SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN
2021
“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”
Tarikh : 19 MEI 2021 (Rabu)
Masa : 2.00 – 3.30 Petang
Tempat: Kediaman Masing-masing
Applikasi: Google Meet /Telegram / You Tube Live
PDPR seperti biasa sehingga pukul 1.40 tengah hari.
ATUR CARA MAJLIS
2.00 petang : Kehadiran Tuan Pengetua, Barisan pentadbir dan Guru-guru dalam Group
Telegram Warga GBS
Kehadiran guru (google form) : Cik Amutha A/P Panirsilvam
Kehadiran guru penasihat dan murid dalam Google Meet/Telegram
Persatuan/ Kelab masing-masing.
Ambil kehadiran ahli untuk perjumpaan Kelab dan Persatuan.
Perkongsian YouTube Link Live : Pn Ong Siew Mei
2.15 tengah hari : 1. Ucapan aluan Pengacara Majlis : Pn. Halizah Binti Ramthan
2. Pengenalan Pn Halizah
Bacaan Doa : En. Hisham Bin Iskhak
 3. Pengenalan Pn Halizah
Tayangan Video Klip Ucapan Menteri Kanan Pendidikan:
Datuk Dr. Mohd Radzi Bin Md Jidin
4. Pengenalan Pn Halizah
Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Pelajaran:
Y. Bhg Dr Habibah Abdul Rahim
 5. Pengenalan Pn Halizah
Ucapan Ketua Pengawas (Video Klip): Sdr Yong Jia Wei (5A1)
 6. Pengenalan Pn Halizah
Ucapan YDP PIBG : Y. Bhg Dato Ng Teng Yau
 7. Pengenalan Pn Halizah
Ucapan Tuan Pengetua : Tn. Hj. Mohd Nizam Bin Haji Abdullah
8. Pengenalan Pn Halizah
Ikrar Guru SMK Gajah Berang : Tn. Hj. Mohd Nizam Bin Haji Abdullah dan
Guru-guru
9. Pengenalan Pn Halizah
Video persembahan murid : (i) Video klip Pelajar Tingkatan 6
Sdr Tan Zhe Horng (6AF1)
Sdr Ng Wei Hoe (6AF1)
10. Pengenalan Pn Halizah
(ii) Tarian Baratnanatiyam
Sdri Karishnavy (3D)
11. Pengenalan Pn Halizah
(iii) Nyanyian solo oleh pengawas
Sdr Lee Wei Song (3C)
12. Pengenalan Pn Halizah
(iv) Video klip “A Teachers Day Special”
oleh murid Tingkatan 3A
Sdr Lim Yuan Keat
Sdr Caleb Lim Kai Le
Sdr Melvin Ng Yong Shiun
13. Pengenalan Pn Halizah
Pengumuman Anugerah Guru Terhebat : Pn Norinah Binti Mohd Noh
Pn Sabariah Binti Abu Bakar
Cik Nancie Saw
 14. Pengenalan Pn Halizah
Persembahan Multimedia Guru: En Amirul Amin Bin Rahmat
En Hisham Bin Ishak
15. Pengenalan Pn Halizah
Nyanyian Lagu Guru Malaysia :
Diketuai oleh : Tn. Hj. Mohd Nizam Bin Haji Abdullah
Pentadbir-pentadbir,
Guru-guru GBS
3.30 Petang : 16. Tamat (PN HALIZAH)
Teks pengacara majlis Hari Guru
1) BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAMSEJAHTERA…DAN
SELAMATPETANG
Yang Berusaha Tn Hj Mohd Nizam Bin Hj Abdullah
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang
Yang Berbahagia Datuk Ng Teng Yau
Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang
Yang Dihormati
En Mohammad SeriBin Bakar,
Guru Penolong Kanan Akademik,
Pn Chong Lily ,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn Soh Suat Chuee
Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum,
Pn Chew Foong Yin
Guru Pen Kanan Ting 6
Barisan Guru-guru Penolong Kanan Matapelajaran
Guru-guru diraikan serta para pelajar yang dikasihisekalian.
Assalammualaikum wbtdan salam sejahtera, salam ceria, di petang yang mulia ini.
Selamat datang ke Majlis SambutanHari Guru 2021 Peringkat SekolahMenengah
Kebangsaan Gajah Berang
Bersyukur kita kehadratAllah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya
dapat sama-sama kita berkumpulsecara maya untuk meraikan Sambutan Hari Guru
bagi Tahun 2021 dengan tema : “Berguru Demi Ilmu, Bina GenerasiBaharu”
Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme
bagi membina genarasibaharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan
tidak jemu memperlengkapkan dirinya dengan pelbagai pengetahuan , kemahiran dan
nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat.
Murid yang ada pada hari ini merupakan pewaris masa hadapan negara. Oleh hal
demikian, adalah penting untuk guru menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan
dan dahaga kepada ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi
baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.
2. Hadirin Sekelian
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA
KATA DISUSUNUNTUK KEBERKATAN,
SEMOGA KEBAIKAN DATANG JUA,
DOA TULUS PINTA DILAFAZKAN.
Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan
oleh En HishamBin Ishak Dijemputdengan hormatnya….
(bacaan doa)
Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga yang
baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.
3. Hadirin yang dihormati sekalian,
PUTIK BARU MEKAR DI LAMAN
KEMBANG KUDUP KUMBANG TERIKAT
HARGAIKUSEPANJANG ZAMAN
AGAR HIDUP BEROLEH BERKAT.
Seterusnya marilah kita sama-sama menonton Tayangan Video Klip Ucapan Menteri
Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Bin Md Jidin. Dipersilakan
(ucapan perutusan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
4. Seterusnya dipersilakan Cik Chan Ee Wen, untuk menayangkan Bacaan Perutusan
Ketua Pengarah Pendidikan Pelajaran Yang Berbahagia Dr Habibah Abdul Rahim
Dipersilakan.
(ucapan perutusan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
5. Sidang hadirin sekalian,
ANAK KECIL PERGI BERBURU
TIDAK TERBIASA DENGANKERJA YANG SIA
DARI KECIL DI ASUH GURU
AGAR DEWASA MENJADI MANUSIA
Majlis pada petang ini diteruskan dengan Video Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu
dipersilakan Saudara Yong Jia Wei selaku Ketua Pengawas untuk menyampaikan
ucapannya. Dipersilakan...
(ucapan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
6. Sidang hadirin sekalian,
DI MANA ADA KEMAHUAN
DI SITUADA JALAN
JASAMUGURU TAK AKAN DILUPAKAN
BUDIMUGURU SENTIASA DALAMINGATAN
Seterusnya majlis diteruskan dengan tayangan video ucapan Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang, Datuk Ng Teng Yau .Dipersilakan.
(ucapan)
Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.
7. Hadirin sekalian,
ANGINMENDERU DENGANSEPOINYA
DI ANAK TANGGA DUDUK BERPERIKAN
KASIH GURUAKANMURIDNYA
MASA DAN TENAGA RELA KOBANKAN
Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersembahkan video ucapan Tuan
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang, TN Hj Mohd Nizam Bin Hj
Abdullah. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.
(ucapan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan Tn Pengetua itu tadi.
8. Para hadirin sekelian
PALUANGENDANG PEMBUKA MAJLIS,
MODENTRADISIONAL BERSATUSENADA;
SETERUSNYA, BACAAN IKRARJADI PERINTIS,
BARISANGURU TERSENYUM BANGGA.
Baiklah hadirin sekalian majlis diteruskan dengan bacaan ikrar Guru SMK Gajah Berang.
Majlis menjemput Tn Pengetua Tn Hj Mohd Nizam Bin Abdullah untuk mengetuai
