3. PENGENALAN
Pengauditan adalah perlu bagi
mempertingkatkan pematuhan terhadap
tatacara dan objektif pengurusan, serta juga
penganalisi dan menilai kecekapan dan
keberkesanan kendalian (termasuk sistem
kawalan dalaman dan mutu prestasi
organisasi).
Audit dalaman bertujuan untuk menilai
pengendalian dalaman dan aktiviti
penyimpanan rekod organisasi yang
berkenaan bagi tujuan untuk menambah nilai
dan mempertingkatkan operasi organisasi. Ia
membantu organisasi mencapai objektifnya
melalui pendekatan audit yang berdisiplin
dan sistematik untuk menilai dan
mempertingkatkan keberkesanan risiko
pengurusan, kawalan dan proses tadbir urus.
Hasil daripada auditan adalah dalam bentuk
laporan.
6. SKOP AKTIVITI PELAKSANAAN
AUDIT DALAMAN
1. Kementerian/ jabatan/ agensi hendaklah
melaksanakan audit dalaman sekurang-
kurangnya sekali dalam setahun bagi
pengurusan aset tak alih;
2. Aktiviti audit dalaman merangkumi :
i. Perancangan dan penyediaan program
audit dalaman;
ii. Pelaksanaan audit dalaman; dan
iii. Pelaporan dan penilaian penemuan audit.
3. Audit dalaman meliputi keseluruhan
aktiviti dalam fasa penggunaan dan
pelupusan aset.
7. Prosedur Kerja Audit Dalaman
AKTIVITI TINDAKAN KETERANGAN LAMPIRAN
Lantik Ketua Audit
Dalaman PATA
Pegawai
Pengawal
Pelantikan adalah sebelum 1 Mac tahun
semasa bagi pelaksanaan audit dalaman
Tiada
Sediakan program dan
jadual audit tahunan
Ketua Audit
Dalaman
Jadual audit tahunan disediakan bagi setiap
premis milikan masing-masing sepanjang
tahun (Jan –Dis)
Keperluan sumber seperti tenaga juruaudit,
peruntukan yang mencukupi, peralatan, dan
lain-lain
JKR.PATA-5A
Lantik Pasukan Audit
Dalaman dan sediakan
keperluan sumber
Pelantikan adalah secara rasmi melalui
mesyuarat penyelarasan audit dalaman Tiada
Laksana audit mengikut
amalan yang ditetapkan
Pasukan Audit
Dalaman
Kerja-kerja audit dijalankan secara sistematik
dan berhemah Tiada
Rekod hasil penemuan
dan serahkan penemuan
kepada auditee
Hasil penemuan diterangkan kepada auditee
melalui mesyuarat di pejabat auditee JKR.PATA-5B
7
1
2
3
4
5
8. Prosedur Kerja Audit Dalaman
AKTIVITI TINDAKAN KETERANGAN LAMPIRAN
Laksana pembetulan
terhadap NCR
Auditee
Pihak auditee akan melaksanakan
pembetulan bagi setiap teguran dan
penemuan yang telah didapati
sepanjang program audit dijalankan JKR.PATA-5B
Pastikan tindakan
pembetulan dilaksanakan
melalui audit susulan
Ketua Audit Dalaman
Tindakan pembetulan adalah seperti
yang telah diterangkan oleh pasukan
audit dalaman
Penyerahan Laporan Audit Dalaman
untuk pemakluman kepada pihak yang
berkenaan untuk tindakan selanjutnya
JKR.PATA-5C
Sedia Laporan Audit
Dalaman dan serah
kepada Pegawai Pengawal
& Ketua Pejabat Auditee
Analisis penemuan audit PTF yang
bertanggungjawab
Analisis bagi mencari punca masalah dan
juga sebagai langkah penambahbaikan
proses untuk dibentangkan dalam MKSP
Tiada
Bentang cadangan
penambahbaikan dalam
Mesyuarat Kajian Semula
Pengurusan Aset
Kem./Jab./Agensi
PTF
(Kem./Jab./Agensi)
8
6
7
8
9
10
12. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan,
Aras 2, Blok C Lama,
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Jalan Sultan Salahuudin 50582,
Kuala Lumpur.
jpak@jkr.gov.my
03-2610 7507/7501/7625/7795/7548
03-2692 6511