SlideShare a Scribd company logo
1 of 48
AKHLAK DALAM
KEHIDUPAN
PELAJAR MUSLIM
NAMA AHLI KUMPULAN
* AISHAH BINTI AZAHAR
* RODZIMAH BINTI JAMALUDDIN
* NORSYAZWANI BINTI BAKAR
* ZAHIDAH BINTI MD ISA
PENGENALAN
◦ Sebuah rumah itu akan menjadi indah sekiranya dihias dengan ukiran-ukiran, hiasan-hiasan dan bunga-
bungaan. Hal ini kerana tanpa hiasan sedemikian, rumah akan menjadi malap,tidak ceria,sugul,tidak sedap
mata memandang . Begitu jualah dengan perihal manusia. Akhlak adalah merupakan bahan hiasan yang
menghiasi diri manusia.
◦ Akhlak yang baik ialah akhlak yang dipancarkan menerusi perkataan, perbuatan, dan tingkahlaku yang akan
mengindahkan lagi diri insan tersebut yang sememangnya telah dijadikan sebagai makhluk yang terbaik dan
yang terunggul.
◦ Setiap Muslim seharusnya mempunyai ciri-ciri keindahan menerusi akhlak memandangkan Islam merupakan
satu cara hidup yang sempurna sekaligus menjadi alat utama sebagai pemancar sinar keinsanan dalam
kalangan makhluk Allah S.W.T yang bernama manusia.
◦ Berbeza dengan agama lain, agama Islam telah menggariskan secara terperinci pelbagai akhlak yang perlu
difahami, dihayati, dan dipraktikkan.
◦ Garis panduan akhlak yang akan menjadi manusia berguna di dalam kehidupan di dunia dan Berjaya
kehidupan di akhirat.
◦ Tidak ada secebis peraturan selaku perbuatan dan sejenak dalam kehidupan seorang Muslim yang terpisah
daripada prinsip akhlak ini memandangkan agama Islam adalah agama yang mencakup seluruh muka bumi
kehidupan insan.
DEFINISI AKHLAK
MENURUT
IMAM AL-GHAZALI

