SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
Analisa Sejarah Mengenai
Tafsiran Uli al-Amri
di dalam al-Qur’an
Ismail Bin Ahmed
3
Kandungan
Kandungan
Pendahuluan
Asas Perbincangan
1. Tafsiran At-Tabari (224-310 H./ 838-923 M.)
2. Tafsiran Ar-Razi (545-606 H./ 1150-1209 M.)
3. Tafsiran Al-Qurtubi (w. 671 H./ 1272 M.)
4. Tafsiran Ibnu Kathir (705-774 H./ 1305-1372 M.)
5. Tafsiran Al-Baydhawi (w. 691 H./ 1291 M.)
6. Tafsiran Asy-Syawkani (1173-1250 H./ 1759-1834 M.)
Kesimpulan
Bibliografi
4
Pendahuluan
Kertas kerja ini cuba mengulas dan mentahkik fakta sejarah satu esei
oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar yang bertajuk “The Uli al-Amri In The Qur‘anic
Exegeses”1
yang telah dimuatkan di dalam Terbitan Tak Berkala No.2
Jabatan Usuluddin Dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam, UKM, 1993
bertajuk “Kajian Sekitar Permasalahan Al-Tafsir dan Al-Hadith”. Esei
tersebut membincangkan konsep “Uli al-amr” berdasarkan tafsiran mu’tabar
oleh At-Tabari (224-310 H./ 838-923 M.), Ar-Razi (545-606 H./1150-1209
M.), Al-Qurtubi (w. 671 H./1272 M.), Ibnu Kathir (705-774 H./ 1305-1372
M.), Al-Baydhawi (w. 791 H./1388 M.) dan Asy-Syawkani (1173-1250 H./
1759-1834 M.).
5
Asas Perbincangan
Esei “The Uli al-Amri In The Qur‘anic Exegeses” membincangkan
konsep “Uli al-amr” (orang-orang yang berkuasa) berdasarkan kalimah-
kalimah “Uli al-amr” yang terdapat di dalam ayat 59 Surah An-Nisa berikut:
ْ ُ‫نﲂ‬ِ‫ﻣ‬ ِ‫ﺮ‬ْ‫ﻣ‬� ْ�‫ا‬ ِ‫وﱄ‬�‫آ‬َ‫و‬ َ‫ل‬‫ﻮ‬ ُ‫ﺳ‬�‫اﻟﺮ‬ ‫ا‬‫ﻮ‬ُ‫ﻌ‬‫ﻴ‬ِ‫ﻃ‬�‫آ‬َ‫و‬ َ‫ﻪ‬��‫ﻠ‬‫ل‬‫ا‬ ‫ا‬‫ﻮ‬ُ‫ﻌ‬‫ﻴ‬ِ‫ﻃ‬�‫آ‬ ‫ا‬‫ﻮ‬ُ‫ن‬َ‫ﻣ‬ٓ‫آ‬ َ‫�ﻦ‬ِ ��‫ا‬ ‫ﺎ‬َ�‫ﳞ‬�‫آ‬ َ�ۖ◌‫ن‬
�
‫ﺎ‬َ‫ﻓ‬
ِ‫م‬ْ‫ﻮ‬َ‫ﻴ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬َ‫و‬ ِ‫ﻪ‬��‫ﻠ‬‫ل‬ ِ� َ‫ﻮن‬ُ‫ن‬ِ‫ﻣ‬ْ‫ُﺆ‬‫ﺗ‬ ْ ُ‫ﻨﱲ‬ُ‫ﻛ‬ ‫ن‬
�
‫ا‬ ِ‫ﻮل‬ ُ‫ﺳ‬�‫اﻟﺮ‬َ‫و‬ ِ‫ﻪ‬��‫ﻠ‬‫ل‬‫ا‬ َ‫ﱃ‬
�
‫ا‬ ُ‫ﻩ‬‫�و‬‫د‬ُ‫ﺮ‬َ‫ﻓ‬ ٍ‫ء‬ ْ َ‫ﳾ‬ ِ‫ﰲ‬ ْ ُ‫ْﱲ‬‫ﻋ‬َ‫ﺎز‬َ‫ﻨ‬َ‫ﺗ‬
ِ‫ﺮ‬ِ‫ﺧ‬ٓ ْ�‫ا‬ۚ◌ُ‫ﻦ‬ َ‫ﺴ‬ْ‫ﺣ‬�‫أ‬َ‫و‬ ٌ ْ‫َﲑ‬� َ ِ��َ‫ذ‬ً‫ﻳﻼ‬ِ‫و‬�‫أ‬َ‫ﺗ‬﴿٥٩﴾
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan
taatlah kamu kepada Rasul dan juga kepada “Uli al-amr” (orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembalikan
kepada (Kitab) Allah (Al-Qur'an) dan (Sunnah) Rasulnya, jika sekiranya kamu
benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah
lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok kesudahannya.” 1F
2
6
1. Tafsiran At-Tabari (224-310 H./ 838-923 M.)
Pengarang Jami’ al-Bayan Fi Tafsir al-Qur‘an, Imam Abu Ja’afar
Muhammad Ibni Jarir At-Tabari yang juga merupakan seorang ahli Hadith, ahli
Fiqh yang mempunyai madzhab tersendiri, ahli Qiraah3
serta ahli sejarah yang
telah mengarang Tarikh ul-Umam wal Muluk wa Akhbarahum4
hidup ketika
kerajaan Bani ‘Abbasiah dikuasai pemimpin-pemimpin tentera Turki yang
membolot jentera pentadbiran, pengawal dan ketenteraan sehingga khalifah-
khalifah bebas dilantik, dipecat dan bahkan dibunuh sekehendak hati mereka.5
Di zamannya, wilayah Trans-Oxiana telah jatuh kepada kekuasaan Nasir bin
Ahmad dari puak Syi’ah Samaniyah pada T.H 260 H/T.M. 874 M. dan kawasan
diantara Tunisia hingga Mesir di utara benua Afrika telah dikuasai ‘Abdullah
bin Al-Mahdi yang mengasaskan kerajaan Fatimiyyah pada T.H.296/T.M.
909.6
Ketika mentafsirkan konsep “Uli al-amr”, At-Tabari yang wafat ketika
pemerintahan Khalifah Al-Muqtadir (295-320H/908-932M.) tidak
menggunakan istilah al-khilafah atau amir al-mu’minin sebaliknya
menggunakan istilah al-umara wal al-wulat yang bermaksud golongan sultan
atau penguasa dan gabenor. Di beberapa wilayah seperti di Trans-Oxiana,
penguasa-penguasa Syi’ah menguasai wilayah-wilayah yang didiami golongan
majoriti Sunni atas nama khalifah-khalifah ‘Abbasiah.7
Pemerintahan Khalifah
Al-Muqtadir merupakan pemerintahan yang penuh huru-hara kerana
pendiriannya tidak ubah seperti bulu ditiup angin.8
At-Tabari berpendapat
bahawa rakyat Sunni boleh mentaati penguasa-penguasa dan gabenor-gabenor
Syi’ah demi kemaslahatan umum mereka.9
7
At-Tabari menolak pentafsiran “Uli al-amr” sebagai para ulama kerana
beliau menyedari bahawa di zamannya, para ulama berkedudukan lemah
sehingga pandangan dan nasihat mereka tidak diterima dan dipatuhi.10
At-
Tabari hidup di zaman pentadwinan ilmu Hadith dan kemunculan tokoh-tokoh
Tasauf. Ulama ahli Hadith terkemuka seperti Ahmad bin Hanbal (w. 241 H.),
Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari (w. 256 H.), Muslim an-Naisaburi (w. 261
H.), Ibnu Majah (w. 273 H.), Abu Daud as-Sijistani (w. 275 H.), at-Turmidzi
(w. 279 H.) dan An-Nasa‘i (w. 303 H.); serta tokoh-tokoh Tasauf terkemuka
seperti Harith al-Muhasibi (w. 243 H.), Sirri as-Saqiti (w. 253 H.), Abu Yazid
al-Bustami (w. 261 H.), Ibrahim bin Adham (w. 262 H.) dan Junaid al-
Baghdadi (w. 298 H.) yang hidup sezaman dengan At-Tabari lebih
menumpukan hayat mereka di dalam bidang ilmu masing-masing tanpa
berkecimpung secara langsung dengan urusan politik dan pentadbiran umat
Islam.
2. Tafsiran Ar-Razi (545-606 H./ 1150-1209 M.)
Imam Fakhrud-Din Abu ‘Abdullah Muhammad bin ‘Umar bin Husayn
bin al-Hassan bin ‘Ali At-Taimi Al-Bakri At-Tabrastani Ar-Razi Asy-Syafi‘i,
pengarang At-Tafsir Al-Kabir (Mafaatih al-Ghaib) yang juga merupakan
seorang ahli al-Kalam serta Usul11
menolak kemungkinan maksud “Uli al-
amr” sebagai Khulafa ar-Rasyidin kerana Abu Bakr, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali
menguasai umat Muslimin di abad pertama hijrah sahaja. Golongan umara al-
saraya (pemimpin-pemimpin tentera) di zamannya pula lemah kerana mereka
berkhidmat kepada as-salatin (golongan sultan). Ar-Razi sebagai seorang
Sunni menolak konsep al-imam al-ma’sumun (imam-imam yang ma’sum) yang
wujud di dalam ‘aqidah dan politik Syi‘ah sebagai pentafsiran “Uli al-amr”.12
Ar-Razi hidup ketika kuasa sultan-sultan Seljuq (447-594 H/ 1055-1195
M.) di Baghdad mula beralih kepada sultan-sultan Atabakiyah yang kemudian
8
dirampas pula oleh khalifah ‘Abbasiah An-Nasir (572-622 H./ 1179-1225 M.)
pada T.H. 592/ T.M. 1194.13
Sebelum itu, Baghdad dikuasai sultan-sultan
Seljuq yang telah mengalahkan penguasa-penguasa dan gabenor-gabenor
Syi’ah kecuali pemerintah Syi’ah Fatimiyyah di Mesir. Ar-Razi mempunyai
sikap negatif terhadap pemimpin-pemimpin Seljuq yang dinamakannya al-
umara (penguasa-penguasa) dan al-salatin (golongan sultan). Khalifah-khalifah
Bani ‘Abbasiah juga tidak diiktirafnya sebagai “Uli al-amr”.
Bagi Ar-Razi, “Uli al-amr” adalah para ulama golongan ahl al-hall wa
al-‘aqd (orang-orang yang berpengaruh yang diberi kuasa di dalam melakukan
keputusan di dalam pemerintahan)14
sahaja. Sebagai menyokong pendapatnya,
Ar-Razi berhujah bahawa Allah SWT melalui ayat 59 surah An-Nisa tersebut
memberikan perintah secara pasti supaya mentaati “Uli al-amr”. “Uli al-amr”
mesti terpelihara daripada perbuatan dosa kerana Allah SWT tidak
membenarkan seseorang Muslim mentaati pemimpin yang fasiq. “Uli al-amr”
bermaksud ahl al-hall wa al-‘aqd, dan bukannya al-umara (penguasa-
penguasa) dan al-salatin kerana kaum Muslimin telah berijma’ bahawa mereka
perlu taat atau diperintahkan supaya taat kepada pemimpin-pemimpin yang
‘adil dan sah berdasarkan Al-Qur'an dan as-Sunnah sahaja. Ketaatan kepada
pemimpin kaum Muslimin dan sultan adalah tidak mutlak dan hanya sah selagi
mereka berpegang kepada kebenaran.
Ar-Razi mendakwa bahawa sebahagian besar ulama umat Islam tidak
melihat perlunya mentaati pemimpin-pemimpin yang zalim dan fasiq. Menurut
Ar-Razi, jumhur ulama berpendapat bahawa haram untuk menyerahkan
ketaatan kepada pemimpin yang tidak bertaqwa.15
Ar-Razi berpandangan
demikian kerana beliau menyaksikan bagaimana ruginya umat Islam setelah
Sultan Salahuddin al-Ayubi yang berjaya memimpin umat Islam merampas
Baitul Maqdis daripada tentera Salib wafat pada T.H. 589 dan kekuasaan
diambil alih oleh al-salatin yang lebih mementingkan kehidupan duniawi.
9
Sekiranya kita membandingkan pendapat At-Tabari dengan pendapat Ar-
Razi mengenai identiti “Uli al-amr” di dalam Al-Qur‘an, kita akan jelas
melihat bahawa At-Tabari mentafsirkan “Uli al-amr” sebagai al-umara wal al-
wulat, iaitu pemimpin-pemimpin umat Islam dan penguasa-penguasa mereka
manakala Ar-Razi mentafsirkannya sebagai ahl al-hall wa al-‘aqd,16
iaitu para
ulama yang menjelaskan peraturan agama dan memimpin manusia kepada
agama.
3. Tafsiran Al-Qurtubi (w. 671 H./ 1272 M.)
Imam Abu ‘Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr bin Farah al-
