SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Download to read offline
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENGAJIAN ISLAM
MPU 3 A
TUGASAN INDIVIDU
TAJUK:
ISU MEROSAKAN AQIDAH UMAT ISLAM
(SIHIR)
DISEDIAKAN OLEH:
GURU PELATIH
NAMA: NURSYAHIRA BINTI MD ISA
NO. MATRIK: DPAKBMA 1403008
KOHORT: 6A G1
DISAHKAN OLEH:
PENSYARAH
PUAN NAJIHAH BINTI OTHMAN
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
Isi kandungan
Bil. Tajuk Muka surat
1 1.0 Pengenalan 1
2
4
5
6
7
8
9
2.0 Ringkasan isu
2.1 Sihir
2.1.1 Isu pertama
2.1.2 Isu kedua
2.2 Surah berkaitan
2.3 Faktor mempengaruhi
2.4 Cara mengatasi dari perspektif
2-3
3-8
9
10-11
10
11
3.0 Kesimpulan
Rujukan
12
12 Lampiran
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
1.0 Pengenalan
Aqidah merupakan satu ikatan atau janji manusia yang beriman dengan Allah S.W.T yang hidup
sebagai hambanya di muka bumi dan mengamalkan prinsip hidup berpegangan agama
berlandaskan syariat Islam yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis. Janji manusia yang
beriman kepada Allah S.W.T adalah untuk mentaati semua perintah dan menjauhi larangannya.
Oleh itu, dengan mempunyai pengangan teguh kepada aqidah Islam, maka hati akan sentiasa
menjadi tenang daripada bimbang dalam masalah kehidupan. Hal ini kerana Islam merupakan
satu-satunya jalan hidup yang benar, kekal di sisi Allah S.W.T dan sentiasa akan selalu di redhai
oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat. Konsep akidah dalam Islam adalah keimanan dan
keyakinan terhadap Allah S.W.T sebagai 'Rabb' dan beriman dengan para Rasul, serta
mengamalkan apa yang dibawa oleh para Rasul dalam melaksanakan kehidupan. Seterusnya
patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya.
Dalam Islam, aqidah juga merupakan sebuah landasan atau pedoman atas setiap perilaku
manusia dalam kehidupan beragama. Namun terdapat tiga aspek yang dapat merosakkan aqidah
umat Islam iaitu hati, lidah dan perbuatan. Hati iaitu mempercayai bahawa alam ini tiada
pencipta ataupun mempercayai bahawa terdapat kuasa lain yang dapat memberi pertolongan
selain daripada bantuan Allah S.W.T. Melalui lidah atau secara ungkapan pula misalnya,
mempersendakan ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W,
dengan mengatakan sesuatu yang tidak benar tentang firman Allah S.W.T atau mengubahnya.
Melalui perbuatan pula melakukan atau mengamalkan ajaran-ajaran lain selain dari yang dibawa
oleh para rasul, mempergunakan ayat Al-Quran sebagai tujuan yang dilarang, dan menyembah
selain dari Allah S.W.T.
Hal ini demikian, terdapat pelbagai isu yang merosakkan aqidah umat Islam pada zaman
sekarang antaranya seperti mengamalkan ilmu hitam atau sihir, mengubah kejadian yang dicipta,
terlibat dalam pergaulan bebas, isu pembuangan bayi di luar nikah, sumbang mahram, isu rogol,
seks di luar nikah, pengambilan barang yang diharam seperti dadah, minum arak dan sebagainya.
Oleh itu, isu yang merosakkan aqidah perlu dikenalpasti dan dibendung oleh setiap masyarakat
Islam agar gejala yang merosakkan aqidah dan keimanan dihapuskan dalam kalangan umat Islam
di negara ini.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
2.0 Ringkasan isu
2.1 Sihir
Sihir adalah satu amalan yang diamalkan oleh seseorang untuk menganiayai atau menyakiti
orang lain dengan perbuatan. Sihir juga digunakan adalah bertujuan tertentu misalnya,
meramal, pengubati penyakit, membunuh, menyakiti atau menganiayai seseorang. Sihir
merupakan amalan yang dilarang dalam agama Islam, hal ini kerana perbuatan sihir adalah
perbuatan yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis. Perbuatan sihir dapat merosakan
aqidah umat Islam kerana sihir adalah satu perbuatan hasad dengki yang bermula dari hati
yang seseorang. Perbuatan sihir juga melibatkan bantuan jin dimana seseorang akan
meminta pertolongan dan bergantung kepada jin dan syaitan untuk mendapatkan sesuatu.
Justeru itu, perbuatan ini telah mengakibatkan seseorang tidak yakin dan percaya bahawa
Allah S.W.T adalah tempat manusia meminta, bergantung dan berharap. Walaupun sihir
tergolong dalam sesuatu kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T didunia ini, namun ia
tetap menjadi satu larangan terhadap manusia untuk mengamalkannya. Wujudnya sihir di
dunia ini adalah sebagai ujian dan cubaan untuk manusia menjaga keimanan dan ketakwaan
dalam menjaga akidah. Walaupun sihir digunakan sebagai penyembuh penyakit, namun
perbuatan tersebut tidak diredhai Allah S.W.T kerana amalan sihir telah menghilangkan
keyakinan dan kepercayaan kepada kuasa Allah S.W.T.
2.1.1 Isu pertama
Berdasarkan artikel pertama, ilmu sihir iaitu santau adalah berkaitan satu perbuatan
syirik yang diamalkan untuk menyakiti dan menganiayai individu lain. Salah seorang
penceramah menjelaskan kesakitan yang dialami ketika terkena santau yang dihantar
kepadanya. Menurut beliau, individu yang menghantar santau kepadanya merupakan
seorang penganut yang beragama Islam. Perbuatan yang dilakukan adalah disebabkan
sifat iri hati serta kebencian individu tersebut terhadap beliau, namun demikian beliau
tetap percaya dengan kuasa Allah S.W.T yang mengizinkan berlakunya santau tersebut.
Hal ini demikian sebagai seorang yang mengamalkan ilmu agama berpandukan Al-
Quran serta berpegang teguh dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W beliau telah
memaafkan kesalahan individu tersebut dan berserah segalanya kepada Allah S.W.T.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
2.1.2 Isu kedua
Berdasarkan artikel kedua iaitu seorang wanita mengalami gangguan terhadap
dirinya. Menurut Dr. Amran Kasimin, wanita tersebut mengalami gangguan sihir jenis
pelalau iaitu sihir yang dilakukan oleh manusia, dengan pertolongan atau bantuan jin
sama ada jin yang dibela. Sihir tersebut adalah bertujuan untuk mengunci nafsu
manusia. Wanita tersebut mengatakan bahawa jodoh beliau telah ditolak berkali oleh
ahli keluarganya. Namun demikian, beliau tidak mengambil keputusan yang buruk
untuk menentukan masa depan beliau.
2.2 Surah berkaitan
Sihir menurut Rasulullah S.A.W adalah salah satu daripada dosa besar kerana perbuatan itu
dapat merosakan dan menghancurkan sesuatu bangsa dan darjat pelakunya jatuh sama ada
di dunia atau di akhirat. Nabi Muhammad S.A.W bersabda dalam sebuah Hadis Riwayat
Bukhairi dan Muslim yang bermaksud:
“Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Sahabat bertanya, Apakah tujuh perkara
itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan
riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik
melakukan maksiat terkutuk."
1) Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 102:
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
Maksud ayat, Mereka (membelakangi kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir
yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman,
padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, tetapi
puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang
mengajar manusia ilmu sihir dan apa yang diturunka oleh dua malaikat Harut Marut di
negeri Babilon, sedangkan mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah
mereka menasihatkan dengan berkata: sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk
menguji imanmu), sebab itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya).
Dalam pada itu juga ada orang mempelajari daripada mereka berdua tentang ilmu sihir
yang boleh menceraikan antara suami dengan isteri, padahal mereka tidak akan dapat
sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu kepada seseorang
