SlideShare a Scribd company logo
1 of 29
1
Kesan Moratorium Bank Terhadap Amalan Menyimpan, Tabiat Berbelanja Dan
Amalan Filantropi Dalam Kalangan Penjawat Awam Di Putrajaya Semasa
Pandemik COVID-19
(The Effects of Bank Moratorium on Saving Practices, Spending Habits and
Philanthropy Practices Among Civil Servants in Putrajaya During the Covid-19
Pandemic)
Eddy Herman Bin Zaidel
Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Hakimi Bin Shafiai
Universiti Kebangsaan Malaysia
Penjawat awam adalah satu golongan pekerjaan yang dijamin oleh Kerajaan biarpun
kegawatan ekonomi melanda negara. Salah satu daripada tindakan Kerajaan untuk
meringankan beban rakyat yang terkesan akibat berlakunya pandemik COVID-19 adalah
dengan memberikan moratorium bank secara automatik selama 6 bulan bermula April
hingga September 2020. Kajian ini dilakukan untuk melihat kesan moratorium bank
terhadap amalan menyimpan, tabiat berbelanja dan amalan filantropi dalam kalangan
penjawat awam di Putrajaya semasa pandemik COVID-19. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan kaedah kuantitatif dengan reka bentuk kajian rentas (cross-sectional) dan
data yang diperoleh semasa kajian dijalankan telah dikumpul dan dianalisis melalui
penggunaan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26. Dengan
menggunakan Pekali Pearson, kajian mendapati hubungan yang positif dan signifikan
antara kefahaman mengenai moratorium dengan amalan menyimpan, tabiat berbelanja
dan amalan filantropi. Namun begitu, didapati juga hubungan antara kefahaman
moratorium dan tabiat berbelanja adalah lemah iaitu 0.142 berbanding amalan
menyimpan dan amalan filantropi iaitu 0.263 dan 0.251. Ini menunjukkan penjawat
awam masih mengekalkan tabiat berbelanja tetapi dalam masa yang sama, dengan
lebihan wang hasil moratorium, amalan menyimpan dan bersedekah giat diteruskan.
Kajian ini diharap dapat memberi petunjuk kepada orang awam mengenai respons
penjawat awam terhadap bantuan yang disediakan oleh Kerajaan semasa pandemik
COVID-19.
Kata kunci: moratorium, amalan menyimpan, tabiat berbelanja, amalan filantropi,
pandemik COVID-19, penjawat awam, Putrajaya
2
ABSTRACT
Civil servants are a group of jobs guaranteed by the Government despite the economic
downturn in the country. One of the Government's actions to alleviate the burden of the
people affected by the COVID-19 pandemic is to grant an automatic bank moratorium
for 6 months from April to September 2020. Thisstudy was conducted to see the impact
of bank moratorium on saving practices, spending habits and philanthropic practices
among civil servants in Putrajaya during the COVID-19 pandemic. The study was
conducted using a quantitative method with a cross-sectional study design and all data
obtained during the study were collected and analyzed through Statistical Package for
Social Science (SPSS) version 26. Using the Pearson Coefficient, the study found a
positive and significant relationship between the understanding of the moratorium with
saving practices, spending habits and philanthropic practices. However, it was also
found that the relationship between the understanding of the moratorium and spending
habits is weak at 0.142 compared to saving practices and philanthropic practices at
0.263 and0.251.Thisshowsthatcivil servants still maintain thehabitof spending butat
the same time, with the excess money from the moratorium, the practice of saving and
giving alms actively continued. It is hoped thatthis study can provide clues to the public
on the response of civil servants to the assistance provided by the Government during
the COVID-19 pandemic.
Keywords: moratorium, saving practices, spending habits, philanthropic practices,
COVID-19 pandemic, civil servants, Putrajaya
3
PENDAHULUAN
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai
pandemik pada 11 Mac 2020 (World Health Organization 2020). Menurut Fernandes
(2020), apabila dunia dikejutkan oleh COVID-19, ia bukanlah seperti kejadian yang
pernah dilalui. Ia adalah perkara yang baru apabila penyakit ini bertebaran bukan sahaja
di negara pendapatan pertengahan rendah (low middle income) tetapi juga di negara-
negara maju. Berdasarkan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF),
pertumbuhan global pada 2020 akan mengalami kemerosotan terburuk sejak The Great
Depression pada 1930-an dan jauh lebih teruk daripada Krisis Kewangan Global 2009
(Albulescu 2020). Krisis ini terutamanya disebabkan oleh langkah kawalan dan sekatan
pergerakan serta penjarakan fizikal yang dilaksanakan di seluruh dunia bagi
membendung penularan virus.
Malaysia seperti negara-negara lain di dunia tidak terlepas daripada serangan
pandemik COVID-19. Sejak kes pertama dikesan pada 25 Januari 2020, sehingga 1 April
2021 sebanyak 346,678 kes telah direkodkan, 331,001 kes sembuh dan 1,278 kes
kematian direkodkan oleh KKM. Maklumat terkini boleh didapati dilaman web COVID-
19 (Maklumat Terkini) KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia 2021)
Ekonomi Malaysia telah terjejas sepanjang pandemik COVID-19 bermula.
Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan negatif pada suku kedua tahun 2020.
Menurut (Majid 2020), pasaran kewangan Malaysia dijangka jatuh dan akan diburukkan
lagi oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020.
Pasaran pekerjaan terjejas, industri perkilangan, pembinaan dan pertanian mengalami
kesan negatif disebabkan ekonomi terbantut. Industri pelancongan dan percutian tidak
dapat bergerak kerana halangan pergerakan oleh PKP tersebut (Murugiah 2020).
Dianggarkan sejumlah RM63 bilion kerugian yang dialami oleh Malaysia berikutan PKP
dilaksanakan. Bank Negara Malaysia menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara
adalah negatif 2 hingga 0.5 peratus bagi tahun 2020. Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS) akan terkesan teruk dan 951,000 pekerja akan hilang pekerjaan (Shaharuddin
2020).
Laporan oleh Huda (2020) dalam BERNAMA menyatakan corak perbelanjaan isi
rumah di seluruh negara telah terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa
1 pada 18 Mac 2020 bagi tujuan mengekang penularan COVID-19. Laporan yang
menyebut kajian Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati purata perbelanjaan isi rumah
termasuk perbelanjaan kewangan telah menurun sebanyak RM3,504 atau 55 peratus
menjadi RM2,813 berbanding perbelanjaan sebelum PKP iaitu RM6,317 sebulan.
4
Penjawat awam juga adalah golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam(
CUEPACS), terdapat juga pasangan penjawat awam yang bekerja sendiri seperti penjaja
kecil, pekerja swasta yang mungkin terjejas serta suri rumah yang mempunyai
perniagaan dari rumah yang mempunyai ramai pelanggan dari sektor-sektor terjejas (Mat
Ruzki 2020). Bagaimanapun, menurut Ammituh et al. (2020), penjawat awam seperti
pembantu tadbir, guru dan pekerja am adalah golongan yang kurang terjejas semasa PKP
dilaksanakan. Pada awal berlakunya pandemik ini, penjawat awam juga adalah golongan
yang mula-mula menerima beban sebagai petugas barisan hadapan memerangi COVID-
19. Mereka terdiri daripada petugas Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan lain-lain agensi dan Jabatan
Persekutuan yang bertungkus-lumus memelihara kesejahteraan psikososial, mental dan
fizikal rakyat (Sipon 2020).
Bagi menyelamatkan ekonomi Malaysia, Kerajaan telah memperkenalkan Pakej
Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 billion bagi
diagihkan ke dalam pasaran domestik untuk merangsang dan menahan ekonomi
Malaysia dari terus jatuh (Md. Shah et al. 2020). Sebagai tambahan, Bank Negara
Malaysia (BNM) telah mengumumkan beberapa pendekatan terutamanya untuk
membantu individu, industri kecil dan sederhana bagi menangani impak COVID-19.
Salah satu pendekatan drastik yang diumumkan adalah pemberian moratorium kepada
pelanggan bank yang mana penangguhan bayaran pinjaman atau bayaran balik ansuran
kewangan untuk tempoh 6 bulan bermula 1 April 2020 hingga 30 September 2020.
Tujuannya adalah untuk mengurangkan beban aliran tunai pelanggan yang terjejas
kerana pandemik COVID-19 (Shaharuddin 2020).
5
PERMASALAHAN KAJIAN
Penjawat awam adalah seperti yang dinyatakan dalam Perkara 132, Perlembagaan
Persekutuan iaitu angkatan tentera, perkhidmatan kehakiman dan perundangan,
perkhidmatan awam am Persekutuan, pasukan polis, perkhidmatan awam bersama yang
disebut dalam Perkara 133, perkhidmatan awam setiap Negeri dan perkhidmatan
pendidikan. Lazimnya, mereka disebut sebagai kakitangan kerajaan tidak kira bertugas
dengan perkhidmatan Persekutuan dan Negeri serta Badan Berkanun. Berikutan
keputusan Kerajaan untuk memberi moratorium kepada pelanggan bank bermula 1 April
2020, adalah nyata pelanggan bank mempunyai lebihan pendapatan semasapenangguhan
bayaran balik pinjaman selama 6 bulan (Abdul Aziz 2020). Dengan adanya lebihan
pendapatan ni, ia berupaya mengubah amalan menyimpan dan pola perbelanjaan serta
juga menjadi pemangkin terhadap amalan filantropi ((Mohd Soffian Lee et al. 2020).
Penjawat awam yang juga merupakan pelanggan bank turut menerima tempias yang
positif ini dan pemberian moratorium ini juga akan membantu aliran tunai mereka yang
terjejas akibat COVID-19.
Dari permasalahan kajian di atas, persoalan yang timbul adalah seperti berikut:
1. Adakah moratorium memberi kesan terhadap amalan simpanan dalam kalangan
penjawat awam di Putrajaya?
2. Adakah moratorium memberi kesan terhadap tabiat berbelanja dalam kalangan
penjawat awam di Putrajaya?
3. Adakah moratorium memberi kesan terhadap amalan filantropi dalam kalangan
penjawat awam di Putrajaya?
6
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisa kesan moratorium yang dinikmati
oleh penjawat awam di Putrajaya dalam menentukan amalan menyimpan, tabiat
berbelanja dan amalan filantropi. Lokasi yang dipilih adalah Wilayah Persekutuan
Putrajaya kerana di sinilah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan rata-rata
penduduknya adalah penjawat awam. Jelas mereka yang mempunyai lebihan pendapatan
boleh memilih sama ada untuk menabung atau berbelanja atau melakukan amal jariah
seperti kehendak agama dalam menangani masalah yang wujud akibat pandemik
COVID-19.
SUMBANGAN KAJIAN
Kajian ini diharap dapat memberi petunjuk kepada orang awam mengenai respons
penjawat awam terhadap bantuan yang disediakan oleh Kerajaan semasa pandemik
COVID-19. Pihak pembuat dasar boleh menjadikan ia sebagai panduan untuk meneliti
jenis bantuan yang boleh diberikan kepada penjawat awam apabila berlaku kegawatan
ekonomi.
KAJIAN LITERASI
Moratorium adalah salah satu instrumen yang digunakan oleh bank jika terdapat
kekangan yang munasabah oleh peminjam untuk melewatkan atau menangguhkan
pembayaran balik pinjaman. Ini pernah berlaku apabila terjadi bencana banjir di Pulau
Pinang dan Kedah pada tahun 2017 yang mana menyebabkan peminjam diberi
moratorium oleh beberapa buah bank seperti Maybank, RHB Bank, Bank Islam, Public
Bank dan CIMB Bank (Salian 2017).
Kajian terperinci berkenaan moratorium bank lebih tertumpu kepada keabsahan
pelaksanaan moratorium di bank-bank Islam. Kajian oleh Shaharuddin (2020) lebih
tertumpu kepada analisis isu moratorium berdasarkan kepada kerangka Maqasid Syariah.
Bank-bank Islam dikatakan “tidak islamik” kerana masih mengenakan ansuran tambahan
selepas tamatnya tempoh moratorium. Bagaimanapun, bank-bank Islam masih lagi
menjalankan tanggungjawab sosial dengan membantu seberapa upaya pelanggannya
selagi mana tidak menyebabkan kerugian di pihak bank sendiri. Shaharuddin (2020) juga
membangkitkan bagaimana moratorium memberi kelebihan kepada peminjam yang
berkemampuan untuk menggunakan wang moratorium bagi membuat pelaburan. Perkara
7
ini mewujudkan ketidakadilan kepada bank-bank Islam kerana telah menyebabkan
keuntungan bank-bank tersebut terus merosot.
Kajian oleh Khair Anwar et al. (2020), bank-bank Islam di Malaysia telah
membuat tindakan proaktif dalam membantu pelanggan mereka. Setiap pelanggan
dihubungi untuk diberi penerangan sebaik mungkin. Ini termasuk nasihat berkenaan
perubahan terma perjanjian yang melibatkan perubahan ansuran bulanan dan jumlah
yang perlu dibayar selepas tamatnya tempoh moratorium.
Semasa berlakunya wabak COVID-19, Indonesia juga mengalami kesan yang
sama seperti Malaysia. Oleh itu, organisasi kewangan Islam sepertiOrganisasi Pengelola
Zakat, Infaq dan Sedekah (OPZIS), Lembaga Pengelola Wakaf (LPW) dan Lembaga
Keuangan Mikro atau Baitul Mal wat Tamwil (BMT) telah memainkan peranan dalam
membantu masyarakat yang terkesan dengan memaksimumkan urusan zakat, wakaf dan
infaq serta menyediakan pinjaman wang kepada peniaga bagi meneruskan perniagaan.
BMT juga berperanan sebagai tempat bagi menabung bagi masyarakat sewaktu wabak
COVID-19 berlaku (Ahmadan 2020).
Amalan menyimpan dan berbelanja menurut pakar ekonomi adalah bergantung
kepada tabiat dan trend. Menurut Alessie & Lusardi (1997), tabiat menyimpan bukan
sahaja bergantung kepada perubahan pendapatan pada masa hadapan berserta risikonya
tetapi juga kepada tabiat pada masa lalu. Begitu juga dengan perbelanjaan bukan sahaja
bergantung kepada pendapatan sedia ada dan risikonya tetapi juga kepada tabiat
berbelanja sebelumnya.
Beverly (1997) menyatakan tabiat menyimpan dan berbelanja saling berkait antara
satu sama lain. Teori neo-klasikal mengenai tabiat menyimpan menyebut individu dan
isi rumah mengambil berat mengenai jangkaan pendapatan pada masa hadapan dan
mempengaruhi tabiat menyimpan dan berbelanja.
Wan Chik et al. (2018) menyatakan filantropi bukanlah berasal dari fiqh Islam.
Bagaimanapun kaedah pelaksanaannya adalah bertepatan dengan prinsip syariah Islam.
Ia lebih tersusun kerana ia mempunyai asas yang melibatkan rukun dan syarat. Pada
akhirnya, pengamalnya mencari keredhaan Allah SWT atas dasar kasih sayang antara
umat dan dibuat bukan kerana paksaan. Namun begitu, ia boleh menjadi paksaan apabila
terdapat kecemasan dan darurat.
Menurut Hasbullah & Ab Rahman (2020), ada ketikanya kerajaan mengalami
kekurangan sumber untuk membantu rakyat. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab
masyarakat setempat terutamanya umat Islam membantu mereka yang memerlukan
dengan menyumbang sedikit harta sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali-
Imran ayat 92. Ia boleh dilakukan dengan menyumbang atau menginfak melalui
8
instrumen kewangan Islam seperti zakat, sedekah, infaq dan wakaf supaya mereka yang
terjejas boleh mengharungi kehidupan semasa pelaksanaan PKP.
Hasbullah & Ab Rahman (2020) juga memetik janji Allah dalam surah Al Baqarah
ayat 261 bahawa hambaNya yang bersedekah akan diberikan ganjaran yang besar di
akhirat. Sikap ini merupakan ketaatan kepada Allah dan bukannyalah satu kerugian
kerana ia akan di balas berlipat kali ganda.
Mohd Soffian Lee et al. (2020) menyatakan peranan masyarakat adalah sama
penting selain dari peranan yang dimainkan oleh kerajaan dan ia merangkumi amalan
zakat, sedekah, wakaf, infaq dan hibah. Ia dilakukan supaya kadar kemiskinan boleh
dikurangkan serta meningkatkan sosioekonomi masyarakat. Dari sudut istilah, zakat
merujuk kepada mengeluarkan sebahagian harta tertentu kepada yang berhak dengan
syarat tertentu. Dalam Islam, kekayaan adalah diagihkan dan tidak berada di kelompok
tertentu. Kutipan zakat boleh menjamin keadilan sosial masyarakat yang memerlukan
supaya mereka boleh mengharungi krisis bertepatan dengan perintah Allah SWT.
Kajian Rizal & Mukaromah (2021) mengenai penyelesaian filantropi Islam
terhadap kemiskinan akibat COVID-19 memetik bahawa menurut istilah wakaf itu
sendiri adalah menahan dan mengekang pindah milik sesuatu harta supaya ia boleh
dimanfaatkan untuk mencari keredhaan Allah SWT. Menurut Rizal lagi, ia bererti
pemberian harta kekal atau harta yang paling disayangi untuk kepentingan agama seperti
mewakafkan sebidang tanah untuk pembinaan masjid dan sebagainya. Di dalam konteks
COVID-19 pula, aset wakaf boleh digunakan sebagai wadah untuk membantu
masyarakat yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat
pandemik COVID-19.
Mohd Soffian Lee et al. (2020) turut menyebut sedekah adalah perlakuan rela hati
dan tanpa dipaksa bagi tujuan mendapat ganjaran Allah SWT. Ia berbentuk fleksibel dan
boleh sahaja diberikan oleh sesiapa tidak mengira banyak atau sedikit asalkan membantu
masyarakat yang tidak berkemampuan. Fadhilatunisa et al. (2020) menyatakan sedekah
adalah penyelesaian yang ampuh bagi membantu meningkatkan kesejahteraan
masyarakat serta dapat mengurangkan kesusahan semasa pandemik COVID-19.
METODOLOGI
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan
reka bentuk kajian rentas (cross-sectional). Ia dilakukan dengan kaedah pengedaran
borang soal selidik melalui platform aplikasi Whatsapp dan media sosial seperti
Facebook sebagai prosedur utama dalam proses pengumpulan data. Kelebihan
menggunakan borang soal selidik ini menurut Mathers et al. (2009), ia menggunakan
9
teknik persampelan rambang yang boleh menghasilkan sampel yang tertentu dan
menjadikan teknik ini lebih berkesan. Ia juga boleh menjadi saiz yang relatifnya kecil
serta boleh menghasilkan penemuan serta kesimpulan bagi keseluruhan populasi. Borang
soal selidik telah diadaptasikan dari beberapa kajian oleh Abdul Rashid et al. (2018),
Ibrahim & Othman (2020), Mohd Soffian Lee et al. (2020), Abdul Karim et al. (2020),
Dusuki (2020), Davenport et al. (2020), Widyastuti et al. (2016), Kaur et al. (2020),
Comerton-Forde et al. (2018), O’connell & De Paula (2020), Hariyadi (2016) dan
Othman et al. (2017). Item soal selidik juga diambil dari Jabatan Perangkaan Malaysia
(2019), Ringgitplus (2020) dan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia
(2020) yang diedarkan secara dalam talian kepada pengguna media sosial Facebook.
Borang soal selidik telah diedarkan mulai 15 Mei 2021 hingga 31 Mei 2021 melalui
aplikasi Whatsapp dan media social Facebook. Emel kepada Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia Kementerian-Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Putrajaya telah
dikemukakan pada20 Mei 2021 untuk diedarkan kepadawarga Kementerian dan Jabatan
terbabit.
Soal selidik terdiri daripada 6 bahagian utama dan mengandungi soalan tertutup
yang memerlukan jawapan pelbagai dan skala pengukuran yang digunakan oleh soal
selidik bagi tujuan pengukuran terhadap isu-isu yang dikaji ini adalah menggunakan
skala Likert yang diberi mata dari 1 hingga 5 berdasarkan kepada tahap penerimaan
responden terhadap isu-isu atau perkara yang dikaji. Pemberian skor mata adalah
1=Sangat Tidak Setuju, 2=Tidak Setuju, 3=Ragu-ragu, 4=Setuju dan 5=Sangat Setuju.
Bahagian pertama soal selidik adalah maklumat demografi responden seperti
jantina, umur, bangsa, status, peringkat pendidikan, pekerjaan dan pendapatan isi rumah
