Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Perpaduan: Ke manakah Hala Tuju Kita?
Oleh: Norshazira Binti Mohamed Yazik
“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.” Itul...
Namun begitu, Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang baru sahaja melabuhkan
tirainya, iaitu pada 5 Mei 2013 yang lalu telah m...
Justeru, jika rakyat bersatu di bawah satu bumbung dan berpaksikan perlembagaan,
Rukun Negara, dan prinsip penerimaan kepe...
Melayu perlu bersatu. Melayu tidak boleh berpecah. Melayu tidak boleh terpengaruh dengan
hasutan atau kronologi luar yang ...
menguntungkan pihak penjajah semata-mata. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah
mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme at...
disambut oleh kaum lain. Sambutan serta kemeriahan yang sama turut akan diadakan oleh
kerajaan. Bahkan, aktiviti kunjung-m...
disambut oleh kaum lain. Sambutan serta kemeriahan yang sama turut akan diadakan oleh
kerajaan. Bahkan, aktiviti kunjung-m...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Perpaduan ke manakah hala tuju kita

844 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Perpaduan ke manakah hala tuju kita

  1. 1. Perpaduan: Ke manakah Hala Tuju Kita? Oleh: Norshazira Binti Mohamed Yazik “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.” Itulah antara ungkapan atau pepatah orang Melayu yang sangat terkenal untuk menggambarkan semangat kerjasama serta tolong-menolong antara satu sama lain terutama dalam masyarakat. Malaysia? Sebuah negara yang digambarkan oleh masyarakat dunia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, iaitu Melayu, Cina, dan India yang hidup bersatu-padu tanpa sebarang persengketaan di bawah satu bumbung yang sama. Sejak dahulu lagi, tiada sebarang masalah yang kita hadapi berkaitan isu perpaduan ini. Sebagai contoh, orang Melayu boleh makan semeja dengan orang Cina dan India, tidur sebantal, saling berkongsi rasa, bahkan sanggup berkorban demi persahabatan yang sedia terjalin. Perpaduan yang terjalin ini jugalah yang telah menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang menjadi kebanggaan masyarakat dunia kerana kita mampu hidup aman dan damai. Dalam Islam juga turut menekankan umatnya supaya bersatu-padu dan ianya dapat dilihat berdasarkan petikan ayat al-Quran yang bermaksud “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (sebelum Islam) bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati kamu. Maka menjadilah kamu kerana nikmat-Nya bersaudara, padahal dahulu kamu sudah berada di tepi jurang neraka, tetapi Dia menyelamatkan kamu daripadanya” (Surah Al-Imran, ayat 3:103). Isu perpaduan sebenarnya telah membuka mata pemimpin dan masyarakat di negara ini setelah tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Isu ini dipandang serius oleh kerajaan negara ini kerana ianya melibatkan perpaduan. Oleh itu, pelbagai usaha ke arah menjaga serta mengekalkan perpaduan kaum giat dijalankan oleh pihak kerajaan sehingga keadaan menjadi semakin aman dan masyarakat kembali hidup bersatu.
  2. 2. Namun begitu, Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang baru sahaja melabuhkan tirainya, iaitu pada 5 Mei 2013 yang lalu telah membawa sebuah cerita yang baru kerana ianya seolah-olah cuba merobek atau mencetuskan isu perpaduan yang selama ini telah kita pelihara. Hal ini berlaku disebabkan oleh kaum Cina yang dikatakan lebih bersifat perkauman dan lebih mempercayai kepimpinan kaum mereka semata. Tidak salah rasanya jika perkara ini berlaku kerana ianya merupakan hak individu itu sendiri asalkan tidak memecahbelahkan perpaduan yang sudah sedia terjalin sejak dahulu lagi. Namun, disebabkan masyarakat Cina yang dikatakan cuba untuk melakukan konspirasi sehingga dikatakan adanya unsur perkauman secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya pepecahan kaum. Oleh itu, takkan disebabkan oleh pergolakkan politik tersebut, perpaduan yang sudah kita pupuk sejak dahulu lagi perlu terkubur begitu sahaja. Ke manakah hala tujunya masyarakat kita sekiranya keadaan ini terus membelenggu setiap benak fikiran kita? Sia-siakah usaha para pemimpin yang telah bertungkus- lumus membentuk beberapa dasar untuk terus mengekalkan perpaduan ini? Konsep 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2009 telah memperlihatkan dengan jelas usaha beliau untuk mempereratkan lagi serta terus mengekalkan perpaduan rakyat di negara ini. Menurut beliau, 1Malaysia adalah sebuah gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Tambah beliau lagi, 1Malaysia juga menekankan sikap “penerimaan” dalam kalangan rakyat berbilang kaum, yang mana sesebuah kaum itu menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam sebuah negara.
