada media menyebabkannya tidak lagi berdisiplin dalam latihan. Hal ini
dibuktikan menerusi watak utama, Kamarul yang meraih kejayaan cemerlang
dalam sukan MSSM dan seterusnya terpilih dalam Sukan SEA di Brunei. Media
banyak memaparkan kehebatan Kamarul menyebabkan dia menjadi sombong dan
tidak mahu berlatih lagi di bawah kelolaan Encik Kadir. Hubungan dengan
rakannya, Saridah juga renggang gara-gara sikapnya yang angkuh. Namun, dia
akhirnya insaf apabila prestasinya menurun dan rakan pelatihnya, Sures berjaya
mengalahnya dalam sesi kecerdasan.
TEMA
PERSOALAN
1. Hubungan dua jiwa remaja yang ada pasang surut
contohnya Kamarul berkawan rapat dengan rakan sekolahnya, Saridah dan Saridah
pula amat menyayanginya, namun sikap Kamarul yang angkuh setelah terkenal
menyebabkan hubungan mereka menjadi dingin.
2. Komitmen jurulatih untuk memastikan pelatih yang dibimbing menjadi juara
contohnya Encik Kadir berterusan melatih Kumar, Sures, dan Rajip untuk memastikan
mereka meraih kejuaraan dalam Sukan SEA di Bangkok. Encik Kadir juga melatih
Kamarul dengan sabar sehingga Kamarul meraih pingat emas dalam acara 100 meter
dan 400 meter walaupun pada peringkat awal Kamarul tidak berdisiplin, angkuh, dan
suka berlatih sendiri.
PERSOALAN
3. Kekurangan kasih sayang menyebabkan anak bersikap dingin terhadap
keluarga sendiri
contohnya Saridah kurang mendapat perhatian daripada keluarganya; emaknya sibuk
dengan persatuan wanita, ayahnya sibuk dengan hal kerja di pejabat, dan kakaknya
lebih mengutamakan tunangnya, menyebabkan Saridah lebih selesa menghabiskan
masa bersama-sama Juriah dan mengharapkan perhatian daripada Kamarul.
4. Disiplin penentu kejayaan
contohnya Encik Kadir dan atlet Filipina, De Wega menasihati Kamarul tentang
pentingnya disiplin jika ingin menjadi atlet yang berjaya.
Kamarul Baharuddin:
Tidak mengenang budi
– Kamarul enggan berlatih bawah bimbingan
Encik Kadir kerana telah bosan.
Buruk sangka
– Encik Kadir sengaja mendendanya berlari
lapan kali pusing keliling padang untuk
membalas dendam.
Insaf akan kesalahannya
– Kamarul menyesal bersikap kurang ajar
dengan Encik Kadir dan bersikap sombong
dengan kawan-kawan sekolah setelah dia
dilanggar kereta.
Mak Jah:
Penyayang
– Menyayangi Saridah kerana dia tidak
mempunyai anak perempuan.
Prihatin
– Menasihati Kamarul supaya berbaik-
baik dengan Saridah.
Bertanggungjawab
– Menjaga Kamarul di hospital.
WATAK DAN PERWATAKAN (CONTOH)
PLOT
Permulaan
– Kamarul bersiap-siap hendak ke sekolah. Kamarul tidak gembira kerana hubungannya
dengan Saridah semakin renggang. Dalam perjalanan ke sekolah, Kamarul teringat akan
Cikgu Zainal, guru sukan yang mula-mula mengesan bakatnya dalam bidang olahraga.
Perkembangan
– Kamarul telah banyak berubah kerana sudah terkenal. Kamarul enggan berlatih dengan
Encik Kadir kerana baginya latihan yang diberikan oleh Encik Kadir amat membosankannya.
Kamarul enggan bergaul dengan kawan-kawan sekolah. Kamarul juga enggan menjalani
latihan sukan sekolah.
Klimaks
– Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya semakin menurun. Kamarul bergaduh
dengan Encik Kadir kerana dia kerap ponteng latihan. Akibat terlalu runsing, Kamarul
melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri. Kamarul dilanggar kereta. Kamarul
melambung ke udara kemudian terhempas di tengah-tengah jalan. Kamarul pengsan
lalu di bawa ke hospital.
Peleraian
– Kamarul mendapat dua pingat emas dalam acara lari pecut 100 meter dan 400 meter
