2. CERPEN : KADUK, AYAM DAN RAJA
Objektif:
Mengetahui Sinopsis Cerpen Kaduk,
Ayam dan Raja
3. SINOPSIS
1. Cerpen ini mengisahkan
seorang pemuda bernama Hakim
yang berusaha untuk
mendapatkan tanah datuknya
semula yang tergadai disebabkan
datuknya kalah dalam
pertandingan ayam suatu ketika
dahulu
4. 2. Berdasarkan sejarah keluarganya,
datuknya ialah Pak Kaduk, iaitu
suatu nama yang sangat popular
dalam cerita tradisional Melayu.
Datuknya telah kalah dalam
pertandingan sabung ayam dengan
raja.
5. 3. Sebenarnya Pak Kaduk tidak kalah,
tetapi disebabkan kebodohannya
menyebabkan raja telah merampas tanah
miliknya. Anak Pak Kaduk bernama
Hassan. Hakim ialah anak Hassan.
6. 4. Hakim yang mempunyai
pendidikan tinggi berusaha untuk
mendapatkan tanah datuknya
semula yang tergadai dengan
bantuan rakannya,
7. 5. Azam yang juga merupakan
seorang peguam. Dengan hujah dan
bukti yang baik Akhirnya Hakim
berjaya mendapatkan tanah tersebut
semula.
8. 5. Tanah seluas empat ekar itu telah
digunakan untuk menternak ayam
secara kontrak dengan Syarikat RAJA.
6. Hakim memilih bidang penternakan
ayam kerana dia selalu mendengar
pemimpin negara berkata bahawa
negara terpaksa mengimport bahan
makanan dari luar negara sedangkan
negara memiliki tanah terbiar yang
sangat banyak.
9. 7. Kata-kata itu telah membakar
semangat Hakim untuk membantu
negara bagi menyediakan bahan
makanan kepada rakyat.
8. Dengan pinjaman daripada
pelbagai pihak, akhirnya Hakim
berjaya memulakan penternakan
ayam sebanyak 10 000 ekor.
10. 9. Setelah hampir setahun, Hakim
berbincang dengan azam tentang
pendapatan hasil ternakan ayamnya. Hakim
menjelaskan kepada Azam bahawa
pendapatannya yang banyak telah dipotong
untuk membayar hutang kepada pihak
RAJA dan juga hutang bank.
11. 10. Walaupun Hakim sendiri yang menternak
ayam, tetapi hasilnya telah diekspoitasi oleh
pihak lain.
11. Bagi Hakim, keadaan ini tidak ubah seperti
kisah datuknya yang diekspoitasi oleh raja
untuk merampas tanahnya. Hakim perlu
meneruskan ternakan ayam kerana tanahnya
juga akan dirampas jika dia gagal membayar
hutang bank atau hutang RAJA.