Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Sulap Onsoi Tandas SKRB
1. Sulap onsoi 2020
KERTAS KERJA
PROJEK KECERIAAN BILIK AIR MURID
SULAP ONSOI
Pengenalan
Projek ini adalah salah satu aktiviti HEM dibawah Jawatankuasa 3K,
SK.Rancangan Biah, dengan mengambil kira penglibatan semua guru,komuniti
dan murid-murid di sekolah ini..
Melalui aktiviti ini, semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk
disamping dapat menceriakan lagi semua bilik air yang terdapat di SKRB.
Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah betapa
pentingnya amalan penjagaan kebersihan bilik air yang baik. Isu kebersihan dan
keceriaan tandas ini kelihatan seperti perkara biasa tetapi amat perlu diberi
perhatian kerana ia mempunyai implikasi yang besar ke atas kesihatan,
kebersihan persekitaran serta imej sekolah. Tandas yang bersih dan ceria
membawa imej yang baik kepada warga sekolah.
Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia menyambut Hari Tandas
Sedunia setiap tahun bermula pada tahun 2001. Menyambut usaha baik
kerajaan dalam mencapai sasaran sifar tandas kotor di Malaysia menjelang
tahun 2020, Unit Kebersihan (3K) berbesar hati menganjurkan program
menaiktaraf bilik air sekolah ini. Sasaran ini adalah bertepatan dengan hasrat
kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang cantik, menarik dan
bersih dalam segala aspek. Jawatankuasa Kebersihan (3K) berharap agar usaha
ini memberi kebaikan kepada seluruh warga Skrb khususnya dan masyarakat
sekitar amya.
1. NAMA PROGRAM :
Sulap Onsoi
2. ANJURAN:
Unit HEM- AJK 3K
2. Sulap onsoi 2020
3. MATLAMAT PROGRAM:
Membersihkan kawasan Bilik Air sekolah agar berada dalam
persekitaran yang bersih dan ceria.
4. OBJEKTIF PROGRAM:
4.1. Menceriakan semua tandas di SKRB terutamanya tandas guru
dan murid
4.2. Mencapai taraf 3 bintang kebersihan bilik air sekolah
4.3. Meningkatkan peratus keceriaan sekolah.
4.4. Mewujudkan suasana ceria dan cantik terutamanya keceriaan
tandas kepada warga SKRB
5. SASARAN:
Guru-guru dan murid-murid
6. TEMPOH:
JANUARI-OKTOBER 2020
7. SUMBER TENAGA:
Guru-guru ,Komuniti , murid-murid dan Pembersih sekolah
8. KOS:
RM 300.00
9. JAWATANKUASA KERJA
Penasihat : Pn.Felesia Ombongod
Pengerusi : En. Mawi
Penyelaras : Pn. Jumiati Ibrahim
AJK : Guru-guru Kelas
Ketua Komuniti
3. Sulap onsoi 2020
Pembersih
10.PERLAKSANAAN
Telah dilancarkan pada 17 Januari 2020
Setiap kelas telah diberi bilik air masing –masing, Tahap 1 dibahagikan
kepada 2 Bilik Air lelaki(tahun 1-3 ) dan Bilik air Perempuan( 1-3)
Tahap 2 – Setiap kelas murid lelaki dan perempuan masing-masing
mempunyai bilik air sendiri
Setiap Guru kelas dan komuniti dibantu oleh murid diminta untuk
menghias bilik air masing-masing.
Setiap Bilik Air mempunyai nama masing-masing dalam Bahasa Murut
iaitu Lelaing Ungkuyon (Bilik Air Lelaki) dan Lelaing Pangkuyon (Bilik
Air Perempuan)
11.PENILAIAN PROGRAM:
11.1.Setiap guru kelas dan guru-guru dan komuniti menyumbangkan
sekurang-kurangnya RM 10.00 atau berupa peralatan bilik air
kepada pihak sekolah bagi keperluan tandas.
11.2.Kawasan sekolah terutamanya tandas menjadi lebih ceria dan lebih
selesa digunakan.
12.PENUTUP:
Adalah menjadi harapan kepada Jawatan Kuasa Kebersihan dan juga
Jawatankuasa Hal Ehwal Murid agar Projek Sulap Onsoi Sekolah ini dapat
dilaksanakan dan akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini
dapat memberi manfaat dan impak yang besar kepada seluruh warga sekolah.
Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi ke arah mencapai tandas bertaraf lima
bintang.