dalam Sukan SEA ke-14 di Bangkok. Kamarul menerima ucapan tahniah daripada
Encik Kadir dan rakan-rakannya di Malaysia. Kamarul bertukar-tukar cenderamata
dengan De Wega. Kamarul dan atlet-atlet yang lain pulang ke Malaysia.
TEKNIK PLOT
• Teknik dialog
• Teknik monolog
• Teknik monolog dalaman
• Teknik imbas kembali
• Teknik pemerian
LATAR MASA
• Pada waktu siang
LATAR TEMPAT
• Di rumah Kamarul
• Di sekolah
• Di hospital
• Di Pusat Sukan Kampung Pandan
• Di Bangkok
• Di perpustakaan sekolah
LATAR MASYARAKAT
• Masyarakat yang sombong dan angkuh
apabila mendapat kejayaan dan populariti.
• Masyarakat yang berdisiplin.
• Masyarakat yang tidak menepati janji dan
masa.
• Masyarakat yang lemah kerana cinta.
• Masyarakat yang gigih berusaha.
• Masyarakat atlet yang gigih menjalani
latihan.
• Masyarakat pelajar.
• Masyarakat yang bertanggungjawab.
LATAR
Peribahasa
• jauh hati
• kilas ikan di air aku tahu jantan betinanya
Sinkope
• “Kamu nak ke mana ni?” tegur Mak Jah.
• “Tak bersampul?” kata Juriah sambil
mengeyitkan mata.
Simile
• Kamarul bagaikan seekor kuda yang dipacu
punggungnya memecut sekuat tenaga.
• Daunnya bergerak-gerak seperti diusik-usik.
Personifikasi
• Hatinya dicengkam dengan seribu
kemarahan.
• Cermin jendela Airbus kelihatan merenek-
renek dilanda tempias hujan.
GAYA BAHASA
Repetisi
• Mengharapkan emak di rumah, emak lebih
sibuk dengan persatuan wanitanya.
Anafora
• Maafkan aku, Saridah! Maafkan aku, Cikgu
Zainal! Maafkan aku, Encik Kadir! Maafkan
aku, kawan-kawan!
Diksi
• Penggunaan kata dalam bahasa Inggeris.
Antaranya, one, two, three, airport, dan
sorry.
Kesopanan
– Kesopanan Saridah yang menambat hati
Mak Jah.
Keyakinan
– Kamarul pada akhir cerita yakin pada dirinya
dia dapat mencapai kemenangan dengan
sokongan rakan-rakan dan jurulatihnya.
Mengakui kesalahan diri
– Kamarul sedar akan kesalahan dia terhadap
semua orang yang disakitinya semasa dia
terlantar sakit di hospital.
Hormat-menghormati
– De Wega menghormati Kamarul walaupun
Kamarul muda daripadanya dan telah
mengalahkannya dalam lumba lari.
Pemaaf
– Kamarul dan Saridah memaafkan satu
sama lain.
Amanah
– Sures telah menyampaikan pesanan Encik
Kadir kepada Kamarul.
NILAI
Kerajinan
– Sures rajin berlatih untuk menewaskan Kamarul. Kamarul juga rajin berlatih di rumah walaupun
tidak datang ke latihan pusat.
Kesabaran
– Encik Kadir sabar akan kelakuan Kamarul yang tidak bertanggungjawab itu dan masih percaya
akan Kamarul.
Kasih sayang
– Kasih sayang Saridah terhadap Kamarul sebagai kawan. Saridah cuba menasihati kawan
baiknya yang semakin angkuh. Selain itu, Saridah berada di sisi Kamarul semasa dia terlantar
sakit di hospital.
• Kita hendaklah berusaha mengejar
cita-cita.
• Kita hendaklah mempunyai semangat
maju sukan untuk negara.
• Kita hendaklah patuh akan nasihat
jurulatih.
• Kita hendaklah bersyukur setelah
mencapai kejayaan bukan bersikap
sombong dan ego.
• Kita hendaklah memohon maaf
setelah melakukan kesalahan.
• Kita hendaklah memaafkan
kesalahan orang lain.
• Kita hendaklah membantu rakan-
rakan yang menghadapi masalah.
• Kita hendaklah menepati janji setelah
berjanji.
PENGAJARAN
• Cerita yang menarik
• Keunikan personaliti watak
• Memberikan inspirasi kepada pembacanya
• Banyak pengajaran didapati
KEISTIMEWAAN NOVEL
• Cerita yang pendek
• Klimaks yang bosan
KEKURANGAN NOVEL
• Memanjangkan jalan cerita
• Memberbaikikan klimaks
CADANGAN PEMBAIKAN

