SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 50
_______________________________________________________________________________



                                           UNIT 4

       ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH


  HASIL PEMBELAJARAN
  Di akhir unit ini anda akan dapat:

  1.      menyatakan tahap-tahap kurikulum yang ada dalam pendidikan peringkat rendah
          melibatkan KBSR dan KSSR.
  2.      menghuraikan bagaimana organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR
          dilakukan.
  3.      membanding beza antara organisasi kurikulum dalam KBSR dengan organisasi
          kurikulum dalam KSSR.




  PETA KONSEP TAJUK



                                       Organisasi Kurikulum
                                         Sekolah Rendah




                                        Organisasi KBSR            Organisasi KSSR
       Tahap-tahap Dalam                 Bidang                     Tunjang
         KBSR/ KSSR
                                         Mata Pelajaran             Mata Pelajaran




                                                    Banding Beza Antara
                                                     Organisasi KBSR
                                                      Dengan KSSR
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 51
_______________________________________________________________________________


  PENGENALAN
  Sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 29, Akta Pendidikan 1996, pendidikan di
  peringkat sekolah rendah di Malaysia mengambil tempoh selama enam tahun. Oleh itu,
  bagi memastikan pendidikan di peringkat sekolah rendah ini berjaya mencapai
  matlamatnya, kurikulum perlu dirancang agar dapat dilaksanakan dengan lancar
  seterusnya mencapai matlamat dan objektif yang diharapkan. Dalam mereka bentuk,
  menyusun dan mengorganisasi sesebuah kurikulum, terdapat beberapa aspek yang
  perlu diberi perhatian. Menurut Wyse (2002) . . .there is an infinite number of ways of
  structuring the curriculum and there are many influences : the children; schools; local
  education authorities; teachers; parents; society; business and government.
  Pelaksanaan sistem pendidikan di England sebagai contohnya, mengambil kira faktor
  sekolah, ibu bapa, penguasa pelajaran tempatan, masyarakat, ahli perniagaan dan
  kerajaan.

  Kurikulum boleh diorganisasikan mengikut penyusunan secara vertikal yang melibatkan
  urutan serta kesinambungan, dan penyusunan secara horizontal yang melibatkan
  liputan, skop dan imbangan. Ini kerana proses yang dilakukan dan produk yang
  dikeluarkan oleh sekolah perlu selaras dengan kehendak pihak-pihak tersebut, lebih-
  lebih lagi bagi memenuhi permintaan pasaran tenaga kerja dan kemajuan masyarakat.
  Di peringkat KBSR dan KSSR kurikulum diorganisasikan dengan mengambil kira tahap-
  tahap persekolahan iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Selain itu kurikulum diorganisasi dengan
  mengambil kira bidang atau tunjang dan mata pelajaran dalam bidang atau tunjang
  tersebut, selain mengikut kategori mata pelajaran teras iaitu teras asas dan teras tema;
  mata pelajaran wajib, tambahan dan elektif.




  ISI KANDUNGAN
  Apakah tahap-tahap kurikulum dalam KBSR dan KSSR?


               "A national or national-type school established under this
               Act shall provide a course of primary education designed for
               duration of six years . . . .“

               (Education Act 1996, Sec.29)




  Pendidikan di peringkat sekolah rendah adalah untuk tempoh selama enam tahun
  sebagai yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Pendidikan di peringkat sekolah
  rendah ini adalah untuk kanak-kanak yang berumur antara 6 tahun hingga 12 tahun. Dari
  segi penyusunan secara vertikal, KBSR dan KSSR dilaksanakan melalui dua tahap iaitu
  Tahap 1 dan Tahap 2. Tahap 1 terdiri daripada Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3
  manakala Tahap 2 terdiri daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Rajah 4.1
  menunjukkan penyusunan tersebut.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 52
_______________________________________________________________________________




              Tahun Persekolahan                              Umur Murid

                      Tahun 6                                11 – 12 tahun

                      Tahun 5               Tahap 2          10 – 11 tahun

                      Tahun 4                                 9 – 10 tahun

                      Tahun 3                                  8 – 9 tahun

                      Tahun 2               Tahap 1            7 – 8 tahun

                      Tahun 1                                  6 – 7 tahun



                                      Rajah 4.1
         Penyusunan Secara Vertikal Tahap, Tahun Persekolahan dan Umur Murid

                *Nota: Mulai RMK10 umur bagi memulakan persekolahan akan dikurangkan
                                      daripada 6+ kepada 5+.



  Apakah aspek yang menjadi fokus dalam pelaksanaan KBSR dan KSSR? Dalam KBSR,
  fokus adalah kepada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di Tahap 1, tumpuan
  adalah kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas manakala di Tahap 2 pula,
  adalah bertujuan untuk mengukuhkan dan menggunakan kemahiran asas dalam
  pelbagai bidang ilmu.

  Bagaimana pula dengan KSSR? Jika fokus KBSR adalah kepada 3M, fokus KSSR pula
  adalah kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Di Tahap 1,
  tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M. Manakala di Tahap 2, fokus adalah
  terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M. Di samping itu, KSSR juga member tumpuan
  kepada kemahiran asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), perkembangan
  sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 53
_______________________________________________________________________________




                      Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia (2011)




       AKTIVITI 4.1

       Lengkapkan jadual di bawah.

         Tahap        Tahun          Fokus dalam KBSR        Fokus dalam KSSR




           1




           2
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 54
_______________________________________________________________________________


  Bagaimanakah KBSR diorganisasikan?
  Rekabentuk kurikulum dalam KBSR adalah berasaskan tiga bidang. Apakah bidang-
  bidang berkenaan? Bidang-bidang berkenaan ialah Komunikasi, Manusia dan Alam
  Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Bidang Komunikasi merupakan bidang
  yang utama dalam KBSR. Mengapa? Dalam bidang ini, tumpuan adalah ke arah
  penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Sehubungan dengan itu, di
  bawah bidang Komunikasi diletakkan komponen kemahiran asas. Di bawah bidang
  Manusia dan Alam Kelilingnya terdapat dua komponen iaitu Nilai, Kerohanian dan Sikap,
  serta Kemanusiaan dan Persekitaran. Manakala komponen Kesenian dan Rekreasi
  adalah di bawah bidang Perkembangan Diri Individu. Di bawah setiap bidang pula,
  terdapat mata pelajaran-mata pelajaran. Jadual 4.1 menunjukkan kategori mata
  pelajaran mengikut komponen dan bidang.



