SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
1
DEFINISI CEREBRAL PALSY
Serebrum merupakan bahagian otak yang mengawal koordinasi dan pergerakan
otot-otot anggota badan manusia. Kawalan serebrum inilah yang membolehkan kita bergerak,
melakukan pelbagai jenis aktiviti, makan dan minum. Cerebral Palsy (CP) atau palsi serebrum
merupakan salah satu kategori ketidakupayaan perkembangan kerana serebrum mengalami
kerosakan. Ini bermaksud bahawa pergerakan badan melibatkan psikomotor major dan
psikomotor minor terjejas.
Bahagian otak serebrum yang mengalami kerosakan itu tidak dapat disembuhkan,
berkekalan dan bermaksud kanak-kanak “Cerebral Palsy” mengalami ketidakupayaan
perkembangan sepanjang hidup sehinga dia dewasa. Kanak-kanak “Cerebral Palsy”
menghadapi kesukaran melakukan semua aktiviti rutin harian seperti berjalan, menguruskan
diri, makan, menulis dan sebagainya. Walaupun demikian, kerosakan serebrum itu tidak akan
bertambah teruk. Gejala ini boleh berlaku semasa kanak-kanak masih berada dalam kandungan
ibu, semasa dia dilahirkan atau selepas dia dilahirkan.
Kanak-kanak Cerebral Palsy adalah unik. Keadaan fizikal seseorang kanak-kanak
“Cerebral Palsy” adalah berbeza dengan kanak-kanak“Cerebral Palsy” yang lain. Tahap
ketidakupayaan juga tidak sama sama. Tahap ketidakupayaan seseorang kanak-kanak
“Cerebral Palsy” itu boleh dikategorikan dari paling minima hingga ke paling teruk. Kanak-
kanak “Cerebral Palsy” dikategorikan pada tahap paling minima biasanya berupaya menjalani
kehidupan dan rutin harian harian seperti biasa tanpa sebarang bantuan. Kanak-kanak
“Cerebral Palsy” yang termasuk dalam tahap paling teruk pula memerlukan penjagaan
sepanjang masa. Orang lain perlu memberi bantuan sokongan untuk membolehkan dia
melakukan segala aktiviti harian termasuk bergerak dan makan.
Umumnya, “Cerebral Palsy” dibahagikan kepada tiga jenis iaitu spastik (spastic),
athetosis (athetoid) dan ataxia (ataxic). Kanak-kanak“Cerebral Palsy” juga mungkin
mengalami gabungan dua atau ketiga-tiga jenis “Cerebral Palsy” itu. Selain itu, kanak-kanak
yang mengalami “Cerebral Palsy” juga biasanya mengalami gejala lain seperti lah masalah
pertuturan, masalah pendengaran, masalah penglihatan, terencat akal, epilepsi dan masalah
pertumbesaran dan masalah lain..
Kanak-kanak yang mengalami “Cerebral Palsy” jenis spastik (spastic) mengalami
ketegangan otot yang melampau.Ketegangan ototnya berkemungkinan meningkat apabila dia
cuba melakukan kerja dan ini menyebabkan dia kelihatan kaku dan keras. “Cerebral Palsy”
jenis spastik dibahagikan kepada 3-kategori yang lebih khusus. Kanak-kanak yang
dikategorikan sebagai spastik paraplegia mengalami kedua-dua tangan dan kaki serta
tengkuknya terjejas. Kebanyakan kanak-kanak kategori ini tidak dapat berjalan.
2
Kanak-kanak yang dikategorikan spastik hemiplegia mengalami hanya sebelah kiri atau kanan
badan sahaja yang terjejas dan dia kelihatan tempang semasa berjalan. Kanak-kanak
mengalami spastik diplegia pula mengalami kakinya yang lebih terjejas berbanding tangan.
Fungsi kedua-dua tangan mungkin terjejas sedikit atau tidak mengalami sebarang masalah.
Athetosis dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami mengalami ketegangan
otot tidak konsisten iaitu ada masanya dia mengalami ketegangan otot yang sangat tinggi dan
ada kalanya mengalami ketegangan otot yang sangat rendah. Ini mewujudkan impuls
“pergerakan luar kawalan” atau pergerakan secara tidak sengaja. Dia sukar mengekalkan postur
ketika berdiri, duduk atau berjalan. Kanak-kanak athetosis memerlukan usaha lebih dan
tumpuan yang tingi untuk mengunjurkan tangannya mencapai sesuatu objek.
Kanak-kanak yang mengalami palsi serebrum jenis ataxia pula menghadapi
masalah koordinasi, kestabilan dan keseimbangan badan. Dia boleh berjalan tetapi tidak stabil
maka dia terpaksa melebarkan jarak antara kedua-dua tapak kaki untuk mengimbangkan badan.
Tangan pula akan bergetar-getar ketika melakukan kerja khasnya jika dia perlu pergerakan
tepat dan pantas seperti mengenakan baju atau menulis. Keadaan bertambah teruk jika dia
disuruh melakukan sesuatu dalam masa yang singkat.
Kebanyakan kanak-kanak palsi serebrum dikategorikan jenis spastik, dan ia diikuti
dengan athetosis dan ataxia. Walaubagaimanapun, seseorang itu berkemungkinan mengalami
lebih daripada satu jenis palsi serebrum.
PUNCA-PUNCA KECACATAN CEREBRAL PALSY
Punca sebenar yang menyebabkan terjadinya Cerebral Palsy pada kebanyakan kes
tidak dapat dikenalpasti. Namun, pada asasnya, wuudnya Cerebral Palsy adalah disebabkan
oleh kerosakan otak yang kritikal yang berlaku semasa seseoramg bayi masih berada dalam
kandungan ibu lagi. Kerosakan otak ini juga berlaku semasa seseorang bayi dilahirkan ataupun
