3. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
1
Pada suatu hari, seorang penduduk
kampungdatangkerumahLebaiMalang.
“Saya hendak jemput Pak Lebai
datang ke rumah saya esok. Saya
buat kenduri kahwin. Saya sembelih
kerbau,” kata orang itu.
4. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
2
“Di manakah rumah kamu?”
Lebai Malang ingin tahu.
“Rumah saya terletak di hulu
sungai,” jawab orang itu.
“Baiklah! Saya akan datang.
Terima kasih!” ujar Lebai Malang.
5. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
3
Kemudian, datang orang lain
pula.
“Saya hendak jemput Pak Lebai
datang ke rumah saya esok. Saya
buat majlis bercukur untuk anak
saya,” kata orang itu.
6. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
4
“Di manakah rumah kamu?”
Lebai Malang ingin tahu.
“Rumah saya terletak di hilir
sungai,” jawab orang itu.
“Baiklah! Saya akan datang.
Terima kasih!” ujar Lebai Malang.
7. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
5
Keesokan harinya, Lebai Malang
hendak pergi ke tempat jemputan.
“Tempat mana dulu harus aku
pergi?” dia cuba berfikir.
8. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
6
“Kalau aku pergi ke tempat
kenduri tentu enak dapat makan
daging kerbau. Kalau aku pergi ke
tempat majlis bercukur, mungkin
makan lempeng sahaja,” fikirnya
lagi.
9. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
7
Lebai Malang lalu ingin pergi ke
tempat kenduri di sebelah hulu. Dia
mahu makan daging kerbau.
Dia pergi dengan sampan.
Namun, dia terpaksa berkayuh
melawan arus sungai. Oleh yang
demikian, dia lambat sampai.
10. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
8
Ketika dia sampai, majlis kenduri
sudah selesai. Hidangan lauk juga
sudah habis.
“Malang sungguh nasibku!” Lebai
Malang mengeluh.
11. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
9
Lebai Malang pergi pula ke
tempat majlis bercukur di sebelah
hilir.
Dia tidak perlu berkayuh kerana air
sungai mengalir ke sebelah hilir.
12. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
10
Oleh yang demikian, dia cepat
sampai.
Tetapi ketika Lebai Malang
sampai, majlis bercukur juga telah
selesai.
13. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
11
“Malang sungguh nasibku!” dia
mengeluh. Terpaksalah dia pulang
dengan perut lapar.
Itulah akibatnya, jika tamak.
Orang tamak selalu rugi.