SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Arnab Dengan Buaya
Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor
daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan
putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri.Sahabat
handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji
kecantikan gigi arnab ini.
Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi
semakin sombong.Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di
dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri
daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapalagi yang suka berbual
dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.
Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak
seekorbuaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak
berani mendekati buaya itu.
“Hai Arnab, cantik sungguh gigi! Kalau gigi aku juga begitu cantik,
sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya itu kepada
arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak
mendengar pujian begitu.
“Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya
buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil
tersenyum, arnab berkata, “Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran
dan jangan makan daging.”
Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah engkau
tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata buaya lagi.
Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa
gigi buaya satu demisatu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus
menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab
yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah
kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Penebang Kayu Dengan Anaknya
Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang
miskin . Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua lagi
uzur dan seorang anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu bercadang
untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan membiarkannya tinggal
di situ.
“Bagaimana nanti kalau jiran –tetangga kita menanya tentang
ayah?” tanya isteri penebang kayu. “Kamu beritahulah mereka yang dia
tinggal di tokong untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya,” kata
penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak sedar bahawa
percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka.
Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli
sebuah bakul yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu
itu pun memasukkan bapanya ke dalam bakul tersebut. “Apa yang kamu
cuba lakukan?” tanya bapanya. “Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah
kerana kami miskin dan sentiasa sibuk.Kami ingin membawa ayah ke
tempat yang selamat. Di sana, ayah akan dijaga dengan baik,” kata
penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut.Orang tua itu berasa
sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul
ayahnya berjalan kearah hutan.
Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan,
anak penebang kayu itu menjerit, “ Ayah, jangan lupa bawa balik bakul
itu semula!”.“Mengapa?” tanya penebang kayu itu kehairanan.
“Ayah,” kata anak penebang kayu itu dengan lembut, “Apabila ayah tua
kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.”
Kaki penebang kayu itu menggigildan tidak boleh bergerak. Dia
tunduk sambil berfikir. Selepas beberapaketika, dia pun berkata kepada
anaknya. “Marilah kita pulang ke rumah.”
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.
Puteri Sulung Dan Puteri Bongsu
Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri kembar
yang amat cantik. Puteri Bongsuyang begitu cantik dikatakan berdarah
putih dan amat disayangi oleh raja.
Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai
kepengetahuan Raja Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar rombongan
untuk meminang Puteri Bongsu. Raja Ambun menjadi serbasalah.
Kalau pinangan itu ditolak, tentu akan berlaku peperangan. Tetapi, kalau
pinangan itu diterima, baginda akan dukacita sepanjang hayat kerana
baginda amat kasih kepada Puteri Bongsu.
Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu dengan
Puteri Sulung. “Rancangan ini tentu berjaya,” kata seorang pembesar.
“Raja Tinggi tidak pernah melihat Puteri Bongsu. Kita suruhlah Puteri
Sulung mengaku yang dia bernama Puteri Bongsu,” Akhirnya pinangan
Raja Tinggi itu pun di terima.
Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri Sulung yang
disangkanya Puteri Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri Sulung telah
terluka akibat terkena pisau. Luka itu berdarah dan darahnya berwarna
merah. Raja Tinggi berasa terkejut kerana darah itu tidak berwarna
putih.
“Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya?” tanya
Raja Tinggi sambil menghunus kerisnya. Puteri Sulung menggeletar.“
Adinda ialah kakak kepada Puteri Bongsu,”
Raja Tinggi amat murka. “Rupa-rupanya beta telah ditipu! Kita akan
serang negeri Ambun,” kata Raja Tinggi dengan garangnya. Akhirnya,
Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk menundukkan negeri Ambun.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.
Ampai-ampai Dan Puteri Laut
Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat
setia kepada rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah
ditugaskan oleh raja untuk menjaga puteri baginda yang sangat cantik.
Pada suatu hari, puteri itu pergibermain-main di tepi pantai
bersama beberapaorang dayang. Pada ketika itu sebuah kapal besar
yang dimiliki oleh seorang putera raja yang kacak telah berlabuh di tepi
pantai itu. Putera raja terpesonamelihat kecantikan puteri Raja Laut.
Puteri Raja Laut pun demikian juga apabila terlihat putera raja yang
gagah perkasa dan kacak itu.
Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki
kapalnya yang sedang berlabuh itu. Setelah memberiisyarat kepada
dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke kapal putera raja. Putera raja
mengerahkan kelasi-kelasinya supaya menaikkan layar dan segera
belayar meninggalkan pantai itu.
Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju ke
pantai tetapi kapal itu sudah pun meninggalkan pantai. Ampai-ampai
pun pulang ke istana lalu menceritakan kejadian itu kepada Raja Laut.
Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu lalu
memukul tubuh Ampai-ampai sehingga remuk dan hancur tulangnya.
Setelah itu Raja Laut menbuangkan Ampai-ampai ke tepi laut. “Engkau
jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang kepada beta,” titah
baginda.
Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut
pada ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah sebabnya Ampai-ampai
tidak bertulang hingga sekarang ini dan sepanjang masa tersidai pada
ranting-ranting kayu di gigi air. Kononnya, dia akan menunggu di tempat
begitu sehingga Puteri Raja Laut itu lalu di situ dan pulang kepada
ayahandanya.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian,
terima kasih.
Perempuan Muda Yang Berani
Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja Tua.
Baginda telah menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu yang
besar. Setelah perahu itu siap, baginda pun telah mengadakan upacara
untuk melancarkan perahu itu ke laut. Rakyat negeri itu telah dikerahkan
untuk menolak perahu ke laut tetapi anehnya perahu itu sedikit pun tidak
bergerak dari tempatnya. Raja Tua sangat hairan lalu memanggil anak
angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-macam ilmu.
Balun pun mengambildupa dan mengasap kemenyan. Setelah
jampi dibaca dan seluruh perahu diasapnya, Balun pun berkata “ Perahu
ini tidak akan dapat diturunkan jika tidak digalang dengan tubuh
manusia. Tetapi yang menjadi galangan itu mestilah anak atau saudara
tuanku. Orang lain tidak boleh!”
Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi gempar.
Tidak ada seorang pun anak kerabat raja yang hendak mengorbankan
nyawanya untuk pelancaran perahu tersebut.
Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuanmuda yang
sedang mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia ialah anak saudara
kepada Raja Tua. Perempuanmuda itu berbaring di atas tilam dan
bantal yang dibentangkan di haluan perahu. Semua rakyat dan kerabat
diraja menangis melihatkan perempuanmuda yang begitu berani
mengorbankan nyawanya demi kepentingan Raja Tua.
Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh batang
lidi dan rapat ke perahu itu. Setelah membacajampi, perahu itu pun
ditolak ke laut. Sekali lagi telah berlaku keanehan. Dengan mudah,
perahu itu dapat ditolak ke dalam air.
Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja Tua
berlari-lari mendapatkan anak saudaranya dan mendapati anak
saudaranya itu tidak mendapat apa-apa kecederaan. Oleh kerana
keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan semua harta pusaka
kepada anak saudara perempuannya itu.
Harimau Yang Tamak
Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada
penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak
mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun
mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa permintaan.
Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda.
Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah
rasa tamak di hati harimau. “Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih
murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari.
Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan
tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.”
Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap
Maharaja Singa. “Hah! Engkau datang juga, Harimau?” tegur Singa.
“Apakah kehendak engkau?” Harimau terkejut mendengar suara Singa
yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar.
“Patik… Patik mahu makan tujuh… tujuh …” kata Harimau
tergagap-gagap.
“Tujuh apa?” sergah Maharaja Singa lebih keras.
“Tujuh hari sekali!” jelas Harimauu terketar-ketar.
“Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan
kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki
tujuh haru sekali,” kata Singa.
Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak
mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari
sekali. “ Tuanku…Patik…Patik…”
“Sudah!” potong Maharaja Singa. “Tiap-tiap binatang hanya boleh
mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi
telah pun beta kabulkan.
Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah
sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya.