dan tanggungan. Manakala di bahagian kedua adalah maklumat umum dan kefahaman
mengenai moratorium bank dalam kalangan penjawat awam, amalan menyimpan di
bahagian ketiga, tabiat berbelanja di bahagian keempat, amalan filantropi di bahagian
kelima dan bahagian keenam adalah soalan terbuka yang mana respondendiminta untuk
menyatakan pendapat mengenai pelaksanaan moratorium bank selama 6 bulan. Segala
data yang diperoleh semasa kajian dijalankan telah dikumpul dan dianalisis melalui
penggunaan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.
Penganalisan data melibatkan dua jenis iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi.
Statistik deskriptif digunakan untuk mencatatkan markah min dan peratus yang lazimnya
digunakan untuk menjelaskan latar belakang responden kajian. Manakala statistik
inferensi pula digunakan untuk menentukan hubungan antara pembolehubah
menggunakan Pekali Pearson serta menguji hipotesis kajian mengenai hubungan antara
moratorium dengan amalan menyimpan, tabiat berbelanja dan amalan filantropi dengan
menggunakan kaedah analisis ujian regrasi linear berganda.
10
PERSAMPELAN
Populasi kajian ini adalah penjawat awam yang bertugas di Kementerian dan
Jabatan Persekutuan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Menurut
statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (MyCensus 2020), jumlah populasi di Putrajaya
pada tahun 2020 adalah seramai 103,700 orang. Dengan menggunakan jadual yang
disediakan oleh Krejie and Morgan yang dirujuk oleh Bukhari (2021), jumlah sampel
yang diperlukan adalah seramai 384 orang. Bagaimanapun, jumlah maklumbalas soal
selidik yang diperoleh adalah seramai 928 orang.
Pembersihan data telah dilakukan dengan menyemak kembali objektif kajian iaitu
kesan moratorium terhadap amalan menyimpan, tabiat berbelanja dan amalan filantropi
dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya. Adalah didapati seramai 27 orang adalah
kakitangan swasta, 5 orang pesara dan 2 orang responden masih belajar. Pembersihan
data juga dilakukan kepadasampel yang tidak mempunyai pinjaman di bank dan institusi
kewangan disebabkan item-item yang disediakan hanya dapat dijawab oleh responden
yang mempunyai pinjaman. Didapati seramai 37 sampel yang terdiri daripada penjawat
awam dan kakitangan swasta yang tidak mempunyai pinjaman di bank dan institusi
kewangan. Oleh itu sampel yang telah diperoleh bagi tujuan analisis kajian ini adalah
seramai 858 orang.
ANALISIS CRONBACH ALPHA
Menurut M. Y. Ibrahim (2010), kaedah popular yang sering digunakan untuk
menganggar kebolehpercayaan sesuatu alat ukur ialah dengan cara menentukan
ketekalan dalaman. Dalam perisian SPSS, Ujian Cronbach Alpha pula menurut
McMillan & Schumacher (2006) adalah ujian yang boleh digunakan dengan melihat nilai
koefisien untuk menentukan ketekalan dalaman dalam sesuatu alat ukur. Nilai koefisien
tertinggi dan boleh dipercayai bagi alat kajian yang digunapakai adalah 1.00 (Gay 1996)
bermaksud ia dipercayai 100 peratus. Berikutan kesukaran untuk mendapatkan alat
kajian yang boleh dipercayai 100 peratus, McMillan & Schumacher (2006) menyatakan
nilai koefisien antara 0.7 hingga 0.8 sudah boleh dianggap sebagai mempunyai
kebolehpercayaan yang agak tinggi.
Kajian rintis (pilot study)telah dijalankan terhadap 50 orang respondenbagitujuan
mengetahui sejauh mana soalan-soalan yang terkandung di dalam borang soal selidik
sesuai dan difahami oleh responden dan seterusnya digunakan bagi memantapkan item-
item soal selidik. Ujian CronbachAlpha telah dijalankan dan hasil ujian mendapati nilai
11
kebolehpercayaannya adalah 0.714 bermaksud instrumen kajian ini berada dalam
kedudukan yang baik dan berkesan untuk dilaksanakan.
UJIAN KENORMALAN
Sebelum analisis deskriptif dan inferensi dijalankan ke atas data kajian, ujian normaliti
(kenormalan) perlu dijalankan bagi memastikan data yang diperoleh bertabur secara
normal. Keputusan akan diperolehi melalui visual iaitu bentuk histogram seperti loceng
dan nilai Skewness dan Kurtosis yang diperoleh. Skewness adalah kepencongan graf
normal sama ada ke kanan (positif) atau ke kiri (negatif). Kurtosis pula adalah keadaan
sama ada puncak graf kuncup / kurus (negatif) atau lebar (positif) berbanding puncak
graf normal. Nilai skewness dan kurtosis data normal adalah 0. Oleh kerana kedua-dua
nilai tersebut beradadalam julat +/-1.7 maka data dikatakan tertabur secara normal (Talib
2013).
Jadual 1: Ujian Kenormalan
Item Statistic Std. Error
Kefahaman
Mengenai
Moratorium
Mean 3.9126 .01680
Std. Deviation .47801
Skewness .044 .086
Kurtosis -.251 .172
Amalan
Menyimpan
Mean 3.5357 .01705
Std. Deviation .48340
Skewness -.079 .086
Kurtosis .056 .172
Tabiat
Berbelanja
Mean 3.2522 .01642
Std. Deviation .45891
Skewness .046 .087
Kurtosis -.304 .175
Amalan
Filantropi
Mean 4.3305 .01767
Std. Deviation .49371
Skewness -.392 .087
Kurtosis -.513 .175
Sumber: SPSS Versi 26
Melalui ujian kenormalan, penemuan kajian terhadap keempat-empat item adalah
normal. Nilai kepencongan bagi setiap item berada dalam skala (±-1.7). Malah, nilai
12
kurtosis bagi setiap item turut berada dalam skala (±1.7). Dari ujian ini juga, sebanyak
77 outliers telah dikeluarkan dari sampel yang diperoleh.
DAPATAN KAJIAN
Analisis dan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan terhadap 781 sampel akan
dilakukan secara deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif digunakan untuk
menghuraikan ciri-ciri yang terdapat di dalam populasi berdasarkan skala pengukuran
menggunakan nilai frekuensi, peratus min dan sisihan piawai. Manakala analisis
inferensi akan meneliti ujian Pekali Pearson yang melihat hubungan antara
pembolehubah dan ujian regresi yang akan digunakan untuk menghuraikan pengaruh
antara pembolehubah bersandar dan tidak bersandar.
HASIL DAPATAN DESKRIPTIF
Jadual 2: Analisis Demografi Bagi 781 Responden
Item
Frekuens
i
Peratusa
n
Jantina Lelaki 355 45.5
Perempuan 426 54.5
Umur 20 hingga 30 62 7.9
31 hingga 40 409 52.4
41 hingga 50 249 31.9
51 hingga 60 61 7.8
Bangsa Melayu 738 94.5
Cina 2 .3
India 7 .9
Lain-lain 34 4.4
Status Bujang 92 11.8
Berkahwin 651 83.4
Duda 9 1.2
Janda 29 3.7
Pendidikan PMR/SRP 8 1.0
SPM 166 21.3
Diploma/STAM/ST
PM
273 35.0
Ijazah ke atas 334 42.8
13
Tingkat Pendapatan B40 349 44.6
M40 333 42.6
T20 99 12.7
Tanggungan 1 hingga 3 389 49.8
4 hingga 6 286 36.6
7 hingga 9 36 4.6
10 ke atas 3 .4
Tiada tanggungan 67 8.6
Sumber: SPSS Versi 26
Jadual 2 adalah jadual yang menunjukkan analisis demografi responden. Dapatan
menunjukkan responden perempuan lebih ramai daripada lelaki iaitu 426 orang atau
54.5% berbanding 355 orang bersamaan 45.5% yang memberi maklum balas terhadap
soal selidik. Jumlah responden yang berumur antara 31 hingga 40 tahun seramai 409
orang bersamaan 52.4% lebih ramai berbanding dengan responden yang berumur 41-50
tahun iaitu 249 orang bersamaan 31.9% daripada sampel. Jumlah respondenberumur 20
hingga 30 tahun serta 51 hingga 60 hampir sama banyak iaitu seramai 61 dan 62 orang
yang mewakili 7.9% dan 7.8% daripada sampel. Manakala, responden dari bangsa
Melayu lebih ramai iaitu 738 orang bersamaan 94.5% berbanding bangsa India dan Cina
masing-masing seramai 7 orang dan 2 orang iaitu 0.3% dan 0.9% dari sample. Jumlah
lain-lain bangsa responden adalah seramai 34 orang bersamaan 4.4% dari sampel. Bagi
status perkahwinan pula, responden yang teramai adalah terdiri daripada mereka yang
sudah berkahwin iaitu 651 orang mewakili 83.4% dari sampel. Responden yang masih
bujang pula seramai 92 orang mewakili 11.8% dari sampel, status duda dan janda pula
masing-masing seramai 9 orang dan 29 orang serta mewakili 1.2% dan 3.7% dari sampel.
Bagi peringkat pendidikan pula, majoriti responden adalah pemegang ijazah ke atas iaitu
seramai 334 orang bersamaan 42.8% manakala mereka yang memegang
diploma/STAM/STPM pula adalah seramai 273 orang mewakili 35% dari sampel.
Responden yang mempunyai sijil SPM dan PMR/SRP pula adalah seramai 166 orang
dan 8 orang mewakili 21.3% dan 1% dari sampel. Tingkat pendapatan (termasuk
pasangan) menunjukkan respondendari kumpulan B40 dan M40 seramai 349 orang dan
333 orang yang mewakili 44.6% dan 42.6%. Manakala T20 adalah seramai 99 orang iaitu
12.7% dari sampel. Bagi tanggungan pula, majoriti responden iaitu 389 orang yang
mewakili 49.8% mempunyai seorang hingga 3 orang tanggungan. Responden yang
mempunyai 4 hingga 6 orang tanggungan pula mewakili 36.6% dari sampel bersamaan
286 orang responden. Terdapat juga 3 orang responden iaitu 0.4% yang mempunyai
tanggungan seramai 10 orang ke atas dan 36 orang responden bersamaan 4.6% yang
14
mempunyai 7 hingga 9 orang tanggungan. Bagaimanapun, seramai 67 orang responden
atau 8.6% dari sampel tidak mempunyai tanggungan.
Jadual 3 menunjukkan kekerapan jenis pinjaman yang dimiliki oleh responden.
Pinjaman peribadi mendominasi dengan 78.6% dari 781 orang responden. Baki yang lain
adalah pilihan sewabeli seramai 442 orang bersamaan 56.6% dari jumlah sampel dan
pinjaman perumahan seramai 454 dari 781 orang bersamaan 58.1%.
Jadual 3: Kekerapan Jenis Pinjaman Yang Dimiliki
(Responden memiliki lebih dari satu jenis
pinjaman)
Jenis Pinjaman FrekuensiPeratusan
Peratusan
Mengikut Kes
Pinjaman
Perumahan
454 30.1% 58.1%
Sewabeli 442 29.3% 56.6%
Pinjaman
Peribadi
614 40.7% 78.6%
Jumlah 1510 100.0% 193.3%
Sumber: SPSS Versi 26
Responden banyak memperoleh maklumat mengenai moratorium dari media
sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, aplikasi Whatsapp dan sebagainya. Jadual 4
menunjukkan 747 orang dari 781 respondenmewakili 95.6% dari sampel telah memilih
Media Sosial, 46.6% bersamaan 364 orang dari jumlah sampel, 45.2% (352 orang) dari
jumlah sampel menerima maklumat dari keluarga dan rakan, 28.2% (220 orang) memilih
surat khabar dan majalah manakala ejen/penasihat kewangan dan seminar/kursus dipilih
oleh 54 dan 10 orang dari jumlah sampel mewakili 3.1% dan 0.6%. Malahan terdapat
juga responden yang langsung tidak menerima maklumat moratorium iaitu 8 orang
mewakili 0.5% dari sampel.
Jadual 4: Dari Mana Responden Memperoleh Maklumat
Mengenai Moratorium(Responden memilih
lebih dari satu item)
Punca Maklumat Frekuensi Peratusan
Peratusan
Mengikut Kes
Media Sosial 747 42.5% 95.6%
15
Portal Dalam Talian/
Blog
364 20.7% 46.6%
Keluarga/Rakan 353 20.1% 45.2%
Suratkhabar/Majalah 220 12.5% 28.2%
Ejen/Penasihat
Kewangan
54 3.1% 6.9%
Seminar/Kursus 10 0.6% 1.3%
Tidak Menerima
Maklumat Langsung
8 0.5% 1.0%
Jumlah 1756 100.0% 224.8%
Sumber: SPSS Versi 26
Interpretasi data kajian dibuat berdasarkan kepada jadual pengiraan mengikut
rumusan Nunally (1978) bagi menentukan tahap kefahaman dan penerimaan kepada
item-item yang dinyatakan dalam soal selidik.
Jadual 5 Interpretasi Skala Min
Skala Min Tahap
1.00 hingga 2.00 Rendah
2.01 hingga 3.00 Sederhana
Rendah
3.01 hingga 4.00 Sederhana
Tinggi
4.01 hingga 5.00 Tinggi
Sumber: Nunally (1978)
Hasil dapatan di Jadual 6 menunjukkan kefahaman responden mengenai
pelaksanaan moratorium bank berada di tahap min 3.68 hingga 4.10 iaitu sederhana
tinggi hingga tinggi. Responden memahami pelan pelaksanaan moratorium bank yang
diumumkan oleh Bank Negara (min=3.88, sisihan piawai=0.689), responden bersetuju
bahawa pelaksanaan moratorium memberi lebih banyak kebaikan (min=4.10, sisihan
piawai=0.701). Bagaimanapun, respoden juga bersetuju bahawa pelaksanaan
moratorium memberi kesan jangka panjang kepada pinjaman seperti pengenaan faedah
terakru (min=3.68, sisihan piawai=0.866). Responden juga bersetuju jika moratorium
dilanjutkan selepas tempoh 6 bulan tamat (min=3.82, sisihan piawai=1.042). Responden
bersetuju dengan pendapat bahawa cara Malaysia mengurangkan beban rakyatnya
16
termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana adalah yang terbaik setakat ini (min=4.08,
sisihan piawai=0.825)
Jadual 6: Kefahaman Responden Mengenai Pelaksanaan Moratorium Bank
Item Min
Sisihan
Piawai
Skala
Adakah Anda Bersetuju Bahawa Anda
Memahami Pelan Pelaksanaan
Moratorium Bank Yang Diumumkan
Oleh Bank Negara?
3.88 0.689 Sederhana
Tinggi
Adakah Anda Bersetuju Bahawa
Pelaksanaan Moratorium Ini Memberi
Lebih Banyak Kebaikan Dari
Keburukan?
4.10 0.701 Tinggi
Adakah Anda Bersetuju Bahawa
Pelaksanaan Moratorium Ini Memberi
Kesan Jangka Panjang Kepada
Pinjaman? Contohnya Pengenaan
Faedah Terakru (Accrued Interest On
Loan)
3.68 0.866 Sederhana
Tinggi
Berdasarkan Keadaan Semasa, Adakah
Anda Bersetuju Untuk Melanjutkan
Moratorium Bank Selepas Tamatnya
Tempoh 6 Bulan Tersebut?
3.82 1.042 Sederhana
Tinggi
Berdasarkan Kenyataan YB Menteri
Kewangan Malaysia Pada Bulan Julai
2020, Hanya Malaysia Yang
Menawarkan Moratorium Bank Selama
6 Bulan Berbanding Negara Lain Di
Dunia. Adakah Anda Bersetuju, Cara
Malaysia Mengurangkan Beban
Individu Dan Industri Kecil Dan
Sederhana Semasa Pandemik COVID-
19 Adalah Cara Yang Terbaik Setakat
Ini?
4.08 0.825 Tinggi
Sumber: SPSS Versi 26
17
Jadual 7 menunjukkan kesan pelaksanaan moratorium terhadap amalan
menyimpan dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya. Responden kurang bersetuju
dengan pendapattanpa moratorium, amalan menyimpan masih lagi dilakukan (min=2.92,
sisihan piawai=1.101). Bagaimanapun, responden bersetuju bahawa moratorium boleh
menambah kadar simpanan sedia ada (min=3.89, sisihan piawai=0.900). Respondenjuga
bersetuju wang lebihan yang diperoleh dari moratorium bank boleh digunakan untuk
pelaburan amanah saham dan sebagainya (min=3.10, sisihan piawai=1.089). Responden
bersetuju bahawa simpanan yang dibuat boleh digunakan untuk membayar kembali
ansuran/faedah terakru pinjaman yang terhenti akibat moratorium (min=3.31, sisihan
piawai=0.997). Respondenamat bersetuju simpanan yang dibuat pada masa kini adalah
kerana masa depan yang tidak menentu akibat pandemik COVID-19 (min=4.21, sisihan
piawai=0.686). Respondenjuga bersetuju moratorium telah mengubah tabiat menyimpan
(min 3.75, sisihan piawai=0.957).
Jadual 7: Kesan Moratorium Terhadap Amalan Menyimpan
Item Min
Sisihan
Piawai
Skala
Adakah Anda Bersetuju, Tanpa
Moratorium, Anda Masih Boleh
Menyimpan?
2.92 1.101 Sederhana
Rendah
Adakah Anda Bersetuju Bahawa
Pelaksanaan Moratorium Menambah
Simpanan Sedia Ada?
3.89 0.900 Sederhana
Tinggi
Adakah Anda Bersetuju Wang Lebihan
Yang Diperoleh Dari Moratorium Bank
Digunakan Untuk Melabur Ke Dalam
Saham Amanah/Bursa Saham?
3.10 1.089 Sederhana
Tinggi
Adakah Anda Bersetuju Bahawa
Simpanan Yang Dibuat Untuk
Membayar Kembali Ansuran/Faedah
Terakru Pinjaman Yang Terhenti Akibat
Moratorium?
3.31 0.997 Sederhana
Tinggi
Adakah Anda Bersetuju Simpanan Yang
Dibuat Pada Masa Kini Adalah Kerana
Masa Depan Yang Tidak Menentu
Akibat Pandemik COVID-19?
4.21 0.686 Tinggi
18
Adakah Anda Bersetuju Moratorium
Mengubah Tabiat Menyimpan Anda?
3.75 0.957 Sederhana
Tinggi
Sumber: SPSS Versi 26
Jadual 8 menunjukkan kesan moratorium terhadap tabiat berbelanja dalam
kalangan penjawat awam di Putrajaya. Responden tidak bersetuju bahawa gelagat
berbelanja berubah disebabkan berlakunya pandemik COVID-19 (min=1.95, sisihan
piawai=0.839). Bagaimanapun, responden bersetuju bahawa perbelanjaan telah
meningkat akibat kesan moratorium (min=3.08, sisihan piawai=0.839). Tetapiresponden
tidak bersetuju hanya perbelanjaan tertentu sahaja yang dibuat semasa pandemic
COVID-19 (min=2.03, sisihan piawai=0.880). Ini adalah kerana responden berpendapat
bahawa panic buying berlaku semasa berlakunya pandemik (min=4.02, sisihan
piawai=0.890). Respondenjuga tidak merasa risau melihat orang lain berbelanja dengan
lebih banyak semasa berlakunya pandemik COVID-19 (min=2.66, sisihan
piawai=1.176).
Jadual 8: Kesan Moratorium Terhadap Tabiat Berbelanja
Item Min
Sisihan
Piawai
Skala
Adakah Anda Bersetuju Gelagat
Berbelanja Anda Berubah Disebabkan
Berlakunya Pandemik COVID-19?
1.95 0.839 Rendah
Adakah Anda Bersetuju Perbelanjaan
Anda Meningkat Akibat Kesan
Moratorium?
3.08 1.131 Sederhan
a Tinggi
Adakah Anda Bersetuju Bahawa Hanya
Perbelanjaan Tertentu Sahaja Dibuat
Semasa Pandemik COVID-19?
2.03 0.880 Sederhan
a Rendah
Adakah Anda Membuat Panic Buying
Semasa Pandemik COVID-19?
4.02 0.890 Tinggi
Adakah Anda Merasa Risau Melihat
Orang Lain Berbelanja Dengan Jumlah
Yang Banyak Semasa Pandemik
COVID-19?
2.66 1.176 Sederhan
a Rendah
Sumber: SPSS Versi 26
19
Jadual 9 menunjukkan kesan moratorium terhadap amalan filantropi dalam
kalangan penjawat awam di Putrajaya. Responden bersetuju pelaksanaan moratorium
menggalakkan amalan filantropi seperti bersedekah, menyumbang, berinfaq dan
berwakaf (min=3.95, sisihan piawai=0.770). Responden amat bersetuju bahawa ramai
masyarakat memerlukan pertolongan sewaktu pandemik COVID-19 berlaku (min=4.65,
sisihan piawai-=0.669). Responden juga bersetuju amalan filantropi merupakan amalan
yang dituntut dalam agama dan akan mendapat ganjaran daripada Tuhan (min=4.45,
sisihan piawai=0.669). Begitu juga dengan amalan filantropi sebagai satu kaedah untuk
membasmi kemiskinan (min=4.26, sisihan piawai=0.764). Jika krisis pandemik seperti
COVID-19 ini berulang, responden amat bersetuju untuk menghulurkan bantuan dari
segi harta dan wang ringgit (min=4.20, sisihan piawai=0.680). Respondenjuga bersetuju
bahawa amalan filantropi adalah penyebab rezeki bertambah (min=4.40, sisihan piawai=
0.668). Malahan, respondenamat bersetuju amalan filantropi akan dapat menghakis sifat
bakhil dan kedekut serta membersihkan harta dan jiwa (min=4.40, sisihan piawai=0.685).
Jadual 9: Kesan Moratorium Terhadap Amalan Filantropi
Item Mean
Std.
Deviation
Skala
Adakah anda bersetuju bahawa
pelaksanaan moratorium menggalakkan
amalan filantropi?
3.95 0.770 Sederhan
a Tinggi
Adakah anda bersetuju ramai
masyarakat di luar sana memerlukan
pertolongan sewaktu pandemik
COVID-19 berlaku?
4.65 0.515 Tinggi
Adakah anda bersetuju bahawa amalan
filantropi merupakan amalan yang
dituntut dalam agama dan akan
mendapat ganjaran daripada Tuhan?
4.45 0.669 Tinggi
Adakah anda bersetuju amalan
filantropi adalah salah satu kaedah
untuk membasmi kemiskinan sewaktu
pandemik COVID-19?
4.26 0.764 Tinggi
Adakah anda bersetuju untuk
menghulurkan bantuan dari segi harta
dan wang ringgit jika krisis seperti
pandemik ini berulang?
4.20 0.680 Tinggi
20
Adakah anda bersetuju amalan
filantropi menjadi penyebab rezeki
anda bertambah?
4.40 0.668 Tinggi
Adakah anda bersetuju amalan
filantropi akan dapat menghakis sifat
bakhil dan kedekut serta membersihkan
harta dan jiwa?
4.40 0.685 Tinggi
Sumber: SPSS Versi 26
HASIL DAPATAN INFERENSI
Menurut Hamedan et al. (2019), analisis inferensi digunakan untuk menguji
hipotesis kajian mengenai perkaitan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah
yang lain. Apabila membuat analisis untuk mencari hubungan atau korelasi antara dua
pembolehubah, tiga persoalan berikut yang ingin diketahui oleh penyelidik iaitu sama
ada terdapat hubungan atau tidak, kekuatan hubungan dan arah hubungan tersebut (M.
