Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

6,339 views

Published on

panduan praktikum

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,339
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
163
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

  1. 1. 1. PRAKTIKUMPraktikum ialah latihan praktik melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaranberdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalamsituasi sebenar bilik darjah, sekolah atau di tempat-tempat tertentu. Pelaksanaanperingkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran ataumengaplikasikan pelbagai strategi, kemahiran dan amalan berdasarkan teoripembelajaran yang dipelajari.2. OBJEKTIFMelalui program praktikum ini, pelajar dapat: i. menyepadukan teori dengan amali pengajaran dan pembelajaran ii. mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran; iii. merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berpasangan dan individu dengan bimbingan; iv. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran; v. memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri serta menghayati dan mengamalkan nilai profesion keguruan; vi. memperkembang potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas; vii. mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dalam pembestarian proses pengajaran dan pembelajaran. viii. menguasai kemahiran pemudahcaraan; dan ix. menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 1
  2. 2. 3. PROSEDUR PELAKSANAAN 3.1 Syarat Pelajar layak menjalani Praktikum setelah menyempurnakan kuliah dan tugasan pengajian mengikut keperluan struktur pelaksanaan KPLI SR. 3.2 Penempatan 3.2.1 Penempatan pelajar dibuat oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Unit Praktikum IPG dan IPG kampus Keningau, Sabah. 3.2.2 Penempatan pelajar di sekolah hendaklah mengikut bidang yang ditawarkan di IPG dan sekolah. 3.2.3 Pelajar ditempatkan di pusat prasekolah dan sekolah rendah di seluruh Malaysia. 3.3 Tempoh Tempoh pelaksanaan praktikum selama 12 minggu sahaja. 3.4 Bilangan Waktu Mengajar 3.4.1 Bilangan waktu mengajar di dalam bilik darjah prasekolah adalah 2 hari pengajaran penuh seminggu. 3.4.2 Pelajar perlu merancang pengajaran satu hari pengajaran penuh bersama guru pembimbing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh empat minggu pertama praktikum. 3.4.3 Agihan waktu mengajar adalah seperti dalam Jadual 1, mereka juga perlu melaksanakan tanggungjawab pengajaran lain yang ditentukan oleh pihak sekolah/pusat prasekolah. Jadual 1: Agihan Waktu Mengajar Bilangan Waktu Mengajar Mata pelajaran Seminggu Prasekolah *2 hari seminggu Nota * Bilangan waktu mengajar di dalam bilik darjah prasekolah adalah 2 hari pengajaran penuh seminggu.Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 2
  3. 3. 3.5 Bilangan Penyeliaan 3.5.1 Penyeliaan hendaklah berasaskan kepada prinsip dan kaedah penyeliaan klinikal. 3.5.2 Bimbingan yang berterusan mesti diamalkan sepanjang praktikum meliputi bimbingan ilmu mata pelajaran, ilmu pengajaran, ilmu bimbingan, sahsiah, personaliti dan profesionalisme. 3.5.3 Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan. 3.5.4 Penyeliaan bersama-sama antara pensyarah penyelia dan guru pembimbing mesti dijalankan untuk penyelarasan dan rumusan markah pencapaian pelajar di akhir praktikum. 3.5.5 Bilangan penyeliaan yang ditetapkan adalah seperti di Jadual 2. Jadual 2 : Agihan Penyeliaan Praktikum program KPLI-SR Prasekolah PENYELIAAN PRA PENYELIAAN BERSAMA- PROGRAM PENYELIAAN SAMA** Jumlah IPG IPG SEKOLAH IPG & SEKOLAH KPLI-SR 1 2 4 1 8 (Prasekolah) * Nota: * Penyeliaan untuk pelajar pengkhususan Prasekolah melibatkan satu penyeliaan sehari penuh dan penyeliaan lain mengikut tunjang atau slot pengajaran. ** Penyeliaan Bersama-sama merujuk kepada penyeliaan secara bersama-sama antara pensyarah dan guru pembimbing dalam satu sesi pengajaran dan perbincangan menentukan rumusan dan keputusan penilaian pelajar.Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 3
  4. 4. 3.6 JADUAL BIMBINGAN PRAKTIKUM KPLI SR (PRA SEKOLAH) Ambilan JUN 2010 INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS KENINGAU, SABAH 17 JANUARI hingga 15 APRIL 2011 TANGGUNGJAWAB MINGGU TARIKH TINDAKAN Guru Pensyarah Guru Pelatih Pembimbing Pembimbing Guru Pelatih:  Melaporkan diri ke sekolah 17 Jan - 21 Jan  Menghantar jadual waktu dan takwim 1 pelarih 2011 sekolah kepada Pensyarah Pembimbing  Menyediakan rancangan semester  Mula mengajar Borang 24 - 28 Jan Prapenyeliaan (Pensyarah) 2 Prapenyeliaan Borang PR1/PRA Kahadiran, RPH, Jurnal, Refleksi, Portfolio, Penilaian, Kokurikulum, Sahsiah 2011 Penyeliaan Major 1 (Guru) (Pemerhatian) 31 Jan - 04 Feb 3 Penyeliaan Major 2 (Guru) Borang PR1/PRA 2011 07 – 11 Feb 4 Penyeliaan Major 1 (Pensyarah) Borang PR1/PRA 2011 14 - 18 Feb 5 Penyeliaan Major 3 (Guru) Borang PR1/PRA 2011 Keguruan 21 - 25 Feb 6 Penyeliaan Major 2 (Pensyarah) Borang PR1/PRA 2011 28 Feb - 04 Mac 7 2011 Penyeliaan Major 4 (Guru) Borang PR1/PRA 07 - 11 Mac 8 2011 14 - 18 Mac 9 Cuti Pertengahan Semester 1 2011 21 - 25 Mac 10 Penyeliaan BERSAMA - (Guru &  PR1/PRA dan PR2 2011 Pensyarah) Mesyuarat Khas Pencalonan Kes 28 Mac - 01 April Pencalonan kes cemerlang / pinggiran Cemerlang / Pinggiran / Gagal 11 (semua Pensyarah Pembimbing)** 2011 04 - 08 April Semak 12 2011 RENTASAN *** RPH, 11 - 15 April (MENGGUNAKAN PR2) Refleksi, 13 Portfolio 2011  Pensyarah pembimbing menyerahkan Borang PR2 kepada Penyelaras KUPrak 14 April 2011  Panel Rentasan menyerahkan Borang Rumusan RENTASAN dan BORANG LAM-PT- 12-09** Borang pencalonan untuk calon cemerlang / gagal / pinggiran hendaklah disertakan bersama dengan BORANG PR2 semasa menghadiri mesyuarat. Tarikh mesyuarat akan dimaklumkan kemudian*** Rentasan dilakukan oleh panel rentasan yang dilantik oleh pengarah dengan menggunakan BORANG PR2 Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 4
