SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
afm
1
Negara Bangsa Malaysia Dari Sudut Sejarah *
Oleh : Ahmad Fauzi Mohamed
Pendahuluan
Kebanyakan negara yang pernah dijajah biasanya akan menghadapi masalah pembinaan sebuah
bangsa apabila negara itu mencapai kemerdekaan. Malah ada negara-negara di Asia dan Afrika
yang berpecah belah sebaik sahaja ia dibebaskan dari belenggu penjajahan. Perpecahan ini adalah
berpunca dari kegagalan rakyat negara-negara tersebut mencari asas-asas perpaduan dan
persefahaman di kalangan mereka.
Negara kita Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal ini. Walaupun negara telah hampir 40 tahun
mencapai kemerdekaan daripada pihak British, sebuah negara bangsa Malaysia masih belum
dapat dibentuk dalam erti kata sebenarnya. Mengikut Rajini Ramlan (1986)1
pembinaan bangsa
Malaysia masih di tahap impian kerana sehingga kini masih tiada ada satu identiti sepunya bagi
seluruh rakyat di negara ini. Buktinya kita masih terpingga-pingga hendak menunjukkan ciri-ciri
dan rupa bangsa Malaysia secara pasti dan yakin apabila ada orang bertanya mengenainya.
Dalam konteks negara kita Malaysia, banyak pihak yang menyalahkan dasar penjajahan British
yang diwarisi sebagai punca kegagalan penyatuan semua kaum. Walaupun terdapat fakta-fakta
yang menyokong tentang kebenaran dakwaan tersebut, namun yang pasti apakah kita harus terus
menerus menyalahkan penjajahan. Kegagalan kita membentuk sebuah negara bangsa Malaysia
setelah hampir 40 tahun kita mencapai kemerdekaan harus diterima sebagai kesilapan kita
sendiri.
Pembentukan Sebuah Negara Bangsa Malaysia
Ungkapan istilah bangsa negara Malaysia bukanlah sesuatu yang baru tetapi telahpun
diperkatakan dan diperbincangkan oleh berbagai-bagai pihak. Namun begitu, penghuraiannya
tidaklah begitu jelas. Walaupun banyak orang bercakap tentang bangsa Malaysia tetapi hanya
dalam tahun 1988, dalam satu majlis Pelancaran Perancangan Pemasyarakatan Perpaduan yang
dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir
Mohamad dalam ucapannya yang bertajuk “Pembentukan Bangsa Malaysia” telah bercakap dan
menghuraikan tentang bangsa Malaysia dan pembentukannya serta matlamat dan bilakah
tercapainya cita-cita tersebut.2
1
Lihat Dewan Masyarakat, Ogos 1986 hlm. 6.
2
Lihat Majalah Dewan Budaya, Februari 1990 hlm. 23.
afm
2
Mengikut YB. Dato’ Raja Ariffin Raja Sulaiman3
, di majlis tersebut YAB Perdana Menteri telah
menjelaskan bahawa tercapainya bangsa negara Malaysia ialah apabila kita ke luar negara, orang
kenal kita ini bangsa Malaysia. YAB Perdana Menteri juga menyebut tentang hubungan ekonomi
dengan pembentukan bangsa serta kebimbangan setengah-setengah pihak yang takut bahasa dan
kebudayaan suku kaum mereka akan hilang kerana menerima konsep negara bangsa Malaysia.
Dalam perkembangan yang sama, Abdul Rahman Haji Embong (1995)4
menegaskan bahawa
gagasan bangsa Malaysia adalah situasi di mana anggota semua kaum harus mempunyai perasaan
sebangsa dengan nama kolektif (Bangsa Malaysia) yang sama serta berkongsi wilayah, ekonomi,
budaya dan nasib masa depan dengan rupa bangsa yang sepunya. Justeru itu, dapatlah
dirumuskan bahawa sebuah negara bangsa akan hanya wujud apabila terdapat satu bentuk identiti
sepunya bagi seluruh kumpulan-kumpulan etnik di sesebuah negara.
Kesungguhan ke arah pembentukan bangsa Malaysia semakin ketara, menyerlah dan
menampakkan komitmen para pemimpin negara dan secara tidak langsung menjadi hasrat
kerajaan. Peri mustahaknya ke arah pembentukan satu negara bangsa Malaysia telah dinyatakan
secara jelas oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991
melalui apa yang kemudiannya dikenali sebagai Wawasan 2020. Beliau menegaskan bahawa:
“Cabaran pertama, paling pokok dan paling asas ke arah mencapai
matlamat Wawasan 2020 ialah membentuk sebuah negara-bangsa (Bangsa
Malaysia) yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang
diperkongsi bersama … (dan menumpukan) taat setia yang tidak berbelah
bagi terhadap bangsa tersebut.”
(Mahathir Mohamad: 1991)
Ciri utama dalam pembentukan negara bangsa Malaysia ialah integrasi nasional, di mana semua
kumpulan, golongan, agensi, institusi dan individu serta ahli masyarakat dari semua peringkat
mempunyai kesediaan untuk hidup secara harmoni dan bersatu-padu serta berbaik-baik sangka
demi mencapai matlamat. Mengikut Anwar Ibrahim (1995)5
perpaduan dan identiti bangsa
semestinya menjadi agenda utama dalam pembentukan bangsa.
Sejarah : Teori, Pengertian & Kepentingannya
Tidaklah dapat dinafikan bahawa pengetahuan dan pemahaman yang mendalam mengenai sejarah
negara sendiri secara amnya adalah penting dalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein, Perdana
3
Pandangan Dato’ Raja Ariffin Raja Sulaiman semasa ditemuramah oleh Editor Bersekutu
Dewan Budaya, Wan Omar Wan Ahamed dalam Dewan Budaya, Februari 1990, hlm. 22 – 24.
4
Lihat Jurnal Pemikir Oktober-Disember 1995 hlm. 55
5
Lihat Jurnal Pemikir Oktober-Disember 1995 hlm. 6
afm
3
Menteri Malaysia Kedua ketika membentangkan Rang Undang-Undang (Pindaan) Perlembagaan
di Dewan Rakyat, pada 23 Februari, 1971 telah menegaskan bahawa:
“Kita juga mesti sedar bahawa di tengah-tengah masyarakat kita pada
hari ini terdapat satu generasi baru, terdiri daripada mereka yang telah
menjadi dewasa selepas kita mencapai kemerdekaan. Mereka tidak tahu
latar belakang sejarah dan politik yang terdapat ketika kita
memperjuangkan kemerdekaan negara dan dengan sebab itu tidak
faham kompromi-kompromi yang telah dipersetujui pada masa itu di
antara kaum-kaum bagi menjayakan perjuangan kita.”
(Dewan Masyarakat, 15 Ogos, 1983 hlm. 9)
Sesungguhnya pengetahuan mengenai sejarah tidak boleh diketepikan demi pergerakan sejarah
selanjutnya. Peristiwa-peristiwa sejarah dapat dijadikan input berbentuk pengajaran dan pedoman
untuk mengenal, mengetahui, memahami dan menghargai sesuatu peristiwa itu. Melalui sejarah
negara, kita boleh menimba pengalaman ke arah membina rancangan pembangunan yang
meliputi aspek sosial, ekonomi dan politik untuk bergerak menghadapi zaman akan datang
dengan penuh keyakinan.
Teori sejarah mengikut Raja Mohd. Affandi (1976)6
dapat dimaknakan sebagai penerangan
tentang perjalanan sejarah masyarakat manusia. Beliau menegaskan bahawa fakta sejarah cuba
memberikan jawaban yang memuaskan tentang dua persoalan iaitu: (1) mengapa peristiwa itu
terjadi, dan (2) bagaimana peristiwa itu terjadi dalam kehidupan masyarakat manusia. Dalam
memberikan jawapan kepada persoalan tersebut, tentulah ada tujuan-tujuan tertentu dari
perjalanan sejarah dan tentulah ada corak-corak tertentu dalam kegiatan manusia. Sekiranya tidak
ada corak tertentu, ini bermakna perjalanan sejarah terdiri dari peristiwa-peristiwa mendadak,
tidak berkaitan dan tidak ada hubungan dari masa ke semasa.
Menurut Wan Mohd Mahyiddin (1983)7
sejarah bangsa adalah penting sebagai catatan
pengalaman dan perjuangannya yang melalui berbagai masalah untuk dijadikan contoh teladan
oleh generasi yang kemudian. Manakala Mohamad Idris Saleh, Che Su Mustaffa & Fuziah
Shaffie (1994)8
menegaskan bahawa peranan sejarah Malaysia dalam membentuk keperibadian
kebangsaan adalah penting. Keperibadian kebangsaan adalah adalah asas kepada
kewarganegaraan yang sihat.
Ringkasnya, penyerapan pengetahuan, kefahaman, pengalaman, iktibar dan pedoman dari sejarah
dapat dijadikan panduan membantu kita memahami permasalahan masa kini untuk kehidupan
pada masa akan datang. Justeru itu, pengetahuan tentang sejarah negara merupakan antara wadah
6
Lihat Majalah Dewan Masyarakat, 15 September 1976 hlm. 47
7
Lihat Majalah Dewan Budaya, 1 Januari, 1983 hlm. 38
8
Lihat Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, 1994 hlm. 5
afm
4
yang paling baik dan berkesan bagi mempercepatkan pembentukan sebuah negara bangsa
Malaysia. Untuk tujuan tersebut, pengetahuan tentang sejarah seharusnya bukanlah sekadar
mengetahui tarikh-tarikh dan fakta-faktanya semata-mata tetapi haruslah setiap peristiwa yang
berlaku dibuat penganalisaan dan pencerakinan yang tajam ke atas corak, bentuk dan polanya.
Sejarah : Peristiwa & Kesannya
Sejarah negara menunjukkan kegagalan kita untuk mewujudkan sebuah negara bangsa Malaysia
seiring dengan kemerdekaan yang kita capai. Kegagalan ini mudah diperjelaskan berdasarkan
peristiwa-peristiwa sejarah menuntut kemerdekaan itu sendiri. Semasa menuntut kemerdekaan
penekanan hanya diberi tentang pembentukan sebuah negara dan antara isu utama yang
dibangkitkan ialah soal kerakyatan dan bukannya sebuah negara bangsa. Begitu juga halnya
dengan pembentukan Malaysia pada 1963, yang dilahirkan ialah hanyalah negara Malaysia dan
bukannya bangsa Malaysia. Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1995)9
pembentukan negara
Malaysia adalah hasil “pembinaan” yang juga memperuntukkan “warga” Malaysia dengan hak
dan tanggungjawab yang ditentukan dalam perlembagaan. Peruntukan tentang “bangsa” tidak ada
padanya.
Mengikut Dr. Hussein bin Haji Ahmad (1987)10
pengetahuan sejarah sebagai sesuatu
kesinambungan akan memberikan satu tanggapan dan sudut pandangan yang mendalam terhadap
akar umbi dan proses perkembangan bangsa dan negara yang melalui berbagai zaman dan
peristiwa. Kesedaran mendalam terhadap hakikat bahawa satu bangsa Malaysia moden adalah
kesinambungan sejarah yang lama akan melahirkan kebanggaan dan identiti diri yang kuat.
Ditambah dengan pengertian terhadap berbagai peristiwa perjuangan bangsa akan menanam
kekuatan semangat untuk menghadapi segala jenis cabaran yang mungkin mengancam kewujudan
negara sebagai tempat lahir, hidup dan mati.