pun melainkan dengan izin Allah S.W.T. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara
yang membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sebenarnya
mereka tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum
yahudi itu) telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang memmilih ilmu sihir itu tidaklah
lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa
yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Demikian itu, berdasarkan Surah Al-Baqarah ayat 102, Allah S.W.T telah berfirman
dan memerintahkan manusia agar menjauhi daripada perbuatan sihir kerana perbuatan
tersebut mendorong manusia menyekutukan kuasa Allah S.W.T serta mengakibatkan kufur
hakikat. Dalam hal ini para ulama berpendapat bahawa sihir adalah haram hukumnya bagi
pengamal sama ada bagi tujuan membantu atau menyembuhkan penyakit. Hal ini kerana
perbuatan tersebut dapat memberi kemudaratan yang buruk terhadap pengamal ataupun
bagi orang yang terkena ilmu sihir. Setiap penyakit mempunyai penawarnya kecuali mati.
Justeru itu, Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan
sihir.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
2) Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-A'araf ayat 155 dan 156 iaitu:
Maksud ayat 155, Dan Musa memilih tujuh puluh orang dari kaumnya untuk
(memohon taubat kepada kami) pada waktu yang telah kami tentukan. Ketika mereka
ditimpa gempa bumi, Musa berkata, “Ya Tuhanku, jika engkau kehendaki, tentulah engkau
binasakan mereka dan aku sebelum ini. Apakah engkau akan membinasakan kami kerana
perbuatan orang-orang yang kurang berakal di antara kami? Itu hanyalah cubaan dari
mu, engkau sesatkan dengan cubaan itu siapa yang engkau kehendaki dan engkau beri
petunjuk kepada siapa yang engkau kehendaki, engkaulah pemimpin kami, maka
ampunilah kami dan berilah kami rahmat engkaulah pemberi ampun yang baik.”
Ayat 156, Dan tetapkanlah kami untuk dunia kami kebaikkan di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya, kami kembali (bertaubat) kepada engkau. (Allah) berfirman, “seksa ku
akan aku timpakan kepada sesiapa yang aku kehendaki dan rahmatku meliputi segala
seuatu, maka akan aku tetapkan rahmat ku bagi orang-orang yang bertaqwa, yang
menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada kami.”
Dalam Surah Al-A'araf berdasarkan ayat 155 menjelaskan, terdapat 70 daripada
golongan Musa yang telah meminta keampunan kepada Allah S.W.T atas perbuatan yang
dilakukan. Perebuatan mereka membuat anak patung lembu dan menyembahnya. Namun
demikian, perbuatan ini adalah satu ujian dari Allah s.w.t untuk menguji dan melihat siapa
dikalangan mereka yang mempunyai kekuatan iman dan yang masih ragu-ragu kepada
Allah S.W.T.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
3) Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-A'araf ayat 117-122:
Maksud ayat 117, Dan kami wahyukan kepada Musa, “Lemparakanlah tongkatmu!” Maka
tiba-tiba ia menelan (habis) segala kepalsuan mereka.
Maksud ayat 118, Maka terbuktilah kebenaran dan segala yang mereka kerjakan jadi sia-
sia.
Maksud ayat 119, Maka mereka dikalahkan di tempat itu jadilah mereka orang-orang
yang hina.
Maksud ayat 120, Dan para penyihir itu serta merta menjatuhkan diri dengan bersujud.
Maksud ayat 121, mereka berkata, “Kami beriman kepada Tuhan seluruh alam,
Maksud ayat 122, (iaitu) Tuhannya Musa dan Harun.”
Surah tersebut menjelaskan bahawa perbuatan mempercayai dan mengamalkan sihir
adalah perkara yang sia-sia, kemudian setelah mengetahui perkara yang benar barulah
mereka bersujud kepada Allah S.W.T dan yakin terhadap kebenaran tentang seruan Nabi
Musa a.s dan tidak lagi mempercayai sihir.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
4) Firman Allah S.W.T Surah Thaaha ayat 65-70:
Maksud ayat 65, Mereka berkata ,“Wahai Musa! Apakah engkau yang melemparkan
(dahulu) atau kami yang lebih dahulu melemparkan?”
Maksud ayat 66, Dia (Musa) berkata,“Silakan kamu melemparkan!” Maka tiba-tiba tali-
tali dan tongkat-tongkat mereka terbayang olehnya (Musa) seakan-akan ia merayap
cepat, kerana sihir mereka.
Maksud ayat 67, Maka Musa merasa takut dalam hatinya.
Maksud ayat 68, Kami berfirman, “Jangan takut! Sungguh, engkaulah yang unggul
(menang).”
Maksud ayat 69, Dan lemparkan apa yang ada si tangan kananmu, nescaya ia akan
menelan apa yang mereka buat. Apa yang mereka buat itu hanyalah tipu daya penyihir
(belaka). Dan tidak akan menang penyihir itu, dari mana pun ia datang.
Maksud ayat 70, Lalu para penyihir itu merunduk dan bersujud, seraya berkata, “ Kami
telah percaya kepada tuhannya Harun dan Musa.”
Berdasarkan ayat tersebut, Allah S.W.T telah berfirman kepada Nabi Musa a.s supaya
jangan takut dengan apa yang dihadapi kerana setiap yang berlaku adalah dengan izin
Allah S.W.T.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
5) Firman Allah S.W.T Surah Al-Falaq ayat 1-5:
Maksud ayat 1, Katakanlah, “Aku berlindung kepada Tuhan menguasai subuh (fajar)”
Maksud ayat 2, dari kejahatan (makhluk yang) Dia ciptakan.
Maksud ayat 3, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita.
Maksud ayat 4, dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada
bahul-bahul (talinya),
Maksud ayat 5, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki.
Berdasarkan surah tersebut menceritakan sedikit kisah tentang Rasulullah S.A.W
pernah mengalami sakit yang parah, lalu didatangi malaikat. Malaikat itu mengatakan
bahawa baginda terkena guna-guna (sihir). Rupanya ada orang yahudi menyihir baginda
dengan gulungan tali pengikat yang terdiri dari sebelas simpul.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
2.3 Faktor mempengaruhi
Antara perkara yang mempengaruhi perbuatan sihir adalah faktor hati tidak yakin kepada
kuasa Allah S.W.T dan tidak menerima qada dan qadar. Hati merupakan sifat dalaman yang
sering dikaitkan dengan rohani dan jiwa. Kehalusan hati manusia mudah dipengaruhi
dengan keraguan. Hal ini menyebabkan keimanan seseorang mudah terpesong daripada
landasan yang sebenar sehingga merosakkan aqidah sebagai umat Islam yang berpegang
pada Al-Quran dan Hadis. Allah S.W.T telah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah, ayat
10:
‫ون‬‫ب‬‫كذ‬‫ي‬ ‫وا‬‫ان‬‫ك‬‫ا‬‫ب‬ ‫يم‬‫أل‬ ‫اب‬‫ذ‬‫ع‬ ‫م‬‫ل‬‫و‬ ‫ا‬‫ض‬‫ر‬‫م‬ ‫ال‬ ‫م‬‫ه‬‫اد‬‫ز‬$‫ف‬ ‫ض‬‫ر‬‫م‬ ‫م‬‫وب‬‫ل‬$‫ق‬ ‫ف‬
Maksudnya: Di dalam hati mereka ada penyakit (syak wasangka), lalu ditambah Allah
penyakit itu dan unutk mereka itu seksa yang pedih, kerana mereka berdusta.
Oleh itu, sebagai manusia perlulah menanamkan rasa takut kepada Allah S.W.T dan
sentiasa menjaga hati daripada tergolong dengan gejala yang dapat merosakkan akidah
serta mengakibatkan murtad.
Selain itu, faktor yang mempengaruhi sesorang mengamalkan ilmu sihir juga adalah
disebabkan perasaan iri hati atau sifat ingin membalas dendam kepada orang lain. Hal ini
apabila mereka mengamalkan ilmu sihir, seseorang itu akan merasa kehebatan dan
kepuasan atas tindakan yang dibuat tanpa memikirkan larangan Allah S.W.T. Misalnya,
perasaan iri hati terhadap kedudukan atau kekayaan yang dimiliki oleh seseorang.
Demikian itu, pengamal sihir yang iri hati ini akan mengambil jalan mudah berusaha untuk
memusnahkan serta menjatuhkan seseorang dengan perbuatan menyihir.
Seterusnya, faktor yang mempengaruhi perbuatan tersebut adalah disebabkan oleh
perasaan benci atau marah seseorang kepada orang lain. Hal ini kerana seseorang yang
tidak berpuas hati akan membalas dengan cara halus supaya seseorang merasainya
sehingga membawa kemudaratan pada tubuh badan serta emosi.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