bacaan ikrar guru, mohon para guru berdiri dan on kan kamera di kediaman masing-
masing.
BACAAN IKRAR
Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada para guru diatas kerjasama yang
diberikan.
9. Majlis akan diserikan lagi dgn persembahan video klip Pelajar Ting 6 oleh Saudara
Tan Zhe Horng (6AF1) dan Saudara Ng Wei Hoe (6AF1) sama-sama lah kita saksikan
tayangan video ini.
TAYANGAN VIDEO PERSEMBAHAN TING 6
Terimakasih atas persembahan video tadi
10. Majlis diteruskan dengan tayangan video Persembahan Tarian Baratnanatiyam oleh
SaudariKarishnavy (3D) Dipersilakan.
TAYANGAN VIDEO TARIAN
Terimakasih SaudariKarishnavy atas persembahan tarian yang amat menarik tadi.
11. Majlis akan dimeriahkan lagi dgn tayangan video persembahan nyayian Solo oleh
Saudara Lee Wei Song (3C). Dipersilakan.
Terima kasih diatas persembahan itu tadi.
12. Majlis diteruskan dengan Persembahan seterusnya pula adalah video klip “ A
Teachers Day Special” Oleh beberapa orang Ting 3A Saudara Lim Yuan Keat, Saudara
Caleb Lim Kai Le dan Saudara Melvin Ng Yong Shiun. dipersilakan.
Terima kasih kepada kumpulan nyanyian itu tadi.
13. Sidang hadirin sekalian
Seterusnya majlis ingin mengumumkan Anugerah Guru Terhebat yang telah dipilih oleh
Para pelajar SMK Gajah Berang. Pemenang Anugerah Guru Terhebat SMK Gajah Berang
2021 terdiridari:
1. Pn Norinah Binti Mohd Noh
2. Pn Sabariah Binti Abu Bakar
3. Cik Nancie Saw
Tahniah diucapkan kepada para pemenang Anugerah guru Terhebat, semoga anda
semua terus cemerlang di masa akan datang.
14. Para hadirin sekelian
Majlis diteruskan dengan persembahan Multimedia Guru yang disediakan oleh EN
Amirul Amin Bin Rahmat dan En Hisham Bin Ishak. Marilah sama-sama kita saksikan.
Tayangan Persembahan
Terimaksih diucapkan kepada En Amirul Amin Bin Rahmat dan En Hisham Bin Ishak
yang telah sudimenyediakan persembahan Multimedia Guru itu tadi.
15. Sidang hadirin sekalian,
Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia oleh barisan guru-guru kita yang diketuai
oleh Tn Hj Mohd NizamBin HajiAbdulllah, pentadbir-pentadbir dan Guru-guru GBS.
Dipersilakan....
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.
16. Sidang hadirin yang dimuliakan,
ANDAI BERKAYUH DAH SAMPAI KESEBERANG
ANDAI MEMANJATDAH SAMPAI KEPUCUK
ANDAI MENDAKI DAH SAMPAI KEPUNCAK
SETIAP YANG BERMULA PASTI AKANBERAKHIR
BEGITUJUGA DENGANMAJLIS KITA PADA HARI INI
Sebagai penutup bicara,
SISIRPELEPAH MERAUTLIDI,
MENGANYAM DAUNATAP JERAMI,
YANG INDAH, YANG BERSERI BAWALAH PERGI
YANG CACAT YANG KEJI TINGGALKANBUATKAMI.
DAGANG SINGGAH MEMBELI KAJANG,
TAMBAT PERAHU DI MUARA DELI.
KALAUADA UMUR YANG PANJANG,
INSYAALLAH, BOLEH KITA BERJUMPA LAGI.
Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada Allah
SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan
kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang
kami pinta.
CIKGU,
BIARPUNKITA PENATBERDIRI,
TAPI JANGANPENAT MEMBERI,
BIARKITA LELAH TERDUDUK,
NAMUN JANGAN LELAH MEMBENTUK,
BIARKITA PENAT BERCAKAP,
TAPI JANGANPUTUS BERHARAP,
BERGURU DEMI ILMU,
BINA GENERASI BAHARU,
SELAMATHARI GURU
TERIMA KASIH CIKGU.
SEKIAN.SALAMSEJAHTERA WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM
WBT…