Y. Ibrahim 2010). Nilai pekali korelasi berada dalam julat -1 hingga +1. Sekiranya nilai
pekali korelasi r yang diperolehi adalah negatif, itu bermaksud dua pembolehubah
tersebut mempunyai hubungan songsang (inversely). Nilai pekali korelasi dalam unit
positif bermaksud dua pembolehubah yang diuji mempunyai hubungan terus (directly).
Tanda positif dan negatif pada pekali korelasi hanya menunjukkan arah perhubungan
antara dua pembolehubah. Ia tidak menggambarkan kekuatan hubungan. Kekuatan
hubungan digambarkan melalui nilai pekali korelasi tersebut seperti ditunjukkan di
Jadual 10 (Konting 2000):
Jadual 10: Kekuatan Hubungan Mengikut Nilai Korelasi
Nilai Tahap
0.00 – 0.20 Sangat Lemah
0.21- 0.40 Lemah
0.41- 0.70 Sederhana
0.71- 0.90 Kuat
0.91-1.00 Sangat kuat
Sumber: Konting (2000)
21
Analisis Korelasi Pearson digunakan untuk menguji adakah terdapat hubungan di
antara kefahaman moratorium, amalan menyimpan, tabiat berbelanja dan amalan
filantropi.
Jadual 11: Korelasi Antara Kefahaman Moratorium Dengan Amalan
Menyimpan, Tabiat Berbelanja Dan Amalan Filantropi
Kefahaman
mengenai
Moratorium
Amalan
Menyimpan
Tabiat
Berbelanja
Amalan
Filantropi
Kefahaman
mengenai
Moratorium
Pearson
Correlation
1 0.263** .142** .251**
Sig. (2-tailed) .000 .000 .000
Amalan
Menyimpan
Pearson
Correlation
.263** 1 .137** .197**
Sig. (2-tailed) .000 .000 .000
Tabiat
Berbelanja
Pearson
Correlation
.142** 0.137** 1 .069
Sig. (2-tailed) .000 .000 .055
Amalan
Filantropi
Pearson
Correlation
.251** 0.197** 0.069 1
Sig. (2-tailed) .000 .000 .055
**. Korelasi signifikan di aras 0.01 (2-hujung)
Sumber: SPSS Versi 26
Kefahaman mengenai moratorium dalam kalangan penjawat awam mempunyai
korelasi yang positif dan signifikan terhadap amalan menyimpan, tabiat berbelanja dan
amalan filantropi sewaktu pandemic COVID-19. Bagaimanapun, kefahaman mengenai
moratorium jelas mempunyai hubungan yang lemah dengan tabiat berbelanja iaitu berada
di antara 0.21 – 0.40. Hubungan ini menjelaskan walaupun penjawat awam mempunyai
lebihan wang ditangan kerana penangguhan bayaran pinjaman ke bank, tabiat berbelanja
tetap tidak berubah dan terkawal. Ia juga bertepatan dengan amalan menyimpan yang
mana hubungan positif iaitu r=0.263 menjelaskan lebihan wang di tangan menggalakkan
penjawat awam untuk menambah simpanan. Begitu juga dengan hubungan moratorium
dengan amalan bersedekah yang mana dengan lebihan wang yang ada, penjawat awam
lebih memilih untuk bersedekah di samping menyimpan untuk kegunaan masa depan.
22
ANALISIS REGRESI
Regresi adalah satu model untuk penyelidik membuat ramalan atau jangkaan
terhadap sesuatu pembolehubah bersandar dengan menggunakan pembolehubah tak
bersandar. R² (R-Squared)menerangkan pengaruh pembolehubah tak bersandar terhadap
variasi yang wujud dalam pembolehubah bersandar. Menurut Zikmund (2003), kaedah
untuk menafsirkan kekuatan pengaruh berdasarkan nilai R² adalah:
1. Jika nilai R² <0.3, nilai ini secara amnya dianggap sebagai ukuran kesan tiada atau
sangat lemah;
2. Jika nilai R² =0.3 <r <0.5 nilai ini secara umum dianggap sebagai ukuran kesan
lemah atau rendah;
3. Jika nilai R² =0.5 <r <0.7 nilai ini secara umum dianggap sebagai ukuran kesan
sederhana;
4. Jika nilai R² = r> 0.7 nilai ini secara amnya dianggap ukuran kesan kuat.
Analisis Regresi digunakan menguji hipotesis yang telah dibangunkan iaitu:
Hipotesis Null 1: Moratorium tidak mempunyai kesan terhadap amalan
menyimpan dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya.
Jadual 12 menunjukkan pengaruh pembolehubah tidak bersandar iaitu amalan
menyimpan terhadap kefahaman moratorium. Ujian menunjukkan terdapat 6.9% variasi
pembolehubah tidak bersandar tersebut terhadap moratorium. Bagaimanapun, menurut
Zikmund (2003), nilai R²<0.3 memberi kesan yang lemah atau tidak kesan langsung.
Jadual 12: Variasi Amalan Menyimpan dalam Moratorium
Model Summary
Model Rᵃ R² Adjusted R²
Std. Error of
the Estimate
Durbin-
Watson
1 0.263 0.069 0.068 0.46096 2.010
a. Predictors:(Constant), Amalan Menyimpan
b. Dependent Variable: Kefahaman mengenai Moratorium
Sumber: SPSS Versi 26
Jadual 13 menunjukkan garis kecerunan amalan menyimpan terhadap moratorium
adalah 0.261 dan nilai t adalah 7.617. Model ini menunjukkan hubungan positif antara
23
amalan menyimpan dan kefahaman mengenai moratorium dengan nilai signifikan
(p<0.05). Oleh itu, hipotesis null 1 ditolak.
Jadual 13: Model Regresi
Coefficients
Model
Unstandardized
Coefficients
Standardized
Coefficients
95.0% Confidence
Interval for B
Collinearity
Statistics
B Std. Error Beta
t Sig.
Lower
Bound
Upper
Bound Tolerance VIF
1 (Constant) 2.992 0.122 24.544 .000 2.753 3.232
Amalan
Menyimpan
0.261 0.034 0.263 7.617 .000 0.193 0.328 1.000 1.000
a. Dependent Variable: Kefahaman mengenai Moratorium
Sumber: SPSS Versi 26
Hipotesis Null 2: Moratorium tidak mempunyaikesan terhadap tabiatberbelanja
dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya.
Jadual 14 menunjukkan pengaruh pembolehubah tidak bersandar iaitu tabiat
berbelanja terhadap kefahaman moratorium. Ujian menunjukkan terdapat 2% variasi
pembolehubah tidak bersandar tersebut terhadap moratorium. Menurut Zikmund (2003),
nilai R² <0.3 memberi kesan yang lemah atau tidak kesan langsung bermaksud hampir
tiada variasi perbelanjaan dalam moratorium.
Jadual 14: Variasi Tabiat Berbelanja Dalam Moratorium
Model Summary
Model R R² Adjusted R²
Std. Error of
the Estimate
Durbin-
Watson
1 0.142ᵃ 0.020 0.019 0.47299 1.968
a. Predictors: (Constant), Tabiat Berbelanja
b. Dependent Variable: Kefahaman mengenai Moratorium
Sumber: SPSS Versi 26
Jadual 15 menunjukkan garis kecerunan tabiat berbelanja terhadap moratorium
adalah 0.147 dan nilai t adalah 3.994. Model ini menunjukkan hubungan positif antara
tabiat berbelanja dan kefahaman mengenai moratorium dengan nilai signifikan (p<0.05).
Oleh itu, hipotesis null 1 ditolak.
24
Jadual 15: Model Regresi
Coefficients
Unstandardized
Coefficients
Standardized
Coefficients
95.0% Confidence
Interval for B
Collinearity
Statistics
Model B Std. Error Beta
t Sig.
Lower
Bound
Upper
Bound Tolerance VIF
1 (Constant) 3.433 0.121 28.323 .000 3.195 3.671
Tabiat
Berbelanja
.147 0.037 0.142 3.994 .000 0.075 0.220 1.000 1.000
a. Dependent Variable: Kefahaman mengenai Moratorium
Sumber: SPSS Versi 26
Hipotesis Null 3: Moratorium tidak mempunyaikesan terhadap amalan filantropi
dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya.
Jadual 16 menunjukkan pengaruh pembolehubah tidak bersandar iaitu amalan
filantropi terhadap kefahaman moratorium. Ujian menunjukkan terdapat 6.3% variasi
pembolehubah tidak bersandar tersebut terhadap moratorium.
Jadual 16: Variasi Amalan Filantropi Dalam Moratorium
Model Summaryᵇ
Model R R² Adjusted R²
Std. Error of
the Estimate
Durbin-
Watson
1 0.251ᵃ 0.063 0.062 0.46246 1.979
a. Predictors: (Constant), Amalan Filantropi
b. Dependent Variable: Kefahaman mengenai Moratorium
Sumber: SPSS Versi 26
Jadual 17 menunjukkan garis kecerunan amalan filantropi terhadap moratorium
adalah 0.243 dan nilai t adalah 7.251. Model ini menunjukkan hubungan positif antara
amalan filantropi dankefahaman mengenai moratorium dengan nilai signifikan (p<0.05).
Oleh itu, hipotesis null 1 ditolak.
25
Jadual 17: Model Regresi
Coefficientsᵃ
Unstandardized
Coefficients
Standardized
Coefficients
95.0% Confidence
Interval for B
Collinearity
Statistics
Model B Std. Error Beta t Sig.
Lower
Bound
Upper
Bound Tolerance VIF
1(Constant) 2.859 0.146 19.560.000 2.572 3.146
Amalan
Filantropi
0.243 0.034 0.251 7.251 .000 0.177 0.309 1.000 1.000
a. Dependent Variable: Kefahaman mengenai Moratorium
Sumber: SPSS Versi 26
RUMUSAN
Jumlah penjawat awam di Malaysia sehingga tahun 2020 adalah seramai 1.6 juta
orang (PMO 2020). Kemudahan yang dinikmati oleh penjawat awam selain dari gaji dan
elaun adalah perumahan awam bagi mereka yang layak, perubatan percuma di hospital
kerajaan, cuti tahunan serta pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer. Oleh itu,
semua kemudahan ini diberikan walaupun terdapat kegawatan ekonomi dan sebagainya
(LPPSA 2020).
Perkhidmatan awam telah ditransformasikan untuk menjalani budaya kerja baharu
atau normal baharu susulan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan bagi menangani penularan COVID-19.
Pelaksanaannya menyaksikan hampir keseluruhan urusan perkhidmatan awam
ditangguhkan dan kerajaan terpaksa memperkenalkan cara kerja baharu, iaitu bekerja
dari rumah bagi bidang tertentu (Mat 2020). Bekerja dari rumah telah mengubah gaya
hidup rakyat dan penjawat khususnya dengan mengurangkan pergerakan di luar,
membuat pembelian atas talian serta penggunaan bil utiliti yang tinggi. Analisis oleh
Tajudin et al. (2021) telah merumuskan respondenyang terdiri daripada penjawat awam
lebih risau dengan keadaan yang tidak menentu semasa pandemik COVID-19. Oleh itu,
tabiat berbelanja menjadi berkurangan dan mementingkan simpanan waktu kegawatan.
Menurut Alyasa (2020) yang memetik pendapat Prof Madya Dr Mohamad Fazli Shari
dari Universiti Putra Malaysia bahawa perbelanjaan rakyat berkurangan sebanyak 50%
semasa pandemik kerana kurangnya pergerakan keluar dari rumah dan menyebabkan
rakyat berjimat-cermat. Lebihan pendapatan juga telah menjadikan penjawat awam
sebagai pendukung filantropi seperti mana yang disebut oleh Hasbullah & Ab Rahman
(2020).
26
CADANGAN
Walaupun penjawat awam dikatakan tidak terjejas dengan adanya pandemik
COVID-19, namun golongan ini juga bertindak balas dengan bantuan yang telah
disediakan oleh Kerajaan seperti kelulusan moratorium bank secara automatik selama 6
bulan. Moratorium dengan lebihan wang di tangan semasa pandemik, mempunyai
hubungan positif dengan amalan menyimpan dan bersedekah serta menyumbang dalam
kalangan penjawat awam di Putrajaya. Biarpun begitu, lebihan wang bukan bermaksud
penjawat awam boleh berbelanja melebihi pendapatansepatutnya sepertimana hubungan
yang hampir tiada kesan antara moratorium dan tabiat berbelanja.
Secara ringkasnya, walaupun penjawat awam boleh menggunakan lebihan wang
moratorium untuk berbelanja lebih tetapi kesannya hanya sedikit dan fokus penjawat
awam sewaktu berlakunya pandemik adalah membantu masyarakat dengan
menyumbang, bersedekah dan berinfaq selain daripada membuat simpanan demi masa
depan yang tidak menentu.
RUJUKAN
Abdul Aziz, M. 2020, November 3. Moratorium beri impak positif tabungan rakyat.
Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my [28 June 2021].
Abdul Karim, A. H., Azalan, N. S. & Ismail, M. F. 2020. Tahap Kefahaman Masyarakat
Islam Negeri Pahang Terhadap Peranan Maqasid Syariah dalam Menangani
Wabak COVID-19. Jurnal Al-Sirat 19(ISSN:1823-4313).
Abdul Rashid, N. K., Che Sulaiman, F. & Rahizal, N. A. 2018. Survivability through
Basic Needs Consumption among Muslim Households B40, M40 and T20 Income
Groups. Pertanika Journal Social Sciences & Humanities 26(2): 985–998.
Ahmadan, D. 2020. Keuangan Sosial Islam Dalam Menghadapi Wabah Covid-19. Jurnal
Perbankan Syariah 1(2): 1–15.
Albulescu, C. T. 2020. Coronavirus and Oil Price Crash. Retrieved from
https://ssrn.com/abstract=3553452
Alessie, R. & Lusardi, A. 1997, February 18. Consumption, saving and habit formation.
Dartmouth College.
Alyasa, J. 2020, May 23. Covid-19 jadikan rakyat tidak boros. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my [29 June 2021].
Ammituh, R. & Abdullah, B. 2020. Kesan Pandemik COVID-19 Terhadap Sumber
Pendapatan Isi Rumah: Kajian kes Semporna Sabah.
Beverly, S. 1997. How Can The Poor Save? Theory and Evidence on Saving in Low-
27
Income Households. Missouri.
Bukhari, S. A. R. 2021. Sample Size Determination Using Krejcie and Morgan Table.
Comerton-Forde, C., Ip, E., Ribar, D. C., Ross, J., Salamanca, N. & Tsiaplias, S. 2018.
Using Survey and Banking Data to Measure Financial Wellbeing Using Survey
and Banking Data to Measure Financial Wellbeing. Melbourne.
Davenport, A., Joyce, R., Rasul, I. & Waters, T. 2020. Spending And Saving During The
COVID-19 Crisis: Evidence FromBank AccountData. institute for FiscalStudies.
Dusuki, A. W. 2020, May 1. Memahami IsuMoratorium Bank: Implikasi Dan Cadangan.
Facebook. https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki [28 June 2021].
Fadhilatunisa, D., Fakhri, M. M., Suhartono, Elfa Syariati, N., Aditiya, R. & Islam Negeri
Alauddin Makassar, U. 2020. Infak dan Sedekah di Masa Pandemi COVID-19
dalam Kajian Akuntansi Syariah. Iqtisaduna 6(2): 175–186.
Fernandes, N. 2020. Economic Effects of Coronavirus Outbreak (COVID-19) On The
World Economy. Retrieved from https://ssrn.com/abstract=3557504
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia. 2020. Ringgit. FOMCA.
Gay, L. R. 1996. Educational Research: Competencies for Analysis and Application.
Prentice Hall.
Hamedan, N. N., Alsagoff, S. A. S. & Ghazali, A. H. A. 2019. Media, Issues And Voters’
Behaviour In The 14th General Election: A Preliminary Study. Jurnal
Komunikasi: Malaysian Journal of Communication 35(2): 293–312.
Hariyadi, G. T. 2016. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Konsumen Berbelanja Di
Minimarket. Jurnal Penelitian Ekonomi dan Bisnis 1(1): 16–32. Retrieved from
http://www.jpeb.dinus.ac.id
Hasbullah, N. A. & Ab Rahman, A. 2020. Peranan Pemegang Taruh Dalam Menjaga
Kebajikan Ekonomi Rakyat Semasa Pandemik COVID-19 Dari Perspektif
Ekonomi Islam. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research
17(Special Issues): 71–89.
Huda, N. 2020, April 8. Perbelanjaan isi rumah turun 55 peratus sejak PKP - Kajian.
Astro Awani.
Ibrahim, A. Z. & Othman, Z. 2020. COVID-19: Coping Strategies Among B40
Households In Malaysia To Achieve Food Security During Movement Control
Order (MCO). European Journal of Molecular & Clinical Medicine 7(06): 2020.
Ibrahim, M. Y. 2010. Bimbingan Cepat : Analisis Data Penyelidikan Untuk Pendidikan
& Sains Sosial. Bandar Ilmu Resources.
Jabatan Perangkaan Malaysia. 2019. Penemuan Utama: Pendapatan, Kemiskinan,
Ketaksamarataan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas. Putrajaya.
Kaur, K., Kunasegaran, M., Singh, J., Salome, S. & Kaur Sandhu, S. 2020. Impact Of
28
The First Phase Of Movement Control Order During The COVID-19 Pandemic In
Malaysia On Purchasing Behavior Of Malaysian Consumers. Journal of
Humanities and Social Sciences Research 2: 131–144. Retrieved from
www.horizon-JHSSR.comCC-BYlicense
Kementerian Kesihatan Malaysia. 2021. Terkini Harian COVID-19 Malaysia.
http://covid-19.moh.gov.my/terkini [28 June 2021].
Khair Anwar, I. S., Mansor, N. A., Shamsudin, S. M. & Mohd Fatzel, F. H. 2020. The
Impact of COVID-19 Outbreak towards Islamic Banking: The Case of Malaysia.
Proceeding of the 7thInternational Conference on Management and Muamalah,
hlm. 2756–8938.
Konting, M. M. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
LPPSA. 2020, April 8. Tiada Penangguhan (Moratorium) Pembayaran Balik Ansuran
Bulanan Pembiayaan Perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
(LPPSA). LPPSA.
Majid, M. 2020, March 17. Covid-19: Panic and the Malaysian Economy. New Straits
Times. https://www.nst.com.my/ [28 June 2021].
Mat, A. 2020, May 2. Warga kerja perlu menjiwai normal baharu. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/ [29 June 2021].
Mat Ruzki, R. 2020, October 31. Penjawat awam juga terkesan akibat COVID-19 -
CUEPACS. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/ [28 June 2021].
Mathers, N., Fox, N. & Hunn, A. 2009. Surveys and Questionnaires, hlm. 1st Edisi .
National Institute For Health Research. Retrieved from www.rds-yh.nihr.ac.uk
McMillan, J. & Schumacher, S. 2006. Research in Education. Pearson Education.
Md. Shah, A. U., Safri, S. N. A., Thevadas, R., Noordin, N. K., Abd Rahman, A., Sekawi,
Z., Ideris, A., et al. 2020. COVID-19 Outbreak In Malaysia: Actions Taken by the
Malaysian Government. InternationalJournalofInfectious Diseases 97: 108–116.
Mohd Soffian Lee, U. H., Abdul Aziz, A. R. & Md. Isa, A. 2020. Kefahaman dan
Tingkah Laku Masyarakat Terhadap Amalan Filantropi Islam Semasa Pandemik
COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
5(12): 1–15.
Murugiah, S. 2020. Covid-19 to place Malaysian economy into technical recession, says
AmBank. The Edge Markets. https://www.theedgemarkets.com/ [28 June 2021].
MyCensus. 2020, November 7. Statistik Wilayah Persekutuan Putrajaya. Jabatan
Perangkaan Malaysia.
Nunally, J. C. 1978. Pyschometric Theory. New York: McGraw Hill.
O’connell, M. & De Paula, Á. 2020. Preparing For A Pandemic: Spending Dynamics
29
And Panic Buying During The COVID-19 First Wave.
Othman, M. A., Abbas, R., Mat Jusoh, M. S. & Tuan Muda, T. S. 2017. Persepsi
Pembayar Zakat Korporat Terhadap Pembangunan Spiritual Diri: Satu Kajian Di
Daerah Kuantan. e-Proceeding of the 4thInternational Conference on Masjid,
Zakat and Waqf Management . Universiti Malaysia Pahang.
PMO. 2020, August 30. Bilangan penjawat awam kekal meskipun e-kerajaan
dilaksanakan – PM Muhyiddin. Pejabat Perdana Menteri.
https://www.pmo.gov.my/ [28 June 2021].
Ringgitplus. 2020. Malaysian Financial Literacy Survey 2020. Kuala Lumpur.
Rizal, F. & Mukaromah, H. 2021. Filantropi Islam Solusi Atas Masalah Kemiskinan
Akibat Pandemik COVID-19. Jurnal Hukum dan Pranata Sosial Islam 3(1): 35–
66.
Salian, S. 2017, November 8. Bank tempatan sedia bantuan mangsa banjir. Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/ [28 June 2021].
Shaharuddin, A. 2020. Do Islamic Banks Act ‘Islamic’ During COVID-19 Pandemic.
TheJournal of Muamalatand IslamicFinanceresearch 17(Special Issues): 3–12.
Sipon, S. 2020, May 23. Kesejahteraan psikososial, mental dan fizikal petugas barisan
hadapan. BERNAMA. https://www.bernama.com/ [28 June 2021].
Tajudin, N., Awang Besar, J., Mat Jali, M. F. & Awang, A. H. 2021. Gaya Hidup Sihat
Komuniti Rentan Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Akibat
Wabak Pandemik COVID-19: Kajian Kes Kawasan Flat Kota Damansara,
Selangor. Journal of Socia Sciences and Humanities 18(3): 82–102.
Talib, O. 2013. Asas penulisan tesis penyelidikan danstatistik. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
Wan Chik, W. M. Y., Engku Ali, E. M. T., Syed Ab Rahman, S. M. A. & Mohd Zabudin,
A. A. 2018. Filantropi : Satu Sorotan Dari Sudut Hukum Taklifi. Asian People
Journal (APJ) 1(1): 12–27. Retrieved from www.uniszajournals.com/apj
Widyastuti, U., Suhud, U. & Sumiati, A. 2016. The Impact of Financial Literacy on
Student Teachers’ Saving Intention and Saving Behaviour. Mediterranean Journal
of Social Sciences 7(6). doi:10.5901/mjss.2016.v7n6p41
World Health Organization. 2020, March 11. WHO Director-General’s opening remarks
at the media briefing on COVID-19 - 11 March 2020. World Health Organization.
https://www.who.int/ [25 June 2021].
Zikmund, W. G. 2003. Business Research Methods, hlm. 7th Edisi . Ohio.