                                        Jadual 4.1
                  Kategori Mata Pelajaran Mengikut Komponen dan Bidang

                                            Mata Pelajaran         Mata Pelajaran
                                           (Kurikulum Baru           (Kurikulum
       Bidang           Komponen
                                           Sekolah Rendah)       Bersepadu Sekolah
                                                                      Rendah)

     Komunikasi       Kemahiran Asas      Bahasa Malaysia       Bahasa Malaysia
                                          Bahasa Inggeris       Bahasa Inggeris
                                          Bahasa Cina (SJKC)    Bahasa Cina (SJKC)
                                          Bahasa Tamil (SJKT)   Bahasa Tamil (SJKT)
                                          Matematik             Matematik

     Manusia dan      Nilai, Kerohanian   Pendidikan Islam      Pendidikan Islam
        Alam              dan Sikap
                                          Pendidikan Moral      Pendidikan Moral
      Kelilingnya
                     Kemanusiaan dan      Alam dan Manusia      Sains
                       Persekitaran
                                                                Kajian Tempatan
                                                                Kemahiran Hidup

    Perkembangan       Kesenian dan       Muzik                 Muzik
     Diri Individu       Rekreasi
                                          Pendidikan Seni       Pendidikan Seni
                                          Pendidikan Jasmani    Pendidikan Jasmani
                                                                Pendidikan Kesihatan
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 55
_______________________________________________________________________________


  Mata pelajaran dalam KBSR dikelompokkan kepada tiga kategori iaitu mata pelajaran
  teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan. Mata pelajaran teras meliputi
  Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (di SJKC), Bahasa Tamil (di SJKT),
  Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Di Tahap 2, terdapat
  pertambahan 2 mata pelajaran iaitu Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan
  Kewarganegaraan. Matapelajaran wajib pula meliputi Pendidikan Jasmani, Pendidikan
  Kesihatan dan Pendidikan Muzik. Di Tahap 2, Kemahiran Hidup juga merupakan mata
  pelajaran wajib. Manakala, mata pelajaran tambahan terdiri daripada Bahasa Cina
  Komunikasi, Bahasa Tamil Komunikasi, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Iban, Bahasa
  Semai dan Bahasa Kadazandusun. Namun begitu Bahasa Iban dan Bahasa Semai
  ditawarkan mulai Tahun 3 dan Bahasa Kadazandusun ditawarkan di Tahap 2.




  Bagaimanakah KSSR diorganisasikan?
  Dalam KSSR pula, kurikulum direka bentuk berasaskan enam tunjang.



        Komunikasi                 Kerohanian, Sikap                Kemanusiaan
                                       dan Nilai




       Perkembangan               Sains dan Teknologi             Keterampilan Diri
     Fizikal dan Estetika



                                Enam Tunjang Dalam KSSR



  Pada Tahap 1, kurikulum diorganisasikan dalam tiga bentuk modul iaitu,

         Modul Teras Asas
         Modul Teras Tema
         Modul Elektif


  Terdapat sembilan modul di bawah Modul Teras Asas, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa
  Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan
  Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik. Tiga modul Modul Teras Tema iaitu Seni
  Visual dan Muzik; Dunia Sains dan Teknologi dan Malaysia Negaraku. Di bawah Modul
  Elektif ialah modul-modul Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK),
  Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 56
_______________________________________________________________________________


                                        Jadual 4.2
                          Kelompok Mata Pelajaran Mengikut Modul

       Modul Teras Asas              Modul Teras Tema              Modul Elektif

   Bahasa Malaysia                Seni Visual dan Muzik       Bahasa Arab
   Bahasa Inggeris                Dunia Sains dan Teknologi   Bahasa Cina (BCSK)
   Bahasa Cina (SJKC)             Malaysia Negaraku           Bahasa Tamil (BTSK)
   Bahasa Tamil (SJKT)                                        Bahasa Iban
   Pendidikan Islam                                           Bahasa Kadazandusun
   Pendidikan Moral
   Pendidikan Jasmani
   Pendidikan Kesihatan
   Matematik




  Bagaimana pula dengan organisasi kurikulum Tahap 2?
  Pada Tahap 2, kurikulum diorganisasikan dalam dua bentuk mata pelajaran

         Mata Pelajaran Teras
         Mata Pelajaran Elektif

  Terdapat 14 mata pelajaran teras dan 6 mata pelajaran elektif yang dikelompokkan
  berdasarkan enam tunjang.


  Mata Pelajaran Teras

  Tunjang Komunikasi                 :   Bahasa Malaysia,
                                         Bahasa Inggeris,
                                         Bahasa Cina,
                                         Bahasa Tamil

  Tunjang Sains & Teknologi          :   Matematik,
                                         Sains,
                                         Reka Bentuk & Teknologi/Teknologi Maklumat dan
                                         Komunikasi

  Tunjang Perkembangan Fizikal       :   Pendidikan Jasmani,
  & Estetika                             Pendidikan Kesihatan,
                                         Pendidikan Muzik,
                                         Pendidikan Seni Visual

  Tunjang Kerohanian, Sikap &        :   Pendidikan Islam
  Nilai                                  Pendidikan Moral

  Tunjang Kemanusiaan                :   Sejarah
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 57
_______________________________________________________________________________


  Mata Pelajaran Elektif

  Tunjang Komunikasi Elektif        :   Bahasa Arab
                                        Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan,
                                        Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan,
                                        Bahasa Iban, Bahasa Semai
                                        Bahasa Kadazandusun


  Di samping itu, Tunjang Keterampilan Diri dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti kurikulum
  dan kokurikulum. Dari segi peruntukan masa, KSSR memperuntukkan masa selama
  1380 minit seminggu. Agihan masa bagi setiap modul di SK, SJKC dan SJKT adalah
  seperti Jadual 4.3.