  5. 5. 4. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 4.1 Pelajar 4.1.1 Menghadiri taklimat praktikum. 4.1.2 Memahami dan menghayati objektif praktikum. 4.1.3 Mengamalkan nilai-nilai yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan dan Standard Guru Malaysia. 4.1.4 Menghantar jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan maklumat–maklumat lain kepada institut dalam minggu pertama praktikum. 4.1.5 Berbincang dengan pensyarah penyelia dan guru pembimbing untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing semasa praktikum. 4.1.6 Membina hubungan profesional dan suasana mesra dengan pengurus sekolah, guru-guru dan staf sekolah. 4.1.7 Mematuhi dan mengamalkan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia, peraturan IPG serta budaya dan peraturan sekolah. 4.1.8 Hadir ke sekolah sepanjang tempoh praktikum. 4.1.9 Menandatangani borang/buku kehadiran setiap hari persekolahan dan aktiviti anjuran sekolah. 4.1.10Mendapatkan sukatan pelajaran terkini yang disahkan daripada pihak panitia sekolah. 4.1.11 Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku persediaan mengajar. 4.1.12Membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap sebelum melaksanakan pengajaran mengikut bilangan waktu mengajar yang telah ditetapkan semasa tempoh menjalani praktikum. (Rujuk Jadual 1) 4.1.13 Menghantar Buku Rekod Persediaan Mengajar untuk semakan oleh pengurus sekolah pada setiap minggu. 4.1.14 Merancang dan melaksanakan rutin harian. 4.1.15 Melaksanakan pengajaran secara berpasangan dan individu dengan mempelbagaikan strategi pengajaran. (Rujuk No.6, m.s. 11)Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 5
  6. 6. 4.1.16 Mengamalkan penulisan jurnal sekurang-kurangnya sekali seminggu sepanjang tempoh praktikum berdasarkan garis panduan Penulisan Jurnal. (Rujuk No.18, m.s 19) 4.1.17 Melengkapkan/mengemaskinikan portfolio praktikum dan menyerahkannya kepada guru pembimbing dan pensyarah penyelia setiap kali bimbingan/penyeliaan dijalankan (Rujuk 11, m.s 14) 4.1.18 Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu komponen kokurikulum. (Rujuk No.22, m.s 26) 4.1.19 Menghantar satu salinan Borang Kehadiran Praktikum kepada Unit Praktikum IPG Kampus Keningau, Sabah. 4.2 Pensyarah Penyelia 4.2.1 Menerima surat pelantikan sebagai pensyarah penyelia daripada Pengarah IPG. 4.2.2 Menghadiri taklimat praktikum. 4.2.3 Berbincang dengan pelajar tentang urusan praktikum. 4.2.4 Membuat lawatan ke sekolah, berjumpa dan berbincang dengan pengurus sekolah dan guru pembimbing untuk menjalin hubungan profesional. 4.2.5 Melapor kemajuan pelajar dari semasa ke semasa kepada Unit Praktikum masing-masing. 4.2.6 Merekod serta menyimpan dokumen bimbingan yang kemas kini. 4.2.7 Memantau kehadiran, prestasi dan disiplin pelajar sepanjang tempoh praktikum. 4.2.8 Memaklumkan dengan segera secara bertulis kes-kes khas yang memerlukan perhatian dan tindakan Unit Praktikum IPG Kampus Keningau, Sabah. 4.2.9 Menyemak buku persediaan mengajar pelajar dan mencadangkan pembaikan di mana perlu. 4.2.10 Menyemak, membimbing dan membincangkan portfolio praktikum bersama pelajar. 4.2.11 Menyemak dan membimbing penulisan jurnal yang bersifat reflektif dan kritis. 4.2.12 Membimbing pelajar melaksanakan rutin harian.Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 6
  7. 7. 4.2.13 Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut jadual penyeliaan yang telah ditetapkan. 4.2.14 Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah yang baik. 4.2.15 Melengkapkan Borang Bimbingan (PR1/PRA) dan menyerahkan satu salinan kepada pelajar (Rujuk No.24, m.s 31). 4.2.16Membuat rumusan prestasi praktikum pelajar bersama guru pembimbing menggunakan Borang Penilaian PR2 ( di isi bersama pensyarah penyelia) 4.2.17 Menghantar pencalonan kes cemerlang ke Unit Praktikum selewatlewatnya 3 minggu sebelum tamat praktikum. 4.2.18 Melengkap dan menyerahkan Borang Penilaian (PR2) kepada Unit Praktikum IPG Kampus Keningau, Sabah. 4.3 Penyelaras Prasekolah IPG Kampus Keningau, Sabah 4.3.1 Memastikan pensyarah penyelia dan guru pembiming mematuhi prosedur dan kaedah bimbingan dan penyeliaan untuk pengajaran sehari atau slot yang telah ditetapkan. 4.3.2 Memberi taklimat berkaitan bimbingan dan penyeliaan prasekolah kepada pengurus sekolah, pensyarah penyelia, guru pembimbing dan pelajar. 4.3.3 Memberi taklimat berkaitan sukatan, struktur dan panduan pengurusan prasekolah kepada pengurus sekolah dan guru pembimbing bagi sekolah-sekolah yang baru memulakan kelas prasekolah. 4.3.4 Membantu Ketua Jabatan mengenalpasti pensyarah akademik yang berkelayakan dan kompeten untuk dilantik sebagai pensyarah penyelia praktikum. 4.4 Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah 4.4.1 Melaksanakan dasar praktikum yang diputuskan. 4.4.2 Merancang dan menyediakan Jadual Kerja Pelaksanaan Praktikum. 4.4.3 Menguruskan surat lantikan pensyarah penyelia dan guru pembimbing. 4.4.4 Merancang dan menguruskan penempatan pelajar dan pensyarah penyelia.Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 7