More Related Content

What's hot

Ulasan guru kelas
Ulasan guru kelasUlasan guru kelas
Ulasan guru kelasWan Ikram
 
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruContoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruputeracho
 
Teks Pengacara Sukan Sekolah
Teks Pengacara Sukan SekolahTeks Pengacara Sukan Sekolah
Teks Pengacara Sukan SekolahChe'gu Eni
 
Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk da...
Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk da...Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk da...
Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk da...Humairah Fakri
 
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014Joyce Robert
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxasmirahn
 
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagiContoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagiSalahhuddin Salleh
 
Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1norihaharino
 
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharuSkrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharuSanusi Mohd
 
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durianTeks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durianJOHOR IS DA BEST
 
Skrip pengacara majlis program galakan membaca
Skrip pengacara majlis program galakan membacaSkrip pengacara majlis program galakan membaca
Skrip pengacara majlis program galakan membacasyazwan bazli
 
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun GuruTeks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun GuruSuryadi Lagga
 
Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Noramaly AFiqa
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgrozitabtzain
 
Teks pengacaraan majlis khatam alquran
Teks pengacaraan majlis khatam alquranTeks pengacaraan majlis khatam alquran
Teks pengacaraan majlis khatam alquranNor Azlina
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanRazah Dollah
 
Teks Pengacara Majlis Restu Ilmu
Teks Pengacara Majlis Restu IlmuTeks Pengacara Majlis Restu Ilmu
Teks Pengacara Majlis Restu IlmuSuryadi Lagga
 
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppContoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppHairu Nizam
 

What's hot (20)

Ulasan guru kelas
Ulasan guru kelasUlasan guru kelas
Ulasan guru kelas
 
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruContoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
 
Teks Pengacara Sukan Sekolah
Teks Pengacara Sukan SekolahTeks Pengacara Sukan Sekolah
Teks Pengacara Sukan Sekolah
 
Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk da...
Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk da...Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk da...
Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk da...
 
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
 
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagiContoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
 
Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1
 
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharuSkrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
 
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durianTeks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
 
Skrip pengacara majlis program galakan membaca
Skrip pengacara majlis program galakan membacaSkrip pengacara majlis program galakan membaca
Skrip pengacara majlis program galakan membaca
 
Teks pengacara majlis maulidur rasul
Teks pengacara majlis maulidur rasulTeks pengacara majlis maulidur rasul
Teks pengacara majlis maulidur rasul
 
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun GuruTeks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
 
Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
 
Teks pengacaraan majlis khatam alquran
Teks pengacaraan majlis khatam alquranTeks pengacaraan majlis khatam alquran
Teks pengacaraan majlis khatam alquran
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
 
Teks Pengacara Majlis Restu Ilmu
Teks Pengacara Majlis Restu IlmuTeks Pengacara Majlis Restu Ilmu
Teks Pengacara Majlis Restu Ilmu
 
Ucapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajarUcapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajar
 
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppContoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
 

Similar to BERGURU UNTUK MASA DEPAN

TEKS HARI KEUSAHAWANAAN.docx
TEKS HARI KEUSAHAWANAAN.docxTEKS HARI KEUSAHAWANAAN.docx
TEKS HARI KEUSAHAWANAAN.docxRichardWong129305
 
Teks mc hari guru 2020
Teks mc hari guru 2020Teks mc hari guru 2020
Teks mc hari guru 2020ezaneemohd
 
Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013
Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013
Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013Anis Lisa Ahmad
 
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docxNawalNordin
 
SKRIP-PENGACARA-GRADUASI-2019.docx
SKRIP-PENGACARA-GRADUASI-2019.docxSKRIP-PENGACARA-GRADUASI-2019.docx
SKRIP-PENGACARA-GRADUASI-2019.docxSITIFADZILAHBINTIMOH
 
Teks pengacaraan
Teks pengacaraanTeks pengacaraan
Teks pengacaraanikin5474
 
Skrip hari kokurikulum
Skrip hari kokurikulumSkrip hari kokurikulum
Skrip hari kokurikulumRohaya Ishak
 
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docxdokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docxSHAHRIMANBINHUSSINMo
 
Panduan mc wisuda 2014
Panduan mc wisuda 2014Panduan mc wisuda 2014
Panduan mc wisuda 2014danil wanda
 
