SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
STPM SEJARAH KERTAS 1: TAMADUN ISLAM

SEBELUM KEDATANGAN ISLAM, TERDAPAT PELBAGAI GOLONGAN MASYARAKAT DI MEKAH
DAN MADINAH. BINCANGKAN.

Pendahuluan

        Nama asal Mekah ialah Makaroba yang juga dikenali sebagai Bakkah (menurut Al-
Quran) dan terletak di daerah Hijaz. Ia dipercayai didirikan dalam pertengahan kurun ke-5 SM.
Di sinilah wujudnya Kaabah (Baitullah) yang diberkati Allah s.w.t. Sejarah masyarakat Mekah
bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isterinya, Siti Hajar dan puteranya, Ismail di
lembah yang kering-kontang. Sejak telaga air Zamzam ditemui, Mekah mula dikenali dan
Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Kota Mekah telah diduduki sejak
2400 tahun dahulu. Madinah pula terletak kira-kira 500 km ke utara Mekah. Kota Madinah juga
dikenali sebagai Yathrib. Kota Madinah sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kota kecil
dengan bilangan penduduk seramai 4000 - 5000 orang sahaja, yang mana separuhnya
daripadanya merupakan bangsa Yahudi dan selebihnya terdiri daripada keturunan Aus dan
Khazraj yang menyembah berhala. Ramai orang berhijrah ke Madinah disebabkan
kedudukannya yang strategik dan menarik ramai pedagang untuk menjalankan aktiviti
perdagangan.

Isi-isi penting

    a) Masyarakat di Mekah

              I.   Kaum Quraisy di Mekah

   Perkataan Quraisy berasal daripada kata dasar “taqarrasya” yang bermaksud penyatuan.
Hal ini disebabkan kejayaan Qusai bin Kilab menyatukan kaum Quraisy di Mekah. Kabilah
Quraisy ini diasaskan oleh Qusai bin Kilab yang merupakan datuk keempat Nabi Muhammad.
Kota Mekah dahulunya dikuasai oleh kaum Khuzaah sebelum Qusai dan tenteranya menawan
kota Mekah pada tahun 440 Masihi. Masyarakat Quraisy ini terbahagi kepada dua golongan
pada zaman Qusai bin Kilab, iaitu:

        •   Golongan pertama ialah Quraisy al-Bitah yang merupakan golongan hadhari.
            Golongan ini menetap di tengah-tengah kota Mekah. Mereka terkenal dalam bidang
            pentadbiran, politik dan perdagangan.

        •   Golongan kedua pula ialah Quraisy al-Zawahir yang mendiami kawasan luar kota
            Mekah. Mereka menjalani kehidupan sebagai orang Badwi dan terkenal dalam
bidang ketenteraan. Tugas mereka juga ialah mengawal kota Mekah daripada
            serangan musuh.

Pada mulanya, kaum Quraisy dapat disatukan oleh Qusai, namun lama-kelamaan mereka
berpecah dan berperang sesama sendiri. Perpecahan ini berpunca daripada perebutan kuasa
antara anak Qusai iaitu Abd. Al-Dar dengan Abd Manaf. Kedua-duanya mempunyai penyokong
sendiri sehingga muncul dua golongan yang bertentangan. Setelah itu, mereka berpecah
kepada puak-puak yang lebih kecil yang mempunyai kepentingan sendiri. Puak-puak Quraisy
yang masyhur dan melahirkan tokoh masing-masing berasal daripada Bani Hasyim (Nabi
Muhammad S.A.W.), Bani Umaiyah (Muawiyah bin Abi Sufyan), Bani Makhzum (Khalid bin al-
Walid), Bani Taym (Khalifah Abu Bakar al-Siddiq), dan Bani Adi (Khalifah Umar bin al-Khattab).

   b) Masyarakat di Madinah

           i.   Asal-usul Kaum Arab

       Asal-usul kaum Arab tidak jelas. Terdapat sumber yang mengatakan bahawa mereka
berasal dari Arab Utara dan telah berasimilasi dengan agama Yahudi. Bagi puak Arab yang baru,
mereka terbahagi kepada dua kelompok besar iaitu Aus dan Khazraj yang dikenali juga sebagai
Bani Qailah. Kaum Aus dan Khazraj berpindah ke Madinah (Yathrib) berikutan pecahnya
Empangan Ma’rib kira-kira 300 tahun sebelum kedatangan Islam.