                                      Jadual 4.3
                 Peruntukan Waktu Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut
                                    Mata Pelajaran
                                               MASA DALAM SEMINGGU (MINIT)
    BIL                MODUL
                                                 SK           SJKC     SJKT
   Modul Teras Asas
     1    Bahasa Malaysia                           360             300            300
     2    Bahasa Inggeris                           330             150            150
     3    Bahasa Cina                                               360
          Bahasa Tamil                                                             360
     4    Pendidikan Islam                          180             120            120
          Pendidikan Moral                          180             120            120
     5    Pendidikan Jasmani                         60              60             60
     6    Pendidikan Kesihatan                       30              30             30
     7    Matematik                                 180             180            180
   Modul Teras Tema
          Seni Visual dan Muzik                      60              60             60
     8    Dunia Sains dan Teknologi                  60              60             60
          Malaysia Negaraku                          30              30             30
   Modul Elektif
     9    BCSK/BTSK/Bah. Arab/Bah. Iban              60 (3 waktu di luar jadual waktu)
   Perhimpunan                                       30              30             30
                      Jumlah                        1380            1380           1380
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 58
_______________________________________________________________________________


  Apakah persamaan dan perbezaan antara organisasi
  kurikulum dalam KBSR dan KSSR?

  Terdapat persamaan dan perbezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya.
  Persamaan dan perbezaan boleh dilihat dari aspek:

      •    organisasi tahun pembelajaran mengikut tahap-tahap iaitu Tahap 1 dan
           Tahap 2.
      •    organisasi mata pelajaran mengikut bidang dan komponen; juga
           mengikut teras, wajib atau tambahan; atau organisasi modul mengikut
           tunjang dan tema.
      •    organisasi peruntukan waktu pembelajaran mengikut tahap.




     AKTIVITI 4.2

     Bina jadual yang sesuai untuk memaparkan

     a).     persamaan antara organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR.

     b).     perbezaan antara organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 59
_______________________________________________________________________________


  RUMUSAN

  Perbincangan dalam unit ini adalah tentang organisasi kurikulum dalam pelaksanaan
  kurikulum di peringkat pendidikan rendah di Malaysia. Dibincangkan juga agihan mata
  pelajaran dalam KBSR mengikut tahap; mengikut bidang dan komponen; juga mengikut
  kategori teras, wajib dan elektif. Di samping itu, organisasi kurikulum dalam KBSR dan
  KSSR bagi Tahap 1 dan Tahap 2 juga telah dihuraikan. Terdapat persamaan dan
  perbezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya. Pelajar diminta membuat
  analisis tentang persamaan dan perbezaan tersebut.




  KATA KUNCI

  Mata pelajaran teras        -        mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid
                                       mengikut aliran persekolahan.

  Mata pelajaran wajib        -        mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid
                                       di sekolah rendah.

  Mata pelajaran elektif         -     mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid
                                       di sekolah rendah.

  Modul                          -      mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
                                      telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid serta
                                        diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri-
                                        lengkap (self-contained).

  Tahap 1                         -    melibatkan Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 di sekolah
                                       rendah.

  Tahap 2                         -    melibatkan Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah
                                       rendah

  Tunjang                    -         Satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran
                                       dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan
                                       modal insane seimbang dari segi jasmani, emosi,
                                       rohani, intelek dan sosial.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 60
_______________________________________________________________________________


  PENILAIAN KENDIRI

  Jawab semua soalan berikut.

  1.     Mata pelajaran yang terkandung dalam komponen Kesenian Dan Rekreasi
         antaranya adalah seperti berikut kecuali _____________

         A.    Pendidikan Muzik
         B.    Pendidikan Moral
         C.    Pendidikan Jasmani
         D.    Pendidikan Seni Visual


  2.     Pendidikan di peringkat sekolah rendah di Malaysia dibahagikan kepada
         Tahap 1 dan Tahap 2. Berikut adalah berkaitan dengan tahap-tahap tersebut
         ____________

               I.      Tahap I menjurus kepada bidang komunikasi.
               II.     Tahap 1 menekankan penguasaan kemahiran asas.
               III.    Tahap 2 mengukuhkan kemahiran asas yang dikuasai di Tahap
                       1.
               IV.     Tahap 2 ialah aplikasi kemahiran asas untuk menyelesaikan
                       masalah.

         A.    I dan II sahaja
         B.    I dan IV sahaja
         C.    II, III dan IV sahaja
         D.    I, II, III dan IV sahaja


  3.     Penawaran mata pelajaran di sekolah-sekolah rendah adalah terbahagi kepada
         tiga kumpulan iaitu Mata Pelajaran Teras, Mata Pelajaran Wajib dan Mata
         Pelajaran Tambahan.     Manakah antara berikut adalah kenyataan yang
         membandingkan ketiga-tiga jenis kumpulan mata pelajaran tersebut?


                Mata Pelajaran             Mata Pelajaran           Mata Pelajaran
                      Teras                       Wajib                   Tambahan
          A.    Sebagai identiti           Wajib diajar oleh         Mencukupkan
                sesuatu aliran                   guru                bilangan mata
                 persekolahan                                       pelajaran yang
                                                                        terkurang
          B.   Menjadi asas utama         Mesti dipelajari oleh   Sebagai tambahan,
                pendidikan murid-           semua murid            terutama kepada
                     murid.                                          mereka yang
                                                                         berminat
          C.      Menjadi teras            Wajib terdapat di       Untuk menambah
                  kepada KBSR               semua sekolah            jumlah waktu
                                               rendah                pembelajaran
          D.     Tulang belakang          Wajib dimasukkan        Diajar di kelas-kelas
               kepada semua mata          dalam jadual waktu            tambahan
                    pelajaran
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 61
_______________________________________________________________________________


  4.     Manakah antara berikut merupakan modul yang tergolong di bawah Modul Teras
         Asas?

                I.      Bahasa Malaysia
                II.     Pendidikan Moral
                III.    Seni Visual dan Muzik
                IV.     Dunia Sains dan Teknologi

         A.    I dan II sahaja
         B.    III dan IV sahaja
         C.    I, III dan IV sahaja
         D.    II, III dan IV sahaja


  5.     Mata pelajaran yang tergolong dalam komponen Kerohanian, Nilai dan Sikap
         bertujuan untuk ___________

         A.     membina sikap, watak dan personaliti murid-murid.
         B.     memahami persekitaran dengan kesedaran dan tanggung jawab.
         C      membangun sikap dan pemikiran yang kreatif dan kritis untuk kehidupan.
         D.     mendedahkan pengetahuan dan kemahiran untuk murid-murid dapat
                hidup di tempat dan persekitarannya.


