Membina 5 ayat

41,171 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
41,171
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
22
Actions
Shares
0
Downloads
682
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Membina 5 ayat

  1. 1. Disediakan oleh:Puan Kamsiah binti Tumin
  2. 2. Ayat yang menggambarkansituasi boleh diilhamkan daripada sebarang pemerhatian anda daripada grafik atau gambar.
  3. 3. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi/keadaan yangterdapat dalam gambar.
  4. 4. 1. Terdapat beberapa buah rumah papan yang agak usang di tengah-tengah kawasan sawah padi itu.2. Sawah padi di kawasan itu sudah dibajak dan sedia untuk ditanam dengan anak padi.3. Seorang perempuan sedang menanam beberapa gemal anak padi di petak sawah tersebut.4. Anak padi itu ditanam berbaris-baris supaya pokok padi dapat membesar dan hidup subur.5. Tujuan orang-orangan dipacakkan di sawah padi adalah untuk menghalau burung-burung yang ingin memakan buah padi yang masak
  5. 5. Ayat menggambarkan aktiviti hasil daripada kata kerja atauperbuatan yang dipaparkan dalam grafik atau gambar.
  6. 6. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yangterdapat dalam gambar.
  7. 7. 1. Seorang pekebun sayur sedang memagari kebun sayurnya daripada kawat berduri untuk menyelamatkannya daripada musuh tanaman.2. Pekebun sayur itu sedang menggemburkan batas dengan menggunakan sebatang penggaru .3. Pekebun sayur itu sedang membersihkan pokok-pokok sawi yang baru ditanamnya.4. Isteri dan anak-anaknya juga sedang mencabut rumput di kawasan kebun sayur mereka.5. Pekebun sayur itu menjual sayur-sayurannya sendiri kepada orang ramai di pasar tani.
  8. 8. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi/keadaan yangterdapat dalam gambar.
  9. 9. 1. Ali sangat gembira kerana hari ini merupakan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-12.2. Banyak kawan-kawannya yang hadir bagi meraikan sambutan hari lahir Ali pada hari itu.3. Juadah dan kuih-muih yang dihidangkan oleh emaknya sungguh sedap dan menyelerakan.4. Ali berasa gembira kerana dia banyak menerima hadiah daripada kawan-kawannya.5. Ali sedang meniup lilin dan kawan-kawannya menyanyikan lagu “Selamat Hari Lahir”.
  10. 10. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yangterdapat dalam gambar.
  11. 11. 1. Empat orang peserta lelaki sedang bertanding bagi merebut juara dalam acara olahraga.2. Seorang pelajar lelaki sedang melakukan lompatan dalam acara lompat tinggi bergalah.3. Seorang hakim garisan sedang mencatat sesuatu pada buku catatan yang dipegangnya.4. Para penonton telah memberikan sokongan dan tepukan kepada peserta yang bertanding.5. Para penonton melonjak kegembiraan apabila peserta pasukannya menang pertandingan.
  12. 12. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yangterdapat dalam gambar.
  13. 13. 1. Keluarga Encik Ahmad sedang berkelah dan mandi- manda di tepi pantai.2. Encik Ahmad pula sedang berehat di tepi pantai sambil membaca sebuah novel.3. Beberapa orang budak sedang membina istana pasir yang cantik di tepi pantai itu.4. Hasnul dan kawan-kawannya sedang mandi laut sambil bermain baling dan rebut bola.5. Sebuah kapal layar yang besar itu sedang belayar di tepi pantai ketika itu.
  14. 14. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi/keadaanyang terdapat dalam gambar.
  15. 15. 1. Semua kaum turut memeriahkan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini.2. Mereka yang terlibat dalam perbarisan memakai pakaian tradisional kaum masing-masing.3. Semua peserta yang terlibat menjayakan perbarisan itu menampakan semang patriotisme.4. Perbarisan Sambutan Hari Merdeka ini disertai oleh pelbagai agensi dan ribuan peserta.5. Upacara perbarisan itu juga dapat ditonton secara langsung oleh semua rakyat Malaysia.
  16. 16. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yangterdapat dalam gambar.
  17. 17. 1. Mei Lan dan kawan-kawannya sedang menunggu bas di sebuah pondok perhentian bas.2. Sementara menunggu bas tiba, dia mengisi masa dengan membaca buku pelajarannya.3. Seorang perempuan sedang menatap dan membaca surat khabar semasa menunggu bas.4. Mei Lan telah berjaya dalam pelajaran dan menerima anugerah cemerlang di sekolahnya.5. Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada Mei Lan atas kejayaan cemerlangnya itu.

×