dalam beberapa tahun pertama selepas seseorang bayi dilahirkan.
Kerosakan otak bayi diketagorikan kepada dua jenis iaitu kegagalan perkembangan otak secara
normal dan kerosakan neurologi atau saraf dalam otak kanak-kanak yang sedang mmembesar.
Masa keroskan otak bayi atau akanak-kanak terbahagi kepada 3 peringkat iaitu sebelum
kelahiran bayi, semasa kelahiran bayi dan selepas kelahiran.
Faktor Cerebral Palsy Sebelum Kelahiran.
Beberapa faktor terjadinya kerosakan otak pada bayi yang masih dalam kandungan . Antaranya
ialah sebahagian ibu memang mengalami penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan
kurang darah semasa mengandung. Ibu yang mengalami mengalami pendarahan teruk semasa
3
mengandung juga menjadi penyebabnya. Jangkitan rahim seperti rubella, cytomegalovirus &
toxoplasmosis juga boleh menyebabkan kecederaan pada sistem saraf bayi menyebabkan bayi
menghidapi celebral palsy sebelum dilahirkan. Ibu yang terdedah kepada bahan-bahan toksik,
alkohol, rokok dan dadah juga berisiko tinggi yang merencatkan pertumbuhan organ-organ
seperti otak bayi. Kekurangan zat makanan, vitamin dan makanan tidak seimbang boleh
menjejaskan pertumbuhan janin. Dari sudut sains perubatan, faktor genetik dilihat sebagai
salah satu sebab yang perlu diberi perhatian. Masalah kromosom Trisomi 13 dan Kromosom
Trisomi 18 bukan sahaja menyebabkan kerosakan otak bayi malah kerosakan pada jantung,
anggota dan muka janin dalam kandungan.
Faktor Cerebral Palsy Semasa Kelahiran.
Terdapat kes kelahiran tidak cukup bulan atau “premature birth”. Kelahiran pramatang
ini membawa komplikasi yang sangat tinggi, bayi akan kekurangan oksigen dan perkembangan
anggota yang belum matang. Kekurangan oksigen akan menyebabkan terancatnya fungsi otak
dan ini menyebabkan kerosakan pada otak bayi. Kadang-kadang juga bayi yang dilahirkan
cukup bulan pun mengalami kecederaan otak semasa lahir. Antara lain sebab-sebab celebral
palsy semasa kelahiran ialah bayi mungkin lemas ketika dilahir atau bayi tertelan najis sendiri.
Jangkitan kuman semasa lahir seperti penyakit kuning juga penyebab berlakunya kerosakan
pada otak kanak-kanak.
Faktor Cerebral Palsy Selepas Kelahiran.
Selepas proses kelahiran kanak-kanak mungkin terdedah kepada pelbagai kuman seperti
kuman penyakit asma yang menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak. Ini menyebabkan otak
bayi akan rosak secara perlahan-lahan dan seterusnya otak tidak mampu mengawal
perkembangan fizikal secara normal. Keracunan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan
kerosakan otak pada kanak-kanak. Faktor lain ialah kemalangan seperti kemalangan jalanraya
dan terjatuh dan juga penderaan fizikal termasuk mengoncangkan dengan kuat badan kana-
kanak. Kanak-kanak yang tertelan benda-benda keras seperti duit syiling dan guli juga akan
berisiko menghidap celebral palsy.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN / MENGURANGKAN RISIKO
Pakar mengenalpasti bahawa penyebab cerebral palsy bergantung pada waktu
kelahiran sebelum lahir, semasa lahir dan waktu anak masih bayi selepas kelahiran. Risiko
tinggi bayi akan mendapat celebral palsy ialah semasa berlakunya kelahiran pramatang atau
4
lahir tidak cukup bulan. Konsepnya ialah mengelakkan kelahiran pramatang. Antara tindakan
ibu untuk megurangkan risiko ialah seperti berikut
Ibu perlu mengamalkan pola hidup sihat sebelum dan sewaktu mengandung dan
juga selepas melahirkan anak. Ini termasuklah pemakanan yang betul dan teratur, rehat dan
senaman yang seimbang. Ibu-ibu perlu menghindari rokok dan alkohol atau sebarang ubat-
ubatan yang tidak diiktiraf. Jika ibu tidak mengikut tabiat hidup yang sihat maka bayi mungkin
dilahirkan dengan berat badan rendah, perkembangan otak fizikal bayi terbantut dan ini
membawa faktor bayi akan menghidap celebral palsy.
Sebelum melahirkan anak, ibu perlu berjumpa dengan jururawat atau doktor di
klinik-klinik berdekatan mengikut jadual ditetapkan. Dengan bantuan mereka, ibu dapat
mengetahui secara jelas akan pola perkembangan janin dan pengetahuan ini dapat mengelakkan
kelahiran pramatang. Kelahiran pramatang akan menyebabkan bayi menghadapi risiko tinggi
mendapatkan masalah cerebral palsy.
Selain perjumpaan dengan klinik secara berjadual, ibu-ibu mengandung juga perlu
mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar dari masa kesamasa. Doktor pakar sangat
memahami apakah jenis ubata-ubatan yang perlu diambil ketika mengandung. Doktor pakar
juga mengetahui apakah jenis pemakanan yang sesuai untuk ibu mengandung. Doktor pakar
juga mengetahui jenis-jenis aktiviti yang patut dan tidak patut dilakukan oleh ibu mengandung.
Pendekatan ini menelan kos tetapi ini perlu demi masa depan janin dan kesihatan ibu sendiri.
Ini juga merupakan pendekatan berkesan untuk mengurangi faktor risiko kelahiran pramatang.