  CADANGAN JAWAPAN:             1. B;   2. D; 3. B; 4. D; 5. C




  RUJUKAN
  http://www.moe.gov.my/bpk/

  Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah:
        Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

  Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah
       Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

  Rancangan Malaysia Kesepuluh: Bab 5 (Membangun dan Mengekalkan Modal Insan
       Bertaraf Dunia)

  Sufean Hussin. (2004) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua).
       Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  Wyse, D. (2002). Becoming a primary school teacher. New York: Routledge.

More Related Content

What's hot

Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-sd-ver-3-3-2013
Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-sd-ver-3-3-2013Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-sd-ver-3-3-2013
Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-sd-ver-3-3-2013Misdar Scout
 
Ds matematik thn 2
Ds matematik thn 2Ds matematik thn 2
Ds matematik thn 2poo_raman
 
Kurikulum bersepadu
Kurikulum bersepaduKurikulum bersepadu
Kurikulum bersepaduAmir Ibrahim
 
Dskp matematik kssr semakan tahun 1 2017
Dskp matematik kssr semakan tahun 1 2017Dskp matematik kssr semakan tahun 1 2017
Dskp matematik kssr semakan tahun 1 2017Mohamad Ayub
 
Desain Induk Kurikulum 2013 [Ver 15/01/13]
Desain Induk Kurikulum 2013 [Ver 15/01/13]Desain Induk Kurikulum 2013 [Ver 15/01/13]
Desain Induk Kurikulum 2013 [Ver 15/01/13]Kreshna Aditya
 
Dskp pendidikan jasmani tahun 6
Dskp pendidikan jasmani tahun 6Dskp pendidikan jasmani tahun 6
Dskp pendidikan jasmani tahun 6vleadminaba2059
 
Dokumen standard matematik tahun 3 versi sk
Dokumen standard matematik tahun 3 versi skDokumen standard matematik tahun 3 versi sk
Dokumen standard matematik tahun 3 versi skkomathi arumugam
 
Bidang kurikulum
Bidang kurikulumBidang kurikulum
Bidang kurikulumM Fauzan
 
Kompetensi Dasar SMA Rev 9
Kompetensi Dasar SMA Rev 9Kompetensi Dasar SMA Rev 9
Kompetensi Dasar SMA Rev 9SMAN 2 Indramayu
 
Penyusunan Rencana Pembelajaran Kelas Rangakap (RPKR)
Penyusunan Rencana Pembelajaran Kelas Rangakap (RPKR)Penyusunan Rencana Pembelajaran Kelas Rangakap (RPKR)
Penyusunan Rencana Pembelajaran Kelas Rangakap (RPKR)Nur'Aini NamjaSoongjongkioppa
 
Kebijakan penyempurnaan kurikulum
Kebijakan penyempurnaan kurikulumKebijakan penyempurnaan kurikulum
Kebijakan penyempurnaan kurikulumSuaidin -Dompu
 
Dskp KSSR matematik tahun 4
Dskp KSSR matematik tahun 4Dskp KSSR matematik tahun 4
Dskp KSSR matematik tahun 4Shamrizal Fauzi
 
Kurikulum 2013 kompetensi dasar smp versi 030313 1
Kurikulum 2013 kompetensi dasar smp versi 030313 1Kurikulum 2013 kompetensi dasar smp versi 030313 1
Kurikulum 2013 kompetensi dasar smp versi 030313 1smpn1kotawaringinlama
 
Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-smp-ver-3-3-2013
Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-smp-ver-3-3-2013Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-smp-ver-3-3-2013
Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-smp-ver-3-3-2013Desi Wijayanti
 

What's hot (18)

Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-sd-ver-3-3-2013
Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-sd-ver-3-3-2013Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-sd-ver-3-3-2013
Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-sd-ver-3-3-2013
 
Ds matematik thn 2
Ds matematik thn 2Ds matematik thn 2
Ds matematik thn 2
 
Kurikulum bersepadu
Kurikulum bersepaduKurikulum bersepadu
Kurikulum bersepadu
 
Dskp matematik kssr semakan tahun 1 2017
Dskp matematik kssr semakan tahun 1 2017Dskp matematik kssr semakan tahun 1 2017
Dskp matematik kssr semakan tahun 1 2017
 
Desain Induk Kurikulum 2013 [Ver 15/01/13]
Desain Induk Kurikulum 2013 [Ver 15/01/13]Desain Induk Kurikulum 2013 [Ver 15/01/13]
Desain Induk Kurikulum 2013 [Ver 15/01/13]
 
Dskp pendidikan jasmani tahun 6
Dskp pendidikan jasmani tahun 6Dskp pendidikan jasmani tahun 6
Dskp pendidikan jasmani tahun 6
 
Dokumen standard matematik tahun 3 versi sk
Dokumen standard matematik tahun 3 versi skDokumen standard matematik tahun 3 versi sk
Dokumen standard matematik tahun 3 versi sk
 
Bidang kurikulum
Bidang kurikulumBidang kurikulum
Bidang kurikulum
 
Kompetensi Dasar SMA Rev 9
Kompetensi Dasar SMA Rev 9Kompetensi Dasar SMA Rev 9
Kompetensi Dasar SMA Rev 9
 
1 silabus
1 silabus1 silabus
1 silabus
 
Makalah rpkr
Makalah rpkrMakalah rpkr
Makalah rpkr
 
Penyusunan Rencana Pembelajaran Kelas Rangakap (RPKR)
Penyusunan Rencana Pembelajaran Kelas Rangakap (RPKR)Penyusunan Rencana Pembelajaran Kelas Rangakap (RPKR)
Penyusunan Rencana Pembelajaran Kelas Rangakap (RPKR)
 