Dalam konteks negara kita di mana penghuninya terdiri daripada berbagai kaum serta mempunyai
dan mengamalkan budaya dan bahasa yang berbeza, ciri-ciri persamaan identiti haruslah
dijadikan kayu ukur dalam pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia. Selain komitmen,
perpaduan dan sikap bertolak ansur antara kaum adalah menjadi perkara paling pokok dan
penyumbang ke arah pembentukan sebuah negara bangsa. Dalam perkembangan berkaitan,
peristiwa-peristiwa sejarah seharusnya telah dapat memperkukuhkan semangat semua bangsa
yang dipanggil warganegara Malaysia untuk patuh serta taat setia yang tidak berbelah-bahagi
ketaatannya kepada negara.
9
Lihat Jurnal Pemikir Oktober-Disember 1995 hlm. 113
10
Lihat Majalah Balai Muhibbah, Julai-September, 1987 hlm. 42
afm
5
Namun begitu, sejarah negara menunjukkan hal-hal remeh yang bersifat perkauman masih lagi
diperkatakan. Mengikut Dr. Sanusi Osman (1985)11
walaupun kita inginkan rakyat yang bersatu
padu dan memberi taat setianya yang paling tinggi kepada negara, tetapi kebanyakan pemimpin
lebih mengutamakan perpaduan kaum masing-masing daripada perpaduan nasional. Kepada
mereka, perpaduan kaum sendiri itu adalah lebih penting begitu juga dengan taat setia kepada
negara ini. Tindakan sedemikian bukankah bertentangan dengan rancangan dan matlamat asal
pembinaan bangsa kita?
Kenyataan di atas ada kebenarannya. Hal-hal serta tuntutan-tuntutan yang berbau perkauman
yang ditimbulkan satu ketika dahulu seperti isu Universiti Merdeka, isu Kebudayaan Nasional
dan isu Bukit Cina menyebabkan setengah-setengah golongan merasa kurang senang, tidak puas
hati, marah, benci, takut dan sebagainya. Isu-isu perkauman boleh menjejaskan dan menghalang
usaha-usaha mencapai perpaduan dan seterusnya menghalang usaha-usaha pembinaan sebuah
negara bangsa.
Sekiranya kita memahami dan mahu mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah lalu, isu-isu
yang berbentuk perkauman sedemikian tidak perlu lagi dibangkitkan. Andainya masih juga perlu
dan terpaksa dijadikan isu, maka sewajarnyalah ia ditangani sebaik mungkin agar tidak timbul
rasa tidak senang hati kaum-kaum yang lain. Mungkin kerana tidak memahami (atau sengaja
tidak mahu memahami) sejarah maka irama lama isu-isu yang berbau perkauman terus menerus
dibangkitkan dari masa ke semasa. Telahpun terbukti bahawa pergaduhan-pergaduhan antara
kaum yang pernah berlaku dalam lipatan sejarah negara telah mendatangkan kesan yang amat
besar kepada penduduk negara ini. Peristiwa hitam 13 Mei, 1969 yang merupakan kemuncak
pergaduhan kaum yang terbesar seharusnya menyedarkan seluruh rakyat agar tidak bermain
dengan api perkauman kerana kesannya amat buruk sekali.
Peristiwa berdarah tersebut telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda
yang bukan sedikit jumlahnya, telah mengejutkan ramai pemimpin dan rakyat negara ini. Sejak
peristiwa tersebut, lebih banyak pemikiran dan usaha telah ditumpukan ke arah merapatkan
perhubungan dan mempertingkatkan kerjasama di antara rakyat berbilang kaum di negara ini.
Seharusnya peristiwa sejarah ini difahami dan dijadikan pedoman bersama agar isu-isu yang
bercorak perkauman tidak dipermudahkan. Peristiwa tersebut mengikut Dr. Sanusi Osman
(1985)12
membuktikan bahawa anggapan umum pada satu ketika dahulu tentang keharmonian
hidup dan persefahaman yang tinggi di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang etnik itu
sebenarnya salah.
11
Lihat Majalah Dewan Budaya, 1 Mac 1985 hlm. 43
12
Lihat Majalah Dewan Budaya, Mac 1985 hlm. 42
afm
6
Pada zaman kesultanan Melayu Melaka lagi telah wujud perkampungan orang-orang Melayu atau
Jawa, Cina dan India bagi memudahkan pentadbiran. Walau bagaimanapun, bilangan orang Cina
dan India yang datang dan tinggal di Melaka pada masa itu tidaklah ramai. Mereka menganggap
kehadiran mereka hanyalah untuk mencari nafkah hidup dan akan kembali ke negara asalanya.
Oleh itu tidak timbul masalah perpaduan kaum antara mereka. Setiap kaum memahami
kedudukan dan peranan mereka. Hubungan baik ini berubah semasa penjajahan British pada abad
ke-19 di mana kaum Cina dan India telah di bawa secara beramai-ramai masuk demi kepentingan
ekonomi. Maka wujudlah beberapa kelompok perkampungan Cina dan India yang hidup terasing
(pengasingan antara kaum) diantara satu dengan yang lain. Corak pemisahan ini menyumbang
kepada masalah perpaduan dan integrasi kaum di mana setiap kaum tidak boleh bercampur gaul,
bermesra atau memahami budaya dan adat resam kaum yang lain mengakibatkan ikatan antara
kaum bertambah jauh. Ditambah pula oleh perbezaan bahasa, agama, pendidikan serta pengaruh
politik dari negara asal mereka dan tidak wujudnya interaksi formal dan informal secara
berkesanan dengan masyarakat tempatan.
Selain daripada perkauman, banyak dasar-dasar kerajaan seperti sering dilihat oleh mereka yang
tidak mahu mengenali sejarah sebagai sesuatu yang tidak adil serta lebih menguntungkan dan
mementingkan orang-orang Melayu. Sebagai contoh, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilihat oleh
segelintir individu yang tidak memahami sejarah negara, sebagai lebih memihak kepada orang-
orang Melayu. Sebenarnya tujuan DEB adalah bertujuan membetulkan ketidakseimbangan sosio-
ekonomi yang wujud di antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara kawasan
dalam wilayah yang sama di Malaysia.13
DEB yang diperkenalkan melalui Rancangan Malaysia
Kedua (1971-1975) bukan sahaja mengutungkan orang-orang Melayu, tetapi nikmatnya turut
dirasai oleh semua kaum di Malaysia baik secara langsung mahupun tidak langsung seperti apa
yang kita nikmati hari.
Kalaupun DEB lebih memberi manfaat kepada orang Melayu, perkara ini seharusnya tidak
menimbulkan sebarang kegelisahan dan rasa tidak puas hati kaum-kaum yang lain. Memangpun
terbukti sebelum peristiwa berdarah 13 Mei, 1969 orang-orang Melayu jauh ketinggalan
berbanding kaum-kaum yang lain di Malaysia. Hasil Bacian Penduduk pada tahun 1971 oleh
Jabatan Perangkaan menunjukkan kadar kemiskinan mengikut kaum pada tahun 1970 adalah
seperti berikut:
13
Lihat Malaysia Kita, 1991 hlm. 737.
afm
7
KADAR KEMISKINAN DAN PURATA PENDAPATAN, 1970
(SEMENANJUNG MALAYSIA)
________________________________________________________________________
Kaum Kadar Kemiskinan Pendapatan Purata
(%) Keluarga Sebulan
________________________________________________________________________
Melayu 64.8 $ 172.00
Cina 26.0 $ 394.00
India 39.2 $ 304.00
Lain-Lain 44.8 $ 813.00
________________________________________________________________________
Sumber : Malaysia Kita, INTAN, 1991 hlm. 735
Kita akan lebih mudah memahami kewujudan situasi sedemikian jika kita melihatnya dari
perspektif sejarah. Sebenarnya perkembangan ekonomi orang Melayu telah bermula sejak zaman
kegemilangan Kesultanan Melayu sehinggalah kedatangan penjajah British. Perkembangan
ekonomi sewaktu penjajahan British hanyalah untuk kepentingan ekonomi penjajah dan ini telah
mewujudkan keadaan ‘dual economy’, iaitu ekonomi moden dan ekonomi tradisional. Orang
Melayu terlibat dalam sektor ekonomi tradisional (sara-hidup) dan telah dibiarkan menjadi
mundur dan tidak diberi galakan serta kemudahan-kemudahan untuk meningkat maju sedangkan
sektor ekonomi moden (getah dan bijih timah) yang dimonopoli oleh kaum Cina dan India
berkembang dengan begitu maju sekali. Akibatnya, kaum Melayu ketinggalan dari segi ekonomi.
Undang-undang British yang berkaitan dengan penggunaan tanah juga telah menyekat kebebasan
dan dan peluang orang Melayu dari sektor tradisional untuk berkembang maju.
Fakta sejarah menunjukkan bahawa keadaan sebegini wujud hasil daripada penjajah yang
mengamalkan pemerintahan yang berasaskan dasar ‘pecah dan perintah’. Dasar-dasar ekonomi,
pelajaran, imigrasi, kebudayaan pemerintah kolonial Inggeris telah menyebabkan berlakunya
berbagai ketempangan dan ketidakseimbangan. Akibatnya berlakulah perkembangan ekonomi,
kebudayaan dan juga perkembangan pelajaran yang berasingan mengikut kelompok-kelompok
kaum.
Jelas dasar ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh British turut menyumbang kepada
kemunduran orang-orang Melayu. Bagi memajukan perkembangan ekonomi moden, tenaga
buruh asing pula telah dibawa masuk dari India dan China. Perbezaan kebudayaan dan nilai di
antara orang Melayu dan kaum-kaum imigran telah memburukkan lagi keadaan. Kaum Cina dan
India terlibat dalam perkembangan ekonomi moden dan ini mengakibatkan jurang perbezaan
afm
8
ekonomi antara kaum menjadi semakin ketara. Akibatnya orang Melayu yang kebanyakkannya
terlibat dalam bidang pertanian tradisional di luar bandar menjadi lebih mundur.
Menurut Firdaus Haji Abdullah (1979)14
dalam satu perbincangan tertutup antara beliau dengan
seorang pemimpin DAP, pemimpin tersebut mengakui bahawa kerana takdir sejarah pada masa
lalu, bangsa Melayu di negara ini telah menjadi mangsa ketidakadilan. Walaupun tidak
menjelaskan punca dan kesannya akibat ketidakadilan yang dideritai oleh bangsa Melayu, tetapi
pemimpin DAP tersebut bersetuju bahawa “our Malay brothers and sisters” mestilah ditolong.
Ini merupakan bukti bahawa pengetahuan dan pemahaman tentang sejarah dapat mengikis rasa
tidak puas hati di kalangan rakyat Malaysia.
Menurut Rajini Ramlan (1986)15
dalam suasana masyarakat pelbagai kaum, memang tidak dapat
dinafikan terjadinya kecenderungan berpuak-puak dan pengelompokan berasaskan kaum yang
secara langsungnya ini akan mempengaruhi sikap prejudis. Justeru itu, pemberian hak-hak
istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana negara Borneo dan kepentingan-kepentingan
