SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
Download to read offline
FALSAFAH ETIKA ARISTOTLE
IAEU2313 SEJARAH PEMIKIRAN FALSAFAH
[Document subtitle]
ISI KANDUNGAN
1.0 SEJARAH HIDUP ARISTOTLE....................................................................................................3
1.1 Aristotle sebagai murid...................................................................................................................3
1.2 Aristotle Sebagai Guru....................................................................................................................4
2.0 PEMIKIRAN ARISTOTLE ............................................................................................................5
3.0 DEFINISI ETIKA.............................................................................................................................6
3.1 Pengertian Falsafah Etika...............................................................................................................7
4.0 PEMBAHAGIAN ETIKA................................................................................................................8
4.1 Etika Meta (Meta Ethics) ................................................................................................................8
4.2 Etika Normatif (Normative Ethics).................................................................................................8
4. 3 Etika Gunaan (Applied Ethics) ......................................................................................................9
5.0 HAKIKAT FALSAFAH ETIKA.....................................................................................................9
6.0 PEMIKIRAN ETIKA ARISTOTLE.............................................................................................12
7.0 ULASAN DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM............................................................................18
8.0 RUJUKAN.......................................................................................................................................19
1.0 SEJARAH HIDUP ARISTOTLE
Aristotle adalah seorang yang paling terkenal pada zaman Yunani kuno. Beliau sangat terkenal
sebagai seorang guru dan salah satu ahli falsafah terkenal yang pernah hidup di dunia ini. Hanya
sedikit fakta-fakta yang diketahui mengenai masa kecil Aristotle.
Beliau lahir di Stagira, sebuah kota di bagian utara Yunani, pada tahun 384 s.m. Ayahnya
merupakan seorang doktor semasa Amyntas II Raja Macedonia. Aristotle belajar sedikit
mengenai ilmu pengetahuan alam (sains) daripada ayahnya.1
.
1.1 Aristotle sebagai murid
Ketika Aristotle berusia 17 tahun, beliau pergi belajar ke Athena kota utama Yunani. Beliau
menjadi murid kepada ahli falsafah iaitu Plato. Anak muda ini menghabiskan waktunya beberapa
tahun di Akademi Plato mempelajari matematik astronomi dan tatanegara (government) . Cara
pengajaran Plato menekanka bagaimana untuk berfikir dengan jernih. Aristotle belajar dibawah
bimbingan Plato selama kira-kira 20 tahun. Beliau ialah pelajar yang baik. Plato mengatakan
Aristotle adalah bintang akademi tersebut. Ketika Plato meninggal pada tahun 347 s.m. Aristotle
meninggalkan akademi tersebut dan mulai mengembangkan metod pelajarannya sendiri.
1
k.Bertens,Ringkasan Sejarah Filsafat.(Kanisus: 1975 )m/s 9
Antara ilmu yang dibawa Aristotle ialah Bagaimana kita belajar mana yang benar dan mana yang
salah Bagaimana bentuk pemerintahan yang terbaik? Ini adalah beberapa hal yang berkumpul di
kepala Aristotle. Aristotle berusaha mencari jawapan dengan mengenalpasti keadaan dunia di
sekelilingnya dan mengumpulkan bukti-bukti nyata. Beliau percaya bahawa setiap kejadian
mempunyai penjelasan yang logik, dan dia ialah orang pertama yang membentuk kesimpulan dari
hasil kajian dan pengamatan
1.2 Aristotle Sebagai Guru
Aristotle menjadi lebih terkenal setelah meninggalkan sekolah Plato. Ketika Raja PhilipII mencari
guru untuk anaknya, Alexander dia memilih Aristotle. Sulit diketahui seberapa besar Aristotle
mempengaruhi Alexander Agung, tetapi kita tahu hubungan guru dan murid sepanjang hidupnya
adalah merupakan dua orang sahabat. Setelah menjadi raja Macedonia, Aristotle kembali ke
Athena. Tahun 335 s.m. dengan dana sumbangan Alexander, Aristotle membuka sebuah sekolah
yang diberi nama Lyceum. Dari asal kata itu highschools di Perancis dan Italy dinamakan: lycee
danliceo.Banyak mata pelajaran yang diajarkan di Lyceum, dan berbagai alat bantu untuk proses
belajar. Aristotle menghimpun buku-buku dan membuka perpustakaan besar pertama pada masa
ituSelain itu terdapat museum ilmu alam, kebun dan ladang. Aristotle menganjurkan agar setiap
orang mencari tempatnya masing-masing di dunia ini dan belajar bagaimana cara hidup yang baik
dan berguna bagi orang lain.Hidup bahagia dapat ditemui pada ³pertengahan emas (golden mean)´,
maksudnyan ditengah-tengah dua kelompok ekstrim yang bertentangan dan selalu timbul di dalam
masyarakat. 2
1. 2
Henry B.Veatch, Aristotle A Contemporary Appreciation.(Indiana University Press :1974) m/s 3
2.0 PEMIKIRAN ARISTOTLE
Aristotle lebih mementingkan pengetahuan yang didapati dari deria, dan lebih sesuai
dikelaskan di kalangan ahli empirisisme (empiricists) moden (lihat materialisme dan empirisisme).
Dengan itu, Aristotle meletakkan asas bagi apa yang akhirnya berkembang kepada kaedah saintifik
beberapa abad kemudiannya. Walaupun dia menulis perbualan awal pada kerjayanya, tidak banyak
perca yang terselamat sehingga hari ini. Hasil penulisan Aristotle yang wujud masakini adalah
dalam bentuk karangan (treatise) dan, kebanyakannya, teks yang tidak diterbitkan. Ini mungkin
merupakan nota syarahan, atau teks yang digunakan oleh pelajarnya, dan hampir pasti disunting
beberapa kali kembali sepanjang beberapa tahun. Hasilnya, tulisan ini padat, dan sukar dibaca.
Antara yang terpenting adalah Fizik, Metafizik, moral Nicomachean, Politik, De Anima
(Berkenaan Roh), dan Politik.
Aristotle dikenali sebagai beberapa tokoh yang mempelajari hampir kesemua bidang yang
mungkin pada masa itu. Dalam sains, Aristotle mempelajari anatomi, astronomi, embriologi,
geografi, geologi, meteorologi, fizik dan zoologi. Dalam falsafah, Aristotle menulis berkenaan
estetik, ekonomi, moral (ethics), kerajaan, metafizik, politik, psikologi, retorik, teologi; juga
pendidikan, adat asing, penulisan, dan sastera. Gabungan kerjanya boleh dikatakan merupakan
ensiklopediapengetahuan Yunani.3
3
Henry B.Veatch, Aristotle A Contemporary Appreciation.(Indiana University Press :1974) m/s 3
3.0 DEFINISI ETIKA
Pengertian Etika (Etimologi), berasal dari bahasa Yunani adalah “Ethos”, yang bererti kesusilaan
atau kebiasaan (custom). Etika biasanya berkait dengan moral yang merupakan istilah dari bahasa
Latin, iaitu “Mos” dan dalam bentuk pluralnya “Mores”, yang bererti adat kebiasaan atau cara
hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghindari perbuatan
yang buruk.
Etika dan moral hampir sama maknanya, tetapi dalam kehidupan harian terdapat perbezaan, iaitu
moral untuk penilaian perbuatan yang dilakukan, sedangkan etika adalah untuk pengkajian sistem
nilai-nilai yang berlaku.4
Etika adalah Ilmu yang membahaskan perbuatan baik dan perbuatan buruk manusia sejauh mana
yang dapat difahami oleh fikiran manusia.
Istilah lain yang sama erti dengan etika, iaitu:
• Susila (Sanskerta), lebih menunjukkan kepada dasar-dasar, prinsip, aturan hidup (sila) yang lebih
baik (su).
• Akhlak (Arab), berarti moral, dan etika berarti ilmu akhlak.
4
Mardzelah Makhsin,Sains pemikiran & Etika.(PTS Publication : 2006 )m/s24
3.1 Pengertian Falsafah Etika
Dalam karya Aristotles, Etika Nikomacheia, menjelaskan tentang pembahasan Etika, sebagai
berikut:
• Terminius Techicus, Pengertian etika dalam hal ini adalah, Etika dipelajari untuk ilmu
pengetahuan yang mempelajari masalah perbuatan atau tindakan manusia.
• Manner dan Custom, Membahas etika yang berkaitan dengan tata cara dan kebiasaan (adat) yang
berkait dengan kudrat manusia (In herent in human nature) yang terikat dengan pengertian “baik
dan buruk” suatu tingkah laku atau perbuatan manusia.
Pengertian dan definisi etika dari para filsuf antaranya ialah :
1. Merupakan prinsip-prinsip moral yang termasuk ilmu tentang kebaikan dan sifat dari hak (The
principles of morality, including the science of good and the nature of the right)
2. Pedoman perilaku, yang diakui berkaitan dengan mengutamakan bahagian utama dari kegiatan
manusia. (The rules of conduct, recognize in respect to a particular class of human actions)
3. Ilmu sifat manusia yang ideal, dan prinsip-prinsip moral sebagai individual. (The science of
human character in its ideal state, and moral principles as of an individual)
4. Merupakan ilmu mengenai suatu kewajiban (The science of duty)
5. Menurut para ahli maka etika tidak lain ialah aturan prilaku manusia, adat kebiasaan manusia
dalam pergaulan antara sesama mereka dan menegaskan mana yang benar dan mana yang buruk.5
5
Ahmad Mahmud Shubhi,Filsafat Etika.(Serambi ) m/s 128
4.0 PEMBAHAGIAN ETIKA
4.1 Etika Meta (Meta Ethics)
Meta (disebalik apa yang dilihat dengan mata kasar) melibatkan persoalan-persoalan ghaib seperti
kuasa Tuhan,keagamaan, kebenaran sejagat dan peranan akal. Etika Agama (etika diskriptif)
membincangkan sistem moral golongan manusia yang menganuti pelbagai agama dan fahaman
seperti Islam, Kristrian, Budhha dan Hindu. Etika Islam menekankan kepada matlamat penciptaan
manusia dan peranan yang wajib dimainkan oleh Muslim dalam kehidupan individu dan
masyarakat.
Tanggungjwab penganut sebagai hamba Hamba Allah dan tanggungjawab dakwah. Tangungjawab
sebagai hamba Allah (Memperhambakan diri kepada Allah). Tanggungjawab sebagai khalifah
Allah (menegakkan hukum, mencegah perbuatan keji, membantu golongan yang teranaya, dan
membenteras kezaliman). Tanggungjawab dakwah (usaha yang optimum untuk mengajak manusia
kepada kebaikan dan mencegah kejahatan.
4.2 Etika Normatif (Normative Ethics)
Membuat kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral yang ada dan kemudianya
mencadangkan satu sistem yang standart untuk semua.
Teori utama yang digunakan dalam etika ini:
a) Teori deontologikal (menilai baik dan buruk pada tindakan)
b) Teori teleologikal (menilai baik dan buruk berdasarkan kesan tindakan)
4. 3 Etika Gunaan (Applied Ethics)
Membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang seperti
perniagaan, perguruan, perubatan, alam sekitar, sosial dan seks. Menyelesaikan masalah semasa
dengan pelbagai teori dan konsep.6
5.0 HAKIKAT FALSAFAH ETIKA
Perkataan Etika berasal dari Bahasa Yunani ethos yang memberi maksud kebiasaan dan peraturan