Tindakan pencegahan awal perlu diambil oleh para ibu yang sedang mengandung
untuk langkah keselamatan. Ibu-ibu mengandungharus mengelakkan diri daripada bekerja
sambil berdiri selama berjam-jam lamanya, menghindari perkara-perkara penyebab ketegangan
dan kekerasan dalam rumah tangga serta berjaga-jaga terhadap penyakit kelamin yang menular.
Ibu-ibu mengandung juga perlu mengurangkan pergerakan yang merbahaya dan meletihkan
untuk mengelak sebarang kemungkinan seperti terjatuh atau tergelincir. Kebanyakan ibu
mengandung yang mengalamai penderahan adalah disebabkan terjatuh atau tergelincir.
Keadaan ni juga boleh menyebabkan kelahiran pramatang.
5
STRATEGI PENDIDIKAN MEMBANTU KANAK-KANAK MENGHIDAP
CEREBRAL PALSY
Kanak-kanak yang menghidap cerebral palsy tidak berkeupayaan belajar seperti
kanak-kanak normal. Keupayaan mereka dari sudut kognitif dan pergerakan amat terhad
danmenyakitkan bagi mereka. Strategi pendidikan yang dapat dilaksanakan untuk membantu
kanak-kanak cerebral palsy adalah berupa klinikal yang tertumpu kepada psikomotor. Rawatan
dan terapi yang dikhusukan kepada kanak-kanak kumpulan ini adalah untuk membolehkan
mereka mengurus kehidupan seharian sendiri seperti kebolehan menjaga kebersihan diri,
pengurusan pakaian, kebolehan bertutur walaupun tidak lancar dan kemahiran visiul asas.
Rawatan / Terapi Fizikal
Kaedah ini merupakan senaman fizikal seperti regangan untuk melonggarkan otot-otot
dan sendi. Terapi fizikal ini memerlukan beberapa peralatan yang berfokuskan kepada
kemampuan individu. Kanak-kanak yang tidak dapat berjalan dengan kuat akan ajar dan dilatih
berjalan menggunakan tongkat, kerusi roda, crutches atau walkers. Kanak-kanak yang
mempunyai kaki yang tidak sama panjang akan dikenakan kasut khas yang bertumit tinggi
pada kaki yang lebih pendek.
Terapi Cara Kerja (Occupational Therapy)
Terapi Cara Kerja ini berfokuskan kepada objektif untuk membantu kanak-kanak-kanak
meningkatkan perkembangan motor halus seperti tangan, kaki, muka, jari tangan dan kaki.
Terapi initermasuklah pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas cara berpakaian, cara
makan, cara pergi ke tandas dan cara tidur dan sebagainya. Kaedah ini juga memerlukan alatan
sokongan khusus seperti kerusi roda bagi memudahkan pergerakan dan menyertai aktiviti yang
bersesuaian.
Terapi hidro/ Terapi air
Kaedah ini berdasarkan kepada rangsangan air iaitu pergerakan dan aktiviti dalam air.
Ransangan air membolehkan pesakit merasa tenang melakukan gerakan motor halus dan kasar
dalam air. Aktiviti gerakan regangan dalam air dapat melembutkan fungsi-fungsi sendi,
melonggarkan otot-otot, meningkatkan daya ketahanan jantung dan seterusnya dapat
memantapkan perkembangan fizikal dan psikomotor.
6
Terapi Pertuturan
Aktiviti ini sangat sesuai dengan kanak-kanak yang mengalami masalah bercakap dan
makan. Dengan bantuan bahan visual atau konkrit, kanak-kanak dibimbing dan dilatih
mengungkapkan kata-kata verbal. Kanak-kanak dibimbing ntuk menguasai kemahiran
pergerakan bibir dan lidah. Kanak-kanak cerebral palsy juga dibimbing dan dilatih untuk
menguasai bahasa non-verbal atau bahasa isyarat menggunakan gerakan bibir, lidah dan jari.
Terapi ini membolehkan kanak-kanak cerebral palsy dapat berkomunikasi dengan kanak-kanak
yang menghadapi masalah yang sama dan dengan orang lain yang normal.
Terapi Integrasi Sensori
Terapi Integrasi sensori ini merupaka satu pendekatan yang digunakan untuk
membolehkan kanak-kanak mencapai tahap optimum dari sudut pergerakan dan memperbaiki
keseimbangan semasa duduk, berdiri, berjalan dan semasa mengikuti aktiviti. Terapi ini
termasuklah sentuhan dan urutan pada bahagian badan tertentu. Terapi ini memerlukan
beberapa alat sokongan khusus seperti alat per“styrofoam chips”, alat permaianan dan air.
Terapi Ubat-ubatan
Ubat-ubatan yang digunakan adalah untuk mengurangkan masalah ketegangan dan bukan
untuk menyembuhkan. Ini disebabkan kanak-kanak cerebral palsy tidak dapat sembuh
sepenuhnya. Ubat-ubatan yang diiktirafkan ialah seperti diazepam, baclofen, and dantrolene.
Suntikan ubat seperti “Botulinum Toxin” juga dikenakan pada bahagian otot-otot yang
mengalami ketegangan.
Pembedahan/Surgery
Pembedahan tertentu hanya akan dilakukan mengikut keperluan. Sebagai contoh,
kanak-kanak yang bergerak menggunakan hujung kaki dan mengalami kesakitan perlu
dilakukan pembedahan orthopedic untuk memanjangkan urat kaki kanak-kanak itu.
Pembedahan ini dapat membantu kanak-kanak cerebral palsy untuk mengawal keseimbangan
dalam pergerakan. Ini memudahkan mereka berjalan dan melaksanakan aktiviti dengan lebih
baik. Selepas pembedahan pun, kanak-kanak masih dibekalkan peralatan khusus untuk
pergerakan lebih baik seperti kerusi roda & walker