2.4 Cara mengatasi dari perspektif
Cara mengatasi ilmu sihir mengikut perspektif agama Islam adalah beramal dengan ajaran
Nabi Muhammad S.A.W dan menanamkan kepercayaan dan keyakinan pada hati bahawa
tiada yang lebih berkuasa selain daripada Allah S.W.T. Oleh itu, tidak perlulah
menggunakan kuasa yang bergantung pada jin atau syaitan untuk menyembuhkan
penyakit, menganiayai mahupun menyakiti orang lain. Berdasarkan kisah yang berlaku
kepada Nabi Muhammad S.A.W, baginda pernah terkena sihir. Peristiwa ini berlaku adalah
untuk memberitahu bahawa terdapat beberapa surah dalam Al-Quran mampu menjadi
penawar. Misalnya, mengamalkan bacaan ayat Al-Quran, mengamalkan doa-doa harian
seperti Al-Mathsurat dan sebagainya. Dari Utsman bin Abi Al-Ash, dia mengeluh kerana
penyakit yang diderita pada tubuhnya semenjak dia masuk Islam. Rasulullah S.A.W
bersabda:“Letakkan tangan kananmu pada tempat yang sakit, kemudian bacalah
Bismillah 3 kali dan bacalah sebanyak 7 kali “Aku berlindung dengan kemuliaan Allah
dan kekuasaan-Nya dari kejahatan yang aku dapati.”
Terdapat Hadis Nabi yang menyebut akan kelebihan ayat-ayat atau surah tertentu
yang jika dibaca, diamal atau ditiupkan sebagai jampi kepada mereka yang terkena
penyakit tertentu akan dapat disembuhkan dengan izin Allah S.W.T. Islam juga
mengharuskan penggunaan segala jenis ubat yang diambil bagi mencegah sesuatu
penyakit, namun penggunaan ubat-ubatan hanyalah diklasfikasikan sebagai usaha ke arah
meringankan bebanan derita pesakit. Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam perlu
meletakkan keyakinan bahawa yang menyembuhkan penyakit itu hanyalah Allah S.W.T
semata-mata. Manakala ubatan pula adalah sebagai usaha untuk merawat penyakit yang
ditanggung. Al-Quran merupakan mukzijat yang paling agung bahkan keunggulannya
bukan sahaja sebagai pedoman, panduan dan ikutan namun ia relevan untuk diamalkan
sepanjang zaman.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
Seterusnya, cara mengatasi gejala sihir mengikut persepektif masyarakat Islam,
menurut Dr. Abdul Salam, walaupun tiada peruntukan undang-undang khusus kepada
pengamal ilmu sihir, mereka boleh diambil tindakan apabila mengetahui perkara tersebut
dialami oleh seseorang. Menurut pendapat ahli fekah, hukuman bunuh boleh dikenakan
kepada pengamal sihir disebabkan perbuatan mereka yang membahayakan masyarakat.
Hal ini kerana perbuatan tersebut telah melanggar larangan Allah S.W.T serta memberi
kemudaratan kepada diri dan orang lain. Seterusnya, perbuatan tersebut juga telah
mengakibatkan seseorang terdorong melakukan dosa besar.
Mengikut perspektif fatwa Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah membincangkan hukuman terhadap
amalan ilmu hitam atau sihir serta Muzakarah telah memutuskan bahawa perbuatan sihir
adalah dosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya adalah
haram. Bagi pengamal sihir yang mendatangkan kemudaratan kepada diri dan orang lain
adalah berdosa besar dan disabitkan sebagai pelaku jenayah, maka wajib dihukum qisas
atau hudud. Oleh itu, bagi mengatasi gejala sihir, pihak berkaitan hendaklah menyediakan
peruntukan undang-undang bagi menghukum pengamal-pengamal yang melakukan atau
mengamalkan amalan sihir.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
3.0 Kesimpulan
Kesimpulanya, perbuatan mengamalkan ilmu sihir adalah perbuatan yang telah melanggar
larangan Allah S.W.T dan merupakan dosa besar. Hal ini kerana kesan perbuatan sihir boleh
terkena kepada sesiapa sahaja sehingga memberi kesan buruk kepada individu yang terkena sihir.
Di dalam Hadis Riwayat Abu Daud dan Iman Ahmad, Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
maksudnya, Dari Ibn Mas'ud, katanya, Rasulullah S.A.W. telah bersabda, “Sesungguhnya jampi
mentera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik” Hadis ini di Riwayat Abu Daud dan Ahmad.
Oleh itu, kepentingan menjaga aqidah perlu diambil perhatian oleh umat Islam. Oleh
yang demikian, sebagai umat Islam yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat,
kita hendaklah menjadi masyarakat Islam yang memelihara dan menegakkan aqidah dan syari'at
Islam. Bagi memelihara dan memperkukuhkan aqidah pula ia hendaklah dibina atas dasar iman
yang kukuh. Seterusnya, dengan beramal cara hidup Islam yang berpegang teguh kepada Al-
Quran dan Hadis, keimanan seseorang akan lebih terpelihara dari dicemari oleh sebarang
serangan anasir dan gejala penyelewengan seperti kesesatan.
Berdoalah di samping segala usaha yang lain dalam mempertahankan aqidah Islam. Al-
Imam al-Hakim telah meriwayatkan dalam sebuah Hadis daripada Ali Radhiallahu 'Anhu bahawa
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud “Doa adalah senjata orang mukmin, tiang
kepada agama dan cahaya kepada langit dan bumi.” Selain itu, Rasulullah S.A.W bersabda:
“ Tidaklah seorang muslim yang ditimpa kesulitan maka Allah akan menggugurkan kesalahan-
kesalahannya seperti sebuah pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim. Oleh itu, sebagai umat Islam perlulah sentiasa menjaga aqidah dan berdoa
kepada Allah S.W.T agar dihindari dari perbuatan yang merosakkan akhlak seperti bergantung
kepada bantuan jin dan syaitan.
Demikian itu, Al-Quran mengajar kita berlindung diri kepada Allah daripada kejahatan
tukang sihir seperti firman Allah S.W.T dalam surah Al-Falaq yang bermaksud “Dan aku
berlindung diri daripada kejahatan tukang meniup simpul.” (Al-Falaq ayat 4). Justeru itu,
sebagai umat Islam perlulah sentiasa menjaga ibadah kepada Allah S.W.T. dan menjauhi segala
larangannya serta mengingati setiap pembalasan yang akan dikenakan di atas perbuatan yang
dilakukan ketika hidup di dunia.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
Rujukan
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2003). Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam Punca dan
Penyelesaian. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Ainol Khusyairi. (2004). Cerita-Cerita Motivasi untuk Iman. Pahang Darul Makmur: PTS
Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Prof. Abdul Basit Muhammad AL-Sayyid. (2009). Cara Nabi S.A.W Berubat& Mencegah
Penyakit. Selangor Darul Ehsan: Berlian Publications Sdn.Bhd.
Siti Nadiah Ahmad Zamlus. Sihir Di hujung Jari. Diperolehi pada 3 Jun 2016, daripada
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/sihir-di-hujung-jari-1.490469
Serba ringkas mengenai Sihir. 2008. diperolehi pada 1 Jun 2016 daripada https://hikmatun.
Wordpress.com/2008/02/07/serba-ringkas-mengenai-sihir/
Tafsir Surat Thaha, ayat 65-70 ~ Tafsir Ibnu Katsir. Diperolehi pada 6 Jun 2016 daripada
http://www.ibnukatsironline.com/2015/06/tafsir-surat-thaha-ayat-65-70.html
Terjemahan Al Quran Bahasa Melayu - Surah Taha. Diperolehi pada 10 Jun 2016 daripada
http://www.surah.my/20
Sihir Pelalau Kunci Nafsu. 2004.. Diperloehi pada 19 Jun 2016 daripada http://ww1.utusan.
com.my/utusan/info.aspy=2004&dt=0801&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm
Ayat - Ayat Pilihan Terapi Serangan Sihir Anyoel KotoKers™ Kumpulan Artikel Islami. 2012.
diperolehi pada 15 Jun 2016 daripada http://anyoel.mywapblog.com/ayat-ayat-
pilihanterapi-serangan-sihir.xhtml
Ilmu Sihir Pembawa Petaka – Buletin At-Tauhid. 2013. diperolehi pada 13 Jun 2016 daripada
https://buletin.muslim.or.id/aqidah/ilmu-sihir-pembawa-petaka
Analisis Isu. 2013. diperolehi pada 3 Jun 2016 daripada https://www.tranungkitenet/v12modules.
php?name=News&file=article&sid=28893
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
syahira