sah kaum-kaum lain seperti yang termaktub dalam Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia
juga pernah dijadikan isu dan rasa ketidakpuasan di kalangan orang-orang bukan Melayu.
Pengetahuan sejarah dapat mengikis prasangka antara kaum. Dalam persekutuan Tanah Melayu,
orang-orang sebenarnya telah memberi pengorbanan yang besar iaitu memberi hak dan
kerakyatan kepada orang-orang bukan Melayu. Orang-orang bukan Melayu dibenarkan
mengambil bahagian di dalam pentadbiran dan pemerintahan negara ini. Orang-orang Melayu
mengharapkan pengorbanan besar ini akan dibalas dengan sokongan dan bantuan kerajaan
Inggeris supaya mereka lebih maju dan setaraf dengan bangsa-bangsa lain Sayangnya Inggeris
tidak pernah mengambil langkah ke arah itu dan lebih malang lagilah sekiranya kaum-kaum lain
yang kini sedang mewarisi taraf kewarganegaraan dan hak yang sama dengan orang-orang
Melayu turut tidak dihargai pengorbanan besar tersebut. Sesungguhnya pembentukan Persekutuan
merupakan satu langkah tolakansur terutamanya oleh orang-orang Melayu dalam pertikaian
politik Tanah Melayu pada masa itu.
Adalah tidak adil jika sejarah pengorbanan orang-orang Melayu dalam pembentukan Persekutuan
Tanah Melayu tidak dihargai teutamanya oleh orang-orang yang telah dan sedang menikmati
hasil tuaian pengorbanan tersebut jika mereka terus menerus mempertikaikan soal-soal hak dan
keistimewaan orang Melayu. Peristiwa sejarah menunjukkan orang-orang bukan Melayu,
terutama orang-orang Cina, amat menentang penubuhan Persekutuan kerana tidak berpuas hati
dengan hak istimewa orang-orang Melayu. Mereka juga turut marah-marah kerana Singapura
14
Lihat Majalah Dewan Masyarakat, 15 Jun 1979 hlm. 46.
15
Lihat Majalah Dewan Masyarakat, Ogos, 1986 hlm. 7
afm
9
tidak dimasukkan bersama di dalam lingkungan Persekutuan kerana dengan kemasukkan tersebut
akan dapat mengimbangi kekuatan orang-orang Melayu. Tentangan yang paling hebat dalam
perkara ini datangnya Parti Komunis Malaya dan lain-lain pertubuhan sayap kiri.
Menurut Drs. Rachmanmat (1976) kelantangan orang asing untuk mendapatkan hak dan
kemudahan yang sama berikutan dengan pemisahan politik antara Komintang dan komunis di
China dalam tahun 1926. Orang-orang Cina yang dilahirkan di Negeri Selat semakin tergesa-gesa
untuk mendapatkan pengakuan sebagai warganegara negara ini. Pemimpin persatuan dan wakil
orang-orang Cina di Dewan Perundangan Negeri Selat menyuarakan secara terus terang akan
keazaman mereka untuk mendapatkan hak yang sama dengan orang-orang Melayu. Salah seorang
daripada mereka Mr. Lim Chin Yan dalam ucapannya kepada sebuah persatuan Cina pada 6
Februari, 1931 telah dengan lantangnya berkata:
“Siapa kata negara ini negeri Melayu? Semasa Captain Light datang ke
sini, terjumpakah ia orang-orang Melayu atau kampung? Nenek
moyang kita datang ke sini dan telah bekerja sebagai buruh dan mereka
tak mengirim wang balik ke China. Mereka membelanjakan wang
mereka di sini dan kerana itu kerajaan berupaya membuka negeri ini
menjadi tamadun, kita telah menjadi satu dengan negeri ini. Ini kita
punya, negara kita.”16
Sejarah menunjukkan bahawa orang-orang Melayu adalah lebih berhati-hati memainkan isu-isu
yang berbentuk perkauman. Namun begitu, sejarah juga menunjukkan orang-orang Melayu juga
mempunyai tahap kesabarannya dalam hal ini. Mengikut Dato’ Abdullah bin Ahmad (1987)17
peristiwa 13 Mei 1969 adalah kemuncak kemarahan orang Melayu kerana tidak puas hati
terhadap keadaaan ekonomi Singapura yang berada di bawah pemerintahan Malaysia,
memperbesar-besarkan masalah kaum dan telah melahirkan suatu keadaan yang berbahaya.
Kaum Cina sebagai suatu kaum minoriti yang umumnya tunduk kepada pemerintahan Melayu,
telah mendapati diri mereka cukup kuat untuk menggugat ‘perjanjian atau kontrak sosial’ yang
telah lama diterima oleh mereka bahawa bangsa Melayu menguasai politik negara. Apabila
kekuatan itu digabungkan dengan kekuatan hampir dua juta penduduk Cina Singapura
menyebabkan api perkauman menjadi lebih marak sehingga berlakunya rusuhan-rusuhan kaum
serta tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.
Demikianlah beberapa cebisan pengetahuan sejarah negara kita yang dapat dikaitkan dengan
usaha bagi mempercepatkan pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia. Sebenarnya banyak
lagi peristiwa-peristiwa sejarah yang boleh diperbincangkan seperti kebangkitan nasionalisma,
16
Drs. Rachmanmat, Sejarah Malaysia Moden Esei dan Kritikan, Penerbitan Adabi, 1976 hlm.
82.
afm
10
sejarah pemeritahan Jepun, Bintang Tiga, konsep Malaysian Malaysia, pembentukan Malaysia,
penyingkiran Singapura dan sebagainya. Namun begitu, perpaduan dan intergrasi nasional adalah
dua komponen utama dalam usaha ke arah pembentukan bangsa negara Malaysia. Pengetahuan
dan iktibar daripada peristiwa-peristiwa sejarah negara kita adalah penunjuk-petunjuk tentang
betapa pentingnya kedua-dua komponen tersebut untuk mewujudkan keharmonian, sikap
toleransi, keamanan, kesejahteraan dan seterusnya membentuk sebuah negara bangsa Malaysia
yang gemilang.
Perpaduan & Integrasi Nasional
Sebenarnya kedudukan perpaduan di kalangan kaum-kaum hari adalah jauh dan semakin lebih
baik. Sesungguhnya, usaha untuk menerapkan semangat perpaduan bukanlah satu perkara yang
mudah. Kepelbagaian kaum, agama, budaya, aktiviti ekonomi serta lokasi tempat tinggal
menimbulkan rintangan dan masalah. Manakala integrasi nasional ialah satu proses bagi
mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan,
sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Untuk mewujudkan "satu identiti nasional" sudah pasti melibatkan beberapa unsur integrasi yang
saling berkait di antara satu sama lain seperti integrasi wilayah, integrasi kebudayaan, integrasi
pendidikan, integrasi sosial, integrasi ekonomi dan politik. Perpaduan masyarakat di harap dapat
di capai melalui rancangan-rancangan pembangunan negara yang dijalankan dengan menyeluruh
dan tersusun dari aspek ekonomi, sosial, politik, pendidikan serta kebudayaan.
Semasa Konvensyen Pembangunan Bangsa Malaysia, YAB Perdana Menteri Dato' Seri Dr.
Mahathir Mohamad telah menyelar golongan-golongan yang begitu lantang menyuarakan
perpaduan di kalangan rakyat sedangkan di hati mereka masih tebal semangat perkauman. Usaha
membentuk bangsa Malaysia merupakan perkara baru yang bukan semula jadi, maka sudah
semestinya akan wujud tentangan-tentangan dari dalam untuk menghalang percubaan ini. Jika
konsep ini, benar-benar mahu dibentuk, kepentingan peribadi harus dikorbankan secara ikhlas
demi mencapai matlamat dan kepentingan negara. Sebaliknya adalah tidak mustahil untuk
membentuk satu bangsa Malaysia yang tekal dan tidak bersifat palsu kerana saranan ini adalah
menasabah dan praktikal. Tanggapan buruk terhadap pembentukan bangsa negara Malaysia
selama ini disebabkan oleh pertikaian-pertikaian remeh-temeh mengenai masalah-masalah
kesenian disebabkan oleh kejahilan kefahaman mengenai erti kebudayaan.
Walaupun, kepentingan politik, ekonomi dan kebudayaan dalam mewujudkan sesuatu bangsa,
beberapa ciri kemanusiaan yang telah sedia terbentuk di dalam diri setiap ahli kelompok
17
Abdullah bin Ahmad, Dato’, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia, Berita
Publishing, 1987 hlm.120-121.
afm
11
berkenaan. Dengan kata lain, suatu asas atau tapak pembentukan yang lebih kukuh mesti di cari.
Pendekatan-pendekatan ke arah menilai personaliti, nilai, sikap atau norma yang seharusnya
dimiliki oleh rakyat Malaysia. Aspek-aspek inilah yang boleh menentukan setiap rakyat di negara
ini mempunyai pandangan hidup yang sama serta bercita-cita ke arah yang sama, iaitu yang
berakhir dengan personaliti kebangsaan atau nilai kebangsaan.
Penutup
Kebanyakkan daripada masalah perpaduan yang berbangkit sekarang ini berpunca dari dasar-
dasar penjajah British. Ketiga-tiga kumpulan etnik ini bukan sahaja terasing dari segi lokasi dan
kegiatan ekonomi tetapi juga beza-beza dari segi serta mengamalkan kepercayaan dan budaya
berasingan dan tambah menyukarkan lagi integrasi antara kaum Akibatnya, setiap kumpulan etnik
mempunyai sifat curiga-mencurigai terhadap kejujuran kaum yang lain.
Dalam menuju ke arah sebuah negara maju dengan mengikut acuan kita sendiri menjelang tahun
2020 bangsa Malaysia harus menjadi bangsa yang kuat. Soal-soal remeh seperti hak dan
perkauman adalah adalah ‘irama usang’ dan tidak perlu diberi nafas baru. Tembok-tembok
menghalang ke arah pembentukan satu bangsa negara Malaysia hendaklah diruntuhkan. Begitu
juga dengan ruang-ruang yang kosong perlulah dirapatkan dan nescaya bangsa Malaysia akan
menjadi satu bangsa yang agung dan dihormati. Sejarah lampau semasa zaman kegemilangan
Kerajaan Melaka telah membukti yang kita boleh. Perkembangan masa kini menunjukkan tanda-
tanda yang amat memberangsangkan. Adalah diharapkan impian menjadi satu bangsa yang
dihormati seperti yang lahirkan dalam Wawasan 2020 akan menjadi kenyataan.
Justeru itu, adalah diharapkan pemahamam serta pengetahuan yang mendalam mengenai latar
belakang dan peristiwa-peristiwa sejarah negara dapat dijadikan iktibar untuk membina sebuah
negara bangsa Malaysia. Sesungguhnya pengetahuan dan pemahaman tentang sejarah membantu
rakyat Malaysia mengisi kemerdekaan dengan pembangunan serta merealisasikan cita-cita dan
dasar negara dengan konsisten tanpa terlalu banyak soal. Dengan komitmen serta keikhlasan
semua warganegara hasrat untuk merealisasikan sebuah negara bangsa, insyaAllah akan kita
capai.
Catatan:
* Artikel ini merupakan sebahagian daripada tugasan penulis semasa mengikuti pengajian ijazah
pertama di Universiti Utara Malaysia.