Imam Al-Ghazali memang banyak menghabiskan masa dan
umur beliau untuk berbicara dan menulis perihal yang
berhubung dengan persoalan akhlak.
Beliau telah memuatkan pandangan beliau mengenai persoalan
ini dalam dua buah buku atau kitab hasil nukilan beliau yang
bertajuk Ihya’Ulum ad-Din dan Mizan al-’Amal.
Imam Al-Ghazali merujuk kepada dua perkataan
yang terhubung
secara langsung dengan akhlak iaitu
al-Khuluq dan al-Khalq.
Menurut beliau, kedua-dua perkataan
berkenaan selalu digunakan secara
bersama meskipun membawa maksud yang sedikit berbeza.
Perkataan al-khalq merujuk kepada gambaran
zahir diri manusia,
sedangkan perkataan al-khuluq pula merujuk
kepada batinnya.
Kedua-dua gambaran tersebut sememangnya wujud pada diri
seorang manusia kerana ia merupakan
himpunan daripada komponen jasad
yang boleh dilihat menerusi mata kasar, serta komponen roh atau
nafs yang hanya boleh dilihat dan dirasai melalui mata hati
(al-Basirah)
Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa setiap satu
daripada komponen tersebut memiliki keadaan
dan gambaran samaada buruk atau cantik,
positif atau negatif, baik atau buruk,
mahmudah atau mazmumah.
Pada pandangan Al-Ghazali, aspek nafs atau roh yang hanya boleh difahami menerusi al-basirah itu adalah jauh
lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan aspek jasad.
Penilaian atau pentarafan ini dibuat oleh Al-Ghazali berdasarkan pandangan Al-Quran sendiri,kerana dalam
hubungan ini, Allah S.W.T telah berfirman yang mafhumnya :
“(Ingatlah peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
Sesungguhnya AKU hendak menciptakan manusia (Adam) dari tanah, kemudian apabila AKU sempurnakan
kejadiannya, serta AKU tiupkan roh dari (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya”
(Surah Sod :71 -72)
Pada pandangan Al-Ghazali, akhlak itu lebih merujuk kepada “keadaan” atau “suasana” yang terdapat
dalam jiwa seseorang , bukan dengan perilaku perbuatan yang dapat ditonton sebagaimana terpamer di
permukaan diri seseorang individu.
Suasana kejiwaan itu pula mestilah mempunyai beberapa ciri khusus untuk melayakkannya dikategorikan
sebagai akhlak.
Ciri-ciri berkenaan ialah “kukuh-sebati” serta berupaya mempamerkan tingkahlaku spontan dan mudah.
Dalam kata lain, tanpa kedua-dua ciri ini, sesuatu “suasana kejiwaan” itu tidak sempurna dan tidak
cukup syarat untuk digelarkan sebagai akhlak.
ADAB-ADAB
MENUNTUT ILMU
1- MEMULIAKAN ILMU & AHLINYA
Penuntut ilmu tidak akan memperolehi ilmu dan tidak akan dapat memanfaatkan ilmu,
kecuali ia mahu memuliakan ilmu dan ahlinya, mahu memuliakan serta menghormati
guru. Dikatakan bahawa orang yang memperolehi ilmu adalah orang yang mahu
menghormati, sementara mereka yang tidak berhasil memperoleh ilmu ialah mereka
yang tidak mahu menghormati. Adalah disebutkan bahawa “Hormat itu lebih baik
daripada kepatuhan”.
Ada syair yang menggambarkan :
“Aku melihat hak yag paling besar adalah hak guru, hak yang paling wajib
oleh setiap muslim. Seorang guru wajar diberi imbalan, mengajar satu huruf
seribu dirham’
2- MEMPUNYAI KESUNGGUHAN,KETEKUNAN & CITA-CITA
Seorang pelajar muslim mestilah mempunyai kesungguhan dan ketekunan dalam
mendapatkan ilmu sesuai dengan suruhan Al-Quran.
Ertinya :
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi
kehendak agama kami, nesaya kami tunjuk mereka ke jalan kami: - (Al-Ankabut ayat 69)
Dalam ayat lain pula Allah S.W.T berfirman : “Wahai Yahya, terimalah kitab itu (serta
amalkanlah) dengan sungguh-sungguh”
( Surah Maryam ayat 12)
Ada ungkapan mengatakan : “ Orang yang berusaha mendapatkan sesuatu dengan
bersungguh-sungguh pasti dicapainya, dan orang yang mengetuk pintu dan
melangkahkan kakinya hanya dapat masuk rumah”
3- MEMPUNYAI NIAT MENUNTUT ILMU
Ketika mempelajari sesuatu ilmu mestilah ada niatnya, kerana niat adalah pokok dalam semua pekerjaan.
Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda :
“ Sesungguhnya setiap pekerjaan mestilah bermula dengan niat”
Nabi Muhammad S.A.W juga pernah bersabda : “ Banyak pekerjaan yang nampaknya pekerjaan
keduniaan, kerana baik niatnya maka ia menjadi amal akhirat. Banyak pekerjaan yang nampaknya berupa
amal akhirat, tapi kerana buruk niatnya, menjadi pekerjaan keduniaan”.
Niat yang sepatutnya ada pada setiap penuntut ilmu ialah mengharapkan redha Allah S.W.T dan negeri
akhirat, melenyapkan kejahilan dari dalam dirinya dan diri orang-orang yang bodoh, menghidup dan
mengekalkan Islam. Sesungguhnya Islam hanya dapat dikekalkan dengan adanya ilmu. Zuhud dan taqwa
tidak ada gunanya tanpa disertai dengan ilmu. Sheikh Al-Imam Burhanuddin telah menyampaikan nasihat
berbentuk syair :
“Orang alim yang tercela adalah kebinasaan besar. Lebih besar lagi kebinasaan orang jahil beribadat.
Kedua-duanya fitnah besar bagi orang yang menjadikan kedua orang itu teladan dalam agamanya”.
CIRI-CIRI AKHLAK
SEORANG pelajar
MUSLIM
Di antara ciri-ciri akhlak yang
sewajarnya menghiasi diri
seseorang insan supaya ia menjadi
seorang muslim yang benar adalah
akhlak-akhlak berikut:
• 1. Bersifat warak dari melakukan perkara-
perkara yang syubhat
• 2.Memelihara penglihatan
• 3.Memelihara lidah
• 4.Bersifat pemalu
• 5. Bersifat lemah lembut dan sabar
1. BERSIFAT WARAK DARI MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG SYUBHAT
Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah dan juga perkara –
yang samar –samar diantara halal dan haramnya (syubhat) berdasarkan dari hadith rasullulah yang berbunyi :
Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar RasulullahSallallahu’alaihiwasallam
Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang
diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara
kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh kedalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram, seperti seorang pengembala yang
sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan.
Bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah
seluruhnya dan apabila ia rosak, rosakkalah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
2. MEMELIHARA PENGLIHATAN
SESEORANG MUSLIM ITU MESTILAH MEMELIHARA PANDANGAN DARIPADA MELIHAT PERKARA
-PERKARA YANG DIHARAMKAN OLEH ALLAH KERANA PANDANGAN TERHADAP SESUATU (YANG
MENARIK ITU) BOLEH MERANGSANG SYAHWAT DAN BOLEH MEMBAWA KE KANCAH
PELANGGAARAN DAN MAKSIAT.
SEHUBUNGAN DENGAN INI AL-QURANUL KARIM MENGINGAT KAN ORANG-ORANG MU’MIN SUPAYA
MEMELIHARA DIRI DARI PENGLIHATAN YANG TIDAK MEMBERI FAEDAH ,FIRMAN ALLAH
SUBHANAHUWATAALA.
KATAKANLAH KEPADA ORANG LAKI-LAKI YANG BERIMAN: “HENDAKLAH MEREKA MENAHAN PANDANGANNYA,
DAN MEMELIHARA
KEMALUANNYA; YANG DEMIKIAN ITU ADALAH LEBIH SUCI BAGI MEREKA, SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA
MENGETAHUI APA YANG MEREKA PERBUAT”.
(AN-NUR: 30)
RASULULLAH SALLALLAHU’ALAIHIWASALLAM PULA BERSABDA (ANTARA LAIN, BERMAKSUD):
“PANDANGAN ITU ADA SATU PANAHAN DARI PANAHAN IBLIS”
BAGINDA JUGA MENGINGATKAN (ANTARA LAIN, BERMAKSUD):
“HENDAKLAH KAMU MEMELIHARA PANDANGAN KAMU, MENJAGA KEHORMATAN (KEMALUAN) KAMU ATAU ALLAH AKAN
MENGHODOHKAN WAJAH KAMU.”
(HADITH RIWAYAT AT TABRANI)
3. MEMELIHARA LIDAH
Seseorang muslim itu mestilah memelihra lidahnya dari menuturkan kata-kata yng tidak berfaedah, perbualan-perbualan yang buruk dan kotor,
percakapan-percakapan kosong, mengumpat, mengeji dan mengadu domba. Imam Nawawi rahimahumullah mengatakan. “ketahuilah, seorang mukallaf
itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah
sama sahaja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang
haram atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang.”
Sebenarnya banyak dari hadith-hadith Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas empunya diri (antara
lain):
“Tidaklah dihumbankan muka manusia kedalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya”
(Hadith riwayat Al Tarmizi)
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam juga bersabda:
“Bukanlah ia seorang mu’min (jika) jika ia suka menuduh, melaknat, bercakap kotor dan keji.”
(Hadith riwayat At Tarmizi)
Sabda baginda lagi:
“Sesiapa yang banyak bercakap, maka banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya, maka banyaklah dosanya, dan sesiapa yang banyak
dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.”
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)
4. BERSIFAT PEMALU.
Seorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya
menghalangnya memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusan
orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup seta
memadai sekadar yang ada dan sifat-sifat seumpamanya. Diceritakan dari Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bahawa
baginda adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari anak gadis yang berada di balik tabir.
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:
“Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Lailaha
Illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah menyingkirkan duri dari jalan.
