SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
1.0 PENDAHULUAN
“Mitosataupun realiti”,

itulah persoalan yang sering diperdebatkan dalam kalangan

sejarawan professional berkaitan dengan isu kesahihan histriografi Melayu tradisional. 1 Pokok
pangkalnya kebanyakkan negara ternama di daerah Kepulauan Melayu telah mengabadikan
sejarah awal pembentukannya melalui penghasilan beberapa karya historiografi klasikal yang
bersifat umum.Karya-karya klasik ini menjadi sumber penting dalam kajian sejarah asal usul
negara-negara tersebut. Hikayat Raja-Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa,
Hikayat Acheh, Hikayat Banjar, Hikayat Johor dan lain-lain merupakan antara karya histriografi
terawal yang muncul di Kepulauan Melayu.
Penghasilan karya-karya historiografi dipandang tinggi oleh para sejarawan dan
digolongkan ke dalam suatu genre kesusasteraan khusus yang dapat dikaji secara terasing dan
esklusif.Dasar penulisan karya-karya inidibuat secara kasarnya dengan mengabadikan sejarah
awal negara berkenaan untuk menjadi pengetahuan orang-orang terkemudian.Selain itu,ianya
bertujuan untuk mengekal dan mengukuhkan kedaulatan raja dan keturunannya.Hakikatnya, bagi
pengarang zaman dahulu sejarah negeri adalah senama dengan sejarah rajanya.
Melalui skop kaca mata sejarawan dapatlah kita rumuskan bahawa pemikiran
politik ,merujuk kepada pemikiran penulis ketika meriwayatkan sesuatu peristiwa dalam
penghasilan karyanya. Skop pemikiran politik ini perlu dilihat secara meluas serta difahami
makna tersurat dan tersiratnya terlebih dahulu sebelum dianalisis. 2 Ketika mengemukakan
pemikiran politik ini pengarang menggunakan segala alat yang ada padanya untuk mencipta
1

Siti Hawa Haji Salleh. Januari, Febuari dan Mac 1989. “Antara Mitos dan Realiti”, Kuala Lumpur: Dewan Sastera,
hlm. 77.
2
Abdul Rahman Haji Ismail (peny). 2007. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm. 67.

1
suatu gambaran yang impresif dan berkesan tentang rajanya. Dalam proses penulisan pengarang
mengadunkan segala fakta yang diketahuinya seperti fakta-fakta sejarah dengan unsur-unsur
mitos dan legenda yang kebanyakanya telah diterima oleh masyarakat zamannya sebagai
sebahagian daripada realiti untuk mewujudkan rasa kekaguman.
Disini, timbullah penilaian yang digunakan oleh pengarang historiografi Melayu yang
dikatakam bersifat sezaman. Penilaian yang dipakainya memenuhi keperluan zamannya dan
sesuai dengan cara pemikiran masyarakat zaman karya itu ditulis. Dalam penggembelingan
fakta-fakta sejarah, unsur-unsur mitos dan legenda, realiti yang dicapai adalah bersifat realiti
yang subjektif dan bukan bersifat objektif.Yang penting bagi pengarang adalah mencipta suatu
karya yang dapat menjadi kebanggaan raja dan bangsanya. 3 Ciptaan itu haruslah dapat
meletakkan rajanya lebih tinggi daripada raja-raja lain ataupun sekurang-kurangnya setanding
dan setaraf.
Tuntasnya, melalui penelitian dan pengkajian khusus terhadap karya hitriografi klasikal
Hikayat Merong Mahawangsa dapatlah kita nilaikan sejauhmanakah kesahihan karya-karya
histriografi Melayu sebagai suatu sumber sejarah.4Penelitian khusus ini juga dapat membuktikan
bahawa wujudnya unsur-unsur mitos yang menjadi lambang keagungan karya tersebut di mana
penulis cuba mengadunkan setiap gambaran peristiwa dengan unsur mitos-mitos yang dapat
diterima oleh masyarakat sezaman. Melalui penggarapan penulis dalam karya histriografi
Hikayat Merong Mahawangsa kita dapat melihat dengan jelas pemikiran politik penulis melalui
penelitian keatas setiap peristiwa yang dialurkan oleh penulis dalam karya ini.

3

Muhammad Yusof Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang hasil tradisi Sejarah Melayu Nusantara,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 86.
4
Siti Hawa Haji Salleh. Januari, Febuari dan Mac 1989.“Antara Mitos dan Realiti”, Kuala Lumpur: Dewan Sastera,
hlm. 27.

2
2.0 SINOPSIS HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
Realitinya, skop penulisan Hikayat Merong Mahawangsa adalah berkisarkan mengenai
sejarah pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan
Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-12 M. 5 Pengarang
mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau
cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakat, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu
ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam pada permulaan hikayat.
Kemuncak cerita ini digambarkan oleh pengarang apabilaRaja Merong Mahawangsa
terselamat daripada serangan garuda ketika mengiringi rombongan Putera Rom ke China untuk
tujuan perkahwinan telah melarikan diri sehingga tiba di sebuah kawasan yang bernama
Langkasuka dan disinilah beliau diangkat menjadi raja oleh masyarakat setempat kerana
keberanian beliau yang luar biasa.6Bertitik tolak daripada peristiwa inilah telah mencipta sejarah
baru yang bersifat agung kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana Raja Merong Mahawangsa
dikatakan bukan sahaja mengasaskan kerajaan Kedah malahan beliau merupakan perintis kepada
pembukaan beberapa buah kerajaan agung yang lain kerana keturunan beliaulah yang diuaruarkan sebagai pengasas kerajan Siam, Pattani, dan Perak.
Di bahagian akhir cerita, pengarang dilihat mula menriwayatkan sejarah Hikayat Merong
Mahawangsadengan sebenar-benarnya selepas kemasukan Agama Islam.Pengaruh Islam bermula
apabilaSyeikh Abdullah Yamani telah mengislamkan Raja Phra Ong Mahawangsa yang telah
menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.Kedatangan Islam dilihat telah membawa
sinar baharu dan menjadi titik kegemilangan kerajaan Kedah pada ketika itu.

6

Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1971. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 34.

3
3.0 ISU PERBINCANGAN (PEMIKIRAN POLITIK)
Melalui penggarapan penulis dalam karya histriografi Hikayat Merong Mahawangsa kita
dapat melihat dengan jelas pemikiran politik

pengarang melalui penelitian yang

mendalamkeatas setiap peristiwa yang dialurkan oleh pengarang dalam karya ini.
Berdasarkan penelitian khusus terhadap keseluruhan teks Hikayat Merong Mahawangsa
saya dapati bahawa pengarang mengaitkan galur cerita Hikayat Merong Mahawangsa dengan
kisah Nabi Sulaiman dengan Burung Geroda adalah bertujuan untuk mengangkat keagungan
Agama Islam itu sendiri. Secara logikalnya pengarang telah mengarapkan unsur dan nilai Islam
sejak peringkat awal penghasilan Hikayat Merong Mahawangsa dengan begitu menarik. Hujah
ini dapat diperkukuhkan melalui peristiwa Burung Geroda yang berusaha menghalang
perkahwinan antara Putera Raja Rom dengan Puteri Raja China telah merencanakan pelbagai
musibah seperti memusnahkan angkatan Putera Raja Rom, menculik Puteri Raja China dan
sebagainya namun segala usahannya menemui kegagalan.7Konklusinya pengarang meletakkan
batu asas dalam penulisannya bahawa segala yang berlaku tidak boleh dipertikaikan kerana ianya
berlaku dengan izin Allah S.W.T. . Perkaitan peristiwa yang digarapkan oleh pengarang dapat
dilihat melalui peranan watak Nabi Sulaiman dalam hikayat Merong Mahawangsa sebagai
khalifah di muka bumi yang boleh berbicara dengan haiwan secara tegasnya telah menyatakan
kepada Geroda

bahawa terdapat empat perkarayang tidak dapat diubah dalam kehidupan

makhluk melainkan dengan izin Allah iaitu rezeki, jodoh pertemuan penceraian dan perkara yang
memutuskan rezeki. 8 Pengarang mengangkat martabat unsur Islam kerana kegagalan Burung
Geroda dianggap sebagai simbol kekalahan unsur Hindu kerana dipercayai bahawa Burung
7

Siti Hawa Salleh Haji Salleh (penyelenggaraan) 1991. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, hlm. 90.
8
Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1971. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 87.