Ansari Al-Khazraji Al-Andalusi Al-Qurtubi pengarang Al-Jami’ li Ahkam Al-
Qur'an Al-‘Azhim17
pula tidak bersetuju dengan pandangan At-Tabari dan Ar-
Razi kerana beliau berpendapat bahawa istilah “Uli al-amr” lebih tepat
bermakna dua golongan kaum Muslimin; iaitu al-umara (penguasa-penguasa
umat Islam) dan juga ulama umat Islam.18
Sebagaimana pentafsir-pentafsir sebelumnya, Al-Qurtubi menyedari
bahawa terdapat pentafsiran yang berbeza mengenai identiti “Uli al-amr”.
Walau bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa pandangannya lebih benar.
Al-Qurtubi berhujah bahawa “Uli al-amr” adalah al-umara, kerana ayat Al-
Qur‘an (4 : 59) menyebutkan wajib taat kepada Allah SWT, taat kepada
Rasulullah SAW serta para penguasa umat Islam.
Al-Qurtubi menjadikan Hadith riwayat Syaikhani dari Ibn ‘Abbas
sebagai dalil. Menurut Hadith tersebut, ayat ini diturunkan sehubungan dengan
perutusan Rasulullah SAW ke Syam yang diketuai oleh ‘Abdullah bin
Hudzaifah untuk mengahadapi kaum Musyrikin di sana. ‘Abdullah yang marah
terhadap tenteranya telah memerintahkan para pengikutnya supaya terjun ke
dalam api yang dinyalakan. Walau bagaimanapun mereka enggan. Setelah
kembali ke Madinah, mereka menemui Rasulullah SAW yang menerangkan
10
bahawa ketaatan hanya diperintahkan untuk perkara-perkara ma’ruf sahaja.
Islam mengharamkan bunuh diri kerana ia merupakan satu ma’siat terhadap
Allah SWT.
Al-Qurtubi mengemukakan bahagian kedua daripada ayat dan surah
yang sama “Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembalikan kepada (Kitab) Allah (Al-
Qur'an) dan (Sunnah) Rasulnya, jika sekiranya kamu benar-benar beriman
kepada Allah dan Hari Akhirat” untuk menyokong pendapatnya mengenai
makna kedua tentang “Uli al-amr” sebagai ulama umat Islam. Al-Qurtubi
mentafsirkan bahawa ayat tersebut mewajibkan umat Islam bertanya dan
merujuk kepada ulama serta mematuhi perintah-perintah agama yang
dijelaskan oleh ulama kerana menurutnya, hanya para ulama sahajalah yang
benar-benar tahu untuk mengistinbat hukum daripada Al-Qur‘an dan as-Sunnah
kerana mereka sahaja layak mentafsirkan kedua sumber hukum Islam tersebut.
Jelasnya, Al-Qurtubi berpendirian bahawa penguasa-penguasa umat
Islam di zamannya sebagai tidak memiliki ‘ilmu seperti yang dikehendaki oleh
syari‘at Islam menurut Ahlus Sunnah Wal-Jama‘ah. Ulama lebih mengetahui
mengenai Al-Qur‘an dan As-Sunnah dan oleh itu para pemerintah mesti
merujuk kepada mereka sehingga wujud kerjasama erat di antara para
pemerintah dengan golongan ulama. Sebagaimana Ar-Razi, Al-Qurtubi
berpendapat bahawa umat Islam tidak perlu taat kepada pemimpin yang fasiq
dan zalim.19
Walau bagaimanapun, Al-Qurtubi yang hidup sezaman dengan
Muhammad I Al-Gjalib (630-672 H./ 1232-1273 M.); pengasas Kerajaan
Nasriyyah (Bani al-Ahmar) di Andalus20
berfatwa bahawa umat Islam wajib
keluar berjihad menentang orang-orang kafir walaupun dipimpin oleh
penguasa-penguasa yang fasiq.21
Andalus merupakan bumi tempat berlakunya
perebutan sengit di antara umat Islam yang mempunyai penguasa-penguasa
yang sering merebut kuasa di antara satu sama lain dengan tentera kristian
11
Sepanyol. Al-Qurtubi menyedari bahawa Kerajaan Nasriyyah merupakan satu-
satunya benteng terakhir bagi umat Islam di Andalus walaupun beliau tidak
sempat menyaksikan kejatuhan Gharnathah (Granada) kepada Isabella dari
Aragon dan Ferdinand dari Castille pada T.H 898/ T.M. 1492.22
4. Tafsiran Ibnu Kathir (705-774 H./ 1305-1372 M.)
Al-Hafiz Imaduddin Abul Fida Isma‘il bin ‘Umar bin Kathir bin Dhau‘ul
Basary Ad-Dimasyqi Asy-Syafi‘i telah meriwayatkan di dalam Tafsir Al-
Qur‘an Al-‘Azim 23
banyak kisah-kisah mengenai asbab an-nuzul ayat Al-
Qur‘an (4:59). Banyak di antara catatannya adalah mengenai pemimpin-
pemimpin peperangan yang dilantik dan diutus oleh Rasulullah SAW.
Terdapat kes-kes di mana tentera-tentera Islam tidak mentaati pemimpin
mereka dan salah satu daripada kisah yang dinukil Ibnu Kathir adalah
mengenai keengganan para perajurit untuk membakar diri mereka seperti yang
telah dicatitkan sebelum ini. Kisah yang lain mencatatkan satu ekspidisi
peperangan yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan ‘Ammar bin Yasir. Di
dalam peristiwa tersebut, berlaku perbalahan sesama mereka kerana Khalid
menentang keputusan ‘Ammar untuk melindungi seorang lelaki yang
mendakwa telah memeluk Islam. Kes tersebut telah dibawa kepada Rasulullah
SAW yang menyetujui tindakan ‘Ammar.
Ibnu Kathir mencatatkan dua pentafsiran mengenai “Uli al-amr”.
Kedua-dua tafsiran tersebut bermaksud ulama umat Islam. Menurut Ibnu
Kathir, ‘Ali bin Abi Talhah meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas bahawa “Uli
al-amr” adalah ahl al-fiqh wa al-din manakala Mujahid, ‘Atha’, Hassan al-
Basri dan Abu al-‘Alibah mengatakan “Uli al-amr” adalah para ulama. Walau
bagaimanapun, Ibnu Kathir juga tidak menthabitkan bahawa maksud sebenar
“Uli al-amr” adalah para ulama sahaja.24
12
Ibnu Kathir hidup di zaman Kesultanan Mamalik Bahriyah (648-784 H./
1250-1382 M.). Lebih tepat lagi, Ibnu Kathir yang wafat semasa pemerintahan
Sultan Al-Asyraf Zainuddin Abu al-Ma‘ali Sya’ban bin Hassan bin Muhammad
bin Qalawun (764-778 H./ 1363-1376 M.) dan beliau dilahirkan setengah abad
selepas berlakunya kemusnahan Baghdad oleh Tartar pada T.H. 656 (T.M.
1258).25
Semenjak serangan Tartar dipatahkan di ‘Ain Jalut (658 H/ 1259M.)
ketika pemerintahan Sultan al-Muzaffar Qutaz dengan bantuan dan dorongan
Qadhiul-Qudhat Mesir ‘Izzud-Din ‘Abdus Salam (w. 660 H/ 1261 M.)26
sehinggalah era guru Ibnu Kathir, Ibnu Taimiyyah al-Harran (661-728 H./
1263-1327M.) yang turut terlibat menahan ancaman Tartar di Dimasyq,27
kerjasama di antara para penguasa dan golongan ulama di Mesir dan Syam
membuktikan kepada Ibnu Kathir bahawa “Uli al-amr” adalah istilah umum
yang merangkumi penguasa-penguasa umat Islam dan para ulama Islam.
5. Tafsiran Al-Baydhawi (w. 691 H./ 1291 M.)
Qadhiul-Qudhat Nasiruddin ‘Abdullah bin Muhammad ‘Ali Al-
Baydhawi Asy-Syafi‘i di dalam kitabnya, Anwar at-Tanzil wa Asrar at-Ta’wil
28
mentafsirkan “Uli al-amr” sebagai umara al-muslimin (pemimpin-pemimpin
umat Islam) ketika dan selepas era Rasulullah SAW. Menurut Al-Baydhawi,
pemimpin-pemimpin umat Islam adalah para khalifah, golongan Qadhi serta
pemimpin-pemimpin tentera. Allah SWT memerintahkan umat Islam mentaati
mereka selagi mereka berada di dalam kebenaran. Al-Baydhawi berhujah
bahawa tidak mungkin berlaku perbezaan pendapat di antara seorang Muslim
biasa (muqallid) dengan seorang mujtahid mengenai persoalan agama
walaupun ada kemungkinan terjadi perbezaan pendapat di antara pemimpin-
pemimpin umat Islam dan umat yang diperintah mereka. Perbalahan di antara
mereka mewajibkan semua pihak merujuk kembali kepada Al-Qur‘an dan as-
13
Sunnah sebagimana tersebut di dalam bahagian kedua ayat (4:
59)29
sebagaimana disebutkan sebelum ini.
Al-Baydhawi yang berasal dari daerah Syiraz, Persia Selatan memahami
skop tanggungjawab Qadhi sebagai “Uli al-amr” kerana beliau merupakan
seorang Qadhiul-Qudhat di wilayah Syiraz30
ketika Persia berada di bawah
kekuasaan Il-Khan keturunan Hulagu (w. 664 H./ 1265 M.) yang
bertanggungjawab memusnahkan Baghdad. Allah SWT mentaqdirkan putera
Hulagu yang merupakan Il-Khan ketiga, Ahmad Takudar (680 – 683 H. /1282-
1284 M.) menjadi seorang Muslim.31
Al-Baydhawi yang wafat di kota Tibriz
ketika kekuasaan Il-Khan kelima, Gaykhatu (690-694 H./ 1291-1295 M.)
menyaksikan bahawa jawatan Qadhiul-Qudhat diadakan semula ketika Ahmad
Takudar berkuasa. 32
6. Tafsiran Asy-Syawkani (1173-1250 H./ 1759-1834 M.)
Imam Muhammad bin ‘Ali bin ‘Abdullah Asy-Syawkani pengarang
tafsir Fathul Qadir yang juga menyusun kitab Nailul Authar syarah kitab
hadith Muntaqal Akhbar33
pula mentafsirkan “Uli al-amr” sebagai al-
a’immah (pemimpin umat Islam), as-salatin, golongan Qadhi dan sesiapa jua
individu Muslim yang memiliki wilayah syar‘iyyah (kepimpinan Islam) yang
berbeza daripada wilayah taghutiyyah (kepimpinan bukan Islam). Menurutnya,
ayat Al-Qur‘an (4:59) memerintahkan umat Islam supaya mentaati perintah dan
suruhan yang tidak bertentangan dengan syara’. Asy-Syawkani mengkaji
pandangan-pandangan pentafsir lain mengenai konsep “Uli al-amr” walaupun
menganggap pandangannya sebagai pandangan yang paling rajih.34
Asy-Syawkani adalah seorang penentang taqlid yang asalnya
bermadzhab Zaidiyyah dan beliau banyak bersandar kepada tafsir-tafsir