Kebijakan penyempurnaan kurikulum
Kebijakan penyempurnaan kurikulumKebijakan penyempurnaan kurikulum
Kebijakan penyempurnaan kurikulum
 
Dskp KSSR matematik tahun 4
Dskp KSSR matematik tahun 4Dskp KSSR matematik tahun 4
Dskp KSSR matematik tahun 4
 
Kurikulum 2013 kompetensi dasar smp versi 030313 1
Kurikulum 2013 kompetensi dasar smp versi 030313 1Kurikulum 2013 kompetensi dasar smp versi 030313 1
Kurikulum 2013 kompetensi dasar smp versi 030313 1
 
Ki & kd smp
Ki & kd smpKi & kd smp
Ki & kd smp
 
Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-smp-ver-3-3-2013
Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-smp-ver-3-3-2013Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-smp-ver-3-3-2013
Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-smp-ver-3-3-2013
 
DSKP MATEMATIK TAHUN 6
DSKP MATEMATIK TAHUN 6DSKP MATEMATIK TAHUN 6
DSKP MATEMATIK TAHUN 6
 

Similar to Kurikulum Sekolah Rendah

Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )Zaharin Nordin
 
Tujuan Dasar Pendidikan Dibentuk & Cabarannya
Tujuan Dasar Pendidikan Dibentuk & CabarannyaTujuan Dasar Pendidikan Dibentuk & Cabarannya
Tujuan Dasar Pendidikan Dibentuk & CabarannyaSurianim Azmi
 
Makalah struktur kurikulum 2013
Makalah struktur kurikulum 2013Makalah struktur kurikulum 2013
Makalah struktur kurikulum 2013Bambang Giwank
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia Stephanie Unsil
 
Silabus kelas 1 usjsjsh jsjsjsjjs jsjsjsjhshshs sjjsjsjsjsjjs sjjsjsjsjja
Silabus kelas 1 usjsjsh jsjsjsjjs jsjsjsjhshshs sjjsjsjsjsjjs sjjsjsjsjjaSilabus kelas 1 usjsjsh jsjsjsjjs jsjsjsjhshshs sjjsjsjsjsjjs sjjsjsjsjja
Silabus kelas 1 usjsjsh jsjsjsjjs jsjsjsjhshshs sjjsjsjsjsjjs sjjsjsjsjja1TAdisuryaPratama
 
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_iniApakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_iniRainne Lee
 
[3] silabus matematika
[3] silabus matematika[3] silabus matematika
[3] silabus matematikaPatta Ula
 
1. silabus tematik terpadu kelas 1 semester 1 & 2
1. silabus tematik terpadu kelas 1 semester 1 & 21. silabus tematik terpadu kelas 1 semester 1 & 2
1. silabus tematik terpadu kelas 1 semester 1 & 2IAIN Pekalongan
 
1. silabus-tematik-terpadu-kelas-1-semester-1-2
1. silabus-tematik-terpadu-kelas-1-semester-1-21. silabus-tematik-terpadu-kelas-1-semester-1-2
1. silabus-tematik-terpadu-kelas-1-semester-1-2Evi Sofia
 
1. silabus tematik terpadu kelas 1 semester 1 & 2
1. silabus tematik terpadu kelas 1 semester 1 & 21. silabus tematik terpadu kelas 1 semester 1 & 2
1. silabus tematik terpadu kelas 1 semester 1 & 2IAIN Pekalongan
 
Perkembangan mata pelajaran di indonesia
Perkembangan mata pelajaran di indonesiaPerkembangan mata pelajaran di indonesia
Perkembangan mata pelajaran di indonesiaDedi Yulianto
 
[3] silabus matematika
[3] silabus matematika[3] silabus matematika
[3] silabus matematikaPatta Ula
 
SILABUS SD KELAS 1.doc
SILABUS SD KELAS 1.docSILABUS SD KELAS 1.doc
SILABUS SD KELAS 1.docsmpn1pamut
 

Similar to Kurikulum Sekolah Rendah (20)

Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
 
[1] sk & kd tematik 1
[1] sk & kd tematik 1[1] sk & kd tematik 1
[1] sk & kd tematik 1
 
[1] sk & kd tematik 2
[1] sk & kd tematik 2[1] sk & kd tematik 2
[1] sk & kd tematik 2
 
Tujuan Dasar Pendidikan Dibentuk & Cabarannya
Tujuan Dasar Pendidikan Dibentuk & CabarannyaTujuan Dasar Pendidikan Dibentuk & Cabarannya
Tujuan Dasar Pendidikan Dibentuk & Cabarannya
 
Makalah struktur kurikulum 2013
Makalah struktur kurikulum 2013Makalah struktur kurikulum 2013
Makalah struktur kurikulum 2013
 
KTSP Indonesia
KTSP IndonesiaKTSP Indonesia
KTSP Indonesia
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
 
Silabus kelas 1 usjsjsh jsjsjsjjs jsjsjsjhshshs sjjsjsjsjsjjs sjjsjsjsjja
Silabus kelas 1 usjsjsh jsjsjsjjs jsjsjsjhshshs sjjsjsjsjsjjs sjjsjsjsjjaSilabus kelas 1 usjsjsh jsjsjsjjs jsjsjsjhshshs sjjsjsjsjsjjs sjjsjsjsjja
Silabus kelas 1 usjsjsh jsjsjsjjs jsjsjsjhshshs sjjsjsjsjsjjs sjjsjsjsjja
 
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_iniApakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Ki dan kd sd 2013
Ki dan kd sd 2013Ki dan kd sd 2013
Ki dan kd sd 2013
 
[3] silabus matematika
[3] silabus matematika[3] silabus matematika
[3] silabus matematika
 
1. silabus tematik terpadu kelas 1 semester 1 & 2
1. silabus tematik terpadu kelas 1 semester 1 & 21. silabus tematik terpadu kelas 1 semester 1 & 2
1. silabus tematik terpadu kelas 1 semester 1 & 2
 
