SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Contoh Karangan Pencemaran Sungai : Punca Pencemaran?
Alam semesta dan sekitar yang terbentang luas dan terpampang luas ini merupakan
anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya dan kita sebagai makhluk yang hidup di muka
bumi ini diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk menjaganya dengan sebaik mungkin.
Alam ini hendaklah dijaga dengan penuh rasa tanggungjawab supaya dilindungi daripada
pencemaran yang tidak diingini. Namun, dek kerana terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia,
kini manusia semakin lupa dan leka akan tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar.
Tanpa memikirkan langsung kesan buruk terhadap alam sekitar, manusia kini lebih sibuk dan
rakus mengeksploitasi alam sekitar untuk kepentingan setiap individu yang tamak haloba. Antara
yang terjejas teruk akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab ini adalah sungai.
Oleh yang demikian, punca-punca yang menyebabkan terjadinya pencemaran ini perlulah
dikenal pasti dan ditangani segera atau mahukah kita menunggu sehingga keadaan sungai kita
menjadi sungguh teruk kemudian barulah kita akan mengambil tindakan bak kata pepatah
Melayu ada mengatakan sudah terhantuk baru terngadah?
Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai adalah antara punca pencemaran sungai. Ia
akan mendatangkan kesan yang sangat buruk kepada sungai apabila semua sisa buangan
domestik dan sampah sarap dibuang ke dalamnya. Hal ini akan menyebabkan sungai akan
dipenuhi bahan-bahan terbuang dan plastik sampah yang terapung pada permukaan air sungai.
Selain itu, warna air sungai akan betukar kepada kehijau-hijauan dan kehitam-hitaman daripada
warna asalnya iaitu jernih. Sebagai contoh yang dapat dilihat, di negara kita sendiri, kelihatan
sisa-sisa sampah yang terampai di permukaan sungai dan warna airnya yang keruh pada sungai-
sungai di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung sendiri. Natijahnya, sumber air
manusia akan tercemar dan hidupan akuatik akan musnah serta menyebabkan bau yang busuk
yang kurang menyenangkan. Oleh itu, pembuangan sisa sampah ke dalam sungai boleh
mengakibatkan pencemaran sungai.
Tambahan pula, pencemaran sungai juga boleh berlaku akibat daripada pembuangan sisa-
sisa daripada kilang. Lazimnya, ini berlaku kerana berikutan daripada perbuatan pihak-pihak atau
individu yang tidak bertanggungjawab yang hanya memikirkan periuk nasi sendiri tanpa
memikirkan kesan kepada sungai-sungai di Malaysia. Kebiasaannya, sisa-sisa daripada kilang
yang dibina berhampiran tepi sungai akan dialirkan terus ke dalam sungai untuk melupuskan
sisa buangan dengan cara yang lebih mudah. Penjimatan kos bagi pelupusan sisa tersebut dapat
dilakukan apabila sisa ini mengalir ke sungai. Sikap pengusaha kilang yang terbabit dapat
diibaratkan seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Kesan buruknya,
bahan-bahan kimia dan sisa-sisa toksik akan mencemarkan sungai dan sekaligus akan
merendahkan kualiti air dan hidupan-hidupan akuatik sudah tidak sesuai untuk mendiami sungai
itu. Dengan ini, impak buruk yang berlaku kepada sungai sekarang adalah antaranya kerana
pengaliran sisa kilang.
Di samping itu, kegiatan pembalakan juga antara punca pencemaran sungai. Kegiatan
pembalakan adalah merupakan kegiatan penebangan pokok-pokok yang bertujuan untuk
industri pembuatan dan pembangunan. Pencemaran sungai akan berlaku susulan daripada
kelonggaran ikatan zarah tanah disebabkan matinya akar yang mengikat struktur tanah tersebut
akibat daripada aktiviti penebangan. Oleh yang demikian, hakisan tanah akan berlaku dengan
lebih mudah dan menyebabkan tanah tersebut akan mencemari sungai tersebut. Selain itu,
pembuangan kayu-kayu dan ranting-ranting pokok juga akan menyebabkan aliran sungai-
sungai tersekat. Natijah yang paling ketara adalah berlakunya bencana alam seperti banjir kilat
dan wabak penyakit seperti denggi, chikugunya dan lain-lain lagi akan berlaku. Kualiti air bagi
tujuan domestik akan semakin berkurang berikutan pemendapan tanah yang banyak di dalam
air sungai. Oleh itu, kegiatan pembalakan dan penebangan yang berleluasa ini tidak dapat
dinafikan memberikan kesan buruk kepada sungai-sungai.
Kesimpulannya, ketelitian yang lebih mendalam hendaklah dilakukan terhadap punca-
punca yang menyebabkan pencemaran sungai supaya usaha-usaha mengatasi dan menangani
masalah pencemaran sungai ini dapat dijalankan dengan lebih efektif. Langkah yang proaktif
seharusnya diambil oleh pihak kerjaan dengan menganjurkan lebih banyak kempen kesedaran
tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sungai. Malah denda yang lebih tinggi
boleh dikenakan oleh pihak yang berwajib kepada pihak-pihak yang melakukan aktiviti
pencemaran sungai serta pemantauan terhadap kuliti air sungai di negara kita hendaklah kerap
dilakukan seperti pepatah Melayu ada mengatakan mencegah lebih baik daripada mengubati.
Dengan ini sangat diharapkan agar pencemaran sungai dapat ditangani dengan kadar segera
supaya generasi pada masa hadapan dapat merasai dan menikmati alam sekitar yang diwarisi
daripada kita tanpa sebarang pencemaran seperti bijak pandai ada berkata alam bukan diwarisi
daripada nenek moyang tetapi dipinjam daripada generasi akan datang.

