1. Teori Perlaziman Operan Skinner
Berdasarkan kepada kes kegelisahan pelajar, kami mendapati bahawa teori yang sesuai
dikaitkan dengan situasi dalam kes tersebut ialah teori perlaziman operan Skinner. Burhrus
Frederic Skinner berpendapat sama dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus
diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks
daripada perlakuan yang mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan
binatang seperti tikus dan burung merpati. Menurut Skinner (1953), dalam teori perlaziman
operan gerak balas boleh diperkuatkan atau dihapuskan, jika diberikan peneguhan sebaik
sahaja gerak balas itu ditunjukkan.(Prof. Madya Dr. Mansor Fadzil et. All., 2003)
Alam sekeliling kita dipenuhi dengan pengukuhan positif dan pengukuhan negatif yang
membentuk tingkah laku. Kita dikongkong atau dikawal oleh ahli keluarga sama ada dalam
bentuk direstui atau tidak direstui akan sesuatu tingkah laku. Sekolah mengawal kita sama ada
kita berjaya atau sebaliknya. Oleh itu pengukuhan positif atau negatif membentuk setiap
tingkah laku individu dalam sepanjang hayatnya. Menurut Skinner (1984), corak tingkah laku
yang membezakan antara seorang individu dengan yang lain adalah hasil daripada pengalaman
hidup seseorang. Tingkah laku operan merupakan tingkah laku dikawal dan ditentukan oleh
alam sekeliling. Dalam lain pengertian tingkah laku operan ditentukan oleh kehendak seorang
individu.
Ahli psikologi mengatakan bahawa walaupun tingkah laku operan adalah voluntari tetapi
masih dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran khususnya akibat sejenis tingkah laku. Rangsangan
yang meningkatkan kadar sejenis tingkah laku diertikan sebagai pengukuhan atau penghargaan
manakala hukuman mengurangkan kadar sejenis tingkah laku. Tingkah laku akibat pengukuhan
atau hukuman berbeza antara seorang individu dengan individu lain. Sebagai contoh, sekiranya
seorang pelajar yang mengganggu perjalanan kelas, dihukum oleh guru dan diberi perhatian
oleh pelajar lain, kemungkinan pelajar itu akan merasa kesalan itu pada masa-masa akan
datang kerana berlaku pengukuhan dalam kelas.
Begitu juga yang berlaku dalam situasi Trenna dimana dia berasa malu kerana telah
diejek oleh rakan sekelasnya disebabkan kegagalannya untuk menyelesaikan masalah
matematik yang disuruh oleh Mr.Jordan di hadapan kelas. Akhirnya, Trenna berasa hilang
2. semangat sehingga dia tidak dapat menjawab soalan tersebut. Keadaan ini menyebabkan
Trenna menjadi pelajar yang pasif di dalam kelas dan tidak lagi aktif untuk menjawab soalan di
hadapan kelas. Berdasarkan teori Skinner ini, peneguhan boleh berupaya positif dan negatif.
Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu
tingkah laku operan seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya. Selain itu,
terdapat juga peneguhan yang boleh menyakiti atau menghindari seseorang individu kerana
tingkah laku operannya kurang sesuai seperti mengejek kesilapan seseorang individu di depan
orang ramai seperti mana yang berlaku terhadap Trenna.
Oleh itu, dalam situasi Trenna ini, Mr.Jordan seharusnya memberikan peneguhan yang
positif seperti memberikan dorongan dan kata semangat serta motivasi kepada Trenna supaya
dapat membantu Trenna dalam mengurangkan perasaan gelisahnya. Dalam bukunya “The
Technology of Teaching”, yang diterbitkan dalam tahun 1968, Skinner menerangkan hasil
kajiannya bahawa murid-murid dalam empat tahun persekolahan yang pertama hanya diberikan
beberapa ribu peneguhan positif sahaja, sedangkan sebanyak 25,000 peneguhan itu diperlukan
untuk menguasai kemahiran-kemahiran matematik yang diperlukan. Untuk mengatasi masalah
tentang kurang cukup peneguhan yang diberikan kepada murid-murid, Skinner mengusulkan
supaya bahan-bahan pembelajaran diprogramkan dalam bentuk arahan. (Mok Soon Sang,1989)
Guru mempunyai peranan yang penting dalam menyumbang kepada kecemerlangan
pelajar dalam akademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu
yang bermanfaat (Widad, 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan seseorang guru
memainkan peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan
mempengaruhi pelajar untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik.
Menurut Robiah (1994), faktor pengajaran guru sangat memberikan kesan kepada corak
pembelajaran dan penglibatan pelajar dalam Matematik. Di samping itu, daya tarikan sesuatu
pelajaran amat bergantung kepada kemahiran mengajar dan pengajaran guru (Kamaruddin,
1989). Sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan memerlukan guru yang pandai dan
berkebolehan mempelbagaikan kaedah, teknik dan aktiviti yang dijalankan dalam
pengajarannya.
3. Rujukan
http://eprints.utm.my/10401/1/30.9_Pendekatan_Teori.pdf
Mok Soon Sang. (1989). Psikologi, Strategi Pengajaran Dan Penilaian Matematik. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Skinner, B. F. (1968). The Technology of Teaching. New York: Appleton-Century- Crofts.
Widad Othman. (1998). Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan. Universiti Teknologi
Malaysia : Tesis Sarjana Muda.