More Related Content

Similar to Kertas Ilmiah EPPE6906 - Moratorium

Artikel Implementasi Kebijakan PPh 21 Selama Pandemi Covid-19
Artikel Implementasi Kebijakan PPh 21 Selama Pandemi Covid-19 Artikel Implementasi Kebijakan PPh 21 Selama Pandemi Covid-19
Artikel Implementasi Kebijakan PPh 21 Selama Pandemi Covid-19 fareliaariska
 
Artikel efektivitas pemberian bantuan sosial terhadap masyarakat pada masa pa...
Artikel efektivitas pemberian bantuan sosial terhadap masyarakat pada masa pa...Artikel efektivitas pemberian bantuan sosial terhadap masyarakat pada masa pa...
Artikel efektivitas pemberian bantuan sosial terhadap masyarakat pada masa pa...WahyuDwiAndini
 
BPPT - Outlook Energi Indonesia 2020.pdf
BPPT - Outlook Energi Indonesia 2020.pdfBPPT - Outlook Energi Indonesia 2020.pdf
BPPT - Outlook Energi Indonesia 2020.pdfnurultaqwa1
 
Tantang dan peran os pada pandemi covid 19
Tantang dan peran os pada pandemi covid 19Tantang dan peran os pada pandemi covid 19
Tantang dan peran os pada pandemi covid 19Gibran Djaman
 
rencana percepatan digitalisasi ekonomi Kabupaten Batang.docx
rencana percepatan digitalisasi ekonomi Kabupaten Batang.docxrencana percepatan digitalisasi ekonomi Kabupaten Batang.docx
rencana percepatan digitalisasi ekonomi Kabupaten Batang.docxPrashintaSari
 
Akuntansi perpajakan
Akuntansi perpajakanAkuntansi perpajakan
Akuntansi perpajakanEmiAprillia
 
Maslihatin nadliyah artikel akuntansi perpajakan
Maslihatin nadliyah artikel akuntansi perpajakanMaslihatin nadliyah artikel akuntansi perpajakan
Maslihatin nadliyah artikel akuntansi perpajakanMaslihatinNadliyah
 
Pengaruh Kenaikan BPJS dimasa COVID-19
Pengaruh Kenaikan BPJS dimasa COVID-19Pengaruh Kenaikan BPJS dimasa COVID-19
Pengaruh Kenaikan BPJS dimasa COVID-19MelinaNovita
 
Lampiran Undang-Undang Nomor 2 Tahun 2020
Lampiran Undang-Undang Nomor 2 Tahun 2020Lampiran Undang-Undang Nomor 2 Tahun 2020
Lampiran Undang-Undang Nomor 2 Tahun 2020Arif Efendi
 
Adm Keuangan Ari.docx
Adm Keuangan Ari.docxAdm Keuangan Ari.docx
Adm Keuangan Ari.docxFadhielAchmad
 
BRAFOPMK Edisi 04 Oktober 2020
BRAFOPMK Edisi 04 Oktober 2020BRAFOPMK Edisi 04 Oktober 2020
BRAFOPMK Edisi 04 Oktober 2020MajalahBRAFOPMK
 
Artikel aplikasi perpajakan nahiswari 181600192
Artikel aplikasi perpajakan nahiswari 181600192Artikel aplikasi perpajakan nahiswari 181600192
Artikel aplikasi perpajakan nahiswari 181600192NahisParres
 
Lampiran Peraturan Pemerintah Nomor 23 Tahun 2020
Lampiran Peraturan Pemerintah Nomor 23 Tahun 2020Lampiran Peraturan Pemerintah Nomor 23 Tahun 2020
Lampiran Peraturan Pemerintah Nomor 23 Tahun 2020Arif Efendi
 
ARTIKEL - ANALISIS DAMPAK PANDEMI COVID-19 TERHADAP UTANG DAN KEWAJIBAN NEGARA
ARTIKEL - ANALISIS DAMPAK PANDEMI COVID-19 TERHADAP UTANG DAN KEWAJIBAN NEGARAARTIKEL - ANALISIS DAMPAK PANDEMI COVID-19 TERHADAP UTANG DAN KEWAJIBAN NEGARA
ARTIKEL - ANALISIS DAMPAK PANDEMI COVID-19 TERHADAP UTANG DAN KEWAJIBAN NEGARAaprillaily
 
PPT MASALAH EKONOMI MAKRO.pptx
PPT MASALAH EKONOMI MAKRO.pptxPPT MASALAH EKONOMI MAKRO.pptx
PPT MASALAH EKONOMI MAKRO.pptxNurAini353114
 
Artikel mk ii helma nurra oktaviana 181500027
Artikel mk ii helma nurra oktaviana   181500027Artikel mk ii helma nurra oktaviana   181500027
Artikel mk ii helma nurra oktaviana 181500027HelmaNurra
 
BRAFOPMK Edisi 01 Juli 2020
BRAFOPMK Edisi 01 Juli 2020BRAFOPMK Edisi 01 Juli 2020
BRAFOPMK Edisi 01 Juli 2020MajalahBRAFOPMK
 

Similar to Kertas Ilmiah EPPE6906 - Moratorium (20)

Remote Audit
Remote AuditRemote Audit
Remote Audit
 
Artikel Implementasi Kebijakan PPh 21 Selama Pandemi Covid-19
Artikel Implementasi Kebijakan PPh 21 Selama Pandemi Covid-19 Artikel Implementasi Kebijakan PPh 21 Selama Pandemi Covid-19
Artikel Implementasi Kebijakan PPh 21 Selama Pandemi Covid-19
 
Artikel efektivitas pemberian bantuan sosial terhadap masyarakat pada masa pa...
Artikel efektivitas pemberian bantuan sosial terhadap masyarakat pada masa pa...Artikel efektivitas pemberian bantuan sosial terhadap masyarakat pada masa pa...
Artikel efektivitas pemberian bantuan sosial terhadap masyarakat pada masa pa...
 