More Related Content

What's hot

Sikap rasulullah dalam berdakwah
Sikap rasulullah dalam berdakwahSikap rasulullah dalam berdakwah
Sikap rasulullah dalam berdakwahKamarudin Jaafar
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daifdr2200s
 
Solat dari perspektif kepimpinan dan sosial
Solat dari perspektif kepimpinan dan sosialSolat dari perspektif kepimpinan dan sosial
Solat dari perspektif kepimpinan dan sosialAidil Syazwan
 
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfxKuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfxMok Ming yan
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1Salam Salleh
 
GWP1092 - Struktur dalam Penulisan
GWP1092 - Struktur dalam PenulisanGWP1092 - Struktur dalam Penulisan
GWP1092 - Struktur dalam PenulisanAhmad Fahmi
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadithwmkfirdaus
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaIZZATIZULKEFLI1
 
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaAtiekah Pauzi
 
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamKonsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamshah din
 
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan PerkembangannyaAkidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan PerkembangannyaAhmad Zaki Abdul Latiff
 
Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Rashidah Abd Wahab
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid123syahier
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam IslamHubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam IslamMuhd Danial
 

What's hot (20)

kufur , murtad
kufur , murtad kufur , murtad
kufur , murtad
 
Sikap rasulullah dalam berdakwah
Sikap rasulullah dalam berdakwahSikap rasulullah dalam berdakwah
Sikap rasulullah dalam berdakwah
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daif
 
Gerakan anti hadith & kesannya kepada masyarakat islam
Gerakan anti hadith & kesannya kepada masyarakat islamGerakan anti hadith & kesannya kepada masyarakat islam
Gerakan anti hadith & kesannya kepada masyarakat islam
 
Solat dari perspektif kepimpinan dan sosial
Solat dari perspektif kepimpinan dan sosialSolat dari perspektif kepimpinan dan sosial
Solat dari perspektif kepimpinan dan sosial
 
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfxKuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
 
Kesan iman
Kesan imanKesan iman
Kesan iman
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
 
GWP1092 - Struktur dalam Penulisan
GWP1092 - Struktur dalam PenulisanGWP1092 - Struktur dalam Penulisan
GWP1092 - Struktur dalam Penulisan
 
ASAS AQIDAH ISLAM
ASAS AQIDAH ISLAMASAS AQIDAH ISLAM
ASAS AQIDAH ISLAM
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadith
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
 
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannya
 
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamKonsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
 
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan PerkembangannyaAkidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
 
Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Perkara yang Merosakkan Akidah
Perkara yang Merosakkan AkidahPerkara yang Merosakkan Akidah
Perkara yang Merosakkan Akidah
 
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam IslamHubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
 

Viewers also liked

Amalan Khurafat Masyarakat Melayu
Amalan Khurafat Masyarakat MelayuAmalan Khurafat Masyarakat Melayu
Amalan Khurafat Masyarakat MelayuZul Fikri
 
Ajaran sesat, Murtad, Syirik dan Khurafat
Ajaran sesat, Murtad, Syirik dan KhurafatAjaran sesat, Murtad, Syirik dan Khurafat
Ajaran sesat, Murtad, Syirik dan KhurafatNaz Cloud
 
Kelompok 3 (xi 2) tata cara merawat jenazah
Kelompok 3 (xi 2)   tata cara merawat jenazahKelompok 3 (xi 2)   tata cara merawat jenazah
Kelompok 3 (xi 2) tata cara merawat jenazahEka Nur Afiani
 
Perkembangan islam pada masa modern
Perkembangan islam pada masa modernPerkembangan islam pada masa modern
Perkembangan islam pada masa modernkemarau20
 
Kuliah 2 teori otak triune teori split brain dan multiple in
Kuliah 2 teori otak triune teori split brain dan multiple inKuliah 2 teori otak triune teori split brain dan multiple in
Kuliah 2 teori otak triune teori split brain dan multiple inZuzan Michael Japang
 
Pai hijab dan busana muslim
Pai hijab dan busana muslimPai hijab dan busana muslim
Pai hijab dan busana muslimNormaya_
 
Syafiq folio(pai)
Syafiq folio(pai)Syafiq folio(pai)
Syafiq folio(pai)syafiqtime
 
Bahaya Sihir dan Perdukunan
Bahaya Sihir dan Perdukunan  Bahaya Sihir dan Perdukunan
Bahaya Sihir dan Perdukunan Idrus Abidin
 
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANNadirah Husna
 
Tafsir Surah al-Fatihah
Tafsir Surah al-FatihahTafsir Surah al-Fatihah
Tafsir Surah al-FatihahIdrus Abidin
 
Pengajian Motivasi Remaja Islam
Pengajian Motivasi Remaja IslamPengajian Motivasi Remaja Islam
Pengajian Motivasi Remaja IslamBhayu Sulistiawan
 

Viewers also liked (16)

Amalan Khurafat Masyarakat Melayu
Amalan Khurafat Masyarakat MelayuAmalan Khurafat Masyarakat Melayu
Amalan Khurafat Masyarakat Melayu
 
Ajaran sesat, Murtad, Syirik dan Khurafat
Ajaran sesat, Murtad, Syirik dan KhurafatAjaran sesat, Murtad, Syirik dan Khurafat
Ajaran sesat, Murtad, Syirik dan Khurafat
 
Pengaruh islam dalam amalan perbomohan
Pengaruh islam dalam amalan perbomohanPengaruh islam dalam amalan perbomohan
Pengaruh islam dalam amalan perbomohan
 
Khurafat
KhurafatKhurafat
Khurafat
 
Kelompok 3 (xi 2) tata cara merawat jenazah
Kelompok 3 (xi 2)   tata cara merawat jenazahKelompok 3 (xi 2)   tata cara merawat jenazah
Kelompok 3 (xi 2) tata cara merawat jenazah
 
Khurafat
KhurafatKhurafat
Khurafat
 
Perkembangan islam pada masa modern
Perkembangan islam pada masa modernPerkembangan islam pada masa modern
Perkembangan islam pada masa modern
 
