SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
KOD DAN NAMA
PROGRAM /
PROGRAM’S CODE &
NAME
BPM 101 PENGENALAN KEPADA PEMASARAN
TAHAP / LEVEL TAHAP 1
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
M1K1 PENGENALAN KEPADA PEMASARAN
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT
1. Pengenalan kepada pemasaran
2. Konsep teras dalam pemasaran
NO. KOD / CODE NUM. BPM101-1-2013/M1K1/P(2/2) Muka : 1 Drp : 5
TAJUK/TITLE :
Konsep teras dalam pemasaran
TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan ini menjelaskan :
i. Mengenalpasti konsep pemasaran
KOLEJ VOKASIONAL IPOH
PERSIARAN BRASH
31400 IPOH
PERAK
KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
NO. KOD / CODE NUM. BPM101-1-2013/M1K1/P(2/2)
Muka / Page : 5
Drpd/of : 5
PENERANGAN/INFORMATION :
i. MENGENALPASTI KONSEP PEMASARAN
Dalam pemasaran terdapat beberapa elemen-elemen ataupun konsep-konsep asas
yang perlu pelajar pelajari dan fahami kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain.
Konsep yang paling asas sekali ialah konsep keperluan, diikuti dengan kehendak dan
juga permintaan. Konsep-konsep yang selanjutnya pelajar boleh perolehi daripada
keterangan di bawah ini.
a) Keperluan
Keperluan merupakan asas kepada
kehidupan manusia dan ini meliputi
keperluan fizikal seperti makanan dan
pakaian, keperluan sosial seperti kasih
sayang, keperluan
individu seperti ilmu
pengetahuan dan pencapaian hasrat diri seperti
kemajuan diri dan juga kejayaan diri. Keperluan-
keperluan ini bukan dicipta oleh pemasar, ia
merupakan sebahagian dari asas kejadian
manusia. Keperluan manusia ini penting kepada
pemasar kerana ia dapat membantu pemasar
dalam mengenalpasti produk yang perlu ditawarkan dan diperlukan oleh
pengguna.
b) Kehendak
Kehendak pula, merupakan keperluan
manusia yang dibentuk oleh budaya
sekeliling serta personaliti individu. Sebagai
contoh, seorang eksekutif jualan mungkin
memerlukan kereta mahal seperti Honda
untuk menjaga imej dan statusnya sebagai
seorang pegawai, manakala seorang kerani
jualan mungkin memadai dengan kereta Proton sahaja. Di sini
menunjukkan bahawa personaliti individu tersebut memainkan peranan di
dalam membentuk kehendak seseorang .
NO. KOD / CODE NUM. BPM101-1-2013/M1K1/P(2/2)
Muka / Page : 5
Drpd/of : 5
c) Permintaan
Apabila kita mempunyai sumber kewangan atau kuasa beli, kita akan
berkehendakan kepada pelbagai jenis produk yang ditawarkan di
pasaran. Oleh itu, apabila seseorang mempunyai kehendak serta
kemampuan untuk membeli , kehendak akan bertukar menjadi
permintaan.
d) Produk
Produk merupakan apa sahaja yang
ditawarkan kepada pengguna untuk
perhatian, milikan atau kegunaan yang
akan memenuhi sesuatu keperluan atau
kehendak. Konsep produk tidak terhad
kepada objek
fizikal, seperti
kereta, rumah
dan sebagainya tetapi apa sahaja yang
berupaya memuaskan keperluan boleh dipanggil
produk. Selain daripada produk fizikal/ketara,
produk juga termasuklah perkhidmatan/servis
seperti perbankan, penerbangan, perhotelan,
menggunting rambut dan banyak lagi.
e) Pertukaran
Pertukaran merupakan proses jual beli antara pemasar dengan pengguna
di pasaran untuk memuaskan keperluan dan kehendak pengguna. Dalam
proses pertukaran, pemasar akan menawarkan dan mengagihkan produk
kepada pengguna, manakal pengguna menikmati produk yang diingini
daripada pemasar untuk memuaskan keperluan dan kehendak.
Contohnya, untuk mendapatkan sebotol syampu, kita perlu membayar
sejumlah wang kepada pekedai. Tindakan mendapatkan sesuatu objek
yang diingini daripada seseorang dengan menawarkan sesuatu sebagai