sebelumnya seperti karangan-karangan an-Nahhas, Ibnu ‘Atiyyah, Al-Qurtubi
dan Zamakhsyari.35
Beliau hidup di kalangan penganut-penganut Madzhab
14
Zaidiyyah di San‘a ketika dunia Islam berada di dalam era kelemahan
kekuasaan Khalifah ‘Uthmaniyyah. Tafsir Fathul Qadir ditulis di antara T.H.
1223 (T.M. 1808) hingga T.H. 1229 (T.M. 1813)36
ketika pemerintahan Sultan
Mahmud II (1223 H./1808 M.-1255 H./1839 M.). Wazir kerajaan ‘Uthmaniah
di Mesir ketika itu, Muhammad ‘Ali Pasha (1215 H./1800 M.-1265 H./1848
M.) mempunyai kuasa autonomi dan pada hakikatnya menguasai wilayah-
wilayah ‘Arab termasuk Yaman, tempat Asy-Syawkani. Asy-Syawkani menulis
tafsirnya di zaman perebutan kuasa ke atas daerah Hijaz di antara puak
Wahhabi dengan Muhammad ‘Ali Pasha yang didorongi oleh campurtangan
kuasa-kuasa Barat yang kafir. Adalah munasabah beliau prihatin terhadap
penjajahan British dan Perancis ke atas wilayah-wilayah umat Islam di dunia
‘Arab ketika itu.37
Sejarah juga mencatatkan bahawa Asy-Syawkani hidup sezaman dengan
tragedi yang berlaku ketika Sultan Mahmud II memusnahkan 40,000 tentera
tradisional Inkisyariah yang memberontak menentangnya kerana baginda
melakukan pembaharuan ketenteraan yang dianggap meniru sistem ketenteraan
Barat yang kafir.38
15
Kesimpulan
Fakta sejarah membuktikan bahawa At-Tabari, Ar-Razi, Al-Qurtubi,
Ibnu Kathir, Al-Baydhawi dan Asy-Syawkani dipengaruhi oleh suasana
persekitaran dan pemerintahan zaman mereka di dalam mentafsirkan konsep
“Uli al-amr” yang terdapat di dalam ayat 59 surah An-Nisa. Walau
bagaimanapun, perbezaan pentafsiran mengenai konsep “Uli al-amr” di antara
enam pentafsir tersebut tidak terlalu besar kerana kesimpulannya, “Uli al-amr”
ditafsirkan sebagai golongan yang bertanggungjawab dan berkuasa terhadap
umat Islam. Kita boleh membenarkan pendapat Dr. Ibrahim yang mengatakan
bahawa istilah “Uli al-amr” termasuk di dalam istilah yang mutasyabihat
(samar-samar) serta memerlukan ijtihad untuk memahaminya.39
Bagi kita yang berada di zaman mutakhir ini, jurang perbezaan memang
wujud di antara golongan yang tidak berpendidikan agama yang menerajui
kepimpinan hampir semua negara-negara Islam dengan golongan ulama yang
hanya mampu berfatwa sehingga wujud dichotomy di antara golongan al-
umara dan ulama; mengakibatkan umat Islam tidak mempunyai “Uli al-amr”
yang benar-benar berwibawa serta boleh ditaati kecuali mungkin dari segelintir
kalangan pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang wujud di atas muka bumi
Allah SWT. Al-umara yang lazimnya merupakan golongan profesional serta
terlatih dengan berbagai disiplin ilmu semasa yang canggih perlu
menggembeling tenaga dengan golongan ulama yang sepanjang hidup mereka
mendalami dan mengamalkan ilmu-ilmu turath Islam untuk memimpin umat
khususnya dari segi kerohanian yang tidak mungkin boleh diperolehi kecuali
dengan menceburkan diri dengan sistem pengajian tradisional yang penuh
berkat.
Walau bagaimanapun, penguasaan kedua-dua disiplin ilmu sekaligus
oleh umat merupakan kaedah terbaik, khususnya bagi mereka-mereka yang
16
dikurniakan Allah SWT dengan keupayaan dan kecerdasan yang luar biasa
supaya lahir “Uli al-amr” dari golongan ulama-umara yang amanah mewarisi
Rasulullah SAW serta cekap dan berkesan di dalam tindakan mereka persis
Khulafa ar-Rasyidin; sebelum ketibaan kepimpinan Imam Mahdi al-Muntazar
agar terubat luka umat yang telah kehilangan kepimpinan khilafah semenjak
pupusnya Kesultanan ‘Uthmaniah pada 3 Mac 1924.
Wallāhu ta‘ālā a‘lām
Ismail Ahmed, 1999
.
Catatan
17
1
Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic Exegeses”, Terbitan Tak Berkala No.2 Jabatan
Usuluddin Dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam, UKM, 1993; “Kajian Sekitar Permasalahan Al-Tafsir dan
Al-Hadith”; hlm. 37-52.
2
Terjemahan Surah An-Nisa: 59; Tafsir Pimpinan Al-Rahman kepada Pengertian Al-Qur'an, Bahagian Hal
Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Cetakan ketujuh, 1985, h1m. 62-63.
3
Ali Yusuf Ali, Sisilah Ulama Tafsir, Alihbahasa oleh Datin Sohair Abdel Moneim Sery, Penerbitan Pustaka
Antara, Cetakan Pertama1989, hlm. 1.
4
Manna Khalil al-Qattan, Studi Ilmu-Ilmu Qur‘an, Liter AntarNusa., Cetakan Pertama, 1992, hlm. 520. Satu
terjemahan daripada Mabahith Fi ‘Ulum Al-Qur'an oleh Drs. Mudzakir AS.
5
Haji Dusuki Haji Ahmad, Ikhtisar Perkembangan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 300.
6
Ibid., Jadual “Nama-nama kerajaan yang muncul pada zaman kelumpuhan Kerajaan ‘Abbasiah”, hlm. 295.
7
Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic
Exegeses”, hlm. 43.
8
Haji Dusuki Haji Ahmad, Ikhtisar Perkembangan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 301.
9
Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic
Exegeses”, hlm. 43.
10
Ibid., hlm. 42.
11
Ali Yusuf Ali, Sisilah Ulama Tafsir, hlm. 57.
12
Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic
Exegeses”, hlm. 40.
13
Haji Dusuki Haji Ahmad, Ikhtisar Perkembangan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka,1987, hlm. 308.
14
Prof. Dr. Lutpi Ibrahim, Konsep Imamah dan Khilafah Serta Implikasinya Menurut Ahlus Sunnah Wal-
Jama‘ah, Hizbi, 1993, hlm.6.
15
Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic
Exegeses”, hlm. 41.
16
Ibid., hlm. 41.
17
Dr. Mahmud Basuni Faudah, Tafsir-Tafsir Al-Qur'an; Perkenalan dengan Metodologi Tafsir, terjemahan
daripada At-Tafsir wa-Manahijuh oleh H.M. Mochtar Zoerni & Abdul Qodir Hamid, Penerbit Pusaka, 1987,
hlm. 91.
18
Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic
Exegeses”, hlm. 45.
19
Ibid., hlm. 45-47.
20
Fakta sejarah dipadankan daripada maklumat yang terdapat di dalam buku Dr.Mahayudin Hj. Yahya, Islam
Di Sepanyol Dan Sicily, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 98.
21
Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic
Exegeses”, hlm. 47.
22
Fakta sejarah dipadankan daripada maklumat yang terdapat di dalam buku Dr.Mahayudin Hj. Yahya, Islam
Di Sepanyol Dan Sicily, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 96.
18
23
Dr. Mahmud Basuni Faudah, Tafsir-Tafsir Al-Qur'an; Perkenalan dengan Metodologi Tafsir, hlm. 58.
24
Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic
Exegeses”, hlm. 47.
25
Fakta sejarah dipadankan daripada maklumat yang terdapat di dalam buku Ibn Taimiyyah, Sejarah Hidup
dan Tasauf, oleh Putih Ishak, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 64-70.
26
Fakta sejarah dipadankan daripada maklumat yang terdapat di dalam buku Izz al-Din al-Sulami, His Life
and Works oleh Sayyid Rizwan Ali, Publication No. 37, Islamic Research Institute, Islamabad.
27
Fakta sejarah dipadankan daripada maklumat yang terdapat di dalam buku Ibn Taimiyyah, Sejarah Hidup
dan Tasauf, oleh Putih Ishak, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 104-109.
28
Dr. Mahmud Basuni Faudah, Tafsir-Tafsir Al-Qur'an; Perkenalan dengan Metodologi Tafsir, hlm. 81.
29
Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic
Exegeses”, hlm. 48.
30
Dr. Mahmud Basuni Faudah, Tafsir-Tafsir Al-Qur'an; Perkenalan dengan Metodologi Tafsir, hlm. 81.
31
Syed Abul Hassan Ali An-Nadwi, Dunia Islam diserang Monggol, Satu Bala Dari Allah, terjemahan Wan
Jaffree Bin Wan Sulaiman, Gedung Gua, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 33-35.
32
Fakta sejarah dipadankan daripada maklumat-maklumat yang terdapat di dalam buku The World Illustrated
History, edited by Geoffrey Parker, Harper & Row, Publishers, New York, 1986, pg. 169 & daripada notakaki
74 yang terdapat di buku Ibn Taimiyyah, Sejarah Hidup dan Tasauf, oleh Putih Ishak, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1993, hlm. 81.
33
Manna Khalil al-Qattan, Studi Ilmu-Ilmu Qur‘an, Liter AntarNusa., Cetakan Pertama, 1992, hlm. 525-526.
34
Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic
Exegeses”, hlm. 48.
35
Dr. Mahmud Basuni Faudah, Tafsir-Tafsir Al-Qur'an; Perkenalan dengan Metodologi Tafsir, hlm. 240.
36
Ibid., hlm. 240.
37
Fakta sejarah dipadankan daripada maklumat-maklumat yang terdapat di dalam Encyclopedia Britannica,
mengenai Egypt, From the French to the British Occupation, hlm. 177.
38
Fakta sejarah dipadankan daripada maklumat-maklumat yang terdapat di dalam Tafsir Al-Azhar oleh
Prof.Dr.Hamka, , Juzu’ 5, Panji Masyarakat ,Cetakan 1984, hlm. 155-157.
39
Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic
Exegeses”, hlm. 37.

