5.2 personaliti

2,792 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,792
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
80
Actions
Shares
0
Downloads
99
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

5.2 personaliti

  1. 1.  Teras Psikologi  Ia adalah ciri personaliti yang paling asas  Ia adalah paksi utama dalam diri seseorang yang menonjolkan sikap dan nilai, falsafah dan prinsip, keinginan dan kemahiran, serta kepercayaan dan keyakinan diri individu.  Teras psikologi menjelaskan siapa kita yang sebenarnya.  Ia adalah ciri dalaman yang stabil dan tidak mudah berubah.  Ia menjelaskan mengenai diri, sikap, perlakuan serta keseluruhan perkara yang berkaitan dengan kita.
  2. 2.  Respons yang biasa  Struktur ini menjelaskan mengenai reaksi kita dalam keadaan biasa, contohnya keramahan anda dan kemesraan dengan orang lain.  Dalam keadaan ini, menjelaskan respons ini adalah kayu pengukur dalam menjelaskan personaliti kita menerusi teras psikologi.  Dalam keadaan ini, menjelaskan bahawa kita adalah seorang yang peramah dan mudah mesra (ekstrovert)  Dalam keadaan yang berlainan situasi, kita boleh dianggap pendiam (introvert) jika dalam satu majlis yang dihadiri, orang melihat kita kurang bercakap, maka andaian berkenaan adalah kurang tepat kerana ia berdasarkan satu situasi sahaja.
  3. 3.  Peranan yang dimainkan  Peranan yang dimainkan seharian adalah berkaitan dengan persepsi kita terhadap situasi sosial yang kita hadapi setiap hari.  Ia adalah satu situasi yang dinamik dan sentiasa berubah mengikut keadaan contohnya, anda sekarang merupakan seorang pelajar dalam masa yang sama anda juga adalah atlet, abang/kakak/adik dan pelbagai peranan yang lain.  Setiap peranan yang dimainkan adalah berbeza. Oleh itu, kita perlu menyesuaikan diri agar tidak timbul konflik antara peranan tersebut.  Oleh sebab itu, ia tidak boleh dijadikan kayu pengukur kerana setiap peranan yang dimainkan adalah berbeza mengikut situasi.
  4. 4.  Personaliti dan penglibatan dalam sukan  Ekstrovert  Introvert Morgan(1980), beliau membuat kesimpulan bahawa atlet biasanya lebih stabil serta ekstravert daripada mereka yang bukan atlet. Cooper (1969) mendapati bahawa atlet biasanya lebih kompetitif, dominan, berkeyakinan,mempunyai motivasi pencapain yang tinggi, mudah menyesuaikan tahap psikologikal mereka dengan persekitaran, mempunyai konsep kendiri yang tinggi, mempunyai pandangan politik yang agak konservatif, bersikap autoritarian dan tidak cepat putus asa.
  5. 5.  Adakah atlet dan bukan atlet sememangnya berbeza dari segi personaliti sejak awal lagi ataupun penyertaan dalam bidang sukan yang mengubah personaliti mereka?
  6. 6.  Cratty (1989) telah mengutarakan tiga penjelasan atau kemungkinan:  Model pengekalan  Model pilihan  Model perubahan
  7. 7.  Mereka yang menyokong pendapat ini menjelaskan bahawa individu yang tidak mempunyai ciri yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang sukan akhirnya akanmenarik diri dari sukan. Mereka berpendapat bahawa penyertaan dalam bidang sukan mempengaruhi personaliti individu tersebut walaupun kenyataan sebenar personaliti individu itu langsung tidak terjejas.
  8. 8.  Mereka yang menyokong pendapat ini menegaskan bahawa hanya individu yang berkemampuan serta mempunyai ciri-ciri tertentu akan menyertai sukan. Oleh disebabkan terdapat perbezaan antara individu yang menyertai sukan dengan individu yang tidak menyertai sukan maka akan terdapat dalam kalangan orang tertentu yang tidak faham dengan perkaitan ini akan membuat andaian yang silap dengan mengatakan bahawa penyertaan dalam sukan aktiviti sukanlah yang mengubah serta mempengaruhi personaliti individu.
  9. 9.  Mereka yang menyokong pendapat ini menjelaskan bahawa penglibatan dalam bidang sukan membawa perubahan kepada individu terbabit.
  10. 10.  Adakah wujud perbezaan yang sama antara atlet yang terlibat dengan sukan yang bersifat agresif atau kombat(silat, olahraga, taekwon-do) dengan atlet yang terlibat dengan sukan yang kurang agresif?
  11. 11.  Secara umumnya, kajian mendapati bahawa atlet yang terlibat dengan sukan yang berbentuk individu biasanya lebih tenang serta agak introvert jika dibandingkan dengan mereka yang terlibat dengan sukan berpasukan Sementara mereka yang terlibat dengan sukan yang bercorak agresif biasanya lebih agresif dari atlet yang terlibat dalam sukan yang tidak bersifat agresif.
  12. 12.  Menurut Morgan(1980), dengan mengetahui profil personaliti atlet, kita dapat membuat ramalan tetang kemampuan serta kejayaan atlet itu. Menurut Wittig dan Schurr(1944), ciri-ciri personaliti seperti keyakinan diri, tidak mudah menyerah,emosi yang stabil dan sebagainya berkait rapat dengan kejayaan dalam bidang sukan.
  13. 13.  Tetapi menurut Davis dan Mogk(1994), personaliti seorang atlet bukanlah penentu kejayaan atlet terbabit dalam bidang sukan. Menurut Morgan, kejayaan dalam bidang sukan berkait rapat dengan personaliti dan beberapa faktor psikologi yang bersangkutan dengan atlet tersebut serta faktor situasi(waktu, keadaan padang dan pengaruh penonton).
  14. 14.  Kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri personaliti seperti bertenaga, terlalu berhati-hati dan kurang matang dari segi pemikiran berkait rapat dengan insiden yang melibatkan kecederaan dalam sukan. Menurut McCullagh dan Tonymon (1992), atlet yang mengalami tekanan yang tinggi berkemungkinan besar akan mengalami kecederaan.
  15. 15.  Menurut Williams (1980), atlet wanita mempunyai ciri-ciri seperti bermotivasi pencapaian, tidak bergantung kepada orang lain, agresif, memiliki kestabilan emosi serta bersikap asertif jika berbanding dengan wanita yang kurang aktif.
  16. 16.  Merujuk kepada konsep kendiri, kajian menunjukkan bahawa aktiviti kecergasan berjaya meningkatkan konsep kendiri individu. Menurut Sonstroem(1984), peningkatan konsep kendiri individu lebih disebabkan oleh persepsi individu terbabit tentang peningkatan tahap kecergasannya dan bukannya peningkatan kecergasan yang sebenar.

×