  3. 3. Justeru, jika rakyat bersatu di bawah satu bumbung dan berpaksikan perlembagaan, Rukun Negara, dan prinsip penerimaan kepelbagaian kaum serta memahami rentetan sejarah pembentukan negara Malaysia, maka tiada usaha luar mahupun dalam yang boleh atau mampu mengikis semangat jati diri yang sedia tertanam dalam diri kita. 1Malaysia bukan retorik politik bahkan gagasan mencerminkan satu realiti dan hakikat sejarah serta perkembangan politik negara. Kita bersatu teguh di dalam konteks prinsip penerimaan, bahawa semua kaum sebagai rakan setia, prinsip kenegaraan bertunjangkan semangat cintakan negara yang diterapkan sejak di bawah pimpinan Perdana Menteri yang pertama lagi dan prinsip keadilan sosial dalam kalangan kaum dari segi kebajikan dan aspek sosial yang penting. Oleh itu, takkan disebabkan pergolakan politik yang sengaja diuar-uarkan menyebabkan perpaduan yang sedia terbina itu musnah dengan mudah. Kita perlu renungkan kembali motif atau tujuan asal konsep 1Malaysia itu diperkenalkan, iaitu menyatupadukan kesemua kaum di negara ini dari pelbagai aspek tidak kira ianya dalam sektor ekonomi, pendidikan, pembangunan, mahupun kewangan. Hal ini bermakud, setiap kaum dapat merasai serta menikmati segala kemudahan serta kemewahan yang terdapat di negara ini tanpa ada unsur perkauman. Tidak perlulah unsur perkauman ini dibangkit- bangkitkan sehingga akhirnya berpecah-belah malah lahirnya perasaan tidak puas hati ataupun dendam. Justeru, kenapa perlu ada segelintir yang cuba mempersendakan konsep 1Malaysia yang pada hakikatnya membawa banyak pengertian jika kita hanyati atau fahami konsep tersebut. Selain itu, masyarakat Melayu perlu sedar dan bangkit untuk terus memperjuangkan tinggalan nenek moyang kita. Kita perlu bersatu untuk terus mengekalkan kedaulatan serta keamanan negara. Jika kita sendiri yang jatuh tersungkur dan terlalu beremosi, maka akhirnya maruah bangsa kita juga yang akan tergadai. Perpaduan kita juga yang akan tergadai. Oleh itu,
  4. 4. Melayu perlu bersatu. Melayu tidak boleh berpecah. Melayu tidak boleh terpengaruh dengan hasutan atau kronologi luar yang tidak membawa faedah sehingga boleh memecahbelahkan bangsa kita. Sebagai contohnya, dalam senario politik di Malaysia itu sendiri yang mana terdapat banyak parti yang berusaha untuk menarik perhatian masyarakat supaya pada akhirnya parti yang berjaya itu dapat memimpin negara. Kenapa tidak kebanyakan pemimpin parti-parti tersebut yang merupakan orang Melayu itu sendiri bergabung untuk untuk memperkukuhkan lagi hasrat atau impian tersebut. Saya percaya, jika suatu hari nanti hasrat untuk menyatukan pemimpin- pemimpin Melayu ini tercapai, maka secara tidak langsung kekuatan Melayu itu sendiri akan bertambah gah dan kuat. Kepimpinan Melayu itu sendiri juga tidak lagi diragui oleh masyarakatnya dan saya sebagai anak Melayu akan berasa sangat bangga. Orang Melayu merupakan masyarakat majoriti negara ini. Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerana ianya merupakan bahasa masyarakat majoriti negara ini. Agama Islam pula menjadi agama rasmi negara ini. Kedua-dua perkara tersebut merupakan antara hak istimewa orang Melayu sebagai penduduk majoriti negara ini. Namun begitu, kaum yang lain juga turut diberi hak keistimewaan masing- masing yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam Perlembagaan. Antaranya ialah peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti turut termaktub melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia. Justeru, tidak akan timbul isu perkauman di sini. Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacau bilaukan oleh penjajah dengan polisi ‘pecah dan perintah’. Polisi sedemikian juga amat berharga untuk diamalkan oleh pihak British ke atas nenek moyang kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian
  5. 5. menguntungkan pihak penjajah semata-mata. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang membawa maksud ‘mereka bercampur tetapi tidak bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan ‘fungsional daripada hubungan empatetik’. Hal ini bermaksud, kita sekadar berhubungan di pejabat, pasar, dan tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut. Justeru, kita perlu mengubah persepsi tersebut kepada perkara yang lebih positif. Keadaan ini boleh dan sememangnya telah direalisasikan serta diamalkan oleh masyarakat dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi sesebuah negara. Mana-mana kerajaan juga pasti akan berusaha untuk menentukan elemen- elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi, dan infrastruktur dapat dicapai. Kita sebagai masyarakat juga perlu sedar akan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dan kita juga perlu bangkit untuk merealisasikannya dan bukan memusnahkannya. Di samping itu, agama rasmi negara kita merupakan agama Islam, namun kerajaan tidak pernah melarang kaum lain untuk menyambut perayaan mereka mengikut agama masing-masing. Hal ini demikian kerana, kerajaan tidak pernah memaksa agar semua rakyat yang menetap di Malaysia untuk menganut agama Islam. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa tidak ada unsur paksaan, malah kerajaan sangat menggalakkan masyarakatnya untuk turut serta menyambut perayaan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, jika kerajaan mengadakan Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan, maka secara tidak langsung kaum lain akan turut hadir bagi memeriahkan sambutan tersebut. Begitu juga perayaan-perayaan yang
  6. 6. disambut oleh kaum lain. Sambutan serta kemeriahan yang sama turut akan diadakan oleh kerajaan. Bahkan, aktiviti kunjung-mengunjung turut diterapkan dan digalakkan untuk diamalkan oleh masyarakat. Justeru, tidak akan timbul isu perkauman kerana wujudnya kesamarataan, malah ianya akan lebih mengeratkan lagi perpaduan yang sudah sedia terjalin. Sebagai kesimpulannnya, perpaduan yang sedia ada ini kita perlu kekalkan, pelihara, serta perkukuhkan lagi kerana bak kata pepatah “Sekali air bah, sekali pantai berubah.” Hal ini bermaksud sekiranya sesuatu yang sudah kita bina itu berubah yakni perpaduan, maka mungkin segala yang kita nikmati pada hari ini hanya akan tinggal kenangan semata-mata. Justeru, kita haruslah mengekalkan perpaduan kebangsaan ini sampai bila-bila sehingga ianya dapat dirasai oleh generasi akan datang. Segala usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan perlu dihargai dan difikirkan kerelevanan perkara tersebut dibuat. Kita harus menghindari segala anasir yang boleh memecahbelahkan perpaduan yang telah terbina. Bersatu hati demi negara yang hakiki agar kesejahteraan dan keamanan kekal abadi.
  7. 7. disambut oleh kaum lain. Sambutan serta kemeriahan yang sama turut akan diadakan oleh kerajaan. Bahkan, aktiviti kunjung-mengunjung turut diterapkan dan digalakkan untuk diamalkan oleh masyarakat. Justeru, tidak akan timbul isu perkauman kerana wujudnya kesamarataan, malah ianya akan lebih mengeratkan lagi perpaduan yang sudah sedia terjalin. Sebagai kesimpulannnya, perpaduan yang sedia ada ini kita perlu kekalkan, pelihara, serta perkukuhkan lagi kerana bak kata pepatah “Sekali air bah, sekali pantai berubah.” Hal ini bermaksud sekiranya sesuatu yang sudah kita bina itu berubah yakni perpaduan, maka mungkin segala yang kita nikmati pada hari ini hanya akan tinggal kenangan semata-mata. Justeru, kita haruslah mengekalkan perpaduan kebangsaan ini sampai bila-bila sehingga ianya dapat dirasai oleh generasi akan datang. Segala usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan perlu dihargai dan difikirkan kerelevanan perkara tersebut dibuat. Kita harus menghindari segala anasir yang boleh memecahbelahkan perpaduan yang telah terbina. Bersatu hati demi negara yang hakiki agar kesejahteraan dan keamanan kekal abadi.

×