1. silabus-tematik-terpadu-kelas-1-semester-1-2
1. silabus-tematik-terpadu-kelas-1-semester-1-21. silabus-tematik-terpadu-kelas-1-semester-1-2
1. silabus-tematik-terpadu-kelas-1-semester-1-2
 
1. silabus tematik terpadu kelas 1 semester 1 & 2
1. silabus tematik terpadu kelas 1 semester 1 & 21. silabus tematik terpadu kelas 1 semester 1 & 2
1. silabus tematik terpadu kelas 1 semester 1 & 2
 
Perkembangan mata pelajaran di indonesia
Perkembangan mata pelajaran di indonesiaPerkembangan mata pelajaran di indonesia
Perkembangan mata pelajaran di indonesia
 
[3] silabus pai
[3] silabus pai[3] silabus pai
[3] silabus pai
 
Pembentangan kssr
Pembentangan kssrPembentangan kssr
Pembentangan kssr
 
[3] silabus matematika
[3] silabus matematika[3] silabus matematika
[3] silabus matematika
 
SILABUS SD KELAS 1.doc
SILABUS SD KELAS 1.docSILABUS SD KELAS 1.doc
SILABUS SD KELAS 1.doc
 

More from Liching Ching (20)

KRAFTANGAN A.pptx
KRAFTANGAN A.pptxKRAFTANGAN A.pptx
KRAFTANGAN A.pptx
 
Pjj pindaan 12
Pjj pindaan 12Pjj pindaan 12
Pjj pindaan 12
 
Unit 1 konsep abm pdf
Unit 1 konsep abm pdfUnit 1 konsep abm pdf
Unit 1 konsep abm pdf
 
Jadual exam untuk paparan student
Jadual exam untuk paparan studentJadual exam untuk paparan student
Jadual exam untuk paparan student
 
Fomat tugasan KRP 3013
Fomat tugasan KRP 3013Fomat tugasan KRP 3013
Fomat tugasan KRP 3013
 
15 unit 11
15 unit 1115 unit 11
15 unit 11
 
14 unit 10
14 unit 1014 unit 10
14 unit 10
 
13 unit 9
13 unit 913 unit 9
13 unit 9
 
12 unit 8
12 unit 812 unit 8
12 unit 8
 
11 unit 7
11 unit 711 unit 7
11 unit 7
 
10 unit 6
10 unit 610 unit 6
10 unit 6
 
9 unit 5
9 unit 59 unit 5
9 unit 5
 
7 unit 3
7 unit 37 unit 3
7 unit 3
 
6 unit 2
6 unit 26 unit 2
6 unit 2
 
5 unit 1
5 unit 15 unit 1
5 unit 1
 
16 unit 12
16 unit 1216 unit 12
16 unit 12
 
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakEdit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
 
Rpt numerasi thn 1
Rpt numerasi thn 1Rpt numerasi thn 1
Rpt numerasi thn 1
 
Copy of rpt numerasi thn 2
Copy of rpt numerasi thn 2Copy of rpt numerasi thn 2
Copy of rpt numerasi thn 2
 
Contoh ranc pel harian (09)
Contoh ranc pel harian   (09)Contoh ranc pel harian   (09)
Contoh ranc pel harian (09)
 