BP Program Kasih Ramadhan.pdf sk masanoi
BP Program Kasih Ramadhan.pdf sk masanoiBP Program Kasih Ramadhan.pdf sk masanoi
BP Program Kasih Ramadhan.pdf sk masanoiMUNIRAHBINTIMUHAMMAD1
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineMaimunah Sibli
 
BROSUR HARI GURU 2022.pptx
BROSUR HARI GURU 2022.pptxBROSUR HARI GURU 2022.pptx
BROSUR HARI GURU 2022.pptxHasniMohdZain1
 
Teks_MC_Majlis_Perasmian_Hari_Orientasi.docx
Teks_MC_Majlis_Perasmian_Hari_Orientasi.docxTeks_MC_Majlis_Perasmian_Hari_Orientasi.docx
Teks_MC_Majlis_Perasmian_Hari_Orientasi.docxSITIJULIABINTIJUSOHM
 
Teks progrm pnyayang
Teks progrm pnyayangTeks progrm pnyayang
Teks progrm pnyayanghafisah262
 
BUKU PROGRAM PENUTUP TRANSISI TAHUN 1.pptx
BUKU PROGRAM PENUTUP TRANSISI TAHUN 1.pptxBUKU PROGRAM PENUTUP TRANSISI TAHUN 1.pptx
BUKU PROGRAM PENUTUP TRANSISI TAHUN 1.pptxImranHanna
 
Pamplet Jamuan Pemimpin Kecil 2023.pdf
Pamplet Jamuan Pemimpin Kecil 2023.pdfPamplet Jamuan Pemimpin Kecil 2023.pdf
Pamplet Jamuan Pemimpin Kecil 2023.pdfTurmuziZakaria1
 

Similar to BERGURU UNTUK MASA DEPAN (20)

TEKS HARI KEUSAHAWANAAN.docx
TEKS HARI KEUSAHAWANAAN.docxTEKS HARI KEUSAHAWANAAN.docx
TEKS HARI KEUSAHAWANAAN.docx
 
teks mc hari guru 2022.docx
teks mc hari guru 2022.docxteks mc hari guru 2022.docx
teks mc hari guru 2022.docx
 
Teks mc hari guru 2020
Teks mc hari guru 2020Teks mc hari guru 2020
Teks mc hari guru 2020
 
Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013
Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013
Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013
 
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
 
SKRIP-PENGACARA-GRADUASI-2019.docx
SKRIP-PENGACARA-GRADUASI-2019.docxSKRIP-PENGACARA-GRADUASI-2019.docx
SKRIP-PENGACARA-GRADUASI-2019.docx
 
Teks pengacaraan
Teks pengacaraanTeks pengacaraan
Teks pengacaraan
 
Skrip hari kokurikulum
Skrip hari kokurikulumSkrip hari kokurikulum
Skrip hari kokurikulum
 
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docxdokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
 
Panduan mc wisuda 2014
Panduan mc wisuda 2014Panduan mc wisuda 2014
Panduan mc wisuda 2014
 
BP Program Kasih Ramadhan.pdf sk masanoi
BP Program Kasih Ramadhan.pdf sk masanoiBP Program Kasih Ramadhan.pdf sk masanoi
BP Program Kasih Ramadhan.pdf sk masanoi
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
 
Teks Pengacara Mesyuarat Agung PIBG
Teks Pengacara Mesyuarat Agung PIBGTeks Pengacara Mesyuarat Agung PIBG
Teks Pengacara Mesyuarat Agung PIBG
 
BROSUR HARI GURU 2022.pptx
BROSUR HARI GURU 2022.pptxBROSUR HARI GURU 2022.pptx
BROSUR HARI GURU 2022.pptx
 
majlis hrjd.pdf
majlis hrjd.pdfmajlis hrjd.pdf
majlis hrjd.pdf
 
Teks_MC_Majlis_Perasmian_Hari_Orientasi.docx
Teks_MC_Majlis_Perasmian_Hari_Orientasi.docxTeks_MC_Majlis_Perasmian_Hari_Orientasi.docx
Teks_MC_Majlis_Perasmian_Hari_Orientasi.docx
 