Kuliah 2 teori otak triune teori split brain dan multiple in
Kuliah 2 teori otak triune teori split brain dan multiple inKuliah 2 teori otak triune teori split brain dan multiple in
Kuliah 2 teori otak triune teori split brain dan multiple in
 
Pai hijab dan busana muslim
Pai hijab dan busana muslimPai hijab dan busana muslim
Pai hijab dan busana muslim
 
Spot spm hadis
Spot spm hadisSpot spm hadis
Spot spm hadis
 
Syafiq folio(pai)
Syafiq folio(pai)Syafiq folio(pai)
Syafiq folio(pai)
 
Bahaya Sihir dan Perdukunan
Bahaya Sihir dan Perdukunan  Bahaya Sihir dan Perdukunan
Bahaya Sihir dan Perdukunan
 
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Tafsir Surah al-Fatihah
Tafsir Surah al-FatihahTafsir Surah al-Fatihah
Tafsir Surah al-Fatihah
 
Pengajian Motivasi Remaja Islam
Pengajian Motivasi Remaja IslamPengajian Motivasi Remaja Islam
Pengajian Motivasi Remaja Islam
 
Adab ziarah-jenazah
Adab ziarah-jenazahAdab ziarah-jenazah
Adab ziarah-jenazah
 

Similar to Isu merosakkan aqidah umat Islam -SIHIR-

Perkara perkara yang membatalkan iman
Perkara perkara yang membatalkan imanPerkara perkara yang membatalkan iman
Perkara perkara yang membatalkan imanPensil Dan Pemadam
 
Memahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaranMemahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaranMuhsin Hariyanto
 
Hubungan agama dengan kebidanan sitti mayansari
Hubungan agama dengan kebidanan sitti mayansariHubungan agama dengan kebidanan sitti mayansari
Hubungan agama dengan kebidanan sitti mayansariOperator Warnet Vast Raha
 
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013MohdTajuddin
 
Amalan perbomohan atau jampi dalam masyarakat
Amalan perbomohan atau jampi dalam masyarakatAmalan perbomohan atau jampi dalam masyarakat
Amalan perbomohan atau jampi dalam masyarakatR&R Darulkautsar
 
PENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
PENYELESAIAN GEJALA SOSIALPENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
PENYELESAIAN GEJALA SOSIAL@f!Q@H @F!N@
 
Batasan dalam pergaulan pemuda pemudi
Batasan dalam pergaulan  pemuda pemudiBatasan dalam pergaulan  pemuda pemudi
Batasan dalam pergaulan pemuda pemudiArif Abdurrahman
 
Boleh Dan Tidak Boleh Terhadap Non Muslim
Boleh Dan Tidak Boleh Terhadap Non MuslimBoleh Dan Tidak Boleh Terhadap Non Muslim
Boleh Dan Tidak Boleh Terhadap Non MuslimYulian Purnama
 
Ebook gratis kerasukan setan, benarkah manusia dapat dirasuki oleh jin 2 - ...
Ebook gratis   kerasukan setan, benarkah manusia dapat dirasuki oleh jin 2 - ...Ebook gratis   kerasukan setan, benarkah manusia dapat dirasuki oleh jin 2 - ...
Ebook gratis kerasukan setan, benarkah manusia dapat dirasuki oleh jin 2 - ...Rohman Cahaya
 
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN MAQASID SYRAK
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN MAQASID SYRAK1. FIQH AWLAWIYYAT DAN MAQASID SYRAK
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN MAQASID SYRAKAmiruddin Ahmad
 
fanatik dan taksub kepada guru
 fanatik dan taksub kepada guru fanatik dan taksub kepada guru
fanatik dan taksub kepada guruR&R Darulkautsar
 
Bab 5 pergaulan bebas dan zina
Bab 5 pergaulan bebas dan zinaBab 5 pergaulan bebas dan zina
Bab 5 pergaulan bebas dan zinaSiti Khoiriah
 

Similar to Isu merosakkan aqidah umat Islam -SIHIR- (20)

Perkara perkara yang membatalkan iman
Perkara perkara yang membatalkan imanPerkara perkara yang membatalkan iman
Perkara perkara yang membatalkan iman
 
Memahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaranMemahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaran
 
Hubungan agama dengan kebidanan sitti mayansari
Hubungan agama dengan kebidanan sitti mayansariHubungan agama dengan kebidanan sitti mayansari
Hubungan agama dengan kebidanan sitti mayansari
 
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
 
Pedoman Krr Islam
Pedoman Krr IslamPedoman Krr Islam
Pedoman Krr Islam
 
Amalan perbomohan atau jampi dalam masyarakat
Amalan perbomohan atau jampi dalam masyarakatAmalan perbomohan atau jampi dalam masyarakat
Amalan perbomohan atau jampi dalam masyarakat
 
null.pptx
null.pptxnull.pptx
null.pptx
 
Khurafat 130420025512-phpapp02
Khurafat 130420025512-phpapp02Khurafat 130420025512-phpapp02
Khurafat 130420025512-phpapp02
 
PENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
PENYELESAIAN GEJALA SOSIALPENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
PENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
 
All
AllAll
All
 
Makalah pai kel 2
Makalah pai kel 2Makalah pai kel 2
Makalah pai kel 2
 
Batasan dalam pergaulan pemuda pemudi
Batasan dalam pergaulan  pemuda pemudiBatasan dalam pergaulan  pemuda pemudi
Batasan dalam pergaulan pemuda pemudi
 
Boleh Dan Tidak Boleh Terhadap Non Muslim
Boleh Dan Tidak Boleh Terhadap Non MuslimBoleh Dan Tidak Boleh Terhadap Non Muslim
Boleh Dan Tidak Boleh Terhadap Non Muslim
 
Ebook gratis kerasukan setan, benarkah manusia dapat dirasuki oleh jin 2 - ...
Ebook gratis   kerasukan setan, benarkah manusia dapat dirasuki oleh jin 2 - ...Ebook gratis   kerasukan setan, benarkah manusia dapat dirasuki oleh jin 2 - ...
Ebook gratis kerasukan setan, benarkah manusia dapat dirasuki oleh jin 2 - ...
 
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN MAQASID SYRAK
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN MAQASID SYRAK1. FIQH AWLAWIYYAT DAN MAQASID SYRAK
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN MAQASID SYRAK
 
Kewajiban Dakwah
Kewajiban DakwahKewajiban Dakwah
Kewajiban Dakwah
 
fanatik dan taksub kepada guru
 fanatik dan taksub kepada guru fanatik dan taksub kepada guru
fanatik dan taksub kepada guru
 
Bab 5 pergaulan bebas dan zina
Bab 5 pergaulan bebas dan zinaBab 5 pergaulan bebas dan zina
Bab 5 pergaulan bebas dan zina
 
Bab 5 pergaulan bebas dan zina
Bab 5 pergaulan bebas dan zinaBab 5 pergaulan bebas dan zina
Bab 5 pergaulan bebas dan zina
 