Dan sifat malu ialah satu cabang dari Iman”
Berhubung dengan sifat malu ini para ulama’ mengatakan: “Hakikat malu itu ialah sifat yang menggerakkan seseorang
itu meninggalkan kejahatan, dan menghalangnya dari mencuaikan hak orang lain.
5. BERSIFAT LEMBUT DAN SABAR
Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang Muslim ialah, sifat sabar dan berlemah
lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan
da’wah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyiksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang
memalukan. Halangan–halangan ini sering dihadapi oleh para petugas ‘amal Islami sehingga himmah mereka menjadi
pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan da’wah.
Dari keterangan ini jelaslah, tugas dan tanggungjawab seorang pendakwah adalah satu tugas yang amat sukar. Ia
bertanggungjawab menyampaikan da’wah kepada seluruh lapisan manusia yang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan
tabi’atnya. Da’i akan menyampaikan da’wahnya kepada orang-orang jahil dan orang-orang ‘alim, orang yang berfikiran
terbuka dan yang emosional (sensitif), orang yang mudah bertolak ansur dan yang keras kepala, orang yang tenang dan
yang mudah tersinggung. Oleh yang demikian ia wajib menyampaikan da’wah kepada semua golongan itu sesuai dengan
kadar kemampuan penerimaan akal mereka. Ia mestilah berusaha menguasai dan memasuki jiwa mereka seluruhnya.
Semua ini sudah pasti memerlukan kekuatan dari kesabaran yang tinggi, ketabahan dan lemah lembut.
Oleh itu kita dapati banyak ayat-ayat Al-quran dan hadith Nabi menganjur dan mengarahkan agar seorang da’i itu
berakhlak dengan sifat-sifat sabar, lemah lembut dan berhati-hati.
TANGGUNGJAWAB
SEORANG PELAJAR
Sebagai seorang pelajar terdapat pelbagai peranan atau tanggungjawab yang perlu dipikul.
Dalam kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa terdapat tujuh
peranan atau tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Tanggungjawab tersebut ialah :-
 Membersihan hati dari sifat2 mazmumah
Menyucikan dan membersihkan jiwa adalah perlu bagi seorang pelajar. Ini adalah kerana ilmu
itu ibarat cahaya yang akan hadir pada jiwa yang bersih dan suci . Hati yang bersih dari sifat-
sifat mazmumah iaitu sifat yang tercela seperti hasad dengki, khianat, takabbur, sombong,
gelojoh dan sebagainya adalah hati yang bersih dari gangguan syaitan yang menghalang
seseorang pelajar itu menguasai ilmu.
 Mengurangkan kesibukan dunia
Pencarian ilmu memerlukan tumpuan dan fokus yang sangat tinggi. Ianya perlu dilakukan
dengan usaha yang gigih, penuh komitmen dan tidak dilalaikan dengan urusan yang tidak
berkenaan dengan menuntut ilmu seperti keduniaan, kaum keluarga dan kampung halaman.
Imam Al-Ghazali mengungkapkan madahnya :
“Sebahagian ilmu tidak akan menyerah dirinya kepada kamu, sebelum kamu
menyerahkan sepenuh jiwa raga kepadanya”.
Sehubungan dengan itu Ibnu Khaldun menyarankan agar para pelajar berhijrah atau
mengembara atau berpisah dari kampung halaman, keluarga dan kesibukan biasa bagi
memberi tumpuan mencari ilmu, bertemu dengan guru-guru berkeperibadian mulia dan
mendampingi mereka agar penerimaan ilmu pengetahuan menjadi mantap.
Menghormati guru dan pengajarannya
Penghormatan perlu diberi kepada guru sebagai penghargaan betapa tingginya jasa
golongan ini dalam mendidik anak bangsa. Guru disanjung kerana jasa mereka
membimbing dan memberi ilmu serta sifat mereka yang tidak pernah mengenal
rasa jemu.
Pelajar yang berakhlak mulia adalah pelajar yang mampu menjalin hubungan baik
dengan guru-guru mereka. Hubungan baik yang terjalin mampu memberi manfaat
kepada kedua-duanya.
Pelajar juga disarankan supaya mengenang budi dan jasa guru, berbakti kepada
mereka,menjaga rahsia, memaafkan dan tidak mengumpat mereka. Pelajar juga
tidak boleh bangga diri,angkuh dengan ilmunya, mengutamakan hak guru,
mengenepikan urusan peribadi serta mematuhi nasihat-nasihat guru.
Memulakan perkara yang mudah kepada yang kompleks
Sepertimana guru perlu melihat tahap pemikiran murid, maka pelajar juga perlu
mengikut skema pembelajaran yang sama, jika tidak pelajar akan mengalami
kesukaran. Pelajar hendaklah memulakan pengajian dari prinsip atau dasar
sesuatu ilmu pengetahuan kemudian barulah melangkah kepada yang lebih
kompleks dan abstrak.
Memandang positif setiap disiplin ilmu
Imam Al-Ghazali menganjurkan agar para pelajar memahami nilai sesuatu
disiplin ilmu pengetahuan yang dipelajarinya. Sikap positif pelajar sangat perlu
untuk menghargai sebarang bentuk ilmu pengetahuan. Hal ini sangat berguna
dalam merancang subjek apakah yang sesuai diambil, bagi mengukuh dan
memantapkan disiplin fokus seseorang pelajar.
Menguasai ilmu pengetahuan berperingkat-peringkat
Ilmu pengetahuan tidak dipelajari serentak,melainkan dengan cara berperingkat-
peringkat. Selepas mempelajari ilmu yang lebih penting, lalu diikuti dengan ilmu
pelengkapnya. Bagi Imam Al-Ghazali, ilmu syariat adalah yang terpenting
kemudian barulah diikuti dengan ilmu keperluan semasa.
Ibnu Khaldun bersetuju dengan kaedah pembelajaran secara berperingkat-peringkat kerana
pelajar mampu menguasai dari suatu disiplin ke satu disiplin ilmu.
Mendalami ilmu jangka pendek dan jangka panjang
Pelajar hendaklah memfokuskan penguasaan ilmu mereka untuk tujuan jangka pendek
(membentuk insan kamil), yakni meningkatkan potensi dan kemahiran serta kepakaran
tenaga manusia mahir yang diperlukan oleh masyarakat dan negara. Manakala matlamat
jangka panjang pula ialah penguasaan ilmu dan amal berterusan yang boleh
mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah .
Maka menjadi penekanan utama kepada pelajar bahawa ilmu berteraskan wahyu dan
akhlak adalah yang terbaik dan terpenting.
AKHLAK RASULULLAH
YANG MENJADI COnTOH PELAJAR
MUSLIM
1- AKHLAK RASULULLAH SAW DENGAN ALLAH SWT
Mengabdikan diri setiap detik dan masa kepada Allah dengan
penuh kepatuhan, ketaatan, kecintaan dan kesyukuran yang tidak
berbelah bagi .
2- AKHLAK RASULULLAH SESAMA MANUSIA
●Rasulullah merupakan seorang yang
bertanggungjawab, sentiasa memberi kasih
sayang, berlemah lembut dan bertolak ansur.
3- AKHLAK RASULULLAH DENGAN
MAKHLUK LAIN
●Rasulullah menasihati umatnya supaya berlaku
ihsan kepada haiwan dan binatang ternakan serta
tidak menzalimi atau menyiksa mereka
DALIL TENTANG MULIANYA AKHLAK
RASULULLAH
●Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud :
- Sesungguhnya Engkau (ya Muhammad) mempunyai akhlak (budi
pekerti) yang amat tinggi
al-Qalam, ayat: 4
RASULULLAH ADALAH CONTOH DAN
IKUTAN YANG PALING TEPAT BAGI SEMUA
KEHIDUPAN
●Akhlak Rasulullah meliputi aspek kekeluargaan,
sosial,ekonomi,politik dan sbgnya. Dengan sifat
mahmudah yang ada pada Rasulullah, setiap
pelajar muslim boleh menjadikan ia satu inspirasi
supaya setiap pelajar itu memiliki sifat-sifat terpuji
dan pendekatan atau kaedah yang bersesuaian
dengan peredaran zaman teknologi sekarang
MENYELESAIKAN MASALAH DENGAN
MUSYAWARAH
●Setiap pelajar muslim harus mencontohi cara Rasulullah
menyelesaikan masalah iaitu dengan bermensyuarat dan bertukar-
tukar pendapat
●Setiap pelajar juga mesti menghargai dan menghormati idea atau
pendapat teman-teman sebagaimana Rasulullah menghargai
pandangan dan pendapat para sahabat Baginda
PENUTUP
●Akhlak yang mulia merupakan refleksi Iman dan
buahnya, Iman tidak akan menampakkan
buahnya tanpa akhlak, sebagaimana sabda
Rasulullah yang bermaksud:
Sesungguhnya Aku Dibangkitkan Untuk
Menyempurnakan Akhlak Yang Mulia.
CARA UNTUK MEMBINA DAN
MEMBENTUK AKHLAK YANG
MULIA IALAH:
●Pendidikan Iman sebagai asas akhlak
●Melalui latihan dan bimbingan pendidikan yang
berkualiti
●Mengambil Rasulullah sebagai contoh ikutan
yang terbaik
●Mengikuti segala ajaran yang disampaikan oleh
Rasulullah
SAMBUNGAN....
●Setiap kali pelajar muslim mempunyai budi
pekerti Islami dalam tingkah lakunya, semakin
dekatlah ia kepada kesempurnaan cita-citanya
●Sebaliknya bila ia semakin jauh dari budi pekerti
dan etika Islami, maka pada hakikatnya ia
semakin jauh dari roh dan sistem keislaman.
●Oleh itu, sebagai pelajar muslim yang sejati, kita
hendaklah meletakkan Allah sebagai yang utama
dan Rasulullah sebagai contoh ikutan...
RUJUKAN
Abdul Wahid Baharon (1992). Akhlak Harian Seorang Muslim. Kuala Lumpur : Sabha-Dtp Sdn Bhd.
Hasan Haji Mohd Ali (1996). 100 Akhlak Mulia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Imam Al-Ghazali (1990). Tugas Pelajar. Semarang : Cv. Asy- Syifa.
Wan Aznan Wan Abdullah (1999). Pemikiran Positif Cara Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd
Syeikh Burhanudin Al-Jarnuzi (1990). Adab – Adab Menuntut Ilmu. Kuala Lumpur: Syarikat Nurulhas.
Adiselmerbawiy.blogspot.com/2008/03akhlak-pelajar-dan-mahasiswa.html
tintahisyam.blogspot.com/…/akhlak-peribadi-pelajar-muslim
www.slideshare.net/...laporan-refleksi.26
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx
AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx

More Related Content

Similar to AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx

Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islamLmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islamnurul nadhirah
 
Bab 2 ulul albab
Bab 2 ulul albabBab 2 ulul albab
Bab 2 ulul albabSiti Mariah
 
Makalah akhlak
Makalah akhlakMakalah akhlak
Makalah akhlakasky M
 
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullahMenyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullahMuhsin Hariyanto
 
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullahMenyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullahMuhsin Hariyanto
 
Makalah Akhlakul Karimah
Makalah Akhlakul KarimahMakalah Akhlakul Karimah
Makalah Akhlakul KarimahYusuf Prasetyo
 
Makalah ilmu akhlak
Makalah ilmu akhlakMakalah ilmu akhlak
Makalah ilmu akhlaknewskiem
 
Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-GhazaliBimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-GhazaliNajwa Norizam
 
Pentingnya menuntut ilmu
Pentingnya menuntut ilmuPentingnya menuntut ilmu
Pentingnya menuntut ilmuTohar Latif
 
BUKU MAFAHIM BKLDK _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( LENGKAP )
BUKU MAFAHIM BKLDK _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( LENGKAP ) BUKU MAFAHIM BKLDK _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( LENGKAP )
BUKU MAFAHIM BKLDK _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( LENGKAP ) downloadbukumafahim
 
(Sadn1013 h) kump 1
(Sadn1013 h) kump 1(Sadn1013 h) kump 1
(Sadn1013 h) kump 1sadn1013
 
Buku Studi Islam 3 (Dr. Ahmad Alim, LC. MA.)
Buku Studi Islam 3 (Dr. Ahmad Alim, LC. MA.)Buku Studi Islam 3 (Dr. Ahmad Alim, LC. MA.)
Buku Studi Islam 3 (Dr. Ahmad Alim, LC. MA.)Nurdin Al-Azies
 
Pemikiran daripada perspektif islam
Pemikiran daripada perspektif islamPemikiran daripada perspektif islam
Pemikiran daripada perspektif islamMazmon Mahmud
 
2 adab, akhlak dan etika dalam islam
2 adab, akhlak dan etika dalam islam2 adab, akhlak dan etika dalam islam
2 adab, akhlak dan etika dalam islamMuhammad Alif Nordin
 
