Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

691 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

  1. 1. 1.0 TEORI PEMBELAJARANPembelajaran merupakan suatu perubahan pada individu hasil daripada pengalaman (Slavin,1991). Kita sebagai guru perlu membantu murid-murid dalam memfokus prosespemerhatian dan mental mereka supaya mereka boleh memperoleh pengetahuan asas dankemahiran secara berkesan. Ini menyebabkan ahli psikologi telah membina pelbagai teoripembelajaran yang berbeza. Antara teori-teori pembelajarannya ialah:1.1 Teori Pembelajaran BehaviorisTeori ini diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terdiri daripada Ivan Pavlov, EdwardThorndike dan B.F. Skinner. Ahli teori behaviorist menekankan peranan pengalaman dalammentadbirkan tingkah laku. Dalam teori ini beberapa istilah diperkenalkan antaranya ialahpelaziman. Pelaziman merupakan suatu proses di mana tingkah laku organisma berkaitandengan rangsangan daripada persekitaran. Ivan P.Pavlov,setiap rangsangan akanmenimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yang timbul akibatrangsangan. Contohnya apabila guru memberikan arahan supaya berdiri, murid dengancepatnya berdiri. Arahan itu ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri itu ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlakuakibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Dalam contoh ini terdapat duarangsangan; pertama ialah suasana pengajaran dan pembelajaran dan kedua ialah aspekemosi, iaitu rasa seronok dan gembira. Jadi, murid-murid mengaitkan satu rangsangan(suasana pembelajaran) dan satu lagi rangsangan lain (suasana seronok). Oleh itu, muridberkenaan pun mempunyai keinginan ke sekolah. Pembelajaran yang berlaku ekoranperkaitan ini dinamakan pelaziman. Pembelajaran akibat perkaitan 2 rangsangan ini dikenalisebagai pelaziman. Manakala E.L.Thorndike (1874-1949) iaitu pelopor psikologi Amerikamemperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitanrangsangan dan gerak balas. Eksperimen telah dilakukan ke atas seekor kucing lapar yangdiletakkan dalam sangkar. Daripada hasil eksperimen, Thorndike mengemukakan 3 hukumuatama iaitu hukum kesediaan, hukumlatihan dan hokum kesan. Menurut Thorndike,kesediaan merujuk kepada persiapan yang perlu ada sebelum individu dapat bertindak.Seorang murid dikatakan akan berasa puas apabila dia bersedia untuk bertindak. 1
  2. 2. Sebaliknya,murid yang belum bersedia untuk bertindak akan berasa kecewa. ManakalaHukum Latihan menyatakan pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambahkukuh jika latihan diadakan. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa pertalian antararangsangan dan gerak balas akanbertambah kukuh jika terdapat kesan yangmenyeronokkan selepas terhasilnya gerak balas. Misalnya seorang murid mengucapkansalam kepada guru dan salam itu disambut dengan senyuman guru. Murid itu akan berasapengalaman itu menyenangkan dan dia akan mengulangi lagi. Skinner pula memperkenalkan teori pelaziman operan yang mengkaji tentangperkaitan antara tingkah laku dan kesannya. Dalam teori ini, tingkah laku yang tidak diinginisebenarnya boleh diubah kepada tingkah laku yang diingini.1.2 Teori Pembelajaran SosialAlbert Bandura yang merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal telahmemperkenalkan teori pembelajaran sosial. Teori ini menegaskan bahawa pembelajaranmanusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan kerja. Menurut Bandura,terdapat 4 elemen penting dalam pembelajaran pemerhatian iaitu:i.Memberi perhatianii.Mengekalkan maklumatiii.Menghasilkan tingkah lakuiv.Motivasi dan peneguhan Aplikasi daripada teori ini, contohnya guru hendaklah menjadi model yang baikkerana perlakuan guru selalu ingin dicontohi murid. Oleh itu, pakaian, tingkah laku danbahasa pertuturan guru mestilah baik. Pemerhatian boleh berlaku dalam tiga bentuk sepertiberikut:a) memerhati secara langsung, iaitu melihat model sendiri atau secara tidak langsung, iaitudengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambar foto. Contohnya,kanak-kanak meniru ibubapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dansebagainya. 2