More Related Content

What's hot

Bm assessment
Bm assessmentBm assessment
Bm assessmentizzdhiya
 
KESUSASTERAAN MELAYU-NOVEL PELARI MUDA
KESUSASTERAAN MELAYU-NOVEL PELARI MUDAKESUSASTERAAN MELAYU-NOVEL PELARI MUDA
KESUSASTERAAN MELAYU-NOVEL PELARI MUDARozita Mohd
 
Kesusasteraan melayu tingkatan 1
Kesusasteraan melayu tingkatan 1Kesusasteraan melayu tingkatan 1
Kesusasteraan melayu tingkatan 1MuhammadAmizan1
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuJaafarMat
 
Kesusateraan melayu novel pelari muda alia razip 1 razzi
Kesusateraan melayu novel pelari muda alia razip 1 razziKesusateraan melayu novel pelari muda alia razip 1 razzi
Kesusateraan melayu novel pelari muda alia razip 1 razziAliaRazip
 
Analisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah AziaAnalisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Aziaadamharith6
 
Novel pelari muda
Novel pelari mudaNovel pelari muda
Novel pelari mudaERWANRAISJR
 
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah AziaAnalisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah AziaMuhd Azfar
 
ASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYU
ASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYUASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYU
ASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYUNurElismelia
 
Tugasan cuti akhir semester2 tahun 2018 tigkatan 1 (bm)
Tugasan cuti akhir semester2 tahun 2018 tigkatan 1 (bm)Tugasan cuti akhir semester2 tahun 2018 tigkatan 1 (bm)
Tugasan cuti akhir semester2 tahun 2018 tigkatan 1 (bm)dinienadhrah
 
tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adani
tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adanitugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adani
tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adanieisyahadani
 

What's hot (20)

Pelari muda
Pelari mudaPelari muda
Pelari muda
 
Bm assessment
Bm assessmentBm assessment
Bm assessment
 
Kesusasteraan Melayu -Pelari muda
Kesusasteraan Melayu -Pelari mudaKesusasteraan Melayu -Pelari muda
Kesusasteraan Melayu -Pelari muda
 
KESUSASTERAAN MELAYU-NOVEL PELARI MUDA
KESUSASTERAAN MELAYU-NOVEL PELARI MUDAKESUSASTERAAN MELAYU-NOVEL PELARI MUDA
KESUSASTERAAN MELAYU-NOVEL PELARI MUDA
 
Kesusasteraan melayu tingkatan 1
Kesusasteraan melayu tingkatan 1Kesusasteraan melayu tingkatan 1
Kesusasteraan melayu tingkatan 1
 
Komsas BM Tingkatan 1
Komsas BM Tingkatan 1Komsas BM Tingkatan 1
Komsas BM Tingkatan 1
 
Pelari muda
Pelari mudaPelari muda
Pelari muda
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Kesusateraan melayu novel pelari muda alia razip 1 razzi
Kesusateraan melayu novel pelari muda alia razip 1 razziKesusateraan melayu novel pelari muda alia razip 1 razzi
Kesusateraan melayu novel pelari muda alia razip 1 razzi
 
Analisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah AziaAnalisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
 
Pelari muda
Pelari mudaPelari muda
Pelari muda
 
Novel pelari muda
Novel pelari mudaNovel pelari muda
Novel pelari muda
 
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah AziaAnalisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
 
NOVEL PELARI MUDA
NOVEL PELARI MUDANOVEL PELARI MUDA
NOVEL PELARI MUDA
 
Novel pelari muda
Novel pelari mudaNovel pelari muda
Novel pelari muda
 
ASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYU
ASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYUASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYU
ASSESSMENT BM KESUSTERAAN MELAYU
 