perilaku yang berlaku dalam masyarakat. Ethic came from a Greek word “Ethos” which mean
“character”. It is the systematic study of the nature of value concept, “good‟, “bad‟, “ought‟,
“right‟, “wrong”, etc. And of the general principles which justify us in applying them to anything;
also called “moral philosophy‟.7
“The term “Ethics” is used in three different but related ways signifying; 1) a general pattern or
way of life, 2) a set rules of conduct or moral code, 3) inquiry about way of life of rules of
conduct”.8
Falsafah etika merupakan salah satu cabang ilmu falsafah malah, dikenali sebagai salah satu
cabang falsafah yang tertua. Dalam konteks falsafah Yunani, falsafah etika sudah terbentuk dengan
kematangan yang mengagumkan.
Etika dapat membantu manusia untuk melihat secara teliti terhadap moral yang dihayati
masyarakat. Intipati yang membezakan manusia dengan makhluk lain adalah pada aspek moralnya.
Daripada moral yang manusia amalkan itu dapatlah manusia menemukan nilai kemanusiaannya,
sehingga etika dan moral seharusnya menjadi landasan tingkah laku manusia dengan segala
kesadaran.
6
Awang, Pemikiran Etika Sebagai Asas Nilai Moral, http://s212323.blogspot.my/, diakses pada 14 Oktober 2015.
7
Encyclopedia Britanica: 752
8
Edwards, Encyclopedia of Philosophy: 8
Secara umumnya yang membezakan manusia dengan binatang adalah pada akalnya dan bukan
unsur yang membuat manusia lebih unggul daripada makhluk lain. Akal mempunyai dua aspek
penggunaan dimana jika ia digunakan secara betul maka ia akan meningkatkan taraf
kemanusiaaannya, tetapi jika digunakan secara salah maka ia akan menurunkan darjat manusia
menjadi binatang bahkan lebih rendah dari binatang. Kekuatan moral diperlukan untuk
mengendalikan akal dan nafsu sehingga kehidupan manusia menjadi lebih bermakna. Manusia
harus beretika kerana manusia makhluk yang berakal, segala perbuatan, tindakan, dan perkataan
manusia harus dipertanggungjawabkan. Perbuatan makhluk berakal ini sentiasa dinilai. Perbuatan
yang bernilai itulah yang menjadikan kehidupan manusia menjadi bermakna. Selain daripada diri
sendiri, manusia juga turut bertanggungjawab terhadap keluarga, masyarakat, bangsa dan negara
yang bersangkutan dengan kegiatan harian manusia.9
Etika pula tergolong daripada dua kategori iaitu etika deskriptif dan etika normatif. Etika deskriptif
memberi tekanan kepada ajaran moral dan kebaikan atau keburukan dalam kehidupan harian. Etika
normatif pula adalah satu kajian terhadap kebaikan atau keburukan sebagai satu fakta tanpa
menghiraukan alasan rasional. Hal ini terbahagi kepada dua lagi pecahan iaitu etika umum dan
etika khusus. Etika umum mengenai kebaikan secara umum, dan etika khusus pula
mempertimbangkan baik buruk dalam bidang tertentu. Dari sudut pandang normatif, falsafah etika
merupakan wacana yang khas bagi perilaku kehidupan manusia, dibandingkan dengan ilmu lain
yang juga membahas tingkah laku manusia.
Telah timbul sebuah ilmu beretika sejak awal pensejarahan. Menurut sebuah pandangan,
pengetahuan yang betul tentang bidang etika secara langsungnya akan disusun oleh perilaku yang
betul juga. Itulah ajaran dari ahli falsafah yang terkenal, Sokrates, yang disebut sebagai
Intelektualisme Etis. Menurut Sokrates orang yang mempunyai pengetahuan tentang baik pasti
akan melakukan kebaikan juga. Orang yang berbuat jahat pula dilakukan atas sebab kurang
pengetahuan yang mendalam mengenai ilmu etika.
Seperti yang dibentangkan, hal ini amat sukar untuk dikajikan. Pengetahuan yang dalam mengenai
etika belum tentu menjaminkan seseorang mempunyai perilaku yang baik. Hal ini berlandaskan
perbezaan dari ilmu dan pengalaman. Seseorang yang tidak mempunyai pendidikan yang tinggi
9
Sri Rahayu Wilujeng FILSAFAT, ETIKA DAN ILMU: Upaya Memahami Hakikat Ilmu dalam Konteks Keindonesiaan,
Fakultas Ilmu Budaya Universitas Diponegoro, 2012, Yogyakarta
masih boleh mempunyai perwatakan dan perilaku yang baik. Sejajar dengan fakta ini, ada
kebenarannya dalam pendapat Sokrates yang berpendapat pengetahuan tentang etika merupakan
suatu unsur penting bagi seseorang untuk mencapai kematangan perilaku yang baik. Untuk
memperoleh etika baik, kajian tentang etika dapat membayangkan akan landasan dan sebagai kayu
ukur untuk perwatakan yang baik.
Falsafah etika bukan falsafah yang sedia ada, yang boleh diambil sebegitu dan digunakan. Ia
merupakan satu refleksi yang berkaitan dengan perilaku. Perihal ini boleh dikaji melalui hati
nurani, kebebasan, tanggungjawab, nilai, hak, kewajiban dan keutamaan.
Di kalangan orang-orang kebanyakan, falsafah etika hanya membahas perkara yang abstrak dan
kurang relevan untuk kehidupan seharian manusia. Banyak huraian yang dikemukakan mengenai
falsafah etika yang dianggap tidak jauh dari kenyataan. Itulah hakikat falsafah mengenai etika.10
Disini tidak perlu diselidiki sampai dimana prasangka itu mengandung kebenaran. Tetapi setidak-
tidaknya tentang etika sebagai cabang falsafah dengan mudah dapat disebut dan disetujui
relevansinya bagi banyak persoalan yang dihadapi umat manusia. (M. Yatimin Abdullah: 2006)
10
Dr. Slamet Ibrahim S. DEA. Apt,FILSAFAT ILMU PENGETAHUA, Sekolah Farmasi ITB, 2008
6.0 PEMIKIRAN ETIKA ARISTOTLE
Etika Aristoteles pada dasarnya sama dengan etika Socrates dan Plato. Iaitu tujuannya adalah
mencapai Eudaemonia, iaitu bermaksud kebahagiaan adalah “tujuan hidup yang tertinggi ” dalam
kehidupan. Akan tetapi, ia memahaminya secara realistik dan sederhana, beliau tidak bertanya
tentang budi dan berlakunya seperti yang dikemukakan oleh Socrates. Ia tidak pula menekankan
menenai pengetahuan tentang idea yang kekal dan tidak berubah-ubah, tentang idea kebaikan,
seperti yang ditegaskan oleh Plato. Ia menuju kepada kebaikan yang boleh dicapai oleh manusia
sesuai dengan jantinanya, darjatnya, kedudukannya, atau pekerjaannya. Tujuan hidup, kata
Aristotle tidaklah mencapai kebaikan untuk kebaikan, melainkan untuk merasai kebahagian.
Untuk seorang doktor, penting untuk memiliki kesihatan yang baik, baik bagi seorang pejuang
kemenanganlah yang baik, dan bagi seorang pemerintah, kemakmuran di dalam masyarakat yang
baik. Yang menjadi ukuran bukan sahaja dengan mengetahui sesuatu itu, melainkan melakukannya
dengan perbuatan, ibarat bukan untuk mengetahui apa itu budi, akan tetapi adalah untuk menjadi
seseorang yang berbudi.
Dalam penjelasan sebelumnya kita sudah mengetahui bahwa Aristotle telah menguraikan
pendiriannya menenai falsafah etika dalam tiga karyanyaiaitu Ethica Nicomachea, Ethica Eudemia
dan Magna Moralia. Karya terakhir ini umumnya tidak di anggap sahih. Kesahihan Ethica
Eudemia pada awalnya seringkali dipersoalkan, tetapi sekarang sudah mencapai kata sepakat
diantara para ahli falsafah mengenai kesahihannya. Tetapi Ethica Nicomachea agaknya di tulis
Aristotle pada usia lebih tua daripada Ethica Eudemia, sehingga dapat di simpulkan bahawa dalam
Ethica Nicomacheakita dapat mencari pemikiran Aristotle yang lebih matang dalam bidang
falsafahetika. Pandangan Aristotle dalam falsafah etikanya tidak sekritis dengan tokoh falsafah
yang dahulu, iaitu Socrates dan gurunya Plato, namun beliau menanganinnya dengan mudah.
Sesuai dari apa yang beliau alami secara realistik. 11
11
Muhammad In’am Esha, Konsep Pengembangan Diri Aristotles, ( UIN), m/s 3
Terdapat empat perkara penting yang disebutkan oleh Aristotle di dalam karya beliau mengenai
falsafah etika, iaitu :-
a) Kebahagiaan sebagai tujuan utama dalam segala perbuatannya manusia mengejar suatu tujuan.
Ia mencari sesuatu yang baik baginya tetapi ada banyak macam aktiviti manusia yang terarah
kepada macam-macam tujuan tersebut. Dan menurut aristoteles tujuan yang tertinggi ialah
kebahagiaan (eudaimonia). Disini boleh di atat pula bahawa terjemahan "kebahagian" sebetulnya
sedikit pincang untuk menyalin eudaimonia ke dalam bahasa indonesia. Dengan kata eudaimonia
orang Greece tidak memaksudkan suatu perasaan subjektif, tetapi suatu keadaan manusia yang
bersifat demikian sehingga segala yang perlu ada padanya terdapat pada manusia ("well-being").
Dengan pemapaaran tadi maka sudah jelas bahawa yang dimaksudkan dengan etika adalah cabang
falsafah yang sifatnya praktikal bukan teori.
Dalam mencapai tujuan ini Aristotle memberikan pendapatnya mengenai tiga perkara yang perlu
dipenuhi untuk mencapai kebahagiaan hidup, iaitu :-
Pertama :
Manusia harus mempunyai harta secukupnya, supaya hidupnya terpelihara. Kemiskinan
mengakibatkan perilaku rendah bagi manusia, memaksa ia menjadi tamak haloba. Apa yang
dimiliki membebaskan seseorang dari kesengsaraan dan keinginan yang meluap, sehingga ia
menjadi orang yang berbudi.
Kedua :
Alat yang terbaik untuk mencapai kebahagiaan ialah persahabatan. Menurut aristotle, persahabatan
lebih penting daripada keadilan. Kerana, jika orang-orang bersahabat, dengan sendirinya keadilan
timbul antara mereka. Seorang sahabat sama dengan satu jiwa dalam dua orang. Cuma
persahabatan lebih mudah dibina antara orang yang sedikit jumlahnya dari antara orang banyak.
Jika semua diantara kita adalah sahabat maka tidak akan ada kemiskinan, kerana sahabatnya yang
kaya telah meghilangkan kemiskinannya.
Ketiga :
Keadilan disini mempunyai dua maksud. Pertama, keadilan dalam erti pembahagian barang-
barang yang seimbang, relatifsama mengikut keadaan masing-masing. Kedua, keadilan dalam erti
memperbaiki kerosakan yang ditimbulkan. Misalnya, perjanjian mengganti kerugian. ini keadilan
menurut undang-undang.12
b) Kebahagiaan menurut isinya Jika kita mengandaikan bahawa kebahagian merupakan tujuan
yang tertinggi dalam hidup manusia. Maka perkataan ini perlu diperjelaskan kembali, kerana hal
ini berkaitan dengan pelbagai pendapat manusia tentang kebahagiaan itu sendiri. Ada yang
mengatakan bahawa kekayaan itu kebahagiaan, ada yang mengatakan kesihatan itu kebahagiaan,
bahkan suatu kebahagiaan adalah ketika kita menghormati antara satu sama lain.
Manusia hanya disebut bahagia jika ia menjalankan aktivitanya dengan baik. Atau, seperti di
rumuskan oleh aristoteles sendiri, supaya manusia bahagia ia harus menjalankan aktivitinya
"menurut keutamaan". Hanya pemikiran yang disertai dengan keutamaan boleh membuat manusia
menjadi bahagia. Keutamaan mengikut nisbah, tetapi juga manusia seluruhnya. Manusia bukan
hanya makhluk intelektual, melainkan juga makhluk-makhluk lain yang mempunyai perasaan,
keinginan, nafsu dan sebagainya. Dari sebab itu, sebagaimana yang akan diterangkan nanti,
menurut Aristotle terdapat dua jenis keutamaan: keutamaaan intelektual dan keutamaan moral.
Akan tetapi, dalam hubungan antara keutamaan dan kebahagian Aristotle beranggapan bahawa