More Related Content

What's hot

Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuku d pulau Mahsuri
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11zahorien
 
Teks cerita bm sang kacil dan tali pinggang sakti
Teks cerita bm sang kacil dan tali pinggang saktiTeks cerita bm sang kacil dan tali pinggang sakti
Teks cerita bm sang kacil dan tali pinggang saktiAlex Dudley
 
Anak ikan yang suka menipu
Anak ikan yang suka menipuAnak ikan yang suka menipu
Anak ikan yang suka menipuTan Pei Lian
 
Cerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanakCerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanakSabrina Eyna
 
Gajah yang sombong dan mencari raja rimba
Gajah yang sombong dan mencari raja rimbaGajah yang sombong dan mencari raja rimba
Gajah yang sombong dan mencari raja rimbaAini Firdaus
 
27493475 sang-kancil-dengan-buaya
27493475 sang-kancil-dengan-buaya27493475 sang-kancil-dengan-buaya
27493475 sang-kancil-dengan-buayaRosmalizam Awang
 
Cerita haiwan sang monyet yang degil
Cerita haiwan sang monyet yang degilCerita haiwan sang monyet yang degil
Cerita haiwan sang monyet yang degilNoraini Abdullah
 
BANDINGAN SEMACAM
BANDINGAN SEMACAMBANDINGAN SEMACAM
BANDINGAN SEMACAMyatikawi
 
Cerita malang tidak berbau
Cerita malang tidak berbauCerita malang tidak berbau
Cerita malang tidak berbauSatiya Vani
 
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruTeks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruAzmi Bokhari
 
Contoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapContoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapNorliza Bakri
 
kad imbasan haiwan
kad imbasan haiwankad imbasan haiwan
kad imbasan haiwanAja Semperit
 
Pemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanak
Pemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanakPemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanak
Pemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanakell lina
 

What's hot (20)

Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11
 
Teks cerita bm sang kacil dan tali pinggang sakti
Teks cerita bm sang kacil dan tali pinggang saktiTeks cerita bm sang kacil dan tali pinggang sakti
Teks cerita bm sang kacil dan tali pinggang sakti
 
Anak ikan yang suka menipu
Anak ikan yang suka menipuAnak ikan yang suka menipu
Anak ikan yang suka menipu
 
Teks bercerita bm
Teks bercerita bmTeks bercerita bm
Teks bercerita bm
 
Cerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanakCerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanak
 
Gajah yang sombong dan mencari raja rimba
Gajah yang sombong dan mencari raja rimbaGajah yang sombong dan mencari raja rimba
Gajah yang sombong dan mencari raja rimba
 
Arnab dengan kura kura
Arnab dengan kura kuraArnab dengan kura kura
Arnab dengan kura kura
 
27493475 sang-kancil-dengan-buaya
27493475 sang-kancil-dengan-buaya27493475 sang-kancil-dengan-buaya
27493475 sang-kancil-dengan-buaya
 
Cerita haiwan sang monyet yang degil
Cerita haiwan sang monyet yang degilCerita haiwan sang monyet yang degil
Cerita haiwan sang monyet yang degil
 
NOMBOR 1-25
NOMBOR 1-25NOMBOR 1-25
NOMBOR 1-25
 
BANDINGAN SEMACAM
BANDINGAN SEMACAMBANDINGAN SEMACAM
BANDINGAN SEMACAM
 
Cerita malang tidak berbau
Cerita malang tidak berbauCerita malang tidak berbau
Cerita malang tidak berbau
 
Si tanggang
Si tanggangSi tanggang
Si tanggang
 
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruTeks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
 
Contoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapContoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkap
 
kad imbasan haiwan
kad imbasan haiwankad imbasan haiwan
kad imbasan haiwan
 
Pemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanak
Pemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanakPemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanak
Pemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanak
 
Cerita teladan
Cerita teladanCerita teladan
Cerita teladan
 
Haiwan jinak
Haiwan jinakHaiwan jinak
Haiwan jinak
 

Similar to Arnab dengan buaya

Natasya ungu violet
Natasya ungu violetNatasya ungu violet
Natasya ungu violetmrfuji
 