4
Geroda adalah burung mistik Hindu yang cuba memperlihatkan keangkuhannya kepada Nabi
Sulaiman A.S.
Peristiwa perlantikan Merong Mahawangsa sebagai wakil kepada Raja Rom untuk
mengiringi Puternya ke China bagi dikahwinkan dengan Puteri Raja China menunjukkan bahawa
pengarang ingin mengambarkan kehebatan Merong Mahawangsa yang mempunyai hubungan
akrab dan menjadi orang sandaran kepada Raja Rom kerana beliau memiliki kesaktian yang luar
biasa.9Melalui penelitian yang jitu, dapat kita simpulkan bahawa pengarang mengaitkan Merong
Mahawangsa yang merupakan pengasas kerajaan Negeri Kedah dengan pemerintah negaranegara hebat seperti Rom dan China bagi menunjukkan bahawa Merong Mahawangsa bukanlah
sebarangan orang malahan beliau disanjungi oleh pemerintah agung dunia yang lain. Ideologinya,
pengarang ingin menwujudkan kekaguman pembaca terhadap pengasas Negeri Kedah iaitu
Merong Mahawangsa melalui penggaluran peristiwa-peristiwa tersebut.
Persoalan mengenai kerasionalan pengarang mengaitkan Hikayat Merong Mahawangsa
dengan dua buah kerajaan besar iaitu Kerajaan Rom dan China pada permulaan hikayat ini
dilihat bertujuan untuk mengangkat kedudukan Merong Mahawangsa sendiri sebagai seorang
pemerintah agung.10Ironinya, Kerajaan Rom dan China menjadi sandaran penulis kerana jika
dilihat pada zaman tersebut kedua-dua buah negara ini adalah merupakan dua kuasa hebat dunia.
Dengan mengaitkan Merong Mahawangsa dengan kedua-dua buah negara ini dapatlah kita
mentakrifkan bahawa pengarang sebenarnya ingin mengangkat darjat pengasas Kerajaan Kedah
iaitu Merong Mahawangsa yang dikatakan mempunyai ikatan yang sangat erat dengan

9

Muhammad Yusof Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang hasil tradisi Sejarah Melayu Nusantara,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 34.
10
Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1971. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.
97.

5
pemerintah Rom dan China malah beliau juga terlibat secara tidak langsung dalam pentadbiran
Kerajaan Rom malahan beliau turut menjadi orang sandaran Maharaja Rom. Ghalibnya,
pengasas Kerajaan Kedah bukanlah calang-calang orang dan itulah sebenarnya pemikiran politik
yang ingin disampaikan pengarang melalui perkaitan hikayat dengan dua buah kuasa besar
tersebut.
Pengarang telah menterjemahkan peristiwa penabalan Merong Mahawangsa sebagai raja
di suatu kawasan yang didiami oleh kaum gergasi dengan penuh dramatik.Melalui penggarapan
peristiwa ini dapat kita hujahkan bahawa pemikiran politik yang cuba ditonjolkan pengarang
adalah berkisarkan kehebatan dan kesantunan yang dimiliki oleh Merong Mahawangsa telah
membuka mata kaum gergasi yang digeruni ramai untuk melantik beliau sebagai raja di kawasan
tersebut. Peristiwa ini telah diriwayatkan dengan teratur oleh pengarang, kisah ini bermula
setelah kegagalan Merong Mahawangsa dalam mencari Putera Raja Rom yang diserang oleh
Geroda selama beberapa hari lalu beliau mengambil keputusan untuk belayar mencari Putera
Raja Rom. Beliau dan anak kapalnya telah singgah di subuah kawasan yang didiami oleh kaumkaum gergasi yang sangat digeruni oleh sekalian manusia pada ketika itu namun Merong
Mahawangsa sedikitpun tidak gentar dan terus mengadap kaum tersebut dan dengan rendah hati
serta sopannya beliau telah memohon untuk mendirikan pertempatan sementara di kawasan
tersebut. 11 Melihatkan kesantunan dan keberanian yang luar biasa dimiliki oleh Merong
Mahawangsa, kaum gergasi sepakat untuk melantik beliau sebagai raja di kawasan tersebut yang
akhirnya diberi nama Langkasuka oleh Merong Mahawangsa. Ghalibnya, melalui rentetan
peristiwa ini pengarang cuba membangkitkan nilai keluhuran dan kesantunan yang dimiliki oleh
seorang pemerintah sehebat Merong Mahawangsa.

11

Awang Had Salleh. 1963. “Lindungan Bulan Kedah Tua”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka,hlm. 87.

6
Pemikiran politik dalam hikayat Merong Mahawangsa dapat diteliti dengan lebih jelas
melalui penumpuan khusus terhadap bahagian dua hikayat Merong Mahawangsa iaitu salasilah
keturunan Raja Kedah yang bermula daripada Kerajaan Langkasuka dibawah pemerintahan
Merong Mahawangsa sehinggalah pentadbiran Kedah Zamin Turan dibawah Raja Phra Ong
Mahawangsa.

12

Melalui penelitian terhadap salasilah pemerintah-pemerintah Kedah yang

diriwayatkan oleh pengarang, dapatlah kita rumuskan bahawa politik dan pentadbiran Negeri
Kedah bebas daripada pengaruh kuasa-kuasa asing dimana pemeritah bebas untuk memilih
pegantinya tanpa campur tangan kuasa luar.Intipatinya pengarang melalui tulisannya ingin
memberi gambaran kepada pembaca bahawa Kedah merupakan sebuah negeri yang berdaulat
dan kuat.
Selain itu berdasarkan Riwayat Merong Mahawangsa, pengarang meriwayatkan bahawa
Kedah merupakan negeri pertama di sebelah utara semenanjung yang diasaskan malahan Kedah
jugalah yang diuar-uarkan sebagai pengasas kepada beberapa buah kerajaan luar lain seperti
Pattani, Perak dan juga Siam.13Menurut Hikayat ini Raja Kedah yang kedua iaitu Raja Merong
Mahapudisat telah mengikutarahan ayahandanya untuk memartabatkan anakandanya di beberapa
kawasan baharu.Telah diriwayatkan bahawa setelah putera-puterinya meningkat dewasa Raja
Mahapudisat telah mengurniakan kepada mereka alat kebesaran negeri beserta pengiring untuk
merantau bagi membuka negeri baru. Hasilnya, Putera Sulungnya telah membuka Negara di
utara Negeri Kedah yang dinamakan Siam Lancang, Putera tengahnya telah berjaya membuka
sebuah negeri di sebelah selatan yang dinamakan Perak manakala Puterinya yang ketiga telah
membuka Negeri Pattani. Putera bongsunya diangkat sebagai Raja Kerajaan Kedah setelah
kematiaan beliau. Kesemua anak-anak Raja Merong Mahadipusat yang mengetua negeri Siam,
12

Muhammad Hassan. 1928. Al- Tarikh silasilah Kedah, Pulau Pinang: Jelutong Press, hlm. 65.
Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1971. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 4.

13

7
Pattani, Perak dan Kedah dikataaan mempunyai hubungan yang sangat akrab antara satu sama
lain. Ideologinya pengarang mengariskan penceritaan hikayat ini sebegini bagi mengangkat
sejarah Negeri Kedah sebagai sebuah kerajaan agung yang berdaulat.
Berbeza dengan kebanyakkan fahaman lain, menerusi Hikayat Merong Mahawangsa
pengarang menyatakan ideologi pemikiran politiknya bahawa bunga emas yang dihantar oleh
Kerajaan Kedah kepada Negeri Siam bukanlah tanda mengakui ketuanan Siam terhadap
Kerajaan Kedah namun ianya adalah sebagai simbol kekeluargaan dan penghargaan. Bedasarkan
penulisan Hikayat Merong Mahawangsa sebenarnya bunga emas yang dikirim oleh Sultan Kedah
kepada Kerajaan Siam adalah bertujuan untuk memberi ucapan penghargaan kepada kekandanya
Raja Siam yang menyambut kelahiran bayi sulung.