More Related Content

What's hot

Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahHon Shan Shan
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakRawiah Al-Adawiah
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaArra Asri
 
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanakPenilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanaknurulirdina halikulanuar
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakNur Kareena
 
persekitaran pembelajaran.pdf
persekitaran pembelajaran.pdfpersekitaran pembelajaran.pdf
persekitaran pembelajaran.pdflsyii
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanakAzyyati Zainudin
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranGabanSiam
 
Masalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & DisleksiaMasalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & Disleksiaspear_cml
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakRaihan Raihana
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khasmurni mohamat
 
Akta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasAkta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasZalina lina
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakBudakpro Bapapro
 
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKPENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKnelson fredoline
 
Bermasalah pendengaran
Bermasalah pendengaranBermasalah pendengaran
Bermasalah pendengarancikgusuepkhas
 

What's hot (20)

Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran Prasekolah
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Masalah Penglihatan
Masalah PenglihatanMasalah Penglihatan
Masalah Penglihatan
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanakPenilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanak
 
persekitaran pembelajaran.pdf
persekitaran pembelajaran.pdfpersekitaran pembelajaran.pdf
persekitaran pembelajaran.pdf
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
 
Masalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & DisleksiaMasalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & Disleksia
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khas
 
Akta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasAkta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khas
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
 
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKPENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
 
Bermasalah pendengaran
Bermasalah pendengaranBermasalah pendengaran
Bermasalah pendengaran
 

Similar to Nota Kuliah - Kanak-kanak Cerebral Palsy

Similar to Nota Kuliah - Kanak-kanak Cerebral Palsy (20)

Kanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khasKanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khas
 
Edit
EditEdit
Edit
 
Abpd1303 adolescent psychology -topik 3
Abpd1303   adolescent psychology -topik 3Abpd1303   adolescent psychology -topik 3
Abpd1303 adolescent psychology -topik 3
 
Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073
 
Disleksia
DisleksiaDisleksia
Disleksia
 
Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner
 
Dislexia
DislexiaDislexia
Dislexia
 
pembentangan artikal band 6 sains bab 4
pembentangan artikal band 6 sains bab 4pembentangan artikal band 6 sains bab 4
pembentangan artikal band 6 sains bab 4
 
Isl tajuk 2
Isl tajuk 2Isl tajuk 2
Isl tajuk 2
 
Epilepsi
EpilepsiEpilepsi
Epilepsi
 
Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar.doc
Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar.docMengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar.doc
Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar.doc
 
Autisme
AutismeAutisme
Autisme
 
Hiperaktif
HiperaktifHiperaktif
Hiperaktif
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
 
Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"
Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"
Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"
 
Disleksia
DisleksiaDisleksia
Disleksia
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD
Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHDNota Kuliah - Kanak-kanak ADHD
Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD
 
Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD
 
Penyakit sindrome down
Penyakit sindrome downPenyakit sindrome down
Penyakit sindrome down
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
 

More from PuworkUtara OnSlideshare

6 Function Built In (Excel 2019 dn 365).pptx
6 Function Built In (Excel 2019 dn 365).pptx6 Function Built In (Excel 2019 dn 365).pptx
6 Function Built In (Excel 2019 dn 365).pptxPuworkUtara OnSlideshare
 
DSKP Bahasa Kadazandusun Thn 1 ( Semakan KSSR 2017 )
DSKP Bahasa Kadazandusun Thn 1 ( Semakan KSSR 2017 )DSKP Bahasa Kadazandusun Thn 1 ( Semakan KSSR 2017 )
DSKP Bahasa Kadazandusun Thn 1 ( Semakan KSSR 2017 )PuworkUtara OnSlideshare
 