  8. 8. 4.4.5 Merancang dan mengurus taklimat kepada pelajar, pensyarah penyelia dan pihak sekolah. 4.4.6 Merancang dan mengurus latihan pementoran untuk pensyarah penyelia dan guru pembimbing. 4.4.7 Memastikan kelancaran perjalanan praktikum. 4.4.8 Menguruskan pengumpulan dokumen dan rekod praktikum. 4.4.9 Menguruskan keputusan praktikum sebelum disahkan oleh JKIAPIPG dan diserahkan kepada Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP) institut. 4.4.10 Membentangkan laporan kes praktikum dalam mesyuarat JKIAPIPG. 4.4.11 Melaporkan kes-kes gagal praktikum kepada IPG. 4.4.12 Memproses borang tuntutan elaun khas guru pembimbing. 4.4.13 Menyedia dan menghantar Laporan Refleksi Praktikum Tahunan ke IPG. 4.5 Guru Pembimbing 4.5.1 Menghadiri taklimat praktikum dan latihan yang dijalankan oleh IPG. 4.5.2 Memahami dan mengamalkan peranan guru pembimbing sebagai mentor. (Rujuk No.23, m.s 28) 4.5.3 Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar tentang: - jadual waktu - sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru - rancangan kerja semester dan persediaan mengajar harian - sumber pengajaran dan pembelajaran - proses pengajaran dan pembelajaran - pengurusan bilik darjah - refleksi dan penulisan jurnal - portfolio praktikum - pengajaran berpasangan - pengelolaan kokurikulum - hal-hal lain yang berkaitan. 4.5.4 Memberi peluang kepada pelajar memerhati pengajarannya. 4.5.5 Menyemak dan memberi ulasan bertulis dan menandatangani buku persediaan mengajar pelajar.Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 8
  9. 9. 4.5.6 Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik terutama dari segi pergaulan yang sihat, peningkatan jati diri dan pemupukan nilai profesionalisme keguruan. 4.5.7 Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini. 4.5.8 Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai kemajuan pelajar dari semasa ke semasa. 4.5.9 Memantau dan memaklumkan masalah kehadiran dan disiplin pelajar kepada pengurus sekolah dan pihak IPG yang melaksanakan penyeliaan dengan segera sepanjang tempoh praktikum. 4.5.10 Membimbing pelajar melaksanakan rutin harian. 4.5.11 Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut jadual penyeliaan yang telah ditetapkan. 4.5.12 Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah yang baik. 4.5.13 Melengkapkan Borang Bimbingan (PR1/PRA) dan menyerahkan satu salinan kepada pelajar. 4.5.14 Membuat rumusan prestasi praktikum pelajar bersama pensyarah penyelia menggunakan Borang Penilaian PR2. 4.6 Pengurus Sekolah 4.6.1 Menghadiri taklimat praktikum yang dijalankan oleh pihak IPG. 4.6.2 Menubuhkan Jawatankuasa Praktikum peringkat sekolah. 4.6.3 Mencalon guru pembimbing daripada kalangan guru terlatih yang berpengalaman dan bersesuaian. 4.6.4 Memberi taklimat kepada guru pembimbing tentang: - program dan pelaksanaan praktikum - peranan guru pembimbing 4.6.5 Memberi taklimat kepada pelajar tentang: - sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolah tugas dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru kokurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran, guru tugas khas dan tugas staf sokongan - latar belakang murid dan masyarakat setempat - tugas dan tanggungjawab pelajar di sekolah - pengelolaan gerak kerja kokurikulum - maklumat-maklumat lain yang berkaitan.Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 9
  10. 10. 4.6.6 Memberi jadual waktu dan takwim sekolah kepada pelajar. 4.6.7 Mengawasi disiplin pelajar dan mengesahkan kehadiran mereka. 4.6.8 Memberitahu secara bertulis kepada pihak IPG yang melaksanakan penyeliaan dari semasa ke semasa tentang pelajar yang: - tidak menjalankan tugas dengan memuaskan - tidak hadir tanpa sebab. - kes-kes disiplin - kes-kes kesihatan dan kemalangan 4.6.9 Menyemak dan mengesahkan rancangan pelajaran dan persediaan mengajar pelajar. 4.6.10 Mengesahkan kehadiran pelajar dengan menandatangani Borang Kehadiran Praktikum. 4.6.11 Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan dan tunjuk ajar berterusan kepada pelajar. 4.6.12 Mengambil tahu hal-hal berkaitan kebajikan pelajar dan membuat tindakan susulan. 4.6.13 Memastikan segala tindakan berkaitan pelaksanaan penyeliaan praktikum dilaksanakan dengan sempurna. 4.6.14 Memastikan pelajar dilibatkan dalam kokurikulum sekolah dalam salah satu daripada unit beruniform / sukan dan permainan.5. KEHADIRAN PRAKTIKUM 5.1 Kehadiran pelajar dalam praktikum adalah 100%. 5.2 Tindakan bagi kehadiran yang kurang daripada 100% “dengan kebenaran” . 5.3 Perkara-perkara mustahak yang membolehkan pelajar meninggalkan praktikum (cuti) dengan kebenaran oleh pengarah IPG berkenaan tetapi tidak melebihi 30% daripada jumlah hari praktikum. 5.3.1 Pelajar jatuh sakit atau cedera. Pengesahan oleh doktor/pegawai perubatan adalah diperlukan. 5.3.2 Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah. 5.3.3 Keluarga terdekat meninggal dunia. 5.3.4 Peristiwa luar jangkaan dan keadaan kecemasan. 5.3.5 Sebab-sebab lain yang diberi kebenaran oleh Pengarah IPG latihan.Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 10