Legenda aceh banta seudang
Legenda aceh   banta seudangLegenda aceh   banta seudang
Legenda aceh banta seudangChia Ie
 
Karya Ilmiah (Bahaya Penggunaan Earphone Bagi Remaja) (Bahasa Indonesia Kelas...
Karya Ilmiah (Bahaya Penggunaan Earphone Bagi Remaja) (Bahasa Indonesia Kelas...Karya Ilmiah (Bahaya Penggunaan Earphone Bagi Remaja) (Bahasa Indonesia Kelas...
Karya Ilmiah (Bahaya Penggunaan Earphone Bagi Remaja) (Bahasa Indonesia Kelas...Rifki Ristiovan
 
Semut dan belalang
Semut dan belalangSemut dan belalang
Semut dan belalangDayat Caem
 
Semut dan belalang
Semut dan belalangSemut dan belalang
Semut dan belalangDayat Caem
 
Legenda ikan patin
Legenda ikan patinLegenda ikan patin
Legenda ikan patinEvelyn Hong
 
KUMPULAN CERITA LEGENDEA RAKYAT NUSANTARA.docx
KUMPULAN CERITA LEGENDEA RAKYAT NUSANTARA.docxKUMPULAN CERITA LEGENDEA RAKYAT NUSANTARA.docx
KUMPULAN CERITA LEGENDEA RAKYAT NUSANTARA.docxNandaMaulia200211258
 
Asal mula bunga teratai
Asal mula bunga terataiAsal mula bunga teratai
Asal mula bunga terataiGandis Indah
 
Cerita rakyat legenda aryo menak
Cerita rakyat legenda aryo menakCerita rakyat legenda aryo menak
Cerita rakyat legenda aryo menakResdianto
 
Legenda aceh kisah putra mahkota amat mude yang murah hati
Legenda aceh   kisah putra mahkota amat mude yang murah hatiLegenda aceh   kisah putra mahkota amat mude yang murah hati
Legenda aceh kisah putra mahkota amat mude yang murah hatiChia Ie
 
cerita.pptx
cerita.pptxcerita.pptx
cerita.pptxjellyeun
 
Legenda, sage, fabel, mite
Legenda, sage, fabel, miteLegenda, sage, fabel, mite
Legenda, sage, fabel, miteFelix net
 

Similar to Arnab dengan buaya (20)

Natasya ungu violet
Natasya ungu violetNatasya ungu violet
Natasya ungu violet
 
Bukit merah
Bukit merahBukit merah
Bukit merah
 
Badang
BadangBadang
Badang
 
Legenda aceh banta seudang
Legenda aceh   banta seudangLegenda aceh   banta seudang
Legenda aceh banta seudang
 
Badang
BadangBadang
Badang
 
Karya Ilmiah (Bahaya Penggunaan Earphone Bagi Remaja) (Bahasa Indonesia Kelas...
Karya Ilmiah (Bahaya Penggunaan Earphone Bagi Remaja) (Bahasa Indonesia Kelas...Karya Ilmiah (Bahaya Penggunaan Earphone Bagi Remaja) (Bahasa Indonesia Kelas...
Karya Ilmiah (Bahaya Penggunaan Earphone Bagi Remaja) (Bahasa Indonesia Kelas...
 
Semut dan belalang
Semut dan belalangSemut dan belalang
Semut dan belalang
 
Semut dan belalang
Semut dan belalangSemut dan belalang
Semut dan belalang
 
Legenda ikan patin
Legenda ikan patinLegenda ikan patin
Legenda ikan patin
 
KUMPULAN CERITA LEGENDEA RAKYAT NUSANTARA.docx
KUMPULAN CERITA LEGENDEA RAKYAT NUSANTARA.docxKUMPULAN CERITA LEGENDEA RAKYAT NUSANTARA.docx
KUMPULAN CERITA LEGENDEA RAKYAT NUSANTARA.docx
 