More Related Content

What's hot

ISTILAH - ISTILAH DALAM ILMU HADITS
ISTILAH - ISTILAH DALAM ILMU HADITSISTILAH - ISTILAH DALAM ILMU HADITS
ISTILAH - ISTILAH DALAM ILMU HADITSAzzahra Azzahra
 
Makna ulil amri dalam kajian tafsir al quran
Makna ulil amri dalam kajian tafsir al quranMakna ulil amri dalam kajian tafsir al quran
Makna ulil amri dalam kajian tafsir al quranMuhsin Hariyanto
 
Ulum al quran lengkap pt 1
Ulum al quran lengkap pt 1Ulum al quran lengkap pt 1
Ulum al quran lengkap pt 1Amiruddin Ahmad
 
sejarah pembukuan hadits
sejarah pembukuan hadits sejarah pembukuan hadits
sejarah pembukuan hadits khoirotul ula
 
perkembangan Studi al qur'an
perkembangan Studi al qur'an perkembangan Studi al qur'an
perkembangan Studi al qur'an qoida malik
 
Ulumul Qur'an (2)
Ulumul Qur'an (2)Ulumul Qur'an (2)
Ulumul Qur'an (2)Ibnu Ahmad
 
Power Point 'Ulumul Qur'an
Power Point 'Ulumul Qur'anPower Point 'Ulumul Qur'an
Power Point 'Ulumul Qur'anMythaChan
 
Al qur’an Definisi dan Sejarah
Al qur’an Definisi dan SejarahAl qur’an Definisi dan Sejarah
Al qur’an Definisi dan Sejarahsaeful bahri
 
Pengenalan awalan kepada kajian hadis pt 1
Pengenalan awalan kepada kajian hadis  pt 1Pengenalan awalan kepada kajian hadis  pt 1
Pengenalan awalan kepada kajian hadis pt 1Amiruddin Ahmad
 
36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan
36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan
36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhanGua Syed Al Yahya
 
Ulum al quran lengkap pt 2
Ulum al quran lengkap pt 2Ulum al quran lengkap pt 2
Ulum al quran lengkap pt 2Amiruddin Ahmad
 
Tafsir ayat tentang Allah SWT: QS Al Baqarah ayat 164
Tafsir ayat tentang Allah SWT: QS Al Baqarah ayat 164Tafsir ayat tentang Allah SWT: QS Al Baqarah ayat 164
Tafsir ayat tentang Allah SWT: QS Al Baqarah ayat 164Rendra Fahrurrozie
 
Para Mufassirun dan Kitab Tafsir Terkenal
Para Mufassirun dan Kitab Tafsir TerkenalPara Mufassirun dan Kitab Tafsir Terkenal
Para Mufassirun dan Kitab Tafsir TerkenalRatih Aini
 
Tasyri' Era Sahabat generasi kedua
Tasyri' Era Sahabat generasi keduaTasyri' Era Sahabat generasi kedua
Tasyri' Era Sahabat generasi keduaMarhamah Saleh
 

What's hot (20)

Mahamai kitab tafsir
Mahamai kitab tafsirMahamai kitab tafsir
Mahamai kitab tafsir
 
ISTILAH - ISTILAH DALAM ILMU HADITS
ISTILAH - ISTILAH DALAM ILMU HADITSISTILAH - ISTILAH DALAM ILMU HADITS
ISTILAH - ISTILAH DALAM ILMU HADITS
 
Asbabul wurud-ulumul hadits
Asbabul wurud-ulumul haditsAsbabul wurud-ulumul hadits
Asbabul wurud-ulumul hadits
 
Overview Studi Al-Qur'an (SMT I)
Overview Studi Al-Qur'an (SMT I)Overview Studi Al-Qur'an (SMT I)
Overview Studi Al-Qur'an (SMT I)
 
Makna ulil amri dalam kajian tafsir al quran
Makna ulil amri dalam kajian tafsir al quranMakna ulil amri dalam kajian tafsir al quran
Makna ulil amri dalam kajian tafsir al quran
 
Ulum al quran lengkap pt 1
Ulum al quran lengkap pt 1Ulum al quran lengkap pt 1
Ulum al quran lengkap pt 1
 
sejarah pembukuan hadits
sejarah pembukuan hadits sejarah pembukuan hadits
sejarah pembukuan hadits
 
perkembangan Studi al qur'an
perkembangan Studi al qur'an perkembangan Studi al qur'an
perkembangan Studi al qur'an
 
Ulumul Qur'an (2)
Ulumul Qur'an (2)Ulumul Qur'an (2)
Ulumul Qur'an (2)
 
Power Point 'Ulumul Qur'an
Power Point 'Ulumul Qur'anPower Point 'Ulumul Qur'an
Power Point 'Ulumul Qur'an
 
Ulumul hadits
Ulumul haditsUlumul hadits
Ulumul hadits
 
Al qur’an Definisi dan Sejarah
Al qur’an Definisi dan SejarahAl qur’an Definisi dan Sejarah
Al qur’an Definisi dan Sejarah
 
Pengenalan awalan kepada kajian hadis pt 1
Pengenalan awalan kepada kajian hadis  pt 1Pengenalan awalan kepada kajian hadis  pt 1
Pengenalan awalan kepada kajian hadis pt 1
 
36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan
36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan
36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan
 
Studi al qur'an
Studi al qur'anStudi al qur'an
Studi al qur'an
 
Ulum al quran lengkap pt 2
Ulum al quran lengkap pt 2Ulum al quran lengkap pt 2
Ulum al quran lengkap pt 2
 
Tafsir ayat tentang Allah SWT: QS Al Baqarah ayat 164
Tafsir ayat tentang Allah SWT: QS Al Baqarah ayat 164Tafsir ayat tentang Allah SWT: QS Al Baqarah ayat 164
Tafsir ayat tentang Allah SWT: QS Al Baqarah ayat 164
 
Para Mufassirun dan Kitab Tafsir Terkenal
Para Mufassirun dan Kitab Tafsir TerkenalPara Mufassirun dan Kitab Tafsir Terkenal
Para Mufassirun dan Kitab Tafsir Terkenal
 
Tasyri' Era Sahabat generasi kedua
Tasyri' Era Sahabat generasi keduaTasyri' Era Sahabat generasi kedua
Tasyri' Era Sahabat generasi kedua
 
Ulumul Quran
Ulumul QuranUlumul Quran
Ulumul Quran
 

Similar to Analisa Sejarah Mengenai Tafsiran Uli al-Amri di dalam al-Qur'an

5. mk s.p.i bab v [klulafa rosidun]
5. mk s.p.i bab v [klulafa rosidun]5. mk s.p.i bab v [klulafa rosidun]
5. mk s.p.i bab v [klulafa rosidun]ArifFanani2
 
02.pembukuan hadits
02.pembukuan hadits02.pembukuan hadits
02.pembukuan haditsufiurwati
 
Ilmu rijal al hadits
Ilmu rijal al haditsIlmu rijal al hadits
Ilmu rijal al haditsYudi Wahyudin
 
Sejarah Ilmu Pengetahuan Islam
Sejarah Ilmu Pengetahuan IslamSejarah Ilmu Pengetahuan Islam
Sejarah Ilmu Pengetahuan IslamBrenda Andreansyah
 
pptx_20230410_190142_0000.pptx
pptx_20230410_190142_0000.pptxpptx_20230410_190142_0000.pptx
pptx_20230410_190142_0000.pptxLerynaRamadhani1
 
Bab 8 bani abasiyah
Bab 8 bani abasiyahBab 8 bani abasiyah
Bab 8 bani abasiyah2805khusna
 
- di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam
 - di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam - di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam
- di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islamR&R Darulkautsar
 
Kel 4_PPI masa khulafa ur Rasyidin.pptx
Kel 4_PPI masa khulafa ur Rasyidin.pptxKel 4_PPI masa khulafa ur Rasyidin.pptx
Kel 4_PPI masa khulafa ur Rasyidin.pptxMethaKurniaPutra
 
Hukum islam materi kelas x
Hukum islam materi kelas xHukum islam materi kelas x
Hukum islam materi kelas xYushila Salma
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdfTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdfZukét Printing
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docxTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docxZukét Printing
 
Sumber hukum islam
Sumber hukum islamSumber hukum islam
Sumber hukum islamJuaria Muin
 
Sejarah munculnya-istilah-ahlus-sunnah-wal-jama-ah
Sejarah munculnya-istilah-ahlus-sunnah-wal-jama-ahSejarah munculnya-istilah-ahlus-sunnah-wal-jama-ah
Sejarah munculnya-istilah-ahlus-sunnah-wal-jama-ahRa Hardianto
 
Materi kuliah pertemuan ke 3
Materi kuliah pertemuan ke 3Materi kuliah pertemuan ke 3
Materi kuliah pertemuan ke 3abdee tarmizi II
 
Makalah ulumul qur'an
Makalah ulumul qur'anMakalah ulumul qur'an
Makalah ulumul qur'anechan_vega
 
Mengenal kurikulum kunci kunci ilmu syar'i
Mengenal kurikulum kunci kunci ilmu syar'iMengenal kurikulum kunci kunci ilmu syar'i
Mengenal kurikulum kunci kunci ilmu syar'iawisbay
 
Khulafaur rasyidin
Khulafaur rasyidinKhulafaur rasyidin
Khulafaur rasyidinNUFUS94
 

Similar to Analisa Sejarah Mengenai Tafsiran Uli al-Amri di dalam al-Qur'an (20)

Aliran asy'ariah
Aliran asy'ariahAliran asy'ariah
Aliran asy'ariah
 
5. mk s.p.i bab v [klulafa rosidun]
5. mk s.p.i bab v [klulafa rosidun]5. mk s.p.i bab v [klulafa rosidun]
5. mk s.p.i bab v [klulafa rosidun]
 
02.pembukuan hadits
02.pembukuan hadits02.pembukuan hadits
02.pembukuan hadits
 
Ilmu rijal al hadits
Ilmu rijal al haditsIlmu rijal al hadits
Ilmu rijal al hadits
 
Sejarah Ilmu Pengetahuan Islam
Sejarah Ilmu Pengetahuan IslamSejarah Ilmu Pengetahuan Islam
Sejarah Ilmu Pengetahuan Islam
 
pptx_20230410_190142_0000.pptx
pptx_20230410_190142_0000.pptxpptx_20230410_190142_0000.pptx
pptx_20230410_190142_0000.pptx
 
Bab 8 bani abasiyah
Bab 8 bani abasiyahBab 8 bani abasiyah
Bab 8 bani abasiyah
 
- di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam
 - di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam - di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam
- di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam
 
Kel 4_PPI masa khulafa ur Rasyidin.pptx
Kel 4_PPI masa khulafa ur Rasyidin.pptxKel 4_PPI masa khulafa ur Rasyidin.pptx
Kel 4_PPI masa khulafa ur Rasyidin.pptx
 
Hukum islam materi kelas x
Hukum islam materi kelas xHukum islam materi kelas x
Hukum islam materi kelas x
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdfTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdf
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docxTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
 
Sumber hukum islam
Sumber hukum islamSumber hukum islam
Sumber hukum islam
 
Sejarah munculnya-istilah-ahlus-sunnah-wal-jama-ah
Sejarah munculnya-istilah-ahlus-sunnah-wal-jama-ahSejarah munculnya-istilah-ahlus-sunnah-wal-jama-ah
Sejarah munculnya-istilah-ahlus-sunnah-wal-jama-ah
 
TUGAS TAFSIR TEMATIK OLEH NUR FADILLA NASUTION (0104183200) SM IV-E MD FDK UI...
TUGAS TAFSIR TEMATIK OLEH NUR FADILLA NASUTION (0104183200) SM IV-E MD FDK UI...TUGAS TAFSIR TEMATIK OLEH NUR FADILLA NASUTION (0104183200) SM IV-E MD FDK UI...
TUGAS TAFSIR TEMATIK OLEH NUR FADILLA NASUTION (0104183200) SM IV-E MD FDK UI...
 