  11. 11. 6. KONSEP PENGAJARAN BERPASANGANSatu strategi yang melibatkan dua orang pelajar (sekiranya ada) bekerjasamamerancang pengajaran dan pembelajaran, memerhati pengajaran rakan sebaya danmemberi maklum balas tentang persediaan dan penyampaian pelajaran semasapraktikum.7. OBJEKTIF PENGAJARAN BERPASANGANMelalui pengajaran berpasangan pelajar dapat: 7.1 mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar secara formal berasaskan ungkapan “ two heads are better than one ”. 7.2 berfikir dan berbincang mengenai teknik pengajaran dan pembelajaran, cara-cara meningkatkan pembelajaran murid dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan tugas mereka. 7.3 berlatih dan mencuba pelbagai kemahiran mengajar. 7.4 mengkaji kelemahan pengajaran dan pembelajaran mereka dan berikhtiar mencari jalan untuk mengatasinya. 7.5 memerhati pengajaran orang lain dan membina kemahiran memerhati serta menilai. 7.6 meningkatkan kreativiti.8. CIRI DAN PROSES PENGAJARAN BERPASANGANPengajaran berpasangan mengandungi ciri-ciri berikut: 81, Peringkat-peringkat perkembangan kemahiran: a.) Pengurusan bilik darjah dan merancang persediaan mengajar. b.) Kemahiran mengajar c.) Menganalisis dan mengkaji semula kemahiran mengajar serta mencuba pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang berlainan 8.2 Proses pembelajaran berlaku melalui: a.) perbincangan b.) pemerhatian dan c.) maklum balasUnit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 11
  12. 12. 8.3 Jenis-jenis interaksi: a.) “Tandem”: proses dalam aktiviti pengajaran berpasangan iaitu dua orang pelajar bersama-sama merancang dan mengajar sesuatu pelajaran. b.) “Berpasukan” : proses interaksi dalam aktiviti pengajaran berpasangan iaitu dua orang pelajar bersama-sama merancang pengajaran tetapi mengajar berasingan. c.) “Individu” : proses interaksi dalam aktiviti pengajaran berpasangan iaitu dua orang pelajar berbincang bersama tetapi menyediakan pelajaran dan mengajar berasingan. 8.4 Pengajaran berpasangan hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali sepanjang tempoh praktikum. 8.5 Pelaksanaan pengajaran berpasangan adalah tertakluk kepada pertimbangan pihak Unit Praktikum. 8.6 Penyeliaan pengajaran berpasangan tidak diberikan gred.9. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN PENGAJARAN BERPASANGAN 9.1 Pensyarah penyelia dan guru pembimbing perlu menyedarkan pelajar bahawa percanggahan idea perlu diatasi secara profesional. 9.2 Pensyarah penyelia dan guru pembimbing perlu memastikan pengajaran berpasangan dilaksanakan. 9.3 Pelajar dikehendaki menetapkan masa dan kelas di mana pengajaran berpasangan akan dijalankan. 9.4 Pelajar diberi latihan semasa pengajaran mikro/makro.Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 12
  13. 13. 10. REKOD PENGAJARAN BERPASANGANNama Pelajar :………………………………………………………………………………Kursus dan Ambilan :………………………………………………………………………Nama Pelajar : ………..……………………………………………………………………Nama Pasangan Praktikum : .……………………………………………………………Nama Guru Pembimbing : ..……………………………………………………………… Nama Mata Catatan Tarikh dan Masa & Tandatangan Minggu Pelajaran / (Guru Hari Kelas Pasangan Slot Pembimbing) 1 2 3 4 5 6 7 8Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah PenyeliaTandatangan : ....................................... Tandatangan : ...................................Nama : ....................................... Nama : ...................................Tarikh : ............................................. Tarikh : ...................................Salinan : 1. Portfolio Praktikum 2. Penyelaras Program Prasekolah, IPG.Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 13
  14. 14. 11. PENYEDIAAN PORTFOLIO 11.1 Portfolio atau profil professional merupakan koleksi dokumen yang member gambaran tentang seorang professional dari segi:  Pengetahuan  Kemahiran  Pengalaman  Kelayakan  Matlamat dan Pencapaian 11.2 Satu bentuk sejarah pencapaian pelajar yang didokumentasikan dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif. (Shulman, 1992). 11.3 Koleksi hasil usaha pelajar yang memberi gambaran tentang proses atau usaha-usaha yang dijalankan serta pencapaiannya di dalam perkara- perkara tertentu. Ini termasuk pemilihan bahan-bahan, isi kandungan, garis panduan pemilihan, kriteria dan bukti refleksi kendiri pelajar (Arter and Paulson,1990) 11.4 Koleksi artifek pengalaman pembelajaran yang dikumpulkan dalam satu jangka waktu tertentu. (Valencia,Hibert & Afflerbach,1994)12. TUJUAN PORTFOLIO 12.1 Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman sewaktu praktikum 12.2 Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah penyelia dan guru pembimbing untuk menilai prestasi pelajar yang diselia. 12.3 Memberi peluang pelajar menganalisis dan menilai perkembangan dan arah pemikiran mereka. 12.4 Memberi ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat yang ditetapkan sepanjang praktikum. 12.5 Maklum balas tentang keberkesanan pelaksanaan kurikulum sepanjang praktikum. 12.6 Sebagai asas untuk membuat keputusan dan menetapkan matlamat pengajaran dan pembelajaran. 12.7 Alternatif kepada penilaian berbentuk pengujian dan peperiksaan atau penilaian sumatif. 12.8 Memperkembangkan daya kreativiti melalui penyediaan strategi, tindakan dan idea dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 14
