SlideShare a Scribd company logo
1 of 34
Download to read offline
SMN6044
                ISU-ISU KONTEMPORARI
          DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK


               TUGASAN 4 : PROJEK SCHOOL-BASED
MENGGUNAKAN TEKNIK MEMANAH UNTUK MENGENAL PASTI SISI DALAM

SEBUAH SEGITIGA BERSUDUT TEPAT 𝟗𝟎 𝟎 DAN PENGGUNAAN KONSEP AH SOH

              INI TOA CAH BAGI TAJUK TRIGONOMETRI


                   SEMESTER 2 SESI 2011/2012

            NAMA                         NO. MATRIK
        NORHASSEME
                                       M20112001422
      BINTI MOHD DAUD
         MAWADDAH
                                       M20112001456
        BINTI IBRAHIM
     SITI NOR FADZLINDA
                                       M20112001463
      BINTI KAMARUDIN
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik




                            Isi Kandungan



Abstrak                                                           3

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu                    4

Fokus Kajian                                                      6

Objektif Kajian                                                   7

Kumpulan Sasaran                                                  7

Pelaksanaan Kajian                                                8

Kesimpulan                                                        21

Lampiran                                                          22

Rujukan                                                           34




                                     2
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

 MENGGUNAKAN TEKNIK MEMANAH UNTUK MENGENAL PASTI SISI DALAM

SEBUAH SEGITIGA BERSUDUT TEPAT 𝟗𝟎 𝟎 DAN PENGGUNAAN KONSEP AH SOH

                      INI TOA CAH BAGI TAJUK TRIGONOMETRI


                                             OLEH


                  NORHASSEME BINTI MOHD DAUD   M20112001422
                  MAWADDAH BINTI IBRAHIM       M20112001456
                           SMK BATU UNJUR, KLANG


              SITI NOR FADZLINDA BINTI KAMARUDIN M20112001463
                       SMK BUKIT JANA KAMUNTING, PERAK



                                          ABSTRAK


Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pelajar Tingkatan 5 Firus aliran sastera SMK
Batu Unjur, Klang mewakili kategori sekolah Bandar manakala SMK Bukit Jana Kamunting,
Perak mewakili kategori sekolah luar Bandar dalam subtopik Trigonometri. Seramai 30 orang
pelajar tingkatan 5 Firus SMK Batu Unjur dan 34 orang pelajar tingkatan 5 MPV SMK Bukit
Jana Kamunting terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah
pemerhatian dan temu bual. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar keliru untuk mengenalpasti sisi
bertentangan (Opposite) dengan sisi bersebelahan (Adjacent) dalam sebuah segitiga bersudut
tepat 900 , pelajar juga mudah lupa kaedah mengenal pasti sisi tersebut walaupun telah dipelajari.
Temubual yang dijalankan mendapati hampir keseluruhan pelajar tersebut menyatakan faktor
utama permasalahan mereka adalah melibatkan bahasa pengantar yang digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk
meningkatkan kefahaman pelajar dengan menggunakan teknik memanah untuk mengenalpasti
sisi-sisi dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 di samping mempelbagaikan penggunaan
bahasa agar mudah difahami oleh pelajar dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 2
minggu.




                                                3
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

1.0      REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU


         Pelajar kelas 5 Firus dan 5 MPV merupakan pelajar aliran sastera dan juga merupakan

kelas terakhir dalam Tingkatan 5 di SMK Batu Unjur dan SMK Bukit Jana Kamunting. Apabila

subtopik Trigonometri diajar, hampir satu kelas tidak dapat menjawab soalan yang diberi.

Latihan tersebut kami tatap dengan rasa kecewa, marah dan sedih. Pelajar tidak dapat menjawab

satu soalan pun walaupun soalan yang diberikan adalah asas bagi topik trigonometri. Apabila

kami nyatakan kekecewaan kami kepada rakan-rakan seperjuangan, maklum balas yang diterima

tidak banyak membantu. Antaranya “Mereka memang lemah, peperiksaan apa pun akan gagal”.



         Kami berasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Setelah

dikaji dan soal siasat pelajar-pelajar ini, antara sebab-sebab yang menyebabkan mereka gagal

dalam mengenal pasti sisi dalam sebuah segitiga adalah :

(i) pelajar sering keliru di antara sisi bertentangan (Opposite) dengan sisi bersebelahan

      (Adjacent). Jawapan mereka sering tertukar di antara sisi bertentangan (Opposite) dengan sisi

      bersebelahan (Adjacent).

(ii) pelajar mudah lupa dengan kaedah untuk mengenalpasti sisi-sisi dalam trigonometri yang

      telah dipelajari mereka.

(iii) pelajar kurang faham dengan P&P yang mengunakan dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa

      pengantar. Ini menyebabkan mereka kurang minat dengan pengajaran yang disampaikan dan

      akhirnya pelajar-pelajar ini membuat bising dan ada juga di antara mereka akan tidur semasa

      proses P&P.




                                                  4
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

Jika pelajar tidak memahami segala penyampaian dan pengajaran guru semasa proses pengajaran dan

pembelajaran kerana penggunaan bahasa maka pastinya ia akan membawa kepada masalah

pembelajaran kepada pelajar tersebut (Jumrang ,2004). Kami tertanya-tanya adakah kegagalan

murid mengenal pasti sisi adakah disebabkan pengajaran kami selama ini seperti :


(i) Selama ini kami mengajar hanya sekadar “syok sendiri” tanpa memperdulikan tahap

    kefahaman murid.

(ii) Kami beranggapan konsep ini terlalu mudah untuk murid menguasainya sedangkan tahap

    pemikiran mereka tidak sama dengan kami.



Ini menyebabkan pelajar-pelajar ini gagal menguasai asas trigonometri walaupun sepatutnya

topik ini sepatutnya mudah dan tidak mendatangkan masalah.



           Selain itu, kami memilih untuk topik trigonometri ini kerana secara kebetulan isu yang

kami hadapi di sekolah kami adalah sama, pelajar sukar membezakan sisi-sisi dalam

trigonometri. Maklum balas yang diberikan oleh pelajar-pelajar ini menyebabkan kami terdorong

untuk menjalankan satu kajian tindakan untuk mengatasi masalah ini sekaligus dapat membantu

pelajar-pelajar. Tambahan pula topik ini akan diuji dalam Kertas Satu Matematik SPM (1449/1).



           Kami akan menggunakan pendekatan dengan menggunakan konsep memanah serta

disusuli dengan kaedah mudah untuk mengingati formula trigonometri yang sering

menggelirukan pelajar dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami iaitu dengan

menambah baik konsep SOH CAH TOA menjadi ah SOA itu TOA CAH agar mudah diingati

pelajar.


                                                 5
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

2.0   FOKUS KAJIAN

      Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, masalah utama yang

      dihadapi pelajar dalam topik ini ialah :

      (a) Pelajar gagal menguasai asas trigonometri.

      (b) Pelajar keliru dalam mengenalpasti sisi bersebelahan (Adjacent) dan sisi bertentangan

         (Opposite).

      (c) Pelajar gagal mengingati formula Sinus (Sine), Kosinus (Cosine) dan Tangen

         (Tangent). Masalah ini berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar adalah disebabkan

         sikap pelajar yang kurang faham dengan bahasa pengantar yang digunakan oleh guru

         semasa P&P sekaligus menyebabkan mereka hilang minat untuk mempelajari topik

         tersebut.



             Pelajar masih tidak dapat menguasai topik trigonometri ini keraan guru tidak

      inovatif dalam menggunakan kaedah yang mudah dan berkesan dalam penyampaian P&P

      dan ini akhirnya akan menyebabkan pelajar-pelajar hilang minat untuk menguasai

      kemahiran dalam topik ini. Ini akhirnya akan menyebabkan pelajar mengelak untuk

      menjawab soalan yang berkaitan topik ini walaupun ia adalah soalan wajib yang

      menyumbangkan banyak markah.



             Pendekatan konsep memanah dan SOH CAH TOA yang akan kami gunakan nanti

      diharapkan dapat membantu dan mengubah persepsi pelajar tentang topik ini dan

      mengganggap matapelajaran Matematik ini bukanlah satu fobia bagi mereka tetapi

      merupakan satu matapelajaran yang mudah dan menarik untuk dipelajari.



                                                 6
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

 3.1 Objektif Am :

      Tujuan kajian ini adalah agar pelajar dapat menggunakan pendekatan memanah untuk

      mengenalpasti sisi dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 .



 3.2 Objektif Khusus :

      (a) Pelajar dapat mengenalpasti sisi-sisi dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 .

      (b) Pelajar dapat menamakan sisi-sisi dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 dengan

         betul.

      (c) Pelajar dapat mengaplikasi formula-formula trigonometri dalam menyelesaikan

         masalah berkaitan sisi-sisi dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 .

      (d) Pelajar dapat memahami dan menggunakan bahasa yang digunakan oleh guru dalam

         P&P dan juga apabila menjawab soalan kelak.

      (e) Kefahaman dan minat pelajar akan meningkat.



4.0   KUMPULAN SASARAN

      Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang gagal menguasai topik dari 30 orang pelajar

      kelas 5 Firus yang mewakili sekolah bandar manakala 34 orang pelajar kelas 5 MPV

      yang mewakili sekolah luar bandar.