manusia belum dikatakan bahagia jika manusia menjalankan fikirannya dengan keutamaan dalam
waktu yang relatif singkat atau sekali-sekala sahaja.
Menurut beliau, manusia boleh dikatakan bahagia sepenuhnya jika manusia itu boleh
menyelaraskan pemikirannya dengan disertai keutamaan dalam jangka waktu yang cukup panjang.
Dengan kata lain, kebahagian itu adalah ketika manusia sudah sampai pada keadaan yang bersifat
stabil (tetap). Selain dalam huraian di atas, masih ada beberapa unsur lagi yang boleh membuat
manusia bahagia walaubagaimanapun unsur-unsur ini bukanlah termasuk pada hakikat
kebahagiaan itu sendiri. Agar manusia benar-benar mendapatkan kebahagiaan yang sebenarnya
maka perlu juga bahawa dia (manusia) harus merasakan selesa dalam menjalankan kebahagian
12
J.A.K Thomson, Introduction on The Ethic of Aristotle , ( USA: Penguin Book Inc : 1961) m/s9
seperti yang sudah di jelaskan di atas. Jadi, mesti ada kesenangan atau rasa bahagia yang subjektif.
Dan perlu digariskan bahawa kebahagiaan tidak boleh disamakan dengan kesenangan, Aristotle
menolak hedonisme13
, akan tetapi beliau mengakui bahawa kebahagiaan tidak akan sempurna jika
tidak disertai kesenangan (hedonisme). Selain dari kesenangan yang sifatnya batiniah, maka dalam
penyempurnaan kebahagian di perlukan juga kesenangan yang sifanya lahiriah, seperti misalnya
kesihatan, kesejahteraan ekonomi, sahabat-sahabat, keluarga, penghormatan dan lain sebagainya.
Pada dasarnya manusia yang kurang dari beberapa hal yang sudah di sebutkan tadi maka akan
sukar untuk mendapatkan kebahagiaan. akan tetapi perlu di tekankan kembali bahawa kesenangan
dan unsur-usur lahiriah tidak termasuk hakikat kebahagian itu sendiri melainkan hanya merupakan
syarat bagaimana kebahagiaan itu dapat dicapai dan direalisasikan.14
c) Ajaran tentang keutamaan. Ketika kita berbicara tentang ajaran keutamaan, Aristotle telah
menyatakan bahawa ajaran ini sangat berbeza dengan apa yang sudah pernah di tawarkan oleh ahli
falsafah sebelumnya yakni Socrates dan Plato. Dimana Socrates dan Plato menganggap bahawa
keutamaan itu sama halnya dengan pengetahuan, sehingga dengan mengetahui apa yang baik
baginya maka tentu ia akan berbuat seperti yang demikian, dan dari inilah maka di ambil
kesimpulan bahawa keutamaan itu boleh di ajarkan, begitu menurut Socrates dan Plato. Dalam
anggapan kedua-ahli falsafah ini, aristoteles sangat menentangnya, menurut dia belum cukuplah,
jika manusia mengetahui apa yang baik baginya, kerana hal ini tidak akan sekali gus menjadikan
ia melakukan pengetahuannya tentang keutamaan tersebut. Dengan demikian Aristotle juga
menentang akan anggapan bahawa keutamaan itu boleh diajarkan. Tetapi dalam anggapan
aristoteles ini malah ada soalan yang cukup menarik, iaitu jika keutamaan itu tidak dapat di ajarkan
maka dengan cara manakah ia dapat memperoleh keutamaan? Jawapan Aristotle pun sangat
terkesan paradok, sebab beliau mengatakan bahawa kita memperoleh keutamaan dengan berbuat
baik. Paradoks timbul kerana kita tersepit dalam sebuah "lingkaran setan". Dalam penjelasan ini
mungkin kita sangat sukar untuk memahami apa yang di maksud Aristotle, sehingga dalam
penjelsan ini kita ambil contoh yang ditawarkan oleh kes Bertens dalam contoh seperti ini: seorang
anak misalnya, dilarang oleh ibu bapanya untuk jangan mencuri barang kepunyaan orang lain. Jika
diamelanggar larangan tersebut maka belum boleh dikatakan bahawa dia berbuat dengan
keutamaan. Tetapi mungkin sekali dengan demikian suatu sikap tetap akan terbentuk dalam hati si
13
Secara literalnya membawa maksud membudayakan hiburan sebagai salah satu asas kepada kehidupan.
14
Frans Magnis Suseno, 13 Tokoh Etika; Sejak Yunan Sampai Abad ke-19, Kanisius: Yogyakarta, Cet. III, 1999
anak, sehingga ia tidak mencuri lagi justeru kerana di yakin bahawa perbuatan itu bukan perbuatan
yang baik. Dan itulah yang dimaksudkan oleh Aristotle.
Hidup mengikut keutamaan (objektif) boleh menyebabkan keutamaan peribadi, sehingga untuk
selanjutnya perbuatan perbuatan akan di lakukan mengikut keutamaan. Biarpun Aristotle menolak
pendirian yang menyamakan keutamaan dengan pengetahuan, namun ia mengakui juga bahawa
nisbah mempunyai peranan terpenting dalam membentuk keutamaan-keutamaan. Setiap
keutamaan berasal dari nisbah. Tetapi ada dua jenis keutamaan yang dapat menyempurnakan
nisbah itu sendiri dan keutamaan boleh menetapkan watak manusia. Keutamaan tadi kemudian di
bagi menjadi dua iaitu keutamaan intelektual dan keutamaan moral.15
1) Keutamaan moral
Disini Aristotle menggambarkan keutamaan moral sebagai suatu sikap yang membolehkan
manusia untuk memilih jalan tengah antara dua ekstrem yang berlawanan. Hendaklah diperhatikan
bahawa menurut Aristotle keutamaan merupakan suatu sikap. Supaya kita betul-betul mempunyai
keutamaan, belum cukuplah jika hanya satu kali atau beberapa kali kita memilih jalan tengah
antara dua ekstrem. Buat Aristotle, keutamaan baru merupakan keutamaan yang sungguh-
sungguh, jika kita mempunyai sikap yang tetap untuk memilih jalan tengah tersebut.16
2) Keutamaan intelektual
Hal ini telah dijelaskan oleh Aristotle bahawa nisbah manusia mempunyai dua fungsi, disatu sudut
nisbah manusia membolehkan manusia untuk mengenal kebenaran dalam arti ini nisbah boleh di
katakan sebagai nisbah teori. Pada prihal lainnya, nisbah manusia berfungsi sebagai pemberi
petunjuk atau keputusan supaya orang mengetahui apa yang harus ia lakukan dalam keadaan
tertentu, dan di sisi ini nisbah boleh di katakan sebagai nisbah praktikal. Sehingga dari sini
aristoteles membahagikan keutamaan yang menyempurnakan nisbah: ada kebijaksanaan teori dan
ada kebijaksanaan praktikal.
15
Hatta, Mohammad.Alam Pikiran Yunani.( Jakarta : Universitas Indonesia Press : 1986), m/s 56
16 Kattsoff, Louis O. Pengantar Filsafat. Terjemahan Soejono Soemargono, (Yogyakarta : Tiara Wacana :2004), m/s
34
Dasar teori, Aristotle sendiri memilih kata shopia untuk menunjukkan kebijaksanaan teorinya,
sebagaimana halnya dengan tiap-tiap keutamaan, kebiijaksanaan teori pun merupakan suatu sikap
tetap. Sekali-sekali saja mengenal kebenaran belum boleh dianggap sebagai keutamaan. Sudah
nyata bahawa hanya sedikit orang dapat mempunyai kebijaksanaan teori, yaitu orang-orang
terpelajar. Dan jalan yang menuju ke kebijaksanaan teori ini adalah suatu jalan panjang yang
meliputi seluruh pendidikan ilmiah.
Kebijaksanaan praktikal, Aristotle menggunakan kata phronesis untuk menunjukan kepada
kebijaksanaan praktikal. Kebijaksanaan praktikal adalah sikap jiwa yang membolehkan manusia
untuk mengatakan yang mana dari barang-barang konkrit boleh dianggap baik untuk hidupnya,
dan kebijaksanaan praktikal ini tidak lepas dari keutamaan moral. Jika dalam analisisnya mengenai
keutamaan moral, Aristotle menegaskan bahawa jalan tengah antara dua ekstrem harus ditentukan.
Keutamaan moral yang sejati selalu disertai dengan kebijaksanaan praktikal.
d) Kehidupan yang sesuai. Dalam buku terakhir dari Ethica Nicomachea Aristotle kembali lagi
pada unsur terpenting dalam kebahagian manusia, iaitu memandang kebenaran. Hal ini rupaya
tidak jauh berbeza dengan anggapan gurunya Plato, hanya saja dalam mencapai kebenaran ini
Plato meyakini akan unsur idea-idea sedangkan aristoteles menolaknya. Tapi tetap menurutnya,
tujuan terpenting dalam hidup manusia adalah kebenaran, hal itu adalah aktiviti manusia yang
tertinggi.17
17 Kanisius, Menjadi Manusia Belajar dari Aristoteles. (Yogyakarta : 2009), m/s 45
7.0 ULASAN DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM
Sepertimana yang kita sedia maklum, Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk
seseorang individu tersebut mencapai kebahagiaan yang tertinggi di dalam kehidupan bukan sahaja
di dunia malahan kebahagiaan di akhirat. Islam juga ada mengariskkan panduan mengenai etika,
dan perilaku manusia dan dinamakan sebagai akhlak dan adab. Islam juga telah menggaris dan
menekankan abad dan etika pada setiap aspek, yang mana untuk mengelakkan umatnya berpecah
belah dan sentiasa bersatu dan hidup di dalam keadaan yang harmoni.
Falsafah etika yang dibawa oleh Aristotle, tidak menyalahi etika di dalam Islam, garis panduan
serta buah pemikiran beliau membantu manusia biasa untuk berfikir secara logik dalam mencapai
kebahagiaan di dalam kehidupan. Namun sebagai seorang Muslim dan Mukmin, Islam telah lama
menggariskan panduan berkenaan etika dan adab serta cara untuk mencapai kebahagiaan yang
sebenar dan hakiki. Di dalam Islam, ada menyatakan bahawa kebahagiaan dapat dicapai dengan
mengingati Allah dan taat kepadanya.
Tidak ada sesuatu benda yang menjadi ukuran kepada kebahagiaan di dalam Islam, tidak kiralah
sama ada dari segi harta, kekayaan, pangkat, ramai kenalan dan sebagainya. Islam tidak menjamin
bahawa seseorang yang kaya itu bahagia dan Islam tidak mengatakan bahawa seseorang yang
kurang hartanya itu tidak bahagia. Secara logiknya kekayaan merupakan salah satu kesenangan
hidup yang menjadi impian setiap individu, dan kekayaan juga membuatkan seseorang itu bahagia.
Namun kelogikan itu jika disulami dengan garis panduan daripada Islam, tiada jaminan bahawa
sesuatu benda itu akan menjamin kebahagiaan.
Falsafah etika yang diutarakan oleh Aristotle itu sendiri, tidaklah bercanggah dengan mana-mana
aspek di dalam Islam. Beliau hanya mengemukakan pandangan secara logik akal mengenai cara
untuk mencapai kebehagiaan di dalam kehidupan, namun Islam menjadikan kelogikan perkara
yang dinyatakan oleh Aristotle itu, menjadi sesuatu kelogikan yang logik dan terpimpin serta
menambahkan lagi kelogikan mengenai hakikat tercapainya kebahagiaan di dalam kehidupan.
8.0 RUJUKAN
1. Ahmad Mahmud Shubhi,Filsafat Etika.(Serambi ) m/s 128
2. Muhammad In’am Esha, Konsep Pengembangan Diri Aristotles, ( UIN),
3. J.A.K Thomson, Introduction on The Ethic of Aristotle , ( USA: Penguin Book Inc :
1961) Frans Magnis Suseno, 13 Tokoh Etika; Sejak Yunan Sampai Abad ke-19,
Kanisius: Yogyakarta, Cet. III, 1999
4. Hatta, Mohammad.Alam Pikiran Yunani.( Jakarta : Universitas Indonesia Press : 1986)
Kattsoff, Louis O. Pengantar Filsafat. Terjemahan Soejono Soemargono, (Yogyakarta :
Tiara Wacana :2004)
5. Henry B.Veatch, Aristotle A Contemporary Appreciation.(Indiana University Press
:1974) m/s 3
6. k.Bertens,Ringkasan Sejarah Filsafat.(Kanisus: 1975 )m/s 9
7. Kanisius, Menjadi Manusia Belajar dari Aristoteles. (Yogyakarta : 2009), m/s 45
8. Mardzelah Makhsin,Sains pemikiran & Etika.(PTS Publication : 2006 )m/s24
9. Sri Rahayu Wilujeng FILSAFAT, ETIKA DAN ILMU: Upaya Memahami Hakikat Ilmu
dalam Konteks Keindonesiaan, Fakultas Ilmu Budaya Universitas Diponegoro, 2012,
Yogyakarta
10. Encyclopedia Britanica
11. Edwards, Encyclopedia of Philosophy

