kajian sejarah perkembangan syiah

7,276 views

Published on

kajian ilmiah

Published in: Education
0 Comments
20 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
7,276
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
20
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

kajian sejarah perkembangan syiah

  1. 1. UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN INSTITUTE OF AVIATION TECHNOLOGY PENGAJIAN ISLAM ( MPW2143 ) SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH 1BME 2 NATASHA NABILA BINTI RANI ( 53259313224 ) NUR HALIMATUN RADZIAH BINTI YAHAYA (53259313354)
  2. 2. 1SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH PENGAJIAN ISLAM MPW2143 USTAZ TENGKU SAIPULIZAN BIN TENGKU HUSSAIN 1BME 2 NATASHA NABILA BINTI RANI 53259313224 NUR HALIMATUN RADZIAH BINTI YAHAYA 53259313354
  3. 3. 2SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH KANDUNGAN BIL BAB TAJUK MUKA SURAT 1 Penghargaan 3 2 Abstrak 4 3 Pendahuluan 5 4 1 Pengenalan Syiah 6 5 Istilah Syiah Yang Digunakan Dalam Al - Quran 7 6 Istilah Syiah Yang Digunakan Dalam Hadis 9 7 2 Sejarah Awal Kemunculan Syiah 13 8 Kemunculan Puak Syiah 14 9 Gerakan Anti – Sahabat 15 10 Pengganti Khalifah Umar Al – Khattab 18 11 Khalifah Uthman Bin Affan 21 12 Pemerintahan Khalifah Ali Bin Abi Talib 24 13 Perang Jamal ( Perang Unta ) 28 14 Perang Siffin 38 15 Perlantikan Khalifah Muawiyah 45 16 Pertempuran Karbala 48 17 3 Syiah Di Malaysia 57 18 Penyebaran Syiah Di Malaysia 58 19 Faktor Penyebaran Syiah Di Malaysia 61 20 Cara - Cara Syiah Disebarkan Di Malaysia 62 21 Kesimpulan 65 22 Rujukan 66 23 Lampiran 67
  4. 4. 3SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH PENGHARGAAN Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Pertama sekali, kami dengan rendah diri ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana atas limpah kurnia nikmatNya, kami berjaya menyiapkan kajian ilmiah kami ini dalam masa yang telah ditetapkan. Pelbagai cabaran serta dugaan telah kami tempuh dengan jayanya di dalam proses penyiapan kajian ilmiah ini. Justeru, kami berasa amat terharu dan gembira kerana berkat usaha gigih, kami berjaya tiba ke penghujung kajian ini. Kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga khususnya kedua ibu dan bapa kami. Tanpa sokongan dan dorongan mereka, mustahil kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Pengorbanan mereka tidak dapat kami balas melainkan sekadar menghadiahkan kejayaan kami ini. Berkat doa dari mereka juga menjadi bekalan untuk kami terus maju dalam kehidupan. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Institute of Aviation Technology kerana memberikan kami kemudahan sumber rujukan dan yang sewaktu dengannya semasa proses kajian ilmiah ini dijalankan. Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah Pengajian Islam kami iaitu Ustaz Tengku Saipulizan Bin Tengku Hussain kerana menjadi pendorong serta penyumbang idea bagi kami menyiapkan tugasan ilmiah ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan seperjuangan yang sudi berkongsi pendapat dalam isu yang dikaji ini. Akhir kata dari kami, sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam tugasan ilmiah ini. Semoga kajian ini dapat memberikan manfaat buat kita semua dan semoga kita akn lebih maju dalam kehidupan. Sekian. Wallahuaklam.
  5. 5. 4SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH ABSTRAK Syiah merupakan satu bentuk fahaman keagamaan yang kian tersebar luas di serata dunia. Fahaman ini amat bercanggah dari landasan agama serta bercanggah dari fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang kita amalkan sejak sekian lamanya. Fahaman Syiah ini terdapat beberapa peringkat yang bermula atas dasar politik dan kian berkembang hingga memesongkan akidah. Kebanyakan umat Islam khususnya di Malaysia mengalami masalah untuk membezakan pengikut antara dua fahaman ini dan menyebabkan ramai yang kian terpengaruh dengan ajaran yang menyimpang ini. Justeru itu, kajian ini menyingkap tentang sejarah fahaman Syiah yang mana jika kita telusurinya, maka kita akan faham akan perbezaannya dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kajian ini menggunakan beberapa sumber rujukan serta pandangan dari pakar bidang Islam untuk memastikan sumber yang diperolehi adalah sahih dan boleh diguna pakai bagi tujuan kajian ilmiah ini. Menerusi kajian ilmiah ini, dapat disimpulkan bahawa Syiah kini amat berbeza dengan Syiah pada zaman sahabat Rasulullah S.A.W. Perbezaan jurang yang amat besar dari pergolakan politik dan kini menyimpang hingga ke fahaman akidah. Kajian ilmiah ini akan menyingkap sejarah perkembangan Syiah dan diharapkan kajian ini dapat memberikan manfaat buat seluruh umat Islam walau dimana jua berada.
  6. 6. 5SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH PENDAHULUAN PEMILIHAN TAJUK Kami memilih tajuk “Sejarah Perkembangan Syiah” sebagai kajian utama kami kerana fahaman Syiah ini telahpun sampai ke Malaysia sejak sekian lamanya. Tajuk ini selari dengan tujuan kami iaitu untuk mengetahui asal – usul fahaman Syiah ini dan seterusnya dapatlah kami lebih memahami dan membezakan antara pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengikut Syiah. OBJEKTIF KAJIAN Semasa kami melakukan pembacaan umum mengenai Syiah, kami telah memperolehi beberapa objektif yang ingin kami capai dan seterusnya menjadikan ia sebagai isi kajian kami. Objektif kajian tersebut antaranya ialah : - 1. Mengenal pasti maksud sebenar Syiah, dari segi bahasa serta penggunaan istilah syiah yang diguna pakai dalam al-Quran dan hadis. 2. Mengetahui susur galur perkembangan Syiah bermula dari zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah ke hari ini. 3. Mengetahui tentang penyebaran Syiah yang berlaku dalam Malaysia, dan langkah- langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk membanteras serta hukum-hukum yang telah difatwakan.
  7. 7. 6SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH BAB 1 PENGENALAN SYIAH
  8. 8. 7SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH MAKNA SYIAH Menurut kamus Tahzib al-Lughat oleh Abu Mansur Muhammad al-Azhari, Syiah merujuk kepada para pengikut seseorang. Ia juga bermakna : “Sesuatu kelompok manusia yang mempunyai kepentingan yang sama “, “pengiring “, dan “tersebar dan menjadi kuat.” Syiah secara bahasa bermakna pengikut atau pengiring.Kalimah ini kemudiannya digunakan oleh para penyokong Sayidina Ali Bin Abi Talib. Mereka berkata: “Kami Syiah Ali (penyokong Ali).” Mereka asalnya adalah sebuah gerakan politik, namun berubah menjadi sebuah aliran akidah yang memiliki ajaran-ajaran yang menyalahi Islam sebenar. Walaubagaimanapun, perkataan Syiah akhirnya difahami sebagai gelaran kepada orang yang setia kepada Sayidina Ali dan ahlulbaitnya, sehingga menjadi gelaran khusus bagi mereka. ISTILAH „SYIAH‟ YANG DIGUNAKAN DALAM AL-QURAN Seterusnya, perkataan Syiah ini memang terdapat di dalam Al-Quran dan pada 12 tempat kesemuanya merujuk kepada hubungan kemanusiaan sesama mereka
  9. 9. 8SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Antara ayat yang mengandungi kalimah syiah dan maknanya “Dan masuklah ia ke Bandar (Mesir) ketika penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi; seorang daripada golongannya sendiri (syiaan) dan seorang lagi daripada golongannya meminta tolong kepadanya melawan pihak musuhya.Mua pun menumbuknya lalu orang itu mati. Musa berkata: “Ini adalah perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang menyesatkan lagi nyata. (Surah al-Qasas:15) “Dan sesungguhnya Ibrahim adalah tergolong dari syiahnya (Nuh)” (As-Saaffaat:83) “Syiah” seperti yang ditunjukkan di atas adalah perkataan khusus yang digunakan oleh Allah di dalam al-Qur'an untuk rasul-rasulNya yang bermartabat tinggi berserta pengikut-pengikut mereka. “Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak puak (syiaan).Ia menindas segolongan daripada mereka dengan menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anal-anak perepuam mereka. Sesungguhnya dia termasuk golongan yang membuat kerosakan.” (Surah al-Qasas:4) “Katakanlah: „Dialah yang berkuasa menghantar kepadamu azab seksa, dari atas atau bawah kakimu, atau Dia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah belah (Syiaan), dan Dia merasakan kepada sebahagiaan daripada kamu akan keganasan sebahagiaan yang lain.‟ Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan tanda-tanda (kebesaran Kami) supaya mereka memahaminya. (Surah al-An‟am: 65)
  10. 10. 9SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH “Demi sesungguhnya!Kami telah utuskan Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad), dalam kalangan kaum-kaum (Syiaan) yang telah lalu.” (Surah al-Hijr:10) Sebaliknya,sekiranya seseorang itu menjadi syiah (pengikut) kepada hamba yang saleh, maka tidak salah untuk menjadi syiah. Sebaliknya, jika seseorang itu syiah kepada pemerintah zalim atau orang yang melakukan kejahatan, maka dia akan mendapat balasan yang sama dengan orang yang diikutinya. Al-Qur'an menceritakan bagaimana manusia akan dibangkitkan secara berkumpulan pada Hari Kebangkitan, dan setiap kumpulan atau golongan akan mempunyai ketuanya (Imam) di hadapannya. Allah berfirman: “(Ingatlah) pada Hari di mana Kami akan memanggil setiap orang dengan Imamnya” (Al-Israa‟:71) ISTILAH „SYIAH‟ YANG DIGUNAKAN DALAM HADIS Selain itu, terdapat juga istilah Syiah yang digunakan dalam Hadis.Sepanjang sejarah Islam, "syiah" telah digunakan untuk pengikut Imam 'Ali (a.s).Ia bukanlah merupakan satu istilah yang dicipta kemudian. Orang pertama yang menggunakan istilah ini adalah Rasulullah (s.a.w.) sendiri. Apabila ayat berikut diturunkan: (Bagi )mereka yang beriman dan melakukan amal saleh, sesungguhnya merekalah makhluk terbaik (Qur'an 98:7)
  11. 11. 10SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Rasulullah (s.a.w.) bersabda kepada Ali: "Ia adalah untuk kamu dan syiahmu." Baginda menambah: "Aku bersumpah dengan Dia yang memegang nyawaku bahawa lelaki ini (Ali) dan syiahnya akan mendapat kejayaan pada Hari Kebangkitan." Rujukan: Jalal al-Din al-Suyuti, Tafsir al-Durr al-Manthur, (Kaherah) Jilid. 6, ms. 379 Ibn Jarir al-Tabari, Tafsir Jami' al-Bayan, (Kaherah) Jilid. 33, ms. 146 Ibn Asakir, Tarikh Dimashq, Jilid. 42, ms. 333, ms. 371 Ibn Hajar al-Haythami, al-Sawa'iq al-Muhriqah, (Kaherah) Bab 11, Bahagian 1, ms. 246-247 Rasulullah (s.a.w.) bersabda: "Wahai Ali! (Pada Hari Pembalasan) kamu dan syiahmu akan datang menghadap Allah (dalam keadaan) disukai dan menyukai, dan akan datang kepadaNya musuh-musuhmu dalam keadaan marah dan degil. Rujukan: Ibn al-'Athir, al-Nihaya fi gharib al-hadith, (Beirut, 1399), Jilid. 4 ms. 106 al-Tabarani, Mu'jam al-Kabir, Jilid 1 ms. 319 al-Haythami, Majma' al-Zawa'id, Jilid. 9, nombor 14168 Perlu diingatkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) tidak pernah ingin untuk memecah-belahkan kaum Muslimin kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Baginda memerintahkan semuanya untuk mengikut Imam Ali (a.s.) sebagai wakilnya pada masa hayatnya, dan sebagai Pewaris dan Khalifah selepasnya. Malangnya mereka yang mengikut suruhan Rasulullah ini hanya sedikit dan dikenali sebagai "syiah Ali".Mereka dikenakan pelbagai bentuk penindasan dan kezaliman, dan menderita semenjak hari Nabi Muhammad (s.a.w.) wafat. Sekiranya semua kaum muslimin patuh kepada suruhan Rasulullah, sudah pasti tidak akan wujud banyak kumpulan dan pelbagai mazhab dalam Islam sebagaimana sekarang. Di dalam sebuah hadis, Rasulullah (s.a.w.) bersabda:
  12. 12. 11SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH "Selepas dariku perpecahan dan kekacauan akan muncul di kalangan kamu, apabila situasi ini berlaku, pergilah cari Ali kerana beliau boleh memisahkan di antara Kebenaran dari Kepalsuan." Rujukan : Ali Muttaqi al-Hindi, Kanz al-'Ummal, (Multan) jilid. 2 ms. 612, nombor 32964 Mengenai ayat Qur‟an di atas, beberapa ulama Ahlussunah meriwayatkan sebuah hadis daripada Imam Ja'far al-Sadiq (a.s.), Imam keenam syiah daripada keluarga Rasulullah (ahlul bait), bahawa: "Kamilah tali Allah yang dimaksudkan oleh firman Allah : Dan berpegang teguhlah, kamu semuanya, kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai. Rujukan: al-Tha'labi, Tafsir al-Kabir, pada tafsir surah Ali-Imran ayat 103 Ibn Hajar al-Haythami, al-Sawa'iq al-Muhriqah, (Kaherah) Bab. 11, bahagian 1, ms. 233 Oleh itu, sekiranya Allah menentang mereka yang taksub, Allah juga menentang mereka yang menjauhkan diri daripada tali-Nya, dan bukannya kepada mereka yang berpegang teguh kepadanya. Jelaslah bahawa penggunaan kalimah Syiah dan variasinya dalam al-Quran merujuk kepada golongan manusia sama ada yang memiliki sifat baik atau buruk. Ia langsung tiada kaitan dengan golongan Syiah yang ada pada pada hari ini.