14

Pengarang menerusi penulisannya

menekankan bahawa tradisi penghantaran bunga emas bukanlah tanda kelemahan Kerajaan
Kedah namun lebih bersifat kemesraan atau tanda yang muda menghormati yang tua. Negeri
Siam juga dilihat telah membantu Kerajaan Kedah dalam menyelesaikan kemelut dalaman
Negeri Kedah melalui peristiwa bantuaan Kerajaan Siam dalam mencari penganti yang sesuai
untuk mengantikan Raja Bersiuang yang telah melarikan diri akibat ditentang oleh pembesar
berempat kerana kekejamannya.
Selanjutnya, pemikiran politik yang cuba diketengahkan oleh pengarang bersandarkan
kepada peristiwa perkahwinan antara Maharaja Seri Maha Inderawangsa dengan wanita daripada
golongan gergasi adalah untuk menyatakan bahawa keturunan pemerintah Kedah mempunyai
kedudukan yang sangat tinggi sehinggakan golongan gergasi yang mempunyai kedudukan yang

14

Siti Hawa Haji Salleh.Januari, Febuari dan Mac 1989. “Antara Mitos dan Realiti”, Kuala Lumpur: Dewan Sastera,
hlm. 87.

8
rendah adalah tidak setaraf untuk dijadikan sebagai isteri.15Mengikut nilai zaman dahulu tentulah
perhubungan antara dua darjat yang berbeza amat memalukan bagi keluarga Diraja Kedah.Pokok
pangkalnya, disebabkan kedegilan Maharaja Seri Maha Inderawangsa beliau telah dianggap
menderhaka dan dikatakan akibat kecewa dengansikapnya itu ayahandanya iaitu Maharaja Seri
Inderawangsa telah meninggal dunia. Selain membangkitkan isu darjat, pengarang juga turut
menonjolkan isu balasan Tuhan terhadap sikap derhaka seorang anak dimana menurut riwayat ini
Maharaja Seri Maha Inderawangsa telah dikurniakan seorang Putera yang bernama Raja Ong
Maha Peria Deria yang lebih dikenali sebagai Raja Bersiung.
Berikutnya, pengarang telah menggarapkan perkembangan watak Raja Ong Maha Perita
Deria yang lebih dikenali sebagai Raja Bersiung secara kronologi penuh dimana pembentukan
sifat semula jadinya dari awal lagi menuju keaarah kezaliman dan ketidakperikemanusiaan.
Perkembangan watak ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dikawal oleh beliau sendiri.Siung
yang tumbuh juga merupakan sesuatu yang berada di luar dugaan dan kawalan raja tersebut
kerana peristiwa baginda mendapati masakan yang dicampur dengan darah manusia juga
merupakan suatu peristiwa yang tidak disengajakan.Walau bagaimanapun, disebabkan terlalu
mengikut perasaan Raja Bersiung telah bertindak di luar batasan kemanusian apabila beliau
sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya saban hari demi mendapatkan darah.Kemuncak
kezaliman Raja Bersiung menemui penghujungnya apabila Menteri keempat membuat keputusan
untuk menentang Raja Bersiung demi keselamatan rakyat dan negeri. Ghalibnya,pengarang
mengetengahkan eleman kekejaman raja yang akhirnya mendapat balasan terhadap perbuatannya
melalui peristiwa ini disamping mengutarakan keberkesanan sistem pentadbiran feudal yang

15

Muhammad Yusof Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang hasil tradisi Sejarah Melayu Nusantara,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm. 47.

9
didokong oleh watak pembesar berempat yang berjaya menyelesaikan masalah dalaman Negeri
Kedah seterusnya berjaya memelihara kesejahteraan rakyat.
Pengarang turut mengetengahkan pemikiran politik beliau melalui peristiwa pemilihan
peganti Raja Ong Perita Deria dengan bantuan daripada Kerajaan Siam dengan menggunakan
bantuan gajah sakti iaitu Gemala Johari. 16Melalui peristiwa ini pengarang ingin menyampaikan
bahawa Siam dan Kedah saling bekerjasama dan mempunyai hubungan yang baik dan Kerajaan
Kedah turut mengakui peranan Kerajaan Siam sebagai penaung Kerajaan Kedah.Pengarang
meriwayatkan bahawa setelah Raja Bersiung menghilangkan diri dalam rumpun buluh betung
setelah diusir oleh rakyatnya, Kerajaan Kedah ketiadaan raja maka pembesar berempat beserta
Raja perempuan Kerajaan Kedah telah menghantar utusan ke Siam bagi memohon Kerajaan
Siam Membantu mencari waris Raja Bersiung untuk ditabalkan sebagai Raja Kedah. Akhirnya
dengan bantuan Siam, Putera Raja Bersiung dapat ditemui dan menggunakan gelaran Raja Phra
Ong Mahadipusat.Peristiwa ini menjelaskan kepada umum bahawa pengarang telah tunduk
kepada kovensi-kovensi penulisan sejarah Melayu tradisional dengan mengangkat martabat dan
maruah rajanya ke tahap yang paling tinggi.
Pengarang turut menyelitkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa mengenai hubungan
Kerajaan Kedah dengan Kerajaan Acheh yang terjalin agak lama. 17 Walau bagaimanapun
pengarang tidak menceritakan hubungan antara kedua buah kerajaan ini dengan jelas kerana dari
segi ideologinya pengarang tidak mahu pembaca memandang rendah terhadap Kerajaan Kedah
kerana persaingan sengit dalam bidang perdagangan menyebabkan Kerajaan Kedah sering

16

Yahya Bin Wan Muhammad. 1913. Silsilah atau tawarikh Negeri Kerja-an Kedah. Pulau Pinang. Jelutong Press,
hlm. 5.
17
Abdullah Bin Haji Lubis. 1965. Kisah Raja Merong Mahawangsa.Kuala Lumpur: Pustaka Antara, hlm. 35.

10
diserang Acheh.18Selain itu, hubungan dengan Kerajaan Acheh juga adalah bertitik tolak kepada
perkongsian kitab-kitab Agama Islam dalam kalangan pemerintah kedua buah Negara juga telah
lama berlansung.
Sebenarnya, dalam Hikayat Merong Mahawangsa, bahagian terpenting ialah bahagian
yang mengisahkan pengislaman Negeri Kedah.Pengarang telah mencoretkan karyanya dari
zaman

gelap

sehinggalah

munculnya

cahaya

kebenaran

tatkala

kehadiran

agama

Islam.Penggarang mengutarakan bahawa kemasukan agama Islam inilah yang mengubah corak
hidup masyarakat di Negeri Kedah secara totalnya kearah yang lebih berdisiplin, bermoral, dan
bernilai suci.Kisah pengembaraan Syekh Abdullah dengan Penghulu Syaitan dikatakan menjadi
perintis kepada sejarah pengislaman Negeri Kedah. 19 Raja Ong phra Mahawangsa merupakan
raja Kedah yang pertama yang memeluk Islam dengan menggunakan gelaran Sultan Muzalfal
Syah

kerana

baginda

tertarik

dengan

keperibadian

yang

dimiliki

oleh

Syeik

Abdullah.Konklusinya, kisah pengembaraan ulama ini telah diriwayatkan oleh pengarang bagi
menyatakan kehebatan agama Islam dalam membawa kegemilangan tehadap sosial,ekonomi
malahan politik Kerajaan Negeri Kedah juga sehingga muncul sebagai perlabuhan terkemuka
dunia.

18

Siti Hawa Salleh Haji Salleh (penyelenggaraan) 1991. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya,hlm. 57.
19
Muhammad Yusof Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang hasil tradisi Sejarah Melayu Nusantara,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm. 145.