Makalah agama ice
Makalah agama iceMakalah agama ice
Makalah agama ice
 

Isu merosakkan aqidah umat Islam -SIHIR-

  • 1. PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A TUGASAN INDIVIDU TAJUK: ISU MEROSAKAN AQIDAH UMAT ISLAM (SIHIR) DISEDIAKAN OLEH: GURU PELATIH NAMA: NURSYAHIRA BINTI MD ISA NO. MATRIK: DPAKBMA 1403008 KOHORT: 6A G1 DISAHKAN OLEH: PENSYARAH PUAN NAJIHAH BINTI OTHMAN KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
  • 2. PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A Isi kandungan Bil. Tajuk Muka surat 1 1.0 Pengenalan 1 2 4 5 6 7 8 9 2.0 Ringkasan isu 2.1 Sihir 2.1.1 Isu pertama 2.1.2 Isu kedua 2.2 Surah berkaitan 2.3 Faktor mempengaruhi 2.4 Cara mengatasi dari perspektif 2-3 3-8 9 10-11 10 11 3.0 Kesimpulan Rujukan 12 12 Lampiran KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
  • 3. PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A 1.0 Pengenalan Aqidah merupakan satu ikatan atau janji manusia yang beriman dengan Allah S.W.T yang hidup sebagai hambanya di muka bumi dan mengamalkan prinsip hidup berpegangan agama berlandaskan syariat Islam yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis. Janji manusia yang beriman kepada Allah S.W.T adalah untuk mentaati semua perintah dan menjauhi larangannya. Oleh itu, dengan mempunyai pengangan teguh kepada aqidah Islam, maka hati akan sentiasa menjadi tenang daripada bimbang dalam masalah kehidupan. Hal ini kerana Islam merupakan satu-satunya jalan hidup yang benar, kekal di sisi Allah S.W.T dan sentiasa akan selalu di redhai oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat. Konsep akidah dalam Islam adalah keimanan dan keyakinan terhadap Allah S.W.T sebagai 'Rabb' dan beriman dengan para Rasul, serta mengamalkan apa yang dibawa oleh para Rasul dalam melaksanakan kehidupan. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Dalam Islam, aqidah juga merupakan sebuah landasan atau pedoman atas setiap perilaku manusia dalam kehidupan beragama. Namun terdapat tiga aspek yang dapat merosakkan aqidah umat Islam iaitu hati, lidah dan perbuatan. Hati iaitu mempercayai bahawa alam ini tiada pencipta ataupun mempercayai bahawa terdapat kuasa lain yang dapat memberi pertolongan selain daripada bantuan Allah S.W.T. Melalui lidah atau secara ungkapan pula misalnya, mempersendakan ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W, dengan mengatakan sesuatu yang tidak benar tentang firman Allah S.W.T atau mengubahnya. Melalui perbuatan pula melakukan atau mengamalkan ajaran-ajaran lain selain dari yang dibawa oleh para rasul, mempergunakan ayat Al-Quran sebagai tujuan yang dilarang, dan menyembah selain dari Allah S.W.T. Hal ini demikian, terdapat pelbagai isu yang merosakkan aqidah umat Islam pada zaman sekarang antaranya seperti mengamalkan ilmu hitam atau sihir, mengubah kejadian yang dicipta, terlibat dalam pergaulan bebas, isu pembuangan bayi di luar nikah, sumbang mahram, isu rogol, seks di luar nikah, pengambilan barang yang diharam seperti dadah, minum arak dan sebagainya. Oleh itu, isu yang merosakkan aqidah perlu dikenalpasti dan dibendung oleh setiap masyarakat Islam agar gejala yang merosakkan aqidah dan keimanan dihapuskan dalam kalangan umat Islam di negara ini. KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
  • 4. PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A 2.0 Ringkasan isu 2.1 Sihir Sihir adalah satu amalan yang diamalkan oleh seseorang untuk menganiayai atau menyakiti orang lain dengan perbuatan. Sihir juga digunakan adalah bertujuan tertentu misalnya, meramal, pengubati penyakit, membunuh, menyakiti atau menganiayai seseorang. Sihir merupakan amalan yang dilarang dalam agama Islam, hal ini kerana perbuatan sihir adalah perbuatan yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis. Perbuatan sihir dapat merosakan aqidah umat Islam kerana sihir adalah satu perbuatan hasad dengki yang bermula dari hati yang seseorang. Perbuatan sihir juga melibatkan bantuan jin dimana seseorang akan meminta pertolongan dan bergantung kepada jin dan syaitan untuk mendapatkan sesuatu. Justeru itu, perbuatan ini telah mengakibatkan seseorang tidak yakin dan percaya bahawa Allah S.W.T adalah tempat manusia meminta, bergantung dan berharap. Walaupun sihir tergolong dalam sesuatu kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T didunia ini, namun ia tetap menjadi satu larangan terhadap manusia untuk mengamalkannya. Wujudnya sihir di dunia ini adalah sebagai ujian dan cubaan untuk manusia menjaga keimanan dan ketakwaan dalam menjaga akidah. Walaupun sihir digunakan sebagai penyembuh penyakit, namun perbuatan tersebut tidak diredhai Allah S.W.T kerana amalan sihir telah menghilangkan keyakinan dan kepercayaan kepada kuasa Allah S.W.T. 2.1.1 Isu pertama Berdasarkan artikel pertama, ilmu sihir iaitu santau adalah berkaitan satu perbuatan syirik yang diamalkan untuk menyakiti dan menganiayai individu lain. Salah seorang penceramah menjelaskan kesakitan yang dialami ketika terkena santau yang dihantar kepadanya. Menurut beliau, individu yang menghantar santau kepadanya merupakan seorang penganut yang beragama Islam. Perbuatan yang dilakukan adalah disebabkan sifat iri hati serta kebencian individu tersebut terhadap beliau, namun demikian beliau tetap percaya dengan kuasa Allah S.W.T yang mengizinkan berlakunya santau tersebut. Hal ini demikian sebagai seorang yang mengamalkan ilmu agama berpandukan Al- Quran serta berpegang teguh dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W beliau telah memaafkan kesalahan individu tersebut dan berserah segalanya kepada Allah S.W.T. KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
  • 5. PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A 2.1.2 Isu kedua Berdasarkan artikel kedua iaitu seorang wanita mengalami gangguan terhadap dirinya. Menurut Dr. Amran Kasimin, wanita tersebut mengalami gangguan sihir jenis pelalau iaitu sihir yang dilakukan oleh manusia, dengan pertolongan atau bantuan jin sama ada jin yang dibela. Sihir tersebut adalah bertujuan untuk mengunci nafsu manusia. Wanita tersebut mengatakan bahawa jodoh beliau telah ditolak berkali oleh ahli keluarganya. Namun demikian, beliau tidak mengambil keputusan yang buruk untuk menentukan masa depan beliau. 2.2 Surah berkaitan Sihir menurut Rasulullah S.A.W adalah salah satu daripada dosa besar kerana perbuatan itu dapat merosakan dan menghancurkan sesuatu bangsa dan darjat pelakunya jatuh sama ada di dunia atau di akhirat. Nabi Muhammad S.A.W bersabda dalam sebuah Hadis Riwayat Bukhairi dan Muslim yang bermaksud: “Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Sahabat bertanya, Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk." 1) Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 102: KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