pulangan diistilahkan sebagai pertukaran. Pertukaran merupakan satu
daripada konsep pemasaran yang sangat penting.
NO. KOD / CODE NUM. BPM101-1-2013/M1K1/P(2/2)
Muka / Page : 5
Drpd/of : 5
f) Transaksi / urusniaga
Transaksi atau urusniaga merujuk kepada urusan jual beli antara dua
pihak dengan kedua-dua pihak mendapat sesuatu yang bernilai yang
diperlukan oleh mereka.
Antara elemen yang terdapat dalam
transaksi ialah produk, kuantiti dan nilai
pertukaran. Dalam suatu transaksi,
pemasar akan menawarkan produk,
manakala pengguna akan membayar
sejumlah wang kepada pemasar untuk
mendapatkan produk tersebut.
Transaksi juga boleh berlaku tanpa melibatkan wang iaitu pertukaran
antara barang dengan barang yang dikenali sebagai sistem barter.
g) Nilai
Konsep nilai ini biasanya wujud berdasarkan
kepada persepsi seseorang pengguna terhadap
sesuatu produk atau servis yang ditawarkan.
Nilai yang dimaksudkan di sini ialah perbezaan
di antara nilai yang pelanggan perolehi
daripada memiliki dan menggunakan sesuatu
produk dan kos untuk mendapatkan keluaran itu.
Sebagai contoh, seorang penumpang bas sanggup membayar harga
lebih untuk menaiki Eksekutif Coach yang mempunyai tambang lebih
mahal berbanding bas ekspres biasa. Mereka merasakan servis yang
ditawarkan oleh Eksekutif Coach lebih baik, lebih terkenal dan statusnya
lebih tinggi berbanding bas ekspres biasa. Di sini kecenderungan mereka
bertindak adalah berasaskan nilai yang mereka tanggap sebelum ini.
h) Pasaran
Dalam pemasaran, pasaran merupakan satu set atau himpunan bakal
pembeli-pembeli yang berpotensi untuk membeli sesuatu produk.
Pembeli-pembeli ini mempunyai sesuatu keperluan atau kehendak yang
boleh dipenuhi melalui pertukaran dan perhubungan.
Saiz pasaran bergantung kepada bilangan orang yang mempunyai
keperluan, sumber-sumber untuk melibatkan diri dalam pertukaran dan
NO. KOD / CODE NUM. BPM101-1-2013/M1K1/P(2/2)
Muka / Page : 5
Drpd/of : 5
sanggup untuk menawarkan sumber-sumber ini sebagai balasan kepada
apa yang mereka kehendaki.
Istilah asal pasaran merujuk kepada tempat di
mana pembeli dan penjual berkumpul untuk
bertukar produk antara mereka. Di antara
pelbagai jenis pasaran yang wujud pada masa
ini termasuk pasaran komoditi, pasaran
kewangan, pasaran buruh dan sebagainya.
i) Pemasaran
Pemasaran bermaksud mengurus pasaran untuk mewujudkan pertukaran
dan perhubungan bertujuan mewujudkan nilai dan memuaskan keperluan
dan kehendak. Pemasaran juga sebagai satu proses di mana individu dan
kumpulan mendapatkan apa yang mereka perlukan dan kehendaki
melalui pembentukkan dan pertukaran produk atau nilai dengan orang
lain.
Aktiviti seperti pembangunan produk, penyelidikan, komunikasi,
pengagihan, penentuan harga dan perkhidmatan adalah aktiviti-aktiviti
teras pemasaran. Walaupun kita memikirkan pemasaran sebagai aktiviti
yang dijalankan oleh penjual, pembeli juga menjalankan aktiviti
pemasaran. Pengguna menjalankan ‘pemasaran’ apabila mereka mencari
produk keperluan mereka pada harga yang mereka mampu. Agen
pembelian syarikat menjalankan ‘pemasaran’ apabila mereka menjejaki
penjual dan membuat tawar-menawar untuk belian yang terbaik.
Penerangan yang telah diberikan diharap dapat menjelaskan kepada pelajar
tentang konsep-konsep teras yang terdapat di dalam bidang pemasaran.
SOALAN/QUESTION:
1. Berikan dua contoh keperluan.
2. Berikan dua prinsip utama dalam konsep pemasaran.
RUJUKAN/REFERENCE :
1. Modul Perdagangan Politeknik KPM, 23 Januari 2014, 9:00
2. Teks Pra U STPM Pengajian Perniagaan Longman, 23 Januari 2014, 9:45
3. Prinsip Pemasaran Edisi Kelapan Prentice Hall, 25 Januari 2014, 8:00