       Suku Aus dan Khazraj

       Mereka tinggal di pinggir kota dan menjalankan aktiviti bercucuk tanam sehingga
mereka menjadi maju dan kuat. Mereka akhirnya berjaya menguasai Kota Madinah yang
diperintah Yahudi. Pihak Yahudi tidak senang dengan perkara tersebut dan melagakan kaum
Aus dan Khazraj sehingga mengakibatkan berlaku perang Bu’ath pada tahun 619 Masihi. Perang
Bu’ath telah dimenangi oleh kaum Aus yang dibantu Yahudi.

       •    Suku Aus

            Jumlah suku Aus adalah lebih kecil daripada Khazraj dan kurang berpengaruh. Dalam
            suku Aus terdapat Bani Abd al-Asyhal dan Bani ‘Amru bin ‘Auf. Sebelum Islam,
            mereka terdiri daripada penganut berhala. Mereka mempunyai ilmu ketuhanan dan
            kenabian yang lebih tinggi berbanding dengan Quraisy kerana pergaulan mereka
dengan Yahudi. Kaum Yahudi membantu suku Aus kerana bilangan suku Khazraj
                ramai dan mampu mengancam kedudukan Yahudi.

      •         Suku Khazraj

                Jumlah suku Khazraj adalah besar dan pengaruhnya juga besar jika dibandingkan
                dengan suku Aus. Mereka lebih awal memeluk agama Islam, yakni sebelum peristiwa
                Hijrah lagi. Dalam suku Khazraj, terdapat Bani al-Najjar, Bani Zurayq, Bani Salim bin
                ‘Auf, Bani Salimah, Bani Sawad, Bani Saidah, Bani al-Harith dan Bani al-Qawaqilah.
                Seperti suku Aus juga, sebelum kedatangan Islam, mereka terdiri daripada penganut
                berhala dan mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi jika
                dibandingkan dengan kaum Quraisy. Oleh itu, kaum Khazraj lebih dicurigai dan
                dimusuhi oleh kaum Yahudi disebabkan jumlahnya yang ramai menyebabkan kaum
                Yahudi takut kerana mereka mampu mengancam dalam aktiviti perniagaan dan
                perdagangan.

          ii.      Asal-usul Yahudi

        Terdapat sarjana yang mengatakan, kaum Yahudi di Madinah berasal dari Palestin.
Kedatangan mereka dianggarkan selepas tersebarnya agama Nasrani di selatan Palestin. Kaum
Yahudi mementingkan diri sendiri, tamak kuasa dan menganggap diri mereka sebagai pilihan
Tuhan. Mereka tidak berminat mengembangkan agama mereka menyebabkan agama itu tidak
berkembang di Madinah. Terdapat lebih 20 suku Yahudi yang tinggal di Madinah. Suku yang
paling terkenal dan masyhur ialah Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah.

      •         Bani Qainuqa’

                Bani ini merupakan bani yang mula-mula tiba di Madinah dan mempunyai pengaruh
                yang kuat. Mereka mendirikan tempat kediaman di Wadi Buthan. Mereka terlibat
                dalam aktiviti perdagangan dan pertukangan. Kebanyakan mereka kaya dan hidup
                dalam kemewahan. Mereka merupakan golongan peniaga yang mengamalkan bunga
                (faedah) dalam urusan jual beli. Mereka juga mempunyai kebun-kebun buah anggur
                dan kurma. Bani ini mempunyai angkatan tentera yang kuat untuk menyerang
                musuh.
•   Bani Nadhir

           Bani Nadhir merupakan puak kedua kaum Yahudi yang mendiami Madinah. Mereka
           melarikan diri dari Palestin ekoran penindasan tentera Rom yang menganut agama
           Kristian. Mereka dikatakan daripada keturunan Yahudi yang tulen. Hal ini kerana,
           mereka membuka petempatan yang berasingan dengan orang Arab dan bertutur
           mengikut loghat dan bahasa mereka sendiri. Mereka juga terlibat dalam aktiviti
           pertukangan, pertanian dan perniagaan. Kawasan pertanian mereka terletak di wadi
           yang mengarah ke selatan Kota Madinah.

