SlideShare a Scribd company logo
1 of 61
MODEL 6
1(a) Apakah yang dimaksudkan dengan hujan
asid? [3]
Hujan asid ialah air hujan yang mempunyai nilai
keasidan yang tinggi, iaitu nilai pH kurang
daripada 5. Air hujan tersebut mengandungi
sebatian nitrogen dioksida, karbon dioksida, dan
sulfur dioksida.
1(b) Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi
kejadian hujan asid. [4]
i. Perindustrian. Hujan asid berlaku apabila asap dari
kilang yang mengandungi gas karbon dioksida dan
nitrogen dioksida dilepaskan ke ruang udara.
ii. Asap kenderaan. Gas karbon dioksida yang terdapat
dalam asap kenderaan akan larut di dalam air hujan
lalu membentuk hujan asid.
1(b) Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi
kejadian hujan asid. [4]
iii. Aktiviti pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka
melepaskan asap yang mengandungi gas karbon
dioksida dan gas nitrogen dioksida. Gas-gas tersebut
mudah larut dalam air hujan.
iv. Penyahhutanan. Kegiatan pembalakan tanpa kawalan
akan mengurangkan litupan tumbuh-tumbuhan.
Kekurangan tumbuh-tumbuhan mengurangkan kadar
fotosintesis seterusnya meningkatkan kandungan gas
karbon dioksida dalam udara.
1(c) Terangkan dua kesan kejadian hujan asid
terhadap alam sekitar fizikal. [4]
i. Menjejaskan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan
yang terkena hujan asid cepat mati kerana daun,
batang, kulit pokok serta akar akan rosak dan tidak
berfungsi.
ii. Menjejaskan hidupan akuatik. Asid yang terlarut
dalam hujan akan masuk ke dalam tasik, kolam, dan
sungai. Nilai pH yang kurang daripada paras normal
dalam akuatik tersebut menyebabkan hidupan akan
mati.
1(c) Terangkan dua kesan kejadian hujan asid
terhadap alam sekitar fizikal. [4]
iii.Menjejaskan kesuburan tanah. Hujan asid
meningkatkan keasidan tanah. Nilai keasidan yang
tinggi menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan tanaman
akan rosak kerana tanah menjadi tidak subur.
iv.Mempercepatkan kadar luluhawa batuan. Kawasan
batuan yang terkena hujan asid mudah diluluhawakan.
Luluhawa kimia berlaku terhadap batuan batu kapur
yang bertindak balas dengan air hujan yang berasid
melalui proses pengkarbonan.
1(d) Cadangkan dua langkah yang boleh diambil bagi
mengurangkan kesan kejadian hujan asid. [4]
i. Menggunakan sumber tenaga mesra alam. Penggunaan
sumber mesra alam seperti tenaga hidroelektrik, suria
dan angin mampu untuk mengurangkan pembebasan
gas karbon dioksida ke ruang udara.
ii. Memasang penapis cerobong asap kilang. Cerobong
asap kilang dipasang dengan panapis asap bagi
mengurangkan pembebasan gas sulfur dioksida, gas
karbon dioksida, dan nitrogen oksida.
1(d) Cadangkan dua langkah yang boleh diambil bagi
mengurangkan kesan kejadian hujan asid. [4]
iii.Mengekalkan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan
melepaskan gas oksigen dan menyerap gas karbon dioksida
dalam udara semasa proses fotosintesis.
iv. Pendidikan dan kempen kesedaran. Kesedaran masyarakat
tentang kepentingan alam sekitar. Misalnya kempen
berkongsi kenderaan dan menggalakkan penggunaan
pengangkutan awam bertujuan mengurangkan pembebasan
asap kenderaan di bandar. Menggalakkan masyarakat
menggunakan bahan api tanpa plumbum bagi menggantikan
bahan api berplumbum.