PERSENTASI LANJUTAN bab.pptx
PERSENTASI LANJUTAN bab.pptxPERSENTASI LANJUTAN bab.pptx
PERSENTASI LANJUTAN bab.pptxJamaludinFikri1
 

Similar to AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx (20)

Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islamLmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
 
Buku mafahim bkldk
Buku mafahim bkldkBuku mafahim bkldk
Buku mafahim bkldk
 
Bab 2 ulul albab
Bab 2 ulul albabBab 2 ulul albab
Bab 2 ulul albab
 
Makalah akhlak
Makalah akhlakMakalah akhlak
Makalah akhlak
 
Bab 2 akidah ii
Bab 2   akidah iiBab 2   akidah ii
Bab 2 akidah ii
 
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullahMenyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
 
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullahMenyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
 
Makalah Akhlakul Karimah
Makalah Akhlakul KarimahMakalah Akhlakul Karimah
Makalah Akhlakul Karimah
 
Makalah ilmu akhlak
Makalah ilmu akhlakMakalah ilmu akhlak
Makalah ilmu akhlak
 
Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-GhazaliBimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
 
Kepribadian muslim
Kepribadian muslimKepribadian muslim
Kepribadian muslim
 
Pengajian islam v. 1
Pengajian islam v. 1Pengajian islam v. 1
Pengajian islam v. 1
 
Pentingnya menuntut ilmu
Pentingnya menuntut ilmuPentingnya menuntut ilmu
Pentingnya menuntut ilmu
 
BUKU MAFAHIM BKLDK _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( LENGKAP )
BUKU MAFAHIM BKLDK _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( LENGKAP ) BUKU MAFAHIM BKLDK _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( LENGKAP )
BUKU MAFAHIM BKLDK _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( LENGKAP )
 
(Sadn1013 h) kump 1
(Sadn1013 h) kump 1(Sadn1013 h) kump 1
(Sadn1013 h) kump 1
 
Buku Studi Islam 3 (Dr. Ahmad Alim, LC. MA.)
Buku Studi Islam 3 (Dr. Ahmad Alim, LC. MA.)Buku Studi Islam 3 (Dr. Ahmad Alim, LC. MA.)
Buku Studi Islam 3 (Dr. Ahmad Alim, LC. MA.)
 
Pemikiran daripada perspektif islam
Pemikiran daripada perspektif islamPemikiran daripada perspektif islam
Pemikiran daripada perspektif islam
 
Http
HttpHttp
Http
 
2 adab, akhlak dan etika dalam islam
2 adab, akhlak dan etika dalam islam2 adab, akhlak dan etika dalam islam
2 adab, akhlak dan etika dalam islam
 
PERSENTASI LANJUTAN bab.pptx
PERSENTASI LANJUTAN bab.pptxPERSENTASI LANJUTAN bab.pptx
PERSENTASI LANJUTAN bab.pptx
 

Recently uploaded

Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMPBioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMPNiPutuDewikAgustina
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppthidayatn24
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxJawahirIhsan
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxMaskuratulMunawaroh
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptpalagoro17
 
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDMateri Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDsulistyaningsihcahyo
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanAyuApriliyanti6
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfTeukuEriSyahputra
 
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfSurat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfEirinELS
 
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945nrein671
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptxAksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptxTekiMulyani
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 

Recently uploaded (20)

Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMPBioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDMateri Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
 
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfSurat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
 
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptxAksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 

