Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
diftong, digraf, vokal dan konsonan
1. Diftong :
Dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam
satu suku kata atau satu sebutan bunyi--------> ai. au. oi
Contohnya: tapai, tupai, kucai, pulau, amboi, halau, boroi, lalai, kaloi, risau,
payau, relau, koboi, lebai
Vokal berganding:
Kedudukan dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang bersebelahan dalam perkataan, tetapi
terpisah sebutan bunyinya dalam suku kata.
Contohnya: dua, taat, gua, ceria, siat, siapa, suara, juara, halia, rahsia,
mutiara, kiambang, tuala, seluar, biola, radio, piano, buaya, piala, peria,
hadiah
Digraf:
Kedudukan dua huruf konsonan yang bersebelahan dalam perkataan seperti ng, ny,
gh, sy dan kh.
Contoh: penyu, penyapu, singa, nyaman, nyamuk, ngilu, Khamis, bakhil, khusyuk,
ghaib, ngeri, maghrib, syarat, dahsyat, syiling
Konsonan Bergabung:
Apabila terdapat dua atau lebih konsonan yang berturutan dalam satu perkataan.
Contoh : trek, brek, blok, stor, straw,