Sejarah Pengetahuan Islam
Sejarah Pengetahuan IslamSejarah Pengetahuan Islam
Sejarah Pengetahuan Islam
 
Materi kuliah pertemuan ke 3
Materi kuliah pertemuan ke 3Materi kuliah pertemuan ke 3
Materi kuliah pertemuan ke 3
 
Makalah ulumul qur'an
Makalah ulumul qur'anMakalah ulumul qur'an
Makalah ulumul qur'an
 
Mengenal kurikulum kunci kunci ilmu syar'i
Mengenal kurikulum kunci kunci ilmu syar'iMengenal kurikulum kunci kunci ilmu syar'i
Mengenal kurikulum kunci kunci ilmu syar'i
 
Khulafaur rasyidin
Khulafaur rasyidinKhulafaur rasyidin
Khulafaur rasyidin
 

More from Language Explore

Zikir Berganda & Doa Merangkumi 2016
Zikir Berganda & Doa Merangkumi 2016Zikir Berganda & Doa Merangkumi 2016
Zikir Berganda & Doa Merangkumi 2016Language Explore
 
Selected Dhikr & Supplication from the Quran & Hadith
Selected Dhikr & Supplication from the Quran & HadithSelected Dhikr & Supplication from the Quran & Hadith
Selected Dhikr & Supplication from the Quran & HadithLanguage Explore
 
Zikir Berganda & Doa Yang Merangkumi
Zikir Berganda & Doa Yang MerangkumiZikir Berganda & Doa Yang Merangkumi
Zikir Berganda & Doa Yang MerangkumiLanguage Explore
 
Ustaz Hj Ismail Bin Ahmed - Resume
Ustaz Hj Ismail Bin Ahmed - ResumeUstaz Hj Ismail Bin Ahmed - Resume
Ustaz Hj Ismail Bin Ahmed - ResumeLanguage Explore
 
Ustaz Hj Ismail Bin Ahmed - Biodata Ringkas
Ustaz Hj Ismail Bin Ahmed - Biodata RingkasUstaz Hj Ismail Bin Ahmed - Biodata Ringkas
Ustaz Hj Ismail Bin Ahmed - Biodata RingkasLanguage Explore
 
Quranic verses with the word فتح
Quranic verses with the word فتح Quranic verses with the word فتح
Quranic verses with the word فتح Language Explore
 
Early Morning Verses and Supplication
Early Morning Verses and SupplicationEarly Morning Verses and Supplication
Early Morning Verses and SupplicationLanguage Explore
 
Dzikir dan Doa ‘Asyurā’
Dzikir dan Doa ‘Asyurā’Dzikir dan Doa ‘Asyurā’
Dzikir dan Doa ‘Asyurā’Language Explore
 
الأَدْعِيَةُ السَّبْعَة لاِسْمِهِ تَعَالَى الَّلطِيْفُ
الأَدْعِيَةُ السَّبْعَة لاِسْمِهِ تَعَالَى الَّلطِيْفُالأَدْعِيَةُ السَّبْعَة لاِسْمِهِ تَعَالَى الَّلطِيْفُ
الأَدْعِيَةُ السَّبْعَة لاِسْمِهِ تَعَالَى الَّلطِيْفُLanguage Explore
 
Seek Refuge With Allah From Bad Old Age
Seek Refuge With Allah From Bad Old AgeSeek Refuge With Allah From Bad Old Age
Seek Refuge With Allah From Bad Old AgeLanguage Explore
 
Awrad Ikhwan Tariqat Ahmadiyah
Awrad Ikhwan Tariqat AhmadiyahAwrad Ikhwan Tariqat Ahmadiyah
Awrad Ikhwan Tariqat AhmadiyahLanguage Explore
 
في فضائل شهر رجب من الكتاب الغنية لطالبي طريق الحق عزوجل
في فضائل شهر رجب من الكتاب الغنية لطالبي طريق الحق عزوجلفي فضائل شهر رجب من الكتاب الغنية لطالبي طريق الحق عزوجل
في فضائل شهر رجب من الكتاب الغنية لطالبي طريق الحق عزوجلLanguage Explore
 
A Brief Guide Towards Understanding the Quran
A Brief Guide Towards Understanding the QuranA Brief Guide Towards Understanding the Quran
A Brief Guide Towards Understanding the QuranLanguage Explore
 
Zikir Berganda & Doā Yang Merangkumi - Siri Pilihan
Zikir Berganda & Doā Yang Merangkumi - Siri PilihanZikir Berganda & Doā Yang Merangkumi - Siri Pilihan
Zikir Berganda & Doā Yang Merangkumi - Siri PilihanLanguage Explore
 
فضائل رجب - Virtues of Rajab - Part 1
فضائل رجب - Virtues of Rajab - Part 1فضائل رجب - Virtues of Rajab - Part 1
فضائل رجب - Virtues of Rajab - Part 1Language Explore
 

More from Language Explore (20)

Zikir Berganda & Doa Merangkumi 2016
Zikir Berganda & Doa Merangkumi 2016Zikir Berganda & Doa Merangkumi 2016
Zikir Berganda & Doa Merangkumi 2016
 
Selected Dhikr & Supplication from the Quran & Hadith
Selected Dhikr & Supplication from the Quran & HadithSelected Dhikr & Supplication from the Quran & Hadith
Selected Dhikr & Supplication from the Quran & Hadith
 
IBA Pilihan Khazanah 1.91
IBA Pilihan Khazanah 1.91IBA Pilihan Khazanah 1.91
IBA Pilihan Khazanah 1.91
 
Zikir Berganda & Doa Yang Merangkumi
Zikir Berganda & Doa Yang MerangkumiZikir Berganda & Doa Yang Merangkumi
Zikir Berganda & Doa Yang Merangkumi
 
Ustaz Hj Ismail Bin Ahmed - Resume
Ustaz Hj Ismail Bin Ahmed - ResumeUstaz Hj Ismail Bin Ahmed - Resume
Ustaz Hj Ismail Bin Ahmed - Resume
 
Ustaz Hj Ismail Bin Ahmed - Biodata Ringkas
Ustaz Hj Ismail Bin Ahmed - Biodata RingkasUstaz Hj Ismail Bin Ahmed - Biodata Ringkas
Ustaz Hj Ismail Bin Ahmed - Biodata Ringkas
 
Amalan Awal Muharram
Amalan Awal MuharramAmalan Awal Muharram
Amalan Awal Muharram
 
Quranic verses with the word فتح
Quranic verses with the word فتح Quranic verses with the word فتح
Quranic verses with the word فتح
 
Amalan Pelbagai Ayāt
Amalan Pelbagai AyātAmalan Pelbagai Ayāt
Amalan Pelbagai Ayāt
 
Early Morning Verses and Supplication
Early Morning Verses and SupplicationEarly Morning Verses and Supplication
Early Morning Verses and Supplication
 
Dzikir dan Doa ‘Asyurā’
Dzikir dan Doa ‘Asyurā’Dzikir dan Doa ‘Asyurā’
Dzikir dan Doa ‘Asyurā’
 
حزب الآيات
حزب الآيات حزب الآيات
حزب الآيات
 
الأَدْعِيَةُ السَّبْعَة لاِسْمِهِ تَعَالَى الَّلطِيْفُ
الأَدْعِيَةُ السَّبْعَة لاِسْمِهِ تَعَالَى الَّلطِيْفُالأَدْعِيَةُ السَّبْعَة لاِسْمِهِ تَعَالَى الَّلطِيْفُ
الأَدْعِيَةُ السَّبْعَة لاِسْمِهِ تَعَالَى الَّلطِيْفُ
 
Seek Refuge With Allah From Bad Old Age
Seek Refuge With Allah From Bad Old AgeSeek Refuge With Allah From Bad Old Age
Seek Refuge With Allah From Bad Old Age
 
Awrad Ikhwan Tariqat Ahmadiyah
Awrad Ikhwan Tariqat AhmadiyahAwrad Ikhwan Tariqat Ahmadiyah
Awrad Ikhwan Tariqat Ahmadiyah
 
في فضائل شهر رجب من الكتاب الغنية لطالبي طريق الحق عزوجل
في فضائل شهر رجب من الكتاب الغنية لطالبي طريق الحق عزوجلفي فضائل شهر رجب من الكتاب الغنية لطالبي طريق الحق عزوجل
في فضائل شهر رجب من الكتاب الغنية لطالبي طريق الحق عزوجل
 
A Brief Guide Towards Understanding the Quran
A Brief Guide Towards Understanding the QuranA Brief Guide Towards Understanding the Quran
A Brief Guide Towards Understanding the Quran
 
Zikir Berganda & Doā Yang Merangkumi - Siri Pilihan
Zikir Berganda & Doā Yang Merangkumi - Siri PilihanZikir Berganda & Doā Yang Merangkumi - Siri Pilihan
Zikir Berganda & Doā Yang Merangkumi - Siri Pilihan
 
فضائل رجب - Virtues of Rajab - Part 1
فضائل رجب - Virtues of Rajab - Part 1فضائل رجب - Virtues of Rajab - Part 1
فضائل رجب - Virtues of Rajab - Part 1
 
Fatq al-Ratq vs. Big Bang
Fatq al-Ratq vs. Big BangFatq al-Ratq vs. Big Bang
Fatq al-Ratq vs. Big Bang
 