BPPT - Outlook Energi Indonesia 2020.pdf
BPPT - Outlook Energi Indonesia 2020.pdfBPPT - Outlook Energi Indonesia 2020.pdf
BPPT - Outlook Energi Indonesia 2020.pdf
 
Tantang dan peran os pada pandemi covid 19
Tantang dan peran os pada pandemi covid 19Tantang dan peran os pada pandemi covid 19
Tantang dan peran os pada pandemi covid 19
 
rencana percepatan digitalisasi ekonomi Kabupaten Batang.docx
rencana percepatan digitalisasi ekonomi Kabupaten Batang.docxrencana percepatan digitalisasi ekonomi Kabupaten Batang.docx
rencana percepatan digitalisasi ekonomi Kabupaten Batang.docx
 
Akuntansi perpajakan
Akuntansi perpajakanAkuntansi perpajakan
Akuntansi perpajakan
 
Maslihatin nadliyah artikel akuntansi perpajakan
Maslihatin nadliyah artikel akuntansi perpajakanMaslihatin nadliyah artikel akuntansi perpajakan
Maslihatin nadliyah artikel akuntansi perpajakan
 
Pengaruh Kenaikan BPJS dimasa COVID-19
Pengaruh Kenaikan BPJS dimasa COVID-19Pengaruh Kenaikan BPJS dimasa COVID-19
Pengaruh Kenaikan BPJS dimasa COVID-19
 
PPT Kelomp 1.pptx
PPT Kelomp 1.pptxPPT Kelomp 1.pptx
PPT Kelomp 1.pptx
 
Lampiran Undang-Undang Nomor 2 Tahun 2020
Lampiran Undang-Undang Nomor 2 Tahun 2020Lampiran Undang-Undang Nomor 2 Tahun 2020
Lampiran Undang-Undang Nomor 2 Tahun 2020
 
Adm Keuangan Ari.docx
Adm Keuangan Ari.docxAdm Keuangan Ari.docx
Adm Keuangan Ari.docx
 
BRAFOPMK Edisi 04 Oktober 2020
BRAFOPMK Edisi 04 Oktober 2020BRAFOPMK Edisi 04 Oktober 2020
BRAFOPMK Edisi 04 Oktober 2020
 
Artikel aplikasi perpajakan nahiswari 181600192
Artikel aplikasi perpajakan nahiswari 181600192Artikel aplikasi perpajakan nahiswari 181600192
Artikel aplikasi perpajakan nahiswari 181600192
 
Lampiran Peraturan Pemerintah Nomor 23 Tahun 2020
Lampiran Peraturan Pemerintah Nomor 23 Tahun 2020Lampiran Peraturan Pemerintah Nomor 23 Tahun 2020
Lampiran Peraturan Pemerintah Nomor 23 Tahun 2020
 
ARTIKEL - ANALISIS DAMPAK PANDEMI COVID-19 TERHADAP UTANG DAN KEWAJIBAN NEGARA
ARTIKEL - ANALISIS DAMPAK PANDEMI COVID-19 TERHADAP UTANG DAN KEWAJIBAN NEGARAARTIKEL - ANALISIS DAMPAK PANDEMI COVID-19 TERHADAP UTANG DAN KEWAJIBAN NEGARA
ARTIKEL - ANALISIS DAMPAK PANDEMI COVID-19 TERHADAP UTANG DAN KEWAJIBAN NEGARA
 
PPT MASALAH EKONOMI MAKRO.pptx
PPT MASALAH EKONOMI MAKRO.pptxPPT MASALAH EKONOMI MAKRO.pptx
PPT MASALAH EKONOMI MAKRO.pptx
 
Artikel mk ii helma nurra oktaviana 181500027
Artikel mk ii helma nurra oktaviana   181500027Artikel mk ii helma nurra oktaviana   181500027
Artikel mk ii helma nurra oktaviana 181500027
 
BRAFOPMK Edisi 01 Juli 2020
BRAFOPMK Edisi 01 Juli 2020BRAFOPMK Edisi 01 Juli 2020
BRAFOPMK Edisi 01 Juli 2020
 
LEAFLET PROLANIS.pdf
LEAFLET PROLANIS.pdfLEAFLET PROLANIS.pdf
LEAFLET PROLANIS.pdf
 

Recently uploaded

Materi Kuliah Kebijakan Ekonomi Makro_.pptx
Materi Kuliah Kebijakan Ekonomi Makro_.pptxMateri Kuliah Kebijakan Ekonomi Makro_.pptx
Materi Kuliah Kebijakan Ekonomi Makro_.pptxtajapeda
 
PPT PENGANGGARAN MODAL MK MANAJEMEN KEUANGAN
PPT PENGANGGARAN MODAL MK MANAJEMEN KEUANGANPPT PENGANGGARAN MODAL MK MANAJEMEN KEUANGAN
PPT PENGANGGARAN MODAL MK MANAJEMEN KEUANGANDwiAyuSitiHartinah
 
Sosialisasi Permendag 7 Tahun 2024 Rev 02052024.pptx
Sosialisasi Permendag 7 Tahun 2024 Rev 02052024.pptxSosialisasi Permendag 7 Tahun 2024 Rev 02052024.pptx
Sosialisasi Permendag 7 Tahun 2024 Rev 02052024.pptxgulieglue
 
MATERI PEMBELAJARAN REALISASI ANGGARAN.pptx
MATERI PEMBELAJARAN REALISASI ANGGARAN.pptxMATERI PEMBELAJARAN REALISASI ANGGARAN.pptx
MATERI PEMBELAJARAN REALISASI ANGGARAN.pptxDenzbaguseNugroho
 
BAB PERTEMUAN 6 AKUNTANSI BIAYA TENAGA KERJA
BAB PERTEMUAN 6 AKUNTANSI BIAYA TENAGA KERJABAB PERTEMUAN 6 AKUNTANSI BIAYA TENAGA KERJA
BAB PERTEMUAN 6 AKUNTANSI BIAYA TENAGA KERJANoorAmelia4
 
Financial Behavior Financial behavior mempelajari bagaimana manusia secara ac...
Financial Behavior Financial behavior mempelajari bagaimana manusia secara ac...Financial Behavior Financial behavior mempelajari bagaimana manusia secara ac...
Financial Behavior Financial behavior mempelajari bagaimana manusia secara ac...SofyanSyamsuddin
 
Jual Alat Bantu Sex Di Padangpanjang 081246444463 Pusat Alat Bantu Sex Toys
Jual Alat Bantu Sex Di Padangpanjang 081246444463 Pusat Alat Bantu Sex ToysJual Alat Bantu Sex Di Padangpanjang 081246444463 Pusat Alat Bantu Sex Toys
Jual Alat Bantu Sex Di Padangpanjang 081246444463 Pusat Alat Bantu Sex ToysGoogle
 
KELOMPOK 3_MODUL 5_MANAJEMEN PERSEDIAAN[1].pptx
KELOMPOK 3_MODUL 5_MANAJEMEN PERSEDIAAN[1].pptxKELOMPOK 3_MODUL 5_MANAJEMEN PERSEDIAAN[1].pptx
KELOMPOK 3_MODUL 5_MANAJEMEN PERSEDIAAN[1].pptxUPPKBGUYANGAN
 

Recently uploaded (13)

Materi Kuliah Kebijakan Ekonomi Makro_.pptx
Materi Kuliah Kebijakan Ekonomi Makro_.pptxMateri Kuliah Kebijakan Ekonomi Makro_.pptx
Materi Kuliah Kebijakan Ekonomi Makro_.pptx
 
Jual Obat Aborsi Denpasar Bali ( Asli Ampuh No.1 ) 082223109953 Tempat Klinik...
Jual Obat Aborsi Denpasar Bali ( Asli Ampuh No.1 ) 082223109953 Tempat Klinik...Jual Obat Aborsi Denpasar Bali ( Asli Ampuh No.1 ) 082223109953 Tempat Klinik...
Jual Obat Aborsi Denpasar Bali ( Asli Ampuh No.1 ) 082223109953 Tempat Klinik...
 
Klinik Obat Aborsi Di Palembang Wa 0822/2310/9953 Klinik Aborsi Di Palembang
Klinik Obat Aborsi Di Palembang Wa 0822/2310/9953  Klinik Aborsi Di PalembangKlinik Obat Aborsi Di Palembang Wa 0822/2310/9953  Klinik Aborsi Di Palembang
Klinik Obat Aborsi Di Palembang Wa 0822/2310/9953 Klinik Aborsi Di Palembang
 
PPT PENGANGGARAN MODAL MK MANAJEMEN KEUANGAN
PPT PENGANGGARAN MODAL MK MANAJEMEN KEUANGANPPT PENGANGGARAN MODAL MK MANAJEMEN KEUANGAN
PPT PENGANGGARAN MODAL MK MANAJEMEN KEUANGAN
 
Sosialisasi Permendag 7 Tahun 2024 Rev 02052024.pptx
Sosialisasi Permendag 7 Tahun 2024 Rev 02052024.pptxSosialisasi Permendag 7 Tahun 2024 Rev 02052024.pptx
Sosialisasi Permendag 7 Tahun 2024 Rev 02052024.pptx
 
MATERI PEMBELAJARAN REALISASI ANGGARAN.pptx
MATERI PEMBELAJARAN REALISASI ANGGARAN.pptxMATERI PEMBELAJARAN REALISASI ANGGARAN.pptx
MATERI PEMBELAJARAN REALISASI ANGGARAN.pptx
 
BAB PERTEMUAN 6 AKUNTANSI BIAYA TENAGA KERJA
BAB PERTEMUAN 6 AKUNTANSI BIAYA TENAGA KERJABAB PERTEMUAN 6 AKUNTANSI BIAYA TENAGA KERJA
BAB PERTEMUAN 6 AKUNTANSI BIAYA TENAGA KERJA
 
Financial Behavior Financial behavior mempelajari bagaimana manusia secara ac...
Financial Behavior Financial behavior mempelajari bagaimana manusia secara ac...Financial Behavior Financial behavior mempelajari bagaimana manusia secara ac...
Financial Behavior Financial behavior mempelajari bagaimana manusia secara ac...
 
Obat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di Surabaya
Obat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di SurabayaObat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di Surabaya
Obat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di Surabaya
 
Jual Obat Aborsi Denpasar Bali ( Asli Ampuh No.1 ) 082223109953 Tempat Klinik...
Jual Obat Aborsi Denpasar Bali ( Asli Ampuh No.1 ) 082223109953 Tempat Klinik...Jual Obat Aborsi Denpasar Bali ( Asli Ampuh No.1 ) 082223109953 Tempat Klinik...
Jual Obat Aborsi Denpasar Bali ( Asli Ampuh No.1 ) 082223109953 Tempat Klinik...
 
Jual Alat Bantu Sex Di Padangpanjang 081246444463 Pusat Alat Bantu Sex Toys
Jual Alat Bantu Sex Di Padangpanjang 081246444463 Pusat Alat Bantu Sex ToysJual Alat Bantu Sex Di Padangpanjang 081246444463 Pusat Alat Bantu Sex Toys
Jual Alat Bantu Sex Di Padangpanjang 081246444463 Pusat Alat Bantu Sex Toys
 
KELOMPOK 3_MODUL 5_MANAJEMEN PERSEDIAAN[1].pptx
KELOMPOK 3_MODUL 5_MANAJEMEN PERSEDIAAN[1].pptxKELOMPOK 3_MODUL 5_MANAJEMEN PERSEDIAAN[1].pptx
KELOMPOK 3_MODUL 5_MANAJEMEN PERSEDIAAN[1].pptx
 
Jual Obat Aborsi Yogyakarta 082223109953 Klinik Jual Obat Aborsi Cytotec asli...
Jual Obat Aborsi Yogyakarta 082223109953 Klinik Jual Obat Aborsi Cytotec asli...Jual Obat Aborsi Yogyakarta 082223109953 Klinik Jual Obat Aborsi Cytotec asli...
Jual Obat Aborsi Yogyakarta 082223109953 Klinik Jual Obat Aborsi Cytotec asli...
 