More Related Content

What's hot

900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)
900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)
900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)RAMLAH BINTI A. RANI
 
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIAPERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIANajihah Wahdaniah
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukBie Judith
 
Kemiskinan bandar
Kemiskinan bandarKemiskinan bandar
Kemiskinan bandarsufiey84
 
konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsasafeqa
 
3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf
3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf
3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdfSITINORANISSBINTIMOH
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysiaNur Az
 
(D) 5.0 dapatan kajian
(D) 5.0 dapatan kajian(D) 5.0 dapatan kajian
(D) 5.0 dapatan kajianAsri Mohad
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Ila Ali
 
Berbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaBerbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaAbu Uzair
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANnasywah79
 
Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industri
Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industriGaris+panduan+penulisan+laporan+latihan+industri
Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industriMD.IKDSZAN MD.INTAM
 
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Freedy Kalang
 
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamApakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamelya95
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysiaNur Az
 
Ekonomi - kemiskinan di bandar
Ekonomi - kemiskinan di bandarEkonomi - kemiskinan di bandar
Ekonomi - kemiskinan di bandarNur Az
 
Isi kandungan
Isi kandunganIsi kandungan
Isi kandunganRama Devi
 

What's hot (20)

900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)
900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)
900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)
 
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIAPERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
 
Maksud kemerdekaan
Maksud kemerdekaanMaksud kemerdekaan
Maksud kemerdekaan
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmuk
 
Kemiskinan bandar
Kemiskinan bandarKemiskinan bandar
Kemiskinan bandar
 
konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsa
 
3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf
3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf
3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia
 
(D) 5.0 dapatan kajian
(D) 5.0 dapatan kajian(D) 5.0 dapatan kajian
(D) 5.0 dapatan kajian
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
 
Berbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaBerbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdeka
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 
Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industri
Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industriGaris+panduan+penulisan+laporan+latihan+industri
Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industri
 
Rmk 11
Rmk 11Rmk 11
Rmk 11
 
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
 
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamApakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
 
Ekonomi - kemiskinan di bandar
Ekonomi - kemiskinan di bandarEkonomi - kemiskinan di bandar
Ekonomi - kemiskinan di bandar
 
Isi kandungan
Isi kandunganIsi kandungan
Isi kandungan
 

Viewers also liked

Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008PAKLONG CIKGU
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaWidia Wati
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasionalRosnaliza07
 
118311688 sdp-topik-10-integrasi
118311688 sdp-topik-10-integrasi118311688 sdp-topik-10-integrasi
118311688 sdp-topik-10-integrasiHerney Aqilah Kay
 
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarahfiro HAR
 
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaZailani Baharuddin
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia Farah Hilmi
 

Viewers also liked (11)

Tansuhshy1
Tansuhshy1Tansuhshy1
Tansuhshy1
 
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysia
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
118311688 sdp-topik-10-integrasi
118311688 sdp-topik-10-integrasi118311688 sdp-topik-10-integrasi
118311688 sdp-topik-10-integrasi
 
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
 
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
 

Similar to Sejarah membentuk bangsa

Patriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisPatriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisJamilah Abd Halim
 
Makalah pendidikan kewarganegaraan peran pemuda dalam mengembangkan nasionalisme
Makalah pendidikan kewarganegaraan peran pemuda dalam mengembangkan nasionalismeMakalah pendidikan kewarganegaraan peran pemuda dalam mengembangkan nasionalisme
Makalah pendidikan kewarganegaraan peran pemuda dalam mengembangkan nasionalismeKhairulAnwarGenaliwe
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaDeeba Arumugam
 
Perpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kitaPerpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kitaShazira Yazik
 
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA Pushpanantini Iswaran
 
E-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan Bangsa
E-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan BangsaE-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan Bangsa
E-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan Bangsaaymanadrisham1
 
MAKALAH PKN KELOMPOK MATERI 5 IE -B
MAKALAH PKN KELOMPOK  MATERI 5 IE -BMAKALAH PKN KELOMPOK  MATERI 5 IE -B
MAKALAH PKN KELOMPOK MATERI 5 IE -BNadaFakhirah
 
UTS, Siti Nur Khasanah, Akuntansi (1).pdf
UTS, Siti Nur Khasanah, Akuntansi (1).pdfUTS, Siti Nur Khasanah, Akuntansi (1).pdf
UTS, Siti Nur Khasanah, Akuntansi (1).pdfsnur73946
 
Sesi 3 - Materi Identitas Nasional Indonesia
Sesi 3 - Materi Identitas Nasional IndonesiaSesi 3 - Materi Identitas Nasional Indonesia
Sesi 3 - Materi Identitas Nasional IndonesiaLockonStratos20
 
Identitas nasional proses berbangsa dan bernegara
Identitas nasional proses berbangsa dan bernegaraIdentitas nasional proses berbangsa dan bernegara
Identitas nasional proses berbangsa dan bernegaraR R Safitri Damayanti
 
Resume kewiraan muhammad zaky maulani
Resume kewiraan muhammad zaky maulaniResume kewiraan muhammad zaky maulani
Resume kewiraan muhammad zaky maulaniZaky Maulani
 
Resume kewiraan muhammad zaky maulani
Resume kewiraan muhammad zaky maulaniResume kewiraan muhammad zaky maulani
Resume kewiraan muhammad zaky maulaniZaky Maulani
 
Nasionalisme Di Era Globalisasi ( Kelompok 4 ).pptx
Nasionalisme Di Era Globalisasi ( Kelompok 4 ).pptxNasionalisme Di Era Globalisasi ( Kelompok 4 ).pptx
Nasionalisme Di Era Globalisasi ( Kelompok 4 ).pptxMawardiMuhammadThaib
 
Wawasan Kebangsaan.docx
Wawasan Kebangsaan.docxWawasan Kebangsaan.docx
Wawasan Kebangsaan.docxlindamahoklory
 
Peranan Penting Pemuda Pada Tahun 1928 Dalam Mewujudkan Ideologi Pancasila
Peranan Penting Pemuda Pada Tahun 1928 Dalam Mewujudkan Ideologi PancasilaPeranan Penting Pemuda Pada Tahun 1928 Dalam Mewujudkan Ideologi Pancasila
Peranan Penting Pemuda Pada Tahun 1928 Dalam Mewujudkan Ideologi PancasilaPutri Yonicha Sari
 

Similar to Sejarah membentuk bangsa (20)

Patriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisPatriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakis
 
