2. APAKAH DIA
PERJANJIAN
AQABAH
Perjanjian taat setia (baiah) antara Rasulullah
SAW dan beberapa orang penduduk Madinah;
Bertujuan untuk menunjukkan kesetiaan
kepada Rasulullah SAW dan agama Islam;
Berlaku di sebuah bukit bernama Aqabah;
Perjanjian Aqabah dibuat sebanyak dua kali
iaitu:
• Perjanjian Aqabah Pertama berlaku pada tahun ke-12
Kenabian (621 Masihi);
• Perjanjian Aqabah Kedua berlaku pada tahun ke-13
Kenabian (622 Masihi).
4. LATAR
BELAKANG
Penduduk Madinah
• Terdiri daripada kabilah Arab dan kabilah Yahudi
• Pekerjaan utama ialah bertani dan berdagang
• Kebanyakan mereka menyembah berhala
Kabilah Arab
• Terdiri daripada kaum Aus dan kaum Khazraj
Kabilah Yahudi
• Terdiri daripada Bani Nadhir, Bani Quraidzah dan Bani Qainuqa’
• Menguasai kegiatan ekonomi di Madinah
• Mendakwa akan lahir seorang Nabi dalam kalangan Yahudi
Suasana di Madinah tidak aman kerana kabilah Arab dan Yahudi bersengketa
dan berperang
Pada musim haji tahun ke-11 Kenabian (620 Masihi), seramai 6 orang dari
kabilah Arab telah menunaikan haji di Makkah. Di sana mereka telah memeluk
agama Islam.
5. KEDUDUKAN MADINAH (dulu dikenali sebagai YATHRIB)
• Pada zaman Rasulullah SAW,
jarak antara Makkah dan
Madinah (Yathrib) ialah 450
batu, iaitu bersamaan 724km;
• Makkah dan Madinah
dihubungkan oleh JALAN DARAT
atau JALAN UNTA. Ia digunakan
oleh para pedagang di mana
mereka harus melalui padang
pasir, kota-kota kecil atau
perkampungan.
6. PERJANJIAN AQABAH PERTAMA
Tidak mensyirikkan Allah
Tidak mencuri
Tidak berzina
Tidak membunuh anak perempuan
Tidak melakukan fitnah
Setia kepada Rasulullah SAW
Berlaku pada bulan
Zulhijjah, tahun ke-12
Kenabian (621 Masihi)
Perjanjian taat setia antara
Rasulullah SAW dan 12
orang lelaki daripada
Madinah
7. KESAN
PERJANJIAN
AQABAH
PERTAMA
Orang-orang Islam Madinah mesti meninggalkan
penyembahan berhala dan segala amalan
jahiliah;
Apabila mereka kembali ke Madinah, Rasulullah
SAW mengutuskan Mus’ab bin Umair pergi
bersama-sama mereka;
Mus’ab bin Umair ditugaskan untuk mengajar
tentang agama Islam di Madinah;
Agama Islam mula berkembang di Madinah.
8. PERJANJIAN AQABAH KEDUA
Mentaati Rasulullah SAW
Membelanjakan harta ke jalan Allah
Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
Tabah menghadapi celaan orang kafir
Melindungi Rasulullah SAW
Berlaku pada bulan
Zulhijjah tahun ke-13
Kenabian (622 Masihi)
Perjanjian taat setia antara
Rasulullah SAW dan 70
orang lelaki serta 2 orang
wanita daripada Madinah
9. KESAN
PERJANJIAN
AQABAH
KEDUA
Orang-orang Islam Madinah mesti
berjuang untuk mempertahankan
Rasulullah SAW dan agama Islam
dengan nyawa dan harta benda
mereka;
Merupakan salah satu sebab
berlakunya peristiwa Hijrah ke
Madinah.