SlideShare a Scribd company logo
1 of 41
BACHELOR OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION WITH HONOURS (BECHE)
SEPT / 2021
MPU3313_V2
KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 2
NO. MATRIKULASI : 830817075465001
NO. KAD PENGENALAN : 830817075465
NO. TELEFON : 0193325832
E-MEL : mohdhafiz1983@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : MANJUNG
ISI KANDUNGAN
TUGASAN 1
SOALAN 1(a)
1.0 PENGENALAN
1-4
2.0 NUTRIEN PENTING YANG MEMBENTUK PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK
KUALITI HIDUP YANG LEBIH BAIK
5-12
3.0 KESIMPULAN 13
4.0 RUJUKAN DAN PETIKAN 14
TUGASAN 1 (b)
1.0 PENGENALAN
15-16
2.0 PEMAKANAN TERAPEUTIK BAGI EN. Q YANG MENGHADAPI DIABETES
DAN KEGAGALAN GINJAL DEMI MENJAMIN KEHIDUPAN YANG LEBIH
BERMAKNA.
17-27
3.0 KESIMPULAN 28-29
4.0 RUJUKAN DAN PETIKAN 30-31
TUGASAN 2
JURNAL REFLEKTIF
32-38
RUJUKAN DAN PETIKAN 39
1
TUGASAN 1
SOALAN 1 (a)
1.0 PENGENALAN
Makanan seimbang adalah penting bagi mengekalkan berat badan yang sihat.
Bagi memenuhi kehendak seperti yang dikehendaki di dalam tugasan ini, saya akan cuba
untuk mengupas dan membincangkan isu-isu berkaitan dengan promosi kesihatan dan
kesejahteraan individu, keluarga dan komuniti. Pemakanan seimbang merupakan diet yang
dapat membekalkan tubuh badan dengan nutrien yang cukup untuk kegunaan harian kita.
(Zahra, 2021) Pemakanan merupakan perkara yang penting untuk kesihatan diri sendiri.
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan dalam tubuh
badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.
Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan
penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan
daripada makanan seimbang ini. Pengambilan makanan yang pelbagai dan seimbang boleh
memberi gabungan tenaga dan zat-zat makanan yang berbeza dalam masa yang sama juga
ianya dapat membantu menjaga kesihatan secara am dan mendapatkan tenaga yang
mencukupi untuk fungsi harian. Pengambilan diet yang terdiri daripada pelbagai sumber
bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, ikan, ayam, kekacang dan produk tenusu
memenuhi keperluan protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang penting untuk
fungsi badan kita seharian. (Viatris, 2021) Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),
nutrien asas mestilah datang daripada pemakanan dan ia amat penting kepada badan kerana
dapat membantu mencegah penyakit, menyokong pertumbuhan dan kesihatan yang lebih
baik.
Piramid makanan merupakan rujukan bagi setiap individu untuk mengawal
kuantiti bagi setiap jenis makanan mengikut saranan sajian harian. Piramid ini diperkenalkan
buat kali pertama di Sweden pada tahun 1974. Rakyat Sweden pada masa itu memberontak
kerana harga makanan yang sangat tinggi. Kerajaan Sweden kemudiannya menubuhkan
jawatankuasa untuk menganalisa kemungkinan untuk menggabungkan makanan yang
seimbang dengan semua nutrisi dengan kos yang rendah. Cogan kata untuk mempromosi
piramid makanan ini ialah ‘A good, healthy diet at a reasonable price’ yang membawa
maksud diet yang sihat dengan harga berpatutan. Pada awalnya, piramid ini cuma
2
mengandungi tiga aras dan kemudiannya diubahsuai kepada lima aras pada tahun 2008 oleh
Harvard School of Public Health dan ia merangkumi lebih daripada makanan sahaja untuk
menjadikan panduan gaya hidup sihat secara menyeluruh. Kemudian, piramid ini diadaptasi
pada tahun 1992 oleh Amerika Syarikat di bawah Jabatan Agrikultur dan dinamakan ‘Food
Guide Pyramid’. Objektifnya adalah untuk memberi saranan makanan mengikut jumlah yang
cukup dan sederhana banyak. Negara-negara lain turut tertarik dengan konsep gambaran
visual untuk saranan pemakanan termasuk Jepun, Denmark dan Sri Lanka. Negara ini
masing-masing mencipta panduan pemakanan sendiri seperti dalam bentuk bendera, pagoda,
pelangi dan roda. (Nair, 2021) Malaysia juga tidak terkecuali menyediakan panduan piramid
makanan yang tidak lain tidak bukan ianya bertujuan untuk memudahkan usaha serta azam
rakyatnya untuk makan secara sihat. Piramid ini mempamerkan pelbagai kumpulan makanan
dan jumlah yang perlu kita makan untuk mengekalkan satu diet yang seimbang. Diet yang
sihat amat penting untuk semua orang. Dalam pengambilan kuantiti yang betul, makanan
yang kita makan boleh membantu kita berasa yakin, berpenampilan baik dan mengawal berat
badan agar sentiasa berada dalam julat yang normal. Kebaikannya dalam jangka masa
panjang pula ialah diet yang sihat ini mampu mengurangkan risiko untuk penyakit jantung,
kencing manis,obesiti, osteoporosis dan kanser. Dalam masa yang sama juga apabila kita
mengambil pemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian kita, nutrien yang penting
akan membantu kita untuk memperolehi kualiti hidup yang lebih baik.
Gambar 1.0: Piramid Makanan (Viatris, 2021)
3
Piramid Makanan (Bawah ke Atas)
Aras
1
 Ia terletak di dasar piramid makanan dan amat digalakkan untuk dilakukan.
 Aras ini menekankan kepentingan bersenam, kawalan berat badan dan kawalan pengambilan
makanan dalam setiap hidangan.
Aras
2
 Makanan di aras ini kaya dengan karbohidrat.
 Antara makanan yang terdapat di aras ini adalah:
o Beras perang
o Pasta
o Roti wholemeal
o Bijirin
o Sayur-sayuran
o Buah-buahan
o Minyak yang sihat seperti minyak zaitun, minyak sayur dan minyak jagung
 Kita juga dinasihatkan untuk memberi perhatian terhadap indeks glisemik pada makanan
berkarbohidrat kerana makanan yang mengandungi indeks glisemik yang tinggi mempunyai
risiko untuk seseorang mendapat penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.
Aras
3
 Makanan di aras ini mengandungi kandungan protein yang tinggi, antaranya:
o Daging
o Ayam
o Ikan
o Makanan laut lain seperti udang dan sotong
o Bagi vegetarian pula, makanan yang mengandungi protein yang tergolong di aras ini
adalah kekacang, bijian dan tauhu
 Makanan yang terdapat pada aras ini kaya dengan protein, lemak, zink, vitamin B dan zat besi.
 Kita disarankan untuk mengutamakan ikan yang kaya dengan omega-3 dan bahagian daging
yang kurang berlemak seperti dada ayam.
Aras
4
 Aras ini fokus kepada produk tenusu seperti susu segar, yogurt dan keju.
 Makanan di dalam aras ini kaya dengan kalsium dan mineral serta sesuai untuk diberi kepada
4
1.1: Carta Piramid Makanan (Nair, 2021)
kanak-kanak yang sedang membesar tetapi dalam kandungan yang sederhana.
Aras
5
 Makanan pada aras ini pula perlulah dikurangkan atau dielakkan kerana ia mengandungi
karbohidrat yang tinggi, lemak, gula dan garam yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah
kesihatan jika pengambilannya tidak dikawal.
 Antara makanan yang terkandung di aras ini adalah:
o Mentega
o Ais krim
o Coklat
o Produk karbohidrat yang telah diproses
5
2.0 NUTRIEN PENTING YANG MEMBENTUK PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK
KUALITI HIDUP YANG LEBIH BAIK
Pengambilan diet yang seimbang adalah baik kerana dapat memenuhi keperluan
nutrien serta mengelakkan kekurangan nutrien dan berlebihan bahan kimia. Tanyalah mana-
mana pakar pemakanan atau pakar diet kita pasti akan mendapat jawapan yang sama
berkaitan hal ini. Sistem penghadaman tubuh akan bekerja untuk membebaskan nutrien yang
terkandung di dalam makanan. Nutrien ini kemudiannya diserap ke dalam aliran darah yang
mana akan dibawa ke tisu sasaran. Namun, tidak semua nutrien digunakan dengan cara yang
sama. Terdapat apa yang dipanggil bioketersediaan, di mana ia merujuk kepada kadar nutrien
yang dapat diserap daripada makanan yang dimakan dan digunakan untuk fungsi normal
tubuh. (Karim, 2015) Penyerapan mineral adalah lebih tinggi dalam kalangan individu yang
kekurangan sesuatu mineral. Manakala sesetengah elemen di dalam diet kita (contohnya asid
oksalik atau oksalat di dalam bayam) terikat pada mineral secara kimia, yang mana sekaligus
mengurangkan kebolehdapatan mineral. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
jumlah nutrien yang diguna, disimpan, atau dikumuh, khususnya:
 Komponen nutrien di dalam makanan, bentuk kimia nutrien
 Jantina, umur, status nutrien dan peringkat kehidupan (contohnya, kehamilan)
 Makronutrien – karbohidrat, protein, lemak (kadar pengambilan >90%)
 Mikronutrien – vitamin dan mineral (berbeza dalam jumlah yang diserap dan
digunakan).
 Pengambilan berlebihan sesuatu mineral boleh mempengaruhi penyerapan dan
metabolisma mineral lain.
Nutrien berinteraksi antara satu sama lain dalam cara yang berbeza, seperti
mengekalkan keterlarutan nutrien lain atau melindunginya daripada berinteraksi dengan
perencat nutrien. Contohnya, apabila makanan yang kaya dengan vitamin C dimakan
bersama dengan makanan yang kaya dengan zat besi, penyerapan zat besi meningkat dua
hingga tiga kali ganda. Apabila kita meminum segelas jus yang baru diperah dan makan
bersama semangkuk bijirin sarapan pagi, vitamin C dalam jus ini dapat membantu tubuh
menyerap lebih banyak zat besi daripada bijirin. (Karim, 2015) Sebagaimana nutrien
boleh membantu dalam penyerapan nutrien lain, nutrient juga boleh berinteraksi antara
satu sama lain secara berlawanan. Contohnya, asid fitik (yang kaya di dalam
kekacang/dhal, bijirin penuh mil, biji-bijian, atau kekacang) akan mengganggu
penyerapan kalsium, zat besi dan zink. Maklumat ini penting jika seseorang itu
6
mengambil suplemen kalsium atau zat besi. Ini membolehkan kita untuk merancang
pengambilan mengikut kesesuaian atau pada waktu yang berbeza dan sesuai. Ini
dilakukan bagi mengelakkan berlakunya gangguan penyerapan nutrien pada tubuh. Dalam
kehidupan kita yang serba moden kini, vitamin dan mineral lazimnya ditambah ke dalam
makanan untuk meningkatkan nilai pemakanannya. Contohnya, vitamin B (asid folik)
yang kebiasaannya ditambah ke dalam bijirin sarapan pagi, tepung dan beberapa bahan
sapuan lain. Vitamin ini lebih mudah diperolehi berbanding dengan apa yang terdapat
secara asli di dalam makanan kita (folat pemakanan, seperti yang terdapat di dalam buah
dan sayur). Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita harus mengambil makanan
yang diperkayakan dengan asid folik semata-mata. Sumber pemakanan semulajadi seperti
sayur berdaun hijau boleh melengkapkan sesuatu hidangan. (Karim, 2015) Tambahan
pula, sumber makanan tersebut mengandungi banyak nutrien unik yang bermanfaat
seperti vitamin/mineral, pelbagai fitokimia dan serat untuk membantu kita memperolehi
kualiti hidup yang lebih baik.
Sebelum saya menerangkan tentang nutrien penting yang membentuk pemakanan
seimbang bagi seseorang itu bagi memperoleh kualiti hidup yang lebih baik, terlebih
dahulu kita lihat fungsi nutrien untuk badan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di
bawah.
Gambar 2.0: Fungsi Nutrien Untuk Badan (Malaysia, 2012)
7
Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa nutrien begitu penting dalam membentuk
pemakanan seimbang bagi memperolehi kualiti hidup yang lebih baik. Bagi memperolehi
kesihatan yang baik sebenarnya ia bergantung kepada pemakanan yang betul, digabungkan
pula dengan senaman dan rehat yang mencukupi. Pemakanan yang betul dan seimbang akan
membantu meningkatkan aktiviti harian kita dan dalam masa yang sama ianya dapat
meningkatkan kesejahteraan seumur hidup kita. Nutrien penting yang membentuk pemakanan
seimbang yang pertama ialah karbohidrat. Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang
utama bagi tubuh seseorang. Gula yang terdapat di dalam tubuh akan ditukar menjadi glukosa
untuk menjadi sumber tenaga. Pengambilan karbohidrat mengikut saiz yang betul tidak akan
memudaratkan tubuh. Namun, sekiranya ia diambil secara berlebihan serta tanpa kawalan,
karbohidrat yang memasuki tubuh akan disimpan dan membentuk lemak. Bagi mengelakkan
tubuh menyimpan gula serta pati kompleks yang banyak, sebaiknya setiap individu
mengubah pola pemakanan. Ia sangat baik bagi tubuh kerana tidak perlu menyimpan lemak
di dalam badan. Oleh itu, sebaiknya kita menukar hidangan nasi putih, kuih serta roti putih
kepada oatmeal, sorghum, quinoa, beet, soya serta kekacang yang berserat tinggi dan sumber
vitamin dan mineral. (ITAWRAH, 2020) Sumber makanan ini mengandungi serat yang tinggi
membolehkan kita sentiasa merasa kenyang dengan lebih lama. Sebaiknya dalam setiap
hidangan harian kita, hanyalah mengandungi sebanyak 40 peratus kalori dari sumber
karbohidrat.
Gambar 2.1: karbohidrat (ITAWRAH, 2020)
8
Jenis Karbohidrat pula terdapat sebanyak 3 jenis karbohidrat berdasarkan susunan kimia. Ia
terdiri daripada monosakarida, disakarida dan polisakarida.
1) Monosakarida
Monosakarida merupakan jenis karbohidrat yang paling sederhana serta molekul paling
kecil. Ia dapat diserap terus oleh pembuluh darah kerana molekulnya paling kecil.
Karbohidrat jenis ini adalah glukosa dektrosa yang banyak terdapat pada buah-buahan
dan sayuran, fruktosa banyak terdapat pada buah, sayuran, madu, dan glukosa yang
berasal dari pecahan disakarida.
2) Disakarida
Disakarida merupakan karbohidrat daripada sukrosa, maltosa, dan laktosa. Sukrosa dan
maltosa banyak pada sayuran manakala laktosa pula merupakan jenis gula yang terdapat
dalam susu samada susu ibu atau susu haiwan.
Gambar 2.2: karbohidrat jenis disakarida (ITAWRAH, 2020)
3) Polisakarida
Polisakarida pula merupakan gabungan dari beberapa molekul monosakarida. Jenis
polisakarida adalah zat pati, glikogen dan selulosa. (ITAWRAH, 2020)
Nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang yang kedua ialah
protein. Pengambilan sumber protein pada setiap hari adalah sangat bagus untuk
pertumbuhan serta pembaikan sel-sel dalam badan. Protein yang terdapat dalam tubuh
badan akan ditukarkan kepada asid amino yang kemudiannya diserap oleh sel-sel bagi
membolehkan pertumbuhan serta kebolehan metabolisme seseorang. Setiap hari tubuh
kita memerlukan sebanyak 0.8 gram sumber protein dari setiap 1kg berat tubuh badan.
Bagi seorang wanita, ia memerlukan sebanyak 36 gram protein manakala lelaki pula
9
memerlukan sebanyak 44 gram setiap hari. Saiz protein antara 36 hingga 44 gram adalah
bersama 1 hingga 2 keping dada ayam. Protein yang diambil secara berlebih boleh
menyebabkan beberapa situasi yang kurang baik seperti sakit urat, peningkatan kolesterol,
kegagalan buah pinggang serta risiko kanser. Bagi mengelakkan protein yang berlebihan,
sebaiknya 1 hidangan berasaskan protein diambil yang terdiri dari ayam dan ikan. Ia juga
boleh digantikan dengan sumber protein yang lain seperti kekacang, tempe, biji-bijian
serta sayur hijau. (ITAWRAH, 2020)
Gambar 2.3: protien (ITAWRAH, 2020)
Nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang yang ketiga ialah lemak.
Lemak juga merupakan sumber tenaga yang membantu penyerapan Vitamin A, D, E, dan
K dan pembentukan hormon di dalam tubuh. Sumber lemak terbaik adalah avokado,
kekacang-sayur hijau serta buah-buahan. Pengambilan sumber lemak secara berlebihan
akan menyebabkan beberapa keburukan seperti obesiti, sembelit, kolesterol tinggi, risiko
kanser serta kerosakan dinding arteri serta otak. Secara umumnya setiap orang dewasa
hanya perlu mengambil sebanyak 30 peratus lemak, 30 peratus protein serta 40 peratus
karbohidrat. Sebaiknya lemak yang diambil mengandungi omega-3 serta minyak zaitun.
Gambar 2.4: lemak (ITAWRAH, 2020)
10
Nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang yang keempat ialah
vitamin. Vitamin adalah sangat penting untuk merawat sel-sel tubuh serta metabolisme
badan. Setiap sel dalam tubuh memerlukan vitamin yang banyak dan kebanyakan manusia
kurang mengambil vitamin untuk tubuh. Vitamin C serta B kompleks sebaiknya diambil
setiap hari kerana ianya tidak disimpan di dalam tubuh dan dikeluarkan melalui urin.
Kekurangan vitamin di dalam badan menyebabkan penyakit mata, hipertensi, anemia,
penyakit ginjal, eczema, kanser, batuk, osteoporosis serta menstruasi. Sumber vitamin boleh
diperolehi daripada sayur-sayuran serta buah-buahan seperti epal, tomato, bayam, sunflower
seed, avokado, buah bit, lemon serta kekacang.
Gambar 2.5: vitamin (ITAWRAH, 2020)
Nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang yang kelima ialah
mineral. Mineral adalah sangat penting untuk pertumbuhan dan proses metabolisme dalam
sel badan. Setiap hari badan kita memerlukan sumber mineral bermula dari rambut, kulit,
tulang hingga sel darah. Mineral juga dapat meningkatkan fungsi saraf serta dapat membantu
menukar makanan menjadi tenaga. Kekurangan sumber mineral menyebabkan beberapa
keburukan seperti proses metabolisme tubuh terganggu, masalah kesihatan seperti
osteoporosis, anemia, mudah lelah, kulit kering, rambut kering hingga masalah keseimbangan
hormon. Terdapat dua jenis sumber mineral iaitu mineral major dan minor. Mineral major
merupakan kalsium, kalium, sulfur, fosforus serta magnesium. Setiap hari badan kita
memerlukan sebanyak 100 gram atau lebih sumber mineral. Mineral minor pula merupakan
sumber mineral yang diperlukan dalam jumlah yang kecil sahaja. Ia terdiri daripada zink,
besi, mangan, tembaga, boron, silikon, molibdenum, vanadium, kromium, selenium, dan
iodin. Mineral juga banyak terdapat daripada sumber tanaman yang tumbuh dalam tanah
11
seperti halia, kunyit, lobak merah, buah bit, kekacang, serta sayuran berwarna hijau gelap
seperti kale.
Gambar 2.5: mineral (ITAWRAH, 2020)
Nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang yang keenam ialah serat
tumbuhan. Serat tumbuhan atau serat makanan (dietary fiber) merupakan bahagian makanan
yang tidak dipecah oleh tubuh dan membantu untuk menjaga fungsi sistem pencernaan lebih
baik. Ia berguna untuk membantu penyerapan nutrisi di usus, menjaga aktiviti usus secara
tetap dan optimal, imunisasi dan keseimbangan bakteria usus. Setiap tubuh badan perlu
mengambil sayur-sayuran hijau seperti bayam, kale, parsly, saderi serta sayuran hijau lain.
Antara sumber karbohidrat dan protein yang kaya dengan serat adalah seperti gandum,
sorghum serta edamame.
Gambar 2.6: serat (ITAWRAH, 2020)
12
Nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang yang ketujuh ialah air.
Setiap tubuh manusia mengandungi sebanyak 65% air. Kandungan air di dalam tubuh akan
berkurangan kerana berlakunya proses pencernaan, pernafasan, peluh serta air kencing.
Adalah sangat penting untuk kita mengekalkan komposisi air di dalam badan dengan
minuman air mineral atau air putih secukupnya. Selain itu, sumber air boleh diperolehi
daripada buah-buahan seperti timun, tembikai, limau, serta sayur-sayuran yang mengandungi
kandungan air yang tinggi. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan gangguan serta
kerosakan pada sel dan organ badan seperti otak, mata, darah, dan saluran pencernaan.
Tanda-tanda tubuh kekurangan air adalah daya konsentrasi seseorang terganggu, moody,
mata kering, darah menjadi pekat, tekanan darah rendah, warna urin kuning pekat, penyakit
batu karang serta sakit ketika membuang air kecil. Setiap orang dianjurkan untuk minum
sebanyak 8 gelas sehari (2-3 liter). Namun, air juga tidak boleh diambil secara berlebihan.
Warna urin yang pekat menunjukkan badan kekurangan air dan pengambilan air minuman
adalah sangat diperlukan.
Gambar 2.7: air (ITAWRAH, 2020)
13
3.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya setiap makanan yang kita ambil setiap hari mengandungi
pelbagai jenis nutrien. Ianya sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi menjalankan fungsi
organ dalam badan. Nutrien ini seharusnya diperolehi daripada makanan yang seimbang
kerana tubuh manusia tidak menghasilkan nutrien dalam badan dengan sendirinya. Makanan
yang berkualiti dan seimbang adalah makanan yang mengandungi kandungan nutrien yang
tinggi. Ia sangat baik untuk tubuh badan seseorang. Pengambilan kombinasi karbohidrat,
protein, vitamin, mineral, air, lemak dan sebagainya perlu diambil secara berpatutan dan tidak
berlebihan. Ia perlu diambil mengikut keperluan badan bagi mengelakkan sebarang
keburukan jika diambil secara berlebihan. Kita pasti pernah mendengar ungkapan “anda
adalah apa yang anda makan”. Walau bagaimanapun, ramai yang masih tidak menyedari akan
impak nutrien dalam membentuk pemakanan seimbang untuk kualiti hidup yang lebih baik.
Makanan yang mengandungi nutrien boleh membantu fungsi badan. Nutrien di dalam
makanan adalah bahan berkhasiat yang penting dalam perkembangan dan tumbesaran badan.
Oleh itu, jika badan kita kekurangan atau tidak mendapat nutrien, tahap kesihatan kita boleh
menurun. Antara perkara yang kita tidak sedar ialah badan manusia tidak boleh menghasilkan
segala yang diperlukan untuk terus berfungsi. Ianya diperolehi melalui beberapa nutrien
penting yang perlu diambil dalam diet seharian untuk mengekalkan kesihatan pada tahap
optimum. Nutrien sangat penting untuk menyokong kesihatan dan pertumbuhan yang baik.
WHO telah membahagikan nutrien penting kepada dua bahagian iaitu micronutrien dan
macronutrien. Micronutrien adalah nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit.
Micronutrien terdiri daripada vitamin dan mineral. Walaupun badan hanya memerlukan ia