2(a) Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan
udara? [5]
Tekanan udara merujuk daya yang dikenakan oleh
jisim udara terhadap sesuatu titik di atas
permukaan bumi. Tekanan udara berkadar
songsang dengan suhu sekitar. Apabila suhu
tinggi, tekanan udara menjadi rendah dan apabila
suhu rendah, tekanan udara menjadi tinggi.
Tekanan udara diukur dalam unit milibar.
2(b) Jelaskan proses pembentukan bayu laut dan
bayu darat. [10]
i. Bayu laut bertiup pada waktu siang.
ii. Pada waktu siang, daratan lebih cepat panas berbanding dengan
laut.
iii. Suhu udara di permukaan bumi lebih tinggi daripada suhu di
permukaan laut.
iv. Daratan mengalami tekanan udara rendah. Laut pula mengalami
tekanan udara tinggi.
v. Udara bergerak dari laut (tekanan udara tinggi) ke daratan
(tekanan udara rendah).
Pembentukan bayu laut
2(b) Jelaskan proses pembentukan bayu laut dan
bayu darat. [10]
i. Bayu darat bertiup pada waktu malam.
ii. Pada waktu malam, daratan lebih cepat sejuk berbanding
dengan laut.
iii.Suhu udara di permukaan daratan lebih rendah, manakala
suhu di permukaan laut lebih tinggi.
iv.Daratan mengalami tekanan udara tinggi sementara laut
mengalami tekanan udara rendah.
v. Udara bergerak dari daratan ke laut sebagai bayu darat.
Pembentukan bayu darat
2(c) Bagaimanakah tiupan angin monsun
mempengaruhi aktiviti manusia? [10]
Pada bulan November hingga Mac, nelayan di pantai timur
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak dapat
menangkap ikan kerana laut bergelora dan hujan lebat
semasa tiupan angin Monsun Timur Laut.
2(c) Bagaimanakah tiupan angin monsun
mempengaruhi aktiviti manusia? [10]
Pada bulan November hingga Mac, nelayan di pantai timur
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak dapat
menangkap ikan kerana laut bergelora dan hujan lebat
semasa tiupan angin Monsun Timur Laut. Nelayan di pantai
barat Semenanjung Malaysia dapat menangkap ikan sepanjang
tahun kerana Monsun Barat Daya tidak membawa hujan lebat
dan angin kencang. Laut di Selat Melaka terlindung daripada
angin Monsun Barat Daya kerana halangan Pulau Sumatera dan
Monsun Timur Laut dihalang banjaran gunung di tengahtengah
Semenanjung Malaysia.
2(c) Bagaimanakah tiupan angin monsun
mempengaruhi aktiviti manusia? [10]
Kegiatan pelancongan di pantai dan pulau-pulau perairan
Laut China Selatan seperti Pulau Redang, Pulau Tioman, dan
Pulau Kapas terjejas semasa Monsun Timur Laut pada
November hingga Mac. Kegiatan pelancongan di pantai barat
Semenanjung Malaysia dapat dilakukan sepanjang tahun
walaupun semasa Monsun Barat Daya.
2(c) Bagaimanakah tiupan angin monsun
mempengaruhi aktiviti manusia? [10]
Angin monsun timur Laut yang membawa hujan lebat
menjejaskan kegiatan pertanian di negeri-negeri pantai timur
Semenanjung Malaysia. Antaranya, kerja-kerja menoreh getah
terjejas ketika hujan berterusan disebabkan pekebun tidak
dapat menoreh kerana batang pokok getah basah. Terdapat
juga kawasan kebun getah ditenggelami banjir jika berlaku
hujan lebat berpanjangan semasa Monsun Timur Laut.
2(c) Bagaimanakah tiupan angin monsun
mempengaruhi aktiviti manusia? [10]
Kegiatan pembalakan di pedalaman Kelantan, Terengganu,
Pahang, dan Sarawak terpaksa ditangguhkan semasa Monsun
Timur Laut. Hujan lebat semasa monsun tersebut
mengakibatkan jalan licin dan berbahaya untuk mengangkut
keluar kayu balak. Hujan lebat juga menyukarkan kerja-kerja
menebang balak kerana keadaan basah dan bahaya. Bagi
kawasan yang terlindung daripada angin monsun seperti di
pedalaman Negeri Sembilan dan Kedah, kegiatan pembalakan
dapat dilakukan sepanjang tahun.
2(c) Bagaimanakah tiupan angin monsun
mempengaruhi aktiviti manusia? [10]
Kegiatan industri kecil dan sederhana seperti pembuatan
batik dan pembuatan ikan kering terjejas semasa Monsun
Timur Laut yang melanda Kelantan, Terengganu, dan Pahang.
Produk tersebut memerlukan cuaca cerah, berangin dan
kering bagi melancarkan pengeluaran.
2 Jadual di bawah menunjukkan min suhu dan
jumlah hujan bulanan yang direkodkan di Stesen
Kaji Cuaca Q pada tahun 2017.
Bulan J F M A M J J O S O N D
Suhu
(oC)
27 28 29 30 29 27 27 28 29 31 30 26
Hujan
(mm)
256 234 203 285 200 168 90 190 207 295 244 239
3(a)(i) Hitung julat suhu tahunan. [2]
= Suhu Maksimum – suhu minimum
= 31oC – 26oC
= 5oC
3(b)(ii) Hitung min suhu bulanan. [2]
= Jumlah suhu bulanan
12
= 341oC
12
= 28.42oC
3(b) Berdasarkan jadual di atas, lukis graf gabungan untuk
menunjukkan jumlah hujan dan suhu bulanan di Stesen
Kaji Cuaca Q pada tahun 2017. [11]
3(c) Jelaskan empat langkah bagi mengatasi masalah
ketidakseimbangan air. [10]
Mengeksploitasi sumber air bawah tanah dengan
cara menggali perigi dan menyedut air bawah
tanah menggunakan pam.
3(c) Jelaskan empat langkah bagi mengatasi masalah
ketidakseimbangan air. [10]
Pembenihan awan. Pembenihan awan dilakukan
dengan menyemburkan larutan garam iodid untuk
membolehkan wap air melekat padanya dan
mempercepatkan kejadian hujan pada musim
kemarau.
3(c) Jelaskan empat langkah bagi mengatasi masalah
ketidakseimbangan air. [10]
Memproses air lombong dengan membuang bahan
pencemar dan mikroorganisma yang terdapat di
dalam air lombong. Air lombong yang telah dirawat
dapat digunakan dalam kehidupan seharian.
3(c) Jelaskan empat langkah bagi mengatasi masalah
ketidakseimbangan air. [10]
Mengitar semula air yang telah digunakan untuk
kegunaan domestik. Proses kitar semula air
dilakukan oleh negara Singapura bagi mengatasi
masalah kekurangan air.
3(c) Jelaskan empat langkah bagi mengatasi masalah
ketidakseimbangan air. [10]
Penyahgaraman air laut. Membuang garam yang
terdapat di dalam air laut. Kaedah ini banyak
dilaksanakan di negara-negara timur tengah
seperti Qatar, UAE dan Kuwait. Ini kerana negara-
negara ini terletak di kawasan gurun yang
kekurangan sumber air permukaan.
3(c) Jelaskan empat langkah bagi mengatasi masalah
ketidakseimbangan air. [10]
Pengurusan air yang cekap. Majlis Sumber Air
Negara merancang dan menguruskan sumber air
dengan berkesan untuk kegunaan masyarakat.
3(c) Jelaskan empat langkah bagi mengatasi masalah
ketidakseimbangan air. [10]
Pemindahan air. Negeri yang lebih bekalan air
menjual air ke negeri yang kekurangan sumber air.
4(a) Apakah yang dimaksudkan dengan sumber
tenaga gantian? [3]
Sumber tenaga gantian ialah sumber tenaga yang
dapat digunakan sebagai tenaga alternatif untuk
menggantikan sumber tenaga konvensional.
Sumber tenaga ini berpunca daripada sumber
alam yang boleh diperbaharui dan mesra alam.
Contohnya, tenaga hidroelektrik, tenaga suria,
tenaga biomas, dan tenaga ombak.
4(b) Huraikan dua kepentingan sumber tenaga
gantian di Malaysia. [4]
i. Bekalan sumber tenaga konvensional yang semakin
merosot. Bekalan sumber tenaga seperti petroleum, gas asli,
dan arang batu semakin merosot, dan bakal kehabisan Stok
kerana sumber ini tidak boleh diperbaharui.
ii. Menangani masalah pencemaran alam sekitar fizikal.
Tenaga gantian lebih bersifat mesra alam kerana lebih
bersih, semula jadi, dan tanpa pembakaran mineral tenaga.
Mengurangkan dan menangani kadar pencemaran udara,
jerebu, hujan asid, pemanasan setempat, pulau haba bandar
serta pemanasan global.
4(b) Huraikan dua kepentingan sumber tenaga
gantian di Malaysia. [4]
iii.Mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api
fosil. Menggunakan bahan api fosil secara optimum serta
meningkatkan kecekapan pembekalan tenaga.
Memastikan bekalan tenaga negara mencukupi sejajar
dengan keperluan pembangunan negara. Merupakan
langkah persiapan dan perancangan pada masa hadapan
jika berlaku kehabisan Stok bahan bakar fosil.
4(c) Jelaskan dua faktor fizikal yang mempengaruhi
penerokaan sumber tenaga hidroelektrik di
Malaysia. [4]
i. Bentuk muka bumi. Banjaran gunung membentuk legeh
sungai. Gunungganang bercerun curam membolehkan
aliran sungai deras. Contohnya, hulu sungai di Sarawak,
Kelantan, Pahang, Sabah, Perak, dan Terengganu. Halaju
air yang tinggi telah memutarkan turbin dengan laju dan
menghasilkan voltan arus elektrik yang besar.
ii. Iklim dan cuaca. Iklim Khatulistiwa mengalami hujan
lebat dan turun sepanjang tahun. Min hujan tahunan
ialah 2030 mm. Keadaan tersebut menjamin bekalan isi
padu air empangan mencukupi sepanjang tahun.
4(c) Jelaskan dua faktor fizikal yang mempengaruhi
penerokaan sumber tenaga hidroelektrik di
Malaysia. [4]
iii.Kawasan tadahan hujan semula jadi yang luas. Hutan
hujan Tropika yang luas dan masih terpelihara
berperanan sebagai kawasan tadahan hujan semula
jadi.Litupan hutan menjamin sumber mata air yang
berterusan dan mencukupi untuk sungai-sungai utama.
Contohnya, di kawasan pedalaman Sarawak, Sabah, dan
Pahang.
4(d) Apakah halangan yang dihadapi untuk
membangunkan sumber tenaga hidroelektrik di
Malaysia? [4]
i. Lokasi sumber air jauh. Sukar dihubungi menyebabkan
darjah ketersampaian yang rendah. Kos pembinaan tinggi
dan penghantaran tenaga yang jauh akan meningkatkan kos
pengeluaran.
ii. Modal yang besar. Kos pembinaan empangan, kos peralatan
dan penghantaran tenaga yang sangat mahal. Terpaksa
membayar kepakaran dari negara luar sehingga
meningkatkan kos. Kekangan sumber modal telah
membantutkan proses pembinaan dan saiz empangan.
Misalnya, pembinaan Empangan Pergau.
4(d) Apakah halangan yang dihadapi untuk
membangunkan sumber tenaga hidroelektrik di
Malaysia? [4]
iii.Kekurangan kepakaran dan tahap teknologi yang rendah.
Kekurangan buruh mahir serta keupayaan teknologi tempatan
yang masih rendah. Bergantung kepada kepakaran dan
teknologi asing. Misalnya, kepakaran dari China, Jepun, dan
Jerman yang memerlukan kos yang tinggi.