AKHLAK_PELAJAR_MUSLIM.pptx

  • 2. NAMA AHLI KUMPULAN * AISHAH BINTI AZAHAR * RODZIMAH BINTI JAMALUDDIN * NORSYAZWANI BINTI BAKAR * ZAHIDAH BINTI MD ISA
  • 3. PENGENALAN ◦ Sebuah rumah itu akan menjadi indah sekiranya dihias dengan ukiran-ukiran, hiasan-hiasan dan bunga- bungaan. Hal ini kerana tanpa hiasan sedemikian, rumah akan menjadi malap,tidak ceria,sugul,tidak sedap mata memandang . Begitu jualah dengan perihal manusia. Akhlak adalah merupakan bahan hiasan yang menghiasi diri manusia. ◦ Akhlak yang baik ialah akhlak yang dipancarkan menerusi perkataan, perbuatan, dan tingkahlaku yang akan mengindahkan lagi diri insan tersebut yang sememangnya telah dijadikan sebagai makhluk yang terbaik dan yang terunggul. ◦ Setiap Muslim seharusnya mempunyai ciri-ciri keindahan menerusi akhlak memandangkan Islam merupakan satu cara hidup yang sempurna sekaligus menjadi alat utama sebagai pemancar sinar keinsanan dalam kalangan makhluk Allah S.W.T yang bernama manusia. ◦ Berbeza dengan agama lain, agama Islam telah menggariskan secara terperinci pelbagai akhlak yang perlu difahami, dihayati, dan dipraktikkan. ◦ Garis panduan akhlak yang akan menjadi manusia berguna di dalam kehidupan di dunia dan Berjaya kehidupan di akhirat. ◦ Tidak ada secebis peraturan selaku perbuatan dan sejenak dalam kehidupan seorang Muslim yang terpisah daripada prinsip akhlak ini memandangkan agama Islam adalah agama yang mencakup seluruh muka bumi kehidupan insan.
  • 5.  Imam Al-Ghazali memang banyak menghabiskan masa dan umur beliau untuk berbicara dan menulis perihal yang berhubung dengan persoalan akhlak. Beliau telah memuatkan pandangan beliau mengenai persoalan ini dalam dua buah buku atau kitab hasil nukilan beliau yang bertajuk Ihya’Ulum ad-Din dan Mizan al-’Amal.
  • 6. Imam Al-Ghazali merujuk kepada dua perkataan yang terhubung secara langsung dengan akhlak iaitu al-Khuluq dan al-Khalq. Menurut beliau, kedua-dua perkataan berkenaan selalu digunakan secara bersama meskipun membawa maksud yang sedikit berbeza. Perkataan al-khalq merujuk kepada gambaran zahir diri manusia, sedangkan perkataan al-khuluq pula merujuk kepada batinnya. Kedua-dua gambaran tersebut sememangnya wujud pada diri seorang manusia kerana ia merupakan himpunan daripada komponen jasad yang boleh dilihat menerusi mata kasar, serta komponen roh atau nafs yang hanya boleh dilihat dan dirasai melalui mata hati (al-Basirah) Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa setiap satu daripada komponen tersebut memiliki keadaan dan gambaran samaada buruk atau cantik, positif atau negatif, baik atau buruk, mahmudah atau mazmumah.
  • 7. Pada pandangan Al-Ghazali, aspek nafs atau roh yang hanya boleh difahami menerusi al-basirah itu adalah jauh lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan aspek jasad. Penilaian atau pentarafan ini dibuat oleh Al-Ghazali berdasarkan pandangan Al-Quran sendiri,kerana dalam hubungan ini, Allah S.W.T telah berfirman yang mafhumnya : “(Ingatlah peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya AKU hendak menciptakan manusia (Adam) dari tanah, kemudian apabila AKU sempurnakan kejadiannya, serta AKU tiupkan roh dari (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya” (Surah Sod :71 -72)
  • 8. Pada pandangan Al-Ghazali, akhlak itu lebih merujuk kepada “keadaan” atau “suasana” yang terdapat dalam jiwa seseorang , bukan dengan perilaku perbuatan yang dapat ditonton sebagaimana terpamer di permukaan diri seseorang individu. Suasana kejiwaan itu pula mestilah mempunyai beberapa ciri khusus untuk melayakkannya dikategorikan sebagai akhlak. Ciri-ciri berkenaan ialah “kukuh-sebati” serta berupaya mempamerkan tingkahlaku spontan dan mudah. Dalam kata lain, tanpa kedua-dua ciri ini, sesuatu “suasana kejiwaan” itu tidak sempurna dan tidak cukup syarat untuk digelarkan sebagai akhlak.
  • 10. 1- MEMULIAKAN ILMU & AHLINYA Penuntut ilmu tidak akan memperolehi ilmu dan tidak akan dapat memanfaatkan ilmu, kecuali ia mahu memuliakan ilmu dan ahlinya, mahu memuliakan serta menghormati guru. Dikatakan bahawa orang yang memperolehi ilmu adalah orang yang mahu menghormati, sementara mereka yang tidak berhasil memperoleh ilmu ialah mereka yang tidak mahu menghormati. Adalah disebutkan bahawa “Hormat itu lebih baik daripada kepatuhan”. Ada syair yang menggambarkan : “Aku melihat hak yag paling besar adalah hak guru, hak yang paling wajib oleh setiap muslim. Seorang guru wajar diberi imbalan, mengajar satu huruf seribu dirham’
  • 11. 2- MEMPUNYAI KESUNGGUHAN,KETEKUNAN & CITA-CITA Seorang pelajar muslim mestilah mempunyai kesungguhan dan ketekunan dalam mendapatkan ilmu sesuai dengan suruhan Al-Quran. Ertinya : “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, nesaya kami tunjuk mereka ke jalan kami: - (Al-Ankabut ayat 69) Dalam ayat lain pula Allah S.W.T berfirman : “Wahai Yahya, terimalah kitab itu (serta amalkanlah) dengan sungguh-sungguh” ( Surah Maryam ayat 12) Ada ungkapan mengatakan : “ Orang yang berusaha mendapatkan sesuatu dengan bersungguh-sungguh pasti dicapainya, dan orang yang mengetuk pintu dan melangkahkan kakinya hanya dapat masuk rumah”
  • 12. 3- MEMPUNYAI NIAT MENUNTUT ILMU Ketika mempelajari sesuatu ilmu mestilah ada niatnya, kerana niat adalah pokok dalam semua pekerjaan. Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda : “ Sesungguhnya setiap pekerjaan mestilah bermula dengan niat” Nabi Muhammad S.A.W juga pernah bersabda : “ Banyak pekerjaan yang nampaknya pekerjaan keduniaan, kerana baik niatnya maka ia menjadi amal akhirat. Banyak pekerjaan yang nampaknya berupa amal akhirat, tapi kerana buruk niatnya, menjadi pekerjaan keduniaan”. Niat yang sepatutnya ada pada setiap penuntut ilmu ialah mengharapkan redha Allah S.W.T dan negeri akhirat, melenyapkan kejahilan dari dalam dirinya dan diri orang-orang yang bodoh, menghidup dan mengekalkan Islam. Sesungguhnya Islam hanya dapat dikekalkan dengan adanya ilmu. Zuhud dan taqwa tidak ada gunanya tanpa disertai dengan ilmu. Sheikh Al-Imam Burhanuddin telah menyampaikan nasihat berbentuk syair : “Orang alim yang tercela adalah kebinasaan besar. Lebih besar lagi kebinasaan orang jahil beribadat. Kedua-duanya fitnah besar bagi orang yang menjadikan kedua orang itu teladan dalam agamanya”.
