Sajak ini membahaskan tentang kesukaran hidup, godaan jahat, dan akibat peperangan. Penyajak melihat kegelapan malam sebagai metafora untuk kesusahan hidupnya. Dia juga diancam oleh bisikan syaitan tetapi mendapat harapan dari suara pejuang keamanan. Penyajak memperingatkan bahawa perebutan kuasa hanya akan memusnahkan segala-galanya termasuk tamadun manusia.
3. • Dato’ Baharuddin Zainal
• Juga terkenal dengan panggilan Baha Zain
• 22 Mei 1939
• Batu 15, Bukit Melintang, Perak
• Pendidikan:
- Sekolah Melayu Sabak Bernam, Selangor [1946-1949]
- Anglo-Chinese School, Teluk Anson, Perak [1900-1957]
- Sekolah Anderson, Ipoh, Perak [1958-1959]
- Universiti Malaya, Kuala Lumpur [1960-1963]
- Fakultas Sastera, Universitias Indonesia, Jakarta, Indonesia [1970-1972]
4. HASIL PENULISAN BELIAU
• Esei dan puisi Baha Zain tentang penulis dan persekitarannya: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2000
• Mencari imej Malaysia: Dialog sastera, seni rupa, seni bina/ Hamdan Yahya:
Yayasan Kesenian Perak, 1988
• Hikayat Umar Umaiyah/ Selenggara oleh Baharuddin Zainal: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1988
• A biography of Malaysian writers/ Susunan, Baharuddin Zainal dll: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1981
• Mendekati kesusasteraan/ Susunan Baharuddin Zainal: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1979
• Termasuklah Syair ernahkah Engku Mentafsir Kedamaian
5. MAKSUD SAJAK- BAHAGIAN I
• Perasaan penyajak yang terganggu tidur malamnya kerana mimpi buruk.
Penyajak cuba mengaitkan kegelapan malam yang dilihat remang-remang
kerana ada sedikit cahaya pelita. Secara intrisiknya, penyajak cuba mengaitkan
keadaan gelap dan cahaya samar-samar untuk menggambarkan kehidupan yang
sedang dihadapinya.
6. MAKSUD SAJAK- BAHAGIAN II
• Persekitaran kehidupan yang dianggap gelap (sukar) menyebabkan diri terasa
terasing. Namun, anasir jahat seumpama syaitan sentiasa menggangu dan
menghasut diri.
• Penyajak juga dapat melihat ruang cahaya yang menjadi gambaran
penyelesaian masalah hidupnya yang sukar. Penyajak mendapat sokongan
daripada suara pejuang-pejuang keamanan yang dilihat amat baik. Terdapat
juga manusia yang suka menjadikan agama sebagai permainan hidup. Pejuang-pejuang
kemanusiaan melaungkan slogan cinta akan kedamaian. Seruan
mereka adalah supaya manusia berjuang dengan harta dan Negara. Diatas
nama “matlamat mencapai kedamaian” maka manusia sanggup bertelingkah.
7. MAKSUD SAJAK- BAHAGIAN III
• Penyajak meluahkan perasaan tentang akibat peperangan dan perebutan kuasa
akan memusnahkan segalanya seperti kemusnahan pembangunan dan
menutup sejarah kegemilangan Negara.
• Pemimpin yang Berjaya merampas kuasa boleh bertindak lebih zalim kerana
terpedaya dengan harta benda. Mereka akan menjadi lebih tamak dan sanggup
memusnahkan tamadun manusia seperti bahasa dan kesenian.
• Penyajak menegaskan tentang kepentingan agama Islam perlu diamalkan dalam
kehidupan. Penyajak juga mengigatkan kita berwaspada supaya tidak
dipermainkan tanpa sedar.
8. CIRI-CIRI SAJAK
Mempunyai 7 rangkap
2 rangkap bahagian (i)
2 rangkap bahagian (ii)
3 rangkap bahagian (iii)
9. • Setiap Rangkap 4-7 baris
• Setiap Baris 1-7 patah perkataan
• Setiap Baris mengandungi 2-19 suku kata
• Nada patriotik
• Mempunyai jeda
• Rima akhir tidak tetap
contoh: Rangkap III
a-b-a-b-a-c-a-d-e
10. NILAI ESTETIKA
FAKTA
Metafora
HURAIAN
Penggunan unsur abstrak dan konkrit dalam ayat
CONTOH
Bisikan hati
[Bahagian II-Rangkap 2-Baris 14]
Bau wang
[Bahagian III-Rangkap 2-Baris 3]
11. FAKTA Hiperbola
HURAIAN
Menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
CONTOH
Perang telah mengoyakkan halaman-halaman
[Bahagian III-Baris 3]
Mendengar bisikan hati nuraninya sendiri
[Bahagian II-Rangkap 2-Baris 14]
12. FAKTA Kata Ganda
HURAIAN
Kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau
seluruhnya
CONTOH
Halaman-halaman
[Bahagian III]
Remang-remang
[Bahagian I]
Rongga-rongga
[Bahagian II]
13. FAKTA Anafora
HURAIAN Sejenis pengulangan kata dalam penulisan kreatif.
CONTOH
Perang-perang
[Bahagian III]
Kita-kita
[Bahagian II]
Rongga-rongga
[Bahagian III]
14. FAKTA Responsi
HURAIAN Pengulangan kata di tengah baris
CONTOH
Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekas keagungan pemimpin lama
[Bahagian III]
15. FAKTA Epifora
HURAIAN Pengulangan kata pada akhir baris
CONTOH Perang akan mencipta sejrah baru
Di halaman-halaman yang baru
[Bahagian III]
16. FAKTA Asonansi
HURAIAN Pengulangan vokal
CONTOH
Pengulangan vokal ‘a’
Perang akan memusnahkan kubu, bangunan
[Bahagian III-Rangkap 1-Baris 1]
17. FAKTA Aliterasi
HURAIAN Pengulangan konsonen
CONTOH
Pengulanhan konsonen ‘m’
Perang akan mengoyakkan halaman-halaman
[Bahagian 3-Rangkap 1-Baris 3]
18. PERSOALAN
• Persoalan membandingkan kegelapan malam dengan
kesusahan hidup
• Persoalan godaan anasir jahat (syaitan)
• Persoalan pembawaan sikap pura-pura
• Persoalan menjadikan agama sebagai topeng
• Persoalan manusia yang sanggup mati dalam merebut kuasa
• Persoalan sikap pemimpin yang zalim
19. NILAI MASYARAKAT
• Masyarakat yang memperingati antara satu sama lain
• Masyarakat yang mencari kedamaian
• Masyarakat yang mencari keamanan
• Masyarakat yang berusaha mencari kemenangan bagi kota
mereka
• Masyarakat yang mencuba untuk mendapatkan kuasa
20. PENGAJARAN
• Kuatkan iman dalam diri
• Jangan sesekali biarkan agama menjadi bahan permainan
• Jangan tamak akan harta sehingga menyebabkan kematian
orang tidak bersalah
• Sentiasa pelihara bahasa, bangsa dan kesenian untuk
mengelak diri ditindas
• Jauhkan diri daripada hasutan syaitan