5(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran
udara? [3]
Pencemaran udara ialah kehadiran sejumlah
bahan pencemar khususnya gas-gas pencemar
seperti karbon monoksida, sulfur, nitrogen oksida,
habuk dan debu-debu halus di dalam udara yang
menyebabkan berlakunya kemerosotan kualiti
udara.
5(b) Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh
manusia yang menyumbang kepada masalah
pencemaran udara. [10]
Kegiatan pertanian. Pembakaran sisasisa pertanian
seperti jerami, daun tebu, dan semak samun di tapak
pertanian pindah akan membebaskan gas karbon dioksida
dan debu-debu halus. Bahanbahan ini terampai di ruang
atmosfera menyebabkan berlakunya pencemaran udara.
5(b) Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh
manusia yang menyumbang kepada masalah
pencemaran udara. [10]
Kegiatan pembalakan. Kegiatan pembalakan
mengurangkan proses fotosintesis dan seterusnya
meningkatkan kandungan karbon dioksida di dalam udara
semasa proses fotosintesis. Penebangan hutan juga
menyebabkan lebih banyak habuk terampai di ruang
udara kerana ketiadaan daun tumbuhan yang berperanan
memerangkap habuk berkenaan.
5(b) Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh
manusia yang menyumbang kepada masalah
pencemaran udara. [10]
Kegiatan perindustrian. Kegiatan perindustrian
melibatkan pembakaran bahan api fosil akan
membebaskan bahan pencemar seperti karbon monoksida
dan nitrogen oksida ke ruang udara.
5(b) Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh
manusia yang menyumbang kepada masalah
pencemaran udara. [10]
Kegiatan perlombongan. Loji penapisan petroleum
membebaskan gasgas pencemar seperti karbon
monoksida ke ruang udara.
5(b) Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh
manusia yang menyumbang kepada masalah
pencemaran udara. [10]
Kegiatan pengangkutan. Asap kenderaan melibatkan
pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan bermotor.
Pembakaran bahan api fosil terutama bahan api
berplumbum oleh kenderaan bermotor membebaskan gas
nitrogen oksida dan karbon monoksida ke ruang udara.
5(c) Apakah langkah yang boleh diambil untuk
mengatasi kemerosotan kualiti udara di Malaysia.
[12]
Teknologi insenerator. Sisa-sisa sampah diasingkan
sebelum dibakar agar bahanbahan kimia tertentu sahaja
yang akan dibebaskan berbanding dengan kaedah
pembakaran terbuka yang membebaskan semua bahan
kimia.
5(c) Apakah langkah yang boleh diambil untuk
mengatasi kemerosotan kualiti udara di Malaysia.
[12]
Langkah perundangan. Pengeluaran asap dan gas pencemar
seperti karbon monoksida (C02), hidrokarbon (HC), nitrogen
oksida (NOX) serta partikelpartikel halus yang dilepaskan
melalui ekzos kenderaan dikawal di bawah peraturan Kualiti
Alam (kawalan dari pelepasan enjin diesel 1996).
5(c) Apakah langkah yang boleh diambil untuk
mengatasi kemerosotan kualiti udara di Malaysia.
[12]
Tenaga mesra alam. Tenaga mesra alam ialah sumber tenaga
yang tidak mengeluarkan bahan-bahan pencemar udara.
Contohnya tenaga solar, tenaga elektrik, tenaga angin dan
tenaga ombak Penggunaan sumber tenaga fosil seperti arang
batu menyebabkan berlakunya pencemaran udara kerana
sumber tenaga ini membebaskan gas pencemar seperti karbon
monoksida Penggunaan bahan api fosil oleh kenderaan bermotor
boleh digantikan dengan penggunaan Natural Gas For Vehicle
(NGV) dan penggunaan tenaga solar. Tenaga elektrik untuk
domestik dan perindustrian boleh dijana melalui hidroelektrik.
5(c) Apakah langkah yang boleh diambil untuk
mengatasi kemerosotan kualiti udara di Malaysia.
[12]
Mewujudkan kawasan hijau. Penanaman tumbuh-tumbuhan
dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu di
permukaan bumi. Tumbuh-tumbuhan dapat menyerap gas
karbon dioksida. melalui proses fotosintesis. Gas karbon
dioksida merupakan salah satu gas rumah hijau dan
merupakan pencemar udara yang bertindak menghalang
pembebasan keluar haba bumi ke atmosfera dan
menghalang proses penyerapan bahang matahari.
5(c) Apakah langkah yang boleh diambil untuk
mengatasi kemerosotan kualiti udara di Malaysia.
[12]
Pemasangan penapis asap (cerobong kilang). Pemasangan
alat penapis pada cerobong asap kilang dapat
mengurangkan jumlah pembebasan bahan-bahan pencemar
ke dalam udara. Bahan-bahan pencemar seperti gas
nitrogen oksida, sulfur oksida, debu-debu dan bahan
hidrokarbon dapat dikurang dan seterusnya dapat
mengatasi masalah pencemaran udara.
5(c) Apakah langkah yang boleh diambil untuk
mengatasi kemerosotan kualiti udara di Malaysia.
[12]
Mempergiatkan kempen kesedaran. Kempen bertujuan
mengurangkan jumlah kenderaan dan seterusnya
mengurangkan jumlah pembebasan gas karbon monoksida
yang menyumbangkan kepada pencemaran udara dan
peningkatan suhu terutama di bandar.
6(a)(i) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep
pakatan segi tiga pertumbuhan dalam
pertubuhan ASEAN? [3]
Segi tiga pertumbuhan merujuk kepada kerjasama
bagi memajukan ekonomi dalam subwilayah yang
berjiran di ASEAN. Kerjasama tersebut melibatkan
tiga atau empat buah negara.
6(a)(ii) Namakan tiga kawasan segi tiga pertumbuhan dalam
ASEAN dan nyatakan bidang utama kerjasama ekonomi bagi
setiap kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN tersebut. [6]
Segi tiga pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Singapura (IMS-
GT)
• Bidang perindustrian: industri pemprosesan, pembuatan,
industri berteknologi tinggi (Hi Tech).
6(a)(ii) Namakan tiga kawasan segi tiga pertumbuhan dalam
ASEAN dan nyatakan bidang utama kerjasama ekonomi bagi
setiap kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN tersebut. [6]
Segi tiga pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-
GT)
• Bidang pertanian: tanaman makanan terutama padi.
• Bidang ekopelancongan.
6(a)(ii) Namakan tiga kawasan segi tiga pertumbuhan dalam
ASEAN dan nyatakan bidang utama kerjasama ekonomi bagi
setiap kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN tersebut. [6]
Kawasan pertumbuhan ASEANTimur: Brunei-Indonesia-
Malaysia-Filipina (EAGA-BIMP)
• Kegiatan ekonomi berasaskan pembangunan sumber alam
seperti perladangan getah dan kelapa sawit, sumber
maritim, ekopelancongan, dan industri bersumberkan
perhutanan.
6(b) Pilih sebuah pakatan segi tiga pertumbuhan
ASEAN, huraikan kelebihan yang dimiliki oleh
pakatan tersebut. [8]
Kelebihan sumber alam yang dimiliki
i. Termasuk bentuk muka bumi dan kesuburan tanah
ii. Taburan mineral seperti petroleum gas asli.
iii.Keindahan semula jadi (bukit, gunung, hutan semula
jadi, pantai dan sebagainya)
6(b) Pilih sebuah pakatan segi tiga pertumbuhan
ASEAN, huraikan kelebihan yang dimiliki oleh
pakatan tersebut. [8]
Kelebihan sumber pasaran
i. Jumlah penduduk di kawasan segi tiga berkenaan.
ii. Mempengaruhi kuasa beli penduduk/pendapatan per
kapita serta kuasa beli penduduk di kawasan segi tiga
berkenaan.
.
6(b) Pilih sebuah pakatan segi tiga pertumbuhan
ASEAN, huraikan kelebihan yang dimiliki oleh
pakatan tersebut. [8]
Kelebihan tenaga buruh dan kepakaran.
i. Kuantiti dan kualiti buruh: ramai dan murah.
ii. Tenaga buruh mahir, terlatih, profesional.
.
6(b) Pilih sebuah pakatan segi tiga pertumbuhan
ASEAN, huraikan kelebihan yang dimiliki oleh
pakatan tersebut. [8]
Kelebihan prasarana/insfrastruktur.
i. Bekalan air dan elektrik.
ii. Perkhidmatan kemudahan Internet dan jalur lebar.
iii. Rangkaian pengangkutan dan perhubungan.
.
6(c) Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk
mempercepatkan pembangunan ekonomi di
kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN. [8]
Menjaga/mengawalkeselamatan bersama. Kawalan
keselamatan di sempadan atau wilayah bergolak seperti di
Selatan Thailand dan Kepulauan Mindanao. Keselamatan
perairan dari ancaman lanun seperti di Selat Melaka.
Mewujudkan kestabilan politik di wilayah/rantau dalam
jangka masa panjang untuk menarik kemasukan pelabur
asing.
.
6(c) Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk
mempercepatkan pembangunan ekonomi di
kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN. [8]
Meningkatkan pelaburan swasta/ sokongan kewangan.
Menggalakkan lebih banyak penglibatan pihak swasta
dengan tawaran kemudahan yang lebih menarik untuk
menanam modal di sesebuah kawasan pertumbuhan.
Galakan kerajaan terhadap syarikatsyarikat tempatan untuk
melabur di kawasan segi tiga.
.
6(c) Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk
mempercepatkan pembangunan ekonomi di
kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN. [8]
Menyediakan kemudahan asas yang cukup. Penyediaan
kemudahan asas yang terbaik daripada pihak kerajaan
seperti bekalan air dan elektrik, sistem pengangkutan dan
perhubungan. Tahap ketersampaian yang tinggi ke kawasan
segi tiga yang masih ketinggalan penting bagi menarik
pelaburan swasta.
.
6(c) Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk
mempercepatkan pembangunan ekonomi di
kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN. [8]
Pembangunan sumber manusia. Menyediakan sumber
tenaga manusia yang mencukupi terutama sumber tenaga
separuh mahir dan mahir menerusi latihan kemahiran.
Usaha sama antara negara berkaitan dengan teknologi serta
penyelidikan dan pembangunan (R&D). Misal kerjasama
antara universiti dan kementerian antara negara.
.

