SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
SOALAN : JELASKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIYYAH SEBELUM KEDATANGAN ISLAM DI
SEMENANJUNG TANAH ARAB.
Perkataan jahiliyah berasal daripada perkataan jahala yang membawa maksud bodoh atau
sesat. Pada zaman ini, masyarakat Arab hidup dalam kekufuran, kemaksiatan, keangkuhan
serta mundur dalam ilmu pengetahuan. Masyarakatnya yang hidup tanpa berlandaskan
undang-undang dan tidak mempunyai agama yang sebenar serta tidak mengesakan Allah.
Zaman jahiliah bermula selepas berakhirnya era Saba peringkat ke-3, dan berakhir setelah
turunnya Al-Quran pada tahun 610 Masihi.
Pengenalan
Antara ciri-ciri masyarakat jahiliah sebelum kedatangan Islam dapat dilihat melalui
aspek politik.
Isi 1
Masyarakat Arab Jahiliah merupakan masyarakat yang ketinggalan dari segi politik iaitu tidak
mempunyai struktur politik yang tetap kecuali di Makkah. Mereka menjalankan pentadbiran
tetapi tidak mempunyai sistem perundangan yang sistematik. Cuma terdapat satu peraturan
iaitu membalas dendam dan berperang bagi menyelesaikan pelbagai pertikaian dan masalah
yang berlaku. . Pentadbiran dikuasai oleh masyarakat hadri yang terdiri dalam kalangan
kabilah yang berpangkat dan berkuasa. Konsep musyawarah tidak diamalkan dalam politik
masyarakat jahiliyyah sebaliknya kabilah yang berpengaruh dan kuat akan menguasai
pemerintahan.
Huraian
Keadaan politik ketika itu dikatakan tidak stabil kerana masyarakat arab jahiliah berpecah dan
berperang sesama sendiri khususnya antara Arab Selatan (Arab Qahtan) dan Arab Utara ( Arab
Adnan) .
Contoh
Jelaslah, masyarakat jahiliah yang tidak mempunyai sistem pentadbiran dan perundangan yang
kukuh telah menyebabkan berlaku peperangan sesama sendiri.
Penegasan
isi
Ciri-ciri masyarakat arab jahiliah yang seterusnya dapat dilihat melalui aspek ekonomi. Isi 2
Pada zaman arab jahiliah, Kota Makkah telah muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal
di Tanah Arab. Aktiviti pengembaraan perdagangan telah dijalankan bagi mengembangkan
perniagaan mereka. Mereka memonopoli dan mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda
daripada penjualan berhala. Perdagangan dan perniagaan yang dilakukan oleh masyarakat
Arab adalah berasaskan riba, judi dan banyak unsur penipuan dalam perniagaan.
Huraian
Masyarakat Arab Hadari terlibat dengan aktiviti perdagangan dan perniagaan yang mana Kota
Makkah telah mucul sebagai pusat perdagangan di semenanjung Tanah Arab. Bagi kaum Badwi
mereka menjalankan aktiviti menternak binatang dan bercucuk tanam dan dalam masa yang
sama sering merompak hasil dagangan yang melalui padang pasir .
Contoh
Jelaslah, masyarakat jahiliah menjalankan aktiviti ekonomi yang tidak sihat telah menindas
orang-orang miskin dan menjadikan orang kaya bertambah kaya.
Penegasan
isi
Selain itu, ciri masyarakat Arab jahiliah dapat dilihat dalam aspek sosial. Isi 3
Sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat arab jahiliah ialah berasakan sistem kabilah.
Kehidupan mereka ditunjangi sistem kabilah yang membahagi-bahagikan mereka kepada
beberapa unit tertentu. Pembentukan bermula dari satu keluarga yang tinggal di dalam
khemah, seterusnya membentuk kumpulan masyarakat yang dikenali dengan ihai. Melalui
sistem kabilah ini masyarakat Arab Jahiliah hidup secara berkelompok mengikut kabilah
masing-masingb iaitu tiada penyatuan yang menyeluruh dalam kalangan orang arab jahiliah.
Setiap individu sangat bermegah-megah dengan kabilahnya (semangat assabiyah yang
Huraian
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
menebal) dan memandang rendah pada kabilah-kabilah lain sehingga sentiasa berperang
sesama sendiri untuk mencari nama dan pengaruh. Mereka juga mempunyai akhlak dan moral
yang amat rendah.
Di Makkah, kaum Quraisy merupakan kaum yang dominan iaitu Bani Hasyim dan Bani
Umayyah yang mana kedua- dua puak ini sering bersengketa dan berperang antara satu sama
lain. Mereka sering melakukan amalan buruk sebagai contoh, menanam bayi perempuan
hidup-hidup, berkahwin tanpa had dan batas, status wanita amat hina dan kegiatan zina serta
pelacuran berleluasa.
Contoh
Status seseorang individu dalam masyarakat arab jahiliah ditentukan oleh kedudukan kabilah
dan akhlak buruk mereka membawa kepada kesesatan.
Penegasan
isi
Akhir sekali, masyarakat arab jahiliyah dapat dilihat melalui aspek agama dan
kepercayaan.
Isi 4
Masyarakat arab jahiliah berpegang pada ajaran agama dan kepercayaan nenek moyang.
Ajaran ini berkait rapat dengan konsep paganisme, syirik dan kufur kerana ianya tidak
berlandaskan kepada ajaran agama yang disampaikan oleh nabi-nabi terdahulu. Mereka juga
menyelewengkan ajaran yang dibawa oleh para rasul dan nabi sebelum kedatangan Nabi
Muhammad saw. Agama yang diamalkan oleh masyarakat arab ialah agama samawi dan agama
ardhi. Agama Samawi ialah agama yang diturunkan dari langit oleh Allah kepada para nabi
terdahulu manakala, agama Ardhi pula ialah agama yang dicipta oleh manusia itu sendiri.
Kepercayaan mereka ialah mengamalkan kepercayaan yang diamalkan oleh nenek moyang
mereka secara turun-temurun.
Huraian
Agama Wathani merupakan antara agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat
jahiliyyah yang mana mereka telah mengukir pelbagai bentuk berhala untuk disembah. Di
sekeliling kaabah sendiri telah diletakkan 360 buah berhala antaranya dikenali sebagai al-
Latta, al_Uzza dan banyak lagi.
Contoh
Jelaslah, bahawa masyarakat arab jahiliah juga mempunyai agama dan kepercayaan yang karut
dan telah diselewengkan dan bertentangan dengan fitrah beragama yang dibawa oleh Nabi
Muhammad SAW.
Penegasan
isi
Jelaslah bahawa, masyarakat arab jahiliah memperlihatkan keruntuhan tamadun dari segi
moral, akhlak dan lain-lain. zaman ini telah berakhir setelah turunnya agama Islam dan kitab
suci al-quran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw sebagai pedoman dan petunjuk.
Kesimpulan
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
SOALAN : BINCANGKAN PERUBAHAN MASYARAKAT JAHILIYAH SELEPAS KEDATANGAN ISLAM DI
SEMENANJUNG TANAH ARAB.
Konsep jahiliyah berasal dari bahasa Arab iaitu jahala yang bermaksud bodoh dan sesat.
Masyarakat jahiliyah merupakan masyarakat yang jahil dalam nilai-nilai agama, akhlak dan
kemasyarakatan dan tidak mahu mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kedatangan agama
Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, membawa perubahan yang besar kepada
masyarakat jahiliyah. Dakwah baginda akhirnya membawa pembentukan kerajaan Islam di
Madinah dan Nabi Muhammad s.a.w di lantik sebagai ketua negara.
Pengenalan
Antara perubahan masyarakat jahiliyah selepas kedatangan Islam di Semenanjung
Tanah Arab ialah dari segi agama dan kepercayaan.
Isi 1
Selepas kemunculan Islam, masyarakat Islam mengamalkan kepercayaan iaitu
mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang esa dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW
sebagai nabi yang terakhir. Ini kerana sebelum kedatangan Islam, masyarakat arab di
Madinah mengamalkan agama dan kepercayaan tahyul yang mana banyak ajaran buruk
diamalkan. Al-Quran menjadi asas panduan dalam kehidupan masyarakat Islam yang mana
di dalamnya meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia ke arah kebaikan. Segala patung-
patung berhala telah dimusnahkan manakala masjid yang dibina merupakan pusat ibadah,
dakwah dan pentadbiran negara Islam Madinah.
Huraian
Contohnya, masyarakat Islam melakukan perkara yang disuruh seperti menunaikan solat
dan berpuasa serta meninggalkan perkara yang dilarang seperti berzina dan minum arak.
Mereka juga mengamalkan prinsip-prinsip rukun Iman dan rukun Islam dalam kehidupan
mereka dan meninggalkan amalan syirik sebelum ini.
Contoh
Kesannya, masyarakat Arab Islam menyembah Allah dan mentaati segala perintahnya serta
tidak melakukan lagi perkara-perkara kufur yang bertentangan dengan ajaran Islam dan
dakwah Islam semakin berkembang.
Penegasan
isi
Seterusnya, perubahan masyarakat Arab selepas kedatangan Islam ialah dari segi
sosial.
Isi 2
Kedatangan Islam telah membawa kepada perubahan akhlak masyarakat Islam Madinah
kepada perkara-perkara yang baik serta mempraktikkan akhlak yang diajarkan oleh syariat
Islam dalam kehidupan mereka. Ini menyebabkan semangat assabiyah yang diamalkan
ketika zaman jahiliyah dahulu dihapuskan yang mana Nabi Muhammad s.a.w
memperkenalkan konsep penyatuan ummah yang dapat diamalkan oleh masyarakat
Madinah. Semua penduduk Madinah sama ada Islam atau bukan Islam akan bersatu padu
memajukan dan mempertahankan negara Madinah. Kaum wanita juga dianggat martabatnya
dan tidak lagi dianggap hina yang mana mereka diberi peluang untuk mendapatkan hak
yang sama dengan kaum lelaki.
Huraian
Akhlak yang ditonjolkan oleh masyarakat jahiliyah adalah seperti hormat-menghormati,
bertolak-ansur, berkasih-sayang antara satu sama lain seperti yang termaktub dalam Piagam
Madinah. Malahan mereka turut berganding bahu menentang musuh Islam dalam Perang
Badar, Perang Uhud dan banyak lagi.
Contoh
Kesannya, masyarakat Islam tidak hidup berpuak-puak dan mewujudkan persekitaran yang
harmoni serta mampu melahirkan masyarakat yang bertamadun .
Penegasan
isi
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
Selain itu, perubahan masyarakat jahiliyah selepas kedatangan Islam ialah dari segi
ekonomi.
Isi 3
Islam telah memperkenalkan dasar ekonomi mengikut syariat Islam yang mana dasar
tersebut telah berjaya menghapuskan amalan-amalan yang berunsurkan kejahilan. Nabi
Muhammad s.a.w juga menggalakkan umat Islam menceburi bidang pertanian, penternakan
dan perniagaan dengan mengadakan pelbagai kemudahan seperti pasar bagi merancakkan
lagi ekonomi di Madinah. Banyak -tanah terbiar telah diusahakan dengan pelbagai tanaman
dan pasar-pasar berdekatan masjid dibina untuk kemudahan aktiviti jual beli. Malahan
kegiatan penjualan berhala telah dihapuskan bagi memastikan perkara syirik tidak lagi
dilakukan oleh masyarakat Arab Islam.
Huraian
Melalui penghapusan riba, penipuan yang bersifat berat sebelah antara golongan pembeli
dan penjual dalam aktiviti jualan yang bertujuan untuk mengaut keuntungan secara
berlebihan tanpa batasan yang menyebabkan berlakunya kezaliman terhadap golongan
miskin.
Contoh
Kesannya, ekonomi masyarakat Islam meningkat dengan pesat malahan kota Madinah
menjadi tumpuan pedagang dari luar kerana sistem ekonomi Islam yang diperkenalkan
membawa kepada ekonomi yang adil untuk semua.
Penegasan
isi
Perubahan yang terakhir ialah dari segi politik Isi 4
Masyarakat Islam Madinah mengamalkan sistem pemerintahan yang teratur dengan
berlandaskan sumber yang utama iaitu Al-Quran dan Hadis. Nabi Muhammad s.a.w telah
memperkenalkan suatu perlembagaan bertulis pertama di dunia iaitu Piagam Madinah yang
menjadi teras utama bagi pembinaan sebuah negara Islam Madinah. Dalam sistem
pentadbiran Islam, konsep musyawarah yang mana pentadbiran dan pengurusan
berlandaskan sistem perbincangan dan perundingan dalam menentukan sesuatu keputusan
dan tindakan. Ini menyebabkan tiada istilah mentadbir negara menggunakan kuasa mutlak
oleh pemerintah ketika itu. Malah, baginda akan berbincang bersama para sahabat bagi
mendapatkan persetujuan yang adil tanpa berat sebelah.
Huraian
Piagam Madinah yang digubal merupakan undang-undang yang mengadungi 47 fasal perlu
dipatuhi oleh semua penduduk Madinah sama ada Islam atau bukan Islam. Malahan sesiapa
yang melanggar akan diusir keluar kerana boleh menggugat keharmonian dan keamanan
negara seperti yang berlaku kepada orang Yahudi Bani Quraizah yang bersekongkol dengan
Musyrikin Mekah menentang orang Islam.
Contoh
Kesannya, pentadbiran Islam Madinah membawa kepada satu bentuk pemerintahan yang
sistematik dalam menguruskan sesebuah negara.
Penegasan
isi
Kesimpulannya, Islam telah menukar cara hidup masyarakat jahiliyah daripada menyembah
berhala kepada menyembah Allah dan meninggalkan akhlak buruk. Islam juga telah
membawa masyarakat jahiliyah kepada sebuah masyarakat yang bertamadun . Syiar Islam
telah berkembang hingga luar Tanah Arab kesan daripada dakwah dan ajaran yang dibawa
oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Kesimpulan
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
SOALAN : SEJAUHMANAKAH AGAMA WATHANI MENDOMINASI AGAMA DAN KEPERCAYAAN
MASYARAKAT JAHILIYYAH.
Agama merupakan satu pegangan suci individu dalam masyarakat dan terbahagi kepada dua
iaitu agama Samawi (langit) yang diturunkan oleh Allah S.W.T melalui para nabi dan kitab.
Manakala agama Ardhi ialah agama yang dicipta dan direka oleh sesetengah manusia.
Kepercayaan pula merupakan amalan turun-temurun yang diamalkan oleh nenek moyang
mereka. Masyarakat jahilliyah mengamalkan pelbagai agama dan kepercayaan dalam
kehidupan mereka sebelum kedatangan Islam.
Pengenalan
Agama Wathani Isi 1
Memang tidak dinafikan bahawa agama Wathani iaitu agama ciptaan manusia telah
mendominasi agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah dimana masyarakat jahiliah
menganggap bahawa berhala-berhala yang dibina sebagai Tuhan. Agama Wathani ini telah
diperkenalkan oleh Amru bin Luhai rentetan peristiwa apabila beliau sembuh daripada
penyakit setelah mandi di sungai Syam. Sehubungan itu, penduduk Mekah telah menyembah
berhala untuk mendapat restu dalam kehidupan mereka dan semakin dianuti ramai kerana
mereka percaya segala berhala yang diukir merupakan perantara dengan Tuhan. Malahan
kegiatan penjualan berhala merupakan antara kegiatan ekonomi masyarakat jahiliyyah
kerana mendapat sambutan dan keuntungan.
Huraian
Sebanyak 360 buah berhala telah dibina dan diletakkan dikeliling kaabah yang mana mereka
akan menyembah berhala-berhala ini untuk mendapatkan restu dan pertolongan. Berhala-
berhala ini diukir daripada kayu, perak, batu dan emas iaitu antara berhala yang terkenal
ialah Al-Uzza, Al-Manat, Al-Latta.
Contoh
Kesimpulannya, agama Wathani sememangnya telah mendominasi kepercayaan masyarakat
jahiliah apabila perniagaan penjualan berhala banyak dijalankan oleh masyarakatnya
sehingga lahirnya ramai pengukir berhala seluruh Tanah Arab.
Penegasan
Isi
Agama Majusi Isi 2
Walau bagaimanapun, terdapat agama lain yang turut dianuti oleh masyarakat jahiliah seperti
agama Majusi. Agama Majusi diasaskan oleh Zoroaster di Parsi. Penganut agama ini tidak
mempercayai kewujudan Allah S.W.T dan para nabi. Mereka juga tidak mempunyai kitab dan
mendakwa segala yang dibawa oleh nabi adalah palsu. Agama ini mengarahkan penganutnya
supaya menyembah matahari dan api. Hal ini kerana, mereka percaya terdapat dua tuhan
iaitu Tuhan Kebaikan (cahaya) dan Tuhan Kejahatan (gelap gelita). Malahan, bagi menjamin
bahawa mereka didampingi oleh Tuhan Kebaikan, mereka akan menyalakan api di rumah
mereka dan ia juga merupakan agama ciptaan manusia.
Huraian
Ajaran yang dibawa oleh agama Majusi ialah dengan menggalakkan perkahwinan antara ibu
dan anak serta adik beradik. Antara mereka yang terawal memeluk agama Majusi ialah
Zuzarah dan anaknya Hajib Bin Zuzarah.
Contoh
Tegasnya, walaupun agama Majusi tidak mempunyai kitab suci, tetapi masih ada masyarakat
jahiliyah yang mengamalkannya kerana percaya dengan kuasa api dan matahari.
Penegasan
Isi
Agama Hanif Isi 3
Selain itu terdapat juga segelintir yang memeluk agama Hanif iaitu agama samawi yang
dibawa oleh Nabi Ibrahim A.s dan disebarkan di Mekah setelah membina Kaabah. Agama ini
tidak mempunyai kitab tetapi mempunyai suhuf yang berupa helaian sahaja dan para
penganutnya digelar Hunafa. Amalan yang dilakukan ialah seperti bersembahyang,
mengerjakan ibadat haji dan berpuasa yang merupakan perkara asas dalam kehidupan
Huraian
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
manusia yang disuruh oleh Allah s.w.t . Mereka meninggalkan amalan tradisi jahiliah seperti
minum arak, berjudi, makan bangkai, makan darah dan sebagainya. Antara tokoh yang
menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Walau
bagaimanapun agama ini telah diselewengkan daripada ajaran yang sebenar iaitu ada
penganutnya yang telah mencampur aduk dengan amalan penyembahan berhala. Hal ini
kerana mereka terpengaruh dengan agama wathani yang kebanyakannya dianuti oleh
masyarakat jahiliyyah yang lain.
Walau bagaimanapun agama ini telah diselewengkan daripada ajaran yang sebenar iaitu ada
penganutnya yang telah mencampur aduk dengan amalan penyembahan berhala. Hal ini
kerana mereka terpengaruh dengan agama wathani yang kebanyakannya dianuti oleh
masyarakat jahiliyyah yang lain.
Contoh
Jelaslah bahawa penganut agama Hanif ini menentang ajaran dan kepercayaan yang dianuti
oleh masyarakat jahiliah sebelum kedatangan Islam tetapi akhirnya juga turut diselewengkan
oleh pengikutnya.
Penegasan
isi
Agama Yahudi Isi 4
Agama Yahudi adalah antara agama kitab yang dianuti oleh penduduk Tanah Arab yang
berasal dari Palestin dam mula bertapak di Madinah apabila masyarakat Palestine mula
mendiami Hijaz dan Yaman. Agama ini berasal daripada ajaran yang disampaikan oleh Nabi
Musa A.S melalui kitab Taurat. Namun penganut agama Yahudi mula menyelewengkan isi
kitab tersebut sehingga seolah-olah agama tersebut khusus untuk mereka sahaja. Hal ini
kerana semasa Nabi Musa menyebarkan dakwah, pelbagai keistimewaan orang Yahudi terima
bagi membuktikan bahawa agama ini merupakan agama yang sebenar Allah. Keistimewaan
yang mereka terima membawa kepada sifat riak dan tamak dalam kalangan orang Yahudi.
Huraian
Agama ini lebih bersifat perkauman dimana sebahagian besar daripada penganutnya
berbangsa Yahudi itu sendiri. Justeru mereka memandang rendah pada manusia lain kerana
mendakwa bahawa bangsa Yahudi adalah anak Tuhan dan dianggap mulia.
Contoh
Jelaslah bahawa walaupun agama Yahudi telah terpesong daripada ajaran yang sebenar dan
tidak berkembang dalam kalangan masyarakat arab yang lain.
Penegasan
Isi
Kepercayaan tahyul dan karut Isi 5
Masyarakat jahiliah juga mempunyai pelbagai bentuk kepercayaan tahyul dan karut yang
diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Secara asasnya, mereka mempercayai kuasa sihir,
ilmu nujum dan petanda-petanda yang berkaitan nasib.
Huraian
Mereka mempercayai bahawa roh orang yang mati akan menjadi burung dan penting bagi
seseorang yang ingin memulakan perjalanan jauh untuk memerhatikan arah burung terbang
di hadapan rumahnya. Sekiranya burung tersebut terbang ke kiri, maka itu membawa
petanda buruk sebaliknya jika burung tersebut terbang ke kanan maka itu memberi petanda
yang baik. Terdapat juga amalan tahyul untuk mengesan sifat curang para isteri. Seseorang
lelaki yang meninggalkan isterinya dalam tempoh masa yang lama akan mengikat tali pada
sebatang pokok, sekiranya tali itu terbuka apabila dia pulang, maka isteri telah berlaku
curang.
Contoh
Jelaslah bahawa, kepercayaan yang ditanam dalam diri masyarakat jahiliah pada waktu itu
adalah tidak berasas dan karut semata-mata dan menimbulkan ketegangan masyarakat. Penegasan
Isi
Kesimpulannya, agama Wathani merupakan agama yang paling banyak dianuti oleh
masyarakat jahliah disamping agama lain. Mereka berada dalam kesesatan, kekufuran dan