  13. 13. 12SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Dalam erti kata yang sebenar, golongan Syiah ini yang muncul sejak zaman Ali bin Abi Talib ini dikenali sebagai Syiah, kerana penyatuan gaya berfikir mereka yang mengutamakan Ali mengatasi sahabat yang lain. Skala golongan ini pula berbza-beza, bermula daripada yang biasa,, sederhana sehinggalah yang ekstrem.
  14. 14. 13SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH BAB 2 SEJARAH AWAL KEMUNCULAN SYIAH
  15. 15. 14SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH KEMUNCULAN PUAK SYIAH Berdasarkan beberapa pendapat umum, dapat disimpulkan bahawa Syiah merupakan puak yang menyokong Saidina Ali bin Abi Talib r.a di dalam pertelingkahannya dengan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa pengikut Saidina Ali itu merupakan puak Syiah manakala pengikut Muawiyah itu puak Sunni. Selain itu, ramai tokoh dari kalangan ahli Sunni berkeyakinan dan berpendapat bahawa dalam perselisihan yang berlaku di antara dua sahabat Rasulullah s.a.w ini, kebenaran lebih berpihak kepada pihak Saidina Ali berbanding dengan pihak Muawiyah. Berdasarkan beberapa kajian, puak Syiah ini muncul selepas berlakunya pertelingkahan di antara Saidina Husain bin Ali dan Yazid bin Muawiyah. Pertelingkahan ini terjadi apabila Saidina Husain tidak mengiktiraf kekhalifahan Yazid. Kisahnya bermula apabila Saidina Husain berangkat dari Madinah menuju ke Kufah, Iraq rentetan setelah penduduk Kufah berjanji untuk menyokong, melindungi serta membantunya sekiranya diserang oleh mana-mana pihak. Namun begitu, janji-janji penduduk Kufah tersebut tidak dilaksanakan dan akhirnya menjadi punca syahidnya Saidina Husain di pertempuran Karbala. Setelah Saidina Husain syahid, sebahagian dari mereka telah menyesali akan dosa tersebut dan mereka memberontak kepada pemerintahan Bani Umayyah. Mereka inilah yang dikenali sebagai puak Syiah. Ketika itu, tidak ada perbezaan dari segi akidah melainkan perbezaan dari segi gerakan politik yang menentang pemerintahan Bani Umayyah. Ini dapat disimpulkan bahawa Syiah adalah satu gerakan politik semata-mata di awal kemunculannya.
  16. 16. 15SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH GERAKAN ANTI – SAHABAT Abdullah ibn Saba‟ (Ibn Saba') yang berasal dari kota Sana‟a, Yaman merupakan pengasas kepada Gerakan anti – sahabat Rasulullah. Dia merupakan seorang yang berbangsa Yahudi yang juga menganut agama Islam pada zaman Khalifah Uthman tetapi dia tidak memperbaiki keislamannya. Kisah ini bermula pada zaman Saidina Uthman bin Affan yang diangkat menjadi Khalifah selepas Khalifah Umar bin Khatab dibunuh oleh Abu Lu‟luAl Nahawandi. Ketika itu, berlakunya pergolakan dan keresahan di kalangan umat Islam. Namun begitu, dengan sikap ketegasan dan kebijaksanaan Saidina Uthman, suasana pemerintahan yang teratur dapat dikendalikan dengan aman dan semakin ramai yang memeluk agama Islam termasuk seorang pemuda Yahudi dari Yaman bernama Abdullah bin Saba'. Hakikatnya, Ibn Saba' mempunyai tujuan lain untuk memeluk Islam. Dia berharap Khalifah Uthman selaku pemerintah negara Islam pada ketika itu akan memberi penghormatan kepadanya dengan cara diberikan jawatan yang berkedudukan tinggi dalam kerajaan. Namun begitu, Khalifah Uthman menolak permintaan tersebut dan berkata; "Aku hanyalah pelayan umat, aku diangkat menjadi Khalifah bukan atas keinginan aku, tetapi atas kesepakatan umat Islam. Tidakkah tuan tahu bahawa jawatan bukan satu kehormatan, tetapi berupa satu amanah. Apakah tuan sanggup memikul amanah itu, sedangkan tuan baru memeluk Islam dan lebih daripada itu tidak layak sesuatu kedudukan diminta atau diminati kerana Allah yang memberi atau mencabut kedudukan seseorang".
  17. 17. 16SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Oleh disebabkan itu, Ibn Saba' kecewa dan menyimpan dendam terhadap Khalifah Uthman, umat Islam dan agama Islam itu sendiri. Lantaran itu, antara dakyahnya untuk membalas dendam ialah menabur fitnah dan menimbulkan keraguan kepada umat Islam. Beliau mengatakan bahawa pewaris Nabi dan Khalifah yang sah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w adalah Saidina Ali bin Abi Talib, dan bukannya Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman mahupun sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w yang lain. Ibn Saba' menjelajah ke seluruh tempat untuk menyebarkan fitnah dan meluaskan pengaruhnya. Fitnah telah tersebar luas ke Mesir, Kufah dan Basrah. Bagi meyakinkan orang ramai akan kebenaran kata-katanya dan apa yang dibicarakan bukannya atas kepentingan dirinya sendiri, Ibn Saba' sanggup menggunakan dan menjajakan nama Saidina Ali dan keluarga Rasulullah s.a.w (ahlul bait). Kononnya, hujah-hujah beliau adalah datangnya dari mulut Saidina Ali dan Rasulullah s.a.w sendiri. Ibn Saba' jugalah orang yang terawal meletakkan Saidina Ali ke tahap yang lebih tinggi daripada Rasullullah s.a.w. Beliau pernah berkata; "Sesungguhnya yang menjadi Nabi pilihan Allah adalah Ali bin Abi Talib. Hanya kebetulan pada ketika itu malaikat Jibril mengantuk sehingga wahyu Allah diberikan kepada Muhammad, iaitu orang yang tidak berhak". Setelah mendengar berita tersebut, Saidina Ali bin Abi Talib berasa sangat marah. Setelah beliau diangkat menjadi khalifah ke - empat bagi mengganti Khalifah Uthman, beliau memerintahkan supaya Ibn Saba' diusir dari Madinah lantaran dari fitnah yang telah tersebar. Namun begitu, Ibn Saba' tetap berusaha dengan liciknya, meneruskan usaha untuk memporak perandakan sesama kaum Muslimin dan juga hubungan Saidina Ali dengan para sahabat yang lain secara halus tanpa disedari oleh mereka.
  18. 18. 17SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Jelaslah dapat kita lihat bahawa Ibn Saba' serta pengikut-pengikutnya bukanlah penyokong tulen atau Syiah Saidina Ali tetapi hanya berpura - pura menjadi pengikut kuat Saidina Ali dan ahlul baitnya. Beliau juga mempunyai ramai pengikut yang dikenali sebagai Sabaiyyah. Mereka tergolong sebagai orang - orang Munafik yang lagaknya seperti orang Islam yang taat pada agama tetapi hanya berpura – pura dengan keislamannya. Mereka ini juga turut menyelinap dalam angkatan tentera Khalifah Ali. Golongan Sabaiyyah ini lah yang menjadi punca berlakunya Perang Jamal dalam tamadun Islam. Golongan Sunni berpendapat bahawa Ibn Saba' atau pengikut Sabaiyyah adalah perintis kepada perpecahan umat Islam dan seterusnya mendorong kepada beberapa pecahan ummah termasuklah kemunculan fahaman Syiah yang semakin lama semakin jauh dari jalan kebenaran. Beliaulah seorang tokoh berperanan utama yang menyelitkan pemikiran - pemikiran sesat dan dangkal dalam ajaran Syiah. Walau bagaimanapun, terdapat kitab - kitab Syiah seperti “Syarh Nahjul Balaghah Li Ibn Abil Hadid” yang ada menceritakan berkenaan Ibn Saba' walaupun terdapat juga segelintir golongan Syiah yang menafikan kewujudan seseorang yang bernama Ibn Saba' ataupun Abdullah bin Saba'.
  19. 19. 18SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH PENGGANTI KHALIFAH UMAR AL - KHATAB Pada tahun 644Masihi, Khalifah Umar Al Khattab mati dibunuh oleh seorang hamba Parsi berbangsa Majusi yang bernama Abu Lu'lu'ah al-Nahawandi. Pembunuhan ini berpunca daripada dendam Abu Lu'Lu'ah kepada Khalifah Umar yang tidak memihaknya dalam isu kharaj (cukai tanah) dengan majikannya iaitu Mughira ibn Shu'ba yang juga merupakan seorang pemerintah Basrah. Sehingga zaman ini, pembunuh kepada Saidina Umar r.a ini disanjung tinggi dan dipuja oleh penganut Syiah Imamiyyah. Mereka juga turut mengunjungi dan menghormati kuburnya di Kashan, Iran kerana beliau telah berjaya membunuh Saidina Umar r.a. Tambahan pula, Abu Lu'lu'ah turut digelar sebagai Baba Syuja'uddin (Sang pembela agama yang gagah berani). Abu Lu'lu'ah telah menikam Khalifah Umar sebanyak enam kali dengan sebilah pisau yang bermata dua sewaktu Khalifah Umar sedang mengimamkan solat Subuh di Masjid Nabawi, Madinah. Tikaman beliau di bahagian perut itu menjadi punca utama kematian Khalifah Umar. Sebaik saja menikam Khalifah Umar, Abu Lu'lu'ah cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan oleh para sahabat yang lain. ApabilaAbu Lu'lu'ah ditahan oleh para sahabat yang lain, dia bertindak ganas dengan terus menggunakan pisaunya itu untuk menikam mereka yang cuba menangkapnya. Ini mengakibatkan berbelas orang sahabat yang gugur syahid dan tidak kurang juga ada yang tercedera. Akhirnya, seorang sahabat yang bernama Abdullah bin 'Auf Az Zuhri berjaya memegang baju Abu Lu'lu'ah dan terus menariknya sehingga dia rebah ke atas lantai. Melihat dirinya telah terkepung, maka dia terus membunuh dirinya sendiri dengan menggunakan pisau ditangannya itu.
  20. 20. 19SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Ketika Khalifah Abu Bakar meninggal dunia, beliau hanya menamakan Saidina Umar sebagai penggantinya yang layak sebagai khalifah seterusnya.Berbeza pula dengan Khalifah Umar Al Khattab yang telah menamakan enam orang sebagai penggantinya. Antaranya ialah Abu Ubaidah Al Jarrah, Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf dan Uthman bin Affan. Pada mulanya Saidina Umar ingin memilih Abu Ubaidah Al Jarrah tetapi beliau telah meninggal dunia di Syam kerana terkena wabak taun. Ketika Khalifah Umar merasakan dirinya tidak mampu bertahan lama untuk hidup, beliau telah mengusulkan (penggantinya); "Aku tidak akan membuatnya maka sesungguhnya orang yang lebih mulia daripadaku telah meninggalkan urusan ini (pemilihan) kepada muslimin maka Rasulullah S.A.W sendiri meninggalkan urusan ini. Sekiranya aku membuat pemilihan maka aku akan memilih orang yang lebih baik daripadaku iaitu Saidina Abu Bakar. Jika Abu Ubaidah bin Jarrah masih hidup, nescaya aku akan melantiknya. Jika Salim Abu Huzaifah masih hidup nescaya aku akan melantiknya". Kemudian beliau memanggil Abdul Rahman bin 'Auf lalu berkata; "Aku mahu memberi sumpah setia kepadamu". Mendengar kata - kata Saidina Umar itu lalu Abdul Rahman bin 'Auf bertanya; "Adakah engkau telah bermesyuarat dalam perkara ini? ". Jawab beliau; "Demi Allah aku belum lagi berbuat demikian". Kata Abdul Rahman bin 'Auf; "Demi Allah aku tidak masuk campur dalam masalah ini selama-lamanya". Perintah Saidina Umar;
  21. 21. 20SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH "Carilah kata putus sehingga aku boleh melantik daripada kalangan mereka yang telah dipilih oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda redha dengan mereka". Abdul Rahman bin 'Auf terus memanggil Saidina Ali, Saidina Uthman, Zubair bin Al Awwam dan Sa'ad bin Al Waqas. Dia berkata; "Tunggulah kehadiran saudaramu Talhah yang mana dia sekarang berada di luar Madinah dan jika tidak maka laksanakan urusan kamu". Setelah berlalunya dua hari selepas peristiwa serangan itu, iaitu pada waktu Subuh hari pertama bulan Muharram tahun 22 Hijrah, Khalifah Umar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia 63 tahun iaitu sama umurnya dengan umur Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar ketika wafat. Seorang sahabat bernama Suhaib Ar Rumi telah mengimamkan solat jenazah tersebut. Beliau telah dikebumikan dalam bilik Saidatina 'Aisyah selepas mendapat keizinannya, iaitu disebelah makam Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar r.a. Pada hari itu juga para ahli majlis Syura telah bermusyawarah. Daripada keenam - enam sahabat, kesemua mereka menolak kecuali Ali, Abdul Rahman dan Uthman sahaja. Abdul Rahman bin Auf juga menarik diri tetapi beliau sendiri menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam mencari pengganti khalifah. Beliau akan membuat bancian di kalangan penduduk Madinah sama ada mereka mahukan Saidina Ali bin Abi Talib ataupun Saidina Uthman bin Affan sebagai khalifah seterusnya. Setelah membuat bancian beliau telah berjumpa dengan keduanya dan mereka redha dengan apa juga keputusan Abdul Rahman. Kemudian, Saidina Abdul Rahman telah mengangkat tangan Saidina Uthman dan menyatakan orang Madinah lebih ramai memilih beliau. Perkara ini menjadi titik tolak perpecahan umat Islam ketika itu kerana pihak yang menyokong Saidina Ali mendakwa Saidina Abdul Rahman tidak berlaku adil kerana beliau mempunyai hubungan persaudaraan iaitu sepupu dengan Saidina Uthman. Bagaimanapun, Saidina Ali menyakini amanah yang dilakukan oleh Sadina Abdul Rahman dan membaiat Saidina Uthman sebagai khalifah Islam.