Analisa Sejarah Mengenai Tafsiran Uli al-Amri di dalam al-Qur'an

  • 1. Analisa Sejarah Mengenai Tafsiran Uli al-Amri di dalam al-Qur’an Ismail Bin Ahmed
  • 2. 3 Kandungan Kandungan Pendahuluan Asas Perbincangan 1. Tafsiran At-Tabari (224-310 H./ 838-923 M.) 2. Tafsiran Ar-Razi (545-606 H./ 1150-1209 M.) 3. Tafsiran Al-Qurtubi (w. 671 H./ 1272 M.) 4. Tafsiran Ibnu Kathir (705-774 H./ 1305-1372 M.) 5. Tafsiran Al-Baydhawi (w. 691 H./ 1291 M.) 6. Tafsiran Asy-Syawkani (1173-1250 H./ 1759-1834 M.) Kesimpulan Bibliografi
  • 3. 4 Pendahuluan Kertas kerja ini cuba mengulas dan mentahkik fakta sejarah satu esei oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar yang bertajuk “The Uli al-Amri In The Qur‘anic Exegeses”1 yang telah dimuatkan di dalam Terbitan Tak Berkala No.2 Jabatan Usuluddin Dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam, UKM, 1993 bertajuk “Kajian Sekitar Permasalahan Al-Tafsir dan Al-Hadith”. Esei tersebut membincangkan konsep “Uli al-amr” berdasarkan tafsiran mu’tabar oleh At-Tabari (224-310 H./ 838-923 M.), Ar-Razi (545-606 H./1150-1209 M.), Al-Qurtubi (w. 671 H./1272 M.), Ibnu Kathir (705-774 H./ 1305-1372 M.), Al-Baydhawi (w. 791 H./1388 M.) dan Asy-Syawkani (1173-1250 H./ 1759-1834 M.).
  • 4. 5 Asas Perbincangan Esei “The Uli al-Amri In The Qur‘anic Exegeses” membincangkan konsep “Uli al-amr” (orang-orang yang berkuasa) berdasarkan kalimah- kalimah “Uli al-amr” yang terdapat di dalam ayat 59 Surah An-Nisa berikut: ْ ُ‫نﲂ‬ِ‫ﻣ‬ ِ‫ﺮ‬ْ‫ﻣ‬� ْ�‫ا‬ ِ‫وﱄ‬�‫آ‬َ‫و‬ َ‫ل‬‫ﻮ‬ ُ‫ﺳ‬�‫اﻟﺮ‬ ‫ا‬‫ﻮ‬ُ‫ﻌ‬‫ﻴ‬ِ‫ﻃ‬�‫آ‬َ‫و‬ َ‫ﻪ‬��‫ﻠ‬‫ل‬‫ا‬ ‫ا‬‫ﻮ‬ُ‫ﻌ‬‫ﻴ‬ِ‫ﻃ‬�‫آ‬ ‫ا‬‫ﻮ‬ُ‫ن‬َ‫ﻣ‬ٓ‫آ‬ َ‫�ﻦ‬ِ ��‫ا‬ ‫ﺎ‬َ�‫ﳞ‬�‫آ‬ َ�ۖ◌‫ن‬ � ‫ﺎ‬َ‫ﻓ‬ ِ‫م‬ْ‫ﻮ‬َ‫ﻴ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬َ‫و‬ ِ‫ﻪ‬��‫ﻠ‬‫ل‬ ِ� َ‫ﻮن‬ُ‫ن‬ِ‫ﻣ‬ْ‫ُﺆ‬‫ﺗ‬ ْ ُ‫ﻨﱲ‬ُ‫ﻛ‬ ‫ن‬ � ‫ا‬ ِ‫ﻮل‬ ُ‫ﺳ‬�‫اﻟﺮ‬َ‫و‬ ِ‫ﻪ‬��‫ﻠ‬‫ل‬‫ا‬ َ‫ﱃ‬ � ‫ا‬ ُ‫ﻩ‬‫�و‬‫د‬ُ‫ﺮ‬َ‫ﻓ‬ ٍ‫ء‬ ْ َ‫ﳾ‬ ِ‫ﰲ‬ ْ ُ‫ْﱲ‬‫ﻋ‬َ‫ﺎز‬َ‫ﻨ‬َ‫ﺗ‬ ِ‫ﺮ‬ِ‫ﺧ‬ٓ ْ�‫ا‬ۚ◌ُ‫ﻦ‬ َ‫ﺴ‬ْ‫ﺣ‬�‫أ‬َ‫و‬ ٌ ْ‫َﲑ‬� َ ِ��َ‫ذ‬ً‫ﻳﻼ‬ِ‫و‬�‫أ‬َ‫ﺗ‬﴿٥٩﴾ “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan juga kepada “Uli al-amr” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembalikan kepada (Kitab) Allah (Al-Qur'an) dan (Sunnah) Rasulnya, jika sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok kesudahannya.” 1F 2
  • 5. 6 1. Tafsiran At-Tabari (224-310 H./ 838-923 M.) Pengarang Jami’ al-Bayan Fi Tafsir al-Qur‘an, Imam Abu Ja’afar Muhammad Ibni Jarir At-Tabari yang juga merupakan seorang ahli Hadith, ahli Fiqh yang mempunyai madzhab tersendiri, ahli Qiraah3 serta ahli sejarah yang telah mengarang Tarikh ul-Umam wal Muluk wa Akhbarahum4 hidup ketika kerajaan Bani ‘Abbasiah dikuasai pemimpin-pemimpin tentera Turki yang membolot jentera pentadbiran, pengawal dan ketenteraan sehingga khalifah- khalifah bebas dilantik, dipecat dan bahkan dibunuh sekehendak hati mereka.5 Di zamannya, wilayah Trans-Oxiana telah jatuh kepada kekuasaan Nasir bin Ahmad dari puak Syi’ah Samaniyah pada T.H 260 H/T.M. 874 M. dan kawasan diantara Tunisia hingga Mesir di utara benua Afrika telah dikuasai ‘Abdullah bin Al-Mahdi yang mengasaskan kerajaan Fatimiyyah pada T.H.296/T.M. 909.6 Ketika mentafsirkan konsep “Uli al-amr”, At-Tabari yang wafat ketika pemerintahan Khalifah Al-Muqtadir (295-320H/908-932M.) tidak menggunakan istilah al-khilafah atau amir al-mu’minin sebaliknya menggunakan istilah al-umara wal al-wulat yang bermaksud golongan sultan atau penguasa dan gabenor. Di beberapa wilayah seperti di Trans-Oxiana, penguasa-penguasa Syi’ah menguasai wilayah-wilayah yang didiami golongan majoriti Sunni atas nama khalifah-khalifah ‘Abbasiah.7 Pemerintahan Khalifah Al-Muqtadir merupakan pemerintahan yang penuh huru-hara kerana pendiriannya tidak ubah seperti bulu ditiup angin.8 At-Tabari berpendapat bahawa rakyat Sunni boleh mentaati penguasa-penguasa dan gabenor-gabenor Syi’ah demi kemaslahatan umum mereka.9
  • 6. 7 At-Tabari menolak pentafsiran “Uli al-amr” sebagai para ulama kerana beliau menyedari bahawa di zamannya, para ulama berkedudukan lemah sehingga pandangan dan nasihat mereka tidak diterima dan dipatuhi.10 At- Tabari hidup di zaman pentadwinan ilmu Hadith dan kemunculan tokoh-tokoh Tasauf. Ulama ahli Hadith terkemuka seperti Ahmad bin Hanbal (w. 241 H.), Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari (w. 256 H.), Muslim an-Naisaburi (w. 261 H.), Ibnu Majah (w. 273 H.), Abu Daud as-Sijistani (w. 275 H.), at-Turmidzi (w. 279 H.) dan An-Nasa‘i (w. 303 H.); serta tokoh-tokoh Tasauf terkemuka seperti Harith al-Muhasibi (w. 243 H.), Sirri as-Saqiti (w. 253 H.), Abu Yazid al-Bustami (w. 261 H.), Ibrahim bin Adham (w. 262 H.) dan Junaid al- Baghdadi (w. 298 H.) yang hidup sezaman dengan At-Tabari lebih menumpukan hayat mereka di dalam bidang ilmu masing-masing tanpa berkecimpung secara langsung dengan urusan politik dan pentadbiran umat Islam. 2. Tafsiran Ar-Razi (545-606 H./ 1150-1209 M.) Imam Fakhrud-Din Abu ‘Abdullah Muhammad bin ‘Umar bin Husayn bin al-Hassan bin ‘Ali At-Taimi Al-Bakri At-Tabrastani Ar-Razi Asy-Syafi‘i, pengarang At-Tafsir Al-Kabir (Mafaatih al-Ghaib) yang juga merupakan seorang ahli al-Kalam serta Usul11 menolak kemungkinan maksud “Uli al- amr” sebagai Khulafa ar-Rasyidin kerana Abu Bakr, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali menguasai umat Muslimin di abad pertama hijrah sahaja. Golongan umara al- saraya (pemimpin-pemimpin tentera) di zamannya pula lemah kerana mereka berkhidmat kepada as-salatin (golongan sultan). Ar-Razi sebagai seorang Sunni menolak konsep al-imam al-ma’sumun (imam-imam yang ma’sum) yang wujud di dalam ‘aqidah dan politik Syi‘ah sebagai pentafsiran “Uli al-amr”.12 Ar-Razi hidup ketika kuasa sultan-sultan Seljuq (447-594 H/ 1055-1195 M.) di Baghdad mula beralih kepada sultan-sultan Atabakiyah yang kemudian
  • 7. 8 dirampas pula oleh khalifah ‘Abbasiah An-Nasir (572-622 H./ 1179-1225 M.) pada T.H. 592/ T.M. 1194.13 Sebelum itu, Baghdad dikuasai sultan-sultan Seljuq yang telah mengalahkan penguasa-penguasa dan gabenor-gabenor Syi’ah kecuali pemerintah Syi’ah Fatimiyyah di Mesir. Ar-Razi mempunyai sikap negatif terhadap pemimpin-pemimpin Seljuq yang dinamakannya al- umara (penguasa-penguasa) dan al-salatin (golongan sultan). Khalifah-khalifah Bani ‘Abbasiah juga tidak diiktirafnya sebagai “Uli al-amr”. Bagi Ar-Razi, “Uli al-amr” adalah para ulama golongan ahl al-hall wa al-‘aqd (orang-orang yang berpengaruh yang diberi kuasa di dalam melakukan keputusan di dalam pemerintahan)14 sahaja. Sebagai menyokong pendapatnya, Ar-Razi berhujah bahawa Allah SWT melalui ayat 59 surah An-Nisa tersebut memberikan perintah secara pasti supaya mentaati “Uli al-amr”. “Uli al-amr” mesti terpelihara daripada perbuatan dosa kerana Allah SWT tidak membenarkan seseorang Muslim mentaati pemimpin yang fasiq. “Uli al-amr” bermaksud ahl al-hall wa al-‘aqd, dan bukannya al-umara (penguasa- penguasa) dan al-salatin kerana kaum Muslimin telah berijma’ bahawa mereka perlu taat atau diperintahkan supaya taat kepada pemimpin-pemimpin yang ‘adil dan sah berdasarkan Al-Qur'an dan as-Sunnah sahaja. Ketaatan kepada pemimpin kaum Muslimin dan sultan adalah tidak mutlak dan hanya sah selagi mereka berpegang kepada kebenaran. Ar-Razi mendakwa bahawa sebahagian besar ulama umat Islam tidak melihat perlunya mentaati pemimpin-pemimpin yang zalim dan fasiq. Menurut Ar-Razi, jumhur ulama berpendapat bahawa haram untuk menyerahkan ketaatan kepada pemimpin yang tidak bertaqwa.15 Ar-Razi berpandangan demikian kerana beliau menyaksikan bagaimana ruginya umat Islam setelah Sultan Salahuddin al-Ayubi yang berjaya memimpin umat Islam merampas Baitul Maqdis daripada tentera Salib wafat pada T.H. 589 dan kekuasaan diambil alih oleh al-salatin yang lebih mementingkan kehidupan duniawi.