syirik kepada Allah S.W.T. Namun selepas kedatangan Islam, wujud perubahan dalam corak
kehidupan masyarakat jahiliah ke arah lebih baik dan berakhlak dari aspek rohani dan
jasmani.
Kesimpulan
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
SOALAN : BINCANGKAN KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI SEORANG NEGARAWAN.
Nabi Muhammad SAW diputerakan pada 12 Rabiulawal berketurunan Quraisy dan dilantik
sebagai nabi ketika berusia 40 tahun selepas menerima wahyu yang pertama pada 601M.
Baginda menjalankan dakwah secara sulit selama 3 tahun dan secara terbuka selama 10
tahun di kota Makkah. Baginda bukan sahaja sebagai nabi malahan pemimpin negara yang
disegani dan mampu menubuhkan kerajaan Islam pertama di dunia iaitu Madinah.
Pengenalan
Kepimpinan baginda dapat dilihat sebagai pemimpin masyarakat Isi 1
Pelbagai langkah yang diambil oleh baginda untuk menyatukan semula masyarakat di
Madinah melalui konsep penyatuan ummah. Puak Aus dan Khazraj bergaduh disebabkan
oleh hasutan orang Yahudi telah berjaya disatukan. Baginda juga telah mengeratkan lagi
hubungan dalam kalangan masyarakat Islam sendiri menerusi usaha gigih
mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin yang mana kaum Ansar membantu kaum
Muhajirin dengan memberi tempat tinggal, harta dan sebagainya. Malahan, penyatuan
masyarakat Madinah antara orang Islam dan bukan islam turut berlaku yang mana semua
penduduk Madinah dianggap satu ummah dan terikat dengan Piagam Madinah.
Huraian
Sebagai contoh baginda berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah dengan
menyeru mereka bekerjasama dan bantu membantu mempertahakan kota Madinah seperti
yang termaktub dalam penggubalan Piagam Madinah malahan semangat assabiyah iaitu
hidup berpuak-puak tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Madinah.
Contoh
Jelaslah bahawa, kepimpinan baginda dapat dilihat apabila berjaya menyatukan penduduk
Madinah menjadi masyarakat yang hidup harmoni dan bersatu padu sama ada Islam dan
bukan Islam.
Penegasan
isi
Selain itu, Nabi Muhammad juga merupakan pemimpin politik Isi 2
Sebagai pemimpin politik, baginda telah meletakkan Islam sebagai asas dalam
pemerintahan baginda. Kebijaksanaan baginda terserlah apabila berjaya menggubal
Piagam Madinah dan seterusnya membentuk negara Islam yang pertama di dunia iaitu
Madinah. Selain itu, konsep musyawarah melalui Majlis Syura juga turut diamalkan iaitu
baginda sentiasa berbincang dengan para sahabat yang terdiri daripada kaum Ansar dan
Muhajirin dalam merangka dasar-dasar negara. Malahan sebagai pemimpin negara juga
baginda turut menghantar wakil mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar.
Huraian
Contohnya, para sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Umar Al-khattab, bersama Rasulullah
mentadbir negara dan sentiasa memberi idea dalam pentadbiran, ekonomi, ketenteraan
dan lain-lain. Diperingkat antarabangsa pula, baginda dianggap diplomat yang berjaya
kerana menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir dan Parsi seperti Amru al-As ke Syam.
Contoh
Jelaslah bahawa, kepimpinan baginda membawa kepada pengiktirafan sebagai pemimpin
politik dan juga Madinah sebagai negara Islam oleh negara luar.
Penegasan
isi
Seterusnya kepimpinan baginda terserlah sebagai perancang ekonomi yang berjaya. Isi 3
Ini kerana, baginda telah memperkenalkan dasar ekonomi baru berlandaskan syariat Islam
menggantikan dasar ekonomi jahiliyah. Baginda menggalakkan orang Islam bergiat aktif
dalam pertanian dan perniagaan yang mana sebelum ini ekonomi Madinah dimonopoli oleh
orang Yahudi. Dasar ini telah menghapuskan ekonomi masyarakat jahiliyah seperti
Huraian
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
penipuan, riba dan penindasan dihapuskan bagi membentuk ekonomi yang adil untuk
semua orang malahan penjualan patung berhala turut dihapuskan kerana bercanggah
dengan Islam. Nabi juga juga berusaha membangunkan ekonomi Islam dengan
menggalakkan tanah-tanah terbiar diusahakan malahan pasar-pasar berdekatan masjid
turut dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli dijalankan.
Contohnya, telaga-telaga air milik orang Yahudi yang asalnya dimiliki orang Islam telah
dibeli dan dikuasai semula oleh orang Islam malahan tanah-tanah orang Islam sebelum ini
digadaikan kepada Yahudi di tebus semula. Baginda turut memperkenalkan cukai
perniagaan yang dikenali sebagai usyur dengan kadar yang rendah bagi merancakkan
ekonomi penduduk Madinah.
Contoh
Jelaslah, perubahan ekonomi yang dilakukan oleh baginda membawa impak besar apabila
ekonomi Madinah bertambah maju dan ramai pedagang luar datang ke kota Madinah
Penegasan
isi
Akhir sekali, baginda merupakan seorang panglima tentera . Isi 4
Baginda menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan iaitu
menjadi pemimpin bagi 27 ekspedisi ketenteraan yang disertai. Baginda juga telah
menerapkan etika peperangan yang mana tentera Islam tidak boleh membunuh kanak-
kanak dan wanita kecuali memberi ancaman kepada Islam. Selain itu tidak boleh
memusnahkan harta benda, alam sekitar. Baginda telah menyediakan beberapa latihan
ketenteraan seperti kemahiran memanah dan berkuda bagi memantapkan daya ketahanan
dari segi fizikal dan mental. Sebagai panglima perang, baginda turut mendengar idea dan
pandangan para sahabat dalam merangka taktik dan strategi perang bagi mencapai
kemenangan melawan musuh Islam.
Huraian
Contohnya baginda berjaya merangka strategi ketenteraan yang membawa kejayaan
kepada pasukan Islam seperti dalam perang Badar walaupun ketika itu tentera Islam
mempunyai 313 orang tetapi mampu mengalahkan musyrikin Mekah yang terdiri daripada
1000 orang.
Contoh
Jelaslah bahawa, baginda merupakan pemimpin tentera yang hebat dan digeruni oleh pihak
musuh kerana berjaya merangka taktik dan strategi peperangan yang membawa kejayaan
kepada tentera Islam dalam setiap siri peperangan.
Penegasan
isi
Jelaslah bahawa Nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga
merupakan negarawan yang disegani. Ketokohan baginda dalam pelbagai aspek membawa
kepada perkembangan syiar dan tamadun Islam. Malahan asas pentadbiran yang
dilaksanakan oleh baginda turut diteruskan oleh para sahabat ketika memimpin negara
Islam selepas kewafatan baginda.
Kesimpulan
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
SOALAN : HURAIKAN KANDUNGAN PIAGAM MADINAH YANG MERUPAKAN PERLEMBAGAAN NEGARA
ISLAM MADINAH.
Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia dan telah
digubal oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622M bersamaan tahun 1H. Kandungan
piagam mengandungi 47 fasal iaitu bahagian pertama mengandungi 23 fasal yang
menerangkan tanggungjawab dan hubungan antara orang islam iaitu Muhajirin dan Ansar.
Bahagian kedua pula mengandungi 24 fasal yang berkaitan dengan hak dan
tanggungjawab orang Yahudi terhadap negara Islam Madinah. Tujuan Piagam Madinah ini
dibuat bagi mewujudkan satu masyarakat yang harmoni, mengekalkan perpaduan dan
keamanan.
Pengenalan
Antara isi kandungan Piagam Madinah yang dapat dilihat ialah dari aspek politik. Isi 1
Nabi Muhammad SAW merupakan ketua negara, ketua hakim dan ketua agama yang tinggi
dan unggul bagi kerajaan Madinah. Baginda telah diiktiraf oleh semua penduduk Madinah
sama ada Islam ataupun bukan Islam. Sebagai ketua hakim, baginda menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah seperti perselisihan kaum berdasarkan
hukum Allah SWT dan keputusan baginda sendiri dengan adil dan musyawarah. Institusi
kehakiman dan keadilan dibentuk untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam
masyarakat Madinah. Selain itu, segala dasar-dasar politik dan pentadbiran perlu
dilaksanakan melalui konsep musyawarah seperti mana yang termaktub dalam Piagam
Madinah.
Huraian
Sebagai contoh, Fasa 1 menjelaskan bahawa Nabi Muhammad sebagai pemimpin negara
yang telah berjaya menggubal Piagam Madinah yang wajib dipatuhi oleh semua penduduk
Madinah. Kepimpinan baginda sebagai ketua negara turut mendapat pengiktirafan negara
Arab yang lain.
Contoh
Jelaslah bahawa Piagam Madinah yang digubal membawa kepada satu bentuk
pemerintahan yang cekap dan sistematik kerana adanya garis panduan lengkap mengikut
acuan Islam.
Penegasan
isi
Selain itu, isi kandungan Piagam Madinah merujuk kepada aspek sosial. Isi 2
Penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama yang mana mereka sering
hidup berpecah belah dan bertelagah. Justeru itu, untuk membina sebuah negara
berdaulat, seluruh rakyat perlu disatukan melalui konsep penyatuan ummah seperti yang
terkandung dalam piagam Madinah. Hal ini dapat dilihat apabila seluruh penduduk
Madinah sama ada Islam mahupun bukan Islam dianggap satu ummah dan mempunyai
tanggungjawab yang sama terhadap negara. Dalam hal ini, semangat assabiyah telah
dihapuskan dan digantikan dengan konsep penyatuan ummah iaitu mereka saling
menghormati, tolong-menolong, bekerjasama dan sebagainya demi memastikan negara
Madinah berada dalam suasana yang aman dan damai.
Huraian
Sebagai contoh, terdapat banyak fasal yang menyatakan tentang hubungan sosial diantara
masyarakat Madinah antaranya fasal 2 iaitu bahawa penduduk Madinah sama ada orang
Islam atau bukan Islam ialah satu ummah.
Contoh
Tegasnya, Piagam Madinah berjaya menyatukan semua penduduk Madinah dan
menjalinkan hubungan yang erat sesama mereka membawa kepada keharmonian kaum.
Penegasan
isi
Aspek pertahanan juga merupakan antara isi kandungan Piagam Madinah Isi 3
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
Semua penduduk Madinah tanpa mengira Islam dan bukan Islam bertanggungjawab
mempertahankan kota Madinah daripada ancaman luar terutamanya pihak Musyrikin
Makkah. Setiap penduduk Madinah tidak boleh bersubahat dengan pihak musuh dan
sekiranya berlaku mereka akan dikenakan tindakan seperti yang berlaku keatas orang
Yahudi Bani Quraizah yang bersekongkol dengan musyrikin Mekah dalam siri peperangan
antaranya ialah Perang Uhud, Khandak dan lain-lain. Selagi mereka menjadi penduduk
Madinah, mereka terikat dengan undang-undang Madinah dan perlu mematuhinya.
Huraian
Dalam fasa 44, sesiapa yang menganggotai Piagam Madinah ini wajib mempertahankan
kota Madinah daripada pihak musuh. Sekiranya ada dalam kalangan penduduk Madinah
yang bersubahat atau mengadakan perjanjian dengan pihak musuh, mereka akan
dikenakan tindakan iaitu diusir dari kota Madinah.
Contoh
Jelaslah bahawa Piagam Madinah berjaya melahirkan semangat cinta akan negara dan
memastikan keselamatan serta keamanan negara terjamin.
Penegasan
isi
Akhir sekali, isi kandungan Piagam Madinah juga menyentuh aspek agama Isi 4
Penduduk Madinah diberikan kebebasan beragama yang mana mereka berhak menganuti
agama masing-masing iaitu kaum Yahudi atau mana-mana golongan yang bukan Islam
terjamin keselamatan mereka selagi taat kepada Piagam Madinah. Mereka bebas
mengamalkan ajaran masing-masing tetapi mereka tidak boleh menyebarkan agama
mereka kepada penduduk Islam Madinah. Islam menjadi agama rasmi Madinah dan segala
bentuk penyembahan berhala dihapuskan kerana ia dianggap syirik dan menyekutukan
Allah. Kebebasan beragama yang dilaksanakan memperlihatkan bahawa undang-undang
yang digubal memberi keadilan kepada semua penduduk untuk mendapatkan hak mereka.
Huraian
Sebagai contoh, fasal 25 yang terkandung dalam Piagam Madinah menyatakan bahawa
kaum Yahudi bebas memeluk agama mereka sebagai mana kaum muslimin bebas
memeluk agama mereka. Usaha-usaha dakwah Islam dipergiatkan melalui pembinaan
masjid dan wakil diplomatik dihantar ke kawasan lain bagi menjalankan usaha-usaha
dakwah secara tidak langsung.
Contoh
Tegasnya , penduduk Madinah mempunyai hak dan kebebasan beragama dan kepercayaan
masing-masing selagi dan dakwah Islam telah berkembang luar dari kota Madinah.
Penegasan
isi
Kesimpulannya, Piagam Madinah membuktikan kebijaksanaan Nabi Muhammad dalam
menyatupadukan penduduk Madinah walaupun berlainan bangsa dan keturunan. Selain
itu, piagam ini juga telah menjadikan kota Madinah sebagai sebuah negara Islam yang
berdaulat. Madinah menjadi negara yang kuat kerana mempunyai sistem pemerintahan
yang sistematik turut menjadi ikutan dan turut diguna pakai oleh pemerintah-pemerintah
negara lain.
Kesimpulan
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
SOALAN : BINCANGKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH PADA ZAMAN KHALIFAH
AR-RASYIDIN ABAD KE-7 MASIHI.
Kerajaan Khulafa’ al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632 Masihi apabila Abu
Bakar al-Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah yang pertama. Kerajaan yang
diperintah oleh empat orang sahabat Nabi Muhammad iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq,
Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.
Gelaran ‘Khulafa Al-Rasyidin’ digunakan kerana mereka meneruskan dasar kepimpinan
Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, terdapat beberapa struktur pemerintahan pusat dan
wilayah sewaktu zaman Khulafa’ al-Rasyidin pada abad ke 7 masihi.
Pengenalan
Antara struktur pemerintahan pusat pada zaman Khalifah al-Rasyidin ialah
pembentukan institusi khilafah.
Isi 1
Institusi khalifah bermula dengan pelantikan Saidina Abu Bakar al-Siddiq menggantikan
Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara Islam Madinah yang baharu yang mana
pelantikannya melalui proses musyawarah dan bai’ah serta tidak berdasarkan kepada
keturunan. Malahan, khalifah merupakan individu yang paling berkuasa kerana
berperanan sebagai ketua eksekutif dan kehakiman, panglima tertinggi angkatan tentera
Islam serta mengetuai pentadbiran kerajaan. Walaupun bebas dari sebarang kawalan
dalam bentuk perlembagaan atau badan politik, namun kekuasaannya tidak bersifat
mutlak dan autokrasi kerana Al-Quran dan As-Sunnah merupakan panduan yang
membimbing dan mengawal segala tindakannya.
Huraian
Buktinya, khalifah boleh membuat ‘ijtihad’ sekiranya terdapat perkara penting yang tidak
terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar
Al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan berfungsi sebagai badan penentu
dasar-dasar negara.
Contoh
Kesannya, pemerintahan dapat dijalankan dengan lebih teratur disebabkan oleh
kepimpinan khalifah yang unggul.
Penegasan
isi
Struktur pemerintahan pusat yang seterusnya ialah Majlis Syura merancang dan
melaksanakan segala bentuk pentadbiran.
Isi 2
Majlis Syura merupakan badan perundangan yang dianggotai oleh sahabat-sahabat Nabi
Muhammad SAW dan mereka yang berpengalaman dilantik sebagai badan penasihat
khalifah. Ia menjadi tempat rujukan kepada Khulafa al-Rasyidin dalam urusan
pentadbiran negara dan juga sebelum sesuatu keputusan dan tindakan penting
dilaksanakan. Keputusan yang dibuat ialah berdasarkan kepada suara pungutan majoriti
yang mewarisi perkara yang dipraktikkan pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad
SAW.
Huraian
Kerajaan pusat bertanggungjawab menerangkan dan melaksanakan dasar-dasar negara
yang mana keputusan diputuskan melalui Majlis Syura seperti pemilihan gabenor,
panglima-panglima tentera, serangan-serangan, menjaga keamanan, perbelanjaan negara
dan lain-lain.
Contoh
Jelaslah bahawa pentadbiran pusat berjaya membawa kemajuan dan keamanan di
seluruh wilayah naungan Islam. Malahan melalui penubuhan Majlis Syura, segala
keputusan dapat dicapai melalui persetujuan semua pihak tanpa berlaku sebarang
perbalahan .
Penegasan
isi
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
Selain itu, struktur pemerintahan di peringkat wilayah diketuai oleh Gabenor. Isi 3
Gabenor yang mengetuai wilayah akan melaksanakan tugas-tugas seperti yang
dilakukan oleh Khalifah di peringkat pusat dibantu oleh pegawai-pegawai. Gabenor
dibantu oleh pegawai-pegawai jabatan yang dilantik dibawah penyeliaan gabenor.
Mereka akan diberi senarai tugasan dan tanggungjawab serta batas-batas kuasa masing-
masing. Harta mereka akan disenaraikan oleh gabenor untuk mengelakkan pertindihan
dan penyelewengan kuasa serta rasuah dan sebagainya. Pada zaman Khalifah Abu Bakar
As-Siddiq, wilayah Islam telah dibahagikan kepada 10 wilayah antaranya Makkah, Taif,
Yaman, Bahrain dan lain-lain yang mana setiap wilayah ditadbir oleh seorang gabenor.
Huraian
Jawatan pegawai-pegawai yang dilantik ialah Amil yang membantu mengutip hasil
negara, Kadi sebagai hakim, pengurus pentadbiran kehakiman serta menguruskan wakaf
disamping jawatan Kitab Al-Diwan (setiausaha), Sahib Baitulmal (Pegawai
Perbendaharaan Negara), Sahib Al-Syurtah (Pegawai Polis) dan sebagainya.
Contoh
Jelaslah bahawa, pelantikan pegawai-pegawai yang cekap dapat meringankan tugas
gabenor selain melicinkan pentadbiran di peringkat wilayah.
Penegasan
isi
Akhir sekali, struktur pemerintahan diperingkat wilayah ialah mengikuti struktur
pemerintahan di peringkat pusat.
Isi 4
Kerajaan wilayah tidak boleh bertindak sendiri tanpa kebenaran kerajaan pusat. Hal ini
kerana kerajaan wilayah adalah tertakluk di bawah kerajaan pusat sepenuhnya dan perlu
mematuhi segala arahan kerajaan pusat. Kegagalan kerajaan wilayah untuk mematuhi
arahan pusat biasanya akan dikenakan tindakan iaitu pemecatan gabenor atau pegawai
kerajaan. Malahan, kerajaan wilayah juga mempunyai tanggungjawab yang besar
terhadap kerajaan pusat. Namun, kerajaan pusat perlu memajukan dan membangunkan
kerajaan wilayah dengan membangunkan sektor pertanian dan perdagangan dan
kemajuan untuk penduduk setempat.
Huraian
Misalnya tanggungjawab kerajaan wilayah untuk membantu kerajaan pusat ialah
memungut cukai, bantuan ketenteraan untuk menentang musuh, menjaga keselamatan
dan sebagainya.
Contoh
Oleh itu, pemerintahan wilayah sentiasa dipantau oleh Kerajaan Pusat bagi memastikan
kecekapan dalam pentadbiran serta tidak berlakunya pemberontakan di wilayah-wilayah
Islam.
Penegasan
isi
Kesimpulannya, sistem pentadbiran yang dipraktikkan pada zaman Khulafa’ Al-Rasyidin
adalah sistem yang dikemaskinikan daripada sistem pentadbiran zaman Rasulullah s.a.w.
Struktur pemerintahan menjadi lebih sistematik dan naungan wilayah Islam bertambah
luas sehingga menyebabkan negara lain tunduk hormat terhadap pemerintahan Islam.
Kesimpulan
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
SOALAN : BINCANGKAN CIRI-CIRI SEBAGAI SEORANG KHALIFAH.
Institusi khalifah sangat penting dalam pemerintahan Islam kerana ia merupakan lambang
pembinaan sebuah negara Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan Sunnah. Ia ialah
contoh pemerintahan terbaik sebagai panduan untuk seseorang pemimpin atau pemerintah
bagi membentuk sebuah negara yang bertamadun. Sejarah khalifah bermula selepas
kewafatan Nabi Muhammad SAW iaitu apabila Abu Bakar al-Siddiq dilantik sebagai khalifah
pertama, diikuti oleh tiga orang sahabat iaitu Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali
bin Abi Talib. Seterusnya empayar Islam terus berkembang melalui corak pemerintahan
khalifah yang dilaksanakan iaitu zaman Bani Umayyah, Abbasiyyah, Turki Uthmaniyyah.
Pengenalan
Antara ciri-ciri seorang khalifah ialah jujur dan amanah dalam apa jua yang dilakukan. Isi 1
Khalifah perlulah amanah dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan. Hal ini dapat