  22. 22. 21SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN Khalifah Uthman bin Affan merupakan seorang pemimpin yang lemah lembut, zuhud dan sangat penyabar. Beliau memegang jawatan sebagai khalifah ke - tiga ketika umurnya hampir mencecah 80 tahun. Kerajaan Islam dalam keadaan aman semasa enam tahun awal pemerintahannya, sehinggalah berlakunya fitnah semasa enam tahun terakhir pemerintahannya yang dicetuskan oleh Ibn Saba' yang amat memusuhi Khalifah Uthman. Ibn Saba' telah menfitnah Khalifah Uthman dengan fitnah seperti menyalahgunakan kuasa dengan memberikan kekayaan kepada keluarga dan saudara maranya, merampas tanah orang miskin serta terdapat juga gabenor – gabenor Khalifah Uthman yang zalim dan sebagainya. Khalifah Uthman telah menghantar surat rasmi bagi menjelaskan perkara sebenar kepada jajahan pemerintahan Islam tetapi usaha ini tidak berjaya meredakan fitnah tersebut. Mereka yang terpengaruh dengan fitnah dari Ibn Saba' antaranya termasuklah rakyat dari Kufah, Basrah dan Mesir yang telah datang berjumpa dengan Khalifah Uthman untuk meminta beliau supaya meletak jawatan. Sejarawan Islam telah menggelar mereka dengan gelaran kumpulan Sabaiyyah. Pada masa itu, para sahabat di Madinah mencadangkan supaya Khalifah Uthman menahan kumpulan ini tetapi beliau berlembut dan memaafkan mereka. Selepas itu, Golongan Sabaiyyah semakin berani membuat surat palsu dari Saidina Ali kepada penduduk Mesir, surat palsu dari Zubir Awwam kepada penduduk Kufah dan surat palsu dari Abi Talhah kepada penduduk Basrah untuk memujuk mereka menyerang Madinah. Golongan Sabaiyyah menggunakan nama tersebut kerana mereka merupakan sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga dan juga dihormati. Walau bagaimanapun, penduduk Syam tidak berjaya dipengaruhi oleh golongan ini kerana penduduk di situ tidak akan mempercayai surat palsu tersebut memandangkan Gabenor Syam pada ketika itu yakni Muawiyah merupakan saudara kepada Khalifah Uthman.
  23. 23. 22SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Golongan Sabaiyyah akhirnya berjaya mempengaruhi ramai orang Islam untuk mengepung rumah Khalifah Uthman di Madinah ketika musim haji. Mereka memilih musim haji kerana ramai sahabat Nabi akan pergi menunaikan haji ke Mekah. Terdapat beberapa sahabat yang cuba menolong Khalifah Uthman termasuk Abu Hurairah serta Hisam iaitu wakil yang dihantar oleh Saidina Ali dan beberapa orang lain. Tetapi Khalifah Uthman menyuruh mereka pulang kerana tidak memerlukan perlindungan daripada mereka. Khalifah Uthman sudah dapat merasakan beliau akan dibunuh pada hari pengepungan tersebut. Beliau juga bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w dan bermimpi dapat berbuka puasa dengan baginda Rasulullah s.a.w pada malam tersebut. Beliau juga turut memakai seluar kerana khuatir auratnya akan terlihat tatkala beliau dibunuh nanti. Pada tahun 656Masihi, Khalifah Uthman telahpun menjangkau usia 90 tahun. Pemberontak terus menyerbu masuk ke rumahnya ketika beliau sedang berpuasa dan sedang membaca masyhaf suci Al-Quran. Pemberontak tersebut menghentak kepala Khalifah Uthman dengan sebatang besi sehingga darahnya tepercik pada masyhaf suci Al-Quran tersebut. Masyhaf suci tersebut masih dapat dilihat pada hari ini. Pemberontak juga kemudiannya memotong jari tangan isteri kepada Khalifah Uthman iaitu Nailah. Rentetan dari kejadian itu, maka terjadilah fitnah terbesar dalam dunia Islam ketika itu iaitu pembunuhan seorang khalifah Islam yang menyebabkan perpecahan yang lebih besar telah berlaku berbanding perpecahan yang pernah berlaku sebelum itu. Selama 5 hari selepas itu umat Islam tidak ada seorang pemimpin yakni khalifah, sedangkan pemberontak masih berada di dalam Madinah iaitu kira-kira 2 000 ke 3 000 orang. Akhirnya, Ahli Majlis Syura dan penduduk Madinah mendesak Saidina Ali supaya menjadi pengganti khalifah walaupun pada awalnya Saidina Ali menolak cadangan tersebut. Perkara pertama yang beliau ingin lakukan ialah mencari pembunuh Saidina Uthman dan menghapuskan golongan Sabaiyyah yang menghasut para sahabat dan orang Islam.
  24. 24. 23SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Namun begitu, beliau tidak bertindak dengan segera dan perlu lebih berhati - hati kerana pemberontak - pemberontak masih ramai berada di Madinah dan orang Islam masih berpecah belah kerana ada yang memihak kepada Saidina Uthman dan sebahagian lagi mereka yang termakan hasutan golongan Sabaiyyah dan memihak kepadanya. Walaupun begitu, kedua - dua pihak di Madinah ini tidak memusuhi dan memerangi Khalifah Ali. Lain pula bagi penduduk luar Madinah yang tidak berpuas hati dengan kelewatan Khalifah Ali untuk bertindak bagi menangkap dalang dalam pembunuhan Khalifah Uthman.
  25. 25. 24SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH PEMERINTAHAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB Selepas kematian Khalifah Uthman, lebih ramai pemberontak masuk ke dalam ibu kota Madinah sehinggakan jumlahnya mencecah 5 000 ke 6 000 orang. Pemberontak tersebut juga merupakan dari kalangan orang - orang Islam terutamanya dari Kufah, Basrah dan Mesir yang berjaya diperdaya oleh golongan Sabaiyyah. Kota Madinah kian tidak tenteram dengan ketiadaan pemimpin dan ini mendedahkan umat Islam kepada bahaya, maka bersegeralah para sahabat Nabi mencari calon yang paling layak. Sebanyak 3 nama diusulkan untuk menggantikan Khalifah Uthman iaitu Ali bin Abi Talib, Abi Talhah dan Zubair bin Awwam. Walau bagaimanapun, ketiga – tiga mereka menolaknya. Menurut Muhammad Al-Hanafiah (Muhammad bin Ali bin Abi Talib r.a), ayahnya pernah berkata kepada orang ramai; “Janganlah kamu memilih aku, sesungguhnya aku lebih baik menjadi Wazir (pembantu Khalifah) berbanding menjadi Amir (Khalifah)”. Menurut riwayat lain pula, daripada Abu Basyir Al-‟Abidi, selepas terbunuhnya Uthman r.a, berhimpunlah golongan Muhajirin dan Ansar termasuk Talhah dan AlZubair berjumpa dengan Saidina Ali r.a untuk di baiat sebagai khalifah. Namun, Saidina Ali berkata; “Aku tidak berhajat akan urusan kamu, aku bersama kamu, sesiapa sahaja yang kamu pilih, aku akan meredhainya, maka pilihlah (selain aku) demi Allah”. Lalu mereka (para sahabat) berkata; “Kami tidak akan memilih selain kamu”.
  26. 26. 25SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Kata Abu Basyir lagi, mereka datang kepada Saidina Ali berkali-kali sehingga yang kali terakhirnya mereka berkata kepadanya; “Sesungguhnya tidak boleh bagi manusia tanpa adanya pemimpin sedangkan telah berlanjutan masa (tanpa pemimpin)”. Lalu kata Saidina Ali kepada mereka; “Sesungguhnya kamu telah berulang kali datang kepada aku dan kamu enggan (memilih selain aku) dan sesungguhnya aku hendak berkata suatu perkara jika kamu menerimanya, maka aku menerima permintaan kamu, jika tidak maka aku tidak berhajat akannya (tidak berhajat menjadi Khalifah)”. Mereka berkata; “Apa sahaja yang kamu katakan, akan kami akan terima In Shaa Allah”. Akhirnya Saidina Ali ketika itu berumur 58 tahun, menerima jawatan tersebut dan orang pertama yang membaiat beliau adalah Talhah dengan lisan, diikuti dengan Sa‟ad ibn Abi Waqqas r.a dengan tangannya. Turut membaiat beliau ialah Zubair bin Al Awwam r.a. Namun begitu, terdapat sesetengah riwayat mengatakan Talhah dan Zubair membaiat dalam keadaan paksa - rela oleh situasi yang ditimbulkan oleh pemberontak. Malah Saidina Ali juga sendiri tidak mahu dilantik sebagai khalifah sekiranya tiada baiat dari para sahabat. Oleh kerana itu, pemberontak mendesak para sahabat supaya Saidina Ali dilantik sebagai khalifah. Jika tidak kota Madinah akan berubah menjadi lebih parah. Bagi mengelak masalah yang lebih besar berlaku dan sebelum para pemberontak itu bertindak di luar jangkauan dengan melantik golongan mereka sebagai khalifah dan menyebabkan urusan pemilihan khalifah terkeluar dari tangan sahabat dan Majlis Syura, maka Talhah dan Zubair bergegas membaiat Saidina Ali r.a. Talhah dan Zubair mengakui Saidina Ali adalah orang yang paling layak dilantik sebagai khalifah tetapi bukan dalam keadaan situasi yang mendesak seperti itu.
  27. 27. 26SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Perlantikan Saidina Ali sebagai Khalifah menyebabkan ramai dikalangan penduduk Mekah, Mesir dan beberapa kawasan jajahan Islam lain mempersoalkan perlantikan tersebut. Ini adalah rentetan kerana mereka pernah mendapat surat palsu daripada Saidina Ali, yang kononnya meminta penduduk di situ menyerang kota Madinah sewaktu pemerintahan Khalifah Uthman. Sedangkan mereka tidak menyedari bahawa surat itu adalah palsu yang diedarkan oleh golongan Sabaiyyah yang dipimpin oleh Ibn Saba'. Kenaikan Saidina Ali sebagai seorang khalifah seolah - olah mengesahkan surat palsu itu benar - benar ditulis oleh Saidina Ali sendiri. Ini merupakan satu perancangan licik golongan Sabaiyyah dalam memecahkan perpaduan umat Islam. Malah Khalifah Ali sendiri tidak tahu siapa penulis sebenar surat tersebut. Hakikatnya Khalifah Ali juga tidak menyedari terdapat dalang dalam hal tersebut kerana mereka juga hidup seperti orang Islam (Munafik). Khalifah Ali berpendapat bahawa pemberontakan yang berlaku terhadap Khalifah Uthman adalah berpunca daripada gabenor - gabenor di tanah jajahan yang tidak disenangi rakyatnya kerana rata – ratanya merupakan saudara Saidina Uthman dan mereka gagal menententeramkan rakyatnya daripada memberontak terhadap pemerintahan Uthman. Lantaran itu, beliau telah menggantikan kesemua gabenor - gabenor yang dilantik oleh Khalifah Uthman termasuk Muawiyah di Syam. Di Basrah, Abdullah bin Amir digantikan dengan Uthman bin Hanif, Saad bin Al- As menggantikan Amran bin Syahab di Kufah dan di Syam sendiri, Muawiyah digantikan dengan Syahab Bin Hanif. Khalifah Ali juga berpendapat tindakan ini juga dapat meredakan kemarahan orang yang tidak suka kepada gabenor – gabenor pemerintahan Khalifah Uthman sebelum ini. Namun hal ini semakin menimbulkan prasangka di kalangan sahabat yang lain. Malah seorang sahabat iaitu Al-Mughirah menasihati Khalifah Ali supaya jangan memecat kesemua gabenor Khalifah Uthman ketika itu. Khalifah Uthman tidak pernah terus memecat gabenor yang dilantik oleh Khalifah Umar sebelumnya kerana ia akan menimbulkan fitnah. Walau bagaimanapun, Khalifah Ali tetap bertegas meneruskan hasratnya.