Sambutan harkitnas 2012
Sambutan harkitnas 2012Sambutan harkitnas 2012
Sambutan harkitnas 2012
 
Makalah pendidikan kewarganegaraan peran pemuda dalam mengembangkan nasionalisme
Makalah pendidikan kewarganegaraan peran pemuda dalam mengembangkan nasionalismeMakalah pendidikan kewarganegaraan peran pemuda dalam mengembangkan nasionalisme
Makalah pendidikan kewarganegaraan peran pemuda dalam mengembangkan nasionalisme
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysia
 
Perpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kitaPerpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kita
 
Wawasan kebangsaa1
Wawasan kebangsaa1Wawasan kebangsaa1
Wawasan kebangsaa1
 
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
 
E-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan Bangsa
E-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan BangsaE-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan Bangsa
E-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan Bangsa
 
MAKALAH PKN KELOMPOK MATERI 5 IE -B
MAKALAH PKN KELOMPOK  MATERI 5 IE -BMAKALAH PKN KELOMPOK  MATERI 5 IE -B
MAKALAH PKN KELOMPOK MATERI 5 IE -B
 
UTS, Siti Nur Khasanah, Akuntansi (1).pdf
UTS, Siti Nur Khasanah, Akuntansi (1).pdfUTS, Siti Nur Khasanah, Akuntansi (1).pdf
UTS, Siti Nur Khasanah, Akuntansi (1).pdf
 
Sesi 3 - Materi Identitas Nasional Indonesia
Sesi 3 - Materi Identitas Nasional IndonesiaSesi 3 - Materi Identitas Nasional Indonesia
Sesi 3 - Materi Identitas Nasional Indonesia
 
Identitas nasional proses berbangsa dan bernegara
Identitas nasional proses berbangsa dan bernegaraIdentitas nasional proses berbangsa dan bernegara
Identitas nasional proses berbangsa dan bernegara
 
Resume kewiraan muhammad zaky maulani
Resume kewiraan muhammad zaky maulaniResume kewiraan muhammad zaky maulani
Resume kewiraan muhammad zaky maulani
 
Resume kewiraan muhammad zaky maulani
Resume kewiraan muhammad zaky maulaniResume kewiraan muhammad zaky maulani
Resume kewiraan muhammad zaky maulani
 
Nasionalisme Di Era Globalisasi ( Kelompok 4 ).pptx
Nasionalisme Di Era Globalisasi ( Kelompok 4 ).pptxNasionalisme Di Era Globalisasi ( Kelompok 4 ).pptx
Nasionalisme Di Era Globalisasi ( Kelompok 4 ).pptx
 
1 a identitas nasional
1 a identitas nasional1 a identitas nasional
1 a identitas nasional
 
Wawasan Kebangsaan.docx
Wawasan Kebangsaan.docxWawasan Kebangsaan.docx
Wawasan Kebangsaan.docx
 
Peranan Penting Pemuda Pada Tahun 1928 Dalam Mewujudkan Ideologi Pancasila
Peranan Penting Pemuda Pada Tahun 1928 Dalam Mewujudkan Ideologi PancasilaPeranan Penting Pemuda Pada Tahun 1928 Dalam Mewujudkan Ideologi Pancasila
Peranan Penting Pemuda Pada Tahun 1928 Dalam Mewujudkan Ideologi Pancasila
 
R u k u n negara
R u k u n negaraR u k u n negara
R u k u n negara
 
wasbang latsar.pptx
wasbang latsar.pptxwasbang latsar.pptx
wasbang latsar.pptx
 

More from faizah12

1 KEWANGAN UPSR 2015.ppt
1 KEWANGAN   UPSR  2015.ppt1 KEWANGAN   UPSR  2015.ppt
1 KEWANGAN UPSR 2015.pptfaizah12
 
Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0
Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0
Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0faizah12
 
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02faizah12
 
Hubunganetnik 130314103218-phpapp02
Hubunganetnik 130314103218-phpapp02Hubunganetnik 130314103218-phpapp02
Hubunganetnik 130314103218-phpapp02faizah12
 
Hubungan etnik uhm2022
Hubungan etnik    uhm2022Hubungan etnik    uhm2022
Hubungan etnik uhm2022faizah12
 
Cadangan membangunkan malaysia
Cadangan membangunkan malaysiaCadangan membangunkan malaysia
Cadangan membangunkan malaysiafaizah12
 
Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)faizah12
 
Bab3tamadunmelayu 140330213925-phpapp01
Bab3tamadunmelayu 140330213925-phpapp01Bab3tamadunmelayu 140330213925-phpapp01
Bab3tamadunmelayu 140330213925-phpapp01faizah12
 
Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)faizah12
 
Interkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadunInterkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadunfaizah12
 
135066932 titas
135066932 titas135066932 titas
135066932 titasfaizah12
 
135066932 titas
135066932 titas135066932 titas
135066932 titasfaizah12
 
Bab1pengenalanilmuketamadunan 140330213931-phpapp01
Bab1pengenalanilmuketamadunan 140330213931-phpapp01Bab1pengenalanilmuketamadunan 140330213931-phpapp01
Bab1pengenalanilmuketamadunan 140330213931-phpapp01faizah12
 
Assignment ti tas
Assignment ti tasAssignment ti tas
Assignment ti tasfaizah12
 
Pengaruh islam dalam_pendidikan_tamadun_china
Pengaruh islam dalam_pendidikan_tamadun_chinaPengaruh islam dalam_pendidikan_tamadun_china
Pengaruh islam dalam_pendidikan_tamadun_chinafaizah12
 

More from faizah12 (20)

1 KEWANGAN UPSR 2015.ppt
1 KEWANGAN   UPSR  2015.ppt1 KEWANGAN   UPSR  2015.ppt
1 KEWANGAN UPSR 2015.ppt
 
Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0
Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0
Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0
 
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
 
Hubunganetnik 130314103218-phpapp02
Hubunganetnik 130314103218-phpapp02Hubunganetnik 130314103218-phpapp02
Hubunganetnik 130314103218-phpapp02
 
Hubungan etnik uhm2022
Hubungan etnik    uhm2022Hubungan etnik    uhm2022
Hubungan etnik uhm2022
 
Cadangan membangunkan malaysia
Cadangan membangunkan malaysiaCadangan membangunkan malaysia
Cadangan membangunkan malaysia
 
Ibnu sina
Ibnu sinaIbnu sina
Ibnu sina
 
Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)
 
Bab3tamadunmelayu 140330213925-phpapp01
Bab3tamadunmelayu 140330213925-phpapp01Bab3tamadunmelayu 140330213925-phpapp01
Bab3tamadunmelayu 140330213925-phpapp01
 
Titas ppg
Titas ppgTitas ppg
Titas ppg
 
Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)
 
Interkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadunInterkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadun
 
Ibnu sina
Ibnu sinaIbnu sina
Ibnu sina
 
135066932 titas
135066932 titas135066932 titas
135066932 titas
 
Titas 2
Titas 2Titas 2
Titas 2
 
135066932 titas
135066932 titas135066932 titas
135066932 titas
 
Bab1pengenalanilmuketamadunan 140330213931-phpapp01
Bab1pengenalanilmuketamadunan 140330213931-phpapp01Bab1pengenalanilmuketamadunan 140330213931-phpapp01
Bab1pengenalanilmuketamadunan 140330213931-phpapp01
 
Assignment ti tas
Assignment ti tasAssignment ti tas
Assignment ti tas
 
Pengaruh islam dalam_pendidikan_tamadun_china
Pengaruh islam dalam_pendidikan_tamadun_chinaPengaruh islam dalam_pendidikan_tamadun_china
Pengaruh islam dalam_pendidikan_tamadun_china
 