  • 14. Di antara ciri-ciri akhlak yang sewajarnya menghiasi diri seseorang insan supaya ia menjadi seorang muslim yang benar adalah akhlak-akhlak berikut: • 1. Bersifat warak dari melakukan perkara- perkara yang syubhat • 2.Memelihara penglihatan • 3.Memelihara lidah • 4.Bersifat pemalu • 5. Bersifat lemah lembut dan sabar
  • 15. 1. BERSIFAT WARAK DARI MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG SYUBHAT Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah dan juga perkara – yang samar –samar diantara halal dan haramnya (syubhat) berdasarkan dari hadith rasullulah yang berbunyi : Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar RasulullahSallallahu’alaihiwasallam Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh kedalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram, seperti seorang pengembala yang sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruhnya dan apabila ia rosak, rosakkalah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
  • 16. 2. MEMELIHARA PENGLIHATAN SESEORANG MUSLIM ITU MESTILAH MEMELIHARA PANDANGAN DARIPADA MELIHAT PERKARA -PERKARA YANG DIHARAMKAN OLEH ALLAH KERANA PANDANGAN TERHADAP SESUATU (YANG MENARIK ITU) BOLEH MERANGSANG SYAHWAT DAN BOLEH MEMBAWA KE KANCAH PELANGGAARAN DAN MAKSIAT. SEHUBUNGAN DENGAN INI AL-QURANUL KARIM MENGINGAT KAN ORANG-ORANG MU’MIN SUPAYA MEMELIHARA DIRI DARI PENGLIHATAN YANG TIDAK MEMBERI FAEDAH ,FIRMAN ALLAH SUBHANAHUWATAALA. KATAKANLAH KEPADA ORANG LAKI-LAKI YANG BERIMAN: “HENDAKLAH MEREKA MENAHAN PANDANGANNYA, DAN MEMELIHARA KEMALUANNYA; YANG DEMIKIAN ITU ADALAH LEBIH SUCI BAGI MEREKA, SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG MEREKA PERBUAT”. (AN-NUR: 30) RASULULLAH SALLALLAHU’ALAIHIWASALLAM PULA BERSABDA (ANTARA LAIN, BERMAKSUD): “PANDANGAN ITU ADA SATU PANAHAN DARI PANAHAN IBLIS” BAGINDA JUGA MENGINGATKAN (ANTARA LAIN, BERMAKSUD): “HENDAKLAH KAMU MEMELIHARA PANDANGAN KAMU, MENJAGA KEHORMATAN (KEMALUAN) KAMU ATAU ALLAH AKAN MENGHODOHKAN WAJAH KAMU.” (HADITH RIWAYAT AT TABRANI)
  • 17. 3. MEMELIHARA LIDAH Seseorang muslim itu mestilah memelihra lidahnya dari menuturkan kata-kata yng tidak berfaedah, perbualan-perbualan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat, mengeji dan mengadu domba. Imam Nawawi rahimahumullah mengatakan. “ketahuilah, seorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahaja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang.” Sebenarnya banyak dari hadith-hadith Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas empunya diri (antara lain): “Tidaklah dihumbankan muka manusia kedalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya” (Hadith riwayat Al Tarmizi) Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam juga bersabda: “Bukanlah ia seorang mu’min (jika) jika ia suka menuduh, melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Hadith riwayat At Tarmizi) Sabda baginda lagi: “Sesiapa yang banyak bercakap, maka banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya, maka banyaklah dosanya, dan sesiapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi)
  • 18. 4. BERSIFAT PEMALU. Seorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup seta memadai sekadar yang ada dan sifat-sifat seumpamanya. Diceritakan dari Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bahawa baginda adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari anak gadis yang berada di balik tabir. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: “Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Lailaha Illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah menyingkirkan duri dari jalan. Dan sifat malu ialah satu cabang dari Iman” Berhubung dengan sifat malu ini para ulama’ mengatakan: “Hakikat malu itu ialah sifat yang menggerakkan seseorang itu meninggalkan kejahatan, dan menghalangnya dari mencuaikan hak orang lain.
  • 19. 5. BERSIFAT LEMBUT DAN SABAR Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang Muslim ialah, sifat sabar dan berlemah lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan da’wah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyiksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Halangan–halangan ini sering dihadapi oleh para petugas ‘amal Islami sehingga himmah mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan da’wah. Dari keterangan ini jelaslah, tugas dan tanggungjawab seorang pendakwah adalah satu tugas yang amat sukar. Ia bertanggungjawab menyampaikan da’wah kepada seluruh lapisan manusia yang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan tabi’atnya. Da’i akan menyampaikan da’wahnya kepada orang-orang jahil dan orang-orang ‘alim, orang yang berfikiran terbuka dan yang emosional (sensitif), orang yang mudah bertolak ansur dan yang keras kepala, orang yang tenang dan yang mudah tersinggung. Oleh yang demikian ia wajib menyampaikan da’wah kepada semua golongan itu sesuai dengan kadar kemampuan penerimaan akal mereka. Ia mestilah berusaha menguasai dan memasuki jiwa mereka seluruhnya. Semua ini sudah pasti memerlukan kekuatan dari kesabaran yang tinggi, ketabahan dan lemah lembut. Oleh itu kita dapati banyak ayat-ayat Al-quran dan hadith Nabi menganjur dan mengarahkan agar seorang da’i itu berakhlak dengan sifat-sifat sabar, lemah lembut dan berhati-hati.
  • 20. TANGGUNGJAWAB SEORANG PELAJAR Sebagai seorang pelajar terdapat pelbagai peranan atau tanggungjawab yang perlu dipikul. Dalam kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa terdapat tujuh peranan atau tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Tanggungjawab tersebut ialah :-  Membersihan hati dari sifat2 mazmumah Menyucikan dan membersihkan jiwa adalah perlu bagi seorang pelajar. Ini adalah kerana ilmu itu ibarat cahaya yang akan hadir pada jiwa yang bersih dan suci . Hati yang bersih dari sifat- sifat mazmumah iaitu sifat yang tercela seperti hasad dengki, khianat, takabbur, sombong, gelojoh dan sebagainya adalah hati yang bersih dari gangguan syaitan yang menghalang seseorang pelajar itu menguasai ilmu.  Mengurangkan kesibukan dunia Pencarian ilmu memerlukan tumpuan dan fokus yang sangat tinggi. Ianya perlu dilakukan dengan usaha yang gigih, penuh komitmen dan tidak dilalaikan dengan urusan yang tidak berkenaan dengan menuntut ilmu seperti keduniaan, kaum keluarga dan kampung halaman. Imam Al-Ghazali mengungkapkan madahnya : “Sebahagian ilmu tidak akan menyerah dirinya kepada kamu, sebelum kamu menyerahkan sepenuh jiwa raga kepadanya”.