  28. 28. 27SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Pada awalnya, misi Khalifah Ali adalah untuk mencari pembunuh Saidina Uthman yang sebenar, namun pergolakan umat Islam ketika itu menyebabkan Khalifah Ali lebih menumpukan untuk memperkukuhkan dahulu negara Islam dan menenangkan kembali umat Islam. Selain itu, tiada seorang saksi pun yang berani tampil bagi mengakui melihat pembunuhan Khalifah Uthman. Khalifah Ali tidak mampu untuk menghukum kesemua pemberontak kerana jumlahnya yang ramai. Mereka terdiri kaum Muslimin dan tidak semua di antara mereka terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthman. Sebelum Perang Jamal tercetus, Khalifah Ali pernah berkata; “Bagaimana aku hendak bertindak dengan kaum yang kita tidak kuasai? Tiada cara hendak cari pembunuh Uthman kerana mereka ramai dan tiada saksi ketika pembunuhan di rumah Uthman. Siapa yang tahu cara untuk mencari pembunuh Uthman sila bagitahu aku!“. Sahabat semua terdiam termasuk Zubair dan Talhah dan akhirnya mereka taat kepada Khalifah Ali. Namun, akibat daripada fitnah dan perancangan licik golongan pemberontak dan golongan Sabaiyyah, maka berlakulah peperangan Jamal. Khalifah Ali kemudiannya telah mengubah ibukota negara Islam dari Madinah ke Kufah atas alasan Madinah tidak selamat untuk diduduki lagi bagi mentadbir negara Islam. Beliau wafat selepas sembahyang Subuh di Masjid Kufah pada 17 Ramadan 41 Hijrah bersamaan 661Masihi kerana dibunuh oleh seorang puak Khawarij iaitu Abdul Rahman bin Muljam. Puak Khawarij merupakan bekas pengikut Khalifah Ali yang tidak berpuashati dalam perjanjian damai dengan Muawiyah sewaktu Perang Siffin. Puak Khawarij berpakat untuk membunuh Khalifah Ali r.a, Muawiyah r.a, Amr bin Ash r.a dan Abu Musa Al-Asy‟ari r.a. Walau bagaimanapun rancangan pembunuhan itu hanya berjaya dilakukan ke atas Khalifah Ali seorang sahaja. Jenazah Khalifah Ali kemudiannya dikebumikan di Dar Al-Imarah (Kufah). Namun begitu, bagi golongan Syiah, mereka beranggapan bahawa Khalilah Ali telah dikebumikan di Mashhad Al-Najf.
  29. 29. 28SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH PERANG JAMAL ( PERANG UNTA ) PENGENALAN Perang Jamal atau juga dikenali sebagai Perang Unta berlaku pada 11 Jamadilakhir 36Hijrah atau Disember 657Masihi yang mengambil masa tidak sampai sehari. Peperangan ini berpunca daripada salah faham di antara pihak Khalifah Ali dan pihak Saidatina Aishah yang menyebabkan 10 000 ke 13 000 tentera terkorban termasuk dua sahabat besar Rasulullah s.a.w, Talhah dan Zubair Al Awwam. Salah faham ini ditimbulkan oleh golongan Sabaiyyah yang membuat huru - hara selepas perbincangan perdamaian tercapai di antara kedua - dua pihak. Peperangan ini merupakan perang saudara pertama kaum Muslimin yang berakhir dengan kemenangan dipihak Khalifah Ali. Peperangan ini dinamakan perang Jamal kerana Saidatina Aisyah menunggang unta ketika berperang. ROMBONGAN SAIDATINA AISYAH, TALHAH DAN ZUBAIR Ketika pemberontakan ke atas Khalifah Uthman tercetus, Saidatina Aisyah pada masa itu telahpun berumur 40 tahun berada di Mekah bagi menunaikan haji. Saidatina Aisyah telah mengumpul orang Islam dan penduduk di Mekah untuk membantu Khalifah Uthman bagi menghadapi pemberontakan di Madinah. Ketika dalam perjalanan menuju ke Madinah, diberitakan bahawa Khalifah Uthman telah dibunuh. Ketika itu para sahabat mempunyai beberapa cadangan kepada Saidatina Aisyah iaitu sama ada meneruskan perjalanan ke Madinah ataupun menuju ke Syam untuk meminta bantuan daripada Muawiyah. Akhirnya mereka memilih jalan menuju ke Basrah sebagai pilihan lain.
  30. 30. 29SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Mereka merasakan Kota Madinah dalam keadaaan tidak tenteram setelah jatuh ke tangan pemberontak yang masih ramai disitu. Sekiranya mereka tetap meneruskan perjalanan ke Madinah, Saidatina Aisyah dan rombongannya akan berada dalam situasi yang getir dan membahayakan kerana mereka adalah dari kalangan kaum Musliminyang menyokong kuat Khalifah Uthman. Mereka menuju ke Basrah untuk merancang strategi dan mengumpul kekuatan menangani pemberontak yang memecah belahkan umat Islam, dan mereka juga berazam untuk memulih kembali perpaduan umat Islam. Walaupun Saidina Ali kemudiannya telah dilantik sebagai Khalifah, mereka tetap tidak berpuas hati kerana Saidina Ali dilihat gagal menghukum pembunuh Khalifah Uthman, dan seolah - olah Khalifah Ali dalam keadaan terikat dan tertekan dikelilingi golongan pemberontak tersebut. Selepas Talhah dan Zubair membaiat Saidina Ali sebagai Khalifah, mereka meminta izin untuk melakukan umrah. Ketika dalam perjalanan, mereka bertemu dengan Saidatina Aisyah dan di dalam pertemuan itulah mereka bersepakat untuk meminta Khalifah Ali mempercepatkan qisas (hukuman) ke atas pembunuh Khalifah Uthman. Apabila melihat Saidatina Aisyah dan pasukannya pergi ke Basrah, golongan Munafik Sabaiyyah menyalakan api fitnah dengan menyebar berita kononnya pemergian Saidatina Aisyah tersebut adalah untuk mengumpul kekuatan dan menuju ke Madinah bagi melakukan pemberontakan ke atas kekhalifahan Saidina Ali. SEMANGAT PERDAMAIAN Apabila Khalifah Ali mendengar khabar angin itu, beliau mengutuskan al-Qa‟ qa‟ untuk berjumpa Saidatina Aisyah, Talhah dan Zubair di Basrah. Menurut Ibn Kathir menulis;
  31. 31. 30SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH “Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagai utusan menemui Talhah dan Zubair untuk mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan menyatakan kepada mereka berdua betapa bahayanya perpecahan dan perselisihan. Lalu al-Qa`qa` menuju ke Basrah dan orang yang pertama ditemuinya ialah Aishah”. Beliau berkata; “Wahai Ummu Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di bumi ini?”. Saidatina Aishah menjawab; “Wahai anakku, untuk mendamaikan antara manusia”. Kemudian al-Qa`qa` meminta supaya Saidatina Aishah memanggil Talhah dan Zubair, lalu mereka berdua pun datang. Al-Qa`qa` berkata kepada mereka; “Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab mengapa beliau menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara manusia”. Lalu mereka berdua menyatakan; “Kami pun dengan tujuan yang sama”. Talhah dan Zubair juga mengatakan bahawa mereka datang hanya untuk mendamaikan antara manusia. Mereka juga menjawab; “Kamu memang benar dan melakukan yang terbaik. Oleh itu, pulanglah, jika Ali datang dan dia berpandangan seperti kamu, keadaan akan menjadi baik.” Lalu al-Qa`qa` pulang menemui Khalifah Ali dan mencerita apa yang berlaku, maka Khalifah Ali berasa amat gembira. Saidatina Aishah telah menulis surat kepada kepada Khalifah Ali dan menyatakan beliau datang untuk tujuan perdamaian sahaja. Kemudian, Khalifah Ali menulis kembali kepada Talhah dan Zubair:
  32. 32. 31SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH “Jika pendirian kamu berdua masih kekal seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kamu berdua, maka tunggulah sehingga kami datang dan membincangkan perkara ini.” Lalu mereka berdua menjawab: “Sesungguhnya kami masih lagi berpendirian seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kami iaitu untuk berdamai.” Lantaran dari itu, Khalifah Ali telah menghebah berita perdamaian ini kepada semua kaum Muslimin, namun masih terdapat golongan yang membenci situasi perdamaian ini terutamanya dari golongan Sabaiyyah. PERTEMUAN KHALIFAH ALI DAN SAIDATINA AISYAH Walau bagaimanapun, Khalifah Ali bersama tentera-tenteranya sebagai langkah berjaga-jaga menuju ke Basrah untuk tujuan perdamaian dengan Saidatina Aisyah. Malangnya kebanyakan tentera yang mengikuti Khalifah Ali adalah dikalangan pemberontak dari golongan Munafik Sabaiyyah yang menyelinap di dalam tentera Muslimin. Ramai dikalangan para sahabat tidak mahu ikut serta dalam rombongan tersebut. Abu Musa dan anaknya, Hassan bin Ali telah menasihati Khalifah Ali supaya jangan keluar kerana tindakan itu lebih membawa keburukan. Tetapi ijtihad Khalifah Ali adalah untuk membawa keamanan. Apabila kedua - dua pasukan saling berhadapan, Khalifah Ali berjumpa dengan Talhah dan Zubair. Beliau mengimbas kembali akan saat manis ketika bersama Rasulullah s.a.w dan berperang melawan orang Musyrikin. Saidatina Aisyah, Zubair dan Talhah meminta Khalifah Ali bagi mencari pembunuh Saidina Uthman. Tetapi Khalifah Ali dengan tegas menjelaskan dalam keadaan sekarang, permintaan itu adalah mustahil tanpa sokongan dan perpaduan umat Islam khususnya dari kalangan para sahabat. Malah bilangan
  33. 33. 32SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH pemberontak yang juga dari kalangan umat Islam sangat ramai di Madinah dan amat sukar mengenapasti siapakah pembunuh Saidina Uthman yang sebenar dan adalah mustahil untuk menghukum kesemua pemberontak tersebut. Saidatina Aisyah menyedari akan kesilapan mereka tidak berbaiat kepada Khalifah Ali dan beliau segera memberitahu kepada rombongannya, mereka tersilap dalam hal ini dan mereka akan bersatu bersama Khalifah Ali untuk menguatkan kembali perpaduan umat Islam dan mencari pembunuh Saidina Uthman yang sebenar. Menurut al-Imam Ibn Hazm rahimahullah pada tahun 456Hijrah; “Dan adapun (pemergian) Ummul Mukminin (Aisyah), al- Zubair dan Talhah radhiallahu 'anhum berserta orang-orang yang bersama mereka (ke Basrah), tidaklah mereka sedikit jua bertujuan membatalkan kekhalifahan Ali, mereka tidak mencabar jawatan tersebut, mereka tidak menyebut apa-apa kecacatan yang merendahkan beliau daripada jawatan tersebut, mereka tidak bertujuan mengangkat khalifah baru yang lain dan mereka tidak memperbaharui baiah kepada sesiapa yang lain. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat diingkari oleh sesiapa jua dengan apa cara jua.” Golongan Sabaiyyah berasa terancam dengan perdamaian tersebut, maka pada malamnya, mereka merancang untuk melagakan kedua - dua pihak di antara Khalifah Ali dan Saidatina Aisyah. Pada pendapat mereka, jika umat Islam bersatu, ia pasti akan memudahkan lagi tindakan diambil ke atas para pembunuh Khalifah Uthman. Sekiranya umat Islam kekal berpecah, selagi itulah para pembunuh Khalifah Uthman akan terselamat daripada apa-apa tindakan. Jika mereka tidak bertindak cepat, lambat laun penipuan mereka akan terlihat oleh kaum Muslimin dan mereka pasti di hukum. Dianggarkan jumlah mereka yang menyelinap ke dalam tentera Khalifah Ali ketika itu dikatakan mencecah 1000 ke 2000 orang. Mereka segera mengatur rancangan dan membuat keputusan bahawa satu kumpulan dari mereka akan berada di pihak Saidatina Aishah manakala satu lagi kumpulan kekal di dalam pasukan Khalifah Ali. Mereka akan
  34. 34. 33SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH bertindak secara senyap untuk mencetuskan kekacauan dan huru – hara dengan saling menyerang di antara satu sama lain dan akan menyebabkan berlaku kekeliruan kepada kedua - dua belah pihak dalam pertikaian tersebut nanti. BERLAKUNYA PERANG Menjelang sebelum Subuh, golongan Sabaiyyah telah menyerang pasukan Saidatina Aisyah dahulu secara mengejut. Maka, dalam suasana terperanjat daripada tidur, pasukan Saidatina Aisyah telah menyangka bahawa tentera Khalifah Ali telah berlaku khianat dan bertindak dengan menyerang mereka dahulu. Golongan Sabaiyyah disebelah pasukan Saidatina Aisyah pula berteriak bahawa tentera Khalifah Ali telah menyerang secara curi dan menipu mereka. Sebagai alasan tindakan mempertahankan diri sendiri, mereka menyerang balas pula ke atas tentera Khalifah Ali. Golongan Sabaiyyah disebelah pasukan Khalifah Ali pula berteriak bahawa rombongan Saidatina Aisyah yang telah menyerang mereka dahulu. Lalu Pasukan Khalifah Ali menyangka pasukan Saidatina Aisyah telah berlaku khianat dengan menyerang mereka. Maka dengan alasan itu pula mereka menyerang balas untuk mempertahankan diri. Tiada sesiapapun di kalangan mereka yang menyedari perkara sebenar yang telah terjadi. Disitulah bermulanya Perang Jamal walaupun kedua - dua pihak pada asalnya tidak berniat untuk berperang dalam menyelesaikan perbalahan tersebut. Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pada tahun 728Hijrah meringkaskan detik - detik ini dalam satu perenggan; “Mereka (para pembunuh Uthman ) menyerang khemah Talhah dan al-Zubair. Lalu Talhah dan al-Zubair menyangka bahawa Ali telah menyerang mereka, maka mereka menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Seterusnya Ali
  35. 35. 34SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH pula menyangka bahawa mereka ( Talhah dan al-Zubair) menyerangnya, maka Ali menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Maka berlakulah fitnah (peperangan) tanpa ia menjadi pilihan mereka (kedua-dua pihak). Manakala Aisyah radhiallahu 'anha hanya berada di atas pelana untanya, beliau tidak menyerang dan tidak memerintahkan serangan. Demikianlah yang diterangkan oleh tidak seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah (Ahl al-Ma‟rifat bi al-Akhbar).” [Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi„ah wa al-Qadariyyah (diteliti oleh M. Rasyad Salim; Muassasah Qurtubiyyah, 1986), jld. 4, ms 317] Akhirnya, tentera Khalifah Ali berjaya menguasai peperangan tersebut kerana pada masa itu, pasukan Saidatina Aishah tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Ini adalah kerana tujuan kedatangan mereka adalah bukan untuk berperang melainkan hanya untuk mencari jalan perdamaian antara dua pihak kaum Muslimin pada ketika itu. Selain itu, di dalam peperangan inilah Saidatina Aisyah tidak melibatkan diri dalam medan pertempuran.Walau bagaimanapun, unta yang dinaiki Saidatina Aisyah telah terbunuh kerana tertusuk tombak. Lalu Saidatina Aisyah pun terjatuh dari unta tersebut. PEMBUNUHAN TALHAH DAN ZUBAIR Sewaktu pertempuran berlaku, Khalifah Ali sempat bertemu Zubair dan Talhah, katanya; “Wahai Zubair, aku minta kau jawab kerana Allah!”
