Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Tugasan penulisan web 2.0

354 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Tugasan penulisan web 2.0

  1. 1. 1.0 TEORI PEMBELAJARANPembelajaran merupakan suatu perubahan pada individu hasil daripada pengalaman(Slavin, 1991). Kita sebagai guru perlu membantu murid-murid dalam memfokus prosespemerhatian dan mental mereka supaya mereka boleh memperoleh pengetahuan asas dankemahiran secara berkesan. Ini menyebabkan ahli psikologi telah membina pelbagai teoripembelajaran yang berbeza. Antara teori-teori pembelajarannya ialah:1.1 Teori Pembelajaran BehaviorisTeori ini diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terdiri daripada Ivan Pavlov, EdwardThorndike dan B.F. Skinner. Ahli teori behaviorist menekankan peranan pengalaman dalammentadbirkan tingkah laku. Dalam teori ini beberapa istilah diperkenalkan antaranya ialahpelaziman. Pelaziman merupakan suatu proses di mana tingkah laku organisma berkaitandengan rangsangan daripada persekitaran. Ivan P.Pavlov,setiap rangsangan akanmenimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yang timbul akibatrangsangan. Contohnya apabila guru memberikan arahan supaya berdiri, murid dengancepatnya berdiri. Arahan itu ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri itu ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlakuakibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Dalam contoh ini terdapat duarangsangan; pertama ialah suasana pengajaran dan pembelajaran dan kedua ialah aspekemosi, iaitu rasa seronok dan gembira. Jadi, murid-murid mengaitkan satu rangsangan(suasana pembelajaran) dan satu lagi rangsangan lain (suasana seronok). Oleh itu, muridberkenaan pun mempunyai keinginan ke sekolah. Pembelajaran yang berlaku ekoran 1
  2. 2. perkaitan ini dinamakan pelaziman. Pembelajaran akibat perkaitan 2 rangsangan ini dikenalisebagai pelaziman. Manakala E.L.Thorndike (1874-1949) iaitu pelopor psikologi Amerikamemperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitanrangsangan dan gerak balas. Eksperimen telah dilakukan ke atas seekor kucing lapar yangdiletakkan dalam sangkar. Daripada hasil eksperimen, Thorndike mengemukakan 3 hukumuatama iaitu hukum kesediaan, hukumlatihan dan hokum kesan. Menurut Thorndike,kesediaan merujuk kepada persiapan yang perlu ada sebelum individu dapat bertindak.Seorang murid dikatakan akan berasa puas apabila dia bersedia untuk bertindak.Sebaliknya,murid yang belum bersedia untuk bertindak akan berasa kecewa. ManakalaHukum Latihan menyatakan pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambahkukuh jika latihan diadakan. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa pertalian antararangsangan dan gerak balas akanbertambah kukuh jika terdapat kesan yangmenyeronokkan selepas terhasilnya gerak balas. Misalnya seorang murid mengucapkansalam kepada guru dan salam itu disambut dengan senyuman guru. Murid itu akan berasapengalaman itu menyenangkan dan dia akan mengulangi lagi. Skinner pula memperkenalkan teori pelaziman operan yang mengkaji tentangperkaitan antara tingkah laku dan kesannya. Dalam teori ini, tingkah laku yang tidak diinginisebenarnya boleh diubah kepada tingkah laku yang diingini.1.2 Teori Pembelajaran SosialAlbert Bandura yang merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal telahmemperkenalkan teori pembelajaran sosial. Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran 2
  3. 3. manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan kerja. Menurut Bandura, terdapat 4 elemen penting dalam pembelajaran pemerhatian iaitu: i.Memberi perhatianii.Mengekalkan maklumatiii.Menghasilkan tingkah lakuiv.Motivasi dan peneguhan Aplikasi daripada teori ini, contohnya guru hendaklah menjadi model yang baik kerana perlakuan guru selalu ingin dicontohi murid. Oleh itu, pakaian, tingkah laku dan bahasa pertuturan guru mestilah baik. Pemerhatian boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti berikut: a) memerhati secara langsung, iaitu melihat model sendiri atau secara tidak langsung, iaitu dengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambar foto. Contohnya, kanak-kanak meniru ibubapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan sebagainya. b) Pemerhatian melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan. Sekat lakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi A tetapi tiidak sesuai dalam situasi B. Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak boleh melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari murid-murid disebabkan adanya peraturan bilik darjah yang boleh membawa hukuman jika amalan itu berlaku.manakala memerhati melalui taksekatlakuan ialah murid akan terus meniru amalan dalam sesuatu situasi. Contohnya, kalau mereka telah mempelajari bahawa tindakan sorak-menyorak tidak sesuai 3
  4. 4. dalam kelas,tetapi kai ini dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum, murid-muridberkenaan akan mula menjeritkan jawapan.c) Pemerhatian melalui elistasi. Dalam proses elistasi, seseorang individu akan turutmelakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahuicara untuk melakukannya. Contohnya, apabila melihat seorang murid lain membaca buku didalam kelas, Amir pun mengeluarkan buku lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itutimmbul selepas melihat murid lain membaca. Sekiranya tidak ada murid lain membaca,kemungkinan keinginan Amir untuk membaca tidak timbul.1.3 Teori HumanistikTeori Humanis menumpukan pada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu.Pendekatan humanistik menekankan keseluruhan murid, dengan kata lain aspek emosi dansosial kehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secarasemulajadi untuk belajar dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna. Ia jugamenekankan kepentingan peranan guru dalam memberi sokongan dan sentiasa mengambilberat tentang anak didiknya.1.4 Teori Pembelajaran KognitifTeori ini berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir daripadaperingkat bayi kepada zaman kank-kanak, remaja dan seterusnya alam dewasa. MenurutGagne (1970), pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada yang rumit.Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yangrendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran seperti berikut: 4