  • 6. PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A Maksud ayat, Mereka (membelakangi kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajar manusia ilmu sihir dan apa yang diturunka oleh dua malaikat Harut Marut di negeri Babilon, sedangkan mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah mereka menasihatkan dengan berkata: sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), sebab itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu juga ada orang mempelajari daripada mereka berdua tentang ilmu sihir yang boleh menceraikan antara suami dengan isteri, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu kepada seseorang pun melainkan dengan izin Allah S.W.T. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sebenarnya mereka tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum yahudi itu) telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang memmilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. Demikian itu, berdasarkan Surah Al-Baqarah ayat 102, Allah S.W.T telah berfirman dan memerintahkan manusia agar menjauhi daripada perbuatan sihir kerana perbuatan tersebut mendorong manusia menyekutukan kuasa Allah S.W.T serta mengakibatkan kufur hakikat. Dalam hal ini para ulama berpendapat bahawa sihir adalah haram hukumnya bagi pengamal sama ada bagi tujuan membantu atau menyembuhkan penyakit. Hal ini kerana perbuatan tersebut dapat memberi kemudaratan yang buruk terhadap pengamal ataupun bagi orang yang terkena ilmu sihir. Setiap penyakit mempunyai penawarnya kecuali mati. Justeru itu, Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
  • 7. PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A 2) Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-A'araf ayat 155 dan 156 iaitu: Maksud ayat 155, Dan Musa memilih tujuh puluh orang dari kaumnya untuk (memohon taubat kepada kami) pada waktu yang telah kami tentukan. Ketika mereka ditimpa gempa bumi, Musa berkata, “Ya Tuhanku, jika engkau kehendaki, tentulah engkau binasakan mereka dan aku sebelum ini. Apakah engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang yang kurang berakal di antara kami? Itu hanyalah cubaan dari mu, engkau sesatkan dengan cubaan itu siapa yang engkau kehendaki dan engkau beri petunjuk kepada siapa yang engkau kehendaki, engkaulah pemimpin kami, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat engkaulah pemberi ampun yang baik.” Ayat 156, Dan tetapkanlah kami untuk dunia kami kebaikkan di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya, kami kembali (bertaubat) kepada engkau. (Allah) berfirman, “seksa ku akan aku timpakan kepada sesiapa yang aku kehendaki dan rahmatku meliputi segala seuatu, maka akan aku tetapkan rahmat ku bagi orang-orang yang bertaqwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada kami.” Dalam Surah Al-A'araf berdasarkan ayat 155 menjelaskan, terdapat 70 daripada golongan Musa yang telah meminta keampunan kepada Allah S.W.T atas perbuatan yang dilakukan. Perebuatan mereka membuat anak patung lembu dan menyembahnya. Namun demikian, perbuatan ini adalah satu ujian dari Allah s.w.t untuk menguji dan melihat siapa dikalangan mereka yang mempunyai kekuatan iman dan yang masih ragu-ragu kepada Allah S.W.T. KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
  • 8. PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A 3) Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-A'araf ayat 117-122: Maksud ayat 117, Dan kami wahyukan kepada Musa, “Lemparakanlah tongkatmu!” Maka tiba-tiba ia menelan (habis) segala kepalsuan mereka. Maksud ayat 118, Maka terbuktilah kebenaran dan segala yang mereka kerjakan jadi sia- sia. Maksud ayat 119, Maka mereka dikalahkan di tempat itu jadilah mereka orang-orang yang hina. Maksud ayat 120, Dan para penyihir itu serta merta menjatuhkan diri dengan bersujud. Maksud ayat 121, mereka berkata, “Kami beriman kepada Tuhan seluruh alam, Maksud ayat 122, (iaitu) Tuhannya Musa dan Harun.” Surah tersebut menjelaskan bahawa perbuatan mempercayai dan mengamalkan sihir adalah perkara yang sia-sia, kemudian setelah mengetahui perkara yang benar barulah mereka bersujud kepada Allah S.W.T dan yakin terhadap kebenaran tentang seruan Nabi Musa a.s dan tidak lagi mempercayai sihir. KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
  • 9. PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A 4) Firman Allah S.W.T Surah Thaaha ayat 65-70: Maksud ayat 65, Mereka berkata ,“Wahai Musa! Apakah engkau yang melemparkan (dahulu) atau kami yang lebih dahulu melemparkan?” Maksud ayat 66, Dia (Musa) berkata,“Silakan kamu melemparkan!” Maka tiba-tiba tali- tali dan tongkat-tongkat mereka terbayang olehnya (Musa) seakan-akan ia merayap cepat, kerana sihir mereka. Maksud ayat 67, Maka Musa merasa takut dalam hatinya. Maksud ayat 68, Kami berfirman, “Jangan takut! Sungguh, engkaulah yang unggul (menang).” Maksud ayat 69, Dan lemparkan apa yang ada si tangan kananmu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka buat. Apa yang mereka buat itu hanyalah tipu daya penyihir (belaka). Dan tidak akan menang penyihir itu, dari mana pun ia datang. Maksud ayat 70, Lalu para penyihir itu merunduk dan bersujud, seraya berkata, “ Kami telah percaya kepada tuhannya Harun dan Musa.” Berdasarkan ayat tersebut, Allah S.W.T telah berfirman kepada Nabi Musa a.s supaya jangan takut dengan apa yang dihadapi kerana setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah S.W.T. KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
  • 10. PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A 5) Firman Allah S.W.T Surah Al-Falaq ayat 1-5: Maksud ayat 1, Katakanlah, “Aku berlindung kepada Tuhan menguasai subuh (fajar)” Maksud ayat 2, dari kejahatan (makhluk yang) Dia ciptakan. Maksud ayat 3, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Maksud ayat 4, dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada bahul-bahul (talinya), Maksud ayat 5, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki. Berdasarkan surah tersebut menceritakan sedikit kisah tentang Rasulullah S.A.W pernah mengalami sakit yang parah, lalu didatangi malaikat. Malaikat itu mengatakan bahawa baginda terkena guna-guna (sihir). Rupanya ada orang yahudi menyihir baginda dengan gulungan tali pengikat yang terdiri dari sebelas simpul. KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
  • 11. PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A 2.3 Faktor mempengaruhi Antara perkara yang mempengaruhi perbuatan sihir adalah faktor hati tidak yakin kepada kuasa Allah S.W.T dan tidak menerima qada dan qadar. Hati merupakan sifat dalaman yang sering dikaitkan dengan rohani dan jiwa. Kehalusan hati manusia mudah dipengaruhi dengan keraguan. Hal ini menyebabkan keimanan seseorang mudah terpesong daripada landasan yang sebenar sehingga merosakkan aqidah sebagai umat Islam yang berpegang pada Al-Quran dan Hadis. Allah S.W.T telah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 10: ‫ون‬‫ب‬‫كذ‬‫ي‬ ‫وا‬‫ان‬‫ك‬‫ا‬‫ب‬ ‫يم‬‫أل‬ ‫اب‬‫ذ‬‫ع‬ ‫م‬‫ل‬‫و‬ ‫ا‬‫ض‬‫ر‬‫م‬ ‫ال‬ ‫م‬‫ه‬‫اد‬‫ز‬$‫ف‬ ‫ض‬‫ر‬‫م‬ ‫م‬‫وب‬‫ل‬$‫ق‬ ‫ف‬ Maksudnya: Di dalam hati mereka ada penyakit (syak wasangka), lalu ditambah Allah penyakit itu dan unutk mereka itu seksa yang pedih, kerana mereka berdusta. Oleh itu, sebagai manusia perlulah menanamkan rasa takut kepada Allah S.W.T dan sentiasa menjaga hati daripada tergolong dengan gejala yang dapat merosakkan akidah serta mengakibatkan murtad. Selain itu, faktor yang mempengaruhi sesorang mengamalkan ilmu sihir juga adalah disebabkan perasaan iri hati atau sifat ingin membalas dendam kepada orang lain. Hal ini apabila mereka mengamalkan ilmu sihir, seseorang itu akan merasa kehebatan dan kepuasan atas tindakan yang dibuat tanpa memikirkan larangan Allah S.W.T. Misalnya, perasaan iri hati terhadap kedudukan atau kekayaan yang dimiliki oleh seseorang. Demikian itu, pengamal sihir yang iri hati ini akan mengambil jalan mudah berusaha untuk memusnahkan serta menjatuhkan seseorang dengan perbuatan menyihir. Seterusnya, faktor yang mempengaruhi perbuatan tersebut adalah disebabkan oleh perasaan benci atau marah seseorang kepada orang lain. Hal ini kerana seseorang yang tidak berpuas hati akan membalas dengan cara halus supaya seseorang merasainya sehingga membawa kemudaratan pada tubuh badan serta emosi. KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