dalam kuantiti yang kecil, kekurangannya akan mengakibatkan masalah kesihatan.
Macronutrien pula adalah nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang besar. Ini termasuklah
air, protein, karbohidrat dan lemak. (Fiqah, 2021) Seseorang boleh mendapatkan kesemua
nutrien yang diperlukan jika mengambil makanan seimbang. Makanan seimbang adalah
makanan yang mengandungi protein, sayur, buah, karbohidrat dan air. Bagi mereka yang
mengalami masalah kesihatan, terdapat beberapa pilihan makanan tambahan yang boleh
didapati di dalam pasaran cuma dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil makanan
tambahan tersebut.
2788 PATAH PERKATAAN
14
4.0 RUJUKAN DAN PETIKAN
BIBLIOGRAPHY
Fiqah, M. (2021, April 2). NUTRIEN PENTING UNTUK TUBUH BADAN AGAR KEKAL
SIHAT. Retrieved from https://pasarhub.my: https://pasarhub.my/blog/nutrien-
penting-untuk-tubuh-badan-agar-kekal-sihat/
ITAWRAH. (2020, September 2). 7 Nutrisi Makanan Yang Diperlukan oleh Tubuh Setiap
Hari. Retrieved from https://saji.my: https://saji.my/nutrisi-makanan/
Karim, P. D. (2015, Mac 28). Diet Seimbang Diperlukan untuk Penyerapan Nutrien yang
Lebih Baik. Retrieved from https://mypositiveparenting.org:
https://mypositiveparenting.org/ms/2015/03/28/diet-seimbang-diperlukan-untuk-
penyerapan-nutrien-yang-lebih-baik/
Malaysia, K. K. (2012, April 20). FUNGSI NUTRIEN UTK BADAN. Retrieved from
http://www.myhealth.gov.my/: http://www.myhealth.gov.my/f-7/fungsi-nutrien-utk-
badan-2/
Nair, S. (2021, April 13). Panduan Amalan Pemakanan Seimbang Melalui Piramid
Makanan. Retrieved from https://www.doctoroncall.com.my/:
https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/nutrisi/piramid-makanan
Viatris. (2021, Februari 3). Apakah diet yang sihat dan seimbang? Retrieved from
myhealthmylife.com: https://www.myhealthmylife.com.my/ms/node/98
Zahra, F. (2021, April 1). Tak Susah Nak Sihat Kalau Tahu Jaga Pemakanan & Diet
Seimbang, Ikut Cara Ini! Retrieved from hellodoktor.com:
https://hellodoktor.com/pemakanan/diet-pengurusan-berat-badan/pemakanan-
seimbang/
15
SOALAN 1 (b)
1.0 PENGENALAN
Makanan terapeutik adalah makanan yang dirancang untuk tujuan terapeutik tertentu.
Biasanya pemakanan ini diambil dan dijadikan sebagai bentuk makanan tambahan. Contoh
utama makanan terapeutik yang digunakan ialah untuk memberi makan kanak-kanak yang
kekurangan zat makanan secara kecemasan atau untuk melengkapkan diet orang yang
mempunyai keperluan pemakanan khas, seperti orang tua dan mereka yang telah disahkan
oleh doktor mempunyai penyakit yang kronik. (wikipedia, 2009) Rancangan Makanan
Terapeutik Komponen Pemakanan Peribadi (TFP) dikembangkan dengan kerjasama
Persatuan Pemakanan Amerika (ANA) untuk mendidik doktor dan profesional pemakanan
mengenai penyesuaian dan aplikasi klinikal rancangan makanan terapeutik IFM untuk
memenuhi keperluan kesihatan individu pesakit.
Diet terapeutik adalah rancangan makan yang ditetapkan secara perubatan yang
disyorkan sebagai rawatan untuk penyakit kronik. Diet terapeutik juga merupakan diet biasa
yang diubah cara penyediaannya dari segi masakan dan keperluan zat makanan . Biasanya ia
bertujuan untuk menghilangkan atau membatasi jenis makanan tertentu, makan lebih banyak
jenis makanan tertentu, mengubah konsistensi diet atau mengubah diet seharian kita dari yang
kita biasa amalkan sebelum ini. Diet terapeutik ini memerlukan modifikasi ke atas nutrien
untuk rawatan sesuatu penyakit yang dialami oleh seseorang pesakit. Ia melibatkan
meninggikan atau merendahkan satu atau lebih makronutrien seperti protein, karbohidrat,
lemak serta mikronutrien seperti vitamin dan mineral. Contoh diet terapeutik ialah makanan
yang kandungannya diet diabetik, diet kurang garam (low salt diet), diet rendah lemak, diet
rendah kolesterol, diet rendah protein, diet tinggi protein, diet rendah purine dan diet tinggi
fiber(serat). (Batumalai, 2012) Secara khususnya pesakit yang mengamalkan diet terapeutik
ini ialah mereka yang menghidapi penyakit yang memerlukan pengubahsuaian diet tertentu,
Di mana pengubahsuaian diet tersebut dapat membantu proses penyembuhan penyakit atau
untuk kawalan penyakit pada jangka masa yang panjang. Contohnya pesakit diabetes, darah
tinggi, buah pinggang, gout dan lain-lain lagi.
Berdasarkan soalan tugasan yang diberikan kepada saya, En. Q memerlukan
pengubahsuaian kandungan pemakanannya. Dari pemakanan yang biasa dimakannya kepada
pemakanan yang mengandungi diet terapeutik. Ini kerana En. Q adalah pesakit diabetes yang
baru didiagnosis dan memerlukan insulin untuk menstabilkan kadar glukosa dalam darahnya.
16
Dalam pada itu juga beliau menghadiri klinik diabetes bagi menerima pendidikan mengenai
pengurusan diabetes. Selain itu En. Q juga mengalami penyakit yang berkaitan dengan
kegagalan ginjal. Oleh sebab itu doktor yang merawatnya ingin memastikan bahawa En. Q
memahami pelan diet terapeutik yang telah dicadangkan kepadanya dan memperoleh
persetujuan bertulis untuk pihak hospital menyediakan pelan penjagaan nutrisi terapeutiknya.
Hasil pemerhatian dan pembacaan saya En. Q merupakan seorang pesakit diabetes mellitus
jenis 2 ini kerana ianya disebabkan 'disorder carbohydrate (sugar)' metabolisme atau juga
dipanggil 'non-insulin dependant diabetes mellitus'. Penyakit ini dibahagikan kepada
'hyperglycemia' (gula dalam darah) dan 'glycouria' (gula dalam air kencing). Keadaan ini
berlaku disebabkan kekurangan pengeluaran insulin dalam badan. Menurut berita yang
dimuatkan dalam halaman astro awani, diabetes jenis 2 merangkumi 90 peratus hingga 95
peratus daripada jumlah pesakit diabetes. Diabetes atau disebut kencing manis oleh
kebanyakan orang di negara ini adalah satu daripada 10 penyakit yang membawa kematian di
Malaysia. Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015, terdapat
peningkatan jumlah penghidap diabetes di Malaysia iaitu kepada 17.5 peratus pada tahun
2015 berbanding 15.2 peratus pada tahun 2011. Menurut Konsultan Kanan Endoktrinologi,
Profesor Dr Chan Siew Pheng, jika keadaan itu berterusan, dijangkakan kadar kes diabetes di
Malaysia akan terus meningkat dari masa ke semasa jika tiada strategi berkesan diambil bagi
membanterasnya. (Bernama, 2016)
Gambar 1.0 Insulin akan disuntik ke badan pesakit untuk meningkatkan insulin
dalam darah. (Bernama, 2016)
17
2.0 PEMAKANAN TERAPEUTIK BAGI EN. Q YANG MENGHADAPI DIABETES
DAN KEGAGALAN GINJAL DEMI MENJAMIN KEHIDUPAN YANG LEBIH
BERMAKNA.
Kencing manis atau nama lainnya Diabetes Mellitus Jenis 2 adalah salah satu
penyakit tidak berjangkit yang bahaya yang semakin meningkat di seluruh dunia. Mereka
yang didiagnosis dengan intoleransi glukosa atau kencing manis, tidak tahu apa yang perlu
dilakukan mengenai diet pemakanan mereka. Dalam erti kata lain, mereka tidak tahu di mana
untuk bermula dan bagaimana untuk memulakannya. Sesetengah daripada mereka tidak tahu
bahawa pengambilan makanan memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal
glukosa dalam darah. Menurut Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011
melaporkan bahawa kelaziman diabetes sebanyak 15.2 % dan 20.8 % untuk orang dewasa
yang berumur lebih daripada 18 tahun dan 30 tahun di Malaysia. Di kalangan orang dewasa
pula ialah mereka yang berumur lebih daripada 18 tahun. Kelaziman itu adalah paling tinggi
pada kaum India (24.9%) diikuti oleh kaum Melayu (16.9%) dan kaum Cina (13.8%).
(mhsalleh, 2017) Berdasarkan soalan tugasan ini, En. Q telah menghidapi penyakit diabetes
dan kegagalan ginjal. Oleh itu doktor menyarankan agar beliau menukar diet pemakanannya
dari pemakanan biasa kepada makanan terapeutik demi menjamin kehidupannya agar lebih
baik dan bermakna. Bagi penyakit diabetes seperti yang dialami oleh En. Q matlamat
utamanya ialah gaya pemakanan yang disyorkan bagi membantu beliau untuk:
Mencapai dan mengekalkan paras gula dalam darah dalam julat normal atau hampir
normal.
Mencegah atau melambatkan perkembangan komplikasi kronik.
Meningkatkan kualiti hidup
Selain itu terdapat juga beberapa faktor yang perlu En. Q ambil kira dalam melaksanakan
gaya hidup baru ini selepas menghidapi penyakit kencing manis ini antaranya:
1. Menggalakkan makan pada waktu yang tepat, makan dengan kerap (elakkan
melangkau waktu makan).
2. Menghadkan pengambilan gula.
3. Dapatkan diet yang seimbang dan sihat (campuran karbohidrat kompleks, serat,
sumber protein tanpa lemak dan lemak baik).
4. Berhati-hati dengan saiz hidangan yang diambil.
5. Menjadi lebih aktif secara fizikal.
18
Seperti yang kita maklumi, sumber makanan yang diambil sebenarnya telah terbukti
sebagai salah satu komponen utama yang mempengaruhi tahap glukosa darah pada pesakit
diabetes. (mhsalleh, 2017) Oleh itu, pesakit seperti En. Q perlu memberikan perhatian dan
penekanan tentang makanan yang dimakannya terutamanya jenis karbohidrat. Perkara asas
yang perlu diketahui ialah apakah itu karbohidrat?. Karbohidrat adalah salah satu sumber
utama nutrien dalam diet kita seharian dan ianya menyediakan tenaga untuk otak dan badan.
Apabila karbohidrat diambil, ia akan dipecahkan kepada gula atau glukosa dalam aliran
darah. Bagi pesakit diabetes seperti En. Q, setiap makanan yang diambilnya yang mana
mengandungi karbohidrat memainkan peranan penting dalam mengurus atau mengawal tahap
gula dalam darahnya. Terdapat lima kumpulan makanan yang mengandungi karbohidrat
seperti:-
1. Bijirin, roti, mi, makanan berasaskan tepung (roti canai, capati, biskut dan pasta)
2. Kekacang (kacang, lentil, kacang panggang, kacang hijau)
3. Buah-buahan (semua jenis buah-buahan)
4. Susu dan produk tenusu yang lain (semua jenis susu dan yogurt)
5. Sayur-sayuran berkanji (jagung, kentang, keladi, labu, ubi kayu)
Pelan diet biasanya perlu dilihat secara individu mengikut jenis diabetes termasuk Jenis 1
kencing manis, diabetes jenis tahap 2, dan kencing manis semasa mengandung. Ini kerana
kaedah yang paling sesuai untuk setiap orang mungkin berbeza. Bagi En. Q dia merupakan
pesakit diabetes jenis tahap 2. Pemakanan untuk pesakit kencing manis seperti En. Q, amat
penting untuk dikawal dan dijaga. Berikut merupakan apa yang perlu dilakukan oleh En. Q
dan merujuk kepada pelan menu di bawah sebagai resepi diet yang perlu diambil dan
diamalkan oleh En. Q bagi pengawalan gula dalam makanan hariannya.
Jadual Pemakanan En. Q 1500kcal
Waktu Makan Pilihan Makanan
Sarapan pagi
(Makan dalam jangka masa 2 jam
selepas bangun)
Oat dengan susu
 6 sudu oat dengan 4 sudu besar susu tepung
 Salad berdaun hijau (Salad, timun, lobak merah, tomato
ceri dan bawang)
19
 Satu telur rebus keras
 Satu sudu teh minyak zaitun
Makan Tengah Hari
(4 Jam selepas sarapan pagi)
 beras perang/ nasi putih (satu mangkuk nasi Cina / 3
senduk)
 Separuh Plat daripada tumis sayur-sayuran hijau
 ayam goreng kilas/ ikan stim (satu saiz sederhana)
 1 hidangan buah-buahan
Minum Petang
 3 keping biskut (serat yang tinggi lebih baik)
 Kopi / teh (dengan satu sudu teh gula-jika perlu)
Makan Malam
(4 Jam sebelum tidur)
 Spaghetti (satu mangkuk nasi atau 3 senduk)
 ikan bakar / dada ayam (1 ½ saiz sederhana)
 Kukus sayur-sayuran berdaun hijau
 1 hidangan buah-buahan
2.0 Jadual pemakanan (mhsalleh, 2017)
Dalam hal berkaitan masalah penyakit kencing manis yang dihidapi oleh En. Q
berikutan salah satu sebabnya kerana berlaku rintangan insulin. Ianya berpunca kerana
lemak badan yang tinggi, di mana ianya boleh menyebabkan insulin menjadi kurang
sensitif kepada sel, serta menyebabkan berlakunya gula di dalam darah meningkat. Dalam
hal ini individu yang gemuk atau obes perlu menguruskan berat badan mereka dengan
diet makanan yang dapat mengurangkan atau menurunkan kencing manis. Oleh itu,
dengan pengurangan pengambilan makanan yang tinggi lemak atau makanan berminyak,
secara tidak langsung ianya akan mengurangkan pengambilan kalori.
Selain itu perkara yang mungkin kurang diambil berat oleh sesetengah pesakit
diabetes ialah mengenai buah-buahan. Buah-buahan mengandungi karbohidrat tetapi ia
juga mengandungi serat, vitamin dan mineral yang penting untuk badan, terutamanya
bagi diet pemakanan untuk pesakit diabetes. (mhsalleh, 2017) Oleh itu, buah-buahan
perlu dimasukkan dalam diet seseorang terutama dalam pemakanan pesakit diabetes
seperti En. Q. Walau bagaimanapun, buah-buahan perlu terhad kepada dua hidangan
20
sehari. Ini kerana ianya perlu diambil dua kali setiap hari di mana ianya perlu diagihkan
kepada dua makanan yang berbeza. Buah-buahan bukanlah hanya sebagai makanan bagi
pesakit kencing manis sahaja, tetapi ia juga boleh bertindak sebagai ubat-ubatan semula
jadi untuk pengawalan gula di dalam darah kerana badan tidak memerlukan gula yang
berlebihan. Berikut merupakan jadual pemakanan bagi resepi pemakanan buah-buahan
untuk En. Q bagi saiz bahagian untuk satu hidangan.
Jadual Pemakanan Buah En. Q
Jenis Buah Saiz Hidangan
Oren/epal/ pir/ pic 1 hidangan kecil (saiz bola tenis)
Duku/ langsat/ anggur/ longan 8 biji
betik/tembikai susu/ tembikai 1 potong
jambu ½ biji
Mangga/ Pelam ½ hidangan kecil (100g)
Pisang 1 hidangan kecil (60g)
Rambutan 5 biji
Durian 2 ulas
Cempedak 4 ulas
2.1 Jadual pemakanan buah dan saiz hidangan (mhsalleh, 2017)
Pengambilan serat juga penting dalam membantu En. Q yang menghidapi penyakit
diabetes. Kekurangan pengambilan serat dalam pengambilan makanan harian adalah
antara faktor yang menyebabkan meningkatkan risiko penyakit kepada ramai orang
termasuklah En. Q. Kebanyakan negara menyarankan pengambilan serat antara 21 hingga
21
40 gram sehari, manakala WHO menyarankan sebanyak 25 gram sehari. (Ahmad, 2012)
Serat mempunyai kesan fisiologi yang baik kepada proses pembuangan air besar, paras
kolesterol darah dan paras gula darah. Serat juga telah dikenal pasti dapat memainkan
peranan penting dalam mengawal penyakit termasuklah sembelit, penyakit divertikular,
kanser, penyakit jantung, diabetes, obesiti dan hipertensi. Sumber utama serat adalah
buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh (whole grain) dan kekacang. Serat juga boleh
diperolehi dalam bentuk makanan tambahan (supplement). Namun begitu, pengambilan
serat daripada sumber semula jadi adalah lebih baik. Selaras dengan perkembangan
teknologi makanan masa kini, kandungan serat juga telah dimodifikasi dalam produk-
produk makanan yang ada di pasaran. Semua bijirin yang telah diperhalusi ke bentuk
tepung mempunyai kesan terhadap kepekatan gula darah semasa melalui proses
penghadaman (respon glisemik). Kerja-kerja memproses makanan seperti memanas,
mengupas kulit buah dan menghancur (grinding) untuk menghasilkan tepung dan produk-
produknya seperti mi, biskut dan sebagainya akan menyebabkan lebih cepat enzim
bertindak menukarkan kanji kepada gula. Selain itu, makanan yang tinggi kandungan
seratnya dengan nilai Gl (Indeks Glisemik) yang rendah akan menyebabkan kadar
penukaran gula menjadi perlahan. Sebagai contoh, roti mil penuh dan roti putih biasa
mungkin berbeza kandungan seratnya tetapi mempunyai nilai GI yang hampir serupa.
(Ahmad, 2012)
22
2.2 Gambar indeks glisemik dan muatan glisemik (Jamil, 2014)
23
CARTA INDEKS GLISEMIK
Rendah GI (55 atau kurang)
Barli
Kacang
hijau (green
peas)
Epal Susu penuh krim Susu coklat
Keladi Kubis Tembikai Susu skim Bar coklat
Oat bran, mentah Brokoli Pisang berangan Yogurt Pizza
Tomato Pir
Minuman kacang
soya
Karipap
Durian Kastad Ais krim
Sederhana GI (56 ke 69)
Basmati Kentang rebus Betik Donat
Tosai bersama
chutney
Sultanas
Nasi lemak Kismis (Canada)
Biskut ‘digestive’
Tinggi GI (70 dan ke atas)
Mihun/ makaroni
goreng
Kurma Wafel
Roti canai
bersama kari dal
Nenas Bubur sagu
Beras pulut dan
wangi
Laici dalam tin Humus
Ubi keledek
2.3 Carta indeks glisemik (Jamil, 2014)
Makanan berkanji Sayur-sayuran Buah-buahan Susu dan hasil tenusu Snek
24
Untuk memilih makanan selepas ini En. Q perlu melakukannya dengan bijak.
Sebelum itu perlu di ketahui apa itu Indeks Glisemik (GI). Indeks Glisemik (GI) adalah
panduan untuk menilai jenis karbohidrat dan kesannya pada paras gula dalam darah. Seperti
gambar yang ditunjukkan di atas, makanan yang mempunyai nilai GI kurang daripada 55
merupakan makanan yang lebih lambat menjadi glukosa dalam darah, ia boleh diambil oleh
pesakit diabetes seperti En. Q tanpa rasa ragu dan risau. Makanan bernilai GI antara 56-69
dipanggil GI sederhana. Manakala makanan yang mudah ditukar menjadi glukosa dalam
darah pula dipanggil GI tinggi apabila nilai GI lebih daripada 70.
PINGGAN SIHAT BAGI PENGHIDAP DIABETES
2.4 Gambar pinggan sihat untuk pesakit diabetes (mhsalleh, 2017)
Pinggan boleh dibahagi kepada 4 bahagian seperti di atas:
 1/4 Buah-buahan
 1/4 Sayur-sayuran
 1/4 Bijirin dan hasil bijirin / Karbohidrat
 1/4 Daging/Protein seperti ikan, ayam, daging, telur, tauhu
Sekiranya sukar untuk mendapatkan buah-buahan yang sesuai untuk diabetes, boleh di cuba
aturan seperti berikut sebagai makanan untuk elak kencing manis, iaitu:
 1/2 Sayur-sayuran
 1/4 Daging/Protein
 1/4 Bijirin dan hasil bijirin / Karbohidrat
25
Kuncinya adalah dengan membetulkan saiz setiap jenis hidangan. Cara ini bukan sahaja
membantu untuk kurangkan gula dalam darah dan menguruskan paras gula dalam darah,
tetapi ia juga dapat membekalkan khasiat dan vitamin yang mencukupi, mengawal kadar
obesiti dan memberi kekenyangan yang lebih lama. Selain itu, keperluan memahami apa jenis
makanan yang boleh menyebabkan kenaikan gula yang ketara dan jenis makanan yang sesuai
diambil oleh pesakit diabetes tanpa risau.
Berikutan En. Q juga mengalami masalah kegagalan ginjal, pengambilan makanan untuk
pesakit ginjal juga merupakan satu komponen yang amat penting sekali. Bagi individu yang
menghidap penyakit ini mereka perlu mengetahui cara yang terbaik untuk menguruskan
penyakit yang mereka alami dengan diet yang betul, tepat dan berkesan. Mereka juga perlu
mengetahui bahawa pesakit ginjal tidak boleh makan ikut sesuka hati mereka seperti orang
lain yang tidak berpenyakit. Pesakit perlu berwaspada dan mengurangkan pengambilan
makanan tertentu untuk melindungi ginjal masing-masing. Walaubagaimanapun,
pengambilan makanan perlulah dirancang dengan baik. Jika tidak, pesakit mungkin akan
mengalami kekurangan nutrisi. Pengambilan makanan untuk pesakit ginjal seperti En. Q
bergantung pada tahap kerosakan yang dialaminya. Sebagai contoh, pesakit yang berada di
tahap awal mempunyai diet yang berbeza berbanding pesakit yang menghidap kegagalan
ginjal tahap akhir. Terdapat beberapa langkah penting yang perlu pesakit ginjal seperti En. Q
amalkan untuk kekal sihat:
Langkah 1: Kurangkan garam dalam makanan
En. Q perlulah mengurangkan garam dalam makanan. Perkara ini amat penting kerana
lama-kelamaan, ginjal tidak dapat mengawal keseimbangan garam dan air dalam badan. Jika
boleh, En. Q di galakkan untuk memasak makanan sendiri di rumah. Dia sepatutnya
mengelakkan membeli makanan berbungkus atau makanan segera kerana kedua-duanya
mempunyai jumlah garam yang sangat banyak. Bergantung pada tahap penyakit ginjal yang
sedang di alami oleh En. Q, beliau mungkin perlu mengurangkan makanan yang
mengandungi potassium, fosforus dan protein di dalam dietnya. Malah terdapat juga beberapa
makanan sihat yang tidak sesuai untuk dimakan oleh En. Q berikutan penyakit kegagalan
ginjal yang sedang di hidapi olehnya. (hellodoktor, 2021)
Langkah 2 : Makan protein yang betul dan mencukupi
Untuk melindungi buah pinggang, En. Q haruslah mengurangkan pengambilan
protein dalam diet sehariannya. Apabila badan menggunakan protein, ia akan menghasilkan
bahan buangan. Bahan buangan ini pula perlu diproses oleh ginjal. Makanan untuk pesakit
ginjal seperti En. Q perlulah kurang kandungan proteinnya bagi mengelakkan organ tersebut
26
daripada bekerja dengan kuat dan lebih masa dari kebiasaannya. En. Q perlulah mengambil
protein dalam kuantiti yang sedikit. Namun, tidak boleh terlalu sedikit kerana badan masih
memerlukan protein setiap hari. (hellodoktor, 2021)
Langkah 3 : Pilihan yang terbaik sebagai makanan untuk ginjal
Pemilihan makanan yang sihat merupakan perkara yang amat penting. Manakan tidak,
makanan yang sihat dapat mengelakkan lemak daripada terbentuk di dalam salur darah,
jantung dan juga ginjal. Memilih makanan untuk pesakit ginjal yang terbaik dengan
mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Bakar, panggang, rebus atau tumis makanan tersebut.
2. Masak menggunakan minyak yang sedikit.
3. Buang lemak dan kulit sebelum masak ayam.
4. Jangan mengambil terlalu banyak lemak trans dan lemak tepu.
Sebenarnya, mencari makanan untuk pesakit ginjal tidaklah sesukar yang di sangka. Di
bawah ini disenaraikan 5 jenis makanan yang boleh En. Q masukkan ke dalam dietnya setiap
hari bagi membantu merawat dan mengawal penyakitnya. (hellodoktor, 2021)
1. Kubis bunga
Kubis bunga merupakan sejenis sayur yang amat sihat dan sumber banyak nutrisi
seperti vitamin C, vitamin K, dan vitamin B. Malah, ia juga diperkaya dengan bahan-