More Related Content

What's hot

Contoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianContoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianAtok Shila
 
Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu SemasaPengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu SemasaMahyuddin Khalid
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahKee-Man Chuah
 
Ontologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSI
Ontologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSIOntologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSI
Ontologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSISUFINA SHUKRI
 
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratCabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratFatin Ain Nabila
 
Tajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
Tajuk 8 Penyahjajahan DekolonisasiTajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
Tajuk 8 Penyahjajahan DekolonisasiMahyuddin Khalid
 
Hujah dan Falasi
Hujah dan FalasiHujah dan Falasi
Hujah dan Falasimauzaie2
 
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannyaTokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannyaIzzat Najmi
 
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnikBab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnikFAROUQ
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasMahyuddin Khalid
 
LOGIK & METODOLOGI (Seni dan Kaedah Berfikir)
LOGIK & METODOLOGI (Seni dan Kaedah Berfikir)LOGIK & METODOLOGI (Seni dan Kaedah Berfikir)
LOGIK & METODOLOGI (Seni dan Kaedah Berfikir)MarissaNabila
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanHayatuNMustapHa
 
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu FalsafahTajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu FalsafahMahyuddin Khalid
 
Penghayatan etika dan peradaban ( mpu21032 )
Penghayatan etika dan peradaban  ( mpu21032 )Penghayatan etika dan peradaban  ( mpu21032 )
Penghayatan etika dan peradaban ( mpu21032 )NurAyuni31
 

What's hot (20)

Contoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianContoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajian
 
Tajuk 7 Ideologi Semasa
Tajuk 7 Ideologi SemasaTajuk 7 Ideologi Semasa
Tajuk 7 Ideologi Semasa
 
Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu SemasaPengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
 
Modenisme
ModenismeModenisme
Modenisme
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
 
Ontologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSI
Ontologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSIOntologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSI
Ontologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSI
 
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratCabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
 
Tajuk 5 Metafizik
Tajuk 5 MetafizikTajuk 5 Metafizik
Tajuk 5 Metafizik
 
Tajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
Tajuk 8 Penyahjajahan DekolonisasiTajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
Tajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesional
 
Hujah dan Falasi
Hujah dan FalasiHujah dan Falasi
Hujah dan Falasi
 
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannyaTokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
 
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnikBab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep Asas
 
LOGIK & METODOLOGI (Seni dan Kaedah Berfikir)
LOGIK & METODOLOGI (Seni dan Kaedah Berfikir)LOGIK & METODOLOGI (Seni dan Kaedah Berfikir)
LOGIK & METODOLOGI (Seni dan Kaedah Berfikir)
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu FalsafahTajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
 
Penghayatan etika dan peradaban ( mpu21032 )
Penghayatan etika dan peradaban  ( mpu21032 )Penghayatan etika dan peradaban  ( mpu21032 )
Penghayatan etika dan peradaban ( mpu21032 )
 

Viewers also liked

Peta Minda Spe
Peta Minda SpePeta Minda Spe
Peta Minda SpeWanBK Leo
 
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adabpengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adabVertigo Nopristine
 
Kamus Kompetensi - Soft Skill
Kamus Kompetensi - Soft SkillKamus Kompetensi - Soft Skill
Kamus Kompetensi - Soft SkillHery Kosasih
 
Meraih Kebahagiaan Hakiki
Meraih Kebahagiaan HakikiMeraih Kebahagiaan Hakiki
Meraih Kebahagiaan HakikiEKO PURNOMO
 
Membuat diri anda bahagia
Membuat diri anda bahagiaMembuat diri anda bahagia
Membuat diri anda bahagiaTohir Haliwaza
 
Silabus karakter bangsa kl 2
Silabus karakter bangsa kl 2Silabus karakter bangsa kl 2
Silabus karakter bangsa kl 2Haksa Vanholick
 
Memahami teks kitab suci secara saleh
Memahami teks kitab suci secara salehMemahami teks kitab suci secara saleh
Memahami teks kitab suci secara salehalbertus purnomo
 
kata-kata inspirasi hidup
kata-kata inspirasi hidupkata-kata inspirasi hidup
kata-kata inspirasi hidupHumanis Group
 
Habits, Ubahlah Habitsmu
Habits, Ubahlah HabitsmuHabits, Ubahlah Habitsmu
Habits, Ubahlah HabitsmuEKO PURNOMO
 
Menemukan Arah Kehidupan, Dari Mana..? Untuk Apa..? Mau Kemana..?
Menemukan Arah Kehidupan, Dari Mana..? Untuk Apa..? Mau Kemana..?Menemukan Arah Kehidupan, Dari Mana..? Untuk Apa..? Mau Kemana..?
Menemukan Arah Kehidupan, Dari Mana..? Untuk Apa..? Mau Kemana..?EKO PURNOMO
 
BoS2015 Matthew Bellows – CEO, Yesware. The Case for Mindfullness at Work
BoS2015 Matthew Bellows – CEO, Yesware. The Case for Mindfullness at WorkBoS2015 Matthew Bellows – CEO, Yesware. The Case for Mindfullness at Work
BoS2015 Matthew Bellows – CEO, Yesware. The Case for Mindfullness at WorkBusiness of Software Conference
 
Recruitment and Selection Integrated Process
Recruitment and Selection Integrated ProcessRecruitment and Selection Integrated Process
Recruitment and Selection Integrated ProcessSeta Wicaksana
 
Tantangan Rekrutmen dan Seleksi di Masa Depan
Tantangan Rekrutmen dan Seleksi di Masa DepanTantangan Rekrutmen dan Seleksi di Masa Depan
Tantangan Rekrutmen dan Seleksi di Masa DepanSeta Wicaksana
 

Viewers also liked (20)

Peta Minda Spe
Peta Minda SpePeta Minda Spe
Peta Minda Spe
 
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adabpengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
 
Kamus Kompetensi - Soft Skill
Kamus Kompetensi - Soft SkillKamus Kompetensi - Soft Skill
Kamus Kompetensi - Soft Skill
 
Meraih Kebahagiaan Hakiki
Meraih Kebahagiaan HakikiMeraih Kebahagiaan Hakiki
Meraih Kebahagiaan Hakiki
 
Filsafat ilmu
Filsafat ilmuFilsafat ilmu
Filsafat ilmu
 
Membuat diri anda bahagia
Membuat diri anda bahagiaMembuat diri anda bahagia
Membuat diri anda bahagia
 
Silabus karakter bangsa kl 2
Silabus karakter bangsa kl 2Silabus karakter bangsa kl 2
Silabus karakter bangsa kl 2
 
Kesadaran dan mimpi
Kesadaran dan mimpiKesadaran dan mimpi
Kesadaran dan mimpi
 
Memahami teks kitab suci secara saleh
Memahami teks kitab suci secara salehMemahami teks kitab suci secara saleh
Memahami teks kitab suci secara saleh
 
Everyone is a leader
Everyone is a leaderEveryone is a leader
Everyone is a leader
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
kata-kata inspirasi hidup
kata-kata inspirasi hidupkata-kata inspirasi hidup
kata-kata inspirasi hidup
 
15 makna HIDUP
15 makna HIDUP15 makna HIDUP
15 makna HIDUP
 
Sensasi dan persepsi
Sensasi dan persepsiSensasi dan persepsi
Sensasi dan persepsi
 
Habits, Ubahlah Habitsmu
Habits, Ubahlah HabitsmuHabits, Ubahlah Habitsmu
Habits, Ubahlah Habitsmu
 
Menemukan Arah Kehidupan, Dari Mana..? Untuk Apa..? Mau Kemana..?
Menemukan Arah Kehidupan, Dari Mana..? Untuk Apa..? Mau Kemana..?Menemukan Arah Kehidupan, Dari Mana..? Untuk Apa..? Mau Kemana..?
Menemukan Arah Kehidupan, Dari Mana..? Untuk Apa..? Mau Kemana..?
 