       •   Bani Quraizah

           Bani ini dikenali juga sebagai Dalih. Suku ini terbahagi kepada dua golongan iaitu
           Bani Ka’ab dan Bani Amru. Mereka tinggal di luar kota Madinah iaitu di bahagian
           selatan berhampiran Wadi Mahzur. Mereka menjalankan aktiviti pertanian dan
           kehidupannya agak mewah berbanding suku-suku yang lain. Mereka memiliki
           senjata dan makanan yang mencukupi.

Kesimpulan

         Masyarakat Arab di Mekah dan Madinah merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan wujudnya sesebuah negara atau kabilah. Kota Mekah dan Madinah mempunyai
struktur dan perkembangan masyarat yang berbeza. Masyarakat Mekah dan Madinah juga
dikatakan jahil kerana mereka tidak mempunyai peraturan hidup dan agama yang jelas. Mereka
juga mengamalkan semangat assabiyyah dalam kalangan mereka bagi mempertahankan suku
masing-masing dan suku yang berjaya dianggap berpengaruh. Dengan pendudukan pelbagai
jenis kabilah di Arab telah menyebabkan Tanah Arab sebagai tempat perdagangan, ibadat dan
lain-lain. Namun, selepas kedatangan Islam, semangat assabiyyah ini hilang kerana agama Islam
amat mementingkan perpaduan dan penyatuan dalam kalangan umatnya.
Disediakan oleh:

  Muhammad Fauzi bin Yusof
Ahmad Nur Amsyar bin Zainal

More Related Content

What's hot

Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullah
Camar Puteh
 
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarPel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Zuraihi Razali
 
Hijrah & piagam madinah
Hijrah & piagam madinahHijrah & piagam madinah
Hijrah & piagam madinah
Nur Fauzi
 
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahCiri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
firo HAR
 
Faktor faktor pembentukan negara bangsa di turki pada abad ke -20{sejarah STP...
Faktor faktor pembentukan negara bangsa di turki pada abad ke -20{sejarah STP...Faktor faktor pembentukan negara bangsa di turki pada abad ke -20{sejarah STP...
Faktor faktor pembentukan negara bangsa di turki pada abad ke -20{sejarah STP...
Nurul Atikah
 
What's hot (20)

Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
 
Pemerintahan Islam Zaman abbasiyah
Pemerintahan Islam Zaman abbasiyahPemerintahan Islam Zaman abbasiyah
Pemerintahan Islam Zaman abbasiyah
 
INSTITUSI KHALIFAH - STPM
INSTITUSI KHALIFAH - STPMINSTITUSI KHALIFAH - STPM
INSTITUSI KHALIFAH - STPM
 
Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullah
 
Sejarah Sem 2- Kepimpinan rasulullah dari segi pemimpin agama dan dakwah
Sejarah Sem 2- Kepimpinan rasulullah dari segi pemimpin agama dan dakwahSejarah Sem 2- Kepimpinan rasulullah dari segi pemimpin agama dan dakwah
Sejarah Sem 2- Kepimpinan rasulullah dari segi pemimpin agama dan dakwah
 
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarPel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
 
PERJANJIAN AQABAH.pptx
PERJANJIAN AQABAH.pptxPERJANJIAN AQABAH.pptx
PERJANJIAN AQABAH.pptx
 
Pemikiran Politik Zaman Rasulullah
Pemikiran Politik Zaman RasulullahPemikiran Politik Zaman Rasulullah
Pemikiran Politik Zaman Rasulullah
 
Sejarah Sem 2- Terangkan latar belakang saidina umar dan sumbangannya
Sejarah Sem 2- Terangkan latar belakang saidina umar dan sumbangannyaSejarah Sem 2- Terangkan latar belakang saidina umar dan sumbangannya
Sejarah Sem 2- Terangkan latar belakang saidina umar dan sumbangannya
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
 
Kerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani UmmayahKerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani Ummayah
 
Sejarah STPM Faktor faktor dan ciri- ciri piagam madinah serta kesannya terh...
Sejarah STPM Faktor  faktor dan ciri- ciri piagam madinah serta kesannya terh...Sejarah STPM Faktor  faktor dan ciri- ciri piagam madinah serta kesannya terh...
Sejarah STPM Faktor faktor dan ciri- ciri piagam madinah serta kesannya terh...
 
Hijrah & piagam madinah
Hijrah & piagam madinahHijrah & piagam madinah
Hijrah & piagam madinah
 
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahCiri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
 
Faktor faktor pembentukan negara bangsa di turki pada abad ke -20{sejarah STP...
Faktor faktor pembentukan negara bangsa di turki pada abad ke -20{sejarah STP...Faktor faktor pembentukan negara bangsa di turki pada abad ke -20{sejarah STP...
Faktor faktor pembentukan negara bangsa di turki pada abad ke -20{sejarah STP...
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
Kerajaan bani umayyah sumbangan ketenteraan
Kerajaan bani umayyah   sumbangan ketenteraanKerajaan bani umayyah   sumbangan ketenteraan
Kerajaan bani umayyah sumbangan ketenteraan
 
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah MelayuTeori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
 
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
 
Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2
Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2
Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2
 
Similar to Sejarah 1 (tamadun islam) masyarakat arab di mekah dan madinah

Sejarah 1 (tamadun islam) masyarakat arab di mekah dan madinah
Sejarah 1 (tamadun islam)   masyarakat arab di mekah dan madinahSejarah 1 (tamadun islam)   masyarakat arab di mekah dan madinah
Sejarah 1 (tamadun islam) masyarakat arab di mekah dan madinah
MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Pembukaan kota mekah
Pembukaan kota mekahPembukaan kota mekah
Pembukaan kota mekah
ikaasanii
 
Similar to Sejarah 1 (tamadun islam) masyarakat arab di mekah dan madinah (11)

Sejarah 1 (tamadun islam) masyarakat arab di mekah dan madinah
Sejarah 1 (tamadun islam)   masyarakat arab di mekah dan madinahSejarah 1 (tamadun islam)   masyarakat arab di mekah dan madinah
Sejarah 1 (tamadun islam) masyarakat arab di mekah dan madinah
 
Perkembangan masyarakat islam
Perkembangan masyarakat islamPerkembangan masyarakat islam
Perkembangan masyarakat islam
 
Konspirasi yahudi dan kabilah kabilah islam
Konspirasi yahudi dan kabilah kabilah islamKonspirasi yahudi dan kabilah kabilah islam

CTU151 - Perkembangan Tamadun Islam
CTU151 -  Perkembangan Tamadun IslamCTU151 -  Perkembangan Tamadun Islam
CTU151 - Perkembangan Tamadun Islam
 
JANJI SETIA PENDUDUK YATHRIB_ PERJANJIAN AQABAH.pdf
JANJI SETIA PENDUDUK YATHRIB_ PERJANJIAN AQABAH.pdfJANJI SETIA PENDUDUK YATHRIB_ PERJANJIAN AQABAH.pdf
JANJI SETIA PENDUDUK YATHRIB_ PERJANJIAN AQABAH.pdf
 
Pembukaan kota mekah
Pembukaan kota mekahPembukaan kota mekah
Pembukaan kota mekah
 
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docxNOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
 
sejarah stpm sem 2 - Sumbangan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
sejarah stpm sem 2 - Sumbangan Khalifah Abu Bakar As-Siddiqsejarah stpm sem 2 - Sumbangan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
sejarah stpm sem 2 - Sumbangan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
 
Kerajaan islam madinah
Kerajaan islam madinahKerajaan islam madinah
Kerajaan islam madinah
 
Al-Hajib al-Mansur bi Allah ibn Abi 'Amir (Almanzor): Satu Kajian Bibliografi...
Al-Hajib al-Mansur bi Allah ibn Abi 'Amir (Almanzor): Satu Kajian Bibliografi...Al-Hajib al-Mansur bi Allah ibn Abi 'Amir (Almanzor): Satu Kajian Bibliografi...
Al-Hajib al-Mansur bi Allah ibn Abi 'Amir (Almanzor): Satu Kajian Bibliografi...
 
