Dokumen ini membahasikan kebaikan dan keburukan aktiviti sukan bagi individu, masyarakat, dan negara. Aktiviti sukan memberikan manfaat seperti mengisi masa lapang, mengeratkan integrasi sosial, dan mempromosikan imej negara. Namun, sukan juga dapat menyebabkan kecederaan, isu penggunaan dadah, dan permusuhan antara penyokong. Secara keseluruhannya, manfaat sukan lebih besar daripada kerugian asalk
1. Sukan dan Rekreasi
Soalan :
Walaupun aktiviti sukan banyak faedahnya
kepada orang ramai,namun terdapat juga
sesetengah pihak yang menyatakan bahawa
sukan boleh mendatangkan
keburukan.Bincangkan kebaikan dan keburukan
aktiviti sukan kepada individu,masyarakat dan
negara.
2. Pendahuluan
Sukan merupakan salah satu aktiviti riadah yang paling
sesuai dilakukan oleh pelbagai laspisan masyarakat di negara
ini.Hal ini kerana,sukan merupakah wadah untuk
menyatupadukan masyarakat seluruh warga dunia tanpa
mengira bangsa,kaum dan agama.Sukan juga merupakan
salah satu cara untuk menaikkan nama Malaysia di persada
dunia.Antara aktiviti sukan yang digemari ialah
badminton,olahraga,berenang dan lumba kerata.Malah,pada
zaman yang serba moden ini,sukan merupakan satu
fenomena penting di dunia dan berkembang sebagai aktiviti
fizikal berorientasikan pertandingan.Persoalan yang kini
bermain di benak fikiran kita,apakah kebaikan dan keburukan
aktiviti sukan kepada individu,masyarakat dan negara?
3. 1)Mengisi masa lapang
- Seseorang individu dapat mengisi masa lapang dengan
melakukan aktiviti berfaedah seperti melibatkan diri
dalam aktiviti sukan.
- Malahan,penglibatan seseorang individu dalam aktiviti
sukan dapat menghindarkan diri daripada melakukan
perkara-perkara yang tidak bermoral seperti vandalisme,
merokok dan terlibat dalam pengambilan dadah.
- Sukan dapat menarik individu ke arah memanfaatkan
masa lapang dengan cara yang lebih baik.
- Kesannya,sukan dapat mendidik dan mendisiplinkan
seseorang individu supaya memanfaatkan masa dengan
lebih bermakna.
4. 2)Mengeratkan hubungan perpaduan dan
integrasi masyarakat
- Sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk
mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi
masyarakat.
- Hal ini demikian kerana,aktiviti sukan dapat melahirkan
semangat kekitaan dan memupuk semangat bersatu padu
dalam pasukan untuk meraih kemenangan
- Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan
sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping
berkongsi minat dalam aktiviti sukan yang sama.
- Justeru,aktiviti sukan dapat mendidik masyarakat agar
saling bekerjasama,bersatu padu serta mengeratkan
perhubungan antara satu sama lain.
5. 3)Menaikkan imej negara
- Apabila sesebuah negara mengambil bahagian dalam
sukan yang bertaraf dunia,secara tidak langsung nama
negara berkenaan akan lebih dikenali,apatah lagi
sekiranya negara tersebut mengungguli sesuatu aktiviti
sukan.
- Sebagai contoh,Malaysia terkenal dengan sukan
badminton kerana kehebatan atlet-atletnya beraksi dan
menjuarai pelbagai pertandingan sukan badminton yang
dianjurkan.
- Malahan,kejayaan sesebuah negara menganjurkan
sukan yang bertaraf dunia turut mengharumkan nama
negara berkenaan.
- Contohnya, keupayaan Malaysia tuan rumah Sukan
Komanwel 1998 secara tidak langsung membuka mata
masyarakat antarabangsa tentang keupayaan Malaysia
menganjurkan sukan yang bertaraf dunia ini.
6. Keburukan Sukan
1)Mengakibatkan kecederaan
- Sesetengah aktiviti sukan yang lasak seperti gusti,tinju,karate dan ski
boleh dianggap mencabar, berbahaya serta berisiko tinggi.
- Hal ini terbukti apabila para atlet mengalami kecederaan yang serius
selepas sesuatu pertandingan seperti dalam sukan tinju dan gusti.
- Walaupun sukan tinju dan gusti dapat meningkatkan daya tahan para
atlet, namun mereka menghadapi risiko yang tinggi untuk mendapat
kecederaan yang mungkin menyebabkan mereka cacat seumur hidup
akibat terkena tumbukan dan pukulan daripada pihak lawan.
- Menurut perangkaan yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Sukan
Negara,ahli sukan yang yang terlibat dengan sukan lasak mempunyai
80 peratus kemungkinan untuk mendapat kecederaan yang parah.
- Malahan,kemalangan yang berlaku mungkin akan mengakibatkan
kecederaan yang teruk dan kekal atau sekali gus membawa maut
walaupun mereka mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum
memulakan aktiviti sukan tersebut.
7. 2)Isu pengambilan dadah
- Isu pengambilan dadah oleh para atlet sukan untuk menguatkan
otot juga merupakan satu tindakan yang melanggar undang-undang.
- Ahli-ahli sukan ini sanggup menggunakan dadah yang mengandungi
bahan steroid demi wang ringgit dan kemasyhuran.
- Ahli-ahli sukan yang terkenal seperti Ben Johnson merupakan bekas
ahli sukan yang pernah disingkirkan dari arena sukan akibat
penggunaan dadah steroid.
- Malahan,reputasi negara juga turut terjejas disebabkan sikap
segelintir atlet negara yang menggunakan bahan terlarang untuk
memenangi sesuatu pertandingan sukan.
- Oleh sebab terlalu ghairah untuk mendapat sanjungan peminat,
para atlet kadang kala sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan
cita-cita mereka tercapai walaupun tindakan mereka itu melanggar
peraturan dan undang-undang.
8. 3)Mengakibatkan permusuhan
- Lazimnya orang mengatakan sukan mengeratkan hubungan
persahabatan,namun pernyataan itu tidak dapat diterima lagi.
- Hal ini kerana,sukan juga boleh membawa permusuhan dan
pergaduhan.
- Sebagai contoh,peristiwa pergaduhan dapat dilihat dalam arena
sukan bola sepak di negara kita di mana pengadil bola sepak
dipukul kerana penyokong terutamanya penyokong pasukan yang
kalah tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil tersebut.
- Keadaan ini menimbulkan perasaan dendam dan pergaduhan
kerana masing-masing ingin melepaskan kemarahan seterusnya
boleh mencetuskan rusuhan.
- Kini,sukan bukan lagi salah satu cara untuk mengeratkan hubungan
antara masyarakat malaha sukan menjadi punca berlakunya
perbalahan antara masyarakat.
9. Penutup
Kesimpulannya,walaupun aktiviti sukan banyak
menimbulkan implikasi yang buruk, namun kebaikannya
tetap mengatasi keburukan.Jika semua pihak berganding
bahu dalam memajukan sukan negara,manfaat daripada
aktiviti sukan akan dapat dirasai oleh individu,masyarakat
dan negara.Justeru,terpulanglah kepada kita sama ada
hendak menjadikan aktiviti sukan sebagai sesuatu yang baik
atau sebaliknya. Segala sesuatu yang baik di dunia ini, jika
disalahgunakan pasti akan menimbulkan perkara yang
buruk.Akhir kata,semua pihak haruslah berpegang teguh
pada prinsip yang sering dilafazkan iaitu `Majulah Sukan
untuk Negara’.