11
4.0 KESIMPULAN
Realitinya, Hikayat Merong Mahawangsa ditulis bertunjangkan matlamat penulis untuk
mengangkat keagungan Negeri Kedah itu sendiri.Pengarang mencipta suatu gambaran impresif
tentang rajanya berasaskan fakta yang sedia ada dalam dirinya diadunkan dengan unsur-unsur
mitos bagi mengangkat keagungan raja dan mewujudkan kekaguman kepada para
pembaca.Karya yang dihasilkan oleh pengarang adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan
sezaman dan sesuai dengan pemikiran masyarakat pada ketika itu.Karya ini dicipta untuk
dijadikan kebanggaan raja dan bangsanya kerana dalam penghasilannya kedudukan raja diangkat
setaraf ataupun lebh tinggi berbanding raja-raja daripada kerajaan lain.
Ghalibnya, Hikayat Merong Mahawangsa bukan hanya sekumpulan cerita khayalan yang
disadur daripada pelbagai mitos dan unsur-unsur dongeng semata-mata, namun Hikayat Merong
Mahawangsa merupakan suatu karya sejarah yang mengandungi nilai tertinggi dari kaca mata
sejarawan.Hikayat ini juga dikatakan diakui sebagai sebuah karya berbentuk genre sastera
sejarah oleh para sejarawan kini dan sering menjadi rujukan asas kepada golongan tersebut.
Tuduhan bahawa hikayat ini “menyimpang jauh daripada kebenaran sejarah” , terbukti tidak
tepat kerana berdasarkan penelitian khusus kita dapat rungkaikan bahawa pengarang telah
mengemukakan cerita-cerita yang dikarangnya berlandaskan kovensi-kovensi penulisan sejarah
tradisional masyarakat yang sezaman dengannya.20Jesteru itu, perlulah diingat bahawa sesebuah
penulisan sejarah seperti Hikayat Merong Mahawangsa harus didekati dengan fikiran yang
terbuka, tanpa prasangka dan dengan mempertimbangkan konsep nilai sejarah yang dipegang

20

Liaw Yock Fang,1975.Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik, Pustaka Nasional, Singapura, hlm. 226.

12
oleh masyarakat sezamannya untuk memastikan penulisan tersebut terus kekal sebagai sebuah
karya agung.

5.0 BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Haji Ismail (peny). 2007. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Bin Haji Lubis. 1965. Kisah Raja Merong Mahawangsa.
Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Awang Had Salleh. 1963. “Lindungan Bulan Kedah Tua”,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1971. Hikayat Merong Mahawangsa,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Liaw Yock Fang, 1975. Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik, Pustaka Nasional
Muhammad Hassan. 1928. Al- Tarikh silasilah Kedah,
Pulau Pinang: Jelutong Press.
Muhammad Yusof Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang hasil
tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hawa Haji Salleh. Januari, Febuari dan Mac 1989. “Antara Mitos dan Realiti”,
Kuala Lumpur: Dewan Sastera.
Siti Hawa Salleh Haji Salleh (penyelenggaraan) 1991. Hikayat Merong Mahawangsa,
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Yahya Bin Wan Muhammad. 1913. Silsilah atau tawarikh Negeri Kerja-an Kedah,
13
Pulau Pinang:Jelutong Press.

LAMPIRAN

Gambar rajah di atas merujuk kepada naskah-naskah Hikayat Merong Mahawangsa yang
dijadikan sumber rujukan utama dalam menghuraikan salasilah Kerajaan Negeri Kedah. Hikayat
ini dikatakan mempunyai pelbagai versi namun Siti Hawa Haji Salleh iaitu pensyarah sejarah
Malaysia di UKM yang juga merupakan individu yang banyak mengkaji mengenai hikayat ini
telah menyenaraikan bahawa hanya 3 versi Hikayat Merong Mahawangsa yang boleh diguna
pakai iaitu versi R. J Wilkinson, A.J Sturrock dan versi Ms. Maxwell. Walau bagaimanapun
sehingga kinI sejarawan tidak dapat mengenalpasti siapakah penulis sebenar Hikayat Merong
Mahawangsa yang asli malahan tarikh hikayat ini dikarang juga masih menjadi tanda tanya bagi
para sejarawan.
14
Sumber: Siti Hawa Salleh Haji Salleh (penyelenggaraan) 1991. Hikayat Merong
Mahawangsa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.)

LAMPIRAN

Raja Bersiong ialah nama gelaran bagi seorang Raja negeri Kedah yang berpusat di
Lembah Bujang. Negeri Kedah pada masa ini adalah sebahagian dari Kerajaan Siam. Nama
sebenar baginda ialah Raja Ong Maha Perita Deria.Baginda amat gemar memakan masakan gulai
bayam. Pada suatu hari tukang masak Baginda seperti biasa telah ditugaskan untuk memasak
gulai bayam. Tukang masak ini suka berangan-angan, tanpa disedari beliau telah terpotong
jarinya sendiri. Darah dari jarinya telah termasuk ke dalam periuk gulai bayam yang akan
dihidangkan kepada Raja Bersiong. Tukang masak ini telah menyembunyikan hal ini dari
pengetahuan orang lain kerana tiada masa untuk menggantikan masakan ini dengan masakan
yang lain. Baginda terasa kelainan pada masakan gulai bayam kali ini. Baginda telah bertanya
kepada tukang masak tentang hal ini. Tukang masak telah mengaku akan kesalahannya
membiarkan Baginda santap masakan yang telah bercampur dengan darah manusia. Baginda
kemudian telah menitahkan pengawal memancung dan membunuh musuh-musuh baginda yang

15
dipenjarakan untuk mendapatkan darah bagi dimasukkan kedalam masakan gulai bayam untuk
santapan Raja Bersiong.
Sumber: Rujukan laman web : http://sasterarakyat-kedah.com

LAMPIRAN

Gambar rajah di atas jelas menunjukkan kepada kita kedudukan Langkasuka iaitu sebuah
tempat yang menjadi kawasan Merong Mahawangsa ditabalkan sebagai Raja oleh Kaum gergasi.
Nama Langkasuka diberikan oleh Raja Merong Mahawangsa berlandaskan kepada keadaan
ketika negeri tersebut dibina iaitu dalam keadaan suka ria. Walau bagaimanapun nama
Langkasuka akhirnya ditukarkan kepada nama Negeri Kedah Zamin Turan tatkala pemerintahan
Raja Merong Mahapudisat iaitu anak kepada Merong Mahawangsa.

16
Sumber: Rujukan laman web : http://sasterarakyat-kedah.com

LAMPIRAN
RAJA MERONG MAHAWANGSA

RAJA MERONG MAHAPUDISAT

RAJA SERI MAHAWANGSA

RAJA SERI MAHA INDERAWANGSA

RAJA ONG MAHA PERITA DERIA

RAJA ONG MAHAPUDISAT

RAJA PHRA ONG MAHAWANGSA

17
Berikut merupakan salasilah pemerintah-pemerintah Kerajaan Kedah menurut Hikayat Merong
Mahawangsa.

18

More Related Content

What's hot

Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melaka
Hamizan Md
 
Penerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahanPenerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahan
firo HAR
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
firo HAR
 
Latar belakang sejarah melaka
Latar belakang sejarah melakaLatar belakang sejarah melaka
Latar belakang sejarah melaka
湘霖 徐
 
Sultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahSultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syah
Haslisa Hariono
 

What's hot (20)

Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melaka
 
T2 BAB 4 4.1 AGAMA DAN KEPERCAYAAN
T2 BAB 4 4.1 AGAMA DAN KEPERCAYAANT2 BAB 4 4.1 AGAMA DAN KEPERCAYAAN
T2 BAB 4 4.1 AGAMA DAN KEPERCAYAAN
 
Penerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahanPenerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahan
 
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarKajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
 
Tunku abdul rahman
Tunku abdul rahmanTunku abdul rahman
Tunku abdul rahman
 
T2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIS
T2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIST2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIS
T2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIS
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
 
20120323170318 kuliah 2 sistem kerajaan awal asia tenggara
20120323170318 kuliah 2   sistem kerajaan awal asia tenggara20120323170318 kuliah 2   sistem kerajaan awal asia tenggara
20120323170318 kuliah 2 sistem kerajaan awal asia tenggara
 
Warisan Kerajaan Melayu Melaka
Warisan Kerajaan Melayu MelakaWarisan Kerajaan Melayu Melaka
Warisan Kerajaan Melayu Melaka
 
Latar belakang sejarah melaka
Latar belakang sejarah melakaLatar belakang sejarah melaka
Latar belakang sejarah melaka
 
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah MelayuTeori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
 