Kurikulum Sekolah Rendah

  • 1. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 50 _______________________________________________________________________________ UNIT 4 ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menyatakan tahap-tahap kurikulum yang ada dalam pendidikan peringkat rendah melibatkan KBSR dan KSSR. 2. menghuraikan bagaimana organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR dilakukan. 3. membanding beza antara organisasi kurikulum dalam KBSR dengan organisasi kurikulum dalam KSSR. PETA KONSEP TAJUK Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah Organisasi KBSR Organisasi KSSR Tahap-tahap Dalam Bidang Tunjang KBSR/ KSSR Mata Pelajaran Mata Pelajaran Banding Beza Antara Organisasi KBSR Dengan KSSR
  • 2. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 51 _______________________________________________________________________________ PENGENALAN Sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 29, Akta Pendidikan 1996, pendidikan di peringkat sekolah rendah di Malaysia mengambil tempoh selama enam tahun. Oleh itu, bagi memastikan pendidikan di peringkat sekolah rendah ini berjaya mencapai matlamatnya, kurikulum perlu dirancang agar dapat dilaksanakan dengan lancar seterusnya mencapai matlamat dan objektif yang diharapkan. Dalam mereka bentuk, menyusun dan mengorganisasi sesebuah kurikulum, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian. Menurut Wyse (2002) . . .there is an infinite number of ways of structuring the curriculum and there are many influences : the children; schools; local education authorities; teachers; parents; society; business and government. Pelaksanaan sistem pendidikan di England sebagai contohnya, mengambil kira faktor sekolah, ibu bapa, penguasa pelajaran tempatan, masyarakat, ahli perniagaan dan kerajaan. Kurikulum boleh diorganisasikan mengikut penyusunan secara vertikal yang melibatkan urutan serta kesinambungan, dan penyusunan secara horizontal yang melibatkan liputan, skop dan imbangan. Ini kerana proses yang dilakukan dan produk yang dikeluarkan oleh sekolah perlu selaras dengan kehendak pihak-pihak tersebut, lebih- lebih lagi bagi memenuhi permintaan pasaran tenaga kerja dan kemajuan masyarakat. Di peringkat KBSR dan KSSR kurikulum diorganisasikan dengan mengambil kira tahap- tahap persekolahan iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Selain itu kurikulum diorganisasi dengan mengambil kira bidang atau tunjang dan mata pelajaran dalam bidang atau tunjang tersebut, selain mengikut kategori mata pelajaran teras iaitu teras asas dan teras tema; mata pelajaran wajib, tambahan dan elektif. ISI KANDUNGAN Apakah tahap-tahap kurikulum dalam KBSR dan KSSR? "A national or national-type school established under this Act shall provide a course of primary education designed for duration of six years . . . .“ (Education Act 1996, Sec.29) Pendidikan di peringkat sekolah rendah adalah untuk tempoh selama enam tahun sebagai yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Pendidikan di peringkat sekolah rendah ini adalah untuk kanak-kanak yang berumur antara 6 tahun hingga 12 tahun. Dari segi penyusunan secara vertikal, KBSR dan KSSR dilaksanakan melalui dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Tahap 1 terdiri daripada Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 manakala Tahap 2 terdiri daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Rajah 4.1 menunjukkan penyusunan tersebut.
  • 3. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 52 _______________________________________________________________________________ Tahun Persekolahan Umur Murid Tahun 6 11 – 12 tahun Tahun 5 Tahap 2 10 – 11 tahun Tahun 4 9 – 10 tahun Tahun 3 8 – 9 tahun Tahun 2 Tahap 1 7 – 8 tahun Tahun 1 6 – 7 tahun Rajah 4.1 Penyusunan Secara Vertikal Tahap, Tahun Persekolahan dan Umur Murid *Nota: Mulai RMK10 umur bagi memulakan persekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+. Apakah aspek yang menjadi fokus dalam pelaksanaan KBSR dan KSSR? Dalam KBSR, fokus adalah kepada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di Tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas manakala di Tahap 2 pula, adalah bertujuan untuk mengukuhkan dan menggunakan kemahiran asas dalam pelbagai bidang ilmu. Bagaimana pula dengan KSSR? Jika fokus KBSR adalah kepada 3M, fokus KSSR pula adalah kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Di Tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M. Manakala di Tahap 2, fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M. Di samping itu, KSSR juga member tumpuan kepada kemahiran asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
  • 4. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 53 _______________________________________________________________________________ Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia (2011) AKTIVITI 4.1 Lengkapkan jadual di bawah. Tahap Tahun Fokus dalam KBSR Fokus dalam KSSR 1 2
  • 5. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 54 _______________________________________________________________________________ Bagaimanakah KBSR diorganisasikan? Rekabentuk kurikulum dalam KBSR adalah berasaskan tiga bidang. Apakah bidang- bidang berkenaan? Bidang-bidang berkenaan ialah Komunikasi, Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Bidang Komunikasi merupakan bidang yang utama dalam KBSR. Mengapa? Dalam bidang ini, tumpuan adalah ke arah penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Sehubungan dengan itu, di bawah bidang Komunikasi diletakkan komponen kemahiran asas. Di bawah bidang Manusia dan Alam Kelilingnya terdapat dua komponen iaitu Nilai, Kerohanian dan Sikap, serta Kemanusiaan dan Persekitaran. Manakala komponen Kesenian dan Rekreasi adalah di bawah bidang Perkembangan Diri Individu. Di bawah setiap bidang pula, terdapat mata pelajaran-mata pelajaran. Jadual 4.1 menunjukkan kategori mata pelajaran mengikut komponen dan bidang. Jadual 4.1 Kategori Mata Pelajaran Mengikut Komponen dan Bidang Mata Pelajaran Mata Pelajaran (Kurikulum Baru (Kurikulum Bidang Komponen Sekolah Rendah) Bersepadu Sekolah Rendah) Komunikasi Kemahiran Asas Bahasa Malaysia Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Bahasa Cina (SJKC) Bahasa Cina (SJKC) Bahasa Tamil (SJKT) Bahasa Tamil (SJKT) Matematik Matematik Manusia dan Nilai, Kerohanian Pendidikan Islam Pendidikan Islam Alam dan Sikap Pendidikan Moral Pendidikan Moral Kelilingnya Kemanusiaan dan Alam dan Manusia Sains Persekitaran Kajian Tempatan Kemahiran Hidup Perkembangan Kesenian dan Muzik Muzik Diri Individu Rekreasi Pendidikan Seni Pendidikan Seni Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan
  • 6. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 55 _______________________________________________________________________________ Mata pelajaran dalam KBSR dikelompokkan kepada tiga kategori iaitu mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan. Mata pelajaran teras meliputi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (di SJKC), Bahasa Tamil (di SJKT), Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Di Tahap 2, terdapat pertambahan 2 mata pelajaran iaitu Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Matapelajaran wajib pula meliputi Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Muzik. Di Tahap 2, Kemahiran Hidup juga merupakan mata pelajaran wajib. Manakala, mata pelajaran tambahan terdiri daripada Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Tamil Komunikasi, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Iban, Bahasa Semai dan Bahasa Kadazandusun. Namun begitu Bahasa Iban dan Bahasa Semai ditawarkan mulai Tahun 3 dan Bahasa Kadazandusun ditawarkan di Tahap 2. Bagaimanakah KSSR diorganisasikan? Dalam KSSR pula, kurikulum direka bentuk berasaskan enam tunjang. Komunikasi Kerohanian, Sikap Kemanusiaan dan Nilai Perkembangan Sains dan Teknologi Keterampilan Diri Fizikal dan Estetika Enam Tunjang Dalam KSSR Pada Tahap 1, kurikulum diorganisasikan dalam tiga bentuk modul iaitu, Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif Terdapat sembilan modul di bawah Modul Teras Asas, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik. Tiga modul Modul Teras Tema iaitu Seni Visual dan Muzik; Dunia Sains dan Teknologi dan Malaysia Negaraku. Di bawah Modul Elektif ialah modul-modul Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK), Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.