                                               7
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

5.0   PELAKSANAAN KAJIAN

 5.1 Tinjauan Masalah

      Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, temu

      bual dan soal selidik.



      5.1.1   Pemerhatian

      Kami telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran

      dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan

      pelajar didapati seperti kebiasaannya kurang bersungguh dan mengambil bahagian di

      dalam aktiviti P&P yang dijalankan. Pemerhatian juga dilakukan selepas kajian

      dilaksanakan melalui respon soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra

      yang diberi setelah kaedah pendekatan yang berlainan diberikan.



      5.1.2   Temu Bual

      Kaedah lain yang kami gunakan ialah temu bual yang mana dilakukan secara tidak

      formal terhadap pelajar-pelajar kumpulan sasaran. Temubual ini secara tidak langsung

      dapat mengenali punca sebenar pelajar tidak dapat menguasai topik Trigonometri iaitu

      Sinus, Kosinus dan Tangen.



      5.1.3   Soal Selidik

      Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan

      maklum balas pelajar berkenaan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran

      Matematik dan kemahiran penguasaan topik Trigonometri iaitu Sinus, Kosinus, dan



                                             8
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

    Tangen. Borang ini diisi oleh pelajar-pelajar adalah bertujuan untuk mendapatkan

    maklumat yang tepat bagi mengetahui maklum balas pelajar-pelajar sebelum dan selepas

    teknik ini diperkenalkan. (Rujuk Jadual 1)



    5.1.4   Ujian Pra Dan Ujian Pos

    Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman

    konsep mengenai topik trigonometri iaitu Sinus, Kosinus dan Tangen. Ujian pra ini

    dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Item ujian pra ini terdiri daripada 5 soalan

    subjektif dan pelajar-pelajar dikehendaki mengenal pasti sisi-sisi dalam sebuah segi tiga

    tepat dan seterusnya mencari nilai Sinus, Kosinus dan Tangen bagi sudut yang diberi.

    Tempoh masa menjawab ialah 20 minit. Selepas kami menyemak jawapan pelajar, kami

    tidak memulangkan kertas jawapan pelajar dan tidak membincangkan jawapannya,

    sebaliknya kami telah memperkenalkan “Teknik Memanah” untuk mengenalpasti sisi-sisi

    dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 disamping mempelbagaikan penggunaan

    bahasa agar formula trigonometri mudah difahami dan diingati oleh pelajar. Setelah

    “Teknik Memanah” diperkenalkan, pelajar diminta untuk menjawab ujian pos.



5.2 Analisis Tinjauan Masalah

    5.2.1   Analisis Pemerhatian

    Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan kepada kumpulan sasaran 5 Firus

    SMK Batu Unjur ialah:

    (a) Pelajar boleh mengenalpasti sisi bersebelahan (Adjacent) dan sisi bertentangan

       (Opposite) dengan tepat.



                                            9
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

(b) Pelajar mudah untuk mengingati formula untuk mengenalpasti sisi-sisi trigonometri

   yang telah dipelajari oleh mereka.

(c) Pelajar faham dengan istilah-istilah dalam topik tigonometri ini yang mengunakan

   bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.



Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan kepada kumpulan sasaran 5 MPV SMK

Bukit Jana Kamunting pula ialah :

(a) Pelajar dapat mengenalpasti sisi bersebelahan (Adjacent) dan sisi bertentangan

   (Opposite) dengan mudah.

(b) Pelajar boleh menyatakan formula-formula yang akan digunakan dalam trigonometri

   seperti Sinus, Kosinus dan Tangen.

(c) Pelajar berminat dengan mata pelajaran Matematik kerana faham dengan bahasa

   pengantar pembelajaran yang digunakan.

(d) Pelajar merasakan topik trigonometri ini adalah mudah sebenarnya.



5.2.2    Analisis Temu Bual

Melalui temubual yang dijalankan secara tidak formal yang telah dijalankan kepada

sebahagian pelajar-pelajar :

(a) 5 Firus SMK Batu Unjur (kategori sekolah Bandar), antara respon yang diterima bagi

   topik ini ialah:

   (i) Tidak tahu beza yang mana satu sisi bersebelahan (Adjacent) dan sisi bertentangan

        (Opposite).

   (ii) Tidak faham apa itu Sine (Sinus), Cosine (Kosinus) dan Tangent (Tangen) dan



                                        10
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

        cara untuk mengaplikasi formula tersebut.

  (iii) Susah mengingati formula trigonometri.

  (iv) Tidak minat belajar kerana kurang faham dengan bahasa pengantar yang

        digunakan guru.

  (v) “Kami kelas belakang cikgu, tak perlu belajar tinggi-tinggi”.



(b) 5 MPV SMK Bukit Jana Kamunting (kategori sekolah luar bandar), antara respon yang

   diterima bagi topik ini ialah:

  (i) Tidak tahu yang mana satu sisi bersebelahan (Adjacent) dan sisi bertentangan

        (Opposite).

  (ii) Tidak faham formula untuk Sine (Sinus), Cosine (Kosinus) dan Tangent (Tangen)

        dan formula tersebut.

  (iii) Susah mengingati formula trigonometri.

  (iv) Tidak minat matapelajaran Matematik kerana mata pelajaran ini susah.



5.2.3    Analisis Soal Selidik

Pelajar telah memberikan respon yang negatif dan ini mencerminkan pelajar-pelajar ini

memang menghadapi masalah dalam topik trigonometri dan pelajar juga didapati kurang

berminat dalam matapelajaran Matematik kerana beranggapan matapelajaran ini adalah

susah. Ini bertepatan dengan Noraini (2005) yang mengatakan bahawa Matematik

merupakan mata pelajaran yang penting dan merupakan satu mata pelajaran yang

mencabar bagi kebanyakan pelajar. Berikut merupakan analisa yang telah dibuat

berdasarkan maklum balas soal selidik yang diterima.



                                        11
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

                                                                                                                     Boleh
                                                                                                                                        Boleh
              Minat                                                                    Boleh membaca               memahami
                                         Minat tajuk         Kenal sisi-sisi                                                        berkomunikasi
Perkara    matapelajaran                                                               Bahasa Inggeris           Bahasa Inggeris
                                        Trigonometri         trigonometri                                                           Bahasa Inggeris
            Matematik                                                                   dengan baik               dengan baik
                                                                                                                                     dengan baik
           Bilangan         %       Bilangan         %      Bilangan            %      Bilangan            %     Bilangan    %      Bilangan        %

 5 Firus        9           30            8         26.7          10        33.3           8           26.7            6    14.7        5          16.7
(Bandar)
 5 MPV
                5          14.7           8         23.4          8         23.4           5           14.7            5    14.7        2          5.8
  (Luar
Bandar)


                    35                                     33.3
                            30
                    30                     26.7                            26.7
                    25                            23.4            23.4
            P
                                                                                               20
            e       20                                                                                         16.7
            r                    14.7                                               14.7            14.7
            a       15
            t       10
            u                                                                                                         5.8    5 Firus (Bandar)
            s        5                                                                                                       5 Mpv (Luar Bandar)
                     0
                            Minat       Minat tajuk Kenal sisi-sisi           Boleh            Boleh       Boleh
                         matapelajaran Trigonometri dalam sebuah           membaca         memahami berkomunikasi
                          Matematik                    segitiga              Bahasa           Bahasa      Bahasa
                                                                            Inggeris         Inggeris    Inggeris
                                                                          dengan baik      dengan baik dengan baik
                                                                      Perkara



                                                    JADUAL ANALISIS SOAL SELIDIK
                                                                12
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

Berdasarkan dapatan dari jadual yang diperolehi, pelajar-pelajar memberikan respon yang

negatif dan ini membuktikan pelajar-pelajar menghadapi masalah dalam menentukan sisi-sisi

dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 di samping pelajar juga menghadapi masalah apabila

menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam P&P mereka tidak kira sama

ada sekolah bandar ataupun sekolah luar bandar. Ini sejajar dengan hasil dapatan Abdul Aziz

(2002) yang menyatakan bahawa kegagalan pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris

memungkinkan pelajar-pelajar bukan sahaja gagal dalam bahasa kedua tersebut malah turut

sama gagal untuk mata pelajaran Sains dan Matematik. Akibatnya, pelajar akan menghadapi

masalah pembelajaran Matematik, pelajar tidak memahami istilah atau sebutan Matematik

dalam Bahasa Inggeris serta masalah dalam menstrukturkan ayat, malu untuk berkomunikasi

atau bertanyakan soalan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, tidak dapat

menjawab soalan ujian mahupun peperiksaan dalam bahasa Inggeris dengan baik dan pelajar

tidak mempunyai kesediaan, minat dan keyakinan dalam matapelajaran Matematik.