  36. 36. 35SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH “Tidakkah engkau ingat, sewaktu Rasulullah menghampiri kita yang sedang berkumpul bersama, lalu beliau (Rasulullah s.a.w ) bersabda; “Wahai Zubair, tidakkah engkau mengasihi Ali..” Kemudian engkau menjawab; “Kenapa pula aku tidak mengasihi saudara sepupuku, anak kepada ibu dan bapa saudaraku, serta seakidah denganku…” Rasulullah bersabda lagi; “Hai Zubair demi Allah, bila engkau memeranginya (Ali), jelas engkau telah berlaku zalim kepadanya” Sewaktu itu Zubair tersedar akan kesilapannya. “Ya, sekarang aku ingat, hampir aku terlupa (sabda Rasulullah s.a.w ), demi Allah aku tidak akan memerangimu." Talhah dan Zubair menarik diri dari perang saudara itu. Mereka mengundur diri setelah tahu kedudukan sebenar peperangan itu, tambahan pula apabila mereka terlihat Ammar bin Yasir berperang di pihak Khalifah Ali. Mereka teringat akan sabda Rasulullah s.a.w kepada Ammar; “Yang akan membunuhmu ialah golongan yang derhaka…” Walau bagaimanapun, Zubair diekori oleh Amru bin Jurmuz dan dibunuh sewaktu Zubair sedang solat, manakala Talhah dipanah dengan lembing oleh rakan sepasukannya iaitu, Marwan bin Hakam setelah mendapati Talhah mengundur diri dari berperang. Ketika itu Talhah berusia 63 tahun. Ketika Khalifah Ali terlihat jasad Talhah yang terkorban, beliau turun dari kudanya untuk mengangkat mayat Talhah, lalu menangislahnya sambil berkata; “Semoga Allah merahmatimu Aba Muhammad, sesungguhnya aku berasa amat sedih melihat engkau dibunuh di bawah bintang di langit. Kalaulah aku mati dahulu tentu aku tak melihat peristiwa ini“. Si pembunuh juga membawa pedang Zubair bin Awwam yang dibunuh dengan gembira dan menyatakan mereka berjaya membunuh Zubair. Lalu Khalifah Ali berteriak bahawa si pembunuh itu akan dibalas dengan api neraka. Ini adalah kerana Khalifah Ali
  37. 37. 36SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH mendengar Rasulullah s.a.w berkata dalam hadisnya yang menyatakan, berikan neraka kepada pembunuh Zubair. Zubair adalah penolong Nabi kerana Rasulullah s.a.w pernah berkata; “Setiap nabi mempunyai seorang penolong, Zubair ini adalah penolongku“. Khalifah Ali telah menyembahyangkan kesemua mayat dari kedua-dua tentera. Ketika Khalifah Ali menatap pedang Zubair beliau berkata; “Demi Allah pedang ini sudah banyak berjasa, digunakan oleh pemiliknya (Zubair) untuk melindungi Rasulullah dari ancaman bahaya…” KESAN PEPERANGAN Dapat kita simpulkan di sini bahawa peperangan ini membawa kepada kesedihan dan penyesalan di antara kedua - dua belah pihak. Mereka menyedari ditipu oleh golongan yang tidak menyokong perdamaian yakni golongan Sabaiyyah. Ramai kaum Muslimin dari pasukan tentera Khalifah Ali mahupun pasukan tentera Saidatina Aisyah gugur syahid dalam pertempuran tersebut. Begitulah liciknya golongan Munafik Sabaiyyah yang berjaya melakukan tipu daya dalam pasukan tentera Khalifah Ali dan tentera pasukan Saidatina Aisyah. Saidina Hassan Bin Ali r.a pernah berkata kepada ayahnya; “ Wahai Ayah, telah aku nasihati mu, supaya engkau jangan menghantar tentera keluar.” Demi menyelesaikan masalah, Saidatina Aisyah juga dihantar pulang ke Madinah dengan dikawal oleh sepasukan wanita bersenjata lengkap. Khalifah Ali berpesan kepada tenteranya supaya tidak menjadikan peperangan ini seperti peperangan menentang kaum Musyrikin kerana perang ini berlaku sesama kaum Muslimin. Harta peperangan dari pihak Saidatina Aishah tidak boleh dijadikan sebagai ghanimah ( harta rampasan perang ). Mereka
  38. 38. 37SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH yang lari pula tidak boleh dikejar dan yang terbunuh hendaklah disemadikan sebagai seorang pejuang Islam yang gugur syahid. Akibat daripada peperangan itu, penentangan terhadap Khalifah Ali semakin memuncak terutamanya dari pihak Muawiyah bin Abu Sufiyan. Muawiyah berpendapat bahawa Khalifah Ali sepatutnya mencari dan menghukum pembunuh Saidina Uthman apabila mula memerintah. Walaupun telah dipecat oleh Khalifah Ali sebagai gabenor tetapi seluruh negara Syam masih lagi taat kepada Muawiyah. Beliau tidak akan berbaiah kepada Khalifah Ali sehingga pembunuh Saidina Uthman pula dibunuh. Inilah yang menyebabkan berlakunya pula peperangan Siffin yang juga merupakan peperangan antara kaum muslimin.
  39. 39. 38SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH PERANG SIFFIN SEBELUM PERTEMPURAN Situasi pembunuhan Khalifah Uthman dan kekhalifahan Saidina Ali telah dimanipulasi oleh Ibn Saba‟ serta pengikut-pengikutnya. Mereka menyebarkan fitnah di kalangan penduduk Syam yang mengatakan bahawa Saidina Ali telah bersubahat di dalam peristiwa pembunuhan Saidina Uthman. Oleh kerana itu, dia berlengah - lengah dalam mengambil tindakan terhadap pembunuh Saidina Uthman. Di Madinah pula, mereka menimbul cerita mengatakan bahawa Muawiyah dan penduduk Syam tidak mahu membaiah dan mengakui Saidina Ali sebagai Khalifah. Apabila keadaan semakin tegang, tampil dua sahabat Rasulullah s.a.w untuk meredakan keadaan. Sahabat tersebut ialah Abu Umamah Al-Bahili dan Abu Dharda r.a. Mereka berdua pergi ke Syam untuk bertemu dengan Muawiyah. Setibanya mereka di hadapan Muawiyah, mereka pun berkata, “Wahai Muawiyah. Mengapakah kamu tidak mahu bai„ah dan mengakui Saidina Ali sebagai Khalifah yang ke-empat? Lupakah kamu tentang siapakah Saidina Ali itu? Bukankah kamu tahu bahawa Ali Bin Abi Thalib merupakan orang yang terawal memeluk Islam, lebih awal dari kamu dan dan lebih awal dari bapak kamu memeluk Islam. Adakah kamu lupa bahawa Saidina Ali itu merupakan sepupu dan juga menantu kepada Nabi SAW? Wahai Muawiyah.. jangan kamu lupa siapa sebenarnya Saidina Ali, dan dengan segala keistimewaan yang ada pada dia, sesungguhnya dia layak untuk menjadi Khalifah. Maka kenapa kamu tidak mahu bai„ah kepadanya?” Mendengarkan pertanyaan dari sahabatnya itu, lalu Muawiyah menjawab;
  40. 40. 39SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH “Janganlah kamu salah faham. Sesungguhnya, aku bukan tidak mengakui Saidina Ali sebagai Khalifah. Sememangnya dia layak menjadi khalifah dan sememangnya aku tidak layak. Tetapi, aku tidak puas hati kerana dia tidak mengambil tindakan terhadap pembunuh Saidina Uthman. Aku tidak berpuas hati pembunuh Uthman dibiarkan bebas. Aku berijtihad bahawa hukuman Qisas mesti dijatuhkan kerana orang ini telah membunuh Uthman. Aku mahukan ini bukan kerana Uthman sepupu aku, tetapi Uthman itu seorang yang baik dan dia tidak patut dibunuh”. Namun jawapan itu tidak mampu menenangkan keadaan tegang kerana situasi itu tidak boleh dikawal lagi. Walaupun Muawiyah telah dipecat oleh Khalifah Ali sebagai gabenor Syam tetapi rakyatnya masih lagi mengaku taat setia kepada Muawiyah. Beliau tidak akan berbaiah kepada Khalifah Ali sehingga pembunuh Khalifah Uthman pula dihukum bunuh. Jika tidak, Muawiyah sendiri pula yang bertekad akan mengambil tindakan. Mendengar jawapan yang sedemikian, Khalifah Ali menyiapkan pasukannya seramai 150 000 tentera yang disertai oleh penduduk Kufah dan Basrah. Mereka mula bergerak dari Kufah ke arah Syam. Maka dengan ini menyebabkan Muawiyah juga mempersiapkan pasukannya seramai 130 000 orang untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Menurut Syaikh Muhib Al-Din Al-Khatib rahimahullah pada tahun 1389Hijrah menjelaskan; “lalu Ali berangkat meninggalkan Kufah dan menuju di permulaan jalan yang menuju ke arah Syam dari Iraq. Ali mengisyaratkan supaya orang ramai tetap tinggal di Kufah dan mengirimkan yang selainnya ke Syam. Sampai berada kepada Muawiyah bahawa Ali telah mempersiapkan pasukannya dan Ali sendiri keluar untuk memerangi beliau. Maka para pembesar Syam mengisyaratkan kepada Muawiyah agar dia sendiri turut keluar (untuk berhadapan dengan pasukan Ali). Maka orang-orang Syam berangkat menuju ke Sungai Furat melalui Siffin dan Ali maju bersama pasukannya menuju
  41. 41. 40SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Siffin juga. Seandainya Ali tidak mempersiapkan pasukan yang bergerak dari Kufah nescaya Muawiyah tidak akan bergerak (dari Syam).” TERCETUSNYA PERANG SIFFIN Akhirnya kedua - dua angkatan perang ini bertemu di satu lembah yang bernama Lembah Siffin. Khalifah Ali membuat tuntutan terakhir kepada tentera Muawiyah supaya menyerah diri dan mengiktiraf beliau sebagai khalifah, tetapi Muawiyah menolak dengan meminta pembunuh Saidina Uthman dihukum terlebih dahulu sebelum membaiah Saidina Ali sebagai khalifah yang sah. Akibatnya, pada 8 Safar 36Hijrah bersamaan 26 Julai 657Masihi, Khalifah Ali mengarahkan serangan pertama bermula dan berlakulah Perang Siffin. Peperangan ini bermula pada hari Rabu dan berakhir pada malam Sabtu. Seramai 70 000 tentera terkorban dari kedua belah pihak. Antara sahabat yang gugur di dalam perang ini ialah Ammar Bin Yasir r.a dan Hashim ibn Utba r.a. Ketika pertempuran berlaku, Tentera Khalifah Ali di unit pasukan Basrah diketuai oleh Al - Ashtar berjaya membuatkan Muawiyah berundur dari medan pertempuran. Apabila pertempuran berterusan kepada hari ketiga, Muawiyah berasakan tentera mereka akan kalah. Amru Al-As akhirnya mencadangkan agar digunakan masyaf suci Al - Quran untuk melakukan perundingan. Muawiyah menerima cadangan ini dan mengarahkan orang- orangnya meletakkan 500 buah masyaf suci Al - Quran di hujung tombak sambil menjerit; "Undang-undang Tuhan! Ini akan memutuskan di antara kita!"