  3. 3. b) Pemerhatian melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan. Sekat lakuan merupakan sekatantingkah laku yang sesuai dalam situasi A tetapi tiidak sesuai dalam situasi B. Contohnya,murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak bolehmelakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari murid-murid disebabkan adanya peraturanbilik darjah yang boleh membawa hukuman jika amalan itu berlaku.manakala memerhatimelalui taksekatlakuan ialah murid akan terus meniru amalan dalam sesuatu situasi.Contohnya, kalau mereka telah mempelajari bahawa tindakan sorak-menyorak tidak sesuaidalam kelas,tetapi kai ini dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum, murid-muridberkenaan akan mula menjeritkan jawapan.c) Pemerhatian melalui elistasi. Dalam proses elistasi, seseorang individu akan turutmelakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahuicara untuk melakukannya. Contohnya, apabila melihat seorang murid lain membaca buku didalam kelas, Amir pun mengeluarkan buku lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itutimmbul selepas melihat murid lain membaca. Sekiranya tidak ada murid lain membaca,kemungkinan keinginan Amir untuk membaca tidak timbul.1.3 Teori HumanistikTeori Humanis menumpukan pada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu.Pendekatan humanistik menekankan keseluruhan murid, dengan kata lain aspek emosi dansosial kehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secarasemulajadi untuk belajar dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna. Ia jugamenekankan kepentingan peranan guru dalam memberi sokongan dan sentiasa mengambilberat tentang anak didiknya.1.4 Teori Pembelajaran KognitifTeori ini berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir daripadaperingkat bayi kepada zaman kank-kanak, remaja dan seterusnya alam dewasa. MenurutGagne (1970), pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada yang rumit.Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yangrendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran seperti berikut: 3
  4. 4. i) Pembelajaran isyaratJenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Ia lebih merupakanperubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pengaruh kebiasaan.Misalnya, apabila locengberbunyi pulul 7.30 pagi, semua murid akan berkejar ke bilik darjah masing-masing danmereka akan terus berdiri serta memberikan penghormatan kepada guru yang masuk.inimerupakan pembelajaran isyarat dan ia tidak banyak menggunakan akal fikiran.ii) Pembelajaran mengganggu gerak balasPembelajaran rangsangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini bermaknaguru perlu memberi pujian dan ganjaran bagi tingkah laku yang diingati.iii) RangkaianRangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan antara satu sama lain untukmelengkapi satu tugasan yang dijalankan. Misalnya, ketika menyambut bola dalampermainan tennis, pemain hendaklah berdiri di posisi yang sesuai, di tapak yang munasabahdan mengayunkan rakat dengan gaya yang betul agar bola tennis dipulangkan dengan baik.Siri tingkah laku ini disebut rangkaian.iv) Pertalian berbahasaPertalian berbahasa merupakan suatu bentuk rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabilaseseorang kanak-kanak menghubungkaitkan benda yang dilihat dengan nama objek secaramenyebutnya.misalnya,apabila melihat bola, kanak-kanak tersebut terus menyebut bola.v) Pembelajaran diskrimanasiJenis pembelajaran ini berlaku apabila murid dapat memilih gerak balas yang sesuai untukbertindak bagi menghasilkan sesuatu. Misalnya, dalam kelas, murid dapat membezakanantara fakta yang kurang penting dengan fakta yang penting.vi) Pembelajaran KonsepIni berlaku apabila murid bertindak balas kepada benda-benda sebagai satu kelas ataukategori. Misalnya, murid yang mempelajari warna dan bentuk akan menggolongkan kuning, 4
  5. 5. merah, biru, putih, hitam dan hijau sebagai warna manakala bulat, segitiga, segiempat danbujur sebagai bentuk.vii) Pembelajaran hokumIni merupakan pembelajaran yang rumit kerana ia akan melibatkan pembelajaran konsep,rangkaian dan pertalian berbahasa. Misalnya, murid mempelajari bahawa apabila airmembeku, isipadunya bertambah. Konsep-konsep yang dipelajari ialah membeku, isipadudan bertambah. Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu dirangkaikan bersama untukmembentuk hokum.viii) Penyelesaian MasalahPenyelesaian masalah merupakan pembelajaran yang paling rumit. Ia melibatkanpenggunaan konsep serta pembelajaran hokum. Gagne telah menggunakan urutan- urutanpenyelesaian masalah sebagaimana yang dicadangkan oleh John Dewey.Urutan langkah itu seperti berikut:a) mengenal masalahb) mencari maklumatc) membuat hipotesisd) menguji hipotesise) membuat rumusan1.5 Teori KonstruktivismeTeori ini menyatakan bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalamanmereka. Setiap murid menimba pengetahuan semasa mereka belajar dan ilmu pengetahuanyang terbaik dan mendalam adalah melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dansosial. Vygotsky, ahli psikologi yang banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial dimana ilmu pengetahuan yang dibina berdasarkan interaksi sosial, adat budaya dan aktivitiyang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu. 5
  6. 6. 2.0 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ABAD KE-212.1 Pendidikan Abad Ke-21 Mengikut Laporan UNESCO (Report Of The International Commission On EducationFor The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harusberasaskan empat tonggak, iaitu: ‘Learning to know’ (belajar untuk tahu); ‘Learningto do’ (belajar untuk buat); ‘Learning to live together’ (belajar untuk hidupbersama) dan ‘Learning to be’ (belajar untuk menjadi). Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberi seseorang kanak-kanakpendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secaramendalam dalam bidang-bidang tertentu. ‘Belajar untuk tahu’ membantu seseorangmembina satu spektrum ilmu yang membolehkan dia memilih bidang yang sesuai denganlebih jitu. Ilmu di sini juga merangkumi cara belajar—sesuatu kemahiran yang begitudiperlukan untuk memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitubanyak dari pelbagai sumber. Ilmu yang diperoleh harus seiring dengan kemahiran untukmelakukan tugasan berasaskan ilmu itu. ‘Belajar untuk buat’ bukan dihadkan kepadakemahiran operasi atau mekanikal sahaja tetapi merangkumi kompetensi-kompetensi sepertikebolehan untuk menangani situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja berpasukan,menyesuaikan diri dalam pelbagai konteks sosial dan kerja.2.2 Kemahiran Abad Ke-21Bagi mencapai hasrat kerajaan untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiranabad ke-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam menguasai pelbagaibidang. Seseorang pendidik harus sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan dirimereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini adalah kerana guru yangmempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yangcuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Berikut merupaka ciri-ciri kemahiran abad ke-21. 6
  7. 7. 2.3 Guru Abad Ke-21 7
  8. 8. 1. Mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi(TMK).Bersikap terbuka dengan melihat teknologi sebagai perkara yang positif dan melengkapkandiri dengan ilmu berasaskan teknologi menjurus kepada penguasaan dan penggunaanteknologi dalam pelbagai bidang.2. Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi ( Pengajaran & Pembelajaran)Pengetahuan guru dalam menterjemahkan pengetahuan isi kandungan secara pedagogikalyang berkesan dengan memahami konteks persekitaran bilik darjah berdasarkanpengetahuan guru dalam pengetahuan isi kandungan subjek, pengetahuan pedagogi subjek,pengetahuan ciri terhadap pelajar, dan kepercayaan terhadap pendekatan P&P yangdigunakan. Cara penyampaian secara berkesan terhadap sesuatu idea, analogi kukuh, illustrasimenarik, contoh tepat dan munasabah, penerangan jelas, dan bermakna amat penting agarisi pelajaran dapat difahami pelajar dengan mudah. Pengetahuan pedagogi bukan berdasarkan kepada pengalaman ataupunpengetahuan yang terlalu bergantung dengan guru( teacher-centred). Sebaliknya, guruperlu bijak untuk mengadaptasikan pedagogi berbantukan komputer untuk memberi kesanpositif terhadap perkembangan dan pencapaian pelajar.3. Mengikuti perkembangan Dasar dan Isu pendidikan.Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yangberlaku khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikanyang akan memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses pengajarandan pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu ditelitidan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepadamelahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran. Guru juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian lepas dan terkinibagi mengemaskini pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Guru boleh mengaplikasikan 8