  • 12. PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A 2.4 Cara mengatasi dari perspektif Cara mengatasi ilmu sihir mengikut perspektif agama Islam adalah beramal dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W dan menanamkan kepercayaan dan keyakinan pada hati bahawa tiada yang lebih berkuasa selain daripada Allah S.W.T. Oleh itu, tidak perlulah menggunakan kuasa yang bergantung pada jin atau syaitan untuk menyembuhkan penyakit, menganiayai mahupun menyakiti orang lain. Berdasarkan kisah yang berlaku kepada Nabi Muhammad S.A.W, baginda pernah terkena sihir. Peristiwa ini berlaku adalah untuk memberitahu bahawa terdapat beberapa surah dalam Al-Quran mampu menjadi penawar. Misalnya, mengamalkan bacaan ayat Al-Quran, mengamalkan doa-doa harian seperti Al-Mathsurat dan sebagainya. Dari Utsman bin Abi Al-Ash, dia mengeluh kerana penyakit yang diderita pada tubuhnya semenjak dia masuk Islam. Rasulullah S.A.W bersabda:“Letakkan tangan kananmu pada tempat yang sakit, kemudian bacalah Bismillah 3 kali dan bacalah sebanyak 7 kali “Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya dari kejahatan yang aku dapati.” Terdapat Hadis Nabi yang menyebut akan kelebihan ayat-ayat atau surah tertentu yang jika dibaca, diamal atau ditiupkan sebagai jampi kepada mereka yang terkena penyakit tertentu akan dapat disembuhkan dengan izin Allah S.W.T. Islam juga mengharuskan penggunaan segala jenis ubat yang diambil bagi mencegah sesuatu penyakit, namun penggunaan ubat-ubatan hanyalah diklasfikasikan sebagai usaha ke arah meringankan bebanan derita pesakit. Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam perlu meletakkan keyakinan bahawa yang menyembuhkan penyakit itu hanyalah Allah S.W.T semata-mata. Manakala ubatan pula adalah sebagai usaha untuk merawat penyakit yang ditanggung. Al-Quran merupakan mukzijat yang paling agung bahkan keunggulannya bukan sahaja sebagai pedoman, panduan dan ikutan namun ia relevan untuk diamalkan sepanjang zaman. KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
  • 13. PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A Seterusnya, cara mengatasi gejala sihir mengikut persepektif masyarakat Islam, menurut Dr. Abdul Salam, walaupun tiada peruntukan undang-undang khusus kepada pengamal ilmu sihir, mereka boleh diambil tindakan apabila mengetahui perkara tersebut dialami oleh seseorang. Menurut pendapat ahli fekah, hukuman bunuh boleh dikenakan kepada pengamal sihir disebabkan perbuatan mereka yang membahayakan masyarakat. Hal ini kerana perbuatan tersebut telah melanggar larangan Allah S.W.T serta memberi kemudaratan kepada diri dan orang lain. Seterusnya, perbuatan tersebut juga telah mengakibatkan seseorang terdorong melakukan dosa besar. Mengikut perspektif fatwa Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah membincangkan hukuman terhadap amalan ilmu hitam atau sihir serta Muzakarah telah memutuskan bahawa perbuatan sihir adalah dosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya adalah haram. Bagi pengamal sihir yang mendatangkan kemudaratan kepada diri dan orang lain adalah berdosa besar dan disabitkan sebagai pelaku jenayah, maka wajib dihukum qisas atau hudud. Oleh itu, bagi mengatasi gejala sihir, pihak berkaitan hendaklah menyediakan peruntukan undang-undang bagi menghukum pengamal-pengamal yang melakukan atau mengamalkan amalan sihir. KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
  • 14. PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A 3.0 Kesimpulan Kesimpulanya, perbuatan mengamalkan ilmu sihir adalah perbuatan yang telah melanggar larangan Allah S.W.T dan merupakan dosa besar. Hal ini kerana kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja sehingga memberi kesan buruk kepada individu yang terkena sihir. Di dalam Hadis Riwayat Abu Daud dan Iman Ahmad, Rasulullah S.A.W pernah bersabda, maksudnya, Dari Ibn Mas'ud, katanya, Rasulullah S.A.W. telah bersabda, “Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik” Hadis ini di Riwayat Abu Daud dan Ahmad. Oleh itu, kepentingan menjaga aqidah perlu diambil perhatian oleh umat Islam. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat, kita hendaklah menjadi masyarakat Islam yang memelihara dan menegakkan aqidah dan syari'at Islam. Bagi memelihara dan memperkukuhkan aqidah pula ia hendaklah dibina atas dasar iman yang kukuh. Seterusnya, dengan beramal cara hidup Islam yang berpegang teguh kepada Al- Quran dan Hadis, keimanan seseorang akan lebih terpelihara dari dicemari oleh sebarang serangan anasir dan gejala penyelewengan seperti kesesatan. Berdoalah di samping segala usaha yang lain dalam mempertahankan aqidah Islam. Al- Imam al-Hakim telah meriwayatkan dalam sebuah Hadis daripada Ali Radhiallahu 'Anhu bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud “Doa adalah senjata orang mukmin, tiang kepada agama dan cahaya kepada langit dan bumi.” Selain itu, Rasulullah S.A.W bersabda: “ Tidaklah seorang muslim yang ditimpa kesulitan maka Allah akan menggugurkan kesalahan- kesalahannya seperti sebuah pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Oleh itu, sebagai umat Islam perlulah sentiasa menjaga aqidah dan berdoa kepada Allah S.W.T agar dihindari dari perbuatan yang merosakkan akhlak seperti bergantung kepada bantuan jin dan syaitan. Demikian itu, Al-Quran mengajar kita berlindung diri kepada Allah daripada kejahatan tukang sihir seperti firman Allah S.W.T dalam surah Al-Falaq yang bermaksud “Dan aku berlindung diri daripada kejahatan tukang meniup simpul.” (Al-Falaq ayat 4). Justeru itu, sebagai umat Islam perlulah sentiasa menjaga ibadah kepada Allah S.W.T. dan menjauhi segala larangannya serta mengingati setiap pembalasan yang akan dikenakan di atas perbuatan yang dilakukan ketika hidup di dunia. KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
  • 15. PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A Rujukan Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2003). Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam Punca dan Penyelesaian. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Ainol Khusyairi. (2004). Cerita-Cerita Motivasi untuk Iman. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. Prof. Abdul Basit Muhammad AL-Sayyid. (2009). Cara Nabi S.A.W Berubat& Mencegah Penyakit. Selangor Darul Ehsan: Berlian Publications Sdn.Bhd. Siti Nadiah Ahmad Zamlus. Sihir Di hujung Jari. Diperolehi pada 3 Jun 2016, daripada http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/sihir-di-hujung-jari-1.490469 Serba ringkas mengenai Sihir. 2008. diperolehi pada 1 Jun 2016 daripada https://hikmatun. Wordpress.com/2008/02/07/serba-ringkas-mengenai-sihir/ Tafsir Surat Thaha, ayat 65-70 ~ Tafsir Ibnu Katsir. Diperolehi pada 6 Jun 2016 daripada http://www.ibnukatsironline.com/2015/06/tafsir-surat-thaha-ayat-65-70.html Terjemahan Al Quran Bahasa Melayu - Surah Taha. Diperolehi pada 10 Jun 2016 daripada http://www.surah.my/20 Sihir Pelalau Kunci Nafsu. 2004.. Diperloehi pada 19 Jun 2016 daripada http://ww1.utusan. com.my/utusan/info.aspy=2004&dt=0801&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm Ayat - Ayat Pilihan Terapi Serangan Sihir Anyoel KotoKers™ Kumpulan Artikel Islami. 2012. diperolehi pada 15 Jun 2016 daripada http://anyoel.mywapblog.com/ayat-ayat- pilihanterapi-serangan-sihir.xhtml Ilmu Sihir Pembawa Petaka – Buletin At-Tauhid. 2013. diperolehi pada 13 Jun 2016 daripada https://buletin.muslim.or.id/aqidah/ilmu-sihir-pembawa-petaka Analisis Isu. 2013. diperolehi pada 3 Jun 2016 daripada https://www.tranungkitenet/v12modules. php?name=News&file=article&sid=28893 KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT syahira