                                        13
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

5.2.4 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

           Pelajar               5 Firus                       5 MPV

  Markah                    (Sekolah Bandar)            (Sekolah Luar Bandar)

          0-10                     25                            31

         11-20                      2                            2

         21-30                      2                            1

         31-40                      1                            0

         41-50                      0                            0

       JUMLAH                      30                            34


                             Jadual Analisa Ujian Pra


           Pelajar               5 Firus                       5 MPV

  Markah                    (Sekolah Bandar)            (Sekolah Luar Bandar)

          0-10                      0                            0

         11-20                      0                            0

         21-30                      0                            1

         31-40                      2                            0

         41-50                     28                            33

       JUMLAH                      30                            34


                            Jadual Analisa Ujian Pos




                                         14
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

    Dapatan dari jadual ini membuktikan pelajar-pelajar sememangnya menghadapi masalah

    dalam menjawab soalan yang berkaitan tajuk Trigonometri. Boleh dikatakan kebanyakan

    pelajar sama ada sekolah bandar mahupun luar bandar mempunyai masalah dalam

    menentukan sisi-sisi dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 . Apabila “Teknik Memanah”

    dan penggunaan bahasa yang mudah diingati diperkenalkan kepada pelajar, keputusan yang

    diterima amat memberangsangkan dan ternyata teknik ini amat membantu pelajar dalam topik

    Trigonometri sama ada sekolah luar bandar mahupun sekolah bandar.



5.3 Tindakan Yang Dijalankan

    Selepas pelajar menjalani Ujian Pra, beberapa aktiviti dijalankan untuk membantu

    meningkatkan penguasaan topik Trigonometri iaitu menentukan sisi-sisi dalam segitiga

    bersudut tepat 900 dan formula Sinus, Kosinus, dan Tangen dalam kalangan pelajar-pelajar

    kumpulan sasaran kami. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah:



    5.3.1 Aktiviti 1 (Penggunaan Konsep Memanah Untuk Mengenalpasti sisi-sisi sebuah

         segi tiga tepat 𝟗𝟎 𝟎

         1. Aktiviti ini merupakan aktiviti berpasangan yang melibatkan pendekatan berbincang

         dan bertanding antara satu sama lain untuk melihat siapa yang pantas dalam menentukan

         sisi-sisi sebuah segitiga tepat tersebut. Set memanah mainan dibawa ke dalam kelas.

         2. Murid dibekalkan kertas latih tubi yang mengandungi 5 soalan Trigonometri

         3. Tempoh masa pelajar habis menjawab direkodkan.




                                              15
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

Example 1:

Identify the sides of the right angle triangle ABC




                                              O


Langkah-langkah :

1. Arahkan satu anak panah ke arah bertentangan sudut A dan sisi tersebut akan menjerit

kesakitan iaitu Oh sakitnya. Maka sisi itulah dinamakan Opposite (O=sisi bertentangan).

2. Sementara sisi pendek yang lagi satu dinamakan Adjacent (A=sisi bersebelahan)

3. Sisi yang terpanjang pula ialah Hipotenus (H=Highest dalam ukuran panjangnya).

Hasilnya seperti ditunjukkan di Rajah 1




                            A                     H




                                          O

                                         Rajah 1

Pelajar dikehendaki mengulangi Langkah 1 hingga 3 ke atas latihan yang diberi dalam

Ujian Pra/Pos untuk mengenal pasti sisi-sisi dalam segitiga bersudut tepat.




                                    16
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik




5.3.2   Aktiviti 2 (Penggunaan konsep Ah SOH ini TOA CAH untuk mencari nilai Sinus,

        Kosinus dan Tangen bagi sebuah segi tiga tepat)

        Example 2:

        Given AB = 3 cm, BC = 4 cm dan AC = 5 cm. Find the value of sin ∠ BAC, cos ∠ BAC

        tan ∠ BAC for the triangle ABC




                                A                  H




                                               O

                                          Rajah 2




        Langkah-langkah :

        1. Untuk mencari sin ∠ BAC, kita gunakan kaedah mengenal pasti sisi seperti yang

        ditunjukkan aktiviti 5.2.1




                                 A                     H
                                      4    5



                                               3


                                                   O




                                            17
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

      2. Kita gunakan konsep SOH (Ah SOH itu Tua (TOA) kah (CAH) ? ) untuk mencari

      Sinus iaitu :

      sin ∠ BAC =       O   =    3

                        H        5

      3. Kita gunakan konsep CAH (Ah SOH itu Tua (TOA) kah (CAH) ? ) untuk mencari

      Kosinus iaitu :
                        A        4
      cos ∠ BAC =           =
                        H        5


      3. Kita gunakan konsep TOA (Ah SOH itu Tua (TOA) kah (CAH) ? ) untuk mencari

      Tangen iaitu :
                        O        4
      tan ∠ BAC =           =
                        A        3




5.4   Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian

              Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu. Semasa kami

      menjalankan kajian ini, kami edarkan soalan ujian pra kepada semua pelajar dalam kelas

      Matematik Tingkatan 5 Firus SMK Batu Unjur mewakili sekolah luar bandar manakala

      5 MPV SMK Bukit Jana Kamunting mewakili sekolah luar bandar. Soalan tersebut

      mengandungi 5 soalan untuk diselesaikan dalam masa 20 minit. Bila disemak,

      kebanyakkan pelajar tidak dapat menjawab satu soalan pun dengan betul dan ada antara

      mereka tidak menjawab satu soalan pun. Kami berasa sangat kecewa dan berikhtiar

      mencari jalan penyelesaian untuk membantu pelajar dalam topik ini. Kami membawa

      satu set memanah mainan ke dalam kelas kami masing-masing dan Teknik Memanah ini



                                        18
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

diperkenalkan dan teknik mengingati formula trigonometri juga telah diperkenalkan

kepada pelajar.



       Setelah pelajar menjalani ujian pos, pelajar diminta mengisi borang soal selidik

untuk mendapatkan pandangan mereka tentang teknik memanah ini. Tujuan

mengedarkan soal selidik ini supaya pelajar lebih bebas dalam memberi pendapat

sekiranya mereka tidak selesa ditemu bual.



       Kami telah menerangkan secara ringkas mengenai Teknik Memanah kepada

pelajar. Berdasarkan pemerhatian kami, Teknik Memanah ini berjaya membantu pelajar

meningkatkan pencapaian di dalam subtopik Trigonometri. Apabila teknik ini telah

diperkenalkan, pelajar-pelajar kelihatan berlumba-lumba untuk menjawab soalan yang

diberikan guru, pelajar juga kelihatan berkeyakinan untuk menjawab soalan yang

diberikan walaupun bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris. Untuk

menguji keberkesanan teknik ini, pelajar diberi ujian pos dan keputusan yang diterima

amatlah memeranjatkan, pelajar didapati boleh menjawab soalan dengan tepat dan tiada

masalah bagi mereka untuk mencari nilai sin, kosinus dan tangent. Ujian pra dan ujian

pos ini dilaksanakan untuk mengesan sejauh mana aktiviti 5.3.1 dan aktiviti 5.3.2 yang

diajar menggunakan teknik ini dapat membantu pelajar. Kami berasa lebih seronok,

tidak berasa marah-marah lagi dan tidak tertekan lagi apabila masuk ke kelas 5 Firus dan

5 MPV walaupun pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang berada di kelas

yang lemah.




                                   19
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

5.5   Refleksi Kajian

             Pencapaian pelajar kategori bandar dan kategori luar bandar dalam ujian pra dan

      ujian pos menunjukkan peningkatan yang ketara. Pelajar dapat mengenalpasti sisi-sisi

      dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 . Pelajar dapat menamakan sisi-sisi dalam

      sebuah segitiga bersudut tepat 900 dengan betul, pelajar juga dapat mengaplikasi

      formula-formula trigonometri dalam menyelesaikan masalah berkaitan sisi-sisi dalam

      sebuah segitiga bersudut tepat 900 dan pelajar akhirnya dapat memahami dan

      menggunakan bahasa yang digunakan oleh guru dalam P&P dan juga apabila menjawab

      soalan kelak. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa adunan teknik ini dan

      penggunaan bahasa yang mudah untuk mengingati formula trigonometri banyak

      membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap

      apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana P&P lebih ceria dan menyeronokkan.



             Masih terdapat pelajar yang tidak dapat menjawab soalan contohnya terdapat 2

      orang pelajar mendapat markah antara 31-40 mewakili pelajar bandar manakala seorang

      pelajar mendapat markah antara 21-30 mewakili pelajar luar bandar. Hal ini disebabkan

      pada hari kami memperkenalkan Teknik Memanah dan mengingati formula itu ada

      pelajar ini yang tidak hadir ke sekolah dan seorang pelajar yang mewakili sekolah luar

      bandar mendapat markah sedemikian disebabkan pada hari ujian pos dijalankan pelajar

      ini tidak hadir ke sekolah.



             Kami menjalankan sesi soal selidik sekali lagi setelah teknik ini diperkenalkan

      dan kami amat tersentuh apabila ada pelajar-pelajar ini menyatakan bahawa teknik yang

      diajar amatlah membantu mereka dan mereka tidak lagi berasa bahawa matapelajaran
                                        20
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

          Matematik ini bukanlah sesuatu yang sukar dan tidak lagi berasa fobia dengan

          Matematik. Salah satu ayat yang paling kami ingati yang diungkapkan oleh pelajar kami

          ialah “Senang rupanya topik Trigonometri ni cikgu, selama hari ini saya memang tidak

          ada idea langsung macamana nak buat”. Kami menjadi lebih yakin bahawa teknik yang

          kami perkenalkan ini dapat membantu pelajar-pelajar meningkatkan pencapaian mereka

          walaupun mereka ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang lemah. Menurut Robiah

          (1994), faktor pengajaran guru sangat memberikan kesan kepada corak pembelajaran

          dan penglibatan pelajar dalam Matematik. Oleh itu sebagai guru, kami perlu lebih kreatif

          dan beriltizam pada masa akan datang untuk mendidik anak-anak bangsa ini.



