pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab

29,210 views

Published on

pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab

  1. 1. FEM 3301 UNIT 2 PENGENALAN ETIKA, NILAI, MORAL, AKHLAK DAN ADAB
  2. 2. PENGENALAN apakah yang dimaksudkan dengan ETIKA, NILAI, MORAL, AKHLAK dan ADAB?
  3. 3. APAKAH ETIKA ?
  4. 4. ISTILAH ETIKA ethice (Latin) + ethik, ethicos (Greek) ethics (Inggeris) etika (Melayu)
  5. 5. • Dalam perbincangan falsafah, etika diletakkan di bawah perbahasan axiologi (teori nilai) Definisi etika : • Tradisi Barat : falsafah moral • Disiplin ilmu / sains khusus yang membicarakan tentang apakah yang baik dan apakah yang buruk, apakah yang benar dan apakah yang salah.
  6. 6. CABANG ASAS PERBAHASAN ETIKA METAETIKA (metaethics) ETIKA NORMATIF (normative ethics) ETIKA GUNAAN (applied ethics) Membincangkan tentang dari mana sumber datangnya prinsip-prinsip etika Merujuk kepada persoalan-persoalan yang berkaitan dengan perbuatan praktikal yang akhirnya sampai kepada standard moral yang menentukan sesuatu perlakuan itu baik atau buruk Merujuk kepada sesuatu keadaan atau perbuatan yang tertentu yang dilakukan pada waktu dan tempat tertentu
  7. 7. METAETIKA + ETIKA NORMATIF Menghuraikan permasalahan dalam ETIKA GUNAAN
  8. 8. CONTOH APLIKASI
  9. 9. HOMOSEKSUALITI : persoalan ? • Dari mana nilai yang menentukan bahawa perlakuan ini salah? (persoalan metaetika) • Mengapa perlakuan ini menjadi amalan sesetengah golongan? (persoalan etika normatif) • Apakah asas golongan tersebut mempertahankan hak mereka untuk melakukan perbuatan tersebut? (persoalan etika gunaan)
  10. 10. APAKAH NILAI ? Definisi : • Asas / prinsip yang digunakan untuk mengukur sesuatu • Konteks moraliti / fungsional : - set / prinsip asas untuk mengukur sesuatu perlakuan sama ada baik atau buruk, benar atau salah • Konteks benda : - bilangan / kuantiti
  11. 11. What if ??? You have been given a check for $1000.00 to do whatever you like with it. What would you do with it? Or … What things did you do during the past week?
  12. 12. What you spend the money on has everything to do with what your value. What you choose to do with your time also has everything to do with what your values.
  13. 13. APAKAH MORAL ? Definisi : • Kewajipan / pertanggungjawaban seseorang sebagai individu dan anggota masyarakat. Kebanyakan penulis tidak membezakan secara jelas antara moral dan etika : • Peter Baelz dalam bukunya Ethics and Belief, “moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Apakah faedah membezakan di antara keduanya kerana selalunya kita gagal untuk membezakannya.”
  14. 14. PERBEZAAN ANTARA MORAL DAN ETIKA MORAL ETIKA Bersifat praktikal Bersifat teoritikal Disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat. Mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral. Bahan yang dikaji oleh etika. Ilmu yang mengkaji moral. Kesimpulannya, moral adalah sebahagian daripada etika.
  15. 15. APAKAH AKHLAK ? Definisi : • Berasal daripada bahasa Arab iaitu akhlaq, plural bagi khulq yang bermakna suatu keadaan / sifat dalaman (disposition). • Merujuk kepada suatu keadaan (disposition) / malakah iaitu sifat yang ada dalam diri seseorang yang membolehkannya melakukan sesuatu tanpa memerlukan sebarang penakulan • Habit (kebiasaan) : suatu sifat yang ada dalam diri seseorang yang menjadikan ia identikal kepada dirinya. • Ilmu etika Islam yang membezakannya dengan etika sekular / ilmu etika yang dikembangkan oleh sarjana Barat.