Kertas Ilmiah EPPE6906 - Moratorium

  • 1. 1 Kesan Moratorium Bank Terhadap Amalan Menyimpan, Tabiat Berbelanja Dan Amalan Filantropi Dalam Kalangan Penjawat Awam Di Putrajaya Semasa Pandemik COVID-19 (The Effects of Bank Moratorium on Saving Practices, Spending Habits and Philanthropy Practices Among Civil Servants in Putrajaya During the Covid-19 Pandemic) Eddy Herman Bin Zaidel Universiti Kebangsaan Malaysia Muhammad Hakimi Bin Shafiai Universiti Kebangsaan Malaysia Penjawat awam adalah satu golongan pekerjaan yang dijamin oleh Kerajaan biarpun kegawatan ekonomi melanda negara. Salah satu daripada tindakan Kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang terkesan akibat berlakunya pandemik COVID-19 adalah dengan memberikan moratorium bank secara automatik selama 6 bulan bermula April hingga September 2020. Kajian ini dilakukan untuk melihat kesan moratorium bank terhadap amalan menyimpan, tabiat berbelanja dan amalan filantropi dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya semasa pandemik COVID-19. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dengan reka bentuk kajian rentas (cross-sectional) dan data yang diperoleh semasa kajian dijalankan telah dikumpul dan dianalisis melalui penggunaan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26. Dengan menggunakan Pekali Pearson, kajian mendapati hubungan yang positif dan signifikan antara kefahaman mengenai moratorium dengan amalan menyimpan, tabiat berbelanja dan amalan filantropi. Namun begitu, didapati juga hubungan antara kefahaman moratorium dan tabiat berbelanja adalah lemah iaitu 0.142 berbanding amalan menyimpan dan amalan filantropi iaitu 0.263 dan 0.251. Ini menunjukkan penjawat awam masih mengekalkan tabiat berbelanja tetapi dalam masa yang sama, dengan lebihan wang hasil moratorium, amalan menyimpan dan bersedekah giat diteruskan. Kajian ini diharap dapat memberi petunjuk kepada orang awam mengenai respons penjawat awam terhadap bantuan yang disediakan oleh Kerajaan semasa pandemik COVID-19. Kata kunci: moratorium, amalan menyimpan, tabiat berbelanja, amalan filantropi, pandemik COVID-19, penjawat awam, Putrajaya
  • 2. 2 ABSTRACT Civil servants are a group of jobs guaranteed by the Government despite the economic downturn in the country. One of the Government's actions to alleviate the burden of the people affected by the COVID-19 pandemic is to grant an automatic bank moratorium for 6 months from April to September 2020. Thisstudy was conducted to see the impact of bank moratorium on saving practices, spending habits and philanthropic practices among civil servants in Putrajaya during the COVID-19 pandemic. The study was conducted using a quantitative method with a cross-sectional study design and all data obtained during the study were collected and analyzed through Statistical Package for Social Science (SPSS) version 26. Using the Pearson Coefficient, the study found a positive and significant relationship between the understanding of the moratorium with saving practices, spending habits and philanthropic practices. However, it was also found that the relationship between the understanding of the moratorium and spending habits is weak at 0.142 compared to saving practices and philanthropic practices at 0.263 and0.251.Thisshowsthatcivil servants still maintain thehabitof spending butat the same time, with the excess money from the moratorium, the practice of saving and giving alms actively continued. It is hoped thatthis study can provide clues to the public on the response of civil servants to the assistance provided by the Government during the COVID-19 pandemic. Keywords: moratorium, saving practices, spending habits, philanthropic practices, COVID-19 pandemic, civil servants, Putrajaya
  • 3. 3 PENDAHULUAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020 (World Health Organization 2020). Menurut Fernandes (2020), apabila dunia dikejutkan oleh COVID-19, ia bukanlah seperti kejadian yang pernah dilalui. Ia adalah perkara yang baru apabila penyakit ini bertebaran bukan sahaja di negara pendapatan pertengahan rendah (low middle income) tetapi juga di negara- negara maju. Berdasarkan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), pertumbuhan global pada 2020 akan mengalami kemerosotan terburuk sejak The Great Depression pada 1930-an dan jauh lebih teruk daripada Krisis Kewangan Global 2009 (Albulescu 2020). Krisis ini terutamanya disebabkan oleh langkah kawalan dan sekatan pergerakan serta penjarakan fizikal yang dilaksanakan di seluruh dunia bagi membendung penularan virus. Malaysia seperti negara-negara lain di dunia tidak terlepas daripada serangan pandemik COVID-19. Sejak kes pertama dikesan pada 25 Januari 2020, sehingga 1 April 2021 sebanyak 346,678 kes telah direkodkan, 331,001 kes sembuh dan 1,278 kes kematian direkodkan oleh KKM. Maklumat terkini boleh didapati dilaman web COVID- 19 (Maklumat Terkini) KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia 2021) Ekonomi Malaysia telah terjejas sepanjang pandemik COVID-19 bermula. Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan negatif pada suku kedua tahun 2020. Menurut (Majid 2020), pasaran kewangan Malaysia dijangka jatuh dan akan diburukkan lagi oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020. Pasaran pekerjaan terjejas, industri perkilangan, pembinaan dan pertanian mengalami kesan negatif disebabkan ekonomi terbantut. Industri pelancongan dan percutian tidak dapat bergerak kerana halangan pergerakan oleh PKP tersebut (Murugiah 2020). Dianggarkan sejumlah RM63 bilion kerugian yang dialami oleh Malaysia berikutan PKP dilaksanakan. Bank Negara Malaysia menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara adalah negatif 2 hingga 0.5 peratus bagi tahun 2020. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan terkesan teruk dan 951,000 pekerja akan hilang pekerjaan (Shaharuddin 2020). Laporan oleh Huda (2020) dalam BERNAMA menyatakan corak perbelanjaan isi rumah di seluruh negara telah terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 pada 18 Mac 2020 bagi tujuan mengekang penularan COVID-19. Laporan yang menyebut kajian Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati purata perbelanjaan isi rumah termasuk perbelanjaan kewangan telah menurun sebanyak RM3,504 atau 55 peratus menjadi RM2,813 berbanding perbelanjaan sebelum PKP iaitu RM6,317 sebulan.
  • 4. 4 Penjawat awam juga adalah golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam( CUEPACS), terdapat juga pasangan penjawat awam yang bekerja sendiri seperti penjaja kecil, pekerja swasta yang mungkin terjejas serta suri rumah yang mempunyai perniagaan dari rumah yang mempunyai ramai pelanggan dari sektor-sektor terjejas (Mat Ruzki 2020). Bagaimanapun, menurut Ammituh et al. (2020), penjawat awam seperti pembantu tadbir, guru dan pekerja am adalah golongan yang kurang terjejas semasa PKP dilaksanakan. Pada awal berlakunya pandemik ini, penjawat awam juga adalah golongan yang mula-mula menerima beban sebagai petugas barisan hadapan memerangi COVID- 19. Mereka terdiri daripada petugas Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan lain-lain agensi dan Jabatan Persekutuan yang bertungkus-lumus memelihara kesejahteraan psikososial, mental dan fizikal rakyat (Sipon 2020). Bagi menyelamatkan ekonomi Malaysia, Kerajaan telah memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 billion bagi diagihkan ke dalam pasaran domestik untuk merangsang dan menahan ekonomi Malaysia dari terus jatuh (Md. Shah et al. 2020). Sebagai tambahan, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan beberapa pendekatan terutamanya untuk membantu individu, industri kecil dan sederhana bagi menangani impak COVID-19. Salah satu pendekatan drastik yang diumumkan adalah pemberian moratorium kepada pelanggan bank yang mana penangguhan bayaran pinjaman atau bayaran balik ansuran kewangan untuk tempoh 6 bulan bermula 1 April 2020 hingga 30 September 2020. Tujuannya adalah untuk mengurangkan beban aliran tunai pelanggan yang terjejas kerana pandemik COVID-19 (Shaharuddin 2020).
  • 5. 5 PERMASALAHAN KAJIAN Penjawat awam adalah seperti yang dinyatakan dalam Perkara 132, Perlembagaan Persekutuan iaitu angkatan tentera, perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan awam am Persekutuan, pasukan polis, perkhidmatan awam bersama yang disebut dalam Perkara 133, perkhidmatan awam setiap Negeri dan perkhidmatan pendidikan. Lazimnya, mereka disebut sebagai kakitangan kerajaan tidak kira bertugas dengan perkhidmatan Persekutuan dan Negeri serta Badan Berkanun. Berikutan keputusan Kerajaan untuk memberi moratorium kepada pelanggan bank bermula 1 April 2020, adalah nyata pelanggan bank mempunyai lebihan pendapatan semasapenangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 bulan (Abdul Aziz 2020). Dengan adanya lebihan pendapatan ni, ia berupaya mengubah amalan menyimpan dan pola perbelanjaan serta juga menjadi pemangkin terhadap amalan filantropi ((Mohd Soffian Lee et al. 2020). Penjawat awam yang juga merupakan pelanggan bank turut menerima tempias yang positif ini dan pemberian moratorium ini juga akan membantu aliran tunai mereka yang terjejas akibat COVID-19. Dari permasalahan kajian di atas, persoalan yang timbul adalah seperti berikut: 1. Adakah moratorium memberi kesan terhadap amalan simpanan dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya? 2. Adakah moratorium memberi kesan terhadap tabiat berbelanja dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya? 3. Adakah moratorium memberi kesan terhadap amalan filantropi dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya?
  • 6. 6 OBJEKTIF KAJIAN Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisa kesan moratorium yang dinikmati oleh penjawat awam di Putrajaya dalam menentukan amalan menyimpan, tabiat berbelanja dan amalan filantropi. Lokasi yang dipilih adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya kerana di sinilah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan rata-rata penduduknya adalah penjawat awam. Jelas mereka yang mempunyai lebihan pendapatan boleh memilih sama ada untuk menabung atau berbelanja atau melakukan amal jariah seperti kehendak agama dalam menangani masalah yang wujud akibat pandemik COVID-19. SUMBANGAN KAJIAN Kajian ini diharap dapat memberi petunjuk kepada orang awam mengenai respons penjawat awam terhadap bantuan yang disediakan oleh Kerajaan semasa pandemik COVID-19. Pihak pembuat dasar boleh menjadikan ia sebagai panduan untuk meneliti jenis bantuan yang boleh diberikan kepada penjawat awam apabila berlaku kegawatan ekonomi. KAJIAN LITERASI Moratorium adalah salah satu instrumen yang digunakan oleh bank jika terdapat kekangan yang munasabah oleh peminjam untuk melewatkan atau menangguhkan pembayaran balik pinjaman. Ini pernah berlaku apabila terjadi bencana banjir di Pulau Pinang dan Kedah pada tahun 2017 yang mana menyebabkan peminjam diberi moratorium oleh beberapa buah bank seperti Maybank, RHB Bank, Bank Islam, Public Bank dan CIMB Bank (Salian 2017). Kajian terperinci berkenaan moratorium bank lebih tertumpu kepada keabsahan pelaksanaan moratorium di bank-bank Islam. Kajian oleh Shaharuddin (2020) lebih tertumpu kepada analisis isu moratorium berdasarkan kepada kerangka Maqasid Syariah. Bank-bank Islam dikatakan “tidak islamik” kerana masih mengenakan ansuran tambahan selepas tamatnya tempoh moratorium. Bagaimanapun, bank-bank Islam masih lagi menjalankan tanggungjawab sosial dengan membantu seberapa upaya pelanggannya selagi mana tidak menyebabkan kerugian di pihak bank sendiri. Shaharuddin (2020) juga membangkitkan bagaimana moratorium memberi kelebihan kepada peminjam yang berkemampuan untuk menggunakan wang moratorium bagi membuat pelaburan. Perkara
  • 7. 7 ini mewujudkan ketidakadilan kepada bank-bank Islam kerana telah menyebabkan keuntungan bank-bank tersebut terus merosot. Kajian oleh Khair Anwar et al. (2020), bank-bank Islam di Malaysia telah membuat tindakan proaktif dalam membantu pelanggan mereka. Setiap pelanggan dihubungi untuk diberi penerangan sebaik mungkin. Ini termasuk nasihat berkenaan perubahan terma perjanjian yang melibatkan perubahan ansuran bulanan dan jumlah yang perlu dibayar selepas tamatnya tempoh moratorium. Semasa berlakunya wabak COVID-19, Indonesia juga mengalami kesan yang sama seperti Malaysia. Oleh itu, organisasi kewangan Islam sepertiOrganisasi Pengelola Zakat, Infaq dan Sedekah (OPZIS), Lembaga Pengelola Wakaf (LPW) dan Lembaga Keuangan Mikro atau Baitul Mal wat Tamwil (BMT) telah memainkan peranan dalam membantu masyarakat yang terkesan dengan memaksimumkan urusan zakat, wakaf dan infaq serta menyediakan pinjaman wang kepada peniaga bagi meneruskan perniagaan. BMT juga berperanan sebagai tempat bagi menabung bagi masyarakat sewaktu wabak COVID-19 berlaku (Ahmadan 2020). Amalan menyimpan dan berbelanja menurut pakar ekonomi adalah bergantung kepada tabiat dan trend. Menurut Alessie & Lusardi (1997), tabiat menyimpan bukan sahaja bergantung kepada perubahan pendapatan pada masa hadapan berserta risikonya tetapi juga kepada tabiat pada masa lalu. Begitu juga dengan perbelanjaan bukan sahaja bergantung kepada pendapatan sedia ada dan risikonya tetapi juga kepada tabiat berbelanja sebelumnya. Beverly (1997) menyatakan tabiat menyimpan dan berbelanja saling berkait antara satu sama lain. Teori neo-klasikal mengenai tabiat menyimpan menyebut individu dan isi rumah mengambil berat mengenai jangkaan pendapatan pada masa hadapan dan mempengaruhi tabiat menyimpan dan berbelanja. Wan Chik et al. (2018) menyatakan filantropi bukanlah berasal dari fiqh Islam. Bagaimanapun kaedah pelaksanaannya adalah bertepatan dengan prinsip syariah Islam. Ia lebih tersusun kerana ia mempunyai asas yang melibatkan rukun dan syarat. Pada akhirnya, pengamalnya mencari keredhaan Allah SWT atas dasar kasih sayang antara umat dan dibuat bukan kerana paksaan. Namun begitu, ia boleh menjadi paksaan apabila terdapat kecemasan dan darurat. Menurut Hasbullah & Ab Rahman (2020), ada ketikanya kerajaan mengalami kekurangan sumber untuk membantu rakyat. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat setempat terutamanya umat Islam membantu mereka yang memerlukan dengan menyumbang sedikit harta sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali- Imran ayat 92. Ia boleh dilakukan dengan menyumbang atau menginfak melalui
  • 8. 8 instrumen kewangan Islam seperti zakat, sedekah, infaq dan wakaf supaya mereka yang terjejas boleh mengharungi kehidupan semasa pelaksanaan PKP. Hasbullah & Ab Rahman (2020) juga memetik janji Allah dalam surah Al Baqarah ayat 261 bahawa hambaNya yang bersedekah akan diberikan ganjaran yang besar di akhirat. Sikap ini merupakan ketaatan kepada Allah dan bukannyalah satu kerugian kerana ia akan di balas berlipat kali ganda. Mohd Soffian Lee et al. (2020) menyatakan peranan masyarakat adalah sama penting selain dari peranan yang dimainkan oleh kerajaan dan ia merangkumi amalan zakat, sedekah, wakaf, infaq dan hibah. Ia dilakukan supaya kadar kemiskinan boleh dikurangkan serta meningkatkan sosioekonomi masyarakat. Dari sudut istilah, zakat merujuk kepada mengeluarkan sebahagian harta tertentu kepada yang berhak dengan syarat tertentu. Dalam Islam, kekayaan adalah diagihkan dan tidak berada di kelompok tertentu. Kutipan zakat boleh menjamin keadilan sosial masyarakat yang memerlukan supaya mereka boleh mengharungi krisis bertepatan dengan perintah Allah SWT. Kajian Rizal & Mukaromah (2021) mengenai penyelesaian filantropi Islam terhadap kemiskinan akibat COVID-19 memetik bahawa menurut istilah wakaf itu sendiri adalah menahan dan mengekang pindah milik sesuatu harta supaya ia boleh dimanfaatkan untuk mencari keredhaan Allah SWT. Menurut Rizal lagi, ia bererti pemberian harta kekal atau harta yang paling disayangi untuk kepentingan agama seperti mewakafkan sebidang tanah untuk pembinaan masjid dan sebagainya. Di dalam konteks COVID-19 pula, aset wakaf boleh digunakan sebagai wadah untuk membantu masyarakat yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat pandemik COVID-19. Mohd Soffian Lee et al. (2020) turut menyebut sedekah adalah perlakuan rela hati dan tanpa dipaksa bagi tujuan mendapat ganjaran Allah SWT. Ia berbentuk fleksibel dan boleh sahaja diberikan oleh sesiapa tidak mengira banyak atau sedikit asalkan membantu masyarakat yang tidak berkemampuan. Fadhilatunisa et al. (2020) menyatakan sedekah adalah penyelesaian yang ampuh bagi membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta dapat mengurangkan kesusahan semasa pandemik COVID-19. METODOLOGI Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian rentas (cross-sectional). Ia dilakukan dengan kaedah pengedaran borang soal selidik melalui platform aplikasi Whatsapp dan media sosial seperti Facebook sebagai prosedur utama dalam proses pengumpulan data. Kelebihan menggunakan borang soal selidik ini menurut Mathers et al. (2009), ia menggunakan
  • 9. 9 teknik persampelan rambang yang boleh menghasilkan sampel yang tertentu dan menjadikan teknik ini lebih berkesan. Ia juga boleh menjadi saiz yang relatifnya kecil serta boleh menghasilkan penemuan serta kesimpulan bagi keseluruhan populasi. Borang soal selidik telah diadaptasikan dari beberapa kajian oleh Abdul Rashid et al. (2018), Ibrahim & Othman (2020), Mohd Soffian Lee et al. (2020), Abdul Karim et al. (2020), Dusuki (2020), Davenport et al. (2020), Widyastuti et al. (2016), Kaur et al. (2020), Comerton-Forde et al. (2018), O’connell & De Paula (2020), Hariyadi (2016) dan Othman et al. (2017). Item soal selidik juga diambil dari Jabatan Perangkaan Malaysia (2019), Ringgitplus (2020) dan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (2020) yang diedarkan secara dalam talian kepada pengguna media sosial Facebook. Borang soal selidik telah diedarkan mulai 15 Mei 2021 hingga 31 Mei 2021 melalui aplikasi Whatsapp dan media social Facebook. Emel kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian-Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Putrajaya telah dikemukakan pada20 Mei 2021 untuk diedarkan kepadawarga Kementerian dan Jabatan terbabit. Soal selidik terdiri daripada 6 bahagian utama dan mengandungi soalan tertutup yang memerlukan jawapan pelbagai dan skala pengukuran yang digunakan oleh soal selidik bagi tujuan pengukuran terhadap isu-isu yang dikaji ini adalah menggunakan skala Likert yang diberi mata dari 1 hingga 5 berdasarkan kepada tahap penerimaan responden terhadap isu-isu atau perkara yang dikaji. Pemberian skor mata adalah 1=Sangat Tidak Setuju, 2=Tidak Setuju, 3=Ragu-ragu, 4=Setuju dan 5=Sangat Setuju. Bahagian pertama soal selidik adalah maklumat demografi responden seperti jantina, umur, bangsa, status, peringkat pendidikan, pekerjaan dan pendapatan isi rumah dan tanggungan. Manakala di bahagian kedua adalah maklumat umum dan kefahaman mengenai moratorium bank dalam kalangan penjawat awam, amalan menyimpan di bahagian ketiga, tabiat berbelanja di bahagian keempat, amalan filantropi di bahagian kelima dan bahagian keenam adalah soalan terbuka yang mana respondendiminta untuk menyatakan pendapat mengenai pelaksanaan moratorium bank selama 6 bulan. Segala data yang diperoleh semasa kajian dijalankan telah dikumpul dan dianalisis melalui penggunaan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26. Penganalisan data melibatkan dua jenis iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk mencatatkan markah min dan peratus yang lazimnya digunakan untuk menjelaskan latar belakang responden kajian. Manakala statistik inferensi pula digunakan untuk menentukan hubungan antara pembolehubah menggunakan Pekali Pearson serta menguji hipotesis kajian mengenai hubungan antara moratorium dengan amalan menyimpan, tabiat berbelanja dan amalan filantropi dengan menggunakan kaedah analisis ujian regrasi linear berganda.