  15. 15. 13. CIRI-CIRI PORTFOLIO 13.1 Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan guru pelatih telah terlibat dengan refleksi kendiri. 13.2 Hasil yang dibuat sendiri oleh guru pelatih bukan kepada guru pelatih – menghargai usaha dan diri sendiri. 13.3 Portfolio berbeza dengan folder simpanan guru pelatih. Maklumat yang bermakna dari folder sahaja yang perlu dimasukkan ke dalam portfolio. 13.4 Mesti menggambarkan dengan jelasnya aktiviti guru pelatih dari sudut rasional, matlamat, pengalaman, halatuju dan harapan. 13.5 Mempunyai matlamat yang berbeza dari masa ke semasa. Oleh itu mesti dikemas-kini setiap masa. 13.6 Boleh mempunyai beberapa tujuan pada satu masa tetapi tidak bercanggah. 13.7 Mengandungi maklumat yang menggambarkan berlakunya kemajuan dan perkembangan dalam sesuatu perkara.14. JENIS PORTFOLIO 14.1 PORTFOLIO KERJA:  Koleksi hasil kerja harian pelajar sendiri.  Catatan, lakaran, deraf awal, hasil akhir yang telah dibuat guru pelatih.  Milik guru pelatih sendiri.  Penilaian formatif dan bersifat diagnostik. 14.2 PORTFOLIO DOKUMENTARI:  Koleksi hasil kerja yang dikumpulkan khusus untuk penilaian.  Bukti-bukti proses yang dijalankan bagi menghasilkan sesuatu tugas/perkara.  Bahan yang menggambarkan pencapaian guru pelatih dalam pembelajaran  Kandungan Portfolio memperlihatkan kekuatan dan kelemahan guru pelatih.  Penilaian formatif dan sumatif.Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 15
  16. 16. 14.3 PORTFOLIO HASIL:  Koleksi bahan yang dipilih khas untuk menggambarkan hasil terbaik guru pelatih.  Mengandungi hasil akhir sahaja.  Menggambarkan pencapaian objektif pembelajaran sesuatu matapelajaran/ perkara.  Bahan bukti mencerminkan pencapaian guru pelatih.  Penilaian sumatif untuk menentukan sijil, gred, penempatan dll.15. TANGGUNGJAWAB GURU PEMBIMBING DAN PENSYARAH PENYELIA 15.1 Menyemak dan menilai isikandungan portfolio guru pelatih setiap kali penyeliaan dan bimbingan dijalankan. 15.2 Menyediakan pengalaman sekolah yang bermakna kepada guru pelatih. 15.3 Memastikan kandungan portfolio dikemaskini oleh pelajar setiap masa. 15.4 Membantu guru pelatih menyediakan Pernyataan Profesional.16. STRUKTUR KANDUNGAN PORTFOLIOIsi kandungan portfolio ditentukan oleh pensyarah dan guru pelatih /atau gurupelatih sendiri. Bahan-bahan yang terkandung mesti memberi gambaran yang tepattentang pencapaian, prestasi dan perkembangan guru pelatih dalam bidang ataukemahiran tertentu. 16.1 Pemilihan Bahan  Dibuat mengikut kronologi masa.  Dibuat mengikut kategori-kategori yang ditetapkan.  Susunan aktiviti dari mudah kepada yang susah.  Kepentingan bahan-bahan – dari kurang penting kepada yang lebih penting.Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 16
  17. 17. Kategori bahan bukti portfolio: KATEGORI CONTOH BAHAN i. Senarai semak ii. Borang prestasi/laporan pencapaian Bahan Bukti Perlakuan: guru pelatih dalam tugasannya. iii. Rakaman video/audio iv. Surat/sijil penghargaan i. Kertas kerja/laporan ii. Artikel/esei Bahan Bukti Bertulis: iii. Catatan nota iv. Perancangan/Jadual Kerja sendiri atau kolaboratif dengan v. Skrip jawapan ujian rakan lain ( catatan nota kasar, vi. Surat yang ditulis oleh guru deraf dan hasil akhir) pelatih vii. Pengurusan grafik menghasilkannya. viii. Petikan Jurnal ix. Penulisan/komen refleksi. i. Bahan photokopi Bahan Sokongan: ii. Gambar foto iii. Nota kuliah untuk mengukuh dan iv. Carta/ Graf/ Jadual memantapkan hasil tulisan. v. Bibliografi 16.2 Kandungan Asas Portfolio  Maklumat Diri  Maklumat Sekolah  Maklumat Tugas  Maklumat Kokurikulum  Jurnal  Lain-lainUnit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 17
  18. 18. 17. SENARAI SEMAK KANDUNGAN PORTFOLIO Tandakan(√)* Bahagian No. Perkara P GP 00 SENARAI KANDUNGAN PORTFOLIO A02 BIODATA PELAJAR MAKLUM AT DIRI A A03 SURAT PENGENALAN DIRI A04 PERNYATAAN PROFESIONAL PETA LOKASI, PELAN SEKOLAH DAN BILIK B01 DARJAH B02 CARTA ORGANISASI SEKOLAH MAKLUMAT SEKOLAH B03 VISI DAN MISI SEKOLAH B B04 TAKWIM SEKOLAH SENARAI NAMA STAF (AKADEMIK & B05 SOKONGAN) B06 PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH SURAT-SURAT LANTIKAN TUGAS SEMASA DI C01 MAKLUMAT SEKOLAH TUGAS C C02 SALINAN BORANG BIMBINGAN (PR1/PRA) C03 SALINAN BORANG KEHADIRAN PRAKTIKUM C04 REKOD PENGAJARAN BERPASANGAN D01 RANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM KOKURIKULUM MAKLUMAT D02 SENARAI NAMA AHLI DAN KEHADIRAN D D03 LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM D04 RANCANGAN PROJEK / PERANAN LAIN D05 LAPORAN PROJEK / PERANAN LAIN E01 FORMAT & CONTOH PENULISAN JURNAL JURNAL E E02 PENULISAN JURNAL MINGGUAN E03 CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN F01 MAKLUMAT INOVASI P&P LAIN- LAIN F F02 F03 Tandatangan Tarikh SemakanCatatan:- Bahan bantu pengajaran dan pembelajaran, penilaian, inovasi atau contoh-contoh hasilan pelajar adalah digalakkan disimpan dalam folder atau portfolio yang berasingan.- * P = Disemak dan ditandakan oleh pelajar; GP = Disemak dan ditandakan oleh guru pembimbing.Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 18