Tugasan cuti akhir semester2 tahun 2018 tigkatan 1 (bm)
Tugasan cuti akhir semester2 tahun 2018 tigkatan 1 (bm)Tugasan cuti akhir semester2 tahun 2018 tigkatan 1 (bm)
Tugasan cuti akhir semester2 tahun 2018 tigkatan 1 (bm)
 
Novel pelari muda
Novel pelari mudaNovel pelari muda
Novel pelari muda
 
tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adani
tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adanitugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adani
tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adani
 
novel pelari muda
novel pelari mudanovel pelari muda
novel pelari muda
 

Recently uploaded

Aksi Nyata Ide-Ide Praktis Pembelajaran.pdf
Aksi Nyata Ide-Ide Praktis Pembelajaran.pdfAksi Nyata Ide-Ide Praktis Pembelajaran.pdf
Aksi Nyata Ide-Ide Praktis Pembelajaran.pdf123456858915
 
PENYULUHAN CUCI TANGAN DAN SIKAT GIGI.pptx
PENYULUHAN CUCI TANGAN DAN SIKAT GIGI.pptxPENYULUHAN CUCI TANGAN DAN SIKAT GIGI.pptx
PENYULUHAN CUCI TANGAN DAN SIKAT GIGI.pptxZullaiqahNurhali2
 
Jual Obat Cytotec Di Musi Rawas #082122229359 Apotik Jual Cytotec Original
Jual Obat Cytotec Di Musi Rawas #082122229359 Apotik Jual Cytotec OriginalJual Obat Cytotec Di Musi Rawas #082122229359 Apotik Jual Cytotec Original
Jual Obat Cytotec Di Musi Rawas #082122229359 Apotik Jual Cytotec Originalmiftamifta7899
 
Jual Cytotec Di Cirebon Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasi
Jual Cytotec Di Cirebon Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan KonsultasiJual Cytotec Di Cirebon Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasi
Jual Cytotec Di Cirebon Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasissupi412
 
SITUS GACOR MUDAH MENANG ATRIUM GAMING 2024 TERBARU
SITUS GACOR MUDAH MENANG ATRIUM GAMING 2024 TERBARUSITUS GACOR MUDAH MENANG ATRIUM GAMING 2024 TERBARU
SITUS GACOR MUDAH MENANG ATRIUM GAMING 2024 TERBARUsayangkamuu240203
 
SUPPLIER JASA PASANG WALLPAPER CUSTOM PROFESIONAL MALANG.pdf
SUPPLIER JASA PASANG WALLPAPER CUSTOM PROFESIONAL MALANG.pdfSUPPLIER JASA PASANG WALLPAPER CUSTOM PROFESIONAL MALANG.pdf
SUPPLIER JASA PASANG WALLPAPER CUSTOM PROFESIONAL MALANG.pdfjasawallpaperindones14
 
MODUL AJAR UI DAN UX UNTUK PEMULA KELAS DESAIN.pdf
MODUL AJAR UI DAN UX UNTUK PEMULA KELAS DESAIN.pdfMODUL AJAR UI DAN UX UNTUK PEMULA KELAS DESAIN.pdf
MODUL AJAR UI DAN UX UNTUK PEMULA KELAS DESAIN.pdfdapodiksekoci
 
ATRIUM GAMING : SLOT GACOR MUDAH MENANG 🎰👑
ATRIUM GAMING : SLOT GACOR MUDAH MENANG 🎰👑ATRIUM GAMING : SLOT GACOR MUDAH MENANG 🎰👑
ATRIUM GAMING : SLOT GACOR MUDAH MENANG 🎰👑sayangkamuu240203
 
Tumbuhan dan lingkungannya power point..
Tumbuhan dan lingkungannya power point..Tumbuhan dan lingkungannya power point..
Tumbuhan dan lingkungannya power point..sdn2bayuning
 
BENTUK KEMASAN OBAT.pdf yfibfuhbcigkvkcjxjxjcjcjcjcjcjvkvkv
BENTUK KEMASAN OBAT.pdf yfibfuhbcigkvkcjxjxjcjcjcjcjcjvkvkvBENTUK KEMASAN OBAT.pdf yfibfuhbcigkvkcjxjxjcjcjcjcjcjvkvkv
BENTUK KEMASAN OBAT.pdf yfibfuhbcigkvkcjxjxjcjcjcjcjcjvkvkvsonyaawitan
 

