1. ★ merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat.
★ semua pelajar sejak di bangku sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol, dan bahasa
yang akan mencorakkan masa depan mereka.
★ pembudayaan di sekolah dilaksanakan secara:
○ formal - perkara yang telah dirancang seperti aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum.
○ tidak formal - aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, majlis penyampaian hadiah, dsb.
★ terdapat perbezaan budaya antara sekolah-sekolah yang mempengaruhi kemenjadian murid.
Budaya Sekolah
★ amalan-amalan budaya yang berbeza di kalangan kumpulan-kumpulan di sekolah, biasanya berlaku
secara tidak formal.
★ contoh - subbudaya ponteng, subbudaya lepak, dll.
★ faktor kelahiran subbudaya - hubungan murid dengan rakan-rakan atau komuniti luar sekolah
Subbudaya
2. Iklim dan Kepimpinan
★ iklim dan corak kepimpinan di sekolah akan menentukan keberkesanan sekolah tersebut.
★ iklim sekolah yang positif dapat menyediakan satu suasana yang kondusif kepada proses
pengajaran dan pembelajaran berkesan dan merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman
dalam menimba ilmu pengetahuan.
★ manakala iklim sekolah yang negatif akan menyumbang ke arah kemerosotan prestasi pelajar,
masalah ponteng, dan disiplin pelajar yang sukar untuk dibendung.
★ iklim sekolah bergantung pada kemudahan-kemudahan fizikal yang terdapat di sekolah, hubungan
sosial antara warga sekolah, dan pengurusan pihak pemimpin sekolah.
★ kepimpinan yang berinisiatif dan efektif sentiasa mencari jalan untuk menggerakkan sekolah dalam
membentuk budaya yang cemerlang.
Pendidikan dan Teknologi
★ teknologi penting sebagai bantuan dalam pengajaran dan pembelajaran.
★ bantuan teknologi memudahkan para guru menyampaikan ilmu pengetahuan.
★ teknologi tidak boleh dianggap sebagai pengganti guru.
★ guru harus menggunakan teknologi sesuai dengan proses interaksi dengan pelajar.