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 1
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 1Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 1
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 1PuworkUtara OnSlideshare
 
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 2
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 2Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 2
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 2PuworkUtara OnSlideshare
 
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 3
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 3Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 3
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 3PuworkUtara OnSlideshare
 
Palan Mongigia Sontoun Boros KadazanDusun Toun 4 ( 2016)
Palan Mongigia Sontoun Boros KadazanDusun Toun 4 ( 2016)Palan Mongigia Sontoun Boros KadazanDusun Toun 4 ( 2016)
Palan Mongigia Sontoun Boros KadazanDusun Toun 4 ( 2016)PuworkUtara OnSlideshare
 

More from PuworkUtara OnSlideshare (20)

Resepi Roti Paung.pptx
Resepi Roti Paung.pptxResepi Roti Paung.pptx
Resepi Roti Paung.pptx
 
6 Function Built In (Excel 2019 dn 365).pptx
6 Function Built In (Excel 2019 dn 365).pptx6 Function Built In (Excel 2019 dn 365).pptx
6 Function Built In (Excel 2019 dn 365).pptx
 
dskp (semakan 2017) sejarah tahun 5
dskp (semakan 2017) sejarah tahun 5dskp (semakan 2017) sejarah tahun 5
dskp (semakan 2017) sejarah tahun 5
 
Dpk2020 bkd6
Dpk2020 bkd6Dpk2020 bkd6
Dpk2020 bkd6
 
Dpk2020 bkd5
Dpk2020 bkd5Dpk2020 bkd5
Dpk2020 bkd5
 
Dpk2020 bkd4
Dpk2020 bkd4Dpk2020 bkd4
Dpk2020 bkd4
 
Dpk2020 bkd3
Dpk2020 bkd3Dpk2020 bkd3
Dpk2020 bkd3
 
Dpk2020 bkd2
Dpk2020 bkd2Dpk2020 bkd2
Dpk2020 bkd2
 
Dpk2020 bkd1
Dpk2020 bkd1Dpk2020 bkd1
Dpk2020 bkd1
 
DSKP Bahasa Kadazandusun Thn 1 ( Semakan KSSR 2017 )
DSKP Bahasa Kadazandusun Thn 1 ( Semakan KSSR 2017 )DSKP Bahasa Kadazandusun Thn 1 ( Semakan KSSR 2017 )
DSKP Bahasa Kadazandusun Thn 1 ( Semakan KSSR 2017 )
 
Induction set figure it out ....
Induction set   figure it out ....Induction set   figure it out ....
Induction set figure it out ....
 
Induction set how many ducks ....
Induction set   how many ducks ....Induction set   how many ducks ....
Induction set how many ducks ....
 
Induction set this is ....
Induction set   this is ....Induction set   this is ....
Induction set this is ....
 
Let's Count How Many Triangles
Let's Count How Many TrianglesLet's Count How Many Triangles
Let's Count How Many Triangles
 
RPT KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 4 ( 2016 )
RPT KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 4 ( 2016 )RPT KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 4 ( 2016 )
RPT KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 4 ( 2016 )
 
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 1
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 1Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 1
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 1
 
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 2
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 2Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 2
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 2
 
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 3
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 3Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 3
Palan Mongigia Sontoun 2016 Boros KadazanDusun Toun 3
 
Palan Mongigia Sontoun Boros KadazanDusun Toun 4 ( 2016)
Palan Mongigia Sontoun Boros KadazanDusun Toun 4 ( 2016)Palan Mongigia Sontoun Boros KadazanDusun Toun 4 ( 2016)
Palan Mongigia Sontoun Boros KadazanDusun Toun 4 ( 2016)
 
Palan Mongigia Sontoun 2016 BKD Toun 5
Palan Mongigia Sontoun 2016 BKD Toun 5 Palan Mongigia Sontoun 2016 BKD Toun 5
Palan Mongigia Sontoun 2016 BKD Toun 5
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 

