Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Edit
1. Punca sebenar autisme adalah kompleks dan sukar dijelaskan. Dalam kebanyakan kes, punca
yang menyebabkan autisme adalah tidak diketahui. Autisme mempunyai kecelaruan yang
berbagai-bagai dan kajian-kajian terkini yang dijalankan lebih memberikan tumpuan terhadap
masalah genetik, masalah semasa dan selepas kelahiran, kefungsian otak ,dan faktor-faktor
neurochemical dan imunilogikal.
Genetik
Dari segi genetik, adik- beradik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme
berbanding orang lain, terutamanya bagi pasangan kembar seiras. Selain itu autisme juga
dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti
Fragile X Syndrome, tuberous sclerosis, dan phenylketonuria (PKU).
Komplikasi semasa dan selepas kelahiran
Selain itu masalah dan komplikasi yang berlaku sebelum dan selepas kelahiran juga boleh
menjadi punca kepada berlakunya autisme. Di antaranya adalah jangkitan rubella semasa dalam
kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan, dan
bengkak cantik (mumps). Susunan kedudukan adik-beradik juga turut dikatakan sebagai
pencetus autisme iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak keempat
atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat anak atau lebih (Gargiulo R.M.
2003).
Fungsi Otak
Menyentuh tentang fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian serebelum,
sistem limbik, dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme.
Kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran
Autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Dalam
sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune
dysfunction) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan
autisme, terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat
dicernakan dengan baik. Terdapat lebih 60% kanak-kanak autistik yang mempunyai sistem
pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu yang berasaskan haiwan dan tepung
gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protein daripada makanan ini tidak
bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rangkaian yang akhirnya akan dibuang
melalui perkumuhan air kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh
tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan
gliadrofin, yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak
yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian,
dan tingkahlaku (Jamilia K.A. Mohamed, 2005).
Kanak-kanak autisme merupakan kecacatan yang paling serius dari aspek pengendalian
tingkahlaku. Dianggarkan 1/3 dari kanak-kanak kini boleh dilatih untuk berdikari tetapi sejumlah
besar mungkin memerlukan pengawasan sepanjang hidup mereka. Biasanya kanak-kanak ini
beransur baik selepas umur meningkat dewasa dan ada juga yang menjadi kanak-kanak normal
dalam peringkat umur yang lebih dewasa.