  • 10. 10 PERSAMPELAN Populasi kajian ini adalah penjawat awam yang bertugas di Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (MyCensus 2020), jumlah populasi di Putrajaya pada tahun 2020 adalah seramai 103,700 orang. Dengan menggunakan jadual yang disediakan oleh Krejie and Morgan yang dirujuk oleh Bukhari (2021), jumlah sampel yang diperlukan adalah seramai 384 orang. Bagaimanapun, jumlah maklumbalas soal selidik yang diperoleh adalah seramai 928 orang. Pembersihan data telah dilakukan dengan menyemak kembali objektif kajian iaitu kesan moratorium terhadap amalan menyimpan, tabiat berbelanja dan amalan filantropi dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya. Adalah didapati seramai 27 orang adalah kakitangan swasta, 5 orang pesara dan 2 orang responden masih belajar. Pembersihan data juga dilakukan kepadasampel yang tidak mempunyai pinjaman di bank dan institusi kewangan disebabkan item-item yang disediakan hanya dapat dijawab oleh responden yang mempunyai pinjaman. Didapati seramai 37 sampel yang terdiri daripada penjawat awam dan kakitangan swasta yang tidak mempunyai pinjaman di bank dan institusi kewangan. Oleh itu sampel yang telah diperoleh bagi tujuan analisis kajian ini adalah seramai 858 orang. ANALISIS CRONBACH ALPHA Menurut M. Y. Ibrahim (2010), kaedah popular yang sering digunakan untuk menganggar kebolehpercayaan sesuatu alat ukur ialah dengan cara menentukan ketekalan dalaman. Dalam perisian SPSS, Ujian Cronbach Alpha pula menurut McMillan & Schumacher (2006) adalah ujian yang boleh digunakan dengan melihat nilai koefisien untuk menentukan ketekalan dalaman dalam sesuatu alat ukur. Nilai koefisien tertinggi dan boleh dipercayai bagi alat kajian yang digunapakai adalah 1.00 (Gay 1996) bermaksud ia dipercayai 100 peratus. Berikutan kesukaran untuk mendapatkan alat kajian yang boleh dipercayai 100 peratus, McMillan & Schumacher (2006) menyatakan nilai koefisien antara 0.7 hingga 0.8 sudah boleh dianggap sebagai mempunyai kebolehpercayaan yang agak tinggi. Kajian rintis (pilot study)telah dijalankan terhadap 50 orang respondenbagitujuan mengetahui sejauh mana soalan-soalan yang terkandung di dalam borang soal selidik sesuai dan difahami oleh responden dan seterusnya digunakan bagi memantapkan item- item soal selidik. Ujian CronbachAlpha telah dijalankan dan hasil ujian mendapati nilai
  • 11. 11 kebolehpercayaannya adalah 0.714 bermaksud instrumen kajian ini berada dalam kedudukan yang baik dan berkesan untuk dilaksanakan. UJIAN KENORMALAN Sebelum analisis deskriptif dan inferensi dijalankan ke atas data kajian, ujian normaliti (kenormalan) perlu dijalankan bagi memastikan data yang diperoleh bertabur secara normal. Keputusan akan diperolehi melalui visual iaitu bentuk histogram seperti loceng dan nilai Skewness dan Kurtosis yang diperoleh. Skewness adalah kepencongan graf normal sama ada ke kanan (positif) atau ke kiri (negatif). Kurtosis pula adalah keadaan sama ada puncak graf kuncup / kurus (negatif) atau lebar (positif) berbanding puncak graf normal. Nilai skewness dan kurtosis data normal adalah 0. Oleh kerana kedua-dua nilai tersebut beradadalam julat +/-1.7 maka data dikatakan tertabur secara normal (Talib 2013). Jadual 1: Ujian Kenormalan Item Statistic Std. Error Kefahaman Mengenai Moratorium Mean 3.9126 .01680 Std. Deviation .47801 Skewness .044 .086 Kurtosis -.251 .172 Amalan Menyimpan Mean 3.5357 .01705 Std. Deviation .48340 Skewness -.079 .086 Kurtosis .056 .172 Tabiat Berbelanja Mean 3.2522 .01642 Std. Deviation .45891 Skewness .046 .087 Kurtosis -.304 .175 Amalan Filantropi Mean 4.3305 .01767 Std. Deviation .49371 Skewness -.392 .087 Kurtosis -.513 .175 Sumber: SPSS Versi 26 Melalui ujian kenormalan, penemuan kajian terhadap keempat-empat item adalah normal. Nilai kepencongan bagi setiap item berada dalam skala (±-1.7). Malah, nilai
  • 12. 12 kurtosis bagi setiap item turut berada dalam skala (±1.7). Dari ujian ini juga, sebanyak 77 outliers telah dikeluarkan dari sampel yang diperoleh. DAPATAN KAJIAN Analisis dan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan terhadap 781 sampel akan dilakukan secara deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri yang terdapat di dalam populasi berdasarkan skala pengukuran menggunakan nilai frekuensi, peratus min dan sisihan piawai. Manakala analisis inferensi akan meneliti ujian Pekali Pearson yang melihat hubungan antara pembolehubah dan ujian regresi yang akan digunakan untuk menghuraikan pengaruh antara pembolehubah bersandar dan tidak bersandar. HASIL DAPATAN DESKRIPTIF Jadual 2: Analisis Demografi Bagi 781 Responden Item Frekuens i Peratusa n Jantina Lelaki 355 45.5 Perempuan 426 54.5 Umur 20 hingga 30 62 7.9 31 hingga 40 409 52.4 41 hingga 50 249 31.9 51 hingga 60 61 7.8 Bangsa Melayu 738 94.5 Cina 2 .3 India 7 .9 Lain-lain 34 4.4 Status Bujang 92 11.8 Berkahwin 651 83.4 Duda 9 1.2 Janda 29 3.7 Pendidikan PMR/SRP 8 1.0 SPM 166 21.3 Diploma/STAM/ST PM 273 35.0 Ijazah ke atas 334 42.8
  • 13. 13 Tingkat Pendapatan B40 349 44.6 M40 333 42.6 T20 99 12.7 Tanggungan 1 hingga 3 389 49.8 4 hingga 6 286 36.6 7 hingga 9 36 4.6 10 ke atas 3 .4 Tiada tanggungan 67 8.6 Sumber: SPSS Versi 26 Jadual 2 adalah jadual yang menunjukkan analisis demografi responden. Dapatan menunjukkan responden perempuan lebih ramai daripada lelaki iaitu 426 orang atau 54.5% berbanding 355 orang bersamaan 45.5% yang memberi maklum balas terhadap soal selidik. Jumlah responden yang berumur antara 31 hingga 40 tahun seramai 409 orang bersamaan 52.4% lebih ramai berbanding dengan responden yang berumur 41-50 tahun iaitu 249 orang bersamaan 31.9% daripada sampel. Jumlah respondenberumur 20 hingga 30 tahun serta 51 hingga 60 hampir sama banyak iaitu seramai 61 dan 62 orang yang mewakili 7.9% dan 7.8% daripada sampel. Manakala, responden dari bangsa Melayu lebih ramai iaitu 738 orang bersamaan 94.5% berbanding bangsa India dan Cina masing-masing seramai 7 orang dan 2 orang iaitu 0.3% dan 0.9% dari sample. Jumlah lain-lain bangsa responden adalah seramai 34 orang bersamaan 4.4% dari sampel. Bagi status perkahwinan pula, responden yang teramai adalah terdiri daripada mereka yang sudah berkahwin iaitu 651 orang mewakili 83.4% dari sampel. Responden yang masih bujang pula seramai 92 orang mewakili 11.8% dari sampel, status duda dan janda pula masing-masing seramai 9 orang dan 29 orang serta mewakili 1.2% dan 3.7% dari sampel. Bagi peringkat pendidikan pula, majoriti responden adalah pemegang ijazah ke atas iaitu seramai 334 orang bersamaan 42.8% manakala mereka yang memegang diploma/STAM/STPM pula adalah seramai 273 orang mewakili 35% dari sampel. Responden yang mempunyai sijil SPM dan PMR/SRP pula adalah seramai 166 orang dan 8 orang mewakili 21.3% dan 1% dari sampel. Tingkat pendapatan (termasuk pasangan) menunjukkan respondendari kumpulan B40 dan M40 seramai 349 orang dan 333 orang yang mewakili 44.6% dan 42.6%. Manakala T20 adalah seramai 99 orang iaitu 12.7% dari sampel. Bagi tanggungan pula, majoriti responden iaitu 389 orang yang mewakili 49.8% mempunyai seorang hingga 3 orang tanggungan. Responden yang mempunyai 4 hingga 6 orang tanggungan pula mewakili 36.6% dari sampel bersamaan 286 orang responden. Terdapat juga 3 orang responden iaitu 0.4% yang mempunyai tanggungan seramai 10 orang ke atas dan 36 orang responden bersamaan 4.6% yang
  • 14. 14 mempunyai 7 hingga 9 orang tanggungan. Bagaimanapun, seramai 67 orang responden atau 8.6% dari sampel tidak mempunyai tanggungan. Jadual 3 menunjukkan kekerapan jenis pinjaman yang dimiliki oleh responden. Pinjaman peribadi mendominasi dengan 78.6% dari 781 orang responden. Baki yang lain adalah pilihan sewabeli seramai 442 orang bersamaan 56.6% dari jumlah sampel dan pinjaman perumahan seramai 454 dari 781 orang bersamaan 58.1%. Jadual 3: Kekerapan Jenis Pinjaman Yang Dimiliki (Responden memiliki lebih dari satu jenis pinjaman) Jenis Pinjaman FrekuensiPeratusan Peratusan Mengikut Kes Pinjaman Perumahan 454 30.1% 58.1% Sewabeli 442 29.3% 56.6% Pinjaman Peribadi 614 40.7% 78.6% Jumlah 1510 100.0% 193.3% Sumber: SPSS Versi 26 Responden banyak memperoleh maklumat mengenai moratorium dari media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, aplikasi Whatsapp dan sebagainya. Jadual 4 menunjukkan 747 orang dari 781 respondenmewakili 95.6% dari sampel telah memilih Media Sosial, 46.6% bersamaan 364 orang dari jumlah sampel, 45.2% (352 orang) dari jumlah sampel menerima maklumat dari keluarga dan rakan, 28.2% (220 orang) memilih surat khabar dan majalah manakala ejen/penasihat kewangan dan seminar/kursus dipilih oleh 54 dan 10 orang dari jumlah sampel mewakili 3.1% dan 0.6%. Malahan terdapat juga responden yang langsung tidak menerima maklumat moratorium iaitu 8 orang mewakili 0.5% dari sampel. Jadual 4: Dari Mana Responden Memperoleh Maklumat Mengenai Moratorium(Responden memilih lebih dari satu item) Punca Maklumat Frekuensi Peratusan Peratusan Mengikut Kes Media Sosial 747 42.5% 95.6%
  • 15. 15 Portal Dalam Talian/ Blog 364 20.7% 46.6% Keluarga/Rakan 353 20.1% 45.2% Suratkhabar/Majalah 220 12.5% 28.2% Ejen/Penasihat Kewangan 54 3.1% 6.9% Seminar/Kursus 10 0.6% 1.3% Tidak Menerima Maklumat Langsung 8 0.5% 1.0% Jumlah 1756 100.0% 224.8% Sumber: SPSS Versi 26 Interpretasi data kajian dibuat berdasarkan kepada jadual pengiraan mengikut rumusan Nunally (1978) bagi menentukan tahap kefahaman dan penerimaan kepada item-item yang dinyatakan dalam soal selidik. Jadual 5 Interpretasi Skala Min Skala Min Tahap 1.00 hingga 2.00 Rendah 2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah 3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi 4.01 hingga 5.00 Tinggi Sumber: Nunally (1978) Hasil dapatan di Jadual 6 menunjukkan kefahaman responden mengenai pelaksanaan moratorium bank berada di tahap min 3.68 hingga 4.10 iaitu sederhana tinggi hingga tinggi. Responden memahami pelan pelaksanaan moratorium bank yang diumumkan oleh Bank Negara (min=3.88, sisihan piawai=0.689), responden bersetuju bahawa pelaksanaan moratorium memberi lebih banyak kebaikan (min=4.10, sisihan piawai=0.701). Bagaimanapun, respoden juga bersetuju bahawa pelaksanaan moratorium memberi kesan jangka panjang kepada pinjaman seperti pengenaan faedah terakru (min=3.68, sisihan piawai=0.866). Responden juga bersetuju jika moratorium dilanjutkan selepas tempoh 6 bulan tamat (min=3.82, sisihan piawai=1.042). Responden bersetuju dengan pendapat bahawa cara Malaysia mengurangkan beban rakyatnya
  • 16. 16 termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana adalah yang terbaik setakat ini (min=4.08, sisihan piawai=0.825) Jadual 6: Kefahaman Responden Mengenai Pelaksanaan Moratorium Bank Item Min Sisihan Piawai Skala Adakah Anda Bersetuju Bahawa Anda Memahami Pelan Pelaksanaan Moratorium Bank Yang Diumumkan Oleh Bank Negara? 3.88 0.689 Sederhana Tinggi Adakah Anda Bersetuju Bahawa Pelaksanaan Moratorium Ini Memberi Lebih Banyak Kebaikan Dari Keburukan? 4.10 0.701 Tinggi Adakah Anda Bersetuju Bahawa Pelaksanaan Moratorium Ini Memberi Kesan Jangka Panjang Kepada Pinjaman? Contohnya Pengenaan Faedah Terakru (Accrued Interest On Loan) 3.68 0.866 Sederhana Tinggi Berdasarkan Keadaan Semasa, Adakah Anda Bersetuju Untuk Melanjutkan Moratorium Bank Selepas Tamatnya Tempoh 6 Bulan Tersebut? 3.82 1.042 Sederhana Tinggi Berdasarkan Kenyataan YB Menteri Kewangan Malaysia Pada Bulan Julai 2020, Hanya Malaysia Yang Menawarkan Moratorium Bank Selama 6 Bulan Berbanding Negara Lain Di Dunia. Adakah Anda Bersetuju, Cara Malaysia Mengurangkan Beban Individu Dan Industri Kecil Dan Sederhana Semasa Pandemik COVID- 19 Adalah Cara Yang Terbaik Setakat Ini? 4.08 0.825 Tinggi Sumber: SPSS Versi 26
  • 17. 17 Jadual 7 menunjukkan kesan pelaksanaan moratorium terhadap amalan menyimpan dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya. Responden kurang bersetuju dengan pendapattanpa moratorium, amalan menyimpan masih lagi dilakukan (min=2.92, sisihan piawai=1.101). Bagaimanapun, responden bersetuju bahawa moratorium boleh menambah kadar simpanan sedia ada (min=3.89, sisihan piawai=0.900). Respondenjuga bersetuju wang lebihan yang diperoleh dari moratorium bank boleh digunakan untuk pelaburan amanah saham dan sebagainya (min=3.10, sisihan piawai=1.089). Responden bersetuju bahawa simpanan yang dibuat boleh digunakan untuk membayar kembali ansuran/faedah terakru pinjaman yang terhenti akibat moratorium (min=3.31, sisihan piawai=0.997). Respondenamat bersetuju simpanan yang dibuat pada masa kini adalah kerana masa depan yang tidak menentu akibat pandemik COVID-19 (min=4.21, sisihan piawai=0.686). Respondenjuga bersetuju moratorium telah mengubah tabiat menyimpan (min 3.75, sisihan piawai=0.957). Jadual 7: Kesan Moratorium Terhadap Amalan Menyimpan Item Min Sisihan Piawai Skala Adakah Anda Bersetuju, Tanpa Moratorium, Anda Masih Boleh Menyimpan? 2.92 1.101 Sederhana Rendah Adakah Anda Bersetuju Bahawa Pelaksanaan Moratorium Menambah Simpanan Sedia Ada? 3.89 0.900 Sederhana Tinggi Adakah Anda Bersetuju Wang Lebihan Yang Diperoleh Dari Moratorium Bank Digunakan Untuk Melabur Ke Dalam Saham Amanah/Bursa Saham? 3.10 1.089 Sederhana Tinggi Adakah Anda Bersetuju Bahawa Simpanan Yang Dibuat Untuk Membayar Kembali Ansuran/Faedah Terakru Pinjaman Yang Terhenti Akibat Moratorium? 3.31 0.997 Sederhana Tinggi Adakah Anda Bersetuju Simpanan Yang Dibuat Pada Masa Kini Adalah Kerana Masa Depan Yang Tidak Menentu Akibat Pandemik COVID-19? 4.21 0.686 Tinggi
  • 18. 18 Adakah Anda Bersetuju Moratorium Mengubah Tabiat Menyimpan Anda? 3.75 0.957 Sederhana Tinggi Sumber: SPSS Versi 26 Jadual 8 menunjukkan kesan moratorium terhadap tabiat berbelanja dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya. Responden tidak bersetuju bahawa gelagat berbelanja berubah disebabkan berlakunya pandemik COVID-19 (min=1.95, sisihan piawai=0.839). Bagaimanapun, responden bersetuju bahawa perbelanjaan telah meningkat akibat kesan moratorium (min=3.08, sisihan piawai=0.839). Tetapiresponden tidak bersetuju hanya perbelanjaan tertentu sahaja yang dibuat semasa pandemic COVID-19 (min=2.03, sisihan piawai=0.880). Ini adalah kerana responden berpendapat bahawa panic buying berlaku semasa berlakunya pandemik (min=4.02, sisihan piawai=0.890). Respondenjuga tidak merasa risau melihat orang lain berbelanja dengan lebih banyak semasa berlakunya pandemik COVID-19 (min=2.66, sisihan piawai=1.176). Jadual 8: Kesan Moratorium Terhadap Tabiat Berbelanja Item Min Sisihan Piawai Skala Adakah Anda Bersetuju Gelagat Berbelanja Anda Berubah Disebabkan Berlakunya Pandemik COVID-19? 1.95 0.839 Rendah Adakah Anda Bersetuju Perbelanjaan Anda Meningkat Akibat Kesan Moratorium? 3.08 1.131 Sederhan a Tinggi Adakah Anda Bersetuju Bahawa Hanya Perbelanjaan Tertentu Sahaja Dibuat Semasa Pandemik COVID-19? 2.03 0.880 Sederhan a Rendah Adakah Anda Membuat Panic Buying Semasa Pandemik COVID-19? 4.02 0.890 Tinggi Adakah Anda Merasa Risau Melihat Orang Lain Berbelanja Dengan Jumlah Yang Banyak Semasa Pandemik COVID-19? 2.66 1.176 Sederhan a Rendah Sumber: SPSS Versi 26
  • 19. 19 Jadual 9 menunjukkan kesan moratorium terhadap amalan filantropi dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya. Responden bersetuju pelaksanaan moratorium menggalakkan amalan filantropi seperti bersedekah, menyumbang, berinfaq dan berwakaf (min=3.95, sisihan piawai=0.770). Responden amat bersetuju bahawa ramai masyarakat memerlukan pertolongan sewaktu pandemik COVID-19 berlaku (min=4.65, sisihan piawai-=0.669). Responden juga bersetuju amalan filantropi merupakan amalan yang dituntut dalam agama dan akan mendapat ganjaran daripada Tuhan (min=4.45, sisihan piawai=0.669). Begitu juga dengan amalan filantropi sebagai satu kaedah untuk membasmi kemiskinan (min=4.26, sisihan piawai=0.764). Jika krisis pandemik seperti COVID-19 ini berulang, responden amat bersetuju untuk menghulurkan bantuan dari segi harta dan wang ringgit (min=4.20, sisihan piawai=0.680). Respondenjuga bersetuju bahawa amalan filantropi adalah penyebab rezeki bertambah (min=4.40, sisihan piawai= 0.668). Malahan, respondenamat bersetuju amalan filantropi akan dapat menghakis sifat bakhil dan kedekut serta membersihkan harta dan jiwa (min=4.40, sisihan piawai=0.685). Jadual 9: Kesan Moratorium Terhadap Amalan Filantropi Item Mean Std. Deviation Skala Adakah anda bersetuju bahawa pelaksanaan moratorium menggalakkan amalan filantropi? 3.95 0.770 Sederhan a Tinggi Adakah anda bersetuju ramai masyarakat di luar sana memerlukan pertolongan sewaktu pandemik COVID-19 berlaku? 4.65 0.515 Tinggi Adakah anda bersetuju bahawa amalan filantropi merupakan amalan yang dituntut dalam agama dan akan mendapat ganjaran daripada Tuhan? 4.45 0.669 Tinggi Adakah anda bersetuju amalan filantropi adalah salah satu kaedah untuk membasmi kemiskinan sewaktu pandemik COVID-19? 4.26 0.764 Tinggi Adakah anda bersetuju untuk menghulurkan bantuan dari segi harta dan wang ringgit jika krisis seperti pandemik ini berulang? 4.20 0.680 Tinggi