memberikan kepercayaan kepada rakyat dan tidak menimbulkan rasa syak wasangka kepada
khalifah serta terhindar daripada pemberontakan rakyat. Khalifah juga mestilah menjalankan
urusan pentadbiran berlandaskan syariat Islam dan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai
contoh atau “role model”. Di samping itu, khalifah perlu jujur dan amanah dalam menguruskan
hal negara tidak menggunakan harta dan kuasa untuk kepentingannya sendiri serta tidak
mengharapkan balasan rakyat.
Huraian
Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan yang mana beliau
tidak menggunakan sumber baitulmal untuk kepentingan peribadi, sebaliknya telah
menginfakkan hampir sebahagian besar hartanya kepada baitulmal untuk membangunkan
Islam.
Contoh
Oleh itu, golongan bawahan atau orang miskin tidak tertindas apabila harta dari baitulmal
diagih-agihkan kepada rakyat secara jujur dan amanah tanpa penyelewengan serta
meningkatkan kesetiaan rakyat terhadap pemimpin.
Penegasan
isi
Sebagai pemimpin tertinggi negara, salah satu ciri yang perlu ada bagi seorang khalifah
ialah mestilah berilmu .
Isi 2
Ilmu ini membolehkan seorang khalifah memutuskan sesuatu hukum dan membuat keputusan
yang tepat terhadap masalah agama dan duniawi. Dalam hal ini, khalifah bukan sahaja
memerlukan ilmu agama yang mantap, tetapi juga memiliki ilmu keduniaan seperti ilmu
perundangan, kewangan, sosial dan sebagainya. Dengan kata lain, khalifah hendaklah bertutur
dengan baik, membaca dan menulis. Ilmu tersebut akan membantu khalifah untuk melicinkan
urusan pemerintahan dan pentadbiran malahan akan dipandang tinggi oleh rakyat dan
masyarakat luar.
Huraian
Contoh dapat dilihat semasa pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid yang mana beliau
seorang mempunyai ilmu yang tinggi bukan hanya ilmu agama malahan juga ilmu duniawi.
Beliau juga sentiasa memastikan semua umat Islam mendalami agama dan berusaha
mempelajari ilmu lain antaranya matematik, astronomi, sains dan sebagainya melalui usaha
penubuhan Baitul Hikmah. Ketokohan beliau membawa kepada lahirnya tokoh-tokoh ilmuan
Islam dalam pelbagai bidang yang mana secara tidak langsung membuka mata masyarakat
luar terhadap kehebatan Islam.
Contoh
Oleh itu, ilmu amat penting bagi seorang khalifah untuk mentadbir negara dengan sistematik
dan terancang supaya menjadi negara yang maju serta dicontohi oleh negara lain.
Penegasan
isi
Ciri-ciri keadilan amat penting bagi seorang khalifah sebagai pemimpin. Isi 3
Setiap percakapan, perbuatan atau tindakan haruslah berpaksikan al-quran dan sunnah.
Seorang pemimpin yang adil ialah pemimpin tidak mengambil kesempatan atas kedudukan
dan kuasa mereka iaitu tidak menindas rakyat. Keadilan akan mewujudkan kesejahteraan dan
Huraian
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
keharmonian yang mana rakyat akan berasa gembira apabila hak mereka tidak dirampas.
Sebagai seorang khalifah, setiap tindakan yang diambil tidak boleh ada pilih kasih dan
menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
Keadilan ini jelas dilihat pada zaman pemerintahan Umar Abd Aziz yang mana beliau telah
mengagihkan sumber baitulmal kepada mereka yang layak sehingga tiada lagi penduduk yang
miskin. Hal ini menunjukkan semua penduduk mendapat hak yang sewajarnya dan tidak
berasa ditindas oleh pemimpin.
Contoh
Setiap anggota masyarakat sama ada Islam atau bukan Islam akan mendapat keadilan yang
sewajarnya terutama apabila melibatkan perundangan.
Penegasan
isi
Ciri lain sebagai seorang khalifah ialah kredibiliti dan ketokohan. Isi 4
Ketokohan yang ada perlu mempunyai keperibadian yang tinggi selaku pemimpin negara. Ini
kerana, sokongan rakyat bergantung kepada khalifah itu sendiri dalam pentadbirannya. Ia
juga dapat memberi pengaruh yang kuat daripada rakyat dalam mentadbir negara.
Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, beliau dapat menjalankan pentadbiran yang
ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dengan cekap dan sistematik.
Huraian
Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq apabila ketokohan
beliau menyebabkan beliau dipilih sebulat suara oleh masyarakat dengan cara bai’ah
mengganti Rasulullah SAW. Lebih-lebih lagi beliau juga merupakan sahabat yang paling rapat
dan dipercayai oleh baginda Nabi SAW sepanjang baginda memimpin dan mentadbir negara
Islam .
Contoh
Pemerintahan khalifah yang bermula pada zaman khulafa’ ar-Rasyidin hingga zaman
Uthmaniyah memperlihatkan syiar Islam semakin terbesar hasil daripada bakat dan
ketokohan yang ada sebagai seorang pemimpin hebat..
Penegasan
isi
Seorang yang bijaksana juga antara ciri-ciri seorang khalifah Isi 5
Setiap pemimpin perlu memiliki sifat bijaksana untuk merancang sesuatu perkara sesuai
dengan keadaan ketika itu. Kesilapan dalam membuat keputusan akan membawa kesan buruk
kepada umat dan negara Islam. Keputusan yang dibuat perlulah mendapat persetujuan oleh
para sahabat dan sewajarnya khalifah perlu bijaksana menangani segala perkara yang berlaku.
Huraian
Hal ini dapat dilihat ketika zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab, kebijaksana beliau
terserlah apabila bertindak membahagikan wilayah Islam kepada beberapa bahagian dan
melantik pegawai yang bertugas untuk menjaga wilayah masing-masing dengan melantik
gabenor, setiausaha, dan ketua-ketua jabatan bagi melicinkan lagi pentadbiran. Ini kerana,
pada ketika itu wilayah Islam bertambah luas dan memudahkan khalifah memantau setiap
wilayah agar tidak berlaku sebarang pemberontakan.
Contoh
Tindakan yang bijaksana diambil oleh khalifah secara tidak langsung melicinkan pentadbiran
peringkat pusat dan wilayah.
Penegasan
isi
Kesimpulannya, dalam melaksanakan tanggungjawab mentadbir negara Islam, khalifah mesti
menjadikan al-Quran dan as-sunnah sebagai pedoman dan panduan seperti semasa
pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Kepentingan seorang ketua negara dalam Islam tidak
hanya dari aspek ilmu tetapi juga mengutamakan akhlak yang ada pada diri seorang
pemimpin.
Penutup
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
SOALAN : SUMBANGAN TOKOH UMAR AL-KHATTAB MEMBAWA KEPADA ZAMAN KEGEMILANGAN
UMAT ISLAM. JELASKAN PERNYATAAN INI.
Khalifah Umar Al-Khattab merupakan khalifah Islam yang kedua selepas kewafatan Saidina
Abu Bakar As-Siddiq memerintah selama 10 tahun. Nama sebenar beliau ialah Umar bin Al-
Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza dan berasal daripada Bani Adiy berketurunan
bangsawan Quraisy. Beliau dilahirkan pada tahun 548 M di Mekah dan wafat pada 644 M
bersamaan 23 H. Pemilihan Umar al-Khattab sebagai khalifah melalui wasiat dilakukan
kerana ketokohan beliau dalam bidang agama. Bukan itu sahaja, beliau juga terkenal
sebagai pemuda yang berani, tegas, berterus terang dan mempunyai pemikiran yang tajam.
Digelar al Faruq kerana berupaya memisahkan antara hak dan batil.
Pengenalan
Sumbangan Umar Al-Khattab dapat dilihat melalui dasar perluasan tanah jajahan
dan pembahagian wilayah
Isi 1
Pada zaman pemerintahan khalifah Umar, kegiatan memperluaskan tanah jajahan telah pun
berlaku dengan begitu pesat berbanding zaman sebelumnya. Kegiatan perluasan kuasa ini
berkembang ekoran penubuhan Diwan al-Jund pada 20 hijrah iaitu Jabatan Ketenteraan
yang membentuk tentera sukarela dan tentera tetap. Perkembangan Islam yang semakin
meluas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baharu telah memerlukan kepada
pentadbir bagi menguruskan sebuah negara. Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan
Islam yang semakin meluas kepada beberapa wilayah demi kelicinan pentadbiran Islam.
Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi
memastikan pentadbiran yang sistematik.
Huraian
Antara kawasan tanah jajahan yang baru dibuka adalah seperti Syria, Iraq, Mesir dan
Palestine. Kawasan ini dibahagikan kepada lapan wilayah iaitu Khufah, Basrah, Syam,
Jazirah, Mausil, Yaman dan Bahrain. Setiap wilayah ini akan ditadbir oleh seorang Gabenor
dan dibantu oleh pegawai-pegawai tentera, Pegawai Cukai dan Pegawai Perbendaharaan.
Mereka hendaklah mengisytiharkan harta mereka bagi menggelakkan daripada menerima
rasuah dan penyelewengan.
Contoh
Perkembangan Islam yang meluas ke beberapa wilayah baharu bukan sahaja menjadikan
empayar Islam besar bahkan agama Islam dapat disebarkan kepada penduduk yang
menetap di wilayah-wilayah tersebut.
Penegasan
isi
Penubuhan Baitulmal dan Majlis Syura secara rasmi Isi 2
Di samping penubuhan jabatan baharu dilaksanakan, Khalifah Umar juga telah
memantapkan lagi sistem pengurusan negara iaitu dengan mengambil beberapa langkah
seperti menubuhkan Baitulmal yang mana ianya merupakan institusi kewangan yang
bertanggungjawab menyimpan, memelihara dan mengawal penggunaan harta negara.
Penubuhan Baitulmal dibuat secara rasmi dan teliti yang mana beliau melantik pegawai
pungutan iaitu Amil yang layak sahaja. Seterusnya penubuhan Majlis Syura secara rasmi
yang berperanan sebagai tempat perbincangan masalah yang berhubung dengan politik,
ekonomi, sosial dan kebajikan serta masalah dalaman dan luaran negara turut dibuat. Majlis
Syura ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Majlis Syura Am dan Majlis Syura Tertinggi yang
dianggotai oleh sahabat nabi seperti Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Ali bin Abi
Talib dan lain lain. Bagi hal-hal yang kurang penting, khalifah Umar mengadakan
perbincangan di masjid.
Huraian
Sumber pendapatan negara yang disimpan di Baitulmal diperoleh daripada zakat,
ghanimah, al-fai’, jizyah, usyur dan kharaj. Hasil negara ini akan disalurkan kepada perkara
seperti menyediakan kemudahan untuk masyarakat, kebajikan dan sebagainya.
Contoh
Jelaslah melalui penubuhan Baitulmal dan Majlis Syura secara telah rasmi berjaya
memantapkan lagi pentadbiran khalifah Umar malahan kutipan sumber Baitulmal
bertambah banyak dan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan baik.
Penegasan
isi
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah. Isi 3
Dalam bidang ekonomi, Khalifah Umar telah memperbaharui undang-undang pentadbiran
tanah. Perluasan kuasa Islam dan pembukaan wilayah baharu di Iraq, Mesir dan Syria
mendorong Khalifah Umar al-Khattab untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem
tanah. Di kawasan-kawasan yang baharu ini, segala tanah-tanah awam telah menjadi milik
kerajaan tempatan dan segala hasil daripada tanah tersebut digunakan untuk menyediakan
kemudahan awam. Tanah-tanah yang telah dimiliki oleh penduduk tempatan tidak
dirampas tetapi dikenakan cukai kharaj (tanah). Tentera atau umat Islam dari kawasan lain
tidak dibenarkan mengambil tanah di kawasan yang baharu ditakluki bagi memastikan
tidak berlaku huru-hara melibatkan penduduk tempatan. Sebelum ini, tanah-tanah yang
ditakluki dibahagikan kepada tentera yang menyertai ekspedisi ketenteraan. .
Huraian
Contohnya di wilayah Iraq, tanah-tanah yang tidak bertuan iaitu tanah safawi dijadikan
tanah kerajaan dan diusahakan . Golongan bekas tentera iaitu golongan Ahl al-Ayyam
dilantik sebagai pemegang amanah yang akan menyelia dan menguruskan tanah-tanah
kerajaan .
Contoh
Undang-undang baharu ini telah memajukan ekonomi umat Islam pada zaman tersebut
disamping menambahkan lagi sumber pendapatan negara melalui kutipan cukai kharaj
serta pembukaan tanah untuk aktiviti pertanian.
Penegasan
isi
Membentuk beberapa jabatan pentadbiran Isi 4
Bagi melicinkan pentadbiran, khalifah Umar al-Khattab telah menubuhkan beberapa
jabatan seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian, dan Jabatan
Perbendaharaan Negara. Setiap jabatan diketuai oleh katib atau setiausaha. Langkah ini
diambil oleh Khalifah Umar untuk memastikan jabatan tersebut dapat diiuruskan dengan
adil oleh kakitangan yang telah dilantik serta mereka perlu melaksanakan tugas
berpandukan Al-Quran. Hal ini kerana pertambahan penduduk pada zaman khalifah Umar
memerlukan beliau untuk merangka suatu pentadbiran yang lebih khusus dan teratur
strukturnya bagi mengelakkan penyelewengan dan pemberontakkan.
Huraian
Sebagai contoh, Jabatan Kehakiman diketuai oleh Kadi yang terdiri daripada kalangan
ulama dan dilantik dengan syarat yang ketat seperti berilmu, berperibadi tinggi dan
dikenali oleh masyarakat. Jabatan Kehakiman yang ditubuhkan diasingkan dari jabatan
yang lain untuk menjamin keadilan. Selain kitu, beliau juga menubuhkan dua Diwan Tentera
yang berfungsi merekod segala hal berkaitan dengan tentera. Diwan al-Kharaj pula dibina
bagi menjalankan pungutan cukai terhadap mereka yang memiliki tanah pertanian.
Contoh
Pembentukan beberapa jabatan rasmi yang baharu pada zaman Khalifah Umar telah
mengukuhkan pentadbiran Islam di peringkat pusat dan wilayah.
Penegasan
isi
Zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab merupakan zaman kegemilangan Islam
yang mana pada waktu itu bukan sahaja pelbagai kemajuan dalam ekonomi yang dapat
dilihat tetapi jumlah penganut umat Islam turut bertambah ekoran perluasan kuasa yang
giat dijalankan oleh tentera Islam. Kewafatan Khalifah Umar al-Khattab pada 644 Masihi
telah menamatkan pemerintahan beliau dan dipanggil zaman Kegemilangan Empayar
Islam. .
Kesimpulan
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
SOALAN : BINCANGKAN SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR SEBAGAI PEMIMPIN ISLAM YANG
BERKALIBER
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dilantik sebagai pengganti Nabi Muhammad SAW pada tahun 11H
selepas kewafatan Baginda. Beliau digelar al–Siddiq kerana beliau membenarkan segala
peristiwa yang berlaku kepada Rasulullah SAW. Abu Bakar juga menjadi orang dewasa
pertama yang memeluk agama Islam dan sentiasa bersama-sama Rasulullah SAW. Merupakan
orang paling kanan di sisi Rasulullah SAW dan memerintah negara Islam selama dua tahun
sebagai khalifah.
Pengenalan
Antara sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sebagai pemimpin yang berkaliber
ialah menentang golongan Ar-Riddah.
Isi 1
Golongan Al-Riddah adalah golongan yang terdiri daripada golongan yang murtad, golongan
yang enggan membayar zakat dan golongan yang mengakui diri sebagai nabi palsu. Mereka ini
merupakan musuh Islam iaitu berusaha melemahkan pemerintahan Khalifah Abu Bakar.
Antara mereka yang bertindak ialah Musailamah Al-Kazzab yang sentiasa memberi ancaman
kepada umat serta negara Islam selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak
dibanteras akan menimbulkan huru hara dan ketidak ketenteraman dalam kalangan umat
Islam sendiri apabila tindakan mereka yang enggan membayar zakat dan mendakwa mereka
adalah nabi yang diutuskan oleh Allah.
Huraian
Khalifah Abu Bakar terpaksa mengambil tindakan ketenteraan bagi menghapuskan golongan
ini. Sebanyak 11 pasukan tentera yang diketuai oleh panglima Khalid al-Walid dibentuk untuk
memerangi golongan ini dari terus merebak ideologi dalam kalangan umat Islam.
Contoh
Jelaslah, Khalifah Abu Bakar telah berjaya membanteras golongan ini melalui ketenteraan yang
mana mereka bersetuju untuk kembali ke pangkal jalan dan akhirnya mewujudkan suasana
aman dalam kalangan umat Islam.
Penegasan
isi
Selain itu, sumbangan beliau sebagai pemimpin yang berkaliber ialah memantapkan
ketenteraan Islam.
Isi 2
Sebelum kewafatan Rasulullah SAW, baginda telah membentuk pasukan tentera yang diketuai
oleh Usamah bin Zaid ke sempadan Syam untuk menyerang Ghassan yang ketika itu berada di
bawah jajahan Byzantine yang merupakan musuh Islam. Tindakan ini dilakukan kerana
beberapa orang utusan nabi telah dibunuh dan penduduk Ghassan ditindas. Khalifah Abu
Bakar mengambil keputusan untuk meneruskan rancangan ini walaupun tidak dipersetujui
oleh sahabat-sahabat Rasulullah SAW kerana pada masa yang sama tentera Islam terlibat
dengan peperangan menentang gerakan Ar-Riddah.
Huraian
Beliau tetap dengan keputusan dan telah mengarahkan Usamah bin Zaid untuk meneruskan
gerakan ketenteraan dengan berupaya membahagikan tentera Islam yang dipimpin panglima
perang yang hebat. Setelah berperang selama 40 hari, akhirnya tentera Islam memperoleh
kemenangan disebabkan oleh semangat juang yang tinggi.
Contoh
Kesannya, pasukan tentera yang dibentuk oleh beliau telah menjadi tulang belakang dalam
menjaga keselamatan negara dan umat Islam daripada ancaman musuh dan akhirnya menjadi
angkatan tentera yang hebat.
Penegasan
isi
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
Seterusnya, antara sumbangan beliau ialah menentukan bakal khalifah. Isi 3
Sebelum kewafatan beliau, beliau sempat menamakan calon khalifah seterusnya iaitu Saidina
Umar bin Al-Khattab. Beliau mengadakan satu rundingan bersama para sahabat yang lain
tentang bakal pengganti beliau yang mana ketika itu beliau sedang gering. Malahan negara
baharu sahaja pulih daripada masalah dalam negeri, kemunculan nabi-nabi palsu dan golongan
yang enggan menbayar zakat. Walaupun pelantikan tersebut dibuat melalui wasiat, tetapi ianya
telah dipersetujui oleh para sahabat dan umat Islam yang lain disebabkan ketokohan yang ada
pada diri Umar Al-Khattab. Pada masa itu menurut pandangan beliau, orang yang paling layak
memegang tampuk pemerintahan Islam hanyalah Umar sahaja bagi menangani saki baki
musuh yang boleh memecahkan negara dan umat Islam.
Huraian
Beliau melantik Saidina Umar Al-Khattab sebagai khalifah yang kedua bagi mengelakkan
berlakunya permasalahan dalam negeri. Sifat ketegasan dan keberanian yang ada melayakkan
Saidina Umar Al-Khattab menjadi khalifah seterusnya. Ketegasan dan keberanian Umar akan
dapat mengelakkan berlaku pemberontakan dan ancaman syiar Islam.
Contoh
Akhirnya, beliau berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam dan masalah pergolakan umat
Islam tidak akan berlaku lagi kerana Umar adalah pemimpin yang berkaliber
Penegasan
isi
Selain itu juga, antara sumbangan beliau ialah beliau mengambil langkah untuk
mengumpulkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Isi 4
Semasa perang menentang golongan al-Riddah (Perang Al-Yamamah), ramai sahabat yang
merupakan penghafal al-Quran terkorban. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dalam
kalangan umat Islam yang mana akan terhapusnya al-Quran. Selain itu, mereka juga berasa
bimbang berlakunya penyelewengan dalam al-Quran yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam
iaitu mereka akan menghasilkan al-Quran mengikut acuan mereka untuk rujukan umat Islam .
Huraian
Sebagai contoh, Khalifah Abu Bakar menerima cadangan para sahabat untuk menubuhkan satu
kumpulan khas menulis ayat-ayat al-Quran. Zaid bin Sabit dilantik untuk mengetuai usaha
mengumpul dan menulis semula naskah al-Quran yang melibatkan ramai huffaz Al-Quran dan
para sahabat yang pernah mengikuti kelas pengajian Al-Quran bersama Rasulullah SAW.
Sumbangan Abu Bakar inilah merupakan asas kepada penghasilan al-Quran yang sebenar
sehingga hari ini.
Contoh
Tindakan demikian, pengumpulan ayat-ayat suci Al-Quran ini telah berjaya menyelamatkan isi
dan kandungan nashkah Al-Quran daripada tercemar oleh anasir-anasir musuh Islam yang
boleh memesongkan akidah umat Islam.
Penegasan
isi
Kesimpulannya, sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah berjaya menyelesaikan