  9. 9. teknologi maklumat(ICT) semasa p&p melalui Program SLE ( Smart Learning Environment)yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT.4. Menguasai pelbagai bidang. Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagimenjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guruyang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guruyang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang,mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasamengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapipelbagai cabaran.5. Menerapkan Nilai-nilai Murni( Akhlak) Di samping pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harusmenitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di dalam hubungan sesamamasyarakat. Guru harus memounyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yangbaik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkandalam jiwa pelajar.Ciri-ciri Guru berkualiti: i. Bertindak Menyebar ilmu ii. Bertindak sebagai Pembentukan nilai ‘ Role Model’ iii. Bertindak sebagai pengamal budaya ilmu iv. Mengamalkan kemahiran professional v. Bersifat professional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan vi. Mengamalkan pengajaran efektif 9
  10. 10. 2.4 Ciri-ciri Pelajar Abad Ke-213.0 WEB 1.0 HINGGA WEB 4.03.1 Era web 1.0 bermula dari 1990 hingga 2001Adalah generasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yangbersifat satu arah. Segala content atau isinya berada ditangan administrator, jadipengunjung hanya dapat melihat isi dari laman tersebut tanpa dapat memberi komen ataupandangan.3.1.1 Era Bubble Burst bermula tahun 2000Dikenali juga sebagai DotCom Bubble Burst atau Dotcom Crash juga DotCom Doom. Padatahun 1998, Google berdiri dan internet menjadi semakin mudah untuk digunakan.Waktu itupotensi laman wen dengan format portal dengan berita dan kedai2 online sepertiamazon.com dilihat sangat besar oleh pelabur2. Di Amerika sendiri berbillion dollar 10
  11. 11. dilaburkan untuk masuk didalam bidang jaringan online yang sayangnya tidak semua lamanweb dengan modal yang amat besar berjaya dihasilkan. Pertengahan tahun 2000,gelembungan dana (bubble) yang masuk ke jaringan pecah (burst).Dana ini tiada pusinganuntuk menjadi keuntungan.3.2 Era web 2.0 bermula dari 2001 hingga kiniIanya merupakan perkembangan terkini teknologi selepas web 1.0. Pada web 2.0 contenttidak hanya dipegang oleh administrator sepenuhnya, malahan pengunjung bolehmengendalikan pada content web tersebut juga pengunjung2 yang lainnya dapat memberikomen,bekomunikasi antara satu sama lain,memberi pendapat dan banyak lagi. Antaracontoh yang jelas mengenai web2.0 adalah: youtube, facebook dan korang sendiri sudahsedia maklum. Bertapa mudahnya ia.3.3 Era web 3.0Dikatakan akan bermula pada 2010 tak lama lagi tu kalau mengikut karangan ini ditulis (Dis-2009). Syarat dan konsep yang paling penting dan perlu ada ialah bercirikan semanticweb.Semantic Web adalah laman web yang dilengkapi struktur komputer yang bolehberfikir.3.3.1 Antara ciri2 khas web 3.0 i. Tranformation: Dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu ii. Ubiquitous Connectivity : Memungkinkan informasi diakses menjadi media iii. Network Computing: Perisian adalah sebagai model2 bisnes, service laman web yang berkemampuan dua sistem atau lebih untuk bekerja sama secara harmoni, pengedaran computer, pengskalaan komputer,pelebarluasan komputer. iv. Open Technologies: Sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam platform open source/percuma. v. Open Identity and Open ID: seluruh informasi adalah bebas vi. The interligent Web: Sebagai Semantic Web technologies termasuk RDF,OWL,SWL,SPARQL, GRDDL, Aplikasi berplatform semantic, dan statement-based datastores. 11