More Related Content

What's hot

FENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASAFENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASAAsmawi Abdullah
 
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam SekitarBahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam SekitarAsmawi Abdullah
 
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)Khairuddin Nisa
 
PROSES KITARAN HIDROLOGI
PROSES KITARAN HIDROLOGIPROSES KITARAN HIDROLOGI
PROSES KITARAN HIDROLOGIAsmawi Abdullah
 
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGINTEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGINAsmawi Abdullah
 
Teknik menjawab geo stpm penggal 3
Teknik menjawab geo stpm penggal 3Teknik menjawab geo stpm penggal 3
Teknik menjawab geo stpm penggal 3Aqilah Az-Zahraa
 
geo penggal 3 gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistemgeo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
geo penggal 3 gangguan dan perubahan pada sesuatu sistemKasmah De' Davinci
 
Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan.
Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan.Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan.
Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan.haralhaj
 
Kerpasan / Hujan
Kerpasan / HujanKerpasan / Hujan
Kerpasan / HujanHilmi Ahmad
 
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEMKuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEMAsmawi Abdullah
 
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)Asmawi Abdullah
 
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaanGeografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaanNaznur Farahani Md Yusof
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZONSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZONAsmawi Abdullah
 
What's hot (20)

FENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASAFENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASA
 
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam SekitarBahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
 
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
 
CUACA DAN IKLIM
CUACA DAN IKLIMCUACA DAN IKLIM
CUACA DAN IKLIM
 
PROSES KITARAN HIDROLOGI
PROSES KITARAN HIDROLOGIPROSES KITARAN HIDROLOGI
PROSES KITARAN HIDROLOGI
 
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGINTEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
 
Teknik menjawab geo stpm penggal 3
Teknik menjawab geo stpm penggal 3Teknik menjawab geo stpm penggal 3
Teknik menjawab geo stpm penggal 3
 
Bab 2 cuaca dan iklim
Bab 2   cuaca dan iklimBab 2   cuaca dan iklim
Bab 2 cuaca dan iklim
 
Bahagian b impak
Bahagian b  impakBahagian b  impak
Bahagian b impak
 
Skema kertas model 4
Skema kertas model 4Skema kertas model 4
Skema kertas model 4
 
IMBANGAN AIR
IMBANGAN AIRIMBANGAN AIR
IMBANGAN AIR
 
geo penggal 3 gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistemgeo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
geo penggal 3 gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
 
Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan.
Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan.Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan.
Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan.
 
Konsep proses menegak dalam kitaran hidrologi
Konsep proses menegak dalam kitaran hidrologiKonsep proses menegak dalam kitaran hidrologi
Konsep proses menegak dalam kitaran hidrologi
 
Kerpasan / Hujan
Kerpasan / HujanKerpasan / Hujan
Kerpasan / Hujan
 
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEMKuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
 
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
 
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaanGeografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
 
Skema kertas model 1
Skema kertas model 1Skema kertas model 1
Skema kertas model 1
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZONSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON
 
Similar to HUJAN ASID

SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)Asmawi Abdullah
 
Pembangunan Bandar Mapan Tast 6: Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Global
Pembangunan Bandar Mapan Tast 6: Bandar Terjejas Dengan Pemanasan GlobalPembangunan Bandar Mapan Tast 6: Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Global
Pembangunan Bandar Mapan Tast 6: Bandar Terjejas Dengan Pemanasan GlobalWAN NUR FATIHAH BINTI MOHD AMIZAM
 
PEMANASAN GLOBAL
PEMANASAN GLOBAL PEMANASAN GLOBAL
PEMANASAN GLOBAL NUR HANIM
 
Lmcp 1532 pemanasan global
Lmcp 1532 pemanasan globalLmcp 1532 pemanasan global
Lmcp 1532 pemanasan globalraqib17
 
PPT FISIKA PEMANASAN GLOBAL.pdf Afifatunnisa
PPT FISIKA PEMANASAN GLOBAL.pdf AfifatunnisaPPT FISIKA PEMANASAN GLOBAL.pdf Afifatunnisa
PPT FISIKA PEMANASAN GLOBAL.pdf Afifatunnisaafifatunnisa12
 
Makalah pelestarian lingkungan yang telah rusak
Makalah pelestarian lingkungan yang telah rusakMakalah pelestarian lingkungan yang telah rusak
Makalah pelestarian lingkungan yang telah rusakSeptian Muna Barakati
 
SOAL TEMATIK KELAS 5 SD tema 8 sub2.docx
SOAL TEMATIK KELAS 5 SD  tema 8 sub2.docxSOAL TEMATIK KELAS 5 SD  tema 8 sub2.docx
SOAL TEMATIK KELAS 5 SD tema 8 sub2.docxZahranRafaeledyaputr
 
T1 cuaca dan iklim
T1 cuaca dan iklimT1 cuaca dan iklim
T1 cuaca dan iklimscs
 
Tugasan 6: Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global
Tugasan 6: Bandar Terjejas dengan Pemanasan GlobalTugasan 6: Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global
Tugasan 6: Bandar Terjejas dengan Pemanasan GlobalSitiNurSakinahYahya
 
Materi Pembelajaran Kelas 4 SD
Materi Pembelajaran Kelas 4 SDMateri Pembelajaran Kelas 4 SD
Materi Pembelajaran Kelas 4 SDLavitaSari
 
Makalah pelestarian lingkungan yang telah rusak
Makalah pelestarian lingkungan yang telah rusakMakalah pelestarian lingkungan yang telah rusak
Makalah pelestarian lingkungan yang telah rusakOperator Warnet Vast Raha
 
Pemanasan global
Pemanasan globalPemanasan global
Pemanasan globalgauthami13
 
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan (task 6)
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan (task 6)Lmcp1532 pembangunan bandar mapan (task 6)
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan (task 6)Fatira Mukhtar
 
Pencemaran alam internet
Pencemaran alam internetPencemaran alam internet
Pencemaran alam internetsakura rena
 
Similar to HUJAN ASID (20)

SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
 
Pembangunan Bandar Mapan Tast 6: Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Global
Pembangunan Bandar Mapan Tast 6: Bandar Terjejas Dengan Pemanasan GlobalPembangunan Bandar Mapan Tast 6: Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Global
Pembangunan Bandar Mapan Tast 6: Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Global
 
Tugasan 6 Pemanasan Global (a156779)
Tugasan 6 Pemanasan Global (a156779)Tugasan 6 Pemanasan Global (a156779)
Tugasan 6 Pemanasan Global (a156779)
 
PEMANASAN GLOBAL
PEMANASAN GLOBAL PEMANASAN GLOBAL
PEMANASAN GLOBAL
 
Skema kertas model 9
Skema kertas model 9Skema kertas model 9
Skema kertas model 9
 
Hujan asid
Hujan asid Hujan asid
Hujan asid
 
Makalah masalah lingkungan hidup
Makalah masalah lingkungan hidupMakalah masalah lingkungan hidup
Makalah masalah lingkungan hidup
 
Lmcp 1532 pemanasan global
Lmcp 1532 pemanasan globalLmcp 1532 pemanasan global
Lmcp 1532 pemanasan global
 
PPT FISIKA PEMANASAN GLOBAL.pdf Afifatunnisa
PPT FISIKA PEMANASAN GLOBAL.pdf AfifatunnisaPPT FISIKA PEMANASAN GLOBAL.pdf Afifatunnisa
PPT FISIKA PEMANASAN GLOBAL.pdf Afifatunnisa
 
Skema kertas model 10
Skema kertas model 10Skema kertas model 10
Skema kertas model 10
 
Makalah pelestarian lingkungan yang telah rusak
Makalah pelestarian lingkungan yang telah rusakMakalah pelestarian lingkungan yang telah rusak
Makalah pelestarian lingkungan yang telah rusak
 
Shanmugam bab 11 geografi
Shanmugam bab 11 geografiShanmugam bab 11 geografi
Shanmugam bab 11 geografi
 
SOAL TEMATIK KELAS 5 SD tema 8 sub2.docx
SOAL TEMATIK KELAS 5 SD  tema 8 sub2.docxSOAL TEMATIK KELAS 5 SD  tema 8 sub2.docx
SOAL TEMATIK KELAS 5 SD tema 8 sub2.docx
 
T1 cuaca dan iklim
T1 cuaca dan iklimT1 cuaca dan iklim
T1 cuaca dan iklim
 
Tugasan 6: Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global
Tugasan 6: Bandar Terjejas dengan Pemanasan GlobalTugasan 6: Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global
Tugasan 6: Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global
 
Materi Pembelajaran Kelas 4 SD
Materi Pembelajaran Kelas 4 SDMateri Pembelajaran Kelas 4 SD
Materi Pembelajaran Kelas 4 SD
 
Makalah pelestarian lingkungan yang telah rusak
Makalah pelestarian lingkungan yang telah rusakMakalah pelestarian lingkungan yang telah rusak
Makalah pelestarian lingkungan yang telah rusak
 
Pemanasan global
Pemanasan globalPemanasan global
Pemanasan global
 
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan (task 6)
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan (task 6)Lmcp1532 pembangunan bandar mapan (task 6)
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan (task 6)
 
Pencemaran alam internet
Pencemaran alam internetPencemaran alam internet
Pencemaran alam internet
 
More from Asmawi Abdullah

Trial semester 3 2019 melaka
Trial semester 3 2019   melakaTrial semester 3 2019   melaka
Trial semester 3 2019 melakaAsmawi Abdullah
 
Skema trial semester 3 2019 melaka
Skema trial semester 3 2019   melakaSkema trial semester 3 2019   melaka
Skema trial semester 3 2019 melakaAsmawi Abdullah
 
Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3Asmawi Abdullah
 
Trial s3 kelantan 2019 skema
Trial s3 kelantan 2019   skemaTrial s3 kelantan 2019   skema
Trial s3 kelantan 2019 skemaAsmawi Abdullah
 
Soalan p3 modul 2019 kelantan
Soalan p3 modul 2019   kelantanSoalan p3 modul 2019   kelantan
Soalan p3 modul 2019 kelantanAsmawi Abdullah
 
Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3Asmawi Abdullah
 
Soalan p1 modul 2019 kelantan
Soalan p1 modul 2019   kelantanSoalan p1 modul 2019   kelantan
Soalan p1 modul 2019 kelantanAsmawi Abdullah
 
Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)Asmawi Abdullah
 
Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1Asmawi Abdullah
 
Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1Asmawi Abdullah
 
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)Asmawi Abdullah
 
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - PahangSoalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - PahangAsmawi Abdullah
 
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...Asmawi Abdullah
 
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - KedahSkema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - KedahAsmawi Abdullah
 
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- KedahSoalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- KedahAsmawi Abdullah
 
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSoalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahAsmawi Abdullah
 
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSkema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahAsmawi Abdullah
 
Bahagian a sistem ekologi
Bahagian a   sistem ekologiBahagian a   sistem ekologi
Bahagian a sistem ekologiAsmawi Abdullah
 
More from Asmawi Abdullah (20)

Trial semester 3 2019 melaka
Trial semester 3 2019   melakaTrial semester 3 2019   melaka
Trial semester 3 2019 melaka
 
Skema trial semester 3 2019 melaka
Skema trial semester 3 2019   melakaSkema trial semester 3 2019   melaka
Skema trial semester 3 2019 melaka
 
Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3
 
Trial s3 kelantan 2019 skema
Trial s3 kelantan 2019   skemaTrial s3 kelantan 2019   skema
Trial s3 kelantan 2019 skema
 
Soalan p3 modul 2019 kelantan
Soalan p3 modul 2019   kelantanSoalan p3 modul 2019   kelantan
Soalan p3 modul 2019 kelantan
 
Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3
 
Soalan p1 modul 2019 kelantan
Soalan p1 modul 2019   kelantanSoalan p1 modul 2019   kelantan
Soalan p1 modul 2019 kelantan
 
Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)
 
Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1
 
Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1
 
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
 
Broucher Geografi STPM
Broucher Geografi STPMBroucher Geografi STPM
Broucher Geografi STPM
 
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - PahangSoalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
 
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
 
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - KedahSkema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
 
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- KedahSoalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
 
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSoalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
 
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSkema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
 
Sistem angin monsun
Sistem angin monsunSistem angin monsun
Sistem angin monsun
 
Bahagian a sistem ekologi
Bahagian a   sistem ekologiBahagian a   sistem ekologi
Bahagian a sistem ekologi
 
Recently uploaded

CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfwalidumar
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxmuhammadkausar1201
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Recently uploaded (20)

CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
HUJAN ASID

  • 2. 1(a) Apakah yang dimaksudkan dengan hujan asid? [3] Hujan asid ialah air hujan yang mempunyai nilai keasidan yang tinggi, iaitu nilai pH kurang daripada 5. Air hujan tersebut mengandungi sebatian nitrogen dioksida, karbon dioksida, dan sulfur dioksida.
  • 3. 1(b) Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi kejadian hujan asid. [4] i. Perindustrian. Hujan asid berlaku apabila asap dari kilang yang mengandungi gas karbon dioksida dan nitrogen dioksida dilepaskan ke ruang udara. ii. Asap kenderaan. Gas karbon dioksida yang terdapat dalam asap kenderaan akan larut di dalam air hujan lalu membentuk hujan asid.
  • 4. 1(b) Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi kejadian hujan asid. [4] iii. Aktiviti pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka melepaskan asap yang mengandungi gas karbon dioksida dan gas nitrogen dioksida. Gas-gas tersebut mudah larut dalam air hujan. iv. Penyahhutanan. Kegiatan pembalakan tanpa kawalan akan mengurangkan litupan tumbuh-tumbuhan. Kekurangan tumbuh-tumbuhan mengurangkan kadar fotosintesis seterusnya meningkatkan kandungan gas karbon dioksida dalam udara.
  • 5. 1(c) Terangkan dua kesan kejadian hujan asid terhadap alam sekitar fizikal. [4] i. Menjejaskan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan yang terkena hujan asid cepat mati kerana daun, batang, kulit pokok serta akar akan rosak dan tidak berfungsi. ii. Menjejaskan hidupan akuatik. Asid yang terlarut dalam hujan akan masuk ke dalam tasik, kolam, dan sungai. Nilai pH yang kurang daripada paras normal dalam akuatik tersebut menyebabkan hidupan akan mati.
  • 6. 1(c) Terangkan dua kesan kejadian hujan asid terhadap alam sekitar fizikal. [4] iii.Menjejaskan kesuburan tanah. Hujan asid meningkatkan keasidan tanah. Nilai keasidan yang tinggi menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan tanaman akan rosak kerana tanah menjadi tidak subur. iv.Mempercepatkan kadar luluhawa batuan. Kawasan batuan yang terkena hujan asid mudah diluluhawakan. Luluhawa kimia berlaku terhadap batuan batu kapur yang bertindak balas dengan air hujan yang berasid melalui proses pengkarbonan.
  • 7. 1(d) Cadangkan dua langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan kejadian hujan asid. [4] i. Menggunakan sumber tenaga mesra alam. Penggunaan sumber mesra alam seperti tenaga hidroelektrik, suria dan angin mampu untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida ke ruang udara. ii. Memasang penapis cerobong asap kilang. Cerobong asap kilang dipasang dengan panapis asap bagi mengurangkan pembebasan gas sulfur dioksida, gas karbon dioksida, dan nitrogen oksida.
  • 8. 1(d) Cadangkan dua langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan kejadian hujan asid. [4] iii.Mengekalkan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan melepaskan gas oksigen dan menyerap gas karbon dioksida dalam udara semasa proses fotosintesis. iv. Pendidikan dan kempen kesedaran. Kesedaran masyarakat tentang kepentingan alam sekitar. Misalnya kempen berkongsi kenderaan dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam bertujuan mengurangkan pembebasan asap kenderaan di bandar. Menggalakkan masyarakat menggunakan bahan api tanpa plumbum bagi menggantikan bahan api berplumbum.
  • 9. 1(d) Cadangkan dua langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan kejadian hujan asid. [4] iii.Mengekalkan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan melepaskan gas oksigen dan menyerap gas karbon dioksida dalam udara semasa proses fotosintesis. iv. Pendidikan dan kempen kesedaran. Kesedaran masyarakat tentang kepentingan alam sekitar. Misalnya kempen berkongsi kenderaan dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam bertujuan mengurangkan pembebasan asap kenderaan di bandar. Menggalakkan masyarakat menggunakan bahan api tanpa plumbum bagi menggantikan bahan api berplumbum.
  • 10. 2(a) Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan udara? [5] Tekanan udara merujuk daya yang dikenakan oleh jisim udara terhadap sesuatu titik di atas permukaan bumi. Tekanan udara berkadar songsang dengan suhu sekitar. Apabila suhu tinggi, tekanan udara menjadi rendah dan apabila suhu rendah, tekanan udara menjadi tinggi. Tekanan udara diukur dalam unit milibar.
  • 11. 2(b) Jelaskan proses pembentukan bayu laut dan bayu darat. [10] i. Bayu laut bertiup pada waktu siang. ii. Pada waktu siang, daratan lebih cepat panas berbanding dengan laut. iii. Suhu udara di permukaan bumi lebih tinggi daripada suhu di permukaan laut. iv. Daratan mengalami tekanan udara rendah. Laut pula mengalami tekanan udara tinggi. v. Udara bergerak dari laut (tekanan udara tinggi) ke daratan (tekanan udara rendah). Pembentukan bayu laut
  • 12. 2(b) Jelaskan proses pembentukan bayu laut dan bayu darat. [10] i. Bayu darat bertiup pada waktu malam. ii. Pada waktu malam, daratan lebih cepat sejuk berbanding dengan laut. iii.Suhu udara di permukaan daratan lebih rendah, manakala suhu di permukaan laut lebih tinggi. iv.Daratan mengalami tekanan udara tinggi sementara laut mengalami tekanan udara rendah. v. Udara bergerak dari daratan ke laut sebagai bayu darat. Pembentukan bayu darat
  • 13. 2(c) Bagaimanakah tiupan angin monsun mempengaruhi aktiviti manusia? [10] Pada bulan November hingga Mac, nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak dapat menangkap ikan kerana laut bergelora dan hujan lebat semasa tiupan angin Monsun Timur Laut.
  • 14. 2(c) Bagaimanakah tiupan angin monsun mempengaruhi aktiviti manusia? [10] Pada bulan November hingga Mac, nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak dapat menangkap ikan kerana laut bergelora dan hujan lebat semasa tiupan angin Monsun Timur Laut. Nelayan di pantai barat Semenanjung Malaysia dapat menangkap ikan sepanjang tahun kerana Monsun Barat Daya tidak membawa hujan lebat dan angin kencang. Laut di Selat Melaka terlindung daripada angin Monsun Barat Daya kerana halangan Pulau Sumatera dan Monsun Timur Laut dihalang banjaran gunung di tengahtengah Semenanjung Malaysia.
  • 15. 2(c) Bagaimanakah tiupan angin monsun mempengaruhi aktiviti manusia? [10] Kegiatan pelancongan di pantai dan pulau-pulau perairan Laut China Selatan seperti Pulau Redang, Pulau Tioman, dan Pulau Kapas terjejas semasa Monsun Timur Laut pada November hingga Mac. Kegiatan pelancongan di pantai barat Semenanjung Malaysia dapat dilakukan sepanjang tahun walaupun semasa Monsun Barat Daya.
  • 16. 2(c) Bagaimanakah tiupan angin monsun mempengaruhi aktiviti manusia? [10] Angin monsun timur Laut yang membawa hujan lebat menjejaskan kegiatan pertanian di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Antaranya, kerja-kerja menoreh getah terjejas ketika hujan berterusan disebabkan pekebun tidak dapat menoreh kerana batang pokok getah basah. Terdapat juga kawasan kebun getah ditenggelami banjir jika berlaku hujan lebat berpanjangan semasa Monsun Timur Laut.
  • 17. 2(c) Bagaimanakah tiupan angin monsun mempengaruhi aktiviti manusia? [10] Kegiatan pembalakan di pedalaman Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Sarawak terpaksa ditangguhkan semasa Monsun Timur Laut. Hujan lebat semasa monsun tersebut mengakibatkan jalan licin dan berbahaya untuk mengangkut keluar kayu balak. Hujan lebat juga menyukarkan kerja-kerja menebang balak kerana keadaan basah dan bahaya. Bagi kawasan yang terlindung daripada angin monsun seperti di pedalaman Negeri Sembilan dan Kedah, kegiatan pembalakan dapat dilakukan sepanjang tahun.