Teks progrm pnyayang
Teks progrm pnyayangTeks progrm pnyayang
Teks progrm pnyayang
 
BUKU PROGRAM PENUTUP TRANSISI TAHUN 1.pptx
BUKU PROGRAM PENUTUP TRANSISI TAHUN 1.pptxBUKU PROGRAM PENUTUP TRANSISI TAHUN 1.pptx
BUKU PROGRAM PENUTUP TRANSISI TAHUN 1.pptx
 
Pamplet Jamuan Pemimpin Kecil 2023.pdf
Pamplet Jamuan Pemimpin Kecil 2023.pdfPamplet Jamuan Pemimpin Kecil 2023.pdf
Pamplet Jamuan Pemimpin Kecil 2023.pdf
 
Text MC Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Text MC Majlis Sambutan Maulidur RasulText MC Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Text MC Majlis Sambutan Maulidur Rasul
 

BERGURU UNTUK MASA DEPAN

  • 1. MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2021 “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” Tarikh : 19 MEI 2021 (Rabu) Masa : 2.00 – 3.30 Petang Tempat: Kediaman Masing-masing Applikasi: Google Meet /Telegram / You Tube Live PDPR seperti biasa sehingga pukul 1.40 tengah hari. ATUR CARA MAJLIS 2.00 petang : Kehadiran Tuan Pengetua, Barisan pentadbir dan Guru-guru dalam Group Telegram Warga GBS Kehadiran guru (google form) : Cik Amutha A/P Panirsilvam Kehadiran guru penasihat dan murid dalam Google Meet/Telegram Persatuan/ Kelab masing-masing. Ambil kehadiran ahli untuk perjumpaan Kelab dan Persatuan. Perkongsian YouTube Link Live : Pn Ong Siew Mei 2.15 tengah hari : 1. Ucapan aluan Pengacara Majlis : Pn. Halizah Binti Ramthan 2. Pengenalan Pn Halizah Bacaan Doa : En. Hisham Bin Iskhak  3. Pengenalan Pn Halizah Tayangan Video Klip Ucapan Menteri Kanan Pendidikan: Datuk Dr. Mohd Radzi Bin Md Jidin 4. Pengenalan Pn Halizah Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Pelajaran: Y. Bhg Dr Habibah Abdul Rahim  5. Pengenalan Pn Halizah Ucapan Ketua Pengawas (Video Klip): Sdr Yong Jia Wei (5A1)  6. Pengenalan Pn Halizah Ucapan YDP PIBG : Y. Bhg Dato Ng Teng Yau  7. Pengenalan Pn Halizah Ucapan Tuan Pengetua : Tn. Hj. Mohd Nizam Bin Haji Abdullah 8. Pengenalan Pn Halizah Ikrar Guru SMK Gajah Berang : Tn. Hj. Mohd Nizam Bin Haji Abdullah dan Guru-guru 9. Pengenalan Pn Halizah Video persembahan murid : (i) Video klip Pelajar Tingkatan 6 Sdr Tan Zhe Horng (6AF1) Sdr Ng Wei Hoe (6AF1) 10. Pengenalan Pn Halizah (ii) Tarian Baratnanatiyam Sdri Karishnavy (3D) 11. Pengenalan Pn Halizah (iii) Nyanyian solo oleh pengawas Sdr Lee Wei Song (3C)
  • 2. 12. Pengenalan Pn Halizah (iv) Video klip “A Teachers Day Special” oleh murid Tingkatan 3A Sdr Lim Yuan Keat Sdr Caleb Lim Kai Le Sdr Melvin Ng Yong Shiun 13. Pengenalan Pn Halizah Pengumuman Anugerah Guru Terhebat : Pn Norinah Binti Mohd Noh Pn Sabariah Binti Abu Bakar Cik Nancie Saw  14. Pengenalan Pn Halizah Persembahan Multimedia Guru: En Amirul Amin Bin Rahmat En Hisham Bin Ishak 15. Pengenalan Pn Halizah Nyanyian Lagu Guru Malaysia : Diketuai oleh : Tn. Hj. Mohd Nizam Bin Haji Abdullah Pentadbir-pentadbir, Guru-guru GBS 3.30 Petang : 16. Tamat (PN HALIZAH)