Recently uploaded (15)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 

Nota Kuliah - Kanak-kanak Cerebral Palsy

  • 1. 1 DEFINISI CEREBRAL PALSY Serebrum merupakan bahagian otak yang mengawal koordinasi dan pergerakan otot-otot anggota badan manusia. Kawalan serebrum inilah yang membolehkan kita bergerak, melakukan pelbagai jenis aktiviti, makan dan minum. Cerebral Palsy (CP) atau palsi serebrum merupakan salah satu kategori ketidakupayaan perkembangan kerana serebrum mengalami kerosakan. Ini bermaksud bahawa pergerakan badan melibatkan psikomotor major dan psikomotor minor terjejas. Bahagian otak serebrum yang mengalami kerosakan itu tidak dapat disembuhkan, berkekalan dan bermaksud kanak-kanak “Cerebral Palsy” mengalami ketidakupayaan perkembangan sepanjang hidup sehinga dia dewasa. Kanak-kanak “Cerebral Palsy” menghadapi kesukaran melakukan semua aktiviti rutin harian seperti berjalan, menguruskan diri, makan, menulis dan sebagainya. Walaupun demikian, kerosakan serebrum itu tidak akan bertambah teruk. Gejala ini boleh berlaku semasa kanak-kanak masih berada dalam kandungan ibu, semasa dia dilahirkan atau selepas dia dilahirkan. Kanak-kanak Cerebral Palsy adalah unik. Keadaan fizikal seseorang kanak-kanak “Cerebral Palsy” adalah berbeza dengan kanak-kanak“Cerebral Palsy” yang lain. Tahap ketidakupayaan juga tidak sama sama. Tahap ketidakupayaan seseorang kanak-kanak “Cerebral Palsy” itu boleh dikategorikan dari paling minima hingga ke paling teruk. Kanak- kanak “Cerebral Palsy” dikategorikan pada tahap paling minima biasanya berupaya menjalani kehidupan dan rutin harian harian seperti biasa tanpa sebarang bantuan. Kanak-kanak “Cerebral Palsy” yang termasuk dalam tahap paling teruk pula memerlukan penjagaan sepanjang masa. Orang lain perlu memberi bantuan sokongan untuk membolehkan dia melakukan segala aktiviti harian termasuk bergerak dan makan. Umumnya, “Cerebral Palsy” dibahagikan kepada tiga jenis iaitu spastik (spastic), athetosis (athetoid) dan ataxia (ataxic). Kanak-kanak“Cerebral Palsy” juga mungkin mengalami gabungan dua atau ketiga-tiga jenis “Cerebral Palsy” itu. Selain itu, kanak-kanak yang mengalami “Cerebral Palsy” juga biasanya mengalami gejala lain seperti lah masalah pertuturan, masalah pendengaran, masalah penglihatan, terencat akal, epilepsi dan masalah pertumbesaran dan masalah lain.. Kanak-kanak yang mengalami “Cerebral Palsy” jenis spastik (spastic) mengalami ketegangan otot yang melampau.Ketegangan ototnya berkemungkinan meningkat apabila dia cuba melakukan kerja dan ini menyebabkan dia kelihatan kaku dan keras. “Cerebral Palsy” jenis spastik dibahagikan kepada 3-kategori yang lebih khusus. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai spastik paraplegia mengalami kedua-dua tangan dan kaki serta tengkuknya terjejas. Kebanyakan kanak-kanak kategori ini tidak dapat berjalan.
  • 2. 2 Kanak-kanak yang dikategorikan spastik hemiplegia mengalami hanya sebelah kiri atau kanan badan sahaja yang terjejas dan dia kelihatan tempang semasa berjalan. Kanak-kanak mengalami spastik diplegia pula mengalami kakinya yang lebih terjejas berbanding tangan. Fungsi kedua-dua tangan mungkin terjejas sedikit atau tidak mengalami sebarang masalah. Athetosis dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami mengalami ketegangan otot tidak konsisten iaitu ada masanya dia mengalami ketegangan otot yang sangat tinggi dan ada kalanya mengalami ketegangan otot yang sangat rendah. Ini mewujudkan impuls “pergerakan luar kawalan” atau pergerakan secara tidak sengaja. Dia sukar mengekalkan postur ketika berdiri, duduk atau berjalan. Kanak-kanak athetosis memerlukan usaha lebih dan tumpuan yang tingi untuk mengunjurkan tangannya mencapai sesuatu objek. Kanak-kanak yang mengalami palsi serebrum jenis ataxia pula menghadapi masalah koordinasi, kestabilan dan keseimbangan badan. Dia boleh berjalan tetapi tidak stabil maka dia terpaksa melebarkan jarak antara kedua-dua tapak kaki untuk mengimbangkan badan. Tangan pula akan bergetar-getar ketika melakukan kerja khasnya jika dia perlu pergerakan tepat dan pantas seperti mengenakan baju atau menulis. Keadaan bertambah teruk jika dia disuruh melakukan sesuatu dalam masa yang singkat. Kebanyakan kanak-kanak palsi serebrum dikategorikan jenis spastik, dan ia diikuti dengan athetosis dan ataxia. Walaubagaimanapun, seseorang itu berkemungkinan mengalami lebih daripada satu jenis palsi serebrum. PUNCA-PUNCA KECACATAN CEREBRAL PALSY Punca sebenar yang menyebabkan terjadinya Cerebral Palsy pada kebanyakan kes tidak dapat dikenalpasti. Namun, pada asasnya, wuudnya Cerebral Palsy adalah disebabkan oleh kerosakan otak yang kritikal yang berlaku semasa seseoramg bayi masih berada dalam kandungan ibu lagi. Kerosakan otak ini juga berlaku semasa seseorang