6.0   KESIMPULAN

      Diharapkan kajian tindakan ini dapat membantu pelajar-pelajar yang lemah dapat menguasai

      topik Trigonometri ini bahkan juga kepada guru-guru untuk menggunakan teknik pendekatan

      yang dijalankan untuk menyampaikan P&P bagi topik Trigonometri ini dengan lebih

      berkesan.




                                             21
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik




LAMPIRAN




            22
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

                                                   Setuju           Tidak Setuju

Bil.                 Perkara                   Bilangan     %      Bilangan        %



 1     Minat mata pelajaran Matematik



 2     Minat tajuk „Trigonometri‟



 3     Berupaya mengenalpasti sisi-sisi

       dalam sebuah segitiga tepat dan

       mengaplikasi formula sinus,

       kosinus dan tangent.



 4     Boleh membaca Bahasa Inggeris

       dengan baik



 5     Boleh memahami Bahasa Inggeris

       dengan baik




 6     Boleh berkomunikasi Bahasa

       Inggeris dengan baik

Jadual 1 : Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Penguasaan Topik Trigonometri




                                          23
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik


   Tarikh       Kaedah Tinjauan    Kumpulan Sasaran                   Tujuan

27 April 2012   Pemerhatian       30 orang pelajar      Memerhati tingkah laku pelajar

                                  kelas 5 Firus dan 34 yang tidak berminat dalam

                                  orang pelajar kelas   aktiviti pengajaran dan

                                  5 MPV                 pembelajaran yang berlangsung.

 2 Mei 2012     Temu Bual         30 orangpelajar       Temu Bual dijalankan secara

                                  kelas 5 Firus 34      rawak seramai 10 orang daripada

                                  orang pelajar kelas   kelas 5 Firus untuk mengenalpasti

                                  5 MPV                 masalah yang mereka hadapi

                                                        semasa proses pengajaran dan

                                                        pembelajaran.

 3 Mei 2012     Soal Selidik      30 orangpelajar       Mendapatkan maklum balas

    dan                           kelas 5 Firus 34      pelajar mengenai Matemaik dan

10 Mei 2012                       orang pelajar kelas   Topik Trigonometri dan juga

                                  5 MPV                 pendapat pelajar sebelum dan

                                                        selepas teknik ini diajar.

 7 Mei 2012     Analisa           30 orangpelajar       Meneliti keputusan ujian pra

                keputusan Ujian   kelas 5 Firus 34      untuk mengenalpasti masalah

                Pra               orang pelajar kelas   pelajar yang perlu dibantu.

                                  5 MPV



                      Jadual 2 : Jadual Kaedah Mengumpul Data




                                          24
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

                            UJIAN PRA/ UJIAN POS : TRIGONOMETRI

Nama : __________________________________                          Kelas : ___________

1. Diagram 1 shows a right angled triangle PQR
   Rajah 1 menunjukkan segitiga bersudut tegak PQR

  Find the value of sin y
  Cari nilai bagi sin y




          Diagram 1
           Rajah 1


2. Diagram 2 shows a right angled triangle ABC
   Rajah 2 menunjukkan segitiga bersudut tegak ABC

  Find the value of sin x
  Cari nilai bagi sin x




                      Diagram 2
                       Rajah 2

                                               25
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

3. Diagram 3 shows a right angled triangle LMN
   Rajah 3 menunjukkan segitiga bersudut tegak LMN

  Given LN = 5 cm, find the value of cos w
  Diberi LN = 5 cm, Cari nilai bagi kos w




                     Diagram 3
                      Rajah 3



4. Diagram 4 shows a right angled triangle EFG
   Rajah 4 menunjukkan segitiga bersudut tegak EFG
               3
  Given tan y = 4 cm, and FG = 8 cm, find the length of EG
                3
  Diberi tan y = 4 cm , dan FG = 8 cm, cari panjang EG




                     Diagram 4
                      Rajah 4

                                                26
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

5. Diagram 5 shows a right angled triangle JKL
   Rajah 5 menunjukkan segitiga bersudut tegak JKL
                8
  Given tan y = 6 cm, find the length of JL
                 8
  Diberi tan y = 6 cm , cari panjang JL




                      Diagram 5
                       Rajah 5




                                                27
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik




           28
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik




           29
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik




           30
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik




           31
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik




           32
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik




           33
SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik

                                           RUJUKAN


Abdul Aziz Ibrahim (2002). Penggunaan ABM Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik.
      Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

Abdul Rahim Osman (1994). Kanak-kanak Melayu Mundur : Keturunan Atau Persekitaran. Isu
      Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd

Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim, Meor Ibrahim Kamaruddin. Masalah Pembelajaran Matematik
       Dalam Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Luar Bandar. Universiti Teknologi
       Malaysia

Noor Azlan Ahmad Zanzali , Norhasnida bt Mohamad (2008) :‟Keberkesanan Pelaksanaan dan
      Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris di Luar Bandar‟

Mok S.S. (2009). Pengajaran & Pembelajaran. Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.

Yahya Buntat, Muhammad Sukri Saud, Siti Fatimah Ahmad. Masalah Pembelajaran Matematik Tahun
      Lima Dalam Bahasa Inggeris.Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor.

Seth Bin Sulaiman, Umi Mardhiah Binti Abu Bakar: „Kesediaan Bakal Guru Sains Untuk Mengajar
       Dalam Bahasa Inggeris. Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan‟,
       Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

(n.d.). Retrieved from Kajian Tindakan Matematik website:
         www.scribd.com/doc/36246698/kajian-tindakan-matematik

(n.d.). Sumbangan sikap terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik. website:
        http://eprints.utm.my/10428/1/Bab6.pdf




                                               34

More Related Content

What's hot

Powerpoint seminar proposalku
Powerpoint seminar proposalkuPowerpoint seminar proposalku
Powerpoint seminar proposalku
Nur Asiah
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
Jenry Saiparudin
 
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
Nur Afiqah Bt Zulkafli
 
Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 dengan...
Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 dengan...Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 dengan...
Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 dengan...
outtamyhead89
 
Problem Based Learning
Problem Based Learning Problem Based Learning
Problem Based Learning
Izan M.Pd
 
Penerapan Teknik Pembelajaran Spotlight Disertai Kartu Panggilan Untuk Mening...
Penerapan Teknik Pembelajaran Spotlight Disertai Kartu Panggilan Untuk Mening...Penerapan Teknik Pembelajaran Spotlight Disertai Kartu Panggilan Untuk Mening...
Penerapan Teknik Pembelajaran Spotlight Disertai Kartu Panggilan Untuk Mening...
Ira Asyura
 
Kajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibKajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bib
Habibah Abdullah
 
10 janting
10 janting10 janting
10 janting
sp k
 
Kajian tindakan dalam pendidikan-proposal
Kajian tindakan dalam pendidikan-proposalKajian tindakan dalam pendidikan-proposal
Kajian tindakan dalam pendidikan-proposal
Siti Nur Aidah Md.Ayob
 

What's hot (20)

Powerpoint seminar proposalku
Powerpoint seminar proposalkuPowerpoint seminar proposalku
Powerpoint seminar proposalku
 
Proposal kajian tindakan matematik tahun 1
Proposal kajian tindakan matematik tahun 1Proposal kajian tindakan matematik tahun 1
Proposal kajian tindakan matematik tahun 1
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
 
Tinjauan literatur
Tinjauan literaturTinjauan literatur
Tinjauan literatur
 
Perbandingan Numerasi di Malaysia dan United Kingdom
Perbandingan Numerasi di Malaysia dan United KingdomPerbandingan Numerasi di Malaysia dan United Kingdom
Perbandingan Numerasi di Malaysia dan United Kingdom
 
PENGGUNAAN TEKNIK LE-WI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR PST DALAM MENULI...
PENGGUNAAN TEKNIK LE-WI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR PST DALAM MENULI...PENGGUNAAN TEKNIK LE-WI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR PST DALAM MENULI...
PENGGUNAAN TEKNIK LE-WI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR PST DALAM MENULI...
 
Kt bib (2)
Kt bib (2)Kt bib (2)
Kt bib (2)
 
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
 
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGIKAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
 
Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 dengan...
Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 dengan...Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 dengan...
Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 dengan...
 
Contoh Proposal Kajian Tindakan
Contoh Proposal Kajian TindakanContoh Proposal Kajian Tindakan
Contoh Proposal Kajian Tindakan
 
Kemahiran Kurun ke 21 dalam Kurikulum Matematik Malaysia
Kemahiran Kurun ke 21 dalam Kurikulum Matematik MalaysiaKemahiran Kurun ke 21 dalam Kurikulum Matematik Malaysia
Kemahiran Kurun ke 21 dalam Kurikulum Matematik Malaysia
 
Problem Based Learning
Problem Based Learning Problem Based Learning
Problem Based Learning
 
Proposal 2014
Proposal 2014Proposal 2014
Proposal 2014
 
Jurnal pendidikan
Jurnal pendidikanJurnal pendidikan
Jurnal pendidikan
 
Penerapan Teknik Pembelajaran Spotlight Disertai Kartu Panggilan Untuk Mening...
Penerapan Teknik Pembelajaran Spotlight Disertai Kartu Panggilan Untuk Mening...Penerapan Teknik Pembelajaran Spotlight Disertai Kartu Panggilan Untuk Mening...
Penerapan Teknik Pembelajaran Spotlight Disertai Kartu Panggilan Untuk Mening...
 
Kajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibKajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bib
 
Makalah ppm
Makalah ppmMakalah ppm
Makalah ppm
 
10 janting
10 janting10 janting
10 janting
 
Kajian tindakan dalam pendidikan-proposal
Kajian tindakan dalam pendidikan-proposalKajian tindakan dalam pendidikan-proposal
Kajian tindakan dalam pendidikan-proposal
 

Similar to Projek School-Based

Outline penerapan model pembelajaran matematika realistik
Outline penerapan model pembelajaran matematika realistikOutline penerapan model pembelajaran matematika realistik
Outline penerapan model pembelajaran matematika realistik
Aby Nonsense
 
Hbmt 4103 matematik form 3 final
Hbmt 4103 matematik form 3 finalHbmt 4103 matematik form 3 final
Hbmt 4103 matematik form 3 final
Azzean Syah
 
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar MatematikaProblem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
guestf6b63af
 
LK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docx
LK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docxLK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docx
LK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docx
TukanARYS
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bf
Lee Roy
 
Model pembelajaran matematika realistik indonesia ( pmri) jadi
Model pembelajaran matematika realistik indonesia  ( pmri) jadiModel pembelajaran matematika realistik indonesia  ( pmri) jadi
Model pembelajaran matematika realistik indonesia ( pmri) jadi
Al-Zorozerofour Buitenzorg
 
Proposal kuantitatif
Proposal kuantitatifProposal kuantitatif
Proposal kuantitatif
Alina Margono
 

Similar to Projek School-Based (20)

Teknik lewi meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kamiran luas
Teknik lewi meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kamiran luasTeknik lewi meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kamiran luas
Teknik lewi meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kamiran luas
 
Outline penerapan model pembelajaran matematika realistik
Outline penerapan model pembelajaran matematika realistikOutline penerapan model pembelajaran matematika realistik
Outline penerapan model pembelajaran matematika realistik
 
aplikom_unsri_2_DwiOktalidiasari
aplikom_unsri_2_DwiOktalidiasariaplikom_unsri_2_DwiOktalidiasari
aplikom_unsri_2_DwiOktalidiasari
 
Bab I
Bab IBab I
Bab I
 
Hbmt 4103 matematik form 3 final
Hbmt 4103 matematik form 3 finalHbmt 4103 matematik form 3 final
Hbmt 4103 matematik form 3 final
 
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar MatematikaProblem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
 
Hbmt 4303 v2
Hbmt 4303 v2Hbmt 4303 v2
Hbmt 4303 v2
 
Pp litdikmat
Pp litdikmatPp litdikmat
Pp litdikmat
 
Best practice matematika SMA
Best practice matematika SMABest practice matematika SMA
Best practice matematika SMA
 
Penerapan model pembelajaran kooperatif tipe talking stick pada pembelajaran ...
Penerapan model pembelajaran kooperatif tipe talking stick pada pembelajaran ...Penerapan model pembelajaran kooperatif tipe talking stick pada pembelajaran ...
Penerapan model pembelajaran kooperatif tipe talking stick pada pembelajaran ...
 
Tugas 2 PTK_SYAHRIL.docx
Tugas 2 PTK_SYAHRIL.docxTugas 2 PTK_SYAHRIL.docx
Tugas 2 PTK_SYAHRIL.docx
 
Bab i bilangan bulat
Bab i bilangan bulatBab i bilangan bulat
Bab i bilangan bulat
 
Ppt seminar
Ppt seminarPpt seminar
Ppt seminar
 
LK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docx
LK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docxLK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docx
LK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docx
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bf
 
Demostratos
DemostratosDemostratos
Demostratos
 
Penerapan Strategi Catatan Jendela pada Matakuliah Cerita Rakyat Tiongkok
Penerapan Strategi Catatan Jendela pada Matakuliah Cerita Rakyat TiongkokPenerapan Strategi Catatan Jendela pada Matakuliah Cerita Rakyat Tiongkok
Penerapan Strategi Catatan Jendela pada Matakuliah Cerita Rakyat Tiongkok
 
Model pembelajaran matematika realistik indonesia ( pmri) jadi
Model pembelajaran matematika realistik indonesia  ( pmri) jadiModel pembelajaran matematika realistik indonesia  ( pmri) jadi
Model pembelajaran matematika realistik indonesia ( pmri) jadi
 
Tugas 2 ptk febridawati - sma n 1 batanghari
Tugas 2 ptk febridawati - sma n 1 batanghariTugas 2 ptk febridawati - sma n 1 batanghari
Tugas 2 ptk febridawati - sma n 1 batanghari
 
Proposal kuantitatif
Proposal kuantitatifProposal kuantitatif
Proposal kuantitatif
 

More from dewiatiqah

Projek assignment 6
Projek assignment 6Projek assignment 6
Projek assignment 6
dewiatiqah
 
Projek School-Based
Projek School-BasedProjek School-Based
Projek School-Based
dewiatiqah
 
PENULISAN ILMIAH
PENULISAN ILMIAHPENULISAN ILMIAH
PENULISAN ILMIAH
dewiatiqah
 
SME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa PengantarSME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa Pengantar
dewiatiqah
 
SME6044 - Bahasa Pengantar
SME6044 - Bahasa PengantarSME6044 - Bahasa Pengantar
SME6044 - Bahasa Pengantar
dewiatiqah
 

More from dewiatiqah (6)

Bab 8 Sudut Dongak dan Sudut Tunduk
Bab 8 Sudut Dongak dan Sudut TundukBab 8 Sudut Dongak dan Sudut Tunduk
Bab 8 Sudut Dongak dan Sudut Tunduk
 
Projek assignment 6
Projek assignment 6Projek assignment 6
Projek assignment 6
 
Projek School-Based
Projek School-BasedProjek School-Based
Projek School-Based
 
PENULISAN ILMIAH
PENULISAN ILMIAHPENULISAN ILMIAH
PENULISAN ILMIAH
 
SME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa PengantarSME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa Pengantar
 
SME6044 - Bahasa Pengantar
SME6044 - Bahasa PengantarSME6044 - Bahasa Pengantar
SME6044 - Bahasa Pengantar
 

Recently uploaded

BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
MaskuratulMunawaroh
 

Recently uploaded (20)

PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 

Projek School-Based

  • 1. SMN6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK TUGASAN 4 : PROJEK SCHOOL-BASED MENGGUNAKAN TEKNIK MEMANAH UNTUK MENGENAL PASTI SISI DALAM SEBUAH SEGITIGA BERSUDUT TEPAT 𝟗𝟎 𝟎 DAN PENGGUNAAN KONSEP AH SOH INI TOA CAH BAGI TAJUK TRIGONOMETRI SEMESTER 2 SESI 2011/2012 NAMA NO. MATRIK NORHASSEME M20112001422 BINTI MOHD DAUD MAWADDAH M20112001456 BINTI IBRAHIM SITI NOR FADZLINDA M20112001463 BINTI KAMARUDIN
  • 2. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik Isi Kandungan Abstrak 3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu 4 Fokus Kajian 6 Objektif Kajian 7 Kumpulan Sasaran 7 Pelaksanaan Kajian 8 Kesimpulan 21 Lampiran 22 Rujukan 34 2
  • 3. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik MENGGUNAKAN TEKNIK MEMANAH UNTUK MENGENAL PASTI SISI DALAM SEBUAH SEGITIGA BERSUDUT TEPAT 𝟗𝟎 𝟎 DAN PENGGUNAAN KONSEP AH SOH INI TOA CAH BAGI TAJUK TRIGONOMETRI OLEH NORHASSEME BINTI MOHD DAUD M20112001422 MAWADDAH BINTI IBRAHIM M20112001456 SMK BATU UNJUR, KLANG SITI NOR FADZLINDA BINTI KAMARUDIN M20112001463 SMK BUKIT JANA KAMUNTING, PERAK ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pelajar Tingkatan 5 Firus aliran sastera SMK Batu Unjur, Klang mewakili kategori sekolah Bandar manakala SMK Bukit Jana Kamunting, Perak mewakili kategori sekolah luar Bandar dalam subtopik Trigonometri. Seramai 30 orang pelajar tingkatan 5 Firus SMK Batu Unjur dan 34 orang pelajar tingkatan 5 MPV SMK Bukit Jana Kamunting terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian dan temu bual. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar keliru untuk mengenalpasti sisi bertentangan (Opposite) dengan sisi bersebelahan (Adjacent) dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 , pelajar juga mudah lupa kaedah mengenal pasti sisi tersebut walaupun telah dipelajari. Temubual yang dijalankan mendapati hampir keseluruhan pelajar tersebut menyatakan faktor utama permasalahan mereka adalah melibatkan bahasa pengantar yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman pelajar dengan menggunakan teknik memanah untuk mengenalpasti sisi-sisi dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 di samping mempelbagaikan penggunaan bahasa agar mudah difahami oleh pelajar dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 2 minggu. 3
  • 4. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Pelajar kelas 5 Firus dan 5 MPV merupakan pelajar aliran sastera dan juga merupakan kelas terakhir dalam Tingkatan 5 di SMK Batu Unjur dan SMK Bukit Jana Kamunting. Apabila subtopik Trigonometri diajar, hampir satu kelas tidak dapat menjawab soalan yang diberi. Latihan tersebut kami tatap dengan rasa kecewa, marah dan sedih. Pelajar tidak dapat menjawab satu soalan pun walaupun soalan yang diberikan adalah asas bagi topik trigonometri. Apabila kami nyatakan kekecewaan kami kepada rakan-rakan seperjuangan, maklum balas yang diterima tidak banyak membantu. Antaranya “Mereka memang lemah, peperiksaan apa pun akan gagal”. Kami berasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Setelah dikaji dan soal siasat pelajar-pelajar ini, antara sebab-sebab yang menyebabkan mereka gagal dalam mengenal pasti sisi dalam sebuah segitiga adalah : (i) pelajar sering keliru di antara sisi bertentangan (Opposite) dengan sisi bersebelahan (Adjacent). Jawapan mereka sering tertukar di antara sisi bertentangan (Opposite) dengan sisi bersebelahan (Adjacent). (ii) pelajar mudah lupa dengan kaedah untuk mengenalpasti sisi-sisi dalam trigonometri yang telah dipelajari mereka. (iii) pelajar kurang faham dengan P&P yang mengunakan dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Ini menyebabkan mereka kurang minat dengan pengajaran yang disampaikan dan akhirnya pelajar-pelajar ini membuat bising dan ada juga di antara mereka akan tidur semasa proses P&P. 4
  • 5. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik Jika pelajar tidak memahami segala penyampaian dan pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana penggunaan bahasa maka pastinya ia akan membawa kepada masalah pembelajaran kepada pelajar tersebut (Jumrang ,2004). Kami tertanya-tanya adakah kegagalan murid mengenal pasti sisi adakah disebabkan pengajaran kami selama ini seperti : (i) Selama ini kami mengajar hanya sekadar “syok sendiri” tanpa memperdulikan tahap kefahaman murid. (ii) Kami beranggapan konsep ini terlalu mudah untuk murid menguasainya sedangkan tahap pemikiran mereka tidak sama dengan kami. Ini menyebabkan pelajar-pelajar ini gagal menguasai asas trigonometri walaupun sepatutnya topik ini sepatutnya mudah dan tidak mendatangkan masalah. Selain itu, kami memilih untuk topik trigonometri ini kerana secara kebetulan isu yang kami hadapi di sekolah kami adalah sama, pelajar sukar membezakan sisi-sisi dalam trigonometri. Maklum balas yang diberikan oleh pelajar-pelajar ini menyebabkan kami terdorong untuk menjalankan satu kajian tindakan untuk mengatasi masalah ini sekaligus dapat membantu pelajar-pelajar. Tambahan pula topik ini akan diuji dalam Kertas Satu Matematik SPM (1449/1). Kami akan menggunakan pendekatan dengan menggunakan konsep memanah serta disusuli dengan kaedah mudah untuk mengingati formula trigonometri yang sering menggelirukan pelajar dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami iaitu dengan menambah baik konsep SOH CAH TOA menjadi ah SOA itu TOA CAH agar mudah diingati pelajar. 5
  • 6. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik 2.0 FOKUS KAJIAN Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, masalah utama yang dihadapi pelajar dalam topik ini ialah : (a) Pelajar gagal menguasai asas trigonometri. (b) Pelajar keliru dalam mengenalpasti sisi bersebelahan (Adjacent) dan sisi bertentangan (Opposite). (c) Pelajar gagal mengingati formula Sinus (Sine), Kosinus (Cosine) dan Tangen (Tangent). Masalah ini berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar adalah disebabkan sikap pelajar yang kurang faham dengan bahasa pengantar yang digunakan oleh guru semasa P&P sekaligus menyebabkan mereka hilang minat untuk mempelajari topik tersebut. Pelajar masih tidak dapat menguasai topik trigonometri ini keraan guru tidak inovatif dalam menggunakan kaedah yang mudah dan berkesan dalam penyampaian P&P dan ini akhirnya akan menyebabkan pelajar-pelajar hilang minat untuk menguasai kemahiran dalam topik ini. Ini akhirnya akan menyebabkan pelajar mengelak untuk menjawab soalan yang berkaitan topik ini walaupun ia adalah soalan wajib yang menyumbangkan banyak markah. Pendekatan konsep memanah dan SOH CAH TOA yang akan kami gunakan nanti diharapkan dapat membantu dan mengubah persepsi pelajar tentang topik ini dan mengganggap matapelajaran Matematik ini bukanlah satu fobia bagi mereka tetapi merupakan satu matapelajaran yang mudah dan menarik untuk dipelajari. 6
  • 7. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am : Tujuan kajian ini adalah agar pelajar dapat menggunakan pendekatan memanah untuk mengenalpasti sisi dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 . 3.2 Objektif Khusus : (a) Pelajar dapat mengenalpasti sisi-sisi dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 . (b) Pelajar dapat menamakan sisi-sisi dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 dengan betul. (c) Pelajar dapat mengaplikasi formula-formula trigonometri dalam menyelesaikan masalah berkaitan sisi-sisi dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 . (d) Pelajar dapat memahami dan menggunakan bahasa yang digunakan oleh guru dalam P&P dan juga apabila menjawab soalan kelak. (e) Kefahaman dan minat pelajar akan meningkat. 4.0 KUMPULAN SASARAN Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang gagal menguasai topik dari 30 orang pelajar kelas 5 Firus yang mewakili sekolah bandar manakala 34 orang pelajar kelas 5 MPV yang mewakili sekolah luar bandar. 7
  • 8. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, temu bual dan soal selidik. 5.1.1 Pemerhatian Kami telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan pelajar didapati seperti kebiasaannya kurang bersungguh dan mengambil bahagian di dalam aktiviti P&P yang dijalankan. Pemerhatian juga dilakukan selepas kajian dilaksanakan melalui respon soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra yang diberi setelah kaedah pendekatan yang berlainan diberikan. 5.1.2 Temu Bual Kaedah lain yang kami gunakan ialah temu bual yang mana dilakukan secara tidak formal terhadap pelajar-pelajar kumpulan sasaran. Temubual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar pelajar tidak dapat menguasai topik Trigonometri iaitu Sinus, Kosinus dan Tangen. 5.1.3 Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan kemahiran penguasaan topik Trigonometri iaitu Sinus, Kosinus, dan 8
