Program SEBUTIR BENIH AKHIRAT dilancarkan untuk menanamkan kesedaran tentang kepentingan infaq dan wakaf di kalangan murid. Aktiviti yang dicadangkan termasuk ceramah, tabung infaq sekolah, dan kempen infaq 10 sen seminggu bagi meningkatkan amalan mulia ini. Wakaf barang seperti Al-Quran dan sejadah juga dicadangkan untuk surau sekolah. Wakaf adalah ibadah yang akan memberi ganjaran besar di akhirat.
2. Pengertian Wakaf
Bahasa : “waqafa”: menahan, menahan harta
untuk diwakafkan
Istilah : menahan harta dan memberikan
manfaatnya di jalan Allah
pemilikan harta wakaf berpindah kepada Allah
SWT, maka ia bukan milik pewakaf dan juga
bukan milik penerima wakaf. Sehingga atas harta
wakaf tidak dapat dijual, dihibahkan, diwariskan
atau apapun yang dapat menghilangkan
kewakafannya.
3. Dalil Al Quran
”...........perbuatlah kebajikan,supaya kamu
mendapat kemenangan.” (QS. 22:77)
”kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan
(yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan
sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja
yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah
mengetahui.”(QS.3:92).
”perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh)
orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan
Allah, adalah serupa dengan sebutir benih yang
menumbuhkan seratus biji. Allah
melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang
Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Karunianya)
lagi Maha Mengetahui.”(QS.2:261)
5. Perbezaan Wakaf &
Infak/Sedekah
Menyerahkan kepemilikan
suatu barang kepada orang
lain
Hak milik atas barang
dikembalikan kepada Allah
Harta wakaf tidak boleh
diberikan atau dijual kepada
pihak lain
Manfaat barang biasanya
dinikmati untuk kepentingan
sosial
harta wakaf biasanya kekal
zatnya
Pengelolaan harta wakaf
diserahkan kepada pihak yang
di amanahkan mengurus harta
tersebut.
Menyerahkan kepemilikan
suatu barang kepada pihak
lain
Hak milik atas barang
diberikan kepada penerima
sedekah/hibah
Harta sedekah/hibah boleh
diberikan atau dijual kepada
pihak lain
Manfaat barang dinikmati oleh
penerima sedekah/hibah
Harta sedekah/ hibah tidak
harus kekal zatnya
Pengelolaan harta
sedekah/hibah diserahkan
kepada si penerima
6. Sejarah Wakaf
Pada masa Rasulullah
”kami bertanya tentang mula-mula
wakaf dalam Islam. Orang Muhajirin
mengatakan adalah wakaf Umar,
sedangkan orang-orang Ansar
mengatakan adalah wakaf Rasulullah
saw (Asy-Syaukani:129).
7. Sejarah Wakaf
Masa Dinasti Islam
- dinasti Umayyah mewujudkan
pengurusan wakaf khususnya jabatan
wakaf pertama kali di Mesir dibawah
pengawasan hakim.
- dinasti Abbasiyah, pengurusan
pengelolaan wakaf dilakukan oleh badan
bebas disebut dengan ”shadr al-Wuquf”.
- Dinasti Ayubbiyah, mewakafkan tanah-
tanah baitul mal bagi kemaslahatan umat.
8. Sejarah Wakaf
- Universiti Al Azhar menjadi contoh
model pengurusan harta wakaf yang
baik sehingga hari ini.
9. Rukun Wakaf
Pewakaf
Barang atau harta yang diwakafkan
(mauquf bih)
Penerima wakaf (mauquf’alaih)
Shighah (pernyataan atau ikrar sebagai
suatu kehendak untuk mewakafkan
sebagian harta bendanya termasuk
penetapan jangka waktu dan
peruntukan)
10. Syarat Harta Yang Diwakafkan
(Mauquf)
Harta yang berbentuk kekal yang mempunyai
nilai mengikut hukum syarak dan boleh
diambil manfaatnya seperti tanah atau
bangunan.
Harta milik sempurna pewakaf
Harta yang dapat diserahkan dan bukan
hartanya ditahan seperti harta orang muflis
dan harta anak yatim.
11. Jenis Wakaf
1. Wakaf Khas
Pewakaf mewakafkan hartanya untuk tujuan
tertentu seperti membina masjid, sekolah
agama dan sebagainya.
2. Wakaf Am
Pewakaf mewakafkan harta untuk tujuan
kebajikan Islam semata-mata tanpa
ditentukan tujuan yang khusus.
12. Syarat-Syarat Sah Wakaf
Wakaf tidak dihadkan tempoh
tertentu.
Tujuan dan maksud wakaf
hendaklah jelas.
Wakaf dilaksanakan secara tunai
(bukan hutang).
13. Menyedari kehebatan ganjaran amalan infaq dan wakaf
ini, Sektor Dakwah dan Pembangunan Syiar Islam,
Bahagian Pendidikan Islam, KPM, melancarkan
program SEBUTIR BENIH AKHIRAT sebagai sebahagian
program bulan Dakwah. Adalah diharapkan, program
ini akan dapat menyemai dan menyuburkan amalan ini
di dalam diri dan jiwa anak-anak kita sehingga sebati
menjadi jati diri insan berinfaq dan berwakaf bagi
menuju redha Ilahi…
Sebutir benih akhirat
14. Objektif
Di akhir program, murid akan dapat :
Kesedaran tentang hikmah dan kepentingan
infaq dan wakaf.
Menghilangkan perasaan bakhil dalam
pemilikan
Merasai perkongsian harta dalam
menjayakan pembangunan syiar Islam.
Merasai peluang membuat simpanan akhirat
mengikut kemampuan
15. Cadangan Aktiviti
Ceramah tentang hikmah dan
kepentingan infaq dan wakaf.
Pelancaran tabung infaq dan wakaf
peringkat sekolah.
Kempen infaq 10 sen seminggu bagi
setiap warga sekolah
Wakaf al Quran, sejadah, kain pelikat
atau telekung untuk surau sekolah
16. Kesimpulan
Wakaf merupakan suatu ibadah yang sangat
digalakkan dalam Islam. Ianya menjadi amal
ibadah yang akan memberikan ganjaran
kepada pelakunya sehingga hari kiamat.
Justeru, marilah kita sama-sama
menyuburkan amalan ini dengan
semampunya bermula dengan diri dan ahli
keluarga kita. Semoga ia akan menjadi sebutir
benih yang akan menghasilkan tanaman
syurga di akhirat yang kekal selama-lamanya.