More Related Content

Similar to Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2

Pemasaran 120905213837-phpapp02
Pemasaran 120905213837-phpapp02Pemasaran 120905213837-phpapp02
Pemasaran 120905213837-phpapp02
Putra Meunafa
 
3. pemasaran & internet
3. pemasaran & internet3. pemasaran & internet
3. pemasaran & internet
yunnach
 
Bab 2 rancangan_pemasaran
Bab 2 rancangan_pemasaranBab 2 rancangan_pemasaran
Bab 2 rancangan_pemasaran
Aenhamdan_
 
2. persekitaran pemasaran
2. persekitaran pemasaran2. persekitaran pemasaran
2. persekitaran pemasaran
yunnach
 

Similar to Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2 (20)

Asas Pemasaran
Asas PemasaranAsas Pemasaran
Asas Pemasaran
 
1. identify sales & marketing requirement
1. identify sales & marketing requirement1. identify sales & marketing requirement
1. identify sales & marketing requirement
 
Pemasaran
PemasaranPemasaran
Pemasaran
 
Pemasaran 120905213837-phpapp02
Pemasaran 120905213837-phpapp02Pemasaran 120905213837-phpapp02
Pemasaran 120905213837-phpapp02
 
Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Sema...
Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Sema...Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Sema...
Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Sema...
 
3. pemasaran & internet
3. pemasaran & internet3. pemasaran & internet
3. pemasaran & internet
 
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian AmKOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
 
Bab 2 rancangan_pemasaran
Bab 2 rancangan_pemasaranBab 2 rancangan_pemasaran
Bab 2 rancangan_pemasaran
 
Bab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
Bab 1 Pengenalan Kepada PemasaranBab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
Bab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
 
Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02
Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02
Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02
 
Manajemen pemasaran
Manajemen pemasaranManajemen pemasaran
Manajemen pemasaran
 
Topik 2 Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2  Penjanaan idea PerniagaanTopik 2  Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2 Penjanaan idea Perniagaan
 
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian AmKOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
 
15680581-Bab-3-perniagaan-antarabangsa.ppt
15680581-Bab-3-perniagaan-antarabangsa.ppt15680581-Bab-3-perniagaan-antarabangsa.ppt
15680581-Bab-3-perniagaan-antarabangsa.ppt
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
 
Huraikan perkaitan antara pengeluaran
Huraikan perkaitan antara pengeluaranHuraikan perkaitan antara pengeluaran
Huraikan perkaitan antara pengeluaran
 
Pemasaran - Model gelagat pengguna
Pemasaran - Model gelagat penggunaPemasaran - Model gelagat pengguna
Pemasaran - Model gelagat pengguna
 
2. persekitaran pemasaran
2. persekitaran pemasaran2. persekitaran pemasaran
2. persekitaran pemasaran
 
Pengajian perniagaan 1
Pengajian perniagaan 1Pengajian perniagaan 1
Pengajian perniagaan 1
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 

Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2

  • 1. KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME BPM 101 PENGENALAN KEPADA PEMASARAN TAHAP / LEVEL TAHAP 1 NO. DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE M1K1 PENGENALAN KEPADA PEMASARAN NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1. Pengenalan kepada pemasaran 2. Konsep teras dalam pemasaran NO. KOD / CODE NUM. BPM101-1-2013/M1K1/P(2/2) Muka : 1 Drp : 5 TAJUK/TITLE : Konsep teras dalam pemasaran TUJUAN/PURPOSE : Kertas Penerangan ini menjelaskan : i. Mengenalpasti konsep pemasaran KOLEJ VOKASIONAL IPOH PERSIARAN BRASH 31400 IPOH PERAK KERTAS PENERANGAN ( INFORMATION SHEET )
  • 2. NO. KOD / CODE NUM. BPM101-1-2013/M1K1/P(2/2) Muka / Page : 5 Drpd/of : 5 PENERANGAN/INFORMATION : i. MENGENALPASTI KONSEP PEMASARAN Dalam pemasaran terdapat beberapa elemen-elemen ataupun konsep-konsep asas yang perlu pelajar pelajari dan fahami kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain. Konsep yang paling asas sekali ialah konsep keperluan, diikuti dengan kehendak dan juga permintaan. Konsep-konsep yang selanjutnya pelajar boleh perolehi daripada keterangan di bawah ini. a) Keperluan Keperluan merupakan asas kepada kehidupan manusia dan ini meliputi keperluan fizikal seperti makanan dan pakaian, keperluan sosial seperti kasih sayang, keperluan individu seperti ilmu pengetahuan dan pencapaian hasrat diri seperti kemajuan diri dan juga kejayaan diri. Keperluan- keperluan ini bukan dicipta oleh pemasar, ia merupakan sebahagian dari asas kejadian manusia. Keperluan manusia ini penting kepada pemasar kerana ia dapat membantu pemasar dalam mengenalpasti produk yang perlu ditawarkan dan diperlukan oleh pengguna. b) Kehendak Kehendak pula, merupakan keperluan manusia yang dibentuk oleh budaya sekeliling serta personaliti individu. Sebagai contoh, seorang eksekutif jualan mungkin memerlukan kereta mahal seperti Honda untuk menjaga imej dan statusnya sebagai seorang pegawai, manakala seorang kerani jualan mungkin memadai dengan kereta Proton sahaja. Di sini menunjukkan bahawa personaliti individu tersebut memainkan peranan di dalam membentuk kehendak seseorang .
  • 3. NO. KOD / CODE NUM. BPM101-1-2013/M1K1/P(2/2) Muka / Page : 5 Drpd/of : 5 c) Permintaan Apabila kita mempunyai sumber kewangan atau kuasa beli, kita akan berkehendakan kepada pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran. Oleh itu, apabila seseorang mempunyai kehendak serta kemampuan untuk membeli , kehendak akan bertukar menjadi permintaan. d) Produk Produk merupakan apa sahaja yang ditawarkan kepada pengguna untuk perhatian, milikan atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak. Konsep produk tidak terhad kepada objek fizikal, seperti kereta, rumah dan sebagainya tetapi apa sahaja yang berupaya memuaskan keperluan boleh dipanggil produk. Selain daripada produk fizikal/ketara, produk juga termasuklah perkhidmatan/servis seperti perbankan, penerbangan, perhotelan, menggunting rambut dan banyak lagi. e) Pertukaran Pertukaran merupakan proses jual beli antara pemasar dengan pengguna di pasaran untuk memuaskan keperluan dan kehendak pengguna. Dalam proses pertukaran, pemasar akan menawarkan dan mengagihkan produk kepada pengguna, manakal pengguna menikmati produk yang diingini daripada pemasar untuk memuaskan keperluan dan kehendak. Contohnya, untuk mendapatkan sebotol syampu, kita perlu membayar sejumlah wang kepada pekedai. Tindakan mendapatkan sesuatu objek yang diingini daripada seseorang dengan menawarkan sesuatu sebagai pulangan diistilahkan sebagai pertukaran. Pertukaran merupakan satu daripada konsep pemasaran yang sangat penting.