More Related Content

What's hot

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1Ilyani Azmi
 
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMIPENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMIAsmawi Abdullah
 
Sektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primerSektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primerharalhaj
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMNurZahidah22
 
Kesan aktiviti pertanian dan amalan teknologi hijau
Kesan aktiviti pertanian dan amalan teknologi hijauKesan aktiviti pertanian dan amalan teknologi hijau
Kesan aktiviti pertanian dan amalan teknologi hijauZafarul_Irshard
 
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusiakejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusiamieyaz
 
Bentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungai
Bentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungaiBentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungai
Bentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungaiEllyDanish
 
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Yfook Ng
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikJANGAN TENGOK
 
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEMKuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEMAsmawi Abdullah
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukkyoryo
 
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukGeografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukAsmawi Abdullah
 
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia danPeranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia danharalhaj
 
Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisimharalhaj
 
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti ekonomi
Pengaruh cuaca dan iklim  terhadap aktiviti ekonomiPengaruh cuaca dan iklim  terhadap aktiviti ekonomi
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti ekonomiNabila Halim
 

What's hot (20)

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
 
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMIPENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
 
Sektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primerSektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primer
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
 
SEKTOR PERIKANAN
SEKTOR PERIKANANSEKTOR PERIKANAN
SEKTOR PERIKANAN
 
Kesan aktiviti pertanian dan amalan teknologi hijau
Kesan aktiviti pertanian dan amalan teknologi hijauKesan aktiviti pertanian dan amalan teknologi hijau
Kesan aktiviti pertanian dan amalan teknologi hijau
 
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusiakejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
 
Bentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungai
Bentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungaiBentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungai
Bentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungai
 
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
 
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEMKuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
 
Kegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupanKegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupan
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan penduduk
 
Kepentingan sektor pertanian
Kepentingan sektor pertanianKepentingan sektor pertanian
Kepentingan sektor pertanian
 
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukGeografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
 
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia danPeranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
 
Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisim
 
SEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANANSEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANAN
 
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti ekonomi
Pengaruh cuaca dan iklim  terhadap aktiviti ekonomiPengaruh cuaca dan iklim  terhadap aktiviti ekonomi
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti ekonomi
 

Similar to PuncaPencemaranSungai

Makalah
MakalahMakalah
Makalahcevo
 
MAKALAH BARU.docx
MAKALAH BARU.docxMAKALAH BARU.docx
MAKALAH BARU.docxTIRASBALYO
 
MAKALAH BARU.docx
MAKALAH BARU.docxMAKALAH BARU.docx
MAKALAH BARU.docxTIRASBALYO
 
Penyusutan Gendang – Gendis Contoh Kecil Kegagalan Mengendalikan Limbah
Penyusutan Gendang – Gendis Contoh Kecil Kegagalan Mengendalikan LimbahPenyusutan Gendang – Gendis Contoh Kecil Kegagalan Mengendalikan Limbah
Penyusutan Gendang – Gendis Contoh Kecil Kegagalan Mengendalikan Limbahboysinu
 
Sebuah Karya Jurnal Dadakan tentang permasalahan sungai
Sebuah Karya Jurnal Dadakan tentang permasalahan sungaiSebuah Karya Jurnal Dadakan tentang permasalahan sungai
Sebuah Karya Jurnal Dadakan tentang permasalahan sungaiFauzan Ardana
 
Slide softskill - anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.
Slide softskill -  anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.Slide softskill -  anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.
Slide softskill - anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.Rizky Ananda
 