Ibnu sina
Ibnu sinaIbnu sina
Ibnu sina
 

Sejarah membentuk bangsa

  • 1. afm 1 Negara Bangsa Malaysia Dari Sudut Sejarah * Oleh : Ahmad Fauzi Mohamed Pendahuluan Kebanyakan negara yang pernah dijajah biasanya akan menghadapi masalah pembinaan sebuah bangsa apabila negara itu mencapai kemerdekaan. Malah ada negara-negara di Asia dan Afrika yang berpecah belah sebaik sahaja ia dibebaskan dari belenggu penjajahan. Perpecahan ini adalah berpunca dari kegagalan rakyat negara-negara tersebut mencari asas-asas perpaduan dan persefahaman di kalangan mereka. Negara kita Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal ini. Walaupun negara telah hampir 40 tahun mencapai kemerdekaan daripada pihak British, sebuah negara bangsa Malaysia masih belum dapat dibentuk dalam erti kata sebenarnya. Mengikut Rajini Ramlan (1986)1 pembinaan bangsa Malaysia masih di tahap impian kerana sehingga kini masih tiada ada satu identiti sepunya bagi seluruh rakyat di negara ini. Buktinya kita masih terpingga-pingga hendak menunjukkan ciri-ciri dan rupa bangsa Malaysia secara pasti dan yakin apabila ada orang bertanya mengenainya. Dalam konteks negara kita Malaysia, banyak pihak yang menyalahkan dasar penjajahan British yang diwarisi sebagai punca kegagalan penyatuan semua kaum. Walaupun terdapat fakta-fakta yang menyokong tentang kebenaran dakwaan tersebut, namun yang pasti apakah kita harus terus menerus menyalahkan penjajahan. Kegagalan kita membentuk sebuah negara bangsa Malaysia setelah hampir 40 tahun kita mencapai kemerdekaan harus diterima sebagai kesilapan kita sendiri. Pembentukan Sebuah Negara Bangsa Malaysia Ungkapan istilah bangsa negara Malaysia bukanlah sesuatu yang baru tetapi telahpun diperkatakan dan diperbincangkan oleh berbagai-bagai pihak. Namun begitu, penghuraiannya tidaklah begitu jelas. Walaupun banyak orang bercakap tentang bangsa Malaysia tetapi hanya dalam tahun 1988, dalam satu majlis Pelancaran Perancangan Pemasyarakatan Perpaduan yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapannya yang bertajuk “Pembentukan Bangsa Malaysia” telah bercakap dan menghuraikan tentang bangsa Malaysia dan pembentukannya serta matlamat dan bilakah tercapainya cita-cita tersebut.2 1 Lihat Dewan Masyarakat, Ogos 1986 hlm. 6. 2 Lihat Majalah Dewan Budaya, Februari 1990 hlm. 23.
  • 2. afm 2 Mengikut YB. Dato’ Raja Ariffin Raja Sulaiman3 , di majlis tersebut YAB Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa tercapainya bangsa negara Malaysia ialah apabila kita ke luar negara, orang kenal kita ini bangsa Malaysia. YAB Perdana Menteri juga menyebut tentang hubungan ekonomi dengan pembentukan bangsa serta kebimbangan setengah-setengah pihak yang takut bahasa dan kebudayaan suku kaum mereka akan hilang kerana menerima konsep negara bangsa Malaysia. Dalam perkembangan yang sama, Abdul Rahman Haji Embong (1995)4 menegaskan bahawa gagasan bangsa Malaysia adalah situasi di mana anggota semua kaum harus mempunyai perasaan sebangsa dengan nama kolektif (Bangsa Malaysia) yang sama serta berkongsi wilayah, ekonomi, budaya dan nasib masa depan dengan rupa bangsa yang sepunya. Justeru itu, dapatlah dirumuskan bahawa sebuah negara bangsa akan hanya wujud apabila terdapat satu bentuk identiti sepunya bagi seluruh kumpulan-kumpulan etnik di sesebuah negara. Kesungguhan ke arah pembentukan bangsa Malaysia semakin ketara, menyerlah dan menampakkan komitmen para pemimpin negara dan secara tidak langsung menjadi hasrat kerajaan. Peri mustahaknya ke arah pembentukan satu negara bangsa Malaysia telah dinyatakan secara jelas oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991 melalui apa yang kemudiannya dikenali sebagai Wawasan 2020. Beliau menegaskan bahawa: “Cabaran pertama, paling pokok dan paling asas ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 ialah membentuk sebuah negara-bangsa (Bangsa Malaysia) yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang diperkongsi bersama … (dan menumpukan) taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.” (Mahathir Mohamad: 1991) Ciri utama dalam pembentukan negara bangsa Malaysia ialah integrasi nasional, di mana semua kumpulan, golongan, agensi, institusi dan individu serta ahli masyarakat dari semua peringkat mempunyai kesediaan untuk hidup secara harmoni dan bersatu-padu serta berbaik-baik sangka demi mencapai matlamat. Mengikut Anwar Ibrahim (1995)5 perpaduan dan identiti bangsa semestinya menjadi agenda utama dalam pembentukan bangsa. Sejarah : Teori, Pengertian & Kepentingannya Tidaklah dapat dinafikan bahawa pengetahuan dan pemahaman yang mendalam mengenai sejarah negara sendiri secara amnya adalah penting dalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia. Dalam perkembangan berkaitan, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein, Perdana 3 Pandangan Dato’ Raja Ariffin Raja Sulaiman semasa ditemuramah oleh Editor Bersekutu Dewan Budaya, Wan Omar Wan Ahamed dalam Dewan Budaya, Februari 1990, hlm. 22 – 24. 4 Lihat Jurnal Pemikir Oktober-Disember 1995 hlm. 55 5 Lihat Jurnal Pemikir Oktober-Disember 1995 hlm. 6
  • 3. afm 3 Menteri Malaysia Kedua ketika membentangkan Rang Undang-Undang (Pindaan) Perlembagaan di Dewan Rakyat, pada 23 Februari, 1971 telah menegaskan bahawa: “Kita juga mesti sedar bahawa di tengah-tengah masyarakat kita pada hari ini terdapat satu generasi baru, terdiri daripada mereka yang telah menjadi dewasa selepas kita mencapai kemerdekaan. Mereka tidak tahu latar belakang sejarah dan politik yang terdapat ketika kita memperjuangkan kemerdekaan negara dan dengan sebab itu tidak faham kompromi-kompromi yang telah dipersetujui pada masa itu di antara kaum-kaum bagi menjayakan perjuangan kita.” (Dewan Masyarakat, 15 Ogos, 1983 hlm. 9) Sesungguhnya pengetahuan mengenai sejarah tidak boleh diketepikan demi pergerakan sejarah selanjutnya. Peristiwa-peristiwa sejarah dapat dijadikan input berbentuk pengajaran dan pedoman untuk mengenal, mengetahui, memahami dan menghargai sesuatu peristiwa itu. Melalui sejarah negara, kita boleh menimba pengalaman ke arah membina rancangan pembangunan yang meliputi aspek sosial, ekonomi dan politik untuk bergerak menghadapi zaman akan datang dengan penuh keyakinan. Teori sejarah mengikut Raja Mohd. Affandi (1976)6 dapat dimaknakan sebagai penerangan tentang perjalanan sejarah masyarakat manusia. Beliau menegaskan bahawa fakta sejarah cuba memberikan jawaban yang memuaskan tentang dua persoalan iaitu: (1) mengapa peristiwa itu terjadi, dan (2) bagaimana peristiwa itu terjadi dalam kehidupan masyarakat manusia. Dalam memberikan jawapan kepada persoalan tersebut, tentulah ada tujuan-tujuan tertentu dari perjalanan sejarah dan tentulah ada corak-corak tertentu dalam kegiatan manusia. Sekiranya tidak ada corak tertentu, ini bermakna perjalanan sejarah terdiri dari peristiwa-peristiwa mendadak, tidak berkaitan dan tidak ada hubungan dari masa ke semasa. Menurut Wan Mohd Mahyiddin (1983)7 sejarah bangsa adalah penting sebagai catatan pengalaman dan perjuangannya yang melalui berbagai masalah untuk dijadikan contoh teladan oleh generasi yang kemudian. Manakala Mohamad Idris Saleh, Che Su Mustaffa & Fuziah Shaffie (1994)8 menegaskan bahawa peranan sejarah Malaysia dalam membentuk keperibadian kebangsaan adalah penting. Keperibadian kebangsaan adalah adalah asas kepada kewarganegaraan yang sihat. Ringkasnya, penyerapan pengetahuan, kefahaman, pengalaman, iktibar dan pedoman dari sejarah dapat dijadikan panduan membantu kita memahami permasalahan masa kini untuk kehidupan pada masa akan datang. Justeru itu, pengetahuan tentang sejarah negara merupakan antara wadah 6 Lihat Majalah Dewan Masyarakat, 15 September 1976 hlm. 47 7 Lihat Majalah Dewan Budaya, 1 Januari, 1983 hlm. 38 8 Lihat Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, 1994 hlm. 5
  • 4. afm 4 yang paling baik dan berkesan bagi mempercepatkan pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia. Untuk tujuan tersebut, pengetahuan tentang sejarah seharusnya bukanlah sekadar mengetahui tarikh-tarikh dan fakta-faktanya semata-mata tetapi haruslah setiap peristiwa yang berlaku dibuat penganalisaan dan pencerakinan yang tajam ke atas corak, bentuk dan polanya. Sejarah : Peristiwa & Kesannya Sejarah negara menunjukkan kegagalan kita untuk mewujudkan sebuah negara bangsa Malaysia seiring dengan kemerdekaan yang kita capai. Kegagalan ini mudah diperjelaskan berdasarkan peristiwa-peristiwa sejarah menuntut kemerdekaan itu sendiri. Semasa menuntut kemerdekaan penekanan hanya diberi tentang pembentukan sebuah negara dan antara isu utama yang dibangkitkan ialah soal kerakyatan dan bukannya sebuah negara bangsa. Begitu juga halnya dengan pembentukan Malaysia pada 1963, yang dilahirkan ialah hanyalah negara Malaysia dan bukannya bangsa Malaysia. Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1995)9 pembentukan negara Malaysia adalah hasil “pembinaan” yang juga memperuntukkan “warga” Malaysia dengan hak dan tanggungjawab yang ditentukan dalam perlembagaan. Peruntukan tentang “bangsa” tidak ada padanya. Mengikut Dr. Hussein bin Haji Ahmad (1987)10 pengetahuan sejarah sebagai sesuatu kesinambungan akan memberikan satu tanggapan dan sudut pandangan yang mendalam terhadap akar umbi dan proses perkembangan bangsa dan negara yang melalui berbagai zaman dan peristiwa. Kesedaran mendalam terhadap hakikat bahawa satu bangsa Malaysia moden adalah kesinambungan sejarah yang lama akan melahirkan kebanggaan dan identiti diri yang kuat. Ditambah dengan pengertian terhadap berbagai peristiwa perjuangan bangsa akan menanam kekuatan semangat untuk menghadapi segala jenis cabaran yang mungkin mengancam kewujudan negara sebagai tempat lahir, hidup dan mati. Dalam konteks negara kita di mana penghuninya terdiri daripada berbagai kaum serta mempunyai dan mengamalkan budaya dan bahasa yang berbeza, ciri-ciri persamaan identiti haruslah dijadikan kayu ukur dalam pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia. Selain komitmen, perpaduan dan sikap bertolak ansur antara kaum adalah menjadi perkara paling pokok dan penyumbang ke arah pembentukan sebuah negara bangsa. Dalam perkembangan berkaitan, peristiwa-peristiwa sejarah seharusnya telah dapat memperkukuhkan semangat semua bangsa yang dipanggil warganegara Malaysia untuk patuh serta taat setia yang tidak berbelah-bahagi ketaatannya kepada negara. 9 Lihat Jurnal Pemikir Oktober-Disember 1995 hlm. 113 10 Lihat Majalah Balai Muhibbah, Julai-September, 1987 hlm. 42
