Bata diperbuat daripada bahan mentah seperti tanah liat, pasir, kapur dan simen. Terdapat beberapa jenis bata seperti bata tanah liat, bata pasir kapur, dan bata simen. Setiap jenis bata mempunyai ciri-ciri dan kegunaan tersendiri. Bata mempunyai kelebihan seperti mudah digunakan untuk pembinaan dan tahan serangan kimia, tetapi mempunyai kelemahan seperti memerlukan
1. BAHAN BINAAN : BATA
o Bata diperbuat daripada beberapa bahan mentah bukan
organik.
o Bahan utamanya ialah Tanah Liat, Pasir, Kapur dan Simen
o Bata tanah liat menggunakan tanah liat yang mudah
dibentuk.
o Bata juga boleh dihasilkan dengan menggunakan acuan
yang ditekan, buatan tangan atau potongan dawai.
o Kaedah potongan dawai paling seragam dan cepat.
2. BATA
o Bata yang terhasil berbentuk segi empat yang biasanya
bersaiz 215mm x 102.5mm x 65mm.
o Kelonggaran bagi saiz selalunya 1.8mm bagi tebal,
2.5mm bagi lebar dan 3.9mm bagi panjang.
o Bata yang matang selalunya keras dan lasak.
3. JENIS-JENIS BATA
Terdapat tiga jenis bata iaitu, Bata tanah liat, Bata pasir
kapur/Bata silika dan bata simen.
BATA TANAH LIAT
o
Bata Tanah Liat terbahagi keapada 4
o
Bata muka, Bata biasa, Bata kejuruteraan dan Bata api.
BATA MUKA
i. Bata ini mempunyai kemasan muka yang menarik dengan warna yang
seragam.
ii. Sesuai digunakan untuk pembinaan yang tadak perlu lepaan.
iii. Ia juga merupakan bata yang tahan lasak pada cuaca
BATA BIASA
i. Bata ini tidak mempunyai kemasan.
ii. Sesuai digunakan untuk membuat binaan yang dilepa seperti dinding
sekat.
4. BATA KEJURUTERAAN
i. Pembuatan bata ini lebh padat kerana bata ini digunakan untuk menanggung
beban yang akan dikenakan ke atasnya.
ii. Bata ini sesuai digunakan untuk membuat tembok penahan, dinding menaggung
beban, tembok atau dinding landas dan binaan yang terdedah pada asid atau
alkali.
BATA API
i. Bata api yang selalunya digunakan dalam pembinaan berfungsi untuk menahan
haba yang besar seperti mengalas lubang serombong api.
ii. Ianya diperbuat daripadatanah liat tahan haba.
BATA PASIR-KAPUR/BATA SILIKA (KALSIUM SILIKAT)
o Bata ini diperbuat daripada kapur dan pasir pada nisbah 1:8 dan sedikit air
o Bancuhan ini perlu ditekan dengan tekanan tinggi dan diwapkan selama 7-8 jam.
BATA SIMEN
o Bata ini diperbuat daripada simen dan pasir pada nisbah 1:8 .
o Adunan yang telah dibentuk akan dikeringkan dan dikuring selama dua minggu.
6. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN BATA
KELEBIHAN
KELEMAHAN
• Mudah digunakan untuk
kerja pembinaan tembok
atau dinding
• Kerja menurap bata
memerlukan pekerja yang
mahir seperti kerja
menerap bata bagi tembok
atau dinding yang panjang
dan tinggi
• Mudah diangkat dan
dikendalikan
• Mempunyai kekuatan
tegangan yang rendah
• Bata muka boleh dijadikan
hiasan tanpa perlu dilepa
• Sesuai digunakan untuk
membina tiang jinjang
pada dinding yang panjang
dan pembinaan gerbang
• Tahan serangan asid atau
alkali