Asal mula bunga teratai
Asal mula bunga terataiAsal mula bunga teratai
Asal mula bunga teratai
 
crita kanak-kanak
crita kanak-kanakcrita kanak-kanak
crita kanak-kanak
 
Cerita rakyat legenda aryo menak
Cerita rakyat legenda aryo menakCerita rakyat legenda aryo menak
Cerita rakyat legenda aryo menak
 
Legenda aceh kisah putra mahkota amat mude yang murah hati
Legenda aceh   kisah putra mahkota amat mude yang murah hatiLegenda aceh   kisah putra mahkota amat mude yang murah hati
Legenda aceh kisah putra mahkota amat mude yang murah hati
 
Fabel 1
Fabel 1Fabel 1
Fabel 1
 
Ikan patin
Ikan patinIkan patin
Ikan patin
 
cerita.pptx
cerita.pptxcerita.pptx
cerita.pptx
 
Si luncai
Si luncaiSi luncai
Si luncai
 
Legenda, sage, fabel, mite
Legenda, sage, fabel, miteLegenda, sage, fabel, mite
Legenda, sage, fabel, mite
 
Kancil dan buaya dalam bahasa inggris
Kancil dan buaya dalam bahasa inggrisKancil dan buaya dalam bahasa inggris
Kancil dan buaya dalam bahasa inggris
 

Recently uploaded

BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanAyuApriliyanti6
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024RahmadLalu1
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfsubki124
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024DessyArliani
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptpalagoro17
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxDewiUmbar
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASARPPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASARElviraDemona
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppthidayatn24
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfTeukuEriSyahputra
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 

Recently uploaded (20)

BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASARPPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 