bahan antiradang dan sumber serat yang baik.
Satu cawan kubis bunga mengandungi kira-kira:
 19 mg sodium
 176 mg potassium
 40 mg fosforus
2. Putih telur
Walaupun kuning telur mempunyai banyak nutrisi, namun ia mengandungi fosforus
yang terlalu tinggi. Oleh sebab itu, mereka yang mengalami penyakit buah pinggang amat
digalakkan untuk mengambil telur putih sebagai sumber protein yang mudah dan
berkualiti.
3. Bawang putih
Individu yang mempunyai masalah buah pinggang tidak boleh mengambil garam
dalam kuantiti yang banyak. Jadi, bawang putih boleh menjadi pengganti garam sebagai
penambah rasa dalam makanan. Bawang putih juga mengandungi vitamin C, vitamin B6
dan kompaun sulfur yang mempunyai sifat antiradang.
27
2.5 Gambar bawang putih
4. Anggur merah
Anggur merah bukan sahaja sedap, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi. Sebiji
anggur mengandungi vitamin C yang tinggi dan juga sejenis antioksidan yang dikenali
sebagai flavonoid. Malah, flavonoid ini juga dapat melindungi anda daripada penyakit
jantung dan juga diabetes.
5. Ayam yang tidak mempunyai kulit
Walaupun pesakit ginjal tidak boleh makan terlalu banyak protein, mereka masih
perlu mengambil protein yang mencukupi untuk kekal sihat. Ayam yang dibuang kulit
mempunyai fosforus, potassium dan sodium yang lebih rendah berbanding ayam yang
mempunyai kulit. Elakkan membeli ayam yang telah diperap atau dipanggang terlebih
dahulu. Besar kemungkinan ayam ini telah diperasakan dengan garam yang banyak.
28
3.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya diabetes ialah penyakit jangka masa panjang yang disebabkan
oleh badan yang tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau tidak dapat
menggunakan insulin dengan betul. Insulin ini pula merupakan hormon yang mengawal
paras gula dalam darah dengan membenarkan gula masuk ke dalam sel-sel dan bertujuan
untuk menurunkan paras gula dalam darah seseorang. Oleh itu berdasarkan soalan
tugasan yang diberikan En. Q sebenarnya masih di peringkat awal penyakit diabetesnya
dan dalam masa yang sama juga beliau mengalami kegagalan ginjal. Jadi bagi menjamin
kehidupannya agar lebih baik dan bermakna En. Q perlu melakukan perubahan terhadap
pemakanan hariannya. Diet pemakanan sehariannya perlu di tukar dari makanan yang
menjadi kebiasaannya kepada pemakanan terapeutik. Semua ini bertujuan untuk
membantu menstabilkan kadar glukosa di dalam darahnya dan dalam masa yang sama
membantu merawat masalah kegagalan ginjal. Semua ini berkait rapat dengan pemakanan
seimbang yang diambil di dalam kehidupan seharian. Jika En. Q mengamalkan
pemakanan seimbang dari peringkat awal dia masih mampu dan dapat mengekalkan
badan yang sihat seperti orang lain. Dalam masa yang sama jika En. Q mengambil
pemakanan dengan mementingkan nutrien khusus dalam membentuk diet pemakanan
seimbangnya, kualiti hidupnya pada hari ini mungkin berada dalam situasi yang lebih
baik dan tidak menghidapi penyakit diabetes dan kegagalan ginjal.
Perkara yang kita sedar tetapi tidak diberikan perhatian oleh semua ialah tentang
diabetes. Diabetes adalah penyakit yang tidak asing lagi di negara ini kerana Tinjauan
Morbiditi Kesihatan Kebangsaan mendapati peratusan rakyat Malaysia yang menghidap
diabetes semakin meningkat. Perkara ini terjadi disebabkan faktor gaya hidup seperti
pemakanan tidak terkawal dan kurang senaman sehingga menyebabkan serta
mengakibatkan lebih 60 peratus rakyat negara ini berada dalam golongan obesiti. Secara
tidak langsung En. Q juga merupakan salah seorang dari rakyat Malaysia yang
menyumbang kepada peningkatan penyakit ini. Menurut Perunding Nefrologi Hospital
Gleneagles Kuala Lumpur, Dr Nirmala Devi Baskaran, laporan Daftar Pemindahan Buah
Pinggang dan Dialisis Malaysia pada tahun 2014 mendapati seramai 35 ribu pesakit
menghidap penyakit ginjal peringkat akhir. Daripada jumlah berkenaan, 61 peratus
daripadanya mengalami kerosakan ginjal disebabkan serangan penyakit diabetes.
(Huzaini, 2016)
Diabetes tidak boleh dipandang ringan kerana ia dikategorikan sebagai antara
penyakit kronik paling kerap dihidapi pelbagai peringkat usia selepas darah tinggi dan
29
kolesterol tinggi. Diabetes boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan dalam tempoh
jangka masa panjang. Satu daripada lima orang dewasa atau bersamaan 3.9 juta rakyat
berusia 18 tahun ke atas adalah pesakit diabetes dengan 8.9 peratus daripadanya tidak
mengetahui menghidap penyakit itu. Lebih membimbangkan lagi, apabila jangka hayat
pesakit diabetes didapati lebih pendek berbanding individu yang tidak menghidapi
penyakit ini. Usia seseorang mendapat penyakit diabetes juga mempengaruhi jangka
hayatnya. Ini kerana komplikasi diabetes mungkin akan berlaku seperti kerosakan ginjal,
masalah jantung dan risiko strok yang boleh menyebabkan kematian. Menurut kajian,
contohnya jika seseorang menghidap diabetes pada usia 15 tahun, jangka hayat berkurang
sebanyak 12 tahun. Bagi individu yang menghidap diabetes pada usia 45 tahun, jangka
hayatnya kurang enam tahun. Jangka hayat pesakit diabetes berusia 65 tahun pula akan
berkurangan selama dua tahun, manakala individu berusia 80 tahun yang menghidap
penyakit ini tidak berdepan risiko terbabit. (Muzamir, 2020)
Mengenai peningkatan tahap glukosa darah (hiperglisemia) melebihi tahap jangkauan
biasa, tetapi kurang daripada had diagnosis kencing manis ialah keadaan pra-diabetes.
Pentakrifan pra-diabetes, biasanya mempunyai kesan penting dalam kesihatan awam
kerana pada peringkat ini, jika langkah seperti penjagaan makanan dan amalan gaya
hidup sihat, mereka yang pra-diabetes boleh kembali ke paras gula yang normal. Bagi
pesakit seperti En. Q yang ingin mengawal diabetes dengan lebih cekap, pakar penjagaan
kesihatan mengesyorkan untuk mengambil produk formula khusus diabetes yang rendah
indeks glisemik, serta mengandungi nutrisi yang lengkap dan seimbang. Apa yang paling
penting adalah pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien, rendah lemak dan kalori
serta makan dalam kuantiti sederhana pada waktu yang sama setiap hari. Selain itu, salah
satu cara yang efektif adalah mengurangkan berat badan dengan diet yang seimbang dan
senaman yang kerap. Apabila berat semakin kurang, maka sel-sel badan akan menjadi
lebih peka kepada insulin seterusnya tahap gula yang lebih stabil di dalam badan.
(Suhaimi, 2021) Hakikatnya ramai pesakit ginjal kronik yang mempunyai penyakit
kencing manis (diabetes mellitus). Penjagaan pemakanan untuk kencing manis perlulah
dititikberatkan terlebih dahulu. Mengamalkan cara hidup sihat seperti memilih makanan
yang seimbang dan segar serta jadual makan yang konsisten sangatlah berfaedah bagi
membantu organ badan berfungsi mengikut fitrah semula jadi.
3548 PATAH PERKATAAN
30
4.0 RUJUKAN DAN PETIKAN
BIBLIOGRAPHY
Ahmad, H. b. (2012, Oktober 10). Serat dan Kawalan Diabetes. Retrieved from
www.myhealth.gov.my: http://www.myhealth.gov.my/serat-dan-kawalan-diabetes/
Aziz, F. (2019, Disember 19). Indeks Glisemik dan Diabetes. Retrieved from
https://hellodoktor.com: https://hellodoktor.com/kencing-manis/diabetes-jenis-
dua/indeks-glisemik-dan-diabetes/
Batumalai, N. A. (2012, Julai 9). MENU MASAKAN DIET TERAPUTIK. Retrieved from
https://hkp.moh.gov.my: https://hkp.moh.gov.my/buletin.item.229/menu-masakan-
diet-teraputik.html
Bernama. (2016, Mac 25). Suntik insulin bukan penamat buat penghidap diabetes. Retrieved
from https://www.astroawani.com: https://www.astroawani.com/gaya-hidup/suntik-
insulin-bukan-penamat-buat-penghidap-diabetes-99828
hellodoktor. (2021, Jun 25). Rahsia Buah Pinggang Tahan Lama Dan Lebih Sihat - Pilih
Makanan Yang Berkhasiat! Retrieved from https://hellodoktor.com:
https://hellodoktor.com/urologi/penyakit-buah-pinggang/makanan-untuk-pesakit-
buah-pinggang/
Huzaini, N. B. ( 2016, Oktober 29). Gaya hidup punca diabetes generasi muda. Retrieved
from https://www.bharian.com.my: https://www.bharian.com.my/bhplus-
old/2016/10/207083/gaya-hidup-punca-diabetes-generasi-muda
Jamil, J. b. (2014, Oktober 18 ). Diabetes Dan Indeks Glisemik. Retrieved from
http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my:
http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/diabetes-dan-indeks-glisemik/
31
mhsalleh. (2017, Mei 5). Menu Pemakanan Terapeutik Bagi Pesakit Kencing Manis.
Retrieved from https://www.hk3.com.my: https://www.hk3.com.my/ms/menu-
pesakit-kencing-manis/
Muzamir, M. Y. ( 2020, November 21). Diabetes jangan ambil mudah. Retrieved from
https://www.bharian.com.my: https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/lain-
lain/2020/11/756535/diabetes-jangan-ambil-mudah
Suhaimi, N. ( 2021, Jun 22). Tips mengawal paras gula dalam darah. Retrieved from
www.bharian.com.my: https://www.bharian.com.my/hujung-
minggu/sihat/2021/06/830901/tips-mengawal-paras-gula-dalam-darah
wikipedia. (2009, Disember). Therapeutic food. Retrieved from https://en.wikipedia.org:
https://en.wikipedia.org/wiki/Therapeutic_food
32
TUGASAN 2
JURNAL REFLEKTIF
PANDANGAN BERKAITAN DENGAN ISU MEMBENTUK PEMAKANAN
SEIMBANG DAN INTERVENSI BAGI MENGELAKKAN PENYAKIT
DIABETES DAN KEGAGALAN GINJAL.
Tugasan ini di buat bagi mengingati kembali tentang pengalaman yang berkaitan
dengan perkara berkaitan dengan pemakanan seimbang dan pemakanan terapeutik. Secara
peribadinya saya telah memperolehi pengetahuan dan pengalaman yang baru mengenai
pemakanan kesihatan ini hasil dari pembacaan dan perbincangan dalam sesi tutorial dan
e-Forum yang saya telah ikuti. Hasil pembacaan dan perbincangan bersama pensyarah
dan rakan-rakan saya dapati ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan
makanan seimbang dan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
Sedangkan ramai yang mengetahui bahawa punca utama serangan penyakit-penyakit
kronik seperti diabetes, kegagalan ginjal, kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak
memakan makanan yang seimbang dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta
kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak
awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ diri anda ialah apa yang anda makan ” dan
kenyataan ini benar dalam soal kesihatan dalam menjamin kehidupan yang lebih baik dan
mengelakkan penyakit seperti di atas. Makanan seimbang ialah pengambilan makanan
yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin
untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan
seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang
sihat ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan penerangan yang lebih mendalam
kepada masyarakat umum. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan dan manfaat daripada
makanan seimbang ini dalam masa yang sama dapat menghindari diri dari terkena
pelbagai jenis penyakit.
Selain itu pengamalan diet terapeutik adalah antara langkah terbaik bagi mereka yang
baru ataupun telah menghidapi pelbagai jenis penyakit. Diet terapeutik adalah
pengubahsuaian diet biasa atau modifikasi nutrien tertentu khususnya kepada pemakanan
pesakit diabetes, hipertensi dan kegagalan ginjal berikutan saranan dan arahan doktor atau
pakar diet. Pesakit yang mengalami penyakit ini memerlukan pengubahsuaian diet, di
mana dengan pengubahsuaian ini ia dapat membantu proses penyembuhan atau kawalan
33
penyakit dalam jangka masa panjang. Perkhidmatan Runding Cara Pemakanan (RCP)
yang dijalankan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah salah satu
komponen intervensi terapi pemakanan yang melibatkan penilaian pemakanan, diagnosis
pemakanan, intervensi pemakanan serta pemantauan dan penilaian semula pencapaian
sasaran yang telah ditetapkan kepada pesakit.
Perancangan untuk membentuk diet yang seimbang sebenarnya bukanlah sukar tetapi
ianya memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi untuk merealisasikannya. Sedar
atau tidak perancangan menu sihat berdasarkan kepada piramid makanan memainkan
peranan yang penting dalam membentuk diet seimbang. Menu sihat adalah menu yang
mengandungi pelbagai jenis makanan, ianya dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang
diperlukan oleh badan serta tidak mengandungi lemak, minyak, kolesterol, garam dan
gula yang berlebihan. Ketika merancang menu sihat, Piramid Makanan Malaysia boleh
dijadikan sebagai panduan, terutama dalam menentukan jenis dan kuantiti makanan yang
sepatutnya diambil dan dihidangkan.
Piramid makanan Malaysia (Jamilah bt. Ahmad, 2012)
34
Langkah-langkah yang perlu di ikuti ialah:
Sediakan menu yang mengandungi pelbagai jenis makanan. Pastikan makanan
daripada kesemua kumpulan makanan yang terdapat di dalam Piramid Makanan
Malaysia dimasukkan ke dalam menu harian. Makanan ini juga hendaklah
dihidangkan mengikut kuantiti atau jumlah sajian harian yang dicadangkan.
(Jamilah bt. Ahmad, 2012) Kumpulan makanan yang terdapat di dalam Piramid
Makanan Malaysia adalah seperti berikut:
Kumpulan 1
Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin serta ubi-ubian.
Kumpulan 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Kumpulan 3
Ikan, ayam, daging, telur dan kekacang
Kumpulan 4
Susu dan produk tenusu
Kumpulan 5
Lemak, minyak, gula dan garam
Pengambilan pelbagai jenis makanan daripada kumpulan-kumpulan makanan yang
telah dinyatakan dapat memenuhi keperluan nutrien harian anda.
Rancang menu harian yang mengandungi makanan daripada kumpulan nasi, mi,
roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian sebagai sumber tenaga utama.
Makanan daripada kumpulan ini perlu diambil sebanyak 4 hingga 8 sajian sehari.
Satu sajian makanan daripada kumpulan ini bersamaan dengan:
 2 senduk atau 1 cawan nasi putih atau
 2 cawan bubur nasi atau
 1 ½ cawan bihun atau laksa yang direndam atau
 1 cawan mi basah atau kuey tiow atau
 2 keping roti putih atau roti mil penuh atau
 6 keping biskut krim kraker atau
 2 biji kentang (sederhana) atau
 1 cawan keledek, keladi atau ubi kayu atau
 2 keping putu mayam
35
Rancang menu harian yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-
buahan perlu diambil sebanyak 2 sajian sehari dan sayur-sayuran sebanyak 3
sajian sehari. Satu sajian buah-buahan terdiri daripada:
 1 biji pisang berangan saiz sederhana atau 2 biji pisang emas atau
 1 potong betik, nenas atau tembikai atau
 1 biji oren saiz kecil atau sederhana atau
 1 biji epal, lai, mangga atau ciku saiz sederhana atau
 ½ biji jambu batu atau pir atau
 8 biji anggur atau
 3 ulas durian atau
 4 biji prun saiz kecil atau
 1 sudu makan kismis
Sementara itu, satu sajian sayur-sayuran terdiri daripada:
 ½ cawan sayuran berdaun hijau tua yang dimasak atau
 ½ cawan sayuran berbuah yang dimasak atau
 1 cawan ulam
Rancang menu harian yang mengandungi makanan daripada kumpulan ikan,
ayam, daging, telur dan kekacang. Dalam sehari, sebanyak ½ hingga 2 sajian
ayam, daging atau telur diperlukan. Sementara bagi ikan, 1 sajian diperlukan dan
bagi kekacang, sebanyak ½ hingga 1 sajian diperlukan. Satu sajian ayam, daging
atau telur bersamaan dengan:
 1 ketul paha ayam atau
 2 ketul daging lembu tanpa lemak atau
 2 biji telur ayam atau
 12 biji telur puyuh atau
 1 cawan isi kerang (dimasak) atau
 2 ketul hati ayam
Satu sajian ikan pula bersamaan dengan:
 1 ekor ikan kembung atau ikan selar saiz sederhana atau
 1 ketul ikan tenggiri atau
 2 ekor sotong (saiz sederhana) atau
 2/3 cawan ikan bilis (tanpa kepala)
36
Sementara satu sajian kekacang pula bersamaan dengan:
 cawan kacang kuda atau dhal yang dimasak atau
 ½ cawan kacang hijau yang dimasak atau kacang panggang dalam tin atau keping
tempe, taukua atau tauhu atau
 ½ gelas susu soya tanpa gula
Rancang menu harian yang mengandungi susu dan produk tenusu. Susu dan produk tenusu
perlu diambil sebanyak 1 hingga 3 sajian sehari. Satu sajian susu dan produk tenusu
bersamaan dengan:
 1 gelas susu rendah lemak atau
 2/3 cawan susu sejat atau
 4 sudu makan (membumbung) susu tepung atau
 1 cawan yogurt atau
 1 keping keju
Kumpulan 5 terdiri daripada lemak, minyak, gula dan garam. Peringatan pengambilan
makanan daripada kumpulan ini ialah secara minimum sahaja.
Perkara yang perlu di fahami dan di hadamkan bahawa, tidak ada satu makanan pun yang
dapat membekalkan kesemua zat makanan. Oleh itu, kita seharusnya menikmati pelbagai jenis
makanan berdasarkan pengambilan harian yang disarankan dan makan secara sihat kerana itu
resepi bagi kehidupan yang sihat. (Jamilah bt. Ahmad, 2012)
Intervensi yang perlu di laksanakan bagi mengelakkan penyakit diabetes dan kegagalan
ginjal seperti yang di kehendaki mengikut kehendak tugasan. Di sini saya menyenaraikan 3
intervensi yang perlu dilakukan bagi mengelakkan penyakit berikut. (Desroches S, 2013)
Pertama mengamalkan diet pemakanan yang seimbang. Selepas ini pengambilan makanan
harian perlu mengikut piramid makanan. Piramid makanan ini memberikan panduan kepada
kita, dalam menentukan jenis dan kuantiti makanan yang perlu diambil setiap hari mengikut
kumpulan makanan. Selaras dengan bukti saintifik dan status pemakanan rakyat Malaysia,
Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan Piramid Makanan Malaysia 2020,
yang merupakan semakan semula kepada Piramid Makanan 2010. Penggunaan Piramid
Makanan Malaysia ini sedikit sebanyak dapat membantu kita mengamalkan pemakanan sihat
pada setiap hari dan memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga dan terhindar daripada jangkitan
penyakit. Dalam pada itu juga, secara tidak langsung mengurangkan risiko penyakit tidak
berjangkit seperti obesiti, diabetes, hipertensi, kegagalan ginjal dan lain-lain lagi. Kedua
37
perubahan dalam tabiat pemakanan. Jika sebelum ini mengambil semua jenis pemakanan
tanpa had, terkini menjadikan diet terapeutik sebagai tabiat pemakanan terkini. Diet ini
memerlukan modifikasi ke atas nutrien untuk rawatan sesuatu penyakit. Antara intervensi tabiat
pemakanan yang perlu di ubah ialah:
Preskripsi diet berdasarkan keperluan perubatan dan penyakit.
Runding cara diet berdasarkan diagnosis perubatan.
Penyediaan dan pemberian diet terapeutik berdasarkan keperluan rawatan.
(m_sharfizam, 2021) Antara contoh diet terapeutik adalah seperti berikut:
 Diet dengan perubahan komposisi makronutrien seperti diet tinggi protein,
diet dengan karbohidrat terkawal (diet diabetik), diet rendah lemak dan
diet tinggi kalori.
 Diet dengan kawalan mikronutrien seperti diet rendah sodium, diet rendah
dan potassium.
 Diet dengan perubahan tekstur makanan seperti diet lembut (soft diet) dan
blanderized diet.
Ketiga, pematuhan kepada nasihat pemakanan. Ini bertujuan untuk mencegah dan
menguruskan penyakit yang dihidapi. Antara kaedah pematuhan nasihat pemakanan ialah:
 Makan secara teratur terutama pada waktu makan utama.
 Makan dalam kuantiti yang kecil dan elakkan makan dalam kuantiti yang banyak dalam
satu masa terutama makanan berasaskan kanji.
 Pilih makanan yang tinggi kandungan serat seperti sayur dan makanan berasaskan
'meals' penuh.
 Hadkan pengambilan makanan dan minuman manis.
 Pilih snek yang sihat seperti buah (2 hidangan sehari) sebagai pencuci mulut.
 Pilih air kosong daripada air berperisa atau berkarbonat.
Kesemua intervensi yang disenaraikan di atas akan menampakkan hasil jika ianya
dipatuhi, dituruti dan mendapat sokongan sepenuhnya bukan sahaja dari diri sendiri tetapi
orang lain terutamanya keluarga mahupun rakan sekerja. Apabila mereka yang berada di
sekeliling sentiasa bersama-sama memberikan sokongan dan dorongan tidak mustahil
intervensi yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan walau di mana kita berada sama
ada di rumah atau di tempat kerja. Antara sedar atau tidak iklan juga memainkan peranan
38
dalam membantu menjayakan intervensi ini. Apa yang kita dapat lihat iklan di media
sosial, di televisyen, di dada akbar dan di papan iklan di tepi jalan raya boleh dikatakan
banyak mengiklan pemakanan yang kurang sihat dan tidak seimbang kepada umum. Ini
sebenarnya menyebabkan kejayaan terhadap intervensi seperti yang dirancang dan yang
hendak dilaksanakan ini tidak berjaya. Seterusnya menyebabkan pembentukan diet
seimbang dan intervensi bagi mengelak penyakit di atas tidak menemui jalan
penyelesaiannya.
39
RUJUKAN DAN PETIKAN
BIBLIOGRAPHY
Desroches S, L. A. (2013, Februari 28). Intervensi untuk meningkatkan pematuhan kepada
nasihat pemakanan untuk mencegah dan menguruskan penyakit kronik orang dewasa.
Retrieved from www.cochrane.org:
https://www.cochrane.org/ms/CD008722/COMMUN_intervensi-untuk-
meningkatkan-pematuhan-kepada-nasihat-pemakanan-untuk-mencegah-dan-
menguruskan
Jamilah bt. Ahmad, S. b. (2012, September 7). Merancang Menu Sihat Berpandukan Piramid
Malaysia. Retrieved from www.myhealth.gov.my:
http://www.myhealth.gov.my/merancang-menu-sihat-berpandukan-piramid-malaysia/
m_sharfizam. (2021, April 5). Perkhidmatan Profesional. Retrieved from
https://medic.upm.edu.my:
https://medic.upm.edu.my/department/department_of_dietetic/professional_services-
61083?L=bm