Recently uploaded (14)

Aksi Nyata Ide-Ide Praktis Pembelajaran.pdf
Aksi Nyata Ide-Ide Praktis Pembelajaran.pdfAksi Nyata Ide-Ide Praktis Pembelajaran.pdf
Aksi Nyata Ide-Ide Praktis Pembelajaran.pdf
 
PENYULUHAN CUCI TANGAN DAN SIKAT GIGI.pptx
PENYULUHAN CUCI TANGAN DAN SIKAT GIGI.pptxPENYULUHAN CUCI TANGAN DAN SIKAT GIGI.pptx
PENYULUHAN CUCI TANGAN DAN SIKAT GIGI.pptx
 
Jual Obat Cytotec Di Musi Rawas #082122229359 Apotik Jual Cytotec Original
Jual Obat Cytotec Di Musi Rawas #082122229359 Apotik Jual Cytotec OriginalJual Obat Cytotec Di Musi Rawas #082122229359 Apotik Jual Cytotec Original
Jual Obat Cytotec Di Musi Rawas #082122229359 Apotik Jual Cytotec Original
 
Jual Cytotec Di Cirebon Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasi
Jual Cytotec Di Cirebon Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan KonsultasiJual Cytotec Di Cirebon Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasi
Jual Cytotec Di Cirebon Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasi
 
Cara Menggugurkan Kandungan 082223109953 dgn Obat Aborsi Usia Janin 1-8 Bula...
Cara Menggugurkan Kandungan 082223109953  dgn Obat Aborsi Usia Janin 1-8 Bula...Cara Menggugurkan Kandungan 082223109953  dgn Obat Aborsi Usia Janin 1-8 Bula...
Cara Menggugurkan Kandungan 082223109953 dgn Obat Aborsi Usia Janin 1-8 Bula...
 
Jual Obat Aborsi Banjarbaru ( ASLI ) 082223109953 Kami Jual Obat Penggugur Ka...
Jual Obat Aborsi Banjarbaru ( ASLI ) 082223109953 Kami Jual Obat Penggugur Ka...Jual Obat Aborsi Banjarbaru ( ASLI ) 082223109953 Kami Jual Obat Penggugur Ka...
Jual Obat Aborsi Banjarbaru ( ASLI ) 082223109953 Kami Jual Obat Penggugur Ka...
 
SITUS GACOR MUDAH MENANG ATRIUM GAMING 2024 TERBARU
SITUS GACOR MUDAH MENANG ATRIUM GAMING 2024 TERBARUSITUS GACOR MUDAH MENANG ATRIUM GAMING 2024 TERBARU
SITUS GACOR MUDAH MENANG ATRIUM GAMING 2024 TERBARU
 
SUPPLIER JASA PASANG WALLPAPER CUSTOM PROFESIONAL MALANG.pdf
SUPPLIER JASA PASANG WALLPAPER CUSTOM PROFESIONAL MALANG.pdfSUPPLIER JASA PASANG WALLPAPER CUSTOM PROFESIONAL MALANG.pdf
SUPPLIER JASA PASANG WALLPAPER CUSTOM PROFESIONAL MALANG.pdf
 
MODUL AJAR UI DAN UX UNTUK PEMULA KELAS DESAIN.pdf
MODUL AJAR UI DAN UX UNTUK PEMULA KELAS DESAIN.pdfMODUL AJAR UI DAN UX UNTUK PEMULA KELAS DESAIN.pdf
MODUL AJAR UI DAN UX UNTUK PEMULA KELAS DESAIN.pdf
 
Abortion pills In Kuwait |+966572737505 | Get Cytotec
Abortion pills In Kuwait |+966572737505 | Get CytotecAbortion pills In Kuwait |+966572737505 | Get Cytotec
Abortion pills In Kuwait |+966572737505 | Get Cytotec
 
Abortion pills in Riyadh Saudi Arabia !! +966572737505 Get Cytotec pills
Abortion pills in Riyadh Saudi Arabia !! +966572737505 Get Cytotec pillsAbortion pills in Riyadh Saudi Arabia !! +966572737505 Get Cytotec pills
Abortion pills in Riyadh Saudi Arabia !! +966572737505 Get Cytotec pills
 
ATRIUM GAMING : SLOT GACOR MUDAH MENANG 🎰👑
ATRIUM GAMING : SLOT GACOR MUDAH MENANG 🎰👑ATRIUM GAMING : SLOT GACOR MUDAH MENANG 🎰👑
ATRIUM GAMING : SLOT GACOR MUDAH MENANG 🎰👑
 
Tumbuhan dan lingkungannya power point..
Tumbuhan dan lingkungannya power point..Tumbuhan dan lingkungannya power point..
Tumbuhan dan lingkungannya power point..
 