  5. 5. i) Pembelajaran isyaratJenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Ia lebih merupakanperubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pengaruh kebiasaan.Misalnya, apabila locengberbunyi pulul 7.30 pagi, semua murid akan berkejar ke bilik darjah masing-masing danmereka akan terus berdiri serta memberikan penghormatan kepada guru yang masuk.inimerupakan pembelajaran isyarat dan ia tidak banyak menggunakan akal fikiran.ii) Pembelajaran mengganggu gerak balasPembelajaran rangsangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini bermaknaguru perlu memberi pujian dan ganjaran bagi tingkah laku yang diingati.iii) RangkaianRangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan antara satu sama lain untukmelengkapi satu tugasan yang dijalankan. Misalnya, ketika menyambut bola dalampermainan tennis, pemain hendaklah berdiri di posisi yang sesuai, di tapak yang munasabahdan mengayunkan rakat dengan gaya yang betul agar bola tennis dipulangkan dengan baik.Siri tingkah laku ini disebut rangkaian.iv) Pertalian berbahasaPertalian berbahasa merupakan suatu bentuk rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabilaseseorang kanak-kanak menghubungkaitkan benda yang dilihat dengan nama objek secaramenyebutnya.misalnya,apabila melihat bola, kanak-kanak tersebut terus menyebut bola. 5
  6. 6. v) Pembelajaran diskrimanasiJenis pembelajaran ini berlaku apabila murid dapat memilih gerak balas yang sesuai untukbertindak bagi menghasilkan sesuatu. Misalnya, dalam kelas, murid dapat membezakanantara fakta yang kurang penting dengan fakta yang penting.vi) Pembelajaran KonsepIni berlaku apabila murid bertindak balas kepada benda-benda sebagai satu kelas ataukategori. Misalnya, murid yang mempelajari warna dan bentuk akan menggolongkan kuning,merah, biru, putih, hitam dan hijau sebagai warna manakala bulat, segitiga, segiempat danbujur sebagai bentuk.vii) Pembelajaran hokumIni merupakan pembelajaran yang rumit kerana ia akan melibatkan pembelajaran konsep,rangkaian dan pertalian berbahasa. Misalnya, murid mempelajari bahawa apabila airmembeku, isipadunya bertambah. Konsep-konsep yang dipelajari ialah membeku, isipadudan bertambah. Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu dirangkaikan bersama untukmembentuk hokum.viii) Penyelesaian MasalahPenyelesaian masalah merupakan pembelajaran yang paling rumit. Ia melibatkanpenggunaan konsep serta pembelajaran hokum. Gagne telah menggunakan urutan- urutanpenyelesaian masalah sebagaimana yang dicadangkan oleh John Dewey.Urutan langkah itu seperti berikut: 6
  7. 7. a) mengenal masalahb) mencari maklumatc) membuat hipotesisd) menguji hipotesise) membuat rumusan1.5 Teori KonstruktivismeTeori ini menyatakan bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalamanmereka. Setiap murid menimba pengetahuan semasa mereka belajar dan ilmu pengetahuanyang terbaik dan mendalam adalah melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dansosial. Vygotsky, ahli psikologi yang banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial dimana ilmu pengetahuan yang dibina berdasarkan interaksi sosial, adat budaya dan aktivitiyang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.2.0 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ABAD KE-212.1 Pendidikan Abad Ke-21 Mengikut Laporan UNESCO (Report Of The International Commission On EducationFor The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harusberasaskan empat tonggak, iaitu: ‘Learning to know’ (belajar untuk tahu); ‘Learningto do’ (belajar untuk buat); ‘Learning to live together’ (belajar untuk hidupbersama) dan ‘Learning to be’ (belajar untuk menjadi) . 7
  8. 8. Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberi seseorang kanak-kanak pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkansecara mendalam dalam bidang-bidang tertentu. ‘Belajar untuk tahu’ membantu seseorangmembina satu spektrum ilmu yang membolehkan dia memilih bidang yang sesuai denganlebih jitu. Ilmu di sini juga merangkumi cara belajar—sesuatu kemahiran yang begitudiperlukan untuk memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitubanyak dari pelbagai sumber. Ilmu yang diperoleh harus seiring dengan kemahiran untukmelakukan tugasan berasaskan ilmu itu. ‘Belajar untuk buat’ bukan dihadkan kepadakemahiran operasi atau mekanikal sahaja tetapi merangkumi kompetensi-kompetensiseperti kebolehan untuk menangani situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja berpasukan,menyesuaikan diri dalam pelbagai konteks sosial dan kerja.2.2 Kemahiran Abad Ke-21Bagi mencapai hasrat kerajaan untuk membangunkan generasi yang mempunyaikemahiran abad ke-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam menguasaipelbagai bidang. Seseorang pendidik harus sentiasa bersedia menguasai ilmu bagimenjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini adalahkerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbandingdengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Berikut merupaka ciri-cirikemahiran abad ke-21. 8

×