More Related Content

What's hot

Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportNur Az
 
Tugasan autentik
Tugasan autentikTugasan autentik
Tugasan autentikHK Chew
 
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Freedy Kalang
 
KONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIANKONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIANCkg Nizam
 
Sukan dan sosialisasi
Sukan dan sosialisasiSukan dan sosialisasi
Sukan dan sosialisasitokey_sport
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukanmr_kay86
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanMuss Miey
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajarLinda Yius
 
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)saadiah alidrus
 
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2farhana zailan
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahFez Na
 

What's hot (20)

Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
Diet seimbang
Diet seimbang  Diet seimbang
Diet seimbang
 
Dasar awam
Dasar awamDasar awam
Dasar awam
 
Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian Import
 
Tugasan autentik
Tugasan autentikTugasan autentik
Tugasan autentik
 
Asas sistem gastrousus
Asas sistem gastroususAsas sistem gastrousus
Asas sistem gastrousus
 
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
 
KONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIANKONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIAN
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
Sukan dan sosialisasi
Sukan dan sosialisasiSukan dan sosialisasi
Sukan dan sosialisasi
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukan
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
 
Wawasan 2020
Wawasan 2020Wawasan 2020
Wawasan 2020
 
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
 
Konsep kecergasan
Konsep kecergasanKonsep kecergasan
Konsep kecergasan
 
Dasar dasar awam di malaysia
Dasar dasar awam di malaysiaDasar dasar awam di malaysia
Dasar dasar awam di malaysia
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkah
 
Piagam Madinah
Piagam MadinahPiagam Madinah
Piagam Madinah
 

Similar to APIT SIAP EDIT.docx

Materi stunting kelurahan pakistaji.pptx
Materi stunting kelurahan pakistaji.pptxMateri stunting kelurahan pakistaji.pptx
Materi stunting kelurahan pakistaji.pptxAnisEkaSukmadadari1
 
Karya tulis ilmiah
Karya tulis ilmiahKarya tulis ilmiah
Karya tulis ilmiahHardi Maifra
 
4 gizi pada anak usia sekolah dan remaja
4   gizi pada anak usia sekolah dan remaja4   gizi pada anak usia sekolah dan remaja
4 gizi pada anak usia sekolah dan remajaEmmy Kardinasari
 
Karya ilmiah makan bergizi dan menu seimbang
Karya ilmiah makan bergizi dan menu seimbang  Karya ilmiah makan bergizi dan menu seimbang
Karya ilmiah makan bergizi dan menu seimbang Rio Prasetia
 