masalah–masalah penting negara yang mengancam kedaulatan negara. Di samping itu, beliau
juga merupakan seorang khalifah yang amat berjasa dalam menyebarkan syiar Islam di luar
Semenanjung Tanah Arab dan digelar “Penyelamat Negara Islam” walaupun memerintah dalam
jangka masa singkat.
Kesimpulan
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
SOALAN : JELASKAN JENIS JIHAD YANG DITERAPKAN DALAM ISLAM SEJAK ZAMAN RASULULLAH
S.A.W.
Jihad adalah merupakan suatu kefardhuan bagi seluruh umat Islam dan menjadi kewajipan
bagi mereka untuk menunaikan kefardhuan tersebut. Konsep Jihad dapat ditakrifkan dari
perkataan Arab iaitu ‘jahada’. Perkataan ini membawa maksud penyerahan seluruh tenaga
manusia untuk mendapat sesuatu yang diingini atau menolak sesuatu yang dibenci di sisi
Islam. Jihad telah muncul sejak zaman Rasulullah s.a.w untuk menyebarkan dan
mempertahankan Islam.
Pengenalan
Jihad nyawa dan tenaga diterapkan kepada umat Islam Isi 1
Jihad nyawa dan tenaga ini adalah merupakan jihad yang tertinggi Islam kerana jihad ini
memerlukan pengorbanan jiwa dan raga sepenuhnya untuk berbakti kepada agama Islam
khususnya. Kebiasaannya, jihad ini dikhususkan kepada lelaki yang memiliki tubuh yang
sihat, tegap dan kuat yang mana ianya tertumpu di medan peperangan dan pertempuran yang
mana tentera Islam yang terlibat dalam peperangan tersebut perlu sentiasa bersiap sedia
kepada sebarang kemungkinan yang berlaku iaitu soal hidup dan mati mereka. Allah SWT
telah menjanjikan syurga bagi mereka yang syahid yang gugur di medan peperangan. Hal ini
meningkatkan semangat juang tentera Islam tanpa takut menghadapi ancaman pihak musuh
yang akhirnya banyak membawa kemenangan tentera Islam.
Huraian
Antara peristiwa yang boleh dijadikan contoh ialah peristiwa Saidina Hamzah yang gugur di
medan pertempuran di mana beliau sanggup berjuang bermati-matian tanpa rasa takut dalam
peperangan Uhud semata-mata untuk memperjuangkan Islam daripada pihak Musyrikin
Mekah.
Contoh
Tegasnya, umat Islam mestilah sentiasa bersedia tenaga dan kemampuan yang ada untuk
melindungi agama Islam seperti yang pernah diperjuangkan oleh para sahabat pada zaman
baginda SAW.
Penegasan
isi
Selain itu diterapkan juga Jihad harta Isi 2
Pengorbanan dari segi harta dan kewangan juga termasuk dalam jihad fisabilillah di sisi
Islam. Pada kebiasaannya, jihad ini akan dilakukan oleh golongan bangsawan atau golongan
kaya yang mampu dari segi harta untuk mempertahankan Islam. Golongan yang seperti ini
akan menginfakkan harta dan wang mereka kepada baitulmal, membebaskan hamba yang
dizalimi dan membantu ketenteraan Islam seperti membeli kelengkapan perang antaranya
senjata, kuda, ubat-ubatan. Selain itu, mereka juga menginfakkan harta bagi pembangunan
umat Islam sepeti pembinaan masjid, sekolah dan tempat pembelajaran bagi memajukan
umat dan negara Islam.
Huraian
Seperti contoh, Saidina Abu Bakar al-Siddiq yang sanggup menyumbangkan seluruh hartanya
demi menegakkan syiar Islam pada awal dakwah Rasulullah s.a.w , beliau sanggup membeli
hamba-hamba dengan menggunakan wang beliau sendiri ketika itu lalu memerdekakan
mereka apabila kaum musyrikin Mekah sanggup bertindak zalim terhadap mereka. Malahan
dalam perang Tabuk, beliau juga turut menginfakkan segala harta untuk kegunaan dimedan
perang melawan musuh.
Contoh
Impaknya, umat Islam telah terdidik dengan sikap suka membantu dan menyumbang harta
untuk memastikan syiar Islam terus tersebar luas.
Penegasan
isi
Malahan jihad ilmu perlu ada dalam diri umat Islam Isi 3
Umat Islam juga telah disyariatkan untuk berjuang dalam bidang keilmuan yang mana setiap
umat Islam perlu mendalami ilmu agama dan juga ilmu duniawi seperti ilmu sains,
matematik, perubatan dan sebagainya. Umat Islam digalakkan untuk mempelajari ilmu yang
membawa manfaat antaranya ialah ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah yang merangkumi
Huraian
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
semua aspek kehidupan. Islam juga mensyariatkan umatnya berjihad dalam bidang keilmuan
supaya agama Islam tidak dianggap ketinggalan, ‘kuno’ oleh agama lain dan dalam masa yang
sama dapat bersaing.
Sebagai bukti Islam amat menggalakkan jihad dalam bidang keilmuan ini apabila masjid-
masjid dijadikan tempat penyebaran ilmu dan juga usaha-usaha penterjemahan dilakukan.
Rasulullah s.a.w merupakan seorang yang bijaksana dan mempunyai ilmu yang luas dalam
segala perkara bukan hanya ilmu agama sahaja. Munculnya tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang
tersohor dan termasyhur pada suatu ketika dahulu antaranya, tokoh ilmuwan dalam bidang
Matematik ialah al-Khawarizmi, tokoh ilmuwan dalam bidang sains ialah Ibnu Sina, dan ramai
lagi.
Contoh
Tegasnya, umat Islam tidak akan mudah diperlekehkan dan dipandang serong oleh golongan
kafir dan berjaya mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu.
Penegasan
isi
Jihad akal fikiran juga diterapkan kepada umat Islam Isi 4
Jihad ini merupakan salah satu jihad yang dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW dan para
sahabat lagi. Bagi mereka yang tidak mampu atau tidak berpeluang untuk menyertai
ekspedisi peperangan akan tetapi dapat memberikan idea-idea yang bernas dalam semua
perkara sama ada dalam aspek pentadbiran, ekonomi, ketenteraan dan sebagainya. Setiap
orang diberikan hak untuk mengeluarkan idea dan pandangan melalui konsep musyawarah
yang diamalkan yang memperlihatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w dan khalifah tidak
mentadbir negara dengan kuasa mutlak semata-mata.
Huraian
Ini dapat dilihat dalam peristiwa perang Khandak di mana Salman Al-Farisi telah berjihad
dengan menggunakan akal fikiran untuk memberi idea yang bernas dengan menyusun
strategi peperangan. Beliau mencadangkan kepada barisan ketenteraan Islam untuk
menggali parit di sekeliling Kota Madinah bagi menghalang tentera musuh daripada
memasuki Kota Madinah. Tentera Islam hanya perlu bertahan di dalam kota yang akhirnya
membawa kemenangan kepada tentera Islam.
Contoh
Melalui jihad ini, para sahabat bersama dengan Rasulullah SAW sentiasa bermusyawarah
menyumbang idea dan fikiran untuk membangunkan syiar dan negara Islam. .
Penegasan
isi
Kesimpulannya, jelas sekali sejak zaman Rasulullah SAW lagi pelbagai jenis jihad telah
diperkenalkan kepada umat Islam. Sekiranya konsep jihad ini benar-benar diterapkan dalam
diri setiap umat Islam, mereka mampu untuk menjadi umat yang tabah dan cekal untuk
menjalani apa jua rintangan yang datang demi kepentingan syiar Islam.
Kesimpulan
SOALAN : BINCANGKAN STRATEGI DAN TAKTIK PEPERANGAN ZAMAN RASULULLAH SAW HIGGA
ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN.
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
Pada dasarnya Islam merupakan agama yang mementingkan keamanan dan kedamaian iaitu
tidak menggalakkan peperangan. Setelah turunnya wahyu membenarkan umat Islam
mengangkat senjata, Nabi Muhammad SAW telah membentuk angkatan tentera Islam yang
dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar. Pada zaman Rasulullah SAW, peperangan
dibahagikan kepada dua iaitu Sariah dan Ghazwah. Pelbagai strategi dan taktik dipraktikkan
termasuklah menanamkan konsep jihad dalam diri tentera Islam bagi mencapai kemenangan.
Pengenalan
Antara taktik dan strategi yang dilaksanakan oleh tentera Islam dalam peperangan
ialah menguasai tempat strategik.
Isi 1
Strategi geografi boleh dianggap sebagai jambatan kepada rancangan peperangan, rancangan
kempen dan rancangan operasi. Tentera Islam menggunakan taktik dan strategi dengan
menguasai tempat strategik kerana strategi ini membolehkan pembentukan serta
perlaksanaan rancangan-rancangan peperangan secara realistik dan mudah untuk
mendapatkan sumber bantuan. Strategi menguasai tempat strategik seperti kawasan oasis,
kawasan tanah tinggi secara tidak langsung memastikan tentera Islam berjaya melawan pihak
musuh.
Huraian
Semasa perang Badar, walaupun jumlah tentera Islam seramai 313 orang berbanding dengan
kaum Quraisy iaitu seramai 1000 orang, namun tentera Islam berjaya mengalahkan pihak
musuh hasil daripada mereka menguasai kawasan oasis. Kawasan oasis amat diperlukan oleh
kedua-dua pihak semasa di medan perang yang mana ianya merupakan sumber bekalan
makanan kepada tentera di tengah kawasan panas.
Contoh
Jelaslah perancangan menguasai tempat stategik lebih awal telah memastikan pihak tentera
Islam berjaya mengalahkan musuh yang dalam keadaan kehausan serta tidak bermaya.
Penegasan
isi
Selain itu, taktik mengepung dan menyerang secara bertubi-tubi juga turut
diaplikasikan oleh tentera Islam bagi mengalahkan pihak musuh.
Isi 2
Tentera Islam akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka akan mengepung
pintu-pintu utama sesebuah kota menyebabkan pihak musuh terkepung dan tidak boleh
meminta bantuan daripada pihak luar. Serangan bertubi tubi juga menyebabkan pihak musuh
tidak dapat bersedia untuk membalas serangan kerana sukar untuk mereka bertindak balas.
Huraian
Sebagai contoh, peristiwa pembukaan Kota Mekah umat Islam telah menggunakan taktik ini
menyebabkan pihak Musyrikin Mekah mengaku kalah apabila mereka merasakan kedudukan
mereka tidak selamat sekiranya mereka turut melancarkan serangan. Mereka akhirnya telah
menyerah kalah kepada pihak Islam dan kemenangan apabila mereka terkepung iaitu tidak
boleh melakukan apa-apa termasuklah meminta bantuan pihak luar.
Contoh
Melalui cara tersebut, umat Islam mencapai kejayaan menguasai kota Mekah tanpa
berlakunya pertumpahan darah disebabkan oleh kebijaksanaan Rasulullah SAW.
Penegasan
isi
Di samping itu juga, tentera Islam menggunakan taktik bertahan dalam satu pasukan. Isi 3
Tentera Islam turut menggunakan taktik ini dalam siri peperangan menentang pihak musuh
iaitu mereka tidak akan keluar dari kubu mereka iaitu kota Madinah sebaliknya bertindak
melindungi kota tersebut. Melalui taktik ini, tentera Islam hanya menunggu serangan pihak
musuh terlebih dahulu dan barulah mereka melancarkan serangan balas. Taktik ini
membingungkan pihak Musyrikin Mekah kerana mereka merasakan ada tipu muslihat oleh
umat Islam dan sekiranya mereka menyerang akan membawa kekalahan.
Huraian
Contohnya dalam perang Khandak, tentera Islam telah menggali parit di sekeliling kota
Madinah sebagai benteng pertahanan seperti yang diutarakan oleh Salman al-Farisi dari Parsi.
Selepas itu mereka hanya bertahan dan menunggu musuh melancarkan serangan terlebih
dahulu dan menunggu dalam keadaan berwaspada.
Contoh
Akhirnya, pihak Musyrikin Mekah telah berundur dari kota Madinah apabila pihak musuh
tidak berani memulakan serangan terlebih dahulu.
Penegasan
isi
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
Taktik penyamaran dan tipu helah turut diguna pakai oleh orang Islam dalam
peperangan bagi mengalahkan pihak musuh.
Isi 4
Strategi mencari kelebihan dan kelemahan musuh juga merupakan faktor penentu kejayaan
umat Islam dalam peperangan. Jumlah musuh dapat diketahui melalui unta yang disembelih
di medan peperangan secara tidak langsung memudahkan tentera Islam melancarkan
serangan yang paling sesuai. Tentera Islam turut menggunakan taktik penyamaran semasa di
medan perang bagi mengaburi pihak musuh untuk melancarkan serangan ke atas pemimpin
Islam.
Huraian
Rasulullah SAW bertindak memakai pakaian tentera yang sama dengan para sahabat sewaktu
peperangan Uhud apabila umat Islam berada di ambang kekalahan yang menyebabkan
kematian Mus’ab bin Umar yang disangka Nabi Muhammad SAW kerana beliau memakai
pakaian baginda dan Rasulullah s.a.w memakai pakaian yang sama dengan tentera Islam
lain.
Contoh
Cara peyamaran tersebut secara tidak langsung dapat melindungi Nabi Muhammad SAW yang
menjadikan sasaran pihak musuh untuk membunuh baginda semasa tentera Islam diambang
kekalahan.
Penegasan
isi
Taktik dan strategi yang terakhir ialah penubuhan bandar-bandar tentera. Isi 5
Penubuhan bandar-bandar tentera ini bertujuan memperluaskan kegiatan dakwah Islamiah
dan menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan Islam. Bandar-bandar tentera ini juga
berfungsi sebagai pusat pentadbiran di wilayah-wilayah sekitarnya serta menjadi tempat
menyimpan alatan perang, menempatkan tentera, melancarkan serangan dan latihan
ketenteraan untuk tentera Islam.
Huraian
Semasa zaman Khalifah Umar al Khattab, tentera Islam bertambah ramai dan wilayah takluk
juga bertambah luas justeru itu lebih banyak bandar tentera ditubuhkan seperti di Iraq, Syria
dan Mesir bagi menangkis serangan pihak musuh terutamanya Byzantine.
Contoh
Penubuhan bandar-bandar tentera secara tidak langsung telah membantu umat Islam
mengatur strategi dan taktik peperangan bagi melawan pihak musuh dikawasan-kawasan
strategik.
Penegasan
isi
Jelaslah bahawasanya melalui taktik dan strategi peperangan yang digunakan telah
membantu kepada umat Islam dalam setiap siri peperangan malahan tanah jajahan Islam juga
semakin luas. Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin dalam mengatur taktik dan strategi
peperangan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada umat Islam.
Kesimpulan
SOALAN : ISLAM MENGANJURKAN PERLUNYA ETIKA DALAM BERPERANG. BINCANGKAN PERNYATAAN
INI
Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan
umat Islam mengangkat senjata baharulah umat Islam terlibat dengan perang. Nabi
Muhammad SAW telah membentuk angkatan tentera setelah berjaya menubuhkah kerajaan
Islam Madinah untuk mempertahankan negara, dari ancaman musuh. Pada zaman Rasulullah
SAW, terdapat pelbagai etika peperangan yang dianjurkan dalam Islam yang perlu dipatuhi
oleh tentera Islam.
Pengenalan
Antara etika peperangan yang dianjurkan dalam Islam ialah mentaati arahan ketua. Isi 1
Tujuan etika ini diterapkan adalah untuk memastikan segala perancangan yang dilakukan
berkesan dan mencapai kejayaan yang mana arahan ketua perlu dipatuhi. Etika ini
mempunyai hubung kait dengan disiplin yang telah diterapkan kepada anggota tentera.
Ketidakpatuhan kepada ketua akan membawa kekalahan dalam peperangan. Hal ini kerana
ketua adalah orang yang bertanggungjawab merancang strategi peperangan bagi mencapai
kemenangan.
Huraian
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
Contohnya, kekalahan tentera Islam dalam perang Uhud pada tahun 3H / 625 M antara umat
Islam dengan Musyrikin Quraisy kerana tidak patuh pada arahan ketua. Pada peringkat awal,
kemenangan berpihak kepada tentera Islam namun tidak bertahan lama apabila pasukan
memanah melanggar arahan Nabi Muhammad SAW untuk bertahan. Seramai 40 ahli
daripada pasukan pemanah meninggalkan kedudukan mereka untuk mengejar harta
rampasan perang di bawah bukit Uhud yang akhirnya musuh berpatah balik dan menyerang
balas.
Contoh
Jelaslah, ketidakpatuhan kepada arahan ketua akan membawa kekalahan di pihak tentera
Islam.
Penegasan
isi
Selain itu, tidak menyeksa tawanan perang juga merupakan salah satu etika
peperangan yang dianjurkan dalam Islam.
Isi 2
Sewaktu Islam mengecapi kemenangan dalam peperangan, ramai tentera musuh menjadi
tawanan tentera Islam. Islam tidak zalim, namun Islam telah mengenakan syarat untuk
mereka bebas seperti denda kepada pihak tawanan iaitu setiap tawanan tersebut diminta
bayar ganti rugi dalam peperangan. Jika tidak mampu, mereka hendaklah mengajar
membaca dan menulis kepada 10 orang anak-anak umat Islam sehingga pandai.
Huraian
Contohnya, tindakan Rasulullah yang memberikan pengampunan terhadap tawanan ketika
peristiwa pembukaan kota Mekah apabila mereka rela menyerahkan diri kepada Islam
apabila merasakan yang mereka tidak akan menang menentang tentera Islam yang berjaya
mengepung seluruh kota Makkah. .
Contoh
Hal ini jelas menunjukkan sifat keadilan dan belas kasihan Islam terhadap musuh-musuh
Islam telah menarik minat pihak tawanan untuk turut memeluk agama Islam.
Penegasan
isi
Etika peperangan yang seterusnya dianjurkan dalam Islam ialah dilarang
merosakkan harta benda, memotong pokok atau memusnahkan tanaman dan
membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat.
Isi 3
Hal ini kerana Islam amat mementingkan keamanan dan kesejahteraan masyarakat yang
mana tentera Islam dianjurkan supaya menjaga keadaan alam sekeliling supaya berada
dalam sedia kala. Segala kemudahan yang ada adalah untuk kegunaan masyarakat setempat
seperti rumah ibadat, sekolah, pasar dan lain-lain dan sekiranya dimusnahkan akan
membawa kerosakkan dan kos untuk membaiki amat tinggi.
Huraian
Buktinya, semasa peristiwa Rasulullah SAW mengepung Kota Ta’if pada bulan Syawal tahun
ke 8 Hijrah, harta benda musuh-musuh Islam tidak diusik sedikit pun. Tindakan ini
membawa kepada tidak banyak kemusnahan semasa perang di Taif apabila penduduknya
bersetuju untuk menyerah kalah.
Contoh
Ini selaras dengan anjuran Islam yang tidak suka kemusnahan dan kehancuran tetapi lebih
kepada mempertahankan maruah agama dan negara.
Penegasan
isi
Di samping itu, tidak menyerang musuh yang menyerah diri di medan perang juga
merupakan salah satu etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam.
Isi 4
Islam melarang umatnya memerangi orang-orang yang sudah menyerahkan kalah dalam
medan peperangan. Hal ini kerana mereka tidak lagi dianggap sebagai musuh iaitu tidak
memberi ancaman kepada Islam. Malahan tindakan mengejar musuh yang lari akan
membawa bencana sekiranya ada tipu muslihat iaitu berlakunya serangan hendap.
Huraian
Sebagai contohnya, kisah diambil daripada pembukaan Kota Mekah, Rasulullah telah
mengumumkan barang siapa yang telah menyerah diri dengan berlindung di rumah Abu
Sufiyan (pemerintah Mekah) atau di rumah masing-masing ataupun di Masjidil Haram
mereka tidak diserang, jika mereka ingkar, Akramah bin Abu Jahal dan pengikutnya akan
membunuh mereka.
Contoh
Ini menunjukkan bahawa agam Islam mempunyai belas kasihan dan berperikemanusiaan
walaupun musuh telah melakukan banyak kezaliman kepada umat Islam sebelumnya.
Penegasan
isi
Malahan orang tua, kanak-kanak dan wanita tidak diapa-apakan Isi 5
Orang tua, kanak-kanak dan wanita adalah golongan yang lemah dan mereka ini jarang
terlibat di medan perang iaitu berada di barisan hadapan. Golongan ini tidak memberi
Huraian
Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1
ancaman kepada masyarakat Islam dan tidak perlu diperangi berhabis-habisan. Mereka
boleh dibunuh sekiranya mereka benar memberi ancaman kepada islam sekiranya tidak
dikenakan tindakan bunuh.
Setiap kali berlakunya siri peperangan, golongan ini dibebaskan tanpa syarat oleh tentera
Islam. Mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan sebagai salah satu cara menarik mereka
memeluk agama Islam.
Contoh
Tindakan sedemikian jelas memperlihatkan bahawa Islam tidak sewenang-wenangnya
membunuh musuh lebih-lebih lagi mereka adalah golongan lemah
Penegasan
isi
Kesimpulannya, etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam membawa kejayaan yang
besar kepada umat Islam. Etika ini jelas dipratikkan zaman pemerintahan Nabi Muhammad
SAW dan para sahabat seterusnya. Implikasinya Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas
dan dianuti oleh sebahagian besar penduduk dunia.
Penutup