BENTUK KEMASAN OBAT.pdf yfibfuhbcigkvkcjxjxjcjcjcjcjcjvkvkv
BENTUK KEMASAN OBAT.pdf yfibfuhbcigkvkcjxjxjcjcjcjcjcjvkvkvBENTUK KEMASAN OBAT.pdf yfibfuhbcigkvkcjxjxjcjcjcjcjcjvkvkv
BENTUK KEMASAN OBAT.pdf yfibfuhbcigkvkcjxjxjcjcjcjcjcjvkvkv
 

Bm analisis buku 1f

  • 1. ANALISIS NOVEL PELARI MUDA NAMA : SYED MIKHAIL DANISH B. SYED MUZAFAR KELAS : 1 FARABI NO. MATRIK : PB180116 CIKGU :PUAN AISAH BINTI MAT
  • 2. SINOPSIS : Cerita ini mengisahkan pengalaman watak utama iaitu Kamarul seorang pelajar tingkatan 5 yang berjaya dalam acara sukan olahraga. Beliau pernah terpilih mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Brunei. Kamarul terpilih untuk mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Bangkok dua bulan lagi. Dia dilatih oleh Encik Kadir. Kejayaan ini telah menjadikan Kamarul dikenali ramai, disanjung dan popular. Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan ini sikap Kamarul pada pandangan kawan-kawannya sudah berubah. Kamarul bersikap sombong, ego, menjauhkan diri daripada kawan-kawan, malah tidak berdisiplin menjalani latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Akibat sikapnya yang rendah moral itu, Kamarul ditegur oleh kawan baiknya Saridah. Teguran Saridah menjadi punca dia menyepikan diri daripada Saridah. Kamarul juga menunjukkan sikap tidak menghormati jurulatihnya. Teguran-teguran yang diberikan oleh Encik Kadir dibalas dengan jawapan dan tindakan yang tidak bermoral. Suatu hari, dalam perjalanan balik daripada latihan Kamarul dilanggar kereta. Dia dimasukkan ke hospital. Sepanjang berada di hospital, Encik Kadir dan Saridah tetap menziarahi Kamarul. Sikap bertanggungjawab Encik Kadir dan keprihatinan Saridah menjadikan titik mula Kamarul insaf dan berubah sikap.
  • 3. Setelah sembuh daripada kecederaan, Kamarul menjalani semula latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Hubungan Kamarul dengan Encik Kadir bertambah baik.Hasrat Kamarul untuk mewakili nergara telah direstui pihak sekolah. Kamarul dan delegasi Malaysia berlepas ke Bangkok untuk menyertai kejohanan sukan SEA ke-14 di Bangkok. Di Bangkok, Kamarul mengambil kesempatan bertemu De Wega, atlit sukan lari Filipina yang terkenal. Berita tentang Kamarul sebagai atlit Malaysia tersiar dalam media massa di Bangkok. Dalam acara lari 100m dan 400m kejohanan tersebut Kamarul berjaya meraih pingat emas. Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan daripada Encik Kadir dan rakan-rakan, termasuk rakan-rakan sekelasnya di Malaysia. Kamarul mengucapkan terima kasih atas bimbingan yang diberikan oleh Encik Kadir dan menjadi pendorong kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu apabila Encik Kadir menyatakan hasrat untuk bersara. Setelah kejohanan Sukan SEA tamat, Kamarul dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Malaysia membawa kejayaan cemerlang untuk negara, sekolah dan untuk dirinya sendiri. Di lapangan terbang Kamarul telah disambut meriah dengan ucapan tahniah daripada ibu bapa dan rakan-rakannya.
  • 4. Tema novel ini ialah kesombongan seorang remaja apabila mendapat sanjungan daripada media menyebabkannya tidak lagi berdisiplin dalam latihan. Hal ini dibuktikan menerusi watak utama, Kamarul yang meraih kejayaan cemerlang dalam sukan MSSM dan seterusnya terpilih dalam Sukan SEA di Brunei. Media banyak memaparkan kehebatan Kamarul menyebabkan dia menjadi sombong dan tidak mahu berlatih lagi di bawah kelolaan Encik Kadir. Hubungan dengan rakannya, Saridah juga renggang gara-gara sikapnya yang angkuh. Namun, dia akhirnya insaf apabila prestasinya menurun dan rakan pelatihnya, Sures berjaya mengalahnya dalam sesi kecerdasan. TEMA