Kadarzi
KadarziKadarzi
KadarziHealth
 
Menu Makanan Sehat ala hijau.pptx
Menu Makanan Sehat ala hijau.pptxMenu Makanan Sehat ala hijau.pptx
Menu Makanan Sehat ala hijau.pptxEsSemuSeger
 
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinTd10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinJenry Saiparudin
 
Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1ramlahcm69
 
KEBUTUHAN GIZI PADA USIA REMAJA DAN DEWASA
KEBUTUHAN GIZI PADA USIA REMAJA DAN DEWASAKEBUTUHAN GIZI PADA USIA REMAJA DAN DEWASA
KEBUTUHAN GIZI PADA USIA REMAJA DAN DEWASApjj_kemenkes
 
Kepentingan makanan berkhasiat
Kepentingan makanan berkhasiatKepentingan makanan berkhasiat
Kepentingan makanan berkhasiatRuhaniza Muhamad
 
penyuluhan stunting for kkn cinangsi.pptx
penyuluhan stunting for kkn cinangsi.pptxpenyuluhan stunting for kkn cinangsi.pptx
penyuluhan stunting for kkn cinangsi.pptxDeriSr1
 
1. Konsep Dasar Nutrisi.pptx
1. Konsep Dasar Nutrisi.pptx1. Konsep Dasar Nutrisi.pptx
1. Konsep Dasar Nutrisi.pptxAtikaJatimi
 
Tugas tina gizi remaja n dewasa AKBID PARAMATA KABUPATEN MUNA
Tugas tina gizi remaja n dewasa AKBID PARAMATA KABUPATEN MUNA Tugas tina gizi remaja n dewasa AKBID PARAMATA KABUPATEN MUNA
Tugas tina gizi remaja n dewasa AKBID PARAMATA KABUPATEN MUNA Operator Warnet Vast Raha
 

Similar to APIT SIAP EDIT.docx (20)

Khasiat
KhasiatKhasiat
Khasiat
 
GIZI.ppt
GIZI.pptGIZI.ppt
GIZI.ppt
 
Materi stunting kelurahan pakistaji.pptx
Materi stunting kelurahan pakistaji.pptxMateri stunting kelurahan pakistaji.pptx
Materi stunting kelurahan pakistaji.pptx
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
gizi terapan
gizi terapangizi terapan
gizi terapan
 
Karya tulis ilmiah
Karya tulis ilmiahKarya tulis ilmiah
Karya tulis ilmiah
 
4 gizi pada anak usia sekolah dan remaja
4   gizi pada anak usia sekolah dan remaja4   gizi pada anak usia sekolah dan remaja
4 gizi pada anak usia sekolah dan remaja
 
Karya ilmiah makan bergizi dan menu seimbang
Karya ilmiah makan bergizi dan menu seimbang  Karya ilmiah makan bergizi dan menu seimbang
Karya ilmiah makan bergizi dan menu seimbang
 
Kadarzi
KadarziKadarzi
Kadarzi
 
Menu Makanan Sehat ala hijau.pptx
Menu Makanan Sehat ala hijau.pptxMenu Makanan Sehat ala hijau.pptx
Menu Makanan Sehat ala hijau.pptx
 
Makanan seimbang
Makanan seimbangMakanan seimbang
Makanan seimbang
 
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinTd10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
 
Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1
 
GIZI dan Makanan
GIZI dan MakananGIZI dan Makanan
GIZI dan Makanan
 
KEBUTUHAN GIZI PADA USIA REMAJA DAN DEWASA
KEBUTUHAN GIZI PADA USIA REMAJA DAN DEWASAKEBUTUHAN GIZI PADA USIA REMAJA DAN DEWASA
KEBUTUHAN GIZI PADA USIA REMAJA DAN DEWASA
 
Kepentingan makanan berkhasiat
Kepentingan makanan berkhasiatKepentingan makanan berkhasiat
Kepentingan makanan berkhasiat
 
penyuluhan stunting for kkn cinangsi.pptx
penyuluhan stunting for kkn cinangsi.pptxpenyuluhan stunting for kkn cinangsi.pptx
penyuluhan stunting for kkn cinangsi.pptx
 
1. Konsep Dasar Nutrisi.pptx
1. Konsep Dasar Nutrisi.pptx1. Konsep Dasar Nutrisi.pptx
1. Konsep Dasar Nutrisi.pptx
 
Modul 3
Modul 3Modul 3
Modul 3
 
Tugas tina gizi remaja n dewasa AKBID PARAMATA KABUPATEN MUNA
Tugas tina gizi remaja n dewasa AKBID PARAMATA KABUPATEN MUNA Tugas tina gizi remaja n dewasa AKBID PARAMATA KABUPATEN MUNA
Tugas tina gizi remaja n dewasa AKBID PARAMATA KABUPATEN MUNA
 

Recently uploaded

Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 

Recently uploaded (20)

Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 

APIT SIAP EDIT.docx

  • 1. BACHELOR OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION WITH HONOURS (BECHE) SEPT / 2021 MPU3313_V2 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 2 NO. MATRIKULASI : 830817075465001 NO. KAD PENGENALAN : 830817075465 NO. TELEFON : 0193325832 E-MEL : mohdhafiz1983@oum.edu.my PUSAT PEMBELAJARAN : MANJUNG
  • 2. ISI KANDUNGAN TUGASAN 1 SOALAN 1(a) 1.0 PENGENALAN 1-4 2.0 NUTRIEN PENTING YANG MEMBENTUK PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK KUALITI HIDUP YANG LEBIH BAIK 5-12 3.0 KESIMPULAN 13 4.0 RUJUKAN DAN PETIKAN 14 TUGASAN 1 (b) 1.0 PENGENALAN 15-16 2.0 PEMAKANAN TERAPEUTIK BAGI EN. Q YANG MENGHADAPI DIABETES DAN KEGAGALAN GINJAL DEMI MENJAMIN KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA. 17-27 3.0 KESIMPULAN 28-29 4.0 RUJUKAN DAN PETIKAN 30-31 TUGASAN 2 JURNAL REFLEKTIF 32-38 RUJUKAN DAN PETIKAN 39
  • 3. 1 TUGASAN 1 SOALAN 1 (a) 1.0 PENGENALAN Makanan seimbang adalah penting bagi mengekalkan berat badan yang sihat. Bagi memenuhi kehendak seperti yang dikehendaki di dalam tugasan ini, saya akan cuba untuk mengupas dan membincangkan isu-isu berkaitan dengan promosi kesihatan dan kesejahteraan individu, keluarga dan komuniti. Pemakanan seimbang merupakan diet yang dapat membekalkan tubuh badan dengan nutrien yang cukup untuk kegunaan harian kita. (Zahra, 2021) Pemakanan merupakan perkara yang penting untuk kesihatan diri sendiri. Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan dalam tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. Pengambilan makanan yang pelbagai dan seimbang boleh memberi gabungan tenaga dan zat-zat makanan yang berbeza dalam masa yang sama juga ianya dapat membantu menjaga kesihatan secara am dan mendapatkan tenaga yang mencukupi untuk fungsi harian. Pengambilan diet yang terdiri daripada pelbagai sumber bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, ikan, ayam, kekacang dan produk tenusu memenuhi keperluan protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang penting untuk fungsi badan kita seharian. (Viatris, 2021) Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), nutrien asas mestilah datang daripada pemakanan dan ia amat penting kepada badan kerana dapat membantu mencegah penyakit, menyokong pertumbuhan dan kesihatan yang lebih baik. Piramid makanan merupakan rujukan bagi setiap individu untuk mengawal kuantiti bagi setiap jenis makanan mengikut saranan sajian harian. Piramid ini diperkenalkan buat kali pertama di Sweden pada tahun 1974. Rakyat Sweden pada masa itu memberontak kerana harga makanan yang sangat tinggi. Kerajaan Sweden kemudiannya menubuhkan jawatankuasa untuk menganalisa kemungkinan untuk menggabungkan makanan yang seimbang dengan semua nutrisi dengan kos yang rendah. Cogan kata untuk mempromosi piramid makanan ini ialah ‘A good, healthy diet at a reasonable price’ yang membawa maksud diet yang sihat dengan harga berpatutan. Pada awalnya, piramid ini cuma
  • 4. 2 mengandungi tiga aras dan kemudiannya diubahsuai kepada lima aras pada tahun 2008 oleh Harvard School of Public Health dan ia merangkumi lebih daripada makanan sahaja untuk menjadikan panduan gaya hidup sihat secara menyeluruh. Kemudian, piramid ini diadaptasi pada tahun 1992 oleh Amerika Syarikat di bawah Jabatan Agrikultur dan dinamakan ‘Food Guide Pyramid’. Objektifnya adalah untuk memberi saranan makanan mengikut jumlah yang cukup dan sederhana banyak. Negara-negara lain turut tertarik dengan konsep gambaran visual untuk saranan pemakanan termasuk Jepun, Denmark dan Sri Lanka. Negara ini masing-masing mencipta panduan pemakanan sendiri seperti dalam bentuk bendera, pagoda, pelangi dan roda. (Nair, 2021) Malaysia juga tidak terkecuali menyediakan panduan piramid makanan yang tidak lain tidak bukan ianya bertujuan untuk memudahkan usaha serta azam rakyatnya untuk makan secara sihat. Piramid ini mempamerkan pelbagai kumpulan makanan dan jumlah yang perlu kita makan untuk mengekalkan satu diet yang seimbang. Diet yang sihat amat penting untuk semua orang. Dalam pengambilan kuantiti yang betul, makanan yang kita makan boleh membantu kita berasa yakin, berpenampilan baik dan mengawal berat badan agar sentiasa berada dalam julat yang normal. Kebaikannya dalam jangka masa panjang pula ialah diet yang sihat ini mampu mengurangkan risiko untuk penyakit jantung, kencing manis,obesiti, osteoporosis dan kanser. Dalam masa yang sama juga apabila kita mengambil pemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian kita, nutrien yang penting akan membantu kita untuk memperolehi kualiti hidup yang lebih baik. Gambar 1.0: Piramid Makanan (Viatris, 2021)
  • 5. 3 Piramid Makanan (Bawah ke Atas) Aras 1  Ia terletak di dasar piramid makanan dan amat digalakkan untuk dilakukan.  Aras ini menekankan kepentingan bersenam, kawalan berat badan dan kawalan pengambilan makanan dalam setiap hidangan. Aras 2  Makanan di aras ini kaya dengan karbohidrat.  Antara makanan yang terdapat di aras ini adalah: o Beras perang o Pasta o Roti wholemeal o Bijirin o Sayur-sayuran o Buah-buahan o Minyak yang sihat seperti minyak zaitun, minyak sayur dan minyak jagung  Kita juga dinasihatkan untuk memberi perhatian terhadap indeks glisemik pada makanan berkarbohidrat kerana makanan yang mengandungi indeks glisemik yang tinggi mempunyai risiko untuk seseorang mendapat penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. Aras 3  Makanan di aras ini mengandungi kandungan protein yang tinggi, antaranya: o Daging o Ayam o Ikan o Makanan laut lain seperti udang dan sotong o Bagi vegetarian pula, makanan yang mengandungi protein yang tergolong di aras ini adalah kekacang, bijian dan tauhu  Makanan yang terdapat pada aras ini kaya dengan protein, lemak, zink, vitamin B dan zat besi.  Kita disarankan untuk mengutamakan ikan yang kaya dengan omega-3 dan bahagian daging yang kurang berlemak seperti dada ayam. Aras 4  Aras ini fokus kepada produk tenusu seperti susu segar, yogurt dan keju.  Makanan di dalam aras ini kaya dengan kalsium dan mineral serta sesuai untuk diberi kepada
  • 6. 4 1.1: Carta Piramid Makanan (Nair, 2021) kanak-kanak yang sedang membesar tetapi dalam kandungan yang sederhana. Aras 5  Makanan pada aras ini pula perlulah dikurangkan atau dielakkan kerana ia mengandungi karbohidrat yang tinggi, lemak, gula dan garam yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan jika pengambilannya tidak dikawal.  Antara makanan yang terkandung di aras ini adalah: o Mentega o Ais krim o Coklat o Produk karbohidrat yang telah diproses
  • 7. 5 2.0 NUTRIEN PENTING YANG MEMBENTUK PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK KUALITI HIDUP YANG LEBIH BAIK Pengambilan diet yang seimbang adalah baik kerana dapat memenuhi keperluan nutrien serta mengelakkan kekurangan nutrien dan berlebihan bahan kimia. Tanyalah mana- mana pakar pemakanan atau pakar diet kita pasti akan mendapat jawapan yang sama berkaitan hal ini. Sistem penghadaman tubuh akan bekerja untuk membebaskan nutrien yang terkandung di dalam makanan. Nutrien ini kemudiannya diserap ke dalam aliran darah yang mana akan dibawa ke tisu sasaran. Namun, tidak semua nutrien digunakan dengan cara yang sama. Terdapat apa yang dipanggil bioketersediaan, di mana ia merujuk kepada kadar nutrien yang dapat diserap daripada makanan yang dimakan dan digunakan untuk fungsi normal tubuh. (Karim, 2015) Penyerapan mineral adalah lebih tinggi dalam kalangan individu yang kekurangan sesuatu mineral. Manakala sesetengah elemen di dalam diet kita (contohnya asid oksalik atau oksalat di dalam bayam) terikat pada mineral secara kimia, yang mana sekaligus mengurangkan kebolehdapatan mineral. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi jumlah nutrien yang diguna, disimpan, atau dikumuh, khususnya:  Komponen nutrien di dalam makanan, bentuk kimia nutrien  Jantina, umur, status nutrien dan peringkat kehidupan (contohnya, kehamilan)  Makronutrien – karbohidrat, protein, lemak (kadar pengambilan >90%)  Mikronutrien – vitamin dan mineral (berbeza dalam jumlah yang diserap dan digunakan).  Pengambilan berlebihan sesuatu mineral boleh mempengaruhi penyerapan dan metabolisma mineral lain. Nutrien berinteraksi antara satu sama lain dalam cara yang berbeza, seperti mengekalkan keterlarutan nutrien lain atau melindunginya daripada berinteraksi dengan perencat nutrien. Contohnya, apabila makanan yang kaya dengan vitamin C dimakan bersama dengan makanan yang kaya dengan zat besi, penyerapan zat besi meningkat dua hingga tiga kali ganda. Apabila kita meminum segelas jus yang baru diperah dan makan bersama semangkuk bijirin sarapan pagi, vitamin C dalam jus ini dapat membantu tubuh menyerap lebih banyak zat besi daripada bijirin. (Karim, 2015) Sebagaimana nutrien boleh membantu dalam penyerapan nutrien lain, nutrient juga boleh berinteraksi antara satu sama lain secara berlawanan. Contohnya, asid fitik (yang kaya di dalam kekacang/dhal, bijirin penuh mil, biji-bijian, atau kekacang) akan mengganggu penyerapan kalsium, zat besi dan zink. Maklumat ini penting jika seseorang itu
  • 8. 6 mengambil suplemen kalsium atau zat besi. Ini membolehkan kita untuk merancang pengambilan mengikut kesesuaian atau pada waktu yang berbeza dan sesuai. Ini dilakukan bagi mengelakkan berlakunya gangguan penyerapan nutrien pada tubuh. Dalam kehidupan kita yang serba moden kini, vitamin dan mineral lazimnya ditambah ke dalam makanan untuk meningkatkan nilai pemakanannya. Contohnya, vitamin B (asid folik) yang kebiasaannya ditambah ke dalam bijirin sarapan pagi, tepung dan beberapa bahan sapuan lain. Vitamin ini lebih mudah diperolehi berbanding dengan apa yang terdapat secara asli di dalam makanan kita (folat pemakanan, seperti yang terdapat di dalam buah dan sayur). Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita harus mengambil makanan yang diperkayakan dengan asid folik semata-mata. Sumber pemakanan semulajadi seperti sayur berdaun hijau boleh melengkapkan sesuatu hidangan. (Karim, 2015) Tambahan pula, sumber makanan tersebut mengandungi banyak nutrien unik yang bermanfaat seperti vitamin/mineral, pelbagai fitokimia dan serat untuk membantu kita memperolehi kualiti hidup yang lebih baik. Sebelum saya menerangkan tentang nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang bagi seseorang itu bagi memperoleh kualiti hidup yang lebih baik, terlebih dahulu kita lihat fungsi nutrien untuk badan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Gambar 2.0: Fungsi Nutrien Untuk Badan (Malaysia, 2012)
  • 9. 7 Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa nutrien begitu penting dalam membentuk pemakanan seimbang bagi memperolehi kualiti hidup yang lebih baik. Bagi memperolehi kesihatan yang baik sebenarnya ia bergantung kepada pemakanan yang betul, digabungkan pula dengan senaman dan rehat yang mencukupi. Pemakanan yang betul dan seimbang akan membantu meningkatkan aktiviti harian kita dan dalam masa yang sama ianya dapat meningkatkan kesejahteraan seumur hidup kita. Nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang yang pertama ialah karbohidrat. Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang utama bagi tubuh seseorang. Gula yang terdapat di dalam tubuh akan ditukar menjadi glukosa untuk menjadi sumber tenaga. Pengambilan karbohidrat mengikut saiz yang betul tidak akan memudaratkan tubuh. Namun, sekiranya ia diambil secara berlebihan serta tanpa kawalan, karbohidrat yang memasuki tubuh akan disimpan dan membentuk lemak. Bagi mengelakkan tubuh menyimpan gula serta pati kompleks yang banyak, sebaiknya setiap individu mengubah pola pemakanan. Ia sangat baik bagi tubuh kerana tidak perlu menyimpan lemak di dalam badan. Oleh itu, sebaiknya kita menukar hidangan nasi putih, kuih serta roti putih kepada oatmeal, sorghum, quinoa, beet, soya serta kekacang yang berserat tinggi dan sumber vitamin dan mineral. (ITAWRAH, 2020) Sumber makanan ini mengandungi serat yang tinggi membolehkan kita sentiasa merasa kenyang dengan lebih lama. Sebaiknya dalam setiap hidangan harian kita, hanyalah mengandungi sebanyak 40 peratus kalori dari sumber karbohidrat. Gambar 2.1: karbohidrat (ITAWRAH, 2020)
  • 10. 8 Jenis Karbohidrat pula terdapat sebanyak 3 jenis karbohidrat berdasarkan susunan kimia. Ia terdiri daripada monosakarida, disakarida dan polisakarida. 1) Monosakarida Monosakarida merupakan jenis karbohidrat yang paling sederhana serta molekul paling kecil. Ia dapat diserap terus oleh pembuluh darah kerana molekulnya paling kecil. Karbohidrat jenis ini adalah glukosa dektrosa yang banyak terdapat pada buah-buahan dan sayuran, fruktosa banyak terdapat pada buah, sayuran, madu, dan glukosa yang berasal dari pecahan disakarida. 2) Disakarida Disakarida merupakan karbohidrat daripada sukrosa, maltosa, dan laktosa. Sukrosa dan maltosa banyak pada sayuran manakala laktosa pula merupakan jenis gula yang terdapat dalam susu samada susu ibu atau susu haiwan. Gambar 2.2: karbohidrat jenis disakarida (ITAWRAH, 2020) 3) Polisakarida Polisakarida pula merupakan gabungan dari beberapa molekul monosakarida. Jenis polisakarida adalah zat pati, glikogen dan selulosa. (ITAWRAH, 2020) Nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang yang kedua ialah protein. Pengambilan sumber protein pada setiap hari adalah sangat bagus untuk pertumbuhan serta pembaikan sel-sel dalam badan. Protein yang terdapat dalam tubuh badan akan ditukarkan kepada asid amino yang kemudiannya diserap oleh sel-sel bagi membolehkan pertumbuhan serta kebolehan metabolisme seseorang. Setiap hari tubuh kita memerlukan sebanyak 0.8 gram sumber protein dari setiap 1kg berat tubuh badan. Bagi seorang wanita, ia memerlukan sebanyak 36 gram protein manakala lelaki pula
  • 11. 9 memerlukan sebanyak 44 gram setiap hari. Saiz protein antara 36 hingga 44 gram adalah bersama 1 hingga 2 keping dada ayam. Protein yang diambil secara berlebih boleh menyebabkan beberapa situasi yang kurang baik seperti sakit urat, peningkatan kolesterol, kegagalan buah pinggang serta risiko kanser. Bagi mengelakkan protein yang berlebihan, sebaiknya 1 hidangan berasaskan protein diambil yang terdiri dari ayam dan ikan. Ia juga boleh digantikan dengan sumber protein yang lain seperti kekacang, tempe, biji-bijian serta sayur hijau. (ITAWRAH, 2020) Gambar 2.3: protien (ITAWRAH, 2020) Nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang yang ketiga ialah lemak. Lemak juga merupakan sumber tenaga yang membantu penyerapan Vitamin A, D, E, dan K dan pembentukan hormon di dalam tubuh. Sumber lemak terbaik adalah avokado, kekacang-sayur hijau serta buah-buahan. Pengambilan sumber lemak secara berlebihan akan menyebabkan beberapa keburukan seperti obesiti, sembelit, kolesterol tinggi, risiko kanser serta kerosakan dinding arteri serta otak. Secara umumnya setiap orang dewasa hanya perlu mengambil sebanyak 30 peratus lemak, 30 peratus protein serta 40 peratus karbohidrat. Sebaiknya lemak yang diambil mengandungi omega-3 serta minyak zaitun. Gambar 2.4: lemak (ITAWRAH, 2020)
  • 12. 10 Nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang yang keempat ialah vitamin. Vitamin adalah sangat penting untuk merawat sel-sel tubuh serta metabolisme badan. Setiap sel dalam tubuh memerlukan vitamin yang banyak dan kebanyakan manusia kurang mengambil vitamin untuk tubuh. Vitamin C serta B kompleks sebaiknya diambil setiap hari kerana ianya tidak disimpan di dalam tubuh dan dikeluarkan melalui urin. Kekurangan vitamin di dalam badan menyebabkan penyakit mata, hipertensi, anemia, penyakit ginjal, eczema, kanser, batuk, osteoporosis serta menstruasi. Sumber vitamin boleh diperolehi daripada sayur-sayuran serta buah-buahan seperti epal, tomato, bayam, sunflower seed, avokado, buah bit, lemon serta kekacang. Gambar 2.5: vitamin (ITAWRAH, 2020) Nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang yang kelima ialah mineral. Mineral adalah sangat penting untuk pertumbuhan dan proses metabolisme dalam sel badan. Setiap hari badan kita memerlukan sumber mineral bermula dari rambut, kulit, tulang hingga sel darah. Mineral juga dapat meningkatkan fungsi saraf serta dapat membantu menukar makanan menjadi tenaga. Kekurangan sumber mineral menyebabkan beberapa keburukan seperti proses metabolisme tubuh terganggu, masalah kesihatan seperti osteoporosis, anemia, mudah lelah, kulit kering, rambut kering hingga masalah keseimbangan hormon. Terdapat dua jenis sumber mineral iaitu mineral major dan minor. Mineral major merupakan kalsium, kalium, sulfur, fosforus serta magnesium. Setiap hari badan kita memerlukan sebanyak 100 gram atau lebih sumber mineral. Mineral minor pula merupakan sumber mineral yang diperlukan dalam jumlah yang kecil sahaja. Ia terdiri daripada zink, besi, mangan, tembaga, boron, silikon, molibdenum, vanadium, kromium, selenium, dan iodin. Mineral juga banyak terdapat daripada sumber tanaman yang tumbuh dalam tanah
  • 13. 11 seperti halia, kunyit, lobak merah, buah bit, kekacang, serta sayuran berwarna hijau gelap seperti kale. Gambar 2.5: mineral (ITAWRAH, 2020) Nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang yang keenam ialah serat tumbuhan. Serat tumbuhan atau serat makanan (dietary fiber) merupakan bahagian makanan yang tidak dipecah oleh tubuh dan membantu untuk menjaga fungsi sistem pencernaan lebih baik. Ia berguna untuk membantu penyerapan nutrisi di usus, menjaga aktiviti usus secara tetap dan optimal, imunisasi dan keseimbangan bakteria usus. Setiap tubuh badan perlu mengambil sayur-sayuran hijau seperti bayam, kale, parsly, saderi serta sayuran hijau lain. Antara sumber karbohidrat dan protein yang kaya dengan serat adalah seperti gandum, sorghum serta edamame. Gambar 2.6: serat (ITAWRAH, 2020)
  • 14. 12 Nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang yang ketujuh ialah air. Setiap tubuh manusia mengandungi sebanyak 65% air. Kandungan air di dalam tubuh akan berkurangan kerana berlakunya proses pencernaan, pernafasan, peluh serta air kencing. Adalah sangat penting untuk kita mengekalkan komposisi air di dalam badan dengan minuman air mineral atau air putih secukupnya. Selain itu, sumber air boleh diperolehi daripada buah-buahan seperti timun, tembikai, limau, serta sayur-sayuran yang mengandungi kandungan air yang tinggi. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan gangguan serta kerosakan pada sel dan organ badan seperti otak, mata, darah, dan saluran pencernaan. Tanda-tanda tubuh kekurangan air adalah daya konsentrasi seseorang terganggu, moody, mata kering, darah menjadi pekat, tekanan darah rendah, warna urin kuning pekat, penyakit batu karang serta sakit ketika membuang air kecil. Setiap orang dianjurkan untuk minum sebanyak 8 gelas sehari (2-3 liter). Namun, air juga tidak boleh diambil secara berlebihan. Warna urin yang pekat menunjukkan badan kekurangan air dan pengambilan air minuman adalah sangat diperlukan. Gambar 2.7: air (ITAWRAH, 2020)
  • 15. 13 3.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya setiap makanan yang kita ambil setiap hari mengandungi pelbagai jenis nutrien. Ianya sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi menjalankan fungsi organ dalam badan. Nutrien ini seharusnya diperolehi daripada makanan yang seimbang kerana tubuh manusia tidak menghasilkan nutrien dalam badan dengan sendirinya. Makanan yang berkualiti dan seimbang adalah makanan yang mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Ia sangat baik untuk tubuh badan seseorang. Pengambilan kombinasi karbohidrat, protein, vitamin, mineral, air, lemak dan sebagainya perlu diambil secara berpatutan dan tidak berlebihan. Ia perlu diambil mengikut keperluan badan bagi mengelakkan sebarang keburukan jika diambil secara berlebihan. Kita pasti pernah mendengar ungkapan “anda adalah apa yang anda makan”. Walau bagaimanapun, ramai yang masih tidak menyedari akan impak nutrien dalam membentuk pemakanan seimbang untuk kualiti hidup yang lebih baik. Makanan yang mengandungi nutrien boleh membantu fungsi badan. Nutrien di dalam makanan adalah bahan berkhasiat yang penting dalam perkembangan dan tumbesaran badan. Oleh itu, jika badan kita kekurangan atau tidak mendapat nutrien, tahap kesihatan kita boleh menurun. Antara perkara yang kita tidak sedar ialah badan manusia tidak boleh menghasilkan segala yang diperlukan untuk terus berfungsi. Ianya diperolehi melalui beberapa nutrien penting yang perlu diambil dalam diet seharian untuk mengekalkan kesihatan pada tahap optimum. Nutrien sangat penting untuk menyokong kesihatan dan pertumbuhan yang baik. WHO telah membahagikan nutrien penting kepada dua bahagian iaitu micronutrien dan macronutrien. Micronutrien adalah nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. Micronutrien terdiri daripada vitamin dan mineral. Walaupun badan hanya memerlukan ia dalam kuantiti yang kecil, kekurangannya akan mengakibatkan masalah kesihatan. Macronutrien pula adalah nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang besar. Ini termasuklah air, protein, karbohidrat dan lemak. (Fiqah, 2021) Seseorang boleh mendapatkan kesemua nutrien yang diperlukan jika mengambil makanan seimbang. Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi protein, sayur, buah, karbohidrat dan air. Bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, terdapat beberapa pilihan makanan tambahan yang boleh didapati di dalam pasaran cuma dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil makanan tambahan tersebut. 2788 PATAH PERKATAAN