More Related Content

Similar to NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx

Kuliah 3
Kuliah 3Kuliah 3
Kuliah 3mus mus
 
tamadun malaysia 1
tamadun malaysia 1tamadun malaysia 1
tamadun malaysia 1Gomaze Lang
 
Agama & hubungan etnik
Agama & hubungan etnikAgama & hubungan etnik
Agama & hubungan etnikNur Azwa Azman
 
tamadun malaysia
tamadun malaysiatamadun malaysia
tamadun malaysiaGomaze Lang
 
Pendidikan islam "AJARAN SESAT"
Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"
Pendidikan islam "AJARAN SESAT"SMK Jeram
 
Gempur SPM Tingkatan 4 2011
Gempur SPM Tingkatan 4 2011Gempur SPM Tingkatan 4 2011
Gempur SPM Tingkatan 4 2011impianhati
 
Organisasi sosial masyarakat india
Organisasi sosial masyarakat indiaOrganisasi sosial masyarakat india
Organisasi sosial masyarakat indiaNana Arisa
 
Esei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayuEsei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayuStudent
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...MOHD ZAHID ABDUL TALIB
 
Titas present kump 2
Titas present kump 2Titas present kump 2
Titas present kump 2Biru Langit
 
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdf
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdfBAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdf
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Juriza Jusoh
 
87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titasalkepuloh
 
Dakwah asas hubungan non muslim
Dakwah asas hubungan non muslimDakwah asas hubungan non muslim
Dakwah asas hubungan non muslimmyfaisal
 

Similar to NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx (20)

1
11
1
 
Pluraliti dan masyarakat
Pluraliti dan masyarakatPluraliti dan masyarakat
Pluraliti dan masyarakat
 
Kuliah 3
Kuliah 3Kuliah 3
Kuliah 3
 
tamadun malaysia 1
tamadun malaysia 1tamadun malaysia 1
tamadun malaysia 1
 
Agama & hubungan etnik
Agama & hubungan etnikAgama & hubungan etnik
Agama & hubungan etnik
 
Topik 2 konsep etika
Topik 2 konsep etikaTopik 2 konsep etika
Topik 2 konsep etika
 
Etnk bab 3
Etnk bab 3Etnk bab 3
Etnk bab 3
 
tamadun malaysia
tamadun malaysiatamadun malaysia
tamadun malaysia
 
Pendidikan islam "AJARAN SESAT"
Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"
Pendidikan islam "AJARAN SESAT"
 
Gempur SPM Tingkatan 4 2011
Gempur SPM Tingkatan 4 2011Gempur SPM Tingkatan 4 2011
Gempur SPM Tingkatan 4 2011
 
Organisasi sosial masyarakat india
Organisasi sosial masyarakat indiaOrganisasi sosial masyarakat india
Organisasi sosial masyarakat india
 
Esei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayuEsei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayu
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
 
Kepimpinan islam di malaysia
Kepimpinan  islam di malaysiaKepimpinan  islam di malaysia
Kepimpinan islam di malaysia
 
Titas present kump 2
Titas present kump 2Titas present kump 2
Titas present kump 2
 
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdf
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdfBAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdf
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdf
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
Tamadun melayu
Tamadun melayuTamadun melayu
Tamadun melayu
 
87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas
 
Dakwah asas hubungan non muslim
Dakwah asas hubungan non muslimDakwah asas hubungan non muslim
Dakwah asas hubungan non muslim
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (8)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 

NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx

  • 1. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : JELASKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIYYAH SEBELUM KEDATANGAN ISLAM DI SEMENANJUNG TANAH ARAB. Perkataan jahiliyah berasal daripada perkataan jahala yang membawa maksud bodoh atau sesat. Pada zaman ini, masyarakat Arab hidup dalam kekufuran, kemaksiatan, keangkuhan serta mundur dalam ilmu pengetahuan. Masyarakatnya yang hidup tanpa berlandaskan undang-undang dan tidak mempunyai agama yang sebenar serta tidak mengesakan Allah. Zaman jahiliah bermula selepas berakhirnya era Saba peringkat ke-3, dan berakhir setelah turunnya Al-Quran pada tahun 610 Masihi. Pengenalan Antara ciri-ciri masyarakat jahiliah sebelum kedatangan Islam dapat dilihat melalui aspek politik. Isi 1 Masyarakat Arab Jahiliah merupakan masyarakat yang ketinggalan dari segi politik iaitu tidak mempunyai struktur politik yang tetap kecuali di Makkah. Mereka menjalankan pentadbiran tetapi tidak mempunyai sistem perundangan yang sistematik. Cuma terdapat satu peraturan iaitu membalas dendam dan berperang bagi menyelesaikan pelbagai pertikaian dan masalah yang berlaku. . Pentadbiran dikuasai oleh masyarakat hadri yang terdiri dalam kalangan kabilah yang berpangkat dan berkuasa. Konsep musyawarah tidak diamalkan dalam politik masyarakat jahiliyyah sebaliknya kabilah yang berpengaruh dan kuat akan menguasai pemerintahan. Huraian Keadaan politik ketika itu dikatakan tidak stabil kerana masyarakat arab jahiliah berpecah dan berperang sesama sendiri khususnya antara Arab Selatan (Arab Qahtan) dan Arab Utara ( Arab Adnan) . Contoh Jelaslah, masyarakat jahiliah yang tidak mempunyai sistem pentadbiran dan perundangan yang kukuh telah menyebabkan berlaku peperangan sesama sendiri. Penegasan isi Ciri-ciri masyarakat arab jahiliah yang seterusnya dapat dilihat melalui aspek ekonomi. Isi 2 Pada zaman arab jahiliah, Kota Makkah telah muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal di Tanah Arab. Aktiviti pengembaraan perdagangan telah dijalankan bagi mengembangkan perniagaan mereka. Mereka memonopoli dan mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda daripada penjualan berhala. Perdagangan dan perniagaan yang dilakukan oleh masyarakat Arab adalah berasaskan riba, judi dan banyak unsur penipuan dalam perniagaan. Huraian Masyarakat Arab Hadari terlibat dengan aktiviti perdagangan dan perniagaan yang mana Kota Makkah telah mucul sebagai pusat perdagangan di semenanjung Tanah Arab. Bagi kaum Badwi mereka menjalankan aktiviti menternak binatang dan bercucuk tanam dan dalam masa yang sama sering merompak hasil dagangan yang melalui padang pasir . Contoh Jelaslah, masyarakat jahiliah menjalankan aktiviti ekonomi yang tidak sihat telah menindas orang-orang miskin dan menjadikan orang kaya bertambah kaya. Penegasan isi Selain itu, ciri masyarakat Arab jahiliah dapat dilihat dalam aspek sosial. Isi 3 Sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat arab jahiliah ialah berasakan sistem kabilah. Kehidupan mereka ditunjangi sistem kabilah yang membahagi-bahagikan mereka kepada beberapa unit tertentu. Pembentukan bermula dari satu keluarga yang tinggal di dalam khemah, seterusnya membentuk kumpulan masyarakat yang dikenali dengan ihai. Melalui sistem kabilah ini masyarakat Arab Jahiliah hidup secara berkelompok mengikut kabilah masing-masingb iaitu tiada penyatuan yang menyeluruh dalam kalangan orang arab jahiliah. Setiap individu sangat bermegah-megah dengan kabilahnya (semangat assabiyah yang Huraian
  • 2. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 menebal) dan memandang rendah pada kabilah-kabilah lain sehingga sentiasa berperang sesama sendiri untuk mencari nama dan pengaruh. Mereka juga mempunyai akhlak dan moral yang amat rendah. Di Makkah, kaum Quraisy merupakan kaum yang dominan iaitu Bani Hasyim dan Bani Umayyah yang mana kedua- dua puak ini sering bersengketa dan berperang antara satu sama lain. Mereka sering melakukan amalan buruk sebagai contoh, menanam bayi perempuan hidup-hidup, berkahwin tanpa had dan batas, status wanita amat hina dan kegiatan zina serta pelacuran berleluasa. Contoh Status seseorang individu dalam masyarakat arab jahiliah ditentukan oleh kedudukan kabilah dan akhlak buruk mereka membawa kepada kesesatan. Penegasan isi Akhir sekali, masyarakat arab jahiliyah dapat dilihat melalui aspek agama dan kepercayaan. Isi 4 Masyarakat arab jahiliah berpegang pada ajaran agama dan kepercayaan nenek moyang. Ajaran ini berkait rapat dengan konsep paganisme, syirik dan kufur kerana ianya tidak berlandaskan kepada ajaran agama yang disampaikan oleh nabi-nabi terdahulu. Mereka juga menyelewengkan ajaran yang dibawa oleh para rasul dan nabi sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw. Agama yang diamalkan oleh masyarakat arab ialah agama samawi dan agama ardhi. Agama Samawi ialah agama yang diturunkan dari langit oleh Allah kepada para nabi terdahulu manakala, agama Ardhi pula ialah agama yang dicipta oleh manusia itu sendiri. Kepercayaan mereka ialah mengamalkan kepercayaan yang diamalkan oleh nenek moyang mereka secara turun-temurun. Huraian Agama Wathani merupakan antara agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat jahiliyyah yang mana mereka telah mengukir pelbagai bentuk berhala untuk disembah. Di sekeliling kaabah sendiri telah diletakkan 360 buah berhala antaranya dikenali sebagai al- Latta, al_Uzza dan banyak lagi. Contoh Jelaslah, bahawa masyarakat arab jahiliah juga mempunyai agama dan kepercayaan yang karut dan telah diselewengkan dan bertentangan dengan fitrah beragama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Penegasan isi Jelaslah bahawa, masyarakat arab jahiliah memperlihatkan keruntuhan tamadun dari segi moral, akhlak dan lain-lain. zaman ini telah berakhir setelah turunnya agama Islam dan kitab suci al-quran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw sebagai pedoman dan petunjuk. Kesimpulan
  • 3. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : BINCANGKAN PERUBAHAN MASYARAKAT JAHILIYAH SELEPAS KEDATANGAN ISLAM DI SEMENANJUNG TANAH ARAB. Konsep jahiliyah berasal dari bahasa Arab iaitu jahala yang bermaksud bodoh dan sesat. Masyarakat jahiliyah merupakan masyarakat yang jahil dalam nilai-nilai agama, akhlak dan kemasyarakatan dan tidak mahu mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kedatangan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, membawa perubahan yang besar kepada masyarakat jahiliyah. Dakwah baginda akhirnya membawa pembentukan kerajaan Islam di Madinah dan Nabi Muhammad s.a.w di lantik sebagai ketua negara. Pengenalan Antara perubahan masyarakat jahiliyah selepas kedatangan Islam di Semenanjung Tanah Arab ialah dari segi agama dan kepercayaan. Isi 1 Selepas kemunculan Islam, masyarakat Islam mengamalkan kepercayaan iaitu mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang esa dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi yang terakhir. Ini kerana sebelum kedatangan Islam, masyarakat arab di Madinah mengamalkan agama dan kepercayaan tahyul yang mana banyak ajaran buruk diamalkan. Al-Quran menjadi asas panduan dalam kehidupan masyarakat Islam yang mana di dalamnya meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia ke arah kebaikan. Segala patung- patung berhala telah dimusnahkan manakala masjid yang dibina merupakan pusat ibadah, dakwah dan pentadbiran negara Islam Madinah. Huraian Contohnya, masyarakat Islam melakukan perkara yang disuruh seperti menunaikan solat dan berpuasa serta meninggalkan perkara yang dilarang seperti berzina dan minum arak. Mereka juga mengamalkan prinsip-prinsip rukun Iman dan rukun Islam dalam kehidupan mereka dan meninggalkan amalan syirik sebelum ini. Contoh Kesannya, masyarakat Arab Islam menyembah Allah dan mentaati segala perintahnya serta tidak melakukan lagi perkara-perkara kufur yang bertentangan dengan ajaran Islam dan dakwah Islam semakin berkembang. Penegasan isi Seterusnya, perubahan masyarakat Arab selepas kedatangan Islam ialah dari segi sosial. Isi 2 Kedatangan Islam telah membawa kepada perubahan akhlak masyarakat Islam Madinah kepada perkara-perkara yang baik serta mempraktikkan akhlak yang diajarkan oleh syariat Islam dalam kehidupan mereka. Ini menyebabkan semangat assabiyah yang diamalkan ketika zaman jahiliyah dahulu dihapuskan yang mana Nabi Muhammad s.a.w memperkenalkan konsep penyatuan ummah yang dapat diamalkan oleh masyarakat Madinah. Semua penduduk Madinah sama ada Islam atau bukan Islam akan bersatu padu memajukan dan mempertahankan negara Madinah. Kaum wanita juga dianggat martabatnya dan tidak lagi dianggap hina yang mana mereka diberi peluang untuk mendapatkan hak yang sama dengan kaum lelaki. Huraian Akhlak yang ditonjolkan oleh masyarakat jahiliyah adalah seperti hormat-menghormati, bertolak-ansur, berkasih-sayang antara satu sama lain seperti yang termaktub dalam Piagam Madinah. Malahan mereka turut berganding bahu menentang musuh Islam dalam Perang Badar, Perang Uhud dan banyak lagi. Contoh Kesannya, masyarakat Islam tidak hidup berpuak-puak dan mewujudkan persekitaran yang harmoni serta mampu melahirkan masyarakat yang bertamadun . Penegasan isi
  • 4. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 Selain itu, perubahan masyarakat jahiliyah selepas kedatangan Islam ialah dari segi ekonomi. Isi 3 Islam telah memperkenalkan dasar ekonomi mengikut syariat Islam yang mana dasar tersebut telah berjaya menghapuskan amalan-amalan yang berunsurkan kejahilan. Nabi Muhammad s.a.w juga menggalakkan umat Islam menceburi bidang pertanian, penternakan dan perniagaan dengan mengadakan pelbagai kemudahan seperti pasar bagi merancakkan lagi ekonomi di Madinah. Banyak -tanah terbiar telah diusahakan dengan pelbagai tanaman dan pasar-pasar berdekatan masjid dibina untuk kemudahan aktiviti jual beli. Malahan kegiatan penjualan berhala telah dihapuskan bagi memastikan perkara syirik tidak lagi dilakukan oleh masyarakat Arab Islam. Huraian Melalui penghapusan riba, penipuan yang bersifat berat sebelah antara golongan pembeli dan penjual dalam aktiviti jualan yang bertujuan untuk mengaut keuntungan secara berlebihan tanpa batasan yang menyebabkan berlakunya kezaliman terhadap golongan miskin. Contoh Kesannya, ekonomi masyarakat Islam meningkat dengan pesat malahan kota Madinah menjadi tumpuan pedagang dari luar kerana sistem ekonomi Islam yang diperkenalkan membawa kepada ekonomi yang adil untuk semua. Penegasan isi Perubahan yang terakhir ialah dari segi politik Isi 4 Masyarakat Islam Madinah mengamalkan sistem pemerintahan yang teratur dengan berlandaskan sumber yang utama iaitu Al-Quran dan Hadis. Nabi Muhammad s.a.w telah memperkenalkan suatu perlembagaan bertulis pertama di dunia iaitu Piagam Madinah yang menjadi teras utama bagi pembinaan sebuah negara Islam Madinah. Dalam sistem pentadbiran Islam, konsep musyawarah yang mana pentadbiran dan pengurusan berlandaskan sistem perbincangan dan perundingan dalam menentukan sesuatu keputusan dan tindakan. Ini menyebabkan tiada istilah mentadbir negara menggunakan kuasa mutlak oleh pemerintah ketika itu. Malah, baginda akan berbincang bersama para sahabat bagi mendapatkan persetujuan yang adil tanpa berat sebelah. Huraian Piagam Madinah yang digubal merupakan undang-undang yang mengadungi 47 fasal perlu dipatuhi oleh semua penduduk Madinah sama ada Islam atau bukan Islam. Malahan sesiapa yang melanggar akan diusir keluar kerana boleh menggugat keharmonian dan keamanan negara seperti yang berlaku kepada orang Yahudi Bani Quraizah yang bersekongkol dengan Musyrikin Mekah menentang orang Islam. Contoh Kesannya, pentadbiran Islam Madinah membawa kepada satu bentuk pemerintahan yang sistematik dalam menguruskan sesebuah negara. Penegasan isi Kesimpulannya, Islam telah menukar cara hidup masyarakat jahiliyah daripada menyembah berhala kepada menyembah Allah dan meninggalkan akhlak buruk. Islam juga telah membawa masyarakat jahiliyah kepada sebuah masyarakat yang bertamadun . Syiar Islam telah berkembang hingga luar Tanah Arab kesan daripada dakwah dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kesimpulan
  • 5. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : SEJAUHMANAKAH AGAMA WATHANI MENDOMINASI AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT JAHILIYYAH. Agama merupakan satu pegangan suci individu dalam masyarakat dan terbahagi kepada dua iaitu agama Samawi (langit) yang diturunkan oleh Allah S.W.T melalui para nabi dan kitab. Manakala agama Ardhi ialah agama yang dicipta dan direka oleh sesetengah manusia. Kepercayaan pula merupakan amalan turun-temurun yang diamalkan oleh nenek moyang mereka. Masyarakat jahilliyah mengamalkan pelbagai agama dan kepercayaan dalam kehidupan mereka sebelum kedatangan Islam. Pengenalan Agama Wathani Isi 1 Memang tidak dinafikan bahawa agama Wathani iaitu agama ciptaan manusia telah mendominasi agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah dimana masyarakat jahiliah menganggap bahawa berhala-berhala yang dibina sebagai Tuhan. Agama Wathani ini telah diperkenalkan oleh Amru bin Luhai rentetan peristiwa apabila beliau sembuh daripada penyakit setelah mandi di sungai Syam. Sehubungan itu, penduduk Mekah telah menyembah berhala untuk mendapat restu dalam kehidupan mereka dan semakin dianuti ramai kerana mereka percaya segala berhala yang diukir merupakan perantara dengan Tuhan. Malahan kegiatan penjualan berhala merupakan antara kegiatan ekonomi masyarakat jahiliyyah kerana mendapat sambutan dan keuntungan. Huraian Sebanyak 360 buah berhala telah dibina dan diletakkan dikeliling kaabah yang mana mereka akan menyembah berhala-berhala ini untuk mendapatkan restu dan pertolongan. Berhala- berhala ini diukir daripada kayu, perak, batu dan emas iaitu antara berhala yang terkenal ialah Al-Uzza, Al-Manat, Al-Latta. Contoh Kesimpulannya, agama Wathani sememangnya telah mendominasi kepercayaan masyarakat jahiliah apabila perniagaan penjualan berhala banyak dijalankan oleh masyarakatnya sehingga lahirnya ramai pengukir berhala seluruh Tanah Arab. Penegasan Isi Agama Majusi Isi 2 Walau bagaimanapun, terdapat agama lain yang turut dianuti oleh masyarakat jahiliah seperti agama Majusi. Agama Majusi diasaskan oleh Zoroaster di Parsi. Penganut agama ini tidak mempercayai kewujudan Allah S.W.T dan para nabi. Mereka juga tidak mempunyai kitab dan mendakwa segala yang dibawa oleh nabi adalah palsu. Agama ini mengarahkan penganutnya supaya menyembah matahari dan api. Hal ini kerana, mereka percaya terdapat dua tuhan iaitu Tuhan Kebaikan (cahaya) dan Tuhan Kejahatan (gelap gelita). Malahan, bagi menjamin bahawa mereka didampingi oleh Tuhan Kebaikan, mereka akan menyalakan api di rumah mereka dan ia juga merupakan agama ciptaan manusia. Huraian Ajaran yang dibawa oleh agama Majusi ialah dengan menggalakkan perkahwinan antara ibu dan anak serta adik beradik. Antara mereka yang terawal memeluk agama Majusi ialah Zuzarah dan anaknya Hajib Bin Zuzarah. Contoh Tegasnya, walaupun agama Majusi tidak mempunyai kitab suci, tetapi masih ada masyarakat jahiliyah yang mengamalkannya kerana percaya dengan kuasa api dan matahari. Penegasan Isi Agama Hanif Isi 3 Selain itu terdapat juga segelintir yang memeluk agama Hanif iaitu agama samawi yang dibawa oleh Nabi Ibrahim A.s dan disebarkan di Mekah setelah membina Kaabah. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi mempunyai suhuf yang berupa helaian sahaja dan para penganutnya digelar Hunafa. Amalan yang dilakukan ialah seperti bersembahyang, mengerjakan ibadat haji dan berpuasa yang merupakan perkara asas dalam kehidupan Huraian
  • 6. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 manusia yang disuruh oleh Allah s.w.t . Mereka meninggalkan amalan tradisi jahiliah seperti minum arak, berjudi, makan bangkai, makan darah dan sebagainya. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Walau bagaimanapun agama ini telah diselewengkan daripada ajaran yang sebenar iaitu ada penganutnya yang telah mencampur aduk dengan amalan penyembahan berhala. Hal ini kerana mereka terpengaruh dengan agama wathani yang kebanyakannya dianuti oleh masyarakat jahiliyyah yang lain. Walau bagaimanapun agama ini telah diselewengkan daripada ajaran yang sebenar iaitu ada penganutnya yang telah mencampur aduk dengan amalan penyembahan berhala. Hal ini kerana mereka terpengaruh dengan agama wathani yang kebanyakannya dianuti oleh masyarakat jahiliyyah yang lain. Contoh Jelaslah bahawa penganut agama Hanif ini menentang ajaran dan kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat jahiliah sebelum kedatangan Islam tetapi akhirnya juga turut diselewengkan oleh pengikutnya. Penegasan isi Agama Yahudi Isi 4 Agama Yahudi adalah antara agama kitab yang dianuti oleh penduduk Tanah Arab yang berasal dari Palestin dam mula bertapak di Madinah apabila masyarakat Palestine mula mendiami Hijaz dan Yaman. Agama ini berasal daripada ajaran yang disampaikan oleh Nabi Musa A.S melalui kitab Taurat. Namun penganut agama Yahudi mula menyelewengkan isi kitab tersebut sehingga seolah-olah agama tersebut khusus untuk mereka sahaja. Hal ini kerana semasa Nabi Musa menyebarkan dakwah, pelbagai keistimewaan orang Yahudi terima bagi membuktikan bahawa agama ini merupakan agama yang sebenar Allah. Keistimewaan yang mereka terima membawa kepada sifat riak dan tamak dalam kalangan orang Yahudi. Huraian Agama ini lebih bersifat perkauman dimana sebahagian besar daripada penganutnya berbangsa Yahudi itu sendiri. Justeru mereka memandang rendah pada manusia lain kerana mendakwa bahawa bangsa Yahudi adalah anak Tuhan dan dianggap mulia. Contoh Jelaslah bahawa walaupun agama Yahudi telah terpesong daripada ajaran yang sebenar dan tidak berkembang dalam kalangan masyarakat arab yang lain. Penegasan Isi Kepercayaan tahyul dan karut Isi 5 Masyarakat jahiliah juga mempunyai pelbagai bentuk kepercayaan tahyul dan karut yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Secara asasnya, mereka mempercayai kuasa sihir, ilmu nujum dan petanda-petanda yang berkaitan nasib. Huraian Mereka mempercayai bahawa roh orang yang mati akan menjadi burung dan penting bagi seseorang yang ingin memulakan perjalanan jauh untuk memerhatikan arah burung terbang di hadapan rumahnya. Sekiranya burung tersebut terbang ke kiri, maka itu membawa petanda buruk sebaliknya jika burung tersebut terbang ke kanan maka itu memberi petanda yang baik. Terdapat juga amalan tahyul untuk mengesan sifat curang para isteri. Seseorang lelaki yang meninggalkan isterinya dalam tempoh masa yang lama akan mengikat tali pada sebatang pokok, sekiranya tali itu terbuka apabila dia pulang, maka isteri telah berlaku curang. Contoh Jelaslah bahawa, kepercayaan yang ditanam dalam diri masyarakat jahiliah pada waktu itu adalah tidak berasas dan karut semata-mata dan menimbulkan ketegangan masyarakat. Penegasan Isi Kesimpulannya, agama Wathani merupakan agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat jahliah disamping agama lain. Mereka berada dalam kesesatan, kekufuran dan syirik kepada Allah S.W.T. Namun selepas kedatangan Islam, wujud perubahan dalam corak kehidupan masyarakat jahiliah ke arah lebih baik dan berakhlak dari aspek rohani dan jasmani. Kesimpulan
  • 7. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : BINCANGKAN KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI SEORANG NEGARAWAN. Nabi Muhammad SAW diputerakan pada 12 Rabiulawal berketurunan Quraisy dan dilantik sebagai nabi ketika berusia 40 tahun selepas menerima wahyu yang pertama pada 601M. Baginda menjalankan dakwah secara sulit selama 3 tahun dan secara terbuka selama 10 tahun di kota Makkah. Baginda bukan sahaja sebagai nabi malahan pemimpin negara yang disegani dan mampu menubuhkan kerajaan Islam pertama di dunia iaitu Madinah. Pengenalan Kepimpinan baginda dapat dilihat sebagai pemimpin masyarakat Isi 1 Pelbagai langkah yang diambil oleh baginda untuk menyatukan semula masyarakat di Madinah melalui konsep penyatuan ummah. Puak Aus dan Khazraj bergaduh disebabkan oleh hasutan orang Yahudi telah berjaya disatukan. Baginda juga telah mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan masyarakat Islam sendiri menerusi usaha gigih mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin yang mana kaum Ansar membantu kaum Muhajirin dengan memberi tempat tinggal, harta dan sebagainya. Malahan, penyatuan masyarakat Madinah antara orang Islam dan bukan islam turut berlaku yang mana semua penduduk Madinah dianggap satu ummah dan terikat dengan Piagam Madinah. Huraian Sebagai contoh baginda berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah dengan menyeru mereka bekerjasama dan bantu membantu mempertahakan kota Madinah seperti yang termaktub dalam penggubalan Piagam Madinah malahan semangat assabiyah iaitu hidup berpuak-puak tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Madinah. Contoh Jelaslah bahawa, kepimpinan baginda dapat dilihat apabila berjaya menyatukan penduduk Madinah menjadi masyarakat yang hidup harmoni dan bersatu padu sama ada Islam dan bukan Islam. Penegasan isi Selain itu, Nabi Muhammad juga merupakan pemimpin politik Isi 2 Sebagai pemimpin politik, baginda telah meletakkan Islam sebagai asas dalam pemerintahan baginda. Kebijaksanaan baginda terserlah apabila berjaya menggubal Piagam Madinah dan seterusnya membentuk negara Islam yang pertama di dunia iaitu Madinah. Selain itu, konsep musyawarah melalui Majlis Syura juga turut diamalkan iaitu baginda sentiasa berbincang dengan para sahabat yang terdiri daripada kaum Ansar dan Muhajirin dalam merangka dasar-dasar negara. Malahan sebagai pemimpin negara juga baginda turut menghantar wakil mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar. Huraian Contohnya, para sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Umar Al-khattab, bersama Rasulullah mentadbir negara dan sentiasa memberi idea dalam pentadbiran, ekonomi, ketenteraan dan lain-lain. Diperingkat antarabangsa pula, baginda dianggap diplomat yang berjaya kerana menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir dan Parsi seperti Amru al-As ke Syam. Contoh Jelaslah bahawa, kepimpinan baginda membawa kepada pengiktirafan sebagai pemimpin politik dan juga Madinah sebagai negara Islam oleh negara luar. Penegasan isi Seterusnya kepimpinan baginda terserlah sebagai perancang ekonomi yang berjaya. Isi 3 Ini kerana, baginda telah memperkenalkan dasar ekonomi baru berlandaskan syariat Islam menggantikan dasar ekonomi jahiliyah. Baginda menggalakkan orang Islam bergiat aktif dalam pertanian dan perniagaan yang mana sebelum ini ekonomi Madinah dimonopoli oleh orang Yahudi. Dasar ini telah menghapuskan ekonomi masyarakat jahiliyah seperti Huraian
  • 8. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 penipuan, riba dan penindasan dihapuskan bagi membentuk ekonomi yang adil untuk semua orang malahan penjualan patung berhala turut dihapuskan kerana bercanggah dengan Islam. Nabi juga juga berusaha membangunkan ekonomi Islam dengan menggalakkan tanah-tanah terbiar diusahakan malahan pasar-pasar berdekatan masjid turut dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli dijalankan. Contohnya, telaga-telaga air milik orang Yahudi yang asalnya dimiliki orang Islam telah dibeli dan dikuasai semula oleh orang Islam malahan tanah-tanah orang Islam sebelum ini digadaikan kepada Yahudi di tebus semula. Baginda turut memperkenalkan cukai perniagaan yang dikenali sebagai usyur dengan kadar yang rendah bagi merancakkan ekonomi penduduk Madinah. Contoh Jelaslah, perubahan ekonomi yang dilakukan oleh baginda membawa impak besar apabila ekonomi Madinah bertambah maju dan ramai pedagang luar datang ke kota Madinah Penegasan isi Akhir sekali, baginda merupakan seorang panglima tentera . Isi 4 Baginda menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan iaitu menjadi pemimpin bagi 27 ekspedisi ketenteraan yang disertai. Baginda juga telah menerapkan etika peperangan yang mana tentera Islam tidak boleh membunuh kanak- kanak dan wanita kecuali memberi ancaman kepada Islam. Selain itu tidak boleh memusnahkan harta benda, alam sekitar. Baginda telah menyediakan beberapa latihan ketenteraan seperti kemahiran memanah dan berkuda bagi memantapkan daya ketahanan dari segi fizikal dan mental. Sebagai panglima perang, baginda turut mendengar idea dan pandangan para sahabat dalam merangka taktik dan strategi perang bagi mencapai kemenangan melawan musuh Islam. Huraian Contohnya baginda berjaya merangka strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan Islam seperti dalam perang Badar walaupun ketika itu tentera Islam mempunyai 313 orang tetapi mampu mengalahkan musyrikin Mekah yang terdiri daripada 1000 orang. Contoh Jelaslah bahawa, baginda merupakan pemimpin tentera yang hebat dan digeruni oleh pihak musuh kerana berjaya merangka taktik dan strategi peperangan yang membawa kejayaan kepada tentera Islam dalam setiap siri peperangan. Penegasan isi Jelaslah bahawa Nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga merupakan negarawan yang disegani. Ketokohan baginda dalam pelbagai aspek membawa kepada perkembangan syiar dan tamadun Islam. Malahan asas pentadbiran yang dilaksanakan oleh baginda turut diteruskan oleh para sahabat ketika memimpin negara Islam selepas kewafatan baginda. Kesimpulan
  • 9. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : HURAIKAN KANDUNGAN PIAGAM MADINAH YANG MERUPAKAN PERLEMBAGAAN NEGARA ISLAM MADINAH. Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia dan telah digubal oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622M bersamaan tahun 1H. Kandungan piagam mengandungi 47 fasal iaitu bahagian pertama mengandungi 23 fasal yang menerangkan tanggungjawab dan hubungan antara orang islam iaitu Muhajirin dan Ansar. Bahagian kedua pula mengandungi 24 fasal yang berkaitan dengan hak dan tanggungjawab orang Yahudi terhadap negara Islam Madinah. Tujuan Piagam Madinah ini dibuat bagi mewujudkan satu masyarakat yang harmoni, mengekalkan perpaduan dan keamanan. Pengenalan Antara isi kandungan Piagam Madinah yang dapat dilihat ialah dari aspek politik. Isi 1 Nabi Muhammad SAW merupakan ketua negara, ketua hakim dan ketua agama yang tinggi dan unggul bagi kerajaan Madinah. Baginda telah diiktiraf oleh semua penduduk Madinah sama ada Islam ataupun bukan Islam. Sebagai ketua hakim, baginda menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah seperti perselisihan kaum berdasarkan hukum Allah SWT dan keputusan baginda sendiri dengan adil dan musyawarah. Institusi kehakiman dan keadilan dibentuk untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam masyarakat Madinah. Selain itu, segala dasar-dasar politik dan pentadbiran perlu dilaksanakan melalui konsep musyawarah seperti mana yang termaktub dalam Piagam Madinah. Huraian Sebagai contoh, Fasa 1 menjelaskan bahawa Nabi Muhammad sebagai pemimpin negara yang telah berjaya menggubal Piagam Madinah yang wajib dipatuhi oleh semua penduduk Madinah. Kepimpinan baginda sebagai ketua negara turut mendapat pengiktirafan negara Arab yang lain. Contoh Jelaslah bahawa Piagam Madinah yang digubal membawa kepada satu bentuk pemerintahan yang cekap dan sistematik kerana adanya garis panduan lengkap mengikut acuan Islam. Penegasan isi Selain itu, isi kandungan Piagam Madinah merujuk kepada aspek sosial. Isi 2 Penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama yang mana mereka sering hidup berpecah belah dan bertelagah. Justeru itu, untuk membina sebuah negara berdaulat, seluruh rakyat perlu disatukan melalui konsep penyatuan ummah seperti yang terkandung dalam piagam Madinah. Hal ini dapat dilihat apabila seluruh penduduk Madinah sama ada Islam mahupun bukan Islam dianggap satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara. Dalam hal ini, semangat assabiyah telah dihapuskan dan digantikan dengan konsep penyatuan ummah iaitu mereka saling menghormati, tolong-menolong, bekerjasama dan sebagainya demi memastikan negara Madinah berada dalam suasana yang aman dan damai. Huraian Sebagai contoh, terdapat banyak fasal yang menyatakan tentang hubungan sosial diantara masyarakat Madinah antaranya fasal 2 iaitu bahawa penduduk Madinah sama ada orang Islam atau bukan Islam ialah satu ummah. Contoh Tegasnya, Piagam Madinah berjaya menyatukan semua penduduk Madinah dan menjalinkan hubungan yang erat sesama mereka membawa kepada keharmonian kaum. Penegasan isi Aspek pertahanan juga merupakan antara isi kandungan Piagam Madinah Isi 3
  • 10. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 Semua penduduk Madinah tanpa mengira Islam dan bukan Islam bertanggungjawab mempertahankan kota Madinah daripada ancaman luar terutamanya pihak Musyrikin Makkah. Setiap penduduk Madinah tidak boleh bersubahat dengan pihak musuh dan sekiranya berlaku mereka akan dikenakan tindakan seperti yang berlaku keatas orang Yahudi Bani Quraizah yang bersekongkol dengan musyrikin Mekah dalam siri peperangan antaranya ialah Perang Uhud, Khandak dan lain-lain. Selagi mereka menjadi penduduk Madinah, mereka terikat dengan undang-undang Madinah dan perlu mematuhinya. Huraian Dalam fasa 44, sesiapa yang menganggotai Piagam Madinah ini wajib mempertahankan kota Madinah daripada pihak musuh. Sekiranya ada dalam kalangan penduduk Madinah yang bersubahat atau mengadakan perjanjian dengan pihak musuh, mereka akan dikenakan tindakan iaitu diusir dari kota Madinah. Contoh Jelaslah bahawa Piagam Madinah berjaya melahirkan semangat cinta akan negara dan memastikan keselamatan serta keamanan negara terjamin. Penegasan isi Akhir sekali, isi kandungan Piagam Madinah juga menyentuh aspek agama Isi 4 Penduduk Madinah diberikan kebebasan beragama yang mana mereka berhak menganuti agama masing-masing iaitu kaum Yahudi atau mana-mana golongan yang bukan Islam terjamin keselamatan mereka selagi taat kepada Piagam Madinah. Mereka bebas mengamalkan ajaran masing-masing tetapi mereka tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada penduduk Islam Madinah. Islam menjadi agama rasmi Madinah dan segala bentuk penyembahan berhala dihapuskan kerana ia dianggap syirik dan menyekutukan Allah. Kebebasan beragama yang dilaksanakan memperlihatkan bahawa undang-undang yang digubal memberi keadilan kepada semua penduduk untuk mendapatkan hak mereka. Huraian Sebagai contoh, fasal 25 yang terkandung dalam Piagam Madinah menyatakan bahawa kaum Yahudi bebas memeluk agama mereka sebagai mana kaum muslimin bebas memeluk agama mereka. Usaha-usaha dakwah Islam dipergiatkan melalui pembinaan masjid dan wakil diplomatik dihantar ke kawasan lain bagi menjalankan usaha-usaha dakwah secara tidak langsung. Contoh Tegasnya , penduduk Madinah mempunyai hak dan kebebasan beragama dan kepercayaan masing-masing selagi dan dakwah Islam telah berkembang luar dari kota Madinah. Penegasan isi Kesimpulannya, Piagam Madinah membuktikan kebijaksanaan Nabi Muhammad dalam menyatupadukan penduduk Madinah walaupun berlainan bangsa dan keturunan. Selain itu, piagam ini juga telah menjadikan kota Madinah sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat. Madinah menjadi negara yang kuat kerana mempunyai sistem pemerintahan yang sistematik turut menjadi ikutan dan turut diguna pakai oleh pemerintah-pemerintah negara lain. Kesimpulan
  • 11. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : BINCANGKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH PADA ZAMAN KHALIFAH AR-RASYIDIN ABAD KE-7 MASIHI. Kerajaan Khulafa’ al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632 Masihi apabila Abu Bakar al-Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah yang pertama. Kerajaan yang diperintah oleh empat orang sahabat Nabi Muhammad iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib. Gelaran ‘Khulafa Al-Rasyidin’ digunakan kerana mereka meneruskan dasar kepimpinan Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, terdapat beberapa struktur pemerintahan pusat dan wilayah sewaktu zaman Khulafa’ al-Rasyidin pada abad ke 7 masihi. Pengenalan Antara struktur pemerintahan pusat pada zaman Khalifah al-Rasyidin ialah pembentukan institusi khilafah. Isi 1 Institusi khalifah bermula dengan pelantikan Saidina Abu Bakar al-Siddiq menggantikan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara Islam Madinah yang baharu yang mana pelantikannya melalui proses musyawarah dan bai’ah serta tidak berdasarkan kepada keturunan. Malahan, khalifah merupakan individu yang paling berkuasa kerana berperanan sebagai ketua eksekutif dan kehakiman, panglima tertinggi angkatan tentera Islam serta mengetuai pentadbiran kerajaan. Walaupun bebas dari sebarang kawalan dalam bentuk perlembagaan atau badan politik, namun kekuasaannya tidak bersifat mutlak dan autokrasi kerana Al-Quran dan As-Sunnah merupakan panduan yang membimbing dan mengawal segala tindakannya. Huraian Buktinya, khalifah boleh membuat ‘ijtihad’ sekiranya terdapat perkara penting yang tidak terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan berfungsi sebagai badan penentu dasar-dasar negara. Contoh Kesannya, pemerintahan dapat dijalankan dengan lebih teratur disebabkan oleh kepimpinan khalifah yang unggul. Penegasan isi Struktur pemerintahan pusat yang seterusnya ialah Majlis Syura merancang dan melaksanakan segala bentuk pentadbiran. Isi 2 Majlis Syura merupakan badan perundangan yang dianggotai oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW dan mereka yang berpengalaman dilantik sebagai badan penasihat khalifah. Ia menjadi tempat rujukan kepada Khulafa al-Rasyidin dalam urusan pentadbiran negara dan juga sebelum sesuatu keputusan dan tindakan penting dilaksanakan. Keputusan yang dibuat ialah berdasarkan kepada suara pungutan majoriti yang mewarisi perkara yang dipraktikkan pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Huraian Kerajaan pusat bertanggungjawab menerangkan dan melaksanakan dasar-dasar negara yang mana keputusan diputuskan melalui Majlis Syura seperti pemilihan gabenor, panglima-panglima tentera, serangan-serangan, menjaga keamanan, perbelanjaan negara dan lain-lain. Contoh Jelaslah bahawa pentadbiran pusat berjaya membawa kemajuan dan keamanan di seluruh wilayah naungan Islam. Malahan melalui penubuhan Majlis Syura, segala keputusan dapat dicapai melalui persetujuan semua pihak tanpa berlaku sebarang perbalahan . Penegasan isi
  • 12. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 Selain itu, struktur pemerintahan di peringkat wilayah diketuai oleh Gabenor. Isi 3 Gabenor yang mengetuai wilayah akan melaksanakan tugas-tugas seperti yang dilakukan oleh Khalifah di peringkat pusat dibantu oleh pegawai-pegawai. Gabenor dibantu oleh pegawai-pegawai jabatan yang dilantik dibawah penyeliaan gabenor. Mereka akan diberi senarai tugasan dan tanggungjawab serta batas-batas kuasa masing- masing. Harta mereka akan disenaraikan oleh gabenor untuk mengelakkan pertindihan dan penyelewengan kuasa serta rasuah dan sebagainya. Pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, wilayah Islam telah dibahagikan kepada 10 wilayah antaranya Makkah, Taif, Yaman, Bahrain dan lain-lain yang mana setiap wilayah ditadbir oleh seorang gabenor. Huraian Jawatan pegawai-pegawai yang dilantik ialah Amil yang membantu mengutip hasil negara, Kadi sebagai hakim, pengurus pentadbiran kehakiman serta menguruskan wakaf disamping jawatan Kitab Al-Diwan (setiausaha), Sahib Baitulmal (Pegawai Perbendaharaan Negara), Sahib Al-Syurtah (Pegawai Polis) dan sebagainya. Contoh Jelaslah bahawa, pelantikan pegawai-pegawai yang cekap dapat meringankan tugas gabenor selain melicinkan pentadbiran di peringkat wilayah. Penegasan isi Akhir sekali, struktur pemerintahan diperingkat wilayah ialah mengikuti struktur pemerintahan di peringkat pusat. Isi 4 Kerajaan wilayah tidak boleh bertindak sendiri tanpa kebenaran kerajaan pusat. Hal ini kerana kerajaan wilayah adalah tertakluk di bawah kerajaan pusat sepenuhnya dan perlu mematuhi segala arahan kerajaan pusat. Kegagalan kerajaan wilayah untuk mematuhi arahan pusat biasanya akan dikenakan tindakan iaitu pemecatan gabenor atau pegawai kerajaan. Malahan, kerajaan wilayah juga mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap kerajaan pusat. Namun, kerajaan pusat perlu memajukan dan membangunkan kerajaan wilayah dengan membangunkan sektor pertanian dan perdagangan dan kemajuan untuk penduduk setempat. Huraian Misalnya tanggungjawab kerajaan wilayah untuk membantu kerajaan pusat ialah memungut cukai, bantuan ketenteraan untuk menentang musuh, menjaga keselamatan dan sebagainya. Contoh Oleh itu, pemerintahan wilayah sentiasa dipantau oleh Kerajaan Pusat bagi memastikan kecekapan dalam pentadbiran serta tidak berlakunya pemberontakan di wilayah-wilayah Islam. Penegasan isi Kesimpulannya, sistem pentadbiran yang dipraktikkan pada zaman Khulafa’ Al-Rasyidin adalah sistem yang dikemaskinikan daripada sistem pentadbiran zaman Rasulullah s.a.w. Struktur pemerintahan menjadi lebih sistematik dan naungan wilayah Islam bertambah luas sehingga menyebabkan negara lain tunduk hormat terhadap pemerintahan Islam. Kesimpulan
  • 13. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : BINCANGKAN CIRI-CIRI SEBAGAI SEORANG KHALIFAH. Institusi khalifah sangat penting dalam pemerintahan Islam kerana ia merupakan lambang pembinaan sebuah negara Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan Sunnah. Ia ialah contoh pemerintahan terbaik sebagai panduan untuk seseorang pemimpin atau pemerintah bagi membentuk sebuah negara yang bertamadun. Sejarah khalifah bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW iaitu apabila Abu Bakar al-Siddiq dilantik sebagai khalifah pertama, diikuti oleh tiga orang sahabat iaitu Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Seterusnya empayar Islam terus berkembang melalui corak pemerintahan khalifah yang dilaksanakan iaitu zaman Bani Umayyah, Abbasiyyah, Turki Uthmaniyyah. Pengenalan Antara ciri-ciri seorang khalifah ialah jujur dan amanah dalam apa jua yang dilakukan. Isi 1 Khalifah perlulah amanah dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan. Hal ini dapat memberikan kepercayaan kepada rakyat dan tidak menimbulkan rasa syak wasangka kepada khalifah serta terhindar daripada pemberontakan rakyat. Khalifah juga mestilah menjalankan urusan pentadbiran berlandaskan syariat Islam dan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh atau “role model”. Di samping itu, khalifah perlu jujur dan amanah dalam menguruskan hal negara tidak menggunakan harta dan kuasa untuk kepentingannya sendiri serta tidak mengharapkan balasan rakyat. Huraian Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan yang mana beliau tidak menggunakan sumber baitulmal untuk kepentingan peribadi, sebaliknya telah menginfakkan hampir sebahagian besar hartanya kepada baitulmal untuk membangunkan Islam. Contoh Oleh itu, golongan bawahan atau orang miskin tidak tertindas apabila harta dari baitulmal diagih-agihkan kepada rakyat secara jujur dan amanah tanpa penyelewengan serta meningkatkan kesetiaan rakyat terhadap pemimpin. Penegasan isi Sebagai pemimpin tertinggi negara, salah satu ciri yang perlu ada bagi seorang khalifah ialah mestilah berilmu . Isi 2 Ilmu ini membolehkan seorang khalifah memutuskan sesuatu hukum dan membuat keputusan yang tepat terhadap masalah agama dan duniawi. Dalam hal ini, khalifah bukan sahaja memerlukan ilmu agama yang mantap, tetapi juga memiliki ilmu keduniaan seperti ilmu perundangan, kewangan, sosial dan sebagainya. Dengan kata lain, khalifah hendaklah bertutur dengan baik, membaca dan menulis. Ilmu tersebut akan membantu khalifah untuk melicinkan urusan pemerintahan dan pentadbiran malahan akan dipandang tinggi oleh rakyat dan masyarakat luar. Huraian Contoh dapat dilihat semasa pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid yang mana beliau seorang mempunyai ilmu yang tinggi bukan hanya ilmu agama malahan juga ilmu duniawi. Beliau juga sentiasa memastikan semua umat Islam mendalami agama dan berusaha mempelajari ilmu lain antaranya matematik, astronomi, sains dan sebagainya melalui usaha penubuhan Baitul Hikmah. Ketokohan beliau membawa kepada lahirnya tokoh-tokoh ilmuan Islam dalam pelbagai bidang yang mana secara tidak langsung membuka mata masyarakat luar terhadap kehebatan Islam. Contoh Oleh itu, ilmu amat penting bagi seorang khalifah untuk mentadbir negara dengan sistematik dan terancang supaya menjadi negara yang maju serta dicontohi oleh negara lain. Penegasan isi Ciri-ciri keadilan amat penting bagi seorang khalifah sebagai pemimpin. Isi 3 Setiap percakapan, perbuatan atau tindakan haruslah berpaksikan al-quran dan sunnah. Seorang pemimpin yang adil ialah pemimpin tidak mengambil kesempatan atas kedudukan dan kuasa mereka iaitu tidak menindas rakyat. Keadilan akan mewujudkan kesejahteraan dan Huraian
  • 14. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 keharmonian yang mana rakyat akan berasa gembira apabila hak mereka tidak dirampas. Sebagai seorang khalifah, setiap tindakan yang diambil tidak boleh ada pilih kasih dan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Keadilan ini jelas dilihat pada zaman pemerintahan Umar Abd Aziz yang mana beliau telah mengagihkan sumber baitulmal kepada mereka yang layak sehingga tiada lagi penduduk yang miskin. Hal ini menunjukkan semua penduduk mendapat hak yang sewajarnya dan tidak berasa ditindas oleh pemimpin. Contoh Setiap anggota masyarakat sama ada Islam atau bukan Islam akan mendapat keadilan yang sewajarnya terutama apabila melibatkan perundangan. Penegasan isi Ciri lain sebagai seorang khalifah ialah kredibiliti dan ketokohan. Isi 4 Ketokohan yang ada perlu mempunyai keperibadian yang tinggi selaku pemimpin negara. Ini kerana, sokongan rakyat bergantung kepada khalifah itu sendiri dalam pentadbirannya. Ia juga dapat memberi pengaruh yang kuat daripada rakyat dalam mentadbir negara. Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, beliau dapat menjalankan pentadbiran yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dengan cekap dan sistematik. Huraian Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq apabila ketokohan beliau menyebabkan beliau dipilih sebulat suara oleh masyarakat dengan cara bai’ah mengganti Rasulullah SAW. Lebih-lebih lagi beliau juga merupakan sahabat yang paling rapat dan dipercayai oleh baginda Nabi SAW sepanjang baginda memimpin dan mentadbir negara Islam . Contoh Pemerintahan khalifah yang bermula pada zaman khulafa’ ar-Rasyidin hingga zaman Uthmaniyah memperlihatkan syiar Islam semakin terbesar hasil daripada bakat dan ketokohan yang ada sebagai seorang pemimpin hebat.. Penegasan isi Seorang yang bijaksana juga antara ciri-ciri seorang khalifah Isi 5 Setiap pemimpin perlu memiliki sifat bijaksana untuk merancang sesuatu perkara sesuai dengan keadaan ketika itu. Kesilapan dalam membuat keputusan akan membawa kesan buruk kepada umat dan negara Islam. Keputusan yang dibuat perlulah mendapat persetujuan oleh para sahabat dan sewajarnya khalifah perlu bijaksana menangani segala perkara yang berlaku. Huraian Hal ini dapat dilihat ketika zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab, kebijaksana beliau terserlah apabila bertindak membahagikan wilayah Islam kepada beberapa bahagian dan melantik pegawai yang bertugas untuk menjaga wilayah masing-masing dengan melantik gabenor, setiausaha, dan ketua-ketua jabatan bagi melicinkan lagi pentadbiran. Ini kerana, pada ketika itu wilayah Islam bertambah luas dan memudahkan khalifah memantau setiap wilayah agar tidak berlaku sebarang pemberontakan. Contoh Tindakan yang bijaksana diambil oleh khalifah secara tidak langsung melicinkan pentadbiran peringkat pusat dan wilayah. Penegasan isi Kesimpulannya, dalam melaksanakan tanggungjawab mentadbir negara Islam, khalifah mesti menjadikan al-Quran dan as-sunnah sebagai pedoman dan panduan seperti semasa pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Kepentingan seorang ketua negara dalam Islam tidak hanya dari aspek ilmu tetapi juga mengutamakan akhlak yang ada pada diri seorang pemimpin. Penutup
  • 15. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : SUMBANGAN TOKOH UMAR AL-KHATTAB MEMBAWA KEPADA ZAMAN KEGEMILANGAN UMAT ISLAM. JELASKAN PERNYATAAN INI. Khalifah Umar Al-Khattab merupakan khalifah Islam yang kedua selepas kewafatan Saidina Abu Bakar As-Siddiq memerintah selama 10 tahun. Nama sebenar beliau ialah Umar bin Al- Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza dan berasal daripada Bani Adiy berketurunan bangsawan Quraisy. Beliau dilahirkan pada tahun 548 M di Mekah dan wafat pada 644 M bersamaan 23 H. Pemilihan Umar al-Khattab sebagai khalifah melalui wasiat dilakukan kerana ketokohan beliau dalam bidang agama. Bukan itu sahaja, beliau juga terkenal sebagai pemuda yang berani, tegas, berterus terang dan mempunyai pemikiran yang tajam. Digelar al Faruq kerana berupaya memisahkan antara hak dan batil. Pengenalan Sumbangan Umar Al-Khattab dapat dilihat melalui dasar perluasan tanah jajahan dan pembahagian wilayah Isi 1 Pada zaman pemerintahan khalifah Umar, kegiatan memperluaskan tanah jajahan telah pun berlaku dengan begitu pesat berbanding zaman sebelumnya. Kegiatan perluasan kuasa ini berkembang ekoran penubuhan Diwan al-Jund pada 20 hijrah iaitu Jabatan Ketenteraan yang membentuk tentera sukarela dan tentera tetap. Perkembangan Islam yang semakin meluas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baharu telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sebuah negara. Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin meluas kepada beberapa wilayah demi kelicinan pentadbiran Islam. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi memastikan pentadbiran yang sistematik. Huraian Antara kawasan tanah jajahan yang baru dibuka adalah seperti Syria, Iraq, Mesir dan Palestine. Kawasan ini dibahagikan kepada lapan wilayah iaitu Khufah, Basrah, Syam, Jazirah, Mausil, Yaman dan Bahrain. Setiap wilayah ini akan ditadbir oleh seorang Gabenor dan dibantu oleh pegawai-pegawai tentera, Pegawai Cukai dan Pegawai Perbendaharaan. Mereka hendaklah mengisytiharkan harta mereka bagi menggelakkan daripada menerima rasuah dan penyelewengan. Contoh Perkembangan Islam yang meluas ke beberapa wilayah baharu bukan sahaja menjadikan empayar Islam besar bahkan agama Islam dapat disebarkan kepada penduduk yang menetap di wilayah-wilayah tersebut. Penegasan isi Penubuhan Baitulmal dan Majlis Syura secara rasmi Isi 2 Di samping penubuhan jabatan baharu dilaksanakan, Khalifah Umar juga telah memantapkan lagi sistem pengurusan negara iaitu dengan mengambil beberapa langkah seperti menubuhkan Baitulmal yang mana ianya merupakan institusi kewangan yang bertanggungjawab menyimpan, memelihara dan mengawal penggunaan harta negara. Penubuhan Baitulmal dibuat secara rasmi dan teliti yang mana beliau melantik pegawai pungutan iaitu Amil yang layak sahaja. Seterusnya penubuhan Majlis Syura secara rasmi yang berperanan sebagai tempat perbincangan masalah yang berhubung dengan politik, ekonomi, sosial dan kebajikan serta masalah dalaman dan luaran negara turut dibuat. Majlis Syura ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Majlis Syura Am dan Majlis Syura Tertinggi yang dianggotai oleh sahabat nabi seperti Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Ali bin Abi Talib dan lain lain. Bagi hal-hal yang kurang penting, khalifah Umar mengadakan perbincangan di masjid. Huraian Sumber pendapatan negara yang disimpan di Baitulmal diperoleh daripada zakat, ghanimah, al-fai’, jizyah, usyur dan kharaj. Hasil negara ini akan disalurkan kepada perkara seperti menyediakan kemudahan untuk masyarakat, kebajikan dan sebagainya. Contoh Jelaslah melalui penubuhan Baitulmal dan Majlis Syura secara telah rasmi berjaya memantapkan lagi pentadbiran khalifah Umar malahan kutipan sumber Baitulmal bertambah banyak dan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan baik. Penegasan isi
  • 16. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah. Isi 3 Dalam bidang ekonomi, Khalifah Umar telah memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah. Perluasan kuasa Islam dan pembukaan wilayah baharu di Iraq, Mesir dan Syria mendorong Khalifah Umar al-Khattab untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di kawasan-kawasan yang baharu ini, segala tanah-tanah awam telah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil daripada tanah tersebut digunakan untuk menyediakan kemudahan awam. Tanah-tanah yang telah dimiliki oleh penduduk tempatan tidak dirampas tetapi dikenakan cukai kharaj (tanah). Tentera atau umat Islam dari kawasan lain tidak dibenarkan mengambil tanah di kawasan yang baharu ditakluki bagi memastikan tidak berlaku huru-hara melibatkan penduduk tempatan. Sebelum ini, tanah-tanah yang ditakluki dibahagikan kepada tentera yang menyertai ekspedisi ketenteraan. . Huraian Contohnya di wilayah Iraq, tanah-tanah yang tidak bertuan iaitu tanah safawi dijadikan tanah kerajaan dan diusahakan . Golongan bekas tentera iaitu golongan Ahl al-Ayyam dilantik sebagai pemegang amanah yang akan menyelia dan menguruskan tanah-tanah kerajaan . Contoh Undang-undang baharu ini telah memajukan ekonomi umat Islam pada zaman tersebut disamping menambahkan lagi sumber pendapatan negara melalui kutipan cukai kharaj serta pembukaan tanah untuk aktiviti pertanian. Penegasan isi Membentuk beberapa jabatan pentadbiran Isi 4 Bagi melicinkan pentadbiran, khalifah Umar al-Khattab telah menubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian, dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Setiap jabatan diketuai oleh katib atau setiausaha. Langkah ini diambil oleh Khalifah Umar untuk memastikan jabatan tersebut dapat diiuruskan dengan adil oleh kakitangan yang telah dilantik serta mereka perlu melaksanakan tugas berpandukan Al-Quran. Hal ini kerana pertambahan penduduk pada zaman khalifah Umar memerlukan beliau untuk merangka suatu pentadbiran yang lebih khusus dan teratur strukturnya bagi mengelakkan penyelewengan dan pemberontakkan. Huraian Sebagai contoh, Jabatan Kehakiman diketuai oleh Kadi yang terdiri daripada kalangan ulama dan dilantik dengan syarat yang ketat seperti berilmu, berperibadi tinggi dan dikenali oleh masyarakat. Jabatan Kehakiman yang ditubuhkan diasingkan dari jabatan yang lain untuk menjamin keadilan. Selain kitu, beliau juga menubuhkan dua Diwan Tentera yang berfungsi merekod segala hal berkaitan dengan tentera. Diwan al-Kharaj pula dibina bagi menjalankan pungutan cukai terhadap mereka yang memiliki tanah pertanian. Contoh Pembentukan beberapa jabatan rasmi yang baharu pada zaman Khalifah Umar telah mengukuhkan pentadbiran Islam di peringkat pusat dan wilayah. Penegasan isi Zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab merupakan zaman kegemilangan Islam yang mana pada waktu itu bukan sahaja pelbagai kemajuan dalam ekonomi yang dapat dilihat tetapi jumlah penganut umat Islam turut bertambah ekoran perluasan kuasa yang giat dijalankan oleh tentera Islam. Kewafatan Khalifah Umar al-Khattab pada 644 Masihi telah menamatkan pemerintahan beliau dan dipanggil zaman Kegemilangan Empayar Islam. . Kesimpulan