More from MUHAMMAD FAUZI YUSOF

Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Sejarah malaysia adat yang diamalkan di malaysia sebelum campur tangan british
Sejarah malaysia   adat yang diamalkan di malaysia sebelum campur tangan britishSejarah malaysia   adat yang diamalkan di malaysia sebelum campur tangan british
Sejarah malaysia adat yang diamalkan di malaysia sebelum campur tangan british
MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Sejarah kertas 2 bincangkan kepentingan perjanjian nanking
Sejarah kertas 2 bincangkan kepentingan perjanjian nankingSejarah kertas 2 bincangkan kepentingan perjanjian nanking
Sejarah kertas 2 bincangkan kepentingan perjanjian nanking
MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Sejarah 2 (sejarah asia) adat masyarakat myanmar dan vietnam
Sejarah 2 (sejarah asia)   adat masyarakat myanmar dan vietnamSejarah 2 (sejarah asia)   adat masyarakat myanmar dan vietnam

Pengantar teks syariah 2 sifat orang munafik.
Pengantar teks syariah 2 sifat orang munafik.Pengantar teks syariah 2 sifat orang munafik.
Pengantar teks syariah 2 sifat orang munafik.
MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Pengajian am kertas 1 badan berkanun & tidak berkanun
Pengajian am kertas 1  badan berkanun & tidak berkanunPengajian am kertas 1  badan berkanun & tidak berkanun
Pengajian am kertas 1 badan berkanun & tidak berkanun
MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
More from MUHAMMAD FAUZI YUSOF (14)

COKLAT
COKLATCOKLAT
COKLAT
 
Jenis jual beli
Jenis jual beliJenis jual beli

Pengajian am kertas 1 spb ydpa
Pengajian am kertas 1 spb ydpaPengajian am kertas 1 spb ydpa
Pengajian am kertas 1 spb ydpa
 
Pengajian am kertas 1 badan berkanun & tidak berkanun
Pengajian am kertas 1  badan berkanun & tidak berkanunPengajian am kertas 1  badan berkanun & tidak berkanun
Pengajian am kertas 1 badan berkanun & tidak berkanun
 
Recently uploaded (8)

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff aliasRPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURIDRANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
 