  • 9. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik Tangen. Borang ini diisi oleh pelajar-pelajar adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang tepat bagi mengetahui maklum balas pelajar-pelajar sebelum dan selepas teknik ini diperkenalkan. (Rujuk Jadual 1) 5.1.4 Ujian Pra Dan Ujian Pos Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman konsep mengenai topik trigonometri iaitu Sinus, Kosinus dan Tangen. Ujian pra ini dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Item ujian pra ini terdiri daripada 5 soalan subjektif dan pelajar-pelajar dikehendaki mengenal pasti sisi-sisi dalam sebuah segi tiga tepat dan seterusnya mencari nilai Sinus, Kosinus dan Tangen bagi sudut yang diberi. Tempoh masa menjawab ialah 20 minit. Selepas kami menyemak jawapan pelajar, kami tidak memulangkan kertas jawapan pelajar dan tidak membincangkan jawapannya, sebaliknya kami telah memperkenalkan “Teknik Memanah” untuk mengenalpasti sisi-sisi dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 disamping mempelbagaikan penggunaan bahasa agar formula trigonometri mudah difahami dan diingati oleh pelajar. Setelah “Teknik Memanah” diperkenalkan, pelajar diminta untuk menjawab ujian pos. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.2.1 Analisis Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan kepada kumpulan sasaran 5 Firus SMK Batu Unjur ialah: (a) Pelajar boleh mengenalpasti sisi bersebelahan (Adjacent) dan sisi bertentangan (Opposite) dengan tepat. 9
  • 10. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik (b) Pelajar mudah untuk mengingati formula untuk mengenalpasti sisi-sisi trigonometri yang telah dipelajari oleh mereka. (c) Pelajar faham dengan istilah-istilah dalam topik tigonometri ini yang mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan kepada kumpulan sasaran 5 MPV SMK Bukit Jana Kamunting pula ialah : (a) Pelajar dapat mengenalpasti sisi bersebelahan (Adjacent) dan sisi bertentangan (Opposite) dengan mudah. (b) Pelajar boleh menyatakan formula-formula yang akan digunakan dalam trigonometri seperti Sinus, Kosinus dan Tangen. (c) Pelajar berminat dengan mata pelajaran Matematik kerana faham dengan bahasa pengantar pembelajaran yang digunakan. (d) Pelajar merasakan topik trigonometri ini adalah mudah sebenarnya. 5.2.2 Analisis Temu Bual Melalui temubual yang dijalankan secara tidak formal yang telah dijalankan kepada sebahagian pelajar-pelajar : (a) 5 Firus SMK Batu Unjur (kategori sekolah Bandar), antara respon yang diterima bagi topik ini ialah: (i) Tidak tahu beza yang mana satu sisi bersebelahan (Adjacent) dan sisi bertentangan (Opposite). (ii) Tidak faham apa itu Sine (Sinus), Cosine (Kosinus) dan Tangent (Tangen) dan 10
  • 11. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik cara untuk mengaplikasi formula tersebut. (iii) Susah mengingati formula trigonometri. (iv) Tidak minat belajar kerana kurang faham dengan bahasa pengantar yang digunakan guru. (v) “Kami kelas belakang cikgu, tak perlu belajar tinggi-tinggi”. (b) 5 MPV SMK Bukit Jana Kamunting (kategori sekolah luar bandar), antara respon yang diterima bagi topik ini ialah: (i) Tidak tahu yang mana satu sisi bersebelahan (Adjacent) dan sisi bertentangan (Opposite). (ii) Tidak faham formula untuk Sine (Sinus), Cosine (Kosinus) dan Tangent (Tangen) dan formula tersebut. (iii) Susah mengingati formula trigonometri. (iv) Tidak minat matapelajaran Matematik kerana mata pelajaran ini susah. 5.2.3 Analisis Soal Selidik Pelajar telah memberikan respon yang negatif dan ini mencerminkan pelajar-pelajar ini memang menghadapi masalah dalam topik trigonometri dan pelajar juga didapati kurang berminat dalam matapelajaran Matematik kerana beranggapan matapelajaran ini adalah susah. Ini bertepatan dengan Noraini (2005) yang mengatakan bahawa Matematik merupakan mata pelajaran yang penting dan merupakan satu mata pelajaran yang mencabar bagi kebanyakan pelajar. Berikut merupakan analisa yang telah dibuat berdasarkan maklum balas soal selidik yang diterima. 11
  • 12. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik Boleh Boleh Minat Boleh membaca memahami Minat tajuk Kenal sisi-sisi berkomunikasi Perkara matapelajaran Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Trigonometri trigonometri Bahasa Inggeris Matematik dengan baik dengan baik dengan baik Bilangan % Bilangan % Bilangan % Bilangan % Bilangan % Bilangan % 5 Firus 9 30 8 26.7 10 33.3 8 26.7 6 14.7 5 16.7 (Bandar) 5 MPV 5 14.7 8 23.4 8 23.4 5 14.7 5 14.7 2 5.8 (Luar Bandar) 35 33.3 30 30 26.7 26.7 25 23.4 23.4 P 20 e 20 16.7 r 14.7 14.7 14.7 a 15 t 10 u 5.8 5 Firus (Bandar) s 5 5 Mpv (Luar Bandar) 0 Minat Minat tajuk Kenal sisi-sisi Boleh Boleh Boleh matapelajaran Trigonometri dalam sebuah membaca memahami berkomunikasi Matematik segitiga Bahasa Bahasa Bahasa Inggeris Inggeris Inggeris dengan baik dengan baik dengan baik Perkara JADUAL ANALISIS SOAL SELIDIK 12
  • 13. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik Berdasarkan dapatan dari jadual yang diperolehi, pelajar-pelajar memberikan respon yang negatif dan ini membuktikan pelajar-pelajar menghadapi masalah dalam menentukan sisi-sisi dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 di samping pelajar juga menghadapi masalah apabila menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam P&P mereka tidak kira sama ada sekolah bandar ataupun sekolah luar bandar. Ini sejajar dengan hasil dapatan Abdul Aziz (2002) yang menyatakan bahawa kegagalan pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris memungkinkan pelajar-pelajar bukan sahaja gagal dalam bahasa kedua tersebut malah turut sama gagal untuk mata pelajaran Sains dan Matematik. Akibatnya, pelajar akan menghadapi masalah pembelajaran Matematik, pelajar tidak memahami istilah atau sebutan Matematik dalam Bahasa Inggeris serta masalah dalam menstrukturkan ayat, malu untuk berkomunikasi atau bertanyakan soalan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, tidak dapat menjawab soalan ujian mahupun peperiksaan dalam bahasa Inggeris dengan baik dan pelajar tidak mempunyai kesediaan, minat dan keyakinan dalam matapelajaran Matematik. 13
  • 14. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik 5.2.4 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos Pelajar 5 Firus 5 MPV Markah (Sekolah Bandar) (Sekolah Luar Bandar) 0-10 25 31 11-20 2 2 21-30 2 1 31-40 1 0 41-50 0 0 JUMLAH 30 34 Jadual Analisa Ujian Pra Pelajar 5 Firus 5 MPV Markah (Sekolah Bandar) (Sekolah Luar Bandar) 0-10 0 0 11-20 0 0 21-30 0 1 31-40 2 0 41-50 28 33 JUMLAH 30 34 Jadual Analisa Ujian Pos 14
  • 15. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik Dapatan dari jadual ini membuktikan pelajar-pelajar sememangnya menghadapi masalah dalam menjawab soalan yang berkaitan tajuk Trigonometri. Boleh dikatakan kebanyakan pelajar sama ada sekolah bandar mahupun luar bandar mempunyai masalah dalam menentukan sisi-sisi dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 . Apabila “Teknik Memanah” dan penggunaan bahasa yang mudah diingati diperkenalkan kepada pelajar, keputusan yang diterima amat memberangsangkan dan ternyata teknik ini amat membantu pelajar dalam topik Trigonometri sama ada sekolah luar bandar mahupun sekolah bandar. 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Selepas pelajar menjalani Ujian Pra, beberapa aktiviti dijalankan untuk membantu meningkatkan penguasaan topik Trigonometri iaitu menentukan sisi-sisi dalam segitiga bersudut tepat 900 dan formula Sinus, Kosinus, dan Tangen dalam kalangan pelajar-pelajar kumpulan sasaran kami. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah: 5.3.1 Aktiviti 1 (Penggunaan Konsep Memanah Untuk Mengenalpasti sisi-sisi sebuah segi tiga tepat 𝟗𝟎 𝟎 1. Aktiviti ini merupakan aktiviti berpasangan yang melibatkan pendekatan berbincang dan bertanding antara satu sama lain untuk melihat siapa yang pantas dalam menentukan sisi-sisi sebuah segitiga tepat tersebut. Set memanah mainan dibawa ke dalam kelas. 2. Murid dibekalkan kertas latih tubi yang mengandungi 5 soalan Trigonometri 3. Tempoh masa pelajar habis menjawab direkodkan. 15
  • 16. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik Example 1: Identify the sides of the right angle triangle ABC O Langkah-langkah : 1. Arahkan satu anak panah ke arah bertentangan sudut A dan sisi tersebut akan menjerit kesakitan iaitu Oh sakitnya. Maka sisi itulah dinamakan Opposite (O=sisi bertentangan). 2. Sementara sisi pendek yang lagi satu dinamakan Adjacent (A=sisi bersebelahan) 3. Sisi yang terpanjang pula ialah Hipotenus (H=Highest dalam ukuran panjangnya). Hasilnya seperti ditunjukkan di Rajah 1 A H O Rajah 1 Pelajar dikehendaki mengulangi Langkah 1 hingga 3 ke atas latihan yang diberi dalam Ujian Pra/Pos untuk mengenal pasti sisi-sisi dalam segitiga bersudut tepat. 16
  • 17. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik 5.3.2 Aktiviti 2 (Penggunaan konsep Ah SOH ini TOA CAH untuk mencari nilai Sinus, Kosinus dan Tangen bagi sebuah segi tiga tepat) Example 2: Given AB = 3 cm, BC = 4 cm dan AC = 5 cm. Find the value of sin ∠ BAC, cos ∠ BAC tan ∠ BAC for the triangle ABC A H O Rajah 2 Langkah-langkah : 1. Untuk mencari sin ∠ BAC, kita gunakan kaedah mengenal pasti sisi seperti yang ditunjukkan aktiviti 5.2.1 A H 4 5 3 O 17
  • 18. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik 2. Kita gunakan konsep SOH (Ah SOH itu Tua (TOA) kah (CAH) ? ) untuk mencari Sinus iaitu : sin ∠ BAC = O = 3 H 5 3. Kita gunakan konsep CAH (Ah SOH itu Tua (TOA) kah (CAH) ? ) untuk mencari Kosinus iaitu : A 4 cos ∠ BAC = = H 5 3. Kita gunakan konsep TOA (Ah SOH itu Tua (TOA) kah (CAH) ? ) untuk mencari Tangen iaitu : O 4 tan ∠ BAC = = A 3 5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu. Semasa kami menjalankan kajian ini, kami edarkan soalan ujian pra kepada semua pelajar dalam kelas Matematik Tingkatan 5 Firus SMK Batu Unjur mewakili sekolah luar bandar manakala 5 MPV SMK Bukit Jana Kamunting mewakili sekolah luar bandar. Soalan tersebut mengandungi 5 soalan untuk diselesaikan dalam masa 20 minit. Bila disemak, kebanyakkan pelajar tidak dapat menjawab satu soalan pun dengan betul dan ada antara mereka tidak menjawab satu soalan pun. Kami berasa sangat kecewa dan berikhtiar mencari jalan penyelesaian untuk membantu pelajar dalam topik ini. Kami membawa satu set memanah mainan ke dalam kelas kami masing-masing dan Teknik Memanah ini 18