  • 5. PERSOALAN 1. Hubungan dua jiwa remaja yang ada pasang surut contohnya Kamarul berkawan rapat dengan rakan sekolahnya, Saridah dan Saridah pula amat menyayanginya, namun sikap Kamarul yang angkuh setelah terkenal menyebabkan hubungan mereka menjadi dingin. 2. Komitmen jurulatih untuk memastikan pelatih yang dibimbing menjadi juara contohnya Encik Kadir berterusan melatih Kumar, Sures, dan Rajip untuk memastikan mereka meraih kejuaraan dalam Sukan SEA di Bangkok. Encik Kadir juga melatih Kamarul dengan sabar sehingga Kamarul meraih pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter walaupun pada peringkat awal Kamarul tidak berdisiplin, angkuh, dan suka berlatih sendiri.
  • 6. PERSOALAN 3. Kekurangan kasih sayang menyebabkan anak bersikap dingin terhadap keluarga sendiri contohnya Saridah kurang mendapat perhatian daripada keluarganya; emaknya sibuk dengan persatuan wanita, ayahnya sibuk dengan hal kerja di pejabat, dan kakaknya lebih mengutamakan tunangnya, menyebabkan Saridah lebih selesa menghabiskan masa bersama-sama Juriah dan mengharapkan perhatian daripada Kamarul. 4. Disiplin penentu kejayaan contohnya Encik Kadir dan atlet Filipina, De Wega menasihati Kamarul tentang pentingnya disiplin jika ingin menjadi atlet yang berjaya.
  • 7. Kamarul Baharuddin: Tidak mengenang budi – Kamarul enggan berlatih bawah bimbingan Encik Kadir kerana telah bosan. Buruk sangka – Encik Kadir sengaja mendendanya berlari lapan kali pusing keliling padang untuk membalas dendam. Insaf akan kesalahannya – Kamarul menyesal bersikap kurang ajar dengan Encik Kadir dan bersikap sombong dengan kawan-kawan sekolah setelah dia dilanggar kereta. Mak Jah: Penyayang – Menyayangi Saridah kerana dia tidak mempunyai anak perempuan. Prihatin – Menasihati Kamarul supaya berbaik- baik dengan Saridah. Bertanggungjawab – Menjaga Kamarul di hospital. WATAK DAN PERWATAKAN (CONTOH)
  • 8. PLOT Permulaan – Kamarul bersiap-siap hendak ke sekolah. Kamarul tidak gembira kerana hubungannya dengan Saridah semakin renggang. Dalam perjalanan ke sekolah, Kamarul teringat akan Cikgu Zainal, guru sukan yang mula-mula mengesan bakatnya dalam bidang olahraga. Perkembangan – Kamarul telah banyak berubah kerana sudah terkenal. Kamarul enggan berlatih dengan Encik Kadir kerana baginya latihan yang diberikan oleh Encik Kadir amat membosankannya. Kamarul enggan bergaul dengan kawan-kawan sekolah. Kamarul juga enggan menjalani latihan sukan sekolah.
  • 9. Klimaks – Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya semakin menurun. Kamarul bergaduh dengan Encik Kadir kerana dia kerap ponteng latihan. Akibat terlalu runsing, Kamarul melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri. Kamarul dilanggar kereta. Kamarul melambung ke udara kemudian terhempas di tengah-tengah jalan. Kamarul pengsan lalu di bawa ke hospital. Peleraian – Kamarul mendapat dua pingat emas dalam acara lari pecut 100 meter dan 400 meter dalam Sukan SEA ke-14 di Bangkok. Kamarul menerima ucapan tahniah daripada Encik Kadir dan rakan-rakannya di Malaysia. Kamarul bertukar-tukar cenderamata dengan De Wega. Kamarul dan atlet-atlet yang lain pulang ke Malaysia.