  • 3. Teks pengacara majlis Hari Guru 1) BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAMSEJAHTERA…DAN SELAMATPETANG Yang Berusaha Tn Hj Mohd Nizam Bin Hj Abdullah Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang Yang Berbahagia Datuk Ng Teng Yau Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang Yang Dihormati En Mohammad SeriBin Bakar, Guru Penolong Kanan Akademik, Pn Chong Lily , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Soh Suat Chuee Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum, Pn Chew Foong Yin Guru Pen Kanan Ting 6 Barisan Guru-guru Penolong Kanan Matapelajaran Guru-guru diraikan serta para pelajar yang dikasihisekalian. Assalammualaikum wbtdan salam sejahtera, salam ceria, di petang yang mulia ini. Selamat datang ke Majlis SambutanHari Guru 2021 Peringkat SekolahMenengah Kebangsaan Gajah Berang Bersyukur kita kehadratAllah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpulsecara maya untuk meraikan Sambutan Hari Guru bagi Tahun 2021 dengan tema : “Berguru Demi Ilmu, Bina GenerasiBaharu” Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina genarasibaharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan
  • 4. tidak jemu memperlengkapkan dirinya dengan pelbagai pengetahuan , kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat. Murid yang ada pada hari ini merupakan pewaris masa hadapan negara. Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan. 2. Hadirin Sekelian AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA KATA DISUSUNUNTUK KEBERKATAN, SEMOGA KEBAIKAN DATANG JUA, DOA TULUS PINTA DILAFAZKAN. Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh En HishamBin Ishak Dijemputdengan hormatnya…. (bacaan doa) Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah. 3. Hadirin yang dihormati sekalian, PUTIK BARU MEKAR DI LAMAN KEMBANG KUDUP KUMBANG TERIKAT HARGAIKUSEPANJANG ZAMAN AGAR HIDUP BEROLEH BERKAT. Seterusnya marilah kita sama-sama menonton Tayangan Video Klip Ucapan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Bin Md Jidin. Dipersilakan (ucapan perutusan) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. 4. Seterusnya dipersilakan Cik Chan Ee Wen, untuk menayangkan Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Pelajaran Yang Berbahagia Dr Habibah Abdul Rahim Dipersilakan. (ucapan perutusan) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. 5. Sidang hadirin sekalian,
  • 5. ANAK KECIL PERGI BERBURU TIDAK TERBIASA DENGANKERJA YANG SIA DARI KECIL DI ASUH GURU AGAR DEWASA MENJADI MANUSIA Majlis pada petang ini diteruskan dengan Video Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu dipersilakan Saudara Yong Jia Wei selaku Ketua Pengawas untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan... (ucapan) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. 6. Sidang hadirin sekalian, DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITUADA JALAN JASAMUGURU TAK AKAN DILUPAKAN BUDIMUGURU SENTIASA DALAMINGATAN Seterusnya majlis diteruskan dengan tayangan video ucapan Yang Di Pertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang, Datuk Ng Teng Yau .Dipersilakan. (ucapan) Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi. 7. Hadirin sekalian, ANGINMENDERU DENGANSEPOINYA DI ANAK TANGGA DUDUK BERPERIKAN KASIH GURUAKANMURIDNYA MASA DAN TENAGA RELA KOBANKAN Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersembahkan video ucapan Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang, TN Hj Mohd Nizam Bin Hj Abdullah. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya. (ucapan) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan Tn Pengetua itu tadi. 8. Para hadirin sekelian PALUANGENDANG PEMBUKA MAJLIS, MODENTRADISIONAL BERSATUSENADA; SETERUSNYA, BACAAN IKRARJADI PERINTIS, BARISANGURU TERSENYUM BANGGA.
