1. Berbalas Pantun MERDEKA
HAIQAL - Datuk Panglima pergi membajak
Ke tanah rata senja pulangnya
Kalau saudari orang yang bijak
Negera kita apa namanya?
QIMI - Ikanlah keli di dalam perahu
Oranglah buta tangkap buaya
Kalau saudari ingin nak tahu
Negara kita nama Malaysia
HAIQAL - Ramalah rama di pohon duri
Mati ditimpa si buah nangka
Kalau saudari orang bistari
Bulan berapa Malaysia merdeka?
QIMI - Anak benggali ke kebun nyonya
Petiklah gambus anak Melaka
Wahai saudari ini jawabnya
Tiga puluh satu Ogos Merdeka
HAIQAL - Ke pasar lama membeli serai
Singgah bertanya Datuk Menteri
Kalau saudari orang yang pandai
Di mana letak Ibu Negeri?
QIMI - Anaklah bilal dari Mentakab
Pergi ke Johor buat kenduri
Saudari soal mudah dijawab
Kuala Lumpur ibu negeri
HAIQAL - Lima sekawan Tuah dan Jebat
Lekir Lekiu juga Kasturi
Kalau saudari orang yang hebat
Siapakah nama Perdana Menteri?
QIMI - Asalnya dari Batang Kali
Begitu harum nama penyajak
Wahai saudari semua mengenali
Perdana Menteri Najib bin Razak
HAIQAL - Manis rasanya buah pulasan
Harum baunya buah cempedak
Kalau saudari orang yang bijak
Apakah tema hari kebangsaan?
QIMI - Terbang burung dan rama-rama
Hingga bersama di dahan meranti
Di sini lahirnya sebuah cinta
Itulah jawapan soalan saudari
HAIQAL - Buah durian buah berduri
Enak isinya tidak terkata
Jika saudari bijak bestari
Siapa pernah menjajah negara?
QIMI - Hiris kekacang hiris petola
Hiris lada juga mentimun
Wahai saudari ini jawabnya
Portugis Belanda Inggeris dan Jepun
HAIQAL - Anak gadis meniti di titi
Sungguh cantik dan rupawan
Jika saudari bijak sekali
Siapakah bapa kemerdekaan?
QIMI - Bersimpul mengkuang dalam ikatan
Menjadi alas tradisi pinggir kota
Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan
Begitu mudah untuk menjawabnya
HAIQAL - Mekar kiambang di dalam taman
Dihias cempaka juga seroja
Cubalah saudari menjawab soalan
Siapakah bapa pembangunan negara?
QIMI - Anggun kebaya disarung nyonya
Jadi ikutan pakaian tradisi
Tun Abdul Razak adalah orangnya
Bapa Pembangunan penuh dedikasi
HAIQAL - Berdagang barang di pasar atap
Buah kurma, tin dan zaitun
Cubalah saudari lekas menjawab
Siapakah dia Tun Hussein On?
QIMI - Fesyen sedondon cantik warnanya
Berjumpa teman di Jalan Tebrau
Tun Hussein Onn jawapannya
Bapa Perpaduan panggilan beliau
HAIQAL - Terlanjur berjalan singgah ke pekan
Membaca akhbar berita mutakhir
Wahai saudari cubalah kenalkan
MS 1
2. Siapakah Tun Dr Mahathir?
QIMI - Ragi diguna membuat roti
Roti dimakan orang utara
Dr M mantan Perdana Menteri
Bapa Permodenan sentiasa berusaha
HAIQAL - Jalan bersama beramai-ramai
Meniti sungai mengguna jambatan
Kiranya saudari bijak pandai
Siapakah bapa Modal Insan?
QIMI - Mencari ilmu pergi ke sekolah
Bersama guru juga rakan
Jawapannya Datuk Seri Abdullah
Bapa Pembangunan Modal Insan
HAIQAL - Mengail ikan di tepi titi
Umpan bagus besar hasilnya
Kalaulah saudari bijak bistari
Siapakah dia Bapa Transformasi Malaysia?
QIMI - Halia ditanam bersama kasturi
Penyedap rasa banyak khasiatnya
Memang saya bijak wahai saudari
Najib Razak Bapa Transformasi Malaysia
HAIQAL - Orang Laos orang Kenya
Orang Myammar dan Sri Lanka
Kalau saudari pandai orangnya
Apa dilaung Tunku saat merdeka?
QIMI - Kenangan lara akan terbuku
Pusaka bangsa suka dan duka
Kalimah keramat sebutan Tunku
Tujuh kali laungan merdeka
HAIQAL - Sungguh bersabar keringat dirasa
Di ambang merdeka rakyat menanti
Jika benar saudari bijaksana
Merdeka kita sudah berapa kali?
QIMI - Tentera berani menggenggam pusaka
Melangkah mati nyawa diberi
Lima puluh tujuh tahun telah merdeka
Begitu mudah soalan saudari beri
HAIQAL - Terang mentari teranglah bulan
Begitu indah Ciptaan Maha Esa
Cubalah saudari menjawab soalan
Apakah nama bendera negara?
QIMI - Atur bata samalah rata
Agar binaan tidak goyah
Jalur gemilang bendera kita
Digenggam erat dikibar megah
HAIQAL - Semua hamba di sisi Tuhan
Rebah sujud di atas sejadah
Wahai saudari cubalah ceritakan
Di mana tempat terlakarnya sejarah?
QIMI - Pengembala kambing memerah susu
Pekebun kecil menorah getah
Kalau saudari ingin nak tahu
Di Stadium Merdeka terakam kisah.
MASAM – MASIN