Bab 8 tamadun islam dan sumbangannya (2)
Bab 8 tamadun islam dan sumbangannya (2)Bab 8 tamadun islam dan sumbangannya (2)
Bab 8 tamadun islam dan sumbangannya (2)
 
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan SrivijayaKerajaan Srivijaya
Kerajaan Srivijaya
 
T2 BAB 5 5.3 PENGAKHIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.3 PENGAKHIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.3 PENGAKHIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.3 PENGAKHIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
 
Sultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahSultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syah
 
Pengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddhaPengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddha
 
T2 BAB 8 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
T2 BAB 8 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIST2 BAB 8 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
T2 BAB 8 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
 
Pembentangan Hikayat Merong Mahawangsa
Pembentangan Hikayat Merong MahawangsaPembentangan Hikayat Merong Mahawangsa
Pembentangan Hikayat Merong Mahawangsa
 
Majapahit
MajapahitMajapahit
Majapahit
 

Similar to hikayat merong mahawangsa

Zaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melaka
Zairol83
 
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Zaman Kesultanan Melayu MelakaZaman Kesultanan Melayu Melaka
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Zairol83
 
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Datoknye
 
THE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATION
THE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATIONTHE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATION
THE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATION
Kesuma Wahida
 
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
Sultan Mahmud Mangkat DijulangSultan Mahmud Mangkat Dijulang
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
Eika Sempoi
 
Sejarah melayu ditulis oleh tun sri lanang
Sejarah melayu ditulis oleh tun sri lanangSejarah melayu ditulis oleh tun sri lanang
Sejarah melayu ditulis oleh tun sri lanang
Haslin Bahkiar
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
ameri57
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
ameri57
 
Kerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggaraKerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggara
Hakim Yusof
 
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayuKelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
shamarsetia
 

Similar to hikayat merong mahawangsa (17)

Sjhk3013
Sjhk3013Sjhk3013
Sjhk3013
 
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungTakrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
 
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
KARYA AGUNG Topik 1   sejarahKARYA AGUNG Topik 1   sejarah
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
 
Zaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melaka
 
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Zaman Kesultanan Melayu MelakaZaman Kesultanan Melayu Melaka
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
 
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
 
THE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATION
THE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATIONTHE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATION
THE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATION
 
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
Sultan Mahmud Mangkat DijulangSultan Mahmud Mangkat Dijulang
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
 
Sejarah melayu ditulis oleh tun sri lanang
Sejarah melayu ditulis oleh tun sri lanangSejarah melayu ditulis oleh tun sri lanang
Sejarah melayu ditulis oleh tun sri lanang
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
 
Makna sastera
Makna sasteraMakna sastera
Makna sastera
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
 
Kerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggaraKerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggara
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayuKelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
 

Recently uploaded (6)

Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 

hikayat merong mahawangsa

  • 1. 1.0 PENDAHULUAN “Mitosataupun realiti”, itulah persoalan yang sering diperdebatkan dalam kalangan sejarawan professional berkaitan dengan isu kesahihan histriografi Melayu tradisional. 1 Pokok pangkalnya kebanyakkan negara ternama di daerah Kepulauan Melayu telah mengabadikan sejarah awal pembentukannya melalui penghasilan beberapa karya historiografi klasikal yang bersifat umum.Karya-karya klasik ini menjadi sumber penting dalam kajian sejarah asal usul negara-negara tersebut. Hikayat Raja-Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh, Hikayat Banjar, Hikayat Johor dan lain-lain merupakan antara karya histriografi terawal yang muncul di Kepulauan Melayu. Penghasilan karya-karya historiografi dipandang tinggi oleh para sejarawan dan digolongkan ke dalam suatu genre kesusasteraan khusus yang dapat dikaji secara terasing dan esklusif.Dasar penulisan karya-karya inidibuat secara kasarnya dengan mengabadikan sejarah awal negara berkenaan untuk menjadi pengetahuan orang-orang terkemudian.Selain itu,ianya bertujuan untuk mengekal dan mengukuhkan kedaulatan raja dan keturunannya.Hakikatnya, bagi pengarang zaman dahulu sejarah negeri adalah senama dengan sejarah rajanya. Melalui skop kaca mata sejarawan dapatlah kita rumuskan bahawa pemikiran politik ,merujuk kepada pemikiran penulis ketika meriwayatkan sesuatu peristiwa dalam penghasilan karyanya. Skop pemikiran politik ini perlu dilihat secara meluas serta difahami makna tersurat dan tersiratnya terlebih dahulu sebelum dianalisis. 2 Ketika mengemukakan pemikiran politik ini pengarang menggunakan segala alat yang ada padanya untuk mencipta 1 Siti Hawa Haji Salleh. Januari, Febuari dan Mac 1989. “Antara Mitos dan Realiti”, Kuala Lumpur: Dewan Sastera, hlm. 77. 2 Abdul Rahman Haji Ismail (peny). 2007. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 67. 1
  • 2. suatu gambaran yang impresif dan berkesan tentang rajanya. Dalam proses penulisan pengarang mengadunkan segala fakta yang diketahuinya seperti fakta-fakta sejarah dengan unsur-unsur mitos dan legenda yang kebanyakanya telah diterima oleh masyarakat zamannya sebagai sebahagian daripada realiti untuk mewujudkan rasa kekaguman. Disini, timbullah penilaian yang digunakan oleh pengarang historiografi Melayu yang dikatakam bersifat sezaman. Penilaian yang dipakainya memenuhi keperluan zamannya dan sesuai dengan cara pemikiran masyarakat zaman karya itu ditulis. Dalam penggembelingan fakta-fakta sejarah, unsur-unsur mitos dan legenda, realiti yang dicapai adalah bersifat realiti yang subjektif dan bukan bersifat objektif.Yang penting bagi pengarang adalah mencipta suatu karya yang dapat menjadi kebanggaan raja dan bangsanya. 3 Ciptaan itu haruslah dapat meletakkan rajanya lebih tinggi daripada raja-raja lain ataupun sekurang-kurangnya setanding dan setaraf. Tuntasnya, melalui penelitian dan pengkajian khusus terhadap karya hitriografi klasikal Hikayat Merong Mahawangsa dapatlah kita nilaikan sejauhmanakah kesahihan karya-karya histriografi Melayu sebagai suatu sumber sejarah.4Penelitian khusus ini juga dapat membuktikan bahawa wujudnya unsur-unsur mitos yang menjadi lambang keagungan karya tersebut di mana penulis cuba mengadunkan setiap gambaran peristiwa dengan unsur mitos-mitos yang dapat diterima oleh masyarakat sezaman. Melalui penggarapan penulis dalam karya histriografi Hikayat Merong Mahawangsa kita dapat melihat dengan jelas pemikiran politik penulis melalui penelitian keatas setiap peristiwa yang dialurkan oleh penulis dalam karya ini. 3 Muhammad Yusof Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang hasil tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 86. 4 Siti Hawa Haji Salleh. Januari, Febuari dan Mac 1989.“Antara Mitos dan Realiti”, Kuala Lumpur: Dewan Sastera, hlm. 27. 2
  • 3. 2.0 SINOPSIS HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA Realitinya, skop penulisan Hikayat Merong Mahawangsa adalah berkisarkan mengenai sejarah pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-12 M. 5 Pengarang mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakat, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam pada permulaan hikayat. Kemuncak cerita ini digambarkan oleh pengarang apabilaRaja Merong Mahawangsa terselamat daripada serangan garuda ketika mengiringi rombongan Putera Rom ke China untuk tujuan perkahwinan telah melarikan diri sehingga tiba di sebuah kawasan yang bernama Langkasuka dan disinilah beliau diangkat menjadi raja oleh masyarakat setempat kerana keberanian beliau yang luar biasa.6Bertitik tolak daripada peristiwa inilah telah mencipta sejarah baru yang bersifat agung kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana Raja Merong Mahawangsa dikatakan bukan sahaja mengasaskan kerajaan Kedah malahan beliau merupakan perintis kepada pembukaan beberapa buah kerajaan agung yang lain kerana keturunan beliaulah yang diuaruarkan sebagai pengasas kerajan Siam, Pattani, dan Perak. Di bahagian akhir cerita, pengarang dilihat mula menriwayatkan sejarah Hikayat Merong Mahawangsadengan sebenar-benarnya selepas kemasukan Agama Islam.Pengaruh Islam bermula apabilaSyeikh Abdullah Yamani telah mengislamkan Raja Phra Ong Mahawangsa yang telah menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.Kedatangan Islam dilihat telah membawa sinar baharu dan menjadi titik kegemilangan kerajaan Kedah pada ketika itu. 6 Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1971. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 34. 3
  • 4. 3.0 ISU PERBINCANGAN (PEMIKIRAN POLITIK) Melalui penggarapan penulis dalam karya histriografi Hikayat Merong Mahawangsa kita dapat melihat dengan jelas pemikiran politik pengarang melalui penelitian yang mendalamkeatas setiap peristiwa yang dialurkan oleh pengarang dalam karya ini. Berdasarkan penelitian khusus terhadap keseluruhan teks Hikayat Merong Mahawangsa saya dapati bahawa pengarang mengaitkan galur cerita Hikayat Merong Mahawangsa dengan kisah Nabi Sulaiman dengan Burung Geroda adalah bertujuan untuk mengangkat keagungan Agama Islam itu sendiri. Secara logikalnya pengarang telah mengarapkan unsur dan nilai Islam sejak peringkat awal penghasilan Hikayat Merong Mahawangsa dengan begitu menarik. Hujah ini dapat diperkukuhkan melalui peristiwa Burung Geroda yang berusaha menghalang perkahwinan antara Putera Raja Rom dengan Puteri Raja China telah merencanakan pelbagai musibah seperti memusnahkan angkatan Putera Raja Rom, menculik Puteri Raja China dan sebagainya namun segala usahannya menemui kegagalan.7Konklusinya pengarang meletakkan batu asas dalam penulisannya bahawa segala yang berlaku tidak boleh dipertikaikan kerana ianya berlaku dengan izin Allah S.W.T. . Perkaitan peristiwa yang digarapkan oleh pengarang dapat dilihat melalui peranan watak Nabi Sulaiman dalam hikayat Merong Mahawangsa sebagai khalifah di muka bumi yang boleh berbicara dengan haiwan secara tegasnya telah menyatakan kepada Geroda bahawa terdapat empat perkarayang tidak dapat diubah dalam kehidupan makhluk melainkan dengan izin Allah iaitu rezeki, jodoh pertemuan penceraian dan perkara yang memutuskan rezeki. 8 Pengarang mengangkat martabat unsur Islam kerana kegagalan Burung Geroda dianggap sebagai simbol kekalahan unsur Hindu kerana dipercayai bahawa Burung 7 Siti Hawa Salleh Haji Salleh (penyelenggaraan) 1991. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 90. 8 Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1971. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 87. 4
  • 5. Geroda adalah burung mistik Hindu yang cuba memperlihatkan keangkuhannya kepada Nabi Sulaiman A.S. Peristiwa perlantikan Merong Mahawangsa sebagai wakil kepada Raja Rom untuk mengiringi Puternya ke China bagi dikahwinkan dengan Puteri Raja China menunjukkan bahawa pengarang ingin mengambarkan kehebatan Merong Mahawangsa yang mempunyai hubungan akrab dan menjadi orang sandaran kepada Raja Rom kerana beliau memiliki kesaktian yang luar biasa.9Melalui penelitian yang jitu, dapat kita simpulkan bahawa pengarang mengaitkan Merong Mahawangsa yang merupakan pengasas kerajaan Negeri Kedah dengan pemerintah negaranegara hebat seperti Rom dan China bagi menunjukkan bahawa Merong Mahawangsa bukanlah sebarangan orang malahan beliau disanjungi oleh pemerintah agung dunia yang lain. Ideologinya, pengarang ingin menwujudkan kekaguman pembaca terhadap pengasas Negeri Kedah iaitu Merong Mahawangsa melalui penggaluran peristiwa-peristiwa tersebut. Persoalan mengenai kerasionalan pengarang mengaitkan Hikayat Merong Mahawangsa dengan dua buah kerajaan besar iaitu Kerajaan Rom dan China pada permulaan hikayat ini dilihat bertujuan untuk mengangkat kedudukan Merong Mahawangsa sendiri sebagai seorang pemerintah agung.10Ironinya, Kerajaan Rom dan China menjadi sandaran penulis kerana jika dilihat pada zaman tersebut kedua-dua buah negara ini adalah merupakan dua kuasa hebat dunia. Dengan mengaitkan Merong Mahawangsa dengan kedua-dua buah negara ini dapatlah kita mentakrifkan bahawa pengarang sebenarnya ingin mengangkat darjat pengasas Kerajaan Kedah iaitu Merong Mahawangsa yang dikatakan mempunyai ikatan yang sangat erat dengan 9 Muhammad Yusof Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang hasil tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 34. 10 Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1971. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 97. 5