  16. 16. Definisi Malakah : • Sifat yang ada pada diri seseorang yang wujud dan terbina dalam dirinya melalui didikan secara bertubi dan ianya sukar dihilangkan. Dalam konteks ilmu akhlak, sifat yang terdapat pada diri seseorang itu boleh wujud melalui: 1. Sifat semula jadi (natural and physical make-up) 2. Habit 3. Amalan dan sesuatu yang dilakukan dengan penuh sedar. (contoh : makan apabila lapar)
  17. 17. ADAB • Berasal daripada kalimah Arab yang merujuk kepada kesenian, kehalusan dan kesantunan. • Peranan : - memimpin manusia supaya berkelakuan dan bertindak secara halus, berseni dan berhikmah berasaskan sistem nilai yang ada dalam masyarakat tersebut.
  18. 18. • Sering dikaitkan dengan kehidupan, interaksi dan adat. - contoh : adab dengan ibu bapa adab biadap (positif) (negatif)
  19. 19. KONSEP DAN PRINSIP ETIKA Pendekatan secara : 1. makro (umum) 2. mikro (khusus) Fungsi dan peranan etika dalam pembangunan : • Etika adalah garis panduan yang memandu manusia dalam pemikiran, kelakuan dan perbuatan • Etika menjadi rujukan dalam menentukan nilai perlakuan benar atau salah, baik atau buruk, positif atau negatif.
  20. 20. Sistem etika sekular : • apa yang menjadi ukuran nilai baik dan buruk adalah apa yang difikir dan dirasa oleh manusia • merujuk kepada rasionalism (nilai yang terbit dari pemikiran manusia) • adalah warisan ahli falsafah Greek Protagoras.
  21. 21. Pusat nilai utama yang menjadi landasan pembinaan sistem nilai : PUSAT NILAI BERASASKAN KETUHANAN (God-centered value) PUSAT NILAI BERASASKAN MANUSIA (human-centered value) Sistem nilai yang dibina berlandaskan ajaran agama di mana penentuan buruk dan baik adalah berasaskan kepada prinsip dan ajaran yang terkandung dalam kitab suci agama serta yang disampaikan oleh Rasul. Sistem nilai yang terbit hasil daripada pengalaman manusia melalui apa yang difikir dan dirasakan oleh manusia
  22. 22. KONSEP ASAS ETIKA • Adat kebiasaan (customs / customary morality) • Nilai bersama (common values) • Nilai yang dikongsi (shared values) • Kepentingan bersama (shared interests)
  23. 23. PRINSIP ASAS ETIKA • Nilai univeral & nilai setempat • Nilai individu & nilai kelompok (individula & group) • Kebahagiaan (happiness) • Keseronokan (pleasure) • Kesakitan (pain) • Kebaikan tertinggi (highest good) • Kebebasan memilih (freedom of choice) • Usaha dan ikhtiar (free will) • Kewajipan (duties) • Pertanggungjawaban (responsibilities) • Ganjaran (rewards) • Hukuman (punishment)
  24. 24. TEORI ETIKA Plato : evil is ignorance. Protagoras : manusia adalah pengukur baik dan buruk Terdapat pelbagai teori etika dan teori-teori ini mengandungi penyataan : • Deskriptif - memberitahu dan menerangkan bagaimana tingkahlaku manusia atau sesuatu masyarakat serta peraturan etika mereka. • Normatif - memberitahu kita apakah tindakan yang patut dibuat dan apakah tindakan yang betul.
  25. 25. KESIMPULAN • Konsep-konsep etika, nilai, moral, akhlak dan adab penting difahami bagi mendapatkan satu landasan kerangka rujukan bagi memahami konteks dan kepentingannya dalam perbincangan tentang pembangunan.
  26. 26. REFERENCES • http://www.utm.edu/research/iep/e/ethics.htm • http://www.ftsm.ukm.my/mas/nota%20tm3923/mm %201%20akhlak%20moral%20etika.pdf?q=akhlak
  27. 27. Fikirkan apakah maksud PEMBANGUNAN YANG BIADAP ?

×