  • 7. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 56 _______________________________________________________________________________ Jadual 4.2 Kelompok Mata Pelajaran Mengikut Modul Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif Bahasa Malaysia Seni Visual dan Muzik Bahasa Arab Bahasa Inggeris Dunia Sains dan Teknologi Bahasa Cina (BCSK) Bahasa Cina (SJKC) Malaysia Negaraku Bahasa Tamil (BTSK) Bahasa Tamil (SJKT) Bahasa Iban Pendidikan Islam Bahasa Kadazandusun Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Matematik Bagaimana pula dengan organisasi kurikulum Tahap 2? Pada Tahap 2, kurikulum diorganisasikan dalam dua bentuk mata pelajaran Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif Terdapat 14 mata pelajaran teras dan 6 mata pelajaran elektif yang dikelompokkan berdasarkan enam tunjang. Mata Pelajaran Teras Tunjang Komunikasi : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil Tunjang Sains & Teknologi : Matematik, Sains, Reka Bentuk & Teknologi/Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tunjang Perkembangan Fizikal : Pendidikan Jasmani, & Estetika Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual Tunjang Kerohanian, Sikap & : Pendidikan Islam Nilai Pendidikan Moral Tunjang Kemanusiaan : Sejarah
  • 8. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 57 _______________________________________________________________________________ Mata Pelajaran Elektif Tunjang Komunikasi Elektif : Bahasa Arab Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Semai Bahasa Kadazandusun Di samping itu, Tunjang Keterampilan Diri dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Dari segi peruntukan masa, KSSR memperuntukkan masa selama 1380 minit seminggu. Agihan masa bagi setiap modul di SK, SJKC dan SJKT adalah seperti Jadual 4.3. Jadual 4.3 Peruntukan Waktu Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Mata Pelajaran MASA DALAM SEMINGGU (MINIT) BIL MODUL SK SJKC SJKT Modul Teras Asas 1 Bahasa Malaysia 360 300 300 2 Bahasa Inggeris 330 150 150 3 Bahasa Cina 360 Bahasa Tamil 360 4 Pendidikan Islam 180 120 120 Pendidikan Moral 180 120 120 5 Pendidikan Jasmani 60 60 60 6 Pendidikan Kesihatan 30 30 30 7 Matematik 180 180 180 Modul Teras Tema Seni Visual dan Muzik 60 60 60 8 Dunia Sains dan Teknologi 60 60 60 Malaysia Negaraku 30 30 30 Modul Elektif 9 BCSK/BTSK/Bah. Arab/Bah. Iban 60 (3 waktu di luar jadual waktu) Perhimpunan 30 30 30 Jumlah 1380 1380 1380
  • 9. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 58 _______________________________________________________________________________ Apakah persamaan dan perbezaan antara organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR? Terdapat persamaan dan perbezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya. Persamaan dan perbezaan boleh dilihat dari aspek: • organisasi tahun pembelajaran mengikut tahap-tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. • organisasi mata pelajaran mengikut bidang dan komponen; juga mengikut teras, wajib atau tambahan; atau organisasi modul mengikut tunjang dan tema. • organisasi peruntukan waktu pembelajaran mengikut tahap. AKTIVITI 4.2 Bina jadual yang sesuai untuk memaparkan a). persamaan antara organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR. b). perbezaan antara organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR.
  • 10. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 59 _______________________________________________________________________________ RUMUSAN Perbincangan dalam unit ini adalah tentang organisasi kurikulum dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat pendidikan rendah di Malaysia. Dibincangkan juga agihan mata pelajaran dalam KBSR mengikut tahap; mengikut bidang dan komponen; juga mengikut kategori teras, wajib dan elektif. Di samping itu, organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR bagi Tahap 1 dan Tahap 2 juga telah dihuraikan. Terdapat persamaan dan perbezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya. Pelajar diminta membuat analisis tentang persamaan dan perbezaan tersebut. KATA KUNCI Mata pelajaran teras - mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid mengikut aliran persekolahan. Mata pelajaran wajib - mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah rendah. Mata pelajaran elektif - mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid di sekolah rendah. Modul - mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri- lengkap (self-contained). Tahap 1 - melibatkan Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 di sekolah rendah. Tahap 2 - melibatkan Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah rendah Tunjang - Satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insane seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
  • 11. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 60 _______________________________________________________________________________ PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. 1. Mata pelajaran yang terkandung dalam komponen Kesenian Dan Rekreasi antaranya adalah seperti berikut kecuali _____________ A. Pendidikan Muzik B. Pendidikan Moral C. Pendidikan Jasmani D. Pendidikan Seni Visual 2. Pendidikan di peringkat sekolah rendah di Malaysia dibahagikan kepada Tahap 1 dan Tahap 2. Berikut adalah berkaitan dengan tahap-tahap tersebut ____________ I. Tahap I menjurus kepada bidang komunikasi. II. Tahap 1 menekankan penguasaan kemahiran asas. III. Tahap 2 mengukuhkan kemahiran asas yang dikuasai di Tahap 1. IV. Tahap 2 ialah aplikasi kemahiran asas untuk menyelesaikan masalah. A. I dan II sahaja B. I dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV sahaja 3. Penawaran mata pelajaran di sekolah-sekolah rendah adalah terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Mata Pelajaran Teras, Mata Pelajaran Wajib dan Mata Pelajaran Tambahan. Manakah antara berikut adalah kenyataan yang membandingkan ketiga-tiga jenis kumpulan mata pelajaran tersebut? Mata Pelajaran Mata Pelajaran Mata Pelajaran Teras Wajib Tambahan A. Sebagai identiti Wajib diajar oleh Mencukupkan sesuatu aliran guru bilangan mata persekolahan pelajaran yang terkurang B. Menjadi asas utama Mesti dipelajari oleh Sebagai tambahan, pendidikan murid- semua murid terutama kepada murid. mereka yang berminat C. Menjadi teras Wajib terdapat di Untuk menambah kepada KBSR semua sekolah jumlah waktu rendah pembelajaran D. Tulang belakang Wajib dimasukkan Diajar di kelas-kelas kepada semua mata dalam jadual waktu tambahan pelajaran
  • 12. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 61 _______________________________________________________________________________ 4. Manakah antara berikut merupakan modul yang tergolong di bawah Modul Teras Asas? I. Bahasa Malaysia II. Pendidikan Moral III. Seni Visual dan Muzik IV. Dunia Sains dan Teknologi A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja 5. Mata pelajaran yang tergolong dalam komponen Kerohanian, Nilai dan Sikap bertujuan untuk ___________ A. membina sikap, watak dan personaliti murid-murid. B. memahami persekitaran dengan kesedaran dan tanggung jawab. C membangun sikap dan pemikiran yang kreatif dan kritis untuk kehidupan. D. mendedahkan pengetahuan dan kemahiran untuk murid-murid dapat hidup di tempat dan persekitarannya. CADANGAN JAWAPAN: 1. B; 2. D; 3. B; 4. D; 5. C RUJUKAN http://www.moe.gov.my/bpk/ Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Rancangan Malaysia Kesepuluh: Bab 5 (Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia) Sufean Hussin. (2004) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wyse, D. (2002). Becoming a primary school teacher. New York: Routledge.