  19. 19. 18. PENULISAN JURNALSatu bentuk penulisan ilmiah yang berterusan mengenai sesuatu peristiwa,masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan oleh pelajar sendiriberkaitan dengan pengalaman semasa menjalani praktikum di sekolah atau semasamelaksanakan sesuatu tugas. Jurnal bertujuan membantu pelajar merenung, menilaidan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan bagimenyelesaikan sesuatu masalah/meningkatkan lagi keberkesanan mengikut jangkamasa yang ditetapkan sendiri.19. GARIS PANDUAN PENULISAN JURNAL 19.1 Peserta kursus dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum. 19.2 Penulisan hendaklah difokuskan kepada satu sahaja peristiwa, masalah, pencapaian atau aspek-aspek penting/kritikal yang dialami semasa praktikum. 19.3 Aspek yang difokus hendaklah dianalisis secara terperinci, mengandungi pandangan, cadangan.dan tindakan susulan. 19.4 Fakta-fakta perlu disokong dengan penulisan lampau (literature review) supaya setiap masalah, cadangan dan langkah-langkah yang dijalankan lebih objektif dan berkesan. 19.5 Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan mengatasi masalah yang telah difokuskan. 19.6 Pelajar dikehendaki mengumpul data dengan membuat catatan bagi mengesan kemajuan tindakan susulan yang telah dicatatkan. 19.7 Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas pelajar sebagai guru profesional. 19.8 Pelajar diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemas kini sepanjang masa praktikum untuk disemak oleh pembimbing.20. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN 20.1. Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing untuk memastikan perkara-perkara yang relevan dan kritikal sahaja dicatatkan. 20.2. Kandungan jurnal mesti dibincang bersama antara pelajar dengan pensyarah penyelia atau guru pembimbing.Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 19
  20. 20. 21. FORMAT DAN CONTOH PENULISAN JURNAL 21.1 FORMAT JURNAL (Minggu pertama sahaja) Bilangan Jurnal : Ke-____ Minggu Praktikum : _______ Tarikh Peristiwa / Kejadian : ____ hingga ____ Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK ____________________ Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : ....................................... Tandatangan: ....................................... Nama : ........................................ Nama : ........................................ Tarikh : ........................................ Tarikh : ........................................Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 20
  21. 21. 21.2 FORMAT JURNAL (Minggu kedua dan seterusnya) Bilangan Jurnal : Ke-____ Minggu Praktikum : _______ Tarikh Peristiwa / Kejadian : ____ hingga ____ Tajuk Jurnal : (Rujuk aspek-aspek di dalam Borang PR 1. Fokus kepada 1 atau 2 perkara sahaja) 1. Masalah / Peristiwa 2. Analisis 3. Cadangan Tindakan Susulan 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : ........................................ Tandatangan : ....................................... Nama : ....................................... Nama : ...................................... Tarikh : ....................................... Tarikh : ......................................Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 21
  22. 22. 21.3 CONTOH JURNAL (Minggu pertama sahaja) Bilangan Jurnal : 1/12 Minggu Praktikum : Pertama Tarikh Peristiwa / Kejadian : 17 hingga 21 Jun 2006 Tajuk Jurnal : Minggu Pertama Di SK Taman Repok, Sarikei. Pada hari pertama, saya bersama pasangan pasangan praktikum melapor diri kepada Encik Ishak Bin Mohd Khalid, Guru Besar, SK Taman Repok, Sarikei. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Guru Besar memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah : - sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah; - struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan; - latar belakang murid dan masyarakat setempat; - tugas dan tanggungjawab murid di sekolah; - pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan. Selepas waktu rehat kami diperkenalkan kepada guru-guru dan staf sokongan. Selepas kami dibawa oleh Guru Penolong Kanan berjalan di sekeliling kawasan sekolah kamipun berjumpa dengan Encik Ghafur Mohammad, guru pembimbing praktikum kami. Encik Ghafur Mohammad memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang jadual waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester. Pada hari kedua saya menyediakan Rancangan Semester Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni Visual. Saya diagihkan 4 waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 4A, 6 waktu Tahun 5B dan 2 waktu Pendidikan Seni Visual Tahun 5A. Saya tidak menghadapi banyak masalah dalam penyediaan kedua-dua rancangan semester tersebut kerana telah menghadiri bengkelUnit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 22