  • 18. 2(c) Bagaimanakah tiupan angin monsun mempengaruhi aktiviti manusia? [10] Kegiatan industri kecil dan sederhana seperti pembuatan batik dan pembuatan ikan kering terjejas semasa Monsun Timur Laut yang melanda Kelantan, Terengganu, dan Pahang. Produk tersebut memerlukan cuaca cerah, berangin dan kering bagi melancarkan pengeluaran.
  • 19. 2 Jadual di bawah menunjukkan min suhu dan jumlah hujan bulanan yang direkodkan di Stesen Kaji Cuaca Q pada tahun 2017. Bulan J F M A M J J O S O N D Suhu (oC) 27 28 29 30 29 27 27 28 29 31 30 26 Hujan (mm) 256 234 203 285 200 168 90 190 207 295 244 239
  • 20. 3(a)(i) Hitung julat suhu tahunan. [2] = Suhu Maksimum – suhu minimum = 31oC – 26oC = 5oC
  • 21. 3(b)(ii) Hitung min suhu bulanan. [2] = Jumlah suhu bulanan 12 = 341oC 12 = 28.42oC
  • 22. 3(b) Berdasarkan jadual di atas, lukis graf gabungan untuk menunjukkan jumlah hujan dan suhu bulanan di Stesen Kaji Cuaca Q pada tahun 2017. [11]
  • 23. 3(c) Jelaskan empat langkah bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan air. [10] Mengeksploitasi sumber air bawah tanah dengan cara menggali perigi dan menyedut air bawah tanah menggunakan pam.
  • 24. 3(c) Jelaskan empat langkah bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan air. [10] Pembenihan awan. Pembenihan awan dilakukan dengan menyemburkan larutan garam iodid untuk membolehkan wap air melekat padanya dan mempercepatkan kejadian hujan pada musim kemarau.
  • 25. 3(c) Jelaskan empat langkah bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan air. [10] Memproses air lombong dengan membuang bahan pencemar dan mikroorganisma yang terdapat di dalam air lombong. Air lombong yang telah dirawat dapat digunakan dalam kehidupan seharian.
  • 26. 3(c) Jelaskan empat langkah bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan air. [10] Mengitar semula air yang telah digunakan untuk kegunaan domestik. Proses kitar semula air dilakukan oleh negara Singapura bagi mengatasi masalah kekurangan air.
  • 27. 3(c) Jelaskan empat langkah bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan air. [10] Penyahgaraman air laut. Membuang garam yang terdapat di dalam air laut. Kaedah ini banyak dilaksanakan di negara-negara timur tengah seperti Qatar, UAE dan Kuwait. Ini kerana negara- negara ini terletak di kawasan gurun yang kekurangan sumber air permukaan.
  • 28. 3(c) Jelaskan empat langkah bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan air. [10] Pengurusan air yang cekap. Majlis Sumber Air Negara merancang dan menguruskan sumber air dengan berkesan untuk kegunaan masyarakat.
  • 29. 3(c) Jelaskan empat langkah bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan air. [10] Pemindahan air. Negeri yang lebih bekalan air menjual air ke negeri yang kekurangan sumber air.
  • 30. 4(a) Apakah yang dimaksudkan dengan sumber tenaga gantian? [3] Sumber tenaga gantian ialah sumber tenaga yang dapat digunakan sebagai tenaga alternatif untuk menggantikan sumber tenaga konvensional. Sumber tenaga ini berpunca daripada sumber alam yang boleh diperbaharui dan mesra alam. Contohnya, tenaga hidroelektrik, tenaga suria, tenaga biomas, dan tenaga ombak.
  • 31. 4(b) Huraikan dua kepentingan sumber tenaga gantian di Malaysia. [4] i. Bekalan sumber tenaga konvensional yang semakin merosot. Bekalan sumber tenaga seperti petroleum, gas asli, dan arang batu semakin merosot, dan bakal kehabisan Stok kerana sumber ini tidak boleh diperbaharui. ii. Menangani masalah pencemaran alam sekitar fizikal. Tenaga gantian lebih bersifat mesra alam kerana lebih bersih, semula jadi, dan tanpa pembakaran mineral tenaga. Mengurangkan dan menangani kadar pencemaran udara, jerebu, hujan asid, pemanasan setempat, pulau haba bandar serta pemanasan global.
  • 32. 4(b) Huraikan dua kepentingan sumber tenaga gantian di Malaysia. [4] iii.Mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil. Menggunakan bahan api fosil secara optimum serta meningkatkan kecekapan pembekalan tenaga. Memastikan bekalan tenaga negara mencukupi sejajar dengan keperluan pembangunan negara. Merupakan langkah persiapan dan perancangan pada masa hadapan jika berlaku kehabisan Stok bahan bakar fosil.
  • 33. 4(c) Jelaskan dua faktor fizikal yang mempengaruhi penerokaan sumber tenaga hidroelektrik di Malaysia. [4] i. Bentuk muka bumi. Banjaran gunung membentuk legeh sungai. Gunungganang bercerun curam membolehkan aliran sungai deras. Contohnya, hulu sungai di Sarawak, Kelantan, Pahang, Sabah, Perak, dan Terengganu. Halaju air yang tinggi telah memutarkan turbin dengan laju dan menghasilkan voltan arus elektrik yang besar. ii. Iklim dan cuaca. Iklim Khatulistiwa mengalami hujan lebat dan turun sepanjang tahun. Min hujan tahunan ialah 2030 mm. Keadaan tersebut menjamin bekalan isi padu air empangan mencukupi sepanjang tahun.
  • 34. 4(c) Jelaskan dua faktor fizikal yang mempengaruhi penerokaan sumber tenaga hidroelektrik di Malaysia. [4] iii.Kawasan tadahan hujan semula jadi yang luas. Hutan hujan Tropika yang luas dan masih terpelihara berperanan sebagai kawasan tadahan hujan semula jadi.Litupan hutan menjamin sumber mata air yang berterusan dan mencukupi untuk sungai-sungai utama. Contohnya, di kawasan pedalaman Sarawak, Sabah, dan Pahang.
  • 35. 4(d) Apakah halangan yang dihadapi untuk membangunkan sumber tenaga hidroelektrik di Malaysia? [4] i. Lokasi sumber air jauh. Sukar dihubungi menyebabkan darjah ketersampaian yang rendah. Kos pembinaan tinggi dan penghantaran tenaga yang jauh akan meningkatkan kos pengeluaran. ii. Modal yang besar. Kos pembinaan empangan, kos peralatan dan penghantaran tenaga yang sangat mahal. Terpaksa membayar kepakaran dari negara luar sehingga meningkatkan kos. Kekangan sumber modal telah membantutkan proses pembinaan dan saiz empangan. Misalnya, pembinaan Empangan Pergau.
  • 36. 4(d) Apakah halangan yang dihadapi untuk membangunkan sumber tenaga hidroelektrik di Malaysia? [4] iii.Kekurangan kepakaran dan tahap teknologi yang rendah. Kekurangan buruh mahir serta keupayaan teknologi tempatan yang masih rendah. Bergantung kepada kepakaran dan teknologi asing. Misalnya, kepakaran dari China, Jepun, dan Jerman yang memerlukan kos yang tinggi.
  • 37. 4(d) Apakah halangan yang dihadapi untuk membangunkan sumber tenaga hidroelektrik di Malaysia? [4] iii.Kekurangan kepakaran dan tahap teknologi yang rendah. Kekurangan buruh mahir serta keupayaan teknologi tempatan yang masih rendah. Bergantung kepada kepakaran dan teknologi asing. Misalnya, kepakaran dari China, Jepun, dan Jerman yang memerlukan kos yang tinggi.
  • 38. 5(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran udara? [3] Pencemaran udara ialah kehadiran sejumlah bahan pencemar khususnya gas-gas pencemar seperti karbon monoksida, sulfur, nitrogen oksida, habuk dan debu-debu halus di dalam udara yang menyebabkan berlakunya kemerosotan kualiti udara.
  • 39. 5(b) Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh manusia yang menyumbang kepada masalah pencemaran udara. [10] Kegiatan pertanian. Pembakaran sisasisa pertanian seperti jerami, daun tebu, dan semak samun di tapak pertanian pindah akan membebaskan gas karbon dioksida dan debu-debu halus. Bahanbahan ini terampai di ruang atmosfera menyebabkan berlakunya pencemaran udara.
  • 40. 5(b) Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh manusia yang menyumbang kepada masalah pencemaran udara. [10] Kegiatan pembalakan. Kegiatan pembalakan mengurangkan proses fotosintesis dan seterusnya meningkatkan kandungan karbon dioksida di dalam udara semasa proses fotosintesis. Penebangan hutan juga menyebabkan lebih banyak habuk terampai di ruang udara kerana ketiadaan daun tumbuhan yang berperanan memerangkap habuk berkenaan.
