Dokumen ini membincangkan tiga langkah utama yang diambil oleh kerajaan untuk mengawal pertumbuhan penduduk, iaitu program perancangan keluarga, dasar saiz keluarga kecil, dan program kebajikan keluarga serta menaikkan had umur perkahwinan. Program-program ini telah dilaksanakan di negara maju seperti Sweden dan negara membangun seperti China dan Singapura dengan kejayaan tertentu walaupun ada juga kegagalan dalam beber
3. 1. PROGRAM PERANCANGAN
KELUARGA
• Pencegahan hamilan kehamilan
melalui penggunaan pil perancang,
penggunaan kondom, penjarakkan
kelahiran, pengguguran
• Negara yang melaksanakan program
ini ialah negara maju seperti Sweden,
Norway, Switzerland dan Belanda.
4. • Tahun 1970-an negara-negara tersebut telah
mengalami situasi pertumbuhan penduduk
sifar.
• Kejayaan program ini disebabkan oleh taraf
pendidikan yang tinggi dan dasar liberalisasi
masyarakat yang mudah menerima program
yang dirancang oleh kerajaan.
• Peningkatan kos dan kualiti hidup, gaya
kehidupan yang bebas dan mementingkan
kerjaya telah mendorong menjayakan lagi
program ini.
5. 2. DASAR SAIZ KELUARGA KECIL
• Berkenaan dengan polisi menghadkan
bilangan anak yang dimiliki oleh
sesebuah keluarga pada jumlah satu
atau dua orang sahaja.
• Langkah ini dijalankan oleh negara
Singapura pada sekitar tahun 1970-an
dan negara China pada masa ini.
6. • Kerajaan Singapura telah mengenakan denda,
menaikan cukai pendapatan, menarik balik subsidi
dan bantuan kepada mana-mana keluarga yang
melanggar peraturan ini.
• Berjaya pada tahun 1970-an hingga awal 1980-an tetapi
kini negara ini sedang mengalami krisis kekurangan
tenaga buruh sehingga terpaksa mengimport dari
negara luar.
• Kerajaan China telah memberikan keutamaan untuk
memiliki rumah kepada keluarga yang memiliki hanya
seorang anak, keutamaan pemberiaan biasiswa,
kemudahan rawatan percuma dan lain-lain lagi.
• Hanya berkesan di bandar raya Beijing dan Shanghai
tetapi tidak keseluruhan negara China kerana masih
belum menunjukkan kejayaan yang besar.
7. 3. PROGRAM KEBAJIKAN
KELUARGA DAN MENAIKKAN
HAD UMUR BERKAHWIN
• Menaikkan had umur minima berkahwin dari
belasan tahun kepada umur 20-an atau 30-an dan
ke atas bagi mengurangkan kadar fertiliti di
kalangan kaum wanita.
• Program kebajikan keluarga, khidmat nasihat
tentang pengurusan dan penjagaan keluarga,
insentif kekeluargaan, perancangan kehamilan
dan kelahiran telah mengubah corak pemikiran
minda masyarakat ke arah memiliki keluarga
yang sihat, bersaiz sederhan dan seimbang
dengan kemampuan.
8. • Malaysia langkah ini dijalankan oleh pihak
kerajaan dan pihak swasta seperti Lembaga
Perancangan Penduduk dan Keluarga (LPPK),
Akademik Keluarga Bahagia (AKRAB) dan
Jabatan Perpaduan Masyarakat.
• Perlaksaan tidak begitu berkesan tetapi di
Malaysia masalah lebihan penduduk bukanlah
satu masalah yang rumit kerana masih belum
mencapai penduduk yang optimum.
• Ketidakberkesanan program ini di sebabkan
halangan agama, sikap dan nilai masyarakat
dan dasr 70 juta penduduk yang dicanangkan
oleh kerajaan.
9. SUMBER
Rusly Musa dan Nurashikin
Abdullah (2008). Teks Pra-U STPM
Geografi Alam Sekitar Manusia.
Selangor: Person Malaysia Sdn.
Bhd