  • 10. TEKNIK PLOT • Teknik dialog • Teknik monolog • Teknik monolog dalaman • Teknik imbas kembali • Teknik pemerian
  • 11. LATAR MASA • Pada waktu siang LATAR TEMPAT • Di rumah Kamarul • Di sekolah • Di hospital • Di Pusat Sukan Kampung Pandan • Di Bangkok • Di perpustakaan sekolah LATAR MASYARAKAT • Masyarakat yang sombong dan angkuh apabila mendapat kejayaan dan populariti. • Masyarakat yang berdisiplin. • Masyarakat yang tidak menepati janji dan masa. • Masyarakat yang lemah kerana cinta. • Masyarakat yang gigih berusaha. • Masyarakat atlet yang gigih menjalani latihan. • Masyarakat pelajar. • Masyarakat yang bertanggungjawab. LATAR
  • 12. Peribahasa • jauh hati • kilas ikan di air aku tahu jantan betinanya Sinkope • “Kamu nak ke mana ni?” tegur Mak Jah. • “Tak bersampul?” kata Juriah sambil mengeyitkan mata. Simile • Kamarul bagaikan seekor kuda yang dipacu punggungnya memecut sekuat tenaga. • Daunnya bergerak-gerak seperti diusik-usik. Personifikasi • Hatinya dicengkam dengan seribu kemarahan. • Cermin jendela Airbus kelihatan merenek- renek dilanda tempias hujan. GAYA BAHASA
  • 13. Repetisi • Mengharapkan emak di rumah, emak lebih sibuk dengan persatuan wanitanya. Anafora • Maafkan aku, Saridah! Maafkan aku, Cikgu Zainal! Maafkan aku, Encik Kadir! Maafkan aku, kawan-kawan! Diksi • Penggunaan kata dalam bahasa Inggeris. Antaranya, one, two, three, airport, dan sorry.
  • 14. Kesopanan – Kesopanan Saridah yang menambat hati Mak Jah. Keyakinan – Kamarul pada akhir cerita yakin pada dirinya dia dapat mencapai kemenangan dengan sokongan rakan-rakan dan jurulatihnya. Mengakui kesalahan diri – Kamarul sedar akan kesalahan dia terhadap semua orang yang disakitinya semasa dia terlantar sakit di hospital. Hormat-menghormati – De Wega menghormati Kamarul walaupun Kamarul muda daripadanya dan telah mengalahkannya dalam lumba lari. Pemaaf – Kamarul dan Saridah memaafkan satu sama lain. Amanah – Sures telah menyampaikan pesanan Encik Kadir kepada Kamarul. NILAI
  • 15. Kerajinan – Sures rajin berlatih untuk menewaskan Kamarul. Kamarul juga rajin berlatih di rumah walaupun tidak datang ke latihan pusat. Kesabaran – Encik Kadir sabar akan kelakuan Kamarul yang tidak bertanggungjawab itu dan masih percaya akan Kamarul. Kasih sayang – Kasih sayang Saridah terhadap Kamarul sebagai kawan. Saridah cuba menasihati kawan baiknya yang semakin angkuh. Selain itu, Saridah berada di sisi Kamarul semasa dia terlantar sakit di hospital.
  • 16. • Kita hendaklah berusaha mengejar cita-cita. • Kita hendaklah mempunyai semangat maju sukan untuk negara. • Kita hendaklah patuh akan nasihat jurulatih. • Kita hendaklah bersyukur setelah mencapai kejayaan bukan bersikap sombong dan ego. • Kita hendaklah memohon maaf setelah melakukan kesalahan. • Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain. • Kita hendaklah membantu rakan- rakan yang menghadapi masalah. • Kita hendaklah menepati janji setelah berjanji. PENGAJARAN
  • 17. • Cerita yang menarik • Keunikan personaliti watak • Memberikan inspirasi kepada pembacanya • Banyak pengajaran didapati KEISTIMEWAAN NOVEL
  • 18. • Cerita yang pendek • Klimaks yang bosan KEKURANGAN NOVEL
  • 19. • Memanjangkan jalan cerita • Memberbaikikan klimaks CADANGAN PEMBAIKAN