  • 5. afm 5 Namun begitu, sejarah negara menunjukkan hal-hal remeh yang bersifat perkauman masih lagi diperkatakan. Mengikut Dr. Sanusi Osman (1985)11 walaupun kita inginkan rakyat yang bersatu padu dan memberi taat setianya yang paling tinggi kepada negara, tetapi kebanyakan pemimpin lebih mengutamakan perpaduan kaum masing-masing daripada perpaduan nasional. Kepada mereka, perpaduan kaum sendiri itu adalah lebih penting begitu juga dengan taat setia kepada negara ini. Tindakan sedemikian bukankah bertentangan dengan rancangan dan matlamat asal pembinaan bangsa kita? Kenyataan di atas ada kebenarannya. Hal-hal serta tuntutan-tuntutan yang berbau perkauman yang ditimbulkan satu ketika dahulu seperti isu Universiti Merdeka, isu Kebudayaan Nasional dan isu Bukit Cina menyebabkan setengah-setengah golongan merasa kurang senang, tidak puas hati, marah, benci, takut dan sebagainya. Isu-isu perkauman boleh menjejaskan dan menghalang usaha-usaha mencapai perpaduan dan seterusnya menghalang usaha-usaha pembinaan sebuah negara bangsa. Sekiranya kita memahami dan mahu mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah lalu, isu-isu yang berbentuk perkauman sedemikian tidak perlu lagi dibangkitkan. Andainya masih juga perlu dan terpaksa dijadikan isu, maka sewajarnyalah ia ditangani sebaik mungkin agar tidak timbul rasa tidak senang hati kaum-kaum yang lain. Mungkin kerana tidak memahami (atau sengaja tidak mahu memahami) sejarah maka irama lama isu-isu yang berbau perkauman terus menerus dibangkitkan dari masa ke semasa. Telahpun terbukti bahawa pergaduhan-pergaduhan antara kaum yang pernah berlaku dalam lipatan sejarah negara telah mendatangkan kesan yang amat besar kepada penduduk negara ini. Peristiwa hitam 13 Mei, 1969 yang merupakan kemuncak pergaduhan kaum yang terbesar seharusnya menyedarkan seluruh rakyat agar tidak bermain dengan api perkauman kerana kesannya amat buruk sekali. Peristiwa berdarah tersebut telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda yang bukan sedikit jumlahnya, telah mengejutkan ramai pemimpin dan rakyat negara ini. Sejak peristiwa tersebut, lebih banyak pemikiran dan usaha telah ditumpukan ke arah merapatkan perhubungan dan mempertingkatkan kerjasama di antara rakyat berbilang kaum di negara ini. Seharusnya peristiwa sejarah ini difahami dan dijadikan pedoman bersama agar isu-isu yang bercorak perkauman tidak dipermudahkan. Peristiwa tersebut mengikut Dr. Sanusi Osman (1985)12 membuktikan bahawa anggapan umum pada satu ketika dahulu tentang keharmonian hidup dan persefahaman yang tinggi di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang etnik itu sebenarnya salah. 11 Lihat Majalah Dewan Budaya, 1 Mac 1985 hlm. 43 12 Lihat Majalah Dewan Budaya, Mac 1985 hlm. 42
  • 6. afm 6 Pada zaman kesultanan Melayu Melaka lagi telah wujud perkampungan orang-orang Melayu atau Jawa, Cina dan India bagi memudahkan pentadbiran. Walau bagaimanapun, bilangan orang Cina dan India yang datang dan tinggal di Melaka pada masa itu tidaklah ramai. Mereka menganggap kehadiran mereka hanyalah untuk mencari nafkah hidup dan akan kembali ke negara asalanya. Oleh itu tidak timbul masalah perpaduan kaum antara mereka. Setiap kaum memahami kedudukan dan peranan mereka. Hubungan baik ini berubah semasa penjajahan British pada abad ke-19 di mana kaum Cina dan India telah di bawa secara beramai-ramai masuk demi kepentingan ekonomi. Maka wujudlah beberapa kelompok perkampungan Cina dan India yang hidup terasing (pengasingan antara kaum) diantara satu dengan yang lain. Corak pemisahan ini menyumbang kepada masalah perpaduan dan integrasi kaum di mana setiap kaum tidak boleh bercampur gaul, bermesra atau memahami budaya dan adat resam kaum yang lain mengakibatkan ikatan antara kaum bertambah jauh. Ditambah pula oleh perbezaan bahasa, agama, pendidikan serta pengaruh politik dari negara asal mereka dan tidak wujudnya interaksi formal dan informal secara berkesanan dengan masyarakat tempatan. Selain daripada perkauman, banyak dasar-dasar kerajaan seperti sering dilihat oleh mereka yang tidak mahu mengenali sejarah sebagai sesuatu yang tidak adil serta lebih menguntungkan dan mementingkan orang-orang Melayu. Sebagai contoh, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilihat oleh segelintir individu yang tidak memahami sejarah negara, sebagai lebih memihak kepada orang- orang Melayu. Sebenarnya tujuan DEB adalah bertujuan membetulkan ketidakseimbangan sosio- ekonomi yang wujud di antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara kawasan dalam wilayah yang sama di Malaysia.13 DEB yang diperkenalkan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) bukan sahaja mengutungkan orang-orang Melayu, tetapi nikmatnya turut dirasai oleh semua kaum di Malaysia baik secara langsung mahupun tidak langsung seperti apa yang kita nikmati hari. Kalaupun DEB lebih memberi manfaat kepada orang Melayu, perkara ini seharusnya tidak menimbulkan sebarang kegelisahan dan rasa tidak puas hati kaum-kaum yang lain. Memangpun terbukti sebelum peristiwa berdarah 13 Mei, 1969 orang-orang Melayu jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum yang lain di Malaysia. Hasil Bacian Penduduk pada tahun 1971 oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan kadar kemiskinan mengikut kaum pada tahun 1970 adalah seperti berikut: 13 Lihat Malaysia Kita, 1991 hlm. 737.
  • 7. afm 7 KADAR KEMISKINAN DAN PURATA PENDAPATAN, 1970 (SEMENANJUNG MALAYSIA) ________________________________________________________________________ Kaum Kadar Kemiskinan Pendapatan Purata (%) Keluarga Sebulan ________________________________________________________________________ Melayu 64.8 $ 172.00 Cina 26.0 $ 394.00 India 39.2 $ 304.00 Lain-Lain 44.8 $ 813.00 ________________________________________________________________________ Sumber : Malaysia Kita, INTAN, 1991 hlm. 735 Kita akan lebih mudah memahami kewujudan situasi sedemikian jika kita melihatnya dari perspektif sejarah. Sebenarnya perkembangan ekonomi orang Melayu telah bermula sejak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu sehinggalah kedatangan penjajah British. Perkembangan ekonomi sewaktu penjajahan British hanyalah untuk kepentingan ekonomi penjajah dan ini telah mewujudkan keadaan ‘dual economy’, iaitu ekonomi moden dan ekonomi tradisional. Orang Melayu terlibat dalam sektor ekonomi tradisional (sara-hidup) dan telah dibiarkan menjadi mundur dan tidak diberi galakan serta kemudahan-kemudahan untuk meningkat maju sedangkan sektor ekonomi moden (getah dan bijih timah) yang dimonopoli oleh kaum Cina dan India berkembang dengan begitu maju sekali. Akibatnya, kaum Melayu ketinggalan dari segi ekonomi. Undang-undang British yang berkaitan dengan penggunaan tanah juga telah menyekat kebebasan dan dan peluang orang Melayu dari sektor tradisional untuk berkembang maju. Fakta sejarah menunjukkan bahawa keadaan sebegini wujud hasil daripada penjajah yang mengamalkan pemerintahan yang berasaskan dasar ‘pecah dan perintah’. Dasar-dasar ekonomi, pelajaran, imigrasi, kebudayaan pemerintah kolonial Inggeris telah menyebabkan berlakunya berbagai ketempangan dan ketidakseimbangan. Akibatnya berlakulah perkembangan ekonomi, kebudayaan dan juga perkembangan pelajaran yang berasingan mengikut kelompok-kelompok kaum. Jelas dasar ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh British turut menyumbang kepada kemunduran orang-orang Melayu. Bagi memajukan perkembangan ekonomi moden, tenaga buruh asing pula telah dibawa masuk dari India dan China. Perbezaan kebudayaan dan nilai di antara orang Melayu dan kaum-kaum imigran telah memburukkan lagi keadaan. Kaum Cina dan India terlibat dalam perkembangan ekonomi moden dan ini mengakibatkan jurang perbezaan
