Sedekah dan infak merupakan amalan sosial yang disyariatkan dalam Islam untuk membantu mereka yang memerlukan. Sedekah termasuk zakat wajib dan sunat, manakala infak bererti membelanjakan harta untuk keperluan orang lain. Kedua-dua amalan ini sangat penting dalam Islam kerana dapat membantu saudara seagama dan membangunkan ekonomi, serta memberi pahala kepada pemberi di dunia dan akhirat.
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
SEDEKAH DAN INFAK
1. LMCP 1522:
PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
LAPORAN AMALAN TERBAIK DALAM KESEJAHTERAAN SOSIAL
NURUL NABILA BINTI ABD
LATIF
A163088
2. SEDEKAH DAN INFAK
Sedekah bererti pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah
Taala. Rujuk al-Ta`rifat (1/132). Manakala Ibn Manzur memberikan
definisi sedekah sebagai apa yang apa yang engkau berikan kerana
Allah kepada golongan fakir, yakni yang memerlukan. Rujuk Lisan al-
Arab (10/196). Sedekah merangkumi maksud zakat wajib, dan sedekah
sunat, seperti yang dimaksudkan dalam
al-Quran:
ْال َو اَهْيَلَع َِينلِامَعْال َو ِينِكاَسَمْال َو ِاء َرَقُفْلِل ُاتَقَدَّصال اَمَّنِإْال َو ِباَق ِالر يِف َو ْمُهُبوُلُق ِةَفَّلَؤُمَينِم َِارغِ َّاَّلل ِليِبَس يِف َو
ٌميِكَح ٌميِلَع ُ َّاَّلل َو ۗ ِ َّاَّلل َنِم ًةَضي ِرَف ۖ ِليِبَّسال ِْنبا َو
Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk
orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya,
dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba
yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan
untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang
keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah)
sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Surah al-Taubah, (9:60)
Begitu juga keterangan hadis dalam surat yang ditulis oleh Sayyidina
Abu Bakar RA:
َلَع ُهللا ىَّلَص ِ َّاَّلل ُلوُسَر َض َرَف يِتَّال ِةَقَدَّصال ُةَضي ِرَف ِهِذَهَينِمِلْسُمال ىَلَع َمَّلَس َو ِهْي
Maksudnya: Kefarduan sedekah (yakni zakat) ini ialah seperti mana
yang difardukan oleh Rasulullah SAW ke atas kaum Muslimin.
Hadis riwayat Imam Bukhari (1454)
Manakala, Infak menurut al-Jurjani bererti membelanjakan harta kepada yang berhajat.
Rujuk al-Ta`rifat (1/39). Dalam Surah al-Baqarah (2:3), Allah SWT berfirman:
َونُقِفْنُي ْمُهَانْق َز َر اَّمِم َو َة ََلَّصال َونُميِقُي َو ِبْيَغْالِب َونُنِمُْؤي َِينذَّلا
Maksudnya: (Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara
yang ghaib, menunakan solat dan mereka memberi infaq apa yang kami rezekikan
kepada mereka.
Perkataan ‘ ينفقون’ dalam ayat ini, menurut pilihan Imam al-Tabari, merujuk kepada
pensyariatan zakat dan pemberian nafkah kepada ahli keluarga yang ditanggung. Rujuk
Jami’ al-Bayan (1/244). Justeru, sedeqah dan infaq itu ialah sinonim.
Sumber: http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1353-al-kafi-396-beza-makna-sedekah-infaq-dan-zakat
3. Sedekah dan infak merupakan amalan terbaik dalam kesejahteraan sosial kerana ia
bukan sahaja dapat meringankan beban individu malah dapat menyumbang kepada
pembangunan ekonomi negara. Sedekah dan infak sangat dituntut dalam islam kerana
dapat membantu saudara seislam sendiri yand dalam kesusahan. Bagi si pemberi
dan pemberi infak pula, mereka akan mendapat pahala serta pemberi infak akan
memperoleh keberuntungan berlipat ganda, baik di dunia atau di akhirat seperti dalam
Baqarah 2:261-262.