MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
UNJURAN ORTOGRAFIK.pptx
1. Lukisan ortografik ialah lukisan dua dimensi (2D) yang selari dengan paksi-x dan paksi-
y yang bertujuan untuk memaparkan bentuk sesuatu komponen atau objek di atas
kertas lukisan berdasarkan jenis unjuran arah pandangan.
Pengenalan Unjuran Ortografik
Perkataan unjuran yang digunakan dalam lukisan ortografik adalah menggambarkan
kaedah lukisan itu dibina. Sesuatu arah pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan
ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan objek itu. Dari rataan ini
bentuk pandangan itu akan diperolehi. Ini bererti bentuk lengkung dan sudut mungkin
berupa garisan lurus dari sesuatu arah pandangan.
2. Prinsip Unjuran Ortografik
Lukisan ortografik boleh ditunjukkan dalam Unjuran Sudut Pertama (First Angle
Projection) dan Unjuran Sudut Ketiga (Third Angle Projection).
Penghasilan lukisan Unjuran Ortografik menggunakan dua prinsip iaitu prinsip unjuran
berpusat dan prinsip unjuran selari.
UNJURAN UNJURAN SELARI
3. Prinsip Unjuran Ortografik
Perkataan unjuran sering kali digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi
menggambarkan kaedah bagaimana lukisan itu dibina. Lihat contoh lukisan ortografik
berdasarkan prinsip yang dinyatakan.
4. Unjuran Sudut Pertama
Pandangan hadapan berada di sebelah atas yang selari dengan pandangan sisi,
manakala bagi pandangan atas berada di bawah pada kedudukan pandangan hadapan.
Simbol Unjuran Sudut
Pertama
6. Unjuran Sudut Ketiga
Kedudukan pandangan sudut ketiga pula dijelaskan bahawa arah pandangan pelan
(atas) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan dibawah, manakala
kedudukan pandangan sisi (samping) pula berada sebaris mengufuk dengan
pandangan hadapan.
Simbol Unjuran Sudut
Ketiga
8. Cara Melukis Objek Menggunakan Unjuran Ortografik Sudut Ketiga
Langkah 1 ● Kenal pasti sisi-sisi yang memberikan informasi
tentang tinggi, lebar dan kedalaman objek.
● Labelkan setiap permukaan dan tandakan (L)
sebagai lebar, D sebagai kedalaman objek dan
(T) sebagai tinggi objek.
9. Cara Melukis Objek Menggunakan Unjuran Ortografik Sudut Ketiga
Langkah 2 ● Pindahkan maklumat ukuran lebar (L) dan
kedalaman (D) objek.
● Mulakan melukis pandangan atas objek
iaitu permukaan A dan B.
10. Cara Melukis Objek Menggunakan Unjuran Ortografik Sudut Ketiga
Langkah 3
● Unjurkan setiap sisi pandangan atas ke
pandangan hadapan dengan garisan lurus.
● Pindahkan ukuran ketinggian (T) objek.
● Lukiskan permukaan F dan C.
11. Cara Melukis Objek Menggunakan Unjuran Ortografik Sudut Ketiga
Langkah 4
● Unjurkan setiap sisi pandangan atas dan
pandangan hadapan ke pandangan sisi
kanan.
● Lukiskan permukaan E dan G.