  • 6. pemerintah Rom dan China malah beliau juga terlibat secara tidak langsung dalam pentadbiran Kerajaan Rom malahan beliau turut menjadi orang sandaran Maharaja Rom. Ghalibnya, pengasas Kerajaan Kedah bukanlah calang-calang orang dan itulah sebenarnya pemikiran politik yang ingin disampaikan pengarang melalui perkaitan hikayat dengan dua buah kuasa besar tersebut. Pengarang telah menterjemahkan peristiwa penabalan Merong Mahawangsa sebagai raja di suatu kawasan yang didiami oleh kaum gergasi dengan penuh dramatik.Melalui penggarapan peristiwa ini dapat kita hujahkan bahawa pemikiran politik yang cuba ditonjolkan pengarang adalah berkisarkan kehebatan dan kesantunan yang dimiliki oleh Merong Mahawangsa telah membuka mata kaum gergasi yang digeruni ramai untuk melantik beliau sebagai raja di kawasan tersebut. Peristiwa ini telah diriwayatkan dengan teratur oleh pengarang, kisah ini bermula setelah kegagalan Merong Mahawangsa dalam mencari Putera Raja Rom yang diserang oleh Geroda selama beberapa hari lalu beliau mengambil keputusan untuk belayar mencari Putera Raja Rom. Beliau dan anak kapalnya telah singgah di subuah kawasan yang didiami oleh kaumkaum gergasi yang sangat digeruni oleh sekalian manusia pada ketika itu namun Merong Mahawangsa sedikitpun tidak gentar dan terus mengadap kaum tersebut dan dengan rendah hati serta sopannya beliau telah memohon untuk mendirikan pertempatan sementara di kawasan tersebut. 11 Melihatkan kesantunan dan keberanian yang luar biasa dimiliki oleh Merong Mahawangsa, kaum gergasi sepakat untuk melantik beliau sebagai raja di kawasan tersebut yang akhirnya diberi nama Langkasuka oleh Merong Mahawangsa. Ghalibnya, melalui rentetan peristiwa ini pengarang cuba membangkitkan nilai keluhuran dan kesantunan yang dimiliki oleh seorang pemerintah sehebat Merong Mahawangsa. 11 Awang Had Salleh. 1963. “Lindungan Bulan Kedah Tua”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka,hlm. 87. 6
  • 7. Pemikiran politik dalam hikayat Merong Mahawangsa dapat diteliti dengan lebih jelas melalui penumpuan khusus terhadap bahagian dua hikayat Merong Mahawangsa iaitu salasilah keturunan Raja Kedah yang bermula daripada Kerajaan Langkasuka dibawah pemerintahan Merong Mahawangsa sehinggalah pentadbiran Kedah Zamin Turan dibawah Raja Phra Ong Mahawangsa. 12 Melalui penelitian terhadap salasilah pemerintah-pemerintah Kedah yang diriwayatkan oleh pengarang, dapatlah kita rumuskan bahawa politik dan pentadbiran Negeri Kedah bebas daripada pengaruh kuasa-kuasa asing dimana pemeritah bebas untuk memilih pegantinya tanpa campur tangan kuasa luar.Intipatinya pengarang melalui tulisannya ingin memberi gambaran kepada pembaca bahawa Kedah merupakan sebuah negeri yang berdaulat dan kuat. Selain itu berdasarkan Riwayat Merong Mahawangsa, pengarang meriwayatkan bahawa Kedah merupakan negeri pertama di sebelah utara semenanjung yang diasaskan malahan Kedah jugalah yang diuar-uarkan sebagai pengasas kepada beberapa buah kerajaan luar lain seperti Pattani, Perak dan juga Siam.13Menurut Hikayat ini Raja Kedah yang kedua iaitu Raja Merong Mahapudisat telah mengikutarahan ayahandanya untuk memartabatkan anakandanya di beberapa kawasan baharu.Telah diriwayatkan bahawa setelah putera-puterinya meningkat dewasa Raja Mahapudisat telah mengurniakan kepada mereka alat kebesaran negeri beserta pengiring untuk merantau bagi membuka negeri baru. Hasilnya, Putera Sulungnya telah membuka Negara di utara Negeri Kedah yang dinamakan Siam Lancang, Putera tengahnya telah berjaya membuka sebuah negeri di sebelah selatan yang dinamakan Perak manakala Puterinya yang ketiga telah membuka Negeri Pattani. Putera bongsunya diangkat sebagai Raja Kerajaan Kedah setelah kematiaan beliau. Kesemua anak-anak Raja Merong Mahadipusat yang mengetua negeri Siam, 12 Muhammad Hassan. 1928. Al- Tarikh silasilah Kedah, Pulau Pinang: Jelutong Press, hlm. 65. Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1971. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 4. 13 7
  • 8. Pattani, Perak dan Kedah dikataaan mempunyai hubungan yang sangat akrab antara satu sama lain. Ideologinya pengarang mengariskan penceritaan hikayat ini sebegini bagi mengangkat sejarah Negeri Kedah sebagai sebuah kerajaan agung yang berdaulat. Berbeza dengan kebanyakkan fahaman lain, menerusi Hikayat Merong Mahawangsa pengarang menyatakan ideologi pemikiran politiknya bahawa bunga emas yang dihantar oleh Kerajaan Kedah kepada Negeri Siam bukanlah tanda mengakui ketuanan Siam terhadap Kerajaan Kedah namun ianya adalah sebagai simbol kekeluargaan dan penghargaan. Bedasarkan penulisan Hikayat Merong Mahawangsa sebenarnya bunga emas yang dikirim oleh Sultan Kedah kepada Kerajaan Siam adalah bertujuan untuk memberi ucapan penghargaan kepada kekandanya Raja Siam yang menyambut kelahiran bayi sulung. 14 Pengarang menerusi penulisannya menekankan bahawa tradisi penghantaran bunga emas bukanlah tanda kelemahan Kerajaan Kedah namun lebih bersifat kemesraan atau tanda yang muda menghormati yang tua. Negeri Siam juga dilihat telah membantu Kerajaan Kedah dalam menyelesaikan kemelut dalaman Negeri Kedah melalui peristiwa bantuaan Kerajaan Siam dalam mencari penganti yang sesuai untuk mengantikan Raja Bersiuang yang telah melarikan diri akibat ditentang oleh pembesar berempat kerana kekejamannya. Selanjutnya, pemikiran politik yang cuba diketengahkan oleh pengarang bersandarkan kepada peristiwa perkahwinan antara Maharaja Seri Maha Inderawangsa dengan wanita daripada golongan gergasi adalah untuk menyatakan bahawa keturunan pemerintah Kedah mempunyai kedudukan yang sangat tinggi sehinggakan golongan gergasi yang mempunyai kedudukan yang 14 Siti Hawa Haji Salleh.Januari, Febuari dan Mac 1989. “Antara Mitos dan Realiti”, Kuala Lumpur: Dewan Sastera, hlm. 87. 8
  • 9. rendah adalah tidak setaraf untuk dijadikan sebagai isteri.15Mengikut nilai zaman dahulu tentulah perhubungan antara dua darjat yang berbeza amat memalukan bagi keluarga Diraja Kedah.Pokok pangkalnya, disebabkan kedegilan Maharaja Seri Maha Inderawangsa beliau telah dianggap menderhaka dan dikatakan akibat kecewa dengansikapnya itu ayahandanya iaitu Maharaja Seri Inderawangsa telah meninggal dunia. Selain membangkitkan isu darjat, pengarang juga turut menonjolkan isu balasan Tuhan terhadap sikap derhaka seorang anak dimana menurut riwayat ini Maharaja Seri Maha Inderawangsa telah dikurniakan seorang Putera yang bernama Raja Ong Maha Peria Deria yang lebih dikenali sebagai Raja Bersiung. Berikutnya, pengarang telah menggarapkan perkembangan watak Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih dikenali sebagai Raja Bersiung secara kronologi penuh dimana pembentukan sifat semula jadinya dari awal lagi menuju keaarah kezaliman dan ketidakperikemanusiaan. Perkembangan watak ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dikawal oleh beliau sendiri.Siung yang tumbuh juga merupakan sesuatu yang berada di luar dugaan dan kawalan raja tersebut kerana peristiwa baginda mendapati masakan yang dicampur dengan darah manusia juga merupakan suatu peristiwa yang tidak disengajakan.Walau bagaimanapun, disebabkan terlalu mengikut perasaan Raja Bersiung telah bertindak di luar batasan kemanusian apabila beliau sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya saban hari demi mendapatkan darah.Kemuncak kezaliman Raja Bersiung menemui penghujungnya apabila Menteri keempat membuat keputusan untuk menentang Raja Bersiung demi keselamatan rakyat dan negeri. Ghalibnya,pengarang mengetengahkan eleman kekejaman raja yang akhirnya mendapat balasan terhadap perbuatannya melalui peristiwa ini disamping mengutarakan keberkesanan sistem pentadbiran feudal yang 15 Muhammad Yusof Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang hasil tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm. 47. 9