  • 16. 14 4.0 RUJUKAN DAN PETIKAN BIBLIOGRAPHY Fiqah, M. (2021, April 2). NUTRIEN PENTING UNTUK TUBUH BADAN AGAR KEKAL SIHAT. Retrieved from https://pasarhub.my: https://pasarhub.my/blog/nutrien- penting-untuk-tubuh-badan-agar-kekal-sihat/ ITAWRAH. (2020, September 2). 7 Nutrisi Makanan Yang Diperlukan oleh Tubuh Setiap Hari. Retrieved from https://saji.my: https://saji.my/nutrisi-makanan/ Karim, P. D. (2015, Mac 28). Diet Seimbang Diperlukan untuk Penyerapan Nutrien yang Lebih Baik. Retrieved from https://mypositiveparenting.org: https://mypositiveparenting.org/ms/2015/03/28/diet-seimbang-diperlukan-untuk- penyerapan-nutrien-yang-lebih-baik/ Malaysia, K. K. (2012, April 20). FUNGSI NUTRIEN UTK BADAN. Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/: http://www.myhealth.gov.my/f-7/fungsi-nutrien-utk- badan-2/ Nair, S. (2021, April 13). Panduan Amalan Pemakanan Seimbang Melalui Piramid Makanan. Retrieved from https://www.doctoroncall.com.my/: https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/nutrisi/piramid-makanan Viatris. (2021, Februari 3). Apakah diet yang sihat dan seimbang? Retrieved from myhealthmylife.com: https://www.myhealthmylife.com.my/ms/node/98 Zahra, F. (2021, April 1). Tak Susah Nak Sihat Kalau Tahu Jaga Pemakanan & Diet Seimbang, Ikut Cara Ini! Retrieved from hellodoktor.com: https://hellodoktor.com/pemakanan/diet-pengurusan-berat-badan/pemakanan- seimbang/
  • 17. 15 SOALAN 1 (b) 1.0 PENGENALAN Makanan terapeutik adalah makanan yang dirancang untuk tujuan terapeutik tertentu. Biasanya pemakanan ini diambil dan dijadikan sebagai bentuk makanan tambahan. Contoh utama makanan terapeutik yang digunakan ialah untuk memberi makan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan secara kecemasan atau untuk melengkapkan diet orang yang mempunyai keperluan pemakanan khas, seperti orang tua dan mereka yang telah disahkan oleh doktor mempunyai penyakit yang kronik. (wikipedia, 2009) Rancangan Makanan Terapeutik Komponen Pemakanan Peribadi (TFP) dikembangkan dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Amerika (ANA) untuk mendidik doktor dan profesional pemakanan mengenai penyesuaian dan aplikasi klinikal rancangan makanan terapeutik IFM untuk memenuhi keperluan kesihatan individu pesakit. Diet terapeutik adalah rancangan makan yang ditetapkan secara perubatan yang disyorkan sebagai rawatan untuk penyakit kronik. Diet terapeutik juga merupakan diet biasa yang diubah cara penyediaannya dari segi masakan dan keperluan zat makanan . Biasanya ia bertujuan untuk menghilangkan atau membatasi jenis makanan tertentu, makan lebih banyak jenis makanan tertentu, mengubah konsistensi diet atau mengubah diet seharian kita dari yang kita biasa amalkan sebelum ini. Diet terapeutik ini memerlukan modifikasi ke atas nutrien untuk rawatan sesuatu penyakit yang dialami oleh seseorang pesakit. Ia melibatkan meninggikan atau merendahkan satu atau lebih makronutrien seperti protein, karbohidrat, lemak serta mikronutrien seperti vitamin dan mineral. Contoh diet terapeutik ialah makanan yang kandungannya diet diabetik, diet kurang garam (low salt diet), diet rendah lemak, diet rendah kolesterol, diet rendah protein, diet tinggi protein, diet rendah purine dan diet tinggi fiber(serat). (Batumalai, 2012) Secara khususnya pesakit yang mengamalkan diet terapeutik ini ialah mereka yang menghidapi penyakit yang memerlukan pengubahsuaian diet tertentu, Di mana pengubahsuaian diet tersebut dapat membantu proses penyembuhan penyakit atau untuk kawalan penyakit pada jangka masa yang panjang. Contohnya pesakit diabetes, darah tinggi, buah pinggang, gout dan lain-lain lagi. Berdasarkan soalan tugasan yang diberikan kepada saya, En. Q memerlukan pengubahsuaian kandungan pemakanannya. Dari pemakanan yang biasa dimakannya kepada pemakanan yang mengandungi diet terapeutik. Ini kerana En. Q adalah pesakit diabetes yang baru didiagnosis dan memerlukan insulin untuk menstabilkan kadar glukosa dalam darahnya.
  • 18. 16 Dalam pada itu juga beliau menghadiri klinik diabetes bagi menerima pendidikan mengenai pengurusan diabetes. Selain itu En. Q juga mengalami penyakit yang berkaitan dengan kegagalan ginjal. Oleh sebab itu doktor yang merawatnya ingin memastikan bahawa En. Q memahami pelan diet terapeutik yang telah dicadangkan kepadanya dan memperoleh persetujuan bertulis untuk pihak hospital menyediakan pelan penjagaan nutrisi terapeutiknya. Hasil pemerhatian dan pembacaan saya En. Q merupakan seorang pesakit diabetes mellitus jenis 2 ini kerana ianya disebabkan 'disorder carbohydrate (sugar)' metabolisme atau juga dipanggil 'non-insulin dependant diabetes mellitus'. Penyakit ini dibahagikan kepada 'hyperglycemia' (gula dalam darah) dan 'glycouria' (gula dalam air kencing). Keadaan ini berlaku disebabkan kekurangan pengeluaran insulin dalam badan. Menurut berita yang dimuatkan dalam halaman astro awani, diabetes jenis 2 merangkumi 90 peratus hingga 95 peratus daripada jumlah pesakit diabetes. Diabetes atau disebut kencing manis oleh kebanyakan orang di negara ini adalah satu daripada 10 penyakit yang membawa kematian di Malaysia. Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015, terdapat peningkatan jumlah penghidap diabetes di Malaysia iaitu kepada 17.5 peratus pada tahun 2015 berbanding 15.2 peratus pada tahun 2011. Menurut Konsultan Kanan Endoktrinologi, Profesor Dr Chan Siew Pheng, jika keadaan itu berterusan, dijangkakan kadar kes diabetes di Malaysia akan terus meningkat dari masa ke semasa jika tiada strategi berkesan diambil bagi membanterasnya. (Bernama, 2016) Gambar 1.0 Insulin akan disuntik ke badan pesakit untuk meningkatkan insulin dalam darah. (Bernama, 2016)
  • 19. 17 2.0 PEMAKANAN TERAPEUTIK BAGI EN. Q YANG MENGHADAPI DIABETES DAN KEGAGALAN GINJAL DEMI MENJAMIN KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA. Kencing manis atau nama lainnya Diabetes Mellitus Jenis 2 adalah salah satu penyakit tidak berjangkit yang bahaya yang semakin meningkat di seluruh dunia. Mereka yang didiagnosis dengan intoleransi glukosa atau kencing manis, tidak tahu apa yang perlu dilakukan mengenai diet pemakanan mereka. Dalam erti kata lain, mereka tidak tahu di mana untuk bermula dan bagaimana untuk memulakannya. Sesetengah daripada mereka tidak tahu bahawa pengambilan makanan memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal glukosa dalam darah. Menurut Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011 melaporkan bahawa kelaziman diabetes sebanyak 15.2 % dan 20.8 % untuk orang dewasa yang berumur lebih daripada 18 tahun dan 30 tahun di Malaysia. Di kalangan orang dewasa pula ialah mereka yang berumur lebih daripada 18 tahun. Kelaziman itu adalah paling tinggi pada kaum India (24.9%) diikuti oleh kaum Melayu (16.9%) dan kaum Cina (13.8%). (mhsalleh, 2017) Berdasarkan soalan tugasan ini, En. Q telah menghidapi penyakit diabetes dan kegagalan ginjal. Oleh itu doktor menyarankan agar beliau menukar diet pemakanannya dari pemakanan biasa kepada makanan terapeutik demi menjamin kehidupannya agar lebih baik dan bermakna. Bagi penyakit diabetes seperti yang dialami oleh En. Q matlamat utamanya ialah gaya pemakanan yang disyorkan bagi membantu beliau untuk: Mencapai dan mengekalkan paras gula dalam darah dalam julat normal atau hampir normal. Mencegah atau melambatkan perkembangan komplikasi kronik. Meningkatkan kualiti hidup Selain itu terdapat juga beberapa faktor yang perlu En. Q ambil kira dalam melaksanakan gaya hidup baru ini selepas menghidapi penyakit kencing manis ini antaranya: 1. Menggalakkan makan pada waktu yang tepat, makan dengan kerap (elakkan melangkau waktu makan). 2. Menghadkan pengambilan gula. 3. Dapatkan diet yang seimbang dan sihat (campuran karbohidrat kompleks, serat, sumber protein tanpa lemak dan lemak baik). 4. Berhati-hati dengan saiz hidangan yang diambil. 5. Menjadi lebih aktif secara fizikal.
  • 20. 18 Seperti yang kita maklumi, sumber makanan yang diambil sebenarnya telah terbukti sebagai salah satu komponen utama yang mempengaruhi tahap glukosa darah pada pesakit diabetes. (mhsalleh, 2017) Oleh itu, pesakit seperti En. Q perlu memberikan perhatian dan penekanan tentang makanan yang dimakannya terutamanya jenis karbohidrat. Perkara asas yang perlu diketahui ialah apakah itu karbohidrat?. Karbohidrat adalah salah satu sumber utama nutrien dalam diet kita seharian dan ianya menyediakan tenaga untuk otak dan badan. Apabila karbohidrat diambil, ia akan dipecahkan kepada gula atau glukosa dalam aliran darah. Bagi pesakit diabetes seperti En. Q, setiap makanan yang diambilnya yang mana mengandungi karbohidrat memainkan peranan penting dalam mengurus atau mengawal tahap gula dalam darahnya. Terdapat lima kumpulan makanan yang mengandungi karbohidrat seperti:- 1. Bijirin, roti, mi, makanan berasaskan tepung (roti canai, capati, biskut dan pasta) 2. Kekacang (kacang, lentil, kacang panggang, kacang hijau) 3. Buah-buahan (semua jenis buah-buahan) 4. Susu dan produk tenusu yang lain (semua jenis susu dan yogurt) 5. Sayur-sayuran berkanji (jagung, kentang, keladi, labu, ubi kayu) Pelan diet biasanya perlu dilihat secara individu mengikut jenis diabetes termasuk Jenis 1 kencing manis, diabetes jenis tahap 2, dan kencing manis semasa mengandung. Ini kerana kaedah yang paling sesuai untuk setiap orang mungkin berbeza. Bagi En. Q dia merupakan pesakit diabetes jenis tahap 2. Pemakanan untuk pesakit kencing manis seperti En. Q, amat penting untuk dikawal dan dijaga. Berikut merupakan apa yang perlu dilakukan oleh En. Q dan merujuk kepada pelan menu di bawah sebagai resepi diet yang perlu diambil dan diamalkan oleh En. Q bagi pengawalan gula dalam makanan hariannya. Jadual Pemakanan En. Q 1500kcal Waktu Makan Pilihan Makanan Sarapan pagi (Makan dalam jangka masa 2 jam selepas bangun) Oat dengan susu  6 sudu oat dengan 4 sudu besar susu tepung  Salad berdaun hijau (Salad, timun, lobak merah, tomato ceri dan bawang)
  • 21. 19  Satu telur rebus keras  Satu sudu teh minyak zaitun Makan Tengah Hari (4 Jam selepas sarapan pagi)  beras perang/ nasi putih (satu mangkuk nasi Cina / 3 senduk)  Separuh Plat daripada tumis sayur-sayuran hijau  ayam goreng kilas/ ikan stim (satu saiz sederhana)  1 hidangan buah-buahan Minum Petang  3 keping biskut (serat yang tinggi lebih baik)  Kopi / teh (dengan satu sudu teh gula-jika perlu) Makan Malam (4 Jam sebelum tidur)  Spaghetti (satu mangkuk nasi atau 3 senduk)  ikan bakar / dada ayam (1 ½ saiz sederhana)  Kukus sayur-sayuran berdaun hijau  1 hidangan buah-buahan 2.0 Jadual pemakanan (mhsalleh, 2017) Dalam hal berkaitan masalah penyakit kencing manis yang dihidapi oleh En. Q berikutan salah satu sebabnya kerana berlaku rintangan insulin. Ianya berpunca kerana lemak badan yang tinggi, di mana ianya boleh menyebabkan insulin menjadi kurang sensitif kepada sel, serta menyebabkan berlakunya gula di dalam darah meningkat. Dalam hal ini individu yang gemuk atau obes perlu menguruskan berat badan mereka dengan diet makanan yang dapat mengurangkan atau menurunkan kencing manis. Oleh itu, dengan pengurangan pengambilan makanan yang tinggi lemak atau makanan berminyak, secara tidak langsung ianya akan mengurangkan pengambilan kalori. Selain itu perkara yang mungkin kurang diambil berat oleh sesetengah pesakit diabetes ialah mengenai buah-buahan. Buah-buahan mengandungi karbohidrat tetapi ia juga mengandungi serat, vitamin dan mineral yang penting untuk badan, terutamanya bagi diet pemakanan untuk pesakit diabetes. (mhsalleh, 2017) Oleh itu, buah-buahan perlu dimasukkan dalam diet seseorang terutama dalam pemakanan pesakit diabetes seperti En. Q. Walau bagaimanapun, buah-buahan perlu terhad kepada dua hidangan
  • 22. 20 sehari. Ini kerana ianya perlu diambil dua kali setiap hari di mana ianya perlu diagihkan kepada dua makanan yang berbeza. Buah-buahan bukanlah hanya sebagai makanan bagi pesakit kencing manis sahaja, tetapi ia juga boleh bertindak sebagai ubat-ubatan semula jadi untuk pengawalan gula di dalam darah kerana badan tidak memerlukan gula yang berlebihan. Berikut merupakan jadual pemakanan bagi resepi pemakanan buah-buahan untuk En. Q bagi saiz bahagian untuk satu hidangan. Jadual Pemakanan Buah En. Q Jenis Buah Saiz Hidangan Oren/epal/ pir/ pic 1 hidangan kecil (saiz bola tenis) Duku/ langsat/ anggur/ longan 8 biji betik/tembikai susu/ tembikai 1 potong jambu ½ biji Mangga/ Pelam ½ hidangan kecil (100g) Pisang 1 hidangan kecil (60g) Rambutan 5 biji Durian 2 ulas Cempedak 4 ulas 2.1 Jadual pemakanan buah dan saiz hidangan (mhsalleh, 2017) Pengambilan serat juga penting dalam membantu En. Q yang menghidapi penyakit diabetes. Kekurangan pengambilan serat dalam pengambilan makanan harian adalah antara faktor yang menyebabkan meningkatkan risiko penyakit kepada ramai orang termasuklah En. Q. Kebanyakan negara menyarankan pengambilan serat antara 21 hingga
  • 23. 21 40 gram sehari, manakala WHO menyarankan sebanyak 25 gram sehari. (Ahmad, 2012) Serat mempunyai kesan fisiologi yang baik kepada proses pembuangan air besar, paras kolesterol darah dan paras gula darah. Serat juga telah dikenal pasti dapat memainkan peranan penting dalam mengawal penyakit termasuklah sembelit, penyakit divertikular, kanser, penyakit jantung, diabetes, obesiti dan hipertensi. Sumber utama serat adalah buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh (whole grain) dan kekacang. Serat juga boleh diperolehi dalam bentuk makanan tambahan (supplement). Namun begitu, pengambilan serat daripada sumber semula jadi adalah lebih baik. Selaras dengan perkembangan teknologi makanan masa kini, kandungan serat juga telah dimodifikasi dalam produk- produk makanan yang ada di pasaran. Semua bijirin yang telah diperhalusi ke bentuk tepung mempunyai kesan terhadap kepekatan gula darah semasa melalui proses penghadaman (respon glisemik). Kerja-kerja memproses makanan seperti memanas, mengupas kulit buah dan menghancur (grinding) untuk menghasilkan tepung dan produk- produknya seperti mi, biskut dan sebagainya akan menyebabkan lebih cepat enzim bertindak menukarkan kanji kepada gula. Selain itu, makanan yang tinggi kandungan seratnya dengan nilai Gl (Indeks Glisemik) yang rendah akan menyebabkan kadar penukaran gula menjadi perlahan. Sebagai contoh, roti mil penuh dan roti putih biasa mungkin berbeza kandungan seratnya tetapi mempunyai nilai GI yang hampir serupa. (Ahmad, 2012)
  • 24. 22 2.2 Gambar indeks glisemik dan muatan glisemik (Jamil, 2014)
  • 25. 23 CARTA INDEKS GLISEMIK Rendah GI (55 atau kurang) Barli Kacang hijau (green peas) Epal Susu penuh krim Susu coklat Keladi Kubis Tembikai Susu skim Bar coklat Oat bran, mentah Brokoli Pisang berangan Yogurt Pizza Tomato Pir Minuman kacang soya Karipap Durian Kastad Ais krim Sederhana GI (56 ke 69) Basmati Kentang rebus Betik Donat Tosai bersama chutney Sultanas Nasi lemak Kismis (Canada) Biskut ‘digestive’ Tinggi GI (70 dan ke atas) Mihun/ makaroni goreng Kurma Wafel Roti canai bersama kari dal Nenas Bubur sagu Beras pulut dan wangi Laici dalam tin Humus Ubi keledek 2.3 Carta indeks glisemik (Jamil, 2014) Makanan berkanji Sayur-sayuran Buah-buahan Susu dan hasil tenusu Snek
  • 26. 24 Untuk memilih makanan selepas ini En. Q perlu melakukannya dengan bijak. Sebelum itu perlu di ketahui apa itu Indeks Glisemik (GI). Indeks Glisemik (GI) adalah panduan untuk menilai jenis karbohidrat dan kesannya pada paras gula dalam darah. Seperti gambar yang ditunjukkan di atas, makanan yang mempunyai nilai GI kurang daripada 55 merupakan makanan yang lebih lambat menjadi glukosa dalam darah, ia boleh diambil oleh pesakit diabetes seperti En. Q tanpa rasa ragu dan risau. Makanan bernilai GI antara 56-69 dipanggil GI sederhana. Manakala makanan yang mudah ditukar menjadi glukosa dalam darah pula dipanggil GI tinggi apabila nilai GI lebih daripada 70. PINGGAN SIHAT BAGI PENGHIDAP DIABETES 2.4 Gambar pinggan sihat untuk pesakit diabetes (mhsalleh, 2017) Pinggan boleh dibahagi kepada 4 bahagian seperti di atas:  1/4 Buah-buahan  1/4 Sayur-sayuran  1/4 Bijirin dan hasil bijirin / Karbohidrat  1/4 Daging/Protein seperti ikan, ayam, daging, telur, tauhu Sekiranya sukar untuk mendapatkan buah-buahan yang sesuai untuk diabetes, boleh di cuba aturan seperti berikut sebagai makanan untuk elak kencing manis, iaitu:  1/2 Sayur-sayuran  1/4 Daging/Protein  1/4 Bijirin dan hasil bijirin / Karbohidrat
  • 27. 25 Kuncinya adalah dengan membetulkan saiz setiap jenis hidangan. Cara ini bukan sahaja membantu untuk kurangkan gula dalam darah dan menguruskan paras gula dalam darah, tetapi ia juga dapat membekalkan khasiat dan vitamin yang mencukupi, mengawal kadar obesiti dan memberi kekenyangan yang lebih lama. Selain itu, keperluan memahami apa jenis makanan yang boleh menyebabkan kenaikan gula yang ketara dan jenis makanan yang sesuai diambil oleh pesakit diabetes tanpa risau. Berikutan En. Q juga mengalami masalah kegagalan ginjal, pengambilan makanan untuk pesakit ginjal juga merupakan satu komponen yang amat penting sekali. Bagi individu yang menghidap penyakit ini mereka perlu mengetahui cara yang terbaik untuk menguruskan penyakit yang mereka alami dengan diet yang betul, tepat dan berkesan. Mereka juga perlu mengetahui bahawa pesakit ginjal tidak boleh makan ikut sesuka hati mereka seperti orang lain yang tidak berpenyakit. Pesakit perlu berwaspada dan mengurangkan pengambilan makanan tertentu untuk melindungi ginjal masing-masing. Walaubagaimanapun, pengambilan makanan perlulah dirancang dengan baik. Jika tidak, pesakit mungkin akan mengalami kekurangan nutrisi. Pengambilan makanan untuk pesakit ginjal seperti En. Q bergantung pada tahap kerosakan yang dialaminya. Sebagai contoh, pesakit yang berada di tahap awal mempunyai diet yang berbeza berbanding pesakit yang menghidap kegagalan ginjal tahap akhir. Terdapat beberapa langkah penting yang perlu pesakit ginjal seperti En. Q amalkan untuk kekal sihat: Langkah 1: Kurangkan garam dalam makanan En. Q perlulah mengurangkan garam dalam makanan. Perkara ini amat penting kerana lama-kelamaan, ginjal tidak dapat mengawal keseimbangan garam dan air dalam badan. Jika boleh, En. Q di galakkan untuk memasak makanan sendiri di rumah. Dia sepatutnya mengelakkan membeli makanan berbungkus atau makanan segera kerana kedua-duanya mempunyai jumlah garam yang sangat banyak. Bergantung pada tahap penyakit ginjal yang sedang di alami oleh En. Q, beliau mungkin perlu mengurangkan makanan yang mengandungi potassium, fosforus dan protein di dalam dietnya. Malah terdapat juga beberapa makanan sihat yang tidak sesuai untuk dimakan oleh En. Q berikutan penyakit kegagalan ginjal yang sedang di hidapi olehnya. (hellodoktor, 2021) Langkah 2 : Makan protein yang betul dan mencukupi Untuk melindungi buah pinggang, En. Q haruslah mengurangkan pengambilan protein dalam diet sehariannya. Apabila badan menggunakan protein, ia akan menghasilkan bahan buangan. Bahan buangan ini pula perlu diproses oleh ginjal. Makanan untuk pesakit ginjal seperti En. Q perlulah kurang kandungan proteinnya bagi mengelakkan organ tersebut
  • 28. 26 daripada bekerja dengan kuat dan lebih masa dari kebiasaannya. En. Q perlulah mengambil protein dalam kuantiti yang sedikit. Namun, tidak boleh terlalu sedikit kerana badan masih memerlukan protein setiap hari. (hellodoktor, 2021) Langkah 3 : Pilihan yang terbaik sebagai makanan untuk ginjal Pemilihan makanan yang sihat merupakan perkara yang amat penting. Manakan tidak, makanan yang sihat dapat mengelakkan lemak daripada terbentuk di dalam salur darah, jantung dan juga ginjal. Memilih makanan untuk pesakit ginjal yang terbaik dengan mengikuti langkah-langkah berikut: 1. Bakar, panggang, rebus atau tumis makanan tersebut. 2. Masak menggunakan minyak yang sedikit. 3. Buang lemak dan kulit sebelum masak ayam. 4. Jangan mengambil terlalu banyak lemak trans dan lemak tepu. Sebenarnya, mencari makanan untuk pesakit ginjal tidaklah sesukar yang di sangka. Di bawah ini disenaraikan 5 jenis makanan yang boleh En. Q masukkan ke dalam dietnya setiap hari bagi membantu merawat dan mengawal penyakitnya. (hellodoktor, 2021) 1. Kubis bunga Kubis bunga merupakan sejenis sayur yang amat sihat dan sumber banyak nutrisi seperti vitamin C, vitamin K, dan vitamin B. Malah, ia juga diperkaya dengan bahan- bahan antiradang dan sumber serat yang baik. Satu cawan kubis bunga mengandungi kira-kira:  19 mg sodium  176 mg potassium  40 mg fosforus 2. Putih telur Walaupun kuning telur mempunyai banyak nutrisi, namun ia mengandungi fosforus yang terlalu tinggi. Oleh sebab itu, mereka yang mengalami penyakit buah pinggang amat digalakkan untuk mengambil telur putih sebagai sumber protein yang mudah dan berkualiti. 3. Bawang putih Individu yang mempunyai masalah buah pinggang tidak boleh mengambil garam dalam kuantiti yang banyak. Jadi, bawang putih boleh menjadi pengganti garam sebagai penambah rasa dalam makanan. Bawang putih juga mengandungi vitamin C, vitamin B6 dan kompaun sulfur yang mempunyai sifat antiradang.