  • 4. NO. KOD / CODE NUM. BPM101-1-2013/M1K1/P(2/2) Muka / Page : 5 Drpd/of : 5 f) Transaksi / urusniaga Transaksi atau urusniaga merujuk kepada urusan jual beli antara dua pihak dengan kedua-dua pihak mendapat sesuatu yang bernilai yang diperlukan oleh mereka. Antara elemen yang terdapat dalam transaksi ialah produk, kuantiti dan nilai pertukaran. Dalam suatu transaksi, pemasar akan menawarkan produk, manakala pengguna akan membayar sejumlah wang kepada pemasar untuk mendapatkan produk tersebut. Transaksi juga boleh berlaku tanpa melibatkan wang iaitu pertukaran antara barang dengan barang yang dikenali sebagai sistem barter. g) Nilai Konsep nilai ini biasanya wujud berdasarkan kepada persepsi seseorang pengguna terhadap sesuatu produk atau servis yang ditawarkan. Nilai yang dimaksudkan di sini ialah perbezaan di antara nilai yang pelanggan perolehi daripada memiliki dan menggunakan sesuatu produk dan kos untuk mendapatkan keluaran itu. Sebagai contoh, seorang penumpang bas sanggup membayar harga lebih untuk menaiki Eksekutif Coach yang mempunyai tambang lebih mahal berbanding bas ekspres biasa. Mereka merasakan servis yang ditawarkan oleh Eksekutif Coach lebih baik, lebih terkenal dan statusnya lebih tinggi berbanding bas ekspres biasa. Di sini kecenderungan mereka bertindak adalah berasaskan nilai yang mereka tanggap sebelum ini. h) Pasaran Dalam pemasaran, pasaran merupakan satu set atau himpunan bakal pembeli-pembeli yang berpotensi untuk membeli sesuatu produk. Pembeli-pembeli ini mempunyai sesuatu keperluan atau kehendak yang boleh dipenuhi melalui pertukaran dan perhubungan. Saiz pasaran bergantung kepada bilangan orang yang mempunyai keperluan, sumber-sumber untuk melibatkan diri dalam pertukaran dan
  • 5. NO. KOD / CODE NUM. BPM101-1-2013/M1K1/P(2/2) Muka / Page : 5 Drpd/of : 5 sanggup untuk menawarkan sumber-sumber ini sebagai balasan kepada apa yang mereka kehendaki. Istilah asal pasaran merujuk kepada tempat di mana pembeli dan penjual berkumpul untuk bertukar produk antara mereka. Di antara pelbagai jenis pasaran yang wujud pada masa ini termasuk pasaran komoditi, pasaran kewangan, pasaran buruh dan sebagainya. i) Pemasaran Pemasaran bermaksud mengurus pasaran untuk mewujudkan pertukaran dan perhubungan bertujuan mewujudkan nilai dan memuaskan keperluan dan kehendak. Pemasaran juga sebagai satu proses di mana individu dan kumpulan mendapatkan apa yang mereka perlukan dan kehendaki melalui pembentukkan dan pertukaran produk atau nilai dengan orang lain. Aktiviti seperti pembangunan produk, penyelidikan, komunikasi, pengagihan, penentuan harga dan perkhidmatan adalah aktiviti-aktiviti teras pemasaran. Walaupun kita memikirkan pemasaran sebagai aktiviti yang dijalankan oleh penjual, pembeli juga menjalankan aktiviti pemasaran. Pengguna menjalankan ‘pemasaran’ apabila mereka mencari produk keperluan mereka pada harga yang mereka mampu. Agen pembelian syarikat menjalankan ‘pemasaran’ apabila mereka menjejaki penjual dan membuat tawar-menawar untuk belian yang terbaik. Penerangan yang telah diberikan diharap dapat menjelaskan kepada pelajar tentang konsep-konsep teras yang terdapat di dalam bidang pemasaran. SOALAN/QUESTION: 1. Berikan dua contoh keperluan. 2. Berikan dua prinsip utama dalam konsep pemasaran. RUJUKAN/REFERENCE : 1. Modul Perdagangan Politeknik KPM, 23 Januari 2014, 9:00 2. Teks Pra U STPM Pengajian Perniagaan Longman, 23 Januari 2014, 9:45 3. Prinsip Pemasaran Edisi Kelapan Prentice Hall, 25 Januari 2014, 8:00