  • 8. 9 Sekiranya kita membandingkan pendapat At-Tabari dengan pendapat Ar- Razi mengenai identiti “Uli al-amr” di dalam Al-Qur‘an, kita akan jelas melihat bahawa At-Tabari mentafsirkan “Uli al-amr” sebagai al-umara wal al- wulat, iaitu pemimpin-pemimpin umat Islam dan penguasa-penguasa mereka manakala Ar-Razi mentafsirkannya sebagai ahl al-hall wa al-‘aqd,16 iaitu para ulama yang menjelaskan peraturan agama dan memimpin manusia kepada agama. 3. Tafsiran Al-Qurtubi (w. 671 H./ 1272 M.) Imam Abu ‘Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr bin Farah al- Ansari Al-Khazraji Al-Andalusi Al-Qurtubi pengarang Al-Jami’ li Ahkam Al- Qur'an Al-‘Azhim17 pula tidak bersetuju dengan pandangan At-Tabari dan Ar- Razi kerana beliau berpendapat bahawa istilah “Uli al-amr” lebih tepat bermakna dua golongan kaum Muslimin; iaitu al-umara (penguasa-penguasa umat Islam) dan juga ulama umat Islam.18 Sebagaimana pentafsir-pentafsir sebelumnya, Al-Qurtubi menyedari bahawa terdapat pentafsiran yang berbeza mengenai identiti “Uli al-amr”. Walau bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa pandangannya lebih benar. Al-Qurtubi berhujah bahawa “Uli al-amr” adalah al-umara, kerana ayat Al- Qur‘an (4 : 59) menyebutkan wajib taat kepada Allah SWT, taat kepada Rasulullah SAW serta para penguasa umat Islam. Al-Qurtubi menjadikan Hadith riwayat Syaikhani dari Ibn ‘Abbas sebagai dalil. Menurut Hadith tersebut, ayat ini diturunkan sehubungan dengan perutusan Rasulullah SAW ke Syam yang diketuai oleh ‘Abdullah bin Hudzaifah untuk mengahadapi kaum Musyrikin di sana. ‘Abdullah yang marah terhadap tenteranya telah memerintahkan para pengikutnya supaya terjun ke dalam api yang dinyalakan. Walau bagaimanapun mereka enggan. Setelah kembali ke Madinah, mereka menemui Rasulullah SAW yang menerangkan
  • 9. 10 bahawa ketaatan hanya diperintahkan untuk perkara-perkara ma’ruf sahaja. Islam mengharamkan bunuh diri kerana ia merupakan satu ma’siat terhadap Allah SWT. Al-Qurtubi mengemukakan bahagian kedua daripada ayat dan surah yang sama “Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembalikan kepada (Kitab) Allah (Al- Qur'an) dan (Sunnah) Rasulnya, jika sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat” untuk menyokong pendapatnya mengenai makna kedua tentang “Uli al-amr” sebagai ulama umat Islam. Al-Qurtubi mentafsirkan bahawa ayat tersebut mewajibkan umat Islam bertanya dan merujuk kepada ulama serta mematuhi perintah-perintah agama yang dijelaskan oleh ulama kerana menurutnya, hanya para ulama sahajalah yang benar-benar tahu untuk mengistinbat hukum daripada Al-Qur‘an dan as-Sunnah kerana mereka sahaja layak mentafsirkan kedua sumber hukum Islam tersebut. Jelasnya, Al-Qurtubi berpendirian bahawa penguasa-penguasa umat Islam di zamannya sebagai tidak memiliki ‘ilmu seperti yang dikehendaki oleh syari‘at Islam menurut Ahlus Sunnah Wal-Jama‘ah. Ulama lebih mengetahui mengenai Al-Qur‘an dan As-Sunnah dan oleh itu para pemerintah mesti merujuk kepada mereka sehingga wujud kerjasama erat di antara para pemerintah dengan golongan ulama. Sebagaimana Ar-Razi, Al-Qurtubi berpendapat bahawa umat Islam tidak perlu taat kepada pemimpin yang fasiq dan zalim.19 Walau bagaimanapun, Al-Qurtubi yang hidup sezaman dengan Muhammad I Al-Gjalib (630-672 H./ 1232-1273 M.); pengasas Kerajaan Nasriyyah (Bani al-Ahmar) di Andalus20 berfatwa bahawa umat Islam wajib keluar berjihad menentang orang-orang kafir walaupun dipimpin oleh penguasa-penguasa yang fasiq.21 Andalus merupakan bumi tempat berlakunya perebutan sengit di antara umat Islam yang mempunyai penguasa-penguasa yang sering merebut kuasa di antara satu sama lain dengan tentera kristian
  • 10. 11 Sepanyol. Al-Qurtubi menyedari bahawa Kerajaan Nasriyyah merupakan satu- satunya benteng terakhir bagi umat Islam di Andalus walaupun beliau tidak sempat menyaksikan kejatuhan Gharnathah (Granada) kepada Isabella dari Aragon dan Ferdinand dari Castille pada T.H 898/ T.M. 1492.22 4. Tafsiran Ibnu Kathir (705-774 H./ 1305-1372 M.) Al-Hafiz Imaduddin Abul Fida Isma‘il bin ‘Umar bin Kathir bin Dhau‘ul Basary Ad-Dimasyqi Asy-Syafi‘i telah meriwayatkan di dalam Tafsir Al- Qur‘an Al-‘Azim 23 banyak kisah-kisah mengenai asbab an-nuzul ayat Al- Qur‘an (4:59). Banyak di antara catatannya adalah mengenai pemimpin- pemimpin peperangan yang dilantik dan diutus oleh Rasulullah SAW. Terdapat kes-kes di mana tentera-tentera Islam tidak mentaati pemimpin mereka dan salah satu daripada kisah yang dinukil Ibnu Kathir adalah mengenai keengganan para perajurit untuk membakar diri mereka seperti yang telah dicatitkan sebelum ini. Kisah yang lain mencatatkan satu ekspidisi peperangan yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan ‘Ammar bin Yasir. Di dalam peristiwa tersebut, berlaku perbalahan sesama mereka kerana Khalid menentang keputusan ‘Ammar untuk melindungi seorang lelaki yang mendakwa telah memeluk Islam. Kes tersebut telah dibawa kepada Rasulullah SAW yang menyetujui tindakan ‘Ammar. Ibnu Kathir mencatatkan dua pentafsiran mengenai “Uli al-amr”. Kedua-dua tafsiran tersebut bermaksud ulama umat Islam. Menurut Ibnu Kathir, ‘Ali bin Abi Talhah meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas bahawa “Uli al-amr” adalah ahl al-fiqh wa al-din manakala Mujahid, ‘Atha’, Hassan al- Basri dan Abu al-‘Alibah mengatakan “Uli al-amr” adalah para ulama. Walau bagaimanapun, Ibnu Kathir juga tidak menthabitkan bahawa maksud sebenar “Uli al-amr” adalah para ulama sahaja.24
  • 11. 12 Ibnu Kathir hidup di zaman Kesultanan Mamalik Bahriyah (648-784 H./ 1250-1382 M.). Lebih tepat lagi, Ibnu Kathir yang wafat semasa pemerintahan Sultan Al-Asyraf Zainuddin Abu al-Ma‘ali Sya’ban bin Hassan bin Muhammad bin Qalawun (764-778 H./ 1363-1376 M.) dan beliau dilahirkan setengah abad selepas berlakunya kemusnahan Baghdad oleh Tartar pada T.H. 656 (T.M. 1258).25 Semenjak serangan Tartar dipatahkan di ‘Ain Jalut (658 H/ 1259M.) ketika pemerintahan Sultan al-Muzaffar Qutaz dengan bantuan dan dorongan Qadhiul-Qudhat Mesir ‘Izzud-Din ‘Abdus Salam (w. 660 H/ 1261 M.)26 sehinggalah era guru Ibnu Kathir, Ibnu Taimiyyah al-Harran (661-728 H./ 1263-1327M.) yang turut terlibat menahan ancaman Tartar di Dimasyq,27 kerjasama di antara para penguasa dan golongan ulama di Mesir dan Syam membuktikan kepada Ibnu Kathir bahawa “Uli al-amr” adalah istilah umum yang merangkumi penguasa-penguasa umat Islam dan para ulama Islam. 5. Tafsiran Al-Baydhawi (w. 691 H./ 1291 M.) Qadhiul-Qudhat Nasiruddin ‘Abdullah bin Muhammad ‘Ali Al- Baydhawi Asy-Syafi‘i di dalam kitabnya, Anwar at-Tanzil wa Asrar at-Ta’wil 28 mentafsirkan “Uli al-amr” sebagai umara al-muslimin (pemimpin-pemimpin umat Islam) ketika dan selepas era Rasulullah SAW. Menurut Al-Baydhawi, pemimpin-pemimpin umat Islam adalah para khalifah, golongan Qadhi serta pemimpin-pemimpin tentera. Allah SWT memerintahkan umat Islam mentaati mereka selagi mereka berada di dalam kebenaran. Al-Baydhawi berhujah bahawa tidak mungkin berlaku perbezaan pendapat di antara seorang Muslim biasa (muqallid) dengan seorang mujtahid mengenai persoalan agama walaupun ada kemungkinan terjadi perbezaan pendapat di antara pemimpin- pemimpin umat Islam dan umat yang diperintah mereka. Perbalahan di antara mereka mewajibkan semua pihak merujuk kembali kepada Al-Qur‘an dan as-
  • 12. 13 Sunnah sebagimana tersebut di dalam bahagian kedua ayat (4: 59)29 sebagaimana disebutkan sebelum ini. Al-Baydhawi yang berasal dari daerah Syiraz, Persia Selatan memahami skop tanggungjawab Qadhi sebagai “Uli al-amr” kerana beliau merupakan seorang Qadhiul-Qudhat di wilayah Syiraz30 ketika Persia berada di bawah kekuasaan Il-Khan keturunan Hulagu (w. 664 H./ 1265 M.) yang bertanggungjawab memusnahkan Baghdad. Allah SWT mentaqdirkan putera Hulagu yang merupakan Il-Khan ketiga, Ahmad Takudar (680 – 683 H. /1282- 1284 M.) menjadi seorang Muslim.31 Al-Baydhawi yang wafat di kota Tibriz ketika kekuasaan Il-Khan kelima, Gaykhatu (690-694 H./ 1291-1295 M.) menyaksikan bahawa jawatan Qadhiul-Qudhat diadakan semula ketika Ahmad Takudar berkuasa. 32 6. Tafsiran Asy-Syawkani (1173-1250 H./ 1759-1834 M.) Imam Muhammad bin ‘Ali bin ‘Abdullah Asy-Syawkani pengarang tafsir Fathul Qadir yang juga menyusun kitab Nailul Authar syarah kitab hadith Muntaqal Akhbar33 pula mentafsirkan “Uli al-amr” sebagai al- a’immah (pemimpin umat Islam), as-salatin, golongan Qadhi dan sesiapa jua individu Muslim yang memiliki wilayah syar‘iyyah (kepimpinan Islam) yang berbeza daripada wilayah taghutiyyah (kepimpinan bukan Islam). Menurutnya, ayat Al-Qur‘an (4:59) memerintahkan umat Islam supaya mentaati perintah dan suruhan yang tidak bertentangan dengan syara’. Asy-Syawkani mengkaji pandangan-pandangan pentafsir lain mengenai konsep “Uli al-amr” walaupun menganggap pandangannya sebagai pandangan yang paling rajih.34 Asy-Syawkani adalah seorang penentang taqlid yang asalnya bermadzhab Zaidiyyah dan beliau banyak bersandar kepada tafsir-tafsir sebelumnya seperti karangan-karangan an-Nahhas, Ibnu ‘Atiyyah, Al-Qurtubi dan Zamakhsyari.35 Beliau hidup di kalangan penganut-penganut Madzhab