  • 41. 5(b) Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh manusia yang menyumbang kepada masalah pencemaran udara. [10] Kegiatan perindustrian. Kegiatan perindustrian melibatkan pembakaran bahan api fosil akan membebaskan bahan pencemar seperti karbon monoksida dan nitrogen oksida ke ruang udara.
  • 42. 5(b) Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh manusia yang menyumbang kepada masalah pencemaran udara. [10] Kegiatan perlombongan. Loji penapisan petroleum membebaskan gasgas pencemar seperti karbon monoksida ke ruang udara.
  • 43. 5(b) Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh manusia yang menyumbang kepada masalah pencemaran udara. [10] Kegiatan pengangkutan. Asap kenderaan melibatkan pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan bermotor. Pembakaran bahan api fosil terutama bahan api berplumbum oleh kenderaan bermotor membebaskan gas nitrogen oksida dan karbon monoksida ke ruang udara.
  • 44. 5(c) Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi kemerosotan kualiti udara di Malaysia. [12] Teknologi insenerator. Sisa-sisa sampah diasingkan sebelum dibakar agar bahanbahan kimia tertentu sahaja yang akan dibebaskan berbanding dengan kaedah pembakaran terbuka yang membebaskan semua bahan kimia.
  • 45. 5(c) Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi kemerosotan kualiti udara di Malaysia. [12] Langkah perundangan. Pengeluaran asap dan gas pencemar seperti karbon monoksida (C02), hidrokarbon (HC), nitrogen oksida (NOX) serta partikelpartikel halus yang dilepaskan melalui ekzos kenderaan dikawal di bawah peraturan Kualiti Alam (kawalan dari pelepasan enjin diesel 1996).
  • 46. 5(c) Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi kemerosotan kualiti udara di Malaysia. [12] Tenaga mesra alam. Tenaga mesra alam ialah sumber tenaga yang tidak mengeluarkan bahan-bahan pencemar udara. Contohnya tenaga solar, tenaga elektrik, tenaga angin dan tenaga ombak Penggunaan sumber tenaga fosil seperti arang batu menyebabkan berlakunya pencemaran udara kerana sumber tenaga ini membebaskan gas pencemar seperti karbon monoksida Penggunaan bahan api fosil oleh kenderaan bermotor boleh digantikan dengan penggunaan Natural Gas For Vehicle (NGV) dan penggunaan tenaga solar. Tenaga elektrik untuk domestik dan perindustrian boleh dijana melalui hidroelektrik.
  • 47. 5(c) Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi kemerosotan kualiti udara di Malaysia. [12] Mewujudkan kawasan hijau. Penanaman tumbuh-tumbuhan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu di permukaan bumi. Tumbuh-tumbuhan dapat menyerap gas karbon dioksida. melalui proses fotosintesis. Gas karbon dioksida merupakan salah satu gas rumah hijau dan merupakan pencemar udara yang bertindak menghalang pembebasan keluar haba bumi ke atmosfera dan menghalang proses penyerapan bahang matahari.
  • 48. 5(c) Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi kemerosotan kualiti udara di Malaysia. [12] Pemasangan penapis asap (cerobong kilang). Pemasangan alat penapis pada cerobong asap kilang dapat mengurangkan jumlah pembebasan bahan-bahan pencemar ke dalam udara. Bahan-bahan pencemar seperti gas nitrogen oksida, sulfur oksida, debu-debu dan bahan hidrokarbon dapat dikurang dan seterusnya dapat mengatasi masalah pencemaran udara.
  • 49. 5(c) Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi kemerosotan kualiti udara di Malaysia. [12] Mempergiatkan kempen kesedaran. Kempen bertujuan mengurangkan jumlah kenderaan dan seterusnya mengurangkan jumlah pembebasan gas karbon monoksida yang menyumbangkan kepada pencemaran udara dan peningkatan suhu terutama di bandar.
  • 50. 6(a)(i) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep pakatan segi tiga pertumbuhan dalam pertubuhan ASEAN? [3] Segi tiga pertumbuhan merujuk kepada kerjasama bagi memajukan ekonomi dalam subwilayah yang berjiran di ASEAN. Kerjasama tersebut melibatkan tiga atau empat buah negara.
  • 51. 6(a)(ii) Namakan tiga kawasan segi tiga pertumbuhan dalam ASEAN dan nyatakan bidang utama kerjasama ekonomi bagi setiap kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN tersebut. [6] Segi tiga pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Singapura (IMS- GT) • Bidang perindustrian: industri pemprosesan, pembuatan, industri berteknologi tinggi (Hi Tech).
  • 52. 6(a)(ii) Namakan tiga kawasan segi tiga pertumbuhan dalam ASEAN dan nyatakan bidang utama kerjasama ekonomi bagi setiap kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN tersebut. [6] Segi tiga pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT- GT) • Bidang pertanian: tanaman makanan terutama padi. • Bidang ekopelancongan.
  • 53. 6(a)(ii) Namakan tiga kawasan segi tiga pertumbuhan dalam ASEAN dan nyatakan bidang utama kerjasama ekonomi bagi setiap kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN tersebut. [6] Kawasan pertumbuhan ASEANTimur: Brunei-Indonesia- Malaysia-Filipina (EAGA-BIMP) • Kegiatan ekonomi berasaskan pembangunan sumber alam seperti perladangan getah dan kelapa sawit, sumber maritim, ekopelancongan, dan industri bersumberkan perhutanan.
  • 54. 6(b) Pilih sebuah pakatan segi tiga pertumbuhan ASEAN, huraikan kelebihan yang dimiliki oleh pakatan tersebut. [8] Kelebihan sumber alam yang dimiliki i. Termasuk bentuk muka bumi dan kesuburan tanah ii. Taburan mineral seperti petroleum gas asli. iii.Keindahan semula jadi (bukit, gunung, hutan semula jadi, pantai dan sebagainya)
  • 55. 6(b) Pilih sebuah pakatan segi tiga pertumbuhan ASEAN, huraikan kelebihan yang dimiliki oleh pakatan tersebut. [8] Kelebihan sumber pasaran i. Jumlah penduduk di kawasan segi tiga berkenaan. ii. Mempengaruhi kuasa beli penduduk/pendapatan per kapita serta kuasa beli penduduk di kawasan segi tiga berkenaan. .
  • 56. 6(b) Pilih sebuah pakatan segi tiga pertumbuhan ASEAN, huraikan kelebihan yang dimiliki oleh pakatan tersebut. [8] Kelebihan tenaga buruh dan kepakaran. i. Kuantiti dan kualiti buruh: ramai dan murah. ii. Tenaga buruh mahir, terlatih, profesional. .
  • 57. 6(b) Pilih sebuah pakatan segi tiga pertumbuhan ASEAN, huraikan kelebihan yang dimiliki oleh pakatan tersebut. [8] Kelebihan prasarana/insfrastruktur. i. Bekalan air dan elektrik. ii. Perkhidmatan kemudahan Internet dan jalur lebar. iii. Rangkaian pengangkutan dan perhubungan. .
  • 58. 6(c) Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN. [8] Menjaga/mengawalkeselamatan bersama. Kawalan keselamatan di sempadan atau wilayah bergolak seperti di Selatan Thailand dan Kepulauan Mindanao. Keselamatan perairan dari ancaman lanun seperti di Selat Melaka. Mewujudkan kestabilan politik di wilayah/rantau dalam jangka masa panjang untuk menarik kemasukan pelabur asing. .
  • 59. 6(c) Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN. [8] Meningkatkan pelaburan swasta/ sokongan kewangan. Menggalakkan lebih banyak penglibatan pihak swasta dengan tawaran kemudahan yang lebih menarik untuk menanam modal di sesebuah kawasan pertumbuhan. Galakan kerajaan terhadap syarikatsyarikat tempatan untuk melabur di kawasan segi tiga. .
  • 60. 6(c) Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN. [8] Menyediakan kemudahan asas yang cukup. Penyediaan kemudahan asas yang terbaik daripada pihak kerajaan seperti bekalan air dan elektrik, sistem pengangkutan dan perhubungan. Tahap ketersampaian yang tinggi ke kawasan segi tiga yang masih ketinggalan penting bagi menarik pelaburan swasta. .
  • 61. 6(c) Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN. [8] Pembangunan sumber manusia. Menyediakan sumber tenaga manusia yang mencukupi terutama sumber tenaga separuh mahir dan mahir menerusi latihan kemahiran. Usaha sama antara negara berkaitan dengan teknologi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). Misal kerjasama antara universiti dan kementerian antara negara. .