  • 20. 20 Adakah anda bersetuju amalan filantropi menjadi penyebab rezeki anda bertambah? 4.40 0.668 Tinggi Adakah anda bersetuju amalan filantropi akan dapat menghakis sifat bakhil dan kedekut serta membersihkan harta dan jiwa? 4.40 0.685 Tinggi Sumber: SPSS Versi 26 HASIL DAPATAN INFERENSI Menurut Hamedan et al. (2019), analisis inferensi digunakan untuk menguji hipotesis kajian mengenai perkaitan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain. Apabila membuat analisis untuk mencari hubungan atau korelasi antara dua pembolehubah, tiga persoalan berikut yang ingin diketahui oleh penyelidik iaitu sama ada terdapat hubungan atau tidak, kekuatan hubungan dan arah hubungan tersebut (M. Y. Ibrahim 2010). Nilai pekali korelasi berada dalam julat -1 hingga +1. Sekiranya nilai pekali korelasi r yang diperolehi adalah negatif, itu bermaksud dua pembolehubah tersebut mempunyai hubungan songsang (inversely). Nilai pekali korelasi dalam unit positif bermaksud dua pembolehubah yang diuji mempunyai hubungan terus (directly). Tanda positif dan negatif pada pekali korelasi hanya menunjukkan arah perhubungan antara dua pembolehubah. Ia tidak menggambarkan kekuatan hubungan. Kekuatan hubungan digambarkan melalui nilai pekali korelasi tersebut seperti ditunjukkan di Jadual 10 (Konting 2000): Jadual 10: Kekuatan Hubungan Mengikut Nilai Korelasi Nilai Tahap 0.00 – 0.20 Sangat Lemah 0.21- 0.40 Lemah 0.41- 0.70 Sederhana 0.71- 0.90 Kuat 0.91-1.00 Sangat kuat Sumber: Konting (2000)
  • 21. 21 Analisis Korelasi Pearson digunakan untuk menguji adakah terdapat hubungan di antara kefahaman moratorium, amalan menyimpan, tabiat berbelanja dan amalan filantropi. Jadual 11: Korelasi Antara Kefahaman Moratorium Dengan Amalan Menyimpan, Tabiat Berbelanja Dan Amalan Filantropi Kefahaman mengenai Moratorium Amalan Menyimpan Tabiat Berbelanja Amalan Filantropi Kefahaman mengenai Moratorium Pearson Correlation 1 0.263** .142** .251** Sig. (2-tailed) .000 .000 .000 Amalan Menyimpan Pearson Correlation .263** 1 .137** .197** Sig. (2-tailed) .000 .000 .000 Tabiat Berbelanja Pearson Correlation .142** 0.137** 1 .069 Sig. (2-tailed) .000 .000 .055 Amalan Filantropi Pearson Correlation .251** 0.197** 0.069 1 Sig. (2-tailed) .000 .000 .055 **. Korelasi signifikan di aras 0.01 (2-hujung) Sumber: SPSS Versi 26 Kefahaman mengenai moratorium dalam kalangan penjawat awam mempunyai korelasi yang positif dan signifikan terhadap amalan menyimpan, tabiat berbelanja dan amalan filantropi sewaktu pandemic COVID-19. Bagaimanapun, kefahaman mengenai moratorium jelas mempunyai hubungan yang lemah dengan tabiat berbelanja iaitu berada di antara 0.21 – 0.40. Hubungan ini menjelaskan walaupun penjawat awam mempunyai lebihan wang ditangan kerana penangguhan bayaran pinjaman ke bank, tabiat berbelanja tetap tidak berubah dan terkawal. Ia juga bertepatan dengan amalan menyimpan yang mana hubungan positif iaitu r=0.263 menjelaskan lebihan wang di tangan menggalakkan penjawat awam untuk menambah simpanan. Begitu juga dengan hubungan moratorium dengan amalan bersedekah yang mana dengan lebihan wang yang ada, penjawat awam lebih memilih untuk bersedekah di samping menyimpan untuk kegunaan masa depan.
  • 22. 22 ANALISIS REGRESI Regresi adalah satu model untuk penyelidik membuat ramalan atau jangkaan terhadap sesuatu pembolehubah bersandar dengan menggunakan pembolehubah tak bersandar. R² (R-Squared)menerangkan pengaruh pembolehubah tak bersandar terhadap variasi yang wujud dalam pembolehubah bersandar. Menurut Zikmund (2003), kaedah untuk menafsirkan kekuatan pengaruh berdasarkan nilai R² adalah: 1. Jika nilai R² <0.3, nilai ini secara amnya dianggap sebagai ukuran kesan tiada atau sangat lemah; 2. Jika nilai R² =0.3 <r <0.5 nilai ini secara umum dianggap sebagai ukuran kesan lemah atau rendah; 3. Jika nilai R² =0.5 <r <0.7 nilai ini secara umum dianggap sebagai ukuran kesan sederhana; 4. Jika nilai R² = r> 0.7 nilai ini secara amnya dianggap ukuran kesan kuat. Analisis Regresi digunakan menguji hipotesis yang telah dibangunkan iaitu: Hipotesis Null 1: Moratorium tidak mempunyai kesan terhadap amalan menyimpan dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya. Jadual 12 menunjukkan pengaruh pembolehubah tidak bersandar iaitu amalan menyimpan terhadap kefahaman moratorium. Ujian menunjukkan terdapat 6.9% variasi pembolehubah tidak bersandar tersebut terhadap moratorium. Bagaimanapun, menurut Zikmund (2003), nilai R²<0.3 memberi kesan yang lemah atau tidak kesan langsung. Jadual 12: Variasi Amalan Menyimpan dalam Moratorium Model Summary Model Rᵃ R² Adjusted R² Std. Error of the Estimate Durbin- Watson 1 0.263 0.069 0.068 0.46096 2.010 a. Predictors:(Constant), Amalan Menyimpan b. Dependent Variable: Kefahaman mengenai Moratorium Sumber: SPSS Versi 26 Jadual 13 menunjukkan garis kecerunan amalan menyimpan terhadap moratorium adalah 0.261 dan nilai t adalah 7.617. Model ini menunjukkan hubungan positif antara
  • 23. 23 amalan menyimpan dan kefahaman mengenai moratorium dengan nilai signifikan (p<0.05). Oleh itu, hipotesis null 1 ditolak. Jadual 13: Model Regresi Coefficients Model Unstandardized Coefficients Standardized Coefficients 95.0% Confidence Interval for B Collinearity Statistics B Std. Error Beta t Sig. Lower Bound Upper Bound Tolerance VIF 1 (Constant) 2.992 0.122 24.544 .000 2.753 3.232 Amalan Menyimpan 0.261 0.034 0.263 7.617 .000 0.193 0.328 1.000 1.000 a. Dependent Variable: Kefahaman mengenai Moratorium Sumber: SPSS Versi 26 Hipotesis Null 2: Moratorium tidak mempunyaikesan terhadap tabiatberbelanja dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya. Jadual 14 menunjukkan pengaruh pembolehubah tidak bersandar iaitu tabiat berbelanja terhadap kefahaman moratorium. Ujian menunjukkan terdapat 2% variasi pembolehubah tidak bersandar tersebut terhadap moratorium. Menurut Zikmund (2003), nilai R² <0.3 memberi kesan yang lemah atau tidak kesan langsung bermaksud hampir tiada variasi perbelanjaan dalam moratorium. Jadual 14: Variasi Tabiat Berbelanja Dalam Moratorium Model Summary Model R R² Adjusted R² Std. Error of the Estimate Durbin- Watson 1 0.142ᵃ 0.020 0.019 0.47299 1.968 a. Predictors: (Constant), Tabiat Berbelanja b. Dependent Variable: Kefahaman mengenai Moratorium Sumber: SPSS Versi 26 Jadual 15 menunjukkan garis kecerunan tabiat berbelanja terhadap moratorium adalah 0.147 dan nilai t adalah 3.994. Model ini menunjukkan hubungan positif antara tabiat berbelanja dan kefahaman mengenai moratorium dengan nilai signifikan (p<0.05). Oleh itu, hipotesis null 1 ditolak.
  • 24. 24 Jadual 15: Model Regresi Coefficients Unstandardized Coefficients Standardized Coefficients 95.0% Confidence Interval for B Collinearity Statistics Model B Std. Error Beta t Sig. Lower Bound Upper Bound Tolerance VIF 1 (Constant) 3.433 0.121 28.323 .000 3.195 3.671 Tabiat Berbelanja .147 0.037 0.142 3.994 .000 0.075 0.220 1.000 1.000 a. Dependent Variable: Kefahaman mengenai Moratorium Sumber: SPSS Versi 26 Hipotesis Null 3: Moratorium tidak mempunyaikesan terhadap amalan filantropi dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya. Jadual 16 menunjukkan pengaruh pembolehubah tidak bersandar iaitu amalan filantropi terhadap kefahaman moratorium. Ujian menunjukkan terdapat 6.3% variasi pembolehubah tidak bersandar tersebut terhadap moratorium. Jadual 16: Variasi Amalan Filantropi Dalam Moratorium Model Summaryᵇ Model R R² Adjusted R² Std. Error of the Estimate Durbin- Watson 1 0.251ᵃ 0.063 0.062 0.46246 1.979 a. Predictors: (Constant), Amalan Filantropi b. Dependent Variable: Kefahaman mengenai Moratorium Sumber: SPSS Versi 26 Jadual 17 menunjukkan garis kecerunan amalan filantropi terhadap moratorium adalah 0.243 dan nilai t adalah 7.251. Model ini menunjukkan hubungan positif antara amalan filantropi dankefahaman mengenai moratorium dengan nilai signifikan (p<0.05). Oleh itu, hipotesis null 1 ditolak.
  • 25. 25 Jadual 17: Model Regresi Coefficientsᵃ Unstandardized Coefficients Standardized Coefficients 95.0% Confidence Interval for B Collinearity Statistics Model B Std. Error Beta t Sig. Lower Bound Upper Bound Tolerance VIF 1(Constant) 2.859 0.146 19.560.000 2.572 3.146 Amalan Filantropi 0.243 0.034 0.251 7.251 .000 0.177 0.309 1.000 1.000 a. Dependent Variable: Kefahaman mengenai Moratorium Sumber: SPSS Versi 26 RUMUSAN Jumlah penjawat awam di Malaysia sehingga tahun 2020 adalah seramai 1.6 juta orang (PMO 2020). Kemudahan yang dinikmati oleh penjawat awam selain dari gaji dan elaun adalah perumahan awam bagi mereka yang layak, perubatan percuma di hospital kerajaan, cuti tahunan serta pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer. Oleh itu, semua kemudahan ini diberikan walaupun terdapat kegawatan ekonomi dan sebagainya (LPPSA 2020). Perkhidmatan awam telah ditransformasikan untuk menjalani budaya kerja baharu atau normal baharu susulan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan bagi menangani penularan COVID-19. Pelaksanaannya menyaksikan hampir keseluruhan urusan perkhidmatan awam ditangguhkan dan kerajaan terpaksa memperkenalkan cara kerja baharu, iaitu bekerja dari rumah bagi bidang tertentu (Mat 2020). Bekerja dari rumah telah mengubah gaya hidup rakyat dan penjawat khususnya dengan mengurangkan pergerakan di luar, membuat pembelian atas talian serta penggunaan bil utiliti yang tinggi. Analisis oleh Tajudin et al. (2021) telah merumuskan respondenyang terdiri daripada penjawat awam lebih risau dengan keadaan yang tidak menentu semasa pandemik COVID-19. Oleh itu, tabiat berbelanja menjadi berkurangan dan mementingkan simpanan waktu kegawatan. Menurut Alyasa (2020) yang memetik pendapat Prof Madya Dr Mohamad Fazli Shari dari Universiti Putra Malaysia bahawa perbelanjaan rakyat berkurangan sebanyak 50% semasa pandemik kerana kurangnya pergerakan keluar dari rumah dan menyebabkan rakyat berjimat-cermat. Lebihan pendapatan juga telah menjadikan penjawat awam sebagai pendukung filantropi seperti mana yang disebut oleh Hasbullah & Ab Rahman (2020).
  • 26. 26 CADANGAN Walaupun penjawat awam dikatakan tidak terjejas dengan adanya pandemik COVID-19, namun golongan ini juga bertindak balas dengan bantuan yang telah disediakan oleh Kerajaan seperti kelulusan moratorium bank secara automatik selama 6 bulan. Moratorium dengan lebihan wang di tangan semasa pandemik, mempunyai hubungan positif dengan amalan menyimpan dan bersedekah serta menyumbang dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya. Biarpun begitu, lebihan wang bukan bermaksud penjawat awam boleh berbelanja melebihi pendapatansepatutnya sepertimana hubungan yang hampir tiada kesan antara moratorium dan tabiat berbelanja. Secara ringkasnya, walaupun penjawat awam boleh menggunakan lebihan wang moratorium untuk berbelanja lebih tetapi kesannya hanya sedikit dan fokus penjawat awam sewaktu berlakunya pandemik adalah membantu masyarakat dengan menyumbang, bersedekah dan berinfaq selain daripada membuat simpanan demi masa depan yang tidak menentu. RUJUKAN Abdul Aziz, M. 2020, November 3. Moratorium beri impak positif tabungan rakyat. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my [28 June 2021]. Abdul Karim, A. H., Azalan, N. S. & Ismail, M. F. 2020. Tahap Kefahaman Masyarakat Islam Negeri Pahang Terhadap Peranan Maqasid Syariah dalam Menangani Wabak COVID-19. Jurnal Al-Sirat 19(ISSN:1823-4313). Abdul Rashid, N. K., Che Sulaiman, F. & Rahizal, N. A. 2018. Survivability through Basic Needs Consumption among Muslim Households B40, M40 and T20 Income Groups. Pertanika Journal Social Sciences & Humanities 26(2): 985–998. Ahmadan, D. 2020. Keuangan Sosial Islam Dalam Menghadapi Wabah Covid-19. Jurnal Perbankan Syariah 1(2): 1–15. Albulescu, C. T. 2020. Coronavirus and Oil Price Crash. Retrieved from https://ssrn.com/abstract=3553452 Alessie, R. & Lusardi, A. 1997, February 18. Consumption, saving and habit formation. Dartmouth College. Alyasa, J. 2020, May 23. Covid-19 jadikan rakyat tidak boros. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my [29 June 2021]. Ammituh, R. & Abdullah, B. 2020. Kesan Pandemik COVID-19 Terhadap Sumber Pendapatan Isi Rumah: Kajian kes Semporna Sabah. Beverly, S. 1997. How Can The Poor Save? Theory and Evidence on Saving in Low-
  • 27. 27 Income Households. Missouri. Bukhari, S. A. R. 2021. Sample Size Determination Using Krejcie and Morgan Table. Comerton-Forde, C., Ip, E., Ribar, D. C., Ross, J., Salamanca, N. & Tsiaplias, S. 2018. Using Survey and Banking Data to Measure Financial Wellbeing Using Survey and Banking Data to Measure Financial Wellbeing. Melbourne. Davenport, A., Joyce, R., Rasul, I. & Waters, T. 2020. Spending And Saving During The COVID-19 Crisis: Evidence FromBank AccountData. institute for FiscalStudies. Dusuki, A. W. 2020, May 1. Memahami IsuMoratorium Bank: Implikasi Dan Cadangan. Facebook. https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki [28 June 2021]. Fadhilatunisa, D., Fakhri, M. M., Suhartono, Elfa Syariati, N., Aditiya, R. & Islam Negeri Alauddin Makassar, U. 2020. Infak dan Sedekah di Masa Pandemi COVID-19 dalam Kajian Akuntansi Syariah. Iqtisaduna 6(2): 175–186. Fernandes, N. 2020. Economic Effects of Coronavirus Outbreak (COVID-19) On The World Economy. Retrieved from https://ssrn.com/abstract=3557504 Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia. 2020. Ringgit. FOMCA. Gay, L. R. 1996. Educational Research: Competencies for Analysis and Application. Prentice Hall. Hamedan, N. N., Alsagoff, S. A. S. & Ghazali, A. H. A. 2019. Media, Issues And Voters’ Behaviour In The 14th General Election: A Preliminary Study. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication 35(2): 293–312. Hariyadi, G. T. 2016. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Konsumen Berbelanja Di Minimarket. Jurnal Penelitian Ekonomi dan Bisnis 1(1): 16–32. Retrieved from http://www.jpeb.dinus.ac.id Hasbullah, N. A. & Ab Rahman, A. 2020. Peranan Pemegang Taruh Dalam Menjaga Kebajikan Ekonomi Rakyat Semasa Pandemik COVID-19 Dari Perspektif Ekonomi Islam. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research 17(Special Issues): 71–89. Huda, N. 2020, April 8. Perbelanjaan isi rumah turun 55 peratus sejak PKP - Kajian. Astro Awani. Ibrahim, A. Z. & Othman, Z. 2020. COVID-19: Coping Strategies Among B40 Households In Malaysia To Achieve Food Security During Movement Control Order (MCO). European Journal of Molecular & Clinical Medicine 7(06): 2020. Ibrahim, M. Y. 2010. Bimbingan Cepat : Analisis Data Penyelidikan Untuk Pendidikan & Sains Sosial. Bandar Ilmu Resources. Jabatan Perangkaan Malaysia. 2019. Penemuan Utama: Pendapatan, Kemiskinan, Ketaksamarataan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas. Putrajaya. Kaur, K., Kunasegaran, M., Singh, J., Salome, S. & Kaur Sandhu, S. 2020. Impact Of
  • 28. 28 The First Phase Of Movement Control Order During The COVID-19 Pandemic In Malaysia On Purchasing Behavior Of Malaysian Consumers. Journal of Humanities and Social Sciences Research 2: 131–144. Retrieved from www.horizon-JHSSR.comCC-BYlicense Kementerian Kesihatan Malaysia. 2021. Terkini Harian COVID-19 Malaysia. http://covid-19.moh.gov.my/terkini [28 June 2021]. Khair Anwar, I. S., Mansor, N. A., Shamsudin, S. M. & Mohd Fatzel, F. H. 2020. The Impact of COVID-19 Outbreak towards Islamic Banking: The Case of Malaysia. Proceeding of the 7thInternational Conference on Management and Muamalah, hlm. 2756–8938. Konting, M. M. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. LPPSA. 2020, April 8. Tiada Penangguhan (Moratorium) Pembayaran Balik Ansuran Bulanan Pembiayaan Perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). LPPSA. Majid, M. 2020, March 17. Covid-19: Panic and the Malaysian Economy. New Straits Times. https://www.nst.com.my/ [28 June 2021]. Mat, A. 2020, May 2. Warga kerja perlu menjiwai normal baharu. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/ [29 June 2021]. Mat Ruzki, R. 2020, October 31. Penjawat awam juga terkesan akibat COVID-19 - CUEPACS. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/ [28 June 2021]. Mathers, N., Fox, N. & Hunn, A. 2009. Surveys and Questionnaires, hlm. 1st Edisi . National Institute For Health Research. Retrieved from www.rds-yh.nihr.ac.uk McMillan, J. & Schumacher, S. 2006. Research in Education. Pearson Education. Md. Shah, A. U., Safri, S. N. A., Thevadas, R., Noordin, N. K., Abd Rahman, A., Sekawi, Z., Ideris, A., et al. 2020. COVID-19 Outbreak In Malaysia: Actions Taken by the Malaysian Government. InternationalJournalofInfectious Diseases 97: 108–116. Mohd Soffian Lee, U. H., Abdul Aziz, A. R. & Md. Isa, A. 2020. Kefahaman dan Tingkah Laku Masyarakat Terhadap Amalan Filantropi Islam Semasa Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5(12): 1–15. Murugiah, S. 2020. Covid-19 to place Malaysian economy into technical recession, says AmBank. The Edge Markets. https://www.theedgemarkets.com/ [28 June 2021]. MyCensus. 2020, November 7. Statistik Wilayah Persekutuan Putrajaya. Jabatan Perangkaan Malaysia. Nunally, J. C. 1978. Pyschometric Theory. New York: McGraw Hill. O’connell, M. & De Paula, Á. 2020. Preparing For A Pandemic: Spending Dynamics
  • 29. 29 And Panic Buying During The COVID-19 First Wave. Othman, M. A., Abbas, R., Mat Jusoh, M. S. & Tuan Muda, T. S. 2017. Persepsi Pembayar Zakat Korporat Terhadap Pembangunan Spiritual Diri: Satu Kajian Di Daerah Kuantan. e-Proceeding of the 4thInternational Conference on Masjid, Zakat and Waqf Management . Universiti Malaysia Pahang. PMO. 2020, August 30. Bilangan penjawat awam kekal meskipun e-kerajaan dilaksanakan – PM Muhyiddin. Pejabat Perdana Menteri. https://www.pmo.gov.my/ [28 June 2021]. Ringgitplus. 2020. Malaysian Financial Literacy Survey 2020. Kuala Lumpur. Rizal, F. & Mukaromah, H. 2021. Filantropi Islam Solusi Atas Masalah Kemiskinan Akibat Pandemik COVID-19. Jurnal Hukum dan Pranata Sosial Islam 3(1): 35– 66. Salian, S. 2017, November 8. Bank tempatan sedia bantuan mangsa banjir. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/ [28 June 2021]. Shaharuddin, A. 2020. Do Islamic Banks Act ‘Islamic’ During COVID-19 Pandemic. TheJournal of Muamalatand IslamicFinanceresearch 17(Special Issues): 3–12. Sipon, S. 2020, May 23. Kesejahteraan psikososial, mental dan fizikal petugas barisan hadapan. BERNAMA. https://www.bernama.com/ [28 June 2021]. Tajudin, N., Awang Besar, J., Mat Jali, M. F. & Awang, A. H. 2021. Gaya Hidup Sihat Komuniti Rentan Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Akibat Wabak Pandemik COVID-19: Kajian Kes Kawasan Flat Kota Damansara, Selangor. Journal of Socia Sciences and Humanities 18(3): 82–102. Talib, O. 2013. Asas penulisan tesis penyelidikan danstatistik. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Wan Chik, W. M. Y., Engku Ali, E. M. T., Syed Ab Rahman, S. M. A. & Mohd Zabudin, A. A. 2018. Filantropi : Satu Sorotan Dari Sudut Hukum Taklifi. Asian People Journal (APJ) 1(1): 12–27. Retrieved from www.uniszajournals.com/apj Widyastuti, U., Suhud, U. & Sumiati, A. 2016. The Impact of Financial Literacy on Student Teachers’ Saving Intention and Saving Behaviour. Mediterranean Journal of Social Sciences 7(6). doi:10.5901/mjss.2016.v7n6p41 World Health Organization. 2020, March 11. WHO Director-General’s opening remarks at the media briefing on COVID-19 - 11 March 2020. World Health Organization. https://www.who.int/ [25 June 2021]. Zikmund, W. G. 2003. Business Research Methods, hlm. 7th Edisi . Ohio.