  • 6. Baiklah hadirin sekalian majlis diteruskan dengan bacaan ikrar Guru SMK Gajah Berang. Majlis menjemput Tn Pengetua Tn Hj Mohd Nizam Bin Abdullah untuk mengetuai bacaan ikrar guru, mohon para guru berdiri dan on kan kamera di kediaman masing- masing. BACAAN IKRAR Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada para guru diatas kerjasama yang diberikan. 9. Majlis akan diserikan lagi dgn persembahan video klip Pelajar Ting 6 oleh Saudara Tan Zhe Horng (6AF1) dan Saudara Ng Wei Hoe (6AF1) sama-sama lah kita saksikan tayangan video ini. TAYANGAN VIDEO PERSEMBAHAN TING 6 Terimakasih atas persembahan video tadi 10. Majlis diteruskan dengan tayangan video Persembahan Tarian Baratnanatiyam oleh SaudariKarishnavy (3D) Dipersilakan. TAYANGAN VIDEO TARIAN Terimakasih SaudariKarishnavy atas persembahan tarian yang amat menarik tadi. 11. Majlis akan dimeriahkan lagi dgn tayangan video persembahan nyayian Solo oleh Saudara Lee Wei Song (3C). Dipersilakan. Terima kasih diatas persembahan itu tadi. 12. Majlis diteruskan dengan Persembahan seterusnya pula adalah video klip “ A Teachers Day Special” Oleh beberapa orang Ting 3A Saudara Lim Yuan Keat, Saudara Caleb Lim Kai Le dan Saudara Melvin Ng Yong Shiun. dipersilakan. Terima kasih kepada kumpulan nyanyian itu tadi. 13. Sidang hadirin sekalian Seterusnya majlis ingin mengumumkan Anugerah Guru Terhebat yang telah dipilih oleh Para pelajar SMK Gajah Berang. Pemenang Anugerah Guru Terhebat SMK Gajah Berang 2021 terdiridari: 1. Pn Norinah Binti Mohd Noh 2. Pn Sabariah Binti Abu Bakar 3. Cik Nancie Saw
  • 7. Tahniah diucapkan kepada para pemenang Anugerah guru Terhebat, semoga anda semua terus cemerlang di masa akan datang. 14. Para hadirin sekelian Majlis diteruskan dengan persembahan Multimedia Guru yang disediakan oleh EN Amirul Amin Bin Rahmat dan En Hisham Bin Ishak. Marilah sama-sama kita saksikan. Tayangan Persembahan Terimaksih diucapkan kepada En Amirul Amin Bin Rahmat dan En Hisham Bin Ishak yang telah sudimenyediakan persembahan Multimedia Guru itu tadi. 15. Sidang hadirin sekalian, Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia oleh barisan guru-guru kita yang diketuai oleh Tn Hj Mohd NizamBin HajiAbdulllah, pentadbir-pentadbir dan Guru-guru GBS. Dipersilakan.... Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi. 16. Sidang hadirin yang dimuliakan, ANDAI BERKAYUH DAH SAMPAI KESEBERANG ANDAI MEMANJATDAH SAMPAI KEPUCUK ANDAI MENDAKI DAH SAMPAI KEPUNCAK SETIAP YANG BERMULA PASTI AKANBERAKHIR BEGITUJUGA DENGANMAJLIS KITA PADA HARI INI Sebagai penutup bicara, SISIRPELEPAH MERAUTLIDI, MENGANYAM DAUNATAP JERAMI, YANG INDAH, YANG BERSERI BAWALAH PERGI YANG CACAT YANG KEJI TINGGALKANBUATKAMI. DAGANG SINGGAH MEMBELI KAJANG, TAMBAT PERAHU DI MUARA DELI. KALAUADA UMUR YANG PANJANG, INSYAALLAH, BOLEH KITA BERJUMPA LAGI. Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami pinta.
  • 8. CIKGU, BIARPUNKITA PENATBERDIRI, TAPI JANGANPENAT MEMBERI, BIARKITA LELAH TERDUDUK, NAMUN JANGAN LELAH MEMBENTUK, BIARKITA PENAT BERCAKAP, TAPI JANGANPUTUS BERHARAP, BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU, SELAMATHARI GURU TERIMA KASIH CIKGU. SEKIAN.SALAMSEJAHTERA WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…