2. BIODATA
• Nama penuh: Tumadhar binti ‘Amr bin Syuraid bin ‘Ushayyah As-Sulamiyah
• Gelaran: Al-Khansa’
• Tempat lahir: Dilahirkan pada zaman jahiliah dan dibesarkan di tengah-tengah
suku bangsa Arab, Bani Mudhar.
• Berkahwin: Rawahah bin Abd Aziz al-Sulami & dikurniakan 4 orang anak lelaki.
• Wafat: Al-Khansa' meninggal dunia pada tahun ke-24 Hijrah iaitu ketika
permulaan pemerintahan Khalifah Usman bin Affan RA.
3. KEPERIBADIAN
• PANDAI BERSYAIR
i. Sebelum masuk Islam atau masa
jahiliyah, Al-Khansa’ biasa membuat
syair-syair kesedihan atas kematian
saudara kandungnya iaitu Muawiyah
dan Sakhr.
ii. Setelah masuk Islam Al-Khansa’
tetap membuat syair kesedihan
kerana saudaranya itu wafat
sebelum memeluk Islam.
4. iii. Para sejarawan bersepakat bahawa sejarah
tidak pernah mengenal wanita yang lebih
hebat bersyair daripada al-Khansa’, sebelum
mahupun sepeninggal dirinya.
iv. Beliau sering melaungkan syair-syair
berteraskan prinsip keislaman, ketauhidan
dan ketakwaannya yang mantap terhadap
Allah.
v. Karya Khansa bahkan mendapatkan pujian
dan pengakuan dari Nabi Muhammad SAW.
5. • WANITA BERHATI WAJA
i. Khansa’ mendidik dan membina anak-anaknya
sendiri sehingga mereka menjadi pahlawan-
pahlawan Islam yang terkenal dan akhirnya
gugur syahid.
ii. Sejak kecil lagi,Khansa’ telah mengajarkan anak-
anaknya agar jangan takut menghadapi
peperangan dan cabaran.
iii. Sebelum berlaku peperangan itu, empat putera
Al-Khansa' saling berebut untuk pergi berperang
melawan tentera Parsi.
iv. “Jika kalian telah melihat perang, singsingkanlah
lengan baju dan berangkatlah. Majulah paling
depan, nescaya kalian akan mendapat pahala di
akhirat, negeri keabadian…Wahai anakku,
sesungguhnya tiada Tuhan selain ALLAH dan
Muhammad itu Rasul ALLAH. Inilah kebenaran
sejati, maka oleh itu berperanglah dan
bertempurlah sampai mati. Wahai anakku,
carilah maut nescaya engkau akan
dianugerahkan kehidupan yang sebenar."
6.
7. v. Beliau menyambung lagi, beliau membacakan ayat dari
surah Al Imran:
“Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan
sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah
kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah,
moga-moga menjadi orang yang beruntung.”
vi. Putera-putera khansa’ tertunduk khusyuk mendengar
nasihat bonda tercinta yang amat disayangi.
vi. Maka tibalah hari peperangan, bertempurlah pejuang-
pejuang Islam berhabis habisan. Bermulalah
pertempuran secara besar besaran, 41,000 orang
tentera Islam melawan tentera Parsi yang berjumlah
200,000 orang.
8. viii. Khansa tidak ketinggalan ikut serta dalam perang. Beliau mencanangkan
semangat berjuang melalui kalam-kalam syair hebatnya dan membantu
merawat pejuang-pejuang Islam yang tercedera dalam peperangan.
ix. Berkat dorongan dan nasihat daripada bonda tercinta, putera-putera Khansa
tidak sedikit pun gentar dan berasa takut. Setapak demi setapak mereka mara
bagi merebut peluang meraih syurga.
x. Sangat sengit pertempuran antara Umat Islam dan tentera parsi dalam perang
Kudaisiah ini, namun akhirnya kemenangan berpihak kepada umat Islam.
Seramai 7000 tentera Islam bergelar syahid termasuklah 4 orang puteranya.
xi. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang dan gembira. Al-Khansa terus
memuji Allah dengan ucapan,“Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku
dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengharapkan dari Tuhanku, agar Dia
mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan
rahmat-Nya!”