BoS2015 Matthew Bellows – CEO, Yesware. The Case for Mindfullness at Work
BoS2015 Matthew Bellows – CEO, Yesware. The Case for Mindfullness at WorkBoS2015 Matthew Bellows – CEO, Yesware. The Case for Mindfullness at Work
BoS2015 Matthew Bellows – CEO, Yesware. The Case for Mindfullness at Work
 
Recruitment and Selection Integrated Process
Recruitment and Selection Integrated ProcessRecruitment and Selection Integrated Process
Recruitment and Selection Integrated Process
 
Aksiologis
AksiologisAksiologis
Aksiologis
 
Tantangan Rekrutmen dan Seleksi di Masa Depan
Tantangan Rekrutmen dan Seleksi di Masa DepanTantangan Rekrutmen dan Seleksi di Masa Depan
Tantangan Rekrutmen dan Seleksi di Masa Depan
 

Similar to AristotleEtika

Makalah filsafat ilmu (aristoteles)
Makalah filsafat ilmu (aristoteles)Makalah filsafat ilmu (aristoteles)
Makalah filsafat ilmu (aristoteles)Elfan Elfan
 
Present aristoteles
Present aristotelesPresent aristoteles
Present aristotelesPet-pet
 
Filsafat ilmu yufi
Filsafat ilmu yufiFilsafat ilmu yufi
Filsafat ilmu yufisherlly ines
 
Philosophy and Busines
Philosophy and BusinesPhilosophy and Busines
Philosophy and BusinesEdiSuandi1
 
Filsafat aristoteles
Filsafat aristotelesFilsafat aristoteles
Filsafat aristotelesIsna Fitrotin
 
Filsafat ilmu dan metode riset normal bab 1
Filsafat ilmu dan metode riset normal bab 1Filsafat ilmu dan metode riset normal bab 1
Filsafat ilmu dan metode riset normal bab 1Grunge Cobain
 
Makalah Filsafat (Realisme Aristoteles)
Makalah Filsafat (Realisme Aristoteles)Makalah Filsafat (Realisme Aristoteles)
Makalah Filsafat (Realisme Aristoteles)Jocareture Interprises
 
FISIKA YUNANI (THALES, COPERNICUS, ARCHIMEDES, THYCO BRAHE, DAN DEMOKRITOS)
FISIKA YUNANI (THALES, COPERNICUS, ARCHIMEDES, THYCO BRAHE, DAN DEMOKRITOS)FISIKA YUNANI (THALES, COPERNICUS, ARCHIMEDES, THYCO BRAHE, DAN DEMOKRITOS)
FISIKA YUNANI (THALES, COPERNICUS, ARCHIMEDES, THYCO BRAHE, DAN DEMOKRITOS)Fitriyana Migumi
 
FILSAFAT YUNANI
FILSAFAT YUNANIFILSAFAT YUNANI
FILSAFAT YUNANISuya Yahya
 
Taksonomi Ilmu Pengetahuan Kelompok 5.pdf
Taksonomi Ilmu Pengetahuan Kelompok 5.pdfTaksonomi Ilmu Pengetahuan Kelompok 5.pdf
Taksonomi Ilmu Pengetahuan Kelompok 5.pdfherzanetti
 
Filsafat ilmu ppt nauval
Filsafat ilmu ppt nauvalFilsafat ilmu ppt nauval
Filsafat ilmu ppt nauvalNauvalAziz1
 
Hubungan filsafat,ilmu pengetahuan dan agama
Hubungan filsafat,ilmu pengetahuan dan agamaHubungan filsafat,ilmu pengetahuan dan agama
Hubungan filsafat,ilmu pengetahuan dan agamaBahrulAllam
 
FILSAFAT YOVIE
FILSAFAT YOVIEFILSAFAT YOVIE
FILSAFAT YOVIEyoovie
 
Filsafat ppt resa sevia putri
Filsafat ppt resa sevia putriFilsafat ppt resa sevia putri
Filsafat ppt resa sevia putriResaSevia
 

Similar to AristotleEtika (20)

Aristoteles
AristotelesAristoteles
Aristoteles
 
Makalah filsafat ilmu (aristoteles)
Makalah filsafat ilmu (aristoteles)Makalah filsafat ilmu (aristoteles)
Makalah filsafat ilmu (aristoteles)
 
Present aristoteles
Present aristotelesPresent aristoteles
Present aristoteles
 
Aristoteles
AristotelesAristoteles
Aristoteles
 
Filsafat ilmu yufi
Filsafat ilmu yufiFilsafat ilmu yufi
Filsafat ilmu yufi
 
Philosophy and Busines
Philosophy and BusinesPhilosophy and Busines
Philosophy and Busines
 
Tokoh Filsafat Aristoteles
Tokoh Filsafat AristotelesTokoh Filsafat Aristoteles
Tokoh Filsafat Aristoteles
 
Filsafat aristoteles
Filsafat aristotelesFilsafat aristoteles
Filsafat aristoteles
 
Filsafat ilmu dan metode riset normal bab 1
Filsafat ilmu dan metode riset normal bab 1Filsafat ilmu dan metode riset normal bab 1
Filsafat ilmu dan metode riset normal bab 1
 
Makalah Filsafat (Realisme Aristoteles)
Makalah Filsafat (Realisme Aristoteles)Makalah Filsafat (Realisme Aristoteles)
Makalah Filsafat (Realisme Aristoteles)
 
5313 11601-1-sm
5313 11601-1-sm5313 11601-1-sm
5313 11601-1-sm
 
FISIKA YUNANI (THALES, COPERNICUS, ARCHIMEDES, THYCO BRAHE, DAN DEMOKRITOS)
FISIKA YUNANI (THALES, COPERNICUS, ARCHIMEDES, THYCO BRAHE, DAN DEMOKRITOS)FISIKA YUNANI (THALES, COPERNICUS, ARCHIMEDES, THYCO BRAHE, DAN DEMOKRITOS)
FISIKA YUNANI (THALES, COPERNICUS, ARCHIMEDES, THYCO BRAHE, DAN DEMOKRITOS)
 
Makalah etika
Makalah etikaMakalah etika
Makalah etika
 
FILSAFAT YUNANI
FILSAFAT YUNANIFILSAFAT YUNANI
FILSAFAT YUNANI
 
Sosiologi sebagai ilmu pengetahuan
Sosiologi sebagai ilmu pengetahuanSosiologi sebagai ilmu pengetahuan
Sosiologi sebagai ilmu pengetahuan
 
Taksonomi Ilmu Pengetahuan Kelompok 5.pdf
Taksonomi Ilmu Pengetahuan Kelompok 5.pdfTaksonomi Ilmu Pengetahuan Kelompok 5.pdf
Taksonomi Ilmu Pengetahuan Kelompok 5.pdf
 
Filsafat ilmu ppt nauval
Filsafat ilmu ppt nauvalFilsafat ilmu ppt nauval
Filsafat ilmu ppt nauval
 
Hubungan filsafat,ilmu pengetahuan dan agama
Hubungan filsafat,ilmu pengetahuan dan agamaHubungan filsafat,ilmu pengetahuan dan agama
Hubungan filsafat,ilmu pengetahuan dan agama
 
FILSAFAT YOVIE
FILSAFAT YOVIEFILSAFAT YOVIE
FILSAFAT YOVIE
 
Filsafat ppt resa sevia putri
Filsafat ppt resa sevia putriFilsafat ppt resa sevia putri
Filsafat ppt resa sevia putri
 

Recently uploaded

Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.KennayaWjaya
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024milliantefraim
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRobert Siby
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSRobert Siby
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfDianNovitaMariaBanun1
 
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.MeidarLamskingBoangm
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Adam Hiola
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratpuji239858
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)ErnestBeardly1
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHRobert Siby
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaRobert Siby
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURANBudiSetiawan246494
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Ustadz Habib
 

Recently uploaded (13)

Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
 
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
 

AristotleEtika

  • 1. FALSAFAH ETIKA ARISTOTLE IAEU2313 SEJARAH PEMIKIRAN FALSAFAH [Document subtitle]
  • 2. ISI KANDUNGAN 1.0 SEJARAH HIDUP ARISTOTLE....................................................................................................3 1.1 Aristotle sebagai murid...................................................................................................................3 1.2 Aristotle Sebagai Guru....................................................................................................................4 2.0 PEMIKIRAN ARISTOTLE ............................................................................................................5 3.0 DEFINISI ETIKA.............................................................................................................................6 3.1 Pengertian Falsafah Etika...............................................................................................................7 4.0 PEMBAHAGIAN ETIKA................................................................................................................8 4.1 Etika Meta (Meta Ethics) ................................................................................................................8 4.2 Etika Normatif (Normative Ethics).................................................................................................8 4. 3 Etika Gunaan (Applied Ethics) ......................................................................................................9 5.0 HAKIKAT FALSAFAH ETIKA.....................................................................................................9 6.0 PEMIKIRAN ETIKA ARISTOTLE.............................................................................................12 7.0 ULASAN DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM............................................................................18 8.0 RUJUKAN.......................................................................................................................................19
  • 3. 1.0 SEJARAH HIDUP ARISTOTLE Aristotle adalah seorang yang paling terkenal pada zaman Yunani kuno. Beliau sangat terkenal sebagai seorang guru dan salah satu ahli falsafah terkenal yang pernah hidup di dunia ini. Hanya sedikit fakta-fakta yang diketahui mengenai masa kecil Aristotle. Beliau lahir di Stagira, sebuah kota di bagian utara Yunani, pada tahun 384 s.m. Ayahnya merupakan seorang doktor semasa Amyntas II Raja Macedonia. Aristotle belajar sedikit mengenai ilmu pengetahuan alam (sains) daripada ayahnya.1 . 1.1 Aristotle sebagai murid Ketika Aristotle berusia 17 tahun, beliau pergi belajar ke Athena kota utama Yunani. Beliau menjadi murid kepada ahli falsafah iaitu Plato. Anak muda ini menghabiskan waktunya beberapa tahun di Akademi Plato mempelajari matematik astronomi dan tatanegara (government) . Cara pengajaran Plato menekanka bagaimana untuk berfikir dengan jernih. Aristotle belajar dibawah bimbingan Plato selama kira-kira 20 tahun. Beliau ialah pelajar yang baik. Plato mengatakan Aristotle adalah bintang akademi tersebut. Ketika Plato meninggal pada tahun 347 s.m. Aristotle meninggalkan akademi tersebut dan mulai mengembangkan metod pelajarannya sendiri. 1 k.Bertens,Ringkasan Sejarah Filsafat.(Kanisus: 1975 )m/s 9
  • 4. Antara ilmu yang dibawa Aristotle ialah Bagaimana kita belajar mana yang benar dan mana yang salah Bagaimana bentuk pemerintahan yang terbaik? Ini adalah beberapa hal yang berkumpul di kepala Aristotle. Aristotle berusaha mencari jawapan dengan mengenalpasti keadaan dunia di sekelilingnya dan mengumpulkan bukti-bukti nyata. Beliau percaya bahawa setiap kejadian mempunyai penjelasan yang logik, dan dia ialah orang pertama yang membentuk kesimpulan dari hasil kajian dan pengamatan 1.2 Aristotle Sebagai Guru Aristotle menjadi lebih terkenal setelah meninggalkan sekolah Plato. Ketika Raja PhilipII mencari guru untuk anaknya, Alexander dia memilih Aristotle. Sulit diketahui seberapa besar Aristotle mempengaruhi Alexander Agung, tetapi kita tahu hubungan guru dan murid sepanjang hidupnya adalah merupakan dua orang sahabat. Setelah menjadi raja Macedonia, Aristotle kembali ke Athena. Tahun 335 s.m. dengan dana sumbangan Alexander, Aristotle membuka sebuah sekolah yang diberi nama Lyceum. Dari asal kata itu highschools di Perancis dan Italy dinamakan: lycee danliceo.Banyak mata pelajaran yang diajarkan di Lyceum, dan berbagai alat bantu untuk proses belajar. Aristotle menghimpun buku-buku dan membuka perpustakaan besar pertama pada masa ituSelain itu terdapat museum ilmu alam, kebun dan ladang. Aristotle menganjurkan agar setiap orang mencari tempatnya masing-masing di dunia ini dan belajar bagaimana cara hidup yang baik dan berguna bagi orang lain.Hidup bahagia dapat ditemui pada ³pertengahan emas (golden mean)´, maksudnyan ditengah-tengah dua kelompok ekstrim yang bertentangan dan selalu timbul di dalam masyarakat. 2 1. 2 Henry B.Veatch, Aristotle A Contemporary Appreciation.(Indiana University Press :1974) m/s 3
  • 5. 2.0 PEMIKIRAN ARISTOTLE Aristotle lebih mementingkan pengetahuan yang didapati dari deria, dan lebih sesuai dikelaskan di kalangan ahli empirisisme (empiricists) moden (lihat materialisme dan empirisisme). Dengan itu, Aristotle meletakkan asas bagi apa yang akhirnya berkembang kepada kaedah saintifik beberapa abad kemudiannya. Walaupun dia menulis perbualan awal pada kerjayanya, tidak banyak perca yang terselamat sehingga hari ini. Hasil penulisan Aristotle yang wujud masakini adalah dalam bentuk karangan (treatise) dan, kebanyakannya, teks yang tidak diterbitkan. Ini mungkin merupakan nota syarahan, atau teks yang digunakan oleh pelajarnya, dan hampir pasti disunting beberapa kali kembali sepanjang beberapa tahun. Hasilnya, tulisan ini padat, dan sukar dibaca. Antara yang terpenting adalah Fizik, Metafizik, moral Nicomachean, Politik, De Anima (Berkenaan Roh), dan Politik. Aristotle dikenali sebagai beberapa tokoh yang mempelajari hampir kesemua bidang yang mungkin pada masa itu. Dalam sains, Aristotle mempelajari anatomi, astronomi, embriologi, geografi, geologi, meteorologi, fizik dan zoologi. Dalam falsafah, Aristotle menulis berkenaan estetik, ekonomi, moral (ethics), kerajaan, metafizik, politik, psikologi, retorik, teologi; juga pendidikan, adat asing, penulisan, dan sastera. Gabungan kerjanya boleh dikatakan merupakan ensiklopediapengetahuan Yunani.3 3 Henry B.Veatch, Aristotle A Contemporary Appreciation.(Indiana University Press :1974) m/s 3
  • 6. 3.0 DEFINISI ETIKA Pengertian Etika (Etimologi), berasal dari bahasa Yunani adalah “Ethos”, yang bererti kesusilaan atau kebiasaan (custom). Etika biasanya berkait dengan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu “Mos” dan dalam bentuk pluralnya “Mores”, yang bererti adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghindari perbuatan yang buruk. Etika dan moral hampir sama maknanya, tetapi dalam kehidupan harian terdapat perbezaan, iaitu moral untuk penilaian perbuatan yang dilakukan, sedangkan etika adalah untuk pengkajian sistem nilai-nilai yang berlaku.4 Etika adalah Ilmu yang membahaskan perbuatan baik dan perbuatan buruk manusia sejauh mana yang dapat difahami oleh fikiran manusia. Istilah lain yang sama erti dengan etika, iaitu: • Susila (Sanskerta), lebih menunjukkan kepada dasar-dasar, prinsip, aturan hidup (sila) yang lebih baik (su). • Akhlak (Arab), berarti moral, dan etika berarti ilmu akhlak. 4 Mardzelah Makhsin,Sains pemikiran & Etika.(PTS Publication : 2006 )m/s24
  • 7. 3.1 Pengertian Falsafah Etika Dalam karya Aristotles, Etika Nikomacheia, menjelaskan tentang pembahasan Etika, sebagai berikut: • Terminius Techicus, Pengertian etika dalam hal ini adalah, Etika dipelajari untuk ilmu pengetahuan yang mempelajari masalah perbuatan atau tindakan manusia. • Manner dan Custom, Membahas etika yang berkaitan dengan tata cara dan kebiasaan (adat) yang berkait dengan kudrat manusia (In herent in human nature) yang terikat dengan pengertian “baik dan buruk” suatu tingkah laku atau perbuatan manusia. Pengertian dan definisi etika dari para filsuf antaranya ialah : 1. Merupakan prinsip-prinsip moral yang termasuk ilmu tentang kebaikan dan sifat dari hak (The principles of morality, including the science of good and the nature of the right) 2. Pedoman perilaku, yang diakui berkaitan dengan mengutamakan bahagian utama dari kegiatan manusia. (The rules of conduct, recognize in respect to a particular class of human actions) 3. Ilmu sifat manusia yang ideal, dan prinsip-prinsip moral sebagai individual. (The science of human character in its ideal state, and moral principles as of an individual) 4. Merupakan ilmu mengenai suatu kewajiban (The science of duty) 5. Menurut para ahli maka etika tidak lain ialah aturan prilaku manusia, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara sesama mereka dan menegaskan mana yang benar dan mana yang buruk.5 5 Ahmad Mahmud Shubhi,Filsafat Etika.(Serambi ) m/s 128
  • 8. 4.0 PEMBAHAGIAN ETIKA 4.1 Etika Meta (Meta Ethics) Meta (disebalik apa yang dilihat dengan mata kasar) melibatkan persoalan-persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan,keagamaan, kebenaran sejagat dan peranan akal. Etika Agama (etika diskriptif) membincangkan sistem moral golongan manusia yang menganuti pelbagai agama dan fahaman seperti Islam, Kristrian, Budhha dan Hindu. Etika Islam menekankan kepada matlamat penciptaan manusia dan peranan yang wajib dimainkan oleh Muslim dalam kehidupan individu dan masyarakat. Tanggungjwab penganut sebagai hamba Hamba Allah dan tanggungjawab dakwah. Tangungjawab sebagai hamba Allah (Memperhambakan diri kepada Allah). Tanggungjawab sebagai khalifah Allah (menegakkan hukum, mencegah perbuatan keji, membantu golongan yang teranaya, dan membenteras kezaliman). Tanggungjawab dakwah (usaha yang optimum untuk mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kejahatan. 4.2 Etika Normatif (Normative Ethics) Membuat kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral yang ada dan kemudianya mencadangkan satu sistem yang standart untuk semua. Teori utama yang digunakan dalam etika ini: a) Teori deontologikal (menilai baik dan buruk pada tindakan) b) Teori teleologikal (menilai baik dan buruk berdasarkan kesan tindakan)