  12. 12. vii. Distributed Database: Database disalurkan dalam WWD (world Wide Database). viii. Aplikasi bersifat pintar dan bijakJadi jika keseluruhan diatas dapat dilaksanakan dan dihasilkan barulah akan wujuds emanticweb. SIOC ( http://sioc-project.org ) adalah pejuang yang menghasilkan semantic web.3.4 Web 4.0Web 4.0 dikenali sebagai ‘Web Simbiotik’. Idea menjadi simbiotik adalah bahawa sekalimetadata adalah dianjurkan (3.0), manusia dan mesin boleh berinteraksi dalam simbiosis.Maksudnya bahawa kita akan dapat membina lebih kuat antara muka seperti antara mukaminda dikawal bagi contoh. Tetapi web 4.0 adalah satu idea yang masih dalampembangunan dan kemajuan. Web 4.0 sehingga kini tidak didefinisikan lagi. Orang jugabercakap mengenai kecerdasan web OS, ambient, kecerdasan buatan. Kita perlu menunggubeberapa tahun lagi untuk melihat apakah itu web 4.0 tetapi yang pastinya web 4.0 inipastinya lebih canggih lagi dan telah mengalami pembangunan penggunaannya berbandingweb 1.0, web 2.0 dan web 3.0.4.0 WEB 2.0 : EDMODO4.1 Apa itu EDMODO ?Edmodo merupakan platform sosial persendirian yang percuma untuk guru dan pelajarberkongsi idea, fail, peristiwa dan tugasan. Edmodo menyediakan cara yang selamat danmudah untuk berhubung dan bekerjasama dalam kelas. Laman ini boleh diakses di Internetdan dari mana-mana peranti mudah alih melalui aplikasi telefon pintar percuma. Berasaskanmodel penulisan blog mikro dan disesuaikan untuk penggunaan dalam pendidikan, Edmodomembolehkan guru menyiarkan mesej dan nota, membincangkan topik pelajaran,memberikan tugasan dan menilai kerja kelas, berkongsi kandungan dan bahan pengajaran,serta membina rangkaian dan bertukar-tukar idea sesama guru lain. Selain itu, mereka boleh menjaga kalendar kelas, menyimpan dan berkongsi fail,menerima aliran awam (RSS), dan mengadakan tinjauan. Edmodo dibina untuk kerjasama 12
  13. 13. kumpulan yang tertutup, bermakna pelajar yang mempunyai kod rahsia sahaja yang bolehmenyertai kumpulan tersebut.(Sumber: http://www.edmodo.com)4.2 Penggunaan EDMODO Dalam PendidikanKeringkasan antara muka dan kebolehcapaian Edmodo menjadikannya satu duniapembelajaran yang berkesan. Ia membolehkan pelajar mengambil bahagian secara aktif.Edmodo menyediakan ruang kepada tutor untuk menghantar peringatan tugasan, membinakalendar acara, dan menghantar mesej kepada ahli kumpulan. Pengguna juga bolehberkongsi pautan, video, dan imej. Edmodo boleh menjadi medium untuk tutorberkomunikasi dengan berkesan kepada pelajar yang memerlukan bimbingan. Untuk mata pelajaran seperti bahasa asing, tutor telah pun menggunakan Edmodountuk menetapkan kelas gandingan antara mereka dengan guru bahasa lain dari seratadunia. Pelajar boleh melihat semula pautan yang dihantar melalui suapan RSS denganmudah. Tutor juga boleh membuat pentaksiran autentik formatif yang lain menggunakanEdmodo. Satu tugasan dalam kelas untuk membaca dan mengupas sebuah petikan denganmudahnya boleh bertukar menjadi satu tugasan bertulis. Pelajar boleh merumuskan danmemberikan jawapan, dan bergilir-gilir menjawab soalan satu sama lain (Picardo, 2011). Menurut Jarc (2010), Edmodo membolehkannya mengawasi kemajuan pelajar,menghantar kandungan secara elektronik, menghantar makluman melalui e-mel dan mesejteks, dan yang paling penting, Edmodo menyediakan cara yang cepat dan mudah untukmengendalikan pentaksiran autentik. Penggunaan jaluran perbincangan hampir sama sepertimengendalikan temu bual dengan pelajar dan rakan sebaya mereka sambil menggalakkandialog, mencabar pelajar untuk menulis secara ringkas dan padat, serta mempertahankanpendapat mereka dengan maklumat sokongan daripada pembacaan yang dibuat. Edmodomembantu dalam pembinaan rangkaian yang lebih baik dan selamat, jadi risiko untukdihubungi oleh orang yang tidak dikenali bagi tujuan bukan akademik benar-benar dapatdikurangkan, oleh yang demikian ia menyediakan persekitaran yang lebih selamat untukpelajar dan tutor berinteraksi dan bekerjasama. Ia juga mengurangkan bilangan kertas yangdigunakan dalam bilik darjah. 13
  14. 14. 4.3 Tatacara Menggunakan EDMODO 14
  15. 15. 15
  16. 16. 16
  17. 17. 17
  18. 18. 18
  19. 19. RUJUKANEdmodo. http:// www.edmodo.com. [27 September 2011]EdmodoReview. http://www.appappeal.com/app/edmodo/ [29 September 2011]Jen Dick, 2011. Tool Review: Edmodo. http://http://newlearninginstitute.blogspot.com/2011/04/tool-reviewedmodo.html.[1 Oktober 2011]Picardo, J. 2011. Edmodo: What students think.http://www.boxoftricks.net/2008/09/edmodo-what-students-think/.[4 Oktober 2011]Picardo, J. 2011. Edmodo: microblogging for classroom.http://www.boxoftricks.net/2008/09/edmodo-microblogging-for-theclassroom/#respond.[4 Oktober 2011]Jarc, J. 2010. Edmodo – The Secure, Social Learning Network for Teachers and Students.http://trendingeducation.com/?p=69.[4 Oktober 2011] 19

×