Arnab dengan buaya

  • 1. Arnab Dengan Buaya Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri.Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini. Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong.Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapalagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian. Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekorbuaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu. “Hai Arnab, cantik sungguh gigi! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu. “Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, “Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.” Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demisatu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
  • 2. Penebang Kayu Dengan Anaknya Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin . Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan membiarkannya tinggal di situ. “Bagaimana nanti kalau jiran –tetangga kita menanya tentang ayah?” tanya isteri penebang kayu. “Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya,” kata penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak sedar bahawa percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka. Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli sebuah bakul yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu itu pun memasukkan bapanya ke dalam bakul tersebut. “Apa yang kamu cuba lakukan?” tanya bapanya. “Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan sentiasa sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di sana, ayah akan dijaga dengan baik,” kata penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut.Orang tua itu berasa sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul ayahnya berjalan kearah hutan. Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak penebang kayu itu menjerit, “ Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!”.“Mengapa?” tanya penebang kayu itu kehairanan. “Ayah,” kata anak penebang kayu itu dengan lembut, “Apabila ayah tua kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.” Kaki penebang kayu itu menggigildan tidak boleh bergerak. Dia tunduk sambil berfikir. Selepas beberapaketika, dia pun berkata kepada anaknya. “Marilah kita pulang ke rumah.” Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
  • 3. Puteri Sulung Dan Puteri Bongsu Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri kembar yang amat cantik. Puteri Bongsuyang begitu cantik dikatakan berdarah putih dan amat disayangi oleh raja. Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai kepengetahuan Raja Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar rombongan untuk meminang Puteri Bongsu. Raja Ambun menjadi serbasalah. Kalau pinangan itu ditolak, tentu akan berlaku peperangan. Tetapi, kalau pinangan itu diterima, baginda akan dukacita sepanjang hayat kerana baginda amat kasih kepada Puteri Bongsu. Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu dengan Puteri Sulung. “Rancangan ini tentu berjaya,” kata seorang pembesar. “Raja Tinggi tidak pernah melihat Puteri Bongsu. Kita suruhlah Puteri Sulung mengaku yang dia bernama Puteri Bongsu,” Akhirnya pinangan Raja Tinggi itu pun di terima. Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri Sulung yang disangkanya Puteri Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri Sulung telah terluka akibat terkena pisau. Luka itu berdarah dan darahnya berwarna merah. Raja Tinggi berasa terkejut kerana darah itu tidak berwarna putih. “Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya?” tanya Raja Tinggi sambil menghunus kerisnya. Puteri Sulung menggeletar.“ Adinda ialah kakak kepada Puteri Bongsu,” Raja Tinggi amat murka. “Rupa-rupanya beta telah ditipu! Kita akan serang negeri Ambun,” kata Raja Tinggi dengan garangnya. Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk menundukkan negeri Ambun. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
  • 4. Ampai-ampai Dan Puteri Laut Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat setia kepada rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah ditugaskan oleh raja untuk menjaga puteri baginda yang sangat cantik. Pada suatu hari, puteri itu pergibermain-main di tepi pantai bersama beberapaorang dayang. Pada ketika itu sebuah kapal besar yang dimiliki oleh seorang putera raja yang kacak telah berlabuh di tepi pantai itu. Putera raja terpesonamelihat kecantikan puteri Raja Laut. Puteri Raja Laut pun demikian juga apabila terlihat putera raja yang gagah perkasa dan kacak itu. Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki kapalnya yang sedang berlabuh itu. Setelah memberiisyarat kepada dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke kapal putera raja. Putera raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya menaikkan layar dan segera belayar meninggalkan pantai itu. Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju ke pantai tetapi kapal itu sudah pun meninggalkan pantai. Ampai-ampai pun pulang ke istana lalu menceritakan kejadian itu kepada Raja Laut. Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu lalu memukul tubuh Ampai-ampai sehingga remuk dan hancur tulangnya. Setelah itu Raja Laut menbuangkan Ampai-ampai ke tepi laut. “Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang kepada beta,” titah baginda. Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut pada ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang hingga sekarang ini dan sepanjang masa tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi air. Kononnya, dia akan menunggu di tempat begitu sehingga Puteri Raja Laut itu lalu di situ dan pulang kepada ayahandanya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
  • 5. Perempuan Muda Yang Berani Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja Tua. Baginda telah menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu yang besar. Setelah perahu itu siap, baginda pun telah mengadakan upacara untuk melancarkan perahu itu ke laut. Rakyat negeri itu telah dikerahkan untuk menolak perahu ke laut tetapi anehnya perahu itu sedikit pun tidak bergerak dari tempatnya. Raja Tua sangat hairan lalu memanggil anak angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-macam ilmu. Balun pun mengambildupa dan mengasap kemenyan. Setelah jampi dibaca dan seluruh perahu diasapnya, Balun pun berkata “ Perahu ini tidak akan dapat diturunkan jika tidak digalang dengan tubuh manusia. Tetapi yang menjadi galangan itu mestilah anak atau saudara tuanku. Orang lain tidak boleh!” Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi gempar. Tidak ada seorang pun anak kerabat raja yang hendak mengorbankan nyawanya untuk pelancaran perahu tersebut. Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuanmuda yang sedang mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia ialah anak saudara kepada Raja Tua. Perempuanmuda itu berbaring di atas tilam dan bantal yang dibentangkan di haluan perahu. Semua rakyat dan kerabat diraja menangis melihatkan perempuanmuda yang begitu berani mengorbankan nyawanya demi kepentingan Raja Tua. Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh batang lidi dan rapat ke perahu itu. Setelah membacajampi, perahu itu pun ditolak ke laut. Sekali lagi telah berlaku keanehan. Dengan mudah, perahu itu dapat ditolak ke dalam air. Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja Tua berlari-lari mendapatkan anak saudaranya dan mendapati anak saudaranya itu tidak mendapat apa-apa kecederaan. Oleh kerana keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan semua harta pusaka kepada anak saudara perempuannya itu.
  • 6. Harimau Yang Tamak Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda. Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak di hati harimau. “Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.” Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa. “Hah! Engkau datang juga, Harimau?” tegur Singa. “Apakah kehendak engkau?” Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar. “Patik… Patik mahu makan tujuh… tujuh …” kata Harimau tergagap-gagap. “Tujuh apa?” sergah Maharaja Singa lebih keras. “Tujuh hari sekali!” jelas Harimauu terketar-ketar. “Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru sekali,” kata Singa. Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari sekali. “ Tuanku…Patik…Patik…” “Sudah!” potong Maharaja Singa. “Tiap-tiap binatang hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta kabulkan. Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya.