Lembaran Kerja Sains Tahun 5 - 11.1 Pergerakan Bumi (Kedudukan Matahari)
Tutorial 1 - Kelas Makanan
1. Tutorial 1
Makanan merupakan keperluan asas bagi setiap organisma hidup dan boleh
dikelaskan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai kepentingan berbeza kepada
tubuh kita.
Karbohidrat merupakan salah satu jenis nutrien utama dan diperlukan dalam jumlah
yang banyak oleh badan kita. Antara 45 dan 65 peratus haruslah datang dari karbohidrat.
Karbohidrat sering dikatakan menyumbang kepada kenaikan berat badan, tetapi ia
sebenarnya diperlukan untuk badan kita berfungsi dengan baik. Karbohidrat yang diperolehi
daripada pengambilan makanan ruji rakyat Malaysia seperti beras dan bijiran merupakan
sumber tenaga utama yang diserap segera ke dalam tubuh manusia. Ia menyumbang kira-
kira 50 peratus daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia
bersesuaian dengan kedudukannya di dalam piramid makanan. Karbohidrat terdiri daripada
gula, kanji dan beberapa selulosa. Ia berfungsi untuk menyediakan tenaga,fungsi otak dan
memastikan organ-organ berfungsi. Selain itu, ia juga penting untuk kesihatan usus dan
penyingkiran bahan toksik. Kekurangan pengambilan karbohidrat boleh menjadikan
seseorang itu lemah dan tidak sihat.
Seterusnya, daging dan ikan mengandungi suatu kelas makanan yang dipanggil
protein. Protein diperlukan untuk pertumbuhan dan menggantikan sel-sel yang rosak. Unit
asas bagi protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Asid amino digabungkan
melalui beberapa ikatan peptida. Apabila dua asid amino digabungkan, maka satu dipeptida
akan terbentuk. Selain itu, tiga atau lebih amino asid yang bergabung akan membentuk
polipeptida. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan.
Protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.
Apabila protein didedahkan kepada haba, protein akan mengalami proses denaturisasi,
merubah sifat dan bentuknya serta fungsinya juga terhapus. Penyakit kwashiorkor
disebabkan oleh kekurangan pengambilan protein oleh seseorang itu.
Lemak merupakan bahan organik. Lipid adalah lemak dalam bentuk cecair. Lemak
juga menyediakan dua kali ganda nilai kalori daripada karbohidrat. Molekul lemak paling
ringkas diperbuat daripada satu molekul gliserol dan tiga molekul asid lemak digabungkan
bersama. Lemak merupakan kelas makanan yang penting kepada manusia kerana ia
merupakan sumber tenaga yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Selain itu,
lemak juga berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan.
Namun begitu, pengambilan lemak perlu dikawal kerana ia boleh membawa kepada
masalah kegemukan melampau yang dipanggil sebagai obesiti.
2. Vitamin tidak bertindak sebagai sumber tenaga, seperti karbohidrat, protein dan
lemak, tetapi mereka adalah komponen penting yang membantu badan untuk membesar
dan berfungsi secara optimum. Tiga belas jenis vitamin akan membantu meningkatkan
imuniti badan, menguatkan tulang, meningkatkan daya penglihatan dan membantu
mendapatkan tenaga daripada makanan. Pemakanan yang mengandungi variasi seperti
sayur-sayuran, buah-buahan, gandum, daging dan ikan dapat membantu kita untuk
mendapat vitamin-vitamin yang diperlukan. Kekurangan pengambilan vitamin boleh
menyebabkan kita lebih berisiko untuk diserang penyakit jantung, kanser dan osteoporosis.
Air sangat penting kepada hampir semua organisma hidup. Satu pertiga daripada
jisim manusia merupakan air. Air memberi sokongan kepada haiwan akuatik, membantu
gamet untuk merentasi persekitaran berair, menyejukkan badan melalui peluh dan air mata
juga diperbuat daripada air. Air ialah bahan bukan organik yang mempunyai formula kimia
H2O. Dalam sendi manusia juga terdapat air, jadi geseran antara permukaan tulang dapat
dikurangkan.
Seterusnya, serat terdiri daripada selulosa yang berasal daripada dinding sel
tumbuhan. Ia merupakan sejenis karbohidrat kompleks tetapi tidak seperti karbohidrat yang
lain, yang dihadam oleh badan kita tetapi serat tidak boleh dihadam oleh manusia. Serat
boleh didapati daripada sumber buah-buahan dan sayur-sayuran. Terdapat dua jenis serat
iaitu serat larut air dan serat tidak larut air. Serat membantu makanan untuk melepasi salur
makanan seterusnya mengelakkan sembelit. Serat juga dapat merendahkan paras kolestrol
dalam darah seterusnya dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser kolon.
Kadar gula dalam darah juga menjadi tidak stabil dan mempunyai masalah pencernaan jika
tidak mendapat serat dalam kuantiti yang diperlukan.
Akhir sekali, kita perlu mengambil pemakanan yang seimbang dan mengamalkan
gaya hidup yang aktif. Salah satu cara yang mudah dan disyorkan ialah makan mengikut
piramid makanan kerana para saintis telah mengkaji keperluan manusia terhadap kelas-
kelas makanan ini dalam kuantiti tertentu. Banyak penyakit berpunca daripada kekurangan
pengambilan sesetengah kelas-kelas makanan ini. Oleh itu, kita perlu merancang
pemakanan kita secara berhemah agar tidak mendatangkan mudarat kepada kita.
3. Rujukan
Balachandran, N. T. (2012). Ekspres Biologi Tingkatan 4. Johor Bahru, Johor, Malaysia:
Pelangi ePublishing Sdn. Bhd.
Ching, L. (2008). Complete Text and Guide SPM Bilingual Biology Form 4. Shah Alam,
Selangor, Malaysia: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Cespedes, A. (2015, May 8). Why Are Vitamins Important to Your Body? Diperolehi daripada
Live Strong: http://www.livestrong.com/article/271425-why-are-vitamins-important-to-
your-body/
Mifsud, J. (2006, February 22). Biology Form Notes. Diperolehi daripada Skola:
http://schoolnet.gov.mt/liceovassalli/mav/resources/Biology/Form%204%20-
%20Biology%20Notes.pdf
SkillsYouNeed. (2012, December 15). What is Fibre? Diperolehi daripada Skills You Need:
http://www.skillsyouneed.com/ps/fibre.html