Sejarah 1 (tamadun islam) masyarakat arab di mekah dan madinah

  • 1. STPM SEJARAH KERTAS 1: TAMADUN ISLAM SEBELUM KEDATANGAN ISLAM, TERDAPAT PELBAGAI GOLONGAN MASYARAKAT DI MEKAH DAN MADINAH. BINCANGKAN. Pendahuluan Nama asal Mekah ialah Makaroba yang juga dikenali sebagai Bakkah (menurut Al- Quran) dan terletak di daerah Hijaz. Ia dipercayai didirikan dalam pertengahan kurun ke-5 SM. Di sinilah wujudnya Kaabah (Baitullah) yang diberkati Allah s.w.t. Sejarah masyarakat Mekah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isterinya, Siti Hajar dan puteranya, Ismail di lembah yang kering-kontang. Sejak telaga air Zamzam ditemui, Mekah mula dikenali dan Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Kota Mekah telah diduduki sejak 2400 tahun dahulu. Madinah pula terletak kira-kira 500 km ke utara Mekah. Kota Madinah juga dikenali sebagai Yathrib. Kota Madinah sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kota kecil dengan bilangan penduduk seramai 4000 - 5000 orang sahaja, yang mana separuhnya daripadanya merupakan bangsa Yahudi dan selebihnya terdiri daripada keturunan Aus dan Khazraj yang menyembah berhala. Ramai orang berhijrah ke Madinah disebabkan kedudukannya yang strategik dan menarik ramai pedagang untuk menjalankan aktiviti perdagangan. Isi-isi penting a) Masyarakat di Mekah I. Kaum Quraisy di Mekah Perkataan Quraisy berasal daripada kata dasar “taqarrasya” yang bermaksud penyatuan. Hal ini disebabkan kejayaan Qusai bin Kilab menyatukan kaum Quraisy di Mekah. Kabilah Quraisy ini diasaskan oleh Qusai bin Kilab yang merupakan datuk keempat Nabi Muhammad. Kota Mekah dahulunya dikuasai oleh kaum Khuzaah sebelum Qusai dan tenteranya menawan kota Mekah pada tahun 440 Masihi. Masyarakat Quraisy ini terbahagi kepada dua golongan pada zaman Qusai bin Kilab, iaitu: • Golongan pertama ialah Quraisy al-Bitah yang merupakan golongan hadhari. Golongan ini menetap di tengah-tengah kota Mekah. Mereka terkenal dalam bidang pentadbiran, politik dan perdagangan. • Golongan kedua pula ialah Quraisy al-Zawahir yang mendiami kawasan luar kota Mekah. Mereka menjalani kehidupan sebagai orang Badwi dan terkenal dalam
  • 2. bidang ketenteraan. Tugas mereka juga ialah mengawal kota Mekah daripada serangan musuh. Pada mulanya, kaum Quraisy dapat disatukan oleh Qusai, namun lama-kelamaan mereka berpecah dan berperang sesama sendiri. Perpecahan ini berpunca daripada perebutan kuasa antara anak Qusai iaitu Abd. Al-Dar dengan Abd Manaf. Kedua-duanya mempunyai penyokong sendiri sehingga muncul dua golongan yang bertentangan. Setelah itu, mereka berpecah kepada puak-puak yang lebih kecil yang mempunyai kepentingan sendiri. Puak-puak Quraisy yang masyhur dan melahirkan tokoh masing-masing berasal daripada Bani Hasyim (Nabi Muhammad S.A.W.), Bani Umaiyah (Muawiyah bin Abi Sufyan), Bani Makhzum (Khalid bin al- Walid), Bani Taym (Khalifah Abu Bakar al-Siddiq), dan Bani Adi (Khalifah Umar bin al-Khattab). b) Masyarakat di Madinah i. Asal-usul Kaum Arab Asal-usul kaum Arab tidak jelas. Terdapat sumber yang mengatakan bahawa mereka berasal dari Arab Utara dan telah berasimilasi dengan agama Yahudi. Bagi puak Arab yang baru, mereka terbahagi kepada dua kelompok besar iaitu Aus dan Khazraj yang dikenali juga sebagai Bani Qailah. Kaum Aus dan Khazraj berpindah ke Madinah (Yathrib) berikutan pecahnya Empangan Ma’rib kira-kira 300 tahun sebelum kedatangan Islam. Suku Aus dan Khazraj Mereka tinggal di pinggir kota dan menjalankan aktiviti bercucuk tanam sehingga mereka menjadi maju dan kuat. Mereka akhirnya berjaya menguasai Kota Madinah yang diperintah Yahudi. Pihak Yahudi tidak senang dengan perkara tersebut dan melagakan kaum Aus dan Khazraj sehingga mengakibatkan berlaku perang Bu’ath pada tahun 619 Masihi. Perang Bu’ath telah dimenangi oleh kaum Aus yang dibantu Yahudi. • Suku Aus Jumlah suku Aus adalah lebih kecil daripada Khazraj dan kurang berpengaruh. Dalam suku Aus terdapat Bani Abd al-Asyhal dan Bani ‘Amru bin ‘Auf. Sebelum Islam, mereka terdiri daripada penganut berhala. Mereka mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi berbanding dengan Quraisy kerana pergaulan mereka