  • 29. 27 2.5 Gambar bawang putih 4. Anggur merah Anggur merah bukan sahaja sedap, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi. Sebiji anggur mengandungi vitamin C yang tinggi dan juga sejenis antioksidan yang dikenali sebagai flavonoid. Malah, flavonoid ini juga dapat melindungi anda daripada penyakit jantung dan juga diabetes. 5. Ayam yang tidak mempunyai kulit Walaupun pesakit ginjal tidak boleh makan terlalu banyak protein, mereka masih perlu mengambil protein yang mencukupi untuk kekal sihat. Ayam yang dibuang kulit mempunyai fosforus, potassium dan sodium yang lebih rendah berbanding ayam yang mempunyai kulit. Elakkan membeli ayam yang telah diperap atau dipanggang terlebih dahulu. Besar kemungkinan ayam ini telah diperasakan dengan garam yang banyak.
  • 30. 28 3.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya diabetes ialah penyakit jangka masa panjang yang disebabkan oleh badan yang tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau tidak dapat menggunakan insulin dengan betul. Insulin ini pula merupakan hormon yang mengawal paras gula dalam darah dengan membenarkan gula masuk ke dalam sel-sel dan bertujuan untuk menurunkan paras gula dalam darah seseorang. Oleh itu berdasarkan soalan tugasan yang diberikan En. Q sebenarnya masih di peringkat awal penyakit diabetesnya dan dalam masa yang sama juga beliau mengalami kegagalan ginjal. Jadi bagi menjamin kehidupannya agar lebih baik dan bermakna En. Q perlu melakukan perubahan terhadap pemakanan hariannya. Diet pemakanan sehariannya perlu di tukar dari makanan yang menjadi kebiasaannya kepada pemakanan terapeutik. Semua ini bertujuan untuk membantu menstabilkan kadar glukosa di dalam darahnya dan dalam masa yang sama membantu merawat masalah kegagalan ginjal. Semua ini berkait rapat dengan pemakanan seimbang yang diambil di dalam kehidupan seharian. Jika En. Q mengamalkan pemakanan seimbang dari peringkat awal dia masih mampu dan dapat mengekalkan badan yang sihat seperti orang lain. Dalam masa yang sama jika En. Q mengambil pemakanan dengan mementingkan nutrien khusus dalam membentuk diet pemakanan seimbangnya, kualiti hidupnya pada hari ini mungkin berada dalam situasi yang lebih baik dan tidak menghidapi penyakit diabetes dan kegagalan ginjal. Perkara yang kita sedar tetapi tidak diberikan perhatian oleh semua ialah tentang diabetes. Diabetes adalah penyakit yang tidak asing lagi di negara ini kerana Tinjauan Morbiditi Kesihatan Kebangsaan mendapati peratusan rakyat Malaysia yang menghidap diabetes semakin meningkat. Perkara ini terjadi disebabkan faktor gaya hidup seperti pemakanan tidak terkawal dan kurang senaman sehingga menyebabkan serta mengakibatkan lebih 60 peratus rakyat negara ini berada dalam golongan obesiti. Secara tidak langsung En. Q juga merupakan salah seorang dari rakyat Malaysia yang menyumbang kepada peningkatan penyakit ini. Menurut Perunding Nefrologi Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr Nirmala Devi Baskaran, laporan Daftar Pemindahan Buah Pinggang dan Dialisis Malaysia pada tahun 2014 mendapati seramai 35 ribu pesakit menghidap penyakit ginjal peringkat akhir. Daripada jumlah berkenaan, 61 peratus daripadanya mengalami kerosakan ginjal disebabkan serangan penyakit diabetes. (Huzaini, 2016) Diabetes tidak boleh dipandang ringan kerana ia dikategorikan sebagai antara penyakit kronik paling kerap dihidapi pelbagai peringkat usia selepas darah tinggi dan
  • 31. 29 kolesterol tinggi. Diabetes boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan dalam tempoh jangka masa panjang. Satu daripada lima orang dewasa atau bersamaan 3.9 juta rakyat berusia 18 tahun ke atas adalah pesakit diabetes dengan 8.9 peratus daripadanya tidak mengetahui menghidap penyakit itu. Lebih membimbangkan lagi, apabila jangka hayat pesakit diabetes didapati lebih pendek berbanding individu yang tidak menghidapi penyakit ini. Usia seseorang mendapat penyakit diabetes juga mempengaruhi jangka hayatnya. Ini kerana komplikasi diabetes mungkin akan berlaku seperti kerosakan ginjal, masalah jantung dan risiko strok yang boleh menyebabkan kematian. Menurut kajian, contohnya jika seseorang menghidap diabetes pada usia 15 tahun, jangka hayat berkurang sebanyak 12 tahun. Bagi individu yang menghidap diabetes pada usia 45 tahun, jangka hayatnya kurang enam tahun. Jangka hayat pesakit diabetes berusia 65 tahun pula akan berkurangan selama dua tahun, manakala individu berusia 80 tahun yang menghidap penyakit ini tidak berdepan risiko terbabit. (Muzamir, 2020) Mengenai peningkatan tahap glukosa darah (hiperglisemia) melebihi tahap jangkauan biasa, tetapi kurang daripada had diagnosis kencing manis ialah keadaan pra-diabetes. Pentakrifan pra-diabetes, biasanya mempunyai kesan penting dalam kesihatan awam kerana pada peringkat ini, jika langkah seperti penjagaan makanan dan amalan gaya hidup sihat, mereka yang pra-diabetes boleh kembali ke paras gula yang normal. Bagi pesakit seperti En. Q yang ingin mengawal diabetes dengan lebih cekap, pakar penjagaan kesihatan mengesyorkan untuk mengambil produk formula khusus diabetes yang rendah indeks glisemik, serta mengandungi nutrisi yang lengkap dan seimbang. Apa yang paling penting adalah pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien, rendah lemak dan kalori serta makan dalam kuantiti sederhana pada waktu yang sama setiap hari. Selain itu, salah satu cara yang efektif adalah mengurangkan berat badan dengan diet yang seimbang dan senaman yang kerap. Apabila berat semakin kurang, maka sel-sel badan akan menjadi lebih peka kepada insulin seterusnya tahap gula yang lebih stabil di dalam badan. (Suhaimi, 2021) Hakikatnya ramai pesakit ginjal kronik yang mempunyai penyakit kencing manis (diabetes mellitus). Penjagaan pemakanan untuk kencing manis perlulah dititikberatkan terlebih dahulu. Mengamalkan cara hidup sihat seperti memilih makanan yang seimbang dan segar serta jadual makan yang konsisten sangatlah berfaedah bagi membantu organ badan berfungsi mengikut fitrah semula jadi. 3548 PATAH PERKATAAN
  • 32. 30 4.0 RUJUKAN DAN PETIKAN BIBLIOGRAPHY Ahmad, H. b. (2012, Oktober 10). Serat dan Kawalan Diabetes. Retrieved from www.myhealth.gov.my: http://www.myhealth.gov.my/serat-dan-kawalan-diabetes/ Aziz, F. (2019, Disember 19). Indeks Glisemik dan Diabetes. Retrieved from https://hellodoktor.com: https://hellodoktor.com/kencing-manis/diabetes-jenis- dua/indeks-glisemik-dan-diabetes/ Batumalai, N. A. (2012, Julai 9). MENU MASAKAN DIET TERAPUTIK. Retrieved from https://hkp.moh.gov.my: https://hkp.moh.gov.my/buletin.item.229/menu-masakan- diet-teraputik.html Bernama. (2016, Mac 25). Suntik insulin bukan penamat buat penghidap diabetes. Retrieved from https://www.astroawani.com: https://www.astroawani.com/gaya-hidup/suntik- insulin-bukan-penamat-buat-penghidap-diabetes-99828 hellodoktor. (2021, Jun 25). Rahsia Buah Pinggang Tahan Lama Dan Lebih Sihat - Pilih Makanan Yang Berkhasiat! Retrieved from https://hellodoktor.com: https://hellodoktor.com/urologi/penyakit-buah-pinggang/makanan-untuk-pesakit- buah-pinggang/ Huzaini, N. B. ( 2016, Oktober 29). Gaya hidup punca diabetes generasi muda. Retrieved from https://www.bharian.com.my: https://www.bharian.com.my/bhplus- old/2016/10/207083/gaya-hidup-punca-diabetes-generasi-muda Jamil, J. b. (2014, Oktober 18 ). Diabetes Dan Indeks Glisemik. Retrieved from http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my: http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/diabetes-dan-indeks-glisemik/
  • 33. 31 mhsalleh. (2017, Mei 5). Menu Pemakanan Terapeutik Bagi Pesakit Kencing Manis. Retrieved from https://www.hk3.com.my: https://www.hk3.com.my/ms/menu- pesakit-kencing-manis/ Muzamir, M. Y. ( 2020, November 21). Diabetes jangan ambil mudah. Retrieved from https://www.bharian.com.my: https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/lain- lain/2020/11/756535/diabetes-jangan-ambil-mudah Suhaimi, N. ( 2021, Jun 22). Tips mengawal paras gula dalam darah. Retrieved from www.bharian.com.my: https://www.bharian.com.my/hujung- minggu/sihat/2021/06/830901/tips-mengawal-paras-gula-dalam-darah wikipedia. (2009, Disember). Therapeutic food. Retrieved from https://en.wikipedia.org: https://en.wikipedia.org/wiki/Therapeutic_food
  • 34. 32 TUGASAN 2 JURNAL REFLEKTIF PANDANGAN BERKAITAN DENGAN ISU MEMBENTUK PEMAKANAN SEIMBANG DAN INTERVENSI BAGI MENGELAKKAN PENYAKIT DIABETES DAN KEGAGALAN GINJAL. Tugasan ini di buat bagi mengingati kembali tentang pengalaman yang berkaitan dengan perkara berkaitan dengan pemakanan seimbang dan pemakanan terapeutik. Secara peribadinya saya telah memperolehi pengetahuan dan pengalaman yang baru mengenai pemakanan kesihatan ini hasil dari pembacaan dan perbincangan dalam sesi tutorial dan e-Forum yang saya telah ikuti. Hasil pembacaan dan perbincangan bersama pensyarah dan rakan-rakan saya dapati ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan seimbang dan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Sedangkan ramai yang mengetahui bahawa punca utama serangan penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, kegagalan ginjal, kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang seimbang dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ diri anda ialah apa yang anda makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan dalam menjamin kehidupan yang lebih baik dan mengelakkan penyakit seperti di atas. Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan penerangan yang lebih mendalam kepada masyarakat umum. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan dan manfaat daripada makanan seimbang ini dalam masa yang sama dapat menghindari diri dari terkena pelbagai jenis penyakit. Selain itu pengamalan diet terapeutik adalah antara langkah terbaik bagi mereka yang baru ataupun telah menghidapi pelbagai jenis penyakit. Diet terapeutik adalah pengubahsuaian diet biasa atau modifikasi nutrien tertentu khususnya kepada pemakanan pesakit diabetes, hipertensi dan kegagalan ginjal berikutan saranan dan arahan doktor atau pakar diet. Pesakit yang mengalami penyakit ini memerlukan pengubahsuaian diet, di mana dengan pengubahsuaian ini ia dapat membantu proses penyembuhan atau kawalan
  • 35. 33 penyakit dalam jangka masa panjang. Perkhidmatan Runding Cara Pemakanan (RCP) yang dijalankan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah salah satu komponen intervensi terapi pemakanan yang melibatkan penilaian pemakanan, diagnosis pemakanan, intervensi pemakanan serta pemantauan dan penilaian semula pencapaian sasaran yang telah ditetapkan kepada pesakit. Perancangan untuk membentuk diet yang seimbang sebenarnya bukanlah sukar tetapi ianya memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi untuk merealisasikannya. Sedar atau tidak perancangan menu sihat berdasarkan kepada piramid makanan memainkan peranan yang penting dalam membentuk diet seimbang. Menu sihat adalah menu yang mengandungi pelbagai jenis makanan, ianya dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan serta tidak mengandungi lemak, minyak, kolesterol, garam dan gula yang berlebihan. Ketika merancang menu sihat, Piramid Makanan Malaysia boleh dijadikan sebagai panduan, terutama dalam menentukan jenis dan kuantiti makanan yang sepatutnya diambil dan dihidangkan. Piramid makanan Malaysia (Jamilah bt. Ahmad, 2012)
  • 36. 34 Langkah-langkah yang perlu di ikuti ialah: Sediakan menu yang mengandungi pelbagai jenis makanan. Pastikan makanan daripada kesemua kumpulan makanan yang terdapat di dalam Piramid Makanan Malaysia dimasukkan ke dalam menu harian. Makanan ini juga hendaklah dihidangkan mengikut kuantiti atau jumlah sajian harian yang dicadangkan. (Jamilah bt. Ahmad, 2012) Kumpulan makanan yang terdapat di dalam Piramid Makanan Malaysia adalah seperti berikut: Kumpulan 1 Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin serta ubi-ubian. Kumpulan 2 Buah-buahan dan sayur-sayuran Kumpulan 3 Ikan, ayam, daging, telur dan kekacang Kumpulan 4 Susu dan produk tenusu Kumpulan 5 Lemak, minyak, gula dan garam Pengambilan pelbagai jenis makanan daripada kumpulan-kumpulan makanan yang telah dinyatakan dapat memenuhi keperluan nutrien harian anda. Rancang menu harian yang mengandungi makanan daripada kumpulan nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian sebagai sumber tenaga utama. Makanan daripada kumpulan ini perlu diambil sebanyak 4 hingga 8 sajian sehari. Satu sajian makanan daripada kumpulan ini bersamaan dengan:  2 senduk atau 1 cawan nasi putih atau  2 cawan bubur nasi atau  1 ½ cawan bihun atau laksa yang direndam atau  1 cawan mi basah atau kuey tiow atau  2 keping roti putih atau roti mil penuh atau  6 keping biskut krim kraker atau  2 biji kentang (sederhana) atau  1 cawan keledek, keladi atau ubi kayu atau  2 keping putu mayam
  • 37. 35 Rancang menu harian yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah- buahan perlu diambil sebanyak 2 sajian sehari dan sayur-sayuran sebanyak 3 sajian sehari. Satu sajian buah-buahan terdiri daripada:  1 biji pisang berangan saiz sederhana atau 2 biji pisang emas atau  1 potong betik, nenas atau tembikai atau  1 biji oren saiz kecil atau sederhana atau  1 biji epal, lai, mangga atau ciku saiz sederhana atau  ½ biji jambu batu atau pir atau  8 biji anggur atau  3 ulas durian atau  4 biji prun saiz kecil atau  1 sudu makan kismis Sementara itu, satu sajian sayur-sayuran terdiri daripada:  ½ cawan sayuran berdaun hijau tua yang dimasak atau  ½ cawan sayuran berbuah yang dimasak atau  1 cawan ulam Rancang menu harian yang mengandungi makanan daripada kumpulan ikan, ayam, daging, telur dan kekacang. Dalam sehari, sebanyak ½ hingga 2 sajian ayam, daging atau telur diperlukan. Sementara bagi ikan, 1 sajian diperlukan dan bagi kekacang, sebanyak ½ hingga 1 sajian diperlukan. Satu sajian ayam, daging atau telur bersamaan dengan:  1 ketul paha ayam atau  2 ketul daging lembu tanpa lemak atau  2 biji telur ayam atau  12 biji telur puyuh atau  1 cawan isi kerang (dimasak) atau  2 ketul hati ayam Satu sajian ikan pula bersamaan dengan:  1 ekor ikan kembung atau ikan selar saiz sederhana atau  1 ketul ikan tenggiri atau  2 ekor sotong (saiz sederhana) atau  2/3 cawan ikan bilis (tanpa kepala)
  • 38. 36 Sementara satu sajian kekacang pula bersamaan dengan:  cawan kacang kuda atau dhal yang dimasak atau  ½ cawan kacang hijau yang dimasak atau kacang panggang dalam tin atau keping tempe, taukua atau tauhu atau  ½ gelas susu soya tanpa gula Rancang menu harian yang mengandungi susu dan produk tenusu. Susu dan produk tenusu perlu diambil sebanyak 1 hingga 3 sajian sehari. Satu sajian susu dan produk tenusu bersamaan dengan:  1 gelas susu rendah lemak atau  2/3 cawan susu sejat atau  4 sudu makan (membumbung) susu tepung atau  1 cawan yogurt atau  1 keping keju Kumpulan 5 terdiri daripada lemak, minyak, gula dan garam. Peringatan pengambilan makanan daripada kumpulan ini ialah secara minimum sahaja. Perkara yang perlu di fahami dan di hadamkan bahawa, tidak ada satu makanan pun yang dapat membekalkan kesemua zat makanan. Oleh itu, kita seharusnya menikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan pengambilan harian yang disarankan dan makan secara sihat kerana itu resepi bagi kehidupan yang sihat. (Jamilah bt. Ahmad, 2012) Intervensi yang perlu di laksanakan bagi mengelakkan penyakit diabetes dan kegagalan ginjal seperti yang di kehendaki mengikut kehendak tugasan. Di sini saya menyenaraikan 3 intervensi yang perlu dilakukan bagi mengelakkan penyakit berikut. (Desroches S, 2013) Pertama mengamalkan diet pemakanan yang seimbang. Selepas ini pengambilan makanan harian perlu mengikut piramid makanan. Piramid makanan ini memberikan panduan kepada kita, dalam menentukan jenis dan kuantiti makanan yang perlu diambil setiap hari mengikut kumpulan makanan. Selaras dengan bukti saintifik dan status pemakanan rakyat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan Piramid Makanan Malaysia 2020, yang merupakan semakan semula kepada Piramid Makanan 2010. Penggunaan Piramid Makanan Malaysia ini sedikit sebanyak dapat membantu kita mengamalkan pemakanan sihat pada setiap hari dan memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga dan terhindar daripada jangkitan penyakit. Dalam pada itu juga, secara tidak langsung mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes, hipertensi, kegagalan ginjal dan lain-lain lagi. Kedua
  • 39. 37 perubahan dalam tabiat pemakanan. Jika sebelum ini mengambil semua jenis pemakanan tanpa had, terkini menjadikan diet terapeutik sebagai tabiat pemakanan terkini. Diet ini memerlukan modifikasi ke atas nutrien untuk rawatan sesuatu penyakit. Antara intervensi tabiat pemakanan yang perlu di ubah ialah: Preskripsi diet berdasarkan keperluan perubatan dan penyakit. Runding cara diet berdasarkan diagnosis perubatan. Penyediaan dan pemberian diet terapeutik berdasarkan keperluan rawatan. (m_sharfizam, 2021) Antara contoh diet terapeutik adalah seperti berikut:  Diet dengan perubahan komposisi makronutrien seperti diet tinggi protein, diet dengan karbohidrat terkawal (diet diabetik), diet rendah lemak dan diet tinggi kalori.  Diet dengan kawalan mikronutrien seperti diet rendah sodium, diet rendah dan potassium.  Diet dengan perubahan tekstur makanan seperti diet lembut (soft diet) dan blanderized diet. Ketiga, pematuhan kepada nasihat pemakanan. Ini bertujuan untuk mencegah dan menguruskan penyakit yang dihidapi. Antara kaedah pematuhan nasihat pemakanan ialah:  Makan secara teratur terutama pada waktu makan utama.  Makan dalam kuantiti yang kecil dan elakkan makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa terutama makanan berasaskan kanji.  Pilih makanan yang tinggi kandungan serat seperti sayur dan makanan berasaskan 'meals' penuh.  Hadkan pengambilan makanan dan minuman manis.  Pilih snek yang sihat seperti buah (2 hidangan sehari) sebagai pencuci mulut.  Pilih air kosong daripada air berperisa atau berkarbonat. Kesemua intervensi yang disenaraikan di atas akan menampakkan hasil jika ianya dipatuhi, dituruti dan mendapat sokongan sepenuhnya bukan sahaja dari diri sendiri tetapi orang lain terutamanya keluarga mahupun rakan sekerja. Apabila mereka yang berada di sekeliling sentiasa bersama-sama memberikan sokongan dan dorongan tidak mustahil intervensi yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan walau di mana kita berada sama ada di rumah atau di tempat kerja. Antara sedar atau tidak iklan juga memainkan peranan
  • 40. 38 dalam membantu menjayakan intervensi ini. Apa yang kita dapat lihat iklan di media sosial, di televisyen, di dada akbar dan di papan iklan di tepi jalan raya boleh dikatakan banyak mengiklan pemakanan yang kurang sihat dan tidak seimbang kepada umum. Ini sebenarnya menyebabkan kejayaan terhadap intervensi seperti yang dirancang dan yang hendak dilaksanakan ini tidak berjaya. Seterusnya menyebabkan pembentukan diet seimbang dan intervensi bagi mengelak penyakit di atas tidak menemui jalan penyelesaiannya.
  • 41. 39 RUJUKAN DAN PETIKAN BIBLIOGRAPHY Desroches S, L. A. (2013, Februari 28). Intervensi untuk meningkatkan pematuhan kepada nasihat pemakanan untuk mencegah dan menguruskan penyakit kronik orang dewasa. Retrieved from www.cochrane.org: https://www.cochrane.org/ms/CD008722/COMMUN_intervensi-untuk- meningkatkan-pematuhan-kepada-nasihat-pemakanan-untuk-mencegah-dan- menguruskan Jamilah bt. Ahmad, S. b. (2012, September 7). Merancang Menu Sihat Berpandukan Piramid Malaysia. Retrieved from www.myhealth.gov.my: http://www.myhealth.gov.my/merancang-menu-sihat-berpandukan-piramid-malaysia/ m_sharfizam. (2021, April 5). Perkhidmatan Profesional. Retrieved from https://medic.upm.edu.my: https://medic.upm.edu.my/department/department_of_dietetic/professional_services- 61083?L=bm