  • 9. 4. 3 Etika Gunaan (Applied Ethics) Membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan, perguruan, perubatan, alam sekitar, sosial dan seks. Menyelesaikan masalah semasa dengan pelbagai teori dan konsep.6 5.0 HAKIKAT FALSAFAH ETIKA Perkataan Etika berasal dari Bahasa Yunani ethos yang memberi maksud kebiasaan dan peraturan perilaku yang berlaku dalam masyarakat. Ethic came from a Greek word “Ethos” which mean “character”. It is the systematic study of the nature of value concept, “good‟, “bad‟, “ought‟, “right‟, “wrong”, etc. And of the general principles which justify us in applying them to anything; also called “moral philosophy‟.7 “The term “Ethics” is used in three different but related ways signifying; 1) a general pattern or way of life, 2) a set rules of conduct or moral code, 3) inquiry about way of life of rules of conduct”.8 Falsafah etika merupakan salah satu cabang ilmu falsafah malah, dikenali sebagai salah satu cabang falsafah yang tertua. Dalam konteks falsafah Yunani, falsafah etika sudah terbentuk dengan kematangan yang mengagumkan. Etika dapat membantu manusia untuk melihat secara teliti terhadap moral yang dihayati masyarakat. Intipati yang membezakan manusia dengan makhluk lain adalah pada aspek moralnya. Daripada moral yang manusia amalkan itu dapatlah manusia menemukan nilai kemanusiaannya, sehingga etika dan moral seharusnya menjadi landasan tingkah laku manusia dengan segala kesadaran. 6 Awang, Pemikiran Etika Sebagai Asas Nilai Moral, http://s212323.blogspot.my/, diakses pada 14 Oktober 2015. 7 Encyclopedia Britanica: 752 8 Edwards, Encyclopedia of Philosophy: 8
  • 10. Secara umumnya yang membezakan manusia dengan binatang adalah pada akalnya dan bukan unsur yang membuat manusia lebih unggul daripada makhluk lain. Akal mempunyai dua aspek penggunaan dimana jika ia digunakan secara betul maka ia akan meningkatkan taraf kemanusiaaannya, tetapi jika digunakan secara salah maka ia akan menurunkan darjat manusia menjadi binatang bahkan lebih rendah dari binatang. Kekuatan moral diperlukan untuk mengendalikan akal dan nafsu sehingga kehidupan manusia menjadi lebih bermakna. Manusia harus beretika kerana manusia makhluk yang berakal, segala perbuatan, tindakan, dan perkataan manusia harus dipertanggungjawabkan. Perbuatan makhluk berakal ini sentiasa dinilai. Perbuatan yang bernilai itulah yang menjadikan kehidupan manusia menjadi bermakna. Selain daripada diri sendiri, manusia juga turut bertanggungjawab terhadap keluarga, masyarakat, bangsa dan negara yang bersangkutan dengan kegiatan harian manusia.9 Etika pula tergolong daripada dua kategori iaitu etika deskriptif dan etika normatif. Etika deskriptif memberi tekanan kepada ajaran moral dan kebaikan atau keburukan dalam kehidupan harian. Etika normatif pula adalah satu kajian terhadap kebaikan atau keburukan sebagai satu fakta tanpa menghiraukan alasan rasional. Hal ini terbahagi kepada dua lagi pecahan iaitu etika umum dan etika khusus. Etika umum mengenai kebaikan secara umum, dan etika khusus pula mempertimbangkan baik buruk dalam bidang tertentu. Dari sudut pandang normatif, falsafah etika merupakan wacana yang khas bagi perilaku kehidupan manusia, dibandingkan dengan ilmu lain yang juga membahas tingkah laku manusia. Telah timbul sebuah ilmu beretika sejak awal pensejarahan. Menurut sebuah pandangan, pengetahuan yang betul tentang bidang etika secara langsungnya akan disusun oleh perilaku yang betul juga. Itulah ajaran dari ahli falsafah yang terkenal, Sokrates, yang disebut sebagai Intelektualisme Etis. Menurut Sokrates orang yang mempunyai pengetahuan tentang baik pasti akan melakukan kebaikan juga. Orang yang berbuat jahat pula dilakukan atas sebab kurang pengetahuan yang mendalam mengenai ilmu etika. Seperti yang dibentangkan, hal ini amat sukar untuk dikajikan. Pengetahuan yang dalam mengenai etika belum tentu menjaminkan seseorang mempunyai perilaku yang baik. Hal ini berlandaskan perbezaan dari ilmu dan pengalaman. Seseorang yang tidak mempunyai pendidikan yang tinggi 9 Sri Rahayu Wilujeng FILSAFAT, ETIKA DAN ILMU: Upaya Memahami Hakikat Ilmu dalam Konteks Keindonesiaan, Fakultas Ilmu Budaya Universitas Diponegoro, 2012, Yogyakarta
  • 11. masih boleh mempunyai perwatakan dan perilaku yang baik. Sejajar dengan fakta ini, ada kebenarannya dalam pendapat Sokrates yang berpendapat pengetahuan tentang etika merupakan suatu unsur penting bagi seseorang untuk mencapai kematangan perilaku yang baik. Untuk memperoleh etika baik, kajian tentang etika dapat membayangkan akan landasan dan sebagai kayu ukur untuk perwatakan yang baik. Falsafah etika bukan falsafah yang sedia ada, yang boleh diambil sebegitu dan digunakan. Ia merupakan satu refleksi yang berkaitan dengan perilaku. Perihal ini boleh dikaji melalui hati nurani, kebebasan, tanggungjawab, nilai, hak, kewajiban dan keutamaan. Di kalangan orang-orang kebanyakan, falsafah etika hanya membahas perkara yang abstrak dan kurang relevan untuk kehidupan seharian manusia. Banyak huraian yang dikemukakan mengenai falsafah etika yang dianggap tidak jauh dari kenyataan. Itulah hakikat falsafah mengenai etika.10 Disini tidak perlu diselidiki sampai dimana prasangka itu mengandung kebenaran. Tetapi setidak- tidaknya tentang etika sebagai cabang falsafah dengan mudah dapat disebut dan disetujui relevansinya bagi banyak persoalan yang dihadapi umat manusia. (M. Yatimin Abdullah: 2006) 10 Dr. Slamet Ibrahim S. DEA. Apt,FILSAFAT ILMU PENGETAHUA, Sekolah Farmasi ITB, 2008
  • 12. 6.0 PEMIKIRAN ETIKA ARISTOTLE Etika Aristoteles pada dasarnya sama dengan etika Socrates dan Plato. Iaitu tujuannya adalah mencapai Eudaemonia, iaitu bermaksud kebahagiaan adalah “tujuan hidup yang tertinggi ” dalam kehidupan. Akan tetapi, ia memahaminya secara realistik dan sederhana, beliau tidak bertanya tentang budi dan berlakunya seperti yang dikemukakan oleh Socrates. Ia tidak pula menekankan menenai pengetahuan tentang idea yang kekal dan tidak berubah-ubah, tentang idea kebaikan, seperti yang ditegaskan oleh Plato. Ia menuju kepada kebaikan yang boleh dicapai oleh manusia sesuai dengan jantinanya, darjatnya, kedudukannya, atau pekerjaannya. Tujuan hidup, kata Aristotle tidaklah mencapai kebaikan untuk kebaikan, melainkan untuk merasai kebahagian. Untuk seorang doktor, penting untuk memiliki kesihatan yang baik, baik bagi seorang pejuang kemenanganlah yang baik, dan bagi seorang pemerintah, kemakmuran di dalam masyarakat yang baik. Yang menjadi ukuran bukan sahaja dengan mengetahui sesuatu itu, melainkan melakukannya dengan perbuatan, ibarat bukan untuk mengetahui apa itu budi, akan tetapi adalah untuk menjadi seseorang yang berbudi. Dalam penjelasan sebelumnya kita sudah mengetahui bahwa Aristotle telah menguraikan pendiriannya menenai falsafah etika dalam tiga karyanyaiaitu Ethica Nicomachea, Ethica Eudemia dan Magna Moralia. Karya terakhir ini umumnya tidak di anggap sahih. Kesahihan Ethica Eudemia pada awalnya seringkali dipersoalkan, tetapi sekarang sudah mencapai kata sepakat diantara para ahli falsafah mengenai kesahihannya. Tetapi Ethica Nicomachea agaknya di tulis Aristotle pada usia lebih tua daripada Ethica Eudemia, sehingga dapat di simpulkan bahawa dalam Ethica Nicomacheakita dapat mencari pemikiran Aristotle yang lebih matang dalam bidang falsafahetika. Pandangan Aristotle dalam falsafah etikanya tidak sekritis dengan tokoh falsafah yang dahulu, iaitu Socrates dan gurunya Plato, namun beliau menanganinnya dengan mudah. Sesuai dari apa yang beliau alami secara realistik. 11 11 Muhammad In’am Esha, Konsep Pengembangan Diri Aristotles, ( UIN), m/s 3
  • 13. Terdapat empat perkara penting yang disebutkan oleh Aristotle di dalam karya beliau mengenai falsafah etika, iaitu :- a) Kebahagiaan sebagai tujuan utama dalam segala perbuatannya manusia mengejar suatu tujuan. Ia mencari sesuatu yang baik baginya tetapi ada banyak macam aktiviti manusia yang terarah kepada macam-macam tujuan tersebut. Dan menurut aristoteles tujuan yang tertinggi ialah kebahagiaan (eudaimonia). Disini boleh di atat pula bahawa terjemahan "kebahagian" sebetulnya sedikit pincang untuk menyalin eudaimonia ke dalam bahasa indonesia. Dengan kata eudaimonia orang Greece tidak memaksudkan suatu perasaan subjektif, tetapi suatu keadaan manusia yang bersifat demikian sehingga segala yang perlu ada padanya terdapat pada manusia ("well-being"). Dengan pemapaaran tadi maka sudah jelas bahawa yang dimaksudkan dengan etika adalah cabang falsafah yang sifatnya praktikal bukan teori. Dalam mencapai tujuan ini Aristotle memberikan pendapatnya mengenai tiga perkara yang perlu dipenuhi untuk mencapai kebahagiaan hidup, iaitu :- Pertama : Manusia harus mempunyai harta secukupnya, supaya hidupnya terpelihara. Kemiskinan mengakibatkan perilaku rendah bagi manusia, memaksa ia menjadi tamak haloba. Apa yang dimiliki membebaskan seseorang dari kesengsaraan dan keinginan yang meluap, sehingga ia menjadi orang yang berbudi. Kedua : Alat yang terbaik untuk mencapai kebahagiaan ialah persahabatan. Menurut aristotle, persahabatan lebih penting daripada keadilan. Kerana, jika orang-orang bersahabat, dengan sendirinya keadilan timbul antara mereka. Seorang sahabat sama dengan satu jiwa dalam dua orang. Cuma persahabatan lebih mudah dibina antara orang yang sedikit jumlahnya dari antara orang banyak. Jika semua diantara kita adalah sahabat maka tidak akan ada kemiskinan, kerana sahabatnya yang kaya telah meghilangkan kemiskinannya.
  • 14. Ketiga : Keadilan disini mempunyai dua maksud. Pertama, keadilan dalam erti pembahagian barang- barang yang seimbang, relatifsama mengikut keadaan masing-masing. Kedua, keadilan dalam erti memperbaiki kerosakan yang ditimbulkan. Misalnya, perjanjian mengganti kerugian. ini keadilan menurut undang-undang.12 b) Kebahagiaan menurut isinya Jika kita mengandaikan bahawa kebahagian merupakan tujuan yang tertinggi dalam hidup manusia. Maka perkataan ini perlu diperjelaskan kembali, kerana hal ini berkaitan dengan pelbagai pendapat manusia tentang kebahagiaan itu sendiri. Ada yang mengatakan bahawa kekayaan itu kebahagiaan, ada yang mengatakan kesihatan itu kebahagiaan, bahkan suatu kebahagiaan adalah ketika kita menghormati antara satu sama lain. Manusia hanya disebut bahagia jika ia menjalankan aktivitanya dengan baik. Atau, seperti di rumuskan oleh aristoteles sendiri, supaya manusia bahagia ia harus menjalankan aktivitinya "menurut keutamaan". Hanya pemikiran yang disertai dengan keutamaan boleh membuat manusia menjadi bahagia. Keutamaan mengikut nisbah, tetapi juga manusia seluruhnya. Manusia bukan hanya makhluk intelektual, melainkan juga makhluk-makhluk lain yang mempunyai perasaan, keinginan, nafsu dan sebagainya. Dari sebab itu, sebagaimana yang akan diterangkan nanti, menurut Aristotle terdapat dua jenis keutamaan: keutamaaan intelektual dan keutamaan moral. Akan tetapi, dalam hubungan antara keutamaan dan kebahagian Aristotle beranggapan bahawa manusia belum dikatakan bahagia jika manusia menjalankan fikirannya dengan keutamaan dalam waktu yang relatif singkat atau sekali-sekala sahaja. Menurut beliau, manusia boleh dikatakan bahagia sepenuhnya jika manusia itu boleh menyelaraskan pemikirannya dengan disertai keutamaan dalam jangka waktu yang cukup panjang. Dengan kata lain, kebahagian itu adalah ketika manusia sudah sampai pada keadaan yang bersifat stabil (tetap). Selain dalam huraian di atas, masih ada beberapa unsur lagi yang boleh membuat manusia bahagia walaubagaimanapun unsur-unsur ini bukanlah termasuk pada hakikat kebahagiaan itu sendiri. Agar manusia benar-benar mendapatkan kebahagiaan yang sebenarnya maka perlu juga bahawa dia (manusia) harus merasakan selesa dalam menjalankan kebahagian 12 J.A.K Thomson, Introduction on The Ethic of Aristotle , ( USA: Penguin Book Inc : 1961) m/s9
  • 15. seperti yang sudah di jelaskan di atas. Jadi, mesti ada kesenangan atau rasa bahagia yang subjektif. Dan perlu digariskan bahawa kebahagiaan tidak boleh disamakan dengan kesenangan, Aristotle menolak hedonisme13 , akan tetapi beliau mengakui bahawa kebahagiaan tidak akan sempurna jika tidak disertai kesenangan (hedonisme). Selain dari kesenangan yang sifatnya batiniah, maka dalam penyempurnaan kebahagian di perlukan juga kesenangan yang sifanya lahiriah, seperti misalnya kesihatan, kesejahteraan ekonomi, sahabat-sahabat, keluarga, penghormatan dan lain sebagainya. Pada dasarnya manusia yang kurang dari beberapa hal yang sudah di sebutkan tadi maka akan sukar untuk mendapatkan kebahagiaan. akan tetapi perlu di tekankan kembali bahawa kesenangan dan unsur-usur lahiriah tidak termasuk hakikat kebahagian itu sendiri melainkan hanya merupakan syarat bagaimana kebahagiaan itu dapat dicapai dan direalisasikan.14 c) Ajaran tentang keutamaan. Ketika kita berbicara tentang ajaran keutamaan, Aristotle telah menyatakan bahawa ajaran ini sangat berbeza dengan apa yang sudah pernah di tawarkan oleh ahli falsafah sebelumnya yakni Socrates dan Plato. Dimana Socrates dan Plato menganggap bahawa keutamaan itu sama halnya dengan pengetahuan, sehingga dengan mengetahui apa yang baik baginya maka tentu ia akan berbuat seperti yang demikian, dan dari inilah maka di ambil kesimpulan bahawa keutamaan itu boleh di ajarkan, begitu menurut Socrates dan Plato. Dalam anggapan kedua-ahli falsafah ini, aristoteles sangat menentangnya, menurut dia belum cukuplah, jika manusia mengetahui apa yang baik baginya, kerana hal ini tidak akan sekali gus menjadikan ia melakukan pengetahuannya tentang keutamaan tersebut. Dengan demikian Aristotle juga menentang akan anggapan bahawa keutamaan itu boleh diajarkan. Tetapi dalam anggapan aristoteles ini malah ada soalan yang cukup menarik, iaitu jika keutamaan itu tidak dapat di ajarkan maka dengan cara manakah ia dapat memperoleh keutamaan? Jawapan Aristotle pun sangat terkesan paradok, sebab beliau mengatakan bahawa kita memperoleh keutamaan dengan berbuat baik. Paradoks timbul kerana kita tersepit dalam sebuah "lingkaran setan". Dalam penjelasan ini mungkin kita sangat sukar untuk memahami apa yang di maksud Aristotle, sehingga dalam penjelsan ini kita ambil contoh yang ditawarkan oleh kes Bertens dalam contoh seperti ini: seorang anak misalnya, dilarang oleh ibu bapanya untuk jangan mencuri barang kepunyaan orang lain. Jika diamelanggar larangan tersebut maka belum boleh dikatakan bahawa dia berbuat dengan keutamaan. Tetapi mungkin sekali dengan demikian suatu sikap tetap akan terbentuk dalam hati si 13 Secara literalnya membawa maksud membudayakan hiburan sebagai salah satu asas kepada kehidupan. 14 Frans Magnis Suseno, 13 Tokoh Etika; Sejak Yunan Sampai Abad ke-19, Kanisius: Yogyakarta, Cet. III, 1999
  • 16. anak, sehingga ia tidak mencuri lagi justeru kerana di yakin bahawa perbuatan itu bukan perbuatan yang baik. Dan itulah yang dimaksudkan oleh Aristotle. Hidup mengikut keutamaan (objektif) boleh menyebabkan keutamaan peribadi, sehingga untuk selanjutnya perbuatan perbuatan akan di lakukan mengikut keutamaan. Biarpun Aristotle menolak pendirian yang menyamakan keutamaan dengan pengetahuan, namun ia mengakui juga bahawa nisbah mempunyai peranan terpenting dalam membentuk keutamaan-keutamaan. Setiap keutamaan berasal dari nisbah. Tetapi ada dua jenis keutamaan yang dapat menyempurnakan nisbah itu sendiri dan keutamaan boleh menetapkan watak manusia. Keutamaan tadi kemudian di bagi menjadi dua iaitu keutamaan intelektual dan keutamaan moral.15 1) Keutamaan moral Disini Aristotle menggambarkan keutamaan moral sebagai suatu sikap yang membolehkan manusia untuk memilih jalan tengah antara dua ekstrem yang berlawanan. Hendaklah diperhatikan bahawa menurut Aristotle keutamaan merupakan suatu sikap. Supaya kita betul-betul mempunyai keutamaan, belum cukuplah jika hanya satu kali atau beberapa kali kita memilih jalan tengah antara dua ekstrem. Buat Aristotle, keutamaan baru merupakan keutamaan yang sungguh- sungguh, jika kita mempunyai sikap yang tetap untuk memilih jalan tengah tersebut.16 2) Keutamaan intelektual Hal ini telah dijelaskan oleh Aristotle bahawa nisbah manusia mempunyai dua fungsi, disatu sudut nisbah manusia membolehkan manusia untuk mengenal kebenaran dalam arti ini nisbah boleh di katakan sebagai nisbah teori. Pada prihal lainnya, nisbah manusia berfungsi sebagai pemberi petunjuk atau keputusan supaya orang mengetahui apa yang harus ia lakukan dalam keadaan tertentu, dan di sisi ini nisbah boleh di katakan sebagai nisbah praktikal. Sehingga dari sini aristoteles membahagikan keutamaan yang menyempurnakan nisbah: ada kebijaksanaan teori dan ada kebijaksanaan praktikal. 15 Hatta, Mohammad.Alam Pikiran Yunani.( Jakarta : Universitas Indonesia Press : 1986), m/s 56 16 Kattsoff, Louis O. Pengantar Filsafat. Terjemahan Soejono Soemargono, (Yogyakarta : Tiara Wacana :2004), m/s 34
  • 17. Dasar teori, Aristotle sendiri memilih kata shopia untuk menunjukkan kebijaksanaan teorinya, sebagaimana halnya dengan tiap-tiap keutamaan, kebiijaksanaan teori pun merupakan suatu sikap tetap. Sekali-sekali saja mengenal kebenaran belum boleh dianggap sebagai keutamaan. Sudah nyata bahawa hanya sedikit orang dapat mempunyai kebijaksanaan teori, yaitu orang-orang terpelajar. Dan jalan yang menuju ke kebijaksanaan teori ini adalah suatu jalan panjang yang meliputi seluruh pendidikan ilmiah. Kebijaksanaan praktikal, Aristotle menggunakan kata phronesis untuk menunjukan kepada kebijaksanaan praktikal. Kebijaksanaan praktikal adalah sikap jiwa yang membolehkan manusia untuk mengatakan yang mana dari barang-barang konkrit boleh dianggap baik untuk hidupnya, dan kebijaksanaan praktikal ini tidak lepas dari keutamaan moral. Jika dalam analisisnya mengenai keutamaan moral, Aristotle menegaskan bahawa jalan tengah antara dua ekstrem harus ditentukan. Keutamaan moral yang sejati selalu disertai dengan kebijaksanaan praktikal. d) Kehidupan yang sesuai. Dalam buku terakhir dari Ethica Nicomachea Aristotle kembali lagi pada unsur terpenting dalam kebahagian manusia, iaitu memandang kebenaran. Hal ini rupaya tidak jauh berbeza dengan anggapan gurunya Plato, hanya saja dalam mencapai kebenaran ini Plato meyakini akan unsur idea-idea sedangkan aristoteles menolaknya. Tapi tetap menurutnya, tujuan terpenting dalam hidup manusia adalah kebenaran, hal itu adalah aktiviti manusia yang tertinggi.17 17 Kanisius, Menjadi Manusia Belajar dari Aristoteles. (Yogyakarta : 2009), m/s 45
  • 18. 7.0 ULASAN DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM Sepertimana yang kita sedia maklum, Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk seseorang individu tersebut mencapai kebahagiaan yang tertinggi di dalam kehidupan bukan sahaja di dunia malahan kebahagiaan di akhirat. Islam juga ada mengariskkan panduan mengenai etika, dan perilaku manusia dan dinamakan sebagai akhlak dan adab. Islam juga telah menggaris dan menekankan abad dan etika pada setiap aspek, yang mana untuk mengelakkan umatnya berpecah belah dan sentiasa bersatu dan hidup di dalam keadaan yang harmoni. Falsafah etika yang dibawa oleh Aristotle, tidak menyalahi etika di dalam Islam, garis panduan serta buah pemikiran beliau membantu manusia biasa untuk berfikir secara logik dalam mencapai kebahagiaan di dalam kehidupan. Namun sebagai seorang Muslim dan Mukmin, Islam telah lama menggariskan panduan berkenaan etika dan adab serta cara untuk mencapai kebahagiaan yang sebenar dan hakiki. Di dalam Islam, ada menyatakan bahawa kebahagiaan dapat dicapai dengan mengingati Allah dan taat kepadanya. Tidak ada sesuatu benda yang menjadi ukuran kepada kebahagiaan di dalam Islam, tidak kiralah sama ada dari segi harta, kekayaan, pangkat, ramai kenalan dan sebagainya. Islam tidak menjamin bahawa seseorang yang kaya itu bahagia dan Islam tidak mengatakan bahawa seseorang yang kurang hartanya itu tidak bahagia. Secara logiknya kekayaan merupakan salah satu kesenangan hidup yang menjadi impian setiap individu, dan kekayaan juga membuatkan seseorang itu bahagia. Namun kelogikan itu jika disulami dengan garis panduan daripada Islam, tiada jaminan bahawa sesuatu benda itu akan menjamin kebahagiaan. Falsafah etika yang diutarakan oleh Aristotle itu sendiri, tidaklah bercanggah dengan mana-mana aspek di dalam Islam. Beliau hanya mengemukakan pandangan secara logik akal mengenai cara untuk mencapai kebehagiaan di dalam kehidupan, namun Islam menjadikan kelogikan perkara yang dinyatakan oleh Aristotle itu, menjadi sesuatu kelogikan yang logik dan terpimpin serta menambahkan lagi kelogikan mengenai hakikat tercapainya kebahagiaan di dalam kehidupan.
  • 19. 8.0 RUJUKAN 1. Ahmad Mahmud Shubhi,Filsafat Etika.(Serambi ) m/s 128 2. Muhammad In’am Esha, Konsep Pengembangan Diri Aristotles, ( UIN), 3. J.A.K Thomson, Introduction on The Ethic of Aristotle , ( USA: Penguin Book Inc : 1961) Frans Magnis Suseno, 13 Tokoh Etika; Sejak Yunan Sampai Abad ke-19, Kanisius: Yogyakarta, Cet. III, 1999 4. Hatta, Mohammad.Alam Pikiran Yunani.( Jakarta : Universitas Indonesia Press : 1986) Kattsoff, Louis O. Pengantar Filsafat. Terjemahan Soejono Soemargono, (Yogyakarta : Tiara Wacana :2004) 5. Henry B.Veatch, Aristotle A Contemporary Appreciation.(Indiana University Press :1974) m/s 3 6. k.Bertens,Ringkasan Sejarah Filsafat.(Kanisus: 1975 )m/s 9 7. Kanisius, Menjadi Manusia Belajar dari Aristoteles. (Yogyakarta : 2009), m/s 45 8. Mardzelah Makhsin,Sains pemikiran & Etika.(PTS Publication : 2006 )m/s24 9. Sri Rahayu Wilujeng FILSAFAT, ETIKA DAN ILMU: Upaya Memahami Hakikat Ilmu dalam Konteks Keindonesiaan, Fakultas Ilmu Budaya Universitas Diponegoro, 2012, Yogyakarta 10. Encyclopedia Britanica 11. Edwards, Encyclopedia of Philosophy