  • 3. dengan Yahudi. Kaum Yahudi membantu suku Aus kerana bilangan suku Khazraj ramai dan mampu mengancam kedudukan Yahudi. • Suku Khazraj Jumlah suku Khazraj adalah besar dan pengaruhnya juga besar jika dibandingkan dengan suku Aus. Mereka lebih awal memeluk agama Islam, yakni sebelum peristiwa Hijrah lagi. Dalam suku Khazraj, terdapat Bani al-Najjar, Bani Zurayq, Bani Salim bin ‘Auf, Bani Salimah, Bani Sawad, Bani Saidah, Bani al-Harith dan Bani al-Qawaqilah. Seperti suku Aus juga, sebelum kedatangan Islam, mereka terdiri daripada penganut berhala dan mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kaum Quraisy. Oleh itu, kaum Khazraj lebih dicurigai dan dimusuhi oleh kaum Yahudi disebabkan jumlahnya yang ramai menyebabkan kaum Yahudi takut kerana mereka mampu mengancam dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan. ii. Asal-usul Yahudi Terdapat sarjana yang mengatakan, kaum Yahudi di Madinah berasal dari Palestin. Kedatangan mereka dianggarkan selepas tersebarnya agama Nasrani di selatan Palestin. Kaum Yahudi mementingkan diri sendiri, tamak kuasa dan menganggap diri mereka sebagai pilihan Tuhan. Mereka tidak berminat mengembangkan agama mereka menyebabkan agama itu tidak berkembang di Madinah. Terdapat lebih 20 suku Yahudi yang tinggal di Madinah. Suku yang paling terkenal dan masyhur ialah Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah. • Bani Qainuqa’ Bani ini merupakan bani yang mula-mula tiba di Madinah dan mempunyai pengaruh yang kuat. Mereka mendirikan tempat kediaman di Wadi Buthan. Mereka terlibat dalam aktiviti perdagangan dan pertukangan. Kebanyakan mereka kaya dan hidup dalam kemewahan. Mereka merupakan golongan peniaga yang mengamalkan bunga (faedah) dalam urusan jual beli. Mereka juga mempunyai kebun-kebun buah anggur dan kurma. Bani ini mempunyai angkatan tentera yang kuat untuk menyerang musuh.
  • 4. Bani Nadhir Bani Nadhir merupakan puak kedua kaum Yahudi yang mendiami Madinah. Mereka melarikan diri dari Palestin ekoran penindasan tentera Rom yang menganut agama Kristian. Mereka dikatakan daripada keturunan Yahudi yang tulen. Hal ini kerana, mereka membuka petempatan yang berasingan dengan orang Arab dan bertutur mengikut loghat dan bahasa mereka sendiri. Mereka juga terlibat dalam aktiviti pertukangan, pertanian dan perniagaan. Kawasan pertanian mereka terletak di wadi yang mengarah ke selatan Kota Madinah. • Bani Quraizah Bani ini dikenali juga sebagai Dalih. Suku ini terbahagi kepada dua golongan iaitu Bani Ka’ab dan Bani Amru. Mereka tinggal di luar kota Madinah iaitu di bahagian selatan berhampiran Wadi Mahzur. Mereka menjalankan aktiviti pertanian dan kehidupannya agak mewah berbanding suku-suku yang lain. Mereka memiliki senjata dan makanan yang mencukupi. Kesimpulan Masyarakat Arab di Mekah dan Madinah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan wujudnya sesebuah negara atau kabilah. Kota Mekah dan Madinah mempunyai struktur dan perkembangan masyarat yang berbeza. Masyarakat Mekah dan Madinah juga dikatakan jahil kerana mereka tidak mempunyai peraturan hidup dan agama yang jelas. Mereka juga mengamalkan semangat assabiyyah dalam kalangan mereka bagi mempertahankan suku masing-masing dan suku yang berjaya dianggap berpengaruh. Dengan pendudukan pelbagai jenis kabilah di Arab telah menyebabkan Tanah Arab sebagai tempat perdagangan, ibadat dan lain-lain. Namun, selepas kedatangan Islam, semangat assabiyyah ini hilang kerana agama Islam amat mementingkan perpaduan dan penyatuan dalam kalangan umatnya.
  • 5. Disediakan oleh: Muhammad Fauzi bin Yusof Ahmad Nur Amsyar bin Zainal