  • 21. Sehubungan dengan itu Ibnu Khaldun menyarankan agar para pelajar berhijrah atau mengembara atau berpisah dari kampung halaman, keluarga dan kesibukan biasa bagi memberi tumpuan mencari ilmu, bertemu dengan guru-guru berkeperibadian mulia dan mendampingi mereka agar penerimaan ilmu pengetahuan menjadi mantap. Menghormati guru dan pengajarannya Penghormatan perlu diberi kepada guru sebagai penghargaan betapa tingginya jasa golongan ini dalam mendidik anak bangsa. Guru disanjung kerana jasa mereka membimbing dan memberi ilmu serta sifat mereka yang tidak pernah mengenal rasa jemu. Pelajar yang berakhlak mulia adalah pelajar yang mampu menjalin hubungan baik dengan guru-guru mereka. Hubungan baik yang terjalin mampu memberi manfaat kepada kedua-duanya. Pelajar juga disarankan supaya mengenang budi dan jasa guru, berbakti kepada mereka,menjaga rahsia, memaafkan dan tidak mengumpat mereka. Pelajar juga tidak boleh bangga diri,angkuh dengan ilmunya, mengutamakan hak guru, mengenepikan urusan peribadi serta mematuhi nasihat-nasihat guru.
  • 22. Memulakan perkara yang mudah kepada yang kompleks Sepertimana guru perlu melihat tahap pemikiran murid, maka pelajar juga perlu mengikut skema pembelajaran yang sama, jika tidak pelajar akan mengalami kesukaran. Pelajar hendaklah memulakan pengajian dari prinsip atau dasar sesuatu ilmu pengetahuan kemudian barulah melangkah kepada yang lebih kompleks dan abstrak. Memandang positif setiap disiplin ilmu Imam Al-Ghazali menganjurkan agar para pelajar memahami nilai sesuatu disiplin ilmu pengetahuan yang dipelajarinya. Sikap positif pelajar sangat perlu untuk menghargai sebarang bentuk ilmu pengetahuan. Hal ini sangat berguna dalam merancang subjek apakah yang sesuai diambil, bagi mengukuh dan memantapkan disiplin fokus seseorang pelajar. Menguasai ilmu pengetahuan berperingkat-peringkat Ilmu pengetahuan tidak dipelajari serentak,melainkan dengan cara berperingkat- peringkat. Selepas mempelajari ilmu yang lebih penting, lalu diikuti dengan ilmu pelengkapnya. Bagi Imam Al-Ghazali, ilmu syariat adalah yang terpenting kemudian barulah diikuti dengan ilmu keperluan semasa.
  • 23. Ibnu Khaldun bersetuju dengan kaedah pembelajaran secara berperingkat-peringkat kerana pelajar mampu menguasai dari suatu disiplin ke satu disiplin ilmu. Mendalami ilmu jangka pendek dan jangka panjang Pelajar hendaklah memfokuskan penguasaan ilmu mereka untuk tujuan jangka pendek (membentuk insan kamil), yakni meningkatkan potensi dan kemahiran serta kepakaran tenaga manusia mahir yang diperlukan oleh masyarakat dan negara. Manakala matlamat jangka panjang pula ialah penguasaan ilmu dan amal berterusan yang boleh mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah . Maka menjadi penekanan utama kepada pelajar bahawa ilmu berteraskan wahyu dan akhlak adalah yang terbaik dan terpenting.
  • 24. AKHLAK RASULULLAH YANG MENJADI COnTOH PELAJAR MUSLIM 1- AKHLAK RASULULLAH SAW DENGAN ALLAH SWT Mengabdikan diri setiap detik dan masa kepada Allah dengan penuh kepatuhan, ketaatan, kecintaan dan kesyukuran yang tidak berbelah bagi .
  • 25. 2- AKHLAK RASULULLAH SESAMA MANUSIA ●Rasulullah merupakan seorang yang bertanggungjawab, sentiasa memberi kasih sayang, berlemah lembut dan bertolak ansur. 3- AKHLAK RASULULLAH DENGAN MAKHLUK LAIN ●Rasulullah menasihati umatnya supaya berlaku ihsan kepada haiwan dan binatang ternakan serta tidak menzalimi atau menyiksa mereka
  • 26. DALIL TENTANG MULIANYA AKHLAK RASULULLAH ●Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud : - Sesungguhnya Engkau (ya Muhammad) mempunyai akhlak (budi pekerti) yang amat tinggi al-Qalam, ayat: 4
  • 27. RASULULLAH ADALAH CONTOH DAN IKUTAN YANG PALING TEPAT BAGI SEMUA KEHIDUPAN ●Akhlak Rasulullah meliputi aspek kekeluargaan, sosial,ekonomi,politik dan sbgnya. Dengan sifat mahmudah yang ada pada Rasulullah, setiap pelajar muslim boleh menjadikan ia satu inspirasi supaya setiap pelajar itu memiliki sifat-sifat terpuji dan pendekatan atau kaedah yang bersesuaian dengan peredaran zaman teknologi sekarang
  • 28. MENYELESAIKAN MASALAH DENGAN MUSYAWARAH ●Setiap pelajar muslim harus mencontohi cara Rasulullah menyelesaikan masalah iaitu dengan bermensyuarat dan bertukar- tukar pendapat ●Setiap pelajar juga mesti menghargai dan menghormati idea atau pendapat teman-teman sebagaimana Rasulullah menghargai pandangan dan pendapat para sahabat Baginda
  • 29. PENUTUP ●Akhlak yang mulia merupakan refleksi Iman dan buahnya, Iman tidak akan menampakkan buahnya tanpa akhlak, sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: Sesungguhnya Aku Dibangkitkan Untuk Menyempurnakan Akhlak Yang Mulia.
  • 30. CARA UNTUK MEMBINA DAN MEMBENTUK AKHLAK YANG MULIA IALAH: ●Pendidikan Iman sebagai asas akhlak ●Melalui latihan dan bimbingan pendidikan yang berkualiti ●Mengambil Rasulullah sebagai contoh ikutan yang terbaik ●Mengikuti segala ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah
  • 31. SAMBUNGAN.... ●Setiap kali pelajar muslim mempunyai budi pekerti Islami dalam tingkah lakunya, semakin dekatlah ia kepada kesempurnaan cita-citanya ●Sebaliknya bila ia semakin jauh dari budi pekerti dan etika Islami, maka pada hakikatnya ia semakin jauh dari roh dan sistem keislaman. ●Oleh itu, sebagai pelajar muslim yang sejati, kita hendaklah meletakkan Allah sebagai yang utama dan Rasulullah sebagai contoh ikutan...
  • 32. RUJUKAN Abdul Wahid Baharon (1992). Akhlak Harian Seorang Muslim. Kuala Lumpur : Sabha-Dtp Sdn Bhd. Hasan Haji Mohd Ali (1996). 100 Akhlak Mulia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Imam Al-Ghazali (1990). Tugas Pelajar. Semarang : Cv. Asy- Syifa. Wan Aznan Wan Abdullah (1999). Pemikiran Positif Cara Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd Syeikh Burhanudin Al-Jarnuzi (1990). Adab – Adab Menuntut Ilmu. Kuala Lumpur: Syarikat Nurulhas. Adiselmerbawiy.blogspot.com/2008/03akhlak-pelajar-dan-mahasiswa.html tintahisyam.blogspot.com/…/akhlak-peribadi-pelajar-muslim www.slideshare.net/...laporan-refleksi.26