  • 8. afm 8 ekonomi antara kaum menjadi semakin ketara. Akibatnya orang Melayu yang kebanyakkannya terlibat dalam bidang pertanian tradisional di luar bandar menjadi lebih mundur. Menurut Firdaus Haji Abdullah (1979)14 dalam satu perbincangan tertutup antara beliau dengan seorang pemimpin DAP, pemimpin tersebut mengakui bahawa kerana takdir sejarah pada masa lalu, bangsa Melayu di negara ini telah menjadi mangsa ketidakadilan. Walaupun tidak menjelaskan punca dan kesannya akibat ketidakadilan yang dideritai oleh bangsa Melayu, tetapi pemimpin DAP tersebut bersetuju bahawa “our Malay brothers and sisters” mestilah ditolong. Ini merupakan bukti bahawa pengetahuan dan pemahaman tentang sejarah dapat mengikis rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Malaysia. Menurut Rajini Ramlan (1986)15 dalam suasana masyarakat pelbagai kaum, memang tidak dapat dinafikan terjadinya kecenderungan berpuak-puak dan pengelompokan berasaskan kaum yang secara langsungnya ini akan mempengaruhi sikap prejudis. Justeru itu, pemberian hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana negara Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain seperti yang termaktub dalam Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia juga pernah dijadikan isu dan rasa ketidakpuasan di kalangan orang-orang bukan Melayu. Pengetahuan sejarah dapat mengikis prasangka antara kaum. Dalam persekutuan Tanah Melayu, orang-orang sebenarnya telah memberi pengorbanan yang besar iaitu memberi hak dan kerakyatan kepada orang-orang bukan Melayu. Orang-orang bukan Melayu dibenarkan mengambil bahagian di dalam pentadbiran dan pemerintahan negara ini. Orang-orang Melayu mengharapkan pengorbanan besar ini akan dibalas dengan sokongan dan bantuan kerajaan Inggeris supaya mereka lebih maju dan setaraf dengan bangsa-bangsa lain Sayangnya Inggeris tidak pernah mengambil langkah ke arah itu dan lebih malang lagilah sekiranya kaum-kaum lain yang kini sedang mewarisi taraf kewarganegaraan dan hak yang sama dengan orang-orang Melayu turut tidak dihargai pengorbanan besar tersebut. Sesungguhnya pembentukan Persekutuan merupakan satu langkah tolakansur terutamanya oleh orang-orang Melayu dalam pertikaian politik Tanah Melayu pada masa itu. Adalah tidak adil jika sejarah pengorbanan orang-orang Melayu dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu tidak dihargai teutamanya oleh orang-orang yang telah dan sedang menikmati hasil tuaian pengorbanan tersebut jika mereka terus menerus mempertikaikan soal-soal hak dan keistimewaan orang Melayu. Peristiwa sejarah menunjukkan orang-orang bukan Melayu, terutama orang-orang Cina, amat menentang penubuhan Persekutuan kerana tidak berpuas hati dengan hak istimewa orang-orang Melayu. Mereka juga turut marah-marah kerana Singapura 14 Lihat Majalah Dewan Masyarakat, 15 Jun 1979 hlm. 46. 15 Lihat Majalah Dewan Masyarakat, Ogos, 1986 hlm. 7
  • 9. afm 9 tidak dimasukkan bersama di dalam lingkungan Persekutuan kerana dengan kemasukkan tersebut akan dapat mengimbangi kekuatan orang-orang Melayu. Tentangan yang paling hebat dalam perkara ini datangnya Parti Komunis Malaya dan lain-lain pertubuhan sayap kiri. Menurut Drs. Rachmanmat (1976) kelantangan orang asing untuk mendapatkan hak dan kemudahan yang sama berikutan dengan pemisahan politik antara Komintang dan komunis di China dalam tahun 1926. Orang-orang Cina yang dilahirkan di Negeri Selat semakin tergesa-gesa untuk mendapatkan pengakuan sebagai warganegara negara ini. Pemimpin persatuan dan wakil orang-orang Cina di Dewan Perundangan Negeri Selat menyuarakan secara terus terang akan keazaman mereka untuk mendapatkan hak yang sama dengan orang-orang Melayu. Salah seorang daripada mereka Mr. Lim Chin Yan dalam ucapannya kepada sebuah persatuan Cina pada 6 Februari, 1931 telah dengan lantangnya berkata: “Siapa kata negara ini negeri Melayu? Semasa Captain Light datang ke sini, terjumpakah ia orang-orang Melayu atau kampung? Nenek moyang kita datang ke sini dan telah bekerja sebagai buruh dan mereka tak mengirim wang balik ke China. Mereka membelanjakan wang mereka di sini dan kerana itu kerajaan berupaya membuka negeri ini menjadi tamadun, kita telah menjadi satu dengan negeri ini. Ini kita punya, negara kita.”16 Sejarah menunjukkan bahawa orang-orang Melayu adalah lebih berhati-hati memainkan isu-isu yang berbentuk perkauman. Namun begitu, sejarah juga menunjukkan orang-orang Melayu juga mempunyai tahap kesabarannya dalam hal ini. Mengikut Dato’ Abdullah bin Ahmad (1987)17 peristiwa 13 Mei 1969 adalah kemuncak kemarahan orang Melayu kerana tidak puas hati terhadap keadaaan ekonomi Singapura yang berada di bawah pemerintahan Malaysia, memperbesar-besarkan masalah kaum dan telah melahirkan suatu keadaan yang berbahaya. Kaum Cina sebagai suatu kaum minoriti yang umumnya tunduk kepada pemerintahan Melayu, telah mendapati diri mereka cukup kuat untuk menggugat ‘perjanjian atau kontrak sosial’ yang telah lama diterima oleh mereka bahawa bangsa Melayu menguasai politik negara. Apabila kekuatan itu digabungkan dengan kekuatan hampir dua juta penduduk Cina Singapura menyebabkan api perkauman menjadi lebih marak sehingga berlakunya rusuhan-rusuhan kaum serta tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Demikianlah beberapa cebisan pengetahuan sejarah negara kita yang dapat dikaitkan dengan usaha bagi mempercepatkan pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia. Sebenarnya banyak lagi peristiwa-peristiwa sejarah yang boleh diperbincangkan seperti kebangkitan nasionalisma, 16 Drs. Rachmanmat, Sejarah Malaysia Moden Esei dan Kritikan, Penerbitan Adabi, 1976 hlm. 82.
  • 10. afm 10 sejarah pemeritahan Jepun, Bintang Tiga, konsep Malaysian Malaysia, pembentukan Malaysia, penyingkiran Singapura dan sebagainya. Namun begitu, perpaduan dan intergrasi nasional adalah dua komponen utama dalam usaha ke arah pembentukan bangsa negara Malaysia. Pengetahuan dan iktibar daripada peristiwa-peristiwa sejarah negara kita adalah penunjuk-petunjuk tentang betapa pentingnya kedua-dua komponen tersebut untuk mewujudkan keharmonian, sikap toleransi, keamanan, kesejahteraan dan seterusnya membentuk sebuah negara bangsa Malaysia yang gemilang. Perpaduan & Integrasi Nasional Sebenarnya kedudukan perpaduan di kalangan kaum-kaum hari adalah jauh dan semakin lebih baik. Sesungguhnya, usaha untuk menerapkan semangat perpaduan bukanlah satu perkara yang mudah. Kepelbagaian kaum, agama, budaya, aktiviti ekonomi serta lokasi tempat tinggal menimbulkan rintangan dan masalah. Manakala integrasi nasional ialah satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Untuk mewujudkan "satu identiti nasional" sudah pasti melibatkan beberapa unsur integrasi yang saling berkait di antara satu sama lain seperti integrasi wilayah, integrasi kebudayaan, integrasi pendidikan, integrasi sosial, integrasi ekonomi dan politik. Perpaduan masyarakat di harap dapat di capai melalui rancangan-rancangan pembangunan negara yang dijalankan dengan menyeluruh dan tersusun dari aspek ekonomi, sosial, politik, pendidikan serta kebudayaan. Semasa Konvensyen Pembangunan Bangsa Malaysia, YAB Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah menyelar golongan-golongan yang begitu lantang menyuarakan perpaduan di kalangan rakyat sedangkan di hati mereka masih tebal semangat perkauman. Usaha membentuk bangsa Malaysia merupakan perkara baru yang bukan semula jadi, maka sudah semestinya akan wujud tentangan-tentangan dari dalam untuk menghalang percubaan ini. Jika konsep ini, benar-benar mahu dibentuk, kepentingan peribadi harus dikorbankan secara ikhlas demi mencapai matlamat dan kepentingan negara. Sebaliknya adalah tidak mustahil untuk membentuk satu bangsa Malaysia yang tekal dan tidak bersifat palsu kerana saranan ini adalah menasabah dan praktikal. Tanggapan buruk terhadap pembentukan bangsa negara Malaysia selama ini disebabkan oleh pertikaian-pertikaian remeh-temeh mengenai masalah-masalah kesenian disebabkan oleh kejahilan kefahaman mengenai erti kebudayaan. Walaupun, kepentingan politik, ekonomi dan kebudayaan dalam mewujudkan sesuatu bangsa, beberapa ciri kemanusiaan yang telah sedia terbentuk di dalam diri setiap ahli kelompok 17 Abdullah bin Ahmad, Dato’, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia, Berita Publishing, 1987 hlm.120-121.
  • 11. afm 11 berkenaan. Dengan kata lain, suatu asas atau tapak pembentukan yang lebih kukuh mesti di cari. Pendekatan-pendekatan ke arah menilai personaliti, nilai, sikap atau norma yang seharusnya dimiliki oleh rakyat Malaysia. Aspek-aspek inilah yang boleh menentukan setiap rakyat di negara ini mempunyai pandangan hidup yang sama serta bercita-cita ke arah yang sama, iaitu yang berakhir dengan personaliti kebangsaan atau nilai kebangsaan. Penutup Kebanyakkan daripada masalah perpaduan yang berbangkit sekarang ini berpunca dari dasar- dasar penjajah British. Ketiga-tiga kumpulan etnik ini bukan sahaja terasing dari segi lokasi dan kegiatan ekonomi tetapi juga beza-beza dari segi serta mengamalkan kepercayaan dan budaya berasingan dan tambah menyukarkan lagi integrasi antara kaum Akibatnya, setiap kumpulan etnik mempunyai sifat curiga-mencurigai terhadap kejujuran kaum yang lain. Dalam menuju ke arah sebuah negara maju dengan mengikut acuan kita sendiri menjelang tahun 2020 bangsa Malaysia harus menjadi bangsa yang kuat. Soal-soal remeh seperti hak dan perkauman adalah adalah ‘irama usang’ dan tidak perlu diberi nafas baru. Tembok-tembok menghalang ke arah pembentukan satu bangsa negara Malaysia hendaklah diruntuhkan. Begitu juga dengan ruang-ruang yang kosong perlulah dirapatkan dan nescaya bangsa Malaysia akan menjadi satu bangsa yang agung dan dihormati. Sejarah lampau semasa zaman kegemilangan Kerajaan Melaka telah membukti yang kita boleh. Perkembangan masa kini menunjukkan tanda- tanda yang amat memberangsangkan. Adalah diharapkan impian menjadi satu bangsa yang dihormati seperti yang lahirkan dalam Wawasan 2020 akan menjadi kenyataan. Justeru itu, adalah diharapkan pemahamam serta pengetahuan yang mendalam mengenai latar belakang dan peristiwa-peristiwa sejarah negara dapat dijadikan iktibar untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia. Sesungguhnya pengetahuan dan pemahaman tentang sejarah membantu rakyat Malaysia mengisi kemerdekaan dengan pembangunan serta merealisasikan cita-cita dan dasar negara dengan konsisten tanpa terlalu banyak soal. Dengan komitmen serta keikhlasan semua warganegara hasrat untuk merealisasikan sebuah negara bangsa, insyaAllah akan kita capai. Catatan: * Artikel ini merupakan sebahagian daripada tugasan penulis semasa mengikuti pengajian ijazah pertama di Universiti Utara Malaysia.