  42. 42. 41SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Dengan ini ia bermaksud kedua - dua pihak hendaklah berhenti bertempur dan menyelesaikan pertelingkahan dengan perundingan aman di bawah tatatertib agama Islam. Tindakan ini menyebabkan tentera Khalifah Ali serba salah dan berhenti bertempur. Walau bagaimanapun, Khalifah Alitetap menyeru tenteranya untuk terus berjuang dengan mengatakan Muawiyah hanya melakukan helah ketika hampir kalah dalam pertempuran tersebut tetapi tentera Khalifah Ali tetap merasa serba salah dan ragu - ragu untuk meneruskan kembali pertempuran tersebut. Ali dan Al - Ashtar terus memberikan arahan kepada tenteranya tetapi ia tidak dapat mengubah fikiran mereka semua. Mereka menuduh Al - Ashtar menjadi penghasut kepada Khalifah Ali yang sukakan peperangan, malah mereka juga mengugut akan berpihak kepada Muawiyah. Dengan keadaan tersebut Khalifah Ali tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menamatkan pertempuran dan menerima perundingan dengan pasukan Muawiyah. Beberapa bulan kemudian, Khalifah Ali menghantar ketua utusannya Abu Musa Al-Asy‟ari untuk berunding dengan utusan Muawiyah, Amru bin Al-As yang perundingan itu dinamakan Peristiwa Tahkim. PERISTIWA TAHKIM Terdapat 2 versi penceritaan berkenaan Peristiwa Tahkim ini. Menurut versi yang popular dan menjadi pegangan Syiah ialah dari kitab „Tarikh Al-Tabari r.h‟ yang diriwayatkan oleh Abu Mikhnaf Lut bin Yahya Al-Kufi sebagai berikut: “Kedua-dua utusan bersetuju untuk memecat Ali r.a dan Muawiyah r.a dan menyerahkan perlantikan Khalifah yang baru kepada kaum muslimin. Abu Musa mengisytiharkan pemecatan Ali dan mengembalikan hak perlantikan Khalifah kepada kaum muslimin. Kemudian Amru bangun mengisytiharkan
  43. 43. 42SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Muawiyah r.a sebagai Khalifah. Keadaan ini menimbulkan huru hara dan Abu Musa al-Asy‟ari r.a telah melaknat Amru bin al-As r.a dengan memanggil beliau sebagai pengkhianat dan anjing. Kemudian kedua-dua pihak kembali kepada ketua masing-masing, Ahli Kufah kepada Ali r.a kecuali Abu Musa yang melarikan diri kerana malu dan Ahli Syam kembali kepada Muawiyah” [Tarikh al-Tabari, juz 5, Bab Berita Perhimpunan Keduanya (Ali dan Muawiyah)]. Abu Mikhnaf Lut bin Yahya Al-Kufi adalah periwayat yang banyak meriwayatkan kisah - kisah sejarah dan menjadi rujukan fakta bagi golongan Syiah. Abu Mikhnaf adalah seorang yang tidak boleh dipercayai pada riwayatnya oleh golongan Sunni. Menurut pandangan Sunni ada menyatakan Imam Al - Bukhari ada membicarakan Peristiwa Tahkim di dalam kitab Tarikh Kabir [5/398] dan Ibn Asakir dalam kitab Tarikh Damsyiq [46/175 ], Al-Daruqatni sebagaimana yang dinyatakan Abu Bakar Ibn Al- Arabi r.h dalam kitab Al- Awasim [ms 143-144] sebagai berikut: “Setelah Muawiyah r.a memecat Amru bin Al-As r.a daripada jawatan gabenor Mesir (ketika itu Muawiyah r.a telah menjadi Khalifah ), Amru bin Al-As r.a telah membina fustat (khemah tempat tinggal) beliau berdekatan dengan fustat Muawiyah r.a dan selalu duduk di khemahnya itu, lalu Muawiyah r.a telah mengutusku kepadanya dan berkata: „Pergilah kamu kepadanya dan beritahu kepadanya telah sampai kepadaku sesuatu yang aku tidak suka berkenaannya, tanya kepadanya berkenaan peristiwa ketika dia berkumpul dengan Abu Musa al-Asy‟ari (semasa Peristiwa Tahkim) bagaimana mereka lakukan?‟ Maka aku pergi kepadanya dan berkata: „Ceritakanlah kepadaku bagaimana sebenarnya yang berlaku pada hari kamu berjumpa dengan Abu Musa al-Asy‟ari?‟. Kata beliau: „Manusia telah bercerita dengan pelbagai cerita tetapi apa yang mereka ceritakan itu bukanlah yang sebenarnya demi Allah, tetapi apabila aku telah
  44. 44. 43SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH bertemu dengan Abu Musa aku berkata kepada beliau: Apakah pendapat kamu berkenaan perkara ini? Kata Abu Musa: Aku lihat perkara ini (pertlingkahan) berlaku antara kaum yang telah diredhai Rasulullah s.a.w ketika baginda wafat. Kataku: Bagaimana pendapat kamu mengenai aku dan Muawiyah? Kata Abu Musa: Jika dia (Ali r.a) meminta bantuan kamu berdua maka kamu berdua perlu menolongnya namun jika dia tidak meminta bantuan kamu maka demikianlah urusan Allah pada kamu berdua”. KESAN PERISTIWA TAHKIM Peristiwa Tahkim ini berakhir dengan tiada keputusan muktamad dan tidak sah kerana tidak ditandatangani oleh Khalifah Ali. Saidina Ali terus kekal sebagai Khalifah dan Muawiyah r.a terus kekal sebagai Gabenor Syam. Perundingan dalam Peristiwa Tahkim ini dibuat beberapa bulan selepas peperangan kerana jika perundingan dibuat serta merta, Khalifah Ali mungkin akan meneruskan kembali pertempuran. Sementara itu para pengikut Khalifah Ali pula berlakunya beberapa perpecahan. Sekumpulan tentera berjumlah 12 000 orang berpecah daripada tentera utama yang tidak bersetuju dengan hasil perbincangan ini. Tentera ini akhirnya menjadi teras kepada golongan Khawarij. Khawarij berpakat untuk membunuh Khalifah Ali r.a, Mu‟awiyah r.a, Amr Al- As r.a dan Abu Musa Al- Asy‟ari r.a. Walau bagaimanapun rancangan mereka hanya berjaya membunuh Khalifah Ali seorang sahaja. Akhir sekali, Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah telah menegaskan; “Dan Muawiyah bukanlah daripada kalangan mereka yang memilih untuk memulakan perang, bahkan beliau daripada kalangan yang paling menghendaki agar tidak berlaku perang. Yang benar adalah (dengan) tidak (sepatutnya) berlakunya peperangan. Meninggalkan peperangan adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Tidaklah dalam peperangan tersebut (Perang
  45. 45. 44SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Siffin, wujud satu) pihak yang benar. Akan tetapi Ali lebih mendekati kebenaran berbanding Muawiyah. Peperangan adalah peperangan kerana fitnah, tidak ada yang wajib dan tidak ada yang sunat dan meninggalkan perang adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Hanya sahaja Ali adalah lebih benar. Dan ini merupakan pendapat (al – Imam) Ahmad dan kebanyakan ahli hadis dan kebanyakan para imam fiqh dan ini juga merupakan pendapat para tokoh sahabat dan tabi‟in yang selalu mendapat kebaikan.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms 447-448]
  46. 46. 45SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH PERLANTIKAN KHALIFAH MUAWIYAH Semasa Khalifah Ali memegang tampuk pemerintahan, beliau tidak pernah mewasiatkan sesiapa untuk menjadi calon penggantinya. Menurut Al- Imam Al-Baihaqi rahimahullah pada tahun 458Hijrah meriwayatkan bahawa orang ramai meminta Khalifah Ali melantik bakal pengganti beliau. Lalu Khalifah Ali menjawab: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak melantik seorang pengganti (maka aku tidak akan menyelisihi sunnah sedemikian). Akan tetapi jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada manusia, Allah akan mengumpul mereka sesudah aku di atas kebaikan mereka (sendiri) sebagaimana Allah telah mengumpul mereka (para sahabat) sesudah Nabi mereka shallallahu 'alaihi wasallam di atas kebaikan mereka (sendiri).” [al-Sunan al-Kubra (diteliti oleh Muhammad „Abd al-Qadir „Atha‟; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1999), riwayat no: 16573] Pengikut Khalifah Ali juga pernah meminta kepada beliau agar mengangkat Saidina Hassan r.a sebagai Khalifah ketika menghampiri saat kematiannya. Namun beliau tetap menegaskan; "Saya tidak memerintahkan kalian dan saya juga tidak melarang kalian, saya tinggalkan kalian sebagaimana Rasulullah meninggalkan kalian." ( H.R. Ahmad ) Selepas kemangkatan Khalifah Ali, masyarakat Islam telah bermuswarah untuk mengangkat Saidina Hassan sebagai khalifah bagi menggantikan ayahnya. Orang pertama yang mencadangkan beliau ialah Qays ibn Sa‟d ibn Ubadah. Qays juga mencadangkan kepada Saidina Hassan untuk menghantar bala tentera bagi memerangi Muawiyah. Khalifah Hassan menghantar ribuan tentera ke Syam dan bertembung dengan tentera Muawiyah yang
  47. 47. 46SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH sedang menunggu di Al-Madain. Seterusnya, berlakulah pertempuran yang dikuasai sepenuhnya oleh tentera Muawiyah. Maka, berlakulah sekali lagi pertempuran di kalangan kaum Muslimin itu sendiri. Selain itu, penduduk Kufah sendiri tidak bersatu padu dan tidak menyokong sepenuhnya kepada Saidina Hassan. Terdapat sebilangan yang mengkhianati, belot dan meragui Saidina Hassan sebagai pemimpin. Apabila Saidina Hassan melihat keadaan masyarakat Islam telah berpecah belah, lalu beliau menulis sepucuk surat kepada Muawiyah yang telah kembali ke Syam untuk mengadakan perdamaian antara dua pihak. Saidina Hassan lebih mengingini keamanan dan perpaduan umat Islam. Pada saat itu umat Islam juga masih berselisih kerana para pembunuh Khalifah Uthman yang masih belum dikesan. Saidina Hassan ingin menutup perselisihan ini dengan perdamaian tersebut yang menjadi asas kepada penyerahan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Muawiyah menerima cadangan tersebut lalu menghantar Abdullah ibn Amir dan Abdul Rahman ibn Samurrah kepada Sadina Hassan di Kufah. Dalam perbincangan tersebut, Saidina Hassan menyampaikan hasratnya untuk menyerahkan jawatan khalifah. Muawiyah juga diminta agar tidak melantik pengganti jawatan khalifah seterusnya. Urusan perlantikan khalifah hendaklah diserahkan kepada ahli Majlis Syura. Muawiyah juga hendaklah mengekalkan keamanan dengan tidak memerangi penyokong - penyokong Saidina Ali dan Saidina Hassan sendiri. Selain itu beliau hendaklah menjaga kebajikan ahlulbait. Muawiyah juga tidak dibenarkan menghukum orang yang tidak disukainya sebelum itu, mahupun membalas dendam atau sebagainya. Perdamaian ini mengingatkan ramai para sahabat dan Muawiyah sendiri akan sabda Rasulullah s.a.w; “Sesungguhnya cucuku ini adalah Sayyid, semoga Allah mendamaikan dengannya dua kumpulan umat Islam yang sedang berselisih.” [ Shahih Al-Bukhari – hadis no: 3629]
  48. 48. 47SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Tahun perdamaian ini dikenali sebagai A‟mul Jamaah kerana kaum Muslimin kembali bersatu dibawah satu pemimpin. Penyerahan kuasa ini berlaku di Kufah pada hari Khamis bulan Rabiul Awwal 41Hijrah. Sesetengah pendapat mengatakan ia berlaku pada awal bulan Jamadil Awwal. Saidina Hassan dan diikuti oleh Muawiyah telah menyampaikan pengistiharan itu dihadapan penduduk Kufah dan para Muslimin selepas proses baiah selesai dijalankan. Begitulah akhirnya kekhalifahan Hassan melepaskan jawatannya yang disandang selama 6 bulan sahaja. Salah seorang penduduk Kufah, Abu Amir Said ibn Al-Natl menemui Saidina Hassan lalu berkata; “Sejahtera ke atasmu wahai penghina kaum muslimin!” Saidina Hassan menjawab; “Janganlah berkata begitu wahai Amir. Aku bukan berniat menjadi penghina kaum muslimin akan tetapi yang sebenarnya aku enggan (tidak suka) memerangi mereka lantaran berebutkan kekuasaan”. Kemudiannya, Saidina Hassan dan seluruh keluarganya termasuk Saidina Husain pun meninggalkan Kufah dan menuju ke Madinah Al - Munawwarah. Sepanjang perjalanannya, pelbagai rungutan dan kemarahan dilemparkan oleh penyokongnya kerana Saidina Hassan melepaskan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Hampir sepuluh tahun Saidina Hassan tinggal di Madinah, dan waktunya banyak dihabiskan untuk beribadah dan mengajar agama, malah menuntut ilmu dari kalangan sahabat yang masih ada. Pada 28 Safar 50Hijrah, Saidina Hassan meninggal dunia dalam usia 47 tahun dan dimakamkan dipemakaman umum Baqi‟. Menurut versi Syiah pula, beliau wafat kerana diracun oleh isterinya sendiri yang diarahkan oleh Muawiyah.