bayi dilahirkan ataupun dalam beberapa tahun pertama selepas seseorang bayi dilahirkan. Kerosakan otak bayi diketagorikan kepada dua jenis iaitu kegagalan perkembangan otak secara normal dan kerosakan neurologi atau saraf dalam otak kanak-kanak yang sedang mmembesar. Masa keroskan otak bayi atau akanak-kanak terbahagi kepada 3 peringkat iaitu sebelum kelahiran bayi, semasa kelahiran bayi dan selepas kelahiran. Faktor Cerebral Palsy Sebelum Kelahiran. Beberapa faktor terjadinya kerosakan otak pada bayi yang masih dalam kandungan . Antaranya ialah sebahagian ibu memang mengalami penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan kurang darah semasa mengandung. Ibu yang mengalami mengalami pendarahan teruk semasa
  • 3. 3 mengandung juga menjadi penyebabnya. Jangkitan rahim seperti rubella, cytomegalovirus & toxoplasmosis juga boleh menyebabkan kecederaan pada sistem saraf bayi menyebabkan bayi menghidapi celebral palsy sebelum dilahirkan. Ibu yang terdedah kepada bahan-bahan toksik, alkohol, rokok dan dadah juga berisiko tinggi yang merencatkan pertumbuhan organ-organ seperti otak bayi. Kekurangan zat makanan, vitamin dan makanan tidak seimbang boleh menjejaskan pertumbuhan janin. Dari sudut sains perubatan, faktor genetik dilihat sebagai salah satu sebab yang perlu diberi perhatian. Masalah kromosom Trisomi 13 dan Kromosom Trisomi 18 bukan sahaja menyebabkan kerosakan otak bayi malah kerosakan pada jantung, anggota dan muka janin dalam kandungan. Faktor Cerebral Palsy Semasa Kelahiran. Terdapat kes kelahiran tidak cukup bulan atau “premature birth”. Kelahiran pramatang ini membawa komplikasi yang sangat tinggi, bayi akan kekurangan oksigen dan perkembangan anggota yang belum matang. Kekurangan oksigen akan menyebabkan terancatnya fungsi otak dan ini menyebabkan kerosakan pada otak bayi. Kadang-kadang juga bayi yang dilahirkan cukup bulan pun mengalami kecederaan otak semasa lahir. Antara lain sebab-sebab celebral palsy semasa kelahiran ialah bayi mungkin lemas ketika dilahir atau bayi tertelan najis sendiri. Jangkitan kuman semasa lahir seperti penyakit kuning juga penyebab berlakunya kerosakan pada otak kanak-kanak. Faktor Cerebral Palsy Selepas Kelahiran. Selepas proses kelahiran kanak-kanak mungkin terdedah kepada pelbagai kuman seperti kuman penyakit asma yang menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak. Ini menyebabkan otak bayi akan rosak secara perlahan-lahan dan seterusnya otak tidak mampu mengawal perkembangan fizikal secara normal. Keracunan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan kerosakan otak pada kanak-kanak. Faktor lain ialah kemalangan seperti kemalangan jalanraya dan terjatuh dan juga penderaan fizikal termasuk mengoncangkan dengan kuat badan kana- kanak. Kanak-kanak yang tertelan benda-benda keras seperti duit syiling dan guli juga akan berisiko menghidap celebral palsy. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN / MENGURANGKAN RISIKO Pakar mengenalpasti bahawa penyebab cerebral palsy bergantung pada waktu kelahiran sebelum lahir, semasa lahir dan waktu anak masih bayi selepas kelahiran. Risiko tinggi bayi akan mendapat celebral palsy ialah semasa berlakunya kelahiran pramatang atau
  • 4. 4 lahir tidak cukup bulan. Konsepnya ialah mengelakkan kelahiran pramatang. Antara tindakan ibu untuk megurangkan risiko ialah seperti berikut Ibu perlu mengamalkan pola hidup sihat sebelum dan sewaktu mengandung dan juga selepas melahirkan anak. Ini termasuklah pemakanan yang betul dan teratur, rehat dan senaman yang seimbang. Ibu-ibu perlu menghindari rokok dan alkohol atau sebarang ubat- ubatan yang tidak diiktiraf. Jika ibu tidak mengikut tabiat hidup yang sihat maka bayi mungkin dilahirkan dengan berat badan rendah, perkembangan otak fizikal bayi terbantut dan ini membawa faktor bayi akan menghidap celebral palsy. Sebelum melahirkan anak, ibu perlu berjumpa dengan jururawat atau doktor di klinik-klinik berdekatan mengikut jadual ditetapkan. Dengan bantuan mereka, ibu dapat mengetahui secara jelas akan pola perkembangan janin dan pengetahuan ini dapat mengelakkan kelahiran pramatang. Kelahiran pramatang akan menyebabkan bayi menghadapi risiko tinggi mendapatkan masalah cerebral palsy. Selain perjumpaan dengan klinik secara berjadual, ibu-ibu mengandung juga perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar dari masa kesamasa. Doktor pakar sangat memahami apakah jenis ubata-ubatan yang perlu diambil ketika mengandung. Doktor pakar juga mengetahui apakah jenis pemakanan yang sesuai untuk ibu mengandung. Doktor pakar juga mengetahui jenis-jenis aktiviti yang patut dan tidak patut dilakukan oleh ibu mengandung. Pendekatan ini menelan kos tetapi ini perlu demi masa depan janin dan kesihatan ibu sendiri. Ini juga merupakan pendekatan berkesan untuk mengurangi faktor risiko kelahiran pramatang. Tindakan pencegahan awal perlu diambil oleh para ibu yang sedang mengandung untuk langkah keselamatan. Ibu-ibu mengandungharus mengelakkan diri daripada bekerja sambil berdiri selama berjam-jam lamanya, menghindari perkara-perkara penyebab ketegangan dan kekerasan dalam rumah tangga serta berjaga-jaga terhadap penyakit kelamin yang menular. Ibu-ibu mengandung juga perlu mengurangkan pergerakan yang merbahaya dan meletihkan untuk mengelak sebarang kemungkinan seperti terjatuh atau tergelincir. Kebanyakan ibu mengandung yang mengalamai penderahan adalah disebabkan terjatuh atau tergelincir. Keadaan ni juga boleh menyebabkan kelahiran pramatang.