  23. 23. penulisan rancangan pengajaran ketikan di institut. Tambahan pula, kami dibekalkan oleh pensyarah mata pelajaran dengan format dan contoh rancangan semester, mingguan dan rancangan pengajaran harian. Pada hari ketiga saya diberi peluang oleh guru pembimbing membuat pemerhatian pengajarannya. Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana melalui kesempatan tersebut saya telah memperolehi banyak pengalaman terutamanya tentang cara pengurusan kelas, penggunaan ICT dan pengurusan aktiviti kumpulan. Cikgu Ghafur Mohammad memanglah seorang guru yang berkeyakinan tinggi dan berjaya menarik minat murid-muridnya. Catatan yang saya buat semasa sesi pemerhatian amatlah berguna sebagai rujukan saya. Pada hari keempat, Pada hari kelima, saya menyerahkan Rancangan Semester Bahasa Inggeris dan PSV kepada Guru Besar dan guru pembimbing untuk disemak. Selepas itu saya masuk ke dalam Kelas 5A bersama Cikgu Abdul Latif, guru Pendidikan Seni Visual. Saya amat kagum dengan kebolehan beliau dalam menyampaikan pelajarannya. Dengan cara penyampaian yang menarik dan bakatnya yang amat tinggi dalam seni visual tak hairanlah mengapa beliau selalu dijemput untuk menjadi fasilitator kursus PSV di peringkat Bahagian Sarikei. Selepas itu membuat rancangan mingguan, rancangan pengajaran harian dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang akan saya gunakan dalam minggu kedua Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : ................................... Tandatangan : ......................................... Nama : ................................... Nama : ......................................... Tarikh : ................................... Tarikh : .........................................Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 23
  24. 24. 21.4 CONTOH JURNAL (Minggu kedua) Bilangan Jurnal : 2/12 Minggu Praktikum : Minggu kedua Tarikh Peristiwa / Kejadian : 24 Jun 2006 Tajuk Jurnal : Masalah pengurusan masa. 1. Masalah / Peristiwa Hari ini (24 Jun 2006) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif , khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu . 2. Analisis Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincanan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancer dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti- aktiviti sekolah seperti perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan. 3. Cadangan Tindakan Susulan a.) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna. b.) Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancarUnit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 24
  25. 25. dengan masa yang telah dirancangkan . c.) Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk dibentangkan . d.) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di sampingberbincang dengan rakan-rakan guru pelatih. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya. Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : ...................................... Tandatangan : ........................................ Nama : ...................................... Nama : ............................................. Tarikh : ...................................... Tarikh : .............................................Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 25
  26. 26. 22. PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH 22.1 Sukan Dan Permainan  Melibatkan diri dalam pengajaran dan persiapan pasukan  Membantu Guru Penasihat melatih kumpulan/pasukan dalam pertandingan  Membantu Guru Penasihat dalam satu pertandingan yang dirancang seperti pertandingan antara kelas, sekolah atau karnival  Pelajar dikehendaki membuat laporan aktiviti kokurikulum yang dikendalikan dalam portfolio sepanjang amalan profesional. 22.2 Unit Beruniform  Melibatkan diri dalam satu unit beruniform yang diikuti semasa di IPG.  Membantu guru penasihat dalam latihan atau perjumpaan kokurikulum unit beruniform di sekolah.  Membantu guru penasihat merancang dalam menjayakan perkhemahan/ kursus/ latihan/ lawatan/projek.  Membantu penubuhan atau kegiatan yang akan dibuat oleh pihak sekolah (jika perlu).  Menyelesaikan kerja atau tugasan mengikut kurikulum unit beruniform yang diikuti di IPG (jika belum selesai).  Pelajar dikehendaki membuat laporan kokurikulum yang dikendalikan dalam portfolio sepanjang amalan profesional. 22.3 Aktiviti-Aktiviti Tambahan Sekiranya pelajar disahkan melibatkan diri dengan cemerlang dalam aktiviti-aktiviti tambahan kokurikulum di peringkat sekolah/daerah/negeri dalam bidang persatuan/sukan/permainan/unit beruniform seperti di bawah, pelajar berkenaan boleh diberi penilaian pada Tahap 5.  Merentas desa  Jogathon  Hari Terbuka / Hari Ibu Bapa  Pasar Ria  Sukaneka dan sebagainya  Lain-lain aktivitiUnit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 26
  27. 27. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU, KENINGAU. SABAH. 22.4 LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM MINGGUKE- .........Nama Pelajar :______________________________________________________Jenis Persatuan/Sukan/Unit Beruniform : __________________________________Tarikh : _____________________ Masa : ___________________________Tempat : _______________________________________________________Nama Guru Penasihat GERKO : _______________________________________Bilangan Pelajar : __________________________________________________Aktiviti/aspek kemahiran yang dijalankan yang merangkumi kepimpinan,kepengurusan, kejurulatihan dan kepegawaian:_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Aspek yang dibimbing oleh Guru Penasihat/ Pensyarah Pembimbing/ GuruPembimbing:____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Refleksi:___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ __________________________________Tandatangan pelajar Tandatangan guru/ pensyarah pembimbingUnit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 27
  28. 28. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU, KENINGAU, SABAH. 22.5 REKOD PROJEK / AKTIVITI / PERANAN LAIN Nama Pelajar : ____________________________________________ Kursus dan Ambilan : ____________________________________________ Nama Sekolah : ____________________________________________ Tarikh Catatan Mgu Projek / Aktiviti / Peranan Lain Masa (Lokasi dll) M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M 10 M 11 M 12Disemak oleh pihak sekolah Disahkan oleh Pensyarah PembimbingTandatangan : Tandatangan :Nama : Nama :Tarikh : Tarikh :Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 28
  29. 29. 23. GURU PEMBIMBING SEBAGAI MENTOR 23.1 Pendahuluan Pementoran ialah satu program sokongan untuk peningkatan profesional guru-guru. Pendedahan melalui program ini membolehkan guru mengukur kemampuan refleksi secara praktik. Ini akan menjadikan mereka lebih prihatin terhadap keperluan penilaian kendiri ke atas kemahiran dan sikap yang ada pada diri masing-masing. Pendekatan ini akan dapat membantu peningkatan dalam proses penilaian kendiri di kalangan guru pembimbing dan pelajar. Oleh itu, guru pembimbing merupakan kumpulan sokongan yang perlu membimbing pelajar menimba ilmu, kemahiran dan pengalaman masing-masing secara bersama. 23.2 Objektif  Membentuk asas pementoran untuk memberi sokongan semasa amalan profesional.  Membentuk permuafakatan dan perkongsian pintar antara sekolah dan institut perguruan. 23.3. Tanggungjawab Guru Pembimbing Sebagai Mentor  Rancangan Pembinaan Individu (Individual Development Plan) Kaunseling dan bimbingan yang spesifik diperlukan daripada guru pembimbing bagi tujuan pembinaan pengalaman dan mengukuhkan kecekapan pelajar.  Mentoring dan Maklum Balas Guru pembimbing mesti berperanan secara aktif dalam memantau kemajuan dan prestasi pelajar (mentee). Sesi maklum balas dan refleksi yang lebih konsiten perlu diadakan bagi merenung dan mengkaji semula Rancangan Pembinaan Individu. Pemerhatian klinikal hendaklah sentiasa dijalankan dan penilaian formatif diambil kira dalam setiap perbincangan.  Penasihat Strategi Kerjaya Guru pembimbing memberi bimbingan secara umum yang berkaitan dengan peluang-peluang yang ada dalam organisasi dan latar belakang kerjaya serta syarat yang diperlukan untuk meningkatkan potensi dan prestasi seseorang pelajar. Guru pembimbing dengan pengalaman yang luas tentang sejarah dan budaya persekitaranUnit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 29
  30. 30. sekolah merupakan individu yang paling layak untuk membantu pelajar belajar mengenai kehidupan di sekolah dan dalam blilik darjah.  Pembimbing dalam Bilik Darjah Guru pembimbing akan dilihat sebagai seorang pembimbing, model, pemberi penjelasan dan memberi “resipi” untuk membantu para pelajar. Dengan bimbingan melalui latihan-latihan yang lebih praktikal dan sistematik pelajar akan belajar mengambil alih tugas dan tanggungjawab guru bilik darjah. Mentoring akhirnya menggerakkan pelajar ke arah suatu kefahaman yang lebih mendalam mengenai cara mengajar supaya dapat dipastikan yang pembelajaran telah berlaku dalam bilik darjah. Cara ini mereka akan dipandu ke arah perubahan, pertumbuhaan dan perkembangan sebagai seorang guru.  Sponsoring dan Pengantaraan Guru pembimbing merupakan penyedia hala tuju dan membantu menyusun tugasan membina secara berterusan dan mempromosikan tanggungjawab. Sebarang perhubungan yang saling menyokong memerlukan perhatian yang aktif oleh kedua pihak. Pelajar perlu mendapatkan bimbingan, nasihat, bersikap terbuka kepada sebarang pandangan dan cadangan guru pembimbing di samping sentiasa bersedia berkongsi masalah dan maklumat secara profesional. 23.4 Prinsip Bimbingan  Mendengar lebih daripada bercakap.  Mencelah hanya apabila perlu.  Kolaboratif (membangkitkan isu dan mengembangkan daya penyelesaian masalah)  Komitmen kepada perkembangan berterusan.  Belajar mengajar menerusi inkuiri penemuan dan refleksi.  Menggunakan pengalaman mengajar pelajar.  Bersifat menyokong dan bukan menyerah.  Kesedaran dan amalan nilai-nilai asas (amanah, kasih sayang, kerajinan dll).Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 30
  31. 31. Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 31
  32. 32. Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 32
  33. 33. Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 33
  34. 34. Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 34
  35. 35. Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 35
  36. 36. Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 36
  37. 37. Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 37

×