  49. 49. 48SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH PERTEMPURAN KARBALA SAIDINA HUSAIN KE KUFAH Setelah Khalifah Muawiyah meninggal dunia, maka anaknya Yazid bin Muawiyah telah diangkat menjadi penggantinya sebagai Khalifah. Namun begitu penduduk Kufah yang rata - ratanya yang menyokong ahlulbait telah menolak kepimpinan Yazid dan ingin melantik Saidina Husain sebagai khalifah yang baru. Syits bin Rab'ie dari Kufah telah menulis surat kepada Saidina Husain dan menjemput beliau ke Kufah untuk tujuan tersebut. Mereka bukan sekadar berjanji akan taat setia kepada kepimpinan Saidina Hussain malah mereka sanggup untuk menghunus senjata demi membela beliau serta menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid. Mendengarkan sokongan yang padu dari penduduk Kufah, maka Saidina Husain mengutuskan Muslim bin „Aqil untuk meninjau keadaan sebenar di Kufah. Saidina Husain memaklumkan niat pemergiannya ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga untuk mendapatkan pandangan mereka. Namu para sahabat serta ahli keluarganya seperti „Abdullah Ibnu Abbas, Muhammad bin Al-Hanafiyah, „Abdul Rahman bin Hisyam Al-Makhzumi, „Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, Abdullah bin Muti‟ Al-Afdawi, „Amru bin Sa‟id, „Abdullah bin „Umar, Abu Sa‟id Al- Khudri dan lain-lain menasihat dan cuba menghalang niat Saidina Husain tersebut. Ini adalah kerana mereka tidak percayakan kejujuran penduduk Kufah. Menurut mereka, penduduk Kufah inilah kelompok yang pernah menyokong Ibn Saba‟ yang terlibat dalam pembunuhan Saidina Uthman bin Affan, mengkhianati Saidina Ali serta Saidina Hassan. Mereka berpandangan bahawa sokongan kuat yang menurut khabarnya datang dari penduduk Kufah
  50. 50. 49SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH hanyalah palsu dan tindakan mereka ini merupakan dalih mereka untuk menimbulkan susana kacau - bilau di dalam masyarakat Islam. Walau bagaimanapun, nasihat mereka gagal untuk menghentikan hasrat Saidina Husain untuk ke Kufah. Saidina Hussain pernah berkata; "saya bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan saya telah melakukan sesuatu yang telah ditentukan kepada saya tanpa mengira ia mendatangkan keburukan kepada diri saya atau memberikan keuntungan kepada saya. " Lalu „Abdullah bin Yahya berkata; “Apakah mimpi anda itu?” Jawab Saidina Hussain; “Saya tidak dapat menceritakannya kepada seseorangpun, malah saya tidak boleh memberitahu kepada seseorangpun sehingga saya bertemu dengan Allah (kematiannya)” Malah Saidina Husain sudah tekad mengatakan; "Saya sudah melakukan istikharah dan akan berangkat kesana". [ Rujuk Tarikh al - Umam wa al - Muluk, jilid 4, ms 388. Penulis nukil dari buku Kesalahan - Kesalahan Terhadap Fakta - Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms 270 ] Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain bersama 72 pengikutnya ke Kufah maka Khalifah Yazid memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin Ziyad serta tenteranya untuk berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan Saidina Hussain serta kebangkitan orang-orang Kufah.
  51. 51. 50SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Pesanan Khalifah Yazid kepada Ubaidullah bin Ziyad: "Saya mendapat tahu bahawa Husain telah menuju ke Iraq. Oleh itu berkawallah di kawasan-kawasan perbatasan negeri. Sesiapa yang diragui, tahanlah dia dan sesiapa yang tertuduh tangkaplah dia. Tetapi jangan engkau perangi kecuali orang yang memerangi mu dan tulislah selalu kepada ku tentang apa yang berlaku". [Al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid 8, ms 165. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Saidina Husain di Karbala yang ditulis oleh Mawlana Muhammad Asri Yusoff.] PEMBUNUH SEBENAR SAIDINA HUSSAIN Terdapat dua versi riwayat kisah pembunuhan Saidina Husain di Karbala yang berlaku pada 10 Muharram 61Hijrah. VERSI PERTAMA Ubaidillah bin Ziyad, gabenor Kufah dikatakan amat membenci Saidina Husain telah bertindak berlebihan dari arahan sebenar Yazid lalu menyerang Saidina Hussain dan rombongannya di Karbala. Tindakan Ubaidillah bin Ziyad bertujuan untuk menunjukkan kehebatannya kepada khalifah. Tindakan penduduk Kufah yang sanggup untuk berkorban jiwa dan raga untuk mengangkat Saidina Husain telah melarikan diri apabila melihat kemaraan tentera Ubaidillah bin Ziyad. Maka terpaksalah Saidina Hussain dan rombongannya yang hanya berjumlah sekitar 70 orang berhadapan dengan tentera Ubaidillah yang jauh lebih besar jumlahnya dari mereka. Akhirnya, terbunuhlah Saidina Husain sebagai orang yang dizalimi dan sebagai syahid di tangan kerakusan Ubaidillah. Kepala Saidina Ali dipenggal dan disusuk dengan pedang.
  52. 52. 51SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Tindakan Ubaidillah amat tidak disenangi oleh pegawai - pegawai tenteranya, Anas bin Mâlik, Zaid bin Arqam dan Abu Barzah r.a yang berada di situ. Menurut riwayat Ath- Thabrâni rahimahullah dari hadits Zaid bin Arqam r.a : "Lalu dia mulai menusukkan pedang yang di tangannya ke mata dan hidung Husain r.a. Aku (Zaid bin Arqam) mengatakan, "Angkat pedangmu, sungguh aku pernah melihat mulut Rasulullah (mencium) tempat itu". Demikian juga riwayat yang disampaikan lewat jalur Anas bin Malik r.a : ‫لى‬ ‫ص‬ ‫هلل‬ ‫ا‬ ‫يه‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫لم‬ ‫س‬ ‫و‬ , : " Aku (Anas bin Malik) mengatakan kepadanya, "Sungguh aku telah melihat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mencium tempat dimana engkau menaruh pedangmu itu." Lalu Ubaidullah mengangkat pedangnya. VERSI KEDUA Wakil Saidina Husain di Kufah iaitu Muslim bin „Aqil telah menghidu konspirasi yang sedang dirancang oleh penduduk Syiah di sana. Muslim telah dibunuh oleh penduduk Kufah sebelum beliau sempat mengutuskan Umar bin Saad bin Abi Waqqas kepada Saidina Husain yang semakin hampir tiba ke bandar Kufah tentang kecurangan penduduk Kufah. Maka, Saidina Husain membatalkan hasratnya untuk ke Kufah dan mengubah laluan rombongannya menuju ke Syam untuk menemui Yazid. Penduduk Kufah mula panik dengan perubahan arah tersebut kerana sekiranya Saidina Husain berbaiah kepada Yazid maka musnahlah segala perancangan kotor mereka untuk memporak-perandakan kesatuan umat Islam dan sudah pasti kedudukan mereka akan tergugat dan terancam.
  53. 53. 52SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Menurut ulamak Syiah sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi, tentera Kufah lengkap bersenjata dari Kufah mengejar rombongan Saidina Husain dan mereka bertembung di Karbala. Syits bin Rab‟ie mengetuai 4 000 bala tentera untuk menentang Saidina Husain dan dialah orang yang mula - mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Hussain. (Jilaau Al Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, ms 37) Baqir Majlisi turut mencatat, “Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, ” Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh “Ketua Pemuda Ahli Syurga” kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa”. ( Jilaau al Uyun, ms 430) Manakala di dalam kitab A‟yanus Syi‟ah pengarangnya Sayyid Muhsin Al-Amin mengatakan bahawa; “Seramai dua puluh ribu penduduk Iraq telah berbai‟ah kepada Husin, kemudian mereka mengkhianatinya lalu memberontak terhadapnya dalam keadaan bai‟ah masih lagi berada di tengkuk-tengkuk mereka dan membunuhnya”. (A‟yanus Syi‟ah jilid 1 ms 34 ) Versi kedua ini menafikan kisah – kisah kezaliman yang dilakukan oleh tentera Khalifah Yazid ke atas rombongan Saidina Husain. Versi kezaliman tenteraKhalifah Yazid adalah datangnya dari sumber pengikut Syiah iaitu Abu Mukhnaf, Al Kalbi dan anaknya Hisyam dan lain – lain. KATA - KATA TERAKHIR SAIDINA HUSAIN
  54. 54. 53SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Terdapat riwayat bahawa ucapan Saidina Husain sebelum terbunuh di Karbala; "Ya Allah, berilah putusan di antara kami dan di antara orang-orang yang mengajak kami untuk menolong kami, namun ternyata mereka membunuh kami." [Rujuk buku Pengkhianatan Pengkhinatan Syiah Dan Pengaruhnya Terhadap Kekalahan Umat Islam karya Dr. Imad Ali Abdus Sami‟, Pustaka Al- Kautsar, Jakarta 2006, ms 35–36] Mulla Baaqir Majlisi juga telah meriwayatkan kata-kata terakhir Saidina Husain sebelum syahid di Karbala: "Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat niat-niat jahat kamu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kami di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepada kamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh di dalam menentang kami." [Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-Uyun, ms 391. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.] Mulla Baaqir Majlisi juga merakamkan doa Saidina Hussain terhadap golongan Syiah; "Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat. Kamu akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul pedang-pedang di atas tubuh mu dan muka mu dan kamu akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan mendapat keuntungan di dunia dan kamu tidak akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan untuk mu di akhirat. Kamu akan menerima azab yang akan diterima oleh orang- orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya."
  55. 55. 54SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH [Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-Uyun, ms 409. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.] SAKSI PERTEMPURAN Ali Zainal Abidin salah seorang anak Saidina Husain yang turut serta di dalam rombongan ke Kufah dan yang masih hidup selepas berlakunya peristiwa itu pula berkata kepada orang-orang Kufah lelaki dan perempuan yang merentap dengan mengoyak- ngoyakkan baju mereka sambil menangis. Beliau berkata, "Mereka ini menangisi kami. Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh kami selain mereka ?" (At ThabarsiAl - Ihtijaj, ms 156 ) Thabarsi seorang ulama Syiah menukilkan kata-kata Ali Zainal Abidin kepada orang- orang Kufah. Kata beliau; "Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasa kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu dahulukan untuk dirimu". ( Al - Ihtijaj juz 2 ms 306 ) Saidatina Zainab, saudara perempuan Saidina Husain yang terselamat dari peristiwa itu juga mendoakan keburukan untuk orang Kufah. Katanya;
  56. 56. 55SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH "Wahai orang – orang Kufah yang khianat, penipu! Kenapa kamu menangisi kami sedangkan air mata kami belum lagi kering kerana kezalimanmu itu. Keluhan kami belum lagi terputus oleh kekejamanmu. Keadaan kamu tidak ubah seperti perempuan yang memintal benang kemudian dirombaknya kembali. Kamu juga telah merombak ikatan iman dan telah berbalik kepada kekufuran. Adakah kamu meratapi kami padahal kamu sendirilah yang membunuh kami. Sekarang kamu pula menangisi kami. Demi Allah! Kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa. Kamu telah membeli keaiban dan kehinaan untuk kamu. Tompokan kehinaan ini sama sekali tidak akan hilang walau dibasuh dengan air apapun". (Jilaau Al ' Uyun, ms 424 ) Ummu Kulthum anak Saidatina Fatimah pula berkata; "Wahai orang-orang Kufah! Buruklah hendaknya keadaanmu. Buruklah hendaklah rupamu. Kenapa kamu menjemput saudaraku Husain kemudian tidak membantunya bahkan membunuhnya, merampas harta bendanya dan menawan orang-orang perempuan dari ahli rumahnya. Laknat Allah ke atas kamu dan semoga kutukan Allah mengenai mukamu". Beliau juga berkata; "Wahai orang-orang Kufah! Orang-orang lelaki dari kalangan kamu membunuh kami sementara orang-orang perempuan pula menangisi kami. Tuhan akan memutuskan di antara kami dan kamu di hari kiamat nanti". (Ibid, ms 426-428) Manakala Fatimah anak perempuan Saidina Husain pula berkata, "Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami kemudian telah membunuh datukku Ali (Saidina Ali). Sentiasa darah-darah kami menitis dari hujung-hujung pedangmu. Tak lama lagi kamu akan menerima balasannya. Binasalah kamu! Tunggulah nanti azab dan kutukan Allah akan
  57. 57. 56SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH berterusan menghujani kamu. Siksaan dari langit akan memusnahkan kamu akibat perbuatan terkutukmu. Kamu akan memukul tubuhmu dengan pedang- pedang di dunia ini dan di akhirat nanti kamu akan terkepung dengan azab yang pedih " (Al- Ihtijaj juz 2 ms 306 ) SELEPAS PERTEMPURAN Abdullah ibnu Umar r.a ( Ibnu Umar ) seorang sahabat Rasulullah s.a.w turut mengatakan, penduduk Kufah lah yang bertanggungjawab ke atas kematian Saidina Hussain. Khalifah Yazid yang ketika itu berada di Syam sangat menyesal terjadinya peristiwa menyedihkan itu kerana bapanya, Muawiyah berpesan agar berbuat baik kepada kerabat Rasulullah s.a.w. Setelah peristiwa itu Yazid telah memberi perlindungan kepada ahli keluarga Saidina Husain yang terselamat dari serangan tersebut sehinggalah mereka kembali selamat ke Madinah. HARI PERINGATAN SAIDINA HUSAIN Daripada peristiwa kekejaman di Karbala, setiap 10 Muharram pada hari Asyura wujudnya ritual hari kesedihan dan ratapan dikalangan penganut Syiah untuk kesyahidan Saidina Husain seperti menampar - nampar, berteriak, merobek - robek dan melaknat para sahabat.