  • 19. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik diperkenalkan dan teknik mengingati formula trigonometri juga telah diperkenalkan kepada pelajar. Setelah pelajar menjalani ujian pos, pelajar diminta mengisi borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang teknik memanah ini. Tujuan mengedarkan soal selidik ini supaya pelajar lebih bebas dalam memberi pendapat sekiranya mereka tidak selesa ditemu bual. Kami telah menerangkan secara ringkas mengenai Teknik Memanah kepada pelajar. Berdasarkan pemerhatian kami, Teknik Memanah ini berjaya membantu pelajar meningkatkan pencapaian di dalam subtopik Trigonometri. Apabila teknik ini telah diperkenalkan, pelajar-pelajar kelihatan berlumba-lumba untuk menjawab soalan yang diberikan guru, pelajar juga kelihatan berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diberikan walaupun bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris. Untuk menguji keberkesanan teknik ini, pelajar diberi ujian pos dan keputusan yang diterima amatlah memeranjatkan, pelajar didapati boleh menjawab soalan dengan tepat dan tiada masalah bagi mereka untuk mencari nilai sin, kosinus dan tangent. Ujian pra dan ujian pos ini dilaksanakan untuk mengesan sejauh mana aktiviti 5.3.1 dan aktiviti 5.3.2 yang diajar menggunakan teknik ini dapat membantu pelajar. Kami berasa lebih seronok, tidak berasa marah-marah lagi dan tidak tertekan lagi apabila masuk ke kelas 5 Firus dan 5 MPV walaupun pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang berada di kelas yang lemah. 19
  • 20. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik 5.5 Refleksi Kajian Pencapaian pelajar kategori bandar dan kategori luar bandar dalam ujian pra dan ujian pos menunjukkan peningkatan yang ketara. Pelajar dapat mengenalpasti sisi-sisi dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 . Pelajar dapat menamakan sisi-sisi dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 dengan betul, pelajar juga dapat mengaplikasi formula-formula trigonometri dalam menyelesaikan masalah berkaitan sisi-sisi dalam sebuah segitiga bersudut tepat 900 dan pelajar akhirnya dapat memahami dan menggunakan bahasa yang digunakan oleh guru dalam P&P dan juga apabila menjawab soalan kelak. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa adunan teknik ini dan penggunaan bahasa yang mudah untuk mengingati formula trigonometri banyak membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana P&P lebih ceria dan menyeronokkan. Masih terdapat pelajar yang tidak dapat menjawab soalan contohnya terdapat 2 orang pelajar mendapat markah antara 31-40 mewakili pelajar bandar manakala seorang pelajar mendapat markah antara 21-30 mewakili pelajar luar bandar. Hal ini disebabkan pada hari kami memperkenalkan Teknik Memanah dan mengingati formula itu ada pelajar ini yang tidak hadir ke sekolah dan seorang pelajar yang mewakili sekolah luar bandar mendapat markah sedemikian disebabkan pada hari ujian pos dijalankan pelajar ini tidak hadir ke sekolah. Kami menjalankan sesi soal selidik sekali lagi setelah teknik ini diperkenalkan dan kami amat tersentuh apabila ada pelajar-pelajar ini menyatakan bahawa teknik yang diajar amatlah membantu mereka dan mereka tidak lagi berasa bahawa matapelajaran 20
  • 21. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik Matematik ini bukanlah sesuatu yang sukar dan tidak lagi berasa fobia dengan Matematik. Salah satu ayat yang paling kami ingati yang diungkapkan oleh pelajar kami ialah “Senang rupanya topik Trigonometri ni cikgu, selama hari ini saya memang tidak ada idea langsung macamana nak buat”. Kami menjadi lebih yakin bahawa teknik yang kami perkenalkan ini dapat membantu pelajar-pelajar meningkatkan pencapaian mereka walaupun mereka ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang lemah. Menurut Robiah (1994), faktor pengajaran guru sangat memberikan kesan kepada corak pembelajaran dan penglibatan pelajar dalam Matematik. Oleh itu sebagai guru, kami perlu lebih kreatif dan beriltizam pada masa akan datang untuk mendidik anak-anak bangsa ini. 6.0 KESIMPULAN Diharapkan kajian tindakan ini dapat membantu pelajar-pelajar yang lemah dapat menguasai topik Trigonometri ini bahkan juga kepada guru-guru untuk menggunakan teknik pendekatan yang dijalankan untuk menyampaikan P&P bagi topik Trigonometri ini dengan lebih berkesan. 21
  • 22. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik LAMPIRAN 22
  • 23. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik Setuju Tidak Setuju Bil. Perkara Bilangan % Bilangan % 1 Minat mata pelajaran Matematik 2 Minat tajuk „Trigonometri‟ 3 Berupaya mengenalpasti sisi-sisi dalam sebuah segitiga tepat dan mengaplikasi formula sinus, kosinus dan tangent. 4 Boleh membaca Bahasa Inggeris dengan baik 5 Boleh memahami Bahasa Inggeris dengan baik 6 Boleh berkomunikasi Bahasa Inggeris dengan baik Jadual 1 : Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Penguasaan Topik Trigonometri 23
  • 24. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik Tarikh Kaedah Tinjauan Kumpulan Sasaran Tujuan 27 April 2012 Pemerhatian 30 orang pelajar Memerhati tingkah laku pelajar kelas 5 Firus dan 34 yang tidak berminat dalam orang pelajar kelas aktiviti pengajaran dan 5 MPV pembelajaran yang berlangsung. 2 Mei 2012 Temu Bual 30 orangpelajar Temu Bual dijalankan secara kelas 5 Firus 34 rawak seramai 10 orang daripada orang pelajar kelas kelas 5 Firus untuk mengenalpasti 5 MPV masalah yang mereka hadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 3 Mei 2012 Soal Selidik 30 orangpelajar Mendapatkan maklum balas dan kelas 5 Firus 34 pelajar mengenai Matemaik dan 10 Mei 2012 orang pelajar kelas Topik Trigonometri dan juga 5 MPV pendapat pelajar sebelum dan selepas teknik ini diajar. 7 Mei 2012 Analisa 30 orangpelajar Meneliti keputusan ujian pra keputusan Ujian kelas 5 Firus 34 untuk mengenalpasti masalah Pra orang pelajar kelas pelajar yang perlu dibantu. 5 MPV Jadual 2 : Jadual Kaedah Mengumpul Data 24
  • 25. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik UJIAN PRA/ UJIAN POS : TRIGONOMETRI Nama : __________________________________ Kelas : ___________ 1. Diagram 1 shows a right angled triangle PQR Rajah 1 menunjukkan segitiga bersudut tegak PQR Find the value of sin y Cari nilai bagi sin y Diagram 1 Rajah 1 2. Diagram 2 shows a right angled triangle ABC Rajah 2 menunjukkan segitiga bersudut tegak ABC Find the value of sin x Cari nilai bagi sin x Diagram 2 Rajah 2 25
  • 26. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik 3. Diagram 3 shows a right angled triangle LMN Rajah 3 menunjukkan segitiga bersudut tegak LMN Given LN = 5 cm, find the value of cos w Diberi LN = 5 cm, Cari nilai bagi kos w Diagram 3 Rajah 3 4. Diagram 4 shows a right angled triangle EFG Rajah 4 menunjukkan segitiga bersudut tegak EFG 3 Given tan y = 4 cm, and FG = 8 cm, find the length of EG 3 Diberi tan y = 4 cm , dan FG = 8 cm, cari panjang EG Diagram 4 Rajah 4 26
  • 27. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik 5. Diagram 5 shows a right angled triangle JKL Rajah 5 menunjukkan segitiga bersudut tegak JKL 8 Given tan y = 6 cm, find the length of JL 8 Diberi tan y = 6 cm , cari panjang JL Diagram 5 Rajah 5 27
  • 28. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik 28
  • 29. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik 29
  • 30. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik 30
  • 31. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik 31
  • 32. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik 32
  • 33. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik 33
  • 34. SME 6044 : Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik RUJUKAN Abdul Aziz Ibrahim (2002). Penggunaan ABM Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Abdul Rahim Osman (1994). Kanak-kanak Melayu Mundur : Keturunan Atau Persekitaran. Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim, Meor Ibrahim Kamaruddin. Masalah Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Luar Bandar. Universiti Teknologi Malaysia Noor Azlan Ahmad Zanzali , Norhasnida bt Mohamad (2008) :‟Keberkesanan Pelaksanaan dan Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris di Luar Bandar‟ Mok S.S. (2009). Pengajaran & Pembelajaran. Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. Yahya Buntat, Muhammad Sukri Saud, Siti Fatimah Ahmad. Masalah Pembelajaran Matematik Tahun Lima Dalam Bahasa Inggeris.Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor. Seth Bin Sulaiman, Umi Mardhiah Binti Abu Bakar: „Kesediaan Bakal Guru Sains Untuk Mengajar Dalam Bahasa Inggeris. Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan‟, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (n.d.). Retrieved from Kajian Tindakan Matematik website: www.scribd.com/doc/36246698/kajian-tindakan-matematik (n.d.). Sumbangan sikap terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik. website: http://eprints.utm.my/10428/1/Bab6.pdf 34