  • 10. didokong oleh watak pembesar berempat yang berjaya menyelesaikan masalah dalaman Negeri Kedah seterusnya berjaya memelihara kesejahteraan rakyat. Pengarang turut mengetengahkan pemikiran politik beliau melalui peristiwa pemilihan peganti Raja Ong Perita Deria dengan bantuan daripada Kerajaan Siam dengan menggunakan bantuan gajah sakti iaitu Gemala Johari. 16Melalui peristiwa ini pengarang ingin menyampaikan bahawa Siam dan Kedah saling bekerjasama dan mempunyai hubungan yang baik dan Kerajaan Kedah turut mengakui peranan Kerajaan Siam sebagai penaung Kerajaan Kedah.Pengarang meriwayatkan bahawa setelah Raja Bersiung menghilangkan diri dalam rumpun buluh betung setelah diusir oleh rakyatnya, Kerajaan Kedah ketiadaan raja maka pembesar berempat beserta Raja perempuan Kerajaan Kedah telah menghantar utusan ke Siam bagi memohon Kerajaan Siam Membantu mencari waris Raja Bersiung untuk ditabalkan sebagai Raja Kedah. Akhirnya dengan bantuan Siam, Putera Raja Bersiung dapat ditemui dan menggunakan gelaran Raja Phra Ong Mahadipusat.Peristiwa ini menjelaskan kepada umum bahawa pengarang telah tunduk kepada kovensi-kovensi penulisan sejarah Melayu tradisional dengan mengangkat martabat dan maruah rajanya ke tahap yang paling tinggi. Pengarang turut menyelitkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa mengenai hubungan Kerajaan Kedah dengan Kerajaan Acheh yang terjalin agak lama. 17 Walau bagaimanapun pengarang tidak menceritakan hubungan antara kedua buah kerajaan ini dengan jelas kerana dari segi ideologinya pengarang tidak mahu pembaca memandang rendah terhadap Kerajaan Kedah kerana persaingan sengit dalam bidang perdagangan menyebabkan Kerajaan Kedah sering 16 Yahya Bin Wan Muhammad. 1913. Silsilah atau tawarikh Negeri Kerja-an Kedah. Pulau Pinang. Jelutong Press, hlm. 5. 17 Abdullah Bin Haji Lubis. 1965. Kisah Raja Merong Mahawangsa.Kuala Lumpur: Pustaka Antara, hlm. 35. 10
  • 11. diserang Acheh.18Selain itu, hubungan dengan Kerajaan Acheh juga adalah bertitik tolak kepada perkongsian kitab-kitab Agama Islam dalam kalangan pemerintah kedua buah Negara juga telah lama berlansung. Sebenarnya, dalam Hikayat Merong Mahawangsa, bahagian terpenting ialah bahagian yang mengisahkan pengislaman Negeri Kedah.Pengarang telah mencoretkan karyanya dari zaman gelap sehinggalah munculnya cahaya kebenaran tatkala kehadiran agama Islam.Penggarang mengutarakan bahawa kemasukan agama Islam inilah yang mengubah corak hidup masyarakat di Negeri Kedah secara totalnya kearah yang lebih berdisiplin, bermoral, dan bernilai suci.Kisah pengembaraan Syekh Abdullah dengan Penghulu Syaitan dikatakan menjadi perintis kepada sejarah pengislaman Negeri Kedah. 19 Raja Ong phra Mahawangsa merupakan raja Kedah yang pertama yang memeluk Islam dengan menggunakan gelaran Sultan Muzalfal Syah kerana baginda tertarik dengan keperibadian yang dimiliki oleh Syeik Abdullah.Konklusinya, kisah pengembaraan ulama ini telah diriwayatkan oleh pengarang bagi menyatakan kehebatan agama Islam dalam membawa kegemilangan tehadap sosial,ekonomi malahan politik Kerajaan Negeri Kedah juga sehingga muncul sebagai perlabuhan terkemuka dunia. 18 Siti Hawa Salleh Haji Salleh (penyelenggaraan) 1991. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,hlm. 57. 19 Muhammad Yusof Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang hasil tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm. 145. 11
  • 12. 4.0 KESIMPULAN Realitinya, Hikayat Merong Mahawangsa ditulis bertunjangkan matlamat penulis untuk mengangkat keagungan Negeri Kedah itu sendiri.Pengarang mencipta suatu gambaran impresif tentang rajanya berasaskan fakta yang sedia ada dalam dirinya diadunkan dengan unsur-unsur mitos bagi mengangkat keagungan raja dan mewujudkan kekaguman kepada para pembaca.Karya yang dihasilkan oleh pengarang adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan sezaman dan sesuai dengan pemikiran masyarakat pada ketika itu.Karya ini dicipta untuk dijadikan kebanggaan raja dan bangsanya kerana dalam penghasilannya kedudukan raja diangkat setaraf ataupun lebh tinggi berbanding raja-raja daripada kerajaan lain. Ghalibnya, Hikayat Merong Mahawangsa bukan hanya sekumpulan cerita khayalan yang disadur daripada pelbagai mitos dan unsur-unsur dongeng semata-mata, namun Hikayat Merong Mahawangsa merupakan suatu karya sejarah yang mengandungi nilai tertinggi dari kaca mata sejarawan.Hikayat ini juga dikatakan diakui sebagai sebuah karya berbentuk genre sastera sejarah oleh para sejarawan kini dan sering menjadi rujukan asas kepada golongan tersebut. Tuduhan bahawa hikayat ini “menyimpang jauh daripada kebenaran sejarah” , terbukti tidak tepat kerana berdasarkan penelitian khusus kita dapat rungkaikan bahawa pengarang telah mengemukakan cerita-cerita yang dikarangnya berlandaskan kovensi-kovensi penulisan sejarah tradisional masyarakat yang sezaman dengannya.20Jesteru itu, perlulah diingat bahawa sesebuah penulisan sejarah seperti Hikayat Merong Mahawangsa harus didekati dengan fikiran yang terbuka, tanpa prasangka dan dengan mempertimbangkan konsep nilai sejarah yang dipegang 20 Liaw Yock Fang,1975.Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik, Pustaka Nasional, Singapura, hlm. 226. 12
  • 13. oleh masyarakat sezamannya untuk memastikan penulisan tersebut terus kekal sebagai sebuah karya agung. 5.0 BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Haji Ismail (peny). 2007. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Bin Haji Lubis. 1965. Kisah Raja Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Awang Had Salleh. 1963. “Lindungan Bulan Kedah Tua”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1971. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Liaw Yock Fang, 1975. Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik, Pustaka Nasional Muhammad Hassan. 1928. Al- Tarikh silasilah Kedah, Pulau Pinang: Jelutong Press. Muhammad Yusof Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang hasil tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hawa Haji Salleh. Januari, Febuari dan Mac 1989. “Antara Mitos dan Realiti”, Kuala Lumpur: Dewan Sastera. Siti Hawa Salleh Haji Salleh (penyelenggaraan) 1991. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Yahya Bin Wan Muhammad. 1913. Silsilah atau tawarikh Negeri Kerja-an Kedah, 13
  • 14. Pulau Pinang:Jelutong Press. LAMPIRAN Gambar rajah di atas merujuk kepada naskah-naskah Hikayat Merong Mahawangsa yang dijadikan sumber rujukan utama dalam menghuraikan salasilah Kerajaan Negeri Kedah. Hikayat ini dikatakan mempunyai pelbagai versi namun Siti Hawa Haji Salleh iaitu pensyarah sejarah Malaysia di UKM yang juga merupakan individu yang banyak mengkaji mengenai hikayat ini telah menyenaraikan bahawa hanya 3 versi Hikayat Merong Mahawangsa yang boleh diguna pakai iaitu versi R. J Wilkinson, A.J Sturrock dan versi Ms. Maxwell. Walau bagaimanapun sehingga kinI sejarawan tidak dapat mengenalpasti siapakah penulis sebenar Hikayat Merong Mahawangsa yang asli malahan tarikh hikayat ini dikarang juga masih menjadi tanda tanya bagi para sejarawan. 14
  • 15. Sumber: Siti Hawa Salleh Haji Salleh (penyelenggaraan) 1991. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.) LAMPIRAN Raja Bersiong ialah nama gelaran bagi seorang Raja negeri Kedah yang berpusat di Lembah Bujang. Negeri Kedah pada masa ini adalah sebahagian dari Kerajaan Siam. Nama sebenar baginda ialah Raja Ong Maha Perita Deria.Baginda amat gemar memakan masakan gulai bayam. Pada suatu hari tukang masak Baginda seperti biasa telah ditugaskan untuk memasak gulai bayam. Tukang masak ini suka berangan-angan, tanpa disedari beliau telah terpotong jarinya sendiri. Darah dari jarinya telah termasuk ke dalam periuk gulai bayam yang akan dihidangkan kepada Raja Bersiong. Tukang masak ini telah menyembunyikan hal ini dari pengetahuan orang lain kerana tiada masa untuk menggantikan masakan ini dengan masakan yang lain. Baginda terasa kelainan pada masakan gulai bayam kali ini. Baginda telah bertanya kepada tukang masak tentang hal ini. Tukang masak telah mengaku akan kesalahannya membiarkan Baginda santap masakan yang telah bercampur dengan darah manusia. Baginda kemudian telah menitahkan pengawal memancung dan membunuh musuh-musuh baginda yang 15
  • 16. dipenjarakan untuk mendapatkan darah bagi dimasukkan kedalam masakan gulai bayam untuk santapan Raja Bersiong. Sumber: Rujukan laman web : http://sasterarakyat-kedah.com LAMPIRAN Gambar rajah di atas jelas menunjukkan kepada kita kedudukan Langkasuka iaitu sebuah tempat yang menjadi kawasan Merong Mahawangsa ditabalkan sebagai Raja oleh Kaum gergasi. Nama Langkasuka diberikan oleh Raja Merong Mahawangsa berlandaskan kepada keadaan ketika negeri tersebut dibina iaitu dalam keadaan suka ria. Walau bagaimanapun nama Langkasuka akhirnya ditukarkan kepada nama Negeri Kedah Zamin Turan tatkala pemerintahan Raja Merong Mahapudisat iaitu anak kepada Merong Mahawangsa. 16
  • 17. Sumber: Rujukan laman web : http://sasterarakyat-kedah.com LAMPIRAN RAJA MERONG MAHAWANGSA RAJA MERONG MAHAPUDISAT RAJA SERI MAHAWANGSA RAJA SERI MAHA INDERAWANGSA RAJA ONG MAHA PERITA DERIA RAJA ONG MAHAPUDISAT RAJA PHRA ONG MAHAWANGSA 17
  • 18. Berikut merupakan salasilah pemerintah-pemerintah Kerajaan Kedah menurut Hikayat Merong Mahawangsa. 18