  58. 58. 57SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH BAB 3 PENYEBARAN SYIAH DI MALAYSIA
  59. 59. 58SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH PENYEBARAN SYIAH DI MALAYSIA Umum mengetahui bahawa Syiah telah bertapak lama di dunia ini. Syiah merupakan sebuah ajaran sesat yang dilarang sama ada untuk diamalkan atau disebarkan di Malaysia. Malahan ajaran ini telah lama bertapak di beberapa negara islam yang besar seperti Iran, Iraq, Lubnan, Bahrain dan Yaman. Di Malaysia pula, ajaran Syiah ini dilarang sama sekali untuk diamalkan atau disebarkan. Hal ini berasarkan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang diadakan pada 2 dan 3 Mei 1996 di Langkawi, Kedah. Muzakarah telah memutuskan bahawa: Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut: “Setelah berbincang dan menimbangkan kertas kerja ini, Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa “hanya mazhab Syiah daripada golongan al-Zaidiyah da Jaafariah sahaja yang diterima diamalkan di Malaysia.”dimansuhkan. Menetepkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuandan Perlembagaan Negeri-negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Memperuntukkan pindaan kepada semua undang-undang negeri dan hukum syarak bagi menyelaraskan takrif hukum syarak atas undang-undang Islam seperti berikut: “Hukum syarak atau undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah. Syariah dan akhlak.
  60. 60. 59SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-uundang Islam dan demikian penyebarab apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang- undang hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran, dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adala diharamkan. Melalui keputusan yang dibuat itu, telah dietapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikuti ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Selain itu, muzakarah ini juga memuuskan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam. Oleh itu, apa-apa yang berkait langsung dengan penyebaran adalah dilarang sama sekali dilakukan di Malaysia. Keputusan ini dibuat adalah berdasarkan penemuan begitu banyak penyelewengan Syiah dalam akidah dan syariah.Oleh itu, semua negeri di Malaysia telah menfatwakan penghraman Syiah. Sepuluh daripandanya telah mewartakan pengharaman tersebut menjadi undang iaitu Wilayah Persekutuan(1997), Terengganu(1997), Melaka(1997), Pulau Pinang(1997), Selangor(1998), Negeri Sembilan(1998), Kedah(1999), Perak(2012), Johor(2012) dan Perlis(2012). Walaubagaimanapun, dengan pengharaman ajaran Syiah ini, masih terdapat lagi pengikut Syiah yang berani menyebarkan ajaran ini kepada umat Islam yang lain. Baru-baru ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan sebuah pertubuhan bernama Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai haram berkuat kuasa serta-merta mengikut Seksyen 5 (1), Akta Pertubuhan 1966 kerana mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.
  61. 61. 60SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Kesan buruk ajaran ini dapat kita lihat pada konflik yang wujud antara puak Syiah dan Sunni di Iraq, Pakistan dan beberapa negara Arab.Mereka saling bermusuhan dan berbunuhan.Apakah kita harus membiarkan gejala ini meresap masuk dan mempengaruhi umat Melayu dan Islam di Malaysia? Hal ini kerana, memang bukan mudah untuk pihak berkuasa dan jabatan agama mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas sebarang aktiviti penyebaran fahaman itu.Punca halangan itu ialah terdapat beberapa negeri belum mewartakan enakmen berhubung isu Syiah berkenaan.
  62. 62. 61SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH FAKTOR-FAKTOR PENYEBARAN SYIAH DI MALAYSIA Terdapat beberapa faktor penyeberan Syiah di Malaysia.Antaranya, orang Melayu Islam sangat cinta dan kasih pada keluarga Nabi Muhammad sollallahu‟alaihiwasallam.Di atas asas sayang dan cinta tersebut mereka mudah menerima dakwah Syiah yang melampau dalam membesarkan dan mengagongkan keluarga Rasulullah sollallahu‟alaihiwasallam. Seterusnya, hukum fekah Syiah yang longgar dan mudah. Sesetengah orang terpengaruh dengan hukum fekah Syiah yang lebih mudah mengikut pendapat mereka berbanding hukum fekah mazhab-mazhab lain seperti boleh jama‟(himpun) solat lima waktu dalam satu waktu sahaja. Mereka juga merasa kagum dengan keharusan nikah mut‟ah dalam mazhab Syiah. Akhir sekali, kesungguhan pendakwah-pendakwah Syiah di Malaysia. Mereka mengedarkan risalah, majalah dan bahan-bahan edaran lain untuk menyebarkan fahaman mereka.
  63. 63. 62SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH CARA-CARA PENYEBARAN SYIAH DI MALAYSIA Terdapat beberapa cara penyebaran ajaran Syiah di Malaysia. Antaranya, ziarah rasmi dan tidak rasmi rombongan-rombongan dari pemimpin-pemimpin Iran ke Malaysia.Ziarah tersebut diakhiri dengan program ceramah, keterangan berkenaan dengan akidah dan ajaran Syiah.Rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan menziarahi Iran disamping menghadiri program-program yang diadakan oleh Syiah di India, Bangladesh, Australia, Thailand, dan Kuala Lumpur. Seterusnya, penyebaran ini juga berlaku melalui pelajar Malaysia yang belajar di Iran dan mendapat biasiswa khas dari kerajaan Iran sebagaimana terdapat juga pelajar di hantar ke Pakistan untuk mempelajari akidah dan ajaran Syiah.Penghantaran pelajar ini bermula semenjak 20 tahun dahulu lagi.Pada tahun 1984 seramai enam orang pelajar dari Sekolah Agama Darul al-Falah telah dihantar menyambung pelajaran di Universiti Qum di Iran. Selepas itu dihantar pula seramai 10 orang pelajar lelaki dan perempuan daripada sekolah yang sama dan Sekolah Agama Darul al-‟Atiq di Johor Bahru ke Pakitan bagi mempelajari Bahasa Parsi dan ajaran Syiah di sana. Mereka ini apabila pulang akan menjadi pendakwah Syiah dan akan mengembangkan Syiah di Malaysia. Tambahan, hal ini juga berlaku melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia.Mereka mengadakan ziarah ke Pusat Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah.Mereka memberi hadiah- hadiah yang berupa buku, majalah Syiah kepada perpustakaan umum, universiti, kolej, masjid, dan penerbit-penerbit buku.Sebagaimana mereka juga menghantar beberapa rakyat
  64. 64. 63SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Malaysia ke Mekah untuk menunaikan haji bersama pengikut-pengikut Syiah secara percuma dari kerajaan Iran. Terdapat bantuan dan sokongan daripada golongan akademik dan politik di Malaysia.Sesetengah pemimpin politik pro Islam menyokong kerajaan Iran.Antara mereka ada yang menganggap tidak ada beza antara Syiah dan Ahli Sunnah Waljama‟ah kerana telah dibuang oleh Ayatollah Khumeini. Pegawai Diplomasi Iran ada mempelawa Almarhum Dato Fadhil Muhammad Nor(1937-2002) bekas presiden PAS mengubati dan merawat penyakitnya di Tehran, Iran. Ini menunjukkan beberapa perkara, pertama: terdapat usaha dari golongan Syiah untuk menjalinkan hubungan dengan pemimpin politik Islam di Malaysia; kedua: kehebatan pemimpin PAS sehingga disanjung dan dipandang tinggi oleh orang Syiah; ketiga: kemungkinan ada hubungan baik antara Iran dan PAS di Malaysia. Walaupun begitu pada pendapat penulis hubungan tersebut bukanlah hubungan kerjasama untuk menyebarkan Syiah di Malaysia. Selain itu, terdapat golongan akademik yang terpengaruh dengan Syiah terdiri daripada pensyarah universiti, kolej dan lain-lain di Malaysia.Ini memudahkan penyebaran ajaran Syiah dalam masyarakat pelajar di Malaysia apatahlagi kerajaan Iran memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia bagi melanjutkan pengajian mereka di Iran dan Pakistan. Melalui majlis-majlis ilmu yang diadakan di universiti atau pusat-pusat pengajian yang lain, pensyarah dan guru-guru menyebarkan dakwah Syiah di majlis-majlis tersebut yang turut dihadiri oleh ulama Syiah. Terdapat juga pensyarah yang sengaja memberi assignment dan memberi tugasan kepada pelajar mengkaji dan menyelidik tentang Syiah, membuat ringkasan teks-teks ucapan pemimpin Syiah dan seumpamanya agar mereka dapat mengenali Syiah dan terpengaruh dengannya. Akhir sekali, pengikut Syiah ini juga berani mengambil langkah menyebarkan pamplet, buku, dan majalah Syiah kepada orang ramai seperti Majalah Fatimah dan majalah al-Quds.Buku- buku tentang Syiah juga tidak ketinggalan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu seperti buku Nahju Al-Haq Wa Kasyfu As-Sidq yang ditulis oleh penulis Syiah yang bernama al- Hasan Bin Yusuf al-Mutahhar al-Hiliyy telah diterjemahkan oleh Lutfi Ibrahim ke dalam
  65. 65. 64SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH Bahasa Melayu dan menjadi rujukan utama bagi pengikut Syiah di Malaysia. Penulis buku tersebut terkenal dengan sifat khianat dalam meriwayatkan hadis sebagaimana dinyatakan oleh Syah Abdul „Aziz Ghulam Hakim ad-Dahlawy.
  66. 66. 65SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH KESIMPULAN Pelbagai kebenaran telah disingkap menerusi kajian ilmiah ini. Jelaslah bahawa fahaman Syiah ini yang dahulunya bermula atas dasar politik kian berkembang setelah mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Corak motif dasar politik kian berubah ke dasar akidah yang memang dapat kita lihat ketara dalam diri pengikut – pengikut tegar puak Syiah ini. Kepesatan ajaran ini hingga turut tersebar ke Malaysia kian menjadi igauan ngeri bagi umat Islam kerana bimbang akan terpengaruh olehnya. Justeru itu, menerusi kajian ilmiah ini telah dapat membuka fikiran umat Islam dan dijadikan sebagai langkah berjaga – jaga supaya tidak terpengaruh dengan ajaran Syiah. Pendekatan sejarah yang benar dan perbandingan yang dilakukan diharapkan dapat menjadikan kaum Muslimin berwaspada dengan golongan Syiah ini. Semoga fakta – fakta yang dilengkapkan dalam kajian ilmiah ini dapat dijadikan hujah tatkala berdepan dengan puak Syiah dan semoga kita dapat membuka minda mereka kembali untuk kembali pulang ke ajaran Islam yang benar lagi suci. Sekian. Wallahuaklam.
  67. 67. 66SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH RUJUKAN (2012).Dunia Syiah. Dicapai pada September 1, 2013, dari http://duniasyiah.blogspot.com/ (2013). Kedutaan terlibat sebar syiah?. Dicapai pada September 15, 2013, dari http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130904/dn_18/Kedutaan-terlibat- sebar-Syiah (2013).Ambil tahu penyebaran ajaran Syiah di Malaysia. Dicapai pada September 15,2013, dari http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130727/re_02/Ambil-tahu-bahaya- penyebaran-ajaran-Syiah-di-Malaysia (2012).Apakah Maksud Syiah. Dicapai pada September 15,2013,dari http://kenalisyiah.blogspot.com/2012/04/apakah-maksud-syiah.html (2013). Syiah Di Malaysia.Dicapai pada September 15,2013,dari http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia (2011).Syiah Di Malaysia.Dicapai pada September 15,2013,dari http://akidah2u.wordpress.com/2011/12/19/syiah-di-malaysia/ (2013).Menyingkap Topeng Syiah Majalah al-Ustaz,isu no 17,Telaga Biru (2013).Sunnahvs Bid‟ah,Penyelesaian konflik menurut Al-Qaradhawi,PTS Islamika Sdn.Bhd, ISBN 978-967-366-183-1
  68. 68. 67SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH LAMPIRAN Carta aliran pecahan kaum Syiah
  69. 69. 68SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH KedutaanterlibatsebarSyiah? Zamihan Mat Zin, menyampaikan ceramah pada Bicara Eksekutif bertajuk Ancaman Gerakan Syiah di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam. KUALA TERENGGANU 3 Sept. - Kedutaan negara tertentu didakwa memainkan peranan menyebar fahaman Syiah dan Wahabi dalam kalangan umat Islam di negara ini. Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam), Zamihan Mat Zin berkata, pihak kedutaan itu melantik golongan yang arif tentang agama dalam usaha menyebar fahaman tersebut melalui penganjuran seminar, ceramah, forum dan diskusi di seluruh negara. Tambahnya, golongan itu turut mendapat elaun khas dan bertindak berani memaklumkan kepada masyarakat mempunyai hubungan kukuh dengan kedutaan terbabit malah dilayan seperti orang kenamaan jika hadir ke kedutaan dalam usaha menarik perhatian orang ramai. "Pada dasarnya, kita enggan masuk campur dalam urusan kenegaraan, walau bagaimanapun jika mengundang rasa tidak aman masyarakat di negara ini, kita harus lakukan sesuatu dan peranan kerajaan amat penting dalam mendapatkan bukti dan maklumat tentang perkara ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk Ancaman Gerakan Syiah dalam program Bicara Eksekutif anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini hari ini. Mengulas lanjut, Zamihan berkata, pendedahan tersebut hasil soal selidik dan penyamaran pihaknya sebelum ini. Menurutnya, walaupun mempunyai bukti berhubung usaha penyebaran fahaman itu di kedutaan namun ketiadaan undang-undang yang kuat dan mampu mencabar tindakan tersebut menyukarkan mereka membawa perkara itu ke muka pengadilan. Tambah beliau, negara mempunyai undang-undang berkaitan gerakan itu namun penguatkuasaan yang tidak tegas selain pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyebabkan gerakan Syiah sukar dilumpuhkan. "Saya tidak kritik kerajaan tetapi saya harap pendedahan ini dapat membuka mata ramai pihak dan saya mahu mereka sedar ramai ahli politik, ahli perniagaan, pelajar dan golongan akademik yang terlibat dalam fahaman ini," katanya. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan segera menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan tegas bagi mengelak fahaman berkenaan menular dengan lebih meluas.

×