  • 5. 5 STRATEGI PENDIDIKAN MEMBANTU KANAK-KANAK MENGHIDAP CEREBRAL PALSY Kanak-kanak yang menghidap cerebral palsy tidak berkeupayaan belajar seperti kanak-kanak normal. Keupayaan mereka dari sudut kognitif dan pergerakan amat terhad danmenyakitkan bagi mereka. Strategi pendidikan yang dapat dilaksanakan untuk membantu kanak-kanak cerebral palsy adalah berupa klinikal yang tertumpu kepada psikomotor. Rawatan dan terapi yang dikhusukan kepada kanak-kanak kumpulan ini adalah untuk membolehkan mereka mengurus kehidupan seharian sendiri seperti kebolehan menjaga kebersihan diri, pengurusan pakaian, kebolehan bertutur walaupun tidak lancar dan kemahiran visiul asas. Rawatan / Terapi Fizikal Kaedah ini merupakan senaman fizikal seperti regangan untuk melonggarkan otot-otot dan sendi. Terapi fizikal ini memerlukan beberapa peralatan yang berfokuskan kepada kemampuan individu. Kanak-kanak yang tidak dapat berjalan dengan kuat akan ajar dan dilatih berjalan menggunakan tongkat, kerusi roda, crutches atau walkers. Kanak-kanak yang mempunyai kaki yang tidak sama panjang akan dikenakan kasut khas yang bertumit tinggi pada kaki yang lebih pendek. Terapi Cara Kerja (Occupational Therapy) Terapi Cara Kerja ini berfokuskan kepada objektif untuk membantu kanak-kanak-kanak meningkatkan perkembangan motor halus seperti tangan, kaki, muka, jari tangan dan kaki. Terapi initermasuklah pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas cara berpakaian, cara makan, cara pergi ke tandas dan cara tidur dan sebagainya. Kaedah ini juga memerlukan alatan sokongan khusus seperti kerusi roda bagi memudahkan pergerakan dan menyertai aktiviti yang bersesuaian. Terapi hidro/ Terapi air Kaedah ini berdasarkan kepada rangsangan air iaitu pergerakan dan aktiviti dalam air. Ransangan air membolehkan pesakit merasa tenang melakukan gerakan motor halus dan kasar dalam air. Aktiviti gerakan regangan dalam air dapat melembutkan fungsi-fungsi sendi, melonggarkan otot-otot, meningkatkan daya ketahanan jantung dan seterusnya dapat memantapkan perkembangan fizikal dan psikomotor.
  • 6. 6 Terapi Pertuturan Aktiviti ini sangat sesuai dengan kanak-kanak yang mengalami masalah bercakap dan makan. Dengan bantuan bahan visual atau konkrit, kanak-kanak dibimbing dan dilatih mengungkapkan kata-kata verbal. Kanak-kanak dibimbing ntuk menguasai kemahiran pergerakan bibir dan lidah. Kanak-kanak cerebral palsy juga dibimbing dan dilatih untuk menguasai bahasa non-verbal atau bahasa isyarat menggunakan gerakan bibir, lidah dan jari. Terapi ini membolehkan kanak-kanak cerebral palsy dapat berkomunikasi dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah yang sama dan dengan orang lain yang normal. Terapi Integrasi Sensori Terapi Integrasi sensori ini merupaka satu pendekatan yang digunakan untuk membolehkan kanak-kanak mencapai tahap optimum dari sudut pergerakan dan memperbaiki keseimbangan semasa duduk, berdiri, berjalan dan semasa mengikuti aktiviti. Terapi ini termasuklah sentuhan dan urutan pada bahagian badan tertentu. Terapi ini memerlukan beberapa alat sokongan khusus seperti alat per“styrofoam chips”, alat permaianan dan air. Terapi Ubat-ubatan Ubat-ubatan yang digunakan adalah untuk mengurangkan masalah ketegangan dan bukan untuk menyembuhkan. Ini disebabkan kanak-kanak cerebral palsy tidak dapat sembuh sepenuhnya. Ubat-ubatan yang diiktirafkan ialah seperti diazepam, baclofen, and dantrolene. Suntikan ubat seperti “Botulinum Toxin” juga dikenakan pada bahagian otot-otot yang mengalami ketegangan. Pembedahan/Surgery Pembedahan tertentu hanya akan dilakukan mengikut keperluan. Sebagai contoh, kanak-kanak yang bergerak menggunakan hujung kaki dan mengalami kesakitan perlu dilakukan pembedahan orthopedic untuk memanjangkan urat kaki kanak-kanak itu. Pembedahan ini dapat membantu kanak-kanak cerebral palsy untuk mengawal keseimbangan dalam pergerakan. Ini memudahkan mereka berjalan dan melaksanakan aktiviti dengan lebih baik. Selepas pembedahan pun, kanak-kanak masih dibekalkan peralatan khusus untuk pergerakan lebih baik seperti kerusi roda & walker