  • 13. 14 Zaidiyyah di San‘a ketika dunia Islam berada di dalam era kelemahan kekuasaan Khalifah ‘Uthmaniyyah. Tafsir Fathul Qadir ditulis di antara T.H. 1223 (T.M. 1808) hingga T.H. 1229 (T.M. 1813)36 ketika pemerintahan Sultan Mahmud II (1223 H./1808 M.-1255 H./1839 M.). Wazir kerajaan ‘Uthmaniah di Mesir ketika itu, Muhammad ‘Ali Pasha (1215 H./1800 M.-1265 H./1848 M.) mempunyai kuasa autonomi dan pada hakikatnya menguasai wilayah- wilayah ‘Arab termasuk Yaman, tempat Asy-Syawkani. Asy-Syawkani menulis tafsirnya di zaman perebutan kuasa ke atas daerah Hijaz di antara puak Wahhabi dengan Muhammad ‘Ali Pasha yang didorongi oleh campurtangan kuasa-kuasa Barat yang kafir. Adalah munasabah beliau prihatin terhadap penjajahan British dan Perancis ke atas wilayah-wilayah umat Islam di dunia ‘Arab ketika itu.37 Sejarah juga mencatatkan bahawa Asy-Syawkani hidup sezaman dengan tragedi yang berlaku ketika Sultan Mahmud II memusnahkan 40,000 tentera tradisional Inkisyariah yang memberontak menentangnya kerana baginda melakukan pembaharuan ketenteraan yang dianggap meniru sistem ketenteraan Barat yang kafir.38
  • 14. 15 Kesimpulan Fakta sejarah membuktikan bahawa At-Tabari, Ar-Razi, Al-Qurtubi, Ibnu Kathir, Al-Baydhawi dan Asy-Syawkani dipengaruhi oleh suasana persekitaran dan pemerintahan zaman mereka di dalam mentafsirkan konsep “Uli al-amr” yang terdapat di dalam ayat 59 surah An-Nisa. Walau bagaimanapun, perbezaan pentafsiran mengenai konsep “Uli al-amr” di antara enam pentafsir tersebut tidak terlalu besar kerana kesimpulannya, “Uli al-amr” ditafsirkan sebagai golongan yang bertanggungjawab dan berkuasa terhadap umat Islam. Kita boleh membenarkan pendapat Dr. Ibrahim yang mengatakan bahawa istilah “Uli al-amr” termasuk di dalam istilah yang mutasyabihat (samar-samar) serta memerlukan ijtihad untuk memahaminya.39 Bagi kita yang berada di zaman mutakhir ini, jurang perbezaan memang wujud di antara golongan yang tidak berpendidikan agama yang menerajui kepimpinan hampir semua negara-negara Islam dengan golongan ulama yang hanya mampu berfatwa sehingga wujud dichotomy di antara golongan al- umara dan ulama; mengakibatkan umat Islam tidak mempunyai “Uli al-amr” yang benar-benar berwibawa serta boleh ditaati kecuali mungkin dari segelintir kalangan pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang wujud di atas muka bumi Allah SWT. Al-umara yang lazimnya merupakan golongan profesional serta terlatih dengan berbagai disiplin ilmu semasa yang canggih perlu menggembeling tenaga dengan golongan ulama yang sepanjang hidup mereka mendalami dan mengamalkan ilmu-ilmu turath Islam untuk memimpin umat khususnya dari segi kerohanian yang tidak mungkin boleh diperolehi kecuali dengan menceburkan diri dengan sistem pengajian tradisional yang penuh berkat. Walau bagaimanapun, penguasaan kedua-dua disiplin ilmu sekaligus oleh umat merupakan kaedah terbaik, khususnya bagi mereka-mereka yang
  • 15. 16 dikurniakan Allah SWT dengan keupayaan dan kecerdasan yang luar biasa supaya lahir “Uli al-amr” dari golongan ulama-umara yang amanah mewarisi Rasulullah SAW serta cekap dan berkesan di dalam tindakan mereka persis Khulafa ar-Rasyidin; sebelum ketibaan kepimpinan Imam Mahdi al-Muntazar agar terubat luka umat yang telah kehilangan kepimpinan khilafah semenjak pupusnya Kesultanan ‘Uthmaniah pada 3 Mac 1924. Wallāhu ta‘ālā a‘lām Ismail Ahmed, 1999 . Catatan
  • 16. 17 1 Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic Exegeses”, Terbitan Tak Berkala No.2 Jabatan Usuluddin Dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam, UKM, 1993; “Kajian Sekitar Permasalahan Al-Tafsir dan Al-Hadith”; hlm. 37-52. 2 Terjemahan Surah An-Nisa: 59; Tafsir Pimpinan Al-Rahman kepada Pengertian Al-Qur'an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Cetakan ketujuh, 1985, h1m. 62-63. 3 Ali Yusuf Ali, Sisilah Ulama Tafsir, Alihbahasa oleh Datin Sohair Abdel Moneim Sery, Penerbitan Pustaka Antara, Cetakan Pertama1989, hlm. 1. 4 Manna Khalil al-Qattan, Studi Ilmu-Ilmu Qur‘an, Liter AntarNusa., Cetakan Pertama, 1992, hlm. 520. Satu terjemahan daripada Mabahith Fi ‘Ulum Al-Qur'an oleh Drs. Mudzakir AS. 5 Haji Dusuki Haji Ahmad, Ikhtisar Perkembangan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 300. 6 Ibid., Jadual “Nama-nama kerajaan yang muncul pada zaman kelumpuhan Kerajaan ‘Abbasiah”, hlm. 295. 7 Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic Exegeses”, hlm. 43. 8 Haji Dusuki Haji Ahmad, Ikhtisar Perkembangan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 301. 9 Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic Exegeses”, hlm. 43. 10 Ibid., hlm. 42. 11 Ali Yusuf Ali, Sisilah Ulama Tafsir, hlm. 57. 12 Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic Exegeses”, hlm. 40. 13 Haji Dusuki Haji Ahmad, Ikhtisar Perkembangan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka,1987, hlm. 308. 14 Prof. Dr. Lutpi Ibrahim, Konsep Imamah dan Khilafah Serta Implikasinya Menurut Ahlus Sunnah Wal- Jama‘ah, Hizbi, 1993, hlm.6. 15 Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic Exegeses”, hlm. 41. 16 Ibid., hlm. 41. 17 Dr. Mahmud Basuni Faudah, Tafsir-Tafsir Al-Qur'an; Perkenalan dengan Metodologi Tafsir, terjemahan daripada At-Tafsir wa-Manahijuh oleh H.M. Mochtar Zoerni & Abdul Qodir Hamid, Penerbit Pusaka, 1987, hlm. 91. 18 Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic Exegeses”, hlm. 45. 19 Ibid., hlm. 45-47. 20 Fakta sejarah dipadankan daripada maklumat yang terdapat di dalam buku Dr.Mahayudin Hj. Yahya, Islam Di Sepanyol Dan Sicily, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 98. 21 Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic Exegeses”, hlm. 47. 22 Fakta sejarah dipadankan daripada maklumat yang terdapat di dalam buku Dr.Mahayudin Hj. Yahya, Islam Di Sepanyol Dan Sicily, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 96.
  • 17. 18 23 Dr. Mahmud Basuni Faudah, Tafsir-Tafsir Al-Qur'an; Perkenalan dengan Metodologi Tafsir, hlm. 58. 24 Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic Exegeses”, hlm. 47. 25 Fakta sejarah dipadankan daripada maklumat yang terdapat di dalam buku Ibn Taimiyyah, Sejarah Hidup dan Tasauf, oleh Putih Ishak, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 64-70. 26 Fakta sejarah dipadankan daripada maklumat yang terdapat di dalam buku Izz al-Din al-Sulami, His Life and Works oleh Sayyid Rizwan Ali, Publication No. 37, Islamic Research Institute, Islamabad. 27 Fakta sejarah dipadankan daripada maklumat yang terdapat di dalam buku Ibn Taimiyyah, Sejarah Hidup dan Tasauf, oleh Putih Ishak, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 104-109. 28 Dr. Mahmud Basuni Faudah, Tafsir-Tafsir Al-Qur'an; Perkenalan dengan Metodologi Tafsir, hlm. 81. 29 Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic Exegeses”, hlm. 48. 30 Dr. Mahmud Basuni Faudah, Tafsir-Tafsir Al-Qur'an; Perkenalan dengan Metodologi Tafsir, hlm. 81. 31 Syed Abul Hassan Ali An-Nadwi, Dunia Islam diserang Monggol, Satu Bala Dari Allah, terjemahan Wan Jaffree Bin Wan Sulaiman, Gedung Gua, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 33-35. 32 Fakta sejarah dipadankan daripada maklumat-maklumat yang terdapat di dalam buku The World Illustrated History, edited by Geoffrey Parker, Harper & Row, Publishers, New York, 1986, pg. 169 & daripada notakaki 74 yang terdapat di buku Ibn Taimiyyah, Sejarah Hidup dan Tasauf, oleh Putih Ishak, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 81. 33 Manna Khalil al-Qattan, Studi Ilmu-Ilmu Qur‘an, Liter AntarNusa., Cetakan Pertama, 1992, hlm. 525-526. 34 Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic Exegeses”, hlm. 48. 35 Dr. Mahmud Basuni Faudah, Tafsir-Tafsir Al-Qur'an; Perkenalan dengan Metodologi Tafsir, hlm. 240. 36 Ibid., hlm. 240. 37 Fakta sejarah dipadankan daripada maklumat-maklumat yang terdapat di dalam Encyclopedia Britannica, mengenai Egypt, From the French to the British Occupation, hlm. 177. 38 Fakta sejarah dipadankan daripada maklumat-maklumat yang terdapat di dalam Tafsir Al-Azhar oleh Prof.Dr.Hamka, , Juzu’ 5, Panji Masyarakat ,Cetakan 1984, hlm. 155-157. 39 Terjemahan nukilan daripada artikel oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar, “The Uli al-Amri In The Qur‘anic Exegeses”, hlm. 37.