Slide softskill anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.
Slide softskill   anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.Slide softskill   anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.
Slide softskill anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.Rizky Ananda
 
Makalah psda penanggulangan masalah banjir
Makalah psda penanggulangan masalah banjirMakalah psda penanggulangan masalah banjir
Makalah psda penanggulangan masalah banjirYudhi Al' Basier
 
Laporan observasi (kenshi)
Laporan observasi (kenshi)Laporan observasi (kenshi)
Laporan observasi (kenshi)Amanda Nurfitri
 
1113015000047 (fika aulia)
1113015000047 (fika aulia)1113015000047 (fika aulia)
1113015000047 (fika aulia)Fikha Aulia
 
1113015000047 (fika aulia)
1113015000047 (fika aulia)1113015000047 (fika aulia)
1113015000047 (fika aulia)Fikha Aulia
 

Similar to PuncaPencemaranSungai (20)

Fadli ppt
Fadli pptFadli ppt
Fadli ppt
 
Fadli ppt
Fadli pptFadli ppt
Fadli ppt
 
Pencemaran sungai
Pencemaran sungaiPencemaran sungai
Pencemaran sungai
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Assiment moral 2014
Assiment moral 2014Assiment moral 2014
Assiment moral 2014
 
Sumber
SumberSumber
Sumber
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
MAKALAH BARU.docx
MAKALAH BARU.docxMAKALAH BARU.docx
MAKALAH BARU.docx
 
MAKALAH BARU.docx
MAKALAH BARU.docxMAKALAH BARU.docx
MAKALAH BARU.docx
 
Pencemaran air dan cara mencegahnya
Pencemaran air dan cara mencegahnyaPencemaran air dan cara mencegahnya
Pencemaran air dan cara mencegahnya
 
Pengelolaan Kawasan Perairan
Pengelolaan Kawasan PerairanPengelolaan Kawasan Perairan
Pengelolaan Kawasan Perairan
 
Penyusutan Gendang – Gendis Contoh Kecil Kegagalan Mengendalikan Limbah
Penyusutan Gendang – Gendis Contoh Kecil Kegagalan Mengendalikan LimbahPenyusutan Gendang – Gendis Contoh Kecil Kegagalan Mengendalikan Limbah
Penyusutan Gendang – Gendis Contoh Kecil Kegagalan Mengendalikan Limbah
 
Sebuah Karya Jurnal Dadakan tentang permasalahan sungai
Sebuah Karya Jurnal Dadakan tentang permasalahan sungaiSebuah Karya Jurnal Dadakan tentang permasalahan sungai
Sebuah Karya Jurnal Dadakan tentang permasalahan sungai
 
Slide softskill - anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.
Slide softskill -  anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.Slide softskill -  anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.
Slide softskill - anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.
 
Slide softskill anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.
Slide softskill   anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.Slide softskill   anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.
Slide softskill anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.
 
MAKALAH WADUK BENANGA
MAKALAH WADUK BENANGAMAKALAH WADUK BENANGA
MAKALAH WADUK BENANGA
 
Makalah psda penanggulangan masalah banjir
Makalah psda penanggulangan masalah banjirMakalah psda penanggulangan masalah banjir
Makalah psda penanggulangan masalah banjir
 
Laporan observasi (kenshi)
Laporan observasi (kenshi)Laporan observasi (kenshi)
Laporan observasi (kenshi)
 
1113015000047 (fika aulia)
1113015000047 (fika aulia)1113015000047 (fika aulia)
1113015000047 (fika aulia)
 
1113015000047 (fika aulia)
1113015000047 (fika aulia)1113015000047 (fika aulia)
1113015000047 (fika aulia)
 

Recently uploaded

Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 

Recently uploaded (20)

Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 

PuncaPencemaranSungai

  • 1. Contoh Karangan Pencemaran Sungai : Punca Pencemaran? Alam semesta dan sekitar yang terbentang luas dan terpampang luas ini merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya dan kita sebagai makhluk yang hidup di muka bumi ini diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk menjaganya dengan sebaik mungkin. Alam ini hendaklah dijaga dengan penuh rasa tanggungjawab supaya dilindungi daripada pencemaran yang tidak diingini. Namun, dek kerana terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia, kini manusia semakin lupa dan leka akan tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar. Tanpa memikirkan langsung kesan buruk terhadap alam sekitar, manusia kini lebih sibuk dan rakus mengeksploitasi alam sekitar untuk kepentingan setiap individu yang tamak haloba. Antara yang terjejas teruk akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab ini adalah sungai. Oleh yang demikian, punca-punca yang menyebabkan terjadinya pencemaran ini perlulah dikenal pasti dan ditangani segera atau mahukah kita menunggu sehingga keadaan sungai kita menjadi sungguh teruk kemudian barulah kita akan mengambil tindakan bak kata pepatah Melayu ada mengatakan sudah terhantuk baru terngadah? Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai adalah antara punca pencemaran sungai. Ia akan mendatangkan kesan yang sangat buruk kepada sungai apabila semua sisa buangan domestik dan sampah sarap dibuang ke dalamnya. Hal ini akan menyebabkan sungai akan dipenuhi bahan-bahan terbuang dan plastik sampah yang terapung pada permukaan air sungai. Selain itu, warna air sungai akan betukar kepada kehijau-hijauan dan kehitam-hitaman daripada warna asalnya iaitu jernih. Sebagai contoh yang dapat dilihat, di negara kita sendiri, kelihatan sisa-sisa sampah yang terampai di permukaan sungai dan warna airnya yang keruh pada sungai- sungai di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung sendiri. Natijahnya, sumber air manusia akan tercemar dan hidupan akuatik akan musnah serta menyebabkan bau yang busuk yang kurang menyenangkan. Oleh itu, pembuangan sisa sampah ke dalam sungai boleh mengakibatkan pencemaran sungai. Tambahan pula, pencemaran sungai juga boleh berlaku akibat daripada pembuangan sisa- sisa daripada kilang. Lazimnya, ini berlaku kerana berikutan daripada perbuatan pihak-pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab yang hanya memikirkan periuk nasi sendiri tanpa memikirkan kesan kepada sungai-sungai di Malaysia. Kebiasaannya, sisa-sisa daripada kilang yang dibina berhampiran tepi sungai akan dialirkan terus ke dalam sungai untuk melupuskan sisa buangan dengan cara yang lebih mudah. Penjimatan kos bagi pelupusan sisa tersebut dapat dilakukan apabila sisa ini mengalir ke sungai. Sikap pengusaha kilang yang terbabit dapat diibaratkan seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Kesan buruknya, bahan-bahan kimia dan sisa-sisa toksik akan mencemarkan sungai dan sekaligus akan merendahkan kualiti air dan hidupan-hidupan akuatik sudah tidak sesuai untuk mendiami sungai itu. Dengan ini, impak buruk yang berlaku kepada sungai sekarang adalah antaranya kerana pengaliran sisa kilang. Di samping itu, kegiatan pembalakan juga antara punca pencemaran sungai. Kegiatan pembalakan adalah merupakan kegiatan penebangan pokok-pokok yang bertujuan untuk industri pembuatan dan pembangunan. Pencemaran sungai akan berlaku susulan daripada kelonggaran ikatan zarah tanah disebabkan matinya akar yang mengikat struktur tanah tersebut akibat daripada aktiviti penebangan. Oleh yang demikian, hakisan tanah akan berlaku dengan lebih mudah dan menyebabkan tanah tersebut akan mencemari sungai tersebut. Selain itu,
  • 2. pembuangan kayu-kayu dan ranting-ranting pokok juga akan menyebabkan aliran sungai- sungai tersekat. Natijah yang paling ketara adalah berlakunya bencana alam seperti banjir kilat dan wabak penyakit seperti denggi, chikugunya dan lain-lain lagi akan berlaku. Kualiti air bagi tujuan domestik akan semakin berkurang berikutan pemendapan tanah yang banyak di dalam air sungai. Oleh itu, kegiatan pembalakan dan penebangan yang berleluasa ini tidak dapat dinafikan memberikan kesan buruk kepada sungai-sungai. Kesimpulannya, ketelitian yang lebih mendalam hendaklah dilakukan terhadap punca- punca yang menyebabkan pencemaran sungai supaya usaha-usaha mengatasi dan menangani masalah pencemaran sungai ini dapat dijalankan dengan lebih efektif. Langkah yang proaktif seharusnya diambil oleh pihak kerjaan dengan menganjurkan lebih banyak kempen kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sungai. Malah denda yang lebih tinggi boleh dikenakan oleh pihak yang berwajib kepada pihak-pihak yang melakukan aktiviti pencemaran sungai serta pemantauan terhadap kuliti air sungai di negara kita hendaklah kerap dilakukan seperti pepatah Melayu ada mengatakan mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan ini sangat diharapkan agar pencemaran sungai dapat ditangani dengan kadar segera supaya generasi pada masa hadapan dapat merasai dan menikmati alam sekitar yang diwarisi daripada kita tanpa sebarang pencemaran seperti bijak pandai ada berkata alam bukan diwarisi daripada nenek moyang tetapi dipinjam daripada generasi akan datang.