tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
Risalah Ramadan Bil.(1) 2014
1. Terbitan : MAKDIS, SK TAMAN DESA JAYA Bil : 1 / 1435 H
PERSEDIAAN RAMADHAN
Bagaimanakah keadaan kita jika sebentar lagi kekasih yang kita rindui
akan tiba? Bagaimanakah keadaan kita jika tidak lama lagi peperiksaan
akan kita hadapi ? Sudah pasti kita akan membuat persiapan yang terbaik
bagi menghadapi semua itu.
Imam Abu Bakr Az Zur’i rahimahullah menyatakan terdapat dua perkara
yang wajib kita waspadai. Salah satunya adalah kewajipan telah datang
tetapi kita tidak siap untuk menjalankannya. Ketidaksiapan tersebut adalah
salah satu bentuk meremehkan perintah. Natijahnya pun sangat besar, iaitu
kelemahan untuk menjalankan kewajiban tersebut dan terhalang dari
redhaNya. Kedua implikasi tersebut merupakan hukuman di atas
ketidaksiapan dalam menjalankan kewajiban yang telah nampak di depan
mata.
Abu Bakr Az Zur’I bersandarkan kepada firman Allah Ta’ala berikut:
Maka jika Allah mengembalikan Engkau kepada segolongan dari mereka
(orang-orang Yang munafik itu di Madinah), kemudian mereka meminta
izin kepadamu untuk keluar (turut berperang), maka katakanlah: "Kamu
tidak sekali-kali akan keluar bersama-samaku selama-lamanya, dan kamu
tidak sekali-kali akan memerangi musuh bersama-samaku; Sesungguhnya
kamu telah bersetuju tinggal pada kali Yang pertama, oleh itu duduklah
kamu bersama-sama orangorang yang tinggal". (At Taubah: 83).
Allah Ta’ala tidak menyukai keberangkatan mereka dan Dia melemahkan
mereka, karena tidak ada persiapan dan niat mereka yang tidak betul.
Namun, bila seorang bersiap untuk menunaikan suatu amal dan ia
menghadap Allah dengan kerelaan hati, maka Allah terlalu mulia untuk
menolak hamba yang datang menghadapNya.
Berhati-hatilah dari mengalami nasib menjadi orang yang tidak layak
menjalankan perintah Allah Ta’ala yang penuh berkah.Seringnya kita
mengikuti hawa nafsu, akan menyebabkan kita tertimpa hukuman berupa
tertutupnya hati dari hidayah.
“Wahai orang-orang yang
beriman, diwajibkan ke atas
kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang-
orang sebelum kamu agar
kamu bertaqwa”
-Al Baqarah : 183-
“Apabila tiba bulan Ramadan,
dibuka pintu-pintu syurga dan
ditutup pintu-pintu neraka
serta syaitan-syaitan
dibelenggu”
-Hadis riwayat
Bukhari & Muslim-
Keganjilan Orang
Berpuasa..
Ada orang berpuasa tetapi
tidak mendirikan solat atau
menutup aurat. Sedangkan
ianya perkara yang wajib.
Wahai orang yang berfikir
‘Apakah ada sebuah rumah
tanpa tiang?’
TAKWIM SOLAT 2014M / 1435H
BAGI DAERAH JOHOR BAHRU
HARI
TARIKH WAKTU
HIJRIYAH MILADIYAH IMSAK SUBUH ZOHOR ASAR
MAGHRI
B
ISYAK
AHAD *1 29 JUN 05.29 05.39 01.11 04.36 7.16 08.32
ISNIN 2 30 JUN 05.30 05.40 01.11 04.36 7.17 08.32
SELASA 3 1 JULAI 05.30 05.40 01.11 04.36 7.17 08.32
RABU 4 2 JULAI 05.30 05.40 01.11 04.37 7.17 08.32
KHAMIS 5 3 JULAI 05.30 05.40 01.12 04.37 7.17 08.32
* Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
ﮔﮕﮖﮗﮘﮙﮚﮛﮜﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣﮤﮥﮦ
ﮧﮨﮩﮪﮫﮬﮭﮮ
2. Berilah penekanan kepada
keluarga kita tentang solat..
Inshallah perkara lain akan
terjaga.
Tidak pernah kita dengar
orang yang jaga solatnya tidak
berpuasa, namun ada orang
yang tidak bersolat mampu
berpuasa menahan lapar
sepanjang hari..
BONUS
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud : “Umatku diberikan 5
perkara yang belum pernah diberikan
kepada umat-umat yang terdahulu ketika
Ramadan iaitu” :
Bau mulut orang yang
berpuasa itu lebih wangi
daripada Kasturi di sisi
Allah
Para Malaikat beristighfar
untuk mereka sehingga
mereka berbuka
Allah memperindahkan
Syurga-Nya setiap hari
Syaitan dibelenggu
Mereka mendapat
keampunan daripada
Allah
Aktivti Ihya’ Ramadan
SKTDJ 2014
Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan26
JunTadarus Al-Quran & Bacaan Surah
Lazim30 Jun hingga
23 JulaiTazkirah Ramadan15
JulaiPertandingan Tulisan Jawi Tahap
16 – 10 JulaiPertandingan Hafazan
Surah Al-Fatihah Tahap 113 – 17