  • 17. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : BINCANGKAN SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR SEBAGAI PEMIMPIN ISLAM YANG BERKALIBER Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dilantik sebagai pengganti Nabi Muhammad SAW pada tahun 11H selepas kewafatan Baginda. Beliau digelar al–Siddiq kerana beliau membenarkan segala peristiwa yang berlaku kepada Rasulullah SAW. Abu Bakar juga menjadi orang dewasa pertama yang memeluk agama Islam dan sentiasa bersama-sama Rasulullah SAW. Merupakan orang paling kanan di sisi Rasulullah SAW dan memerintah negara Islam selama dua tahun sebagai khalifah. Pengenalan Antara sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sebagai pemimpin yang berkaliber ialah menentang golongan Ar-Riddah. Isi 1 Golongan Al-Riddah adalah golongan yang terdiri daripada golongan yang murtad, golongan yang enggan membayar zakat dan golongan yang mengakui diri sebagai nabi palsu. Mereka ini merupakan musuh Islam iaitu berusaha melemahkan pemerintahan Khalifah Abu Bakar. Antara mereka yang bertindak ialah Musailamah Al-Kazzab yang sentiasa memberi ancaman kepada umat serta negara Islam selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak dibanteras akan menimbulkan huru hara dan ketidak ketenteraman dalam kalangan umat Islam sendiri apabila tindakan mereka yang enggan membayar zakat dan mendakwa mereka adalah nabi yang diutuskan oleh Allah. Huraian Khalifah Abu Bakar terpaksa mengambil tindakan ketenteraan bagi menghapuskan golongan ini. Sebanyak 11 pasukan tentera yang diketuai oleh panglima Khalid al-Walid dibentuk untuk memerangi golongan ini dari terus merebak ideologi dalam kalangan umat Islam. Contoh Jelaslah, Khalifah Abu Bakar telah berjaya membanteras golongan ini melalui ketenteraan yang mana mereka bersetuju untuk kembali ke pangkal jalan dan akhirnya mewujudkan suasana aman dalam kalangan umat Islam. Penegasan isi Selain itu, sumbangan beliau sebagai pemimpin yang berkaliber ialah memantapkan ketenteraan Islam. Isi 2 Sebelum kewafatan Rasulullah SAW, baginda telah membentuk pasukan tentera yang diketuai oleh Usamah bin Zaid ke sempadan Syam untuk menyerang Ghassan yang ketika itu berada di bawah jajahan Byzantine yang merupakan musuh Islam. Tindakan ini dilakukan kerana beberapa orang utusan nabi telah dibunuh dan penduduk Ghassan ditindas. Khalifah Abu Bakar mengambil keputusan untuk meneruskan rancangan ini walaupun tidak dipersetujui oleh sahabat-sahabat Rasulullah SAW kerana pada masa yang sama tentera Islam terlibat dengan peperangan menentang gerakan Ar-Riddah. Huraian Beliau tetap dengan keputusan dan telah mengarahkan Usamah bin Zaid untuk meneruskan gerakan ketenteraan dengan berupaya membahagikan tentera Islam yang dipimpin panglima perang yang hebat. Setelah berperang selama 40 hari, akhirnya tentera Islam memperoleh kemenangan disebabkan oleh semangat juang yang tinggi. Contoh Kesannya, pasukan tentera yang dibentuk oleh beliau telah menjadi tulang belakang dalam menjaga keselamatan negara dan umat Islam daripada ancaman musuh dan akhirnya menjadi angkatan tentera yang hebat. Penegasan isi
  • 18. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 Seterusnya, antara sumbangan beliau ialah menentukan bakal khalifah. Isi 3 Sebelum kewafatan beliau, beliau sempat menamakan calon khalifah seterusnya iaitu Saidina Umar bin Al-Khattab. Beliau mengadakan satu rundingan bersama para sahabat yang lain tentang bakal pengganti beliau yang mana ketika itu beliau sedang gering. Malahan negara baharu sahaja pulih daripada masalah dalam negeri, kemunculan nabi-nabi palsu dan golongan yang enggan menbayar zakat. Walaupun pelantikan tersebut dibuat melalui wasiat, tetapi ianya telah dipersetujui oleh para sahabat dan umat Islam yang lain disebabkan ketokohan yang ada pada diri Umar Al-Khattab. Pada masa itu menurut pandangan beliau, orang yang paling layak memegang tampuk pemerintahan Islam hanyalah Umar sahaja bagi menangani saki baki musuh yang boleh memecahkan negara dan umat Islam. Huraian Beliau melantik Saidina Umar Al-Khattab sebagai khalifah yang kedua bagi mengelakkan berlakunya permasalahan dalam negeri. Sifat ketegasan dan keberanian yang ada melayakkan Saidina Umar Al-Khattab menjadi khalifah seterusnya. Ketegasan dan keberanian Umar akan dapat mengelakkan berlaku pemberontakan dan ancaman syiar Islam. Contoh Akhirnya, beliau berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam dan masalah pergolakan umat Islam tidak akan berlaku lagi kerana Umar adalah pemimpin yang berkaliber Penegasan isi Selain itu juga, antara sumbangan beliau ialah beliau mengambil langkah untuk mengumpulkan ayat-ayat suci Al-Quran. Isi 4 Semasa perang menentang golongan al-Riddah (Perang Al-Yamamah), ramai sahabat yang merupakan penghafal al-Quran terkorban. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan umat Islam yang mana akan terhapusnya al-Quran. Selain itu, mereka juga berasa bimbang berlakunya penyelewengan dalam al-Quran yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam iaitu mereka akan menghasilkan al-Quran mengikut acuan mereka untuk rujukan umat Islam . Huraian Sebagai contoh, Khalifah Abu Bakar menerima cadangan para sahabat untuk menubuhkan satu kumpulan khas menulis ayat-ayat al-Quran. Zaid bin Sabit dilantik untuk mengetuai usaha mengumpul dan menulis semula naskah al-Quran yang melibatkan ramai huffaz Al-Quran dan para sahabat yang pernah mengikuti kelas pengajian Al-Quran bersama Rasulullah SAW. Sumbangan Abu Bakar inilah merupakan asas kepada penghasilan al-Quran yang sebenar sehingga hari ini. Contoh Tindakan demikian, pengumpulan ayat-ayat suci Al-Quran ini telah berjaya menyelamatkan isi dan kandungan nashkah Al-Quran daripada tercemar oleh anasir-anasir musuh Islam yang boleh memesongkan akidah umat Islam. Penegasan isi Kesimpulannya, sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah berjaya menyelesaikan masalah–masalah penting negara yang mengancam kedaulatan negara. Di samping itu, beliau juga merupakan seorang khalifah yang amat berjasa dalam menyebarkan syiar Islam di luar Semenanjung Tanah Arab dan digelar “Penyelamat Negara Islam” walaupun memerintah dalam jangka masa singkat. Kesimpulan
  • 19. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 SOALAN : JELASKAN JENIS JIHAD YANG DITERAPKAN DALAM ISLAM SEJAK ZAMAN RASULULLAH S.A.W. Jihad adalah merupakan suatu kefardhuan bagi seluruh umat Islam dan menjadi kewajipan bagi mereka untuk menunaikan kefardhuan tersebut. Konsep Jihad dapat ditakrifkan dari perkataan Arab iaitu ‘jahada’. Perkataan ini membawa maksud penyerahan seluruh tenaga manusia untuk mendapat sesuatu yang diingini atau menolak sesuatu yang dibenci di sisi Islam. Jihad telah muncul sejak zaman Rasulullah s.a.w untuk menyebarkan dan mempertahankan Islam. Pengenalan Jihad nyawa dan tenaga diterapkan kepada umat Islam Isi 1 Jihad nyawa dan tenaga ini adalah merupakan jihad yang tertinggi Islam kerana jihad ini memerlukan pengorbanan jiwa dan raga sepenuhnya untuk berbakti kepada agama Islam khususnya. Kebiasaannya, jihad ini dikhususkan kepada lelaki yang memiliki tubuh yang sihat, tegap dan kuat yang mana ianya tertumpu di medan peperangan dan pertempuran yang mana tentera Islam yang terlibat dalam peperangan tersebut perlu sentiasa bersiap sedia kepada sebarang kemungkinan yang berlaku iaitu soal hidup dan mati mereka. Allah SWT telah menjanjikan syurga bagi mereka yang syahid yang gugur di medan peperangan. Hal ini meningkatkan semangat juang tentera Islam tanpa takut menghadapi ancaman pihak musuh yang akhirnya banyak membawa kemenangan tentera Islam. Huraian Antara peristiwa yang boleh dijadikan contoh ialah peristiwa Saidina Hamzah yang gugur di medan pertempuran di mana beliau sanggup berjuang bermati-matian tanpa rasa takut dalam peperangan Uhud semata-mata untuk memperjuangkan Islam daripada pihak Musyrikin Mekah. Contoh Tegasnya, umat Islam mestilah sentiasa bersedia tenaga dan kemampuan yang ada untuk melindungi agama Islam seperti yang pernah diperjuangkan oleh para sahabat pada zaman baginda SAW. Penegasan isi Selain itu diterapkan juga Jihad harta Isi 2 Pengorbanan dari segi harta dan kewangan juga termasuk dalam jihad fisabilillah di sisi Islam. Pada kebiasaannya, jihad ini akan dilakukan oleh golongan bangsawan atau golongan kaya yang mampu dari segi harta untuk mempertahankan Islam. Golongan yang seperti ini akan menginfakkan harta dan wang mereka kepada baitulmal, membebaskan hamba yang dizalimi dan membantu ketenteraan Islam seperti membeli kelengkapan perang antaranya senjata, kuda, ubat-ubatan. Selain itu, mereka juga menginfakkan harta bagi pembangunan umat Islam sepeti pembinaan masjid, sekolah dan tempat pembelajaran bagi memajukan umat dan negara Islam. Huraian Seperti contoh, Saidina Abu Bakar al-Siddiq yang sanggup menyumbangkan seluruh hartanya demi menegakkan syiar Islam pada awal dakwah Rasulullah s.a.w , beliau sanggup membeli hamba-hamba dengan menggunakan wang beliau sendiri ketika itu lalu memerdekakan mereka apabila kaum musyrikin Mekah sanggup bertindak zalim terhadap mereka. Malahan dalam perang Tabuk, beliau juga turut menginfakkan segala harta untuk kegunaan dimedan perang melawan musuh. Contoh Impaknya, umat Islam telah terdidik dengan sikap suka membantu dan menyumbang harta untuk memastikan syiar Islam terus tersebar luas. Penegasan isi Malahan jihad ilmu perlu ada dalam diri umat Islam Isi 3 Umat Islam juga telah disyariatkan untuk berjuang dalam bidang keilmuan yang mana setiap umat Islam perlu mendalami ilmu agama dan juga ilmu duniawi seperti ilmu sains, matematik, perubatan dan sebagainya. Umat Islam digalakkan untuk mempelajari ilmu yang membawa manfaat antaranya ialah ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah yang merangkumi Huraian
  • 20. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 semua aspek kehidupan. Islam juga mensyariatkan umatnya berjihad dalam bidang keilmuan supaya agama Islam tidak dianggap ketinggalan, ‘kuno’ oleh agama lain dan dalam masa yang sama dapat bersaing. Sebagai bukti Islam amat menggalakkan jihad dalam bidang keilmuan ini apabila masjid- masjid dijadikan tempat penyebaran ilmu dan juga usaha-usaha penterjemahan dilakukan. Rasulullah s.a.w merupakan seorang yang bijaksana dan mempunyai ilmu yang luas dalam segala perkara bukan hanya ilmu agama sahaja. Munculnya tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang tersohor dan termasyhur pada suatu ketika dahulu antaranya, tokoh ilmuwan dalam bidang Matematik ialah al-Khawarizmi, tokoh ilmuwan dalam bidang sains ialah Ibnu Sina, dan ramai lagi. Contoh Tegasnya, umat Islam tidak akan mudah diperlekehkan dan dipandang serong oleh golongan kafir dan berjaya mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu. Penegasan isi Jihad akal fikiran juga diterapkan kepada umat Islam Isi 4 Jihad ini merupakan salah satu jihad yang dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW dan para sahabat lagi. Bagi mereka yang tidak mampu atau tidak berpeluang untuk menyertai ekspedisi peperangan akan tetapi dapat memberikan idea-idea yang bernas dalam semua perkara sama ada dalam aspek pentadbiran, ekonomi, ketenteraan dan sebagainya. Setiap orang diberikan hak untuk mengeluarkan idea dan pandangan melalui konsep musyawarah yang diamalkan yang memperlihatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w dan khalifah tidak mentadbir negara dengan kuasa mutlak semata-mata. Huraian Ini dapat dilihat dalam peristiwa perang Khandak di mana Salman Al-Farisi telah berjihad dengan menggunakan akal fikiran untuk memberi idea yang bernas dengan menyusun strategi peperangan. Beliau mencadangkan kepada barisan ketenteraan Islam untuk menggali parit di sekeliling Kota Madinah bagi menghalang tentera musuh daripada memasuki Kota Madinah. Tentera Islam hanya perlu bertahan di dalam kota yang akhirnya membawa kemenangan kepada tentera Islam. Contoh Melalui jihad ini, para sahabat bersama dengan Rasulullah SAW sentiasa bermusyawarah menyumbang idea dan fikiran untuk membangunkan syiar dan negara Islam. . Penegasan isi Kesimpulannya, jelas sekali sejak zaman Rasulullah SAW lagi pelbagai jenis jihad telah diperkenalkan kepada umat Islam. Sekiranya konsep jihad ini benar-benar diterapkan dalam diri setiap umat Islam, mereka mampu untuk menjadi umat yang tabah dan cekal untuk menjalani apa jua rintangan yang datang demi kepentingan syiar Islam. Kesimpulan SOALAN : BINCANGKAN STRATEGI DAN TAKTIK PEPERANGAN ZAMAN RASULULLAH SAW HIGGA ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN.
  • 21. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 Pada dasarnya Islam merupakan agama yang mementingkan keamanan dan kedamaian iaitu tidak menggalakkan peperangan. Setelah turunnya wahyu membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad SAW telah membentuk angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar. Pada zaman Rasulullah SAW, peperangan dibahagikan kepada dua iaitu Sariah dan Ghazwah. Pelbagai strategi dan taktik dipraktikkan termasuklah menanamkan konsep jihad dalam diri tentera Islam bagi mencapai kemenangan. Pengenalan Antara taktik dan strategi yang dilaksanakan oleh tentera Islam dalam peperangan ialah menguasai tempat strategik. Isi 1 Strategi geografi boleh dianggap sebagai jambatan kepada rancangan peperangan, rancangan kempen dan rancangan operasi. Tentera Islam menggunakan taktik dan strategi dengan menguasai tempat strategik kerana strategi ini membolehkan pembentukan serta perlaksanaan rancangan-rancangan peperangan secara realistik dan mudah untuk mendapatkan sumber bantuan. Strategi menguasai tempat strategik seperti kawasan oasis, kawasan tanah tinggi secara tidak langsung memastikan tentera Islam berjaya melawan pihak musuh. Huraian Semasa perang Badar, walaupun jumlah tentera Islam seramai 313 orang berbanding dengan kaum Quraisy iaitu seramai 1000 orang, namun tentera Islam berjaya mengalahkan pihak musuh hasil daripada mereka menguasai kawasan oasis. Kawasan oasis amat diperlukan oleh kedua-dua pihak semasa di medan perang yang mana ianya merupakan sumber bekalan makanan kepada tentera di tengah kawasan panas. Contoh Jelaslah perancangan menguasai tempat stategik lebih awal telah memastikan pihak tentera Islam berjaya mengalahkan musuh yang dalam keadaan kehausan serta tidak bermaya. Penegasan isi Selain itu, taktik mengepung dan menyerang secara bertubi-tubi juga turut diaplikasikan oleh tentera Islam bagi mengalahkan pihak musuh. Isi 2 Tentera Islam akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka akan mengepung pintu-pintu utama sesebuah kota menyebabkan pihak musuh terkepung dan tidak boleh meminta bantuan daripada pihak luar. Serangan bertubi tubi juga menyebabkan pihak musuh tidak dapat bersedia untuk membalas serangan kerana sukar untuk mereka bertindak balas. Huraian Sebagai contoh, peristiwa pembukaan Kota Mekah umat Islam telah menggunakan taktik ini menyebabkan pihak Musyrikin Mekah mengaku kalah apabila mereka merasakan kedudukan mereka tidak selamat sekiranya mereka turut melancarkan serangan. Mereka akhirnya telah menyerah kalah kepada pihak Islam dan kemenangan apabila mereka terkepung iaitu tidak boleh melakukan apa-apa termasuklah meminta bantuan pihak luar. Contoh Melalui cara tersebut, umat Islam mencapai kejayaan menguasai kota Mekah tanpa berlakunya pertumpahan darah disebabkan oleh kebijaksanaan Rasulullah SAW. Penegasan isi Di samping itu juga, tentera Islam menggunakan taktik bertahan dalam satu pasukan. Isi 3 Tentera Islam turut menggunakan taktik ini dalam siri peperangan menentang pihak musuh iaitu mereka tidak akan keluar dari kubu mereka iaitu kota Madinah sebaliknya bertindak melindungi kota tersebut. Melalui taktik ini, tentera Islam hanya menunggu serangan pihak musuh terlebih dahulu dan barulah mereka melancarkan serangan balas. Taktik ini membingungkan pihak Musyrikin Mekah kerana mereka merasakan ada tipu muslihat oleh umat Islam dan sekiranya mereka menyerang akan membawa kekalahan. Huraian Contohnya dalam perang Khandak, tentera Islam telah menggali parit di sekeliling kota Madinah sebagai benteng pertahanan seperti yang diutarakan oleh Salman al-Farisi dari Parsi. Selepas itu mereka hanya bertahan dan menunggu musuh melancarkan serangan terlebih dahulu dan menunggu dalam keadaan berwaspada. Contoh Akhirnya, pihak Musyrikin Mekah telah berundur dari kota Madinah apabila pihak musuh tidak berani memulakan serangan terlebih dahulu. Penegasan isi
  • 22. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 Taktik penyamaran dan tipu helah turut diguna pakai oleh orang Islam dalam peperangan bagi mengalahkan pihak musuh. Isi 4 Strategi mencari kelebihan dan kelemahan musuh juga merupakan faktor penentu kejayaan umat Islam dalam peperangan. Jumlah musuh dapat diketahui melalui unta yang disembelih di medan peperangan secara tidak langsung memudahkan tentera Islam melancarkan serangan yang paling sesuai. Tentera Islam turut menggunakan taktik penyamaran semasa di medan perang bagi mengaburi pihak musuh untuk melancarkan serangan ke atas pemimpin Islam. Huraian Rasulullah SAW bertindak memakai pakaian tentera yang sama dengan para sahabat sewaktu peperangan Uhud apabila umat Islam berada di ambang kekalahan yang menyebabkan kematian Mus’ab bin Umar yang disangka Nabi Muhammad SAW kerana beliau memakai pakaian baginda dan Rasulullah s.a.w memakai pakaian yang sama dengan tentera Islam lain. Contoh Cara peyamaran tersebut secara tidak langsung dapat melindungi Nabi Muhammad SAW yang menjadikan sasaran pihak musuh untuk membunuh baginda semasa tentera Islam diambang kekalahan. Penegasan isi Taktik dan strategi yang terakhir ialah penubuhan bandar-bandar tentera. Isi 5 Penubuhan bandar-bandar tentera ini bertujuan memperluaskan kegiatan dakwah Islamiah dan menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan Islam. Bandar-bandar tentera ini juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran di wilayah-wilayah sekitarnya serta menjadi tempat menyimpan alatan perang, menempatkan tentera, melancarkan serangan dan latihan ketenteraan untuk tentera Islam. Huraian Semasa zaman Khalifah Umar al Khattab, tentera Islam bertambah ramai dan wilayah takluk juga bertambah luas justeru itu lebih banyak bandar tentera ditubuhkan seperti di Iraq, Syria dan Mesir bagi menangkis serangan pihak musuh terutamanya Byzantine. Contoh Penubuhan bandar-bandar tentera secara tidak langsung telah membantu umat Islam mengatur strategi dan taktik peperangan bagi melawan pihak musuh dikawasan-kawasan strategik. Penegasan isi Jelaslah bahawasanya melalui taktik dan strategi peperangan yang digunakan telah membantu kepada umat Islam dalam setiap siri peperangan malahan tanah jajahan Islam juga semakin luas. Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin dalam mengatur taktik dan strategi peperangan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada umat Islam. Kesimpulan SOALAN : ISLAM MENGANJURKAN PERLUNYA ETIKA DALAM BERPERANG. BINCANGKAN PERNYATAAN INI Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata baharulah umat Islam terlibat dengan perang. Nabi Muhammad SAW telah membentuk angkatan tentera setelah berjaya menubuhkah kerajaan Islam Madinah untuk mempertahankan negara, dari ancaman musuh. Pada zaman Rasulullah SAW, terdapat pelbagai etika peperangan yang dianjurkan dalam Islam yang perlu dipatuhi oleh tentera Islam. Pengenalan Antara etika peperangan yang dianjurkan dalam Islam ialah mentaati arahan ketua. Isi 1 Tujuan etika ini diterapkan adalah untuk memastikan segala perancangan yang dilakukan berkesan dan mencapai kejayaan yang mana arahan ketua perlu dipatuhi. Etika ini mempunyai hubung kait dengan disiplin yang telah diterapkan kepada anggota tentera. Ketidakpatuhan kepada ketua akan membawa kekalahan dalam peperangan. Hal ini kerana ketua adalah orang yang bertanggungjawab merancang strategi peperangan bagi mencapai kemenangan. Huraian
  • 23. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 Contohnya, kekalahan tentera Islam dalam perang Uhud pada tahun 3H / 625 M antara umat Islam dengan Musyrikin Quraisy kerana tidak patuh pada arahan ketua. Pada peringkat awal, kemenangan berpihak kepada tentera Islam namun tidak bertahan lama apabila pasukan memanah melanggar arahan Nabi Muhammad SAW untuk bertahan. Seramai 40 ahli daripada pasukan pemanah meninggalkan kedudukan mereka untuk mengejar harta rampasan perang di bawah bukit Uhud yang akhirnya musuh berpatah balik dan menyerang balas. Contoh Jelaslah, ketidakpatuhan kepada arahan ketua akan membawa kekalahan di pihak tentera Islam. Penegasan isi Selain itu, tidak menyeksa tawanan perang juga merupakan salah satu etika peperangan yang dianjurkan dalam Islam. Isi 2 Sewaktu Islam mengecapi kemenangan dalam peperangan, ramai tentera musuh menjadi tawanan tentera Islam. Islam tidak zalim, namun Islam telah mengenakan syarat untuk mereka bebas seperti denda kepada pihak tawanan iaitu setiap tawanan tersebut diminta bayar ganti rugi dalam peperangan. Jika tidak mampu, mereka hendaklah mengajar membaca dan menulis kepada 10 orang anak-anak umat Islam sehingga pandai. Huraian Contohnya, tindakan Rasulullah yang memberikan pengampunan terhadap tawanan ketika peristiwa pembukaan kota Mekah apabila mereka rela menyerahkan diri kepada Islam apabila merasakan yang mereka tidak akan menang menentang tentera Islam yang berjaya mengepung seluruh kota Makkah. . Contoh Hal ini jelas menunjukkan sifat keadilan dan belas kasihan Islam terhadap musuh-musuh Islam telah menarik minat pihak tawanan untuk turut memeluk agama Islam. Penegasan isi Etika peperangan yang seterusnya dianjurkan dalam Islam ialah dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau memusnahkan tanaman dan membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat. Isi 3 Hal ini kerana Islam amat mementingkan keamanan dan kesejahteraan masyarakat yang mana tentera Islam dianjurkan supaya menjaga keadaan alam sekeliling supaya berada dalam sedia kala. Segala kemudahan yang ada adalah untuk kegunaan masyarakat setempat seperti rumah ibadat, sekolah, pasar dan lain-lain dan sekiranya dimusnahkan akan membawa kerosakkan dan kos untuk membaiki amat tinggi. Huraian Buktinya, semasa peristiwa Rasulullah SAW mengepung Kota Ta’if pada bulan Syawal tahun ke 8 Hijrah, harta benda musuh-musuh Islam tidak diusik sedikit pun. Tindakan ini membawa kepada tidak banyak kemusnahan semasa perang di Taif apabila penduduknya bersetuju untuk menyerah kalah. Contoh Ini selaras dengan anjuran Islam yang tidak suka kemusnahan dan kehancuran tetapi lebih kepada mempertahankan maruah agama dan negara. Penegasan isi Di samping itu, tidak menyerang musuh yang menyerah diri di medan perang juga merupakan salah satu etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam. Isi 4 Islam melarang umatnya memerangi orang-orang yang sudah menyerahkan kalah dalam medan peperangan. Hal ini kerana mereka tidak lagi dianggap sebagai musuh iaitu tidak memberi ancaman kepada Islam. Malahan tindakan mengejar musuh yang lari akan membawa bencana sekiranya ada tipu muslihat iaitu berlakunya serangan hendap. Huraian Sebagai contohnya, kisah diambil daripada pembukaan Kota Mekah, Rasulullah telah mengumumkan barang siapa yang telah menyerah diri dengan berlindung di rumah Abu Sufiyan (pemerintah Mekah) atau di rumah masing-masing ataupun di Masjidil Haram mereka tidak diserang, jika mereka ingkar, Akramah bin Abu Jahal dan pengikutnya akan membunuh mereka. Contoh Ini menunjukkan bahawa agam Islam mempunyai belas kasihan dan berperikemanusiaan walaupun musuh telah melakukan banyak kezaliman kepada umat Islam sebelumnya. Penegasan isi Malahan orang tua, kanak-kanak dan wanita tidak diapa-apakan Isi 5 Orang tua, kanak-kanak dan wanita adalah golongan yang lemah dan mereka ini jarang terlibat di medan perang iaitu berada di barisan hadapan. Golongan ini tidak memberi Huraian
  • 24. Nota Sejarah Islam Sem 2 Tema 1 ancaman kepada masyarakat Islam dan tidak perlu diperangi berhabis-habisan. Mereka boleh dibunuh sekiranya mereka benar memberi ancaman kepada islam sekiranya tidak dikenakan tindakan bunuh. Setiap kali berlakunya siri peperangan, golongan ini dibebaskan tanpa syarat oleh tentera Islam. Mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan sebagai salah satu cara menarik mereka memeluk agama Islam. Contoh Tindakan sedemikian jelas memperlihatkan bahawa Islam tidak sewenang-wenangnya membunuh musuh lebih-lebih lagi mereka adalah golongan lemah Penegasan isi Kesimpulannya, etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam membawa kejayaan yang besar kepada umat Islam. Etika ini jelas dipratikkan zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat seterusnya. Implikasinya Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan dianuti oleh sebahagian besar penduduk dunia. Penutup